SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 116
1
FENOMENA KEHAMILAN REMAJA LUAR NIKAH: KAJIAN DI
KAMPUNG BELADIN, PUSA
HUMAIDATUL FIKRIYAH BINTI MARZUKI
51941
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2018
2
FENOMENA KEHAMILAN REMAJA DI LUAR NIKAH: KAJIN DI KAMPUNG
BELADIN, PUSA, SARAWAK.
Disediakan oleh:
HUMAIDATUL FIKRIYAH BINTI MARZUKI
51941
Pensyarah Penyelia
Dr Zamri Bin Hassan
Projek Tahun Akhir ini salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda
Sains Sosial Dengan Kepujian
(Program Kajian Khidmat Sosial)
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2018
3
PENGAKUAN PELAJAR
Saya akui karya ini adalahhasil kerja saya sendiri kecuali petikan, huraian dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah dinyatakan sumbernya. Saya juga
menyerahkan hakcipta ini kerana pihak Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
bagi tujuan penerbitanjika didapati sesuai.
Tarikh Serahan (HUMAIDATUL FIKRIYAH BINTI MARZUKI)
PENGESAHAN PENYELIA
Projek Tahun Akhir yang bertajuk FENOMENA KEHAMILAN REMAJA LUAR
NIKAH : KAJIAN DI KAMPUNG BELADIN, PUSA telah diusahakan dan
diserahkan oleh HUMAIDATUL FIKRYAH BINTI MARZUKI (51941) sebagai
memenuhi syarat pengijazahan Sarjana Muda Sains Sosial (Kajian Khidmat
Sosial) Dengan Kepujian.
Disahkan oleh:
_______________________ _____________________________
Tarikh Serahan (DR ZAMRI BIN HJ HASSAN)
Pensyarah Penyelia
Kajian Khidmat Sosial
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
Universiti Malaysia Sarawak.
4
PENGHARGAAN
Alhamdulillah. Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kuria dan keizinannya saya berjaya menyelesaikan dan menyiapkan sebuah
penulisan ilmiah yang bertajuk “Fenomena Kehamilan Remaja Luar Nikah:
Kajian Di Kampung Beladin, Pusa”.
Sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini, saya telah memperoleh
bantuan, sokongan, dorongan, dan tunjuk ajar dari pelbagai pihak, Dalam
ruang yang singkat ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan
penghargaan saya kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung di dalam proses saya menyiapkan Projek Tahun Akhir saya.
Pertamanya setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya kepada
Penyelia Projek Tahun Akhir saya iaitu Dr Zamri Bi Hassan. Beliau telah
banyak memberikan tunjuk ajar, panduan dan cadangan sepanjang saya
berada di bawah seliaan dan bimbingannya. Saya percaya hanya Allah yang
mampu membalas jasa baik Dr Zamri kepada saya. Tanpa beliau Projek Tahun
Akhir saya ini tidak mungkin berjaya disiapkan.
Seterusnya,saya ingin memberikanpenghargaan kepada Ketua Kampung
Beladin iaitu Encik Abu Talip Bin Morsidi kerana telah memberikan keizinan
kepada saya untuk melakukan kajian di Kampung Beladin. Selain itu, tidak
lupa juga penghargaan saya dan terima kasih saya peserta-peserta kajian yang
memberikan banyak kerjasama di dalam menjawab soalan-soalan temu bual
yang diberikan. Di samping itu, ribuan terima kasihkepada kaunselor Sekolah
Menengah Kebangsaan Beladin iaitu Puan Addinni Limai yang telah banyak
membantu dan memudahkan urusan saya dalam menjejaki remaja-remaja
yang hamil di kampung tersebut.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada ahli keluarga yang tidak pernah
putus memberikan sokongan kepada saya. Tidak lupa juga kepada raka-rakan
seperjuangan yang banyak membantu dengan memberikan sokongan moral.
Rakan-rakan banyak membantu di dalam proses melakukan transkrip dan
penganalisisan data yang kualitatif yang agak baru bagi saya. Tanpa
pertolongan kalian,mungkin proses penganalisisandata saya menjadi sukar.
Akhir sekali, setinggi-tinggi penghargaandan terima kasih saya ucapkan
kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalamsemua
proses menyelesaikan Projek Tahun Akhir ini. Budi dan jasa baik semua pihak
hanya Allah yang mampu membalasnya.Sekian, terima kasih.
5
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan
kehamilan luar nikah dalam kalangan remaja di sebuah kampung yang terletak jauh
dari bandar. Selain itu, kajian ini juga turut melihat kepada kesan-kesan yang dialami
oleh remaja yang hamil di luar nikah dan akhirnya, mengenal pasti langkah-langkah
yang perlu dilakukan untuk menangani kes kehamilan luar nikah dalam kalangan
remaja di kampung tersebut. Kajian ini telah dijalankan di Kampung Beladin, kampung
ini terletak di bahagian Betong, daerah Pusa. Peserta kajian terdiri daripada tiga orang
remaja yang perah hamil luar nikah. Ketiga-tiga remaja berbeza daripada aspek umur,
dan tahap pendidikan. Berpandukan kajian-kajian lepas,kebanyakan instrument yang
digunakan untuk menjalankan kajian ini ialah menggunakan Panduan Temu Bual,
Soal Selidik Demografi Remaja, dan Email. Hal ini kerana kajian ini merupakan kajian
yang mengumpulkan data berbentuk kualitatif. Penganalisisan data yang dikumpul
menggunakan kaedah penganalisisan data kualitatif iaitu kaedah manual dengan
menggunakan teknik transkripsi. Hasil kajian ini mendapati bahawa remaja kurang
peka terhadap kesan hamil luar nikah dan terlalu mengikut hawa nafsu menyebabkan
kes ini sentiasa meningkat. Faktor utama remaja hami l di luar nikah ialah kerana
terpedaya dengan rayuan kekasih, pengaruh rakan sebaya dan kehendak remaja
sendiri yang ingin membuktikan rasa sayang kepada teman lelakinya. Di samping itu,
kesan-kesan yang dihadapi oleh remaja yang hamil luar nikah tidaklah seperti yang
lazim diketahui .Hal ini kerana adanya sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan.
Kajian ini diakhiri oleh cadangan kepada penyelesaian permasalahan kehamilan
remaja luar nikah di kawasan tersebut. Pelbagai cadangan telah dikemukakan oleh
pengkaji dengan harapan cadangan tersebut dapat membantu mengurangkan jumlah
kes kehamilan luar nikah dalam kalangan remaja. Pengkaji juga turut mengemukakan
cadangan yang diberikan oleh peserta kajian.
Kata Kunci: Kehamilan , Remaja, Luar Nikah, Faktor, Ke san.
6
ABSTRACT
This study is aimed at identifying factors that lead to out-of-date pregnancies among
adolescents in a village located far from the city. In addition, the study also looks at the
effects experienced by pregnant and extramarital teenagers and finally, identifying the
steps that need to be taken to address the case of out-of-date pregnancies among
teenagers in the village. This study was conducted in Kampung Beladin, this village is
located in the district of Betong, Pusa district. The study participants consisted of three
adolescents who were pregnant. The three adolescents differ in terms of age, and level of
education. Based on past studies, most of the instruments used to carry out this study
are using the Interview Guide, Teen Demographic Survey, and Email. This is because this
study is a study that collects qualitative data. Data analysis was analysed using
qualitative data analysis method which is manual method using transcription technique.
The results of this study found that adolescents are less sensitive to the effects of out-of-
date pregnancy and over-lusting causes this case to increase. The main factor of
adolescent pregnancies out of wedlock is to be deceived by the lover's appeal, peer
influence and the desire of the adolescent himself who wants to prove his affection for his
boyfriend. In addition, the effects faced by adolescent pregnancies are not as common.
This is because of the support of family and friends. This study concludes by suggesting
a solution to the problem of adolescent pregnancies in the area. Various proposals have
been submitted by the researchers in the hope that the proposal will help reduce the
number of out-of-date pregnancy cases among adolescents. The researcher also submitted
the suggestions given by the study participants.
Key words: Pregnancy, Teenage, Wedlock, Factors, Implications.
7
KANDUNGAN
PENGAKUAN
PENGHARGAAN I
ABSTRAK II
ABSTRACT III
KANDUNGAN IV
SENARAI JADUAL VIII
SENARAI GAMBAR VIII
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Latar Belakang Masalah 1
1.2 Objektif Kajian 6
1.3 Persoalan Kajian 7
1.4 Skop Kajian 8
1.5 KepentinganKajian 9
1.6 Kesimpulan 10
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Operasional Konsep 11
2.1.1 Remaja 11
2.1.2 KehamilanLuar Nikah 14
2.1.3 Faktor 16
2.1.4 Implikasi 17
2.1.5 Langkah Mengatasi 17
2.2 Kajian Terdahulu 18
2.2.1 Faktor-faktor kehamilan luar nikah dalam kalanganremaja 18
2.2.2 Implikasi kehamilan luar nikah dalam kalangan remaja 24
2.2.3 Langkah mengatasi kehamilanremaja luar nikah 28
8
2.3 Kesimpulan 31
BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN
3.1 Lokasi Kajian: Kampung Beladin 32
3.2 Populasi dan Sampel 37
3.3 Teknik Persampelan 38
3.4 InstrumenKajian 40
3.5 Kaedah PengumpulanData 41
3.5.1 Temu Bual 42
3.5.2 Rakaman Audio 42
3.5.3 Pemerhatian 42
3.6 Kaedah AnalisisData 42
3.7 Kaedah PersembahanData 43
3.8 Etika Penyelidikan 44
3.9 Limitasi Kajian 45
3.10 Kesimpulan 46
BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN ANALISA DATA
4.1 Demografi Peserta Kajian 47
4.1.1 Umur 47
4.1.2 Tahap Pendidikan 49
4.1.3 Status Perkahwinan 49
4.1.4 Pekerjaan Ibu Bapa 50
4.1.5 Pendapatan Bulanan Isi Rumah 50
4.1.6 Tahap PendidikanIbu Bapa 50
4.1.7 Bilangan Adik-beradik 51
4.2 Faktor-faktor kehamilan remaja luar nikah di Kg. Beladin 51
4.2.1 Faktor Individu 52
4.2.1.1 Kemahuan Diri Sendiri 52
9
4.2.1.2 Terlibat DenganPergaulan Bebas 53
4.2.2 Faktor Keluarga 55
4.2.2.1 Kurang Pemantauan Daripada Ibu Bapa 55
4.2.2.2 DisisihkanKeluarga 56
4.2.2.3 Kurang Didikan Agama 57
4.2.3 Faktor Sosial 59
4.2.3.1 Terpedaya Dengan Rayuan Kekasih 59
4.2.3.2 Pengaruh Rakan Sebaya 61
4.2.3.3 Kawasan Kampung Sering DikaitkanDenganMasalah
Sosial Remaja 62
4.3 Implikasi KehamilanRemaja Luar Nikah Di Kg. Beladin 64
4.3.1 Implikasi Kepada Individu 65
4.3.1.1 KesukaranKetika Hamil dan Melahirkan 65
4.3.1.2 Ditinggalkan Kekasih 67
4.3.1.3 Kurang Perhatian Kepada Anak 69
4.3.1.4 Keluarga Memberikan Sokongan 70
4.3.2 Implikasi Kepada Keluarga 72
4.3.2.1 Keluarga Dicemuh Masyarakat 72
4.3.2.2 Nama Baik Keluarga Tercemar 74
4.4 Kesimpulan 75
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Kesimpulan Kajian 77
5.2 Cadangan 82
5.2.1 Cadangan Oleh Peserta Kajian 82
5.2.2 Cadangan Kepada Jabatan Berkaitan 87
5.3 Kesimpulan 90
10
BILBLIOGRAFI 91
LAMPIRAN
11
SENARAI JADUAL
Jadual 1 : Jadual populasi Kampung Beladin 33
SENARAI GAMBAR
Gambar 1 : Peta Kampung Beladin 34
Gambar 2 : KemudahanInfrastruktur di Kampung Beladin 34
Gambar 3 : Jeti Kampung Beladin 36
12
BAB 1
PENDAHULUAN
Bab ini akan membincangkan tentang latar belakang kajian dan penyataan
masalah. Namun, fokus di dalam bab ini lebih kepada objektif kajian,
persoalan kajian, skop kajian. Kepentingan kajian juga akan dinyatakan di
dalam bab ini .
1.1 Latar Belakang Masalah.
Dalam era pasca kemerdekaan, Malaysia kian pesat membangun bagi
mencapai kemajuan. PembangunanMalaysia pada hari ini memberikan banyak
kebaikan kepada rakyatnya seperti dengan adanya teknologi yang canggih,
rakyat Malaysia kini dapat mengakses semua kemudahan yang disediakanoleh
pihak kerajaan. Misalnya, dengan adanya kemudahan Kereta Api Tanah
Melayu (KTM), perjalanan satu destinasi ke destinasi lain dapat dipendekkan,
ia juga dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menjimatkan kos
perjalanan. Selain itu, dengan adanya kemudahan kampung tanpa wayar,
seluruh rakyat Malaysia dapat mengakses internet dengan mudah. Hal ini
membolehkan orang kampung mendapat maklumat dengan cepat serta
meningkatkan lagi mutu taraf hidup rakyat Malaysia khususnya di kawasan
luar bandar.
Setiapisu yang berlaku memiliki faktor atau sebabyang kukuh dan juga
akan memberikan kesankepada individu,masyarakat atau negara. Hal ini juga
merujuk kepada isu sosial yang kian meningkat di negara ini dan salah satu
isu yang semakin mendapat perhatian ialahisu kehamilan remaja. Sementara
itu, data direkodkan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bermula
13
2005 hingga 2011 juga menunjukkan Malaysia menduduki tempat keempat
daripada 10 negara berkaitan kehamilan remaja berusia antara 15 hingga 19
tahun (Shuhada, 2015 : 2). Menurut Suhadah (2015 : 2) beberapa statistik dan
kajian yang telah di jalankan di Malaysia berkaitan dengan isu remaja seperti
isu merokok, masalah moral,aktiviti seksual, lari rumah dan anak luar nikah
Kemajuan yang kita capai pada hari ini bukan sahaja memberikan kesan
baik akan tetapi adanya kesan buruk seperti peningkatan masalah sosial, kes
jenayah dan keruntuhan akhlak manusia. Hal ini dapat dilihat melalui
pernyataan yang terdapat di dalam akhbar Utusan Online, statistik yang
dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) menunjukkan peningkatan
kes juvana sebanyak 5, 305 kes dari tahun 2012 ( 3,399 kes) kepada 8,704 kes
pada tahun 2013 (Faizatul, 2014). Hal ini dapat memperlihatkan bahawasanya
keadaan remaja di negara ini semakin tenat. Hal ini menjadi kebimbangan
pelbagai pihak terutama kementerian dan jabatan yang bertanggungjawab
menangani isu ini.
Kehamilan di usia remaja lazimnya memberikan kesan yang negatif
kepada ibu dan kandungannya. Menurut Dr. Jamiyah yang merupakan Pakar
Perunding Sakit Puan dan Perbidanan di Pusat Perubatan Universiti (PPUM)
menyatakan kehamilan di peringkat remaja mempunyai risiko yang lebih tinggi
berbanding wanita dewasa (Tajaiyah, 2006). Tambah beliau lagi, ibu remaja
bukan sahaja kurang bersedia dari segi kematangan dan pengetahuan untuk
menjadi seorang ibu, tetapi keadaan fizikal mereka juga belum cukup bersedia
untuk menempa proses kelahiran (Tajaiyah,2006).
Kementerian Kesihatan Malaysia juga ada mengeluarkan kenyataan
berkaitan dengankesan kehamilanremaja,dan berikut merupakan petikannya
( Fadillah., 2011):
14
“ perempuan yang hamil di usia muda bukan hanya akan
berhadapan dengan masalah yang biasa di hadapi oleh semua wanita
mengandung tetapi mereka juga akan berhadapan dengan masalah
psikologi, sosial, kewangan dan risiko kematian”.
Kehamilan remaja berlaku kepada remaja perempuan dalam lingkungan usia
13 tahun hingga ke 19 tahun (Almaswa, 2017 :4).
Masalah sosial yang semakin meningkat dari tahun ke tahun
memberikan impak negatif seperti isu kehamilan remaja di luar nikah.
Sementara itu, rekod yang diperoleh dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
mencatatkan 81,000 anak luar nikah didaftarkan sehingga 2011. Manakala
kajian penyelidik Universiti Putera Malaysia (UPM) pula mendapati 300 remaja
Melayu berusia 13 hingga 25 tahun terbabit dengan salah laku seksual dan
seks bebas.
Rekod ini meningkat pada tahun seterusnya dengan melihat rekod
daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seramai 159, 725 orang kanak-
kanak telah dilahirkan dengan status tidak sah taraf telah didaftarkan di
seluruh Malaysia dalam tempoh tiga tahun bermula dari tahun 2013 (Sophia,
2016 : 1). Rekod kelahiran ini hanya melibatkan wanita Islam sahaja kerana
status ini tidak wujud dalam golongan bukan Islam.
Tambahan pula, rekod dari kajian populasi dan keluarga Malaysia olah
Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) menunjukkan
tren remaja yang terjebak dalam aktiviti seks sebelum nikah meningkat
daripada 0.9% (1994) kepada 2.2% (2004) dan 4.8% (2014) (Kementerian
Kesihatan Malaysia, 2012 :2). Kementerian Kesihatan yang melaporkan
sebanyak 16, 270 kes kehamilan luar nikah yang di catatkan dari tahun 2012
hingga 2015, mengukuhkan bukti tentang peningkatan statistik kelahiran
anak luar nikah di negara ini .
15
Hal ini berpunca daripada masalah pergaulan bebas dan seks bebas
dalam kalangan remaja masa kini. Hal ini kemudiannya menjadi penyumbang
kepada satu lagi jenayah iaitu kes pembuangan bayi lazimnya. Hal ini
dibuktikan melalui statistik yang di keluarkan oleh Polis Di Raja Malaysia
(PDRM) dalam tempoh 10 tahun, bermula tahun 2005 sehingga 2015 sebanyak
526 kes pembuangan bayi. Meskipun ada segelintir pihak yang
bertanggungjawabatas kesalahan yang dilakukan.
Melihat kepada permasalahan ini, Sarawak merupakan antara negeri
yang mencatatkankes kehamilan luar nikahtertinggi sepanjang tahun ini iaitu
sebanyak 2,910 kes (Afiq, 2017). Meskipun berlaku penurunanjumlah kes yang
di catatkan sejak tahun 2005 sehingga 2015 iaitu 5,246 kes, Sarawak masih
tersenarai sebagai negeri yang memiliki jumlah kes kehamilan remaja yang
tinggi selaindaripada Sabah yang menduduki tempat pertama dengan jumlah
kes yang dicatatkansebanyak 3,084, Selangor di tempat ketiga dengan catatan
rekod 1,461 kes , dan Johor sebanyak 1,319 kes (Afiq, 2017).
Menurut Khadijah et al. (2012 :133) di dalam kajianmereka menyatakan
kes kehamilan remaja luar nikah berpunca daripada pergaulan bebas antara
lelaki dan perempuan yang pada awalnya terpengaruh dengan rakan sebaya
dan pengaruh media massa. Pembangunan fizikal bukan sahaja yang menjadi
penyumbang kepada berlakunya masalah sosial, tetapi kemajuan teknologi
dalam mengakses internet juga boleh menjadi pemacu kepada berlakunya
masalah sosial.
Sebaliknya, kemunduran juga boleh menjadi penyebab kepada
berlakunya banyak masalah sosial. Hal ini kerana remaja di kawasan yang
tinggal di kawasan pedalaman sukar untuk mengakses sekolah kerana jarak
antara sekolah dan rumah adalah sangat jauh kesannya, ramai remaja yang
16
berusia 13 tahun hingga 17 tahun yang berhenti sekolah. Hal ini juga
menyumbang kepada peningkatan masalahsosial dalam kalanganremaja. Hal
ini disebabkan remaja yang tidak sekolah akan mudah terjebak dalam aktiviti
tidak bermoral seperti melepak, merokok, bermain permainan komputer dan
bergaul secara bebas antara lelaki dan perempuan. Ada juga yang terlibat
dalam kes jenayah seperti, merompak, menghisap dadah dan terlibat dalam
seks rambang.
Hal ini akan mendatangkan kesan buruk yang seterusnya kerana
kurangnya pengetahuantentangkesalahan yang mereka lakukan. Dr. Ros Lena
selaku Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga
dan Masyarakat (KPWKM) menyatakan (Utusan, 2016) :
“..kurangnya pengetahuan tentang seks dan bahayanya melakukan
seks bebas. Hal ini yang menjadi penyebab kepada peningkatan kes
kehamilan luar nikah di kalangan remaja”.
Perkara ini boleh ditangani jika pihak yang bertanggungjawabmelakukan satu
pendekatan untuk memberikankefahaman kepada para remaja tentang kesan
daripada perbuatan mereka.
Tidak dinafikan di kawasan bandar juga masalah-masalah sosial yang
sama turut berlaku. Hal ini selalu dikaitkan dengan kesibukan ibu bapa yang
terlampau sehingga tiada masa untuk bersama keluarga dan menyebabkan
anak-anak merasa terabai dan tidak dipedulikan.
Di peringkat daerah pula, Kuching, Betong, Miri dan Sibu merupakan
kawasan-kawasan yang merekodkan jumlah kes yang paling tinggi. Di dalam
kenyataan sebuah akhbar tempatan, Menteri Kebajikan, Wanita dan
Kesejahteraan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah menyatakan Betong
mencatatkan 10.9 peratus kes kehamilan remaja bagi tahun 2015 (Hamimi,
2015 :1)
17
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab
untuk mengurangkanjumlahkes kehamilan remaja di luar nikah bermula dari
peringkat sekolah, kampung, dan bahagian. Program Menangani Kehamilan
Remaja dan Penyalahgunaan Dadah yang telah berlangsung di Sibu
merupakan contoh program untuk mengatasi masalah kehamilan remaja di
luar nikah. Program ini mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak
antaranya Pejabat Daerah Sibu, Agensi Antidadah Malaysia (AADK), dan
Lembaga Pembangunan dan Penduduk Keluarga Negara (LPPKN) (Florence,
2017). Program ini berjaya menunjukkanpenurunan jumlah kes di Sibu.
Oleh itu, kes kehamilan remaja luar nikah ini menjadi isu yang kian
membimbangkan kerana kesan daripada masalah ini akan melibatkan banyak
pihak seperti anak yang dilahirkan, perempuan yang hamil,pihak keluarga dan
masyarakat setempat. Sehubungan dengan itu, kajian berkenaan dengan
masalah kehamilan remaja di luar nikah ini perlu dijalankan untuk mencari
pendekatan yang berbeza serta memastikan program atau pendekatan yang
digunakan akan meninggalkan impak seterusnya menurunkan jumlah kes
kehamilan remaja di Kampung Beladin, Pusa, Sarawak.
1.2 Objektif Kajian
Kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti tentang fenomena
kehamilan remaja luar nikah di salah satu kawasan di Sarawak. Satu kajian
telah dijalankan di Kampung (Kg.) Beladinbertujuanuntuk:
1. Mengkaji tentang faktor-faktor kehamilan remaja di Kg. Beladin ,
2. Mengenal pasti kesan-kesan kehamilanremaja di Kg. Beladin ; dan
3. Mengenal pasti langkah mengatasi kehamilan remaja di luar nikah di
Kg. Beladin.
18
1.3 Persoalan Kajian
Di dalam bahagian latar belakang telah di nyatakan tentang faktor
utama yang menjadi penyumbang kepada peningkatan kes kehamilan remaja
di luar nikah. Dapat di simpulkan bahawa, pergaulan bebas merupakan kunci
kepada berlakunya seks rambang yang akhirnya membawa kesan kepada
kehamilan di luar nikah.Hal ini sudah sering dibicarakan di media massa akan
tetapi jumlahkes yang dicatatkan saban tahun tidak menunjukkan penurunan,
malah ia semakin membimbangkan.
Meskipun banyak program yang telah dilakukan oleh pihak-pihak
bertanggungjawab untuk mengatasi masalah ini, akan tetapi ia masih belum
meninggalkan kesan yang positif kepada remaja. Menurut Datuk Fatimah
Abdullah lagi di dalam sidang akhbar tersebut, terdapat beberapa usaha untuk
mengurangkan jumlah kes yang berlaku di Sarawak terutama di kawasan-
kawasan yang mencatatkan kes tertinggi. Berikut merupakan usaha yang telah
dijalankanpada tahun 2014 (Hamimi, 2015 : 2):
“…sebuah jawatankuasa One Stop Teenage Pregnancy Committee
(OSTPC) ditubuhkan pada bulan Oktober 2014.Menurutnya, jawatankuasa
itu melibatkan kerjasama Jabatan Kesihatan, Jabatan Kebajikan
Masyarakat, Jabatan Pendidikan, Jabatan Pendaftaran, Jabatan
Kemajuan Islam, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
(LPPKN) serta pertubuhan bukan kerajaan”.
Jika dilihat dari sudut yang berbeza, usaha daripada pihak kementerian
atau jabatan sahaja tidak cukupuntuk memastikan masalah ini dapat di atasi.
Sebaliknya pihak keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam
mengawasi dan mendidik anak-anak dari peringkat awal pertumbuhan lagi.
Menurut Maria, Azira, & Imran (2015 : 8) di dalam jurnalnya menyatakan
bahawa:
“…faktor kurang pengawasan dari orang tua. Oleh karena itu perlu
adanya pengawasan dari orang tua yang tidak mengekang, pengawasan
19
yang intensif terhadap media komunikasi seperti TV, internet, radio, dan
telefon bimbit.”
Sehubungan itu, masyarakat sekeliling juga berperanan dalam
membendung masalah kehamilan remaja yang sering di kaitkan dengan
pergaulan tanpa batas antara lelaki dan perempuan dan seks rambang.
Walaupun ada di antara kes kehamilan remaja di luar nikah ini berpunca
daripada kes rogol . Oleh itu, pengkaji akan menjalankan kajian ke atas
persoalan berkenaan faktor-faktor, kesan-kesan kehamilan remaja luar nikah
serta langkah-langkah yang boleh di ambil atau di tambah baik di Kampung
Beladin.
Berikut merupakan soalan-soalan yang telah disoal di dalam kajian ini,
antaranya:
1. Apakah faktor-faktor kehamilan remaja di Kg. Beladin?
2. Apakah kesan-kesan terhadapkehamilan remaja di Kg. Beladin.
3. Apakah langkah untuk mengurangkan kehamilan remaja di luar nikah
di Kg. Beladin?
1.4 Skop Kajian
Bahagian ini akan membincangkan tentang fokus kajian ini seperti
lokasi yang akan dipilih untuk membuat kajian, kumpulan sasaran yang akan
dijadikan populasi dan sample untuk kajian ini dan cara untuk pengkaji
mencapai objektif kajian.
Kajian ini akan dilakukan di Kg. Beladin, Pusa. Pemilihan kawasan
kajian adalah berdasarkan isu yang dipilih serta mengambil kira responden
yang akan terlibat semasa kajian ini dijalankan. Kampung ini merupakan
kampung nelayan terbesar di negeri Sarawak, penduduk di kampung ini
20
majoritinya ialah kaum Melayu dan beragama Islam. Selain itu, kampung ini
juga merupakan salah satu kampung yang tersenarai sebagai kampung yang
menyumbang kes kehamilan remaja luar nikah paling tinggi bagi bahagian
Betong, Sarawak. Selain itu juga, jumlah remaja atau kanak-kanak yang tidak
bersekolah juga mencatatkan bilangan yang besar. Hal ini dapat dibuktikan
dengan melihat jumlah keseluruhan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan
Beladin (SMK Beladin) dan Sekolah KebangsaanBeladin (SK Beladin)
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor
yang menyumbang kepada kes kehamilan remaja di luar nikah. Di samping itu,
pengkaji juga ingin mengkaji tentang kesan daripada kehamilan remaja luar
nikah. Kesan ini lebih berfokus kepada kesihatan fizikal dan mental individu
yang hamil. Merujuk kepada objektif ketiga bagi kajianini ialah mengenal pasti
langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak tertentu bagi mengurangkan
jumlah kes ini berdasarkanpandangan atau pendapat responden.
1.5 Kepentingan Kajian
Tujuan kajian ini di lakukan oleh pengkaji ialah untuk mendapatkan
maklumat baru dan lebih mendalam berkaitan dengan isu kehamilan remaja
di luar nikah. Di samping itu, kajian ini akan menjadi bahan rujukan baru bagi
kajian yang melibatkan kehamilan remaja. Tambahan lagi, di harap dengan
adanya kajian ini akan membantu pihak-pihak tertentu dalam merancang
program yang bersesuaian untuk mengatasi isu tersebut.
Selain itu, antara kepentingan kajian ini adalah untuk mendapatkan
maklumat atau data terbaru berkaitan dengan isu kehamilan remaja di luar
nikah yang meliputi aspek faktor isu ini terjadi dan kesan-kesan daripada isu
ini di dalam populasi yang telah di pilih merujuk kepada beberapa kajian lepas
kepada komuniti dan pihak-pihak tertentu. Oleh hal yang demikian, kajian ini
21
di harap dapat menambahkan sumber-sumber yang sedia ada berkaitan
dengan isu yang di pilih.
Akhir sekali, pengkaji berharap kajian ini mampu untuk dijadikan
panduan asas dalam menjalankan kajian berkaitan dengan isu kehamilan
remaja di luar nikah serta dapat membantu para pengkaji lain untuk
meneruskan kajian di masa akan datang. Pengkaji berharap fenomena
kehamilan remaja di luar nikah di Kampung Beladin dapat diungkap melalui
penyelidikan yang akan dijalankan.
1.6 Kesimpulan.
Kesimpulannya, bahagian ini membincangkan tentang kajian yang telah
dijalankan oleh pengkaji. Selain itu, penerangan ringkastentang isu yang dikaji
juga turut dinyatakan di bahagian ini. Setiap isi disokong oleh kenyataan
daripada kajian laindan statistik yang dikeluarkanoleh jabatan-jabatan tertentu
seperti JPN, PDRM dan JKM.
22
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
Bab ini akan membincangkan tentang kajian-kajian terdahulu yang
pernah dilakukan berkaitan denga tajuk dan isu yang dikaji. Bab ini telah
dipecahkan kepada dua sub topik iaitu operasional konsep dan kajian
terdahulu.
2.1 Operasional Konsep.
Operasional konsep menerangkan tentang konsep-konsep yang terdapat
di dalam kajian berdasarkan tajuk kajian. Konsep-konsep yang akan
dibincangkan di dalambahagianini ialahkonsepremaja, kehamilanluar nikah,
faktor, kesan dan langkah untuk mengatasi kehamilan remaja di luar nikah di
Kg. Beladin.
2.1.1 Remaja
Perkataan ‘Remaja’ memiliki banyak definisi bergantung pada bidang
akademik seperti psikologi, biologi dan sosial. Perbezaandefinisi ini membawa
kepada penerangan remaja secara am. Contohnya, umur individu yang
dikategorikan sebagai remaja, penerangan tentang sikap atau pemikiran
mereka dan tingkah laku atau kebiasaanyang dilakukan oleh golonganremaja.
Di dalam kajian ini, remaja merupakan salahsatu konsepoperasional.
Menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) mendefinisikan remaja
sebagai usia individu di antara 10-19 tahun. Sementara itu, The Health Resource
23
And Services Administrations Guidelines Amerika Serikat, rentang usia remaja
adalah 11-21 Tahun dan berbagi menjadi tiga tahap, yaitu remaja awal (11-14),
remaja menengah(15-17 tahun), dan remaja akhir (18-21 tahun) (Lasmi, 2017).
Remaja merupakan satu tempoh peralihan dalam pusingan hidup yang
melibatkan banyak perubahan yang berlaku, sama ada dari segi perkembangan
fizikal, emosi dan kognitif di mana ia mula minat hubungan dengan rakan
sebaya dan mulai belajar peranan kerja, peranan dalam keluarga dan sebagai
warga masyarakat (Azizi, 2011 : 1).
Remaja merupakan individu yang berusia 12 tahun sehingga 17 tahun.
Secara perundangan, remaja masih di bawah kategori kanak-kanak. Hal ini
kerana kanak-kanak di definisikansebagai individu yang berusia 18 tahun dan
ke bawah (Undang-undang Malaysia, 2006 : 1). Di dalam Akta kanak-kanak
2001, perkara yang dinyatakan adalah hal yang berkaitan dengan hak,
tanggungjawab dan perlindungan yang perlu diperoleh oleh setiap kanak-
kanak.
Menurut sumber rujukan, secara fizikal remaja didefinisikan sebagai
individu yang berusia antara 11-21 tahun. Remaja dapat dikategorikan kepada
tiga peringkat iaitu awal remaja,menengahdan akhir remaja. Selain itu,remaja
juga didefinisikan mengikut konsep psikologi, di mana melihat kepada
perkembangan emosi dan keupayaan psikologi mereka dalam menghadapi
sesuatu cabaran atau masalah di dalam kehidupan mereka.
Selain itu, remaja juga dapat didefinisikan sebagai satu peringkat
perkembangan kendiri di mana seseorang itu hendak menentukan
keindividuan identiti atau personaliti dan harga dirinya kerana setiap remaja
adalah individu yang unik dan tersendiri (Anuar, 2001 : 81)
24
Remaja dikatakan individu yang banyak mengalami pertumbuhan dan
perkembangan dalam segala aspek kehidupannya sekali gus menghadapi
tugasan yang harus dilaksanakan sebaik mungkin (Polinggapo, 2013 : 2). Hal
ini menyebabkan tekanan kepada remaja kerana keadaan jati diri dan emosi
yang masih belum matang dan sering mengalami perubahan di tambah dengan
kurangnya pengalamantentang cabaran dalam kehidupan.
Konsepremaja juga boleh ditafsirkansebagai individu yang memiliki sifat
ingin tahu yang sangat tinggi tentang sesuatu perkara terutama di dalam
kehidupan. Hal ini dapat dibuktikan melalui banyak kajian tentang sifat
seorang remaja. Hal ini sering dijadikan faktor yang menyebabkan seseorang
remaja tersebut terlibat dalam gejala negatif. Contohnya, remaja dan
penyalahgunaan dadah, pergaulan bebas, merokok di kalangan remaja dan
kehamilan remaja di luar nikah. Isu ini bukan lagi asing dengan golongan
remaja, terbukti dengan melihat di dada-dada akhbar hampir setiaphari akan
ada laporan tentang isu-isu berkenaan.
Menurut Khalim (2008 : 43-44) di dalam jurnalnya, ada menyatakan
tentang beberapa pihak yang memainkan peranan penting di dalam
pembentukan tingkah laku remaja, seperti:
Pembangunan teknologi terutamanya dalam bidang teknologi
maklumat begitu pesat sehinggakan kadang kala kita ditinggalkan tanpa
kita sedari. Remaja boleh mendapat maklumat yang baik mahupun negatif
di hujung jari sahaja. Hubungan menjadi semakin dekat walaupun jarak
fizikal adalah ribuan batu. Kehidupan berkeluarga juga semakin rapuh dan
ikatan dalam masyarakat lebih menjurus kepada individualisme
berbanding kolektivisme pada suatu ketika dahulu. Manusia memandang
kebendaan sebagai kayu ukur kejayaan individu. Di sinilah nilai
keagamaan dan moral telah diketepikan.
Keluarga berpecah belah, anak-anak di biar tanpa haluan ditokok
lagi dengan kehidupan yang penuh cabaran. Di gelanggang inilah punca
sebenar remaja bermula sama ada baik ataupun buruk. Pengaruh keluarga,
persekitaran, rakan sebaya, sekolah, masyarakat, kemajuan kebendaan
dan sebagainya lagi akan menekan jiwa seseorang remaja.
25
Selain itu, peranan media massa yang terlalu bebas memuatkan
berita mengenai masalah seks, pembunuhan dan keganasan, situasi
rumah yang tidak stabil, kepelbagaian perangai yang begitu ketara dalam
kalangan kanak-kanak.
Berdasarkan petikan artikel di atas, jelas memperlihatkan bahawa
tingkah laku seseorang remaja sama ada positif dan negatif banyak di
pengaruhi oleh keadaan persekitaran mereka terutama daripada pihak
keluarga dan media massa. Media massa sangat memainkanperanan pada hari
ini di dalam mempengaruhi pandangan dan tingkah laku seseorang melalui
pemaparan berita, drama, dan filem. Remaja yang mampu menapis apa-apa
yang dipaparkan oleh media massa secara positif akan terkecuali daripada
terjebak dengan masalah sosial yang sering di hadapi olehgolongan remaja dan
sebaliknya.
Secara keseluruhannya, remaja dapat didefinisikan sebagai individu yang
berusia 10 tahun hingga 21 tahun yang memiliki sikap ingin tahu yang tinggi
sehingga membuat mereka ingin mencuba segala sesuatu. Selain itu, remaja
juga merupakan individu yang sedang melalui prosespembentukan personaliti,
oleh hal yang demikian setiap perkara yang berlaku di dalam hidup mereka
akan meninggalkan kesan dan menjadi penyumbang dalam pembentukan
personaliti mereka kelak.
2.1.2 Kehamilan luar nikah.
Konsep kehamilan merupakan konsep dalam bidang perubatan yang
merujuk kepada persenyawaan antara sperma lelaki dan ovum wanita.
Manakala, untuk konsep kehamilan luar nikah merupakan konsep bidang
sosial yang dicipta untuk merujuk kepada sesuatu keadaan di dalam
masyarakat. Oleh hal yang demikian sub topik ini akan membincangkan
26
dengan lebih lanjut berkaitan dengan konsep kehamilan luar nikah
berdasarkan kajian-kajianlepas.
Kehamilan di definisikan sebagai fertilisasi atau penyatuan dari
spermatozoa dan ovum kemudian dilanjutkan dengan nidasi atau implantasi,
(Aryani, 2015 : 1). Di dalam Manuaba (2008) kehamilan di definisikan sebagai
pertumbuhan dan perkembangan janin intra uteri mulai sejak konsepsi dan
berakhir sampai permulaan persalinan (Rohayanah, 2014 : 8). Selain itu, di
dalam Astuti Maya (2010) kehamilan adalah masa ketika seorang wanita
membawa embrio atau fetus di dalam tubuhnya. Awal kehamilan terjadi pada
saat sel telur perempuan lepas dan masuk ke dalam saluran sel telur
(Rohayanah,2014 : 8).
Menurut bidang sains dan perubatan, kehamilan merujuk kepada
persenyawaan antara ovum (telur wanita) dan sperma di dalam rahim wanita.
Kehamilandapat di tandai dengan beberapa kebiasaanseperti mengidam, loya
dan pemberhentian menstruasi.
Kehamilan luar nikah pula merujuk kepada, kehamilan yang berlaku
tanpa adanya ikatan yang sah antara lelaki dan perempuan. World Health
Organization (WHO,2006) pula memerikan definisi kehamilan di luar nikah
seperti berikut (Sarnon et al., 2012 : 123):
“Kehamilan luar nikah dalam kalangan remaja pula merujuk kepada
remaja yang di bawah umur yang hamil tanpa ikatan yang sah”.
Dengan kata lain,anak yang di lahirkan tidak memiliki status yang sah tentang
identiti bapanya. Takrif hamil luar nikah ialah mengandung sebelum
berkahwin di mana kewujudan hubungan seks di antara dua pasangan yang
tidak mempunyai pertalian nikah yang sah. Remaja hamil luar nikah tergolong
umur di antara 13 hingga 18 tahun ( Khadijah et al., 2012 : 132).
27
Kehamilan luar nikah memiliki definisi lain dari sudut perundangan
syariah, status ini akan ditentukan berdasarkan tarikh pendaftaran
pernikahan dan usia kehamilan. Berikut merupakan petikan definisi dari sudut
perundangan (Nurul, 2016 : 17):
“Berdasarkan maksud sub-seksyen (3) Enakmen Jenayah Syariah
Selangor (1995), hamil luar nikah merujuk kepada seseorang perempuan
yang melahirkan anak yang sempurna sifatnya dalam tempoh yang
kurang daripada enam bulan qamariah dari tarikh pernikahan “.
Mulai Banci Penduduk dan Perumahan 2010, KPWKM mengambil kira
ibu tunggal di definisi berikut (Kementerian Pembabgunan Wanita Keluarga
dan Masyarakat, 2015 : 5):
“ perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah, bertaraf perkahwinan
balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum
berkahwin dalam isi rumah yang sama. Selain itu, perempuan yang
menjadi Ketua Isi Rumah tetapi mempunyai suami (suaminya tidak sihat
dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum
berkahwin dalam isi rumah yang sama atau perempuan yang menjadi
Ketua Isi Rumah, tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak
angkat atau anak tidak sah taraf).”
Kesimpulannya, kehamilan luar nikah atau kelahiran anak tidak sah
taraf selalu dirujuk sebagai wanita atau remaja perempuan yang melahirkan
anak tanpa perkahwinan atau ikatan yang sah. Istilah kehamilan luar nikah
ini hanya merujuk kepada wanita atau remaja perempuan yang beragama Islam
kerana istilahini tidak wujud dalam golongan orang bukan Islam.
2.1.3 Faktor.
Sesuatu perkara atau kejadian yang berlaku di dalam kehidupan
seharian kita memiliki banyak faktor atau perkataan lain punca. Faktor
tersebut boleh jadi dalam diri sendiri atau pun faktor sekeliling. Konsepfaktor
28
digunakan untuk menerangkan tentang punca atau sebab sesuatu isu itu
berlaku. Contohnya, sebab pelajar tidak mahu datang ke sekolah.
Sesuatu isu atau kejadian yang berlaku selalunya akan disokong oleh
beberapa sebab yang melibatkan individu, persekitaran dan faktor luaran.
Dengan mengetahui sebab isu itu berlaku kita dapat mengenal pasti langkah
yang perlu diambil untuk menyelesaikan isu yang berlaku.
2.1.4 Implikasi.
Implikasi bermaksud sesuatu kesan hasil daripada tindakan atau
kejadian. Perkataanini bersinonim dengan akibat, kesan,risiko dan pengaruh.
Konsep ini digunakan untuk menerangkan kesan yang terdapat di dalam
sesuatu permasalahan. Contohnya, implikasi masalahpergaulan bebas kepada
remaja.
Setiap isu atau kejadian yang berlaku mempunyai kesan yang tersendiri
sama ada kesan positif atau negatif. Dengan adanya konsep implikasi atau
kesan ini kita dapat merancang cara untuk mengelakkan daripada hal ini
berlaku.
2.1.5 Langkah mengatasi.
Langkah mengatasi membawa maksud cara-cara yang boleh dilakukan
untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Hal ini meliputi tindakan,
atau pembentukan sesuatu undang-undang, polisi dan program. Konsep ini
sering digunakanbersama dua konsep lain iaitu faktor, kesandan langkah.
29
Setiapisu dan permasalahanmesti memiliki cara atau langkah yang boleh
diambil untuk menyelesaikannya. Selain itu, langkah mengatasi ini dirancang
berdasarkan faktor dan kesan sesuatu permasalahan kerana melalui langkah
mengatasi,faktor sesuatu permasalahandapat dielakkan.
Contohnya, faktor yang menyumbang kepada kehamilan luar nikah
adalah pengaruh media massa yang sering memaparkanadegan yang berunsur
seksual. Oleh yu langkah yang boleh diambil untuk mengatasi hal ini, dengan
membuat saringan yang lebih teliti sebelum menyiarkansesuatu filem.
2.2 Kajian Terdahulu.
Di dalam bahagian ini, pengkaji akan mengemukakan kajian-kajian
terdahulu yang menyokong kepada tajuk kajian. Hal ini di sebabkan jenis
kajian yang di pilih ialah kajian deskriptif. Oleh hal yang demikian, terdapat
dua skop kajian terdahulu yang akan di fokuskan iaitu kajian tentang faktor
kehamilan remaja di luar nikah dan implikasi kepada kehamilan remaja di luar
nikah.
2.2.1 Faktor-faktor kehamilanremaja luar nikah.
Isu kehamilan luar nikah di kalangan remaja bukan merupakan satu isu
yang baru di dengar. Isu ini telah wujud sebelum arus pemodenan lagi, tetapi
isu ini semakin hangat dibincangkan dan semakin membimbangkan apabila
statistik yang di keluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
menunjukkan peningkatan dalam jangka masa 10 tahun terakhir.
30
Menurut Nydia (2012 : 18-19) yang mengkaji tentang tahap
pengetahuan remaja kepada reproduksi yang memberikan pengaruh di dalam
kehidupan mereka tentang seks. Berikut merupakan petikan daripada
penulisannya:
“Kurangnya pengetahuan tentang kesihatan reproduksi, khususnya
tentang perilaku seksual yang dapat menyebabkan kehamilan, tidak
menggunakan mahupun kegagalan penggunaan alat kontrasepsi karena
tidak mengetahui metode yang benar, dan kehamilan akibat pemerkosaan
oleh pasangan (date rape) merupakan beberapa faktor lainnya yang
mengakibatkan kehamilan yang tidak diinginkan”.
Seterusnya,salah satu faktor yang dikatakan menjadi pendorong kepada
kehamilan luar nikah ialah sikap terhadap hubungan seksual pra nikah dan
pengetahuan tentang risiko kehamilan remaja di luar nikah. Oleh hal yang
demikian penelitian mengenai wujudnya hubungan antara pengetahuan
tentang risiko kehamilan remaja di luar nikah dengan sikap terhadap
hubungan seksual pra-nikah perlu dilakukan (Arista, et al., 2017 : 156).
Hal ini dapat dibuktikan melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh
Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri
Rohani Abdul Karim di dalam akhbar tempatan (Sophia, 2016)
Sebanyak 532,158 kelahiran anak tidak sah taraf atau anak luar
nikah didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari 2005
hingga 2015. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, data Polis Diraja Malaysia pula
menunjukkan bagi tempoh yang sama, ada 526 kes pembuangan bayi.
2.2.1.1 Kehendak remaja sendiri.
Kehamilan luar nikah di dalam kalangan remaja sememangnya bukan
hanya kerana pergaulanbebas dan pengaruh rakan sebaya atau media massa,
ada di antara mereka yang hamil tanpa bernikah kerana dirogol atau sumbang
muhrim. Meskipun begitu,ada di antara remaja yang hamil di uar nikah kerana
31
kemahuan sendiri. Hal ini telah dinyatakan di dalam kajian yang dilakukan
oleh Sarnon et al. (2012 :123):
“Apabila ditekan oleh rakan atau pasangan untuk melakukan seks,
remaja kurang kemahiran untuk menolak dan ada juga remaja yang
ingin mencuba melakukan seks untuk diterima oleh kumpulan
sosialnya”.
Faktor ini diperkuat melalui sebuah kajian yang berkaitan dengan
kehamilan remaja luar nikah, hubungan seks pra-nikah ini merupakan suatu
trend remaja bercinta pada masa kini oleh itu remaja mudah terpedaya dengan
pujukan dan janji manis temanlelaki mereka (Mia, 2014 : 5-6):
“Adanya trend baru dalam berpacaran dalam kalangan remaja, jika
zaman dulu melakukan hubungan seksual di luar nikah meskipun dengan
kerelaan sendiri sudah dianggap bebas. Namun, pada zaman sekarang
sudah pula bergeser nilainya, yang dianggap seks bebas adalah jika
melakukan hubungan seksual dengan banyak orang”.
Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga ada
mengeluarkan statistik berkenaan kehamilan remaja. Bilangan kes remaja
yang hamil dan didaftarkan dengan kemudahan yang disediakan oleh KKM
menunjukkan penurunandalamtempoh empat tahun bermula daripada tahun
2011 iaitu 18,652 kes kepada 16,528 kes pada tahun 2014 (Fauwaz, 2016).
Daripada jumlah keseluruhan kes yang di catatkan pada tahun 2014, sebanyak
3,980 kes tersebut merupakan remaja yang hamil berstatus tidak berkahwin
(Fauwaz, 2016).
2.2.1.2 Pengaruh rakan sebaya.
Melihat kepada statistik yang dikeluarkan oleh JPN dan KKM, terdapat
banyak faktor yang menyumbang kepada kehamilan remaja di luar nikah.
Antara faktor yang dominan dengan isu kehamilan remaja luar nikah ialah
faktor terpedaya dengan rakan sebaya. Berikut merupakan kenyataan yang
32
diperoleh daripada responden yang terlibat dengan isu kehamilan luar nikah
(Khadijah et al., 2012 : 133):
Pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu faktor penting
remaja terjerumus dalam kes hamil luar nikah. Pada usia awal remaja,
mereka mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam pembinaan
keperibadian diri dan pencarian identiti diri. Malangnya, pertemuan
dengan rakan sebaya yang bermasalah dan suka melakukan aktiviti
negatif mengajak remaja melakukan perkara di luar batasan keagamaan
dan norma masyarakat.
Bermula dengan kehamilan luar nikah seterusnya akan berkembang
kepada isu pembuangan bayi. Hal ini kerana perasaan takut di sisihkan oleh
keluarga yang dihadapi oleh remaja menyebabkan remaja tersebut mengambil
keputusan untuk menyembunyikan kehamilan seterusnya membuang bayi
yang telah dilahirkannya.
2.2.1.3 Kurangnya pengetahuan tentang reproduksi dan seks.
Selain daripada faktor rakan sebaya, kurangnya pengetahuan tentang
reproduksi dan seks menjadi penyumbang kepada remaja terlibat dengan
kehamilan luar nikah. Hal ini dapat dirujuk melalui dapatan kajian yang
dijalankandi Indonesia (Arista et al., 2017):
Hipotesis yang dibuat di dalam kajian ini memperlihatkan hubungan
negatif antara pengetahuan tentang risiko kehamilan luar nikah remaja
dengan sikap terhadap perhubungan seksual pra nikah. Hal ini dapat
dilihat melalui analisis yang dilakukan menunjukkan arah yang
berlawanan antara dua variable, di mana semakin tinggi skor pengetahuan
tentang risiko kehamilan remaja di luar nikah, semakin tidak setuju
responden dengan sikap perhubungan seksual pra nikah.
Tambahan pula, keluarga juga menjadi penyumbang kepada
peningkatan statistik kes kehamilan di luar nikah oleh remaja. Antara faktor
yang dikaitkan dengan keluarga ialah status ekonomi keluarga. Terdapat
33
kenyataan yang mencatatkan bahawa kemiskinan keluarga merupakan faktor
remaja terlibat dengan hubungan seks tanpa nikah (Agnes, 2018).
2.2.1.4 Kurangnya perhatiandaripada ibu bapa.
Seterusnya, kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa
merupakan faktor lain yang menyebabkan remaja perempuan mengambil
tindakan untuk mendapatkan kasih sayang daripada individu luar iaitu teman
lelaki. Disebabkan terlalu menginginkan perhatian dan kasih sayang daripada
teman lelaki remaja perempuan sanggup melakukan apa sahaja untuk
membuktikan kesungguhan mereka kepada teman lelakinya. Hal ini
dibuktikan di dalam kajian Husin, Jusoh. (2011 : 6):
“…kebanyakan remaja perempuan yang terlibat dalam hal tersebut
adalah kerana inginkan kasih sayang dari teman lelaki yang tidak
diperoleh ketika bersama keluarga. Apabila di temu bual, mereka
menjawab bahawa mereka melaksanakan hubungan intim kerana ingin
mempunyai teman lelaki, merasa gembira dan dapat menghilangkan
tekanan perasaan…”
2.2.1.5 Dorongan persekitaran.
Selain daripada keluarga, keadaan persekitaran dan masyarakat
setempat juga menjadi penyokong terhadap pembentukan personaliti remaja
dan tingkah laku remaja di kawasan berkenaan. Hal ini kerana remaja
mempelajari sesuatu perkara seperti tingkah laku, budaya dan adab daripada
masyarakat yang ada di sekeliling mereka selain daripada didikan yang
diberikan oleh keluarga semasa di rumah. Persekitaran yang negatif dan
kurang sesuai akan memberikan kesan yang negatif kepada tingkah laku
remaja dan kanak-kanak.
34
Kenyataan itu diperkuat melalui hasil kajian yang dilakukan di
Indonesia oleh Antono, Nicholas, & Zahroh (2006) yang menyatakan bahawa
sokongan sosial merupakan faktor hubungan seks remaja luar nikah berlaku:
“Temuan ini juga menunjukkan bahawa lingkungan sekitar yang
mempengaruhi perilaku dan sikap seksual remaja, merupakan lingkungan
yang heterogen. Lingkungan semacam ini merupakan lingkungan yang
khas terdapat di negara-negara berkembang, yang mana hal ini
memperkuat gambaran adanya suatu proses perubahan norma dan nilai
dari batasan tradisional yang penuh larangan, menuju ke masyarakat
modern yang lebih bebas”.
2.2.1.6 Faktor remaja sendiri.
Faktor yang seterusnya ialah faktor yang datang dari dalam diri remaja
itu sendiri. Hal ini berlaku disebabkan oleh perubahan yang banyak berlaku
kepada remaja sama ada daripada aspek fizikal, emosi dan psikologi. Faktor
psikologi di lihat daripada perubahan perlakuan remaja yang digambarkan
sebagai perlakuan emosi. Perasaan mereka kadang kala lebih berpengaruh
daripada fikiran terutama di dalam mengambil sesuatu keputusan (Zainudin et
al., 2011 : 118).
Selain daripada faktor psikologi, faktor perubahan zaman atau tingkat
kehidupan menjadi salah satu pendorong kepada faktor diri sendiri. Zainudin,
Sharif. & Norazmah, Mohd.Roslan. (2011 : 118) menjelaskan tentang :
Perubahan daripada alam kanak-kanak ke alam dewasa
merupakan masa yang mengelirukan remaja kerana golongan remaja ini
akan melalui peringkat perubahan diri yang kritikal dari segi mental dan
fizikal. Pelbagai fenomena ganjil menghujani mental dan fizikal mereka dan
golongan remaja yang menghadapi tekanan ini akan melakukan tindakan-
tindakan di luar kawalan. Menurut Azizi dan Rosnah (2007), fenomena ini
mungkin berlaku disebabkan remaja yang terlibat ingin meluahkan
perasaan tidak puas hati, ingin membalas dendam dan sebagainya.
Kesimpulannya, terdapat faktor yang menjadi pendorong kepada remaja
terlibat dalam aktiviti seks sebelum pernikahan sehingga menyebabkan
35
kehamilan luar nikah meskipun adanya kelahiran anak luar nikah yang bukan
disebabkan oleh perlakuan seks secara sukarela tetapi majoritinya hasil
dapatan kajian terdahulu menujukkan kehamilanremaja di luar nikah adalah
disebabkan perlakuan seks tanpa nikah secara sukarela.
Beberapa faktor dominan yang terdapat dalam kajian terdahulu adalah
seperti pengaruh rakan sebaya, pengaruh media massa, kurangnya
pengetahuan tentang kesan melakukan seks pra pernikahan,kurangnya kasih
sayang keluarga,terpengaruh denganrayuan pasangan atau teman lelaki dan
akhir sekali, diri remaja sendiri yang melakukan sesuatu perkara tanpa
memikirkan kesannya.
2.2.2 Implikasi kehamilan remaja luar nikah.
Remaja yang hamil di luar nikah sering mendapat pandangan negatif
daripada orang sekeliling terutama masyarakat setempat. Tambahan pula,
kebanyakan keluarga remaja tidak dapat menerima mereka dan bayi yang
berada dalam kandungan. Hal ini disebabkan tidak sanggup menahan malu
dan hinaan daripada masyarakat luar.
Kesan kehamilanremaja sering dikaitkan dengan kesanyang negatifdan
akan memberikan tekanan kepada remaja. Menurut Jajeebhoy, & Thapa (2005)
penglibatan remaja dalam aktiviti seksual pada usia yang muda boleh
menyebabkan kemudaratan kepada emosi, fizikal dan sosial kanak-kanak
terutama remaja perempuan (Sarnon, et al., 2012). Tambah Fadilah (2012) lagi,
kehamilan yang dihadapi oleh remaja akan memberikan implikasi terhadap
psikologi, kewangan dan yang paling membimbangkan mereka berhadapan
dengan risiko kematian.
36
2.2.2.1 Kesan terhadappsikologi remaja.
Hakikatnya, tidak semua remaja yang hamil di luar nikah berpunca
daripada kesalahan remaja dan keluarga sahaja. Ada segelintir remaja yang
hamil disebabkan tragedi dirogol atau perlakuan sumbang mahram oleh
manusia yang rakus. Olehsebabtindakan dan layananberikut,ia memberikan
kesan kepada remaja yang hamil sama ada implikasi kepada psikologi atau
kesihatan mereka.
Menurut Sawhill (2009) terdapat empat sebab utama isu mengenai
kehamilan luar nikah di kalangan remaja :
“ Kebanyakan kelahiran luar nikah adalah di kalangan remaja. Para
remaja ini pula berkemungkinan melahirkan anak-anak berikutnya yang
juga hasil daripada hubungan seks luar nikah.
Selain itu, kos menanggung kelahiran anak luar nikah adalah besar.
Kajian oleh Mynard (1997 dalam Sawhill 2009) dari Mathematica Policy
Research di Princeton, New Jersey mendapati bahawa kelahiran anak oleh
remaja menelan belanja sehingga USD tujuh billion setahun, yakni kira-kira
USD3,200 setahun bagi setiap kelahiran oleh para remaja.
Tambahan pula, ibu-ibu muda ini merupakan golongan yang malang
(disadvantage), memandangkan mereka kebanyakannya tercicir dari alam
persekolahan oleh itu tidak mampu untuk menyara diri sendiri. Lazimnya
mereka ini (terutamanya yang melahirkan anak pada usia remaja) akan
terus bergantung kepada kebajikan untuk jangka masa yang lama.
Sementara itu, anak-anak kepada ibu muda ini berhadapan dengan
masalah yang lebih besar kerana kebanyakan mereka dilahirkan pra
matang (premature). Berat badan yang jauh lebih rendah daripada
kebiasaan dan akibatnya mudah terdedah kepada pelbagai masalah
kesihatan. Apabila memasuki sekolah, mereka biasanya tidak
memperlihatkan pencapaian yang baik dalam pelajaran, kemungkinan
didera dan diabaikan. Ramai di antara mereka yang akhirnya terdampar
di rumah kebajikan.”
(Harun et al., 2014 : 15).
37
2.2.2.2 Kesan terhadapkesihatan remaja dan kandungan.
Selain itu, kes kehamilan luar nikah dalam kalangan remaja akan
memberi implikasi kepada kesihatan kepada remaja dan anak yang di
kandungnya. Hal ini kerana meskipun secara teorinya mereka sudah boleh
mengandung tetapi dari segi kekuatan fizikal iaitu badan dan rahim remaja,
mereka belum cukup kuat untuk menampung bayi. Di samping itu, psikologi
remaja yang belum cukup matang untuk menghadapi proses melahirkan dan
cara-cara mengasuh anak umumnya belum dicapai oleh remaja.
Berikut merupakan kenyataan yang diberikan oleh Nydia di dalam
kajiannya berkaitan dengan kesan kehamilan remaja kepada aspek kesihatan
(Nydia, 2012 : 19):
“Kehamilan remaja dapat menimbulkan risiko yang tinggi karena
dipengaruhi oleh beberapa faktor. Yang pertama, uterus belum siap
mendukung proses kehamilan. Oleh yang demikian risiko pada kehamilan
akan menjadi tinggi kerana akan timbulnya masalah seperti terjadinya
perdarahan, persalinan premature, bahkan abortus”.
2.2.2.3 Peningkatan jumlah pembuangan bayi.
Kes kehamilan remaja luar nikah yang saban tahun meningkat
jumlahnya turut mempengaruhi peningkatan jumlah kes pembuangan bayi di
negara ini. Hal ini dicatatkan oleh Sarnon & et al. (2012 : 121-122) di dalam
kajian mereka seperti berikut:
Purata sebanyak 100 orang bayi dibuang di Malaysia setiap tahun
dan kebanyakannya telah mati apabila ditemui (Pak, 2010). Senario ini
mewujudkan kebimbangan kepada semua pihak sehingga kerajaan
Malaysia bersama NGO iaitu OrphanCARE mewujudkan Pusat
Perlindungan Bayi yang tidak diingini (Baby Hatch) pada tahun 2010.
Walaupun kesilapan tidak diletakkan kepada kumpulan remaja seratus
peratus, namun statistik menunjukkan bahawa kumpulan ini turut sama
banyak menyumbang kepada pengguguran janin dan pembuangan bayi.
Sumber statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga tahun 2009, julat
38
umur di bawah 25 tahun menyumbang 12% berbanding kumpulan umur 25
tahun ke atas sebanyak 0.06% dan 81.25% tidak diketahui .
2.2.2.4 Memegang statusibu tunggal.
Seterusnya, remaja yang hamil di luar nikah mempunyai potensi yang
tinggi untuk membesarkan anak yang dilahirkannya secara bersendirian atau
dalam kata lain menjadi ibu tunggal. Hal ini kerana kebanyakan lelaki yang
telah menghamili wanita yang tidak dia nikahi akan lari daripada
tanggungjawabnya dengan meninggalkan wanita tersebut. Segelintir mereka
pula sanggup membunuh teman wanita mereka yang hamil kerana mahu lar
daripada tanggungjawabnya. Kes ini sememangnya terjadi dan dibuktikan
melalui catatan akhbar.
“ Seorang lelaki yang berusia 15 tahun sanggup membunuhnya
apabila teman wanitanya yang berusia 14 tahun yang sedang hamil 4
bulan, meminta dirinya untuk bertanggungjawab atas kehamilannya. Kes
ini bukan merupakan kes pertama yang dilaporkan, kes seperti ini sering
berlaku apabila teman wanita kepada remaja lelaki kerap mendesak
supaya mereka bertanggungjawab atas perbuatan mereka sehingga
remaja perempuan itu hamil ”.
(Djoko, 2017 : 1)
2.2.2.5 Nama baik keluarga tercemar.
Kesan daripada kehamilan remaja di luar nikah sememangnya tidak
hanya dirasakandan dihadapi oleh remaja itu sahaja. Diakui bahawa kesan ini
juga turut dirasakan oleh keluarga remaja. Hal ini kerana masyarakat
sememangnya akan menuding jari kepada keluarga terutama ibu bapa.
Pelbagai cemuhan dan kata-kata negatif akan diberikan kepada ibu bapa
remaja. Hal ini juga telah dinyatakan di dalam kajian yang dilakukan oleh
Harun & et al. (2014 : 2) bahawa:
39
Kebanyakan masyarakat tidak mengiktiraf anak yang lahir di luar
perkahwinan oleh itu dia dianggap sebagai tidak sah taraf dan nasab
keturunannya tidak dapat ditentukan. Sehubungan itu mereka dibuang
atau diserahkan untuk pengangkatan.
Oleh sebab itu, remaja yang melahirkan anak tanpa bernikah akan mendapat
cemuhan daripada masyarakat sekeliling. Hal ini secara tidak langsung
memberikan tekanan kepada keluarga dan remaja it sendiri. Nama baik
keluarga pun tercemar dan menjadi bualan masyarakat setempat.
Keseluruhannya, kehamilan remaja di luar pernikahan akan
memberikan kesan buruk di dalam pelbagai aspek seperti aspek mental, aspek
pengurusan anak yang akan dilahirkan dan kesihatan bayi yang bakal
dilahirkan. Di samping itu juga, remaja akan berhadapan dengan kesan dari
orang sekeliling seperti perspektif masyarakat tentang anak yang dilahirkan
juga kepada remaja sendiri sehingga boleh melahirkan anak tidak sah taraf.
Berdasarkan kenyataan di atas, kehamilan luar nikah dalam kalangan
remaja akan memberikan implikasi yang negatif. Oleh sebab itu, dorongan
daripada keluarga terutamanya di perlukan. Selain itu, masyarakat juga perlu
memainkan peranan dalam mengawal aktiviti seks bebas dalam kalangan
remaja.
2.2.3 Langkah mengatasi kehamilan remaja luar nikah.
Isu kehamilan remaja di luar nikah ini bukan lah satu isu baharu di
Malaysia malah di peringkat global. Banyak langkah dan inisiatif yang telah
diambil untuk menangani isu ini tetapi masih belum menemukan
penyelesaiannya. Meskipun adanya penurunan akan tetapi jumlah kes yang
dicatatkan setiaptahun masih berada di tahap yang membimbangkan.
40
2.2.3.1 Memberikan khidmat kaunseling kepada remaja.
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil seperti memberikan
bimbingan kaunseling agama kepada remaja yang terlibat. Hal ini disokong oleh
satu kajian yang dilakukan oleh Roslee & et al. (2008 : 12) yang menyatakan:
“… pendekatan kaunseling Islam adalah pertolongan kaunselor
menolong klien mengikut syariat Islam melalui cara bermuhasabah diri,
bertaubat (Nasuha), dan merenung kegerunan seksaan dan azab alam
kubur dan alam neraka”.
2.2.3.2 Keluarga harus sentiasa memberikan sokongan moral.
Di samping itu, pihak keluarga dan masyarakat memainkanperanan di
dalam memberikan semangat serta sokongan kepada remaja. Meskipun
perbuatan yang dilakukan menyalahi nilai dan prinsip kita, tetapi hal ini tidak
bermakna kita perlu menghakimi mereka. Sebaiknya kita harus membantu
mereka untuk memiliki kehidupan yang lebih baik kelak. Oleh sebab itu,
remaja memerlukan sokongan dan dorongan daripada orang-orang sekeliling
terutama daripada ahli keluarga.
Perkara ini dibincangkan oleh Hamburg (2004) di dalam kajian yang
dilakukan oleh Saron, et al., (2012 : 124) bahawa seorang remaja perempuan
yang terlibat di dalam kehamilan luar nikah memerlukan penerokaan kepada
peluang dan sokongan yang berpanjangan dan mendalam daripada orang
dewasa sebagai pembimbing mereka. Menurut (Zakiyah, 2016 : 2), sebagai
keluarga kita dapat memberikan ilu pengetahuan kepada remaja untuk
menjaga dan merawat bayi yang telah dilahirkannya:
“Selain itu, bagi yang memilih untuk meneruskan kehamilan
sehinggalah kelahiran bayi mereka, maka kita boleh menyediakan mereka
dengan pelbagai bentuk ilmu pengetahuan misalnya apa yang boleh
dilakukan selepas kelahiran anak dan memikul tanggung jawab sebagai
seorang ibu”.
41
2.2.3.3 Mempergiat pelaksanaanprogram pencegahan.
Selainitu, pihak berkuasa juga ada menubuhkan organisasi yang akan
merancang program untuk remaja perempuan agar lebih peka terhadapkesan
perhubungan seks tanpa pernikahan. Pada tahun 2014 satu jawatankuasa
telah ditubuhkan iaitu One Stop Teenage Pregnancy Committee (OSTPC).
Menurut Datuk Fatimah jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk
menangani isu seperti (Hamimi, 2015):
“…penjagaan kesihatan semasa hamil dan selepas bersalin,
pendidikan, perkahwinan di bawah umur, perlindungan, tempat tinggal
dan bantuan kebajikan sekiranya diperlukan serta penjagaan anak yang
bakal dilahirkan”.
2.2.3.4 Keluarga menjadi medium intervensi.
Menjadikan ahli keluarga sebagai medium untuk melakukan intervensi
dalam menangani isu ini juga boleh dilakukan.Hal ini merujuk kepada sebuah
kajian Sarnon, Norulhuda. & et al. (2012 : 124) yang mengambil petikan:
“Keluarga telah dikenal pasti sebagai faktor pelindung kepada
tingkah laku seks berisiko kerana terdapat komunikasi yang berkesan dan
perapatan antara ahli keluarga yang di ekspresikan melalui sikap dan
tanggungjawab ahli keluarga (Shaffer, 2005)”.
Melihat kepada petikan tersebut, keluarga merupakan ahli yang paling rapat
dengan remaja dan boleh mengawasi tingkah laku remaja. Di samping itu,
kurangnya perhatiandan kasih sayang keluarga merupakan salah satu faktor
penyumbang remaja terlibat dengan aktiviti seks tanpa pernikahan. Oleh hal
yang demikian, keluarga digunakan semula sebagai medium pemulihan
berkaitan isu kehamilan remaja di luar nikah.
42
2.2.3.5 Melakukan soal selidik sebelum melakukan program.
Sementara itu, pendekatan lain juga dapat dilakukan seperti
menanyakan pandangan daripada remaja yang terlibat dengan isu kehamilan
luar nikah tentang cara atau program yang boleh dilakukan untuk
mendapatkan kesan yang lebih efektif di samping mengamalkan konsep ‘top-
down’ dalam menjalankan intervensi.
Secara keseluruhannya, hasil kajian lalu yang dibincangkan di dalam
bab ini menjadi faktor kajian ini di jalankan di kawasan Kampung Beladin,
Pusa. Hal ini kerana untuk mengenal pasti ketepatan dan kesahihan maklumat
yang diberikan. Di samping untuk mengenal pasti apakah faktor-faktor lain
yang menyebabkan kehamilan remaja luar nikah di kampung ini semakin
bertambah dan mendapatkan maklumat terbaharu berkaitan idea intervensi
yang dapat dilakukan bagi menangani kesan kehamilan remaja luar nikah di
Kg. Beladin, Pusa.
2.3 Kesimpulan.
Kesimpulan bagi bab ini, kajian-kajian lepas telah banyak
membincangkantentang isu kehamilanluar nikah dalam kalangan remaja. Data
yang diperoleh terdiri daripada data berbentuk kualitatif atau kuantitatif.
Berdasarkan kajian lepas juga, ia dapat menjadi panduan dalam menjalankan
kajian ini. Meskipun kawasan kajian berbeza tetapi objektif yang menjadi
sasaran adalah sama. Oleh itu, kajian lepas sangat penting dalam melakukan
kajian.
43
BAB 3
METODOLOGI PENYELIDIKAN
Bab ini akan membincangkan tentang beberapa komponen yang
melibatkan lokasi kajian, populasi dan sampel yang akan digunakan untuk
mendapatkan maklumat dan data berkaitan penyelidikan. Selain itu teknik
pensampelan yang digunakan di dalam kajian ini juga akan dinyatakan di
dalam bahagian ini.
Instrumen yang akan digunakan di dalam kajian ini juga akan
dibincangkan di dalam bahagian ini. Instrumen kajian dipilih mengikut jenis
data yang akan dikumpulkan untuk kajian ini. Di samping itu, kaedah
pengumpulan data, kaedah penganalisisan data, kaedah persembahan data
juga akan dibincangkan secara detail di dalam bab ini. Akhir sekali, bab ini
akan membincangkan etika-etika yang perlu dipatuhi semasa menjalankan
penyelidikan dan limitasi yang terdapat di dalam kajian ini.
3.1 Lokasi Kajian.
Lokasi kajian merujuk kepada tempat atau kawasan yang dipilih untuk
menjalankan kajian. Kawasan berkenaan perlulah memiliki ciri-ciri kawasan
kajian yang telah ditetapkan supaya segala maklumat yang diperlukan dapat
di kumpulkan sekali gus mencapai objektif kajian.
Ciri-ciri utama yang perlu ada di kawasanberkenaan ialah mesti memiliki
golongan remaja, golongan remaja perempuan yang hamil dan adanya remaja
perempuan yang hamil di luar pernikahan. Kampung Beladin (Kg. Beladin) yang
terletak di daerah Pusa telah dipilih untuk menjalankan kajian. Hal ini kerana
menurut maklumat yang diberikan oleh kaunselor di Sekolah Menengah
44
Kebangsaan (SMK) Beladin, setiaptahun kampung ini akan menerima laporan
kes kehamilan remaja luar nikah.
Menurut ketua kaunselor di SMK Beladin, terdapat beberapa masalah
sosial lain seperti penyalahgunaandadah, kadar berhenti sekolahyang tinggi,
pecah rumah dan pengamalan seks bebas dalam kalangan remaja khususnya.
Isu kehamilan remaja di kampung ini bukanlahisu yangjanggal bagi penduduk
kampung tersebut.
Secara fizikalnya, kampung ini terletak berdekatan denganKg. Maludam,
Kg. Sepinang dan Kg. Semarang. Kg. Beladin di bahagikan kepada empat
bahagian, kampung hulu, kampung tengah, kampung hilir dan kampung darat.
Setiap bahagian kampung akan diwakili oleh seorang ketua kampung.
Berdasarkan ketua kampung berikut merupakan maklumat berkenaan
penduduk Kg. Beladin:
Maklumat Bilangan
Penduduk/Populasi 20,000 orang
Rumah 1,600 buah rumah
Sumber: Temu Bual Ketua Kampung Beladin, Pusa
Jadual 1
Berdasarkanmaklumat yang di rekod oleh ketua kampung, Kg. Beladin
merupakan salah sebuah kampung Melayu yang terbesar di Sarawak dengan
jumlah populasi di dalamnya mencecah 20,000 orang penduduk yang
merangkumi kanak-kanak,remaja, dewasa dan warga emas.
45
Sumber: Peta Google
Gambar 1: Peta Kampung Beladin
Kampung ini memiliki beberapa kemudahan institusi seperti klinik
kesihatan, sekolah tadika, sekolah SEDIDIK, sekolah rendah, sekolah
menengah, masjid, surau, pejabat Persatuan Ibu Tunggal, Pejabat Persatuan
Nelayan, bilik gerakan, dewan orang ramai, Pusat Internet 1 Malaysia (PIIM),
Pusat Aktiviti Warga Tua (PAWE) yang sangat aktif dengan aktiviti mingguan
dan bulanan serta bangunan kedai.
Sumber: Gambar Google.
Gambar 2: Kemudahan Institusi di Kampung Beladin.
46
Sumber yang terdapat di kampung ini ialah air mentah yang diperoleh
dari empangan Betong. Jumlah hujan di kawasan Kg. Beladin sangat rendah
kerana kampung ini jarang dituruni hujan. Suhu di kampung ini pada waktu
siang boleh mencecah sehingga 32 darjah Celsius . Kemudahan jalan raya
berturap juga disediakan di untuk menghubungkan antara satu kampung
dengan kampung yang lain. Di dalam kampung pula, hanya jalan utama sahaja
yang diturap, sebaliknya untuk jalan-jalan di lorong kecil menggunakan jalan
simen.
Penduduk di kampung ini memiliki kemahiran yang tinggi di dalam
memasak, menjahit, membina rumah dan mengubahsuai kenderaanterutama
motosikal. Hal ini dapat dibuktikan melalui hasil kerja mereka di dalam
menjahit pada musim perayaan. Pelbagai fashion baju yang diperagakan pada
pagi Syawal hasil jahitan penduduk tempatan. Selain itu, ada di antara
golongan wanita yang mahir membuat roti yang sedapdan disukai ramai.
Status ekonomi di Kg. Beladin berada di tahap sederhana. Majoriti
penduduk di kampung ini bekerja sebagai nelayan, buruh dan menjadi pekerja
di kilang kayu. Berdasarkan rekod ketua kampung 70% penduduk di kampung
ialah nelayan manakala 30% lagi bekerja dalam pelbagai sektor. Terdapat
beberapa orang penduduk kampung yang memiliki perniagaan atau usaha
sendiri seperti pemilik bot nelayan, pemilik ladang balak, pengusaha kilang
memproses balak dan pemilik van sapu. Kerja-kerja ini biasanya di lakukan
oleh golongan lelaki dewasa dan sudah memiliki ruah tangga dan keluarga di
kampung tersebut.
47
Sumber: Gambar Google.
Gambar 3: Jeti Kampung Beladin
Golongan wanita pula terdiri dari suri rumah sepenuh masa dan
membuka perniagaan kecil-kecilan untuk menambah pendapatan keluarga
seperti menjual nasi lemak, kuih muih dan berjaja di waktu pagi. Di sebelah
petang pula, mereka akan berjual ayam goreng, minuman ringan dan juadah
minum petang.
Manakala, untuk golongan remaja, majoritinya akan mencari pekerjaan
di bandar-bandar berdekatan seperti Kuching, Betong dan Sibu. Golongan
warga emas pula ada yang masih bekerja seperti membuat rumah, menjual
sayur atau kuih, dan ada juga yang hanya duduk di rumah bermain dengan
cucu.
Keseluruhannya, kawasan kampung ini memiliki kemudahan institusi,
pengangkutan dan status ekonomi yang baik. Meskipun terdapat sebilangan
kecil keluarga yang ada di kampung tersebut merupakan keluarga miskin,
tetapi majoritinya masih mampu menampung keperluan harian keluarga dan
membeli kenderaan sendiri yang merupakan transport mereka seperti kereta
dan motor khususnya.
48
3.2 Populasi dan Sampel.
Menurut Malhotra (1996) populasi merujuk kepada keseluruhan dari
kumpulan elemen yang memiliki sejumlah ciri-ciri umum, yang terdiri dari
bidang-bidang untuk di teliti. Selain itu, populasi juga merujuk kepada
keseluruhan kelompok dari orang-orang, peristiwa atau barang-barang yang
diminati olehpeneliti untuk diteliti ( Amirullah,2015 : 67-68).
Seterusnya, terdapat tiga jenis populasi yang di nyatakan oleh Rozaini
( 2003 : 1):
“Populasi Infinit”, populasi ini merujuk kepada populasi yang
jumlahnya tidak dapat dipastikan contohnya bilangan penduduk di
sesebuah negara. “Populasi Finit” pula merujuk kepada populasi yang
jumlahnya diketahui dengan pasti seperti bilangan murid di dalam sebuah
kelas. Akhir sekali, “Populasi Infinitif” yang merujuk kepada suatu
kelompok objek yang berkembang terus (melakukan proses sebagai akibat
kehidupan atau suatu proses kejadian)”.
Populasi merujuk kepada kumpulan sasaran kajian yang terdiri
daripada individu atau kumpulan yang layak dijadikan responden kepada
kajian yang akan dijalankan. Contohnya, kajian ini akan dilakukan kepada
remaja di kampung Beladin. Oleh itu, semua individu yang berusia bermula 13
tahun sehingga 19 tahun dan tinggal di kampung Beladin merupakan populasi
bagi kajian yang akandijalankan. Populasi bagi kajian ini dikategorikan kepada
‘populasi finit’ kerana meskipun jumlah remaja di kampung Beladin sentiasa
berubah setiaptahun tetapjumlahnya masihdapat dikenal pasti melalui rekod
atau profiling kampung tersebut.
Manakala, sample pula merujuk kepada kumpulan sasaran yang
menepati ciri-ciri khusus sebagai respondenkepada tajuk kajian yang akan di
jalankan. Contohnya, kajian ini ingin mengkaji tentang fenomena kehamilan
remaja di luar nikahdi kampung Beladin,oleh itusample bagi kajian yang akan
dijalankanini ialah remaja perempuan yang hamil di luar nikah.
49
Petikan di bawah merupakan definisi sample yang di tulis oleh Rozaini
Nasution (2003, p. 1):
“Sampel adalah bagian dari populasi yang menjadi objek penelitian
(sampel sendiri secara harfiah bererti contoh). Hasil pengukuran atau
karakteristik dari sampel disebut statistik”.
Terdapat beberapa sebab yang memerlukan sample ini dibuat iaitu, kekangan
masa yang tidak mencukupi, dapat memberikanmaklumat yang lebih banyak
dan dapat menangani isu dengan lebih teliti. Selain itu, sample juga merupakan
wakil “ representatif” kepada populasi, oleh itu, semakin besar saiz sample
semakin tepat maklumat yang akan di peroleh.
Kesimpulannya, populasi dan sample merujuk kepada benda atau
manusia yang akan membantu pengkaji dalam mengumpulkan data serta
maklumat untuk di analisis dan dibentangkan bagi mencapai objektifkajiandi
samping memberikan jawapan dan bukti terhadappersoalan kajian.
3.3 Teknik Pensampelan.
Teknik ini merujuk kepada cara yang digunakan untuk menentukan
sampel bagi kajian yang akan di jalankan. Teknik ini mempunyai dua pecahan
bahagian utama iaitu probability sampling dan non-probability sampling dan di
setiap pecahan ada beberapa jenis teknik yang berbeza dan ada juga yang
hampir sama.
Probability sampling memiliki lima teknik sampel yang terdiri daripada
simple random sampling, systematic sampling, stratified sampling, cluster
sampling ( Amirullah, 2015 : 70). Penggunaan teknik-teknik yang terdapat di
bawak pecahan ini memerlukan pengkaji memiliki senarai keseluruhan
populasi. Hal ini kerana, pemilihan sample akan dilakukan berdasarkan
senarai populasi yang ada.
50
Menurut Gita Indriani (2013 : 4) “sampel probabilitas atau disebut juga
sampel random (sampel acak) adalah sampel yang pengambilannya
berlandaskan pada prinsip teori peluang, yakni prinsip memberikan peluang
yang sama kepada seluruh unit populasi untuk dipilih sebagai sampel”.
Non-probability sampling, pula merujuk kepada pemilihan sampel
berdasarkan ciri-ciri yang telah ditetapkan untuk mencapai objektif kajian.
Teknik sampel yang terdapat di bawah pecahan ini ialah convenience sampling,
judgmental sampling, quota sampling, snowball sampling. Penggunaan teknik
ini membolehkan pengkaji memilih sendiri sampel yang hendak digunakan di
dalam kajiannya.
Menurut Amirullah (2015 : 71) “peneliti dapat sesukanya atau secara
sadar memutuskan apakan elemen-elemen masuk ke dalam sampel. Artinya,
kemugkinan atau peluang seseorang atau benda untuk terpilih menjadi anggota
sampel tidak diketahui. Hal ini dikarenakan pada teknik ini terlalu percaya pada
pendapat peribadi peneliti dari pada kesempatan untuk memilih elemen-elemen.
Dalam teknik ini juga kurang memperhitungkan penilaian secara objektif dari
sampel yang diperoleh secara tepat”.
Teknik pensampelan yang digunakan di dalam kajian ini merupakan
salah satu teknik yang terdapat di dalampecahan non-probability sampling. Hal
ini kerana isu yang hendak di kaji merupakan salah satu isu yang sensitifdan
melibatkan golongan yang berisiko dan masih di bawah pengawasankeluarga.
Remaja yang dipilih untuk dijadikan peserta kajian diambil mengikut
pandangan pengkaji yang menepati ciri-ciri yang ditetapkan. Keterbatasan
populasi dan sampel menyebabkan teknik snowball digunakan dalam
menentukan sample bagi mengumpulkan maklumat daripada responden.
51
Jumlah responden terlibat dalam melakukan kajian ini adalah seramai tiga
orang berbanding dengananggaran awal adalah antara lima hingga enam orang.
Ketepatan maklumat yang diperoleh menggunakan teknik ini lebih
rendah kerana maklumat atau data yang diperoleh tidak mewakili keseluruhan
populasi kajian, berbanding dengan teknik-teknik yang ada di dalam probability
sampling. Hal ini kerana pemilihan sampel adalah bergantung pada pengkaji
yang memilih sample mengikut interestdan saiz sampel yang melibatkan teknik
ini adalah kecil dan berlaku ketidakadilan semasa pemilihan sampel dilakukan
oleh pengkaji.
3.4 Instrumen Kajian.
Instrument kajian ini merupakan alatan yang digunakan untuk
mengumpulkan data serta maklumat daripada responden. Pemilihan
instrument kajian mestilah merujuk kepada jenis data yang akan di
kumpulkan. Misalnya, data jenis kualitatif akan dikumpulkan menggunakan
soalan temu bual manakala, untuk data kuantitatif menggunakansoalan soal
selidik untuk mendapatkan maklumat yang perlu menggunakan analisis
statistik bagi menganalisis mendapatkan maklumat yang kukuh.
Temu bual yang di jalankan adalah berpandukan pada panduan temu
bual. Hal ini kerana panduan temu bual membantu pengkaji untuk
menanyakan soalan kepada responden bagi mendapatkan maklumat yang
diperlukan dalam kajian. Beberapa soalan yang ditanyakan kepada responden
terutama berkenaan dengan faktor dan kesan kehamilan remaja dari
pandangan responden. Di samping itu, mengenal pasti langkah yang boleh
diambil bagi mengurangkan isu ini dari pendapat responden. Temu bual yang
dijalankan kepada remaja perempuan kampung Beladin yang hamil di luar
pernikahan.Sasaran remaja
52
Menurut Patton (1980) terdapat tiga jenis teknik temu bual iaitu temu
bual formal, temu bual tidak formal dan temu bual terbuka. Di samping itu,
terdapat pandangan lain berkaitan teknik temu bual iaitu temu bual
berstruktur, temu bual separa berstruktur dan temu bual tidak berstruktur
(Normala, Mustafa, & Roslee, 2005 : 3)
Menurut Normala et al. (2005 : 3) teknik temu bual yang digunakan ialah:
Teknik temu bual berstruktur, menurut Merriem (1998) penggunaan
temu bual berstruktur bertujuan untuk mengumpulkan maklumat yang
tepat seperti maklumat sosiodemografik, umur, pendapat, dan tahap
pendidiakn. Manakala temu bual separa berstruktur bersifat fleksible dan
keadaan ini membolehkan responden menghuraikan apa yang
difikirkannya kepada penyelidik.
Selain itu, pita rakaman juga merupakan instrumen yang digunakan
bagi mengumpulkan maklumat. Pita rakaman ini digunakan untuk merakam
sesi temu bual yang berlangsung antara pengkaji dan responden. Rakaman
bleh dibuat jika mendapat persetujuan daripada pihak responden dan keluarga
responden.
Di samping itu, kajian ini turut menggunakan temu bual atas talian
dengan menggunakan instrument email dan aplikasi media sosial. Hal ini
kerana terdapat responden yang sudahberpindah ke bandar lain untuk bekerja.
Oleh sebab itu, menggunakan email dan aplikasi media sosial merupakan
alternatifdi dalam menjalankantemu bual bersama responden.
3.5 Kaedah Pengumpulan Data.
Terdapat banyak teknik dan cara yang boleh digunakan dalam
mengumpulkan data. Kaedah yang digunakan bagi mengumpulkan data perlu
melihat kepada instrumen yang digunakan dan jenis data yang ingin
dikumpulkan. Penyelidikan yang akan dijalankan ini merupakan kajian
bersifat penerangan, dengan jumlah responden yang terhad dan isu yang
53
dikemukakan merupakan isu yang sensitif dalam kalangan masyarakat, oleh
itu data yang hendak dikumpulkan adalah data kualitatif dengan teknik
pensampelan bola salji atau ‘ snowball’. Teknik snowball ini merupakan teknik
yang digunakan untuk memperoleh peserta kajian melalui seorang peserta
kajian yang telah ditemu bual. Peserta kajian akan memberikan cadangan
kepada pengkaji tentang individu yang boleh menjadi peserta kajian seterusnya.
Cadangan yang diberikan perlulahmenepati cici-ciri sampel kajian.
Kaedah yang sesuai digunakan untuk mengumpulkan data kualitatif
ialah melalui temu bual responden. Temu bual ini dapat dilakukan sama ada
secara berhadapan, atau menggunakan medium teknologi untuk
berkomunikasi antara pengkaji dan responden. Menurut Kean (2016 : 20) temu
bual dapat dilakukan dengan dua kaedah berbeza iaitu temu bual secara
langsung iaitu pengkaji melakukan temu bual berhadapan terus dengan
responden. Kaedah kedua pula adalah melakukan temu bual secara tidak
langsung dengan menggunakan medium email, telefon, dan aplikasi media
sosial (Kean, 2016 : 17).
Selain itu, pemerhatian juga dilakukan bagi mendapatkan maklumat
berkenaankawasanpersekitaran tempat tinggal responden dan melihat budaya
masyarakat kampung berkenaan. Hal ini bertujuan untuk mengukuhkan
jawapan yang diberikan oleh responden berkenaan dengan faktor isu
kehamilan remaja di luar nikah.
3.6 Kaedah Analisis Data.
Semua data yang sudah dikumpulkan, kemudiannya di analisa
menggunakan kaedah manual. Kaedah manual ini melibatkan teknik
transkripsi kerana data yang dikumpul bersifat kualitatif. Hasil rakaman dan
54
maklumat yang dicatat sepanjang temu bual dijalankan bersama responden di
tulis semua.
Teknik transkripsi merupakan teknik yang digunakan oleh pengkaji
dengan memindahkan maklumat daripada hasil rakamankepada ayat bertulis.
Teknik ini memindahkan semua maklumat yang diperoleh termasuklah
maklumat lisan yang dikeluarkan oleh responden, bahasa badan peserta
kajian, reaksi wajah peserta kajian dan eye contact mereka berdasarkan
pemerhatian. Hal ini dapat menggambarkan situasi sebenar temu bual yang
telah dilakukan kepada pembaca transkriptersebut.
Hasil daripada transkripsi, pengkaji telah mengklasifikasikan jawapan
atau data yang diberikan oleh setiap peserta kajian mengikut objektif yang
hendak dicapai. Seterusnya, transkrip yang sudah selesai, di analisa semula
bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan di dalam penyelidikannya.
3.7 Kaedah Persembahan Data.
Data yang telah dianalisis dipersembahkan di dalam dua bentuk iaitu
pertama dalam bentuk huraian kelompok untuk maklumat berkenaan dengan
demografi responden. Persembahan data dalam bentuk kelompok merujuk
kepada huraian atau penerangan tentang demografi kesemua peserta kajian
secara umum mengikut indikator yang ditetapkan. Manakala untuk maklumat
yang menjawab kepada persoalan kajian pula akan dipersembahkan dalam
bentuk dialog perbualan.
Persembahan demografi dihuraikan di dalam bentuk kelompok kerana
terdapat beberapa maklumat responden memiliki persamaan. Oleh hal yang
demikian, ia akan memudahkan pengkaji mengkategorikan responden
mengikut indikator yang sama. Sementara itu, untuk maklumat yang diperoleh
55
pengkaji akan mengambil petikan tersebut dan diletakkan di bahagian dapatan
kajian dengan menggunakan teknik “quote”.
3.8 Etika Penyelidikan.
Etika penyelidikan ini sangat penting semasa menjalankan kajian.Hal ini
kerana, ia akan menjaga kebajikan dan maklumat responden di samping
mendapatkan maklumat berkenaan kajian yang dilakukan . Hal ini dapat
dilakukan dengan memaklumkan kepada peserta kajian dengan jelas tujuan
kajian dilakukan.
Etika yang terlibat ialah, etika kerahsiaan. Pengkaji harus benar-benar
menjaga segala maklumat yang diperoleh dengan baik tanpa membocorkan
maklumat tersebut secara sengaja atau tidak sengaja. Hal ini memerlukan
pengkaji sentiasa berhati-hati dalam menyimpan segala maklumat berkaitan
peserta kajian atau maklumat-maklumat yang diberikan oleh peserta kajian.
Hal ini boleh dilakukan dengan meletakkan kata laluan pada komputer riba
dan juga fail yang menyimpan maklumat peserta kajian.
Seterusnya,menyatakan informconsent atau meminta kebenaran kepada
ibu bapa peserta kajian yang usianya masih di bawah 18 tahun. Kebenaran
daripada ibu bapa juga di perlukan sebelum temu bual dijalankan. Selain itu,
pengkaji tidak dibenarkan untuk memberikan sebarang tekanan kepada
responden semasa menjalani sesi temu bual. Hal ini akan menyalahi etika.
Tambahan lagi, pengkaji perlu menghormati autonomi yang ada pada
responden dengan tidak memaksa responden untuk memberikan kerjasama
terhadapkajian yang dijalankan.
56
3.9 Limitasi Kajian.
Sepanjang menjalankan kajian ini, pengkaji berhadapan dengan
kesukaran dalam mendapatkan maklumat berkaitan kajian lepas. Hal ini
kerana, isu ini merupakan isu yang sensitif walaupun sudah banyak kajian
berkaitan dengan isu ini telah dilakukan. Selain itu, pengkaji juga berhadapan
dengan cabaran dalam mendapatkanrespondenmengikut sasaran dengan ciri-
ciri yang telahditetapkan. Hal ini disebabkan oleh ramai di antara remaja atau
sampel kajian telah berhijrah ke bandar-bandar besar untuk bekerja dan
menyambung pelajaran. Oleh sebab itu, kesukaran di dalam mendapatkan
nombor telefon responden dan maklumat responden telah dihadapi semasa
melakukan kerja lapangan.
Cabaran yang seterusnya ialah, responden bersikap tertutup untuk
menceritakan dan berkongsi pengalaman yang mereka miliki. Meskipun, ada di
antara responden yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang temu bual
di lakukan, tetapi ada juga responden yang bersikap sangat tertutup semasa
menjawab soalan yang di ajukan. Oleh itu, temu bual terhadap responden
tersebut tidak dapat diteruskan.
Di samping itu, masa juga merupakan halangan di dalam menjalankan
kajian ini. Hal ini kerana masa yang sangat terhad di peruntukkan untuk
mendapatkan maklumat yang lebih tepat. Hal ini kerana, pengkaji masihperlu
menghadiri kuliah dan menyiapkan tugasan-tugasan mata pelajaran.
Tambahan pula, responden yang di temu bual juga memiliki masa yang terhad
kerana adanya komitmen lain seperti bekerja, menghadiri kelas, menghadiri
perjumpaan, pergi ke sekolah dan menduduki peperiksaan. Oleh hal yang
demikian,temu bual hanya dapat dilakukan satu hingga dua kali sahaja pada
setiapresponden.
57
Tambahan pula, sumber kewangan yang terbatas menyebabkan masa
untuk menjalankan kajian ini perlu di hadkan mengikut kesesuaian anggaran
perbelanjaan.Kajian ini hanya di jalankan secara individu, sumber tenaga juga
akan menjadi satu lagi cabaran. Hal ini disebabkan oleh, pengkaji perlu
berjalan di sekitar kawasankampung untuk berjumpa dengan responden dan
menemu bual mereka.
Oleh itu, masa, wang dan tenaga merupakan cabaran yang akan
dihadapi oleh pengkaji semasa menjalankan kajian ini. Meskipun begitu,
cabaran yang paling berat adalah apabila responden tidak mencapai sasaran
kajian.
3.10 Kesimpulan.
Kesimpulannya, babini membincangkan tentang kaedah yang digunakan
di dalam kajian di samping membincangkan teknik dan instrumen yang
digunakan semasa melakukan kajian lapangan. Seterusnya, kaedah
penganalisisan data juga turut dinyatakan dalam bab ini. Bab ini diakhiri
dengan perbincangan tentang etika kajian dan limitasi semasa menjalankan
kajian.
58
BAB 4
DAPATAN KAJIAN DAN ANALISA DATA
Bab ini akan menjelaskan tentang hasil dapatan kajian selepas kajian
lapangan dan temu bual dilakukan ke atas peserta kajian. Demografi peserta
kajian, faktor-faktor kehamilan, kesan-kesan yang dihadapi oleh peserta kajian
dan langkah-langkah yang dicadangkan oleh peserta kajian bagi
mengurangkan isu kehamilan remaja luar nikah merupakan pecahan utama
untuk bahagian ini. Seterusnya, analisa dapatan kajian juga akan
dibincangkan di dalam bab ini.
4.1 Demografi Peserta Kajian.
Hasil kajian lapangan dan temu bual kepada tiga (3) orang peserta kajian
yang berasal daripada Kampung Beladin,dua (2) orang daripada peserta kajian
masih menetap di kampung manakala, seorang lagi sedang melanjutkan
pelajarandi Kuching.
4.1.1 Umur peserta kajian.
Berdasarkan dapatan kajian, peserta kajian berumur antara 16 tahun,
hingga 21 tahun. Seorang daripada tiga peserta kajian yang di temu bual
menyatakan bahawa kehamilannya dan telah melahirkan anak pada usia
bawah 18 tahun iaitu ketika peserta kajian berusia 17 tahun pada tahun 2016:
Responden B: “saya sedar yang saya mengandung sebab saya tak
datang bulan dan masa tu saya jadi cemas sebab dah nak dekat
peperiksaan SPM” .
Manakala untuk peserta kajian yang pada tahun ini berusia 21 tahun, dia
telah disahkan hamil pada tahun 2015 ketika usianya 18 tahun. Hal ini
dibuktikan melalui kenyataannya seperti berikut:
59
Responden C: “saya tau yang saya ni mengandung masa saya kerja
kat Kuching, masa tu saya baru habis SPM, dan tanda-tanda yang saya
ada masa tu, saya kerap kencing dan lewat datang haid”.
Peserta kajian A pula, menyedari kehamilannya apabila dia juga tidak
datang bulan selepas dua bulan dan memberitahu kepada ibunya, dan ibunya
membawa peserta kajian ke klinik kesihatan (kk) kampung untuk membuat
ujian air kencing dan seterusnya mengesahkan kehamilannya:
Responden A: “ saya tak sedar pun yang saya mengandung, sebab
tak de tanda-tanda pun. Cuma yang saya pelik sebab saya dah lebih dua
bulan tak period. Saya pun bagi tau mak, dan mak kata nak awak pergi
klinik untuk ‘check’. Kat klinik, ‘nurse’ tu buat ujian air kencing, tak lama
lepas tu jumpa doktor dan doktor kata memang saya mengandung”.
Remaja merupakan kanak-kanak yang berusia 13 tahun sehingga 21
tahun dan di dalam undang-undang Malaysia, remaja masih dikategorikan
sebagai kanak-kanak. Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) (2016)
kanak-kanak merupakan individu yang berusia bawah 15 tahun. Definisi ini
turut disokong oleh Lasmi (2017) di dalam kajiannya yang mendefinisikan
golongan remaja adalah golongan kanak-kanak yang berusia bawah 18 tahun
dan lingkungan usia 12 tahun sehingga 21 tahun.
Menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) remaja di definisikan sebagai
usia individu di antara 10-19 tahun. Sementara itu, The Health Resource And
Services Administrations Guidelines Amerika Syarikat, mencatatkan tentang
usia remaja adalah 11-21 Tahun dan dipecahkan kepada tiga tahap, iaitu
remaja awal (11-14), remaja menengah (15-17 tahun), dan remaja akhir (18-21
tahun) (Lasmi, 2017). Sementara itu Dr Fadhilah (2011, p. 1) di dalam
artikelnya mendefinisikan kehamilan remaja sebagai kehamilan yang dialami
oleh remaja perempuan yang berusia 10 tahun hingga 19 tahun.
60
4.1.2 Tahap pendidikan.
Seterusnya ialah status pendidikanpeserta kajian, berdasarkandapatan
kajian dua orang daripada peserta kajian masing-masing masih bersekolah dan
belajar di peringkat diploma. Manakala, seorang lagi peserta kajian tidak
melanjutkan pelajaran dan sudah bekerja sebagai kerani di salah sebuah
syarikat swasta . Tahappendidikan yang dimiliki oleh setiappeserta kajian juga
berbeza di mana, seorang daripada peserta kajian merupakan pelajar lepasan
Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan masih melanjutkan persekolahannya,
seorang lagi peserta kajian merupakan pelajar yang sedang belajar di peringkat
diploma di salah sebuah IPTA tempatan, manakala, peserta kajian C
merupakan pelajar lepasan Sijil Penilaian Malaysia (SPM). Di dalam kajianyang
dilakukan (Harun et al., 2014 :1) ada meletakkan laporan tahap pendidikan
remaja yang seringterlibat dengan hubungan seksual pra-nikah:
“ Berdasarkan laporan akhbar tempatan rekod kelahiran di beberapa
hospital kerajaan menunjukkan bahawa bilangan kelahiran luar nikah
semakin meningkat dan membimbangkan. Sumber dari Hospital Tengku
Ampuan Rahimah (HTAR) contohnya menyebut bahawa sepanjang 2008
terdapat 13,189 kelahiran dicatatkan di dengan 256 membabitkan
kelahiran di kalangan remaja bawah umur. Daripada jumlah itu 75.8
peratus mengaku sudah berkahwin, 21.9 peratus tidak berkahwin
sementara tiga peratus mendakwa dirogol. Kebanyakan mereka
berpendidikan sehingga Penilaian Menengah Rendah (49.6 peratus), Sijil
Pelajaran Malaysia (27.7 peratus), manakala bakinya hanya belajar
setakat sekolah rendah”.
4.1.3 Status perkahwinan.
Merujuk kepada status perkahwinan peserta kajian berdasarkan hasil
temu bual mendapati dua orang daripada peserta kajian berstatus bujang dan
seorang lagi peserta kajian berstatus janda. Peserta kajian C ada menceritakan
tentang kehidupan perkahwinannya yang menyebabkan perceraianberlaku.
61
4.1.4 Pekerjaanibu bapa.
Berdasarkan hasil kajian, ibu kepada ketiga-tiga peserta kajian
merupakan suri rumah sepenuh masa. Manakala status pekerjaan ayah
peserta kajian masing-masing sebagai buruh, nelayan dan berniaga sendiri.
Pendapatan bulanan setiap keluarga berbeza antara setiap peserta kajian
berdasarkan kutipan maklumat.
4.1.5 Pendapatan bulanan isi rumah.
Anggaran pendapatan bulanan keluarga bagi ketiga-tiga peserta kajian
ialah di antara RM800.00 sehingga RM2,000.00. Namun, jumlah bilangan
tanggungan yang ramai menyebabkan jumlah pendapatan tersebut tidak dapat
menampung keperluan keseluruhan ahli keluarga. Hal ini kerana jumlah
tanggungan keluarga secara kasarnya adalahlima (5) orang sehingga lapan (8)
orang termasuk ibu bapa dan adik-beradik yang masih bersekolah.
4.1.6 Tahap pendidikan ibu bapa.
Berdasarkan maklumat kajian berkaitan status pekerjaan ibu dan ayah
bagi setiapinformanyang diperoleh daripada temu bual mendapati bahawa ibu
bapa responden memiliki tahap pendidikan yang sederhana. Oleh hal yang
demikian,hal ini boleh menjadi faktor kepada kehamilananak mereka. Perkara
ini dibuktikan melalui kenyataan di dalam sebuah hasil kajian yang menyebut
tentang penyediaan keadaan yang kondusif kepada remaja akan meningkatkan
kebarangkalian untuk seorang individu itu memiliki tingkah laku yang positif
(Siti et al., 2017 : 2). Oleh itu, ibu bapa yang memiliki tahap pendidikan yang
rendah tidak mengetahui tentang keperluan menyediakan persekitaran yang
kondusif akibatnya, anak-anak mudah terjebak dalam tingkah laku yang
negatif.
62
Pendapatan isi rumah mencerminkan banyak perkara tentang sesebuah
keluarga seperti gaya hidup sesebuah keluarga, dan taraf ekonomi sesebuah
keluarga. Hal ini boleh menjadi faktor yang mendorong kepada isu kehamilan
remaja di luar nikah. Merujuk kepada sebuah kenyataan yang dibuat oleh Siti
& et. al, (2017: 2) yang menyatakan bahawa kemiskinan keluarga merupakan
salah satu faktor yang mendorong kepada anak-anak terlibat di dalam isu
sosial dan kelakuan negatif.
4.1.7 Bilangan adik-beradik.
Selain daripada latar belakang pekerjaan ibu bapa, dan jumlah
pendapatan isi rumah, bilangan adik-beradik juga memberikan pengaruh
kepada corak didikan anak di dalam sesebuah keluarga. Kebanyakan daripada
keluarga yang memiliki bilangan anak yang ramai dan tahap sosioekonomi
yang sederhana atau rendah mudah terlibat dengan masalah sosial. Hal ini
kerana tanggungjawabmenjaga dan mendidik anak-anak yang lebih muda dan
kecil diberikan kepada kakak atau abang mereka sementara ibu bapa sibuk
mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak serta memenuhi keperluan
mereka terutama anak-anak yang masih kecil dan masih bersekolah.
4.2 Faktor-faktor kehamilan remaja luar nikah di Kg. Beladin.
Hasil daripada temu bual yang dilakukan kepada semua informan, faktor-
faktor yang dinyatakan oleh informan bukanlah faktor-faktor yang baharu,
tetapi ia merupakan faktor-faktor lazim yang sering dikaitkan dengan
kehamilan remaja di luar nikah. Faktor-faktor ini dikategorikan kepada tiga
iaitu faktor individu, faktor keluarga dan faktor sosial.
63
4.2.1 Faktor Individu.
Faktor individu merujuk kepada faktor yang disebabkan oleh remaja
perempuan itu sendiri sehingga menyebabkan mereka hamil. Misalnya,
kemahuan dan kerelaan sendiri untuk melakukan hubungan seks bersama
pasangan.
4.2.1.1 Kemahuandiri sendiri.
Faktor ini selalunya seiring dengan faktor lain seperti terlibat dengan
pergaulan bebas, terpengaruh dengan kekasihdan terpengaruh dengan rakan-
rakan. Faktor-faktor ini saling berkaitan antara satu sama lain kerana tanpa
keinginan diri sendiri perhubungan seks tidak akan berlaku jika tiada tindak
balas atau respond daripada sebelah pihak.
Menurut kenyataan Sarnon et al. ( 2012 :122-123) remaja merupakan
golongan yang sedang aktif dengan perkembangan semulajadi seksual,
fizikal dan mental. Di samping itu, remaja turut berhadapan dengan
perubahan semulajadi seks kerana peringkat remaja merupakan peringkat
perkembangan seks yang paling aktif kata Glasier et al, (2006) di dalam kajian
Saron et al (2012, :123) . Sesetengahhormon meningkat secara mendadak pada
peringkat ini seperti hormon testosteron bagi lelaki manakala oestradiol bagi
perempuan (Hughes & Kumanan, 2006).
Menurut Santrock (2008) dan Steinberg (2007) di peringkat ini remaja
tertarik untuk meneroka dan melakukaneksperimen tentang seksual, fantasi
dan realiti dalam usaha menyesuaikannya denganidentiti (Saron et al., 2012 :
123). Tambah Steinberg, (2007) lagi remaja mula mempunyai keinginan untuk
mengetahui tentang seksual, berfikir tentang tarikan seksual dan
bagaimana untuk melakukan seks (Saron et al., 2012 : 123). Ketiga-tiga
64
peserta kajian menyatakan bahawa mereka melakukan hubungan seks
tersebut dengan rela dan bukan hanya sebelahpihak yang ingin melakukannya
tetapi kedua-dua pihak:
Responden A: “Saya memang melakukannya denga rela. Sebab tu
saya tak salahkan dia dan saya nak jaga ‘baby’ ni. Saya tak nak buang,
saya dah nekad masa saya tau saya mengandung, kalau ‘boyfriend’ saya
nak tinggalkan saya pun saya tetap akan jaga anak ni sebab saya yang
nak bukan sebab terpaksa atau apa-apa”.
Peserta kajian B, menyatakan bahawa pada mulanya dia tidak mahu
melakukan hubungan tersebut. Tetapi, disebabkan ingin membuktikan
perasaan sayangnya kepada kekasihnya dia melakukan hubungan tersebut:
Responden B: “ erm…(menundukkan kepalanya) saya.. masa tu tak
tau ape yang saya fikir, saya cuma fikir nak buktikan rasa sayang saya
kat dia …(nada suaranya berubah menjadi sebak ) sebab tu saya berikan
je, dengan harapan dia akan bertanggungjawab bila apa-apa
terjadi..”(ayatnya terputus dalam tangisan).
Kajian yang dilakukan oleh Zainudin & Norazmah (2011) turut
meletakkan diri remaja sendiri sebagai faktor kehamilan remaja luar nikah
dengan kenyataanberikut:
Hal ini berlaku disebabkan oleh perubahan yang banyak berlaku
kepada remaja sama ada daripada aspek fizikal, emosi dan psikologi.
Faktor psikologi di lihat daripada perubahan perlakuan remaja yang
digambarkan sebagai perlakuan emosi. Perasaan mereka kadang kala
lebih berpengaruh daripada fikiran terutama di dalam mengambil sesuatu
keputusan
(Zainudin & Norazmah, 2011 : 118).
4.2.1.2 Terlibat denganpergaulanbebas.
Seterusnya ialah melibatkan diri dengan pergaulan bebas antara lelaki
dan perempuan. Hal kerana pergaulan tanpa batasan antara lelaki dan
perempuan boleh mendatangkan pelbagai keburukan terutama kepada remaja
perempuan. Pergaulan bebas ini juga merupakan faktor dominan yang sering
65
dikaitkan dengan kehamilan remaja luar nikah. Menurut Low (2009) pergaulan
bebas khususnya di dalam kalanganrakan sebaya memberikan pengaruh yang
kuat dan membawa kepada hubungan seks serta kehamilan. Di samping itu
juga ia mempunyai kaitan dengan pendedahan kepada video lucah (Harun et
al.,2014).
Di samping itu, pergaulan bebas dengan rakan sebaya, teman lelaki,
ponteng sekolah, penyalahgunaan bahan, menjadi mangsa rogol juga antara
punca mengapa remaja terlibat dalam kes kehamilan luar nikah (Zakiyah,
2016 : 1). Ketiga-tiga peserta kajian yang ditemu bual juga bersetuju dengan
faktor ini. Faktor ini juga merupakan salahsatu faktor yang menjadi punca dua
orang daripada tiga peserta kajian terlibat dengan kehamilan luar nikah.
Berikut merupakankenyataan yang diberikan oleh peserta kajian B:
Responden B: “Faktor lain yang saya rasa paling berpengaruh ialah
pergaulan bebas. Sebab…bila kita dah bergaul bercampur and dah xde pantang
so.. semua bende boleh jadi terutama mana yang ade ‘couple’ tu.. kira dah halal
la dengan ‘couple’ tu”.
Hal ini turut diakui oleh peserta kajian C, melalui kenyataannya yang
menyatakan bahawa corak pergaulan yang diamalkan menyebabkan dia
terpengaruh dan terjebak dengan melakukan hubungan seks pra-nikah.
Berikut merupakankenyataannya:
Responden C: Ye, saya akui memang saya sendiri terlibat dengan
pergaulan bebas ini. Sebab mase tu kita tak fikir dosa dah..yang kita tau kita
enjoy. Kawan-kawan pulak lebih kurang je kan..so, kita pun ikut la cara dieorang.
Bagi saya paling bahaya yang ade pasangan or couple. Kemungkinan nak buat
hubungan seks tu memang tinggi la bila dah jumpa. Termasuk lah diri saya
sendiri.
66
4.2.2 Faktor Keluarga.
Keluarga merupakan orang yang paling rapat dengan remaja dan
memiliki pengaruhyang besar di dalam pembentukan akhlak remaja. Menurut
(Husin, 2011). Kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa
menyebabkan remaja perempuan mengambil tindakan untuk mendapatkan
kasih sayang daripada individu luar iaitu temanlelaki atau rakan-rakan.
4.2.2.1 Kurang pemantauan ibu bapa.
Keluarga memainkan peranan penting dalam mengawasi setiap aktiviti
anak-anak di luar rumah dan juga harus mengenali setiap kawan-kawanyang
rapat dengan mereka. Hal ini kerana, ibu bapa pada hari ini kebanyakannya
sibuk dengan urusan masing-masing dan kurang prihatin dengan masalah
yang di hadapi oleh anak-anak mereka terutama yang berada di usia remaja.
Hal ini menyebabkan mereka mencari perhatian daripada luar rumah dan
bebas melakukanapa sahaja kerana tiada pengawasan daripada ibu bapa.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada peserta kajian, ketiga-
tiga peserta kajian bersetuju bahawa, kurangnya pemantauan ibu bapa
menjadi penyumbang utama kehamilan remaja di luar nikah di Kg. Beladin.
Meskipun ketiga-tiga informan tidak berhadapan dengan faktor ini secara
langsung, tetapi berdasarkan daripada pengetahuan yang mereka miliki
tentang kes-kes kehamilanyang berlaku di kampung berkenaan.
Sebuah kajian tentang peranan ibu bapa yang mempengaruhi tingkah
laku seks remaja sehingga mengakibatkan hamil luar nikah ada tertulis
tentang corak keibubapaan akan memberikan pengaruh terhadappenglibatan
67
anak-anak remaja mereka dalam salah laku seks sehingga menyebabkan
kehamilan (Siti et al., 2017)
“Empat domain ekologi keluarga yang berperanan penting dalam
tingkah laku sosial remaja adalah keadaan ekonomi keluarga,
struktur keluarga, keadaan kriminogenik dalam keluarga (i.e., kejadian
jenayah dalam keluarga, tingkah laku antisosial keluarga) dan gaya
keibubapaan yang terdapat dalam keluarga (Siti Hajar & Abd. Hadi, 2009)”.
4.2.2.2 Disisihkan keluarga.
Faktor ini merujuk kepada sikap ahli keluarga yang kurang peka dengan
keadaan atau masalah yang dialami oleh ahli keluarga yang lain. Sikap tidak
ambil peduli ini ada kalanya mendatangkan prasangka negatif kepada remaja
terhadapkeluarga terutama ibu bapa.
Golongan ibu bapa tidak pernah berniat untuk menyisihkan anak-anak
dan mereka beranggapan mereka sudah adil dalam memberikanlayananyang
sama rata kepada semua anak-anak, tetapi tanpa disedari ada sikap ibu bapa
yang membuat anak-anak mereka berasa tersisih dan tidak dipedulikan.
Mereka beranggapan yang ibu bapa bersikap tidak adil kepada dirinya. Oleh
itu, mereka melakukanpemberontakan dengan melibatkandiri dengan aktiviti
sosial untuk menunjukkan protes dan meminta perhatian.
Hal ini berlaku kepada peserta kajian C bagi kajian ini. Menurut remaja
ini dia berasa disisihkan apabila niatnya hendak menyambung pelajaran tidak
mendapat sokongan daripada bapanya, berbeza dengan dua orang adiknya
yang kini masing-masing sedang melanjutkan pelajaran di salah sebuah IPTA
negeri dan seoranglagi kini berada di Tingkatan 6.
Responden C: “saya rasa…ayah saya tak adil dan pilih kasih (nada
suaranya sayu matanya pula sudah menunjukkan ada linangan air
mata).Masa saya kata saya nak sambung belajar, ayah kata tak ada duit.
Jadi ayah tak bagi saya sambung belajar, ayah kata kerja jela boleh tolong
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikmisraini
 
Metodologi kajian PA
Metodologi kajian PAMetodologi kajian PA
Metodologi kajian PAUpper6
 
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianKaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianANIS IBRAHIM
 
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan dataJenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan dataOpie Mohamad
 
Langkah langkah dalam proses penyelidikan
Langkah langkah dalam proses penyelidikanLangkah langkah dalam proses penyelidikan
Langkah langkah dalam proses penyelidikanwmkfirdaus
 
Praktis Kerja Sosial
Praktis Kerja SosialPraktis Kerja Sosial
Praktis Kerja SosialEngku Fatin
 
Contoh perbezaan objektif kajian edit dr. azman
Contoh perbezaan objektif kajian edit dr. azmanContoh perbezaan objektif kajian edit dr. azman
Contoh perbezaan objektif kajian edit dr. azmanFatimah Mustaffa
 
Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografinaninami
 
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. KamarulReka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarulwmkfirdaus
 
Konsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukKonsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukBie Judith
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)Mohd Fadzil Ambok
 
Kaedah penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalahKaedah penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalahMaizatul Malik
 
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)wmkfirdaus
 
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...Mohd Suhaimin Isnen
 
Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Dina Amira
 

La actualidad más candente (20)

Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Metodologi kajian PA
Metodologi kajian PAMetodologi kajian PA
Metodologi kajian PA
 
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianKaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
 
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan dataJenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
 
Langkah langkah dalam proses penyelidikan
Langkah langkah dalam proses penyelidikanLangkah langkah dalam proses penyelidikan
Langkah langkah dalam proses penyelidikan
 
Praktis Kerja Sosial
Praktis Kerja SosialPraktis Kerja Sosial
Praktis Kerja Sosial
 
Temu bual
Temu bualTemu bual
Temu bual
 
Contoh perbezaan objektif kajian edit dr. azman
Contoh perbezaan objektif kajian edit dr. azmanContoh perbezaan objektif kajian edit dr. azman
Contoh perbezaan objektif kajian edit dr. azman
 
Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografi
 
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. KamarulReka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
 
Contoh Refleksi Assignment IPG
Contoh Refleksi Assignment IPGContoh Refleksi Assignment IPG
Contoh Refleksi Assignment IPG
 
Konsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukKonsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmuk
 
4. panduan penulisan ilmiah
4. panduan penulisan ilmiah4. panduan penulisan ilmiah
4. panduan penulisan ilmiah
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
 
Kaedah penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalahKaedah penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalah
 
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
 
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
 
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Bab 1
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Bab 1Ekonomi Asas Tingkatan 4 Bab 1
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Bab 1
 
Apakah teori itu
Apakah teori ituApakah teori itu
Apakah teori itu
 
Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_
 

Similar a Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz

Digital 20253132 t 28497-analisis penyebab-full text
Digital 20253132 t 28497-analisis penyebab-full textDigital 20253132 t 28497-analisis penyebab-full text
Digital 20253132 t 28497-analisis penyebab-full textsindhu winata
 
skripsi HUBUNGAN POLA ASUH ORANG TUA DAN FREKUENSI PENGGUNAAN GAWAI DENGAN PE...
skripsi HUBUNGAN POLA ASUH ORANG TUA DAN FREKUENSI PENGGUNAAN GAWAI DENGAN PE...skripsi HUBUNGAN POLA ASUH ORANG TUA DAN FREKUENSI PENGGUNAAN GAWAI DENGAN PE...
skripsi HUBUNGAN POLA ASUH ORANG TUA DAN FREKUENSI PENGGUNAAN GAWAI DENGAN PE...BeliaLesmana
 
Pengaruh pola komunikasi keluarga dalam fungsi sosialisasi
Pengaruh pola komunikasi keluarga dalam fungsi sosialisasiPengaruh pola komunikasi keluarga dalam fungsi sosialisasi
Pengaruh pola komunikasi keluarga dalam fungsi sosialisasiLinda Rosita
 
Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya
Contoh Tugasan : Tajuk Rakan SebayaContoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya
Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebayanazri15
 
Tesis gejala ponteng
Tesis gejala pontengTesis gejala ponteng
Tesis gejala pontengmuhammad
 
ISU DAN TREND DALAM PENDIDIKAN MORAL
ISU DAN TREND DALAM PENDIDIKAN MORALISU DAN TREND DALAM PENDIDIKAN MORAL
ISU DAN TREND DALAM PENDIDIKAN MORALshishamuddin1979
 
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)Tabiat merokok dikalangan remaja (1)
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)Cikgu Sivam sivam
 
POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERILAKU SOSIAL ANAK REMAJA DI DESA ARANG LIMBUN...
POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERILAKU SOSIAL ANAK REMAJA DI DESA ARANG LIMBUN...POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERILAKU SOSIAL ANAK REMAJA DI DESA ARANG LIMBUN...
POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERILAKU SOSIAL ANAK REMAJA DI DESA ARANG LIMBUN...Sii AQyuu
 
https://www.slideshare.net/dewimunisa/sistem-pernafasan-manusia-dan-hewan
https://www.slideshare.net/dewimunisa/sistem-pernafasan-manusia-dan-hewanhttps://www.slideshare.net/dewimunisa/sistem-pernafasan-manusia-dan-hewan
https://www.slideshare.net/dewimunisa/sistem-pernafasan-manusia-dan-hewannasrawati3
 
Pergaulan Bebas Remaja
Pergaulan Bebas Remaja Pergaulan Bebas Remaja
Pergaulan Bebas Remaja Yusuf Zany
 
Penilaian semula proses pelaksanaan komponen pra penilaian dalam modul interv...
Penilaian semula proses pelaksanaan komponen pra penilaian dalam modul interv...Penilaian semula proses pelaksanaan komponen pra penilaian dalam modul interv...
Penilaian semula proses pelaksanaan komponen pra penilaian dalam modul interv...Musalmah Muchlis
 
Penilaian semula proses pelaksanaan komponen pra penilaian dalam modul interv...
Penilaian semula proses pelaksanaan komponen pra penilaian dalam modul interv...Penilaian semula proses pelaksanaan komponen pra penilaian dalam modul interv...
Penilaian semula proses pelaksanaan komponen pra penilaian dalam modul interv...Musalmah Muchlis
 
Penilaian semula proses pelaksanaan komponen pra penilaian dalam modul interv...
Penilaian semula proses pelaksanaan komponen pra penilaian dalam modul interv...Penilaian semula proses pelaksanaan komponen pra penilaian dalam modul interv...
Penilaian semula proses pelaksanaan komponen pra penilaian dalam modul interv...Musalmah Muchlis
 
02. Pembelajar Dewasa - Ver 3.pdf
02. Pembelajar Dewasa - Ver 3.pdf02. Pembelajar Dewasa - Ver 3.pdf
02. Pembelajar Dewasa - Ver 3.pdfwindaputriasari
 
Skripsi FAKTOR FAKTOR YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERNIKAHAN DINI PADA REMAJA
Skripsi FAKTOR FAKTOR YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERNIKAHAN DINI PADA REMAJASkripsi FAKTOR FAKTOR YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERNIKAHAN DINI PADA REMAJA
Skripsi FAKTOR FAKTOR YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERNIKAHAN DINI PADA REMAJABeliaLesmana
 

Similar a Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz (20)

Digital 20253132 t 28497-analisis penyebab-full text
Digital 20253132 t 28497-analisis penyebab-full textDigital 20253132 t 28497-analisis penyebab-full text
Digital 20253132 t 28497-analisis penyebab-full text
 
skripsi HUBUNGAN POLA ASUH ORANG TUA DAN FREKUENSI PENGGUNAAN GAWAI DENGAN PE...
skripsi HUBUNGAN POLA ASUH ORANG TUA DAN FREKUENSI PENGGUNAAN GAWAI DENGAN PE...skripsi HUBUNGAN POLA ASUH ORANG TUA DAN FREKUENSI PENGGUNAAN GAWAI DENGAN PE...
skripsi HUBUNGAN POLA ASUH ORANG TUA DAN FREKUENSI PENGGUNAAN GAWAI DENGAN PE...
 
Pengaruh pola komunikasi keluarga dalam fungsi sosialisasi
Pengaruh pola komunikasi keluarga dalam fungsi sosialisasiPengaruh pola komunikasi keluarga dalam fungsi sosialisasi
Pengaruh pola komunikasi keluarga dalam fungsi sosialisasi
 
Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya
Contoh Tugasan : Tajuk Rakan SebayaContoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya
Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya
 
Tesis gejala ponteng
Tesis gejala pontengTesis gejala ponteng
Tesis gejala ponteng
 
PPT BEST PRACTICE BK.pptx
PPT BEST PRACTICE BK.pptxPPT BEST PRACTICE BK.pptx
PPT BEST PRACTICE BK.pptx
 
ISU DAN TREND DALAM PENDIDIKAN MORAL
ISU DAN TREND DALAM PENDIDIKAN MORALISU DAN TREND DALAM PENDIDIKAN MORAL
ISU DAN TREND DALAM PENDIDIKAN MORAL
 
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)Tabiat merokok dikalangan remaja (1)
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)
 
194493399 tugas-kti
194493399 tugas-kti194493399 tugas-kti
194493399 tugas-kti
 
194493399 tugas-kti
194493399 tugas-kti194493399 tugas-kti
194493399 tugas-kti
 
POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERILAKU SOSIAL ANAK REMAJA DI DESA ARANG LIMBUN...
POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERILAKU SOSIAL ANAK REMAJA DI DESA ARANG LIMBUN...POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERILAKU SOSIAL ANAK REMAJA DI DESA ARANG LIMBUN...
POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERILAKU SOSIAL ANAK REMAJA DI DESA ARANG LIMBUN...
 
https://www.slideshare.net/dewimunisa/sistem-pernafasan-manusia-dan-hewan
https://www.slideshare.net/dewimunisa/sistem-pernafasan-manusia-dan-hewanhttps://www.slideshare.net/dewimunisa/sistem-pernafasan-manusia-dan-hewan
https://www.slideshare.net/dewimunisa/sistem-pernafasan-manusia-dan-hewan
 
Pergaulan Bebas Remaja
Pergaulan Bebas Remaja Pergaulan Bebas Remaja
Pergaulan Bebas Remaja
 
Penilaian semula proses pelaksanaan komponen pra penilaian dalam modul interv...
Penilaian semula proses pelaksanaan komponen pra penilaian dalam modul interv...Penilaian semula proses pelaksanaan komponen pra penilaian dalam modul interv...
Penilaian semula proses pelaksanaan komponen pra penilaian dalam modul interv...
 
Penilaian semula proses pelaksanaan komponen pra penilaian dalam modul interv...
Penilaian semula proses pelaksanaan komponen pra penilaian dalam modul interv...Penilaian semula proses pelaksanaan komponen pra penilaian dalam modul interv...
Penilaian semula proses pelaksanaan komponen pra penilaian dalam modul interv...
 
Penilaian semula proses pelaksanaan komponen pra penilaian dalam modul interv...
Penilaian semula proses pelaksanaan komponen pra penilaian dalam modul interv...Penilaian semula proses pelaksanaan komponen pra penilaian dalam modul interv...
Penilaian semula proses pelaksanaan komponen pra penilaian dalam modul interv...
 
355 692-1-sm
355 692-1-sm355 692-1-sm
355 692-1-sm
 
02. Pembelajar Dewasa - Ver 3.pdf
02. Pembelajar Dewasa - Ver 3.pdf02. Pembelajar Dewasa - Ver 3.pdf
02. Pembelajar Dewasa - Ver 3.pdf
 
Skripsi FAKTOR FAKTOR YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERNIKAHAN DINI PADA REMAJA
Skripsi FAKTOR FAKTOR YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERNIKAHAN DINI PADA REMAJASkripsi FAKTOR FAKTOR YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERNIKAHAN DINI PADA REMAJA
Skripsi FAKTOR FAKTOR YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERNIKAHAN DINI PADA REMAJA
 
Asg3
Asg3Asg3
Asg3
 

Último

RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docxRPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docxSyifaDzikron
 
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfPPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfSBMNessyaPutriPaulan
 
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaAbdiera
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuHANHAN164733
 
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaAbdiera
 
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaAbdiera
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdfWahyudinST
 
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024MALISAAININOORBINTIA
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxFardanassegaf
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfNURAFIFAHBINTIJAMALU
 
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docxKISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docxjohan effendi
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]Abdiera
 
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfProgram Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfwaktinisayunw93
 
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............SenLord
 
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...Riyan Hidayatullah
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxg66527130
 
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdfJaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdfHendroGunawan8
 
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanPLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanssuserc81826
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfWahyudinST
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfandriasyulianto57
 

Último (20)

RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docxRPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
 
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfPPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
 
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
 
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
 
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
 
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
 
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docxKISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
 
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfProgram Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
 
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
 
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
 
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdfJaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
 
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanPLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
 

Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz

  • 1. 1 FENOMENA KEHAMILAN REMAJA LUAR NIKAH: KAJIAN DI KAMPUNG BELADIN, PUSA HUMAIDATUL FIKRIYAH BINTI MARZUKI 51941 FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2018
  • 2. 2 FENOMENA KEHAMILAN REMAJA DI LUAR NIKAH: KAJIN DI KAMPUNG BELADIN, PUSA, SARAWAK. Disediakan oleh: HUMAIDATUL FIKRIYAH BINTI MARZUKI 51941 Pensyarah Penyelia Dr Zamri Bin Hassan Projek Tahun Akhir ini salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian (Program Kajian Khidmat Sosial) FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2018
  • 3. 3 PENGAKUAN PELAJAR Saya akui karya ini adalahhasil kerja saya sendiri kecuali petikan, huraian dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah dinyatakan sumbernya. Saya juga menyerahkan hakcipta ini kerana pihak Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan bagi tujuan penerbitanjika didapati sesuai. Tarikh Serahan (HUMAIDATUL FIKRIYAH BINTI MARZUKI) PENGESAHAN PENYELIA Projek Tahun Akhir yang bertajuk FENOMENA KEHAMILAN REMAJA LUAR NIKAH : KAJIAN DI KAMPUNG BELADIN, PUSA telah diusahakan dan diserahkan oleh HUMAIDATUL FIKRYAH BINTI MARZUKI (51941) sebagai memenuhi syarat pengijazahan Sarjana Muda Sains Sosial (Kajian Khidmat Sosial) Dengan Kepujian. Disahkan oleh: _______________________ _____________________________ Tarikh Serahan (DR ZAMRI BIN HJ HASSAN) Pensyarah Penyelia Kajian Khidmat Sosial Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Universiti Malaysia Sarawak.
  • 4. 4 PENGHARGAAN Alhamdulillah. Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kuria dan keizinannya saya berjaya menyelesaikan dan menyiapkan sebuah penulisan ilmiah yang bertajuk “Fenomena Kehamilan Remaja Luar Nikah: Kajian Di Kampung Beladin, Pusa”. Sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini, saya telah memperoleh bantuan, sokongan, dorongan, dan tunjuk ajar dari pelbagai pihak, Dalam ruang yang singkat ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan saya kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam proses saya menyiapkan Projek Tahun Akhir saya. Pertamanya setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya kepada Penyelia Projek Tahun Akhir saya iaitu Dr Zamri Bi Hassan. Beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar, panduan dan cadangan sepanjang saya berada di bawah seliaan dan bimbingannya. Saya percaya hanya Allah yang mampu membalas jasa baik Dr Zamri kepada saya. Tanpa beliau Projek Tahun Akhir saya ini tidak mungkin berjaya disiapkan. Seterusnya,saya ingin memberikanpenghargaan kepada Ketua Kampung Beladin iaitu Encik Abu Talip Bin Morsidi kerana telah memberikan keizinan kepada saya untuk melakukan kajian di Kampung Beladin. Selain itu, tidak lupa juga penghargaan saya dan terima kasih saya peserta-peserta kajian yang memberikan banyak kerjasama di dalam menjawab soalan-soalan temu bual yang diberikan. Di samping itu, ribuan terima kasihkepada kaunselor Sekolah Menengah Kebangsaan Beladin iaitu Puan Addinni Limai yang telah banyak membantu dan memudahkan urusan saya dalam menjejaki remaja-remaja yang hamil di kampung tersebut. Terima kasih juga saya ucapkan kepada ahli keluarga yang tidak pernah putus memberikan sokongan kepada saya. Tidak lupa juga kepada raka-rakan seperjuangan yang banyak membantu dengan memberikan sokongan moral. Rakan-rakan banyak membantu di dalam proses melakukan transkrip dan penganalisisan data yang kualitatif yang agak baru bagi saya. Tanpa pertolongan kalian,mungkin proses penganalisisandata saya menjadi sukar. Akhir sekali, setinggi-tinggi penghargaandan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalamsemua proses menyelesaikan Projek Tahun Akhir ini. Budi dan jasa baik semua pihak hanya Allah yang mampu membalasnya.Sekian, terima kasih.
  • 5. 5 ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan kehamilan luar nikah dalam kalangan remaja di sebuah kampung yang terletak jauh dari bandar. Selain itu, kajian ini juga turut melihat kepada kesan-kesan yang dialami oleh remaja yang hamil di luar nikah dan akhirnya, mengenal pasti langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menangani kes kehamilan luar nikah dalam kalangan remaja di kampung tersebut. Kajian ini telah dijalankan di Kampung Beladin, kampung ini terletak di bahagian Betong, daerah Pusa. Peserta kajian terdiri daripada tiga orang remaja yang perah hamil luar nikah. Ketiga-tiga remaja berbeza daripada aspek umur, dan tahap pendidikan. Berpandukan kajian-kajian lepas,kebanyakan instrument yang digunakan untuk menjalankan kajian ini ialah menggunakan Panduan Temu Bual, Soal Selidik Demografi Remaja, dan Email. Hal ini kerana kajian ini merupakan kajian yang mengumpulkan data berbentuk kualitatif. Penganalisisan data yang dikumpul menggunakan kaedah penganalisisan data kualitatif iaitu kaedah manual dengan menggunakan teknik transkripsi. Hasil kajian ini mendapati bahawa remaja kurang peka terhadap kesan hamil luar nikah dan terlalu mengikut hawa nafsu menyebabkan kes ini sentiasa meningkat. Faktor utama remaja hami l di luar nikah ialah kerana terpedaya dengan rayuan kekasih, pengaruh rakan sebaya dan kehendak remaja sendiri yang ingin membuktikan rasa sayang kepada teman lelakinya. Di samping itu, kesan-kesan yang dihadapi oleh remaja yang hamil luar nikah tidaklah seperti yang lazim diketahui .Hal ini kerana adanya sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan. Kajian ini diakhiri oleh cadangan kepada penyelesaian permasalahan kehamilan remaja luar nikah di kawasan tersebut. Pelbagai cadangan telah dikemukakan oleh pengkaji dengan harapan cadangan tersebut dapat membantu mengurangkan jumlah kes kehamilan luar nikah dalam kalangan remaja. Pengkaji juga turut mengemukakan cadangan yang diberikan oleh peserta kajian. Kata Kunci: Kehamilan , Remaja, Luar Nikah, Faktor, Ke san.
  • 6. 6 ABSTRACT This study is aimed at identifying factors that lead to out-of-date pregnancies among adolescents in a village located far from the city. In addition, the study also looks at the effects experienced by pregnant and extramarital teenagers and finally, identifying the steps that need to be taken to address the case of out-of-date pregnancies among teenagers in the village. This study was conducted in Kampung Beladin, this village is located in the district of Betong, Pusa district. The study participants consisted of three adolescents who were pregnant. The three adolescents differ in terms of age, and level of education. Based on past studies, most of the instruments used to carry out this study are using the Interview Guide, Teen Demographic Survey, and Email. This is because this study is a study that collects qualitative data. Data analysis was analysed using qualitative data analysis method which is manual method using transcription technique. The results of this study found that adolescents are less sensitive to the effects of out-of- date pregnancy and over-lusting causes this case to increase. The main factor of adolescent pregnancies out of wedlock is to be deceived by the lover's appeal, peer influence and the desire of the adolescent himself who wants to prove his affection for his boyfriend. In addition, the effects faced by adolescent pregnancies are not as common. This is because of the support of family and friends. This study concludes by suggesting a solution to the problem of adolescent pregnancies in the area. Various proposals have been submitted by the researchers in the hope that the proposal will help reduce the number of out-of-date pregnancy cases among adolescents. The researcher also submitted the suggestions given by the study participants. Key words: Pregnancy, Teenage, Wedlock, Factors, Implications.
  • 7. 7 KANDUNGAN PENGAKUAN PENGHARGAAN I ABSTRAK II ABSTRACT III KANDUNGAN IV SENARAI JADUAL VIII SENARAI GAMBAR VIII BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Latar Belakang Masalah 1 1.2 Objektif Kajian 6 1.3 Persoalan Kajian 7 1.4 Skop Kajian 8 1.5 KepentinganKajian 9 1.6 Kesimpulan 10 BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Operasional Konsep 11 2.1.1 Remaja 11 2.1.2 KehamilanLuar Nikah 14 2.1.3 Faktor 16 2.1.4 Implikasi 17 2.1.5 Langkah Mengatasi 17 2.2 Kajian Terdahulu 18 2.2.1 Faktor-faktor kehamilan luar nikah dalam kalanganremaja 18 2.2.2 Implikasi kehamilan luar nikah dalam kalangan remaja 24 2.2.3 Langkah mengatasi kehamilanremaja luar nikah 28
  • 8. 8 2.3 Kesimpulan 31 BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 Lokasi Kajian: Kampung Beladin 32 3.2 Populasi dan Sampel 37 3.3 Teknik Persampelan 38 3.4 InstrumenKajian 40 3.5 Kaedah PengumpulanData 41 3.5.1 Temu Bual 42 3.5.2 Rakaman Audio 42 3.5.3 Pemerhatian 42 3.6 Kaedah AnalisisData 42 3.7 Kaedah PersembahanData 43 3.8 Etika Penyelidikan 44 3.9 Limitasi Kajian 45 3.10 Kesimpulan 46 BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN ANALISA DATA 4.1 Demografi Peserta Kajian 47 4.1.1 Umur 47 4.1.2 Tahap Pendidikan 49 4.1.3 Status Perkahwinan 49 4.1.4 Pekerjaan Ibu Bapa 50 4.1.5 Pendapatan Bulanan Isi Rumah 50 4.1.6 Tahap PendidikanIbu Bapa 50 4.1.7 Bilangan Adik-beradik 51 4.2 Faktor-faktor kehamilan remaja luar nikah di Kg. Beladin 51 4.2.1 Faktor Individu 52 4.2.1.1 Kemahuan Diri Sendiri 52
  • 9. 9 4.2.1.2 Terlibat DenganPergaulan Bebas 53 4.2.2 Faktor Keluarga 55 4.2.2.1 Kurang Pemantauan Daripada Ibu Bapa 55 4.2.2.2 DisisihkanKeluarga 56 4.2.2.3 Kurang Didikan Agama 57 4.2.3 Faktor Sosial 59 4.2.3.1 Terpedaya Dengan Rayuan Kekasih 59 4.2.3.2 Pengaruh Rakan Sebaya 61 4.2.3.3 Kawasan Kampung Sering DikaitkanDenganMasalah Sosial Remaja 62 4.3 Implikasi KehamilanRemaja Luar Nikah Di Kg. Beladin 64 4.3.1 Implikasi Kepada Individu 65 4.3.1.1 KesukaranKetika Hamil dan Melahirkan 65 4.3.1.2 Ditinggalkan Kekasih 67 4.3.1.3 Kurang Perhatian Kepada Anak 69 4.3.1.4 Keluarga Memberikan Sokongan 70 4.3.2 Implikasi Kepada Keluarga 72 4.3.2.1 Keluarga Dicemuh Masyarakat 72 4.3.2.2 Nama Baik Keluarga Tercemar 74 4.4 Kesimpulan 75 BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Kesimpulan Kajian 77 5.2 Cadangan 82 5.2.1 Cadangan Oleh Peserta Kajian 82 5.2.2 Cadangan Kepada Jabatan Berkaitan 87 5.3 Kesimpulan 90
  • 11. 11 SENARAI JADUAL Jadual 1 : Jadual populasi Kampung Beladin 33 SENARAI GAMBAR Gambar 1 : Peta Kampung Beladin 34 Gambar 2 : KemudahanInfrastruktur di Kampung Beladin 34 Gambar 3 : Jeti Kampung Beladin 36
  • 12. 12 BAB 1 PENDAHULUAN Bab ini akan membincangkan tentang latar belakang kajian dan penyataan masalah. Namun, fokus di dalam bab ini lebih kepada objektif kajian, persoalan kajian, skop kajian. Kepentingan kajian juga akan dinyatakan di dalam bab ini . 1.1 Latar Belakang Masalah. Dalam era pasca kemerdekaan, Malaysia kian pesat membangun bagi mencapai kemajuan. PembangunanMalaysia pada hari ini memberikan banyak kebaikan kepada rakyatnya seperti dengan adanya teknologi yang canggih, rakyat Malaysia kini dapat mengakses semua kemudahan yang disediakanoleh pihak kerajaan. Misalnya, dengan adanya kemudahan Kereta Api Tanah Melayu (KTM), perjalanan satu destinasi ke destinasi lain dapat dipendekkan, ia juga dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menjimatkan kos perjalanan. Selain itu, dengan adanya kemudahan kampung tanpa wayar, seluruh rakyat Malaysia dapat mengakses internet dengan mudah. Hal ini membolehkan orang kampung mendapat maklumat dengan cepat serta meningkatkan lagi mutu taraf hidup rakyat Malaysia khususnya di kawasan luar bandar. Setiapisu yang berlaku memiliki faktor atau sebabyang kukuh dan juga akan memberikan kesankepada individu,masyarakat atau negara. Hal ini juga merujuk kepada isu sosial yang kian meningkat di negara ini dan salah satu isu yang semakin mendapat perhatian ialahisu kehamilan remaja. Sementara itu, data direkodkan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bermula
  • 13. 13 2005 hingga 2011 juga menunjukkan Malaysia menduduki tempat keempat daripada 10 negara berkaitan kehamilan remaja berusia antara 15 hingga 19 tahun (Shuhada, 2015 : 2). Menurut Suhadah (2015 : 2) beberapa statistik dan kajian yang telah di jalankan di Malaysia berkaitan dengan isu remaja seperti isu merokok, masalah moral,aktiviti seksual, lari rumah dan anak luar nikah Kemajuan yang kita capai pada hari ini bukan sahaja memberikan kesan baik akan tetapi adanya kesan buruk seperti peningkatan masalah sosial, kes jenayah dan keruntuhan akhlak manusia. Hal ini dapat dilihat melalui pernyataan yang terdapat di dalam akhbar Utusan Online, statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) menunjukkan peningkatan kes juvana sebanyak 5, 305 kes dari tahun 2012 ( 3,399 kes) kepada 8,704 kes pada tahun 2013 (Faizatul, 2014). Hal ini dapat memperlihatkan bahawasanya keadaan remaja di negara ini semakin tenat. Hal ini menjadi kebimbangan pelbagai pihak terutama kementerian dan jabatan yang bertanggungjawab menangani isu ini. Kehamilan di usia remaja lazimnya memberikan kesan yang negatif kepada ibu dan kandungannya. Menurut Dr. Jamiyah yang merupakan Pakar Perunding Sakit Puan dan Perbidanan di Pusat Perubatan Universiti (PPUM) menyatakan kehamilan di peringkat remaja mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding wanita dewasa (Tajaiyah, 2006). Tambah beliau lagi, ibu remaja bukan sahaja kurang bersedia dari segi kematangan dan pengetahuan untuk menjadi seorang ibu, tetapi keadaan fizikal mereka juga belum cukup bersedia untuk menempa proses kelahiran (Tajaiyah,2006). Kementerian Kesihatan Malaysia juga ada mengeluarkan kenyataan berkaitan dengankesan kehamilanremaja,dan berikut merupakan petikannya ( Fadillah., 2011):
  • 14. 14 “ perempuan yang hamil di usia muda bukan hanya akan berhadapan dengan masalah yang biasa di hadapi oleh semua wanita mengandung tetapi mereka juga akan berhadapan dengan masalah psikologi, sosial, kewangan dan risiko kematian”. Kehamilan remaja berlaku kepada remaja perempuan dalam lingkungan usia 13 tahun hingga ke 19 tahun (Almaswa, 2017 :4). Masalah sosial yang semakin meningkat dari tahun ke tahun memberikan impak negatif seperti isu kehamilan remaja di luar nikah. Sementara itu, rekod yang diperoleh dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mencatatkan 81,000 anak luar nikah didaftarkan sehingga 2011. Manakala kajian penyelidik Universiti Putera Malaysia (UPM) pula mendapati 300 remaja Melayu berusia 13 hingga 25 tahun terbabit dengan salah laku seksual dan seks bebas. Rekod ini meningkat pada tahun seterusnya dengan melihat rekod daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seramai 159, 725 orang kanak- kanak telah dilahirkan dengan status tidak sah taraf telah didaftarkan di seluruh Malaysia dalam tempoh tiga tahun bermula dari tahun 2013 (Sophia, 2016 : 1). Rekod kelahiran ini hanya melibatkan wanita Islam sahaja kerana status ini tidak wujud dalam golongan bukan Islam. Tambahan pula, rekod dari kajian populasi dan keluarga Malaysia olah Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) menunjukkan tren remaja yang terjebak dalam aktiviti seks sebelum nikah meningkat daripada 0.9% (1994) kepada 2.2% (2004) dan 4.8% (2014) (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2012 :2). Kementerian Kesihatan yang melaporkan sebanyak 16, 270 kes kehamilan luar nikah yang di catatkan dari tahun 2012 hingga 2015, mengukuhkan bukti tentang peningkatan statistik kelahiran anak luar nikah di negara ini .
  • 15. 15 Hal ini berpunca daripada masalah pergaulan bebas dan seks bebas dalam kalangan remaja masa kini. Hal ini kemudiannya menjadi penyumbang kepada satu lagi jenayah iaitu kes pembuangan bayi lazimnya. Hal ini dibuktikan melalui statistik yang di keluarkan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dalam tempoh 10 tahun, bermula tahun 2005 sehingga 2015 sebanyak 526 kes pembuangan bayi. Meskipun ada segelintir pihak yang bertanggungjawabatas kesalahan yang dilakukan. Melihat kepada permasalahan ini, Sarawak merupakan antara negeri yang mencatatkankes kehamilan luar nikahtertinggi sepanjang tahun ini iaitu sebanyak 2,910 kes (Afiq, 2017). Meskipun berlaku penurunanjumlah kes yang di catatkan sejak tahun 2005 sehingga 2015 iaitu 5,246 kes, Sarawak masih tersenarai sebagai negeri yang memiliki jumlah kes kehamilan remaja yang tinggi selaindaripada Sabah yang menduduki tempat pertama dengan jumlah kes yang dicatatkansebanyak 3,084, Selangor di tempat ketiga dengan catatan rekod 1,461 kes , dan Johor sebanyak 1,319 kes (Afiq, 2017). Menurut Khadijah et al. (2012 :133) di dalam kajianmereka menyatakan kes kehamilan remaja luar nikah berpunca daripada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang pada awalnya terpengaruh dengan rakan sebaya dan pengaruh media massa. Pembangunan fizikal bukan sahaja yang menjadi penyumbang kepada berlakunya masalah sosial, tetapi kemajuan teknologi dalam mengakses internet juga boleh menjadi pemacu kepada berlakunya masalah sosial. Sebaliknya, kemunduran juga boleh menjadi penyebab kepada berlakunya banyak masalah sosial. Hal ini kerana remaja di kawasan yang tinggal di kawasan pedalaman sukar untuk mengakses sekolah kerana jarak antara sekolah dan rumah adalah sangat jauh kesannya, ramai remaja yang
  • 16. 16 berusia 13 tahun hingga 17 tahun yang berhenti sekolah. Hal ini juga menyumbang kepada peningkatan masalahsosial dalam kalanganremaja. Hal ini disebabkan remaja yang tidak sekolah akan mudah terjebak dalam aktiviti tidak bermoral seperti melepak, merokok, bermain permainan komputer dan bergaul secara bebas antara lelaki dan perempuan. Ada juga yang terlibat dalam kes jenayah seperti, merompak, menghisap dadah dan terlibat dalam seks rambang. Hal ini akan mendatangkan kesan buruk yang seterusnya kerana kurangnya pengetahuantentangkesalahan yang mereka lakukan. Dr. Ros Lena selaku Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyatakan (Utusan, 2016) : “..kurangnya pengetahuan tentang seks dan bahayanya melakukan seks bebas. Hal ini yang menjadi penyebab kepada peningkatan kes kehamilan luar nikah di kalangan remaja”. Perkara ini boleh ditangani jika pihak yang bertanggungjawabmelakukan satu pendekatan untuk memberikankefahaman kepada para remaja tentang kesan daripada perbuatan mereka. Tidak dinafikan di kawasan bandar juga masalah-masalah sosial yang sama turut berlaku. Hal ini selalu dikaitkan dengan kesibukan ibu bapa yang terlampau sehingga tiada masa untuk bersama keluarga dan menyebabkan anak-anak merasa terabai dan tidak dipedulikan. Di peringkat daerah pula, Kuching, Betong, Miri dan Sibu merupakan kawasan-kawasan yang merekodkan jumlah kes yang paling tinggi. Di dalam kenyataan sebuah akhbar tempatan, Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah menyatakan Betong mencatatkan 10.9 peratus kes kehamilan remaja bagi tahun 2015 (Hamimi, 2015 :1)
  • 17. 17 Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk mengurangkanjumlahkes kehamilan remaja di luar nikah bermula dari peringkat sekolah, kampung, dan bahagian. Program Menangani Kehamilan Remaja dan Penyalahgunaan Dadah yang telah berlangsung di Sibu merupakan contoh program untuk mengatasi masalah kehamilan remaja di luar nikah. Program ini mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak antaranya Pejabat Daerah Sibu, Agensi Antidadah Malaysia (AADK), dan Lembaga Pembangunan dan Penduduk Keluarga Negara (LPPKN) (Florence, 2017). Program ini berjaya menunjukkanpenurunan jumlah kes di Sibu. Oleh itu, kes kehamilan remaja luar nikah ini menjadi isu yang kian membimbangkan kerana kesan daripada masalah ini akan melibatkan banyak pihak seperti anak yang dilahirkan, perempuan yang hamil,pihak keluarga dan masyarakat setempat. Sehubungan dengan itu, kajian berkenaan dengan masalah kehamilan remaja di luar nikah ini perlu dijalankan untuk mencari pendekatan yang berbeza serta memastikan program atau pendekatan yang digunakan akan meninggalkan impak seterusnya menurunkan jumlah kes kehamilan remaja di Kampung Beladin, Pusa, Sarawak. 1.2 Objektif Kajian Kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti tentang fenomena kehamilan remaja luar nikah di salah satu kawasan di Sarawak. Satu kajian telah dijalankan di Kampung (Kg.) Beladinbertujuanuntuk: 1. Mengkaji tentang faktor-faktor kehamilan remaja di Kg. Beladin , 2. Mengenal pasti kesan-kesan kehamilanremaja di Kg. Beladin ; dan 3. Mengenal pasti langkah mengatasi kehamilan remaja di luar nikah di Kg. Beladin.
  • 18. 18 1.3 Persoalan Kajian Di dalam bahagian latar belakang telah di nyatakan tentang faktor utama yang menjadi penyumbang kepada peningkatan kes kehamilan remaja di luar nikah. Dapat di simpulkan bahawa, pergaulan bebas merupakan kunci kepada berlakunya seks rambang yang akhirnya membawa kesan kepada kehamilan di luar nikah.Hal ini sudah sering dibicarakan di media massa akan tetapi jumlahkes yang dicatatkan saban tahun tidak menunjukkan penurunan, malah ia semakin membimbangkan. Meskipun banyak program yang telah dilakukan oleh pihak-pihak bertanggungjawab untuk mengatasi masalah ini, akan tetapi ia masih belum meninggalkan kesan yang positif kepada remaja. Menurut Datuk Fatimah Abdullah lagi di dalam sidang akhbar tersebut, terdapat beberapa usaha untuk mengurangkan jumlah kes yang berlaku di Sarawak terutama di kawasan- kawasan yang mencatatkan kes tertinggi. Berikut merupakan usaha yang telah dijalankanpada tahun 2014 (Hamimi, 2015 : 2): “…sebuah jawatankuasa One Stop Teenage Pregnancy Committee (OSTPC) ditubuhkan pada bulan Oktober 2014.Menurutnya, jawatankuasa itu melibatkan kerjasama Jabatan Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendidikan, Jabatan Pendaftaran, Jabatan Kemajuan Islam, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta pertubuhan bukan kerajaan”. Jika dilihat dari sudut yang berbeza, usaha daripada pihak kementerian atau jabatan sahaja tidak cukupuntuk memastikan masalah ini dapat di atasi. Sebaliknya pihak keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam mengawasi dan mendidik anak-anak dari peringkat awal pertumbuhan lagi. Menurut Maria, Azira, & Imran (2015 : 8) di dalam jurnalnya menyatakan bahawa: “…faktor kurang pengawasan dari orang tua. Oleh karena itu perlu adanya pengawasan dari orang tua yang tidak mengekang, pengawasan
  • 19. 19 yang intensif terhadap media komunikasi seperti TV, internet, radio, dan telefon bimbit.” Sehubungan itu, masyarakat sekeliling juga berperanan dalam membendung masalah kehamilan remaja yang sering di kaitkan dengan pergaulan tanpa batas antara lelaki dan perempuan dan seks rambang. Walaupun ada di antara kes kehamilan remaja di luar nikah ini berpunca daripada kes rogol . Oleh itu, pengkaji akan menjalankan kajian ke atas persoalan berkenaan faktor-faktor, kesan-kesan kehamilan remaja luar nikah serta langkah-langkah yang boleh di ambil atau di tambah baik di Kampung Beladin. Berikut merupakan soalan-soalan yang telah disoal di dalam kajian ini, antaranya: 1. Apakah faktor-faktor kehamilan remaja di Kg. Beladin? 2. Apakah kesan-kesan terhadapkehamilan remaja di Kg. Beladin. 3. Apakah langkah untuk mengurangkan kehamilan remaja di luar nikah di Kg. Beladin? 1.4 Skop Kajian Bahagian ini akan membincangkan tentang fokus kajian ini seperti lokasi yang akan dipilih untuk membuat kajian, kumpulan sasaran yang akan dijadikan populasi dan sample untuk kajian ini dan cara untuk pengkaji mencapai objektif kajian. Kajian ini akan dilakukan di Kg. Beladin, Pusa. Pemilihan kawasan kajian adalah berdasarkan isu yang dipilih serta mengambil kira responden yang akan terlibat semasa kajian ini dijalankan. Kampung ini merupakan kampung nelayan terbesar di negeri Sarawak, penduduk di kampung ini
  • 20. 20 majoritinya ialah kaum Melayu dan beragama Islam. Selain itu, kampung ini juga merupakan salah satu kampung yang tersenarai sebagai kampung yang menyumbang kes kehamilan remaja luar nikah paling tinggi bagi bahagian Betong, Sarawak. Selain itu juga, jumlah remaja atau kanak-kanak yang tidak bersekolah juga mencatatkan bilangan yang besar. Hal ini dapat dibuktikan dengan melihat jumlah keseluruhan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Beladin (SMK Beladin) dan Sekolah KebangsaanBeladin (SK Beladin) Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada kes kehamilan remaja di luar nikah. Di samping itu, pengkaji juga ingin mengkaji tentang kesan daripada kehamilan remaja luar nikah. Kesan ini lebih berfokus kepada kesihatan fizikal dan mental individu yang hamil. Merujuk kepada objektif ketiga bagi kajianini ialah mengenal pasti langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak tertentu bagi mengurangkan jumlah kes ini berdasarkanpandangan atau pendapat responden. 1.5 Kepentingan Kajian Tujuan kajian ini di lakukan oleh pengkaji ialah untuk mendapatkan maklumat baru dan lebih mendalam berkaitan dengan isu kehamilan remaja di luar nikah. Di samping itu, kajian ini akan menjadi bahan rujukan baru bagi kajian yang melibatkan kehamilan remaja. Tambahan lagi, di harap dengan adanya kajian ini akan membantu pihak-pihak tertentu dalam merancang program yang bersesuaian untuk mengatasi isu tersebut. Selain itu, antara kepentingan kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat atau data terbaru berkaitan dengan isu kehamilan remaja di luar nikah yang meliputi aspek faktor isu ini terjadi dan kesan-kesan daripada isu ini di dalam populasi yang telah di pilih merujuk kepada beberapa kajian lepas kepada komuniti dan pihak-pihak tertentu. Oleh hal yang demikian, kajian ini
  • 21. 21 di harap dapat menambahkan sumber-sumber yang sedia ada berkaitan dengan isu yang di pilih. Akhir sekali, pengkaji berharap kajian ini mampu untuk dijadikan panduan asas dalam menjalankan kajian berkaitan dengan isu kehamilan remaja di luar nikah serta dapat membantu para pengkaji lain untuk meneruskan kajian di masa akan datang. Pengkaji berharap fenomena kehamilan remaja di luar nikah di Kampung Beladin dapat diungkap melalui penyelidikan yang akan dijalankan. 1.6 Kesimpulan. Kesimpulannya, bahagian ini membincangkan tentang kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji. Selain itu, penerangan ringkastentang isu yang dikaji juga turut dinyatakan di bahagian ini. Setiap isi disokong oleh kenyataan daripada kajian laindan statistik yang dikeluarkanoleh jabatan-jabatan tertentu seperti JPN, PDRM dan JKM.
  • 22. 22 BAB 2 SOROTAN KAJIAN Bab ini akan membincangkan tentang kajian-kajian terdahulu yang pernah dilakukan berkaitan denga tajuk dan isu yang dikaji. Bab ini telah dipecahkan kepada dua sub topik iaitu operasional konsep dan kajian terdahulu. 2.1 Operasional Konsep. Operasional konsep menerangkan tentang konsep-konsep yang terdapat di dalam kajian berdasarkan tajuk kajian. Konsep-konsep yang akan dibincangkan di dalambahagianini ialahkonsepremaja, kehamilanluar nikah, faktor, kesan dan langkah untuk mengatasi kehamilan remaja di luar nikah di Kg. Beladin. 2.1.1 Remaja Perkataan ‘Remaja’ memiliki banyak definisi bergantung pada bidang akademik seperti psikologi, biologi dan sosial. Perbezaandefinisi ini membawa kepada penerangan remaja secara am. Contohnya, umur individu yang dikategorikan sebagai remaja, penerangan tentang sikap atau pemikiran mereka dan tingkah laku atau kebiasaanyang dilakukan oleh golonganremaja. Di dalam kajian ini, remaja merupakan salahsatu konsepoperasional. Menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) mendefinisikan remaja sebagai usia individu di antara 10-19 tahun. Sementara itu, The Health Resource
  • 23. 23 And Services Administrations Guidelines Amerika Serikat, rentang usia remaja adalah 11-21 Tahun dan berbagi menjadi tiga tahap, yaitu remaja awal (11-14), remaja menengah(15-17 tahun), dan remaja akhir (18-21 tahun) (Lasmi, 2017). Remaja merupakan satu tempoh peralihan dalam pusingan hidup yang melibatkan banyak perubahan yang berlaku, sama ada dari segi perkembangan fizikal, emosi dan kognitif di mana ia mula minat hubungan dengan rakan sebaya dan mulai belajar peranan kerja, peranan dalam keluarga dan sebagai warga masyarakat (Azizi, 2011 : 1). Remaja merupakan individu yang berusia 12 tahun sehingga 17 tahun. Secara perundangan, remaja masih di bawah kategori kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-kanak di definisikansebagai individu yang berusia 18 tahun dan ke bawah (Undang-undang Malaysia, 2006 : 1). Di dalam Akta kanak-kanak 2001, perkara yang dinyatakan adalah hal yang berkaitan dengan hak, tanggungjawab dan perlindungan yang perlu diperoleh oleh setiap kanak- kanak. Menurut sumber rujukan, secara fizikal remaja didefinisikan sebagai individu yang berusia antara 11-21 tahun. Remaja dapat dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu awal remaja,menengahdan akhir remaja. Selain itu,remaja juga didefinisikan mengikut konsep psikologi, di mana melihat kepada perkembangan emosi dan keupayaan psikologi mereka dalam menghadapi sesuatu cabaran atau masalah di dalam kehidupan mereka. Selain itu, remaja juga dapat didefinisikan sebagai satu peringkat perkembangan kendiri di mana seseorang itu hendak menentukan keindividuan identiti atau personaliti dan harga dirinya kerana setiap remaja adalah individu yang unik dan tersendiri (Anuar, 2001 : 81)
  • 24. 24 Remaja dikatakan individu yang banyak mengalami pertumbuhan dan perkembangan dalam segala aspek kehidupannya sekali gus menghadapi tugasan yang harus dilaksanakan sebaik mungkin (Polinggapo, 2013 : 2). Hal ini menyebabkan tekanan kepada remaja kerana keadaan jati diri dan emosi yang masih belum matang dan sering mengalami perubahan di tambah dengan kurangnya pengalamantentang cabaran dalam kehidupan. Konsepremaja juga boleh ditafsirkansebagai individu yang memiliki sifat ingin tahu yang sangat tinggi tentang sesuatu perkara terutama di dalam kehidupan. Hal ini dapat dibuktikan melalui banyak kajian tentang sifat seorang remaja. Hal ini sering dijadikan faktor yang menyebabkan seseorang remaja tersebut terlibat dalam gejala negatif. Contohnya, remaja dan penyalahgunaan dadah, pergaulan bebas, merokok di kalangan remaja dan kehamilan remaja di luar nikah. Isu ini bukan lagi asing dengan golongan remaja, terbukti dengan melihat di dada-dada akhbar hampir setiaphari akan ada laporan tentang isu-isu berkenaan. Menurut Khalim (2008 : 43-44) di dalam jurnalnya, ada menyatakan tentang beberapa pihak yang memainkan peranan penting di dalam pembentukan tingkah laku remaja, seperti: Pembangunan teknologi terutamanya dalam bidang teknologi maklumat begitu pesat sehinggakan kadang kala kita ditinggalkan tanpa kita sedari. Remaja boleh mendapat maklumat yang baik mahupun negatif di hujung jari sahaja. Hubungan menjadi semakin dekat walaupun jarak fizikal adalah ribuan batu. Kehidupan berkeluarga juga semakin rapuh dan ikatan dalam masyarakat lebih menjurus kepada individualisme berbanding kolektivisme pada suatu ketika dahulu. Manusia memandang kebendaan sebagai kayu ukur kejayaan individu. Di sinilah nilai keagamaan dan moral telah diketepikan. Keluarga berpecah belah, anak-anak di biar tanpa haluan ditokok lagi dengan kehidupan yang penuh cabaran. Di gelanggang inilah punca sebenar remaja bermula sama ada baik ataupun buruk. Pengaruh keluarga, persekitaran, rakan sebaya, sekolah, masyarakat, kemajuan kebendaan dan sebagainya lagi akan menekan jiwa seseorang remaja.
  • 25. 25 Selain itu, peranan media massa yang terlalu bebas memuatkan berita mengenai masalah seks, pembunuhan dan keganasan, situasi rumah yang tidak stabil, kepelbagaian perangai yang begitu ketara dalam kalangan kanak-kanak. Berdasarkan petikan artikel di atas, jelas memperlihatkan bahawa tingkah laku seseorang remaja sama ada positif dan negatif banyak di pengaruhi oleh keadaan persekitaran mereka terutama daripada pihak keluarga dan media massa. Media massa sangat memainkanperanan pada hari ini di dalam mempengaruhi pandangan dan tingkah laku seseorang melalui pemaparan berita, drama, dan filem. Remaja yang mampu menapis apa-apa yang dipaparkan oleh media massa secara positif akan terkecuali daripada terjebak dengan masalah sosial yang sering di hadapi olehgolongan remaja dan sebaliknya. Secara keseluruhannya, remaja dapat didefinisikan sebagai individu yang berusia 10 tahun hingga 21 tahun yang memiliki sikap ingin tahu yang tinggi sehingga membuat mereka ingin mencuba segala sesuatu. Selain itu, remaja juga merupakan individu yang sedang melalui prosespembentukan personaliti, oleh hal yang demikian setiap perkara yang berlaku di dalam hidup mereka akan meninggalkan kesan dan menjadi penyumbang dalam pembentukan personaliti mereka kelak. 2.1.2 Kehamilan luar nikah. Konsep kehamilan merupakan konsep dalam bidang perubatan yang merujuk kepada persenyawaan antara sperma lelaki dan ovum wanita. Manakala, untuk konsep kehamilan luar nikah merupakan konsep bidang sosial yang dicipta untuk merujuk kepada sesuatu keadaan di dalam masyarakat. Oleh hal yang demikian sub topik ini akan membincangkan
  • 26. 26 dengan lebih lanjut berkaitan dengan konsep kehamilan luar nikah berdasarkan kajian-kajianlepas. Kehamilan di definisikan sebagai fertilisasi atau penyatuan dari spermatozoa dan ovum kemudian dilanjutkan dengan nidasi atau implantasi, (Aryani, 2015 : 1). Di dalam Manuaba (2008) kehamilan di definisikan sebagai pertumbuhan dan perkembangan janin intra uteri mulai sejak konsepsi dan berakhir sampai permulaan persalinan (Rohayanah, 2014 : 8). Selain itu, di dalam Astuti Maya (2010) kehamilan adalah masa ketika seorang wanita membawa embrio atau fetus di dalam tubuhnya. Awal kehamilan terjadi pada saat sel telur perempuan lepas dan masuk ke dalam saluran sel telur (Rohayanah,2014 : 8). Menurut bidang sains dan perubatan, kehamilan merujuk kepada persenyawaan antara ovum (telur wanita) dan sperma di dalam rahim wanita. Kehamilandapat di tandai dengan beberapa kebiasaanseperti mengidam, loya dan pemberhentian menstruasi. Kehamilan luar nikah pula merujuk kepada, kehamilan yang berlaku tanpa adanya ikatan yang sah antara lelaki dan perempuan. World Health Organization (WHO,2006) pula memerikan definisi kehamilan di luar nikah seperti berikut (Sarnon et al., 2012 : 123): “Kehamilan luar nikah dalam kalangan remaja pula merujuk kepada remaja yang di bawah umur yang hamil tanpa ikatan yang sah”. Dengan kata lain,anak yang di lahirkan tidak memiliki status yang sah tentang identiti bapanya. Takrif hamil luar nikah ialah mengandung sebelum berkahwin di mana kewujudan hubungan seks di antara dua pasangan yang tidak mempunyai pertalian nikah yang sah. Remaja hamil luar nikah tergolong umur di antara 13 hingga 18 tahun ( Khadijah et al., 2012 : 132).
  • 27. 27 Kehamilan luar nikah memiliki definisi lain dari sudut perundangan syariah, status ini akan ditentukan berdasarkan tarikh pendaftaran pernikahan dan usia kehamilan. Berikut merupakan petikan definisi dari sudut perundangan (Nurul, 2016 : 17): “Berdasarkan maksud sub-seksyen (3) Enakmen Jenayah Syariah Selangor (1995), hamil luar nikah merujuk kepada seseorang perempuan yang melahirkan anak yang sempurna sifatnya dalam tempoh yang kurang daripada enam bulan qamariah dari tarikh pernikahan “. Mulai Banci Penduduk dan Perumahan 2010, KPWKM mengambil kira ibu tunggal di definisi berikut (Kementerian Pembabgunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, 2015 : 5): “ perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah, bertaraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama. Selain itu, perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah tetapi mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama atau perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah, tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf).” Kesimpulannya, kehamilan luar nikah atau kelahiran anak tidak sah taraf selalu dirujuk sebagai wanita atau remaja perempuan yang melahirkan anak tanpa perkahwinan atau ikatan yang sah. Istilah kehamilan luar nikah ini hanya merujuk kepada wanita atau remaja perempuan yang beragama Islam kerana istilahini tidak wujud dalam golongan orang bukan Islam. 2.1.3 Faktor. Sesuatu perkara atau kejadian yang berlaku di dalam kehidupan seharian kita memiliki banyak faktor atau perkataan lain punca. Faktor tersebut boleh jadi dalam diri sendiri atau pun faktor sekeliling. Konsepfaktor
  • 28. 28 digunakan untuk menerangkan tentang punca atau sebab sesuatu isu itu berlaku. Contohnya, sebab pelajar tidak mahu datang ke sekolah. Sesuatu isu atau kejadian yang berlaku selalunya akan disokong oleh beberapa sebab yang melibatkan individu, persekitaran dan faktor luaran. Dengan mengetahui sebab isu itu berlaku kita dapat mengenal pasti langkah yang perlu diambil untuk menyelesaikan isu yang berlaku. 2.1.4 Implikasi. Implikasi bermaksud sesuatu kesan hasil daripada tindakan atau kejadian. Perkataanini bersinonim dengan akibat, kesan,risiko dan pengaruh. Konsep ini digunakan untuk menerangkan kesan yang terdapat di dalam sesuatu permasalahan. Contohnya, implikasi masalahpergaulan bebas kepada remaja. Setiap isu atau kejadian yang berlaku mempunyai kesan yang tersendiri sama ada kesan positif atau negatif. Dengan adanya konsep implikasi atau kesan ini kita dapat merancang cara untuk mengelakkan daripada hal ini berlaku. 2.1.5 Langkah mengatasi. Langkah mengatasi membawa maksud cara-cara yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Hal ini meliputi tindakan, atau pembentukan sesuatu undang-undang, polisi dan program. Konsep ini sering digunakanbersama dua konsep lain iaitu faktor, kesandan langkah.
  • 29. 29 Setiapisu dan permasalahanmesti memiliki cara atau langkah yang boleh diambil untuk menyelesaikannya. Selain itu, langkah mengatasi ini dirancang berdasarkan faktor dan kesan sesuatu permasalahan kerana melalui langkah mengatasi,faktor sesuatu permasalahandapat dielakkan. Contohnya, faktor yang menyumbang kepada kehamilan luar nikah adalah pengaruh media massa yang sering memaparkanadegan yang berunsur seksual. Oleh yu langkah yang boleh diambil untuk mengatasi hal ini, dengan membuat saringan yang lebih teliti sebelum menyiarkansesuatu filem. 2.2 Kajian Terdahulu. Di dalam bahagian ini, pengkaji akan mengemukakan kajian-kajian terdahulu yang menyokong kepada tajuk kajian. Hal ini di sebabkan jenis kajian yang di pilih ialah kajian deskriptif. Oleh hal yang demikian, terdapat dua skop kajian terdahulu yang akan di fokuskan iaitu kajian tentang faktor kehamilan remaja di luar nikah dan implikasi kepada kehamilan remaja di luar nikah. 2.2.1 Faktor-faktor kehamilanremaja luar nikah. Isu kehamilan luar nikah di kalangan remaja bukan merupakan satu isu yang baru di dengar. Isu ini telah wujud sebelum arus pemodenan lagi, tetapi isu ini semakin hangat dibincangkan dan semakin membimbangkan apabila statistik yang di keluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan peningkatan dalam jangka masa 10 tahun terakhir.
  • 30. 30 Menurut Nydia (2012 : 18-19) yang mengkaji tentang tahap pengetahuan remaja kepada reproduksi yang memberikan pengaruh di dalam kehidupan mereka tentang seks. Berikut merupakan petikan daripada penulisannya: “Kurangnya pengetahuan tentang kesihatan reproduksi, khususnya tentang perilaku seksual yang dapat menyebabkan kehamilan, tidak menggunakan mahupun kegagalan penggunaan alat kontrasepsi karena tidak mengetahui metode yang benar, dan kehamilan akibat pemerkosaan oleh pasangan (date rape) merupakan beberapa faktor lainnya yang mengakibatkan kehamilan yang tidak diinginkan”. Seterusnya,salah satu faktor yang dikatakan menjadi pendorong kepada kehamilan luar nikah ialah sikap terhadap hubungan seksual pra nikah dan pengetahuan tentang risiko kehamilan remaja di luar nikah. Oleh hal yang demikian penelitian mengenai wujudnya hubungan antara pengetahuan tentang risiko kehamilan remaja di luar nikah dengan sikap terhadap hubungan seksual pra-nikah perlu dilakukan (Arista, et al., 2017 : 156). Hal ini dapat dibuktikan melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rohani Abdul Karim di dalam akhbar tempatan (Sophia, 2016) Sebanyak 532,158 kelahiran anak tidak sah taraf atau anak luar nikah didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari 2005 hingga 2015. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, data Polis Diraja Malaysia pula menunjukkan bagi tempoh yang sama, ada 526 kes pembuangan bayi. 2.2.1.1 Kehendak remaja sendiri. Kehamilan luar nikah di dalam kalangan remaja sememangnya bukan hanya kerana pergaulanbebas dan pengaruh rakan sebaya atau media massa, ada di antara mereka yang hamil tanpa bernikah kerana dirogol atau sumbang muhrim. Meskipun begitu,ada di antara remaja yang hamil di uar nikah kerana
  • 31. 31 kemahuan sendiri. Hal ini telah dinyatakan di dalam kajian yang dilakukan oleh Sarnon et al. (2012 :123): “Apabila ditekan oleh rakan atau pasangan untuk melakukan seks, remaja kurang kemahiran untuk menolak dan ada juga remaja yang ingin mencuba melakukan seks untuk diterima oleh kumpulan sosialnya”. Faktor ini diperkuat melalui sebuah kajian yang berkaitan dengan kehamilan remaja luar nikah, hubungan seks pra-nikah ini merupakan suatu trend remaja bercinta pada masa kini oleh itu remaja mudah terpedaya dengan pujukan dan janji manis temanlelaki mereka (Mia, 2014 : 5-6): “Adanya trend baru dalam berpacaran dalam kalangan remaja, jika zaman dulu melakukan hubungan seksual di luar nikah meskipun dengan kerelaan sendiri sudah dianggap bebas. Namun, pada zaman sekarang sudah pula bergeser nilainya, yang dianggap seks bebas adalah jika melakukan hubungan seksual dengan banyak orang”. Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga ada mengeluarkan statistik berkenaan kehamilan remaja. Bilangan kes remaja yang hamil dan didaftarkan dengan kemudahan yang disediakan oleh KKM menunjukkan penurunandalamtempoh empat tahun bermula daripada tahun 2011 iaitu 18,652 kes kepada 16,528 kes pada tahun 2014 (Fauwaz, 2016). Daripada jumlah keseluruhan kes yang di catatkan pada tahun 2014, sebanyak 3,980 kes tersebut merupakan remaja yang hamil berstatus tidak berkahwin (Fauwaz, 2016). 2.2.1.2 Pengaruh rakan sebaya. Melihat kepada statistik yang dikeluarkan oleh JPN dan KKM, terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kehamilan remaja di luar nikah. Antara faktor yang dominan dengan isu kehamilan remaja luar nikah ialah faktor terpedaya dengan rakan sebaya. Berikut merupakan kenyataan yang
  • 32. 32 diperoleh daripada responden yang terlibat dengan isu kehamilan luar nikah (Khadijah et al., 2012 : 133): Pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu faktor penting remaja terjerumus dalam kes hamil luar nikah. Pada usia awal remaja, mereka mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam pembinaan keperibadian diri dan pencarian identiti diri. Malangnya, pertemuan dengan rakan sebaya yang bermasalah dan suka melakukan aktiviti negatif mengajak remaja melakukan perkara di luar batasan keagamaan dan norma masyarakat. Bermula dengan kehamilan luar nikah seterusnya akan berkembang kepada isu pembuangan bayi. Hal ini kerana perasaan takut di sisihkan oleh keluarga yang dihadapi oleh remaja menyebabkan remaja tersebut mengambil keputusan untuk menyembunyikan kehamilan seterusnya membuang bayi yang telah dilahirkannya. 2.2.1.3 Kurangnya pengetahuan tentang reproduksi dan seks. Selain daripada faktor rakan sebaya, kurangnya pengetahuan tentang reproduksi dan seks menjadi penyumbang kepada remaja terlibat dengan kehamilan luar nikah. Hal ini dapat dirujuk melalui dapatan kajian yang dijalankandi Indonesia (Arista et al., 2017): Hipotesis yang dibuat di dalam kajian ini memperlihatkan hubungan negatif antara pengetahuan tentang risiko kehamilan luar nikah remaja dengan sikap terhadap perhubungan seksual pra nikah. Hal ini dapat dilihat melalui analisis yang dilakukan menunjukkan arah yang berlawanan antara dua variable, di mana semakin tinggi skor pengetahuan tentang risiko kehamilan remaja di luar nikah, semakin tidak setuju responden dengan sikap perhubungan seksual pra nikah. Tambahan pula, keluarga juga menjadi penyumbang kepada peningkatan statistik kes kehamilan di luar nikah oleh remaja. Antara faktor yang dikaitkan dengan keluarga ialah status ekonomi keluarga. Terdapat
  • 33. 33 kenyataan yang mencatatkan bahawa kemiskinan keluarga merupakan faktor remaja terlibat dengan hubungan seks tanpa nikah (Agnes, 2018). 2.2.1.4 Kurangnya perhatiandaripada ibu bapa. Seterusnya, kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa merupakan faktor lain yang menyebabkan remaja perempuan mengambil tindakan untuk mendapatkan kasih sayang daripada individu luar iaitu teman lelaki. Disebabkan terlalu menginginkan perhatian dan kasih sayang daripada teman lelaki remaja perempuan sanggup melakukan apa sahaja untuk membuktikan kesungguhan mereka kepada teman lelakinya. Hal ini dibuktikan di dalam kajian Husin, Jusoh. (2011 : 6): “…kebanyakan remaja perempuan yang terlibat dalam hal tersebut adalah kerana inginkan kasih sayang dari teman lelaki yang tidak diperoleh ketika bersama keluarga. Apabila di temu bual, mereka menjawab bahawa mereka melaksanakan hubungan intim kerana ingin mempunyai teman lelaki, merasa gembira dan dapat menghilangkan tekanan perasaan…” 2.2.1.5 Dorongan persekitaran. Selain daripada keluarga, keadaan persekitaran dan masyarakat setempat juga menjadi penyokong terhadap pembentukan personaliti remaja dan tingkah laku remaja di kawasan berkenaan. Hal ini kerana remaja mempelajari sesuatu perkara seperti tingkah laku, budaya dan adab daripada masyarakat yang ada di sekeliling mereka selain daripada didikan yang diberikan oleh keluarga semasa di rumah. Persekitaran yang negatif dan kurang sesuai akan memberikan kesan yang negatif kepada tingkah laku remaja dan kanak-kanak.
  • 34. 34 Kenyataan itu diperkuat melalui hasil kajian yang dilakukan di Indonesia oleh Antono, Nicholas, & Zahroh (2006) yang menyatakan bahawa sokongan sosial merupakan faktor hubungan seks remaja luar nikah berlaku: “Temuan ini juga menunjukkan bahawa lingkungan sekitar yang mempengaruhi perilaku dan sikap seksual remaja, merupakan lingkungan yang heterogen. Lingkungan semacam ini merupakan lingkungan yang khas terdapat di negara-negara berkembang, yang mana hal ini memperkuat gambaran adanya suatu proses perubahan norma dan nilai dari batasan tradisional yang penuh larangan, menuju ke masyarakat modern yang lebih bebas”. 2.2.1.6 Faktor remaja sendiri. Faktor yang seterusnya ialah faktor yang datang dari dalam diri remaja itu sendiri. Hal ini berlaku disebabkan oleh perubahan yang banyak berlaku kepada remaja sama ada daripada aspek fizikal, emosi dan psikologi. Faktor psikologi di lihat daripada perubahan perlakuan remaja yang digambarkan sebagai perlakuan emosi. Perasaan mereka kadang kala lebih berpengaruh daripada fikiran terutama di dalam mengambil sesuatu keputusan (Zainudin et al., 2011 : 118). Selain daripada faktor psikologi, faktor perubahan zaman atau tingkat kehidupan menjadi salah satu pendorong kepada faktor diri sendiri. Zainudin, Sharif. & Norazmah, Mohd.Roslan. (2011 : 118) menjelaskan tentang : Perubahan daripada alam kanak-kanak ke alam dewasa merupakan masa yang mengelirukan remaja kerana golongan remaja ini akan melalui peringkat perubahan diri yang kritikal dari segi mental dan fizikal. Pelbagai fenomena ganjil menghujani mental dan fizikal mereka dan golongan remaja yang menghadapi tekanan ini akan melakukan tindakan- tindakan di luar kawalan. Menurut Azizi dan Rosnah (2007), fenomena ini mungkin berlaku disebabkan remaja yang terlibat ingin meluahkan perasaan tidak puas hati, ingin membalas dendam dan sebagainya. Kesimpulannya, terdapat faktor yang menjadi pendorong kepada remaja terlibat dalam aktiviti seks sebelum pernikahan sehingga menyebabkan
  • 35. 35 kehamilan luar nikah meskipun adanya kelahiran anak luar nikah yang bukan disebabkan oleh perlakuan seks secara sukarela tetapi majoritinya hasil dapatan kajian terdahulu menujukkan kehamilanremaja di luar nikah adalah disebabkan perlakuan seks tanpa nikah secara sukarela. Beberapa faktor dominan yang terdapat dalam kajian terdahulu adalah seperti pengaruh rakan sebaya, pengaruh media massa, kurangnya pengetahuan tentang kesan melakukan seks pra pernikahan,kurangnya kasih sayang keluarga,terpengaruh denganrayuan pasangan atau teman lelaki dan akhir sekali, diri remaja sendiri yang melakukan sesuatu perkara tanpa memikirkan kesannya. 2.2.2 Implikasi kehamilan remaja luar nikah. Remaja yang hamil di luar nikah sering mendapat pandangan negatif daripada orang sekeliling terutama masyarakat setempat. Tambahan pula, kebanyakan keluarga remaja tidak dapat menerima mereka dan bayi yang berada dalam kandungan. Hal ini disebabkan tidak sanggup menahan malu dan hinaan daripada masyarakat luar. Kesan kehamilanremaja sering dikaitkan dengan kesanyang negatifdan akan memberikan tekanan kepada remaja. Menurut Jajeebhoy, & Thapa (2005) penglibatan remaja dalam aktiviti seksual pada usia yang muda boleh menyebabkan kemudaratan kepada emosi, fizikal dan sosial kanak-kanak terutama remaja perempuan (Sarnon, et al., 2012). Tambah Fadilah (2012) lagi, kehamilan yang dihadapi oleh remaja akan memberikan implikasi terhadap psikologi, kewangan dan yang paling membimbangkan mereka berhadapan dengan risiko kematian.
  • 36. 36 2.2.2.1 Kesan terhadappsikologi remaja. Hakikatnya, tidak semua remaja yang hamil di luar nikah berpunca daripada kesalahan remaja dan keluarga sahaja. Ada segelintir remaja yang hamil disebabkan tragedi dirogol atau perlakuan sumbang mahram oleh manusia yang rakus. Olehsebabtindakan dan layananberikut,ia memberikan kesan kepada remaja yang hamil sama ada implikasi kepada psikologi atau kesihatan mereka. Menurut Sawhill (2009) terdapat empat sebab utama isu mengenai kehamilan luar nikah di kalangan remaja : “ Kebanyakan kelahiran luar nikah adalah di kalangan remaja. Para remaja ini pula berkemungkinan melahirkan anak-anak berikutnya yang juga hasil daripada hubungan seks luar nikah. Selain itu, kos menanggung kelahiran anak luar nikah adalah besar. Kajian oleh Mynard (1997 dalam Sawhill 2009) dari Mathematica Policy Research di Princeton, New Jersey mendapati bahawa kelahiran anak oleh remaja menelan belanja sehingga USD tujuh billion setahun, yakni kira-kira USD3,200 setahun bagi setiap kelahiran oleh para remaja. Tambahan pula, ibu-ibu muda ini merupakan golongan yang malang (disadvantage), memandangkan mereka kebanyakannya tercicir dari alam persekolahan oleh itu tidak mampu untuk menyara diri sendiri. Lazimnya mereka ini (terutamanya yang melahirkan anak pada usia remaja) akan terus bergantung kepada kebajikan untuk jangka masa yang lama. Sementara itu, anak-anak kepada ibu muda ini berhadapan dengan masalah yang lebih besar kerana kebanyakan mereka dilahirkan pra matang (premature). Berat badan yang jauh lebih rendah daripada kebiasaan dan akibatnya mudah terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan. Apabila memasuki sekolah, mereka biasanya tidak memperlihatkan pencapaian yang baik dalam pelajaran, kemungkinan didera dan diabaikan. Ramai di antara mereka yang akhirnya terdampar di rumah kebajikan.” (Harun et al., 2014 : 15).
  • 37. 37 2.2.2.2 Kesan terhadapkesihatan remaja dan kandungan. Selain itu, kes kehamilan luar nikah dalam kalangan remaja akan memberi implikasi kepada kesihatan kepada remaja dan anak yang di kandungnya. Hal ini kerana meskipun secara teorinya mereka sudah boleh mengandung tetapi dari segi kekuatan fizikal iaitu badan dan rahim remaja, mereka belum cukup kuat untuk menampung bayi. Di samping itu, psikologi remaja yang belum cukup matang untuk menghadapi proses melahirkan dan cara-cara mengasuh anak umumnya belum dicapai oleh remaja. Berikut merupakan kenyataan yang diberikan oleh Nydia di dalam kajiannya berkaitan dengan kesan kehamilan remaja kepada aspek kesihatan (Nydia, 2012 : 19): “Kehamilan remaja dapat menimbulkan risiko yang tinggi karena dipengaruhi oleh beberapa faktor. Yang pertama, uterus belum siap mendukung proses kehamilan. Oleh yang demikian risiko pada kehamilan akan menjadi tinggi kerana akan timbulnya masalah seperti terjadinya perdarahan, persalinan premature, bahkan abortus”. 2.2.2.3 Peningkatan jumlah pembuangan bayi. Kes kehamilan remaja luar nikah yang saban tahun meningkat jumlahnya turut mempengaruhi peningkatan jumlah kes pembuangan bayi di negara ini. Hal ini dicatatkan oleh Sarnon & et al. (2012 : 121-122) di dalam kajian mereka seperti berikut: Purata sebanyak 100 orang bayi dibuang di Malaysia setiap tahun dan kebanyakannya telah mati apabila ditemui (Pak, 2010). Senario ini mewujudkan kebimbangan kepada semua pihak sehingga kerajaan Malaysia bersama NGO iaitu OrphanCARE mewujudkan Pusat Perlindungan Bayi yang tidak diingini (Baby Hatch) pada tahun 2010. Walaupun kesilapan tidak diletakkan kepada kumpulan remaja seratus peratus, namun statistik menunjukkan bahawa kumpulan ini turut sama banyak menyumbang kepada pengguguran janin dan pembuangan bayi. Sumber statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga tahun 2009, julat
  • 38. 38 umur di bawah 25 tahun menyumbang 12% berbanding kumpulan umur 25 tahun ke atas sebanyak 0.06% dan 81.25% tidak diketahui . 2.2.2.4 Memegang statusibu tunggal. Seterusnya, remaja yang hamil di luar nikah mempunyai potensi yang tinggi untuk membesarkan anak yang dilahirkannya secara bersendirian atau dalam kata lain menjadi ibu tunggal. Hal ini kerana kebanyakan lelaki yang telah menghamili wanita yang tidak dia nikahi akan lari daripada tanggungjawabnya dengan meninggalkan wanita tersebut. Segelintir mereka pula sanggup membunuh teman wanita mereka yang hamil kerana mahu lar daripada tanggungjawabnya. Kes ini sememangnya terjadi dan dibuktikan melalui catatan akhbar. “ Seorang lelaki yang berusia 15 tahun sanggup membunuhnya apabila teman wanitanya yang berusia 14 tahun yang sedang hamil 4 bulan, meminta dirinya untuk bertanggungjawab atas kehamilannya. Kes ini bukan merupakan kes pertama yang dilaporkan, kes seperti ini sering berlaku apabila teman wanita kepada remaja lelaki kerap mendesak supaya mereka bertanggungjawab atas perbuatan mereka sehingga remaja perempuan itu hamil ”. (Djoko, 2017 : 1) 2.2.2.5 Nama baik keluarga tercemar. Kesan daripada kehamilan remaja di luar nikah sememangnya tidak hanya dirasakandan dihadapi oleh remaja itu sahaja. Diakui bahawa kesan ini juga turut dirasakan oleh keluarga remaja. Hal ini kerana masyarakat sememangnya akan menuding jari kepada keluarga terutama ibu bapa. Pelbagai cemuhan dan kata-kata negatif akan diberikan kepada ibu bapa remaja. Hal ini juga telah dinyatakan di dalam kajian yang dilakukan oleh Harun & et al. (2014 : 2) bahawa:
  • 39. 39 Kebanyakan masyarakat tidak mengiktiraf anak yang lahir di luar perkahwinan oleh itu dia dianggap sebagai tidak sah taraf dan nasab keturunannya tidak dapat ditentukan. Sehubungan itu mereka dibuang atau diserahkan untuk pengangkatan. Oleh sebab itu, remaja yang melahirkan anak tanpa bernikah akan mendapat cemuhan daripada masyarakat sekeliling. Hal ini secara tidak langsung memberikan tekanan kepada keluarga dan remaja it sendiri. Nama baik keluarga pun tercemar dan menjadi bualan masyarakat setempat. Keseluruhannya, kehamilan remaja di luar pernikahan akan memberikan kesan buruk di dalam pelbagai aspek seperti aspek mental, aspek pengurusan anak yang akan dilahirkan dan kesihatan bayi yang bakal dilahirkan. Di samping itu juga, remaja akan berhadapan dengan kesan dari orang sekeliling seperti perspektif masyarakat tentang anak yang dilahirkan juga kepada remaja sendiri sehingga boleh melahirkan anak tidak sah taraf. Berdasarkan kenyataan di atas, kehamilan luar nikah dalam kalangan remaja akan memberikan implikasi yang negatif. Oleh sebab itu, dorongan daripada keluarga terutamanya di perlukan. Selain itu, masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam mengawal aktiviti seks bebas dalam kalangan remaja. 2.2.3 Langkah mengatasi kehamilan remaja luar nikah. Isu kehamilan remaja di luar nikah ini bukan lah satu isu baharu di Malaysia malah di peringkat global. Banyak langkah dan inisiatif yang telah diambil untuk menangani isu ini tetapi masih belum menemukan penyelesaiannya. Meskipun adanya penurunan akan tetapi jumlah kes yang dicatatkan setiaptahun masih berada di tahap yang membimbangkan.
  • 40. 40 2.2.3.1 Memberikan khidmat kaunseling kepada remaja. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil seperti memberikan bimbingan kaunseling agama kepada remaja yang terlibat. Hal ini disokong oleh satu kajian yang dilakukan oleh Roslee & et al. (2008 : 12) yang menyatakan: “… pendekatan kaunseling Islam adalah pertolongan kaunselor menolong klien mengikut syariat Islam melalui cara bermuhasabah diri, bertaubat (Nasuha), dan merenung kegerunan seksaan dan azab alam kubur dan alam neraka”. 2.2.3.2 Keluarga harus sentiasa memberikan sokongan moral. Di samping itu, pihak keluarga dan masyarakat memainkanperanan di dalam memberikan semangat serta sokongan kepada remaja. Meskipun perbuatan yang dilakukan menyalahi nilai dan prinsip kita, tetapi hal ini tidak bermakna kita perlu menghakimi mereka. Sebaiknya kita harus membantu mereka untuk memiliki kehidupan yang lebih baik kelak. Oleh sebab itu, remaja memerlukan sokongan dan dorongan daripada orang-orang sekeliling terutama daripada ahli keluarga. Perkara ini dibincangkan oleh Hamburg (2004) di dalam kajian yang dilakukan oleh Saron, et al., (2012 : 124) bahawa seorang remaja perempuan yang terlibat di dalam kehamilan luar nikah memerlukan penerokaan kepada peluang dan sokongan yang berpanjangan dan mendalam daripada orang dewasa sebagai pembimbing mereka. Menurut (Zakiyah, 2016 : 2), sebagai keluarga kita dapat memberikan ilu pengetahuan kepada remaja untuk menjaga dan merawat bayi yang telah dilahirkannya: “Selain itu, bagi yang memilih untuk meneruskan kehamilan sehinggalah kelahiran bayi mereka, maka kita boleh menyediakan mereka dengan pelbagai bentuk ilmu pengetahuan misalnya apa yang boleh dilakukan selepas kelahiran anak dan memikul tanggung jawab sebagai seorang ibu”.
  • 41. 41 2.2.3.3 Mempergiat pelaksanaanprogram pencegahan. Selainitu, pihak berkuasa juga ada menubuhkan organisasi yang akan merancang program untuk remaja perempuan agar lebih peka terhadapkesan perhubungan seks tanpa pernikahan. Pada tahun 2014 satu jawatankuasa telah ditubuhkan iaitu One Stop Teenage Pregnancy Committee (OSTPC). Menurut Datuk Fatimah jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menangani isu seperti (Hamimi, 2015): “…penjagaan kesihatan semasa hamil dan selepas bersalin, pendidikan, perkahwinan di bawah umur, perlindungan, tempat tinggal dan bantuan kebajikan sekiranya diperlukan serta penjagaan anak yang bakal dilahirkan”. 2.2.3.4 Keluarga menjadi medium intervensi. Menjadikan ahli keluarga sebagai medium untuk melakukan intervensi dalam menangani isu ini juga boleh dilakukan.Hal ini merujuk kepada sebuah kajian Sarnon, Norulhuda. & et al. (2012 : 124) yang mengambil petikan: “Keluarga telah dikenal pasti sebagai faktor pelindung kepada tingkah laku seks berisiko kerana terdapat komunikasi yang berkesan dan perapatan antara ahli keluarga yang di ekspresikan melalui sikap dan tanggungjawab ahli keluarga (Shaffer, 2005)”. Melihat kepada petikan tersebut, keluarga merupakan ahli yang paling rapat dengan remaja dan boleh mengawasi tingkah laku remaja. Di samping itu, kurangnya perhatiandan kasih sayang keluarga merupakan salah satu faktor penyumbang remaja terlibat dengan aktiviti seks tanpa pernikahan. Oleh hal yang demikian, keluarga digunakan semula sebagai medium pemulihan berkaitan isu kehamilan remaja di luar nikah.
  • 42. 42 2.2.3.5 Melakukan soal selidik sebelum melakukan program. Sementara itu, pendekatan lain juga dapat dilakukan seperti menanyakan pandangan daripada remaja yang terlibat dengan isu kehamilan luar nikah tentang cara atau program yang boleh dilakukan untuk mendapatkan kesan yang lebih efektif di samping mengamalkan konsep ‘top- down’ dalam menjalankan intervensi. Secara keseluruhannya, hasil kajian lalu yang dibincangkan di dalam bab ini menjadi faktor kajian ini di jalankan di kawasan Kampung Beladin, Pusa. Hal ini kerana untuk mengenal pasti ketepatan dan kesahihan maklumat yang diberikan. Di samping untuk mengenal pasti apakah faktor-faktor lain yang menyebabkan kehamilan remaja luar nikah di kampung ini semakin bertambah dan mendapatkan maklumat terbaharu berkaitan idea intervensi yang dapat dilakukan bagi menangani kesan kehamilan remaja luar nikah di Kg. Beladin, Pusa. 2.3 Kesimpulan. Kesimpulan bagi bab ini, kajian-kajian lepas telah banyak membincangkantentang isu kehamilanluar nikah dalam kalangan remaja. Data yang diperoleh terdiri daripada data berbentuk kualitatif atau kuantitatif. Berdasarkan kajian lepas juga, ia dapat menjadi panduan dalam menjalankan kajian ini. Meskipun kawasan kajian berbeza tetapi objektif yang menjadi sasaran adalah sama. Oleh itu, kajian lepas sangat penting dalam melakukan kajian.
  • 43. 43 BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN Bab ini akan membincangkan tentang beberapa komponen yang melibatkan lokasi kajian, populasi dan sampel yang akan digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data berkaitan penyelidikan. Selain itu teknik pensampelan yang digunakan di dalam kajian ini juga akan dinyatakan di dalam bahagian ini. Instrumen yang akan digunakan di dalam kajian ini juga akan dibincangkan di dalam bahagian ini. Instrumen kajian dipilih mengikut jenis data yang akan dikumpulkan untuk kajian ini. Di samping itu, kaedah pengumpulan data, kaedah penganalisisan data, kaedah persembahan data juga akan dibincangkan secara detail di dalam bab ini. Akhir sekali, bab ini akan membincangkan etika-etika yang perlu dipatuhi semasa menjalankan penyelidikan dan limitasi yang terdapat di dalam kajian ini. 3.1 Lokasi Kajian. Lokasi kajian merujuk kepada tempat atau kawasan yang dipilih untuk menjalankan kajian. Kawasan berkenaan perlulah memiliki ciri-ciri kawasan kajian yang telah ditetapkan supaya segala maklumat yang diperlukan dapat di kumpulkan sekali gus mencapai objektif kajian. Ciri-ciri utama yang perlu ada di kawasanberkenaan ialah mesti memiliki golongan remaja, golongan remaja perempuan yang hamil dan adanya remaja perempuan yang hamil di luar pernikahan. Kampung Beladin (Kg. Beladin) yang terletak di daerah Pusa telah dipilih untuk menjalankan kajian. Hal ini kerana menurut maklumat yang diberikan oleh kaunselor di Sekolah Menengah
  • 44. 44 Kebangsaan (SMK) Beladin, setiaptahun kampung ini akan menerima laporan kes kehamilan remaja luar nikah. Menurut ketua kaunselor di SMK Beladin, terdapat beberapa masalah sosial lain seperti penyalahgunaandadah, kadar berhenti sekolahyang tinggi, pecah rumah dan pengamalan seks bebas dalam kalangan remaja khususnya. Isu kehamilan remaja di kampung ini bukanlahisu yangjanggal bagi penduduk kampung tersebut. Secara fizikalnya, kampung ini terletak berdekatan denganKg. Maludam, Kg. Sepinang dan Kg. Semarang. Kg. Beladin di bahagikan kepada empat bahagian, kampung hulu, kampung tengah, kampung hilir dan kampung darat. Setiap bahagian kampung akan diwakili oleh seorang ketua kampung. Berdasarkan ketua kampung berikut merupakan maklumat berkenaan penduduk Kg. Beladin: Maklumat Bilangan Penduduk/Populasi 20,000 orang Rumah 1,600 buah rumah Sumber: Temu Bual Ketua Kampung Beladin, Pusa Jadual 1 Berdasarkanmaklumat yang di rekod oleh ketua kampung, Kg. Beladin merupakan salah sebuah kampung Melayu yang terbesar di Sarawak dengan jumlah populasi di dalamnya mencecah 20,000 orang penduduk yang merangkumi kanak-kanak,remaja, dewasa dan warga emas.
  • 45. 45 Sumber: Peta Google Gambar 1: Peta Kampung Beladin Kampung ini memiliki beberapa kemudahan institusi seperti klinik kesihatan, sekolah tadika, sekolah SEDIDIK, sekolah rendah, sekolah menengah, masjid, surau, pejabat Persatuan Ibu Tunggal, Pejabat Persatuan Nelayan, bilik gerakan, dewan orang ramai, Pusat Internet 1 Malaysia (PIIM), Pusat Aktiviti Warga Tua (PAWE) yang sangat aktif dengan aktiviti mingguan dan bulanan serta bangunan kedai. Sumber: Gambar Google. Gambar 2: Kemudahan Institusi di Kampung Beladin.
  • 46. 46 Sumber yang terdapat di kampung ini ialah air mentah yang diperoleh dari empangan Betong. Jumlah hujan di kawasan Kg. Beladin sangat rendah kerana kampung ini jarang dituruni hujan. Suhu di kampung ini pada waktu siang boleh mencecah sehingga 32 darjah Celsius . Kemudahan jalan raya berturap juga disediakan di untuk menghubungkan antara satu kampung dengan kampung yang lain. Di dalam kampung pula, hanya jalan utama sahaja yang diturap, sebaliknya untuk jalan-jalan di lorong kecil menggunakan jalan simen. Penduduk di kampung ini memiliki kemahiran yang tinggi di dalam memasak, menjahit, membina rumah dan mengubahsuai kenderaanterutama motosikal. Hal ini dapat dibuktikan melalui hasil kerja mereka di dalam menjahit pada musim perayaan. Pelbagai fashion baju yang diperagakan pada pagi Syawal hasil jahitan penduduk tempatan. Selain itu, ada di antara golongan wanita yang mahir membuat roti yang sedapdan disukai ramai. Status ekonomi di Kg. Beladin berada di tahap sederhana. Majoriti penduduk di kampung ini bekerja sebagai nelayan, buruh dan menjadi pekerja di kilang kayu. Berdasarkan rekod ketua kampung 70% penduduk di kampung ialah nelayan manakala 30% lagi bekerja dalam pelbagai sektor. Terdapat beberapa orang penduduk kampung yang memiliki perniagaan atau usaha sendiri seperti pemilik bot nelayan, pemilik ladang balak, pengusaha kilang memproses balak dan pemilik van sapu. Kerja-kerja ini biasanya di lakukan oleh golongan lelaki dewasa dan sudah memiliki ruah tangga dan keluarga di kampung tersebut.
  • 47. 47 Sumber: Gambar Google. Gambar 3: Jeti Kampung Beladin Golongan wanita pula terdiri dari suri rumah sepenuh masa dan membuka perniagaan kecil-kecilan untuk menambah pendapatan keluarga seperti menjual nasi lemak, kuih muih dan berjaja di waktu pagi. Di sebelah petang pula, mereka akan berjual ayam goreng, minuman ringan dan juadah minum petang. Manakala, untuk golongan remaja, majoritinya akan mencari pekerjaan di bandar-bandar berdekatan seperti Kuching, Betong dan Sibu. Golongan warga emas pula ada yang masih bekerja seperti membuat rumah, menjual sayur atau kuih, dan ada juga yang hanya duduk di rumah bermain dengan cucu. Keseluruhannya, kawasan kampung ini memiliki kemudahan institusi, pengangkutan dan status ekonomi yang baik. Meskipun terdapat sebilangan kecil keluarga yang ada di kampung tersebut merupakan keluarga miskin, tetapi majoritinya masih mampu menampung keperluan harian keluarga dan membeli kenderaan sendiri yang merupakan transport mereka seperti kereta dan motor khususnya.
  • 48. 48 3.2 Populasi dan Sampel. Menurut Malhotra (1996) populasi merujuk kepada keseluruhan dari kumpulan elemen yang memiliki sejumlah ciri-ciri umum, yang terdiri dari bidang-bidang untuk di teliti. Selain itu, populasi juga merujuk kepada keseluruhan kelompok dari orang-orang, peristiwa atau barang-barang yang diminati olehpeneliti untuk diteliti ( Amirullah,2015 : 67-68). Seterusnya, terdapat tiga jenis populasi yang di nyatakan oleh Rozaini ( 2003 : 1): “Populasi Infinit”, populasi ini merujuk kepada populasi yang jumlahnya tidak dapat dipastikan contohnya bilangan penduduk di sesebuah negara. “Populasi Finit” pula merujuk kepada populasi yang jumlahnya diketahui dengan pasti seperti bilangan murid di dalam sebuah kelas. Akhir sekali, “Populasi Infinitif” yang merujuk kepada suatu kelompok objek yang berkembang terus (melakukan proses sebagai akibat kehidupan atau suatu proses kejadian)”. Populasi merujuk kepada kumpulan sasaran kajian yang terdiri daripada individu atau kumpulan yang layak dijadikan responden kepada kajian yang akan dijalankan. Contohnya, kajian ini akan dilakukan kepada remaja di kampung Beladin. Oleh itu, semua individu yang berusia bermula 13 tahun sehingga 19 tahun dan tinggal di kampung Beladin merupakan populasi bagi kajian yang akandijalankan. Populasi bagi kajian ini dikategorikan kepada ‘populasi finit’ kerana meskipun jumlah remaja di kampung Beladin sentiasa berubah setiaptahun tetapjumlahnya masihdapat dikenal pasti melalui rekod atau profiling kampung tersebut. Manakala, sample pula merujuk kepada kumpulan sasaran yang menepati ciri-ciri khusus sebagai respondenkepada tajuk kajian yang akan di jalankan. Contohnya, kajian ini ingin mengkaji tentang fenomena kehamilan remaja di luar nikahdi kampung Beladin,oleh itusample bagi kajian yang akan dijalankanini ialah remaja perempuan yang hamil di luar nikah.
  • 49. 49 Petikan di bawah merupakan definisi sample yang di tulis oleh Rozaini Nasution (2003, p. 1): “Sampel adalah bagian dari populasi yang menjadi objek penelitian (sampel sendiri secara harfiah bererti contoh). Hasil pengukuran atau karakteristik dari sampel disebut statistik”. Terdapat beberapa sebab yang memerlukan sample ini dibuat iaitu, kekangan masa yang tidak mencukupi, dapat memberikanmaklumat yang lebih banyak dan dapat menangani isu dengan lebih teliti. Selain itu, sample juga merupakan wakil “ representatif” kepada populasi, oleh itu, semakin besar saiz sample semakin tepat maklumat yang akan di peroleh. Kesimpulannya, populasi dan sample merujuk kepada benda atau manusia yang akan membantu pengkaji dalam mengumpulkan data serta maklumat untuk di analisis dan dibentangkan bagi mencapai objektifkajiandi samping memberikan jawapan dan bukti terhadappersoalan kajian. 3.3 Teknik Pensampelan. Teknik ini merujuk kepada cara yang digunakan untuk menentukan sampel bagi kajian yang akan di jalankan. Teknik ini mempunyai dua pecahan bahagian utama iaitu probability sampling dan non-probability sampling dan di setiap pecahan ada beberapa jenis teknik yang berbeza dan ada juga yang hampir sama. Probability sampling memiliki lima teknik sampel yang terdiri daripada simple random sampling, systematic sampling, stratified sampling, cluster sampling ( Amirullah, 2015 : 70). Penggunaan teknik-teknik yang terdapat di bawak pecahan ini memerlukan pengkaji memiliki senarai keseluruhan populasi. Hal ini kerana, pemilihan sample akan dilakukan berdasarkan senarai populasi yang ada.
  • 50. 50 Menurut Gita Indriani (2013 : 4) “sampel probabilitas atau disebut juga sampel random (sampel acak) adalah sampel yang pengambilannya berlandaskan pada prinsip teori peluang, yakni prinsip memberikan peluang yang sama kepada seluruh unit populasi untuk dipilih sebagai sampel”. Non-probability sampling, pula merujuk kepada pemilihan sampel berdasarkan ciri-ciri yang telah ditetapkan untuk mencapai objektif kajian. Teknik sampel yang terdapat di bawah pecahan ini ialah convenience sampling, judgmental sampling, quota sampling, snowball sampling. Penggunaan teknik ini membolehkan pengkaji memilih sendiri sampel yang hendak digunakan di dalam kajiannya. Menurut Amirullah (2015 : 71) “peneliti dapat sesukanya atau secara sadar memutuskan apakan elemen-elemen masuk ke dalam sampel. Artinya, kemugkinan atau peluang seseorang atau benda untuk terpilih menjadi anggota sampel tidak diketahui. Hal ini dikarenakan pada teknik ini terlalu percaya pada pendapat peribadi peneliti dari pada kesempatan untuk memilih elemen-elemen. Dalam teknik ini juga kurang memperhitungkan penilaian secara objektif dari sampel yang diperoleh secara tepat”. Teknik pensampelan yang digunakan di dalam kajian ini merupakan salah satu teknik yang terdapat di dalampecahan non-probability sampling. Hal ini kerana isu yang hendak di kaji merupakan salah satu isu yang sensitifdan melibatkan golongan yang berisiko dan masih di bawah pengawasankeluarga. Remaja yang dipilih untuk dijadikan peserta kajian diambil mengikut pandangan pengkaji yang menepati ciri-ciri yang ditetapkan. Keterbatasan populasi dan sampel menyebabkan teknik snowball digunakan dalam menentukan sample bagi mengumpulkan maklumat daripada responden.
  • 51. 51 Jumlah responden terlibat dalam melakukan kajian ini adalah seramai tiga orang berbanding dengananggaran awal adalah antara lima hingga enam orang. Ketepatan maklumat yang diperoleh menggunakan teknik ini lebih rendah kerana maklumat atau data yang diperoleh tidak mewakili keseluruhan populasi kajian, berbanding dengan teknik-teknik yang ada di dalam probability sampling. Hal ini kerana pemilihan sampel adalah bergantung pada pengkaji yang memilih sample mengikut interestdan saiz sampel yang melibatkan teknik ini adalah kecil dan berlaku ketidakadilan semasa pemilihan sampel dilakukan oleh pengkaji. 3.4 Instrumen Kajian. Instrument kajian ini merupakan alatan yang digunakan untuk mengumpulkan data serta maklumat daripada responden. Pemilihan instrument kajian mestilah merujuk kepada jenis data yang akan di kumpulkan. Misalnya, data jenis kualitatif akan dikumpulkan menggunakan soalan temu bual manakala, untuk data kuantitatif menggunakansoalan soal selidik untuk mendapatkan maklumat yang perlu menggunakan analisis statistik bagi menganalisis mendapatkan maklumat yang kukuh. Temu bual yang di jalankan adalah berpandukan pada panduan temu bual. Hal ini kerana panduan temu bual membantu pengkaji untuk menanyakan soalan kepada responden bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan dalam kajian. Beberapa soalan yang ditanyakan kepada responden terutama berkenaan dengan faktor dan kesan kehamilan remaja dari pandangan responden. Di samping itu, mengenal pasti langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan isu ini dari pendapat responden. Temu bual yang dijalankan kepada remaja perempuan kampung Beladin yang hamil di luar pernikahan.Sasaran remaja
  • 52. 52 Menurut Patton (1980) terdapat tiga jenis teknik temu bual iaitu temu bual formal, temu bual tidak formal dan temu bual terbuka. Di samping itu, terdapat pandangan lain berkaitan teknik temu bual iaitu temu bual berstruktur, temu bual separa berstruktur dan temu bual tidak berstruktur (Normala, Mustafa, & Roslee, 2005 : 3) Menurut Normala et al. (2005 : 3) teknik temu bual yang digunakan ialah: Teknik temu bual berstruktur, menurut Merriem (1998) penggunaan temu bual berstruktur bertujuan untuk mengumpulkan maklumat yang tepat seperti maklumat sosiodemografik, umur, pendapat, dan tahap pendidiakn. Manakala temu bual separa berstruktur bersifat fleksible dan keadaan ini membolehkan responden menghuraikan apa yang difikirkannya kepada penyelidik. Selain itu, pita rakaman juga merupakan instrumen yang digunakan bagi mengumpulkan maklumat. Pita rakaman ini digunakan untuk merakam sesi temu bual yang berlangsung antara pengkaji dan responden. Rakaman bleh dibuat jika mendapat persetujuan daripada pihak responden dan keluarga responden. Di samping itu, kajian ini turut menggunakan temu bual atas talian dengan menggunakan instrument email dan aplikasi media sosial. Hal ini kerana terdapat responden yang sudahberpindah ke bandar lain untuk bekerja. Oleh sebab itu, menggunakan email dan aplikasi media sosial merupakan alternatifdi dalam menjalankantemu bual bersama responden. 3.5 Kaedah Pengumpulan Data. Terdapat banyak teknik dan cara yang boleh digunakan dalam mengumpulkan data. Kaedah yang digunakan bagi mengumpulkan data perlu melihat kepada instrumen yang digunakan dan jenis data yang ingin dikumpulkan. Penyelidikan yang akan dijalankan ini merupakan kajian bersifat penerangan, dengan jumlah responden yang terhad dan isu yang
  • 53. 53 dikemukakan merupakan isu yang sensitif dalam kalangan masyarakat, oleh itu data yang hendak dikumpulkan adalah data kualitatif dengan teknik pensampelan bola salji atau ‘ snowball’. Teknik snowball ini merupakan teknik yang digunakan untuk memperoleh peserta kajian melalui seorang peserta kajian yang telah ditemu bual. Peserta kajian akan memberikan cadangan kepada pengkaji tentang individu yang boleh menjadi peserta kajian seterusnya. Cadangan yang diberikan perlulahmenepati cici-ciri sampel kajian. Kaedah yang sesuai digunakan untuk mengumpulkan data kualitatif ialah melalui temu bual responden. Temu bual ini dapat dilakukan sama ada secara berhadapan, atau menggunakan medium teknologi untuk berkomunikasi antara pengkaji dan responden. Menurut Kean (2016 : 20) temu bual dapat dilakukan dengan dua kaedah berbeza iaitu temu bual secara langsung iaitu pengkaji melakukan temu bual berhadapan terus dengan responden. Kaedah kedua pula adalah melakukan temu bual secara tidak langsung dengan menggunakan medium email, telefon, dan aplikasi media sosial (Kean, 2016 : 17). Selain itu, pemerhatian juga dilakukan bagi mendapatkan maklumat berkenaankawasanpersekitaran tempat tinggal responden dan melihat budaya masyarakat kampung berkenaan. Hal ini bertujuan untuk mengukuhkan jawapan yang diberikan oleh responden berkenaan dengan faktor isu kehamilan remaja di luar nikah. 3.6 Kaedah Analisis Data. Semua data yang sudah dikumpulkan, kemudiannya di analisa menggunakan kaedah manual. Kaedah manual ini melibatkan teknik transkripsi kerana data yang dikumpul bersifat kualitatif. Hasil rakaman dan
  • 54. 54 maklumat yang dicatat sepanjang temu bual dijalankan bersama responden di tulis semua. Teknik transkripsi merupakan teknik yang digunakan oleh pengkaji dengan memindahkan maklumat daripada hasil rakamankepada ayat bertulis. Teknik ini memindahkan semua maklumat yang diperoleh termasuklah maklumat lisan yang dikeluarkan oleh responden, bahasa badan peserta kajian, reaksi wajah peserta kajian dan eye contact mereka berdasarkan pemerhatian. Hal ini dapat menggambarkan situasi sebenar temu bual yang telah dilakukan kepada pembaca transkriptersebut. Hasil daripada transkripsi, pengkaji telah mengklasifikasikan jawapan atau data yang diberikan oleh setiap peserta kajian mengikut objektif yang hendak dicapai. Seterusnya, transkrip yang sudah selesai, di analisa semula bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan di dalam penyelidikannya. 3.7 Kaedah Persembahan Data. Data yang telah dianalisis dipersembahkan di dalam dua bentuk iaitu pertama dalam bentuk huraian kelompok untuk maklumat berkenaan dengan demografi responden. Persembahan data dalam bentuk kelompok merujuk kepada huraian atau penerangan tentang demografi kesemua peserta kajian secara umum mengikut indikator yang ditetapkan. Manakala untuk maklumat yang menjawab kepada persoalan kajian pula akan dipersembahkan dalam bentuk dialog perbualan. Persembahan demografi dihuraikan di dalam bentuk kelompok kerana terdapat beberapa maklumat responden memiliki persamaan. Oleh hal yang demikian, ia akan memudahkan pengkaji mengkategorikan responden mengikut indikator yang sama. Sementara itu, untuk maklumat yang diperoleh
  • 55. 55 pengkaji akan mengambil petikan tersebut dan diletakkan di bahagian dapatan kajian dengan menggunakan teknik “quote”. 3.8 Etika Penyelidikan. Etika penyelidikan ini sangat penting semasa menjalankan kajian.Hal ini kerana, ia akan menjaga kebajikan dan maklumat responden di samping mendapatkan maklumat berkenaan kajian yang dilakukan . Hal ini dapat dilakukan dengan memaklumkan kepada peserta kajian dengan jelas tujuan kajian dilakukan. Etika yang terlibat ialah, etika kerahsiaan. Pengkaji harus benar-benar menjaga segala maklumat yang diperoleh dengan baik tanpa membocorkan maklumat tersebut secara sengaja atau tidak sengaja. Hal ini memerlukan pengkaji sentiasa berhati-hati dalam menyimpan segala maklumat berkaitan peserta kajian atau maklumat-maklumat yang diberikan oleh peserta kajian. Hal ini boleh dilakukan dengan meletakkan kata laluan pada komputer riba dan juga fail yang menyimpan maklumat peserta kajian. Seterusnya,menyatakan informconsent atau meminta kebenaran kepada ibu bapa peserta kajian yang usianya masih di bawah 18 tahun. Kebenaran daripada ibu bapa juga di perlukan sebelum temu bual dijalankan. Selain itu, pengkaji tidak dibenarkan untuk memberikan sebarang tekanan kepada responden semasa menjalani sesi temu bual. Hal ini akan menyalahi etika. Tambahan lagi, pengkaji perlu menghormati autonomi yang ada pada responden dengan tidak memaksa responden untuk memberikan kerjasama terhadapkajian yang dijalankan.
  • 56. 56 3.9 Limitasi Kajian. Sepanjang menjalankan kajian ini, pengkaji berhadapan dengan kesukaran dalam mendapatkan maklumat berkaitan kajian lepas. Hal ini kerana, isu ini merupakan isu yang sensitif walaupun sudah banyak kajian berkaitan dengan isu ini telah dilakukan. Selain itu, pengkaji juga berhadapan dengan cabaran dalam mendapatkanrespondenmengikut sasaran dengan ciri- ciri yang telahditetapkan. Hal ini disebabkan oleh ramai di antara remaja atau sampel kajian telah berhijrah ke bandar-bandar besar untuk bekerja dan menyambung pelajaran. Oleh sebab itu, kesukaran di dalam mendapatkan nombor telefon responden dan maklumat responden telah dihadapi semasa melakukan kerja lapangan. Cabaran yang seterusnya ialah, responden bersikap tertutup untuk menceritakan dan berkongsi pengalaman yang mereka miliki. Meskipun, ada di antara responden yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang temu bual di lakukan, tetapi ada juga responden yang bersikap sangat tertutup semasa menjawab soalan yang di ajukan. Oleh itu, temu bual terhadap responden tersebut tidak dapat diteruskan. Di samping itu, masa juga merupakan halangan di dalam menjalankan kajian ini. Hal ini kerana masa yang sangat terhad di peruntukkan untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat. Hal ini kerana, pengkaji masihperlu menghadiri kuliah dan menyiapkan tugasan-tugasan mata pelajaran. Tambahan pula, responden yang di temu bual juga memiliki masa yang terhad kerana adanya komitmen lain seperti bekerja, menghadiri kelas, menghadiri perjumpaan, pergi ke sekolah dan menduduki peperiksaan. Oleh hal yang demikian,temu bual hanya dapat dilakukan satu hingga dua kali sahaja pada setiapresponden.
  • 57. 57 Tambahan pula, sumber kewangan yang terbatas menyebabkan masa untuk menjalankan kajian ini perlu di hadkan mengikut kesesuaian anggaran perbelanjaan.Kajian ini hanya di jalankan secara individu, sumber tenaga juga akan menjadi satu lagi cabaran. Hal ini disebabkan oleh, pengkaji perlu berjalan di sekitar kawasankampung untuk berjumpa dengan responden dan menemu bual mereka. Oleh itu, masa, wang dan tenaga merupakan cabaran yang akan dihadapi oleh pengkaji semasa menjalankan kajian ini. Meskipun begitu, cabaran yang paling berat adalah apabila responden tidak mencapai sasaran kajian. 3.10 Kesimpulan. Kesimpulannya, babini membincangkan tentang kaedah yang digunakan di dalam kajian di samping membincangkan teknik dan instrumen yang digunakan semasa melakukan kajian lapangan. Seterusnya, kaedah penganalisisan data juga turut dinyatakan dalam bab ini. Bab ini diakhiri dengan perbincangan tentang etika kajian dan limitasi semasa menjalankan kajian.
  • 58. 58 BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN ANALISA DATA Bab ini akan menjelaskan tentang hasil dapatan kajian selepas kajian lapangan dan temu bual dilakukan ke atas peserta kajian. Demografi peserta kajian, faktor-faktor kehamilan, kesan-kesan yang dihadapi oleh peserta kajian dan langkah-langkah yang dicadangkan oleh peserta kajian bagi mengurangkan isu kehamilan remaja luar nikah merupakan pecahan utama untuk bahagian ini. Seterusnya, analisa dapatan kajian juga akan dibincangkan di dalam bab ini. 4.1 Demografi Peserta Kajian. Hasil kajian lapangan dan temu bual kepada tiga (3) orang peserta kajian yang berasal daripada Kampung Beladin,dua (2) orang daripada peserta kajian masih menetap di kampung manakala, seorang lagi sedang melanjutkan pelajarandi Kuching. 4.1.1 Umur peserta kajian. Berdasarkan dapatan kajian, peserta kajian berumur antara 16 tahun, hingga 21 tahun. Seorang daripada tiga peserta kajian yang di temu bual menyatakan bahawa kehamilannya dan telah melahirkan anak pada usia bawah 18 tahun iaitu ketika peserta kajian berusia 17 tahun pada tahun 2016: Responden B: “saya sedar yang saya mengandung sebab saya tak datang bulan dan masa tu saya jadi cemas sebab dah nak dekat peperiksaan SPM” . Manakala untuk peserta kajian yang pada tahun ini berusia 21 tahun, dia telah disahkan hamil pada tahun 2015 ketika usianya 18 tahun. Hal ini dibuktikan melalui kenyataannya seperti berikut:
  • 59. 59 Responden C: “saya tau yang saya ni mengandung masa saya kerja kat Kuching, masa tu saya baru habis SPM, dan tanda-tanda yang saya ada masa tu, saya kerap kencing dan lewat datang haid”. Peserta kajian A pula, menyedari kehamilannya apabila dia juga tidak datang bulan selepas dua bulan dan memberitahu kepada ibunya, dan ibunya membawa peserta kajian ke klinik kesihatan (kk) kampung untuk membuat ujian air kencing dan seterusnya mengesahkan kehamilannya: Responden A: “ saya tak sedar pun yang saya mengandung, sebab tak de tanda-tanda pun. Cuma yang saya pelik sebab saya dah lebih dua bulan tak period. Saya pun bagi tau mak, dan mak kata nak awak pergi klinik untuk ‘check’. Kat klinik, ‘nurse’ tu buat ujian air kencing, tak lama lepas tu jumpa doktor dan doktor kata memang saya mengandung”. Remaja merupakan kanak-kanak yang berusia 13 tahun sehingga 21 tahun dan di dalam undang-undang Malaysia, remaja masih dikategorikan sebagai kanak-kanak. Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) (2016) kanak-kanak merupakan individu yang berusia bawah 15 tahun. Definisi ini turut disokong oleh Lasmi (2017) di dalam kajiannya yang mendefinisikan golongan remaja adalah golongan kanak-kanak yang berusia bawah 18 tahun dan lingkungan usia 12 tahun sehingga 21 tahun. Menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) remaja di definisikan sebagai usia individu di antara 10-19 tahun. Sementara itu, The Health Resource And Services Administrations Guidelines Amerika Syarikat, mencatatkan tentang usia remaja adalah 11-21 Tahun dan dipecahkan kepada tiga tahap, iaitu remaja awal (11-14), remaja menengah (15-17 tahun), dan remaja akhir (18-21 tahun) (Lasmi, 2017). Sementara itu Dr Fadhilah (2011, p. 1) di dalam artikelnya mendefinisikan kehamilan remaja sebagai kehamilan yang dialami oleh remaja perempuan yang berusia 10 tahun hingga 19 tahun.
  • 60. 60 4.1.2 Tahap pendidikan. Seterusnya ialah status pendidikanpeserta kajian, berdasarkandapatan kajian dua orang daripada peserta kajian masing-masing masih bersekolah dan belajar di peringkat diploma. Manakala, seorang lagi peserta kajian tidak melanjutkan pelajaran dan sudah bekerja sebagai kerani di salah sebuah syarikat swasta . Tahappendidikan yang dimiliki oleh setiappeserta kajian juga berbeza di mana, seorang daripada peserta kajian merupakan pelajar lepasan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan masih melanjutkan persekolahannya, seorang lagi peserta kajian merupakan pelajar yang sedang belajar di peringkat diploma di salah sebuah IPTA tempatan, manakala, peserta kajian C merupakan pelajar lepasan Sijil Penilaian Malaysia (SPM). Di dalam kajianyang dilakukan (Harun et al., 2014 :1) ada meletakkan laporan tahap pendidikan remaja yang seringterlibat dengan hubungan seksual pra-nikah: “ Berdasarkan laporan akhbar tempatan rekod kelahiran di beberapa hospital kerajaan menunjukkan bahawa bilangan kelahiran luar nikah semakin meningkat dan membimbangkan. Sumber dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) contohnya menyebut bahawa sepanjang 2008 terdapat 13,189 kelahiran dicatatkan di dengan 256 membabitkan kelahiran di kalangan remaja bawah umur. Daripada jumlah itu 75.8 peratus mengaku sudah berkahwin, 21.9 peratus tidak berkahwin sementara tiga peratus mendakwa dirogol. Kebanyakan mereka berpendidikan sehingga Penilaian Menengah Rendah (49.6 peratus), Sijil Pelajaran Malaysia (27.7 peratus), manakala bakinya hanya belajar setakat sekolah rendah”. 4.1.3 Status perkahwinan. Merujuk kepada status perkahwinan peserta kajian berdasarkan hasil temu bual mendapati dua orang daripada peserta kajian berstatus bujang dan seorang lagi peserta kajian berstatus janda. Peserta kajian C ada menceritakan tentang kehidupan perkahwinannya yang menyebabkan perceraianberlaku.
  • 61. 61 4.1.4 Pekerjaanibu bapa. Berdasarkan hasil kajian, ibu kepada ketiga-tiga peserta kajian merupakan suri rumah sepenuh masa. Manakala status pekerjaan ayah peserta kajian masing-masing sebagai buruh, nelayan dan berniaga sendiri. Pendapatan bulanan setiap keluarga berbeza antara setiap peserta kajian berdasarkan kutipan maklumat. 4.1.5 Pendapatan bulanan isi rumah. Anggaran pendapatan bulanan keluarga bagi ketiga-tiga peserta kajian ialah di antara RM800.00 sehingga RM2,000.00. Namun, jumlah bilangan tanggungan yang ramai menyebabkan jumlah pendapatan tersebut tidak dapat menampung keperluan keseluruhan ahli keluarga. Hal ini kerana jumlah tanggungan keluarga secara kasarnya adalahlima (5) orang sehingga lapan (8) orang termasuk ibu bapa dan adik-beradik yang masih bersekolah. 4.1.6 Tahap pendidikan ibu bapa. Berdasarkan maklumat kajian berkaitan status pekerjaan ibu dan ayah bagi setiapinformanyang diperoleh daripada temu bual mendapati bahawa ibu bapa responden memiliki tahap pendidikan yang sederhana. Oleh hal yang demikian,hal ini boleh menjadi faktor kepada kehamilananak mereka. Perkara ini dibuktikan melalui kenyataan di dalam sebuah hasil kajian yang menyebut tentang penyediaan keadaan yang kondusif kepada remaja akan meningkatkan kebarangkalian untuk seorang individu itu memiliki tingkah laku yang positif (Siti et al., 2017 : 2). Oleh itu, ibu bapa yang memiliki tahap pendidikan yang rendah tidak mengetahui tentang keperluan menyediakan persekitaran yang kondusif akibatnya, anak-anak mudah terjebak dalam tingkah laku yang negatif.
  • 62. 62 Pendapatan isi rumah mencerminkan banyak perkara tentang sesebuah keluarga seperti gaya hidup sesebuah keluarga, dan taraf ekonomi sesebuah keluarga. Hal ini boleh menjadi faktor yang mendorong kepada isu kehamilan remaja di luar nikah. Merujuk kepada sebuah kenyataan yang dibuat oleh Siti & et. al, (2017: 2) yang menyatakan bahawa kemiskinan keluarga merupakan salah satu faktor yang mendorong kepada anak-anak terlibat di dalam isu sosial dan kelakuan negatif. 4.1.7 Bilangan adik-beradik. Selain daripada latar belakang pekerjaan ibu bapa, dan jumlah pendapatan isi rumah, bilangan adik-beradik juga memberikan pengaruh kepada corak didikan anak di dalam sesebuah keluarga. Kebanyakan daripada keluarga yang memiliki bilangan anak yang ramai dan tahap sosioekonomi yang sederhana atau rendah mudah terlibat dengan masalah sosial. Hal ini kerana tanggungjawabmenjaga dan mendidik anak-anak yang lebih muda dan kecil diberikan kepada kakak atau abang mereka sementara ibu bapa sibuk mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak serta memenuhi keperluan mereka terutama anak-anak yang masih kecil dan masih bersekolah. 4.2 Faktor-faktor kehamilan remaja luar nikah di Kg. Beladin. Hasil daripada temu bual yang dilakukan kepada semua informan, faktor- faktor yang dinyatakan oleh informan bukanlah faktor-faktor yang baharu, tetapi ia merupakan faktor-faktor lazim yang sering dikaitkan dengan kehamilan remaja di luar nikah. Faktor-faktor ini dikategorikan kepada tiga iaitu faktor individu, faktor keluarga dan faktor sosial.
  • 63. 63 4.2.1 Faktor Individu. Faktor individu merujuk kepada faktor yang disebabkan oleh remaja perempuan itu sendiri sehingga menyebabkan mereka hamil. Misalnya, kemahuan dan kerelaan sendiri untuk melakukan hubungan seks bersama pasangan. 4.2.1.1 Kemahuandiri sendiri. Faktor ini selalunya seiring dengan faktor lain seperti terlibat dengan pergaulan bebas, terpengaruh dengan kekasihdan terpengaruh dengan rakan- rakan. Faktor-faktor ini saling berkaitan antara satu sama lain kerana tanpa keinginan diri sendiri perhubungan seks tidak akan berlaku jika tiada tindak balas atau respond daripada sebelah pihak. Menurut kenyataan Sarnon et al. ( 2012 :122-123) remaja merupakan golongan yang sedang aktif dengan perkembangan semulajadi seksual, fizikal dan mental. Di samping itu, remaja turut berhadapan dengan perubahan semulajadi seks kerana peringkat remaja merupakan peringkat perkembangan seks yang paling aktif kata Glasier et al, (2006) di dalam kajian Saron et al (2012, :123) . Sesetengahhormon meningkat secara mendadak pada peringkat ini seperti hormon testosteron bagi lelaki manakala oestradiol bagi perempuan (Hughes & Kumanan, 2006). Menurut Santrock (2008) dan Steinberg (2007) di peringkat ini remaja tertarik untuk meneroka dan melakukaneksperimen tentang seksual, fantasi dan realiti dalam usaha menyesuaikannya denganidentiti (Saron et al., 2012 : 123). Tambah Steinberg, (2007) lagi remaja mula mempunyai keinginan untuk mengetahui tentang seksual, berfikir tentang tarikan seksual dan bagaimana untuk melakukan seks (Saron et al., 2012 : 123). Ketiga-tiga
  • 64. 64 peserta kajian menyatakan bahawa mereka melakukan hubungan seks tersebut dengan rela dan bukan hanya sebelahpihak yang ingin melakukannya tetapi kedua-dua pihak: Responden A: “Saya memang melakukannya denga rela. Sebab tu saya tak salahkan dia dan saya nak jaga ‘baby’ ni. Saya tak nak buang, saya dah nekad masa saya tau saya mengandung, kalau ‘boyfriend’ saya nak tinggalkan saya pun saya tetap akan jaga anak ni sebab saya yang nak bukan sebab terpaksa atau apa-apa”. Peserta kajian B, menyatakan bahawa pada mulanya dia tidak mahu melakukan hubungan tersebut. Tetapi, disebabkan ingin membuktikan perasaan sayangnya kepada kekasihnya dia melakukan hubungan tersebut: Responden B: “ erm…(menundukkan kepalanya) saya.. masa tu tak tau ape yang saya fikir, saya cuma fikir nak buktikan rasa sayang saya kat dia …(nada suaranya berubah menjadi sebak ) sebab tu saya berikan je, dengan harapan dia akan bertanggungjawab bila apa-apa terjadi..”(ayatnya terputus dalam tangisan). Kajian yang dilakukan oleh Zainudin & Norazmah (2011) turut meletakkan diri remaja sendiri sebagai faktor kehamilan remaja luar nikah dengan kenyataanberikut: Hal ini berlaku disebabkan oleh perubahan yang banyak berlaku kepada remaja sama ada daripada aspek fizikal, emosi dan psikologi. Faktor psikologi di lihat daripada perubahan perlakuan remaja yang digambarkan sebagai perlakuan emosi. Perasaan mereka kadang kala lebih berpengaruh daripada fikiran terutama di dalam mengambil sesuatu keputusan (Zainudin & Norazmah, 2011 : 118). 4.2.1.2 Terlibat denganpergaulanbebas. Seterusnya ialah melibatkan diri dengan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Hal kerana pergaulan tanpa batasan antara lelaki dan perempuan boleh mendatangkan pelbagai keburukan terutama kepada remaja perempuan. Pergaulan bebas ini juga merupakan faktor dominan yang sering
  • 65. 65 dikaitkan dengan kehamilan remaja luar nikah. Menurut Low (2009) pergaulan bebas khususnya di dalam kalanganrakan sebaya memberikan pengaruh yang kuat dan membawa kepada hubungan seks serta kehamilan. Di samping itu juga ia mempunyai kaitan dengan pendedahan kepada video lucah (Harun et al.,2014). Di samping itu, pergaulan bebas dengan rakan sebaya, teman lelaki, ponteng sekolah, penyalahgunaan bahan, menjadi mangsa rogol juga antara punca mengapa remaja terlibat dalam kes kehamilan luar nikah (Zakiyah, 2016 : 1). Ketiga-tiga peserta kajian yang ditemu bual juga bersetuju dengan faktor ini. Faktor ini juga merupakan salahsatu faktor yang menjadi punca dua orang daripada tiga peserta kajian terlibat dengan kehamilan luar nikah. Berikut merupakankenyataan yang diberikan oleh peserta kajian B: Responden B: “Faktor lain yang saya rasa paling berpengaruh ialah pergaulan bebas. Sebab…bila kita dah bergaul bercampur and dah xde pantang so.. semua bende boleh jadi terutama mana yang ade ‘couple’ tu.. kira dah halal la dengan ‘couple’ tu”. Hal ini turut diakui oleh peserta kajian C, melalui kenyataannya yang menyatakan bahawa corak pergaulan yang diamalkan menyebabkan dia terpengaruh dan terjebak dengan melakukan hubungan seks pra-nikah. Berikut merupakankenyataannya: Responden C: Ye, saya akui memang saya sendiri terlibat dengan pergaulan bebas ini. Sebab mase tu kita tak fikir dosa dah..yang kita tau kita enjoy. Kawan-kawan pulak lebih kurang je kan..so, kita pun ikut la cara dieorang. Bagi saya paling bahaya yang ade pasangan or couple. Kemungkinan nak buat hubungan seks tu memang tinggi la bila dah jumpa. Termasuk lah diri saya sendiri.
  • 66. 66 4.2.2 Faktor Keluarga. Keluarga merupakan orang yang paling rapat dengan remaja dan memiliki pengaruhyang besar di dalam pembentukan akhlak remaja. Menurut (Husin, 2011). Kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa menyebabkan remaja perempuan mengambil tindakan untuk mendapatkan kasih sayang daripada individu luar iaitu temanlelaki atau rakan-rakan. 4.2.2.1 Kurang pemantauan ibu bapa. Keluarga memainkan peranan penting dalam mengawasi setiap aktiviti anak-anak di luar rumah dan juga harus mengenali setiap kawan-kawanyang rapat dengan mereka. Hal ini kerana, ibu bapa pada hari ini kebanyakannya sibuk dengan urusan masing-masing dan kurang prihatin dengan masalah yang di hadapi oleh anak-anak mereka terutama yang berada di usia remaja. Hal ini menyebabkan mereka mencari perhatian daripada luar rumah dan bebas melakukanapa sahaja kerana tiada pengawasan daripada ibu bapa. Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada peserta kajian, ketiga- tiga peserta kajian bersetuju bahawa, kurangnya pemantauan ibu bapa menjadi penyumbang utama kehamilan remaja di luar nikah di Kg. Beladin. Meskipun ketiga-tiga informan tidak berhadapan dengan faktor ini secara langsung, tetapi berdasarkan daripada pengetahuan yang mereka miliki tentang kes-kes kehamilanyang berlaku di kampung berkenaan. Sebuah kajian tentang peranan ibu bapa yang mempengaruhi tingkah laku seks remaja sehingga mengakibatkan hamil luar nikah ada tertulis tentang corak keibubapaan akan memberikan pengaruh terhadappenglibatan
  • 67. 67 anak-anak remaja mereka dalam salah laku seks sehingga menyebabkan kehamilan (Siti et al., 2017) “Empat domain ekologi keluarga yang berperanan penting dalam tingkah laku sosial remaja adalah keadaan ekonomi keluarga, struktur keluarga, keadaan kriminogenik dalam keluarga (i.e., kejadian jenayah dalam keluarga, tingkah laku antisosial keluarga) dan gaya keibubapaan yang terdapat dalam keluarga (Siti Hajar & Abd. Hadi, 2009)”. 4.2.2.2 Disisihkan keluarga. Faktor ini merujuk kepada sikap ahli keluarga yang kurang peka dengan keadaan atau masalah yang dialami oleh ahli keluarga yang lain. Sikap tidak ambil peduli ini ada kalanya mendatangkan prasangka negatif kepada remaja terhadapkeluarga terutama ibu bapa. Golongan ibu bapa tidak pernah berniat untuk menyisihkan anak-anak dan mereka beranggapan mereka sudah adil dalam memberikanlayananyang sama rata kepada semua anak-anak, tetapi tanpa disedari ada sikap ibu bapa yang membuat anak-anak mereka berasa tersisih dan tidak dipedulikan. Mereka beranggapan yang ibu bapa bersikap tidak adil kepada dirinya. Oleh itu, mereka melakukanpemberontakan dengan melibatkandiri dengan aktiviti sosial untuk menunjukkan protes dan meminta perhatian. Hal ini berlaku kepada peserta kajian C bagi kajian ini. Menurut remaja ini dia berasa disisihkan apabila niatnya hendak menyambung pelajaran tidak mendapat sokongan daripada bapanya, berbeza dengan dua orang adiknya yang kini masing-masing sedang melanjutkan pelajaran di salah sebuah IPTA negeri dan seoranglagi kini berada di Tingkatan 6. Responden C: “saya rasa…ayah saya tak adil dan pilih kasih (nada suaranya sayu matanya pula sudah menunjukkan ada linangan air mata).Masa saya kata saya nak sambung belajar, ayah kata tak ada duit. Jadi ayah tak bagi saya sambung belajar, ayah kata kerja jela boleh tolong