Genetik, Sains Pertanian Tingkatan 4. Slide ini dibina sebagai bbm semasa menjalankan latihan mengajar. Sumber maklumat dan gambar diambil daripada buku teks SP serta internet.
4. Cepat Mengeluarkan Hasil
• Tanaman cepat matang dalam tempoh
masa yang singkat untuk mengeluarkan
hasil.
• Tempoh matang pendek membolehkan
penanaman pulangan berganda.
• Usaha dijalankan untuk mengeluarkan
varieti yang mempunyai tempoh matang
singkat.
• Berupaya mengeluarkan hasil yang tinggi.
5. Hasil Tinggi
• Memperkenalkan tanaman baru yang
berupaya mengeluarkan hasil tinggi.
• Lebih banyak makanan perlu dikeluarkan
untuk memenuhi keperluan makanan
penduduk dunia yang meningkat.
• Di Malaysia kita masih berusaha untuk
mengeluarkan beras yang mencukupi bagi
keperluan penduduk negara ini.
6. Hasil Berkualiti
• Kualiti hasil tanaman ditentukan oleh
kelazatan, kandungan gula dan nutrien
yang tinggi serta warna isi atau bentuk
yang seragam.
• Pelanggan sanggup membayar harga yang
lebih tinggi untuk mendapatkan buah-
buahan yang lebih baik.
7. Resisten Terhadap Penyakit Dan
Perosak
• Mampu menangkis dan menghalang
perkembangan patogen dan serangan
perosak.
• Tahap resisten tanaman terhadap
serangan penyakit dan serangan perosak
disebabkan oleh halangan mekanik atau
bahan kimia yang tidak disukai.
8. Bernilai Estetik
• Nilai estetik timbul mengikut ciri-ciri
warna, bentuk atau aroma.
• Warna dikaitkan dengan hasil yang cukup
masak atau matang.
• Bentuk seragam memudahkan dieksport.
• Bau yang dihasilkan memberikan kualiti
yang setanding dengan hasil yang sudah
terkenal.
9. KAEDAH MENGHASILKAN VARIETI BARU
MENGENAL PASTI BAKA BERPOTENSI
MELAKUKAN PEMILIHAN
MELAKUKAN PENGACUKAN
MENGUJI GENERASI F1
10. Mengenal Pasti Baka Yang Berpotensi
Bertujuan untuk menyediakan populasi tumbuhan
yang pelbagai sifat. Jenis tumbuhan yang dikenal
pasti:
• Varieti yang sedang ditanam.
• Tumbuhan lain daripada genus yang sama.
• Tumbuhan liar yang tumbuh di tempat asal
tanaman itu.
11. Pemilihan dilakukan setelah:
• Mengesan sifat yang dikehendaki dalam populasi
tumbuhan yang pelbagai sifat.
• Membuat penilaian membandingkan prestasi pokok
tersebut dengan pokok lain.
Melakukan Pemilihan
12. • Dilakukan untuk menggabungkan bahan genetik
daripada dua pokok induk.
• Hasil pengacukan antara pokok dikenali sebagai
hibrid.
• Boleh menggunakan teknik bioteknologi khasnya
kejuruteraan genetik.
Melakukan Pengacukan
13. • Menguji anak pokok generasi F1 merupakan amalan
asas pembiakbakaan.
• Dilakukan berdasarkan sifat tertentu seperti daya
pengeluaran atau resisten terhadap penyakit.
• Hasilnya dibandingkan dengan anak pokok yang
lain.
• Anak pokok yang berpotensi digunakan untuk
pembiakbakaan yang seterusnya.
Menguji Generasi F1
15. PEMBIAKAN MELALUI BIJI BENIH
• Biji benih: Ovul matang yang mengandungi embrio dan
menyimpan makanan.
• Diperlukan untuk dijadikan pokok penanti.
• Disemai seperti biasa dan kemudian dialih ke dalam beg
politena hitam. Boleh juga ditanam terus.
• Ciri pokok yang dihasilkan akan berbeza daripada induk.
• Mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan
hasil/berbunga.
• Kelebihan:
- Kuantiti banyak
- Kos rendah
- Sebagai alternatif apabila kaedah aseks sukar
digunakan/tidak ekonomik.
• Contoh: jagung, langsat, sayur-sayuran.