Se ha denunciado esta presentación.
Se está descargando tu SlideShare. ×

Makanan & pemakanan

Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
BAB 1: MAKANAN DAN PEMAKANAN




           HASIL PEMBELAJARAN



   Pada akhir bab ini pelajar dapat:

1. Menyatakan maks...
ISI KANDUNGAN


                    1.1 Pengenalan
                    1.2 Makanan
                    1.3 Peranan Makanan...
1.1 PENGENALAN



                                  PAKAIAN




                                                       TEM...
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Próximo SlideShare
Permulaan
Permulaan
Cargando en…3
×

Eche un vistazo a continuación

1 de 79 Anuncio
Anuncio

Más Contenido Relacionado

Más de ert2uthm (20)

Anuncio

Más reciente (20)

Makanan & pemakanan

  1. 1. BAB 1: MAKANAN DAN PEMAKANAN HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir bab ini pelajar dapat: 1. Menyatakan maksud makanan dan pemakanan 2. Menyatakan fungsi proten, karbohidrat , lemak , vitamin, garam mineral, air dan pelawas 3. Menyatakan unsur yang terkandung dalam protein karbohidrat dan lemak 4. Menyatakan klasifikasi dan contoh bagi protein, karbohidrat, lemak dan vitamin 5. Menerangkan kesan pengambilan berlebihan dan kekurangan bagi protein karbohidrat, lemak, gt vitamin, garam mineral, air dan pelawas 6. Menamakan sumber bagi protein karbohidrat, lemak, vitamin, garam mineral, air dan pelawas 7. Menyatakan maksud kolesterol 8. Mengenal pasti sumber makanan yang banyak mengandungi lemak tepu 9. Menerangkan kesan pengambilan kolesterol yang berlebihan pada tubuh badan 10. Menamakan vitamin larut air dan larut lemak 11. Menyatakan nama saintifik bagi setiap jenis vitamin B kompleks, C, A, D, E dan K
  2. 2. ISI KANDUNGAN 1.1 Pengenalan 1.2 Makanan 1.3 Peranan Makanan 1.4 Pemakanan 1.5 Nutrien 1.5.1 Protein 1.5.2 Asid Amino 1.5.3 Klasifikasi Dan Sumber Mutiara kata: Protein 1.6 Karbohidrat 1.6.1 Fungsi Karbohidrat Buku adalah 1.6.2 Kesan Kekurangan Dan adalah kawan Berlebihan Karbohidrat 1.7 Lemak yang paling baik, 1.7.1 Fungsi, Kesan Kekurangan maka Dan Berlebihan Lemak berkawanlah 1.7.2 Kolesterol 1.8 Vitamin dengan buku, 1.8.1 Sumber, Fungsi , Kesan bersahabatlah Kekurangan, Dan dengan ilmu, dan Berlebihan Vitamin 1.9 Garam Mineral berdampinglah 1.9.1 Sumber, Fungsi , Kesan dengan Kekurangan, Dan Berlebihan Garam Mineral pengetahuan 1.10 Air Dan Pelawas 1.11 Latihan Pengukuhan 1.12 Jawapan
  3. 3. 1.1 PENGENALAN PAKAIAN TEMPAT TINGGAL MAKANAN Keperluan Asas Kehidupan Rajah 1: Keperluan Asas Kehidupan Pengambilan makanan yang betul membantu tubuh menjadi sihat dan cergas. Kesihatan individu bergantung pada pengetahuan dalam mengimbangkan pengambilan nutrien. Keperluan asas yang diperoleh dapat membantu memenuhi keperluan sekunder seperti psikologi dan sosial. UJI MINDA 1: Adakah keperluan asas kehidupan anda telah mencukupi? Siapakah yang menyediakan keperluan asas anda?
  4. 4. 1.2 MAKANAN Apakah yang dimaksudkan dengan makanan? Makanan ialah suatu bahan yang boleh dimakan dalam bentuk pepejal atau cecair. Makanan mempunyai ciri-ciri seperti bentuk, rupa, warna, bau, rasa dan tekstur yang berbeza. Jadual 1: Ciri-ciri utama makanan mengikut kategori Warna : Menarik :Tidak Menarik Tekstur : Lembut : Keras Bau : Kuat : Tidak Kuat
  5. 5. Makanan Ciri-ciri utama Pizza Warna:…………………………… Tekstur…………………………… Bau: ……………………………… Kuih Seri Muka Warna: …………………………… Tekstur…………………………… Bau: ……………………………… Durian Warna: …………………………… Tekstur…………………………… Bau: ……………………………… Mee Kari Warna: …………………………… Tekstur…………………………… Bau: ……………………………… Nasi Goreng Kampung Warna: …………………………… Tekstur…………………………… Bau: ……………………………… AKTIVITI 1 : Lengkapkan jadual diatas dengan menyatakan ciri-ciri utama makanan UJI MINDA 2: Apakah masalah yang sering dihadapi oleh pengguna makanan?
  6. 6. 1.3 PERANAN MAKANAN Nutrien- nutrien dan bahan makanan akan mempengaruhi keperluan fisiologi, psikologi dan sosial. Jadual 2: Peranan Makanan, Fungsi Dan Contoh Situasi Peranan Fungsi Contoh Situasi Makanan Fisiologi a) Pembinaaan…… a) Puan Aminah memberi ………….. anaknya makanan b) Tumbesaran…… bersumberkan ikan bagi ………….. membantu tumbesaran c) Membekalkan… anaknya ……………. d) Memelihara……. …………… ………………… …………….. Psikologi Menghilangkan rasa a) Ahmad akan makan dengan ……………, banyaknya apabila dia berasa ……………dan marah ……………. Sosial Melambangkan a) Pelbagai makanan …………….………. dihidangkan pada sambutan Hari Gawai AKTIVITI 2: Lengkapkan jadual diatas dengan merujuk buku teks ekonomi rumah tangga m/s 2
  7. 7. TAHUKAH ANDA? Masa yang dihabiskan bersama-sama keluarga semasa makan dapat mengukuhkan perhubungan sesama ahli keluarga. Ianya merupakan masa yang baik dan sesuai untuk memupuk komunikasi yang positif diantara ahli keluarga.Ahli keluarga juga boleh menggunakan waktu ini untuk bertukar-tukar fikiran, menyelesaikan masalah dan memahami antara satu sama lain. Waktu ini juga boleh digunakan oleh ibu bapa untuk mengetahui perkembangan perbelajaran anak-anak dan mengikuti aktiviti-aktiviti mereka 1.4 PEMAKANAN Pemakanan ialah kajian yang berkaitan dengan pengambilan makanan untuk proses pertumbuhan pemulihan dan pengawalan kesihatan. Nutrien, air dan pelawas penting dalam proses ini. TAHUKAH ANDA? Amalan pemakanan boleh dipupuk dirumah Rumah merupakan tempat yang paling baik untuk memupuk amalan secara sihat. Setiap ahli keluarga perlu saling bantu membantu dalam memberi kesedaran tentang kebaikan amalan makan secara sihat. Sikap ibu bapa terhadap pengambilan makanan adalah pengaruh yang penting dalam membentuk tabiat dan pilihan makanan anak-anak
  8. 8. 1 2 3 4 5 Rajah 2 :Amalan Pemakanan Yang Sihat AKTIVITI 3: Dalam kumpulan bincangkan perkara yang boleh dilakukan dalam menyemai amalan pemakanan secara sihat. TAHUKAH ANDA? Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik
  9. 9. 1.5 NUTRIEN Nutrien ialah komposisi kimia dalam makanan. Terdapat lima kumpulan nutrien iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam mineral. Bagi menyempurnakan peranan nutrien, air dan pelawas juga diperlukan. TIPS KESIHATAN Makan secara sederhana ikan, daging, telur dan kekacang Nutrien Garam Protein Karbohidrat Lemak Vitamin Air Pelawas Mineral Rajah 3 : Kumpulan Nutrien
  10. 10. TAHUKAH ANDA? 22 buah negara di dunia ini menghadapi kebuluran atau kesukaran untuk mendapatkan makanan yang mencukupi. Peperangan, bencana alam dan pengurusan yang lembap telah menyebabkan kekurangan makanan dan zat yang berterusan di negara- negara tersebut termasuk Afghanistan, Haiti, Iraq, Somalia dan Sudan Bagaimana dengan anda? Bersyukurlah dengan rezeki yang diberikan kepada kita Jadual 3 : Peranan Nutrien • A) FUNGSI • B) FUNGSI • C) FUNGSI • Membina Sel Tubuh • Membekalkan • Memelihara Dan • Tumbesaran Tenaga Dan Haba Mengawal Proses • Pemulihan Tubuh Kumpulan Kumpulan Kumpulan Nutrien: Nutrien: Nutrien : ............................. ........................... ............................ ........................ ........................... ........................ AKTIVITI 4 : Jadual 2 menunjukkan fungsi kumpulan nutrien. Lengkapkan jadual dengan kumpulan nutrien yang terlibat . Rujuk buku teks m/s 3
  11. 11. UJI MINDA 3 : Mengapa Omega-3 adalah bagus untuk kesihatan otak? . 1.5.1 PROTEIN Apa itu protein? Protein adalah campuran daripada pelbagai jenis asid amino. (Rujuk Rajah 4) .Protein merupakan makromolekul yang menyusun lebih dari separuh bahagian dari sel. Protein menentukan ukuran dan struktur sel, komponen utama dari sistem komunikasi antara sel serta sebagai katalis berbagai reaksi biokimia di dalam sel. Kerana itulah sebagian besar aktiviti penyelidikan biokimia tertuju pada protein khususnya hormon, antibodi dan enzim.
  12. 12. Rajah 4 : Unsur Yang Membentuk Asid Amino TIPS KESIHATAN Utamakan produk bijirin penuh
  13. 13. Fungsi Kesan Kekurangan Kesan Berlebihan Tumbesaran di kalangan kanak- Membina........................ kanak terganggu. Asid amino diurai menjadi ................................. nitrogen dan karbon. Menyebabkan penyakit Nitrogen akan dikumuhkan kwasyiorkor melalui air kencing dalam Memulihkan................... betuk urea. ...................................... Karbon ditukar kepada lemak dan disimpan Luka dan penyakit didalam hati kulit lambat sembuh Membentuk................... ...................................... Tubuh kurang daya Membantu..................... tahan terhadap ...................................... penyakit Tubuh menjadi Membekalkan................ lemah, letih dan ...................................... lesu Rajah 5: Peranan Protein AKTIVITI 5 : Lengkapkan jadual dengan fungsi protein yang sesuai
  14. 14. . sel tubuh dalam sistem pertahanan pengedaran darah sel tubuh untuk tenaga haba sel yang rosak pembesaran Protein merupakan kelompok biomakromolekul yang sangat heterogen. Ketika berada di luar makhluk hidup atau sel, protein sangat tidak stabil. Untuk mempertahankan fungsi dan nya, setiap jenis protein memerlukan keadaan tertentu ketika diekstraksi dari normal biological milieu. Protein yang diekstraksi hendaknya dihindarkan dari proteolisis atau dipertahankan aktiviti enzimatiknya TAHUKAH ANDA? Info Mengenai Kwasyiorkor.Layari Laman Web http://www.faqs.org/nutrition/Kwa-Men/Kwashiorkor.html
  15. 15. 1.5.2 ASID AMINO Asid Amino Asid Asid Amino Penting Amino Tak Penting Perbezaan Mengandungi semua jenis Kekurangan Satu Atau asid amino seperti berikut: Lebih Jenis Asi Amino ☺Histidina ☺valina ☻Seperti Berikut: ☺Leusina ☻Arginina☻Asid Aspartik ☺Metionina ☻Alanina☻Sisteina ☺Tripton ☻Sistina ☺Isoleusina ☻Glisina ☺Fenilalanina ☻Trisino ☺Treonina ☻Asid Glutamik Tidak boleh disentesis oleh Boleh disentesis oleh tubuh tubuh Protein tak lengkap Protein lengkap Protein nilai biologi tinggi Protein nilai biologi rendah Rajah 6 : Asid Amino
  16. 16. 1.5.3 KLASIFIKASI DAN SUMBER PROTEIN Protein nilai biologi tinggi didapati daripada makanan sumber haiwan. Sumber makanan yang mengandungi protein nilai biologi rendah terdiri daripada tumbuhan kecuali kacang soya. Kacang soya merupakan satu- satunya makanan sumber tumbuhan yang mengandungi semua asid amino penting. A) Protein Nilai Sumber Protein B)Protein Nilai Biologi Biologi Tinggi Rendah Daging, Kekacang, Karangan Laut, Kekeras, ....................... ........................ ....................... Rajah 7 : Sumber Protein AKTIVITI 6 : Lengkapkan rajah sumber protein di atas. Rujuk buku teks M/S 5.
  17. 17. 1.6 KARBOHIDRAT Karbohidrat terbentuk daripada tiga unsur iaitu karbon, hidrogen dan oksigen. Manusia perlu mengambil karbohidrat untuk mendapatkan bekalan haba dan tenaga. Karbohidrat boleh dikelaskan kepada dua bahagian seperti rajah dibawah KARBOHIDRAT GULA ________ KOMPLEKS _______________ DISAKARIDA POLISAKARIDA - Glukosa - ______ - ___________ - Fruktosa - ______ - ___________ - Galaktosa - ______ - ___________ Rajah 7 : Pengelasan Karbohidrat AKTIVITI 7 : Lengkapkan Jadual Pengelasan Karbohidrat di atas. Rujuk Buku Teks M/S 6. 1.6.1 FUNGSI KARBOHIDRAT
  18. 18. Terdapat beberapa fungsi karbohidrat dalam kehidupan manusia. Antara fungsinya dapat dilihat dalam Rajah 8. • Membekalkan________________________________________________ 1 • Mengelakkan kekurangan nutrien dalam tubuh dengan mengawal 2 metabolisma _____________ dan ______________ • Penggunaan __________ dapat mengurangkan penggunaan protein 3 dalam menghasilkan tenaga Rajah 8: Fungsi Karbohidrat AKTIVITI 8 : Lengkapkan Rajah Fungsi Karbohidrat. Rujuk Buku Teks M/S 6 1.6.2 KESAN KEKURANGAN DAN BERLEBIHAN KARBOHIDRAT
  19. 19. Pengambilan karbohidrat dalam pemakanan harian kita amatlah penting. Setiap pengambilan karbohidrat perlu mengikut kadar yang sesuai bagi mengelakkan sistem tubuh badan manusia mengalami masalah jika kekurangan dan berlebihan karbohidrat seperti dalam Jadual 3. Jadual 3 : Kesan Kekurangan dan Berlebihan Karbohidrat Kesan Kekurangan Kesan Berlebihan _____________________ Karbohidrat ditukar kepada glikogen dan disimpan di dalam organ hati Kulit menjadi kering, Ditukar jadi lemak dan disimpan di lapisan kasar dan mengecut bawah kulit sebagai tisu adipos Pertambahan berat badan Kebuluran Kegemukan, diabetes Tekanan darah tinggi, penyakit kardiovaskular. AKTIVITI 9 : Lengkapkan Jadual Kesan Kekurangan dan Berlebihan Karbohidrat di sebelah. Rujuk Buku Teks M/S 7. TAHUKAH ANDA?
  20. 20. ............................................................. ............................................................. ............................................................... AKTIVITI 10 : Saranan dalam mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang bergula? 1.7 LEMAK Unsur dalam lemak terdiri daripada karbon, hidrogen dan oksigen ini membentuk asid lemak dan gliserol yang menjadi komposisi lemak. Lemak membekalkan tenaga dan asid lemak perlu serta membantu dalam penyerapan vitamin A, D, E dan K. Makanan seperti marjerin, mentega, santan dan krim adalah kaya dengan lemak. Lemak juga boleh didapati daripada susu, hasil tenusu, serta daging berlemak. Lemak boleh dibahagikan kepada dua bahagian , rujuk Rajah 9.
  21. 21. Kandungan lemak juga tinggi dalam: 1. Makanan diperoses (contoh: sosej, burger) 2. Makanan ringan (contoh: kerepek, keropok) 3. Makanan segera (contoh: ayam goreng, kentang goreng) 4. Salad dressing dan mayonis Pepejal pada suhu bilik - mentega _____________ - susu - hasil tenusu LEMAK Cecair pada suhu bilik Asid lemak tak - ____________ tepu - ____________ - ____________ Rajah 9 : Pengelasan Lemak AKTIVITI 11 : Lengkapkan Rajah 9 : Pengelasan Lemak. Rujuk buku teks M/S 9. 1.7.1 FUNGSI, KESAN KEKURANGAN DAN BERLEBIHAN LEMAK
  22. 22. FUNGSI KESAN KESAN KEKURANGAN BERLEBIHAN 1) ________________ 1) Kesejukan 1) Akibatkan obesiti kerana kurang kerana lemak 2) Penebat dan penebat bawah berlebihan mengawal suhu kulit disimpan dalam tubuh tisu ___________ 2) ______________ 3) Lapisan _________ 2) Berat badan untuk tubuh 3) Kulit jadi kering bertambah 4) Pelarut retinol, 3) Penyakit kalsiferol, tokoferol, _____________ dan menadion. Jadual 4 : Fungsi Kesan Kekurangan dan Berlebihan Lemak. AKTIVITI 12 : Lengkapkan jadual fungsi kesan kekurangan dan berlebihan lemak. Rujuk buku teks M/S 9.
  23. 23. TIPS KESIHATAN Kurangkan lemak dan minyak dalam penyediaan makanan TAHUKAH ANDA?
  24. 24. KOLESTEROL : - Sebatian lemak yang hanya dalam lemak haiwan yang terbentuk daripada asid lemak,fosfolipid dan sterol 1.8 VITAMIN Setiap manusia memerlukan tenaga untuk melakukan aktiviti harian. Tenaga akan diperolehi melalui nutrien seperti vitamin yang terbahagi kepada 2 iaitu vitamin larut lemak dan vitamin larut air. Rujuk rajah10. Terdapat juga vitamin yang tidak dapat diserap oleh tubuh.
  25. 25. VITAMIN LARUT AIR _________________ Tiamina _______________ _____________ Kalsiferol Asid Askorbik _____________ _______________ _____________ Menadion Asid Folik Rajah 10 : Pengelasan Vitamin AKTIVITI 13 : Lengkapkan rajah pengelasan vitamin. Rujuk buku teks M/S 9.
  26. 26. TAHUKAH ANDA? PENYAKIT BERI-BERI Penyakit Beri-beri adalah penyakit akibat kekurangan vitamin B1 atau tiamina. Penyakit beri-beri merupakan penyakit yang sangat mengerikan, penderita bisa meradang dan meninggal dunia dalam waktu yang sangat dekat. Nama penyakit beri-beri berasal dari nama haiwan biri-biri karena penderita beri-beri berjalan dengan gaya jalan seperti biri-biri kerana gangguan motorik akibat polineuritis. Pada abad ke-19 penyakit ini merebak. Umumnya, penyakit beri-beri banyak menyerang masyarakat dengan makanan asasnya beras giling seperti di Indonesia, India, China, Jepun, Malaysia, dan lain- lain. Penyebab Penderita beri-beri ternyata akibat kekurangan vitamin B1 (tiamina) yang biasa terdapat pada bahagian luar beras tumbuk atau bahagian dedaknya. Pada beras giling yang berwarna putih bersih kulit arinya hilang kerana gilingan beras. Padahal, kulit ari ini banyak mengandungi tiamina. Sebaliknya, beras tumbuk yang berwarna kusam adalah beras yang masih banyak mengandungi vitamin B1 ini. Pencegahan Penyakit beri-beri boleh dicegah dengan penambahan vitamin B1 dalam makanan sehari-hari. Makan beras tumbuk akan lebih baik, ditambah ikan, telur, daging, kekacang, tempe, tomato, terung, bayam, salad, betik, dan pisang.
  27. 27. 1.8.1 SUMBER, FUNGSI, KESAN KEKURANGAN, DAN BERLEBIHAN VITAMIN Sumber : Fungsi: - membantu __________ pada waktu malam. - mengawal pertumbuhan _____ dan ________. - memelihara membran mukus organ dalam sistem _________________. VITAMIN A Retinol dan Karoten Kesan Kekurangan : Kesan Berlebihan : - ____________________________ - Keguguran rambut, sakit tulang - membran mukus kering - kerosakan pada _________ - mengganggu pertumbuhan rambut -pertumbuhan terbantut dan tulang AKTIVITI 14 : Lengkapkan rajah pengelasan vitamin. Rujuk buku teks M/S 10.
  28. 28. Fungsi : Sumber : - Mengawal ______ dan __________ -Bantu menyerap kalsium untuk pertumbuhan tulang dan gigi. VITAMIN D Kalsiferol Kesan Berlebihan: Kesan Kekurangan : - Cirit-birit - pertumbuhan tulang kanak-kanak terjejas dan boleh mengakibatkan - keletihan penyakit ____________ - dahaga - orang dewasa boleh mendapat - pemendapan kalsium dalam _____ penyakit ________________ dan _______________ UJI MINDA 4: Benarkah dengan berjemur dengan cahaya matahari kita akan dapat menyerap vitamin D? Mari kita fikirkan. AKTIVITI 15 : Lengkapkan rajah pengelasan vitamin. Rujuk buku teks M/S 10.
  29. 29. PETUA : Adakah anda pernah mengalami masalah cirit-birit? Cubalah petua ini. Buatkan air teh o pekat tanpa gula dan minum, insyaAllah cirit birit akan hilang. Fungsi : Sumber : - Sebagai antioksida untuk elakkan pencemaran makanan. - Membantu _______________ untuk membina tisu saraf VITAMIN E Tokoferol Kesan Berlebihan : Kesan Kekurangan: - Jarang berlaku - Jarang berlaku AKTIVITI 16 : Lengkapkan rajah pengelasan vitamin. Rujuk buku teks M/S 10.
  30. 30. Fungsi : Sumber : - Bantu pembekuan __________ bayam bakteria dalam usus VITAMIN K Menadion Kesan Berlebihan : Kesan Kekurangan : - Toksik - Darah tidak mudah beku. - Pendarahan _________ - Pendarahan dalaman AKTIVITI 17 : Lengkapkan rajah pengelasan vitamin. Rujuk buku teks M/S 10. Petua : Menghentikan hidung berdarah. Ambil beberapa helai daun sirih dan bersihkan. Gulungkan dan letak ke dalam lubang hidung. Semasa hidung disumbat, sebaiknya anda dalam keadaan berbaring secara menelentang dan relaks. Tinggikan sedikit kedudukan kepala anda semasa berbaring. Biarkan selama 5 hingga 10 minit atau sehingga darah berhenti. Selamat mencuba!
  31. 31. Fungsi : Sumber : - Menambah selera makan - bantu sistem ___________ - Jaga kesihatan sistem saraf VITAMIN B1 Tiamina Kesan Berlebihan : Kesan Kekurangan : - Penyakit _____________ - kerosakan pada ____________ - Kurang selera makan - Loya dan muntah - keletihan dan lemah AKTIVITI 18 : Lengkapkan rajah pengelasan vitamin. Rujuk buku teks M/S 10.
  32. 32. Fungsi : Sumber : - Bantu pencernaan dan penyerapan ____________ dan _________ VITAMIN B2 Riboflavin Kesan Berlebihan : Kesan Kekurangan : - Muka pucat - _____________ dalam air kencing - Kulit melepuh - Mulut dan bibir pecah - Penyakit __________ AKTIVITI 19 : Lengkapkan rajah pengelasan vitamin. Rujuk buku teks M/S 10.
  33. 33. Fungsi : Sumber : -Berfungsi sebagai _________ untuk membebaskan tenaga - Kawal kesihatan sistem saraf -Memelihara fungsi sistem pencernaan VITAMIN B3 Niasin dan Asid Nikotinik Kesan Berlebihan : Kesan Kekurangan : - ___________________ - Kulit bersisik - cirit-birit - perut tidak selesa / loya - ___________ - _________ - denyutan jantung tidak normal - Kurang selera makan - pellagra AKTIVITI 20 : Lengkapkan rajah pengelasan vitamin. Rujuk buku teks M/S 10. INFO : PENYAKIT DEMENTIA Adalah kemerosotan dalam fungsi kognitive akibat kecederaan atau penyakit pada otak melebihi dari apa yang dijangka dalam proses penuaan biasa. Kawasan yang mempunyai kesan khusus ingatan perhatian, bahasa dan menyelesaikan masalah, walaupun terutamanya pada tahap akhir penyakit, pesakit mungkin kabur tentang masa (tidak tahu hari apa, minggu, bulan, atau tahun), tempat (tidak tahu di mana mereka berada) dan orang (tidak mengenali diri sendiri).
  34. 34. Fungsi : Sumber : - mengawal sistem saraf - membantu ______________ dan __________ karbohidrat serta lemak VITAMIN B6 Piridoksin Kesan Berlebihan : Kesan Kekurangan : - kerosakan saraf yang tidak boleh - otot kekejangan di kalangan bayi dipulihkan. - _____________ - sukar ___________ - toksik AKTIVITI 21 : Lengkapkan rajah pengelasan vitamin. Rujuk buku teks M/S 10.
  35. 35. Fungsi : Sumber : - membantu proses ______________ - untuk pembentukan sel darah baru Asid Folik Kesan Berlebihan : Kesan Kekurangan : - jarang berlaku - _________________ membengkak - masalah sistem pencernaan - gangguan __________ - keletihan AKTIVITI 22 : Lengkapkan rajah pengelasan vitamin. Rujuk buku teks M/S 10.
  36. 36. Fungsi : Sumber : - membantu pembentukan ________ - membantu sistem enzim VITAMIN B12 Kobalamin Kesan Berlebihan : Kesan Kekurangan : - jarang berlaku - kekeliruan mental - sel darah merah tidak sempurna - hilang _________________ - rasa kebas AKTIVITI 23 : Lengkapkan rajah pengelasan vitamin. Rujuk buku teks M/S 10.
  37. 37. Fungsi : Sumber : - bantu tumbesaran ___________ - menguatkan dinding salur darah - ________________________ - memlihara gigi, kulit dan gusi VITAMIN C Asid Askorbik Kesan Berlebihan : Kesan Kekurangan: - penyakit _____________ - cirit-birit dan bengkak perut - kapilari darah pecah - dikumuhkan - kurang ______________ - luka lebam dan penyakit kulit lambat sembuh AKTIVITI 24 : Lengkapkan rajah pengelasan vitamin. Rujuk buku teks M/S 10.
  38. 38. PETUA : Sayur??? Arggh!!! Mimpi ngeri bila anda dipaksa makan sayur???? Cuba resepi ini, pasti anda mahu lagi. Selamat Mencuba!! SUP BROKOLI Bahan-bahan: 400gm brokoli 2 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 1 liter susu segar Tepung jagung secukupnya Air secukupnya Garam secukup rasa Minyak zaitun untuk menumis Cara memasak: 1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bahan hirisan sehingga naik bau. 2. Kemudian masukkan brokoli dan tumis sebentar. 3. Masukkan pula susu segar dan didihkan. 4. Biarkan ia merenih seketika dan padamkan api. Masukkan adunan ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus. 5. Tuangkan adunan ke dalam periuk dan panaskan. Perasakan. 6. Seterusnya cairkan tepung jagung dengan air dan masukkan ke dalam adunan tadi. Kacau sebati sehingga adunan menjadi pekat dan berkrim. 7. Sedia untuk dimakan.
  39. 39. CARI VITAMIN YANG TERSEMBUNYI DALAM RAJAH DI BAWAH: O N I M A L A B O K W J O A K D L Z S G K I H E I M V U M O I F T L C K A N E B I C R I B O F L A V I N R O R E B F K X A G M S A E N O F D G O Y N L O K D T A Q I M Y F W I J M O I I D S S O T E A M O I D O N A I L E Z R T A Q I N O P U A L R O S I P U R F L K V K A E L V T A K I S S U B A N U Z O U C O P G 1 Tokoferol 6. Kobalamin 2. Kalsiferol 7. Tiamina 3. piridoksin 8. Retinol 4. Riboflavin 9. Menadion 5. Niasin 10. Asid Folik AKTIVITI 25 : Lengkapkan silangkata diatas.
  40. 40. 1.9 GARAM MINERAL Garam mineral diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk memelihara kesihatan tubuh. Jenis Makro Jenis Mikro A) Kalsium ( Daging ) B) Fosforus (..........................) A) Fluorin (.....................) C) Natrium (..........................) D) Magnesium (...........................) E) Sulfur (...........................) F) Ferum (...........................) B) Zink (.....................) G) Iodin (...........................) Diperlukan melebihi 100 mg Diperlukan kurang 100 mg sehari sehari Rajah 11 : Jenis Garam Mineral AKTIVITI 26 : Lengkapkan jadual jenis garam mineral di atas dengan sumber yang sesuai
  41. 41. 1.9.1 SUMBER, FUNGSI, KESAN KEKURANGAN, DAN BERLEBIHAN GARAM MINERAL fungsi SUMBER FUNGSI A)............................. ............................. B)........................... ............................... ................................. C) Pembekuan ................................. darah ................................. D) Mengawal pengecutan otot A) Fungsi otot dan saraf terganggu Batu karang B)............................. ................................ C)............................. ................................ KESAN BERLEBIHAN KESAN KEKURANGAN
  42. 42. AKTIVITI 27 : Lengkapkan jadual diatas dengan menyatakan sumber, fungsi, kesan kekurangan, dan berlebihan Kalsium. Sila rujuk buku teks M/S 13. TAHUKAH ANDA? Sumber makanan selain susu yang dapat menampung keperluan kalsium dalam badan kita ialah : Ikan Bertulang Lembut (Sardin/Salmon) Ikan Bilis Oren/Lemon Susu Soya Sayuran Berdaun Hijau Tofu Bijan Gula perang kacang peas Badam Sup Tulang .
  43. 43. SUMBER FUNGSI KESAN KESAN • KEKURANGA BERLEBIHAN Pembentukan N ......................... ..................... tulang dan ........................ ......................... ........................ gigi yang kuat ......................... ......................... ......................... • ...................... ...................... ......................... ......................... FOSFORUS AKTIVITI 28 : Lengkapkan jadual diatas dengan menyatakan sumber, fungsi, kesan kekurangan, dan berlebihan Fosforus.Sila rujuk buku teks M/S 13.
  44. 44. TAHUKAH ANDA? Penyakit buah pinggang kronik merosakkan fungsi normal buah pinggang, menjadikan organ penting ini sukar untuk mengekalkan baki normal mineral dan elektrolit dalam badan. Walaupun badan manusia memerlukan potassium dan fosforus daripada sumber-sumber pemakanan, mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang perlu mengurangkan pengambilan mineral ini. Makan makanan yang kaya dengan fosforus atau potassium boleh mengakibatkan peningkatan bahan-bahan buangan yang berbahaya, sekaligus menjejaskan fungsi buah pinggang. SUMBER FUNGSI ................................ Memelihara Keseimbangan Bendalir ................................ • ...................................................... ...................................................... NATRIUM KESAN KEKURANGAN Kekejangan Otot KESAN BERLEBIHAN ………............................... Dikumuhkan Radang Saraf
  45. 45. AKTIVITI 29 : Lengkapkan jadual diatas dengan menyatakan sumber, fungsi, kesan kekurangan, dan berlebihan Natrium .Sila rujuk buku teks M/S 13. TAHUKAH ANDA? Garam atau nama saintifiknya Natrium Klorida adalah galian yang sangat berguna kepada manusia. Tetapi ia juga membahayakan jika digunakan dengan kadar yang berlebihan. Selain nenjadi bahan perasa, garam juga berguna kepada tubuh badan kita. Kerana garam ada unsur Natrium yang diperlukan untuk mengantikan makanan lama dengan zat makanan baru. Kelancaran penukaran zat makanan bergantung kepada kadar Natrium dalam darah tubuh manusia yang beredar ke seluruh tubuh dengan menumpang pada sel darah merah. Bila kekurangan Natrium, sel darah merah akan mengecut. UJI MINDA 5 : Apa yang terjadi sekiranya garam berlebihan. Mari kita fikir- fikirkan .
  46. 46. SUMBER FUNGSI KESAN KESAN ................... Memberi KEKURANGAN BERLEBIHAN ................... Bentuk Fungsi Otot ....................... Kepada Terganggu ....................... . Struktur .............. .......................... Rangka .......................... Mengganggu Tulang .. Fungsi Buah ……………… Pinggang ……………… …… MAGNESIUM AKTIVITI 30: Lengkapkan jadual diatas dengan menyatakan sumber, fungsi, kesan kekurangan, dan berlebihan Magnesium.Sila rujuk buku teks M/S 13.
  47. 47. SULFUR KESAN KESAN SUMBER FUNGSI KEKURANGAN BERLEBIHAN Pertumbuhan Koordinasi Lambat Otot Lemah Menjadi ....................... Komponen Asid- Asid Amino Yang ....................... ....................... Berfungsi Dalam ....................... ....................... ....................... Tumbesaran Dan .. ....................... Pembentukan .. Sel ....................... ....................... ........................ .. ........................ AKTIVITI 31: Lengkapkan jadual diatas dengan menyatakan sumber, fungsi, kesan kekurangan, dan berlebihan Sulfur. Sila rujuk buku teks M/S 13.
  48. 48. Diarea atau cirit birit Merupakan keadaan dimana seseorang itu hilang kawalan keupayaan membuang najis secara normal menyebabkan ia sentiasa perlu membuang najis pada setiap masa. Pembuangan najis dilihat berlaku apabila najis yang dikeluarkan dari dubur pada kebiasaannnya dalam bentuk pepejal menjadi lembut, berair dan sangat berair. Keadaan ini berlarutan sehinnga menyebabkan kekeringan air terhidrasi) dan sekiranya berterusan boleh menyebabkan maut. Layari ms.wikipedia.or/wiki/Direa untuk maklumat lanjut.
  49. 49. APAKAH FERUM ? Ferum adalah zat besi. Ferum membantu berbagai fungsi tubuh. Fungsi yang utama adalah pembentukan darah merah, kerja otot, dan enzim. Kekurangan ferum dapat menghambat pembentukan darah merah dan menyebabkan anemia. Anemia adalah sejenis penyakit akibat kekurangan darah merah • SUMBER ........................... ........................... ........................... KESAN BERLEBIHAN ............................................ KESAN KEKURANGAN .......................... FUNGSI .......................... A)........................... ............................... B)........................... .............................. FERUM
  50. 50. AKTIVITI 32: Lengkapkan jadual diatas dengan menyatakan sumber, fungsi, kesan kekurangan, dan berlebihan Ferum. Sila rujuk buku teks M/S 13. UJI MINDA 6 : Tanda-Tanda Anemia Apabila seseorang itu mengalami masalah kulit pucat, degupan jantung pantas, cepat letih, sesak nafas, sakit dada, kerap berasa pening, sejuk dan kebas. Cuba jelirkan lidah dan lihat warnanya. Adakah ia jauh lebih merah berbanding lidah ahli keluarga yang lain? Sekarang cuba perhatikan bahagian bawah mata dan tangan. Adakah ia berwarna pucat? Jika sebahagian atau semua tanda di atas ada, anda mungkin mengalami masalah anemia
  51. 51. IODIN ........................................................................... SUMBER Membentuk tiroksin, mengawal tumbesaran kanak-kanak FUNGSI IODIN ................................... KESAN KEKURANGAN ..................................... ..................................... KESAN BERLEBIHAN ........................................................... AKTIVITI 33 : Lengkapkan jadual diatas dengan menyatakan sumber, fungsi, kesan kekurangan, dan berlebihan Iodin. Sila rujuk buku teks M/S 14.
  52. 52. APAKAH TIROKSIN Kelenjar tiroid yang normal menghasilkan hormon yang dipanggil tiroksin. Berdasarkan jumlah tiroksin yang dihasilkan ia akan mempengaruhi bagaimana badan berfungsi memetabolisme makanan yang kita makan dan seterusnya bagaimana badan menguruskan sumber tenaga tadi untuk kebaikan keseluruhan sistem badan. Tiroksin mengandungi banyak iodin. Kekurangan iodin mengakibatkan goiter/tiroid serta menurunkan kecepatan metabolisme sehingga pertumbuhan lambat dan kecerdasan menurun. Kekurangan iodin boleh dalam tubuh boleh diperbetulkan dengan menambah garam iodin dalam makanan.
  53. 53. FLUORIN (FI) SUMBER ............................................................................. FUNGSI .................................................................... ...................................................................... KESAN KEKURANGAN .................................................................... ..................................................................... . KESAN BERLEBIHAN ............................................................................ ............................................................................. FLUORIN AKTIVITI 34: Lengkapkan jadual diatas dengan menyatakan sumber, fungsi, kesan kekurangan, dan berlebihan Fluorin. Sila rujuk buku teks M/S 14.
  54. 54. UJI MINDA 7 : Memberus gigi adalah amalan penjagaan mulut. Berapa kalikah anda memberus gigi pada setiap hari?Apakah fungsi florida dalam ubat gigi dan apakah kesan pengambilannya yang berlebihan? . Tips Dan Petua Putihkan Gigi -Dapatkan Gigi Putih Berseri 1. Cara mudah untuk putihkan gigi ialah dengan menggunakan serbuk penaik atau juga di kenali sebagai SODIUM BIKARBONAT. 2. Sebelum gosok gigi seperti biasa, gosokkan gigi anda guna serbuk penaik terlebih dahulu. 3. Kemudian kumur dan gosok gigi seperti biasa. 4. Amalkan petua ini 3-4 kali seminggu. InsyaAllah akan dapat lihat hasilnya lepas sebulan. :)
  55. 55. • SUMBER • FUNGSI Hati, Daging ..................... tanpa lemak , ..................... Bijirin, ..................... Roti ..................... Gandum ZINK ..................... Tumbesaran ..................... Perlahan . ..................... ..................... ..................... ..................... • KESAN ..................... • KESAN BERLEBIHAN .................... KEKURANGAN AKTIVITI 35: Lengkapkan jadual diatas dengan menyatakan sumber, fungsi, kesan kekurangan, dan berlebihan Zink.Sila rujuk buku teks M/S 14.
  56. 56. TAHUKAH ANDA Anda boleh mengekalkan kandungan zink dalam badan adalah dengan 1. Mengawal pengambilan kopi meminum kopi akan mengakibatkan kita sering membuang air kecil. Semakin banyak air kencing dikeluarkan semakin banyak zink keluar dari tubuh 2. Makanan dimasak dengan hanya merebus, mengukus atau memanggang dan tidak terlalu lama 3. Makan makanan yang tidak diproses. Makanan yang diproses menyebabkan kandungan zink hilang sehingga 75 % 1.10 AIR DAN PELAWAS Air merupakan unsur yang penting dalam kehidupan kita dalam sistem pencernaan, perkumuhan, pernafasan dan peredaran darah. Selain itu suhu badan dapat dikawal melalui pengambilan air yang secukupnya. Terdapat 3 fungsi air terhadap manusia. Rujuk Rajah 12.
  57. 57. _________________ FUNGSI ________________ ________________ RAJAH 12 : Fungsi Air. AKTIVITI 36: Lengkapkan Rajah Fungsi Air . Sila Rujuk Buku Teks M/S 14. Tahukah anda? 70% daripada tubuh manusia adalah terdiri daripada air.
  58. 58. TIPS KESIHATAN Minum air kosong sekurang- kurangnya 6- 8 gelas setiap hari Pelawas diperlukan oleh badan untuk merangsang pergerakan peristalsis dan membantu dalam sistem perkumuhan. Sumber pelawas terdiri daripada bahan-bahan seperti berikut: _____________________ •epal •limau _____________________ •bayam •lobak _____________________ •badam •gajus ____________________ • corn flakes •cococrunch Rajah 13 : Sumber Pelawas AKTIVITI 37: Lengkapkan Rajah Sumber Pelawas . Sila Rujuk Buku Teks M/S 15.
  59. 59. Jika badan manusia kekurangan pelawas, perkara seperti Rajah 14 mungkin akan berlaku terhadap tubuh badan manusia. sembelit ___________ vena variskos _________ Rajah 14 : Kesan Kekurangan Pelawas AKTIVITI 38: Lengkapkan Rajah Kesan Kekurangan Pelawas . Sila Rujuk Buku Teks M/S 15. TAHUKAH ANDA? Penyakit Divertikula : Terdapat benjolan mukosa yang menyerupai kantong tumbuh dalam usus besar
  60. 60. UJI MINDA 8 : Nyatakan benar atau salah pada pernyataan tersebut 1. Berbanding dengan masakan di rumah, makanan yang sudah siap diproses seperti makanan dalam tin mempunyai kurang zat makanan. (Benar / Salah) 2. Jangan makan banyak selepas pukul 7 malam. (Benar / Salah) 3. Umumnya orang Malaysia, ada kepelbagaian jenis makanan. (Benar / Salah) 4. Perasa tambahan dan pengawetan dalam makanan adalah tidak sihat untuk kesihatan. (Benar / Salah) 5. Gula penyebab utama diabetes. (Benar / Salah) 6. Tiram mengandungi bahan yang merangsang perasaan cinta. (Benar / Salah)
  61. 61. 7. Hormon yang digunakan di dalam pengeluaran ayam mampu untuk mempercepatkan pengeluaran haid pertama gadis. (Benar / Salah) 8. Kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai alahan dalam makanan. (Benar / Salah) 9. Adalah tidak sihat untuk mencampurkan karbohidrat dan protein dalam satu hidangan yang sama. (Benar / Salah) 10. Makan roti boleh menggemukkan. (Benar / Salah)
  62. 62. 1.11 LATIHAN PENGUKUHAN 1.Pemakanan bermaksud A. Kajian tentang makanan B. Bahan yang boleh dimakan C. Proses dan hasil daripada mengambil makanan D. Kajian yang berkaitan dengan pengambilan makanan SPM 2008 Rajah 1 : Kesan kekurangan sejenis nutrien . Luka dan penyakit lambat sembuh. Tubuh kurang daya tahan terhadap penyakit menjadi lemah letih, lesu dan kurang cergas 2. Antara yang berikut , apakah nutrien itu ? A Protein B Vitamin B C Karbohidrat D Asid askorbik 3. Penyakit yang akan terjadi kepada kanak-kanak yang mengalami kekurangan protein berterusan? A.Riket SPM 2007 B.Anemia C.Beri-beri D.Kwasyiorkor 4. Kesan kekurangan lemak dalam tubuh ialah A. Kesejukan B. Kelaparan C. Tubuh letih dan lesu D. Berat badan bertambah
  63. 63. mengawal suhu tubuh membantu proses pernafasan sebagai pelincir membran sendi. 5. Pernyataan di atas merujuk kepada fungsi A. Air B.Lemak C.Vitamin D Air dan Pelawas 6 .Kekurangan kalsium dan fosforus boleh menyebabkan A Kurang Selera Makan B Penyakit Kulit Dan Gusi C Tulang Lembut Dan Rapuh D Pembekuan Darah Terjejas Karbohidrat Gula ringkas Gula Kompleks Monosakarid X a Galaktosa Fruktosa Glukosa Jadual 1 7. Berdasarkan jadual di atas, pilih pernyataan yang merujuk kepada X. A Disakarida - maltosa, sukrosa, laktosa B Polisakarida – pektin, selulosa, dekstrin C Disakarida – laktosa, kanji, maltosa D Polisakarida – selulosa, sukrosa, kanji
  64. 64. 8. Asid lemak tepu adalah daripada sumber: A. Majerin B. Mentega C. Kacang Soya D. Minyak Kacang 9. Kolesterol adalah A. Penyebab penyakit B. Merupakan satu unit lemak C. Terdiri daripada unsur-unsur oksigen dan hydrogen D. Sebatian lemak hanya terdapat dalam lemak haiwan 10. Antara berikut yang manakah vitamin larut air? I Asid askobik II Tokoferol III Retinol IV Riboflavin A I dan II B I dan IV C II dan III D II dan IV Rajah 2 menerangkan tentang klasifikasi vitamin. SPM 2008 Vitamin Larut Air Vitamin Larut Lemak I Tiamina Retinol II Kobalamin Asid Folik III Riboflavin Tokoferol IV Asid Askorbik Menadion 11. Antara yang berikut, padanan manakah yang BENAR. A I, II dan III
  65. 65. B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV 12. Penyakit goiter berlaku disebabkan kekurangan A Ferum B Iodine C Kalsium D Fosforus  Tiamina  Riboflavin SPM 2009  Piridoksin 13 Pernyataan di atas adalah mengenai A. Vitamin A B. Vitamin B Kompleks C. Vitamin C D. Vitamin K 14. Apakah fungsi utama vitamin K? A. Mengawal sistem saraf B. Memelihara fungsi pencernaan C. Membantu sistem enzim D. Membantu pembekuan darah 15. Antara yang berikut yang manakah fungsi garam mineral ferum? A. Membantu sistem enzim SPM 2008 B .Memelihara kesihatan tubuh C. Membentuk sistem daya tahan penyakit D. Membina hemoglobin dalam sel darah mera
  66. 66. 1.12 JAWAPAN UJI MINDA 1: Keperluan asas pelajar disediakan oleh ibu-bapa atau penjaga AKTIVITI 1: Pizza Warna: Menarik Tekstur: Keras Bau: Tidak Kuat Kuih Seri Muka Warna: Menarik Tekstur: Lembut Bau: Tidak Kuat Durian Warna: menarik Tekstur: Lembut Bau: kuat Mee Kari Warna:Menarik Tekstur: Lembut Bau:Kuat Nasi Goreng Kampung Warna: Menarik Tekstur: Lembut Bau: Tidak Kuat UJI MINDA 2: Pengguna sering menghadapi isu:  Kenaikan harga barang  Kekurangan barangan dipasaran
  67. 67. AKTIVITI 2: Fungsi makanan dari segi fisiologi a) Pembinaan sel tubuh, b) Tumbesaran dan pemulihan, c) membekalkan tenaga haba, d) Memelihara dan mengawal proses tubuh Fungsi makanan dari segi psikologi a) Menghilangkan rasa marah, sunyi dan sedih Fungsi makanan dari segi sosial a) Melambangkan status ekonomi UJI MINDA 3: Sebahagian besar otak terdiri daripada lemak yang baik yang dikenali sebagai sebagai asid lemak, dan sebahagian besar dari asid lemak ini adalah Omega-3. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan Omega-3 boleh menyebabkan peningkatan kemampuan belajar, kemampuan menyelesaikan masalah, fokus yang bertambah, memori yang meningkat, dan komunikasi antara sel yang lebih laju. AKTIVITI 3: Cadangan amalan pemakanan sihat 1. Mulakan hari anda dengan bersarapan pagi. Ia membekalkan tenaga dan khasiat untuk waktu pagi yang produktif di tempat kerja, sekolah atau tempat bermain. 2. Makan pada waktu yang ditatapkan. 3. Amalkan makan di meja atau di tampat yang dikhaskan. 4. Minum susu,jus buah-buahan atau air kosong. 5. Makan makanan segera sekali sekala. 6. Makan buah-buahan sebagai pencuci mulut dan snek. Ini kerana ianya kaya dengan vitamin,garm galian dan serat.
  68. 68. AKTIVITI 4: A. Protein, Garam Mineral, Air B. Karbohidrat, Lemak , Protein C. Vitamin Dan Garam Mineral AKTIVITI 5:  Membina sel tubuh untuk pembesaran  Memulihkan sel yang rosak  Membentuk sistem pertahanan  Membantu dalam pengedaran darah  Membekalkan tenaga haba AKTIVITI 6 A) Kacang Soya B) Bijirin, Sayuran, Kacang AKTIVITI 7 - GULA RINGKAS - MONOSAKARIDA - DISAKARIDA  Maltosa  Sukrosa  Laktosa - POLISAKARIDA  Kanji  Dekstrin  Pectin  Selulosa  Glikogen
  69. 69. AKTIVITI 8 1. Membekalkan tenaga dan haba 2. Lemak dan protein 3. Karbohidrat AKTIVITI 9 Kesan kekurangan - Kelaparan Kesan berlebihan – Tisu adipos Kesan kekurangan – Kebuluran AKTIVITI 10 Makan makanan yang tidak terlalu manis Kurangkan gula dalam setiap minuman yang disediakan Tidak mengambil minuman yang diproses AKTIVITI 11 Lemak - asid lemak tepu Cecair pada suhu bilik - minyak zaitun - minyak jagung - minyak canola
  70. 70. AKTIVITI 12 KESAN FUNGSI KESAN BERLEBIHAN KEKURANGAN -Pembekal haba -Adipos dan tenaga -Berat tubuh menurun -kardiovaskular -Pelindung . AKTIVITI 13 Vitamin Larut Lemak  Retinol  Tokoferol Vitamin Larut Air  Riboflavin  Niasin  Piridoksin  Kobalamin
  71. 71. Fungsi, Sumber, kesan kekurangan dan kesan berlebihan vitamin AKTIVITI Kesan Vitamin Fungsi Kesan berlebihan kekurangan 14 A - Penglihatan - Rabun - hati - Tulang dan malam gigi - Pernafasan, pencernaan dan perkumuhan 15 D - otot dan saraf - riket - jantung - osteomal dan buah acia pinggang 16 E - metabolisme ferum 17 K - darah - hidung 18 B1 - pencernaan - beri-beri - hati dan penyerapan karbohidrat 19 B2 - karbohidrat - saraf dukumuhkan dan protein 20 B3 - koenzim - dermatitis - gatal-gatal - dementia kulit 21 B6 - pencernaan - anemia - berjalan dan penyerapan 22 Asid - metabolisme - sel darah Folik protein merah - mental 23 B12 - sel darah - daya merah imbanga n 24 C - kanak-kanak - skurvi - antioksida - daya tahan
  72. 72. AKTIVITI 25 JAWAPAN : O N I M A L A B O K W J O A K D L Z S G K I H E I M V U M O I F T L C K A N E B I C R I B O F L A V I N R O R E B F K X A G M S A E N O F D G O Y N L O K D T A Q I M Y F W I J M O I I D S S O T E A M O I D O N A I L E Z R T A Q I N O P U A L R O S I P U R F L K V K A E L V T A K I S S U B A N U Z O U C O P G 1 Tokoferol 6. Kobalamin 2. Kalsiferol 7. Tiamina 3. piridoksin 8. Retinol 4. Riboflavin 9. Menadion 5. Niasin 10. Asid Folik
  73. 73. AKTIVITI 26 Jenis Makro : A. Daging, Susu, Keju, Sardin B. Susu, Tomato, Ikan C. Garam,Kicap Cair, Keju D. Susu, Bijirin, Sayuran Berdaun Hijau E. Telur, Daging F. Ikan, Udang, Kerang Jenis Makro: A. Air minuman yang ditambah fluorin, teh B. Daging tanpa lemak, gandum AKTIVITI 27: Sumber, Fungsi, Kesan Kekurangan, Dan Berlebihan Kalsium Sumber: Susu,Keju,Ikan Bilis, Sayuran Hijau,Sardin,Ikan Daging Fungsi : Pembentukan Tulang Dan Gigi Yang Kuat Pembekuan darah Mengawal pengecutan otot Kesan Kekurangan :Penyakit Riket dan osteomalacia :Tulang dan gigi rapuh :Fungsi otot dan saraf terganggu Kesan Berlebihan: Batu karang
  74. 74. AKTIVITI 28: Sumber, Fungsi, Kesan Kekurangan, Dan Berlebihan Fosforus Sumber : Susu,Tomato,Ikan,Daging, Telur ,Hati Buah Buahan Fungsi : Pembentukan tulang dan gigi yang kuat Membantu menghasilkan metabolisme protein,karbohidrat dan lemak Kesan Kekurangan: Tulang dan gigi menjadi rapuh Otot menjadi lemah Gangguan kepada sistem saraf Kesan Berlebihan: Penyakit Kalsium Terbentuk Di Luar Tulang Khasnya Dalam Buah Pinggang AKTIVITI 29: Sumber, Fungsi, Kesan Kekurangan, Dan Berlebihan Natrium Sumber : Garam Susu, Daging, Kicap Cair,Telur,Keju Fungsi : Memelihara Keseimbangan Bendalir Membina plasma darah dan cecair limfa Kesan Kekurangan: Letih Kurang selera makan Uji Minda 5: Garam berlebihan menyebabkan sel darah akan mengembang sehingga boleh melukakan pembuluh darah. Jadi kandungan natrium dalam darah haruslah seimbang. Tubuh manusia hanya memerlukan sekitar 2g atau setengah sudu teh sahaja sehari AKTIVITI 30: Sumber, Fungsi, Kesan Kekurangan, Dan Berlebihan Magnesium Sumber : Susu,Bijirin,Sayuran Berdaun Hijua,Pisang,Kubis,Kekacang Fungsi : Membantu mengawal sistem saraf dan pengecutan otot Kesan Kekurangan: Radang Saraf Kesan Berlebihan : Toksik AKTIVITI 31:
  75. 75. Sumber, Fungsi, Kesan Kekurangan, Dan Berlebihan Sulfur Sumber : Telur,Daging Kesan Kekurangan: Cirit birit Bengkak pada hati dan limpa Kesan Berlebihan: Kehilangan Cecair Tubuh Sakit Perut AKTIVITI 32: Sumber, Fungsi, Kesan Kekurangan, Dan Berlebihan Ferum Sumber : Hati, Daging Lembu, Ayam, Bijirin,Biskut, Kekacang Fungsi: Membina hemoglobin dan Myoglobin dalam sel darah merah Membantu membawa oksigen keseluruh tubuh Kesan Kekurangan: Penyakit anemia Letih dan pening Kesan Berlebihan: Muntah,cirit birit dan kejang perut Menjadi toksik AKTIVITI 33: Sumber, Fungsi, Kesan Kekurangan, Dan Berlebihan Iodin Sumber : Ikan,Udang,Kerang.Sayur Bayam Kesan Kekurangan: Penyakit Goiter dan Kretinisme Tumbesaran terganggu Kesan Berlebihan: Sakit kepala Sesak Nafas AKTIVITI 34: Sumber, Fungsi, Kesan Kekurangan, Dan Berlebihan Fluorin Sumber : Air minuman yang ditambah fluorin , Ikan yang dimakan bersama tulangnya, teh Fungsi: Pembentukan tulang dan gigi yang kuat Kesan Kekurangan:Penyakit Karies Gigi Kesan Berlebihan: Toksik Fluoris Dikalangan Kanak-Kanak
  76. 76. Uji Minda 7 Memberus gigi menggunakan ubat gigi berforida setiap hari boleh mencegah kerosakan gigi. Penggunaan ubat gigi berflurida merupakan satu faktor mengurangkan kadar kerosakan gigi. Flurida ialah mineral semula jadi yang boleh menguatkan lapisan luar gigi dan membantu mencegah kerosakan gigi. Penggunaan flurida yang berlebihan menyebabkan fluorosis enamel iaitu kecatatan lapisan luar gigi. AKTIVITI 35: Sumber, Fungsi, Kesan Kekurangan, Dan Berlebihan Zink Fungsi: Membantu dalam tumbesaran dan memelihara tisu Kesan Kekurangan: Hilang selera makan Cirit-birit Kesan Berlebihan: Toksik yang menyebabkan muntah, letih dan mengganggu fungsi buah pinggang Mengganggu penyerapan Ferum Uji Minda 8 Semua jawapan di atas adalah SALAH. Ini kerana : 1. Makanan yang diproses dalam tin tidak menyebabkan kehilangan nutrien dalam makanan secara keseluruhan kerana masih terdapat zat dalam makanan tersebut. Makanan yang dimasak di rumah juga akan kehilangan sedikit zat apabila dimasak. 2. Sebenarnya jumlah kalori yang diambil dan aktiviti yang dibuat menentukan sama ada seseorang itu mengalami pertambahan berat badan dan bukannya masa ketika makanan diambil. 3. Orang Malaysia lazimnya mempunyai tabiat makan yang sama iaitu mengambil makanan yang sama setiap hari seperti mengambil nasi pada waktu tengah hari dan malam sementara mangambil roti atau pelbagai jenis mi pada waktu pagi. 4. Pengawet dan penambah perisa dibuat daripada bahan yang dibenarkan dan kajian menunjukkan ia tidak membahayakan kesihatan.
  77. 77. 5. Gula bukanlah penyebab utama diabetes tetapi sebenarnya disebabkan oleh kekurangan insulin yang dihasilkan oleh tubuh. Salah satu penyebab penyakit kencing manis juga berpunca daripada keturunan. 6. Sememangnya tiram mengandungi zink yang merangsang pertambahan hormon dalaman lelaki tetapi ianya tidak merangsang hormon perasaan cinta. 7. Hormon yang digunakan dalam pengeluaran ayam yang boleh mempercepatkan pengeluaran haid pertama gadis sudah tidak digunakan lagi sejak 40 tahun lalu. 8. Orang Malaysia kebanyakan tidak mempunyai alahan terhadap makanan kerana kebanyakan daripada orang yang alah adalah mereka yang mengidap penyakit seperti resdung. Ini menyebabkan pengidapnya tidak boleh menikmati makanan laut kerana menimbulkan kegatalan. Secara keseluruhan semua orang Malaysia yang tidak berpenyakit tidak mempunyai alahan terhadap makanan. 9. Perut kita boleh mencernakan karbohidrat dan protein sekaligus atau dalam sekali hidangan. 10. Roti tidak menggemukkan. Malah baik untuk dimakan kerana mengandungi karbohidrat sekaligus membantu manusia menghasilkan tenaga. Aktiviti 36 Fungsi Air : - membantu proses - pelincir - mengawal suhu badan Aktiviti 37 Sumber Pelawas : 1. Buah-buahan 2. Sayuran 3. Kekacang 4. Bijirin
  78. 78. Aktiviti 38 Divertikula Hernia LATIHAN PENGUKUHAN 1. D 2. A 3. D 4. A 5. D 6. C 7. B 8. B 9. D 10. B 11. C 12. B 13. B 14. D 15. D

×