SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 31
i MODUL MINDA SIHAT
KANDUNGAN
KANDUNGAN................................................................................................................................i
1.0 PENGENALAN.......................................................................................................................1
2.0 OBJEKTIF MODUL.................................................................................................................1
3.0 KANDUNGAN MODUL...........................................................................................................1
4.0 CARTA ALIR...........................................................................................................................2
5.0 MODUL.................................................................................................................................3
5.1 AKTIVITI 1 KAWAL MARAH................................................................................................3
LAMPIRAN 1........................................................................................................................4
LAMPIRAN 2........................................................................................................................5
5.2 AKTIVITI 2 TANGANI STRES..............................................................................................6
5.3 AKTIVITI 3 TEKNIK RELAKSASI............................................................................................8
LAMPIRAN 3........................................................................................................................9
5.4 AKTIVITI 4 BERFIKIR SECARA POSITIF.............................................................................11
LAMPIRAN 4......................................................................................................................12
LAMPIRAN 5......................................................................................................................12
5.5 AKTIVITI 5 HARGA DIRI....................................................................................................13
LAMPIRAN 6......................................................................................................................14
5.6 AKTIVITI 6 PENYELESAIAN MASALAH.............................................................................15
LAMPIRAN 7......................................................................................................................16
5.7 AKTIVITI 7 TEGAS DIRI.....................................................................................................18
LAMPIRAN 10....................................................................................................................19
LAMPIRAN 11....................................................................................................................21
5.8 AKTIVITI 8 BUAT CERITA..................................................................................................22
iiMODUL MINDA SIHAT
LAMPIRAN 12....................................................................................................................23
5.9 AKTIVITI 9 MOTO HIDUP.................................................................................................24
LAMPIRAN 13....................................................................................................................25
5.10 AKTIVITI 10 RANCANGAN HIDUPKU..............................................................................27
LAMPIRAN 14....................................................................................................................28
1 MODUL MINDA SIHAT
1.0 PENGENALAN
Kesejahteraan minda yang ampuh bagi seseorang murid merupakan perkara
penting untuk membolehkan mereka berperanan dengan baik ketika berhadapan
dengan stress, anxiety dan kemurungan. Gaya tindak yang baik ketika berdepan
dengan masalah semasa, dapat menjadikan mereka seorang individu yang teguh
emosi, tingkahlaku dan pemikiran.
2.0 OBJEKTIF MODUL
Modul Program Minda Sihat ini dibangunkan untuk kegunaan Guru Bimbingan
dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) dalam memberi intervensi kepada murid-
murid Tingkatan Empat yang telah menjalani Saringan DASS dan Ujian Gaya Daya
Tindak.
3.0 KANDUNGAN MODUL
Sepuluh modul yang dibangunkan mencakupi aspek, mengurus emosi,
membangunkan daya tindak, membuat keputusan dan membina matlamat.
3.1 Kawal Marah Teknik 3B
3.2 Tangani Stres 10B
3.3 Teknik Relaksasi
3.4 Berfikir Secara Positif
3.5 Harga Diri
3.6 Penyelesaian Masalah
3.7 Tegas Diri
3.8 Buat Cerita
3.9 Moto Hidup
3.10 Rancangan Hidupku
DASS 2
INTERVENSI UMUM
INTERVENSI
KHUSUS
TERUK
DIRUJUK
KK
SUSULAN /
MAKLUM
BALAS
INTERVENSI UMUM
TERUK
2MODUL MINDA SIHAT
4.0 CARTA ALIR
CARTA ALIR PELAKSANAAN SARINGAN MINDA SIHAT
MULA
DASS 1
GAYA DAYA TINDAK 1
RINGAN / SEDERHANA /
BAIK
GAYA DAYA TINDAK 2
RINGAN / SEDERHANA /
BAIK
LAPORA
N
LAPORA
N
3 MODUL MINDA SIHAT
5.0 MODUL
5.1 AKTIVITI 1 KAWAL MARAH
TAJUK : Kawal Marah
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:
1. mempelajari cara-cara mengawal kemarahan secara positif.
MASA : 60 minit
BAHAN : Pengenalan Kawal Marah (Lampiran 1), Panduan kawal marah
3B (Lampiran 2).
LANGKAH :
1. GBKSM menerangkan definisi kemarahan kepada murid.
2. GBKSM berbincang bersama murid berkaitan tanda-tanda marah
yang dialami oleh individu.
3. GBKSM mengajar Langkah 3B mengawal kemarahan (Lampiran 1).
FALSAFAH : Sabar Sebahagian Daripada Iman
4MODUL MINDA SIHAT
LAMPIRAN 1
Nota Guru
Pengenalan Kawal Marah
Kemarahan terbina secara perlahan-lahan dan menyebabkan perubahan pada
fisiologi badan. Kemarahan juga merupakan satu masalah emosi utama akibat
daripada stres jika tidak dikawal. Marah mengakibatkan kesan emosi negatif kepada
individu dan menjejaskan keupayaan untuk berfungsi secara optimum. Kemarahan
boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan boleh berlaku secara spontan atau
perlahan-lahan.
Definisi Kemarahan
Kemarahan adalah perasaan semulajadi yang ada pada setiap individu.
Kemarahan merupakan kesan emosi akibat daripada:
i. Sakit hati / kecewa
ii. Ancaman / ugutan
iii. Penderaan fizikal
iv. Kehilangan
Tanda-tanda Marah
i. Fizikal
• Mengetap gigi
• Sakit / pening kepala
• Tangan berpeluh
• Muka merah padam
ii. Emosi
• Sedih
• Rasa bersalah
• Geram
• Gelisah
iii. Tingkah laku
• Menangis
• Menjerit
• Mengeluarkan kata-kata kesat
• Mengasingkan diri
5 MODUL MINDA SIHAT
LAMPIRAN 2
Nota Guru
Langkah 3B
i. B : Berhenti
• Kebolehan berhenti adalah penting supaya anda mempunyai masa
untuk mempertimbangkan situasi (melihat dan mendengar).
• Bertenang, contohnya kira sampai 10, tarik nafas dengan mendalam
atau membaca doa.
• Jika anda tidak dapat mengawal kemarahan, tinggalkan tempat
kejadian dengan serta merta.
ii. B : Berfikir
• Adalah baik jika boleh merancang pemikiran anda sebelum bercakap
dengan orang yang anda marah.
• Cuba kenal pasti dan selesaikan masalah tersebut.
• Jangan buat sesuatu yang merumitkan lagi keadaan.
• Kekal pada isu tersebut, jangan ungkit perselisihan lama dan jangan
ambil hati.
iii. B : Bertindak
• Daya tindak merujuk kepada usaha untuk mengatasi perkara yang
menimbulkan kemarahan.
6MODUL MINDA SIHAT
5.2 AKTIVITI 2 TANGANI STRES
TAJUK : Tangani Stres 10B
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:
1. meningkatkan pengetahuan tentang kaedah-kaedah
menangani stres.
2. meningkatkan kemahiran menangani stres.
MASA : 60 minit
BAHAN : Radio
LANGKAH :
1. GBKSM menerangkan tentang kaedah 10B kepada murid.
2. GBKSM membimbing murid dengan membuat simulasi 10B;
a. Bertenang – Membuat pernafasan relaks;
• Tarik nafas dalam kiraan 3 dan lepas.
• Tarik nafas dalam kiraan 5 dan lepas.
• Tarik nafas dalam kiraan 7 dan lepas.
b. Bernafas dengan dalam – Tarik nafas dalam-dalam dan
dalam kiraan 7 lepaskan dengan suara yang kuat.
c. Berkata: Relaks / Tak mengapa;
• GBKSM membuat provokasi kepada murid.
Contoh:
GBKSM : Ada murid yang mengatakan kamu seorang
yang pengotor.
Murid : ...tarik nafas dan menjawab......ok, tak
mengapa, nanti saya perbaiki diri.
d. Beribadat – GBKSM menggalakkan murid beribadat
mengikut agama masing-masing.
e. Bercakap dengan seseorang;
• GBKSM dan murid melakonkan aktiviti berkongsi
masalah. GBKSM dan murid saling bertukar tempat.
f. Berurut
• GBKSM melatih murid teknik mengurut leher dan
bahu serta kepala.
7 MODUL MINDA SIHAT
g. Berehat dan mendengar muzik;
• GBKSM menerangkan situasi yang sesuai untuk
murid mendengar muzik.
• Berbaring, pejamkan mata dan pasang muzik
dengan perlahan. Sebaik-baiknya muzik
instrumental.
h. Beriadah
• GBKSM berbincang dengan murid aktiviti riadah
yang boleh dibuat.
Contoh : Berkelah, berenang, bermain bola,
bermain dam dan berbasikal.
i. Bersenam
• GBKSM berbincang tentang aktiviti senaman.
Contoh: Jogging, aerobic, skipping, senaman lantai.
j. Berfikiran positif
• GBKSM menggalakkan murid melihat sesuatu secara
positif.
Contoh:
Situasi 1 : Seorang budak perempuan berpakaian
cantik dan bergincu.
Fikiran negatif : Budak perempuan itu mengada-
ngada.
Fikiran positif : Budak perempuan itu seorang
yang gembira dan suka dirinya
kelihatan cantik.
Situasi 2 : Seorang guru memarahi murid yang
nakal dan membuat bising di kelas.
Fikiran negatif : Guru itu marah sebab benci
kepada murid tersebut.
Fikiran positif : Guru itu marah akan perbuatan
murid tersebut dan bukan diri
murid itu.
2. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan.
Falsafah : Usaha Tangga Kejayaan
8MODUL MINDA SIHAT
5.3 AKTIVITI 3 TEKNIK RELAKSASI
TAJUK : Teknik Relaksasi
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:
1. mengetahui maksud relaksasi.
2. menyatakan faedah latihan relaksasi.
3. mengamalkan sebahagian aktiviti latihan relaksasi.
MASA : 60 minit
BAHAN : CD teknik pernafasan dan urutan leher dan bahu.
(Lampiran 3)
LANGKAH :
1. GBKSM menerangkan teknik-teknik relaksasi seperti:
a. Latihan pernafasan
b. Urutan bahu, leher dan kaki
c. Terapi muzik
d. Relaksasi otot
e. Aromaterapi
2. GBKSM menunjukkan teknik relaksasi (Lampiran 3).
3. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan.
FALSAFAH : Kebahagiaan Hak Milik Semua
9 MODUL MINDA SIHAT
LAMPIRAN 3
Nota Guru
i. Latihan Pernafasan
Proses pengendalian
a. Berdiri dengan menjarakkan kaki dan longlaikan tangan disisi.
b. Pejam mata dan biarkan kepala tunduk ke hadapan.
c. Tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung sedalam-dalamnya dengan
kiraan 10.
d. Hembuskan nafas perlahan-lahan melalui hidung.
e. Terapkan perasaan lega setiap hembusan nafas.
f. Ulangi 5 kali sehingga berasa tenang dan relaks.
g. Akhirnya, buka mata perlahan-lahan.
ii. Urutan leher dan bahu (Sama Jantina)
Proses pengendalian
a. GBKSM menjemput murid duduk di atas kerusi dan mendapatkan
kedudukan selesa.
b. GBKSM berdiri di belakang murid dan cadangkan melakukan urutan bahu
dan leher.
c. Minta murid tanggalkan cermin mata (jika ada) dan menutup mata.
d. Letakkan tangan GBKSM dengan perlahan di atas bahu murid.
e. Letakkan ibu jari di bahagian tengkuk dan urut dengan perlahan-lahan
hingga ke bahagian bahunya dan kemudian kembali ke bahagian tengkuk.
Ulangi 3 kali.
f. Dengan menggunakan kedua belah tangan, urut dari bahagian bahu
hingga ke bahagian atas lengan. Ulangi 3 kali.
g. Urut dengan ibu jari bermula dari bahagian bawah tengkuk mengarah ke
luar menjauhi tulang belakang. Ulangi 3 kali.
h. Urut dengan ibu jari bahagian bawah tengkuk dengan menggunakan
teknik memutar.
i. Letakkan satu tangan di dahi murid dan tangan yang satu lagi di bahagian
tengkuk. Dengan perlahan putarkan kepala murid ke kanan dan kemudian
ke kiri.
j. Gunakan jari-jemari untuk mengurut bahagian tengah dahi dan terus ke
bahagian tengah tepi dengan menggunakan teknik memutar. Ulangi 3 kali
k. Letakkan kembali tangan di bahagian bahu murid.
10MODUL MINDA SIHAT
iii. Terapi muzik
Proses pengendalian
a. GBKSM mengucapkan ‘selamat datang’ serta minta murid duduk di kerusi
sofa.
b. Pilih CD mengikut kesukaan murid
c. Pasang CD dan earphone
d. Pejam mata dan bayangkan keadaan tenang sambil mendengar muzik.
e. Sekiranya murid masih stres, minta murid kongsi perasaan dengan orang
lain.
iv. Relaksasi otot
Proses pengendalian
a. GBKSM mempersilakan murid duduk di atas kerusi yang selesa
b. Pejamkan mata
c. Genggamkan sebelah tangan dengan kuat selama beberapa saat dan
tumpukan perhatian kepada ketegangan genggaman tersebut.
d. Kemudian lepaskan genggaman perlahan-lahan. Rasakan ketegangan itu
hilang perlahan-lahan.
e. Ulangi latihan ini pada otot-otot di bahagian lain badan (mata, muka, dahi,
tangan dan kaki).
11 MODUL MINDA SIHAT
5.4 AKTIVITI 4 BERFIKIR SECARA POSITIF
TAJUK : Berfikir Secara Positif
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat
1. mengetahui maksud pemikiran positif.
2. menyenaraikan beberapa faedah pemikiran positif.
3. mengamalkan aktiviti pemikiran positif.
MASA : 60 minit
BAHAN : Lembaran senario (Lampiran 4), Panduan berfikiran positif
(Lampiran 5).
LANGKAH :
1. GBKSM memberikan satu senario kepada murid untuk
dibincangkan (Lampiran 4).
2. GBKSM akan menganalisa senario bersama-sama murid.
3. GBKSM menerangkan langkah-langkah berfikiran secara
positif (Lampiran 5):
a. Langkah 1 : Mengenalpasti situasi.
b. Langkah 2 : Menilai kewujudan pemikiran negatif.
c. Langkah 3 : Menilai sama ada pemikiran negatif
tersebut sahih/wajar, serta mempunyai
fakta yang kukuh.
d. Langkah 4 : Gantikan pemikiran negatif dengan
pemikiran yang lebih munasabah.
4. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan.
FALSAFAH : Kehidupan Lebih Bererti Apabila Fikiran Sentiasa Positif
12MODUL MINDA SIHAT
LAMPIRAN 4
SENARIO
Dipersalahkan Kerana Melakukan Kesalahan Disiplin
LAMPIRAN 5
Nota Guru
Kemungkinan Respon
i. Respon Negatif
Pemikiran negatif :-
Situasi ini akan diterima dengan ungkapan sebegini,
“Mesti ada orang cuba menganiaya aku”.
Tindakan negatif:-
Berasa kecil hati. Suka ponteng kelas dan sekolah. Terus bersedih dan sentiasa
mengelak daripada berjumpa rakan dan GBKSM.
Hasil negatif:-
Tidak dapat menumpukan perhatian kepada pdp dalam kelas. Keputusan
peperiksaan semakin merosot dan mencari alasan untuk berhenti sekolah.
ii. Respon Positif
Pemikiran positif:-
Situasi ini akan diterima dengan ungkapan sebegini,
“Aku akan cuba berubah dengan lebih baik pada masa akan datang”.
Tindakan positif:-
Berjumpa dengan GBKSM untuk membincangkan langkah- langkah bagi memperbaiki
diri.
Hasil positif:-
Berasa selesa dengan diri sendiri dan mempunyai harga diri yang tinggi. Tidak perlu
mengalami stres.
13 MODUL MINDA SIHAT
5.5 AKTIVITI 5 HARGA DIRI
TAJUK : Harga Diri
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:
1. mengetahui maksud kepentingan harga diri.
2. mengenalpasti perasaan yang wujud dan cara
menanganinya.
3. mengenalpasti kelemahan dan kekuatan untuk membantu
kemajuan diri.
MASA : 60 minit
BAHAN : Helaian potensi diri (Lampiran 6).
LANGKAH :
1. GBKSM berbincang dengan murid tentang maksud harga diri.
2. GBKSM mengedar dan membimbing murid melengkapkan Helaian
Potensi Diri (Lampiran 6).
3. GBKSM berbincang dengan murid tentang kelebihan diri yang perlu
terus kekal pada diri dan ditingkatkan.
4. GBKSM berbincang dengan murid tentang kelemahan diri yang
perlu diperbaiki.
5. Murid diminta menyusun butiran potensi diri mengikut keutamaan.
6. GBKSM membuat pengukuhan.
7. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan.
FALSAFAH : Kejayaan Akan Dicipta Oleh Orang Yang Mempunyai Harga Diri
Yang Tinggi.
14MODUL MINDA SIHAT
LAMPIRAN 6
Helaian Potensi Diri
Kelebihan Diri Kelemahan Diri
1.
2.
3.
4.
5.
1.
2.
3.
4.
5.
15 MODUL MINDA SIHAT
5.6 AKTIVITI 6 PENYELESAIAN MASALAH
TAJUK : Penyelesaian Masalah
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:
1. menyatakan apa itu penyelesaian masalah.
2. menyenaraikan kebaikan penyelesaian masalah yang baik.
3. membincangkan langkah-langkah untuk menyelesaikan
masalah.
MASA : 60 minit
BAHAN : Lembaran senario (Lampiran 7), panduan kemahiran daya
tindak (Lampiran 8) dan tips membuat keputusan (Lampiran 9).
LANGKAH :
1. GBKSM memberi senario kepada murid (Lampiran 7).
2. GBKSM perlu menyenaraikan respon daripada murid dan
membincangkan di papan putih.
3. GBKSM melatih murid menggunakan pendekatan IDEAL
untuk mempertingkatkan kemahiran penyelesaian masalah
(Lampiran 7)
4. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan.
FALSAFAH : Agi Idup Agi Ngelaban
16MODUL MINDA SIHAT
LAMPIRAN 7
CONTOH SENARIO
Ahmad seorang murid yang pemalu dan pendiam. Disebabkan oleh sikapnya itu
beliau sering menjadi bahan ejekan dan dibuli oleh rakan-rakan sekolah. Ahmad juga
tidak mampu untuk membuat aduan kepada guru kerana telah diugut oleh murid-
murid tersebut. Jika anda adalah Ahmad, bagaimanakah anda menyelesaikan
masalah ini?
i. I – Identify (kenalpasti masalah)
Ahmad sering menjadi bahan ejekan dan buli akibat sifatnya yang pemalu dan
pendiam.
ii. D – Describe (Huraikan pilihan yang ada)
a. Membuat aduan kepada guru.
b. Membiarkan saja perlakuan tersebut.
c. Bertindak agresif dengan membalas tindakan rakan.
d. membuat keputusan memberitahu ibu bapa dan pindah sekolah.
iii. E – Evaluate (Buat penilaian bagi setiap pilihan: kelebihan dan kelemahan)
a. Membuat aduan kepada guru
• Masalah dapat diselesaikan.
• Dapat bersekolah dengan tenang.
• Murid akan diambil tindakan dihukum.
• Murid akan berdendam kepadanya.
b. Membiarkan saja perlakuan tersebut
• Masalah tidak dapat diatasi.
• Murid akan terus mengejek dan membuli.
• Ahmad akan lebih murung dan stres.
c. Bertindak agresif dengan membalas tindakan rakan
• Akan berasa puas dapat membalas
• Timbul rasa yakin diri dan berani
17 MODUL MINDA SIHAT
• Akan diambil tindakan oleh guru disiplin
d. Membuat keputusan pindah sekolah
• Mendapat suasana dan rakan baru.
• Lebih fokus untuk belajar kerana tiada gangguan.
• Sekiranya tidak berubah daripada sikap lamanya maka dia akan terus
dibuli di sekolah baru.
• Mengambil masa untuk menyesuaikan diri di tempat baru.
v. A – Act (Bertindak berdasarkan pilihan yang baik)
Pilih keputusan ( A )
Sebab-sebab memilih adalah dengan membuat aduan kepada guru, oleh itu
masalah akan dapat diatasi kerana murid yang membuli akan diambil
tindakan, seperti tindakan disiplin, kaunseling dan sebagainya dan dirinya juga
akan diberi dorongan dan kaunseling agar dapat membina keyakinan diri.
vi. L – Learn (Belajar dan semak semula)
Menyedari bahawa terdapat banyak pilihan untuk menyelesaikan sesuatu
masalah. Pilihan yang terbaik adalah yang paling praktikal.
18MODUL MINDA SIHAT
5.7 AKTIVITI 7 TEGAS DIRI
TAJUK : Tegas Diri
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:
1. mengetahui maksud tegas diri.
2. memberi contoh individu yang tegas diri.
3. membuat latihan untuk menilai tahap perlakuan tegas diri
murid.
MASA : 60 minit
BAHAN : Borang Penilaian Sikap Tegas Diri (Lampiran 10), Nota Guru
(Lampiran 11).
LANGKAH :
1. GBKSM mengedarkan Borang Penilaian Sikap Tegas Diri berkaitan
sikap asertif (Lampiran 10).
2. GBKSM meminta murid menjawab Borang Penilaian Sikap Tegas
Diri.
3. GBKSM mentafsir sikap tegas diri murid.
4. GBKSM menerangkan ciri-ciri individu yang asertif.
5. GBKSM menerangkan perbezaan di antara sikap pasif, tegas dan
agresif/garang (Lampiran 11)
6. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan.
FALSAFAH : Berani Kerana Benar
19 MODUL MINDA SIHAT
LAMPIRAN 10
BORANG PENILAIAN SIKAP TEGAS DIRI
BIL ITEM
SKALA
1
Kerap
2
Kadang
kala
3
Jarang
Sekali
4
Tidak
Pernah
1.
Dalam sesuatu mesyuarat yang diselubungi oleh
kemarahan, percanggahan pendapat, saya boleh bercakap
dengan penuh yakin.
2.
Jika saya berasa ragu-ragu, saya mudah meminta
pertolongan.
3.
Kalau ada sesiapa bersikap tidak adil dan garang, saya
dapat menangani situasi ini dengan penuh keyakinan.
4.
Bila seseorang suka menyindir saya ataupun orang lain,
saya dapat bercakap tanpa berasa marah.
5.
Bila saya ditindas, saya akan menyuarakan pandangan
dengan terus terang tanpa bersikap agresif.
6.
Sekiranya saya berasa saya diambil mudah, saya boleh
menarik perhatian mengenai perkara itu tanpa bermasam
muka atau rasa kecewa.
7.
Kalau seseorang meminta kebenaran untuk melakukan
sesuatu yang saya tidak mahu beliau lakukan, seperti
merokok, saya akan menyatakan;
"JANGAN" tanpa berasa bersalah.
8.
Jika sesiapa meminta pendapat tentang sesuatu, saya
boleh memberikan pandangan walaupun tidak popular.
9.
Saya boleh berhubung secara mudah dan berkesan dengan
orang atasan.
10.
Bila layanan yang diberi tidak memuaskan samada di kedai
ataupun di restoran, saya dapat menyatakan perasaan
tidak puas hati tanpa menyerang pihak lain.
11.
Bila terdapat sesuatu peluang / tawaran yang penting,
saya akan menyuarakan bagi pihak diri sendiri.
12.
Bila saya dapat mengesan sesuatu yang tidak betul, saya
akan bertindak tanpa menunggu akibat yang lebih buruk.
13.
Bila ada berita buruk yang perlu saya sampaikan, saya
dapat menyatakan dengan tenang tanpa terlalu risau.
20MODUL MINDA SIHAT
14.
Jika saya memerlukan sesuatu, saya akan memintanya
secara berterus terang.
15.
Bila seseorang tidak memberi perhatian terhadap apa yang
saya katakan, saya berupaya menyampaikan maksud saya
tanpa bercakap lantang dan berasa kecewa.
16.
Bila seseorang silap memahami apa yang saya sampaikan,
saya akan membuat pembetulan tanpa rasa bersalah
ataupun memperkecilkan orang itu.
17.
Bila saya tidak bersetuju dengan pandangan ramai, saya
dapat menyampaikan pendapat saya tanpa rasa bersalah
ataupun angkuh.
18. Saya sedia menerima teguran.
19.
Saya dapat memberikan pujian tanpa berasa malu atau
kelihatan mengampu.
20.
Bila marah, saya masih dapat menyampaikan pendapat
tanpa menghukum atau pun berasa kecewa.
KAEDAH MENGIRA SKOR PENILAIAN TEGAS DIRI (ASERTIF)
• Jumlahkan kesemua markah pada jawapan setiap ruang.
• Kalau jumlah di antara 20 - 25, klien adalah seorang yang berkeyakinan dan asertif dalam
menghadapi sebarang situasi.
• Kalau jumlah di antara 26 - 35, walaupun klien boleh mempunyai sikap asertif tetapi boleh
diperbaiki melalui latihan tegas diri.
• Kalau jumlah di antara 36 - 50, sikap tegas diri klien tidak konsisten dan perlu berusaha untuk
memperbaiki sikap.
• Kalau jumlah skor di antara 51 - 80, klien perlu berusaha keras untuk membentuk sikap tegas
diri.
21 MODUL MINDA SIHAT
LAMPIRAN 11
NOTA GURU
PERBEZAAN DI ANTARA SIKAP PASIF, TEGAS DAN AGRESIF/ GARANG
Pasif Tegas Agresif/Garang
Lisan
• Meminta maaf
• Merayu
• Meleret dan
meremehkan
• Merendah diri
• Kenyataan ringkas dan
jelas
• Pernyataan menunjuk
kehendak
• Pernyataan objektif
• Kritikan membina
• Lebih menyebut saya
• Angkuh
• Menekan
• Mengancam
• Menyindir
• Menyalah dan
merendahkan orang
Bukan
Lisan
a) Umum
b) Khusus
• Gerak badan yang
mengharap orang
bertanya kemahuan
anda
• Pandangan yang tidak
menyakinkan apabila
menyatakan sesuatu
• Tingkah laku mendengar
penuh minat, yakin,
membayangkan kekuatan
dan prihatin
• Menunjuk kekuatan
secara berlebihan,
angkuh
Suara
• Tidak bermaya,
teragak-agak, halus dan
ragu-ragu
• Tegas, mesra, relaks dan
suara yang bersesuaian
• Nyaring, kuat, tidak
mesra dan autoritatif
Mata
• sentiasa merenung ke
bawah, berair dan
merayu
• Pandangan ikhlas, ada
eye contact tetapi bukan
menatap dengan tajam
Lain-lain
a) Kedudukan
diri
b) Gaya atau
posisi
tubuh
c) Tangan
d) Kaki
• Mencari sokongan
• Memutarbelit
• Membongkok
• Cuba menyembunyikan
diri
• Mengangguk kepala
berlebihan
• Sejuk dan menggeletar
• Berjalan menyeret,
resah gelisah dan
menghayun kaki
• Selesa dan relaks
• Relaks dan pergerakan
yang yakin
• Kedudukan selesa
• Menuding jari
• Cekak pinggang, kasar
dan suka menyindir
• Tindakbalas terburu-
buru dan menumbuk-
numbuk
• Mengetuk dengan
perlahan
22MODUL MINDA SIHAT
5.8 AKTIVITI 8 BUAT CERITA
TAJUK : Buat Cerita
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:
1. mengenalpasti perkara yang patut dilakukan dalam
menghadapi permasalahan hidup.
2. menangani masalah yang dihadapinya.
MASA : 60 minit
BAHAN : Contoh helaian cerita (Lampiran 12)
LANGKAH :
1. GBKSM memberi contoh helaian cerita kepada murid untuk dibaca
(Lampiran 12).
2. GBKSM meminta murid untuk menulis ceritanya sendiri mengikut
masalah yang sedang dialaminya.
3. GBKSM berbincang dengan murid tentang masalah yang dihadapi
mengikut nota panduan berikut;
• Apakah cabaran yang ditempuhi oleh watak dalam cerita?
• Apakah yang perlu dilakukan oleh watak untuk mengatasi
masalahnya.
• Siapakah orang yang boleh berkongsi cerita dengan watak.
• Apakah kekuatan yang ada pada diri untuk dijadikan sebagai
benteng kekuatan diri.
4. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan.
FALSAFAH : Setiap Penyakit Ada Ubatnya
23 MODUL MINDA SIHAT
LAMPIRAN 12
Helaian Cerita
Dear Diary,
Ohhh.......Elly memang dah tak nak kawan dengan aku lagi.
Nampaknya dia cuma nak kawan dengan orang yang
pandai macam dia. Masa aku pergi rumah dia, dia macam
malas nak layan aku, macam terpaksa aje.
Aku rasa dah keseorangan dalam dunia ini. Kawan-kawan,
emak, abah, abang, kakak malah adik pun macam
menyingkirkan aku. Aku rasa teruk sangat, ke mana aku
nak mengadu.................
24MODUL MINDA SIHAT
5.9 AKTIVITI 9 MOTO HIDUP
TAJUK : Moto Hidup
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:
1. mengetahui kepentingan untuk bersifat sabar.
2. mengukuhkan sifat cekal bagi mencapai kejayaan dalam
hidup.
3. membina matlamat diri untuk berjaya.
MASA : 60 minit
BAHAN : Peribahasa (Lampiran 13).
LANGKAH :
1. GBKSM mengedarkan helaian peribahasa (Lampiran 13).
2. GBKSM dan murid berbincang tentang maksud peribahasa.
3. GBKSM mengaitkan peribahasa tersebut dengan diri murid.
4. GBKSM meminta murid memberi contoh peribahasa lain yang
sesuai untuk dirinya yang dapat dijadikan panduan dalam
kehidupan.
5. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan.
FALSAFAH : Yang Baik Jadikan Teladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan.
25 MODUL MINDA SIHAT
LAMPIRAN 13
PERIBAHASA
Berikan maksud peribahasa di bawah.
1. “ Belakang parang diasah lagikan tajam”
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
2. “Genggam bara api biar sampai jadi arang”
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
3. “ Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
4. “Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit”
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
26MODUL MINDA SIHAT
Nota Guru
1. “ Belakang parang diasah lagikan tajam”
JIKA BERUSAHA DENGAN GIGIH PASTI AKAN BERJAYA
2. “Genggam bara api biar sampai jadi arang”
MEMBUAT SESUATU PEKERJAAN YANG SUSAH HENDAKLAH SABAR SEHINGGA
MENCAPAI KEJAYAAN.
3. “ Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”
CITA-CITA TANPA USAHA TIDAK AKAN TERCAPAI
4. “Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit”
USAHA YANG TERUS MENERUS PASTI AKHIRNYA AKAN MEMBERIKAN HASIL
27 MODUL MINDA SIHAT
5.10 AKTIVITI 10 RANCANGAN HIDUPKU
TAJUK : Rancangan Hidupku
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:
1. membuat perancangan hidup bagi memastikan pencapaian
matlamat yang telah ditetapkan.
MASA : 60 minit
BAHAN : Helaian Rancangan Hidupku (Lampiran 14).
LANGKAH :
1. Murid diminta melengkapkan helaian Rancangan Hidupku
(Lampiran 14).
2. Murid diminta membacakan maklumat yang telah ditulis dalam
helaian Rancangan Hidupku.
3. GBKSM dan murid berbincang sama ada butiran yang ditulis
adalah sesuatu yang realistik dan boleh dicapai.
4. Murid diminta menyimpan helaian Rancangan Hidupku untuk
dijadikan panduan membina matlamat hidup.
5. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan.
FALSAFAH : Kehidupan Yang Dirancang Dengan Baik Akan Memberi
Ketenangan
28MODUL MINDA SIHAT
LAMPIRAN 14
Helaian Rancangan Hidupku
Matlamat Hidupku Pelan Matlamat Hidup
Faktor-Faktor Dalaman dan Luaran Yang
boleh Membantu
Usaha Yang Akan Dibuat
29 MODUL MINDA SIHAT
Nota Guru
Helaian Rancangan Hidupku
Matlamat Hidupku
Saya ingin menjadi doktor
Pelan Matlamat Hidup
1. Masuk kelas sains tulen
2. Belajar subjek sains tulen
3. Dapat A semua subjek
4. Masuk matrikulasi atau asasi hayat
5. Menyambung ijazah perubatan
Faktor-Faktor Dalaman dan Luaran Yang
boleh Membantu
Rakan sebaya
Sokongan guru
Sokongan ibu bapa
Asertif
Usaha Yang Akan Dibuat
Tuisyen
Belajar sendiri
Bertanya kepada guru
Belajar dalam kumpulan

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mental
1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mental1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mental
1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mentalMalenna Omar
 
Fasa Sesi Kaunseling Individu
Fasa Sesi Kaunseling IndividuFasa Sesi Kaunseling Individu
Fasa Sesi Kaunseling IndividuJessika Denis
 
Kemahiran Kaunseling Kelompok
Kemahiran Kaunseling Kelompok Kemahiran Kaunseling Kelompok
Kemahiran Kaunseling Kelompok HELENA AIREEN
 
PSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunselingPSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunselingAmin Upsi
 
Inventori Personaliti Warna Sidek
Inventori Personaliti Warna SidekInventori Personaliti Warna Sidek
Inventori Personaliti Warna Sidekakmalmustafakamal
 
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU aishah zafiera
 
Kaunseling kerjaya di sekolah
Kaunseling kerjaya di sekolahKaunseling kerjaya di sekolah
Kaunseling kerjaya di sekolahzakwan azhar
 
22249089 Perkembangan Awal Remaja
22249089 Perkembangan Awal Remaja22249089 Perkembangan Awal Remaja
22249089 Perkembangan Awal Remajathiva1487
 
Bab 10 Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10   Halangan Dalam KaunselingBab 10   Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10 Halangan Dalam KaunselingFathmalyn Abdullah
 
Bab 6 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 6   Kemahiran Asas KaunselingBab 6   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 6 Kemahiran Asas KaunselingFathmalyn Abdullah
 
Program Minda Sihat 2022.pptx
Program Minda Sihat 2022.pptxProgram Minda Sihat 2022.pptx
Program Minda Sihat 2022.pptxNadiaNasir16
 
Teori pemusatan klien
Teori pemusatan klienTeori pemusatan klien
Teori pemusatan kliensiewling1988
 

La actualidad más candente (20)

Pengurusan emosi
Pengurusan emosiPengurusan emosi
Pengurusan emosi
 
TEORI REALITI
TEORI REALITITEORI REALITI
TEORI REALITI
 
1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mental
1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mental1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mental
1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mental
 
Fasa Sesi Kaunseling Individu
Fasa Sesi Kaunseling IndividuFasa Sesi Kaunseling Individu
Fasa Sesi Kaunseling Individu
 
Kemahiran Kaunseling Kelompok
Kemahiran Kaunseling Kelompok Kemahiran Kaunseling Kelompok
Kemahiran Kaunseling Kelompok
 
PSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunselingPSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunseling
 
Inventori Personaliti Warna Sidek
Inventori Personaliti Warna SidekInventori Personaliti Warna Sidek
Inventori Personaliti Warna Sidek
 
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
 
Kaunseling kerjaya di sekolah
Kaunseling kerjaya di sekolahKaunseling kerjaya di sekolah
Kaunseling kerjaya di sekolah
 
22249089 Perkembangan Awal Remaja
22249089 Perkembangan Awal Remaja22249089 Perkembangan Awal Remaja
22249089 Perkembangan Awal Remaja
 
Pengurusan Stres
Pengurusan StresPengurusan Stres
Pengurusan Stres
 
Teknik rebt
Teknik rebtTeknik rebt
Teknik rebt
 
5.pengenalan teori kaunseling
5.pengenalan teori kaunseling5.pengenalan teori kaunseling
5.pengenalan teori kaunseling
 
Stres di kalangan guru
Stres di kalangan guruStres di kalangan guru
Stres di kalangan guru
 
Bab 10 Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10   Halangan Dalam KaunselingBab 10   Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10 Halangan Dalam Kaunseling
 
Bab 6 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 6   Kemahiran Asas KaunselingBab 6   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 6 Kemahiran Asas Kaunseling
 
Program Minda Sihat 2022.pptx
Program Minda Sihat 2022.pptxProgram Minda Sihat 2022.pptx
Program Minda Sihat 2022.pptx
 
Teori pemusatan klien
Teori pemusatan klienTeori pemusatan klien
Teori pemusatan klien
 
Teori REBT
Teori REBTTeori REBT
Teori REBT
 
Pengurusan Emosi dan Stres
Pengurusan Emosi dan StresPengurusan Emosi dan Stres
Pengurusan Emosi dan Stres
 

Similar a Modul Minda Sihat

Pp panduan mentor mentee
Pp panduan mentor menteePp panduan mentor mentee
Pp panduan mentor menteeMohd Noor Noor
 
Kerangka Media untuk self management.pptx
Kerangka Media untuk self management.pptxKerangka Media untuk self management.pptx
Kerangka Media untuk self management.pptxNamrasun
 
Teori teori konseling
Teori teori konselingTeori teori konseling
Teori teori konseling1115500020BBK
 
Mengelola Emosi
Mengelola EmosiMengelola Emosi
Mengelola Emosiarrumd
 
Strategi Pelaksanaan Jiwa - Perilaku Kekerasan
Strategi Pelaksanaan Jiwa - Perilaku KekerasanStrategi Pelaksanaan Jiwa - Perilaku Kekerasan
Strategi Pelaksanaan Jiwa - Perilaku KekerasanYusuf Saktian
 
RPL Penyesuaian Diri Remaja di Sekolah Baru.docx
RPL Penyesuaian Diri Remaja di Sekolah Baru.docxRPL Penyesuaian Diri Remaja di Sekolah Baru.docx
RPL Penyesuaian Diri Remaja di Sekolah Baru.docxRahimaSyahnePutri1
 
Kehidupan di kolej
Kehidupan di kolejKehidupan di kolej
Kehidupan di kolejNor Yusof
 
Latihan Motivasi diri
Latihan Motivasi diriLatihan Motivasi diri
Latihan Motivasi diripjj_kemenkes
 
Rpl Bimbingan dan Konseling
Rpl Bimbingan dan KonselingRpl Bimbingan dan Konseling
Rpl Bimbingan dan KonselingElangAFS
 
COntoh Modul Minta Sihat rujukan semua pdf
COntoh Modul Minta Sihat rujukan semua pdfCOntoh Modul Minta Sihat rujukan semua pdf
COntoh Modul Minta Sihat rujukan semua pdfHelenThomas86
 
Modul 4 pedoman praktek
Modul 4   pedoman praktekModul 4   pedoman praktek
Modul 4 pedoman praktekpjj_kemenkes
 
Kewirausahaan Bab 3 Merumuskan Solusi Masalah
Kewirausahaan Bab 3 Merumuskan Solusi MasalahKewirausahaan Bab 3 Merumuskan Solusi Masalah
Kewirausahaan Bab 3 Merumuskan Solusi MasalahNeli Narulita
 
Latihan Motivasi Diri
Latihan Motivasi DiriLatihan Motivasi Diri
Latihan Motivasi Diripjj_kemenkes
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahfiro HAR
 

Similar a Modul Minda Sihat (20)

Pp panduan mentor mentee
Pp panduan mentor menteePp panduan mentor mentee
Pp panduan mentor mentee
 
Kerangka Media untuk self management.pptx
Kerangka Media untuk self management.pptxKerangka Media untuk self management.pptx
Kerangka Media untuk self management.pptx
 
Teori teori konseling
Teori teori konselingTeori teori konseling
Teori teori konseling
 
Bengkel Pengurusan Stress
Bengkel Pengurusan StressBengkel Pengurusan Stress
Bengkel Pengurusan Stress
 
Mengelola Emosi
Mengelola EmosiMengelola Emosi
Mengelola Emosi
 
Strategi Pelaksanaan Jiwa - Perilaku Kekerasan
Strategi Pelaksanaan Jiwa - Perilaku KekerasanStrategi Pelaksanaan Jiwa - Perilaku Kekerasan
Strategi Pelaksanaan Jiwa - Perilaku Kekerasan
 
RPL Penyesuaian Diri Remaja di Sekolah Baru.docx
RPL Penyesuaian Diri Remaja di Sekolah Baru.docxRPL Penyesuaian Diri Remaja di Sekolah Baru.docx
RPL Penyesuaian Diri Remaja di Sekolah Baru.docx
 
Panduan Menangani Stres
Panduan Menangani StresPanduan Menangani Stres
Panduan Menangani Stres
 
Kehidupan di kolej
Kehidupan di kolejKehidupan di kolej
Kehidupan di kolej
 
Latihan Motivasi diri
Latihan Motivasi diriLatihan Motivasi diri
Latihan Motivasi diri
 
24 stress jilid 2
24 stress jilid 224 stress jilid 2
24 stress jilid 2
 
Rpl Bimbingan dan Konseling
Rpl Bimbingan dan KonselingRpl Bimbingan dan Konseling
Rpl Bimbingan dan Konseling
 
COntoh Modul Minta Sihat rujukan semua pdf
COntoh Modul Minta Sihat rujukan semua pdfCOntoh Modul Minta Sihat rujukan semua pdf
COntoh Modul Minta Sihat rujukan semua pdf
 
Modul 4 pedoman praktek
Modul 4   pedoman praktekModul 4   pedoman praktek
Modul 4 pedoman praktek
 
peraturan sekolah.pdf
peraturan sekolah.pdfperaturan sekolah.pdf
peraturan sekolah.pdf
 
Kewirausahaan Bab 3 Merumuskan Solusi Masalah
Kewirausahaan Bab 3 Merumuskan Solusi MasalahKewirausahaan Bab 3 Merumuskan Solusi Masalah
Kewirausahaan Bab 3 Merumuskan Solusi Masalah
 
Tips
TipsTips
Tips
 
Tips
TipsTips
Tips
 
Latihan Motivasi Diri
Latihan Motivasi DiriLatihan Motivasi Diri
Latihan Motivasi Diri
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 

Último

RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docxRPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docxSyifaDzikron
 
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaAbdiera
 
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptxppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptxUlyaSaadah
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...NiswatuzZahroh
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]Abdiera
 
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfPPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfSBMNessyaPutriPaulan
 
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024MALISAAININOORBINTIA
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxHeriyantoHeriyanto44
 
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptxAksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptxdonny761155
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfandriasyulianto57
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxLeniMawarti1
 
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin Lim
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin LimAsi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin Lim
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin LimNodd Nittong
 
Diagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran BerdifferensiasiDiagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran BerdifferensiasiOviLarassaty1
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]Abdiera
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxFardanassegaf
 
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi OnlinePPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi OnlineMMario4
 
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docxKISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docxjohan effendi
 
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.docSilabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.docNurulAiniFirdasari1
 
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian KasihTeks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasihssuserfcb9e3
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfNURAFIFAHBINTIJAMALU
 

Último (20)

RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docxRPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
 
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
 
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptxppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
 
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfPPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
 
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
 
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptxAksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
 
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin Lim
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin LimAsi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin Lim
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin Lim
 
Diagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran BerdifferensiasiDiagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
 
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi OnlinePPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
 
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docxKISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
 
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.docSilabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
 
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian KasihTeks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
 

Modul Minda Sihat

  • 1. i MODUL MINDA SIHAT KANDUNGAN KANDUNGAN................................................................................................................................i 1.0 PENGENALAN.......................................................................................................................1 2.0 OBJEKTIF MODUL.................................................................................................................1 3.0 KANDUNGAN MODUL...........................................................................................................1 4.0 CARTA ALIR...........................................................................................................................2 5.0 MODUL.................................................................................................................................3 5.1 AKTIVITI 1 KAWAL MARAH................................................................................................3 LAMPIRAN 1........................................................................................................................4 LAMPIRAN 2........................................................................................................................5 5.2 AKTIVITI 2 TANGANI STRES..............................................................................................6 5.3 AKTIVITI 3 TEKNIK RELAKSASI............................................................................................8 LAMPIRAN 3........................................................................................................................9 5.4 AKTIVITI 4 BERFIKIR SECARA POSITIF.............................................................................11 LAMPIRAN 4......................................................................................................................12 LAMPIRAN 5......................................................................................................................12 5.5 AKTIVITI 5 HARGA DIRI....................................................................................................13 LAMPIRAN 6......................................................................................................................14 5.6 AKTIVITI 6 PENYELESAIAN MASALAH.............................................................................15 LAMPIRAN 7......................................................................................................................16 5.7 AKTIVITI 7 TEGAS DIRI.....................................................................................................18 LAMPIRAN 10....................................................................................................................19 LAMPIRAN 11....................................................................................................................21 5.8 AKTIVITI 8 BUAT CERITA..................................................................................................22
  • 2. iiMODUL MINDA SIHAT LAMPIRAN 12....................................................................................................................23 5.9 AKTIVITI 9 MOTO HIDUP.................................................................................................24 LAMPIRAN 13....................................................................................................................25 5.10 AKTIVITI 10 RANCANGAN HIDUPKU..............................................................................27 LAMPIRAN 14....................................................................................................................28
  • 3. 1 MODUL MINDA SIHAT 1.0 PENGENALAN Kesejahteraan minda yang ampuh bagi seseorang murid merupakan perkara penting untuk membolehkan mereka berperanan dengan baik ketika berhadapan dengan stress, anxiety dan kemurungan. Gaya tindak yang baik ketika berdepan dengan masalah semasa, dapat menjadikan mereka seorang individu yang teguh emosi, tingkahlaku dan pemikiran. 2.0 OBJEKTIF MODUL Modul Program Minda Sihat ini dibangunkan untuk kegunaan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) dalam memberi intervensi kepada murid- murid Tingkatan Empat yang telah menjalani Saringan DASS dan Ujian Gaya Daya Tindak. 3.0 KANDUNGAN MODUL Sepuluh modul yang dibangunkan mencakupi aspek, mengurus emosi, membangunkan daya tindak, membuat keputusan dan membina matlamat. 3.1 Kawal Marah Teknik 3B 3.2 Tangani Stres 10B 3.3 Teknik Relaksasi 3.4 Berfikir Secara Positif 3.5 Harga Diri 3.6 Penyelesaian Masalah 3.7 Tegas Diri 3.8 Buat Cerita 3.9 Moto Hidup 3.10 Rancangan Hidupku
  • 4. DASS 2 INTERVENSI UMUM INTERVENSI KHUSUS TERUK DIRUJUK KK SUSULAN / MAKLUM BALAS INTERVENSI UMUM TERUK 2MODUL MINDA SIHAT 4.0 CARTA ALIR CARTA ALIR PELAKSANAAN SARINGAN MINDA SIHAT MULA DASS 1 GAYA DAYA TINDAK 1 RINGAN / SEDERHANA / BAIK GAYA DAYA TINDAK 2 RINGAN / SEDERHANA / BAIK LAPORA N LAPORA N
  • 5. 3 MODUL MINDA SIHAT 5.0 MODUL 5.1 AKTIVITI 1 KAWAL MARAH TAJUK : Kawal Marah OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. mempelajari cara-cara mengawal kemarahan secara positif. MASA : 60 minit BAHAN : Pengenalan Kawal Marah (Lampiran 1), Panduan kawal marah 3B (Lampiran 2). LANGKAH : 1. GBKSM menerangkan definisi kemarahan kepada murid. 2. GBKSM berbincang bersama murid berkaitan tanda-tanda marah yang dialami oleh individu. 3. GBKSM mengajar Langkah 3B mengawal kemarahan (Lampiran 1). FALSAFAH : Sabar Sebahagian Daripada Iman
  • 6. 4MODUL MINDA SIHAT LAMPIRAN 1 Nota Guru Pengenalan Kawal Marah Kemarahan terbina secara perlahan-lahan dan menyebabkan perubahan pada fisiologi badan. Kemarahan juga merupakan satu masalah emosi utama akibat daripada stres jika tidak dikawal. Marah mengakibatkan kesan emosi negatif kepada individu dan menjejaskan keupayaan untuk berfungsi secara optimum. Kemarahan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan boleh berlaku secara spontan atau perlahan-lahan. Definisi Kemarahan Kemarahan adalah perasaan semulajadi yang ada pada setiap individu. Kemarahan merupakan kesan emosi akibat daripada: i. Sakit hati / kecewa ii. Ancaman / ugutan iii. Penderaan fizikal iv. Kehilangan Tanda-tanda Marah i. Fizikal • Mengetap gigi • Sakit / pening kepala • Tangan berpeluh • Muka merah padam ii. Emosi • Sedih • Rasa bersalah • Geram • Gelisah iii. Tingkah laku • Menangis • Menjerit • Mengeluarkan kata-kata kesat • Mengasingkan diri
  • 7. 5 MODUL MINDA SIHAT LAMPIRAN 2 Nota Guru Langkah 3B i. B : Berhenti • Kebolehan berhenti adalah penting supaya anda mempunyai masa untuk mempertimbangkan situasi (melihat dan mendengar). • Bertenang, contohnya kira sampai 10, tarik nafas dengan mendalam atau membaca doa. • Jika anda tidak dapat mengawal kemarahan, tinggalkan tempat kejadian dengan serta merta. ii. B : Berfikir • Adalah baik jika boleh merancang pemikiran anda sebelum bercakap dengan orang yang anda marah. • Cuba kenal pasti dan selesaikan masalah tersebut. • Jangan buat sesuatu yang merumitkan lagi keadaan. • Kekal pada isu tersebut, jangan ungkit perselisihan lama dan jangan ambil hati. iii. B : Bertindak • Daya tindak merujuk kepada usaha untuk mengatasi perkara yang menimbulkan kemarahan.
  • 8. 6MODUL MINDA SIHAT 5.2 AKTIVITI 2 TANGANI STRES TAJUK : Tangani Stres 10B OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. meningkatkan pengetahuan tentang kaedah-kaedah menangani stres. 2. meningkatkan kemahiran menangani stres. MASA : 60 minit BAHAN : Radio LANGKAH : 1. GBKSM menerangkan tentang kaedah 10B kepada murid. 2. GBKSM membimbing murid dengan membuat simulasi 10B; a. Bertenang – Membuat pernafasan relaks; • Tarik nafas dalam kiraan 3 dan lepas. • Tarik nafas dalam kiraan 5 dan lepas. • Tarik nafas dalam kiraan 7 dan lepas. b. Bernafas dengan dalam – Tarik nafas dalam-dalam dan dalam kiraan 7 lepaskan dengan suara yang kuat. c. Berkata: Relaks / Tak mengapa; • GBKSM membuat provokasi kepada murid. Contoh: GBKSM : Ada murid yang mengatakan kamu seorang yang pengotor. Murid : ...tarik nafas dan menjawab......ok, tak mengapa, nanti saya perbaiki diri. d. Beribadat – GBKSM menggalakkan murid beribadat mengikut agama masing-masing. e. Bercakap dengan seseorang; • GBKSM dan murid melakonkan aktiviti berkongsi masalah. GBKSM dan murid saling bertukar tempat. f. Berurut • GBKSM melatih murid teknik mengurut leher dan bahu serta kepala.
  • 9. 7 MODUL MINDA SIHAT g. Berehat dan mendengar muzik; • GBKSM menerangkan situasi yang sesuai untuk murid mendengar muzik. • Berbaring, pejamkan mata dan pasang muzik dengan perlahan. Sebaik-baiknya muzik instrumental. h. Beriadah • GBKSM berbincang dengan murid aktiviti riadah yang boleh dibuat. Contoh : Berkelah, berenang, bermain bola, bermain dam dan berbasikal. i. Bersenam • GBKSM berbincang tentang aktiviti senaman. Contoh: Jogging, aerobic, skipping, senaman lantai. j. Berfikiran positif • GBKSM menggalakkan murid melihat sesuatu secara positif. Contoh: Situasi 1 : Seorang budak perempuan berpakaian cantik dan bergincu. Fikiran negatif : Budak perempuan itu mengada- ngada. Fikiran positif : Budak perempuan itu seorang yang gembira dan suka dirinya kelihatan cantik. Situasi 2 : Seorang guru memarahi murid yang nakal dan membuat bising di kelas. Fikiran negatif : Guru itu marah sebab benci kepada murid tersebut. Fikiran positif : Guru itu marah akan perbuatan murid tersebut dan bukan diri murid itu. 2. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan. Falsafah : Usaha Tangga Kejayaan
  • 10. 8MODUL MINDA SIHAT 5.3 AKTIVITI 3 TEKNIK RELAKSASI TAJUK : Teknik Relaksasi OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. mengetahui maksud relaksasi. 2. menyatakan faedah latihan relaksasi. 3. mengamalkan sebahagian aktiviti latihan relaksasi. MASA : 60 minit BAHAN : CD teknik pernafasan dan urutan leher dan bahu. (Lampiran 3) LANGKAH : 1. GBKSM menerangkan teknik-teknik relaksasi seperti: a. Latihan pernafasan b. Urutan bahu, leher dan kaki c. Terapi muzik d. Relaksasi otot e. Aromaterapi 2. GBKSM menunjukkan teknik relaksasi (Lampiran 3). 3. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan. FALSAFAH : Kebahagiaan Hak Milik Semua
  • 11. 9 MODUL MINDA SIHAT LAMPIRAN 3 Nota Guru i. Latihan Pernafasan Proses pengendalian a. Berdiri dengan menjarakkan kaki dan longlaikan tangan disisi. b. Pejam mata dan biarkan kepala tunduk ke hadapan. c. Tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung sedalam-dalamnya dengan kiraan 10. d. Hembuskan nafas perlahan-lahan melalui hidung. e. Terapkan perasaan lega setiap hembusan nafas. f. Ulangi 5 kali sehingga berasa tenang dan relaks. g. Akhirnya, buka mata perlahan-lahan. ii. Urutan leher dan bahu (Sama Jantina) Proses pengendalian a. GBKSM menjemput murid duduk di atas kerusi dan mendapatkan kedudukan selesa. b. GBKSM berdiri di belakang murid dan cadangkan melakukan urutan bahu dan leher. c. Minta murid tanggalkan cermin mata (jika ada) dan menutup mata. d. Letakkan tangan GBKSM dengan perlahan di atas bahu murid. e. Letakkan ibu jari di bahagian tengkuk dan urut dengan perlahan-lahan hingga ke bahagian bahunya dan kemudian kembali ke bahagian tengkuk. Ulangi 3 kali. f. Dengan menggunakan kedua belah tangan, urut dari bahagian bahu hingga ke bahagian atas lengan. Ulangi 3 kali. g. Urut dengan ibu jari bermula dari bahagian bawah tengkuk mengarah ke luar menjauhi tulang belakang. Ulangi 3 kali. h. Urut dengan ibu jari bahagian bawah tengkuk dengan menggunakan teknik memutar. i. Letakkan satu tangan di dahi murid dan tangan yang satu lagi di bahagian tengkuk. Dengan perlahan putarkan kepala murid ke kanan dan kemudian ke kiri. j. Gunakan jari-jemari untuk mengurut bahagian tengah dahi dan terus ke bahagian tengah tepi dengan menggunakan teknik memutar. Ulangi 3 kali k. Letakkan kembali tangan di bahagian bahu murid.
  • 12. 10MODUL MINDA SIHAT iii. Terapi muzik Proses pengendalian a. GBKSM mengucapkan ‘selamat datang’ serta minta murid duduk di kerusi sofa. b. Pilih CD mengikut kesukaan murid c. Pasang CD dan earphone d. Pejam mata dan bayangkan keadaan tenang sambil mendengar muzik. e. Sekiranya murid masih stres, minta murid kongsi perasaan dengan orang lain. iv. Relaksasi otot Proses pengendalian a. GBKSM mempersilakan murid duduk di atas kerusi yang selesa b. Pejamkan mata c. Genggamkan sebelah tangan dengan kuat selama beberapa saat dan tumpukan perhatian kepada ketegangan genggaman tersebut. d. Kemudian lepaskan genggaman perlahan-lahan. Rasakan ketegangan itu hilang perlahan-lahan. e. Ulangi latihan ini pada otot-otot di bahagian lain badan (mata, muka, dahi, tangan dan kaki).
  • 13. 11 MODUL MINDA SIHAT 5.4 AKTIVITI 4 BERFIKIR SECARA POSITIF TAJUK : Berfikir Secara Positif OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat 1. mengetahui maksud pemikiran positif. 2. menyenaraikan beberapa faedah pemikiran positif. 3. mengamalkan aktiviti pemikiran positif. MASA : 60 minit BAHAN : Lembaran senario (Lampiran 4), Panduan berfikiran positif (Lampiran 5). LANGKAH : 1. GBKSM memberikan satu senario kepada murid untuk dibincangkan (Lampiran 4). 2. GBKSM akan menganalisa senario bersama-sama murid. 3. GBKSM menerangkan langkah-langkah berfikiran secara positif (Lampiran 5): a. Langkah 1 : Mengenalpasti situasi. b. Langkah 2 : Menilai kewujudan pemikiran negatif. c. Langkah 3 : Menilai sama ada pemikiran negatif tersebut sahih/wajar, serta mempunyai fakta yang kukuh. d. Langkah 4 : Gantikan pemikiran negatif dengan pemikiran yang lebih munasabah. 4. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan. FALSAFAH : Kehidupan Lebih Bererti Apabila Fikiran Sentiasa Positif
  • 14. 12MODUL MINDA SIHAT LAMPIRAN 4 SENARIO Dipersalahkan Kerana Melakukan Kesalahan Disiplin LAMPIRAN 5 Nota Guru Kemungkinan Respon i. Respon Negatif Pemikiran negatif :- Situasi ini akan diterima dengan ungkapan sebegini, “Mesti ada orang cuba menganiaya aku”. Tindakan negatif:- Berasa kecil hati. Suka ponteng kelas dan sekolah. Terus bersedih dan sentiasa mengelak daripada berjumpa rakan dan GBKSM. Hasil negatif:- Tidak dapat menumpukan perhatian kepada pdp dalam kelas. Keputusan peperiksaan semakin merosot dan mencari alasan untuk berhenti sekolah. ii. Respon Positif Pemikiran positif:- Situasi ini akan diterima dengan ungkapan sebegini, “Aku akan cuba berubah dengan lebih baik pada masa akan datang”. Tindakan positif:- Berjumpa dengan GBKSM untuk membincangkan langkah- langkah bagi memperbaiki diri. Hasil positif:- Berasa selesa dengan diri sendiri dan mempunyai harga diri yang tinggi. Tidak perlu mengalami stres.
  • 15. 13 MODUL MINDA SIHAT 5.5 AKTIVITI 5 HARGA DIRI TAJUK : Harga Diri OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. mengetahui maksud kepentingan harga diri. 2. mengenalpasti perasaan yang wujud dan cara menanganinya. 3. mengenalpasti kelemahan dan kekuatan untuk membantu kemajuan diri. MASA : 60 minit BAHAN : Helaian potensi diri (Lampiran 6). LANGKAH : 1. GBKSM berbincang dengan murid tentang maksud harga diri. 2. GBKSM mengedar dan membimbing murid melengkapkan Helaian Potensi Diri (Lampiran 6). 3. GBKSM berbincang dengan murid tentang kelebihan diri yang perlu terus kekal pada diri dan ditingkatkan. 4. GBKSM berbincang dengan murid tentang kelemahan diri yang perlu diperbaiki. 5. Murid diminta menyusun butiran potensi diri mengikut keutamaan. 6. GBKSM membuat pengukuhan. 7. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan. FALSAFAH : Kejayaan Akan Dicipta Oleh Orang Yang Mempunyai Harga Diri Yang Tinggi.
  • 16. 14MODUL MINDA SIHAT LAMPIRAN 6 Helaian Potensi Diri Kelebihan Diri Kelemahan Diri 1. 2. 3. 4. 5. 1. 2. 3. 4. 5.
  • 17. 15 MODUL MINDA SIHAT 5.6 AKTIVITI 6 PENYELESAIAN MASALAH TAJUK : Penyelesaian Masalah OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. menyatakan apa itu penyelesaian masalah. 2. menyenaraikan kebaikan penyelesaian masalah yang baik. 3. membincangkan langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah. MASA : 60 minit BAHAN : Lembaran senario (Lampiran 7), panduan kemahiran daya tindak (Lampiran 8) dan tips membuat keputusan (Lampiran 9). LANGKAH : 1. GBKSM memberi senario kepada murid (Lampiran 7). 2. GBKSM perlu menyenaraikan respon daripada murid dan membincangkan di papan putih. 3. GBKSM melatih murid menggunakan pendekatan IDEAL untuk mempertingkatkan kemahiran penyelesaian masalah (Lampiran 7) 4. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan. FALSAFAH : Agi Idup Agi Ngelaban
  • 18. 16MODUL MINDA SIHAT LAMPIRAN 7 CONTOH SENARIO Ahmad seorang murid yang pemalu dan pendiam. Disebabkan oleh sikapnya itu beliau sering menjadi bahan ejekan dan dibuli oleh rakan-rakan sekolah. Ahmad juga tidak mampu untuk membuat aduan kepada guru kerana telah diugut oleh murid- murid tersebut. Jika anda adalah Ahmad, bagaimanakah anda menyelesaikan masalah ini? i. I – Identify (kenalpasti masalah) Ahmad sering menjadi bahan ejekan dan buli akibat sifatnya yang pemalu dan pendiam. ii. D – Describe (Huraikan pilihan yang ada) a. Membuat aduan kepada guru. b. Membiarkan saja perlakuan tersebut. c. Bertindak agresif dengan membalas tindakan rakan. d. membuat keputusan memberitahu ibu bapa dan pindah sekolah. iii. E – Evaluate (Buat penilaian bagi setiap pilihan: kelebihan dan kelemahan) a. Membuat aduan kepada guru • Masalah dapat diselesaikan. • Dapat bersekolah dengan tenang. • Murid akan diambil tindakan dihukum. • Murid akan berdendam kepadanya. b. Membiarkan saja perlakuan tersebut • Masalah tidak dapat diatasi. • Murid akan terus mengejek dan membuli. • Ahmad akan lebih murung dan stres. c. Bertindak agresif dengan membalas tindakan rakan • Akan berasa puas dapat membalas • Timbul rasa yakin diri dan berani
  • 19. 17 MODUL MINDA SIHAT • Akan diambil tindakan oleh guru disiplin d. Membuat keputusan pindah sekolah • Mendapat suasana dan rakan baru. • Lebih fokus untuk belajar kerana tiada gangguan. • Sekiranya tidak berubah daripada sikap lamanya maka dia akan terus dibuli di sekolah baru. • Mengambil masa untuk menyesuaikan diri di tempat baru. v. A – Act (Bertindak berdasarkan pilihan yang baik) Pilih keputusan ( A ) Sebab-sebab memilih adalah dengan membuat aduan kepada guru, oleh itu masalah akan dapat diatasi kerana murid yang membuli akan diambil tindakan, seperti tindakan disiplin, kaunseling dan sebagainya dan dirinya juga akan diberi dorongan dan kaunseling agar dapat membina keyakinan diri. vi. L – Learn (Belajar dan semak semula) Menyedari bahawa terdapat banyak pilihan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Pilihan yang terbaik adalah yang paling praktikal.
  • 20. 18MODUL MINDA SIHAT 5.7 AKTIVITI 7 TEGAS DIRI TAJUK : Tegas Diri OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. mengetahui maksud tegas diri. 2. memberi contoh individu yang tegas diri. 3. membuat latihan untuk menilai tahap perlakuan tegas diri murid. MASA : 60 minit BAHAN : Borang Penilaian Sikap Tegas Diri (Lampiran 10), Nota Guru (Lampiran 11). LANGKAH : 1. GBKSM mengedarkan Borang Penilaian Sikap Tegas Diri berkaitan sikap asertif (Lampiran 10). 2. GBKSM meminta murid menjawab Borang Penilaian Sikap Tegas Diri. 3. GBKSM mentafsir sikap tegas diri murid. 4. GBKSM menerangkan ciri-ciri individu yang asertif. 5. GBKSM menerangkan perbezaan di antara sikap pasif, tegas dan agresif/garang (Lampiran 11) 6. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan. FALSAFAH : Berani Kerana Benar
  • 21. 19 MODUL MINDA SIHAT LAMPIRAN 10 BORANG PENILAIAN SIKAP TEGAS DIRI BIL ITEM SKALA 1 Kerap 2 Kadang kala 3 Jarang Sekali 4 Tidak Pernah 1. Dalam sesuatu mesyuarat yang diselubungi oleh kemarahan, percanggahan pendapat, saya boleh bercakap dengan penuh yakin. 2. Jika saya berasa ragu-ragu, saya mudah meminta pertolongan. 3. Kalau ada sesiapa bersikap tidak adil dan garang, saya dapat menangani situasi ini dengan penuh keyakinan. 4. Bila seseorang suka menyindir saya ataupun orang lain, saya dapat bercakap tanpa berasa marah. 5. Bila saya ditindas, saya akan menyuarakan pandangan dengan terus terang tanpa bersikap agresif. 6. Sekiranya saya berasa saya diambil mudah, saya boleh menarik perhatian mengenai perkara itu tanpa bermasam muka atau rasa kecewa. 7. Kalau seseorang meminta kebenaran untuk melakukan sesuatu yang saya tidak mahu beliau lakukan, seperti merokok, saya akan menyatakan; "JANGAN" tanpa berasa bersalah. 8. Jika sesiapa meminta pendapat tentang sesuatu, saya boleh memberikan pandangan walaupun tidak popular. 9. Saya boleh berhubung secara mudah dan berkesan dengan orang atasan. 10. Bila layanan yang diberi tidak memuaskan samada di kedai ataupun di restoran, saya dapat menyatakan perasaan tidak puas hati tanpa menyerang pihak lain. 11. Bila terdapat sesuatu peluang / tawaran yang penting, saya akan menyuarakan bagi pihak diri sendiri. 12. Bila saya dapat mengesan sesuatu yang tidak betul, saya akan bertindak tanpa menunggu akibat yang lebih buruk. 13. Bila ada berita buruk yang perlu saya sampaikan, saya dapat menyatakan dengan tenang tanpa terlalu risau.
  • 22. 20MODUL MINDA SIHAT 14. Jika saya memerlukan sesuatu, saya akan memintanya secara berterus terang. 15. Bila seseorang tidak memberi perhatian terhadap apa yang saya katakan, saya berupaya menyampaikan maksud saya tanpa bercakap lantang dan berasa kecewa. 16. Bila seseorang silap memahami apa yang saya sampaikan, saya akan membuat pembetulan tanpa rasa bersalah ataupun memperkecilkan orang itu. 17. Bila saya tidak bersetuju dengan pandangan ramai, saya dapat menyampaikan pendapat saya tanpa rasa bersalah ataupun angkuh. 18. Saya sedia menerima teguran. 19. Saya dapat memberikan pujian tanpa berasa malu atau kelihatan mengampu. 20. Bila marah, saya masih dapat menyampaikan pendapat tanpa menghukum atau pun berasa kecewa. KAEDAH MENGIRA SKOR PENILAIAN TEGAS DIRI (ASERTIF) • Jumlahkan kesemua markah pada jawapan setiap ruang. • Kalau jumlah di antara 20 - 25, klien adalah seorang yang berkeyakinan dan asertif dalam menghadapi sebarang situasi. • Kalau jumlah di antara 26 - 35, walaupun klien boleh mempunyai sikap asertif tetapi boleh diperbaiki melalui latihan tegas diri. • Kalau jumlah di antara 36 - 50, sikap tegas diri klien tidak konsisten dan perlu berusaha untuk memperbaiki sikap. • Kalau jumlah skor di antara 51 - 80, klien perlu berusaha keras untuk membentuk sikap tegas diri.
  • 23. 21 MODUL MINDA SIHAT LAMPIRAN 11 NOTA GURU PERBEZAAN DI ANTARA SIKAP PASIF, TEGAS DAN AGRESIF/ GARANG Pasif Tegas Agresif/Garang Lisan • Meminta maaf • Merayu • Meleret dan meremehkan • Merendah diri • Kenyataan ringkas dan jelas • Pernyataan menunjuk kehendak • Pernyataan objektif • Kritikan membina • Lebih menyebut saya • Angkuh • Menekan • Mengancam • Menyindir • Menyalah dan merendahkan orang Bukan Lisan a) Umum b) Khusus • Gerak badan yang mengharap orang bertanya kemahuan anda • Pandangan yang tidak menyakinkan apabila menyatakan sesuatu • Tingkah laku mendengar penuh minat, yakin, membayangkan kekuatan dan prihatin • Menunjuk kekuatan secara berlebihan, angkuh Suara • Tidak bermaya, teragak-agak, halus dan ragu-ragu • Tegas, mesra, relaks dan suara yang bersesuaian • Nyaring, kuat, tidak mesra dan autoritatif Mata • sentiasa merenung ke bawah, berair dan merayu • Pandangan ikhlas, ada eye contact tetapi bukan menatap dengan tajam Lain-lain a) Kedudukan diri b) Gaya atau posisi tubuh c) Tangan d) Kaki • Mencari sokongan • Memutarbelit • Membongkok • Cuba menyembunyikan diri • Mengangguk kepala berlebihan • Sejuk dan menggeletar • Berjalan menyeret, resah gelisah dan menghayun kaki • Selesa dan relaks • Relaks dan pergerakan yang yakin • Kedudukan selesa • Menuding jari • Cekak pinggang, kasar dan suka menyindir • Tindakbalas terburu- buru dan menumbuk- numbuk • Mengetuk dengan perlahan
  • 24. 22MODUL MINDA SIHAT 5.8 AKTIVITI 8 BUAT CERITA TAJUK : Buat Cerita OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. mengenalpasti perkara yang patut dilakukan dalam menghadapi permasalahan hidup. 2. menangani masalah yang dihadapinya. MASA : 60 minit BAHAN : Contoh helaian cerita (Lampiran 12) LANGKAH : 1. GBKSM memberi contoh helaian cerita kepada murid untuk dibaca (Lampiran 12). 2. GBKSM meminta murid untuk menulis ceritanya sendiri mengikut masalah yang sedang dialaminya. 3. GBKSM berbincang dengan murid tentang masalah yang dihadapi mengikut nota panduan berikut; • Apakah cabaran yang ditempuhi oleh watak dalam cerita? • Apakah yang perlu dilakukan oleh watak untuk mengatasi masalahnya. • Siapakah orang yang boleh berkongsi cerita dengan watak. • Apakah kekuatan yang ada pada diri untuk dijadikan sebagai benteng kekuatan diri. 4. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan. FALSAFAH : Setiap Penyakit Ada Ubatnya
  • 25. 23 MODUL MINDA SIHAT LAMPIRAN 12 Helaian Cerita Dear Diary, Ohhh.......Elly memang dah tak nak kawan dengan aku lagi. Nampaknya dia cuma nak kawan dengan orang yang pandai macam dia. Masa aku pergi rumah dia, dia macam malas nak layan aku, macam terpaksa aje. Aku rasa dah keseorangan dalam dunia ini. Kawan-kawan, emak, abah, abang, kakak malah adik pun macam menyingkirkan aku. Aku rasa teruk sangat, ke mana aku nak mengadu.................
  • 26. 24MODUL MINDA SIHAT 5.9 AKTIVITI 9 MOTO HIDUP TAJUK : Moto Hidup OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. mengetahui kepentingan untuk bersifat sabar. 2. mengukuhkan sifat cekal bagi mencapai kejayaan dalam hidup. 3. membina matlamat diri untuk berjaya. MASA : 60 minit BAHAN : Peribahasa (Lampiran 13). LANGKAH : 1. GBKSM mengedarkan helaian peribahasa (Lampiran 13). 2. GBKSM dan murid berbincang tentang maksud peribahasa. 3. GBKSM mengaitkan peribahasa tersebut dengan diri murid. 4. GBKSM meminta murid memberi contoh peribahasa lain yang sesuai untuk dirinya yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan. 5. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan. FALSAFAH : Yang Baik Jadikan Teladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan.
  • 27. 25 MODUL MINDA SIHAT LAMPIRAN 13 PERIBAHASA Berikan maksud peribahasa di bawah. 1. “ Belakang parang diasah lagikan tajam” __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ 2. “Genggam bara api biar sampai jadi arang” __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ 3. “ Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya” __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ 4. “Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit” __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________
  • 28. 26MODUL MINDA SIHAT Nota Guru 1. “ Belakang parang diasah lagikan tajam” JIKA BERUSAHA DENGAN GIGIH PASTI AKAN BERJAYA 2. “Genggam bara api biar sampai jadi arang” MEMBUAT SESUATU PEKERJAAN YANG SUSAH HENDAKLAH SABAR SEHINGGA MENCAPAI KEJAYAAN. 3. “ Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya” CITA-CITA TANPA USAHA TIDAK AKAN TERCAPAI 4. “Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit” USAHA YANG TERUS MENERUS PASTI AKHIRNYA AKAN MEMBERIKAN HASIL
  • 29. 27 MODUL MINDA SIHAT 5.10 AKTIVITI 10 RANCANGAN HIDUPKU TAJUK : Rancangan Hidupku OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. membuat perancangan hidup bagi memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. MASA : 60 minit BAHAN : Helaian Rancangan Hidupku (Lampiran 14). LANGKAH : 1. Murid diminta melengkapkan helaian Rancangan Hidupku (Lampiran 14). 2. Murid diminta membacakan maklumat yang telah ditulis dalam helaian Rancangan Hidupku. 3. GBKSM dan murid berbincang sama ada butiran yang ditulis adalah sesuatu yang realistik dan boleh dicapai. 4. Murid diminta menyimpan helaian Rancangan Hidupku untuk dijadikan panduan membina matlamat hidup. 5. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan. FALSAFAH : Kehidupan Yang Dirancang Dengan Baik Akan Memberi Ketenangan
  • 30. 28MODUL MINDA SIHAT LAMPIRAN 14 Helaian Rancangan Hidupku Matlamat Hidupku Pelan Matlamat Hidup Faktor-Faktor Dalaman dan Luaran Yang boleh Membantu Usaha Yang Akan Dibuat
  • 31. 29 MODUL MINDA SIHAT Nota Guru Helaian Rancangan Hidupku Matlamat Hidupku Saya ingin menjadi doktor Pelan Matlamat Hidup 1. Masuk kelas sains tulen 2. Belajar subjek sains tulen 3. Dapat A semua subjek 4. Masuk matrikulasi atau asasi hayat 5. Menyambung ijazah perubatan Faktor-Faktor Dalaman dan Luaran Yang boleh Membantu Rakan sebaya Sokongan guru Sokongan ibu bapa Asertif Usaha Yang Akan Dibuat Tuisyen Belajar sendiri Bertanya kepada guru Belajar dalam kumpulan