SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Tamadun Melayu Sebagai Teras Tamadun Malaysia
(TITAS)
March 25, 2011 by Ahmad Fikrizaman | 3 Comments
FANPAGE:
ENTRI:
TWEET:
+1:
Jom join foto contest dari KitKat!!!
Menangi tiket perlawanan Chelsea dan Malaysia
Thrill Seeker Round 3: PARAMOTOR!
Kenapa perlu beli proton inspira ketika raya???

Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik dan
agama yang berlainan. Kelangsungan ini diteruskan sejak Malaysia mencapai
kemerdekaan pada tahun 1975 dahulu. Kepelbagaian etnik yang terdapat di
Malaysia ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan setiap yang dilalui
sepanjang negara ini merdeka perlulah dijadikan tauladan bagi setip insan
yang tinggal di dalam negara ini. Semua ini adalah bermula daripada
Tamadun Melayu pada suatu ketika dahulu yang mula menganut ajaran Islam
sebagai teras mereka. ini Ahmad Hakimi 1998, 2006) dan Nik Hassan
Suhaimi (1994; 1999) masing-masing mengatakan Tamadun Melayu adalah
satu tamadun yang telah lama bertapak di rantau AsiaTenggara. Tamadun ini
telah berkembang dari kebudayaan orang Melayu, yang tergolong dalam
kumpulan penduduk asal rantau ini. Oleh itu, Tamadun Malaysia sekarang
adalah bermula daripada Tamadun Melayu yang dihuni sejak sekian lamanya.
Tamadun Melayu adalah satu konsep yang kompleks. Ianya tidak boleh
disamakan dengan konsep-konsep yang lain seperti ras, kebudayaan, dan
bahasa.
Keempat-empat konsep di atas merujuk kepada perkara-perkara yang
berbeza dan pada waktu yang sama mempunyai pertalian yang begitu rapat
sekali antara satu sama lain. Sebagai contoh, bahasa Melayu tidak
semestinya dituturkan oleh orang-orang yang datangnya dari ras dan
kebudayaan yang sama. Di Malaysia, terdapat beberapa kumpulan etnik yang
berbeza yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Pada waktu yang sama,
ada terdapat orang-orang Melayu yang boleh bertutur dalam bahasa-bahasa
yang lain seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris.
Tamadun Melayu telah mengalami proses perkembangan yang lama dan
melalui beberapa manifestasi yang berbeza. Manifestasi-manifestasi ini
penting dalam pembentukan tamadun Melayu. Penerimaan agama Islam
sebagai asas tamadun Melayu merupakan perkembangan yang paling
penting dan membentuk sebuah tamadun Melayu Islam yang cemerlang,
gemilang, dan terbilang.
Tamadun Melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang dibentuk oleh
sekelompok manusia yang secara luasnya digolongkan sebagai kumpulan
orang Melayu, tertumpu kepada suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali
dengan pelbagai nama seperti gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago),
gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu, dan Tanah
Jawi. Dua perkara penting yang mewarnai tamadun wilayah ini ialah bahasa
Melayu, yang menjadi bahasa perhubungan luas (lingua franca) di seluruh
kawasan ini, dan agama Islam yang menjadi pelengkap kepada pembentukan
tamadun Melayu.
Dalam konteks pembinaan negara dan tamadun Malaysia hari ini amatlah
perlu pembinaan tersebut didasarkan kepada tamadun Melayu-Islam yang
jelas terbukti berjaya memartabatkan nama Melayu di persada antarabangsa
suatu ketika dahulu. Oleh itu, disini dikemukakan tiga justifikasi mengapa
Tamadun Melayu perlu menjadi asas utama dalam pembinaan Tamadun
Malaysia.
i. Orang Melayu merupakan penduduk asal di nusantara termasuklah di
Tanah Melayu sebelum kedatangan kaum-kaum lain. Penamaan Malaysia
adalah dari Melayu atau Semenanjung Tanah Melayu.
ii. Perjuangan menutut kemerdekaan dari pihak penjajah British adalah
cetusan dan gerakkan sepenuhnya oleh orang Melayu yang merasa
terpanggil untuk mempertahankan tanah air mereka.
iii. Ketuanan Melayu-Islam diiktiraf oleh Pelembagaan Persekutuan.

PEMBENTUKAN PANDANGAN SEMESTA MELAYU
Sebelum kedatangan Islam, Melayu mengamalkan kepercayaan animisme.
Mengikut Wikipedia.org (2011), animisme bermaksud Animism encompasses
religious beliefs that there is no separation between the spiritual and physical (or material)
worlds, and souls or spirits exist, not only in humans, but also in all
other animals ,plants, rocks, natural phenomena such as thunder, geographic features such
as mountains or rivers, or other entities of the natural environment. Pada ketika itu,

pemerintahan dipegang oleh bomoh dan pawang dimana mereka dianggap
yang tertinggi dalam kaum itu. Dan selepas itu, mereka menganut ajaran
Hindu dan Budha sebagai agama mereka.
“Dengan kedatangan agama Hindu dan Buddha ke alam Melayu, upacara
agama menjadi lebih formal dan tersusun. Namun pengaruh itu tidak benarbenar melibatkan keseluruhan ajaran yang terdapat dalam falsafah HinduBuddha asli, yang dipentingkan hanya perkara-perkara yang berkaitan
dengan selok-belok upacara agama. Di samping itu, ajaran Hindu-Buddha ini
juga membesar-besarkan keagongan dewa-dewa dan ini telah mempengaruhi
kepercayaan masyarakat Melayu. Pandangan semesta yang dipengaruhi oleh
agama baru ini juga dapat dikesan melalui karya-karya Melayu tradisional
yang bercorak mitos dan lagenda. Ini dipengaruhi daripada ajaran kitab-kitab
suci agama Hindu seperti Mahabrata, Bhagavad Sita dan Baratayudha. Oleh
itu aspek-aspek yang dipentingkan ialah kesenian, keindahan, keromantisan,
kesedihan, keagongan dan ketakjuban. Aspek-aspek falsafah dan
penghujahan yang rasional tidak ditekankan. Ini telah mempengaruhi
pemikiran masyarakat Melayu khususnya golongan bangsawan.”
(http://rujuknota.blogspot.com)
Pada abad ke-15, kedatangan Islam telah merubah pandangan Melayu
kerana tertarik dengan agama yang dibawa kerana setiap insan mempunyai
taraf yang sama menurut Islam. Ketika kedatangan Islam, antara perkara
yang paling berubah terhadap pemikiran Melayu adalah konsep mereka ke
arah tauhid yang lebih tinggi dan kepercayaan yang teguh kepada Allah
S.W.T.
Tamadun Melayu dibina adalah berdasarkan enam prinsip yang menjadi
pegangan mereka iaitu:
i. Alam ini hasil ciptaan dan tadbiran Allah s.w.t yang mancakupi alam
primordial, alam dunia dan alam akhirat; alam akhirat ialah destinasi dan
natijah muktamad daripada kehidupan di alam syurga, dan kejayaan di dunia
ialah ketaatan kepada Allah; alam dunia ini adalah amanah untuk
kemanfaatan kehidupan manusia.
ii. Islam adalah panduan dari Allah sebagai al-Din; mengandungi segala
peraturan bagi segala gelagat hidup di dunia untuk individu dan masyarakat
demi kejayaan hakiki mereka, oleh itu wajib dipelajari semua sebagai fardu
ain supaya terbentuk insan muslim, Mukmin dan Muhsin; Islam mencakupi
akidah, ibadah, mu’asyarat, akhlak dan ihsan.
iii. Keyakinan kepada pembalasan baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya
pembalasan yang buruk bagi amalan jahat di dunia dan lebih-lebih lagi di
akhirat; balasan yang baik di dunia ialah keberkatan kehidupan dalamm
ketaatan Allah, balasan yang baik di akhirat ialah dimasukkan ke dalam
syurga Allah; malapetaka / kesusahan di dunia bagi orang islam berlaku sama
ada sebagai kifarah pengampunan dosanya ataupun untuk meningkatkan
maqamnya.
iv. Wawasan, objektif, niat, strategi, dan operasi segala bidang kerja
hendaklah sahih, benar dan mematuhui segala espek hokum Islam tanpa
kompromi, manupulasi, keingkaran, dan penafian terhadap sebarang hukum
yang wajib, sunat, haram dan makruh, yang halal adalah jelas; adat
bersendikan hukum dan hukum bersendikan kitab Allah.
v. Nilai tertinggi dikaitkan dengan segala pekara yang membantu pembentukan insan
yang berilmu, beralamal sahih dan berakhlak mulia yang paling banyak
memanfaatkan dirinya dan orang lain.
vi. Kehidupan yang pertengahan dan keseimbangan antara jasmani, aqli dan rohani;
segala ilmu, pengatahuan, maklumat, kemahiran, teknologi, peralatan dan prasarana
kehidupan dunia adalah sebagai alat yang perlu ditutut dan diperoleh secara fardu
kifayah demi membantu terbentuknya insaniMuslim, Mukmin dan Muhsin (Hashim,
2004:38-39).

PEMBUDAYAAN ILMU & PENGUKUHAN BAHASA
Ilmu adalah penting kepada masyarakat Melayu yang telah setia dengan
Islam. Sebagai buktinya, mereka menjadikan di kalangan mereka yang
mempunyai ilmu yang tertinggi sebagai rujukan di istana dan ini telah
menggantikan golongan dukun dan pawang.
Kedatangan Islam dalam Tamadun Melayu juga telah membuatkan mereka
lebih minat untuk belajar setiap ilmu yang terdapat waktu itu. Kewujudan
institusi pendidikan seperti istana, madrasah, dan juga sekolah pondok.
Istana adalah merupakan satu tempat untuk menuntut ilmu pada waktu itu
kepada golongan bangsawan dan juga golongan pembesar.
Sistem pendidikan yang diterima ketika itu amat bertepatan dengan agama
yang dianuti kerana Islam menyuruh umatnya menuntut ilmu untuk dunia dan
juga di akhirat kelak.
Oleh itu, pembudayaan ilmu dikatakan perlu dalam pembinaan tamadun yang
kukuh dan utuh. Mengikut Prof Dr Wan Mohd Nor wan Daud (1997:55), beliau
telah menggariskan beberapa panduan yang dapat merealisasikan matlamat
dan hasrat tersebut.
Antaranya adalah:
i. Mementingkan ilmu pengatahuan
ii. Berkekalanya hasil ilmiah
iii. Berterusnya usaha keilmuan
iv. Proses syurga dan nilai-nilai kepimpinan
v. Sikap hormat-kritis perlu ada dalam diri orang yang berilmu bagi merealisasikan
budaya keilmuan.
vi. Member pengiktirafan terhadap peraanan kaum wanita.
Jika kita mengikuti sejarah Tamadun Melayu, kita akan dapati bahawa
kejayaan yang di capai pada ketika itu adalah kerana pemahaman tentang
agama yang meluas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana unsur luar. Ini
menjadikan ikatan antara mereka sagat kuat dan utuh. Hal ini disingkap oleh
Prof Dr Yusuf al-Qaradwi (1990:16)
dengan mengatakan bahawa jika umat hari ini mahu kembali kepada Islam,nescaya
kita mampu menegakkan peradaban moden seperti yang dikecapi oleh zaman
kegemilangan Islam dahulu.

Pembinaan Jati Diri dan Modal Insan
Dalam membina jati diri yang tinggi dan mampu dijadikan sebagai modal insan,
sepatutnya perkara ini diterapkan dalam Tamadun Malaysia untuk dijadikan sebagai
satu kebanggan kepada kita semua. Kemuliaan akhlak yang tinggi dan jati diri insan
yang terpuji adalah penting dalam Tamadun Melayu.
Justeru, untuk membina perkara ini, kita memerlukan kebudayaan bangsa yang selari
dengan ajaran Islam.Apa yang dapat dilihat pada masa kini adalah jati diri yang
semakin meluntur dalam masyarakat kita. Ini dapat dilihat dalam perkara yang telah
disebutkan oleh Zulkiflee & Mohd Nasir, (2005):
i. Pengaruh nilai individualistic. Fahaman ini tidak memberi penekanan kepada
kehidupan bermasyarakat. Maka unsur-unsur ketingian tamadun seperti saling
menghormati, saling menolong dan toleransi akan terkikis dari jiwa manusia.
ii. Meluaskan fahaman meteralisme. Fahaman yang bersifat kebendaan yang
menjadikan kekayaan sebagai ukuran dalam kehidupan. Hubungan antara manusia
dilihat kepada nilai benda yang diberi dan diterima dan hubungan sesama manusia
tidak lagi bersifat kasih dan sayang.
Tegasnya, dalam usaha membentuk identiti dan jati diri insan Melayu ini, sewajarnya
umat Melayu hari ini kembali semula menghayati apa yang telah diterap oleh umat
Melayu zaman kegemilangan iaitu penghayatan sepenuhnya terhadap ajaran Islam
yang syamul yang tentunya akan melahirkan watak insan Melayu yang beriman,
bertakwa dan berakhlak mulia.

Sistem Pemerintahan
Tamadun Malaysia hari ini adalah daripada kesinambungan Tamadun Melayu
suatu ketika dahulu. Daripada hasil rujukan sejarah, Tamadun Malaysia ini
menyambung parti-parti politik yang terdapat suatu ketika dahulu dalam
Tamadun Melayu. Dan ini jelas membuktikan bahawa sememangnya
Tamadun Malaysia adalah terbentuk daripada Tamadun Melayu.
Politik-politik Melayu ini juga merupakan kesinambungan dari beberapa buah kerajaan atau
pusat tamadum Melayu seperti Srivijaya, Temasik, Melaka, Johor-Riau, Lingga dan
sebagainya(Zainal Abidin, 2001:196;Abdul Aziz, 2001, 23-33).
Pada hari ini, Malaysia sebuah negara bangsa yang terdiri daripada
persekutuan yang mempunyai beberapa buah negeri Melayu suatu ketika
dahulu iaitu Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan
Negeri-negeri Selat. Lantaran dengan berdasarkan fakta sejarah diatas, maka
paksi atau landasan utama yang menyumbangkan kepada pembinaan dan
pemantapan tamadun Malaysia ialah tamadun Melayu-Islam.
Sitem politik dahulu dimana diperintah oleh oleh sultan telah diserap masuk
ke dalam Tamadun Malaysia dan telah dijadikan sebagai Demokrasi
Berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Perlembagaan Malaysia telah
menulis bahawa Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu
merupakan satu komponen yang penting dalam pemerintahan negara kita.
Yang di-Pertua Agong merupakan ketua utama negara negara yang mengetuai tiga
buah badan di dalam kerajaan iaitu badan pemerintahan (eksekutif), badan
perundangan (legislatif) dan badan kehakiman (judikatif)(Abdul Aziz, 2002:40-59).
Mengikut sistem pemerintahan Malaysia, Yang Di-pertuan Agong tidak mencampuri
urusan politik negara ini. Ini adalah satu daripada sistem yang berlainan daripada
sistem pemerintahan yang asal dimana Baginda tidak mempuyai kuasa yang mutlak
untuk mentadbir dalam negara ini. Sebaliknya, Baginda bertindak atas arahan Perdana
Menteri atau Jemaah Menteri.

Sistem Perundangan
Sistem perundangan pada Tamadun Melayu dahulu telah dijumpai pada Batu Bersurat
Terengganu yang menulis tentang perundangan Melayu dalam bahasa jawi kuno.
Batu bersurat ini menceritakan tentang perundangan yang mengikut Islam
yang perlu dilaksanakan iaitu tentang tanggungjawab pemerintahan
melaksanakan dan menguatkuasa ajaran Islam, pemberian dan penerimaan
hutang, rejam atau hukum sebat ke atas penzinaan, hukum menuduh zina
dan tenteng ketaksamaan antara semua orang sama ada orang atasan atau
rakyat bawahan (Wan Ab Rahman, 2004:90)

Satu lagi warisan yang membuktikan undang-undang Islam telah diamalkan
dalam kerajaan Melayu ialah Undang-undang Pahang yang disusun
Pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah (1592:1614) di bawah
pengaruh Undang-undang Melaka.

Dalam era penjajahan misalanya di era British, mereka tidak banyak
merosakkan kepercayaan atau keimanan orang Melayu terhadap Islam, tetapi
dapat melemahkannya. Bahkan tiada bantahan daripada orang Melayu
apabila British memperkenalkan undang-undang mereka, tidak seperti reaksi
keras orang apabila mendapat tahu pihak British akan memperkenalkan
Malayan Union (Abdul Monir, 2005:68).

Agama Dan Adat Istiadat
Islam menjadi indentiti sosial dan budaya orang Melayu. Islam bukan sahaja menjadi
faktor yang mentakrif Melayu, juga dimaktubkan di dalam Pelembagaan Persekutuan
bahawa Islam adalah ketua agama bagi setiap negeri di dalam Persekutuan Malaysia.
Peruntukan ini termaktub di dalam Persekutuan Malaysia. Peruntukan ini termaktub
di dalam Pekara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, dan menerusi peruntukan
ini, pihak keraja pusat menerusi Jabatan Agama Islam dalam pelbagai bidang seperti
melaksankan pembagunan agama islam dalam pelbagai bidang seperti melaksanakan
pentadbiran hukum syariah Islam tetapi dengan bidang kuasa yang terbatas dan
tertentu sahaja.
Dengan termaktubnya agama Islam sebagai agama bagi Perskutuan Malaysia, tidak
bermakna agama-agama lain tidak boleh dianuti atau diamalkan oleh orang bukan
Melayu atau bukan Islam. Menurut perlembagaan, wujud kebebasan beragama tertapi
bagi penganut agama Islam, kerajaan boleh mengubal undang-undang untuk
mengawal atau menyekat aliran atau fahaman kepercayaan yang dianggap
menyeleweng atau sesat.

Dalam konteks pengamal adat dikalangan orang Melayu, Ahmad Ibrahim (1987:316)
menjelaskan bahawa apabila orang Melayu ini menganut agama Islam, adat yang
lama yang mereka amalkan telah diubahsuai agar ia selari dengan ajaran Islam.

Bahasa, Kesenian dan Kesusasteraan
Dengan penybaran Islam yang dilakukan oleh para pedagang dan mabaligh Arab,
bahasa Melayu telah menerima kesan dan resapan pengaruh tulisan Arab yang
dikenali sebagai tulisan jawi. Rentetan daripada itu, bahasa Melayu dan tulisan jawi
diangkat sebagai bahasa ligua franca dan wahana ilmu.
Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahan bahasa pengatar agama Islam telah
meningkatkan taraf, kecekapan dan kewibawaaannya. Istilah-istilah yang baru dan
cara penghujahan dan penyataan yang baru demi mengungkapkan penegasan dan
penghujahan yang lebih rumit dan kompleks tetapi lebih tepat, persis dan saintifik
(Abu Hassan,2001:179).
Bagi kesusteraan Melayu tradisional, kedatangan Islam membuka lembaran baru
dalam kehidupan masyrakat melayu tradisional. Agama Islam yang membawa sinar
baru kepada masyrakat turut juga membawa memperkenalkan tuulisan yang wajar dan
sesuai untuk dikembangkan pengunaan di Alam Melayu. Dengan itu, kertas yang
telah sekian lama digunakan di Timur Tengah dan di Barat, mengambil alih peranan
yang dimainkan oleh batu, logam, daun lontar dan sebagainya. Dakwat dan kalam
juga ikut diperkenalkan penggunaan (Siti Hawa, 2002:6).
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tulisan Jawi telah diterima oleh masyarakat
Melayu serentak dengan mereka menerima agama Islam dan mereka hanya
mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan tulisan itu pada bunyi-bunyi yang
terdapat dalam bahasa mereka untuk dijadikan tulisan bahasa Melayu sendiri (Siti
Hawa, 2002:10).
Era kolonialisme di alam Melayu selama hamper 500 tahun memperlihatkan bahawa
mereka tidak Berjaya memusnahkan khazanah pusaka warisan Tamadun Melayu yang
penting iaitu bahasa. Sastera dan pelbagai aspek kesenian yang menjadi komponen
penting atau terus teras kepada kebudaya dan tamadun Melayu. Ini kerana pihak
penjajah Belanda dan Inggeris menumpukan usaha mereka untuk menguasaai intitusi
politik, pentadbiran serta ekonomi di Alam Melayu. Pada masa yang sama, mereka
tidak pula menghalang perkembangan bahasa, sastera san kesenian Melayu. Malah
ada dikalangan mereka yang bertidak sebagai penaung atau pengkaji bahasa, sastera
dan kesenian yang terus menerus berkembang (Wan Hashim, 2001:112).
Buktinya ialah Stanford Riffles, merupakan orang yang pertama yang telah
memperkenalkan konsep The Malayan nation, the Malay race, wilayah Melayu dan
mengkonsepsi ‘ sejarah’ orang Melayu berdasarkan falsafah romantik, teori sosial dan
biologi Eropah (Shamsul Amri, 2003:90).
Sebelum Perang Dunia Kedua, kebanyankan negari Melayu khususnya bekas Negerinegeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Kedah Perlis, Kelantan, Terenganu dan Johor
mengunakan bahasa Melayu secara meluas bagi tujuan rasmi seperti dalam mesyuarat,
surat menyurat dan penulisan minit (Wan Ab Rahman, 2004:92).

Walaupun kedatangan penjajah Barat tidak Berjaya meminggirkan bahasa Melayu,
namun apabila British memperkenalkan pendidikan aliran Inggris di semua peringkat,
rendah, menegah dan tinggi (universiti) pada awal abad ke-20, bahasa Inggeris mula
bertapak sebagai bahasa ilmu moden dan bahasa pengajian tinggi. Selama hamper tiga
suku dekat bahasa Inggris menduduki tangga pertama dibandingkan dengan bahasa
Melayu (Wan Hashim, 200587).

Perkara 152 dalam Perlebagaan Persekutuan telah memperakui bahawa Bahasa
Melayu adalah bahasa rasmi bagi Malaysia. Akta pelajaran juga menyatakan bahawa
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di institusi-institusi pengajian.

Kesimpulan
Dalam menuju kearah permodenan dalam tahun 2020, Malaysia harus
menjadikan Tamadun Melayu terdahulu sebagai teras yang mengikuti ajaran
Islam. Kita tidak seharusnya mengikut pandangan Barat bulat-bulat tanpa
perlu menapis setiap apa yang diperkatakan mereka. Seharusnya, perkara ini
diperkasakan lagi untuk kemajuan Tamadun Malaysia. Sememangnya
Tamadun Melayu adalah teras kepada Tamadun Malaysia, namun kini sikap
Melayu yang terdahulu telah hilang dek globalisasi yang sedang ke hadapan.
Seiring dengan itu, kita harus menguatkan lagi pegangan kita dalam Islam ke
arah mewujudkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Reference:

http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/pandangan-semesta-tamadun-melayu.html
(22.03.2011)
http://www.scribd.com/doc/8173505/Peranan-Tamadun-Melayu-Dalam-MembinaTamadun-Malaysia (22.03.2011)
Sa-Belum dan Sa-Lepas 13 Mei. Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu
Berhad. (1969).
Kesenian, Proses Sosialisasi, dan Pembudayaan Masyarakat Melayu, dalam
Tamadun Islam dan Tamadun Melayu. Siri Teks Pengajian Tinggi. Kuala

Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. (2006).
Menangi pass ke MTV World Stage secara percuma
100Plus Infinity Online Game
Categories: Macam-macam | Tags: tamadun melayu, teras tamadun malaysia, titas,
pembentangan titas, tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia, bab 12, bab 12
titas | Permalink

More Related Content

What's hot

Interkasi antara tamadun
Interkasi antara tamadunInterkasi antara tamadun
Interkasi antara tamadunfaizah12
 
Bab 1 konsep & takrif tamadun
Bab 1  konsep & takrif tamadunBab 1  konsep & takrif tamadun
Bab 1 konsep & takrif tamadunChuah Lim
 
TITAS: Islam dalam tamadun melayu
TITAS: Islam dalam tamadun melayuTITAS: Islam dalam tamadun melayu
TITAS: Islam dalam tamadun melayuPuteri Pak Abu
 
Bab 4 Tamadun India
Bab 4 Tamadun IndiaBab 4 Tamadun India
Bab 4 Tamadun Indiawan arizwnb
 
interaksi antara tamadun
interaksi antara tamaduninteraksi antara tamadun
interaksi antara tamadunzils nur
 
29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya
29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya
29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannyaLee San
 
Bab 3 Tamadun Melayu
Bab 3  Tamadun MelayuBab 3  Tamadun Melayu
Bab 3 Tamadun Melayuninawariz
 
Konsep dan Sumbangan Tamadun India Terhadap Tamadun Islam
Konsep dan Sumbangan Tamadun India Terhadap Tamadun IslamKonsep dan Sumbangan Tamadun India Terhadap Tamadun Islam
Konsep dan Sumbangan Tamadun India Terhadap Tamadun IslamNoreena Saedon
 
Bab 1 Pengenalan
Bab 1   Pengenalan Bab 1   Pengenalan
Bab 1 Pengenalan wanarizwan
 
Bab 5 tamadun china
Bab 5 tamadun chinaBab 5 tamadun china
Bab 5 tamadun chinaIda Syahidah
 
TITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan Sumbangan
TITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan SumbanganTITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan Sumbangan
TITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan SumbanganAbdul Hamzzah
 
Interaksi melayu,cina, india
Interaksi  melayu,cina, indiaInteraksi  melayu,cina, india
Interaksi melayu,cina, indiaSuhaimi Shafie
 
Bab 2 : Tamadun Islam
Bab 2 : Tamadun IslamBab 2 : Tamadun Islam
Bab 2 : Tamadun Islamwan arizwnb
 
Bab 1 pengenalan tamadun
Bab 1 pengenalan tamadunBab 1 pengenalan tamadun
Bab 1 pengenalan tamadunFadhlina Ishak
 

What's hot (20)

Interkasi antara tamadun
Interkasi antara tamadunInterkasi antara tamadun
Interkasi antara tamadun
 
Bab 1 konsep & takrif tamadun
Bab 1  konsep & takrif tamadunBab 1  konsep & takrif tamadun
Bab 1 konsep & takrif tamadun
 
TITAS: Islam dalam tamadun melayu
TITAS: Islam dalam tamadun melayuTITAS: Islam dalam tamadun melayu
TITAS: Islam dalam tamadun melayu
 
Bab 4 Tamadun India
Bab 4 Tamadun IndiaBab 4 Tamadun India
Bab 4 Tamadun India
 
Bab 1 titas
Bab 1 titasBab 1 titas
Bab 1 titas
 
Tamadun Cina
Tamadun CinaTamadun Cina
Tamadun Cina
 
interaksi antara tamadun
interaksi antara tamaduninteraksi antara tamadun
interaksi antara tamadun
 
29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya
29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya
29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya
 
Bab 3 Tamadun Melayu
Bab 3  Tamadun MelayuBab 3  Tamadun Melayu
Bab 3 Tamadun Melayu
 
Konsep dan Sumbangan Tamadun India Terhadap Tamadun Islam
Konsep dan Sumbangan Tamadun India Terhadap Tamadun IslamKonsep dan Sumbangan Tamadun India Terhadap Tamadun Islam
Konsep dan Sumbangan Tamadun India Terhadap Tamadun Islam
 
Bab 1 Pengenalan
Bab 1   Pengenalan Bab 1   Pengenalan
Bab 1 Pengenalan
 
Bab 6 (2)
Bab 6 (2)Bab 6 (2)
Bab 6 (2)
 
Contoh soalan TITAS
Contoh soalan TITASContoh soalan TITAS
Contoh soalan TITAS
 
05 tamadun cina
05 tamadun cina05 tamadun cina
05 tamadun cina
 
Bab 5 tamadun china
Bab 5 tamadun chinaBab 5 tamadun china
Bab 5 tamadun china
 
TITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan Sumbangan
TITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan SumbanganTITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan Sumbangan
TITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan Sumbangan
 
Interaksi melayu,cina, india
Interaksi  melayu,cina, indiaInteraksi  melayu,cina, india
Interaksi melayu,cina, india
 
Bab 2 : Tamadun Islam
Bab 2 : Tamadun IslamBab 2 : Tamadun Islam
Bab 2 : Tamadun Islam
 
03 tamadun melayu
03 tamadun melayu03 tamadun melayu
03 tamadun melayu
 
Bab 1 pengenalan tamadun
Bab 1 pengenalan tamadunBab 1 pengenalan tamadun
Bab 1 pengenalan tamadun
 

Similar to Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia

CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...MOHD ZAHID ABDUL TALIB
 
teori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayuteori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayuDhea Ct
 
Pengaruh islam tanah melayu tut 6
Pengaruh islam tanah melayu tut 6Pengaruh islam tanah melayu tut 6
Pengaruh islam tanah melayu tut 6Tan Meng
 
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011Abdul Khaliq
 
Kuliah 3
Kuliah 3Kuliah 3
Kuliah 3mus mus
 
87223601 assignment-titas
87223601 assignment-titas87223601 assignment-titas
87223601 assignment-titasalkepuloh
 
Titas present kump 2
Titas present kump 2Titas present kump 2
Titas present kump 2Biru Langit
 
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia Farah Hilmi
 
NOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docx
NOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docxNOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docx
NOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docxabelgxx
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Juriza Jusoh
 
Persamaan n perbezaan
Persamaan n perbezaanPersamaan n perbezaan
Persamaan n perbezaanEi Reen
 

Similar to Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia (20)

CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
 
Syimah Punyer
Syimah PunyerSyimah Punyer
Syimah Punyer
 
Kerja kursus titas
Kerja kursus titasKerja kursus titas
Kerja kursus titas
 
Topik 2 konsep etika
Topik 2 konsep etikaTopik 2 konsep etika
Topik 2 konsep etika
 
Perspetif agama
Perspetif agamaPerspetif agama
Perspetif agama
 
teori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayuteori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayu
 
Tut0rial 3
Tut0rial 3Tut0rial 3
Tut0rial 3
 
Report TITAS 2014
Report TITAS 2014Report TITAS 2014
Report TITAS 2014
 
1
11
1
 
Etnk bab 3
Etnk bab 3Etnk bab 3
Etnk bab 3
 
Pengaruh islam tanah melayu tut 6
Pengaruh islam tanah melayu tut 6Pengaruh islam tanah melayu tut 6
Pengaruh islam tanah melayu tut 6
 
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011
 
Pluraliti dan masyarakat
Pluraliti dan masyarakatPluraliti dan masyarakat
Pluraliti dan masyarakat
 
Kuliah 3
Kuliah 3Kuliah 3
Kuliah 3
 
87223601 assignment-titas
87223601 assignment-titas87223601 assignment-titas
87223601 assignment-titas
 
Titas present kump 2
Titas present kump 2Titas present kump 2
Titas present kump 2
 
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
 
NOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docx
NOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docxNOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docx
NOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docx
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553
 
Persamaan n perbezaan
Persamaan n perbezaanPersamaan n perbezaan
Persamaan n perbezaan
 

More from Tang Hiang

现代中餐礼仪手册
现代中餐礼仪手册现代中餐礼仪手册
现代中餐礼仪手册Tang Hiang
 
三项可培养儿童以观察分析能力来帮助他们头提高语文能力
三项可培养儿童以观察分析能力来帮助他们头提高语文能力三项可培养儿童以观察分析能力来帮助他们头提高语文能力
三项可培养儿童以观察分析能力来帮助他们头提高语文能力Tang Hiang
 
Household tips
Household tipsHousehold tips
Household tipsTang Hiang
 
选择教学法的原因
选择教学法的原因选择教学法的原因
选择教学法的原因Tang Hiang
 

More from Tang Hiang (6)

Kaedah fonik
Kaedah fonikKaedah fonik
Kaedah fonik
 
Kaedah abjad
Kaedah abjadKaedah abjad
Kaedah abjad
 
现代中餐礼仪手册
现代中餐礼仪手册现代中餐礼仪手册
现代中餐礼仪手册
 
三项可培养儿童以观察分析能力来帮助他们头提高语文能力
三项可培养儿童以观察分析能力来帮助他们头提高语文能力三项可培养儿童以观察分析能力来帮助他们头提高语文能力
三项可培养儿童以观察分析能力来帮助他们头提高语文能力
 
Household tips
Household tipsHousehold tips
Household tips
 
选择教学法的原因
选择教学法的原因选择教学法的原因
选择教学法的原因
 

Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia

  • 1. Tamadun Melayu Sebagai Teras Tamadun Malaysia (TITAS) March 25, 2011 by Ahmad Fikrizaman | 3 Comments FANPAGE: ENTRI: TWEET: +1: Jom join foto contest dari KitKat!!! Menangi tiket perlawanan Chelsea dan Malaysia Thrill Seeker Round 3: PARAMOTOR! Kenapa perlu beli proton inspira ketika raya??? Pengenalan Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama yang berlainan. Kelangsungan ini diteruskan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1975 dahulu. Kepelbagaian etnik yang terdapat di Malaysia ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan setiap yang dilalui sepanjang negara ini merdeka perlulah dijadikan tauladan bagi setip insan yang tinggal di dalam negara ini. Semua ini adalah bermula daripada Tamadun Melayu pada suatu ketika dahulu yang mula menganut ajaran Islam sebagai teras mereka. ini Ahmad Hakimi 1998, 2006) dan Nik Hassan Suhaimi (1994; 1999) masing-masing mengatakan Tamadun Melayu adalah satu tamadun yang telah lama bertapak di rantau AsiaTenggara. Tamadun ini telah berkembang dari kebudayaan orang Melayu, yang tergolong dalam kumpulan penduduk asal rantau ini. Oleh itu, Tamadun Malaysia sekarang adalah bermula daripada Tamadun Melayu yang dihuni sejak sekian lamanya. Tamadun Melayu adalah satu konsep yang kompleks. Ianya tidak boleh disamakan dengan konsep-konsep yang lain seperti ras, kebudayaan, dan bahasa. Keempat-empat konsep di atas merujuk kepada perkara-perkara yang berbeza dan pada waktu yang sama mempunyai pertalian yang begitu rapat sekali antara satu sama lain. Sebagai contoh, bahasa Melayu tidak semestinya dituturkan oleh orang-orang yang datangnya dari ras dan
  • 2. kebudayaan yang sama. Di Malaysia, terdapat beberapa kumpulan etnik yang berbeza yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Pada waktu yang sama, ada terdapat orang-orang Melayu yang boleh bertutur dalam bahasa-bahasa yang lain seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Tamadun Melayu telah mengalami proses perkembangan yang lama dan melalui beberapa manifestasi yang berbeza. Manifestasi-manifestasi ini penting dalam pembentukan tamadun Melayu. Penerimaan agama Islam sebagai asas tamadun Melayu merupakan perkembangan yang paling penting dan membentuk sebuah tamadun Melayu Islam yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Tamadun Melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang secara luasnya digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu, tertumpu kepada suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago), gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu, dan Tanah Jawi. Dua perkara penting yang mewarnai tamadun wilayah ini ialah bahasa Melayu, yang menjadi bahasa perhubungan luas (lingua franca) di seluruh kawasan ini, dan agama Islam yang menjadi pelengkap kepada pembentukan tamadun Melayu. Dalam konteks pembinaan negara dan tamadun Malaysia hari ini amatlah perlu pembinaan tersebut didasarkan kepada tamadun Melayu-Islam yang jelas terbukti berjaya memartabatkan nama Melayu di persada antarabangsa suatu ketika dahulu. Oleh itu, disini dikemukakan tiga justifikasi mengapa Tamadun Melayu perlu menjadi asas utama dalam pembinaan Tamadun Malaysia. i. Orang Melayu merupakan penduduk asal di nusantara termasuklah di Tanah Melayu sebelum kedatangan kaum-kaum lain. Penamaan Malaysia adalah dari Melayu atau Semenanjung Tanah Melayu. ii. Perjuangan menutut kemerdekaan dari pihak penjajah British adalah cetusan dan gerakkan sepenuhnya oleh orang Melayu yang merasa terpanggil untuk mempertahankan tanah air mereka. iii. Ketuanan Melayu-Islam diiktiraf oleh Pelembagaan Persekutuan. PEMBENTUKAN PANDANGAN SEMESTA MELAYU Sebelum kedatangan Islam, Melayu mengamalkan kepercayaan animisme. Mengikut Wikipedia.org (2011), animisme bermaksud Animism encompasses religious beliefs that there is no separation between the spiritual and physical (or material) worlds, and souls or spirits exist, not only in humans, but also in all other animals ,plants, rocks, natural phenomena such as thunder, geographic features such as mountains or rivers, or other entities of the natural environment. Pada ketika itu, pemerintahan dipegang oleh bomoh dan pawang dimana mereka dianggap yang tertinggi dalam kaum itu. Dan selepas itu, mereka menganut ajaran Hindu dan Budha sebagai agama mereka.
  • 3. “Dengan kedatangan agama Hindu dan Buddha ke alam Melayu, upacara agama menjadi lebih formal dan tersusun. Namun pengaruh itu tidak benarbenar melibatkan keseluruhan ajaran yang terdapat dalam falsafah HinduBuddha asli, yang dipentingkan hanya perkara-perkara yang berkaitan dengan selok-belok upacara agama. Di samping itu, ajaran Hindu-Buddha ini juga membesar-besarkan keagongan dewa-dewa dan ini telah mempengaruhi kepercayaan masyarakat Melayu. Pandangan semesta yang dipengaruhi oleh agama baru ini juga dapat dikesan melalui karya-karya Melayu tradisional yang bercorak mitos dan lagenda. Ini dipengaruhi daripada ajaran kitab-kitab suci agama Hindu seperti Mahabrata, Bhagavad Sita dan Baratayudha. Oleh itu aspek-aspek yang dipentingkan ialah kesenian, keindahan, keromantisan, kesedihan, keagongan dan ketakjuban. Aspek-aspek falsafah dan penghujahan yang rasional tidak ditekankan. Ini telah mempengaruhi pemikiran masyarakat Melayu khususnya golongan bangsawan.” (http://rujuknota.blogspot.com) Pada abad ke-15, kedatangan Islam telah merubah pandangan Melayu kerana tertarik dengan agama yang dibawa kerana setiap insan mempunyai taraf yang sama menurut Islam. Ketika kedatangan Islam, antara perkara yang paling berubah terhadap pemikiran Melayu adalah konsep mereka ke arah tauhid yang lebih tinggi dan kepercayaan yang teguh kepada Allah S.W.T. Tamadun Melayu dibina adalah berdasarkan enam prinsip yang menjadi pegangan mereka iaitu: i. Alam ini hasil ciptaan dan tadbiran Allah s.w.t yang mancakupi alam primordial, alam dunia dan alam akhirat; alam akhirat ialah destinasi dan natijah muktamad daripada kehidupan di alam syurga, dan kejayaan di dunia ialah ketaatan kepada Allah; alam dunia ini adalah amanah untuk kemanfaatan kehidupan manusia. ii. Islam adalah panduan dari Allah sebagai al-Din; mengandungi segala peraturan bagi segala gelagat hidup di dunia untuk individu dan masyarakat demi kejayaan hakiki mereka, oleh itu wajib dipelajari semua sebagai fardu ain supaya terbentuk insan muslim, Mukmin dan Muhsin; Islam mencakupi akidah, ibadah, mu’asyarat, akhlak dan ihsan. iii. Keyakinan kepada pembalasan baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya pembalasan yang buruk bagi amalan jahat di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat; balasan yang baik di dunia ialah keberkatan kehidupan dalamm ketaatan Allah, balasan yang baik di akhirat ialah dimasukkan ke dalam syurga Allah; malapetaka / kesusahan di dunia bagi orang islam berlaku sama ada sebagai kifarah pengampunan dosanya ataupun untuk meningkatkan maqamnya. iv. Wawasan, objektif, niat, strategi, dan operasi segala bidang kerja hendaklah sahih, benar dan mematuhui segala espek hokum Islam tanpa kompromi, manupulasi, keingkaran, dan penafian terhadap sebarang hukum
  • 4. yang wajib, sunat, haram dan makruh, yang halal adalah jelas; adat bersendikan hukum dan hukum bersendikan kitab Allah. v. Nilai tertinggi dikaitkan dengan segala pekara yang membantu pembentukan insan yang berilmu, beralamal sahih dan berakhlak mulia yang paling banyak memanfaatkan dirinya dan orang lain. vi. Kehidupan yang pertengahan dan keseimbangan antara jasmani, aqli dan rohani; segala ilmu, pengatahuan, maklumat, kemahiran, teknologi, peralatan dan prasarana kehidupan dunia adalah sebagai alat yang perlu ditutut dan diperoleh secara fardu kifayah demi membantu terbentuknya insaniMuslim, Mukmin dan Muhsin (Hashim, 2004:38-39). PEMBUDAYAAN ILMU & PENGUKUHAN BAHASA Ilmu adalah penting kepada masyarakat Melayu yang telah setia dengan Islam. Sebagai buktinya, mereka menjadikan di kalangan mereka yang mempunyai ilmu yang tertinggi sebagai rujukan di istana dan ini telah menggantikan golongan dukun dan pawang. Kedatangan Islam dalam Tamadun Melayu juga telah membuatkan mereka lebih minat untuk belajar setiap ilmu yang terdapat waktu itu. Kewujudan institusi pendidikan seperti istana, madrasah, dan juga sekolah pondok. Istana adalah merupakan satu tempat untuk menuntut ilmu pada waktu itu kepada golongan bangsawan dan juga golongan pembesar. Sistem pendidikan yang diterima ketika itu amat bertepatan dengan agama yang dianuti kerana Islam menyuruh umatnya menuntut ilmu untuk dunia dan juga di akhirat kelak. Oleh itu, pembudayaan ilmu dikatakan perlu dalam pembinaan tamadun yang kukuh dan utuh. Mengikut Prof Dr Wan Mohd Nor wan Daud (1997:55), beliau telah menggariskan beberapa panduan yang dapat merealisasikan matlamat dan hasrat tersebut. Antaranya adalah: i. Mementingkan ilmu pengatahuan ii. Berkekalanya hasil ilmiah iii. Berterusnya usaha keilmuan iv. Proses syurga dan nilai-nilai kepimpinan v. Sikap hormat-kritis perlu ada dalam diri orang yang berilmu bagi merealisasikan budaya keilmuan. vi. Member pengiktirafan terhadap peraanan kaum wanita.
  • 5. Jika kita mengikuti sejarah Tamadun Melayu, kita akan dapati bahawa kejayaan yang di capai pada ketika itu adalah kerana pemahaman tentang agama yang meluas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana unsur luar. Ini menjadikan ikatan antara mereka sagat kuat dan utuh. Hal ini disingkap oleh Prof Dr Yusuf al-Qaradwi (1990:16) dengan mengatakan bahawa jika umat hari ini mahu kembali kepada Islam,nescaya kita mampu menegakkan peradaban moden seperti yang dikecapi oleh zaman kegemilangan Islam dahulu. Pembinaan Jati Diri dan Modal Insan Dalam membina jati diri yang tinggi dan mampu dijadikan sebagai modal insan, sepatutnya perkara ini diterapkan dalam Tamadun Malaysia untuk dijadikan sebagai satu kebanggan kepada kita semua. Kemuliaan akhlak yang tinggi dan jati diri insan yang terpuji adalah penting dalam Tamadun Melayu. Justeru, untuk membina perkara ini, kita memerlukan kebudayaan bangsa yang selari dengan ajaran Islam.Apa yang dapat dilihat pada masa kini adalah jati diri yang semakin meluntur dalam masyarakat kita. Ini dapat dilihat dalam perkara yang telah disebutkan oleh Zulkiflee & Mohd Nasir, (2005): i. Pengaruh nilai individualistic. Fahaman ini tidak memberi penekanan kepada kehidupan bermasyarakat. Maka unsur-unsur ketingian tamadun seperti saling menghormati, saling menolong dan toleransi akan terkikis dari jiwa manusia. ii. Meluaskan fahaman meteralisme. Fahaman yang bersifat kebendaan yang menjadikan kekayaan sebagai ukuran dalam kehidupan. Hubungan antara manusia dilihat kepada nilai benda yang diberi dan diterima dan hubungan sesama manusia tidak lagi bersifat kasih dan sayang. Tegasnya, dalam usaha membentuk identiti dan jati diri insan Melayu ini, sewajarnya umat Melayu hari ini kembali semula menghayati apa yang telah diterap oleh umat Melayu zaman kegemilangan iaitu penghayatan sepenuhnya terhadap ajaran Islam yang syamul yang tentunya akan melahirkan watak insan Melayu yang beriman, bertakwa dan berakhlak mulia. Sistem Pemerintahan Tamadun Malaysia hari ini adalah daripada kesinambungan Tamadun Melayu suatu ketika dahulu. Daripada hasil rujukan sejarah, Tamadun Malaysia ini menyambung parti-parti politik yang terdapat suatu ketika dahulu dalam Tamadun Melayu. Dan ini jelas membuktikan bahawa sememangnya Tamadun Malaysia adalah terbentuk daripada Tamadun Melayu. Politik-politik Melayu ini juga merupakan kesinambungan dari beberapa buah kerajaan atau pusat tamadum Melayu seperti Srivijaya, Temasik, Melaka, Johor-Riau, Lingga dan sebagainya(Zainal Abidin, 2001:196;Abdul Aziz, 2001, 23-33).
  • 6. Pada hari ini, Malaysia sebuah negara bangsa yang terdiri daripada persekutuan yang mempunyai beberapa buah negeri Melayu suatu ketika dahulu iaitu Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat. Lantaran dengan berdasarkan fakta sejarah diatas, maka paksi atau landasan utama yang menyumbangkan kepada pembinaan dan pemantapan tamadun Malaysia ialah tamadun Melayu-Islam. Sitem politik dahulu dimana diperintah oleh oleh sultan telah diserap masuk ke dalam Tamadun Malaysia dan telah dijadikan sebagai Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Perlembagaan Malaysia telah menulis bahawa Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu merupakan satu komponen yang penting dalam pemerintahan negara kita. Yang di-Pertua Agong merupakan ketua utama negara negara yang mengetuai tiga buah badan di dalam kerajaan iaitu badan pemerintahan (eksekutif), badan perundangan (legislatif) dan badan kehakiman (judikatif)(Abdul Aziz, 2002:40-59). Mengikut sistem pemerintahan Malaysia, Yang Di-pertuan Agong tidak mencampuri urusan politik negara ini. Ini adalah satu daripada sistem yang berlainan daripada sistem pemerintahan yang asal dimana Baginda tidak mempuyai kuasa yang mutlak untuk mentadbir dalam negara ini. Sebaliknya, Baginda bertindak atas arahan Perdana Menteri atau Jemaah Menteri. Sistem Perundangan Sistem perundangan pada Tamadun Melayu dahulu telah dijumpai pada Batu Bersurat Terengganu yang menulis tentang perundangan Melayu dalam bahasa jawi kuno. Batu bersurat ini menceritakan tentang perundangan yang mengikut Islam yang perlu dilaksanakan iaitu tentang tanggungjawab pemerintahan melaksanakan dan menguatkuasa ajaran Islam, pemberian dan penerimaan hutang, rejam atau hukum sebat ke atas penzinaan, hukum menuduh zina dan tenteng ketaksamaan antara semua orang sama ada orang atasan atau rakyat bawahan (Wan Ab Rahman, 2004:90) Satu lagi warisan yang membuktikan undang-undang Islam telah diamalkan dalam kerajaan Melayu ialah Undang-undang Pahang yang disusun Pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah (1592:1614) di bawah pengaruh Undang-undang Melaka. Dalam era penjajahan misalanya di era British, mereka tidak banyak merosakkan kepercayaan atau keimanan orang Melayu terhadap Islam, tetapi dapat melemahkannya. Bahkan tiada bantahan daripada orang Melayu apabila British memperkenalkan undang-undang mereka, tidak seperti reaksi keras orang apabila mendapat tahu pihak British akan memperkenalkan Malayan Union (Abdul Monir, 2005:68). Agama Dan Adat Istiadat
  • 7. Islam menjadi indentiti sosial dan budaya orang Melayu. Islam bukan sahaja menjadi faktor yang mentakrif Melayu, juga dimaktubkan di dalam Pelembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah ketua agama bagi setiap negeri di dalam Persekutuan Malaysia. Peruntukan ini termaktub di dalam Persekutuan Malaysia. Peruntukan ini termaktub di dalam Pekara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, dan menerusi peruntukan ini, pihak keraja pusat menerusi Jabatan Agama Islam dalam pelbagai bidang seperti melaksankan pembagunan agama islam dalam pelbagai bidang seperti melaksanakan pentadbiran hukum syariah Islam tetapi dengan bidang kuasa yang terbatas dan tertentu sahaja. Dengan termaktubnya agama Islam sebagai agama bagi Perskutuan Malaysia, tidak bermakna agama-agama lain tidak boleh dianuti atau diamalkan oleh orang bukan Melayu atau bukan Islam. Menurut perlembagaan, wujud kebebasan beragama tertapi bagi penganut agama Islam, kerajaan boleh mengubal undang-undang untuk mengawal atau menyekat aliran atau fahaman kepercayaan yang dianggap menyeleweng atau sesat. Dalam konteks pengamal adat dikalangan orang Melayu, Ahmad Ibrahim (1987:316) menjelaskan bahawa apabila orang Melayu ini menganut agama Islam, adat yang lama yang mereka amalkan telah diubahsuai agar ia selari dengan ajaran Islam. Bahasa, Kesenian dan Kesusasteraan Dengan penybaran Islam yang dilakukan oleh para pedagang dan mabaligh Arab, bahasa Melayu telah menerima kesan dan resapan pengaruh tulisan Arab yang dikenali sebagai tulisan jawi. Rentetan daripada itu, bahasa Melayu dan tulisan jawi diangkat sebagai bahasa ligua franca dan wahana ilmu. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahan bahasa pengatar agama Islam telah meningkatkan taraf, kecekapan dan kewibawaaannya. Istilah-istilah yang baru dan cara penghujahan dan penyataan yang baru demi mengungkapkan penegasan dan penghujahan yang lebih rumit dan kompleks tetapi lebih tepat, persis dan saintifik (Abu Hassan,2001:179). Bagi kesusteraan Melayu tradisional, kedatangan Islam membuka lembaran baru dalam kehidupan masyrakat melayu tradisional. Agama Islam yang membawa sinar baru kepada masyrakat turut juga membawa memperkenalkan tuulisan yang wajar dan sesuai untuk dikembangkan pengunaan di Alam Melayu. Dengan itu, kertas yang telah sekian lama digunakan di Timur Tengah dan di Barat, mengambil alih peranan yang dimainkan oleh batu, logam, daun lontar dan sebagainya. Dakwat dan kalam juga ikut diperkenalkan penggunaan (Siti Hawa, 2002:6). Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tulisan Jawi telah diterima oleh masyarakat Melayu serentak dengan mereka menerima agama Islam dan mereka hanya mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan tulisan itu pada bunyi-bunyi yang
  • 8. terdapat dalam bahasa mereka untuk dijadikan tulisan bahasa Melayu sendiri (Siti Hawa, 2002:10). Era kolonialisme di alam Melayu selama hamper 500 tahun memperlihatkan bahawa mereka tidak Berjaya memusnahkan khazanah pusaka warisan Tamadun Melayu yang penting iaitu bahasa. Sastera dan pelbagai aspek kesenian yang menjadi komponen penting atau terus teras kepada kebudaya dan tamadun Melayu. Ini kerana pihak penjajah Belanda dan Inggeris menumpukan usaha mereka untuk menguasaai intitusi politik, pentadbiran serta ekonomi di Alam Melayu. Pada masa yang sama, mereka tidak pula menghalang perkembangan bahasa, sastera san kesenian Melayu. Malah ada dikalangan mereka yang bertidak sebagai penaung atau pengkaji bahasa, sastera dan kesenian yang terus menerus berkembang (Wan Hashim, 2001:112). Buktinya ialah Stanford Riffles, merupakan orang yang pertama yang telah memperkenalkan konsep The Malayan nation, the Malay race, wilayah Melayu dan mengkonsepsi ‘ sejarah’ orang Melayu berdasarkan falsafah romantik, teori sosial dan biologi Eropah (Shamsul Amri, 2003:90). Sebelum Perang Dunia Kedua, kebanyankan negari Melayu khususnya bekas Negerinegeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Kedah Perlis, Kelantan, Terenganu dan Johor mengunakan bahasa Melayu secara meluas bagi tujuan rasmi seperti dalam mesyuarat, surat menyurat dan penulisan minit (Wan Ab Rahman, 2004:92). Walaupun kedatangan penjajah Barat tidak Berjaya meminggirkan bahasa Melayu, namun apabila British memperkenalkan pendidikan aliran Inggris di semua peringkat, rendah, menegah dan tinggi (universiti) pada awal abad ke-20, bahasa Inggeris mula bertapak sebagai bahasa ilmu moden dan bahasa pengajian tinggi. Selama hamper tiga suku dekat bahasa Inggris menduduki tangga pertama dibandingkan dengan bahasa Melayu (Wan Hashim, 200587). Perkara 152 dalam Perlebagaan Persekutuan telah memperakui bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi bagi Malaysia. Akta pelajaran juga menyatakan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di institusi-institusi pengajian. Kesimpulan Dalam menuju kearah permodenan dalam tahun 2020, Malaysia harus menjadikan Tamadun Melayu terdahulu sebagai teras yang mengikuti ajaran Islam. Kita tidak seharusnya mengikut pandangan Barat bulat-bulat tanpa perlu menapis setiap apa yang diperkatakan mereka. Seharusnya, perkara ini diperkasakan lagi untuk kemajuan Tamadun Malaysia. Sememangnya Tamadun Melayu adalah teras kepada Tamadun Malaysia, namun kini sikap Melayu yang terdahulu telah hilang dek globalisasi yang sedang ke hadapan. Seiring dengan itu, kita harus menguatkan lagi pegangan kita dalam Islam ke arah mewujudkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
  • 9. Reference: http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/pandangan-semesta-tamadun-melayu.html (22.03.2011) http://www.scribd.com/doc/8173505/Peranan-Tamadun-Melayu-Dalam-MembinaTamadun-Malaysia (22.03.2011) Sa-Belum dan Sa-Lepas 13 Mei. Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu Berhad. (1969). Kesenian, Proses Sosialisasi, dan Pembudayaan Masyarakat Melayu, dalam Tamadun Islam dan Tamadun Melayu. Siri Teks Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. (2006). Menangi pass ke MTV World Stage secara percuma 100Plus Infinity Online Game Categories: Macam-macam | Tags: tamadun melayu, teras tamadun malaysia, titas, pembentangan titas, tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia, bab 12, bab 12 titas | Permalink