Se ha denunciado esta presentación.
Utilizamos tu perfil de LinkedIn y tus datos de actividad para personalizar los anuncios y mostrarte publicidad más relevante. Puedes cambiar tus preferencias de publicidad en cualquier momento.
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHANBANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR  TAHUN LIMA DI SEKOLAH KEBANGSAAN       KEM, PENGKA...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR     DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN LIMA DI SEKOLAH         KEBANGSAAN KEM, ...
ii                                  PENGAKUANSaya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ri...
iii                                PENGESAHANKajian ilmiah ini telah disahkan untuk memenuhi syarat memperolehi Ijazah Sar...
iv                                PENGHARGAANDengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.Alhamdulillah, syukur...
v                                     ABSTRAKTujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat hubungan di antara pengguna...
vi                                     ABSTRACTThe purpose of this research done is to study the connection between the us...
vii                               KANDUNGAN                                                           Muka SuratPENGAKUAN ...
viii        2.3   Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar                       13        2.4   Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar   ...
ix  5.5   Cadangan Kajian   36RUJUKAN                   38LAMPIRAN A                41LAMPIRAN B                44LAMPIRAN...
x                              SENARAI JADUALJadual                                                            Muka Surat3...
xi                                SENARAI RAJAHRajah                                           Muka Surat4.1     Ciri-ciri...
BAB 1                                PENDAHULUANBab ini akan mengutarakan secara umum mengenai suasana pendidikan hari ini...
2       Memang tidak dinafikan lagi bahawa pengetahuan matematik amat bergunadalam kehidupan seharian. Tidak kira siapa pu...
3       Fungsi utama Bahan Bantu Mengajar adalah bagi memudahkan para pelajarmemahami isi pengajaran. Bahan Bantu Mengajar...
4dengan betul dan cekap supaya pelajar dapat memahami dan mengekalkan konsepatau fakta matematik dalam ingatan mereka (Mus...
5       Adakah isi kandungan matematik memang sukar dan abstrak sehinggadianggap hanya sesuai untuk segolongan pelajar yan...
6Manakala Bahan Bantu Mengajar yang baik dan sesuai sepatutnya memenuhi ciri-ciriberikut:       a.     Berkait dengan isi ...
7       Kepentingan bantuan Bahan Bantu Mengajar dalam aktiviti pengajaran danpembelajaran sering        diperkatakan . Se...
8         Menurut Omar Hamalik (1982,m.s.79 ) menjelaskan bahawa kemajuanteknologi moden sekaligus mengajak kita mengubah ...
9                                     BAB 2                           TINJAUAN LITERATURDalam bab ini,akan dibincangkan te...
10       Idris (tahun tidak dinyatakan, dalam Norazila Ariff & Norazlina Yusop, 2003,m.s. 12) , menunjukkan kurangnya mina...
11mengajar matematik dan apabila terdapat topik atau aktiviti yang baru, pelbagai,menarik dan menyeronokkan.       Sementa...
122.2    Hubungan Minat Dengan Bahan Bantu MengajarSecara amnya, pelajar merasakan bahawa pengajaran guru lebih menarik ji...
13       Hasil dari kajian Mohd Sharif Abdul Manaf (1994, dalam Omar Drahman,1997 m.s. 18 ), mendapati penggunaan media da...
14       Sebagai panduan am, Abdul Rahim ( 1989, dalam Zaiton Zainal, 1991,m.s. 12), telah menyenaraikan beberpa ciri pent...
15pelajar dengan bimbingan guru. Bahan itu perlulah sederhana dan mudah didapati,boleh digunakan lebih dari satu mata pela...
16                                         BAB 3                                   METODOLOGIBab ini akan membincangkan te...
17       Kaedah soal selidik adalah satu bentuk kajian yang popular di kalangan parapenyelidik. Ini adalah kerana soalan s...
18lagi mengenai jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang paling menarik perhatianpelajar bila digunakan.        Dalam kajian ...
193.3     Sampel kajianKajian ini untuk meninjau sama ada wujud hubungan di antara penggunaan BahanBantu Mengajar dengan m...
203.5    Analisis DataSoal selidik yang telah dijawab akan dipunggut oleh pengkaji secara terus daripadaresponden. Sebelum...
21       Kekuatan hubungan di antara dua pembolehubah pula ditentukan melalui nilaipekali korelasi ( r ) yang dihasilkan. ...
22                                        BAB 4                                DAPATAN KAJIANDalam bab ini dibentangkan da...
23item 17 hingga 26. Item-item ini telah dianalisis secara berasingan dan hasilnyaseperti yang ditunjukkan dalam jadual.Pe...
24Penggunaan BBM dapat mengekalkan minat                   3.35          0.62Minat bertambah jika guru guna BBM           ...
254.1.1.2 Berdasarkan pekali Korelasi Pearson                                  Jadual 4.2   Korelasi antara minat pelajar ...
26Berdasarkan Jadual 4.3, bagi item ciri kesesuaian min 3.35 ,responden menyatakanbahawa Bahan Bantu Mengajar yang digunak...
274.1.3 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang menjadi pilihan pelajar                                   Jadual 4.4      Je...
28      22.5                                                Setuju                                                Tidak Se...
29Tidak Setuju    10%                             Setuju                              90%           Rajah 4.5 Bahan Tayang...
30     Tidak Setuju         3%                Setuju                 97%Rajah 4.7 Bahan Video/TV/Komputer
31                                      BAB 5                    PERBINCANGAN DAN KESIMPULANDi dalam bab ini akan dijelask...
32matematik. Kaedah yang dipilih dalam kajian ini ialah kaedah tinjauan (survey).Seramai 36 orang responden terdiri dari p...
33        Keputusan kajian ini juga menjelaskan bahawa peranan yang dimainkan olehBahan Bantu Mengajar tidak kurang pentin...
34        Bagi ciri kekemasan pula hanya 2.5% sahaja tidak bersetuju dengan ciriberkenaan.   Ini mungkin disebabkan bahan ...
35pengguna, bersifat interaktif iaitu mampu memberi maklum balas kepada pengguna,kreatif,    mempunyai unsur-unsur peneguh...
36matematik dan menukarkannya kepada suasana yang memupuk minat yang positifterhadap matematik.       Bahan Bantu Mengajar...
375.3.2 Cadangan Untuk Pihak Sekolaha.      Sentiasa peka dengan kewujudan Bahan Bantu Mengajar berbentuk perisian        ...
38RUJUKANAbd. Rahman Hj. Husin. 1979. Media teknologi dan pendidikan. Jurnal Guru, Feb (1)      m.s. 22 – 26.Adnan Khamis ...
39Hassan Husin dan Zalilah Ibrahim (1992).Difusi dan Budaya ABM dalam pendidikan       Sains dan Matematik: Satu Tinjauan ...
40Musa Daia. Sejarah Perkembangan Pendidikan dan Persekolahan di Malaysia:      Pustaka aman Press, 1966.Naim Hj. Ahmad. (...
41                                   LAMPIRAN ABorang soal selidik (untuk dijawab oleh pelajar)Arahan: Jawab semua soalan ...
425. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh   guru menjadi motivasi kepada saya untuk   mengikuti pelajaran Matematik.      ...
43Bahagian BCiri-ciri Bahan Bantu Mengajar yang sesuai.17. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru    sesuai dengan ...
44                                          Lampiran BFrequency Table                                     A1              ...
45                              A7                                                       Cumulative                Frequen...
46                              A13                                                       Cumulative                Freque...
47                              A18                                                       Cumulative                Freque...
48                              B23                                                       Cumulative                Freque...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN LIMA DI SEKOLAH KEBANGSAAN KEM, PENGKALAN CH...
Próxima SlideShare
Cargando en…5
×

HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN LIMA DI SEKOLAH KEBANGSAAN KEM, PENGKALAN CHEPA, KELANTAN.

35.469 visualizaciones

Publicado el

  • Dating direct: ♥♥♥ http://bit.ly/2Q98JRS ♥♥♥
       Responder 
    ¿Estás seguro?    No
    Tu mensaje aparecerá aquí
  • Dating for everyone is here: ❶❶❶ http://bit.ly/2Q98JRS ❶❶❶
       Responder 
    ¿Estás seguro?    No
    Tu mensaje aparecerá aquí
  • mohon share Pn. trm ksh Pn.
       Responder 
    ¿Estás seguro?    No
    Tu mensaje aparecerá aquí

HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN LIMA DI SEKOLAH KEBANGSAAN KEM, PENGKALAN CHEPA, KELANTAN.

  1. 1. HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHANBANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN LIMA DI SEKOLAH KEBANGSAAN KEM, PENGKALAN CHEPA, KELANTAN. NORMA BINTI HAJI HASSAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2004
  2. 2. HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN LIMA DI SEKOLAH KEBANGSAAN KEM, PENGKALAN CHEPA, KELANTAN. NORMA BINTI HAJI HASSAN LAPORAN PENULISAN ILMIAH DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN (MATEMATIK) FALKUTI SAINS DAN TEKNOLOGI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2004
  3. 3. ii PENGAKUANSaya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan nukilan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.05.01.2004 …………………………………. (NORMA BINTI HAJI HASSAN) 2001108735
  4. 4. iii PENGESAHANKajian ilmiah ini telah disahkan untuk memenuhi syarat memperolehi Ijazah Sarjana Muda di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak, Darul Ridzuan. …………………………… (En. Azhar bin Ahmad) Penyelia …………………………. (Dr. Marzita Puteh) Ketua Jabatan Matematik Univertiti Pendidikan Sultan Idris
  5. 5. iv PENGHARGAANDengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang telah mengurniakan rahmatNya sehinggadapat saya menyempurnakan latihan ilmiah ini dengan jayanya. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan danucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelaras penulisan ilmiah ini iaituDr. Lim Chong Hin dan En. Azhar bin Ahmad selaku penyelia di atas segalabimbingan, teguran dan nasihat yang diberikan sepanjang saya menyempurnakantugasan ini. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada BahagianPerancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia yangtelah meluluskan permohonan kajian ini. Terima kasih juga kepada JabatanPendidikan Negeri Kelantan, yang telah memberikan kebenaran bagi kajian inidilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Kem, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Tidak dilupakan, ribuan terima kasih ditujukan kepada Guru Besar, guru-guru, dan pelajar-pelajar yang telah memberikan kerjasama yang sewajarnya sewaktukajian ini dijalankan. Ribuan terima kasih jua buat rakan-rakan di UPSI dan juga kepada orangperseorangan yang turut membantu secara langsung mahupun tidak langsung dalammenjayakan penulisan ini.Sekali lagi saya memanjatkan doa kesyukuran ke hadratIlahi, agar segala usaha yang disumbangkan diberkati oleh Allah s.w.t di dunia danakhirat. Sekian,terima kasih.Norma Binti Haji Hassan,PKPG Matematik 2001/2004,UPSI, Tanjong Malim,Perak.Januari 2004.
  6. 6. v ABSTRAKTujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat hubungan di antara penggunaanBahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar terhadap subjek Matematik. Di sampingitu, ianya juga untuk memastikan apakah ciri-ciri serta jenis-jenis Bahan BantuMengajar yang berupaya menarik minat pelajar. Kajian ini telah dilaksanakan diSek.Keb. Kem, Peng. Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Sampel kajian terdiri daripada36 orang pelajar Tahun 5. Instrumen kajian yang telah digunakan untuk mengukurminat pelajar terhadap matematik ialah dalam bentuk soal selidik. Kaedah deskriptif,di mana ujian statistik telah diguna bagi mendapatkan min dan sisihan piawai.Dapatan kajian, menunjukkan wujudnya hubungan yang positif di antara penggunaanBahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar. Oleh itu, Bahan Bantu Mengajarmerupakan salah satu cara untuk memotivasikan minat pelajar terhadap matematik.Dalam pemilihan bahan pula, faktor ciri dan jenis Bahan Bantu Mengajar juga perludiambil kira dan diberi perhatian oleh pihak guru.
  7. 7. vi ABSTRACTThe purpose of this research done is to study the connection between the usage ofteaching instrument and the interest of the students towards mathematic subject. Atthe same time is to make sure the right criterice and type of of teaching instrumentthat will attract the interest of the students. This research has been done at Sek. Keb.Kem, Peng. Chepa, Kota Bharu , Kelantan. The sample of this research included 36 ofYear 5 students. The instrument of this research that was used in the formquestionaire. Descriptive method was used to get min, standard deviation, andpercentage. The result of the research shows that positive relationship exists betweenthe using of teaching instrument and the interest of the student. Therefore teachinginstrument is one of the way to motivate and will interest the student towardsmathematic. The right teaching instrument must take into consideration by theconcerned teaching.
  8. 8. vii KANDUNGAN Muka SuratPENGAKUAN iiPENGESAHAN iiiPENGHARGAAN ivABSTRAK vABSTRACT viKANDUNGAN viiSENARAI JADUAL xSENARAI RAJAH xiBAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Pernyataan Masalah 4 1.3 Soalan Kajian 7 1.4 Kesignifikan Kajian 7 1.5 Batasan Kajian 8BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.1 Minat Pelajar Terhadap Matematik 9 2.2 Hubungan minat Dengan Bahan Bantu Mengajar 12
  9. 9. viii 2.3 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar 13 2.4 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar 15BAB 3 METODOLOGI 3.1 Reka bentuk Kajian 16 3.2 Instrumen Kajian 17 3.3 Sampel Kajian 19 3.6 Prosedur Kajian 19 3.7 Analisa Data 20BAB 4 DAPATAN KAJIAN 4.1 Penganalisaan Data 22 4.1.1 Hubungan di antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar Berdasarkan skor min dan minat 23 4.1.2 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar yang sesuai 25 4.1.3 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang menjadi pilihan pelajar 27BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 Perbincangan 31 5.1.1 Hubungan di antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar 32 5.1.2 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar yang sesuai 33 5.1.3 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang menjadi pilihan pelajar 34 5.2 Kesimpulan 35
  10. 10. ix 5.5 Cadangan Kajian 36RUJUKAN 38LAMPIRAN A 41LAMPIRAN B 44LAMPIRAN C 49
  11. 11. x SENARAI JADUALJadual Muka Surat3.1 Skala Pemeringkatan Likert 183.2 Analisis skor bagi min 203.3 Penentuan Korelasi Berdasarkan Pekali Korelasi (r) 214.1 Min hubungan minat pelajar dengan penggunaan Bahan Mengajar 234.2 Korelasi antara minat pelajar dengan penggunaan 25 Bahan Bantu Mengajar4.3 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar yang sesuai. 254.4 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar berdasarkan keutamaan pilihan pelajar 27
  12. 12. xi SENARAI RAJAHRajah Muka Surat4.1 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar 264.2 Bahan Bercetak 274.3 Bahan Bukan Bercetak 284.4 Bahan 3 Dimensi 284.5 Bahan Tayang 294.6 Bahan Audio 294.7 Bahan Video / TV / Komputer 30
  13. 13. BAB 1 PENDAHULUANBab ini akan mengutarakan secara umum mengenai suasana pendidikan hari ini diMalaysia. Fokus utama perbincangan ialah tentang minat pelajar dan perkaitannyadengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh guru-guru matematik. Di dalam babini juga akan dipaparkan pernyataan masalah, soalan kajian, kesignifikan kajian sertabatasannya.1.1 PengenalanCabaran ke 6 wawasan 2020 yang berbunyi mewujudkan masyarakat saintifik danprogresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan dasar pandang kehadapan yang bukan sahaja menjadi penggunaan teknologi, tetapi juga penyambungkepada tamadun saintifik dan teknologi masa hadapan. Ini besesuaian dengan harapanuntuk membina negara yang maju dan rakyat yang berketrampilan dalam pelbagaibidang. Oleh itu penguasaan matematik menjadi tunjang ke arah matlamat tersebut. Iajuga penting dalam melahirkan generasi yang mampu menguasai bidang sains danteknologi yang akan membawa negara menuju ke era globalisasi. Kemahiran dalammata pelajaran ini membolehkan seseorang menceburi pelbagai bidang sepertiekonomi, kejuruteraan, perniagaan, sains komputer dan teknologi.
  14. 14. 2 Memang tidak dinafikan lagi bahawa pengetahuan matematik amat bergunadalam kehidupan seharian. Tidak kira siapa pun diri kita, baik suri rumah, nelayan,arkitek lebih-lebih lagi sebagai pelajar.Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab parapendidik dan pelajar sendiri untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaranmatematik di sekolah berjaya. Namun begitu pada masa kini, kita dapati masih ramaimurid yang tidak seronok atau berminat untuk mempelajari mata pelajaran matematikwalaupun pelbagai bahan bantu mengajar telah digunakan dengan sepenuhnya olehguru. Mereka akan cuba mengelakkan diri dari menghadiri kelas-kelas matematik. Adalah menjadi matlamat dan kehendak Kurikulum Baru Sekolah Rendah(KBSR) untuk membentuk dan melahirkan murid yang aktif, kreatif, inisiatif, inovatifdan berilmu pengetahuan. Oleh itu selain penerapan nilai-nilai murni dalam setiapmata pelajaran, aktiviti-aktiviti yang boleh menambahkan kemahiran pelajar adalahsatu perkara yang tidak boleh dinafikan kepentingannya. Penggunaan Bahan BantuMengajar dalam pengajaran dan pembelajaran adalah satu alternatif dalam usahamenjayakan agenda tersebut. Guru seharusnya kreatif dalam pengajaran mereka supaya dapat menarikminat pelajar terhadap proses pembelajaran. Peranan guru adalah penting untukmewujudkan kreativiti di dalam bilik darjah. Leonard M.S et al (1996, m.s. 47) telahmenyatakan bahawa; “ kreativiti di dalam bilik darjah boleh dan seharusnya memimpin murid-murid supaya lebih berminat dan mengambil bahagian dalam pengalaman dan pengajaran. Di antara hasil-hasil yang boleh dari persekitaran kreatif dalam bilik darjah ialah: Pertambahan minat murid-murid dalam mata pelajaran yang diajar. Murid-murid boleh mempelajari cara bekerjasama antara satu sama lain. Murid-murid akan mengembangkan keyakinan diri dalam pembelajaran dan anda sebagai seorang guru akan menyukai kerja anda.” Berdasarkan apa yang dinyatakan itu, maka sudah tentulah amat pentingsekali bagi guru-guru matematik untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yangkreatif serta sesi pengajaran yang menarik. Ini akan menarik minat murid untuk terusbelajar dengan penuh keyakinan.
  15. 15. 3 Fungsi utama Bahan Bantu Mengajar adalah bagi memudahkan para pelajarmemahami isi pengajaran. Bahan Bantu Mengajar yang berkesan haruslah dapatmembantu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru yang mempunyai dayakreativiti, bijak memilih bahan yang sesuai dan kaedah pengajaran yang terbaik agarianya berkesan. Walaupun pada masa-masa tertentu pelajar-pelajar memahamipengajaran guru, namun keperluan kepada Bahan Bantu Mengajar adalah pentingtidak kira sama ada bahan yang digunakan bahan elektronik atau bukan elektronik. .Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaandapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan Bahan BantuMengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknikpenggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145).Antara jenis-jenis BBM itu boleh dibahagikan kepada dua iaitu: 1. Peralatan elektronik seperti komputer, televisyen, radio dan sebarang alat audio video. 2. Peralatan bukan elektronik seperti peta, carta, surat khabar, bahan manipulatif, tangram, papan paku, bongkah kayu dan sebagainya. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dapat mengatasi masalah seperti disiplinpelajar, kekurangan masa, kawalan kelas, dan kurang minat pelajar terhadappengajaran guru. Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja dapat meningkatkan rasa ingintahu di kalangan pelajar, bahkan dapat menambahkan variasi kepada teknikpengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah, pelbagai Bahan Bantu Mengajardigunakan sebagai satu cara untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yangmenarik dan berkesan (Yusup Hashim, 1997, m.s 16). Mok Soon Sang (1996, m.s 58),pula mengatakan bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam prosespengajaran adalah amat penting. Ini kerana ia dapat membantu guru menyampaikanpengajaran dengan mudah, cepat serta menarik. Bahan Bantu Mengajar yangdisediakan mestilah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Manakala isi kandungan haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendakdiajar. Pada amnya,cara menggunakan Bahan Bantu Mengajar hendaklah diuruskan
  16. 16. 4dengan betul dan cekap supaya pelajar dapat memahami dan mengekalkan konsepatau fakta matematik dalam ingatan mereka (Musa Daia, 1992, m.s 72). Selain sebagai bahan tambahan kepada penyampaian pengajaran secara lisanoleh guru,penggunaan Bahan Bantu Mengajar sebenarnya turut memberi peluangkepada pelajar memperolehi pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria, iaituderia penglihatan, deria sentuh, dan deria pendengaran (Mok Soon Sang, 1996,m.s.162). Senarai Bahan Bantu Mengajar yang dapat digunakan oleh guru matematiktidak terbatas. Ia hanya terhad oleh inisiatif dan kreativiti guru. Bahan Bantu Mengajarmatematik atau bahan manipulatif yang biasa digunakan dalam pembelajaranmatematik termasuklah: a. Bahan-bahan pembilang seperti manik-manik berwarna, blok-blok kayu pelbagai bentuk, penyedut minuman, butang, kayu aiskrim dan sebagainya. b. Bahan berbentuk kertas seperti kad, carta, kertas graf dan sebarang kertas. c. Alat-alat pengukuran seperti cawan mainan, tin dan botol. d. Alat permainan dan teka teki matematik. e. Alat elektronik seperti computer, kalkulator dan internet f. Model-model pertalian geometri seperti papan paku atau geoboard, tangram, model geometri kayu ataupun plastik.1.2 Pernyataan MasalahMatematik penting dan berguna untuk kehidupan seharian dan kerjaya pada masadepan pelajar.Hampir semua pelajar menganggap Matematik adalah suatu sujek yangsukar dan abstrak. Para guru juga merasakan pengajaran Matematik sebagi suatucabaran besar. Mengapakah keadaan begini berlaku?
  17. 17. 5 Adakah isi kandungan matematik memang sukar dan abstrak sehinggadianggap hanya sesuai untuk segolongan pelajar yang berkebolehan tinggi sahaja?Atau adakah cara penyampaian dan pengajaran guru yang menyebabkan matematiksukar dan kurang diminati oleh kebanyakan pelajar? Pembelajaran matematik tidak sepatutnya menjadi suatu pengalaman yangberbentuk 3B, iaitu membosankan, membingungkan dan memberatkan pelajar kita.Pengajaran matematik juga bukanlah suatu tugas yang sukar dan berat kepada guru.Pendidikan matematik pada peringkat sekolah rendah dan menengah bercorakpendidikan asas. Walaupun terdapat beberapa konsep matematik yang abstrak, namunbegitu kebanyakkan konsep dan kemahiran yang diajar adalah asas dan diperlukandalam kehidupan harian kita. Oleh itu, pembelajaran matematik sepatutnya dijadikansebagai satu pengalaman yang seronok dan mencabar kepada semua pelajar. Di antara sebab mengapa tanggapan negatif terhadap matematik ini terjadi,mungkin disebabkan faktor pelajar kurang minat. Para guru sentiasa berusaha mencarirangsangan yang dapat menimbulkan perasaan atau kepuasan yang menyenangkandalam diri pelajar. Bagi tujuan ini, penggunaan pelbagai teknik pengajaran danpembelajaran, serta latihan yang berperingkat-peringkat, bermakna dan sesuai dengankebolehan, pengalaman dan minat pelajar perlu diambil kira. Ini supaya minat pelajardapat dikekalkan selama yang diperlukan baginya untuk menguasai idea atau isipelajaran tertentu. Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alatberkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. KeberkesananBahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknikpenggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145). Seseorang guru haruslah sedar bahawa pelajar-pelajar mempelajari sesuatudengan cara berlainan dan kadar kecekapan yang berbeza-beza (Habibah Alias danRahil Mahyuddin, 1990, m.s. 292). Oleh itu guru haruslah peka ketika memilih jenisBahan Bantu Mengajar dengan memastikan ia memenuhi ciri-ciri yang sepatutnya.
  18. 18. 6Manakala Bahan Bantu Mengajar yang baik dan sesuai sepatutnya memenuhi ciri-ciriberikut: a. Berkait dengan isi kandngan pelajaran yang diajar dan hasil yang diharapkan. b. Menggunakan seberapa banyak deria yang mungkin. c. Tahan lama,,pengukuhan itu haruslah seimbang dengan kos yang diperlukan dalam penggunaannya. d. Dibuat dengan perincian yang tepat. e. Berkualiti tinggi supaya bahagiannya tidak mudah pecah ataupun hilang. f. Rupa bentuk dan warna yang menarik g. Mudah dijaga dan kos jagaannya munasabah h. Sesuai dengan kemudahan yang ada di sekolah. i. Mudah diubah alih dan dipasang semula. j. Fleksible dan pelbagai guna. k. Operasinya mudah l. Cukup besar supaya semua pelajar dapat melihatnya apabila digunakan semasa demonstrasi dalam kelas.Ini bagi memastikan minat pelajar dapat terus dikekalkan. Penggunaan Bahan BantuMengajar yang sesuai akan mendorong minat pelajar untuk melalui prosespembelajaran yang menyeronokan. Seterusnya dapat membantu pelajar mencapaiobjektif pembelajaran seperti yang telah dirancangkan. Minat boleh dianggap sebagaidaya pengerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang,sesuatu benda atau kegiatan atau ianya boleh merupakan pengalaman yangberpengaruh dan telah dirangsang oleh kegiatan itu sendiri (Crow dan Crow, 1983,m.s. 90). Dalam konteks pengajaran Matematik, keberkesanannya akan diperolehidengan melibatkan keseluruhan pancaindera, iaitu deria lihat, dengar, sentuh, hidu danrasa. Penglibatan deria-deria tersebut hanya dapat berlaku secara serentak jikapelbagai Bahan Bantu Mengajar digunakan dalam pengajaran (Fatimah Ali,, 1980,m.s. 165).
  19. 19. 7 Kepentingan bantuan Bahan Bantu Mengajar dalam aktiviti pengajaran danpembelajaran sering diperkatakan . Selain itu, ia juga dikatakan mampumempelbagaikan teknik belajar yang lebih berkesan dan boleh membantu aktiviti-aktiviti pembelajaran agar tidak membebankan guru dan murid. (Abdul Rahman,1997, m.s. 254). Bahan Bantu Mengajar merupakan alat yang dapat membantu gurumeningkatkan proses pengajaran dan menyediakan sumber untuk pembelajaran. Jadiperanan Bahan Bantu Mengajar ialah untuk memenuhi kedua-dua proses ini bagimeningkatkan proses komunikasi, menyediakan pelbagai kaedah atau teknik mengajarbagi meningkatkan motivasi pelajar dan melahirkan masyarakat yang bermaklumatserta berfikiran kritis dan kreatif (Yusup Hashim, 1998, m.s, 287). .1.3 Soalan KajianDalam menyelesaikan masalah kajian ini, penyelidik akan cuba mengenalpastiperkara-perkara seperti yang disenaraikan di bawah ini. 1. Apakah hubungan antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar tahun 5 terhadap matematik. 2. Apakah ciri-ciri dan jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar dapat mempengaruhi minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik1.4 Kesignifikan KajianKurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu SekolahMenengah (KBSM) menekankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkanpelajaran. Dalam konteks pelajaran matematik KBSR khasnya, penggunaan BahanBantu Mengajar memainkan peranan penting dalam aktiviti pengajaran danpembelajaran. Guru merancang aktiviti yang menggunakan Bahan Bantu Mengajaruntuk menyampaikan konsep matematik dengan lebih berkesan. Hasil daripada kajianini diharapkan dapat memberikan kesedaran kepada guru-guru matematik khususnyadan pihak-pihak lain agar memberikan perhatian dan mengambil tindakan sewajarnyaterhadap kepentingan Bahan Bahan Mengajar dalam pengajaran matematik.
  20. 20. 8 Menurut Omar Hamalik (1982,m.s.79 ) menjelaskan bahawa kemajuanteknologi moden sekaligus mengajak kita mengubah sikap dan menyedari akanpentingnya Bahan Bantu Mengajar sebagai memenuhi tuntutan kurikulum danpeningkatan kemampuan pelajar. Hasil dapatan daripada kajian ini diharapkandapat: a. membantu pengkaji memperbaiki kelemahan diri sendiri berhubung dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar untuk dimanfaatkan kepada pelajar yang dibimbing. b. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan guru-guru matematik tentang pentingnya penggunaan Bahan Bahan Mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu membentuk guru supaya lebih kritis dan kreatif dalam pembinaan dan pemulihan Bahan Bahan Mengajar yang sesuai dengan minat pelajar yang dibimbing. c. Memberi gambaran yang jelas tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar kepada pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negara dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Justeru itu satu perancangan yang lebih teliti dapat dirangka seperti menganjurkan kursus yang bersistematik kepada para guru untuk menyalurkan pengetahuann tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar di kalangan guru-guru matematik khasnya.1.5 Batasan KajianKajian ini hanyalah difokaskan kepada mata pelajaran Matematik Tahun Lima sahaja.Respondennya terdiri dari pelajar-pelajar Tahun Lima, 2003 yang sedang belajar diSekolah Kebangsaan Kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Sekolah iniadalah merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak kira-kira 10 km dari bandarKota Bharu. Pelajarnya adalah terdiri dari anak-anak penduduk tempatan dan anak-anak tentera Batalion 8 Bridget. Pemilihan yang dibuat adalah secara rawak.Responden yang dijadikan sampel dalam kajian ini adalah memperolehi kemudahanasas yang sama. Memandangkan sekolah yang dipilih adalah terhad kepada sebuahsekolah sahaja maka segala kenyataan dan dapatan yang diperolehi hasil dari penyelidikan ini adalah hanya boleh digunapakai dalam kajian ini sahaja.
  21. 21. 9 BAB 2 TINJAUAN LITERATURDalam bab ini,akan dibincangkan tentang kajian yang telah dijalankan oleh pengkajisebelum ini. Banyak kajian dan penulisan mengenai hubungan di antara penggunaanBahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar. Minat yang mendalam dalam matapelajaran matematik memainkan peranan yang penting terhadap pencapaian dalambidang matematik Juga kajian-kajian mengenai ciri-ciri dan jenis-jenis Bahan BantuMengajar yang digunakan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.2.1 Minat Pelajar Terhadap MatematikMinat boleh menentukan kecemerlangan atau kemunduran seseorang pelajar di dalammatematik (“Minat tentukan", 2002, m.s. 1). Akibat tidak berminat terhadapmatematik, sudah tentulah murid tersebut tidak akan memberikan tumpuan yangsepenuhnya terhadap pengajaran guru di dalam kelas. Mereka juga tidak akanmenyiapkan kerja atau latihan yang diberi oleh guru untuk disiapkan sama ada didalam kelas mahu pun di rumah dan sebagainya. Dalam kajian yang dilakukan oleh pensyarah matematik Baharudin Omar,Kamarulzaman Kamaruddin dan Nordin Mamat dari Universiti Pendidikan Sultan
  22. 22. 10 Idris (tahun tidak dinyatakan, dalam Norazila Ariff & Norazlina Yusop, 2003,m.s. 12) , menunjukkan kurangnya minat pelajar terhadap mata pelajaran matematikadalah berpunca daripada anggapan mereka yang mengatakan bahawa matematik itususah. Persepsi negatif ini menyebabkan mereka tidak memberi peluang kepada diriuntuk menerima mata pelajaran itu sebagai suatu yang mudah untuk difahami. Adnan Khamis (1986, m.s. 22) juga menyokong kenyataan ini. Kajiannyamenunjukkan bahawa pelajar tidak suka belajar matematik kerana matematikmerupakan satu mata pelajaran yang sukar dan membosankan. Bagi mengatasimasalah ini, pelajar mempelajari matematik secara hafalan. Akibatnya, ramai pelajarhilang minat untuk belajar matematik. Kesannya pencapaian terhadap matematikkurang memuaskan. Sementara itu, Crow dan Crow (1986, dalam Ismail Abd. Hamid, 1999, m.s.18) pula menyatakan minat sebagai punca kepada sesuatu kegiatan dan hasil daripenyertaan dalam kegiatan itu. Oleh itu minat yang sedia ada pada seseorang disertaidengan motivasi, akan meningkatkan daya usahanya untuk mempertingkatkan lagiminat dalam sesuatu perkara. Pendapat ini disokong oleh Russel (1968, dalam Norazila Ariff & NorazlinaYusop, 2003, m.s. 11) yang mengatakan bahawa minat berkembang daripada aktivitiyang memuaskan dan mereka berkecenderungan untuk merangsang daripada aktiviti-aktiviti seterusnya. Pembelajaran boleh diperolehi daripada pengalaman dan ini adalahdipengaruhi secara terus oleh minat seseorang di dalam proses ini. Minat yangbersungguh-sungguh dipercayai boleh memampasi kekurangan beberapa poin didalam kecerdasan. Perkara ini boleh dipertingkatkan dengan penyertaan dan doronganibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan di dalam proses pembelajaran. Kajian yang dijalankan oleh Dungan dan Thurlow (1989, dalam Ismail Abd.Hamid, 1999, m.s. 21) mendapati bahawa ada beberapa faktor yang menyebabkanpelajar meminati mata pelajaran matematik iaitu apabila mereka memahami matapelajaran itu, apabila mereka mendapat markah yang tinggi atau pengalaman berjaya menyelesaikan masalah dalam matematik, apabila mereka meminati guru yang
  23. 23. 11mengajar matematik dan apabila terdapat topik atau aktiviti yang baru, pelbagai,menarik dan menyeronokkan. Sementara itu, dalam satu kajian yang dijalankan oleh Adnan Khamis (1986,m.s. 43) pula berpendapat bahawa minat seseorang memainkan peranan yang pentingdalam mempelajari matematik. Menurut beliau, matematik merupakan satu matapelajaran yang kompleks dan berturutan dari mudah kepada sukar. Pelajar perlumemberi tumpuan sepenuhnya dan berusaha dengan bersungguh-sungguh supayakonsep yang diajar dapat difahami dan digunakan dalam menyelesaikan masalah yangberkaitan. Biasanya pelajar yang memperolehi markah yang baik adalah mereka yangmemberikan tumpuan sepenuhnya dalam kelas dan berminat dalam mata pelajaran ini. Kegagalan pelajar membuktikan bahawa penguasaan mereka lemah dankurang meminati subjek tersebut. Menurut George (1990, dalam Ismail Abd. Hamid,1999, m.s. 23) minat yang tinggi dalam matematik memainkan peranan pentingterhadap pencapaian pelajar dalam matematik. Dapatan kajiannya menunjukkan 72%pelajar menunjukkan minat yang sangat sedikit dalam matematik dan dengan itukebolehan mereka dalam matematik sangat mengecewakan. Apabila pelajar hilangminat terhadap matematik, mereka mungkin secara automatik hilang kekuatan untukmenyelesaikan masalah yang diberi. Kekurangan minat akan mengarah kepadakegagalan. Tang Ching Tong (1992) menjalankan satu kajian yang bertujuan untukmelihat sejauh mana hubungan minat terhadap pencapaian dalam matematik. Beliaumenggunakan 80 orang pelajar tingkatan 4. Hasil yang diperolehi pelajar jurusan sainslebih berminat terhadap matematik berbanding pelajar jurusan sastera. Dapatan kajianmenunjukkan bahawa pelajar yang minat terhadap matematik akan memperolehipencapaian yang tinggi. Beliau juga menyatakan, minat adalah salah satu faktor yangmempengaruhi pencapaian kerana terdapat hubungan positif antara minat terhadapmatematik moden dengan pencapaian dalam matematik.
  24. 24. 122.2 Hubungan Minat Dengan Bahan Bantu MengajarSecara amnya, pelajar merasakan bahawa pengajaran guru lebih menarik jika guru itumenggunakan Bahan Bantu Mengajar. Melalui penggunaan Bahan Bantu Mengajar,seseorang guru itu lebih bersedia dan lebih kreatif untuk menyampaikan pelajarannyadengan baik (Kamal et.al, 1987, m.s. 227). Dale (1963, m.s. 218 ), telah menyatakantujuh nilai penting tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar : 1. merangsang minat yang tinggi di kalangan pelajar dan minat satu faktor yang penting dalam pembelajaran mereka. 2. Menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan oleh itu mengurangkan berbagai-bagai gerak balas lisan daripada pelajarnya. 3. Membekalkan satu dasar untuk perkembangan pembelajaran pelajar- pelajar dan oleh itu menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal. 4. Menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperolehi dengan mudahnya melalui cara lain dan menolong menjadikan pembelajaran pelajar-pelajar lebih mendalam dan pelbagai. 5. Menolong dalam kefahaman, oleh itu mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata. 6. Menawarkan pengalaman yang sebenar dan dengan demikian merangsangkan kegiatan seorang pelajar. 7. mendorong pelajar untuk menyiasat dan dengan demikian menambahkan bacaan sukarela. Para pendidik perlu berubah daripada cara pengajaran tradisional yang masihdiamalkan oleh sesetengah guru dalam aspek pengajaran pembelajaran perlu dikajisemula dan diubahsuai jika perlu. Semua jenis pembelajaran dan pengalaman yangdiperolehi adalah melalui deria.Menurut Kamaruddin (1986, m.s.214), Bahan Bantu Mengajar merupakan segalakelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikanpengajaran di bilik darjah. Alatan mengajar ini tidak terhad kepada buku-bukuteks,papan tulis dan gambar-gambar sahaja tetapi juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran dan sebagainya.
  25. 25. 13 Hasil dari kajian Mohd Sharif Abdul Manaf (1994, dalam Omar Drahman,1997 m.s. 18 ), mendapati penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajarandapat menimbulkan kesan positif seperti; 1. Proses pengajaran menjadi lebih baik dengan penggunaan media pengajaran. 2. Pembelajaran berkesan dalam masa yang singkat. 3. Membantu mencapai objektif pengajaran. 4. Pelajar lebih berminat dengan pengajaran dan pengajar. Ini diikuti dengan kajian Naim Ahmad (1989, m.s. 64), merumuskan hasilkajiannya tentang keberkesanan media pengajaran kepada pengajar dalam prosespengajaran dan pembelajaran. a. Media pengajaran dapat membantu meningkatkan keupayaan ingatan semasa menyampaikan pelajaran. b. Dapat membantu pengajar mengubah teknik dan kaedah pengajaran. c. Dapat menjelaskan konsep pelajaran dengan berkesan. d. Mempelbagaikan media pengajaran boleh menimbulkan minat yang berterusan kepada pelajar. e. Menjimatkan masa pengajar. f. Media pengajaran mendorong daya kreativiti pengajar dengan pelajar. Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh Rulon dan Arnspinger (1983,dalam Mohamad Lebai Ishak, 1998, m.s. 20), mendapati bahawa penggunaan BahanBantu Mengajar boleh merangsangkan pemikiran dan pemahaman serta lebih banyakisi pelajaran yang boleh diterima oleh seorang pelajar.2.3 Ciri-ciri Bahan Bantu MengajarProses untuk menyediakan atau memilih Bahan Bantu Mengajar yang bersesuaiantidak sepatutnya diabaikan. Ini bagi memastikan segala Bahan Bantu Mengajar yangdigunakan oleh guru mahupun pelajar mesti membawa manfaat kepada kedua-duapihak. Beberapa kajian telah turut dijalankan dalam memastikan ciri-ciri yang sesuai.Di sini diturunkan beberapoa kajian yang berkaitan dengan ciri-ciri bahan yang akan digunakan sewaktu pengajaran pembelajaran.
  26. 26. 14 Sebagai panduan am, Abdul Rahim ( 1989, dalam Zaiton Zainal, 1991,m.s. 12), telah menyenaraikan beberpa ciri penting dalam membuat pemilihan mediapengajaran. Menurut beliau kesesuaian dari segi tajuk, bahasa, kandungan danpengalaman pelajar itu sendiri adalah penting. Begitu juga fakta yang dikemukakanharuslah kemas kini, tepat, tidak berat sebelah dan logik. Teknik seperti bunyi yangjelas, saiz penglihatan dan warna harus juga diambil kira. Beliau turut menekankanciri fizikal seperti selamat digunakan, mudah digunakan dan disimpan,tahan lasak,ringkas dan sentiasa kemas kini. Bahan-bahan ini adalah lebih baik jika bolehdikaitkan dengan mata pelajaran lain. Kesemua aspek ini amat berguna kepada guru-guru kerana beliau banyak menekankan cara pemilihan yang tepat. Kepentingan ciri Bahan Bantu Mengajar ini juga dijelaskan oleh Razali (1990,dalam Zaiton Zainal, 1991, m.s.15) mengariskan beberapa kriteria pemilihan bahanseperti berikut: 1. tepat dengan tajuk 2. tahan lama dan ekonomi 3. saiz yang mudah dilihat serta menarik perhatian pelajar 4. mudah disimpan 5. kepelbagaian penggunaan. Kajian berkaitan penggunaan warna di dalam penyediaan Bahan BantuMengajar juga telah dijalankan oleh Barry ( 1976, dalam Suzita Mohd Resad, 2002,m.s. 21). Kajian Barry ialah tentang keberkesanan arahan dan gambar berwarna yangrealistik dan bukan realistik. Di mana dalam kajian ini, beliau telah menguji dua teoriyang berlainan tentang kepentingan warna dalam pembelajaran dengan alat pandang.Hasil kajian beliau mendapati warna memberi suatu demensi untuk pemahaman yanglebih, iaitu pelajar dapat sesuatu gambaran yang lebih tepat akan sesuatu bahan atauperkara dan menyenangkan lagi penyimpanan maklumat. Manakala Fungsi warna pulaadalah sebagai kod yang menyenangkan ingatan dan mengingat kembali sesuatu imej. Seterusnya, Noraziah (1981, dalam Zaiton Zainal, 1991, m.s. 13 ) memberibeberapa ciri pemilihan bahan yang boleh diambil kira oleh seseorang guru iaitu bahan tersebut tidak semestinya mahal, boleh dibuat oleh guru sahaja atau bersama
  27. 27. 15pelajar dengan bimbingan guru. Bahan itu perlulah sederhana dan mudah didapati,boleh digunakan lebih dari satu mata pelajaran. Ia juga mudah di bawa, ringan danmudah diganti, mudah disimpan dan tidak merbahaya.2.4 Jenis-jenis Bahan Bantu MengajarKaedah pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan komputer dapatmeningkatkan motivasi dan minat pelajar untuk belajar. Menurut kajian yang telahdijalankan oleh Jonassen (1996, dalam Lim Chap Sam dan Fatimah Salleh, 2003,m.s. 75), para pelajarnya yang mendapat bahan pengajaran melalui komputermempunyai motivasi yang tinggi untuk belajar. Terdapat banyak perisian pendidikanmatematik yang mempunyai unsur-unsur multimedia interaktif. Unsur-unsur tersebutseperti teks, bunyi dan gambar bertujuan membolehkan pengguna berinteraksidengan komputer serta menerima maklum balas daripadanya.
  28. 28. 16 BAB 3 METODOLOGIBab ini akan membincangkan tentang prosedur dan proses kajian yang dipilih untukdilaksanakan bagi mendapatkan maklumat dan data tentang masalah minat pelajaryang perlu dipupuk melalui penggunaan Bahan Bantu Mengajar di SekolahKebangsaan Kem. Ianya memberikan tumpuan kepada reka bentuk kajian, samplekajian, instrumen kajian, , prosedur kajian dan analisis data.3.1 Reka bentuk KajianReka bentuk kajian adalah bertujuan untuk mencari maklumat dan mengawal varians.Oleh yang demikian, satu reka bentuk kajian yang kemas diperlukan untukmendapatkan maklumat-maklumat bagi menjawab persoalan kajian. Reka bentuktinjauan (survey) telah dipilih dengan menggunakan kaedah soal selidik di dalamproses kajian ini. Kaedah tinjauan didapati sesuai dalam pengurusan kajian seperti inikerana ia mengkaji tentang minat responden terhadap tajuk persoalan yangdikemukakan. Selain itu ia hanya melibatkan kerja-kerja pengumpulan data danmaklumat daripada responden-responden yang terlibat sahaja. Kajian ini menumpukanperhatian untuk mengkaji perkaitan di antara Bahan Bantu Mengajar dengan minat.
  29. 29. 17 Kaedah soal selidik adalah satu bentuk kajian yang popular di kalangan parapenyelidik. Ini adalah kerana soalan soal selidik boleh merangkumi bidang yang luasdan boleh dirangka dengan jelas sehingga boleh dijawab oleh responden tanpamemerlukan kehadiran penyelidik. Melalui penggunaan soal selidik, identitiresponden dapat dirahsiakan. Ini membolehkan responden menjawab soalan-soalanberkaitan tanpa kekangan atau keraguan. Namun begitu, langkah pengawasan yanglonggar akan menghasilkan tahap perolehan yang rendah. Penyelidik berpendapat adalah sukar untuk mendapatkan data melalui kaedahlain kerana faktor kekangan masa dan persekitaran yang akan dihadapi. Oleh itupenggunaan soal selidik telah dijadikan sebagai alat kajian kerana ianya dianggappaling sesuai dalam mendapatkan maklumat bagi usaha menjawab persoalan yangtelah ditimbulkan pada awal kajian ini.3.2 Instrumen KajianInstrumen kajian ialah soal selidik. Soal selidik ini untuk mendapatkan maklumat-maklumat mengenai kajian. Soal selidik ini mengandungi 2 bahagian. Bahagian Amengandungi 16 item berkaitan dengan hubungan di antara penggunaan Bahan BantuMengajar dengan minat pelajar. Item-item ini bertujuan untuk mendapatkan datamengenai pandangan pelajar tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalammenarik minat mereka. Manakala Bahagian B, 6 item berkisar mengenai jenis-jenis Bahan BantuMengajar yang dapat menarik minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaranMatematik.. 4 item lagi berkenaan dengan ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar. Antaraciri-cirinya ialah kesesuaian Bahan Bantu Mengajar dengan isi kandungan yang diajaroleh guru, manakala kejelasan pula untuk mendapatkan maklumat mengenai adakahBahan Bantu Mengajar itu dapat dilihat dengan jelas oleh pelajar. Seterusnya cirimenarik memberi erti dari segi rupa bentuk dan warna yang digunakan pada BahanBantu Mengajar berkenaan. Ciri kekemasan pula, sama ada bahan itu kemas dan utuhdari segi binaannya, iaitu tidak mudak rosak jika digunakan oleh pelajar nanti. 6 item
  30. 30. 18lagi mengenai jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang paling menarik perhatianpelajar bila digunakan. Dalam kajian ini, jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar diklasifikasikan kepada 6kumpulan seperti berikut: 1. bahan bercetak: buku rujukan, majalah, surat khabar dan sebagainya. 2. bahan bukan bercetak: gambar, poster, lukisan, gambarajah, peta dan sebagainya. 3. bahan 3 Dimensi: model, spesimen, bongkah dan sebagainya. 4. bahan tayangan: Projektor lutsinar(OHP), Projektor slaid, filem bergerak dan sebagainya. 5. sistem audio: radio, perakam pita audio, piring hitam dan sebagainya. 6. system video/TV/komputer: perakam pita video, rencana, dokumentari, program TV Pendidikan, perisian dan sebagainya. Penggunaan Skala Likert membolehkan pengumpulan data tentang darjahpersetujuan reponden terhadap setiap item yang digunakan. Responden dikehendakimemilih dan membulatkan pada nombor peringkatan likert yang mengandungi 4nilai skor. Skala dan skor adalah seperti dalam jadual 3.1 di bawah. Jadual 3.1 Skala Pemeringkatan Likert Aras Persetujuan Skor Sangat Tidak Setuju (STS) 1 Tidak Setuju (TS) 2 Setuju ( S ) 3 Sangat Setuju (SS) 4
  31. 31. 193.3 Sampel kajianKajian ini untuk meninjau sama ada wujud hubungan di antara penggunaan BahanBantu Mengajar dengan minat dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematikoleh pelajar-pelajar tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Kem. Sampel dalam kajian inimelibatkan 40 orang responden daripada 120 orang pelajar tahun 5 di sekolahberkenaan. Sampel ini telah di ambil secara rawak.3.4 Prosedur KajianBagi menjayakan aktiviti pengumpulan data, beberapa langkah tertentu diambil olehpenyelidik. Di antaranya termasuklah memohon kebenaran dari pihak-pihak yangberkenaan, seperti Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian PendidikanMalaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan pihak sekolah yang telah dipilih. Langkah pertama yag dilakukan oleh penyelidik ialah mendapatkan suratpengesahan daripada pejabat Fakulti Sains dan Teknologi untuk menjalankan kajiantinjauan seperti mana yang telah dirangkakan. Setelah pengesahan diperolehi, barulahlangkah-langkah selanjutnya dilaksanakan. Langkah seterusnya ialah penyelidik akan mendapatkan kebenaran daripadaKememterian Pendidikan Malaysia (Bahagian Perancangan dan PenyelidikanPendidikan), pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan akhir sekali dari pihaksekolah iaitu Guru Besar sekolah di mana kajian ini akan dijalankan. Di antaraperkara-perkara yang akan dimaklumkan kepada pihak pentadbiran sekolah ialahmenerangkan tentang tujuan kajian ini diadakan, penglibatan responden kajian sertatarikh dan masa soal selidik akan diedarkan. Selepas pemilihan dibuat, pihak penyelidik akan memberikan penerangankepada responden yang berkenaan tentang kajian dan cara bagaimana borang soalselidik perlu dilengkapkan. Penyelidik akan memberikan penjelasan bagi setiap itemsoal selidik, supaya responden lebih memahami apa yang dikehendaki oleh itemberkenaan. Set soal selidik ini akan dikumpulkan semula setelah responden selesai menjawabnya tanpa menghadkan masa.
  32. 32. 203.5 Analisis DataSoal selidik yang telah dijawab akan dipunggut oleh pengkaji secara terus daripadaresponden. Sebelum data dianalisis, soal selidik disemak terlebih dahulu untukmemastikan semua soal selidik dijawab oleh responden mengikut arahan yangdiberikan. Kesemua data yang dikumpulkan akan dianalisis secara deskriptif daninferens dengan menggunakan pakej perisian SPSS. Analisis deskriptif digunakan untuk memerihalkan hubungan di antaraBahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar terhadap pembelajaran Matematik.Penganalisaan data dibuat dengan mencari % , min dan sisihan piawai. Jadual analisisskor ditunjukkan seperti di jadual 3.2. Jadual 3.2 Analisis skor bagi min. Skor Min Petanda 1.00 – 2.00 Sangat Negatif 2.01 − 3.00 Negatif 3.01 – 4.00 Positif 4.01 – 5.00 Sangat Positif Min yang didapati akan menunjukkan keputusan pernyataan sama ada ke arahpositif atau ke arah negatif. Jika min menunjukkan ke arah positif, maka pernyataantersebut diterima dan sebaliknya. Seterusnya dapatan akan dibincangkan hasil darianalisis data. Hasil daripada perbincangan dan dapatan maka boleh dikemukakanuntuk memperbaiki keadaan sedia ada ke arah yang lebih baik. Analisis inferensi, Ujian Korelasi Pearson digunakan bagi menentukanhubungan di antara minat pelajar dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar oelehguru. Penyelidik menggunakan aras signifikan 0.01 sebagai panduan bagimenunjukkan hubungan positif atau negatif.
  33. 33. 21 Kekuatan hubungan di antara dua pembolehubah pula ditentukan melalui nilaipekali korelasi ( r ) yang dihasilkan. Pekali korelasi ( r ) hasil darab momen Pearsonboleh mengambil sebarang nilai di antara -1 hingga +1. Nilai pekali 1 samada positifatau negatif menunjukkan hubungan sempurna. ( Mohd Majid Konting, 2000, m.s.469 ) Pekali korelasi positif menunjukkan hubungan yang mengikut arah yang sama.Manakala nilai pekali negatif yang signifikan menunjukkan hubungan yangberlawanan. Nilai pekali negatif yang tidak signifikan menunjukkan tidak adahubungan. Semakin besar nilai pekali korelasi bagi faktor-faktor yang dikaji, semakinkuat hubungan di antara faktor-faktor itu. Jadual 3.3 menunjukkan penentuan pekali korelasi berdasarkan sumber yangdipetik daripada Best dan Khan ( 1989, dalam Muriatun Mohd Said, 1998, m.s.21 ). Jadual 3.3 Penentuan Korelasi Berdasarkan Pekali Korelasi (r) Nilai ( r ) Kekuatan hubungan 0.00 hingga 0.20 Korelasi boleh diabaikan 0.21 hingga 0.30 Korelasi positif lemah 0.31 hingga 0.60 Korelasi positif sederhana 0.61 hingga 0.80 Korelasi positif kuat 0.81 hingga 1.00 Korelasi positif sangat kuat -0.00 hingga -0.20 Korelasi negatif boleh diabaikan -0.21 hingga -0.30 Korelasi negatif lemah -0.31 hingga –0.60 Korelasi negatif sederhana -0.61 hingga -0.80 Korelasi negatif kuat -0.81 hingga -1.00 Korelasi negatif sangat kuat
  34. 34. 22 BAB 4 DAPATAN KAJIANDalam bab ini dibentangkan dapatan yang diperolehi dari kajian yang telah dijalankan.Perkara-perkara yang dibincangkan termasuklah huraian mengenai penganalisaandata-data yang telah dipunggut dari jawapan responden. Ianya merupakan keputusanstatistik hasil dari penganalisaan data-data kajian berkenaan.4.1 Penganalisaan DataPada keseluruhannya penganalisaan dapatan kajian ini dibahagikan kepada duabahagian: a. Hubungan di antara minat dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar. b. Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar yang sesuai. c. Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang dapat menarik minat pelajar.Terdapat seramai 40 orang responden yang dikehendaki memberi jawapan kepadaietm-item yang telah dikemukakan. Item 1 hingga 16 untuk mendapatkan data tentangminat pelajar terhadap penggunaan Bahan Bantu Mengajar. Data tentang ciri BahanBantu Mengajar yang sesuai dan jenis Bahan yang menjadi pilihan pelajar terdiri dari
  35. 35. 23item 17 hingga 26. Item-item ini telah dianalisis secara berasingan dan hasilnyaseperti yang ditunjukkan dalam jadual.Penyelidik telah memilih dua cara bagi menganalisa hubungan minat denganpenggunaan Bahan Bantu Mengajar. Pertamnya melalui Skor min dan sisihan piawai.Manakala cara ke dua ialah dengan melihat hubungan Korelasi antara keduapembolehubah tersebut.4.1.1 Hubungan di antara minat pelajar dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar4.1.1.1 Berdasarkan Skor Min dan Sisihan piawaiPenyelidik menyenaraikan tahap persetujuan responden terhadap hubungan di antaraminat pelajar dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam satu susunan jadualmengikut pengiraan min per item berdasarkan Jadual 4.1. Item-item yang dipaparkandalam borang soal selidik ada yang bersifat positif dan negatif. Namun begitupenganalisaan dibuat secara positif, di mana item negatif ditukar terlebih dahulusemasa penganalisaan. Jadual 4.1 Min hubungan minat pelajar dengan penggunaan Bahan Bantu MengajarPernyataan item Min Sisihan PiawaiMinat belajar matematik jika guru guna BBM 3.53 0.51Tidak suka belajar Matematik tanpa BBM 3.65 0.48Bosan belajar Matematik tanpa BBM 3.60 0.63Seronok belajar Matematik dengan adanya BBM 3.50 0.60BBM menjadi motivasi untuk belajar Matematik 3.50 0.64Tidak dapat menumpukan perhatian walaupun adaguru gunakan BBM 3.55 0.50Seronok belajar Matematik jika guru menggunakanBBM 3.53 0.51
  36. 36. 24Penggunaan BBM dapat mengekalkan minat 3.35 0.62Minat bertambah jika guru guna BBM 3.45 0.60Minat buat latihan yang disedia oleh guru dalamlembaran kerja 3.53 0.55Penggunaan BBM tidak langsung menarik minat 3.80 0.46Pembelajaran tidak menarik dengan BBM 3.18 0.87Penggunaan BBM mendorong minat supaya lebihrajin belajar 3.68 0.53Pembelajaran jadi lebih menarik adanya BBM 3.50 0.60Minat membuat latihan dalam buku rujukan 3.40 0.71Berjaya menyelesaikan masalah matematik jikabelajar guna BBM 2.95 0.83Berdasarkan Jadual 4.1 yang menunjukkan min perkaitan hubungan minat pelajardengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam proses pengajaran pembelajaranMatemaik. Secara keseluruhannya, didapati skor min yang diperolehi bagi setiapitem di bahagian A adalah tinggi. Dengan merujuk pada Jadual 3.2, skor yangdiperolehi sekitar 3.01 hingga 4.00. Ini bermakna pembolehubah Bahan BantuMengajar dan minat mempunyai hubungan positif. Dapatan kajian ini menunjukkanbahawa pelajar setuju bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar merupakan satucara untuk menarik minat mereka. Kecuali Item 16, skor minnya agak rendah iaitu2.95 sahaja. Julatnya berada di antara 2.01 hingga 3.00 iaitu hubungan negatif. Inibermakna penggunaan Bahan Bantu Mengajar kurang membantu pelajar dalammenyelesaikan masalah matematik terutama yang bersifat agak kompleks. Namunbegitu pelajar tidak menolak bahawa Bahan Bantu Mengajar memainkan peranansama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu pelajar menyelesaikanmasalah matematik.
  37. 37. 254.1.1.2 Berdasarkan pekali Korelasi Pearson Jadual 4.2 Korelasi antara minat pelajar dengan penggunaan Bahan Bantu MengajarPembolehubah Bahan Bantu mengajarMinat Nilai Korelasi Pearson, r = 0.670 Nilai Signifikan = 0.000 Korelasi signifikan pada aras keertian 0.01Jadual 4.2 menunjukkan keputusan Ujian Korelasi Pearson untuk menentukanhubungan antara minat pelajar dalam pembelajaran matematik dengan penggunaanBahan Bantu Mengajar. Hasil ujian menunjukkan bahawa hubungan positif kuatantara minat dan bahan Bantu Mengajar. Oleh kerana nilai 0.670 merupakan satuhubungan yang positif, ini menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan diantara kedua pemboleh ubah tersebut dengan nilai signifikannya ialah 0.000 iaitiulebih kecil dari aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.01.4.1.2 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar Yang SesuaiDalam menyediakan atau memilih Bahan Bantu Mengajar yang mahu digunakan, paraguru perlulah memastikan terlebih dahulu ianya memenuhi ciri-ciri yang berkaitanseperti yang ditunjukkan di bawah. Jadual 4.3 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar Yang Sesuai Ciri-ciri Bahan Bantu Min Sisihan Setuju Tidak Mengajar Piawai Setuju Kesesuaian 3.35 0.74 90% 10% Kejelasan 3.33 0.73 95% 5% Menarik minat 3.80 0.41 100% - Kekemasan 3.48 0.55 97.5% 2.5%
  38. 38. 26Berdasarkan Jadual 4.3, bagi item ciri kesesuaian min 3.35 ,responden menyatakanbahawa Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru mereka sesuai dengan topikyang diajarkan. Item kejelasan pula,minnya3.33 menyetujui Bahan Bantu Mengajartersebut jelas dan untuk item menarik minat min 3.80, dimana responden mengakuiyang Bahan Bantu Mengajar yang digunakan menarik minat mereka. Manakala bagiitem kekemasan pula min 3.48, menunjukkan responden turut bersetuju Bahan BantuMengajar yang digunakan kemas dari segi binaan dan mudah digunakan. 100 100 95 97,5 90 90 80 70 60 Peratus 50 40 30 20 10 10 5 2,5 0 Kesesuaian Kejelasan Menarik Minat Kekemasan Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar Setuju Tidak Setuju Rajah 4.1 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar Yang Sesuai
  39. 39. 274.1.3 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang menjadi pilihan pelajar Jadual 4.4 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar berdasarkan keutamaan pilihan pelajar Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar Min Sisishan Piawai Bahan bercetak 3.33 0.89 Bahan bukan bercetak 3.20 0.91 Bahan 3 Dimensi 2.98 0.95 Bahan tayang 3.45 0.68 Bahan audio 2.93 1.08 Bahan video/TV/ computer 3.73 0.51Berdasarkan jadual 4.4 di muka surat sebelah, didapati responden memilih bahanvideo/ TV/ komputer sebagai Bahan Bantu Mengajar yang paling mereka minati itumin 3.75. Bahan Bantu Mengajar yang menjadi pilihan kedua responden pula bahantayangan min 3.45. Seterusnya bahan bercetak dan bahan bukan bercetak pula minmasing-masing ialah 3.33 dan 3.20. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahan 3Dimensi dan bahan audio kurang diminati dan min yang ditunjukkan hanya 2.98 dan2.93 sahaja. Graf 4.1 di bawah menunjukkan perbezaan peratus yang diperolehi olehsetiap jenis Bahan Bantu Mengajar tersebut. 17.5 Setuju Tidak Setuju 82.5 Rajah 4. 2 Bahan Bercetak
  40. 40. 28 22.5 Setuju Tidak Setuju 77.5 Rajah 4. 3 Bahan Bukan Bercetak Setuju Tidak Setuju25% 75% Rajah 4.4 Bahan 3 Dimensi
  41. 41. 29Tidak Setuju 10% Setuju 90% Rajah 4.5 Bahan Tayang 30% Setuju Tidak Setuju 70% Rajah 4.6 Bahan Audio
  42. 42. 30 Tidak Setuju 3% Setuju 97%Rajah 4.7 Bahan Video/TV/Komputer
  43. 43. 31 BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULANDi dalam bab ini akan dijelaskan tentang aspek perbincangan dan kesimpulan daridapatan analisis data. Rumusan dan kesimpulan ini berdasarkan Bab 1, Bab 2, Bab 3dan Bab 4. Ekoran dari perbincangan dan kesimpulan ini, beberapa cadangan akandikemukakan bagi usaha untuk menarik dan meningkatkan minat para pelajar terhadapmata pelajaran matematik khususnya.5.1 PerbincanganSebagaimana yang telah dijelaskan di awal kajian ini, minat yang mendalam terhadapsubjek matematik akan mendorong pelajar untuk mengetahui lebih mendalam tentangsesuatu yang berkaitan dengannya. Dengan kata lain, pelajar yang meminatimatematik tidak akan menganggap ianya suatu yang susah dan membosankan.Sebaliknya mereka merasakan bahawa mempelajari matematik merupakan satuaktiviti pembelajaran yang menyeronokan. Tetapi fenomena sebaliknya terjadi padapelajar yang tidak minat matematik. Jadi tujuan kajian ini dilakukan untuk menentukan adakah Bahan BantuMengajar merupakan salah satu cara dalam menarik minat pelajar-pelajar ini supayameminati atau sekurang-kurangnya wujud kemahuan dalam diri mereka untuk belajar
  44. 44. 32matematik. Kaedah yang dipilih dalam kajian ini ialah kaedah tinjauan (survey).Seramai 36 orang responden terdiri dari pelajar-pelajar tahun lima, Sek. Keb. Kem,Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan telah dipilih untuk diedarkan soal selidik.5.1.1 Hubungan antara Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajarBerdasarkankan kepada jadual 4.1, dapatan kajian menunjukkan bahawa keseluruhanmin yang diperolehi bagi setiap item di bahagia A ini adalah tinggi. Didapatisebahagian besar pelajar memberi respon positif terhadap penggunaan Bahan BantuMengajar dalam pelajaran matematik. Mereka meyokong serta memberi sambutanyang baik terhadap penggunaan Bahan Bantu Mengajar kerana bagi mereka tanpaBahan Bantu Mengajar proses pengajaran dan pembelajaran adalah membosankan. Iniditambah lagi dengan anggapan sedia ada pada diri mereka yang matematikmerupakan satu subjek yang sukar. Manakala berdasarkan pekali Korelasi Pearson yang telah diperolehi, makabolehlah disimpulkan bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar dapat menarikminat pelajar tahun 5 di Sek. Keb. Kem, Peng. Chepa terhadap matematik. Keputusan ini selari dengan kajian yang telah dijalankan oleh Mohd SharifAbdul Manaf (1994, dalam Omar Drahman,1997, m.s 18). Beliau mendapatipenggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menimbulkan kesanpositif seperti pelajar lebih berminat dengan pengajaran dan pengajar. Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan pelajar berpendapat bahawapenggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam pembelajaran matematik telah mendorongdan memotivasikan diri mereka supaya lebih rajin belajar. Di mana penggunaanBahan Bantu Mengajar ini telah menimbulkan rasa seronok pada diri pelajar. Justeruitu mereka lebih rajin untuk membuat latihan-latihan yang diberikan oleh gurumatematik. Ini termasuklah latihan dalam lembaran kerja ataupun yang terdapat dalambuku kerja dan rujukan lainnya.
  45. 45. 33 Keputusan kajian ini juga menjelaskan bahawa peranan yang dimainkan olehBahan Bantu Mengajar tidak kurang pentingnya dalam menarik minat para pelajar, Iniseperti yang dilaporkan dalam kajian yang dijalankan oleh Dale (1963, m.s 67),mendapati terdapat tujuh nilai penting tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar.Salah satunya menyatakan bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar bolehmerangsang minat yang tinggi di kalangan para pelajar dan minat merupakan satufaktor yang penting dalam pembelajaran mereka. Dapatan ini juga turut disokongoleh dapatan kajian oleh Rulon dan Arnspinger (1998, dalam Mohamad Lebai Ishak,1998, m.s. 20). Mereka juga turut bersetuju bahawa penggunaan Bahan BantuMengajar boleh merangsang pemikiran dan pemahaman serta lebih banyak isipelajaran yang boleh diterima oleh pihak pelajar itu sendiri.5.1.2 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar Yang SesuaiPada keseluruhannya pelajar menyatakan Bahan Bantu Mengajar yang digunakan olehguru mereka adalah sesuai, jelas, menarik perhatian dan kemas. Namun begitu merekatidak menafikan kadang kala ada di antara Bahan Bantu Mengajar tersebut tidakmemenuhi keempat-empat ciri yang digariskan secara serentak. Ini dapat dilihat padabilangan pelajar yang memberi respon kepada item yang terdapat pada borang soalselidik. Di mana masih ada pelajar yang memberi jawapan negatif tetapi bilangannyatidaklah ramai. Berdasarkan Jadual 4.3 dan rajah 4.1, untuk ciri kesesuaian dan 90%sahaja bersetuju dan 10% lagi tidak menyetujuinya. Bagi mereka, mungkin guru bolehmenggunakan Bahan Bantu Mengajar lain yang lebih relevan dengan tajuk yang diajarberbanding dengan bahan yang telah guru gunakan. Manakala dari segi kejelasan pula seramai 5% menafikan bahawa BahanBantu Mengajar yang digunakan itu jelas. Ini mungkin disebabkan faktor jarak antarapelajar dengan Bahan Bantu Mengajar berkenaan, contohnya peta atau carta.Mungkin bagi pelajar yang duduk di bahagian depan kelas dapat melihat dengan jelastetapi bagi pelajar yang duduk di bahagian belakang sudah tentu fokus padangan matamereka sudah berkurangan.
  46. 46. 34 Bagi ciri kekemasan pula hanya 2.5% sahaja tidak bersetuju dengan ciriberkenaan. Ini mungkin disebabkan bahan yang digunakan untuk menghasilkanBahan Bantu Mengajar berkenaan bukanlah terdiri bahan yang benar-benar berkualitiatau mungkin pelajar yang menggunakan bahan berkenaan kurang teliti semasapenggunaannya. Perkara di atas mendapat sokongan dari para pengkaji sebelum ini.Sebagaimana kajian yang telah dijalankan oleh Abd Rahim (1989, dalam ZaitonZainal, 1991, m.s. 12 ) yang menyatakan adalah penting bagi memastikan BahanBantu mengajar yang digunakan benar-benar berfungsi dan memberi manfaat kepadapelajar dan guru. Fakta yang dikemukakan haruslah kemas dan teknik yang digunakanpula perlu jelas sesuai dengan saiz penglihatan pelajar. Begitu juga dari segi dayapenarik yang perlu ada pada bahan itu selaras dengan kajian Razali (1990 dalamZaiton Zainal, 1991, m.s. 15) dan Kajian oleh Barry (1976, dalam Suzita Mohd Resad,2002, m.s. 22)5.1.3 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar Mengikut Pilihan PelajarHasil kajian menunjukkan wujud variasi peralatan Bahan Bantu Mengajar yangdiminati dan dipilih oleh pelajar. Berdasarkan Rajah 4.2, di mana 97% pelajar lebihcenderung memilih bahan video, TV atau komputer sebagai pilihan utama mereka. Iniselari dengan perkembangan sains dan teknologi yang semakin berpengaruh dalamkehidupan kita hari ini. Kaedah pengajaran dengan menggunakan komputer dapatmeningkatkan motivasi dan minat pelajar. Dapatan ini disokong oleh kajian yangdibuat oleh Jonassen (1998, dalam Lim Chap Sam dan Fatimah Salleh, 2003, m.s. 75),beliau mendapati bahan pengajaran melalui komputer memberikan motivasi yangtinggi kepada pelajar untuk belajar.Terdapat banyak perisian pendidikan matematik yang mempunyai unsur-unsurmultimedia interaktif. Unsur-unsur tersebut seperti teks, bunyi dan gambar bertujuanmembolehkan pengguna berinteraksi dengan komputer serta menerima maklumbalasdaripadanya. Ciri interaktif yang ada dalam perisian komputer berpotensi meningkatkan motivasi belajar. Antara ciri-ciri perisian yang baik seperti mesra
  47. 47. 35pengguna, bersifat interaktif iaitu mampu memberi maklum balas kepada pengguna,kreatif, mempunyai unsur-unsur peneguhan supaya objektif pembelajaran benar-benar tercapai,tahan lasak, tiada ralat dan menghiburkan. Begitu juga penggunaan video, di mana pita rakaman atau vcd mengenaipendidikan banyak disediakan di pusat sumber negeri. Pihak sekolah bolehmendapatkan salinannya dari sana ataupun dibeli dari pasaran. Bahagian TVPendidikan pula menyediakan banyak rancangan pendidikan yang disiarkan melaluiASTRO. Kemudahan ini telah disediakan di sekolah oleh pihak yang berkenaan.Namun begitu bahan Bahan Bantu Mengajar yang lainnya juga turut menjadi pilihanpelajar. Berdasarkan Rajah 4.4, 90% pelajar bersetuju dengan penggunaan BahanTayangan. Manakala Jenis Bahan Bantu Mengajar yang kurang mendapat sambutandari pelajar ialah Bahan Audio iaitu 70%, sahaja pelajar memilih bahan jenis ini. Walau apapun bahan Bahan Bantu Mengajar yang digunakan jika guru tahumengendalikannya dengan baik akan menarik minat pelajar untuk terus mengikutipengajarannya. Hasil penemuan ini turut di sokong oleh dua orang pengkaji berikutiaitu Naim Ahmad(1989, m.s. 64) dan Nurudin Jamin (1983, dalam Hasimah Yassim,2000 m.s.12). Naim Ahmad telah merumuskan hasil kajiannya tentang keberkesananmedia pengajar iaitu mempelbagaikan media pengajaran boleh menimbulkan minatyang berterusan dalam diri pelajar. Manakala dalam kajian Nurudin pula, beliaumendapati bahawa model buatan berjaya menarik minat para pelajar disebabkankeadaannya 3 dimensi. Minat ini patut dieksploitasikan untuk menggerakkan perasaaningin tahu dan imaginasi pelajar.5.1 KesimpulanSebagai kesimpulannya kajian ini dapat menjawab beberapa persoalan yangmelibatkan penggunaan Bahan Bantu Mengajar. Secara keseluruhannya pelajarberpendapat Bantu Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru berupaya menarikminat mereka. Dengan kata lain memang wujud hubungan positif di antarapenggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru telah dapat mengelak kebosanan pelajar dalam kelas
  48. 48. 36matematik dan menukarkannya kepada suasana yang memupuk minat yang positifterhadap matematik. Bahan Bantu Mengajar yang baik mestilah memenuhi ciri-cirinya. Kesesuaianbahan dengan isi pelajaran yang diajar penting bagi memastikan isi pelajaran yangdisampaikan dapat diterima dengan jelas oleh pelajar. Seterusnya kekemasan,kejelasan dan menarik perhatian pelajar mesti dipenuhi. Jika tidak Bahan BantuMengajar yang digunakan tidak mampu mencapai matlamat penggunaan Bantu BantuMengajar tersebut. Jelaslah kepada kita dari kajian ini, jenis Bahan Bantu Mengajar yang palingdiminati oleh pelajar berbentuk bahan elektronik selaras denagn keperluan masa kini.Walau bagaimanapun tidak kira apa jua Bahan Bantu Mengajar yang digunakan dalampengajaran pembelajaran,yang perlu dipastikan ianya mesti dapat menyediakansuasana pembelajaran yang memberangsangkan minat pelajar.5.3 CadanganBerdasarkan kepada kesimpulan yang telah didapati, pengkaji cuba memberi beberapacadangan dan strategi yang dirasakan sesuai dalam pengajaran matematikberbantukan Bahan Bantu Mengajar agar dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.5.3.1 Cadangan Untuk Guru.a. Guru-guru perlulah meningkatkan kemahiran diri dalam menghasilkan dan mengendalikan Bahan Bantu Mengajar supaya dapat memenuhi ciri-ciri yang sepatutnya. Guru perlu bersedia menghadiri kursus yang berkaitan dengan Bahan Bantu Mengajar.b. Pengendalian pengajaran Matematik dengan bantuan Bahan Bantu Mengajar hendaklah dijalankan dengan cara yang menarik supaya pelajar mendapat kesan positif.
  49. 49. 375.3.2 Cadangan Untuk Pihak Sekolaha. Sentiasa peka dengan kewujudan Bahan Bantu Mengajar berbentuk perisian yang terdapat di pasaran dan menyediakan peruntukan sewajarnya bagi mendapatkannya.b. Menyediakan kemudahan prasarana seperti bilik tayangan dan peralatan terkini terutama media alat pandangan dengar.c. Merancang dan mengadakan aktiviti penghasilan Bahan Bantu Mengajar yang terancang dan berkesan dengan bantuan guru yang berkenaan.5.3.3 Saranan Untuk Kajian Pada Masa Depan.a. Kajian adalah mengenai persepsi pelajar tahap dua terhadap tahap pengunaan Bahan Bantu Mengajar oleh guru matematik sewaktu pengajaran mereka.b. Mengkaji secara khusus jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar dengan menilai tahap keberkesanannya dan pengaruhnya kepada pelajar.c. Masa dan waktu soal selidik haruslah dipanjangkan dan disesuaikan supaya responden kajian dapat menjawab dengan lebih berhati-hati dan ini akan memberikan keputusan yang lebih tepat.
  50. 50. 38RUJUKANAbd. Rahman Hj. Husin. 1979. Media teknologi dan pendidikan. Jurnal Guru, Feb (1) m.s. 22 – 26.Adnan Khamis ( 1986 ), Pertalian Sikap Pelajar Dan Perkaitannya Dengan Pencapaian Akademik. Jurnal Pendidikan, 10 & 11, 17-30.Aini Hassan (1993). Pendidikan Untuk Kreativiti: Sejauh manakah kita memahaminya? Jurnal Guru. Mei (5) m.s. 11 –15.Azman Awang (1988). Imej Guru Matematik : Suatu Kajian Kes Di Sek. Men. Teknik Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Tesis Sarjana Muda UTMCrow dan Crow (1983). Psikologi Pndidikan Untuk Penguruan (Terjemahan Habibah Elias). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Dale, E. (1969). Audio – Visual Method in Teaching. New York : Holt Rinehart and Winston.Dayang Tiawa Awang Hamid (1996). Satu Tinjauan Untuk Melihat Keberkesanan Penggunaan Video / Kamera Dalam Mempelajari Sifir 1 hingga 9 Bagi Pelajar Di Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru. Tesis Sarjana. UTM.Fatimah Ali. (1980). Media Murah untuk pengajaran: Pemilihan dan penggunaan. Kertas Kerja dalam seminar Konvokesyen Pendidikan ke 5 di Johor Bahru. Anjuran Persatuan Suluh Budiman dan Kerjaya.Mohd Nawi Ab Rahman (1998). Kaedah Statistik. Universiti Putra Malaysia.Habibah Alias dan Rahil Hj. Mahyuddin, (1990). Psikologi Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Harun Che Su. (1981). Teknologi di bidang pendidikan. Majalah Widya, November, Kuala Lumpur: Adabi.Hassan Abu Bakar. 1990). Tinjauan alat dan bahan dalam pengajaran Bahasa Malaysia. hlm. 23 – 38. Kuala Lumpur: Printing Sdn. Bhd.
  51. 51. 39Hassan Husin dan Zalilah Ibrahim (1992).Difusi dan Budaya ABM dalam pendidikan Sains dan Matematik: Satu Tinjauan Awal. Kertas Kerja dibentangkan pada Seminar Pendidikan Sains dan Matematik, di UTM, 2 – 4 Mei, 1992.Ismail Abd. Hamid (1999). Minat Matematik Bagi Murid-murid di Sebuah-Sekolah di Daerah Kulai, Johor. Tesis Ijazah Sarjana Muda yang tidak diterbitkan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia.Joseph Low Eng Guan. (1994). Kemahiran Berfikir Dalam Matematik. (44, 1994). Berita Matematiki Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. M.s. 22 – 34.Kamal Basha Madarsha, et. Al. (1987). Pola Penggunaan Alat Bantu Mengajar oleh Guru Pelatih UTM Semasa Latihan Mengajar. Kertas Kerja dibentangkan pada Bengkel Latihan Mengajar Antara Universiti Kali Keempat, 7 – 8 Dis, 1987.Kamaruddin Hj Husin. (1986). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Longman Sdn. Bhd.Leonard M.S, Yong Karen, L.Biratman (1996). Guru Yang Kreatif : Isu-Isu Teoririka Dan Aplikasi Praktik. Kuala Lumpur : Arenabuku Sdn. Bhd.Lim Chap Sam, Fatimah Salleh, Munirah Ghazali (2003). Alat Bantu Mengajar Matematik. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.Mahat Ibrahim. (1997). Penggunaan ABM dalam Pengajaran Matematik di kalangan guru-guru Sek. Ren. Daerah Batu Pahat. Satu kajian. Tesis Sarjana Muda, UTM. Minat Tentukan Kecemerlangan Matematik (2001-2002). Diperolehi Ogos19,2003 daripada http://myschoolnet.ppk.kpm.my/arkib/a_berita/2002/11_01_02.htm.Mok Soon Sang. (1996). Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Mok Soon Sang. (1992). Psikologi, Strategi pengajaran dan Penilaian Matematik, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Mohd. Najib Ghafar. (1997). Asas Penyelidikan Sains Sosial, Johor:.UTM.Mohd. Dahlan Mohd Ramli. (1992). Keberkesanan Penggunaan Alat dan Bahan Bantu Mengajar Peserta-peserta KPK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Satu Tinjauan. Mei (4) Jurnal Guru m.s. 270 –280.Mohd. Nashuha Zainudin dan rakan-rakan. (1992). Kemahiran Berfikir dan belajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
  52. 52. 40Musa Daia. Sejarah Perkembangan Pendidikan dan Persekolahan di Malaysia: Pustaka aman Press, 1966.Naim Hj. Ahmad. (1994). Video pendidikan: Tinjauan pendidikan Jarak Jauh Ciri dan Penilaian, Jurnal Wawasan. Mac: m.s.57 – 65.Norazila Ariff & Norazlina Yusop (2003). Hubungan Peranan Ibu Bapa dan Kaedah Pengajaran Guru Dalam Mempengaruhi Minat Pelajar Dalam Pembelajaran Matematik. Laporan Penyelidikan yang tidak diterbitkan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanajong Malim, Perak, Malaysia.Oemar Hamalik.(1982). Media Pendidikan Bandung: Penerbit Alumni.Omar bin Drahman. (1997). Persepsi Pelajar Diploma perguruan Malaysia Terhadap penggunaan Media Oleh Pensyarah Di Maktab Perguruan Batu Pahat. Tesis Sarjana. UTM.Rashidi Azizan & Abd. Razak Habib. (1996). Pengajaran Dalam Bilik Darjah: Kaedah dan strategi. Kajang: Masa Enterprise.Rohani Kasmani. (1999). Tinjauan mengenai persepsi pelajar terhadap penggunaan ABM dalam pengajaran Matematik di Sek. Men Dato’ Mohd Yunos Sulaiman, Pekan Nenas, Johor. UTM.Tang Ching Tong (1992). Satu kajian mengenai perbezaan sikap dengan pencapaian dalam matapelajaran matematik moden antara pelajar jurusan sains dan sastera. Latihan ilmiah. UM.Yusup Hashim. (1997). Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.Yusup Hashim (1998). Teknologi Pengajaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.
  53. 53. 41 LAMPIRAN ABorang soal selidik (untuk dijawab oleh pelajar)Arahan: Jawab semua soalan di setiap bahagian. Sila bulatkan satu daripada 4 araspersetujuan anda yang terdapat di setiap hujung pernyataan tersebut. Rujukan pernyataan: Aras persetujuan Skor Sangat Tidak Setuju (STS) 1 Tidak Setuju (TS) 2 Setuju (S) 3 Sangat Setuju (SS) 4Bahagian AHubungan minat pelajar dengan Bahan Bantu Mengajar STS TS S SSContoh: Saya gembira belajar Matematik. 1 2 3 41. Saya sangat minat belajar Matematik bila guru menggunakan Bahan Bantu Mengajar semasa mengajar. 1 2 3 42. Saya tidak suka belajar Matematik tanpa Bahan Bantu Mengajar.. 1 2 3 43. Saya rasa bosan belajar Matematik sekiranya guru tidak menggunakan Bahan Bantu Mengajar semasa mengajar. 1 2 3 44. Saya merasa seronok belajar Matematik dengan adanya Bahan Bantu Mengajar. 1 2 3 4
  54. 54. 425. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh guru menjadi motivasi kepada saya untuk mengikuti pelajaran Matematik. 1 2 3 46. Saya tidak dapat menumpukan perhatian walaupun guru menggunakan Bahan Bantu Mengajar semasa mengajar. 1 2 3 47. Saya berasa seronok belajar Matematik jika guru menggunakan Bahan Bantu Mengajar 1 2 3 48. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan semasa pengajaran dapat mengekalkan minat saya pada subjek Matematik. 1 2 3 49. Minat saya pada Matematik bertambah bila guru menggunakan Bahan Bantu Mengajar dalam pengajarannya. 1 2 3 410. Saya berminat membuat latihan Matematik yang disediakan oleh guru pada lembaran kerja. 1 2 3 411. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh guru tidak langsung menarik minat saya pada Matematik. 1 2 3 412. Pembelajaran Matematik tidak menarik dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar. 1 2 3 413. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh guru telah mendorong minat saya untuk lebih rajin belajar Matematik. 1 2 3 414 Pembelajaran Matematik menjadi lebih menarik dengan adanya Bahan Bantu Mengajar. 1 2 3 415. Saya minat membuat latihan Matematik yang terdapat dalam buku rujukan selain yang diberi oleh guru. 1 2 3 416. Saya berjaya menyelesaikan masalah Matematik apabila guru gunakan Bahan Bantu Mengajar ketika mengajar. 1 2 3 4
  55. 55. 43Bahagian BCiri-ciri Bahan Bantu Mengajar yang sesuai.17. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru sesuai dengan isi pelajaran yang disampaikan. 1 2 3 418. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru dapat dilihat dengan jelas. 1 2 3 419. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru menarik perhatian saya. 1 2 3 420. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru kemas dan mudah digunakan. 1 2 3 4Saya sangat seronok jika Bahan Bantu Mengajar berikut digunakan oleh guru semasamengajar. Jenis BBM STS TS S SS 21. Bahan bercetak 1 2 3 4 22. Bahan bukan bercetak 1 2 3 4 23. Bahan 3D 1 2 3 4 24. Bahan Tayangan 1 2 3 4 25. Bahan audio 1 2 3 4 26. Bahan video dan komputer 1 2 3 4 *SELAMAT MENJAWAB* *TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA*
  56. 56. 44 Lampiran BFrequency Table A1 Cumulative Frequency Percent Valid Percent Percent Valid 3 19 47.5 47.5 47.5 4 21 52.5 52.5 100.0 Total 40 100.0 100.0 A2 Cumulative Frequency Percent Valid Percent Percent Valid 3 14 35.0 35.0 35.0 4 26 65.0 65.0 100.0 Total 40 100.0 100.0 A3 Cumulative Frequency Percent Valid Percent Percent Valid 1 1 2.5 2.5 2.5 3 13 32.5 32.5 35.0 4 26 65.0 65.0 100.0 Total 40 100.0 100.0 A4 Cumulative Frequency Percent Valid Percent Percent Valid 2 2 5.0 5.0 5.0 3 16 40.0 40.0 45.0 4 22 55.0 55.0 100.0 Total 40 100.0 100.0 A5 Cumulative Frequency Percent Valid Percent Percent Valid 1 1 2.5 2.5 2.5 3 17 42.5 42.5 45.0 4 22 55.0 55.0 100.0 Total 40 100.0 100.0 A6 Cumulative Frequency Percent Valid Percent Percent Valid 3 18 45.0 45.0 45.0 4 22 55.0 55.0 100.0 Total 40 100.0 100.0
  57. 57. 45 A7 Cumulative Frequency Percent Valid Percent PercentValid 3 19 47.5 47.5 47.5 4 21 52.5 52.5 100.0 Total 40 100.0 100.0 A8 Cumulative Frequency Percent Valid Percent PercentValid 2 3 7.5 7.5 7.5 3 20 50.0 50.0 57.5 4 17 42.5 42.5 100.0 Total 40 100.0 100.0 A9 Cumulative Frequency Percent Valid Percent PercentValid 2 2 5.0 5.0 5.0 3 18 45.0 45.0 50.0 4 20 50.0 50.0 100.0 Total 40 100.0 100.0 A10 Cumulative Frequency Percent Valid Percent PercentValid 2 1 2.5 2.5 2.5 3 17 42.5 42.5 45.0 4 22 55.0 55.0 100.0 Total 40 100.0 100.0 A11 Cumulative Frequency Percent Valid Percent PercentValid 2 1 2.5 2.5 2.5 3 6 15.0 15.0 17.5 4 33 82.5 82.5 100.0 Total 40 100.0 100.0 A12 Cumulative Frequency Percent Valid Percent PercentValid 1 3 7.5 7.5 7.5 2 3 7.5 7.5 15.0 3 18 45.0 45.0 60.0 4 16 40.0 40.0 100.0 Total 40 100.0 100.0
  58. 58. 46 A13 Cumulative Frequency Percent Valid Percent PercentValid 2 1 2.5 2.5 2.5 3 11 27.5 27.5 30.0 4 28 70.0 70.0 100.0 Total 40 100.0 100.0 A14 Cumulative Frequency Percent Valid Percent PercentValid 2 2 5.0 5.0 5.0 3 16 40.0 40.0 45.0 4 22 55.0 55.0 100.0 Total 40 100.0 100.0 A15 Cumulative Frequency Percent Valid Percent PercentValid 1 1 2.5 2.5 2.5 2 2 5.0 5.0 7.5 3 17 42.5 42.5 50.0 4 20 50.0 50.0 100.0 Total 40 100.0 100.0 A16 Cumulative Frequency Percent Valid Percent PercentValid 1 1 2.5 2.5 2.5 2 12 30.0 30.0 32.5 3 16 40.0 40.0 72.5 4 11 27.5 27.5 100.0 Total 40 100.0 100.0 A17 Cumulative Frequency Percent Valid Percent PercentValid 1 1 2.5 2.5 2.5 2 3 7.5 7.5 10.0 3 17 42.5 42.5 52.5 4 19 47.5 47.5 100.0 Total 40 100.0 100.0
  59. 59. 47 A18 Cumulative Frequency Percent Valid Percent PercentValid 1 2 5.0 5.0 5.0 3 21 52.5 52.5 57.5 4 17 42.5 42.5 100.0 Total 40 100.0 100.0 A19 Cumulative Frequency Percent Valid Percent PercentValid 3 8 20.0 20.0 20.0 4 32 80.0 80.0 100.0 Total 40 100.0 100.0 A20 Cumulative Frequency Percent Valid Percent PercentValid 2 1 2.5 2.5 2.5 3 19 47.5 47.5 50.0 4 20 50.0 50.0 100.0 Total 40 100.0 100.0 B21 Cumulative Frequency Percent Valid Percent PercentValid 1 2 5.0 5.0 5.0 2 5 12.5 12.5 17.5 3 11 27.5 27.5 45.0 4 22 55.0 55.0 100.0 Total 40 100.0 100.0 B22 Cumulative Frequency Percent Valid Percent PercentValid 1 2 5.0 5.0 5.0 2 7 17.5 17.5 22.5 3 12 30.0 30.0 52.5 4 19 47.5 47.5 100.0 Total 40 100.0 100.0
  60. 60. 48 B23 Cumulative Frequency Percent Valid Percent PercentValid 1 4 10.0 10.0 10.0 2 6 15.0 15.0 25.0 3 17 42.5 42.5 67.5 4 13 32.5 32.5 100.0 Total 40 100.0 100.0 B24 Cumulative Frequency Percent Valid Percent PercentValid 2 4 10.0 10.0 10.0 3 15 37.5 37.5 47.5 4 21 52.5 52.5 100.0 Total 40 100.0 100.0 B25 Cumulative Frequency Percent Valid Percent PercentValid 1 6 15.0 15.0 15.0 2 6 15.0 15.0 30.0 3 13 32.5 32.5 62.5 4 15 37.5 37.5 100.0 Total 40 100.0 100.0 B26 Cumulative Frequency Percent Valid Percent PercentValid 2 1 2.5 2.5 2.5 3 9 22.5 22.5 25.0 4 30 75.0 75.0 100.0 Total 40 100.0 100.0

×