1. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
TAJUK 2 JENIS PROSA TRADISIONAL
SINOPSIS
Bahagian ini mengandungi kosep, ciri, jenis dan gaya bahasa Prosa
Tradisional khususnya lipur lara. Secara umumnya, topik ini akan membolehkan
anda mengetahui perkara-perkara berikut:
2.1 Konsep
2.2 Ciri-ciri
2.3 Gaya Bahasa
HASIL PEMBELAJARAN
i. Membuat rumusan tentang konsep cerita lipur lara.
ii. Menghuraikan aspek-aspek ciri-ciri, jenis-jenis dan gaya bahasa cerita
lipur lara.
1
2. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
2.0 Cerita Lipur Lara
2.1 Konsep
Cerita lipur lara merupakan cerita yang paling popular dalam kalangan
masyarakat Melayu lama, dikenali juga sebagai roman rakyat (folk romances)
atau fairy-tales, folktales atau merchen. Cerita ini biasanya mengisahkan raja-
raja dan putera-puteri raja. Wataknya cantik, gagah serta kuat dan biasanya
mengandungi unsur pengembaraan dan bersifat penghibur hati ( Mohd Taib
Osman, 1974).
Menurut Ismail Hamid (1987), ‘Lipur’ bermaksud ‘hibur’ dan ‘lara’
bermaksud ‘duka’ atau ‘kesedihan hati’. ‘Penglipur Lara’ bermaksud ‘penghibur
hati yang duka’ atau penghibur hati yang sedih.
Cerita lipur lara disampaikan secara lisan melibatkan gaya
penyampaian, lagu dan alat-alat muzik mudah. Pencerita atau penyampai
dikenali sebagai Tok Selampit, Awang Batil atau Awang Belangga. Gelaran ini
bersempena nama-nama alat muzik yang digunakan semasa
mempersembahkan cerita.
Antara cerita-cerita lipur Lara yang popular ialah Hikayat Malam
Deman, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Raja Budiman, Hikayat Raja Donan,
Hikayat Anggun Cik Tunggal, Hikayat Seri Rama, Hikayat Awang Sulung Merah
Muda, Hikayat Raja Muda, Hikayat Raja Ambong, Cerita-cerita Gembang,
Awang Gembang, Raja Dewa dan Selampit, Raja Mahadong Bongsu, Awang
Lutong dan Hikayat Terung Pipit.
2
3. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
2.2 Ciri-ciri
1. Diwarisi dan menjadi pusaka yang tinggi nilainya sejak zaman-berzaman.
2. Bertemakan percintaan wira dengan wirawati.
3. Ceritanya berpusatkan puetra atau puteri raja
4. Ceritanya terbahagi kepada tiga bahagian, awal, tengah dan akhir
5. Kaya dengan unsur-unsur alam super natural dan kuasa sakti
6. Berlakunya pengembaraan yang bertolak dari mimpi atau niat.
7. Terdapatnya watak manusia dan bukan manusia (jin)
8. Kemenangan sentiasa dipihak putera atau puteri raja
9. Menjadi milik bersama kerana nama penulis atau pengarang tidak
dinyatakan.
10.Banyak menggunakan bahasa istana
11.Mengandungi unsur mitos dan legenda.
12.Banyak menggunakan penanda wacana pada awal ayat. Contohnya
maka, sebermula, al-kisah, arakian dan sebagainya.
13.Mengisahkan tentang pengembaraan anak-anak raja yang penuh dengan
kehebatan dan keperkasaan
14.Kebiasaannya cerita akan berakhir dengan kegembiraan dan
kemenangan kepada wira atau wirawati.
2.4 Gaya Bahasa
Cerita penglipur lara disampaikan secara lisan, oleh itu unsur-unsur irama
seperti rentak, tekanan dan turun naik nada suara adalah penting. Antara gaya
bahasa yang sering digunakan ialah:
3
4. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
1. Penggunaan Puisi
Puisi kerap digunakan dalam cerita-cerita lipur lara, antaranya ialah :
a. Rangkap ulang (runs)
Rangkap-rangkap yang teratur dan menarik, diucapkan secara berulang-
ulang pada bahagian-bahagian tertentu. Berfungsi sebagai sebagai penegasan
dan pewarnaan peristiwa-peristiwa atau keadaan. Kebiasaannya digunakan
untuk menggambarkan kecantikan seseorang anak raja, kehebatan,
mengisahkan perjalanan, perayaan diraja dan kejadian-kejadian luar biasa yang
lain.
Dalam Hiakayat Raja Donan, digambarkan sambutan rakyat terhadap
perayaan diraja sempena perkahwinan wira dan wirawati.
Yang capik datang bertongkat
Yang buta meraba-raba
Yang tua leka bertanya
Yang kecil terambil lintang
Yang jarak bertolak-tolakan
Yang pendek tinjau-meninjau
Yang kurap mengekor angin
(Hikayat Raja Donan)
b. Pantun
Contoh pantun yang digunakan dalam cerita Poteri Bongsu berpantun
meratapi dirinya ketika tidak dipedulikan oleh suaminya, Malim Deman.
Ada kain songket permata
Tenun Puteri Galoh Kencana
Ada lain buangkan beta
Kerana beta dagang yang hina
4
5. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
2. Penggunaan bahasa pertuturan seharian dalam cerita-cerita prosa
tradisional, dan biasanya dipengaruhi oleh dialek tempat cerita berkenaan
dituturkan. Sebagai contoh bangat,diamat-amati, terkosel-kosel dan sebagainya.
3. Penggunaan bahasa istana terutama apabila penceritaan tentang raja-
raja. Contohnya gering, bertitah, beta, mangkat dan sebagainya.
4. Bahasa perbandingan
Kebiasaannya digunakan untuk menerangkan sifat-sifat istimewa wira dan
wirawati, mereka dibandingkan secara langsung dengan objek-objek alam.
Misalnya, untuk menggambarkan kecantikan puteri-puteri raja biasanya
dikatakan pipi pauh dilayang, rambut mayang mengurai, bibir delima merkah,
kuku bagai kikir taji dan sebagainya.
5. Penggunaan Kata pangkal ayat, biasanya digunakan sebagai penanda
wacana penceritaan. Contohnya maka, arakian, alkisah, syahadan dan
sebagainya.
6. Penggunaan ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit sesuai dengan
pengucapannya secara lisan. Terdapat juga unsur pengulangan kata yang
banyak dan ketara.
5
Aktiviti 1:
Sila buat nota ringkas tentang konsep penglipur lara dan ciri-
cirinya dalam bentuk lembaran grafik.
6. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
6
Aktiviti 2
1. Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk
mendapat bahan tentang gaya bahasa yang terdapat dalam
cerita-cerita lipur lara.
7. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
TAJUK 4 Jenis Prosa Tradisional
SINOPSIS
Bahagian ini mengandungi kosep, ciri, jenis dan gaya bahasa Prosa
Tradisional khususnya mitos dan legenda. Secara umumnya, topik ini akan
membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:
4.1 Konsep
4.2 Ciri-ciri
4.3 Jenis-jenis
4.4 Gaya Bahasa
HASIL PEMBELAJARAN
i. Membuat rumusan tentang konsep cerita mitos dan legenda.
ii. Menghuraikan aspek-aspek ciri-ciri, jenis-jenis dan gaya bahasa
cerita mitos dan legenda.
7
8. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
4.1 MITOS
4.1.1 Konsep
Menurut Taib Osman, cerita mitos biasanya menceritakan tentang kisah
dewa-dewa dan tuhan. Sementara C. Hooykaas dalam bukunya Penyedar
Sastera menyatakan cerita ini bersifat keagamaan dan mengandungi unsur-
unsur ajaib iaitu merupakan kepercayaan asal usul sesuatu bangsa atau
keturunan.
Menurut William R. Bascom, mitos ialah prosa rakyat yang dianggap oleh
kolektifnya sebagai benar-benar terjadi dan suci (keramat). Tokohnya terdiri
daripada golongan para dewa atau makhluk setengah dewa. Peristiwa yang
berlaku pula terjadi di alam yang bukan kita kenali sekarang walaupun kisah
yang berlaku adalah asal terjadinya alam semesta, dunia atau manusia pertama.
Mitos juga mengandungi cerita asal bermulanya kehidupan dan kematian, bentuk
khas binatang, bentuk topografi, gejala alam, kisah petualang para dewa,
percintaan mereka, hubungan kekerabatan mereka, kisah perang dan
sebagainya.
4.1.2 Ciri-ciri
Ciri-ciri cerita mitos ialah:
1. Cerita, kejadian dan perkara yang berkaitan dengannya dipercayai
benar-benar terjadi oleh masyarakat pendukungnya.
2. Peristiwa yang berlaku walaupun aneh dan kadang-kadang aneh
dan sukar dimengertikan, tetapi sungguh bererti dan sangat penting
kepada masyarakat khalayaknya.
3. Dari segi strukturnya, mitos biasanya merupakan cerita yang
sederhana yang terdiri daripada beberapa motif dan plotnya
mudah.
8
9. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
4. Cara penuturannya disertai dengan upacara yang tertentu dan
hanya boleh dituturkan oleh orang yang tertentu sahaja.
5. Masyarakat khalayak cerita mitos menganggap cerita-cerita yang
terkandung di dalamnya sebagai suci dan keramat.
6. Latar belakang masa yang terdapat dalam cerita mitos ialah
berlaku pada zaman lampau (distant past).
7. Tokoh-tokoh yang terdapat dalam cerita mitos biasanya berkaitan
dengan makhluk penting dalam pengertian budaya dan masyarakat
khalayak termasuk tuhan-tuhan, dewa-dewi, atau makhluk lainnya
seperti penunggu, jembalang dan sebagainya.
8. Cerita mitos merupakan lambang kepada masyarakat khalayak
kerana ketahanannya bergantung kepada kekuatan, kepercayaan
dan penerimaan masyarakat khalayaknya.
4.1.3 Jenis-jenis
Cerita mitos terbahagi kepada empat jenis.
1. Cerita Mitos Rasmi
Ceriat ini ialah mengenai tuhan yang merupakan suatu sandaran
kepercayaan. Dasar kepercayaan ini dijadikan mitos apabila
dimasukkan ke dalam sesebuah cerita. Contohnya dalam Hikayat Raja
Khandak. Dalam hikayat ini, tuhan meurunkan malaikat membantu
Nabi Muhammad saw bagi menentang tentera kafir di bawah pimpinan
Raja Khandak. Tujuan memasukkan watak-watak tuhan, Nabi Adam,
Nabi Muhammad itu adalah untuk menarik perhatian dan meyakinkan
masyarakat terhadap hikayat tersebut.
2. Cerita Mitos Popular
Selalunya mengisahkan tentang tokoh dewa, separuh dewa atau
separuh tuhan yang dimasukkan ke dalam sesebuah cerita. Misalnya
Ikan Nun dikatakan sebagai binatang yang telah menyelamatkan Nabi
9
10. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
Nuh. Dalam Hikayat Si Miskin, ikan ini dikatakan telah menyelamatkan
Marakarmah yang dicampakkan ke dalam laut.
3. Cerita Mitos Politik
Mengisahkan sesorang tokoh kebangsaan yang dianggap sebagai
manusia agung kerana mempunyai hubungan dengan manusia-
manusia isimewa atau dengan tuhan. Tokoh-tokoh ini kemudiannya
mendapat tempat istimewa dalam sesebuah negara atau kerajaan.
Contohnya, dalam Hikayat Raja-Raja Pasai, dikatakan Merah Silu
memeluk agama Islam terus daripada Nabi Muhammad yang menemui
baginda di dalam mimpi.
4. Cerita Mitos Asal-usul
Lazimnya, mengisahkan tentang sesuatu kejadian luar biasa yang
mana dari situ timbulnya kepercayaan hendak mendirikan dan
menamakan sesuatu tempat. Contohnya, nama Melaka diambil
sempena dengan kejadian pelanduk yang menendang anjing buruan
raja dan kebetulan tempat raja berteduh di bawah pokok bernama
Melaka.
4.1.4 Gaya Bahasa
1. Penggunaan Puisi
Puisi kerap digunakan dalam cerita-cerita mitos, antaranya ialah :
a. Rangkap ulang (runs)
Rangkap-rangkap yang teratur dan menarik, diucapkan secara berulang-
ulang pada bahagian-bahagian tertentu. Berfungsi sebagai sebagai penegasan
dan pewarnaan peristiwa-peristiwa atau keadaan.
10
11. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
b. Pantun, mentera, gurindam digunakan di dalam penceritaan
membolehkan cerita yang diperdengarkan atau diceritakan lebih menarik.
2. Penggunaan bahasa pertuturan seharian dalam cerita-cerita prosa
tradisional, dan biasanya dipengaruhi oleh dialek tempat cerita berkenaan
dituturkan. Sebagai contoh bangat,diamat-amati, terkosel-kosel dan sebagainya.
3. Penggunaan bahasa istana terutama apabila penceritaan tentang raja-
raja. Contohnya gering, bertitah, beta, mangkat dan sebagainya.
4. Bahasa perbandingan
Kebiasaannya digunakan untuk menerangkan sifat-sifat istimewa wira dan
wirawati, mereka dibandingkan secara langsung dengan objek-objek alam.
Misalnya, untuk menggambarkan kecantikan puteri-puteri raja biasanya
dikatakan pipi pauh dilayang, rambut mayang mengurai, bibir delima merkah,
kuku bagai kikir taji dan sebagainya.
5. Penggunaan Kata pangkal ayat, biasanya digunakan sebagai penanda
wacana penceritaan. Contohnya maka, arakian, alkisah, syahadan dan
sebagainya.
6. Penggunaan ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit sesuai dengan
pengucapannya secara lisan. Terdapat juga unsur pengulangan kata yang
banyak dan ketara.
11
12. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
4.2 LEGENDA
4.2.1 Konsep
Perkataan legenda berasal daripada bahasa Latin, Legendrus yang
bermaksud sebuah cerita lama yang tidak dapat dipastikan kebenarannya tetapi
popular dan digunapakai dari satu generasi ke satu generasi sejak zaman dahulu
lagi.
Menurut James Dananddjaja, legenda adalah prosa rakyat yang
dianggap oleh yang empunya cerita sebagai suatu kejadian yang sungguh-
sungguh pernah terjadi.
Robert A Georges dalam American Folk Legend, menyatakan legenda
aialah sejenis komunikasi lisan yang mengandungi cerita yang pernah terjadi
pada masa lampau atau masa terdekat yang dipercayai benar oleh penutur atau
pendengarnya.
4.2.2 Ciri-ciri
Ciri-ciri cerita legenda ialah:
1. Merupakan peristiwa atau perkara yang memang pernah terjadi
dalam masyarakat pendukunnya. Misalnya pembentukan Gunung
Jerai di Kedah yang dikaitkan dengan tiga watak putera dan puteri
raja yang berkelahi yang kemudiannya ditegur oleh Sang
Kelembai.
2. Tokoh ialah manusia biasa yang berdarah daging yang memang
benar-benar wujud dalam sejarah bangsa tersebut.
3. Wataknya terdiri daripada manusia biasa yang mempunyai sifat
dan ciri-ciri yang istimewa seperti mempunyai ilmu kebatinan,
12
13. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
kegagahan yang luar biasa dan sebagainya, yang biasanya
diingati secara berpanjangan oleh masyarakat kolektifnya.
4. Tokoh-tokoh yang wujud dalam cerita menjadi idola dalam
masyarakat pendukungnya.
5. Cerita legenda sangat jelas unsur tempatannya kerana
mengandungi nilai sejarah tempatan.
6. Latar masa yang berkaitan dengan cerita tersebut tidak semestinya
masa lampau tetapi ada hubungkait antara masa silam dengan
masa kini.
4.2.3 Jenis-jenis
Terbahagi kepada dua jenis :
1. Legenda Tempatan
Legenda tempatan merupakan tokoh-tokoh legenda yang diambil
dari sejarah tempatan atau direka sendiri oleh orang Melayu apada
masa dahulu. Legenda tempatan boleh dibahagikan kepada:
a. Legenda Setempat
b. Legenda Kebangsaan
c. Legenda Islam
2. Legenda dari luar
Cerita-cerita mengenai tokoh yang sangat popular di dunia
meresap masuk ke dalam cerita legenda Melayu. Contohnya
Iskandar Zulkarnain, Amir Hamzah, Muhammad Ali Hanafiah dan
lain-lain.
13
14. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
4.2.4 Gaya Bahasa
1. Penggunaan Puisi
Puisi kerap digunakan dalam cerita-cerita legenda, antaranya ialah :
a. Rangkap ulang (runs)
Rangkap-rangkap yang teratur dan menarik, diucapkan secara berulang-
ulang pada bahagian-bahagian tertentu. Berfungsi sebagai sebagai penegasan
dan pewarnaan peristiwa-peristiwa atau keadaan.
b. Pantun, mentera, gurindam digunakan di dalam penceritaan
membolehkan cerita yang diperdengarkan atau diceritakan lebih menarik.
2. Penggunaan bahasa pertuturan seharian dalam cerita-cerita prosa
tradisional, dan biasanya dipengaruhi oleh dialek tempat cerita berkenaan
dituturkan. Sebagai contoh bangat,diamat-amati, terkosel-kosel dan sebagainya.
3. Penggunaan bahasa istana terutama apabila penceritaan tentang raja-
raja. Contohnya gering, bertitah, beta, mangkat dan sebagainya.
4. Bahasa perbandingan
Kebiasaannya digunakan untuk menerangkan sifat-sifat istimewa wira dan
wirawati, mereka dibandingkan secara langsung dengan objek-objek alam.
Misalnya, untuk menggambarkan kecantikan puteri-puteri raja biasanya
dikatakan pipi pauh dilayang, rambut mayang mengurai, bibir delima merkah,
kuku bagai kikir taji dan sebagainya.
14
15. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
5. Penggunaan Kata pangkal ayat, biasanya digunakan sebagai penanda
wacana penceritaan. Contohnya maka, arakian, alkisah, syahadan dan
sebagainya.
6. Penggunaan ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit sesuai dengan
pengucapannya secara lisan. Terdapat juga unsur pengulangan kata yang
banyak dan ketara.
15
Aktiviti 1:
Buat banding beza antara cerita mitos dengan cerita legenda.
16. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
TAJUK 5 Jenis Prosa Moden
SINOPSIS
Bahagian ini mengandungi kosep, ciri, jenis dan gaya bahasa Prosa
Moden. Secara umumnya, topik ini akan membolehkan anda mengetahui
perkara-perkara berikut:
5.1 Konsep
5.2 Ciri-ciri
5.3 Jenis-jenis
5.4 Gaya Bahasa
HASIL PEMBELAJARAN
i. Membuat rumusan tentang konsep Prosa Moden.
ii. Menghuraikan aspek-aspek ciri-ciri, jenis-jenis dan gaya bahasa Prosa
moden.
Novel
Konsep
Novel merupakan karangan berbentuk fiksyen, dikategorikan sebagai
prosa naratif mengandungi cerita panjang yang ditulis dalam bentuk
prosa. Perkataan novel berasal daripada bahasa Itali 'novella', daripada
bahasa Perancis 'nouvelle' yang bermaksud 'sepotong berita'.
Ciri-ciri
1.Novel lebih panjang dan kompleks daripada cerpen sekurang-
kurangnya 40 000 patah perkataan.
2. Menceritakan tentang watak dan perwatakan dalam kehidupan.
3. Novel tidak terikat oleh sebarang bentuk atau format.
16
17. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
4.Ceritanya mempunyai kaitan erat dengan masyarakat dan dapat
dikatakan sebagai satu dokumentasi sosial.
5. Terdiri daripada tiga elemen utama iaitu plot, perwatakan, latar dan
gaya.
6. Novel yang baik dikatakan mengandungi unsur penceritaan, sudut
pandangan dan dialog.
Jenis-jenis
Jenis-jenis novel dibahagikan kepada beberapa jenis;
1. Novel saduran
Mengambil kisah daripada negara lain contohnya Hikayat Setia Asyik
kepada Masyuknya atau kemudiannya dikenali sebagai Hikayat Faridah
Hanum oleh Syed Syeikh Al-Hadi yang menyadurkan novel daripada
Mesir.
2. Novel Melayu Asli
Menggunakan latar dan watak bangsa Melayu. Ahmad Rashid Talu
merupakan seorang novelis yang pertama menghasilkan nivel jenis ini.
Beliau digelar Bapa Novel Melayu Asli. Antara novel yang dihasilkan oleh
Ahmad Rashid Talu ialah Kawan Benar (1927), Ialah Salamah? (1928),
dan 12 Kali Sengsara (1929). Kesemua novel yang dihasilkan oleh beliau
mengemukakan persoalan moral dan agama.
3. Novel berunsur Islam
Persoalan novel berunsur Islam dan moral semakin mendominasi
Kesusasteraan Melayu Moden pada tahun 1960-an dan 1970-an.
Pengarang mengajak khalayak mendalami dan mempraktikkan ajaran
agama Islam. Oleh yang demikian, muncullah Al-Syiqaq I karya Shahnon
Ahmad, Arbain karya Sabda S, Di Sebalik Sebuah Kubah karya Harun
Haji Salleh, Seorang Guru Tua karya Abdul Rahman Harun, Mengejar
Kedamaian karya Manap Abdul Malik, Mereka Yang Tertewas karya
17
18. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
Hasanudin Mat Isa dan pada tahun 1990-an, Imam karya Abdullah
Hussein.
4. Novel remaja
Khalayak bagi novel ini ialah golongan remaja. Utusan Melayu-Public
Bank telah menganjurkan sayembara penulisan novel remaja pada tahun
1997. Oleh itu, lahirlah novel-novel seperti Julia karya Abu Hassan Morad
dan Ekspedisi karya Mohd Ghazali Tocheh. Terdapat juga novel-novel
yang lain seperti Terminal Tiga karya Othman Puteh, Meniti Kaca karya
Raja Sabarudin Abdullah dan Panas Salju karya Talib Selamat.
5. Novel kanak-kanak
Banyak penulis yang terlibat dalam penulisan novel kanak-kanak.
Antaranya Siti Aishah Ali telah menulis novel-novel Penerbangan QR 13,
Budi, Lelaki Berkaki Kayu. Ghazali Ngah Azia menulis novel Misteri Azrul
dan Adi Alhadi menulis novel Pulau Impian dan Hantu Pulau Kambing
dan sebagainya.
Novel kanak-kanak turut diperluas dengan menterjemah karya-
karya Enid Blyton dan siri Harry Potter karya J.K. Rowling ke dalam
bahasa Melayu.
6. Novel popular
Golongan muda merupakan sasaran bagi novel jenis ini yang
menggemari bacaan ringan. Antara pengarangnya adalah seperti
Shamsiah Mohd Nor, Akhdiat Akasah dan Sri Diah.
7. Novel konvensional
Kesemua novel yang disebutkan di atas mematuhi kovensi penulisan
novel. Sehubungan itu, boleh dikategorikan ke dalam novel konvensional.
18
19. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
8. Novel sejarah
Novel sejarah bermaksud menceritakan tentang ketokohan seseorang
tokoh sejarah atau peristiwa sesuatu sejarah. Antara contoh novel ini
adalah seperti Panglima Awang, Anak Panglima Awang, Tun Mandak,
Wan Derus dan Sultan Mahmud Melaka karya Harun Aminurrashid.
Pengarang mutakhir yang menulis novel sejarah ialah Zaharah Nawawi
yang menulis novel Panglima Sulong.
9. Novel absurd / Novel tak konvensional
Terdapat beberapa orang novelis yang menghasilkan novel beraliran
anti-realisme. Rahman Yusof menulis novel absurd yang berjudul Warna-
warna. Novel Sampah karya Shahnon Ahmad merupakan sebuah lagi
novel absurd. Novel absurd juga tergolong dalam kategori novel tidak
konvensional.
Gaya bahasa
Contoh gaya bahasa yang terdapat dalam Novel Kembara Amira.
Simile
Nafasnya naik turun kerana bagai mengejar kelajuan Itai
melangkah.
Personifikasi
Ketika itu jugalah seorang lelaki menerkam lalu menikam
bertalu-talu ke arah dada haiwan itu menyebabkan haiwan itu
meraung dan dia akan tersedar dari tidurnya.
Hiperbola
“Aku minta maaf kerana apa yang telah berlaku kerana ketika
itu aku bukan manusia. Aku masih dipengaruhi oleh roh
beruang yang menguasai kulit itu”
Sinkope
“Oi... kau tak teringin benda ni?” Amira bersuara dengan kuat
untuk menarik perhatian Jacinta
Inversi
Kita hanya perlu berjalan mungkin satu atau dua jam dan di
sana kamu nanti semua boleh lihat sendiri apa yang saya
maksudkan.
Kata Ganda
Jidin menyelak daun-daun hijau dan pertama yang dia lihat
adalah mata biru Samantha.
19
20. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
Peribahasa
Akhirnya ikan akan pulang ke lubuk jua walaupun kita cuba
menghalang takdir.
Cerpen
Konsep
Cerpen atau cerita pendek dapat didefinisikan sebagai kisah
rekaan yang ringkas, panjangnya antara 500 hingga 15,000 patah kata.
Cerpen mempunyai kesatuan yang dicapai, terutamanya melalui plot di
samping banyak mempunyai unsur lain seperti tema, latar, watak, gaya
dan sebagainya. Cerpen berbeza dengan novel, terutamanya dari segi
cerita yang berpusat pada sesuatu watak yang menggambarkan satu siri
aksi atau peristiwa yang terbatas. Cerpen mengemukakan cerita dalam
latar tempat yang terhad, jangka waktu yang pendek dan pertalian
ceritanya tidaklah kompleks.
Genre ini bermula pada tahun 1925. Antara penulis cerpen yang
terawal ialah Harun Muhamad Amin, Mahmud Ahmar, Yusof Arshad.
Cerpen tersebut diterbitkan dalam majalah Guru. Akhbar-akhbar yang
turut menyiarkan cerpen ialah Utusan Zaman, Warta Ahad dan Warta
Jenaka. Tokoh-tokoh penulis cerpen antaranya; Abd Rahim kajai, Ishak
Hj. Mohamad. Cerpen yang ditulis pada zaman sebelum Perang
Dunia lebih berbentuk;
- didaktik, bertujuan untuk mengajar
- tidak mementingkan struktur penulisan
- lebih terpengaruh dengan bentuk sastera lisan dan tradisi
bercerita
- lebih banyak menggunakan istilah ‘cerita’.
Cerpen yang ditulis pada zaman selepas Perang Dunia mengalami
sedikit perubahan. Antara penulis cerpen pada ini ialah Keris Mas, Ahmad
20
21. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
Boestamam, Abdul Samad Ismail. Cerpen-cerpen yang dihasilkan pada
zaman ini dan seterusnya mempunyai tema yang pelbagai seperti
- romantis dengan semangat perjuangan untuk mencapai
kemerdekaan
- Percintaan
- Ketidakadilan masyarakat
- Kepincangan dan keburukan masyarakat
- Percintaan dan kahwin campur
- Sindiran tajam (sinis)
- Pembangunan
- Pemikiran falsafah
- Politik
- jenaka
Ciri-ciri
Menurut pendapat Sumarjo dan Saini (1997 : 36) sebagai berikut.
Ceritanya pendek ;
Bersifat rekaan (fiction) ;
Bersifat naratif ; dan
Memiliki kesan tunggal.
Pendapat lain mengenai ciri-ciri cerita pendek di kemukakan pula
oleh Lubis dalam Tarigan (1985 : 177) sebagai berikut.
Cerita Pendek harus mengandung interprestasi pengarang tentang
konsepsinya mengenai kehidupan, baik secara langsung maupun tidak
langsung.
Dalam sebuah cerita pendek sebuah insiden yang terutama
menguasai jalan cerita.
Cerita pendek harus mempunyai seorang yang menjadi pelaku
atau tokoh utama.
21
22. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
Cerita pendek harus satu efek atau kesan yang menarik.
Menurut Morris dalam Tarigan (1985 : 177), ciri-ciri cerita pendek
adalah sebagai berikut.
Ciri-ciri utama cerita pendek adalah singkat, padu, dan intensif
(brevity, unity, and intensity).
Unsur-unsur cerita pendek adalah adegan, toko, dan gerak (scena,
character, and action).
Bahasa cerita pendek harus tajam, sugestif, dan menarik perhatian
(incicive, suggestive, and alert).
Jenis-jenis
1. Cerpen konvensional
Aliran penulisan karya yang digunakan ialah realisme. Cerpen
pertama berjudul 'Kecelakaan Pemalas' karya Nor bin Ibrahim. Selain itu,
cerpen 'Cerpan Kemajuan Dunia' karya Ismail Sulaiman dan 'Cubaan
Kasih' oleh Jentayu. Cerpen yang tersiar dalam Pengasuh dan Panduan
Guru selepas itu menggunakan latar negara-negara Barat dan Timur
Tengah. Cerpen dalam cerpen Penyuluh berlatarkan China dan
Indonesia. Manakala dalam Majalah Guru berlatarkan negara Eropah.
2. Cerpen absurd
Antara contoh cerpen absurd ialah 'Gap-gup-gup' oleh Othman
Puteh 'Fakurdafakia' oleh Mana Sikana dan kumpulan cerpen Parasit
oleh Anwar Ridhwan. Kesemua cerpen absurd memanfaatkan aliran
absurdisme.
3. Cerpen panjang
4. Cerpen berunsur Islam
22
23. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
5. Cerpen berdasarkan karya tradisional
Ketiga-tiga cerpen di atas disenaraikan sebagai konvensional dan
beraliran realisme.
6. Cerpen kanak-kanak
Penulis terkenal dalam cerpen jenis ini ialah Ali Majod (Dalam Diri),
Azizi Hj Abdullah (Paku Payung dan Limau Mandarin), dan Rejab F.I
(Hadiah Hari Guru). Semua cerpen di atas disenaraikan sebagai
konvensional dan beraliran realisme.
Gaya bahasa
1. Pemilihan kata
Bagi menghasilkan penulisan yang baik, pemilihan kosa kata yang
tepat amat penting. Kesilapan menggunakan sesuatu perkataan
menyebabkan pemahaman pembaca tersasar jauh daripada apa yang
difikirkan oleh penulis. Contonya perkataan lihat, tengok, intai, tinjau, tilik
semuanya menggambar apa yang dilihat oleh mata tetapi setiap
perkataan memberi maksud yang berbeza.
2. Pembinaan ayat yang mantap
Ayat yang baik lahir dari struktur yang betul. Dalam tatabahasa
bahasa Melayu ada empat pola ayat yang mendominasikan pengolahan
ayat. Struktur itu ialah FN + FN, FN + FS, FN + FA dan FN + FK.
Dalam penulisan karya sastera, penggunaan kata diperindahkan
dengan menggunakan bahasa puitis. Lihat bentuk gaya bahasa puitis
dalam ayat di bawah.
(i) Air sungai menyenak ke tebing. Hujan semalaman menjadikan sungai
sebak. Arus deras menunda sampah sarap yang tesangkut pada
23
24. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
tunggul-tunggul berceranggah di tepi tebing. (Dharmala N.S Cerpen
Rakit)
Air sungai menyenak – personifikasi
Hujan semalaman menjadikan sungai sebak – Hiperbola
Arus deras menunda sampah - hiperbola
(ii) Sago berasa kepedihan hatinya perlahan-lahan surut. Dia teringat
pada mimpi-mimpi yang memberi harapan lain saban malam sejak dua
bulan terakhir ini. (Baharuddin Kahar, Cerpen Sempena Ganja Iras)
mimpi-mimpi yang memberi harapan lain - personifikasi
kepedihan hatinya perlahan-lahan surut - imejan
3. Dialog yang mantap
Dialog dalam cepen mempunyai fungsi yang besar menghidupkan
penceritaan.
(i) memperkenalkan watak
Dialog memberi kesan kepada pembaca apabila dialog itu sendiri
memperkenalkan watak-watak dalam penceritaan. Sebagai contoh , lihat
dialog di bawah.
" Siapa dia? "
" Namanya Pipah. Tetapi dipanggil Pip saja. Dia sekampung dengan
saya. Tapi sudah lama tinggal di KK."
" Dia kerja apa? "
" Setiausaha sebuah firma yang besar di sana. Saya tidak tahu nama
firma itu," kata Baitah.
(Cerpen Sebuah Pekan Bernama Semporna karya Abdullah Hussein.
Antologi SPBS, DBP hal. 128 - 129)
24
25. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
(ii) Dialog tanpa penjelasan
Dialog yang kemas tidak memerlukan keterangan suasana.
Memadai pembaca membaca dialog. Pembaca sudah tahu siapa yang
berkata dan kepada siapa dia berkata. Lihat pula dialog dari cerpen
Susanne dan Penyair yang pulang karya Zakaria Ali (Dewan Sastera;
Ogos 1973: 1)
" Jebat, aku punyai sesuatu nak aku katakan padamu."
" Apa? "
" Tentang Leonard Weekend ini meyakinkan aku bahawa ia tetap cinta
padaku."
" Dan kau memulangkan kembali cintanya? "
" Entahlah. Aku sayang padanya'" bisik sussane.
" Tapi aku tak percaya aku cinta padanya sepertiia mencintai aku."
(iii) Dialog dengan penjelasan
Namun begitu, ada baiknya juga jika dialog itu diberi keterangan
supaya pembaca benar-benar dapat memahami apa yang diceritakan
oleh pengarang. Saya mengambil contoh seperti dialog berikut.
" Aku akan megusulkan undi tidak percaya terhadap pucuk pimpinan
parti," ujar Lavasqui secara tebuka sehari selepas berita itu tersiar di
akhbar.
" Kau memerlukan dua pertiga majoriti ahli jawatankuasa pusat,
Lavasqui," komen Dave.
" Aku telah mengira kau sebagai penyokongku yang pertama,"
Dave menyepi. Dia cuma merenung tepat ke muka sahabatnya.
(iv) Menukar dialog kepada cakap pindah
25
26. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
Terdapat juga penulis yang menukar dialog kepada cakap pindah.
Contohnya Anwar Ridhwan dalam karyanya berjudul Di Negeri Belalang
menulis begini.
Dia ditanya apa tujuannya datang ke kota mati itu. Dia memberi jawapan
bahawa dia tanpa tujuan sebenarnya dan tidak mengharapkan
penemuan yang luar biasa. Dia sudah terbiasa untuk menemui
kekosongan dalam hidupnya. Itu, katanya sama seperti mendulang
emas di kali yang memang tidak mempunyai emas.
( Novelet Di Negeri Belalang, Marwilis Publisher, 1989: 59 – 60)
4. Pelukisan
Untuk memberi gambaran yang tepat, pengarang perlu menulis
secara terperinci tentang sesuatu perkara. Perincian penulisannya itu
menyebabkan pembaca benar-benar berpuas hati . Inilah pelukisan
bahasa dalam sesebuah karya sastera.
Dalam novel terjemahan berjudul Perjuangan Sia-sia karya John
Steinbeck (DBP, 1981) bahasa pelukisan ini digarap dengan baik.
Akhirnya malam menjelang. Di luar lampu-lampu jalan telah menyala
dan lampu neon pada papan tanda restoran berkelip-kelip memancar
sinar merah menyala ke udara. Lampu neon di papan tanda itu
melontarkan sinar merah redup ke bilik Jim Nolan. Telah dua jam dia
duduk di kerusi goyang kecil yang keras di bilik itu dengan melunjurkan
kedua-dua kakinya ke lantai dan menepuk-nepuknya untuk
menghilangkan rasa kebas itu menjalar naik dan turun hingga ke buku
lalinya, kemudian dia berdiri lalu menyalakan lampu yang tidak
bertudung dan kelihatanlah sebuah katil putih besar dengan cadarnya
berwarna putih seperti kapur sebuah almari kayu oak berwarna
keemasan dan permaidani merah bersih yang terhampar yang warnanya
telah bertukar menjadi kecoklatan dengan tepinya yang meleding (hal.
1).
Perhatikan gambaran di dalam bilik itu dengan perabot yang sama sekali
tidak diceritakan oleh pengarang. Hanya sesudah lampu dipasang,
baharu dapat dilihat dengan jelas keadaan bilik yang dihuni oleh Jim
Nolan.
26
27. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
Drama/ Teater
Konsep
Drama dapat diertikan sebagai suatu kisah yang diceritakan dalam
bentuk lakonan oleh para pelakon yang memegang peranan sebagai
watak-watak dalam kisah tersebut. Aksi dan dialog penting dalam drama,
baik sebagai isi mahupun sebagai cara persembahan. Drama cuba
menggambarkan satu aspek kehidupan manusia dengan
mengemukakan konflik melalui aksi dan dialog para watak.
Lazimnya, skrip atau naskhah lakon drama memang dirancang
untuk dipentaskan. Sesuatu drama dinikmati oleh penonton secara
langsung dan tanpa henti pula. Itulah sebabnya sesuatu karya untuk
drama tidak boleh terlalu panjang dan harus mempunyai tarikan yang
kuat untuk memikat perhatian penonton.
Ciri-ciri
Mesti ada konfliksMesti ada aksiHarus dilakonkanTempoh masa kurang daripada 3 jamTiada ulangan dalam satu masaMesti ada konfliksMesti ada aksiHarus dilakonkanTempoh masa kurang daripada 3 jamTiada ulangan dalam satu masaMesti ada konfliksMesti ada aksiHarus dilakonkanTempoh masa kurang daripada 3 jamTiada ulangan dalam satu masaCiri-ciri drama adalah seperti berikut;
1. Mesti ada konfliks
2. Mesti ada aksi
3. Harus dilakonkan
4. Tempoh masa kurang tiga jam
5. Tiada ulangan dalam satu masa
Jenis-jenis
1. Tragedi
Mengandungi cerita tentang kemalangan dan kesedihan.
2. Komedi
Mengutarakan kisah hidup sehari-hari dengan pelbagai peristiwa lucu
yang boleh menyebabkan penonton ketawa.
3. Tragi-Komedi
Mengandungi unsur-unsur kesedihan dan lucu.
4. Opera
27
28. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
Mengemukakan cerita yang digabungkan dengan muzik.
5. Pantomin
Lakonan yang dipersembahkan melalui gerak badan dan memek muka
yang berlebihan untuk menyatakan aksi dan perasaan watak.
6. Bangsawan
Para pelakon membentuk dan mengubah sendiri dialog-dialog yang ingin
disampaikan.
Gaya bahasa
1.Stail dialog mirip dengan perbualan sehari-hari - sesuai untuk
menghidupkan suasana realistik
2.Pemilihan perkataan lebih tepat, lancar di samping mudah difahami
dan jelas
3. Penggunaan unsur gaya bahasa singkof- untuk menimbulkan kesan
realistik. Contohnya perkataan kamu/mu, hendak/nak, tidak/dak.
4. Pemilihan kata-kata dibuat dengan berhati-hati, misalnya bahasa
Inggeris digunakan untuk menggambarkan kehidupan moden.
5. Meninggalkan gaya bahasa tradisi drama puitis, biasanya
menggunakan gaya bahasa prosa dan seboleh-bolehnya meniru gaya
orang bercakap.
6. Watak-watak bercakap/berdialog dalam bahasa kolakial/bahasa
sehari-hari.
1. Sila jelaskan konsep novel, cerpen dan drama.
2. Nyatakan perbezaan antara novel, cerpen dan drama.
3. Baca sebuah cerpen dan analisis gaya bahasa yang terkandung
di dalamnya.
28
29. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
TAJUK
10
Syair
SINOPSIS
Bahagian ini mengandungi bentuk, fungsi, ciri bahasa dan gaya bahasa
syair. Secara umumnya, topik ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-
perkara berikut:
10.1 Bentuk/ciri-ciri
10.2 Fungsi
10.3 Gaya Bahasa
HASIL PEMBELAJARAN
i. Membuat huraian tentang bentuk dan fungsi syair..
ii. Menghuraikan aspek-aspek ciri-ciri dan gaya bahasa syair.
Syair merupakan karya kreatif lisan genre puisi tradisonal, Istilah syair
berasal daripada perkataan Arab shi’r (puisi/sajak) dan sha’ir (penulis
puisi/penyajak). Dipercayai diperkenal oleh Hamzah Fansuri pada abad ke-16
(1580-1630) untuk mengajar agama Islam.
10.1 Bentuk/ciri-ciri
i. Terdiri daripada 4 baris serangkap (tetapi sesetengah syair boleh
juga dihasilkan dalam 2 atau 3 rangkap).
ii. Syair tidak mempunyai pembayang maksud (berbeza dengan
pantun.
iii. Setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan
baris-baris terdahulu.
29
30. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
iv. Skima rima hujung a,a:a,a(serima) ; tidak dipentingkan rima
tengah.
v. Wujud hentian sebentar (pause) di pertengahan baris dan jeda
(caesura) di hujung baris - pertukaran lenggok suara dan melodi.
vi. Isi bercorak cerita atau huraian panjang mengenai subjek.
vii. Bahasanya padat dan puitis.
viii. Syair ialah cerita lengkap (ada watak, urutan peristiwa, teknik dan
penyusunan plot seperti cereka/ ada subjek dan huraian tentang
subjek berkenaan secara berurutan)
10.2 Fungsi
i. Bercerita
ii. Hiburan
iii. Amanat/pengajaran
iv. Nasihat/panduan moral
v. Ilmu
vi. Keagamaan/rasul/nabi/Allah
vii. Panduan/bimbingan
viii. Sejarah
ix. Kemasyarakatan
x. Percintaan/rasa hati
xi. Pengetahuan
xii. Ketokohan
xiii. Semangat patriotik
xiv. Kiasan/alogari/perbandingan
xv. Kisah kemasyarakatan/kebudayaan
xvi. Peristiwa peperangan
xvii. Gambaran kosmopolitan
30
31. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
10.3 Gaya Bahasa
a. Diksi
Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang
dalam karyanya. Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih
dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej
b. Personifikasi
Dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan. Membawa
maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari
segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati,
binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak.
c. Simile
Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit
(boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung)
Contoh: Hati dan jantung bagai serbuk,
Laksana kayu dimakan bubuk.
Syair ikan Terubuk (hlm 105).
d. Metafora
Merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa
menggunakan kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya.
e. Asonansi
Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris
syair.
Contohnya: pengulangan vokal “a” dalam Syair Nasihat Kepada
Perempuan.
Memandang suamimu seperti rusa
31
32. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
f. Aliterasi - Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam
baris gurindam
g. Pengulangan
Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang
dalam syair.
anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan.
epifora - pengulangan kata pada akhir baris.
repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama.
h. Singkof – iaitu satu perkataan telah disingkatkan.
Contohnya : Setahun padi tak jadi.
Iaitu penyingkatan perkataan “tidak” menjadi “tak”.
I. Paradoks – iaitu pertentangan isi ataau kenyataan.
Contohnya : Orang berlaki cerai ungkai,
Orang bercerai pulang balik.
j. Perlambangan
Merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu
benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau
maknanya lebih mendalam
contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan
usia
k. Hiperbola – iaitu perbandingan yang melampau.
Contoh : Sebulan dagang mengalas,
Jejak ditikam mati juga.
32
33. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
33
Aktiviti 1
1. Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk
mendapat bahan tentang syair.
2. Selain itu, anda juga dikehendaki melagukan syair dengan
nada dan intonasi yang betul.
34. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
TAJUK 11 GURINDAM
SINOPSIS
Bahagian ini mengandungi bentuk, ciri-ciri, fungsi, dan gaya bahasa
gurindam. Secara umumnya, topik ini akan membolehkan anda mengetahui
perkara-perkara berikut:
10.1 Bentuk/ ciri-ciri
10.2 Fungsi
10.3 Gaya Bahasa
HASIL PEMBELAJARAN
i. Membuat huraian tentang bentuk dan ciri-ciri gurindam.
ii. Menghuraikan aspek-aspek fungsi dan gaya bahasa gurindam.
Gurindam
Gurindam ialah sejenis puisi tradisional Melayu yang diperkenalkan oleh
Raja Ali Haji melalui "Gurindam Dua Belas" yang dikarang pada tahun 1846.
Terdapat dua jenis gurindam berdasarkan bentuknya iaitu yang terikat dan yang
tidak terikat. Bentuk yang terikat terdiri daripada dua baris serangkap
mengandungi tiga hingga empat patah perkataan.
11.1 Bentuk dan ciri-ciri
11.2 Fungsi
11.3 Gaya Bahasa
34
35. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
11.1 Bentuk dan ciri-ciri
1. Lazimnya gurindan terdiri daripada dua baris serangkap namun
terdapat juga gurindam yang mempunyai empat atau lebih baris dalam
satu rangkp.
2. Empat hingga enam patah perkataan/ 8- 12 suku kata sebaris
3. Jumlah rangkap dalam seuntai gurindan tidak ditentukan
4. Skima rima hujung bercorak serima iaitu a;a
5. Ada kalanya wujud unsur asonansi dan aliterasi pada perkataan dalam
baris
6. Rangkapnya terbahagi kepada unit syarat dan induk kalimat (baris
pertama) dan jawab atau anak kalimat (baris kedua).
7. Umumnya mengandungi pernyataan yang serius terutama untuk
memberi pengajaran atau menyatakan perasaan cinta.
11.2 Fungsi
1. Menyampaikan pendidikan kepada manusia agar menjadi manusia
berilmu, bermoral, berakhlak dan berguna kepada agama, bangsa dan
negara.
2. Amanat/pengajaran
3. Nasihat/panduan moral
4. Ilmu Pengetahuan
5. Keagamaan/rasul/nabi/Allah
6. Panduan/bimbingan
11.3 Gaya Bahasa
a. Diksi
Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang
dalam karyanya. Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih
dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej
35
36. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
b. Personifikasi
Dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan. Membawa
maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari
segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati,
binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak.
c. Simile
Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit
(boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung)
d. Metafora
Merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa
menggunakan kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya.
e. Asonansi
Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris
gurindam
Contohnya: pengulangan vokal “a” dalam baris Fasal ketujuh
Gurindam 12 Apabila banyak berkata-kata,
Di situlah jalan masuk dusta
f. Aliterasi
Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris
gurindam
Contohnya: pengulangan konsonan m dalam baris Memacu
menghimpun kekuatan
36
37. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
g. Pengulangan
Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang
dalam sajak.
anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan.
Contohnya: Fasal Ketujuh Gurindan Dua Belas
epifora - pengulangan kata pada akhir baris.
repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama.
h. Perlambangan
Merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu
benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau
maknanya lebih mendalam
contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan
usia
37
Aktiviti 1: Berdasarkan gurindam dan seloka yang anda kaji,
senaraikan unsur-unsur bahasa yang digunakan di dalamnya.
38. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
TAJUK 11 SELOKA
SINOPSIS
Bahagian ini mengandungi bentuk, ciri-ciri, fungsi, dan gaya bahasa
seloka. Secara umumnya, topik ini akan membolehkan anda mengetahui
perkara-perkara berikut:
10.1 Bentuk/ ciri-ciri
10.2 Fungsi
10.3 Gaya Bahasa
HASIL PEMBELAJARAN
i. Membuat huraian tentang bentuk dan ciri-ciri seloka.
ii. Menghuraikan aspek-aspek fungsi dan gaya bahasa seloka.
38
39. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
SELOKA
Istilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit shloka. Dalam bahasa
Melayu seloka bererti berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka merupakan
puisi yang paling tua dalam Kesusateraan Melayu yang dipercayai datang ke
alam Melayu bersama-sama perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara.
Teks Mahabarata dan Ramayana merupakan buku terawal yang tertulis dalam
bentuk seloka.
Sebagai puisi tradisional karangan berrangkap atau bahasa
berirama seloka lebih merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang
mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran. Walaipun
seloka merupakan puisi yang bercorak senda gurau namun isinya mengandugi
sindiran yang menjadi pengajaran dan teladan kepada pembaca.
10.1 Bentuk/ ciri-ciri
Seloka mempunyai beberapa ciri seperti berikut :
1. Seloka mempuyai 2 bentuk iaitu : terikat dan bebas.
Contoh seloka bentuk bebas.
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpupuk
Ada rumah bertandang duduk
39
40. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
Aduhai, malang Pak Kadok. (Anak Laut, hlm 9)
Contoh seloka berbentuk terikat (pantun/syair)
Buah pinang buah belimbing
Ketiga dengan sibuah mangga
Sungguh senang berbini sumbing
Walau marah ketawa juga (Warisan Puisi Melayu, hlm 67)
2. Karangan berangkap yang menggunakan pertentangan bunyi rima
hujung.
3. Terbahagi kepada unit pembayang (induk kalimat) dan unit maksud
(anak kalimat).
4. Perkataan sindiran atau ejekan disampaikan dalam bentuk berangkap.
5. Mengandungi unsur jenaka atau gurau senda.
6. Digunakan untuk menyindir sambil mengajar.
10.2 Fungsi
1. Pengajaran
2. Hiburan
3. Kisah Kemasyarakatan
4. Kiasan/alogari/perbandingan
5. kebudayaan masyarakat.
10.3 Gaya Bahasa
a. Diksi
Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang
dalam karyanya. Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih
dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej
40
41. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
b. Personifikasi
Dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan. Membawa
maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari
segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati,
binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak.
c. Simile
Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit
(boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung)
d. Metafora
Merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa
menggunakan kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya.
e. Asonansi
Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris
seloka.
Contohnya: pengulangan vokal “u” dalam Seloka Pak Kadok.
Sauh dilabuh bayu berpupuk.
f. Aliterasi
Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris
seloka.
g. Pengulangan
Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang
dalam sajak.
anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan.
epifora - pengulangan kata pada akhir baris.
repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama.
41
42. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
h. Perlambangan
Merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu
benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau
maknanya lebih mendalam
contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usia
42
Aktiviti 2: Buat banding beza antara gurindam dan seloka dari
segi konsep dan ciri-ciri.
43. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
BACAAN TAMBAHAN
Rujukan Asas Harun Mat Piah. (2004) Puisi melayu tradisional, nasihat dan
pengajaran. :Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Harun Mat Piah et.al. (2006) Kesusasteraan melayu tradisional .
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Hashim Awang, Othman Putih. (1985) Mendekati Kesusasteraan
Melayu: Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Ismail Yusoff.(2008) Kesusateraan Melayu Lama dan Baru: Sintok:
Universiti Utara Malaysia.
Rujukan
Tambahan
Che Zainon Omar et al. (2004) modul pengajaran dan
pembelajaran komsas tingkatan 4 dan 5. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dharmawijaya.(1987). Tanggapan dan kaedah pengajaran puisi.
Petaling jawa:International Book service.
Dharmawijaya.(1987). Intisari Kesusateraan Melayu Moden:
Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Nik Naemah Bt. Ibrahim. (2006). Sejarah dan kritikan sastera. Shah
Alam: SNP Panpac (M) Sdn. Bhd.
43
44. (PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )
44