Se ha denunciado esta presentación.
Se está descargando tu SlideShare. ×

Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu

Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Bagi mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal usul penutur
aslinya ter...
IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047 m/s : 2
Dalam usaha memahami lagi kewujudan bahasa Melayu klasik dan bahasa M...
IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047 m/s : 3
2.1 Definisi Bahasa Melayu Klasik
Terdapat beberapa definisi yang tel...
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio

Eche un vistazo a continuación

1 de 27 Anuncio

Más Contenido Relacionado

Presentaciones para usted (20)

A los espectadores también les gustó (20)

Anuncio

Similares a Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu (20)

Más de Ahmad NazRi (20)

Anuncio

Más reciente (20)

Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu

  1. 1. 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bagi mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal usul penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar tentang latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno. Rajah 1 : Peta Sungai Mekong Menurut Amat Juhari Moain ( 2006) , apabila kita ingin mengetahui asal usul sesuatu bahasa, kita perlu mengetahui asal bangsa yang menjadi penutur utama bahasa tersebut. Hal ini demikian adalah kerana bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu masyarakat penggunanya dan pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana pun ia pergi. Demikianlah juga halnya dengan bahasa Melayu. Apabila kita ingin mengetahui asal usul bahasa Melayu, maka kita perlu menyusurgaluri asal usul bangsa Melayu. Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara iaitu Asia Tengah dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini.
  2. 2. IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047 m/s : 2 Dalam usaha memahami lagi kewujudan bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu Moden, mengetahui perbezaan antara bahasa Melayu kasik dan moden pada setiap masyarakat haruslah dibincangkan. Bahasa Melayu klasik dan moden mempunyai peranan dan kelebihannya tersendiri sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini sangat diperlukan kerana setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya negara Jepun dengan bahasa Jepunnya, negara Jerman dengan bahasa Jermannya dan negara Perancis dengan bahasa Perancisnya. Bahasa Melayu berperanan sebagai alat memperkasa dan perakuan kejatidirian bangsa Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan sendiri, seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020. Namun kedaulatan bahasa Melayu kian tergugat dan hanyut dek arus pemodenan serta asakan gelombang globalisasi dan seakan-akan kehilangan jati diri sebagai lambang bahasa bangsa Malaysia. Bahasa Melayu adalah warisan kebudayaan Melayu kerana hasil-hasil karya melayu moden dan klasik tidak mungkin dapat dipisahkan dengan latar belakang kehidupan masyarakat melayu ketika sastera itu dilahirkan. Bahasa Melayu moden dan klasik mempunyai perbezaan dari segi isi, bentuk, struktur bahasa perumusan masalah dan analisis yang sistematik. Awang Sariyan berpendapat Bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam periodisasi Bahasa Melayu, sesudah Bahasa Melayu Purba dan Bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19. Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan sewaktu terdirinya kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan Samudera-Pasai di bawah Sultan Malikul Salih. Gaya Bahasa Melayu Klasik pula memperlihatkan gaya yang tersendiri. Gaya BahasaMelayu Klasik kelihatan pada ayat kompleks, ayat pasif dan ayat songsang. Hal ini disebabkan oleh pengaruh bahasa Arab dan lenggoknya yang jelas kelihatan kearab-araban. Selain daripada itu, bunga bahasanya juga menggambarkan kehalusan dan daya cipta berseni karyawan pada zaman tersebut. Bahasa Melayu Klasik bertunjangkan sistem tulisan Jawi yang berasaskan bahasa Arab. Sistem tulisan ini merupakan alat yang meluaskan penyebaran dalam bahasa persuratan di Alam Melayu. Malah sistem tulisan inilah merupakan bukti yang nyata tentang kewujudan bahasa ini. Warisan Bahasa Melayu Klasik tertulis dalam karya persuratan yang meliputi pelbagai bidang, iaitu agama, undang-undang, ketatanegaraan, historiografi, sastera, perubatan dan pentadbiran serta hubungan politik. Bahasa Melayu Klasik juga mendapat pengaruh kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Parsi. 2.0 LATAR BELAKANG BAHASA MELAYU KLASIK
  3. 3. IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047 m/s : 3 2.1 Definisi Bahasa Melayu Klasik Terdapat beberapa definisi yang telah diutarakan oleh pengkaji bahasa . Di antaranya ialah Asmah Hj.Omar (1985:33), “ bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan bahasa Melayu Klasik”. Menurut Ismail Hussein (1984:24), “pembahagian yang dibuat oleh adalah atas pertimbangan sejarah perkembangan bahasa Melayu. Hal ini dapat dibahagikan mengikut zaman politik Srivijaya, Majapahit, Melaka, dan sebagainya, pengaruh kebudayaan seperti Hindu, Islam, dan Barat atau mengikut zaman tulisan yang digunakan seperti tulisan Melayu Kuno yang diambil dari India, tulisan Arab, dan akhir sekali tulisan Latin. Contohnya pada zaman politik Srivijaya, masyarakatnya yang beragama Hindu dan Buddha, menggunakan tulisan yang dibawa dari India, sasteranya dipenuhi oleh cerita-ceritasasteraIndia dan bahasa Melayunya, dengan pinjaman kata-kata Sanskrit. 2.2 Perkembangan Bahasa Melayu Klasik. Di dalam buku tulisan Goay Teck Chong,Choo Say Tee & Zainuddin Ahmad (2006) yang bertajuk Teks Pra-U Stpm Bahasa Melayu ada mencatatkan bahawa bahasa Melayu Kuno digantikan dengan Bahasa Melayu Klasik. Peralihan ini dikaitkan dengan kedatangan agama Islam yang ke Asia Tenggara pada abad ke-13. Sebelum memasuki zaman bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu telah mengalami satu zaman transisi yang dikenal sebagai zaman bahasa Melayu Praklasik. Zaman praklasik ini dikatan bermula pada abad ke-11 dan berlanjutan hingga abad ke-14 apabila aksara jawi digunakan. Pengaruh Hindu dan Islam bercampur-aduk dari segi sistem penulisan dan kosa kata dalam bahasa Melayu. Sistem ini dinamakan ‘arkaik’ iaitu kata-kata yang bersifat sankrit dan aksara untuk menuliskan kata- kata yang pekat kearabannya Secara umumnya, bahasa Melayu Klasik digunakan antara abad ke-14 hingga abad ke-19 (dari tarikh yang tercatat pada batu bersurat Kuala Berang hingga ke zaman Abdullah Munsyi). Bahasa Melayu Klasik ini mencapai zaman kegemilangannya pada zaman kerajaan Melaka, zaman kerajaan Acheh, dan zaman kerajaan Johor-Riau. Bahasa Melayu berkembang dengan pesat pada zaman Melaka kerana : i. Pengaruh politik Melayu membolehkan bahasa Melayu disebarkan dengan mudah. ii. Bahasa Melayu mula digunakan sebagai bahasa penyebaran agama Islam yang tinggi darjah kebudayaannya.
  4. 4. IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047 m/s : 4 iii. Perkembangan tulisan Jawi dan perbendaharaan kata daripada bahasa Arab yang membantu perkembangan bahasa Melayu dalam bidang kesusasteraan, sejarah dan undang-undang. 2.3 Peranan bahasa Melayu Klasik : i. Lingua Franca ii. Bahasa Pentadbiran iii. Bahasa Rasmi iv. Bahasa Ilmu 2.4 Ciri-ciri bahasa Melayu Klasik. Pengaruh Islam menjadi semakin kuat sehingga bahasa Melayu mengalami banyak perubahan. Ciri-ciri bahasa Melayu klasik yang terdapat Naskhah Sejarah Melayu Sellabear. ialah: 2.4.1 Sistem Tulisan dan Ejaan. Pada era bahasa Melayu Klasik, tulisan Jawi (yang berasal daripada tulisan Arab) merupakan sistem tulisan terpenting. Tulisan jawi ialah sejenis sistem tulisan yang menggunakan abjad Arab dan enam abjad tambahan yang dicipta oleh orang Melayu sendiri. 2.4.2 Kosa kata. Apabila adanya pengaruh Islam, kosa kata bahasa Melayu telah diperkaya dengan kata-kata atau istilah-istilah yang dipinjam/diserap daripada bahasa Arab. Sebagai contohnya, kata syurga berubah daripada konsep syurga dalam pengertian Hindu kepada konsep yang didukung oleh Islam, iaitu dengan pengertian al-Jannah, dan konsep yang didukung oleh Islam, iaitu dengan pengertian an-Nar. 2.4.3 Tatabahasa. Ciri-ciri tatabahasa bahasa Melayu Klasik dapat ditinjau daripada aspek penggunaan perkataan, imbuhan dan struktur ayat. Daripada aspek penggunaan perkataan, bahasa Melayu Klasik banyak menggunakan bahasa Istana, menggunakan kosa kata klasik spt. ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih). Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) spt. sebermula, alkisah, hatta, adapun. Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa
  5. 5. IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047 m/s : 5 seperti alam bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan,pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata umum. Banyak menggunakan partikel pun dan lah. 2.5 Bahan bukti penggunaan Bahasa Melayu Klasik. 2.5.1 Batu Bersurat Bukti kegemilangann Bahasa Melayu Klasik boleh dilihat daripada tiga batu bersurat yang penting. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan. i. Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (22 February 1303[1]) ditulis dalam tulisan Jawi. Ini membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu. Malah ia juga membuktikan bahawa pengaruh Islam telah bertapak di rantau ini. Teks yang terdapat pada batu bersurat ini menunjukkan percampuran kata asli bahasa Melayu dengan kata pinjaman Sanskrit, Jawa dan Arab. ii. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) ditulis dalam huruf India mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7. iii. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) masih memakai abjad India buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat. 2.5.2 Tokoh dan Hasil Karya Antara tokoh-tokoh penulis yang penting dalam bahasa Melayu Klasik ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel. Hasil karya yang terkenal pula ialah: i. Hikayat raja-raja pasai ii. Hikayat Muhammad Ali Hanafiah iii. Hikayat Amir Hamzah iv. Bustanus Salatin v. Sulalatus Salatin vi. Sejarah Melayu
  6. 6. IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047 m/s : 6 3.0 LATAR BELAKANG BAHASA MELAYU MODEN 3.1 Perkembangan Bahasa Melayu Moden Menurut Siti Khajar Abdul Aziz di dalam bukunya Bahasa Melayu 1 (2008) Bahasa Melayu moden dikatakan bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden kerana sifatnya yang dikatakan agak menyimpang dengan bentuk bahasa Melayu klasik. Namun Teks Pra-U Stpm Bahasa Melayu, tulisan Goay Teck Chong, Choo Say Tee & Zainuddin Ahmad (2006) mencatatkan bahawa, ada pengkaji yang berpendapat bahawa zaman Abdullah Munsyi merupakan zaman peralihan daripada bahasa Melayu Klasik kepada bahasa Melayu Moden. Menurut mereka, zaman bahasa Melayu moden sebenarnya bermula pada awal abad ke-20. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menyebut bahawa, "Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen”. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara (bahasa yang digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan persekutuan, negeri, tempatan dan badan berkanun). Laporan Razak 1956 mencadangkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dan menjadi alat utama perpaduan antara kaum. Lantaran itu, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memajukan bahasa serta menigkatkan kemampuannya dalam menghadapi zaman moden. Antara langkah yang dijalankan untuk memodenkan bahasa Melayu ialah perancangan korpus bahasa Melayu.Perancangan korpus ini telah diterajui oleh Pakatan Belajar –Mengajar Pengetahuan Bahasa. Mereka memulakan perancangan korpus bahasa iaitu dengan menyusun panduan ejaan, kamus, tatabahasa, tanda-tanda bacaan, surat kiriman, dan peristilahan. Sejurus selepas itu muncullah badan perancangan daripada persatuan dan lembaga yang dikelolakan oleh kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan adanya usaha- usaha ini maka dapat diatur dan dibakukan sistem ejaan,peristilahan ,tatabahasa,perkamusan,sebutan ,laras dan lain –lain yang berkaitan dengan bahasa Melayu.Bagi mengukuhkan usaha-usaha ini maka berbagai-bagai kongres dan seminar tentang bahasa dan sastera Melayu telah diadakan.Contohnya ialah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu dimulai pada tahun 1952 hingga 1984 iaitu Kongres yang keempat. Kesimpulannya, dengan adanya kegiatan-kegiatan seumpama di atas ini, maka bahasa Melayu terus melonjak naik kemampuannya sehingga menjadi bahasa moden yang digunakan sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi, dan tulisan ilmiah.
  7. 7. IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047 m/s : 7 3.2 Tokoh-tokoh penting Bahasa Melayu Moden. Terdapat beberapa orang tokoh-tokoh penting yang menyumbang kepada perkembangan Bahasa Melayu Moden. Tokoh yang pertama ialah Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi. Karya beliau iaitu Hikayat Abdullah, memperlihatkan pembaharuan daripada segi pemikiran dan menandakan zaman permulaan zaman permulaan bahasa Melayu moden. Manakala Raja Ali Haju pula memperlihatkan dirinya sevagai cendekiawan Melayu yang serba boleh dengan menghasilkan karya dalam pelbagai bidang seperti bahasa, agama, sejarah dan sastera. Sumbangan Raja Ali Haji dalam bidang kesusasteraan lebih tertumpu kepada puisi, khususnya syair. Mohd Said Bin Haji Sulaiman adalah salah seorang yang menjadi tunjang penubuhan Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (Pakatan) ketika zaman perkembangan zaman bahasa Melayu Moden. Dalam bidang bahasa karya-karya beliau meliputi bidang perkamusan, ejaan, tatabahasa, dan penggunaan bahasa. Za’ba merupakan tokoh bahasa yang memberikan sumbangan yang amat menonjol dalam bidang tatabahasa. Selain menghasilkan karya-karya Za’ba juga memberikan sumbangan mengangkat martabat bahasa Melayu menerusi jawatan yang dipegang oleh beliau. 3.3 Fungsi - Fungsi Bahasa Bahasa perlu dipelajari untuk mendapatkan kebolehan menggunakan bahasa tersebut secara praktikalnya. Namun begitu, bahasa juga penting sebagai alat yang membantu kita mencapai pelbagai objektif yang diingini dalam hidup. Bahasa mempunyai pelbagai fungsi, fungsi ini boleh diringkaskan seperti dibawah : 3.3.1 Bahasa komunikasi Bahasa sebagai alat komunikasi bermaksud bahasa digunakan dalam kehidupan seharian untuk berhubung. Dalam konteks ini, bahasa Melayu telah berfungsi sebagai bahasa perantaraan atau lingua franca sejak zaman bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Klasik. Bahasa yang digunakan haruslah difahami oleh kedua-dua belah pihak yang bertutur. Jika sebelah pihak tidak memahami bahasa yang digunakan maka perbualan itu tidak dianggap komunikasi.
  8. 8. IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047 m/s : 8 3.3.2 Bahasa perpaduan Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan. Selain itu, bahasa Melayu turut menjadi bahasa yang menyatu padukan seluruh rakyat yang berbilang kaum. Bahasa ini digunakan dalam pertuturan harian. Walaupun berbeza bahasa ibunda namun jika bertutur di antara kaum yang berbeza bahasa Melayu akan digunakan dan kedua-dua pihak masih boleh memahami apa yang dipertuturkan. 3.3.3 Bahasa ilmu Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dalam bidang pendidikan. Malah bahasa ini turut diketengahkan dalam bentuk penulisan sama ada penulisan kreatif atau untuk tujuan pendidikan. Malah pelbagai informasi terkini disalurkan dalam bentuk penulisan iaitu melalui rencana, akhbar dan artikel. Selain itu, bahasa turut digunakan untuk tujuan pemerintahan atau melahirkan pendapat seperti berhujah, bahasa dan sebagainya. 4.0 ANALISIS CIRI-CIRI BAHASA MELAYU BERDASARKAN SEJARAH MELAYU VERSI SHELLABEAR DAN HIKAYAT ABDULLAH Di dalam buku karya-karya sastera bercorak sejarah yang ditulis oleh Ali Ahmad (1987), ada tercatat bahawa sejarah menurut Burchardt adalah rakaman apa yang dianggap bernilai oleh suatu zaman yang harus dicatatkan dalam zaman yang lain dan bagi penyusun Sejarah Melayu apa yang bernilai dicatatkan itu adalah mengenai Melaka. Sulalatus salatin memang telah dikenal sejak lama dulu. Kitab ini lebih dikenali dengan judul Sejarah Melayu. Hingga masa ini, yang kita ketahui, bilangan naskhah Sejarah Melayu yang masih tersimpan dengan baiknya di perpustakaan-perpustakaan ialah dua puluh sembilan naskah. Ini tidak termasuk naskhah yang mungkin dimiliki oleh orang-orang perseorangan. Di antaranya ialah 11 naskah yang terdapat di United Kingdom, 12 naskhah di negeri Belanda, 5 di Indonesia dan sebuah di Rusia. Teks sejarah Melayu yang pertama sekali yang dilahirkan telah dianotasikan oleh Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi serta diterbitkan buat kali pertamanya di Singapura pada tahun 1831. Kemudian teks yang kedua telah diedit oleh Dulaurier, tetapi teks ini tidak sempat siap kerana kematian beliau. Lain-lain teks yang cuba dikerjakan oleh beberapa orang sarjana termasuk teks yang kini dikenal sebagai teks kepunyaan W.G Shellabear, teks dari versi No.18 kepunyaan Rafles yang dikerjakan dan diterbitkan oleh R.O Winstedt dan sebuah teks lagi di Indonesia yang diedit dan diterbitkan oleh Datuk Madjoindo pada tahun 1959.Kesemua naskah ini memang terdapat perbezaan yang banyak dari pelbagai segi, walaupun kesannya yang lebih besar dan jelas memangtidak
  9. 9. IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047 m/s : 9 dapat kita nafi. Bagi tujuan perbandingan tentang perbezaannya, saya ambil dua buah buku teks Melayu iaitu Sejarah Melayu versi Shellabear dan Hikayat Abdullah karangan Abdullah Munsyi. 4.1 Hikayat Abdullah 4.1.1 Riwayat hidup Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi. Rajah 3 : Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi. Laman sesawang http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdullah_Abdul_Kadir_Munshi , mencatatkan bahawa Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi, atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munsyi, (1796-1854) dianggap sebagai 'Bapa Sastera Melayu Moden'. Beliau dilahirkan di kampung Masjid, Melaka pada Ogos 1796 dan meninggal dunia di Mekah pada 1854. Namun menurut catatan di dalam buku Pengajian Kesah Pelayaran Abdullah Munsyi (1960) susunan A.H Edrus pula mencatatkan bahawa “Abdullah telah di-peranakkan di- Melaka pada Tahun Masehi 1795 ia-itu betul-betul pada tarikh negeri Melaka bertukar tangan daripada pemerentahan Belanda kepada pemerentahan Inggeris. Bapa-nya keturunan Arab berchampor Tamil dan ibu-nya berbangsa Tamil, tetapi ia di-bela dan hidup mengikut adat resam Melayu berchampor gaul dengan keluarga Melayu di-negeri tua Melayu ia-itu Melaka.” Beliau mendapat gelaran munsyi pada usia 11 tahun apabila mengajarkan pendidikan agama Islam kepada askar melayu di Melaka. Pada masa mudanya, Abdullah bergaul dengan pegawai dan paderi Inggeris. Kesan pergaulan itu terjelma dalam penulisannya. Abdullah Munshi telah menghasilkan karya pertamanya pada tahun 1830 bertajuk Syair Singapura Terbakar. Beliau bukan sekadar memperlihatkan perkembangan bahasa Melayu tersebut melalui karya kesusasteraan malahan juga ia menyedari betapa pentingnya buku nahu bahasa Melayu. Di antara hasil tulisan beliau ialah :
  10. 10. IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047 m/s : 10 i. Syair Singapura Terbakar 1830 ii. Hikayat Kalilah Wa Daminah (Terjemahan Tamil 1835) iii. Kitab Adat Segala Raja-raja Melayu Dalam Segala Negeri (1837) iv. Dawai-Kulub (1838) v. Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838) vi. Hikayat Abdullah (1843) vii. Kisah Pelayaran Abdullah ke Jedah (1854) viii. Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari Singapura Sampai ke Kelantan (1838) ix. Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari Singapura Sampai ke Mekkah (1858-9). x. Syair Singapura Terbakar (1843) xi. Syair Kampung Gelam Terbakar (1847?) xii. Malay Poem on New Year’s Day (1848) xiii. Ceretera Kapal Asap (1843) xiv. Ceretera Haji Sabar ‘Ali (1851) 4.1.2 Hikayat Abdullah. Laman sesawang http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdullah_Abdul_Kadir_Munshi menyebut bahawa Hikayat Abdullah atau juga dikenali sebagai Hikayat Abdullah bin Abdul Kadir 1849, Hikayat Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi 1880 merupakan kisah pengembaraan Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Ia selesai dikarang pada tahun 1845 dan pertama kali diterbitkan pada tahun 1849. Terbitan rumi diterbitkan oleh Pustaka Antara pada tahun 1907 bagi kegunaan teks di sekolah-sekolah Melayu. Ia merupakan antara teks sastera Melayu yang pertama diterbitkan secara komersial. Gaya penulisan Abdullah yang unik dipaparkan secara jelas dalam teks ini dan isinya disampaikan dalam bahasa Melayu yang sederhana dan kontemporari. Tidak seperti karya-karya klasik sastera Melayu yang kebiasaannya mengandungi fantasi dan cerita legenda, karya Abdullah berkisarkan tentang realisme. Karya ini diklasifikasikan autobiografi Abdullah dan mengandungi pandangan peribadi tetapi perseptif tentang masyarakat Singapura dan Melaka pada awal abad ke-19. Ia menceritakan sekilas tentang zaman kanak-kanaknya di Melaka, pengalamannya sendiri seperti pembedahan yang dilakukan kepadanya oleh seorang ahli bedah Inggeris atau
  11. 11. IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047 m/s : 11 kunjungannya ke kem puak Tiandihui, satu kumpulan kongsi gelap Cina di pedalaman Singapura , dan tentang acaraseperti pengasasan Institusi Raffles, perobohan kota A Famosa di Melaka, dan lawatan Lord Minto, Gabenor-Jeneral India ke Melaka. Sebahagian besar karyanya juga mengandungi pengamatan peribadi tentang personaliti-personaliti pada zamannya, para pegawai dari Inggeris Syarikat Hindia Timur Inggeris seperti Sir Stamford Raffles, Kolonel Farquhar dan John Crawfurd, Sultan Hussein Shah dari Kesultanan Johor, mubaligh dan pedagang Amerika dan Eropah, dan pedagang dari China. 4.1.3 Analisis ciri-ciri bahasa Melayu dalam Hikayat Abdullah. Setelah berbincang bersama rakan sekelas, saya dapati buku Hikayat Abdullah karya Abdullah Munsyi ini menggunakan Bahasa Melayu Moden sebagai bahasa penulisannya. Ini kami dapati atas beberapa bukti yang menyokong pernyataan kami bahawa Abdullah Munsyi menggunakan bahasa Melayu moden dalam penceritaan bukunya ini. Pertamanya, bukti yang menyokong kepada pernyataan kami susur galur daripada bahasa Melayu kuno dan bahasa Melayu klasik masih boleh dilihat dalam penggunaan ayat di dalam buku ini. Sebagai contoh, penggunaan kata pangkal ayat yang merupakan ciri utama bahasa Melayu klasik masih digunapakai dalam penulisan buku ini. Pada halaman 121 “ Shahadan sa-telah esok pukul sa-puloh…”, ‘shahadan’ merupakan kata pangkal ayat yang digunakan secara meluas dalam penulisan bahasa Melayu klasik. Penggunaan kata pangkal ayat ‘hatta’ juga dalam ayat “Hatta kemudian daripada sadiki hari pula bapa-ku memegang kerajaan…” menunjukkan masih ada unsur bahasa Melayu klasik dalam buku Hikayat Abdullah ini. Kedua, ciri-ciri bahasa Melayu moden adalah mempunyai banyak kata serapan daripada bahasa asing atau bahasa serumpun. Penggunaan bahasa arab banyak digunakan dalam buku Hikayat Abdullah ini. Sebagai contoh pada halaman 12 dalam ayat “…mudah- mudahan di-beri Allah akan di shurga tempat kediamannya…” yang menggunakan perkataan arab ‘shurga’.selain itu, penggunaan perkataan arab ‘kor’an’ pada halaman 13 dalam ayat “…laki-laki dan perempuan mengaji Kor’an…” menunjukkan serapan daripada bahasa Arab. Ketiga, bahasa Melayu moden juga menerima istilah-istilah daripada bahasa lain, terutama Bahasa Inggeris bagi memperkaya dan menambah kosa kata. Banyak perkataan bahasa Inggeris yang digunapakai dalam buku Hikayat Abdullah ini. Contohnya, perkataan ‘secretaries government’ dalam ayat “…perentah dari Betawi ia-itu daripada tuan secretaries
  12. 12. IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047 m/s : 12 government ka-Melaka…” pada halaman 8 serta perkataan ‘engineer’ pada halaman 11 dalam ayat “…raja Inggeris itu Major Cook, dan nama engineer-nya Farquhar”. Keempat, corak penulisan bahasa Melayu moden tidak lagi berkisar kisah-kisah di istana sebagaimana penulisan karya-karya bahasa Melayu klasik yang keseluruhannya mempunyai cerita berlatar belakangkan istana. Sebagai contoh boleh dilihat daripada senarai kandungan buku Hikayat Abdullah antaranya Dari Hal Tuan Raffles dan Dari Hal Lord Minto. Cerita-cerita ini berkisarkan mengenai pihak-pihak Inggeris yang dating ke Tanah Melayu dan tidak lagi berlatarbelakangkan penceritaan di istana dan institusi beraja. Bukti yang kelima ialah penceritaan buku Hikayat Abdullah ini tidak seperti penceritaan menggunakan bahasa Melayu klasik yang banyak menggunakan unsure mitos dan lagenda. Buku Hikayat Abdullah ini menceritakan peristiwa sebenar yang berlaku contohnya kedatangan pihak Inggeris ke Melaka dan hal negeri Singapura yang bukannya mitos atau pun cerita rekaan semata-mata., Keseluruhan ciri-ciri serta bukti-bukti di atas menujukkan bahawa buku Hikayat Abdullah ini lebih banyak menggunakan penulisan bahasa Melayu moden. Karya Abdullah Munsyi ini juga dianggap sebagai permulaan kepada penggunaan bahasa Melayu moden dalam penulisan pengkarya. 4.2 Sejarah Melayu versi Shellabear 4.2.1 Riwayat Hidup Shellabear William Girdlestone Shellabear sering disingkatkan kepada WG Shellabear. Beliau lahir pada 27 Ogos 1862 di England dan ditemui mati pada 16 Januari 1947 di Amerika Syarikat. Beliau merupakan seorang askar dan juga perintis bahasa dengan sekurang- kurangnya 55 buah karya sasteranya diterbitkan terutamanya Melayu. Edisi bahasa Inggeris itu diterjemahkan daripada Sejarah Melayu atau "Sejarah Melayu" masih di cetak, dan boleh didapati hari ini. Beliau meninggalkan banyak buku mengenai perbendaharaan kata Melayu, kamus, buku teks, dan kerja-kerja agama bagi Misi Kristian. Kehidupan awal beliau sebagai seorang penulis bermula apabila Shellabear pertama kali datang ke Singapura pada tahun 1887 pada usia 25 tahun sebagai Pegawai Jurutera Diraja. Beliau amat mementingkan agama. Oleh kerana itu, beliau meninggalkan perkhidmatan tentera untuk menyertai Misi Methodist dan membantu masyarakat asli mengenali agama Kristian. Untuk membantu mereka dengan keperluan penerbitan mereka, beliau kembali ke England untuk belajar seni percetakan.
  13. 13. IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047 m/s : 13 Pada tahun 1890, beliau memulakan Misi Methodist Press. Akhbar yang dicetak buku beliau pada kosa kata, kamus, buku teks dan kerja-kerja agama lain untuk misi. Shellabear membuat kajian khas bahasa dan mendapat kefasihan dalam bahasa Melayu. Beliau belajar dan mula menyayangi kesusasteraan Melayu. Beliau juga boleh membaca dan juga menulis dalam tulisan jawi dan bahasa rumi. Pada tahun 1917, kepentingan beliau dalam kesusasteraan membuatkan beliau mula mempelajari bahasa Arab. Pada tahun 1901, beliau mula bekerja pada 6500 perkataan perbendaharaan kata Melayu-Inggeris yang telah siap dan diterbitkan pada tahun 1902. Dari 1902-1915, Shellabear telah memulakan penulisan beliau dalam Sejarah Melayu atau "Sejarah Melayu", Pada bulan Jun 1913, beliau telah dianugerahkan Doktor Kehormat Ijazah Ketuhanan oleh Ohio Wesleyan University, sebagai pengiktirafan bagi penerbitan Bible lengkap dalam Bahasa Melayu pada bulan Ogos 1912. Beliau telah dilantik sebagai Presiden Cawangan Straits daripada Royal Society Asia pada tahun 1914. Beliau menjadi seorang profesor di Drew Theological Seminary, dan kemudian di Hartford Seminary Yayasan sehingga tahun 1938. Dalam tahun-tahun selepas bersara, Shellabear terus membantu ulama Melayu yang lain dengan persediaan untuk penerbitan buku. Beliau menulis memoir bertajuk Kehidupan Reverend WG Shellabear, DD diterbitkan pada tahun 1942. William Girdlestone Shellabear meninggal dunia dalam tidur, dalam Hartford, Connecticut, pada 16 Januari, 1947 pada usia lapan puluh empat. 4.2.2 Sejarah Melayu versi Shellabear Naskah Melayu dalam bentuk tulisan Jawi mula ditulis sejak zaman kedatangan Islam pada abad ke 15. Naskah asal (induk) menjadi sumber kepada berbagai ‘versi’ naskah lain. Versi ialah bentuk atau kelompok cerita yang samasejenis tetapi berbeza dengan bentuk dan kelompok cerita yang lain, walaupun berasal dari cerita yang sama. Misalnya, Teks Sejarah Melayu mempunyai berbagai versi. Pengkajian ke atas versi-versi naskahnya mula dilakukan oleh sarjana Barat seperti Sir Hugh Low, Sir Stamford Raffles, R.O. Winstedt dan W.G. Shellabear. Mereka mencari dan mengumpul manuskrip-manuskrip naskah Melayu di Nusantara. 4.2.2.1 Teks Sejarah Melayu Teks ini lahir dalam masyarakat Melayu berlatarkan zaman sebelum dan semasa kerajaan Melaka antara abad ke 15 dan 17. Nama lainnya dalam bahasa Arabnya ialah Sulalatus Salatin bererti ‘Salasilah Sultan-sultan’. Dalam edisi Shellabear, Sulalatus Salatin diberi makna sebagai ‘Peraturan Segala Raja-raja’. Dipercayai terdapat kitab asal teks Sejarah Melayu, khususnya berasal dari sebuah Hikayat Melayu yang dibawa dari Goa. Tun
  14. 14. IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047 m/s : 14 Sri Lanang adalah pengarang dan penyusun semula teks Sejarah Melayu, sebagaimana diungkapnya pada bahagian mukadimah, menyebut: Hamba dengan ada hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Gua: barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudiannya daripada kita, dan boleh diingatkannya, oleh segala mereka itu, syahdan adalah beroleh faedah ia daripadanya. (W.G. Shellabear, 1997, hlm. 2). Dalam Teks ini tercatat tarikh-tarikh kenaikan, kemangkatan dan tempoh pemerintahan raja-raja Melaka. Juga senarai raja-raja berkembang dan banyak perkara ditokok tambah, disisipkan bahan-bahan mana yang sesuai - akhirnya wujudlah teks Sejarah Melayu yang ada masa ini. Pengarang asal Sejarah Melayu dipercayai seorang scholar (intelektual) Melayu - meminati sejarah dan peka terhadap perkembangan politik di Melaka ketika itu. Kemungkinan pengarangnya didorong oleh Hikayat Zulkarnain dan Hikayat Raja-Raja Pasai, yakni dua naskah sastera yang tertua yang wujud ketika itu. Ini adalah kerana dalam Sejarah Melayu dimasukkan kisah-kisah mengenai tokoh-tokoh Iskandar Zulkarnian dan peristiwa-peristiwa daripada Kesultanan Samudera-Pasai. Namun begitu, malangnya nama pengarang tidak dikenali. Penyusunan semula teks Salalatus Salatin oleh Tun Seri Lanang pula menjadi sumber kepada penyalin-penyalin seperti Stamford Raffles, R.O. Winstedt, W.G. Shellabear, A. Samad Ahmad, dan lain-lain, menyebabkan timbulnya berbagai versi Sejarah Melayu. Sejarah Melayu terkenal sebagai hasil kesusasteraan yang agung di alam Melayu. Ramai sarjana Barat dan Nusantara mula mengkaji teks ini sejak tahun 1726 hingga sekarang. Misalnya, versi Sejarah Melayu Manuskrip Raffles M.S. 18 dikaji semula oleh R.O. Winstedt. Manakala A. Samad Ahmad telahpun mengkaji semua - 29 buah naskah versi - terdapat di perbagai koleksi dan kepustakaan dunia (12 - Netherlands, 11 - United Kingdom, 5 – Indonesia, 1 – Russia). Kemasyhuran Sejarah Melayu amat jelas kerana mendapat perhatian para pengkaji luar dan luar negeri dalam usaha untuk mewujud sebuah naskah yang lengkap. A. Punca Pelbagai Versi Persoalan utama kini, mengapa munculnya versi-versi naskah Sejarah Melayu sehingga amat sukar untuk ditentukan induknya? Permasalahan ini boleh dijelaskan berdasarkan faktor-faktor berikut: 1. Sikap Pengarang Naskah
  15. 15. IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047 m/s : 15 Asalnya – sebuah karya Kesusasteraan yang hanya berupa senarai raja-raja Melayu yang memerintah Melaka, lengkap dengan tarikh kenaikan sesorang raja, kemangkatan dan tempoh pemerintah rajanya. Senarai raja-raja itu menjadi ‘inti’ penulisan. Penyalinan daripada naskah induk dibuat mengikut keadaan (zamandan tempat)ianya disalin. Hampir semuaversi naskahnya dibuat pada abad ke 19. Sikap pengarang - tidak meletakkan nama sebenar mereka pada naskah salinan. Ketika itu karya bukan milik sesiapa tetapi adalah hak masyarakatnya. Belum ada satu hakcipta yang dapat memelihara keaslian sesuatu karya. Justeru itu, penyalin boleh membuat tokok tambah isi yang diperlukan dengan sesuka hati. Mungkin juga sebaliknya - meniadakan mana-mana isi yang tidak diperlukan. Tindakan tokok tambah ini ketika itu tidak dibantah malah disenangi. Perbezaan penceritaan wujud dengan ketara dalam pelbagai versi. Misalnya; Dalam versi R.O. Winstedt dan W.G. Shellabear - terdapat sedikit perbezaan dari segi isi cerita. Versi Winstedt adalah lebih tua - menulis dalam cetera 3 tentang perkahwinan Sri Tri Buana dengan anak Demang Lebar Daun, Wan Sendari. Hasil perkahwinan itu memperolehi 2 putera. Kedua-dua rutera itu dilahirkan di Temasik - negeri baru - dibuka oleh Sri Tri Buana. Manakala versi Shellabear adalah lebih terkemudian - menulis dalam cetera 2 tentang Sri Tri Buana dikenali sebagai Sang Sapurba, berkahwin dengan Wan Sendari. Hasil perkahwinan ini memperolehi 2 putera dan 2 puteri - Sang Manika, Sang Nila Utama, Puteri Sri Dewi dan Puteri Cendana Dewi - dilahirkan di Palembang. Sikap penyalin menambah dan mengurangkan perkataan-perkataan dalam teks berlaku dengan ketara. Mungkin bertujuan untuk memperbaiki mutu bahasa penceritaan. Misalnya;…gilang-gemilang seperti cahaya matahari dan bulan, dan amat bijaksana… (W.G.Shellabear, 1977: 4) …gilang-gemilang seperti cahaya matahari, dan terlalu amat bijaksana… (R.O.Winstedt, 1938: 43) Perubahan penceritaan juga berlaku kerana ‘sikap ego’ si penyalinnya. Ini dilihat dengan tindakan mereka seperti mengubah cerita peristiwa tertentu sehingga menampakkan unsur anakronisme dalam karyanya. Contohnya, peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang oleh Sultan Melaka. Perbezaan yang jelas wujud tentang watak yang memerintahkan peminangan itu.
  16. 16. IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047 m/s : 16 Maka Sultan Mansur Syah memberi titah pada segala orang besar-besar…bahawa kita hendak beristeri terlebih dari segala raja-raja dalam dunia ini…Maka titah baginda, Kita hendak meminang Puteri Gunung Ledang, Laksamana dan Sang Setialah kita titahkan. (R.O. Winstedt, 1938: 129) Maka titah Sultan Mahmud, Jikalau beristeri sama anak raja-raja ini, adalah raja-raja lain pun demikian juga…Akan sekarang kita hendak meminang Puteri Gunung Ledang, Laksamana dan Sang Setia kita titahkan. (W.G. Shellabear, 1977: 215) Sikap egostik penyalin menyebabkan berlakunya pertindihan masa bagi peristiwa yang sama. 2. Anjakan Paradigma Penyalin Terkemudian Wujudnya banyak perbezaan antara penyalin terawal dengan penyalin terkemudian adalah disebabkan oleh hakikat perbezaan corak masyarakat, pemerintahan dan gaya hidup pada zaman masing-masing. Penyalin mungkin merasai banyak perkara dalam cerita asal atau terdahulu yang tidak bersesuaian dengan keadaan pada zamannya. Winstedt dan Shellabear jelas menampakkan perbezaan ini. Winstedt menamatkan kisahnya pada tahun 1535 (R.O. Winstedt, 1938: 189). Manakala Shellabear pula pada tahun 1612. Ini menjelaskan bahawa versi Shellabear adalah lebih terkemudian. Shellabear cuba membina versi baru dengan mengubah penceritaan tentang peminangan Puteri Gunung Ledang. Kebanyakan versi termasuk versi Winstedt menyebut Sultan Mansor Syah melainkan Shellabear menyebut Sultan Mahmud Syah. Tujuannya agar zaman Sultan Mahmud Syah juga akan masyhur sekiranya terdapat peristiwa luar biasa setanding dengan kemasyhuran zaman Sultan Mansor Syah. 3. Percanggahan Tafsiran Hakikat semasa proses penyalinan, faktor masalah ‘salah tafsiran’ ataupun ‘salah bacaan’ oleh penyalin dan penterjemah sering timbul. Ada di antara penulis naskah boleh menulis tetapi tidak dapat menilai kandungan naskah tersebut. Keadaan ini berlaku kerana penyalin tidak faham isi kandungan naskah asal. Tambahan naskah asal itu ditulis dalam bentuk tulisan jawi - bukan semua penyalin arif membaca tulisan jawi. Jika boleh membaca
  17. 17. IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047 m/s : 17 pun - mungkin tidak dapat menyebut ‘bunyi’nya dengan tepat tetapi terus menulis mengikut kefahaman mereka sendiri semata-mata. Jelas sekali Winstedt membuat kesilapan terhadap beberapa perkataan jawi diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu tetapi ejaan jawinya masih dikekalkan. Contohnya; Gudarz Kuhan Onang Kiu Dika (R.O. Winstedt, 1938: 47, 50, 52) Tindakan seperti ini berlaku bertujuan untuk menggelakkan pertafsiran yang salah. 4. Pengaruh Istana Pada zaman masyarakat Melayu tradisional kegiatan menulis hanya tertumpu di istana. Golongan intelektual hanya terdiri daripada golongan istana tetapi tertakluk kepada perintah dan kehendak raja yang memerintah. Lihat seungkap kata dalam versi Winstedt menjelaskan keadaan ini. Maka fakir karangkan hikayat ini Kama Sami‘tu min jaddi w’abi, dan fakir himpunkan daripada segala riwayat orang tua-tua dahulu kala, supaya menyukai duli hadhrat baginda. (R.O. Winstedt, 1938: 42). Hal ini akan memberi kesempatan kepada golongan pemerintah untuk mempengaruhi hasil penulisan agar memasukkan unsur yang boleh menaikkan martabatnya. 4.2.3 Analisis ciri-ciri bahasa Melayu dalam Sejarah Melayu versi Shellabear Menerusi buku Sejarah Melayu yang diusahakan oleh William G. Shellabear, ciri-ciri Bahasa Melayu yang terdapat dalam buku ini adalah ciri-ciri Bahasa Melayu klasik. Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa buku Sejarah Bahasa Melayu ini menggunakan penggunaan Bahasa Melayu Klasik di dalamnya. Antara ciri Bahasa Melayu klasik adalah penggunaan ayat yang panjang dan berbelit- belit. Contoh dalam buku Sejarah Melayu ini pada muka surat ke-3 Cetera Yang Pertama, “ I’lam, ketahui olehmu, kepada zaman dahulukala dan pada masa yang telah lalu, kata yang empunya cerita, bahwa Raja Iskandar, anak Raja Darab, Rum bangsanya, Makaduniah nama
  18. 18. IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047 m/s : 18 negerinya, Zulkarnain gelarannya, sekali peristiwa baginda berjalan hendak melihat matahari terbit; maka baginda sampai pada serokan negeri Hindi ”. Contoh yang kedua adalah pada muka surat 4, “Maka adapun akan Raja Kinda Hindi itu, ada beranak seorang perempuan terlalu baik parasnya, tiada berbagai lagi dan tiada taranya pada masa itu, cahaya mukanya gilang-gemilang seperti cahaya matahari dan bulan, dan amat bijaksana budi pekertinya putrid itu, namanya Syarul Bahiyah”. Dua contoh ini merupakan penggunaan ayat yang panjang dan berbelit-belit yang merupakan ciri-ciri Bahasa Melayu klasik. Selain itu, ciri-ciri Bahasa Melayu klasik yang terdapat dalam buku Sejarah Melayu ini ialah banyak menggunakan ayat pasif. Contoh yang terdapat dalam buku Sejarah Melayu adalah “ Maka dipersalini oleh Raja Iskandar akan Raja Kanda Hindi seperti pakaian dirinya” dan “ Maka dititahkanlah oleh Raja Iskandar kembali ke negerinya”. Penggunaan kata ‘dipersalini’ dan ‘dititahkanlah’ adalah merupakan kata kerja pasif dan penggunaannya dalam ayat pasif membuktikan ciri Bahasa Melayu Klasik yang terdapat pada buku Sejarah Melayu karya ulasan Shellabear. Bukti yang ketiga adalah penggunaan bahasa istana dalam ayat. Sebagai contoh, penggunaan ‘baginda’ dalam ayat “ Maka denga takdir Allah taala lembu kenaikan baginda itupun muntahkan buih…”, dan ‘patik’ dalam ayat “ Jikalau anak patik Tuanku peristeri…”. Penggunaan bahasa istana ‘baginda’ dan ‘patik’ menunjukkan ciri-ciri Bahasa Melayu klasik. Keempat, penggunaan kosa kata klasik memberikan bukti, buku Sejarah Melayu ini menggunakan Bahasa Melayu Klasik. Sebagai contoh, pengguanaan kata ‘hulubalang’ dalam ayat ‘Maka Betara Majapahit pun menitahkan hulubalangnya berlengkap perahu akan menyerang Singapura…” dan ayat “pelannya panjang delapan depa..” pada muka surat 33 dan 34 menunjukkan penggunaan kosa kata klasik dimasukkan di dalam buku Sejarah Melayu ini. Bukti yang kelima merupakan bukti yang agak jelas menunjukkan buku Sejarah Melayu ini menggunakan Bahasa Melayu klasik. Bukti ini adalah dengan penggunaan kata pangkal ayat dalam ayat yang dituliskan. Sebagai contoh pada muka surat 59 Cetera yang Kesebelas ayat “ Syahdan,apabila raja berangkat hari raya berusung…”. Penggunaan kata pangkal ayat ‘Syahdan’ menunjukkan ciri-ciri bahasa Melayu klasik. Selain itu, pada muka surat 67 Cetera yang Ketigabelas pada ayat “Adapun Seri Amerta itu asalnya orang Pasai…” dengan penggunaan kata pangkal ayat ‘adapun’. Kelima, bukti penggunaan Bahasa Melayu klasik ialah penggunaan ayat songsang dan banyak menggunakan partikel ‘pun’ dan ‘lah’. Sebagai contoh pada halaman 77 Cetera yang Ketigabelas dalam ayat “Adapun akan Seri Nara Diraja pun beranak dengan Tun
  19. 19. IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047 m/s : 19 Kudu….”. Penggunaan partikel ‘pun’ jelas kelihatan. Selain itu, pada muka surat 125 Cetera yang Keduapuluh Tiga dalam ayat “ kata sahibul hikayat, maka tersebutlah perkataan Raden Kelang…” penggunaan partikel ‘lah’ jelas digunakan juga. Melalui bukti-bukti ini, dapat dilihat penggunaan Bahasa Melayu klasik dalam penulisan Sejarah Melayu versi Shellabear ini. 5.0 PERKAMUSAN 5.1 Sejarah Perkamusan Tradisi perkamusan merupakan satu tradisi yang lama dalam sejarah umat manusia. Usaha menyusun kamus seawal-awal boleh dikesan pada abab ke-7 SM di Mesopotamia. Pada abad ke-2M, kamus yang lengkap sudahpun diterbitkan oleh manusia. Contohnya, di Negara China pada zaman Dinasti Han, telah muncul sebuah kamus besar yang berjudul 说 文解字(Perbincangan Kata-kata). Kamus ini merupakan sebuah kamus yang lengkap dan masih berfungsi sehingga hari ini. Huraian mengenai sejarah perkamusan bahasa Melayu adalah seperti di bawah. 5.2 Jenis-jenis kamus Kamus boleh ditulis dalam satu atau lebih daripada satu bahasa. Dengan itu kamus boleh dibahagikan dengan beberapa jenis iaitu: • Kamus Ekabahasa Kamus ini hanya menggunakan satu bahasa. Kata-kata(entri) yang dijelaskan dan penjelasannya adalah terdiri daripada bahasa yang sama.Kamus ini mempunyai perbezaan yang jelas dengan kamus dwibahasa kerana penyusunan dibuat berasaskan pembuktian data korpus. Ini bermaksud takrifan makna ke atas kata-kata adalah berdasarkan makna yang diberikan dalam contoh ayat yang mengandungi kata-kata berkenaan.Contoh bagi kamus ekabahasa ialah Kamus Dewan. • Kamus Dwibahasa Kamus ini menggunakan dua bahasa, yakni kata masukan daripada bahasa yang dikamuskan diberi padanan atau pemerian takrifnya dengan menggunakan bahasa yang lain. Contohnya: Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (Inggeris-Melayu;Melayu-Inggeris)
  20. 20. IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047 m/s : 20 • Kamus Aneka Bahasa Kamus ini sekurang-kurangnya menggunakan tiga bahasa atau lebih.Misalnya, Kata Bahasa Melayu Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina secara serentak. Contoh bagi kamus aneka bahasa ialah Kamus Melayu-Cina-Inggeris Pelangi susunan Yuen Boon Chan pada tahun 2004. 5.3 Asal usul Kamus Dewan Ibrahim bin Ahmad (2002) di dalam buku Perkamusan Melayu:Suatu Pengenalan mencatatkan bahawa Kamus Dewan ialah sebuah kamus ekabahasa yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1970. Ini adalah merupakan kamus ekabahasa yang pertama disusun semenjak Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan pada tahun 1956. Kamus yang mempunyai 28,000 perkataan ini telah diulangcetak sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1984 dengan penambahan 900 kata masukan (entri) dan cetakan ketiga pada tahun 1986. Kamus ini pada asalnya disusun oleh Dr. Teuku Iskandar dan dibantu oleh Baharuddin Zainal serta para pengawai Bahagian Perkamusan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Manakala dalam cetakan kedua penyediaan manuskripnya telah dibuat oleh Sheikh Othman Sheikh Salim dan Aishah Mahdi. Pada tahun 1989 Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan Kamus Dewan Edisi Baru yang mana penyediaan manuskripnya sekali lagi diketuai oleh Sheikh Othman Sheikh Salim sebagai Ketua Editor dan dibantu oleh Md. Nor Hj. Ab. Ghani dan Ibrahim Ahmad sebagai Editor. Kamus Dewan Edisi Baru telah diterbitkan dengan beberapa perubahan iaitu penambahan kira-kira 2,000 kata masukan hampir kesemuanya merupakan kata umum, pembaikan dari segi pengolahannya dan pembaikan sederhana terhadap beberapa banyak kata masukan kata dasar, kata terbitan atau rangkai kata. Kamus Dewan Edisi Keempat pula diterbitkan pada tahun 2005 dengan tambahan entri sebanyak 6,000 kata masukan iaitu 3,972 kata dasar dan 2,028 kata turunan atau kata terbitan. Semua kata tersebut berupa kata dan ungkapan baru (baik yang asli Melayu mahupun yang dipinjam), kata-kata dialek, termasukbahasa sukuan dari Sabah dan Sarawak, istilah umum dalam pelbagai bidang ilmu seperti kewangan, ekologi, perubatan serta kata slanga. Penyusunan Kamus Dewan Edisi Keempat ini telah diketuai oleh Hajah Noresah bt Baharom sebagai Ketua Editor dan dibantu oleh para editor yang terdiri daripada Rusli Abdul Ghani, Mohd Nor Abd. Ghani, Ibrahim Ahmad, Aziah Tajuddin Salmah Jabbar, Mariam bt Mahmud, Diarani Mat. Analisis Kategori Maklumat Dalam Kamus Besar dan Kamus Dewan Kategori maklumat dalam sesuatu kamus ialah istilah yang merujuk kepada maklumat yang
  21. 21. IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047 m/s : 21 pengguna boleh dapati daripada sesuatu kamus seperti ejaan, sebutan, makna tatabahasa, etimologi, penggunaan kata dan lain-lain yang dikira penting oleh penyusun dan berguna untuk pengguna kamus berkenaan. Edgar Dale et. Al (1971) telah menyenaraikan sebanyak 15 kategori maklumat yang perlu ada dalam sesebuah kamus iaitu kata kepala (entri) atau entri dasa, bentuk kata, ejaan dan ucapan, jenis kata, sinonim dan antonim, konteks penggunaan kata, takrif, catatan penggunaan kata, ilustrasi penjelas takrif, penerbitan kata turunan, contoh penggunaan kata, frasa, petikan, kata asing dan rujuk silang. Manakala bagi Lawrence Johnson (1984) dalam tulisannya yang bertajuk “Some Foundation of Lexicography in SEA Englishes”, beliau hanya menyenaraikan 5 kategori maklumat yang harus ada dalam sesebuah kamus iaitu ejaan, sebutan, maklumat morfologi, etimologi dan ilustrasi. Dalam kajian ini analisis akan dibuat secara perbandingan terhadap keduadua kamus tersebut yang merangkumi ejaan, susunan kata masukan (entri), sebutan,takrif/pemerian makna, ilustrasi, nama saintifik, etimologi (asal usul kata) dan rujuk silang. 5.4 Sumbangan maklumat dalam kamus dewan edisi keempat terhadap perkembangan bahasa Melayu. 5.4.1 Ejaan Sistem ejaan ialah salah satu maklumat penting yang memberitahu pengguna tentang bagaimana sesuatu kata dalam sesuatu bahasa itu ditulis dalam bahasa tersebut. Oleh itu, kamus bukan sahaja bahan rujukan yang semata-mata untuk merujuk sebutan, semantik dan struktur bahasa yang betul, tetapi juga sebagai bahan rujukan ejaan yang betul. 5.4.2 Susunan Kata Masukan (entri) Kata masukanatau sebuah kamus biasanya disusun secara bebas menurut cara yang disenangi oleh penyusun kamus yang masing-masingnyamempunyai hasrat untuk memenuhi selera pengguna. Walau bagaimanapun, untuk memenuhi falsafah atau tujuan dalam penyusunan sebuah kamus bahasa Melayu, beberapa pertimbangan sepatutnya diambil kira demi kemudahan dan kemanfaatan pengguna dan kemantapan bahasa Melayu. Entri dasar sesebuah kamus yang baik biasanya disusun menurut abjad samaada secara mendatar atau secara menegak, dan dicetak tebal. Secara mendatar, misalnya entri yang mempunyai deretan huruf b.a.c.a diletakkan selepas entri yang memiliki deretan huruf b.a.i.k, manakala secara menegak, huruf b diletakkan di bawah huruf a, huruf i diletakkan di bawah huruf h, dan seterusnya (Sulaiman Masri, 1984:7)
  22. 22. IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047 m/s : 22 5.4.3 Takrif/Pemerian Makna Pengguna kamus akan merujuk kepada sesebuah kamus untuk mendapatkan maknanya. Pengguna juga boleh merujuk kepada sesebuah kamus untuk banyak jenis maklumat lain, tetapi pokoknya ialah untuk mendapatkan makna (Abdullah Hassan, 1987:109). Menurut kajian yang telah dibuat oleh Barnhart (1962), Bejoint (1981) dan Hartman (1984) semuapengguna kamus yang diberi soal selidik meletakkan mencari makna perkataan merupakan tujuan nombor satu mereka menggunakan kamus. Oleh itu salah satu daripada fungsi utama sesuatu kamus itu ialah memberi makna yang tepat terhadap sesuatu kata yang dikehendaki oleh penggunanya. Aspek mencari makna perkataan dalam sebuah kamus menjadi pilihan utama penggunaan kamus. Dalam hal ini kamus yang berbeza akan memberi takrifan yang berbeza terhadap sesuatu kata itu, umpamanya kamus untuk kanak-kanak berbeza daripada takrif yang diberikan dalam kamus dewasa. 5.4.4 Etimologi (Asal Usul Kata) Etimologi atau asal usul kata ialah perubahan dari segi bentuk atau makna kata yang dikesan sepanjang tempoh perubahannya dari bahasa sumbernya hingga ke bentuk atau maknanya dalam bahasa sasaran (Fadhilah Jasmani, 1994:5). Kamus Oxford English Dictionary (1928) merupakan kamus perintis yang memasukkan etimologi bagi setiap entrinya. Menurut Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1996:92), satu pendekatan untuk memahami perkataan yang jarang ditemui pelajar dalam pembacaan mereka ialah pendekatan Kamus-Konteks-Struktur-Bunyi (KKSB). Berdasarkan pendekatan ini, makna perkataan dapat ditentukan melalui empat caraiaitu, menyebut perkataan tersebut, meneliti bahagian-bahagiannya, memerhatikan kedudukannya dalam konteks dan merujuk kamus. Kekerapan menggunakan cara asas tersebut akan menambah kepekaan pelajar terhadap sesuatu perkataan dan membolehkan pelajar memahamimakna perkataan tersebut dengan sendirinya. Kosa kata berkembang apabila perkataan baharu ditemui dalam konteks yang bermakna. Dalam kehidupan biasa, perkataan yang diperoleh ditentukan maknanya berdasarkan penggunaannya dalam pelbagai situasi. Di sekolah, aspek konteks pembelajaran kata dapat diransang dalam keadaan yang terhad. Pendekatan formal membina kosa kata amat penting bagi perkataan yang secara relatifnya tidak digunakan dalam konteks dan jarang terdapat dalam pengajaran seperti istilah yang bersifat teknikal. Pelajar dapat memahami perkataan dalam sesuatu mata pelajaran dengan lebih berkesan melalui penggunaan alat bantu seperti kamus melalui panduan guru.
  23. 23. IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047 m/s : 23 KKSBmenggabungkan aspek konteks pemerolehan kosa kata biasa dengan kebaikan pendekatan formal pembelajaran kata. Apabila pelajar menangani perkataan yang baru ditemui dengan KKSB, mereka menggunakan empat cara asas menentukan makna perkataan. Dalam proses tersebut pelajar memerlukan strategi formal ketika menemui perkataan-perkataan baru secara bebas (Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, 1996:92). Selain itu, kamus dewan edisi keempat ini juga sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa berdasarkan kaedah tertentu seperti kaedah membaca, kaedah nahu terjemahan, kaedah terjemahan dan kaedah kognat (Goh Ong Sing, 1991:207). Menurut Jos Daniel (1998:19), kaedah merupakan satu rancangan menyeluruh untuk menyajikan bahan-bahan bahasa secara teratur. Tidak ada bahagian-bahagiannya yang saling bertentangan dan semuanya berdasarkan pada andaian pendekatan. Oleh itu pendekatan bersifat aksiomatik dan kaedah pula bersifat prosedural. Mengenal kelas kata merupakan satu lagi aspek yang terdapat dalam kamus dewan yang boleh dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Walaupun kamus yang digunakan sebagai contoh ini tidak memberikan nama kelas kata setiap kata yang dimuatkan dalam entrinya tetapi aktiviti masih boleh dilakukan dengan bantuan kamus lain. Dewan Bahasa dan Pustaka menghasilkan istilah dalam pelbagai bidang yang mencecah sejuta istilah, menghasilkan pelbagai kamus ekabahasa dan dwibahasa untuk rujukan pengguna, khidmat nasihat bahasa, mislanya dalam bidang iklan khidmat nasihat bahasa yang diberikan percuma kepada penulis papan iklan dan Pihak Berkuasa Tempatan dan Karya Net, iaitu portal penerbitan dalam talian yang menyediakan kemudahan berkarya dan penerbitan serta penjualan terbitan melalui internet. DBP juga menganjurkan kursus bahasa bagi meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan pengguna bahasa di sektor awam dan swasta. 6.0 PENUTUP 6.1 RUMUSAN Ramai sarjana yang telah membicarakan mengenai sejarah Melayu dan ditinjau dari berbagai-bagai aspek. Kita ketahui bahawa Sejarah Melayu penuh dengan berbagai-bagai keistimewaan dan kerana itu ia merupakan sebuah hasil kesusasteraan Melayu tradisi yang paling banyak mendapat perhatian. Semakin banyak dibicarakan mengenainya semakin banyak pula dirasakan perkara yang belum terjawab.
  24. 24. IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047 m/s : 24 Namun, sejarah Melayu tidak menceritakan kisah hidup rakyat jelata, sebaliknya menitikberatkan kisah raja-raja, seperti kelahiran dan kemangkatan raja-raja dan keluarganya dan menteri-menterinya. Kita percaya dengan menggunakan sejarah Melayu sebagai suatu sumber sejarah maka kita akan dapat menulis sejarah tanahair kita mengikut kaca mata kita sendiri. Sejarah Melayu adalah satu sumber sejarah yang bernilai. Menurut Ali Ahmad (1987) melalui tulisannya di dalam buku Karya-karya sastera bercorak sejarah, jika dilihat dari sudut gaya kreatif penulisan karya sastera, tidak dapat tidak fakta ini menjelaskan yang setiap pengarang lama Melayu mempunyai kesedaran yang nyata di dalam mengutip bahan-bahan daripada kumpulan motif-motif yangs sedia di dalam kebudayaan atau kesusasteraannya. Bahan-bahan ini digunakan di dalam usaha memenuhi tujuan mengapa hasil itu dicipta. Keupayaan kreatif penulis-penulis Melayu seperti inilah yang jarang dapat disingkap oleh orientalis apabila berbicara tentang hasil-hasil karya Melayu lama kita. Kecenderungan mereka untuk lebih menekankan faktor sejarah, istimewa apabila melihat karya bercorak sejarah, mengakibatkan terketepinya faktor kreatif ini. Analisa yang bercorak struktural boleh menolong seseorang mengenali teks Melayu secara dekat, menghayati akan binaan dan keistimewaannya di dalam zaman-zaman tertentu perlembangan kebudayaan Melayu. Kejurusan inilah seharusnya pengkaji sastera Melayu Klasik harus menunjukkan perhatian. 7.0 REFLEKSI Nama : Pn Idayu binti Abu No Kad Pengenalan : 691110-01-5576 No Matrik : PPG201119236047 Kelas : Bahasa Melayu ( C )
  25. 25. IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047 m/s : 25 Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Alhamdullillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya berjaya menyelesaikan satu tugasan penting dalam kursus kami iaitu tugasan subjek Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan dan Terjemahan (BMM 3112). Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan dan menyelesaikan tugasan yang diberikan. Bagi tugasan Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu ini, saya ditugaskan untuk menjelaskan dan menganalisis ciri-ciri Bahasa Melayu yang terdapat dalam buku Sejarah Melayu versi Shellabear dan Hikayat Abdullah oleh Abdullah Munsyi. Selain itu, saya juga ditugaskan menganalisis sumbangan kedua-dua naskah terhadap perkembanan Bahasa Melayu. Tugasan seterusnya adalah menganalisis kamus ekabahasa Bahasa Melayu serta membuat refleksi pelaksanaan tugasan projek. Sebermulanya saya mendapat tugasan ini, perkara pertama yang terlintas di fikiran saya adalah mendapatkan buku-buku yang perlu digunakan dalam tugasan ini iaitu buku Sejarah Melayu versi Shellabear dan Hikayat Abdullah tulisan Abdullah Munsyi. Saya berbincang bersama rakan sekelas dan membuat keputusan untuk membuat salinan kedua- dua buah buku tersebut. Kemudian, saya membuatsedikit carian dan kajian mengenai bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden yng akan digunakan dalam menyelesaikan tugasan. Isi yang paling penting adalah ciri-ciri kedua-dua bahasa Melayu klasik dan moden yang akan digunakan dalam mencaribukti pada kedua-dua buku tersebut. Selain ciri-ciri, saya juga akan menerangkan konsep dan latar belakang kedua-dua versi bahasa Melayu tersebut. Bahan rujukan tidaklah begitu sukar untuk diperolehi kerana banyak yang boleh dirujuk terutamanya buku-buku di perpustakaan. Selain itu, maklumat-maklumat di internet juga banyak membantu saya dalam menyelesaikan tugasan ini. Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah subjek saya Dr Tuan Jah binti Tuab Yusof. yang banyak membantu saya dan rakan-rakan dalam proses membuat tugasaan ini. Melalui tugasan ini, banyak manfaat yang saya perolehi terutamanya daripada pemerolehan ilmu baharu yang saya sendiri kurang arif mengenainya sebelum ini. Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa-bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada rumpun bahasa Austronesia, terdapat rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet-Cina. Sejarah ini bukan semua individu yang tahu mengenainya dan dengan mempelajari serta membuat sedikit selidikan dan tugasan, saya dapat memperolehi ilmu sejarah ini. Bukan sahaja saya dapat mempelajari sesuatu yang baharu, tidak mustahil suatu hari nanti, saya akan berkongsi ilmu ini dengan anak didik saya. Dengan cara ini, ilmu sejarah Bahasa Melayu ini tidak akan hilang begitu sahaja di telan zaman.
  26. 26. IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047 m/s : 26 Antara kesukaran yang dihadapi dalam menyelesaikan tugasan ini ialah ciri-ciri bahasa Melayu moden yang kurang jelas dan memerlukan pemahaman yang mendalam bagi medapatkan bukti-bukti kukuh penggunaannya dalam buku Hikayat Abdullah. Selain itu, saya juga menghadapi masalah untuk menceritakan kesan bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Moden kepada perkembangan bahasa pada mulanya. Namun, selepas berbincang bersama rakan sekumpulan, saya berjaya menyelesaikan segala kesulitan dan tugasan ini berjaya disiapkan. Sekali lagi, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah subjek Sejarah Bahasa Melayu , Dr Tuan Jah binti Tuan Yusof yang banyak memberikan dorongan dan ilmu kepada saya. Selain itu, tidak dilupakan juga kepada rakan sekelas, Pn Kamaliah binti Sidik yang banyak membantu saya dalam tugasan ini dan juga kepada rakan sekelas yang lain yang selalu memberi kerjasama dan pertolongan jika kami memerlukannya. Jasa kalian semua tidak akan saya lupakan. Terima kasih. 8.0 RUJUKAN 8.1 Buku. A.H Edrus (1960). Pengajian Kesah Pelayaran Abdullah Munsyi. Singapura : Qalam, Geylang Road. Ali Ahmad (1987). Karya-karya sastera bercorak sejarah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Drs.Liaw Yock Fang (1975). Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik. Singapura ; Pustaka Nasional. Goay Teck Chong,Choo Say Tee & Zainuddin Ahmad (2006).Teks Pra-U Stpm Bahasa Melayu .Malaysia: Longman
  27. 27. IDAYU ABU / 691110-01-5576 / PPG201119236047 m/s : 27 Ibrahim bin Ahmad (2002). Perkamusan Melayu:Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Siti Khajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu 1. Selangor : Oxford Fajar sdn.bhd. Umar Junus (1984). Sejarah Melayu Menemukan Diri Kembali. Petaling Jaya : Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd. Zahrah Ibrahim (1986). Sastera Sejarah Interpretasi Dan Penilaian. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 8.2 Internet Diperolehi pada 25 Februari : http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdullah_Abdul_Kadir_Munshi Diperolehi pada 6 Februari : http://en.wikipedia.org/wiki/Kamus , 8.3 Jurnal Mohd Rasdi bin Saamah, Kamus Dewan dan Kamus Besar: Perbandingan Aspek Kandungan Medan Maklumat

×