SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
TEKNOLOGI PENDIDIKAN
                    GGGE 2153
                       Tajuk:
Tugasan Kumpulan: Teknologi dan Masalah Penglihatan


                  Disediakan oleh:
            Ummu Sulaim Binti Mohammad
                      A138175
            Nurul Nadira Binti Mohd Noor
                      A138195
 Dayangku Siti Nur Amalina Binti Pengiran Haji Mahmud
                      A138727


                     Pensyarah:
              Encik Md Yussof Bin Daud
TEKNOLOGI UNTUK MASALAH PENGLIHATAN

Braille

Braille ibarat pengganti penglihatan bagi golongan bermasalah penglihatan. Penggunaan
Braille ini membolehkan mereka yang tidak dapat melihat boleh membaca, menterjemah
imej malah mengira. Braille ini adalah sejenis tulisan sentuh yang di perkenalkan oleh Louis
Braille. Beliau merupakan seorang pelajar yang sangat rajin dan beriltizam kuat untuk
mencipta tulisan yang boleh membantu golongan buta untuk membaca dengan lebih mudah.
Beliau telah mengalami kebutaan sejak dari umur 15 tahun. Dari usia ini beliau mengubah
suai tulisan tentera bagi memudahkan tentera membaca dalam gelap. Justeru, sempena
penemuan Louis Braille ini, tulisan ini dinamakan Braille.

      Braille terdiri daripada sel yang mempunyai 6 titik timbul yang dinomborkan.
Kehadiran atau ketiadaan titik itu akan memberi kod untuk simbol tersebut. Huruf Braille
Bahasa Melayu adalah hampir sama dengan kod huruf Braille Inggeris. Perkataan, simbol
(seperti tanda seru dan tanda soal), beberapa perkataan dan suku kata boleh didapati secara
terus. Contohnya perkataan orang dipendekkan kepada org. Ini membolehkan buku buku
Braille yang lebih nipis dicetak.

     Simbol Braille juga telah diperkaya sehingga boleh digunakan untuk membaca nota
muzik dan matematik. Kini Braille telah diubahsuai dengan menambah dua lagi titik
menjadikan Braille menjadi kod 8 titik. Ini memudahkan pembaca Braille mengetahui huruf
tersebut adalah huruf besar atau kecil. Selain itu, penukaran ini membolehkan huruf-huruf
ASCII dipertunjukkan dan kombinasi 8 titik ini direkodkan dalam standard Unicode.

     Braille boleh dihasilkan menggunakan batuan loh ( slate) dan stilus ( stylus ) di mana
titik dihasilkan daripada belakang muka kertas, menulis dengan imej cermin, menggunakan
tangan, atau menggunakan mesin taip Braille yang dikenali sebagai Perkins Brailler. Braille
juga boleh dihasilkan menggunakan mesin cetak Braille yang disambung kepada komputer.
(sumber wikipedia) .

          Mesin cetak Braille yang di sambungkan pada komputer, merupakan salah satu cara
yang dapat membantu penulisan Braille di hasilkan dengan lebih mudah. Perisian Terjemahan
Braille Duxbury (DBT), perisian JAWS (boleh mengeluarkan suara) dan mesin pencetak
tulisan Braille atau dikenali sebagai embosser , membantu kelancaran penghasilan buku-buku
Braille. Pada permulaanya, buku akan di imbas dari muka surat pertama. Hasil imbasan tadi
akan tertera pada komputer menerusi perisian „ text document‟ dalam tulisan rumi.
Proses penyuntingan dan mengenal pasti kesalahan ejaan juga boleh dilakukan sendiri
oleh mereka yang bermasalah penglihatan. Ketika mesin JAWS menjalani prosesnya, ia akan
mnegeluarkan suara dan membaca satu persatu ayat yang diimbas dari buku. Oleh itu,
mereka yang mengalami masalah penglihatan boleh membuat penyuntingan tanpa bantuan
mereka yang celik.

       Selain daripada itu, perisian JAWS ini selain boleh mengeluarkan suara semasa
pengimbasan. Ianya juga boleh mengeluarkan suara ketika kursor tetikus nunjukan mana –
mana di skrin komputer. Setelah itu, penulisan akan diterjemahkan daripada tulisan rumi
kepada tulisan Braille. Akhir sekali barulah , penulisan akan di cetak melalui mesin emboss.
Dimana, mesin ini akan mencetak dan akan terhasil bahan bacaan daripada tulisan Braille.
Kertas yang digunakan untuk mencetak ini di namakan Braillion. Kebiasaanya kertas ini
adalah dalam harga RM1 sehelai. Oleh itu, buku Braille kebiasaannya adalah berkali ganda
lebih mahal daripada buku biasa.

       Perisian JAWS ini juga boleh menyokong pengguna Windows Vista. Ciri- ciri yang
ada pada perisian JAWS 9.0 ialah di formatkkan dengan teks , audio , percakapan yang
pantas dan mudah. Terdapat juga gabungan 2-multi-lingual speech synthesizers iaitu
Eloquebce and RealSpeak Solo SAPI 5. Perisian JAWS ini telah berpengalaman dengan
Windows dan telah digunakan oleh 50 buah Negara dalam 23 bahasa yang berbeza.
Tambahan lagi, ianya juga di lengkapi bersama perisian MAGic screen magnification.

       Jika bagi mereka yang celik menggunakan NoteBook sebagai komputer riba yang
mudah di bawa kemana-mana, bagi golongan masalah penglihatan pula, menggunakan
BrailleNote. Alat ini digunakan oleh golongan cacat penglihatan untuk membaca
menggunakan Braille. Alat ini juga mempunyai saiz yang kecil seperti komputer riba dan
sangat „user friendly‟. Ianya boleh di gunakan bersama pemprosesan perkataan. Dokumen
juga boleh di cetak secara Braille atau juga boleh di hantar pada pengguna lain melalui e-
mail. Alat ini juga boleh di sambung dengan moderm untuk membolehkan pengguna
berhubung secara dalam bentuk rangkaian dengan pengguna lain. Antara kemudahan lain
yang terdapat di BraillesNotes ialah, Bluetooth dan Wifi, penambah Media Player, Memo
dalam bentuk suara, Kawalan Audio, Web browser, FM radio dan peranti kemasukkan
Braille sambungan dengan JAWS untuk windows.

       Seterusnya, perisian pembesar skrin pula adalah suatu keperluan yang amat penting
bagi golongan yang mengalami rabun teruk. Perisian pembesar skrin ini di gunakan bagi
melihat sesuatu teks pada skrin komputer. Ia adalah satu perisaian yang membesarkan
bahagian paparan monitor supaya mudah untuk di baca. Teknologi ini membantu pembaca
terutama apabila teks adalah kecil. Terdapat pelbagai jenis perisian pembesar skrin yang
boleh di perolehi daripada pasaran dengan fungsi yang pelbagai.

       ZoomText yang terbaru ialah Zoom text 9.1 perisian ini membolehkan melihat
sesuatu teks pada skrin yang di besarkan dan membaca teks tersebut dengan lebih jelas
berbanding perisaian versi sebelum ini. Sokongan „xFront Magnification Display High-
definition Text‟ yang terdapat dalam Zoom Text 9.1 ia dapat mengesan teks dengan lebih
mudah. Juga dengan sokongan „ NeoSpeech Synthesizes‟. Semua aplikasi dan pembacaan
dokumen dapat di baca dengan lebih kuat dan jelas seperti suara manusia biasa. Ciri-ciri
terbaru yang terdapat dalam Zomm Text 9.1 ialah boleh membaca dan membesarkan text
dalam dua monitor. Ia juga berkebolehan tmeningkatkan mengawal pemfokusan teks yang
hendak di baca. Tambahan lagi, ianya menyokong penggunaan untuk Windows Vista,
Microsoft Office 2007, Mozila Firefox dan Adobe Acrobat dan Reader.

       Seterusnya adalah mesin pembaca „ ScannerR‟ . alat ini memberi kemudahan kepada
golongan cacat penglihatan untuk membaca teks. Ia membolehkan penggunaan membaca
majalah tanpa menggunakan bantuan komputer. Teks akan diimbas dan di baca. Kemudian
alat ini juga boleh di sambung pada BrailleNote dan VoiceNote. Apabila scanner di sambung
dengan BrailleNote pengguna akan dapat membaca menggunakan tulisan Braille. Apabila
scanner di sambung VoiceNote dengan kemudahan audio , pengguna hanya perlu mendengar
teks yang di baca. Alat ini boleh membaca 50000 muka surat dan dapat disimpan dalam satu
masa tertentu.

       Cara penggunaan alat ini ialah pengguna hanya perlu meletakkan dokumen pada
scanner dan menekan butang. Teks akan mengeluarkan suara. Pengguna juga boleh
menyimpan teks yang dibaca dan mengeluarkan suara. Dengan menekan butang khas dan
menyebut nama fail, fail akan tersimpan. Alat ini juga penyokong pelbagai jenis bahasa
seperti Spanish. Italain, Franch dan lain-lain.

       WebAnywhare pula merupakan pembaca skrin yang berasaskan web. Ianya
merupakan boleh digunakan dengan menyambungkan komputer kepada internet dan auput
audio. Apa jua yang tertera di skrin ,dengan adanya web ini , ia akan mengeluarkan suara
dan membaca. Oleh itu, perisian ini adalah boleh di gunakan dimana-mana sahaja.
WebAnywhere ini juga membantu golongan yang bermasalah penglihatan untuk mencari
maklumat tanpa membeli alat pembaca skrin yang mahal. Oleh itu, mereka boleh mengekses
maklumat dengan percuma di WebAnywhere di mana sahaja.

       Justeru, kita boleh lihat, pelbagai kemudahan bagi golongan yang bermasalah
penglihatan telah di cipta. Daripada secara manual kepada automatik dan mobiliti. Pihak
sekolah dan mana-mana institusi perlulah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan dan
menyumbangkan alatan teknologi ini untuk golongan masalah penglihatan. Supaya,
pendidikan secara menyeluruh dan sama adil itu boleh di capai. Malah, dengan ini tidak
mustahil boleh meningkatkan lagi golongan masalah penglihatan yang boleh berjaya dan
setanding dengan mereka yang celik dalam pemerolehan maklumat dan pendidikan.



Cermin Mata

     Cermin mata berfungsi untuk membantu individu yang mengalami rabun untuk melihat
dengan lebih jelas. Namun begitu, cermin mata tersebut hanya sebagai hiasan jika tidak
digunakan dengan jenis kanta yang sesuai. Dua jenis kanta yang digunakan untuk
membetulkan ralat pembiasan yang sering berlaku pada mata ialah kanta cekung dan kanta
cembung. Setiap kanta mempunyai ciri- ciri dan fungsi yang khusus.

Kanta Cekung

     Kanta cekung adalah kanta yang mempunyai bahagian tengahnya nipis berbanding
dengan bahagian hujung kanta. Sekiranya kuasa kanta cekung adalah tinggi, maka mata yang
memakai kanta ini akan kelihatan lebih kecil dari saiz biasa.

     Kanta cekung digunakan untuk membetulkan ralat pembiasan yang berlaku pada mata
yang mengalami rabun jauh atau myopia. Masalah utama bagi mereka yang mempunyai
miopia yang tidak dibetulkan adalah kekaburan pada jarak jauh.
Rabun Jauh (myopia)

                                                                       Myopia                berlaku
                                                                apabila imej difokuskan di
                                                                hadapan                       retina
                                                                menyebabkan           imej     yang
                                                                terbentuk kurang jelas atau
                                                                kabur.       Individu          yang
                                                                mengalami myopia ini tidak
                                                                dapat melihat objek pada
                                                                jarak yang jauh secara jelas,
                                                                tetapi boleh melihat objek
                                                                pada      jarak   yang        dekat
                                                                dengan       jelas.     Biasanya
                                                                kejadian     rabun      jauh     ini
                                                                berlaku     dalam       kalangan
                                                                kanak- kanak disebabkan
                                                                oleh saiz bola mata yang
lebih panjang daripada saiz normal. Kejadian myopia boleh dibetulkan dengan penggunaan
cermin mata kanta cekung. Myopia boleh dikelaskan kepada myopia fisiologi, myopia
patologi, myopia aksial, dan myopia refraktif atau myopia indeks.

     Myopia fisiologi kerap terjadi kepada pelajar sekolah dan merupakan keadaan yang
ringan berpunca daripada keadaan fisiologi yang boleh dibetulkan dengan menggunakan alat
bantuan penglihatan tertentu seperti kaca mata. Myopia fisiologi juga dikenali sebagai
myopia sekolah. Antara faktor yang menyebabkan keadaan ini ialah berlaku pertambahan
pada kelengkungan permukaan kornea atau kanta kristalin. Selain itu, saiz bola mata
bertambah panjang kerana berlakunya proses pertumbuhan dan perkembangan struktur mata.

     Myopia patologi berlaku kerana perubahan yang terjadi pada patologi komponen
pembiasan. Myopia patologi juga dikenali sebagai myopia degeneratif atau myopia progresif
atau myopia malignan. Kebiasaannya, myopia patologi mempunyai kuasa biasan yang sangat
tinggi dan berkemungkinan besar berasal daripada genetik. Antara ciri myopia patologi ialah
berlakunya pertambahan panjang aksial dengan cepat dan adanya atrofi korio-retinal. Selain
itu, berlaku kehilangan penglihatan pusat yang melibatkan kawasan makula. Individu yang
mengalami myopia patologi berisiko untuk mengalami keadaan retina lekang. Myopia
patologi biasanya tidak dapat dirawat dan penghidapnya akan tergolong dalam golongan
berpenglihatan terhad.

     Myopia aksial ialah rabun jauh yang berlaku kerana saiz bola mata yang panjang.
Perubahan saiz bola mata ini berlaku disebabkan oleh sesuatu punca seperti posterior
stafiloma.

      Manakala, myopia refraktif atau myopia indeks berlaku kerana perubahan refraktif atau
biasan pada kornea atau kanta kristalin sedangkan panjang bola matanya adalah normal.
Antara keadaan yaang boleh menyebabkan berlakunya myopia indeks adalah keratokonus,
iaitu berlaku pertambahan kuasa biasan, dan sklerosis kanta kristalin atau kornea.




Kanta Cembung

     Kanta cembung memiliki ciri tebal atau cembung dibahagian tengahnya dan nipis
dibahagian hujung/tepinya. Sekiranya kuasa kanta cembung yang diperlukan sangat tinggi,
cermin mata biasanya kelihatan seperti telur mata kerbau. Mata juga kelihatan besar apabila
cermin mata dipakai. Kuasa yang tinggi bagi kanta cembung ini boleh menyebabkan imej
yang dilihat adalah lebih besar dari saiz biasa dan kadang kala akan mengelirukan. Oleh
sebab sedemikian mereka yang mempunyai kuasa hiperopia yang tinggi akan memilih untuk
memakai kanta sentuh untuk membaiki ralat refraksi. Bagi kanak-kanak hiperopia, mereka
diperlukan untuk memakai cermin mata berkanta cembung untuk semua aktiviti jauh dan
dekat. Mungkin bila disebut sebagai rabun dekat, ibubapa akan menyuruh anak mereka untuk
memakai cermin mata itu hanya apabila melakukan kerja dekat, mereka perlu sedar bahawa
ini adalah tidak betul dan boleh menyebabkan kerabunan yang lebih teruk pada kanak-kanak
ini dan juga boleh menyebabkan berlakunya ambliopia ataupun mata malas.
Rabun Dekat (hyperopia)




                                        Imej terbentuk di belakang titik fokus
Tanpa cermin mata




                                      Imej terbentuk pada titik fokus
Dengan cermin mata
                                                                                  Hyperopia berlaku
                                                 apabila imej difokuskan di belakang retina.
                                                 Keadaan ini menyebabkan penglihatan jauh
                                                 lebih     baik     daripada     penglihatan   dekat.
                                                 Individu yang mengalami hyperopia akan

melihat objek pada jarak yang jauh secara jelas, manakala objek pada jaraak yang dekat akan
kelihatan tidak jelas atau kabur. Ralat pembiasan ini berlaku disebabkan oleh saiz bola mata
yang lebih kecil berbanding dengan saiz normal. Individu yang mengalami hyperopia atau
rabun dekat ini perlu menggunakan cermin mata kanta cembung. Hyperopia terbahaagi
kepada hyperopia biasa, hyperopia patologi dan hyperopia kefungsian (functional).

     Hyperopia biasa berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah garis pusat
bola mata terlalu pendek atau saiz bola mata yang kecil berbanding dengan saiz normal.
Terdapat juga kes yang disebabkan oleh komponen refraktif mata yang terlalu lemah. Apabila
indeks refraktif atau indeks biasan mengalami keadaan yang tidak normal, contohnya indeks
biasan bagi cecair vitreus tinggi, maka cecair akues akan berkurang. Keadaan ini
menyebabkan bahagian korteks kanta kristalis atau kornea bertambah. Kelengkungan kornea
berkurang juga boleh menyebabkan hyperopia, terjadi apabila panjang jejari kornea
bertambah menyebabkan permukaan komponen refraktif tersebut menjadi lebih leper. Selain
itu, ruang anterior yang cetek dan umur tua juga boleh mencetuskan hyperopia.

     Hyperopia patologi pula merujuk kepada keadaan abnormal kongenital atau akibat
daripada unsur tertentu seperti barah atau ketumbuhan. Perubahan bentuk bola mata yang
menyebabkan panjang aksial bola mata terlalu pendek atau saiz bola mata kecil berbanding
saiz normal. Keadaan ini disebabkan oleh barah di orbit mata, mikroftalmus, edema atau
perubahan akibat kecederaan tertentu pada mata. Masalah pada kelengkungan kornea yang
merupakan komponen refraktif, seperti permukaan kornea menjadi lebih leper akibat
daripada ulser pada permukaannya. Perubahan metabolisma boleh meningkatkan indeks
biasan cecair vitreus, mengurangkan indeks biasan cecair akuess, atau meningkatkan indeks
biasan pada korteks kanta kristalin atau kornea. Ketiadaan elemen tertentu pada mata juga
menyumbang kepada hyperopia patologi seperti ketiadaan kanta kristalin menyebabkan
keadaan afakia. Selain itu, kedudukan kornea yang tidak pada tempatnya juga boleh
mencetuskan keadaan hyperopia. Contohnya, kedudukan kornea yang terkebelakang, iaitu ke
arah posterior.

      Hyperopia kefungsian atau functional adalah disebabkan oleh pengaruh akomodasi.
Penguncupan otot siliari semasa proses akomodasi akan meningkatkan kuasa biasan kornea
yang sedikit sebanyak boleh membetulkan sejumlah tertentu darjah hyperopia yang wujud.
Hyperopia kefungsian boleh dibahagikan kepada dua kategori berdasarkan akomodasi
tersebut, iaitu hyperopia yang terpendam (latent) dan hyperopia yang dinyatakan sebagai
hyperopia pilihan (fakultatif) dan hyperopia mutlak. Hiperopia terpendam boleh dihilangkan
secara fisiologi oleh otot siliari, samada secara penguncupan atau pengembangan. Manakala
hyperopia pilihan pula dapat dihilangkan dengan keupayaan akomodasi. Berbeza dengan
hyperopia mutlak yang tidak dapat diatasi melalui proses akomodasi.




Kanta Lekap

      Kanta lekap ialah kanta yang dipakai terus pada mata utuk membetulkan kecacatan
refarktif atau kecacatan pembiasan. Secara amnya, terdapat tiga jenis kanta lekap, iaitu keras,
separa keras dan lembut. Bagi kanta lekap keras dan separa keras, ia dipisahkan oleh satu
lapisan cecair air mata, manakala bagi kanta lekap lembut, ia hamper bersentuhan atau
melekap pada lapisan epitelium kornea mata.

      Kanta lekap digunakan terutamanya untuk menggantikan cermin mata bagi
memperbaiki kecacatan, tetapi ia mungkin juga digunakan untuk perlindungan bagi beberapa
jenis penyakit kornea. Memang tidak dinafikan bahawa kewujudan kanta lekap telah banyak
membantu dalam meningkatkan ketajaman mata, selain penggunaannya memberi keselesaan
kepada pemakai.
Orang Buta Akan Mampu Melihat


     Dulu teknologi ini hanya dikembangkan dalam filem- filem Fiksyen. Dalam Filem Star
Trek: The Next Generation, diceritakan bahawa seorang juruteknik pesawat Enterprise
bernama Jordy LaForge, yang mengalami kebutaan sejak lahir, namun tetap boleh melihat
dengan menggunakan sebuah gadget atau alat bantu pengelihatan virtual alias visioner yang
dipasang seperti cermin mata Stevie Wonders.

     Namun teknologi yang terdapat dalam filem fiksyen tersebut kini nampaknya akan
menjadi kenyataan. Sebuah kumpulan dari Hebrew University Yerusalem yang dipimpin oleh
Dr. Amir Amedi telah mengembangkan teknologi yang sebenarnya telah diciptakan 20 tahun
lalu oleh peneliti Belanda, Dr. Peter Meijer. Dalam peringkat yang diberi nama Sensory
Substitution Device (Alat pengganti sensor), Dr. Peter Meijer menggunakan teknik algoritma
dengan sistem gelombang untuk menterjemahkan posisi dan bentuk dari suatu objek dengan
nada-nada tertentu, yang membuat orang yang mengalami kebutaan mampu mengetahui
bentuk dan posisi suatu benda.

     Hasil penelitian oleh Dr. Meijer tersebut, kumpulan Hebrew University sekarang
sedang mengembangkan teknologi yang menakjubkan, iaitu menciptakan alat yang akan
membuat korteks visual orang yang buta sejak lahir mampu menangkap isyarat- isyarat yang
boleh diterjemahkan oleh otak sebagai bentuk dan posisi, atau bahasa singkatnya : alat untuk
membantu orang buta mampu melihat.

     Dr. Amedi menulis dalam jurnal Cerebral Cortex bahawa hasil penelitiannya
menemukan bahawa korteks visual pada mata mengatur data yang terbahagi kepada dua jalur.
Jalur pertama disebut occipito-temporal ventral, yang berfungsi mengalirkan informasi
berkaitan dengan bentuk, identiti, dan warna ke otak. Jalur ke dua disebut dorsal occipito
parietal yang berfungsi mengirimkan data tentang lokasi objek dan mengkoordinasikan data
visual dengan fungsi motorik.
Dengan teori tersebut, kumpulan dari Herbew University tersebut mampu menciptakan
sebuah alat seperti cermin mata yang membuat orang buta "benar-benar" boleh melihat. Hasil
imbasan MRI menunjukkan bahawa orang buta yang menggunakan alat tersebut mampu
memiliki pengelihatan seperti orang normal.

      Dari hasil penelitan tersebut, Dr. Amedi berpendapat bahawa :"Otak bukanlah mesin
sensorik, namun lebih merupakan sebuah mesin Tugas / Task Machine."

      Pada masa hadapan, alat ini akan dikembangkan untuk membantu orang yang
mengalami kebutaan untuk mampu melihat dunia yang indah, melihat bunga-bunga yang
mempesona, dan membaca kata kata mutiara yang tertulis.



Latihan Orientasi dan Mobiliti

Latihan orientasi dan mobiliti merupakan pengajaran yang sangat penting kepada kanak-
kanak Cerebral Palsy terutamanya yang buta. Pengajaran orientasi dan mobiliti ini adalah
bertujuan untuk membantu kanak-kanak cerebral palsy untuk bergerak dengan bebas didalam
persekitaran menggunakan teknik yang betul dan selamat. Kemampuan untuk bergerak bebas
tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain membolehkan kanak-kanak cerebrap palsy
ini berdikari dan dapat berinteraksi dengan alam sekeliling. Mereka akan bertambah yakin
dengan kemampuan diri dan tidak takut untuk bergerak secarabersendirian. Latihan orientasi
dan mobiliti ini perlu dilakukan seawal mungkin. Disekolah, latihan orientasi kawasan
sekolah dapat menyediakan pengalaman dan pengetahuan kepada kanak-kanak cerebral palsy
yang buta ttentang persekitaran kawasan sekolah dan bilik darjah. Berikut ialah pendekatan
dan teknik dalam pengajaran orientasi mobiliti dan prasarana yang digunakan untuk latihan
orientasi dan mobiliti ini.
Teknik Pengiring Celik

Teknik ini menggunakan orang yang celik sebagai pengiring atau pemandu kepada kanak-
kanak yang buta. Biasanya orang yang celik akan menawarkan diri untuk menjadi pemandu
atau pengiring. Untuk mengiringi kanak-kanak buta, kanak-kanak itu akan memegang pada
lengan pengiring iaitu pada bahagian siku. Pengiring akan memandu kanak-kanak tersebut
bergerak pada kedudukan satu langkah dihadapan. Teknik pengiring celik ini mudah
dilaksanakan oleh orang ramai untuk membantu kanak-kanak yang mengalami masalah
penglihatan terutama sekali yang buta untuk bergerak. Namun begitu, teknik ini tidak
menggalakkan individu yang cacat penglihatan bergerak bersendirian tanpa mengharapkan
bantuan orang lain. Mereka tidak mampu berdikari sekiranya tiada sesiapa yang menawarkan
diri untuk menjadi pemandu. Teknik pengiring celik ini adalah salah satu diantara teknologi
yang ada. Manusia adalah salah satu contoh teknologi untuk membantu manusia yang lain.
Selain dari ini teknik menggunakan teknologi lain untuk orientasi dan mobiliti ini juga ada.




Tongkat Panjang

Tongkat adalah salah satu contoh teknologi. Tongkat ini sangat penting dan memainkan
peranan yang utama untuk pergerakan orientasi dan mobile bagi individu yang mempunya
masalah penglihatan yakni buta. Tongkat panjang merupakan symbol “kebutaan”. Tongkat
atau tongkat panjang digunakan dengan meluas oleh kebanyakan orang buta diseluruh dunia.
Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tongkat yang terdapat dalam pasaran dan digunakan oleh
orang buta. Antaranya ialah tongkat putih yang diperbuat daripada aluminium, tongkat kayu,
tongkat yang diperbuat daripada rotan, tongkat fiber, tongkat buluh dan pelbagai jenis tongkat
lagi. Tiga kegunaan tongkat kepada individu masalah penglihatan khususnya yang buta ialah:

   1) Memberikan perlindungan daripada sebarang halangan yang terletak dibahagian paras
       pinggang.
   2) Mengesan langkah/anak tangga/bendul/batas dan benda lain yang tidak sekata seperti
       batu, longkang dan lain-lain.
   3) Memberi maklum balas deria mengenai keadaan sesuatu permukaan.

       Kemahiran menggunakan tongkat panjang memerlukan latihan daripada jurulatih atau
guru pendidikan khas yang terlatih dalam orientasi dan mobility. Penggunaan teknik tongkat
yang betul, membantu individu buta berdikari dan bergerak bebas di dalam persekitaran.
Selain itu, penggunaan tongkat juga dapat menngelakkan daripada berlakunya kemalangan
akibat salah langkah.




Anjing Pengiring

Anjing juga merupakan salah satu teknologi untuk orientasi dan mobiliti ini. Kaedah ini
banyak digunakan diluar negara terutama sekali dinegara barat. Penggunaan anjing pengiring
ini adalah sebagai alat untuk membantu pergerakan atau perjalanan orang buta.
Walaubagaimanapun, anjing yang digunakan adalah anjing terlatih. Anjing yang dipilih
sebagai orang buta biasanya telah mendapat latihan dari organisasi yang bertanggungjawab
untuk melatih anjing pengiring ini. Mereka dilatih oleh jurulatih professional dan yang
mempunyai kemahiran yang lebih tinggi. Mungkin ramai yang menyoal kenapa anjing dipilih
untuk sebagai pengiring orang buta. Ini adalah kerana anjing merupakan binatang yang
mempunyai deria yang sangat sensitive. Selain itu, anjing juga mudah dilatih dan agak bijak
berbanding haiwan yang lain. Anjing pengiring biasanya digunakan oleh orang dewasa dan
orang tua kerana mereka perlu bertanggungjawab kepada anjing tersebut dari segi
keselamatan, kesihatan dan keperluan makan dan minum. Penggunaan anjing pengiring lebih
efektif kepada orang buta yang masih mempunyai sedikit penglihatan kerana mereka
merupakan penjaga kepada anjing tersebut dan juga perlu bertanggungjawab keatasnya.




Prasarana Berteknologi Bagi Masalah Penglihatan (Orientasi dan Mobiliti)

Selain dari kemudahan teknologi yang disebutkan diatas tadi, kemudahan-kemudahan
prasarana lain ynag berteknologi juga terdapat ditempat awam. Dalam erti kata lain,
kemudahan teknologi untuk orang-orang berkeperluan khas secara umumnya dan masalah
penglihatan secara amnya juga tidak ketinggalan. Antaranya adalah:




   1) “Ramp”

   Ramp adalah salah satu kemudahan untuk laluan orang kurang upaya sebagai ganti
   kepada tangga. Ramp ini membolehkan pengguna berkerusi roda dan pengguna-pengguna
   berkeperluan khas yang lain untuk lebih memudahkan mereka untuk mengakses
bangunan dan memudahkan pergerakan mobiliti mereka. Ramp ini juga boleh dibuat
secara kekal, separuh kekal ataupun boleh dibuat secara mudah alih. Ramp yang dibuat
secara kekal dan separuh kekal diperbuat daripada bahan aluminium, konkrit atau kayu.




2) “Railing” atau “handrail”

“Handrail” adalah susur tangan yang direka untuk pemegang tangan untuk memberikan
kestabilan atau sokongan ketika menaiki dan menuruni tangga ataupun ketika berada
dimana sahaja yang terdapat susur tangan ini. Ini adalah antara kemudahan teknologi
untuk individu yang mempunyai masalah penglihatan supaya mereka berjalan lebih
selamat. Kemudahan ini biasanya digunkan untuk menaiki dan menuruni anak tangga dan
eskalator untuk mengelakkan dari jatuh yang memudaratkan. Susur tangan ini biasanya
disokong oleh tiang atau dipasang terus pada dinding.




3) Sistem Kawalan Lif

Kebanyakan bangunan pada masa kini banyak menggunakan lif sebagai akses kemudahan
yang ada untuk orang awam. Kebanyakan orang menggunakan lif untuk bergerak dari
satu paras ke paras yang lain. Namun, bagaimanakah sekiranya indvidu buta itu tidak
mengetahui di tingkat mana beliau berada? Penggunaan tanda Braille telah diberikan
mandat oleh undang-undang. Dengan cara ini ianya boleh membantu pengguna-pengguna
lif yang buta untuk bergerak dan menekan di tingkat mana mereka harus tuju.
Walaubagaimanapun, tidak semua orang yang mempunyai kecacatan penglihatan tahu
membaca tulisan Braille ini. Satu pelarasan kecil boleh membuat lif mudah untuk
digunakan untuk pengguna-pengguna yang kehilangan daya penglihatan. Keperluan
teknologi dari masa ke semasa amatlah penting bagi meningkatkan kemudahan-
kemudahan yang sedia ada untuk memudahkan orang cacat penglihatan ini boleh
bergerak dengan mudah (Darren, 2005)
Kajian Lepas (Literature Review)

Satu kajian telah dibuat di negara luar mengenai teknologi baru untuk masalah penglihatan
iaitu tongkat elektronik bagi individu yang mempunyai masalah penglihatan. Kajian itu
menyatakan, walaupun terdapat pelbagai jenis alat bantuan mobiliti elektronik untuk individu
yang mempunyai masalah penglihatan dibuat sebagai salah satu alternatif kepada tongkat
putih akan tetapi masih terdapat pengguna yang mempunyai keraguan terhadap penggunaan
keberkesanan dan kebolehgunaan alat yang baru diperkenalkan ini. Untuk mengenal pasti
cara-cara untuk meningkatkan kepercayaan kebolehgunaan dan keberkesanan tongkat
elektronik adalah dengan mengadakan satu kajian kes dijalankan untuk mengkaji tahap
kebolehgunaan dan keberkesanannya.

        Tongkat elektronik yang digunakan untuk bahan kajian ini mempunyai sensor (infra-
merah, laser dan ultrasonic). Fungsi sensor ini adalah untuk memmberikan informasi kepada
pengguna mengenai sekelilingnya. Tongkat elektronik ini di inovasikan untuk mengesan
halangan-halangan yang berada di paras lutut dan pada jarak 2 meter.

        20 orang informan masalah penglihatan yang mempunyai pengalaman menggunakan
tongkat putih dan tidak mempunyai pengalaman menggunakan tongkat putih dikaji yang
mana mereka menggunakan 2 jenis tongkat yang berbeza iaitu tongkat putih dan tongkat
elektronik.

        Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tongkat elektronik adalah lebih berkesan
dalam mengelak halangan-halangan daripada tongkat putih untuk kedua-dua pengguna yang
berpengalaman dan tidak berpengalaman dalam menggunakan tongkat. Walaubagaimanapun,
dari pengalaman sebelumnya, didapati bahawa pengguna yang menggunakan tongkat putih
didapati mempunyai manfaat untuk menyiapkan tugas tepat pada masanya (Sung Yeon Kim
et.al, 2012).




Rumusan

Semua kanak-kanak merupakan aset yang berharga kepada negara. Potensi mereka dapat
dibangunkan untuk memberi sumbangan bagi memajukan dan memakmurkan negara. Ini
termasuklah individu yang berkeperluan khas masalah penglihatan. Kecacatan yang dialami
tidak boleh dijadikan sebagai batasan dan alas an yang menyekat perkembangan diri dan
potensi mereka seperti mana kanak-kanak tipikal yang lain. Mereka perlu dibantu untuk
mendapatkan pendidikan yang diperlukan supaya dapat menjalani kehidupan seharian dengan
sempurna. Selain menyediakan peluang pendidikan, kesihatan kanak-kanak                    yang
mmempunyai masalah penglihatanjuga perlu diberikan perhatian. Rawatan dan pemulihan
dapat membantu mereka menjalani kehidupan seperti individu yang lain. Selain itu sokongan
peralatan seperti penggunaan alat-alat teknologi       perlu disediakan supaya pendekatan
normalisasi dan “least restrictive” dapat direalisasikan. Perhatian juga perlu diberikan kepada
kanak-kanak yang cerebral palsy yang bukan sahaja mengalami masalah penglihatan, tetapi
juga yang mengalami masalah dalam pembelajaran dan juga yang mengalami kecacatan
sampingan yang lain. Mereka ini memerlukan bantuan dan sokongan yang khusus dari segi
teknologi. Batasan mereka bukan semata-mata ketidakupayaan penglihatan bahkan juga dari
aspek ketidakupayaan yang lain.
Rujukan:

Zalizan Mohd Jelas, 2012, Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas: Konsep dan
Amalan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Burton,Darren., 2005, Need A Lift? Accessibility and the New Elevator Control System,
Technology and People Who Are Blind And Visually Impaired, Volume 6, No. 5.

Kim, Sung Yeon., Kim, Joon Ki., Sundar, S. Shyam., & Biocca, Frank., 2012, Electronic
Cane For Visually Impaired Persons: Empirical Examination of Its Usability and
Effectiveness, Human Centric Technology and Service in Smart Space Lecture Notes in
Electrical Engineering, Volume 182, Page 71-76.

More Related Content

Featured

PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024Neil Kimberley
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)contently
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024Albert Qian
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsKurio // The Social Media Age(ncy)
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Search Engine Journal
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summarySpeakerHub
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Tessa Mero
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentLily Ray
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best PracticesVit Horky
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementMindGenius
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...RachelPearson36
 
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Applitools
 
12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at WorkGetSmarter
 
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...DevGAMM Conference
 

Featured (20)

Skeleton Culture Code
Skeleton Culture CodeSkeleton Culture Code
Skeleton Culture Code
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
 
12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work
 
ChatGPT webinar slides
ChatGPT webinar slidesChatGPT webinar slides
ChatGPT webinar slides
 
More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike RoutesMore than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
 
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
 

Teknologi dan Masalah Penglihatan

  • 1. TEKNOLOGI PENDIDIKAN GGGE 2153 Tajuk: Tugasan Kumpulan: Teknologi dan Masalah Penglihatan Disediakan oleh: Ummu Sulaim Binti Mohammad A138175 Nurul Nadira Binti Mohd Noor A138195 Dayangku Siti Nur Amalina Binti Pengiran Haji Mahmud A138727 Pensyarah: Encik Md Yussof Bin Daud
  • 2. TEKNOLOGI UNTUK MASALAH PENGLIHATAN Braille Braille ibarat pengganti penglihatan bagi golongan bermasalah penglihatan. Penggunaan Braille ini membolehkan mereka yang tidak dapat melihat boleh membaca, menterjemah imej malah mengira. Braille ini adalah sejenis tulisan sentuh yang di perkenalkan oleh Louis Braille. Beliau merupakan seorang pelajar yang sangat rajin dan beriltizam kuat untuk mencipta tulisan yang boleh membantu golongan buta untuk membaca dengan lebih mudah. Beliau telah mengalami kebutaan sejak dari umur 15 tahun. Dari usia ini beliau mengubah suai tulisan tentera bagi memudahkan tentera membaca dalam gelap. Justeru, sempena penemuan Louis Braille ini, tulisan ini dinamakan Braille. Braille terdiri daripada sel yang mempunyai 6 titik timbul yang dinomborkan. Kehadiran atau ketiadaan titik itu akan memberi kod untuk simbol tersebut. Huruf Braille Bahasa Melayu adalah hampir sama dengan kod huruf Braille Inggeris. Perkataan, simbol (seperti tanda seru dan tanda soal), beberapa perkataan dan suku kata boleh didapati secara terus. Contohnya perkataan orang dipendekkan kepada org. Ini membolehkan buku buku Braille yang lebih nipis dicetak. Simbol Braille juga telah diperkaya sehingga boleh digunakan untuk membaca nota muzik dan matematik. Kini Braille telah diubahsuai dengan menambah dua lagi titik menjadikan Braille menjadi kod 8 titik. Ini memudahkan pembaca Braille mengetahui huruf tersebut adalah huruf besar atau kecil. Selain itu, penukaran ini membolehkan huruf-huruf ASCII dipertunjukkan dan kombinasi 8 titik ini direkodkan dalam standard Unicode. Braille boleh dihasilkan menggunakan batuan loh ( slate) dan stilus ( stylus ) di mana titik dihasilkan daripada belakang muka kertas, menulis dengan imej cermin, menggunakan tangan, atau menggunakan mesin taip Braille yang dikenali sebagai Perkins Brailler. Braille juga boleh dihasilkan menggunakan mesin cetak Braille yang disambung kepada komputer. (sumber wikipedia) . Mesin cetak Braille yang di sambungkan pada komputer, merupakan salah satu cara yang dapat membantu penulisan Braille di hasilkan dengan lebih mudah. Perisian Terjemahan Braille Duxbury (DBT), perisian JAWS (boleh mengeluarkan suara) dan mesin pencetak tulisan Braille atau dikenali sebagai embosser , membantu kelancaran penghasilan buku-buku Braille. Pada permulaanya, buku akan di imbas dari muka surat pertama. Hasil imbasan tadi akan tertera pada komputer menerusi perisian „ text document‟ dalam tulisan rumi.
  • 3. Proses penyuntingan dan mengenal pasti kesalahan ejaan juga boleh dilakukan sendiri oleh mereka yang bermasalah penglihatan. Ketika mesin JAWS menjalani prosesnya, ia akan mnegeluarkan suara dan membaca satu persatu ayat yang diimbas dari buku. Oleh itu, mereka yang mengalami masalah penglihatan boleh membuat penyuntingan tanpa bantuan mereka yang celik. Selain daripada itu, perisian JAWS ini selain boleh mengeluarkan suara semasa pengimbasan. Ianya juga boleh mengeluarkan suara ketika kursor tetikus nunjukan mana – mana di skrin komputer. Setelah itu, penulisan akan diterjemahkan daripada tulisan rumi kepada tulisan Braille. Akhir sekali barulah , penulisan akan di cetak melalui mesin emboss. Dimana, mesin ini akan mencetak dan akan terhasil bahan bacaan daripada tulisan Braille. Kertas yang digunakan untuk mencetak ini di namakan Braillion. Kebiasaanya kertas ini adalah dalam harga RM1 sehelai. Oleh itu, buku Braille kebiasaannya adalah berkali ganda lebih mahal daripada buku biasa. Perisian JAWS ini juga boleh menyokong pengguna Windows Vista. Ciri- ciri yang ada pada perisian JAWS 9.0 ialah di formatkkan dengan teks , audio , percakapan yang pantas dan mudah. Terdapat juga gabungan 2-multi-lingual speech synthesizers iaitu Eloquebce and RealSpeak Solo SAPI 5. Perisian JAWS ini telah berpengalaman dengan Windows dan telah digunakan oleh 50 buah Negara dalam 23 bahasa yang berbeza. Tambahan lagi, ianya juga di lengkapi bersama perisian MAGic screen magnification. Jika bagi mereka yang celik menggunakan NoteBook sebagai komputer riba yang mudah di bawa kemana-mana, bagi golongan masalah penglihatan pula, menggunakan BrailleNote. Alat ini digunakan oleh golongan cacat penglihatan untuk membaca menggunakan Braille. Alat ini juga mempunyai saiz yang kecil seperti komputer riba dan sangat „user friendly‟. Ianya boleh di gunakan bersama pemprosesan perkataan. Dokumen juga boleh di cetak secara Braille atau juga boleh di hantar pada pengguna lain melalui e- mail. Alat ini juga boleh di sambung dengan moderm untuk membolehkan pengguna berhubung secara dalam bentuk rangkaian dengan pengguna lain. Antara kemudahan lain yang terdapat di BraillesNotes ialah, Bluetooth dan Wifi, penambah Media Player, Memo dalam bentuk suara, Kawalan Audio, Web browser, FM radio dan peranti kemasukkan Braille sambungan dengan JAWS untuk windows. Seterusnya, perisian pembesar skrin pula adalah suatu keperluan yang amat penting bagi golongan yang mengalami rabun teruk. Perisian pembesar skrin ini di gunakan bagi
  • 4. melihat sesuatu teks pada skrin komputer. Ia adalah satu perisaian yang membesarkan bahagian paparan monitor supaya mudah untuk di baca. Teknologi ini membantu pembaca terutama apabila teks adalah kecil. Terdapat pelbagai jenis perisian pembesar skrin yang boleh di perolehi daripada pasaran dengan fungsi yang pelbagai. ZoomText yang terbaru ialah Zoom text 9.1 perisian ini membolehkan melihat sesuatu teks pada skrin yang di besarkan dan membaca teks tersebut dengan lebih jelas berbanding perisaian versi sebelum ini. Sokongan „xFront Magnification Display High- definition Text‟ yang terdapat dalam Zoom Text 9.1 ia dapat mengesan teks dengan lebih mudah. Juga dengan sokongan „ NeoSpeech Synthesizes‟. Semua aplikasi dan pembacaan dokumen dapat di baca dengan lebih kuat dan jelas seperti suara manusia biasa. Ciri-ciri terbaru yang terdapat dalam Zomm Text 9.1 ialah boleh membaca dan membesarkan text dalam dua monitor. Ia juga berkebolehan tmeningkatkan mengawal pemfokusan teks yang hendak di baca. Tambahan lagi, ianya menyokong penggunaan untuk Windows Vista, Microsoft Office 2007, Mozila Firefox dan Adobe Acrobat dan Reader. Seterusnya adalah mesin pembaca „ ScannerR‟ . alat ini memberi kemudahan kepada golongan cacat penglihatan untuk membaca teks. Ia membolehkan penggunaan membaca majalah tanpa menggunakan bantuan komputer. Teks akan diimbas dan di baca. Kemudian alat ini juga boleh di sambung pada BrailleNote dan VoiceNote. Apabila scanner di sambung dengan BrailleNote pengguna akan dapat membaca menggunakan tulisan Braille. Apabila scanner di sambung VoiceNote dengan kemudahan audio , pengguna hanya perlu mendengar teks yang di baca. Alat ini boleh membaca 50000 muka surat dan dapat disimpan dalam satu masa tertentu. Cara penggunaan alat ini ialah pengguna hanya perlu meletakkan dokumen pada scanner dan menekan butang. Teks akan mengeluarkan suara. Pengguna juga boleh menyimpan teks yang dibaca dan mengeluarkan suara. Dengan menekan butang khas dan menyebut nama fail, fail akan tersimpan. Alat ini juga penyokong pelbagai jenis bahasa seperti Spanish. Italain, Franch dan lain-lain. WebAnywhare pula merupakan pembaca skrin yang berasaskan web. Ianya merupakan boleh digunakan dengan menyambungkan komputer kepada internet dan auput audio. Apa jua yang tertera di skrin ,dengan adanya web ini , ia akan mengeluarkan suara dan membaca. Oleh itu, perisian ini adalah boleh di gunakan dimana-mana sahaja. WebAnywhere ini juga membantu golongan yang bermasalah penglihatan untuk mencari
  • 5. maklumat tanpa membeli alat pembaca skrin yang mahal. Oleh itu, mereka boleh mengekses maklumat dengan percuma di WebAnywhere di mana sahaja. Justeru, kita boleh lihat, pelbagai kemudahan bagi golongan yang bermasalah penglihatan telah di cipta. Daripada secara manual kepada automatik dan mobiliti. Pihak sekolah dan mana-mana institusi perlulah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan dan menyumbangkan alatan teknologi ini untuk golongan masalah penglihatan. Supaya, pendidikan secara menyeluruh dan sama adil itu boleh di capai. Malah, dengan ini tidak mustahil boleh meningkatkan lagi golongan masalah penglihatan yang boleh berjaya dan setanding dengan mereka yang celik dalam pemerolehan maklumat dan pendidikan. Cermin Mata Cermin mata berfungsi untuk membantu individu yang mengalami rabun untuk melihat dengan lebih jelas. Namun begitu, cermin mata tersebut hanya sebagai hiasan jika tidak digunakan dengan jenis kanta yang sesuai. Dua jenis kanta yang digunakan untuk membetulkan ralat pembiasan yang sering berlaku pada mata ialah kanta cekung dan kanta cembung. Setiap kanta mempunyai ciri- ciri dan fungsi yang khusus. Kanta Cekung Kanta cekung adalah kanta yang mempunyai bahagian tengahnya nipis berbanding dengan bahagian hujung kanta. Sekiranya kuasa kanta cekung adalah tinggi, maka mata yang memakai kanta ini akan kelihatan lebih kecil dari saiz biasa. Kanta cekung digunakan untuk membetulkan ralat pembiasan yang berlaku pada mata yang mengalami rabun jauh atau myopia. Masalah utama bagi mereka yang mempunyai miopia yang tidak dibetulkan adalah kekaburan pada jarak jauh.
  • 6. Rabun Jauh (myopia) Myopia berlaku apabila imej difokuskan di hadapan retina menyebabkan imej yang terbentuk kurang jelas atau kabur. Individu yang mengalami myopia ini tidak dapat melihat objek pada jarak yang jauh secara jelas, tetapi boleh melihat objek pada jarak yang dekat dengan jelas. Biasanya kejadian rabun jauh ini berlaku dalam kalangan kanak- kanak disebabkan oleh saiz bola mata yang lebih panjang daripada saiz normal. Kejadian myopia boleh dibetulkan dengan penggunaan cermin mata kanta cekung. Myopia boleh dikelaskan kepada myopia fisiologi, myopia patologi, myopia aksial, dan myopia refraktif atau myopia indeks. Myopia fisiologi kerap terjadi kepada pelajar sekolah dan merupakan keadaan yang ringan berpunca daripada keadaan fisiologi yang boleh dibetulkan dengan menggunakan alat bantuan penglihatan tertentu seperti kaca mata. Myopia fisiologi juga dikenali sebagai myopia sekolah. Antara faktor yang menyebabkan keadaan ini ialah berlaku pertambahan pada kelengkungan permukaan kornea atau kanta kristalin. Selain itu, saiz bola mata bertambah panjang kerana berlakunya proses pertumbuhan dan perkembangan struktur mata. Myopia patologi berlaku kerana perubahan yang terjadi pada patologi komponen pembiasan. Myopia patologi juga dikenali sebagai myopia degeneratif atau myopia progresif atau myopia malignan. Kebiasaannya, myopia patologi mempunyai kuasa biasan yang sangat tinggi dan berkemungkinan besar berasal daripada genetik. Antara ciri myopia patologi ialah berlakunya pertambahan panjang aksial dengan cepat dan adanya atrofi korio-retinal. Selain itu, berlaku kehilangan penglihatan pusat yang melibatkan kawasan makula. Individu yang
  • 7. mengalami myopia patologi berisiko untuk mengalami keadaan retina lekang. Myopia patologi biasanya tidak dapat dirawat dan penghidapnya akan tergolong dalam golongan berpenglihatan terhad. Myopia aksial ialah rabun jauh yang berlaku kerana saiz bola mata yang panjang. Perubahan saiz bola mata ini berlaku disebabkan oleh sesuatu punca seperti posterior stafiloma. Manakala, myopia refraktif atau myopia indeks berlaku kerana perubahan refraktif atau biasan pada kornea atau kanta kristalin sedangkan panjang bola matanya adalah normal. Antara keadaan yaang boleh menyebabkan berlakunya myopia indeks adalah keratokonus, iaitu berlaku pertambahan kuasa biasan, dan sklerosis kanta kristalin atau kornea. Kanta Cembung Kanta cembung memiliki ciri tebal atau cembung dibahagian tengahnya dan nipis dibahagian hujung/tepinya. Sekiranya kuasa kanta cembung yang diperlukan sangat tinggi, cermin mata biasanya kelihatan seperti telur mata kerbau. Mata juga kelihatan besar apabila cermin mata dipakai. Kuasa yang tinggi bagi kanta cembung ini boleh menyebabkan imej yang dilihat adalah lebih besar dari saiz biasa dan kadang kala akan mengelirukan. Oleh sebab sedemikian mereka yang mempunyai kuasa hiperopia yang tinggi akan memilih untuk memakai kanta sentuh untuk membaiki ralat refraksi. Bagi kanak-kanak hiperopia, mereka diperlukan untuk memakai cermin mata berkanta cembung untuk semua aktiviti jauh dan dekat. Mungkin bila disebut sebagai rabun dekat, ibubapa akan menyuruh anak mereka untuk memakai cermin mata itu hanya apabila melakukan kerja dekat, mereka perlu sedar bahawa ini adalah tidak betul dan boleh menyebabkan kerabunan yang lebih teruk pada kanak-kanak ini dan juga boleh menyebabkan berlakunya ambliopia ataupun mata malas.
  • 8. Rabun Dekat (hyperopia) Imej terbentuk di belakang titik fokus Tanpa cermin mata Imej terbentuk pada titik fokus Dengan cermin mata Hyperopia berlaku apabila imej difokuskan di belakang retina. Keadaan ini menyebabkan penglihatan jauh lebih baik daripada penglihatan dekat. Individu yang mengalami hyperopia akan melihat objek pada jarak yang jauh secara jelas, manakala objek pada jaraak yang dekat akan kelihatan tidak jelas atau kabur. Ralat pembiasan ini berlaku disebabkan oleh saiz bola mata yang lebih kecil berbanding dengan saiz normal. Individu yang mengalami hyperopia atau rabun dekat ini perlu menggunakan cermin mata kanta cembung. Hyperopia terbahaagi kepada hyperopia biasa, hyperopia patologi dan hyperopia kefungsian (functional). Hyperopia biasa berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah garis pusat bola mata terlalu pendek atau saiz bola mata yang kecil berbanding dengan saiz normal. Terdapat juga kes yang disebabkan oleh komponen refraktif mata yang terlalu lemah. Apabila indeks refraktif atau indeks biasan mengalami keadaan yang tidak normal, contohnya indeks biasan bagi cecair vitreus tinggi, maka cecair akues akan berkurang. Keadaan ini menyebabkan bahagian korteks kanta kristalis atau kornea bertambah. Kelengkungan kornea berkurang juga boleh menyebabkan hyperopia, terjadi apabila panjang jejari kornea bertambah menyebabkan permukaan komponen refraktif tersebut menjadi lebih leper. Selain itu, ruang anterior yang cetek dan umur tua juga boleh mencetuskan hyperopia. Hyperopia patologi pula merujuk kepada keadaan abnormal kongenital atau akibat daripada unsur tertentu seperti barah atau ketumbuhan. Perubahan bentuk bola mata yang menyebabkan panjang aksial bola mata terlalu pendek atau saiz bola mata kecil berbanding saiz normal. Keadaan ini disebabkan oleh barah di orbit mata, mikroftalmus, edema atau perubahan akibat kecederaan tertentu pada mata. Masalah pada kelengkungan kornea yang
  • 9. merupakan komponen refraktif, seperti permukaan kornea menjadi lebih leper akibat daripada ulser pada permukaannya. Perubahan metabolisma boleh meningkatkan indeks biasan cecair vitreus, mengurangkan indeks biasan cecair akuess, atau meningkatkan indeks biasan pada korteks kanta kristalin atau kornea. Ketiadaan elemen tertentu pada mata juga menyumbang kepada hyperopia patologi seperti ketiadaan kanta kristalin menyebabkan keadaan afakia. Selain itu, kedudukan kornea yang tidak pada tempatnya juga boleh mencetuskan keadaan hyperopia. Contohnya, kedudukan kornea yang terkebelakang, iaitu ke arah posterior. Hyperopia kefungsian atau functional adalah disebabkan oleh pengaruh akomodasi. Penguncupan otot siliari semasa proses akomodasi akan meningkatkan kuasa biasan kornea yang sedikit sebanyak boleh membetulkan sejumlah tertentu darjah hyperopia yang wujud. Hyperopia kefungsian boleh dibahagikan kepada dua kategori berdasarkan akomodasi tersebut, iaitu hyperopia yang terpendam (latent) dan hyperopia yang dinyatakan sebagai hyperopia pilihan (fakultatif) dan hyperopia mutlak. Hiperopia terpendam boleh dihilangkan secara fisiologi oleh otot siliari, samada secara penguncupan atau pengembangan. Manakala hyperopia pilihan pula dapat dihilangkan dengan keupayaan akomodasi. Berbeza dengan hyperopia mutlak yang tidak dapat diatasi melalui proses akomodasi. Kanta Lekap Kanta lekap ialah kanta yang dipakai terus pada mata utuk membetulkan kecacatan refarktif atau kecacatan pembiasan. Secara amnya, terdapat tiga jenis kanta lekap, iaitu keras, separa keras dan lembut. Bagi kanta lekap keras dan separa keras, ia dipisahkan oleh satu lapisan cecair air mata, manakala bagi kanta lekap lembut, ia hamper bersentuhan atau melekap pada lapisan epitelium kornea mata. Kanta lekap digunakan terutamanya untuk menggantikan cermin mata bagi memperbaiki kecacatan, tetapi ia mungkin juga digunakan untuk perlindungan bagi beberapa jenis penyakit kornea. Memang tidak dinafikan bahawa kewujudan kanta lekap telah banyak membantu dalam meningkatkan ketajaman mata, selain penggunaannya memberi keselesaan kepada pemakai.
  • 10. Orang Buta Akan Mampu Melihat Dulu teknologi ini hanya dikembangkan dalam filem- filem Fiksyen. Dalam Filem Star Trek: The Next Generation, diceritakan bahawa seorang juruteknik pesawat Enterprise bernama Jordy LaForge, yang mengalami kebutaan sejak lahir, namun tetap boleh melihat dengan menggunakan sebuah gadget atau alat bantu pengelihatan virtual alias visioner yang dipasang seperti cermin mata Stevie Wonders. Namun teknologi yang terdapat dalam filem fiksyen tersebut kini nampaknya akan menjadi kenyataan. Sebuah kumpulan dari Hebrew University Yerusalem yang dipimpin oleh Dr. Amir Amedi telah mengembangkan teknologi yang sebenarnya telah diciptakan 20 tahun lalu oleh peneliti Belanda, Dr. Peter Meijer. Dalam peringkat yang diberi nama Sensory Substitution Device (Alat pengganti sensor), Dr. Peter Meijer menggunakan teknik algoritma dengan sistem gelombang untuk menterjemahkan posisi dan bentuk dari suatu objek dengan nada-nada tertentu, yang membuat orang yang mengalami kebutaan mampu mengetahui bentuk dan posisi suatu benda. Hasil penelitian oleh Dr. Meijer tersebut, kumpulan Hebrew University sekarang sedang mengembangkan teknologi yang menakjubkan, iaitu menciptakan alat yang akan membuat korteks visual orang yang buta sejak lahir mampu menangkap isyarat- isyarat yang boleh diterjemahkan oleh otak sebagai bentuk dan posisi, atau bahasa singkatnya : alat untuk membantu orang buta mampu melihat. Dr. Amedi menulis dalam jurnal Cerebral Cortex bahawa hasil penelitiannya menemukan bahawa korteks visual pada mata mengatur data yang terbahagi kepada dua jalur. Jalur pertama disebut occipito-temporal ventral, yang berfungsi mengalirkan informasi berkaitan dengan bentuk, identiti, dan warna ke otak. Jalur ke dua disebut dorsal occipito parietal yang berfungsi mengirimkan data tentang lokasi objek dan mengkoordinasikan data visual dengan fungsi motorik.
  • 11. Dengan teori tersebut, kumpulan dari Herbew University tersebut mampu menciptakan sebuah alat seperti cermin mata yang membuat orang buta "benar-benar" boleh melihat. Hasil imbasan MRI menunjukkan bahawa orang buta yang menggunakan alat tersebut mampu memiliki pengelihatan seperti orang normal. Dari hasil penelitan tersebut, Dr. Amedi berpendapat bahawa :"Otak bukanlah mesin sensorik, namun lebih merupakan sebuah mesin Tugas / Task Machine." Pada masa hadapan, alat ini akan dikembangkan untuk membantu orang yang mengalami kebutaan untuk mampu melihat dunia yang indah, melihat bunga-bunga yang mempesona, dan membaca kata kata mutiara yang tertulis. Latihan Orientasi dan Mobiliti Latihan orientasi dan mobiliti merupakan pengajaran yang sangat penting kepada kanak- kanak Cerebral Palsy terutamanya yang buta. Pengajaran orientasi dan mobiliti ini adalah bertujuan untuk membantu kanak-kanak cerebral palsy untuk bergerak dengan bebas didalam persekitaran menggunakan teknik yang betul dan selamat. Kemampuan untuk bergerak bebas tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain membolehkan kanak-kanak cerebrap palsy ini berdikari dan dapat berinteraksi dengan alam sekeliling. Mereka akan bertambah yakin dengan kemampuan diri dan tidak takut untuk bergerak secarabersendirian. Latihan orientasi dan mobiliti ini perlu dilakukan seawal mungkin. Disekolah, latihan orientasi kawasan sekolah dapat menyediakan pengalaman dan pengetahuan kepada kanak-kanak cerebral palsy yang buta ttentang persekitaran kawasan sekolah dan bilik darjah. Berikut ialah pendekatan dan teknik dalam pengajaran orientasi mobiliti dan prasarana yang digunakan untuk latihan orientasi dan mobiliti ini.
  • 12. Teknik Pengiring Celik Teknik ini menggunakan orang yang celik sebagai pengiring atau pemandu kepada kanak- kanak yang buta. Biasanya orang yang celik akan menawarkan diri untuk menjadi pemandu atau pengiring. Untuk mengiringi kanak-kanak buta, kanak-kanak itu akan memegang pada lengan pengiring iaitu pada bahagian siku. Pengiring akan memandu kanak-kanak tersebut bergerak pada kedudukan satu langkah dihadapan. Teknik pengiring celik ini mudah dilaksanakan oleh orang ramai untuk membantu kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan terutama sekali yang buta untuk bergerak. Namun begitu, teknik ini tidak menggalakkan individu yang cacat penglihatan bergerak bersendirian tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Mereka tidak mampu berdikari sekiranya tiada sesiapa yang menawarkan diri untuk menjadi pemandu. Teknik pengiring celik ini adalah salah satu diantara teknologi yang ada. Manusia adalah salah satu contoh teknologi untuk membantu manusia yang lain. Selain dari ini teknik menggunakan teknologi lain untuk orientasi dan mobiliti ini juga ada. Tongkat Panjang Tongkat adalah salah satu contoh teknologi. Tongkat ini sangat penting dan memainkan peranan yang utama untuk pergerakan orientasi dan mobile bagi individu yang mempunya masalah penglihatan yakni buta. Tongkat panjang merupakan symbol “kebutaan”. Tongkat atau tongkat panjang digunakan dengan meluas oleh kebanyakan orang buta diseluruh dunia. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tongkat yang terdapat dalam pasaran dan digunakan oleh orang buta. Antaranya ialah tongkat putih yang diperbuat daripada aluminium, tongkat kayu, tongkat yang diperbuat daripada rotan, tongkat fiber, tongkat buluh dan pelbagai jenis tongkat lagi. Tiga kegunaan tongkat kepada individu masalah penglihatan khususnya yang buta ialah: 1) Memberikan perlindungan daripada sebarang halangan yang terletak dibahagian paras pinggang. 2) Mengesan langkah/anak tangga/bendul/batas dan benda lain yang tidak sekata seperti batu, longkang dan lain-lain. 3) Memberi maklum balas deria mengenai keadaan sesuatu permukaan. Kemahiran menggunakan tongkat panjang memerlukan latihan daripada jurulatih atau guru pendidikan khas yang terlatih dalam orientasi dan mobility. Penggunaan teknik tongkat yang betul, membantu individu buta berdikari dan bergerak bebas di dalam persekitaran.
  • 13. Selain itu, penggunaan tongkat juga dapat menngelakkan daripada berlakunya kemalangan akibat salah langkah. Anjing Pengiring Anjing juga merupakan salah satu teknologi untuk orientasi dan mobiliti ini. Kaedah ini banyak digunakan diluar negara terutama sekali dinegara barat. Penggunaan anjing pengiring ini adalah sebagai alat untuk membantu pergerakan atau perjalanan orang buta. Walaubagaimanapun, anjing yang digunakan adalah anjing terlatih. Anjing yang dipilih sebagai orang buta biasanya telah mendapat latihan dari organisasi yang bertanggungjawab untuk melatih anjing pengiring ini. Mereka dilatih oleh jurulatih professional dan yang mempunyai kemahiran yang lebih tinggi. Mungkin ramai yang menyoal kenapa anjing dipilih untuk sebagai pengiring orang buta. Ini adalah kerana anjing merupakan binatang yang mempunyai deria yang sangat sensitive. Selain itu, anjing juga mudah dilatih dan agak bijak berbanding haiwan yang lain. Anjing pengiring biasanya digunakan oleh orang dewasa dan orang tua kerana mereka perlu bertanggungjawab kepada anjing tersebut dari segi keselamatan, kesihatan dan keperluan makan dan minum. Penggunaan anjing pengiring lebih efektif kepada orang buta yang masih mempunyai sedikit penglihatan kerana mereka merupakan penjaga kepada anjing tersebut dan juga perlu bertanggungjawab keatasnya. Prasarana Berteknologi Bagi Masalah Penglihatan (Orientasi dan Mobiliti) Selain dari kemudahan teknologi yang disebutkan diatas tadi, kemudahan-kemudahan prasarana lain ynag berteknologi juga terdapat ditempat awam. Dalam erti kata lain, kemudahan teknologi untuk orang-orang berkeperluan khas secara umumnya dan masalah penglihatan secara amnya juga tidak ketinggalan. Antaranya adalah: 1) “Ramp” Ramp adalah salah satu kemudahan untuk laluan orang kurang upaya sebagai ganti kepada tangga. Ramp ini membolehkan pengguna berkerusi roda dan pengguna-pengguna berkeperluan khas yang lain untuk lebih memudahkan mereka untuk mengakses
  • 14. bangunan dan memudahkan pergerakan mobiliti mereka. Ramp ini juga boleh dibuat secara kekal, separuh kekal ataupun boleh dibuat secara mudah alih. Ramp yang dibuat secara kekal dan separuh kekal diperbuat daripada bahan aluminium, konkrit atau kayu. 2) “Railing” atau “handrail” “Handrail” adalah susur tangan yang direka untuk pemegang tangan untuk memberikan kestabilan atau sokongan ketika menaiki dan menuruni tangga ataupun ketika berada dimana sahaja yang terdapat susur tangan ini. Ini adalah antara kemudahan teknologi untuk individu yang mempunyai masalah penglihatan supaya mereka berjalan lebih selamat. Kemudahan ini biasanya digunkan untuk menaiki dan menuruni anak tangga dan eskalator untuk mengelakkan dari jatuh yang memudaratkan. Susur tangan ini biasanya disokong oleh tiang atau dipasang terus pada dinding. 3) Sistem Kawalan Lif Kebanyakan bangunan pada masa kini banyak menggunakan lif sebagai akses kemudahan yang ada untuk orang awam. Kebanyakan orang menggunakan lif untuk bergerak dari satu paras ke paras yang lain. Namun, bagaimanakah sekiranya indvidu buta itu tidak mengetahui di tingkat mana beliau berada? Penggunaan tanda Braille telah diberikan mandat oleh undang-undang. Dengan cara ini ianya boleh membantu pengguna-pengguna lif yang buta untuk bergerak dan menekan di tingkat mana mereka harus tuju. Walaubagaimanapun, tidak semua orang yang mempunyai kecacatan penglihatan tahu membaca tulisan Braille ini. Satu pelarasan kecil boleh membuat lif mudah untuk digunakan untuk pengguna-pengguna yang kehilangan daya penglihatan. Keperluan teknologi dari masa ke semasa amatlah penting bagi meningkatkan kemudahan- kemudahan yang sedia ada untuk memudahkan orang cacat penglihatan ini boleh bergerak dengan mudah (Darren, 2005)
  • 15. Kajian Lepas (Literature Review) Satu kajian telah dibuat di negara luar mengenai teknologi baru untuk masalah penglihatan iaitu tongkat elektronik bagi individu yang mempunyai masalah penglihatan. Kajian itu menyatakan, walaupun terdapat pelbagai jenis alat bantuan mobiliti elektronik untuk individu yang mempunyai masalah penglihatan dibuat sebagai salah satu alternatif kepada tongkat putih akan tetapi masih terdapat pengguna yang mempunyai keraguan terhadap penggunaan keberkesanan dan kebolehgunaan alat yang baru diperkenalkan ini. Untuk mengenal pasti cara-cara untuk meningkatkan kepercayaan kebolehgunaan dan keberkesanan tongkat elektronik adalah dengan mengadakan satu kajian kes dijalankan untuk mengkaji tahap kebolehgunaan dan keberkesanannya. Tongkat elektronik yang digunakan untuk bahan kajian ini mempunyai sensor (infra- merah, laser dan ultrasonic). Fungsi sensor ini adalah untuk memmberikan informasi kepada pengguna mengenai sekelilingnya. Tongkat elektronik ini di inovasikan untuk mengesan halangan-halangan yang berada di paras lutut dan pada jarak 2 meter. 20 orang informan masalah penglihatan yang mempunyai pengalaman menggunakan tongkat putih dan tidak mempunyai pengalaman menggunakan tongkat putih dikaji yang mana mereka menggunakan 2 jenis tongkat yang berbeza iaitu tongkat putih dan tongkat elektronik. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tongkat elektronik adalah lebih berkesan dalam mengelak halangan-halangan daripada tongkat putih untuk kedua-dua pengguna yang berpengalaman dan tidak berpengalaman dalam menggunakan tongkat. Walaubagaimanapun, dari pengalaman sebelumnya, didapati bahawa pengguna yang menggunakan tongkat putih didapati mempunyai manfaat untuk menyiapkan tugas tepat pada masanya (Sung Yeon Kim et.al, 2012). Rumusan Semua kanak-kanak merupakan aset yang berharga kepada negara. Potensi mereka dapat dibangunkan untuk memberi sumbangan bagi memajukan dan memakmurkan negara. Ini termasuklah individu yang berkeperluan khas masalah penglihatan. Kecacatan yang dialami tidak boleh dijadikan sebagai batasan dan alas an yang menyekat perkembangan diri dan
  • 16. potensi mereka seperti mana kanak-kanak tipikal yang lain. Mereka perlu dibantu untuk mendapatkan pendidikan yang diperlukan supaya dapat menjalani kehidupan seharian dengan sempurna. Selain menyediakan peluang pendidikan, kesihatan kanak-kanak yang mmempunyai masalah penglihatanjuga perlu diberikan perhatian. Rawatan dan pemulihan dapat membantu mereka menjalani kehidupan seperti individu yang lain. Selain itu sokongan peralatan seperti penggunaan alat-alat teknologi perlu disediakan supaya pendekatan normalisasi dan “least restrictive” dapat direalisasikan. Perhatian juga perlu diberikan kepada kanak-kanak yang cerebral palsy yang bukan sahaja mengalami masalah penglihatan, tetapi juga yang mengalami masalah dalam pembelajaran dan juga yang mengalami kecacatan sampingan yang lain. Mereka ini memerlukan bantuan dan sokongan yang khusus dari segi teknologi. Batasan mereka bukan semata-mata ketidakupayaan penglihatan bahkan juga dari aspek ketidakupayaan yang lain.
  • 17. Rujukan: Zalizan Mohd Jelas, 2012, Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas: Konsep dan Amalan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Burton,Darren., 2005, Need A Lift? Accessibility and the New Elevator Control System, Technology and People Who Are Blind And Visually Impaired, Volume 6, No. 5. Kim, Sung Yeon., Kim, Joon Ki., Sundar, S. Shyam., & Biocca, Frank., 2012, Electronic Cane For Visually Impaired Persons: Empirical Examination of Its Usability and Effectiveness, Human Centric Technology and Service in Smart Space Lecture Notes in Electrical Engineering, Volume 182, Page 71-76.