Más contenido relacionado

Más de Ezad Azraai Jamsari(20)

Pencerakinan Reflektif Perkembangan Ilmu Sains

  1. PERKEMBANGAN ILMU SAINS Buku Sejarah Tamadun Islam Bab VII : Halaman 199-243 PPPJ2363 TAMADUN ISLAM ZAMAN UMAWI DAN ABBASI SEMESTER 1 SESI 2021/2022 WAN NUR ATHIRAH WAN AZMI A177558 EZAD AZRAAI JAMSARI Ketua Projek GUP-2019-027 ArabIC, FPI UKM PUTERI NUR DURRATUL AIN MOHD NOR A177411 NURUL FATHIYAH MOHD KHIRRUDIN A173643 PENCERAKINAN REFLEKTIF
  2. 01 ISI KANDUNGAN 03 04 ms 200-206 Zaman Awal ms 199-200 Perkembangan Ilmu Sains Zaman Abbasiyah Tokoh Sains Islam ms 239-254 ms 207-238 02 1
  3. Pengenalan Ilmu Sains ● Dari segi istilah: Sains dianggap suatu cabang ilmu pengetahuan berdasarkan kenyataan yang boleh dibuktikan kebenarannya melalui proses cerapan seperti fizik, kimia dan lain-lain ● Tafsiran umum: Segala ilmu yang ada hubungan dengan kegiatan manusia adalah dianggap sains ● Allah cipta manusia mempunyai naluri dan keinginan tertentu. Untuk memenuhi keinginan, manusia perlu berfikir dan melakukan sesuatu ● Menurut Aristotle: Sains adalah segala pencapaian yang dihasilkan oleh manusia untuk memenuhi keperluan naluri melalui daya usaha dan pendekatan tertentu berlandaskan pemikiran yang logik Cth: cara yang digunakan manusia primitif dalam bidang pertanian, perniagaan, pertukangan pembuatan, pembinaan, pengukuran, pengiraan, pengubatan dan lain-lain 2
  4. Perkembangan Ilmu Sains Zaman Bani Umayyah ● Penterjemahan ilmu sains dari Greek dan Coptic ke dalam bahasa Arab ● Ilmu Perubatan Zaman Abbasiyyah ● Zaman kegemilangan bidang ilmu ● Perubatan, pertanian, pendidikan, terjemahan, astronomi, fizik, matematik dan lain-lain Zaman Rasulullah ● Pembuatan senjata ● Alatan Perang ● Perubatan Allopathy 3
  5. ● Perubatan Allopathy berasal daripada Greek dan Parsi ● Tidak berkembang pada zaman awal ● Orang arab tidak biasa dengan sistem perubatan Greek ● Kebanyakan doktor memeluk Islam ● Bersedia berkhidmat untuk Islam ● Merawat tentera cedera ● Tokoh perubatan Allopathy: Harith bin Kaldah, al-Thaqafi Nadhar bin Harith, Nadhar bin Alaqmah, Ibn Abi Ramthah, Syamardil bin Qubbab al-Ka’bi, Dhamad binti Sa’ad al-Aslamiyyah, Ummu ‘Atiyyah al-Ansariyyah Zaman Awal : Rasulullah s.a.w ● Rasulullah menyediakan bilik khas di dalam Masjid Nabawi ● Bilik kecemasan untuk merawat tentera yang cedera ● Lantik Rufaidah al-Aslami sebagai doktor ● Pembuatan senjata dan alatan perang ● Fokus utama: Perubatan Allopathy 4
  6. Ilmu Sains Zaman Umawiyyah ● Putera Khalid bin Yazid orang Islam pertama yang mempelajari ilmu sains secara intensif ● Belajar di Kolej Alexandria, pusat pengajian ilmu sains Yunani terbesar di Mesir ● Yahya al-Nahwiyyin (John the Grammarian) ● Tokoh sains yang masyhur pada Zaman Umawi ● Pakar dalam perubatan ● Putera Khalid ke Mesir atas masalah politik yang berlaku di Damsyik ● Kegagalan dalam politik punca Putera Khalid mengalihkan perhatiannya kepada bidang akademik ● Ibn Uthal doktor peribadi istana ● Menggunakan sistem perubatan Greek ● Putera Khalid orang Islam pertama menterjemah ilmu sains dari Greek dan Coptic ke dalam bahasa Arab Doktor perubatan: Ibn Uthal, Abul Hakam, Isa bin Hakam, Zainab 5
  7. Faktor pendorong kepada perkembangan bidang sains pada Zaman Abbasiyyah: 1. Sikap liberal pemimpin Abbasi dalam memberi ruang kepada orang Parsi untuk duduk dalam sektor pentadbiran negara ● Menerima dan melaksanakan sistem Parsi yang dapat membawa kemajuan negara ● Tidak mempunyai prasangka dan sentimen perkauman 2. Kedudukan pusat pemerintahan Abbasiyyah yang terletak di Baghdad ● Baghdad kaya dengan kesan tamadun Parsi ● Orang Parsi yang terlibat dengan pentadbiran lebih maju ● Interaksi yang berlaku di antara Parsi-Arab mencetuskan perubahan minda 6 Perkembangan Ilmu Sains: Zaman Abbasiyyah FAKTOR
  8. Khalifah Abu Ja’afar al-Mansur [136H/753M] ● Memasyhurkan kolej Jundi-Shapur di Parsi ● Jemput tokoh sains dan perubatan untuk berkhidmat di hospital-hospital Baghdad ● Melancarkan aktiviti penterjemahan buku-buku sains daripada bahasa Greek dan Parsi ke dalam bahasa Arab ● Meminta raja daripada Byzantine supaya mengirimkan buku-buku sains untuk diterjemah ke dalam bahasa Arab ● Raja Byzantine bersetuju dan mengirimkan sejumlah manuskrip karya Galen, Hippocrates dan Ptolemy sebagai bentuk hubungan diplomatik ● Melantik Abu Yahya bin al-Batriq (182H/798M) sebagai penterjemah utama ● Meminta Muhammad bin Ibrahim al-Fazari (191H/806M)terjemah buku ilmu hisab “Siddhanta” (Sindhind) yang diperoleh daripada pengembara yang datang dari India ● Aktiviti penterjemahan dilakukan oleh doktor Istana iaitu Jurjis bin Bakhtishu (155H/771M) merupakan dekan kolej perubatan Jundi-Shapur, Parsi 7
  9. Khalifah Harun al-Rashid 170-194H/786-809M Mendirikan sebuah perpustakaan khas sebagai pusat terjemahan dan penyimpanan buku-buku sains dan falsafah, dikendalikan oleh al-Fadl bin Nawbakht (200H/815M) Memberikan upah yang besar bagi setiap terjemahan yang sempurna (ganjaran emas seberat buku yang diterjemah) Penterjemah sepenuh masa di Baitul Hikmah: Yuhanna bin Masawayh, Sahl bin Rabban al-Tabari, Jibril bin Bakhtishu, Hunayn bin Ishaq (gaji 500 dinar sebulan) Jibril doktor peribadi khalifah Harun al-Rashid. Semua tokoh terdiri daripada pakar perubatan. Kebanyakan terjemahan tertumpu kepada bidang perubatan 8
  10. Perkembangan Bidang Perubatan Khalifah mempunyai minat yang tinggi dalam bidang perubatan Menubuhkan hospital di Baghdad (Hospital Bimaristan) dan melantik Bakhtishu II sebagai ketua perubatan Membina 35 buah hospital yang lengkap dengan perpustakaan perubatan dan bilik pengajaran pegawai perubatan Menyediakan klinik swasta yang memberi perkhidmatan kepada tawanan perang dan pesakit dalam penjara khalifah Wujud klinik swasta bergerak yang memberi perkhidmatan perubatan dan nasihat penjagaan kesihatan Klinik dan kedai ubat di Baghdad kebanyakan dimonopoli keluarga Bakhtishu Wujud penyelidikan, tumpu kepada ilmu asas perubatan contoh: anatomi, fisiologi, patologi dan lain-lain Wujud lebih banyak kedai ubat dan sekolah farmasi 9 1 2 8 4 3 7 6 5
  11. PENCAPAIAN ● Menjadi pusat intelektual zaman Abbasiyyah ● Tempat berkumpul para sarjana Islam ● Tempat penyelidikan bidang perubatan Greek dan Tradisional Arab ● 90 orang pelajar pada kemasukan pertama PENUBUHAN ● Ditubuhkan oleh Khalifah al-Ma’mun ● Lokasi: Kota Baghdad ● Tahun 200H/815M ● Nama lain: Khazanatu al-Ilm ● Pengasas: Harun al-Rashid ● Kesinambungan daripada aktiviti penterjemahan zaman Khalifah al-Rashid FUNGSI ● Pusat terjemahan ● Perpustakaan ● Institusi pengajian tinggi ● Menawarkan kursus dalam bidang sains dan falsafah ● Merupakan institusi pendidikan formal ● Sistem pengetua ● Pengetua: Yuhanna bin Masawayh (kristian) FAKTOR PENUBUHAN ● Pengaruh falsafah Greek masih bercampur aduk dan mencengkam pemikiran umat Islam ● Sikap memisahkan kegiatan dunia dan akhirat ● Wujud watak extreme samada memilih keduniaan atau keakhiratan ● Bidang profesional (sains & falsafah) dimonopoli bukan Islam Penubuhan Baitul al-Hikmah 10
  12. Ali ibn Sahl Rabban al-Tabari ❖ Berasal dari Merv (wilayah bahagian utama Parsi) ❖ Keluarga Rabban adalah terdiri daripada pengamal perubatan yang masyhur di Parsi ❖ Bapanya seorang doktor yang gigih dan banyak mengkaji buku-buku perubatan Greek ❖ Salah seorang tokoh perubatan Islam yang terawal mengamalkan sistem Allopathy ❖ Kedatangan Ali ibn Sahl Rabban ke Baghdad adalah sebagai tawanan perang ketika zaman perkembangan ilmu sains ❖ Perkembangan ilmu sains pada ketika itu dipelopori oleh orang-orang Parsi yang beragama Kristian ❖ Latar belakang yang sama menggalakkan beliau menceburkan diri dalam kegiatan sains di Baghdad yang berpusat di Bayt al-Hikmah Ibn Rabban al-Tabari 11 Gelaran: Rabban yang bermaksud “Tuan Guru”
  13. Penghormatan dan kepercayaan pihak istana melantik Ibn Rabban sebagai doktor peribadi khalifah telah mendorongnya berhijrah dari agama asalnya, al-Masih kepada agama Islam Dalam tahun 236H/850M, Ibn Rabban telah menarik perhatian dunia Islam dengan terbitan karya penulisannya Bertugas sebagai doktor peribadi kepada Khalifah al-Mutawakkil bermula 847-861 Masihi Mengendalikan kursus-kursus perubatan di Baghdad. Muridnya yang terkenal ialah Abu Bakr Muhammad al-Razi (al-Razi) Sumbangan Ibn Rabban ★ Buku perubatan pertama ditulis oleh orang Islam ★ Menggabungkan pengalaman perubatan Parsi, Greek dan India ★ Merangkumi pelbagai bidang lain seperti Meteorologi, Zoologi Embryologi, Psychologi dan Astronomi Firdaws al-Hikmah ★ Meliputi bidang falsafah dan sains politik ★ Menjelaskan pandangannya sendiri dalam bidang politik Kitab al-Din Wa al-Dawlah 12
  14. Abu Bakr Muhammad al-Razi Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi atau Rhazes (sebutan orang Barat) Dilahirkan pada tahun 251H/865M di bandar al-Rayy. (kota kecil berhampiran Tehran) Mempunyai pengetahuan asas dalam bidang sains tulen sejak kecil Menghabiskan masa remaja dengan mempelajari ilmu falsafah dan musik di Parsi Pernah terlibat dengan golongan mu’tazilah dan menentang orang-orang yang tidak sehaluan dengannya Mendapat gelaran sebagai Gaken Arab Wafat pada tahun 313H/925M Berhijrah ke Baghdad pada umur 40 tahun dan melihat perkembangan ilmu serta kemudahan yang sedia ada telah mencungkil minatnya untuk menceburkan diri dalam bidang perubatan 13
  15. ★ Al-Razi mengikuti kursus perubatan yang dikendalikan oleh Hunayn Ibn Ishaq, pakar perubatan dan pengetua akademi Bayt al-Hikmah ★ Kecekapan al-Razi menggarap ilmu dan menangani kes klinikal telah menjadikan beliau seorang pelajar dan pengamal perubatan yang cekap dalam masa yang singkat PENDIDIKAN 1. Ketua perubatan di hospital wilayah al-Rayy ★ Bertanggungjawab merawat pesakit dan mengendalikan kelas perubatan ★ Sebagai doktor pakar, al-Razi hanya merawat pesakit yang tidak dapat dirawat oleh doktor biasa 2. Menjalankan urusan penentuan tapak untuk penubuhan hospital baru ★ Khalifah al-Muqtadir (296-320H/908-932M) menjemput al-Razi untuk menentukan tapak yang sesuai untuk pembinaan hospital - Beliau telah dilantik sebagai pengarah hospital besar tersebut ★ Gabenor Khurasan, Mansur ibn Ishaq al-Samani turut menjemput al-Razi untuk tujuan yang sama - Al-Razi tertarik dengan peribadi al-Mansur yang bermurah hati menganugerahkan ganjaran yang besar di atas khidmatnya - Beliau telah mengabdikan kekaguman dalam penerbitan karyanya, Kitab al-Tibb al-Mansuri bersempena dengan nama Gabenor Khurasan tersebut TUGAS 14
  16. Bidang Kepakaran & Sumbangan al-Razi Sumbangan al-Razi Menghasilkan 141 buah buku perubatan dan 113 buah buku diantaranya merupakan buku rujukan utama Menghasilkan 12 buku baru mengenai alchemy atau dikenali sebagai Kitab al-Israr Bidang Kepakaran al-Razi Bidang Sastera ● Menumpukan perhatian dalam bidang sastera selepas kemalangan ● Berjaya menghasilkan dua buah buku mengenai sajak dan musik Utama: Bidang Perubatan 15 Penyelidikan Sains ● Kajian mengenai kemungkinan mengeluarkan emas daripada bahan logam yang ditaja oleh pihak swasta ● Penyelidikan telah menemui kegagalan namun beliau tidak berputus asa. Malangnya beliau terkena hakisan bahan kimia semasa proses tersebut dan mengakibatkan matanya buta
  17. Karya al-Razi ❖ Mempunyai 9 jilid ❖ Mengandungi rupa bentuk awal penyakit cacar (smallpox) dan campak (measles) serta cara mengubatinya ❖ Menerangkan tentang cara mengenal penyakit serta mengawasi kesihatan melalui sistem permakanan ❖ Ensiklopedia perubatan yang menjadi rujukan penting kepada doktor pusat pengajian tinggi di Eropah dan Amerika ❖ Diterjemahkan kepada beberapa bahasa iaitu bahasa Latin dan bahasa Inggeris Kitab al-Hawi Buku dan risalah (journals) ❖ Menyentuh bidang perubatan dan sains umum ❖ Cth buku: Kitab al-Tibb ➢ Dianggap sebagai Permata Perubatan Arab, diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis Kitab al-Asrar ❖ Membicarakan tentang teori-teori kimia ❖ Kitab ini diiktiraf oleh pelbagai golongan dari timur dan barat ❖ Literature pertama yang dihasilkan oleh ahli sains Islam ❖ Diterjemahkan ke dalam bahasa Latin 16
  18. Ibn al-Abbas al-Majusi Ali ibn al-Abbas al-Majusi Lebih dikenali sebagai Haly Abbas di Eropah Wafat pada tahun 384H/994M Berasal daripada keluarga penyembah berhala (al-Majusi) yang tinggal di daerah Ahwaz Mempelajari ilmu perubatan dengan Musa ibn Sayyar (Abu Mahir) Dilantik sebagai pengarah Hospital Besar Audhudi di Baghdad oleh Sultan Buwaih Ali al-Majusi banyak menghabiskan masa dengan membuat kajian dan cerapan terhadap penyakit-penyakit yang ditemuinya 17
  19. Karya Ibn al-Abbas al-Majusi Tajuk: Kamil al-Sina’ah al-Tibbiyah Menjerumus ke bidang farmakologi Ditulis khusus untuk dipersembahkan kepada sultan Fana Khusraw Lebih dikenali dengan nama Kitab al-Maliki atau Buku DiRaja Menjadi rujukan utama sebelum kemunculan karya agong Ibn Sina, Qanun fi al-Tibb Terdiri daripada 400 000 perkataan diterbitkan pertama kali dalam bahasa Arab sebanyak dua jilid pada tahun 1294H/1877M di Cairo Terdapat ahli sejarah menganggap kitab Qanun sebagai pelengkap kepada kitab al-Maliki Sebahagiannya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis dan diterbitkan pada tahun 1903 Karya/Buku Ibn al-Abbas al-Majusi 18
  20. ★ Seorang cendiakawan Islam yang luar biasa kerana menguasai pelbagai bidang ilmu ★ Ketika berumur 10 tahun, berjaya menghafal al-Quran dan menguasai sastera Arab klasik ★ Ketika mencapai umur baligh, beliau menembusi bidang perundangan Islam ★ Ketika berumur 14 tahun, beliau melibatkan diri dalam bidang falsafah, mantiq, sains tabi’e dan perubatan Abu Ali al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina (Avicenna). Dilahirkan pada 370H/980M di sebuah kampung berdekatan bandar Bukhara ★ Dalam masa 2 tahun pembelajaran, kecekapan Ibn Sina terbukti apabila beliau berjaya menampilkan diri sebagai seorang doktor termuda dalam masa yang muda ★ Karearnya mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat lebih-lebih lagi apabila dilantik oleh Nuh bin Mansur, sultan Samaniah k-8 sebagai doktor istana Ibn Sina wafat pada tahun 428H setelah gagal beberapa percubaan mengubati penyakitnya 19 Abu Ali ibn Sina
  21. Karya Ibn Sina Ibn Sina sempat menghasilkan beratus-ratus buah buku dalam pelbagai bidang termasuk theologi, falsafah, perubatan, astronomi, geometri dan sebagainya Menurut kajian Prof. Brockelmann, Ibn Sina telah menulis sebanyak 99 buah buku. Sebahagian besar karyanya ialah mengenai ilmu theologi, metaphysics, perubatan dan satu buku analogi syair Keseluruhan bukunya ditulis dalam bahasa Arab. Hanya sebuah buku yang ditulis dalam bahasa Parsi yang khusus membicarakan tentang Falsafah Sains Walaupun terdapat banyak hasil karya yang ditemui oleh penyelidik namun ia masih berbentuk manuskrip yang belum dikaji sepenuhnya. Hanya sebilangan kecil yang dikaji dan diterbitkan Karya yang telah diterbitkan: 1. Kitab al-Shifa’ 2. al-Qanun fi al-Tibb 20
  22. Muhammad al-Khwarizm Terdapat beberapa tokoh sains Islam yang telah meneroka bidang sains tulen seperti kimia, zoologi, matematik dan lain-lain Antaranya ialah: Tokoh Sains Islam 01 Jabir bin Hayyan 21 02
  23. 1. Jabir bin Hayyan (Ahli Kimia) Biografi Biografi ● Abu Abdullah Jabir Ibn Hayyan al-Azdi ● Anak kepada pengusaha ubat-ubatan yang terkenal di Kufah ● Lahir pada tahun 101H/720M di Tus, Parsi ● Dikenali sebagai Geber di Eropah ● Pendidikan awal dalam bidang sains daripada: -Putera Khalid bin Yazid bin Muawiyah -Imam Ja’afar al-Sadiq ● Bertugas sebagai doktor dengan keluarga al-Barmaki ● Wafat di Kufah pada tahun 195H/810M Kekeliruan mengenai hubungan Jabir dengan dua guru awalnya dalam bidang sains Putera Khalid Imam Ja’afar Kemungkinan yang boleh diterima ialah Jabir ada membaca buku-buku terjemahan yang dihasilkan oleh Khalid. Namun jelas mereka berdua tidak pernah bertemu kerana Khalid wafat hampir dua dekad sebelum kelahiran Jabir Kemungkinan yang ada mungkin berlaku semasa Jabir dihantar bapanya ke Hijaz bagi mempelajari ilmu al-Quran dan ilmu berkaitan perundangan Islam yang mana memberi peluang kepada Jabir untuk mempelajari ilmu kimia yang merupakan bidang kegemaran Ja’afar 22
  24. Pencapaian Pemprosesan logam Karya Agung Kitab al-Rahmah Kitab al-Tajmi’ Kitab al-Zi’baq al-Sharqi 01 02 Penyelidikan terhadap bahan kimia dengan menekankan cara ujikaji melalui balai cerapan 23
  25. 2. Muhammad al-Khwarizm (Sains Matematik) Biografi Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi Nama Tugas Kelahiran Lahir di Khwarizm (Khiva) pada tahun 164H/780M Beliau menemui teori matematik seperti: ➔ Algebra ➔ Trigonometri ➔ Geometri Mengetuai Biro Penyelidikan Astronomi di Bayt al-Hikmah Semasa di Bayt al-Hikmah Bayt al-Hikmah 24
  26. Sumbangan Matematik Astronomi ❏ Berjaya memperkenalkan teori matematik antaranya teori campur dan tolak (+, -) ❏ Sumbangan terbesar adalah penulisan Kitab al-Mukhtasar fi al-Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah yang mengandungi lebih daripada 800 contoh algebra didalamnya ❏ Mengemukakan sejumlah 100 buah jadual mengenai nilai-nilai sinus dan kontangen ❏ Berjaya mengukur dataran Sanjar dan Palmyra dengan tepat 25
  27. SEKIAN TERIMA KASIH PROGRAM PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ©UKM2021