SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN SABTU SENI DALAM PENDIDIKAN
RBT/PJ/BM KUMPULAN 3
1
REFLEKSI
Saya mendapat tugasan Seni dalam Pendidikan daripada Puan Zalila binti
Nasir. Subjek ini nampak sangat menarik kerana berkaitan seni, muzik dan
pergerakan. Secara umumnya manusia akan menghayati setiap tugasan apabila
tugasan itu berkaitan dengan seni seperti seni nyanyian, seni lakonan, seni ukiran,
kraftangan dan seni warisan budaya masing – masing. Setiap bangsa dan etnik di
dunia ini mempunyai seni dalam kehidupan masing – masing. Walaupun banyak
jenis etnik dan bangsa, seni dan kebudayaan tetap lain daripada yang lain. Inilah
dikatakan seni itu bersifat unik. Walaubagaimanapun, apa yang saya belajar dalam
subjek ini adalah tiga jenis seni dalam pendidikan iaitu seni visual, seni muzik dan
seni pergerakan.
Tugasan ini berkaitan cerita rakyat mengenai haiwan. Setelah diberi kumpulan
mengikut haiwan masing – masing, saya mendapat kumpulan haiwan 2 alam iaitu
kura - kura. Saya memilih kura - kura sebagai haiwan pilihan untuk membuat
kostium. Seperti biasa, perkara yang belum kita buat akan memberi kesukaran
kepada kita kerana kurang pendedahan dan pengalaman.
Perkara pertama yang saya ingin kongsikan adalah mengenai kefahaman dan
pendedahan awal mengenai tugasan ini kepada saya. Saya sebenarnya kurang
faham apa yang perlu saya buat dalam tugasan ini. Disebabkan kali pertama saya
membuat tugasan sebegini dan penerangan dalam soalan tugasan agak kurang
jelas. Selain itu, tugasan ini juga adalah perkara baru dalam pengajaran dan
pembelajaran saya disini. Namun, saya banyak bertanya kepada pensyarah
pembimbing dan kawan – kawan mengenai tugasan ini. Setiap penerangan daripada
pensyarah saya catatkan agar lebih mudah ingat serta memudahkan saya untuk
membuat tugasan. Saya berpendapat tugasan ini banyak manfaatnya kepada bakal
guru di seluruh IPG di Malaysia. Ini kerana dengan adanya tugasan ini, bakal guru
lebih bersikap kreatif, inovatif, proaktif dan berdaya saing dalam mencipta kostium
yang terbaik. Bakal guru lebih arif dalam mencari maklumat mengenai kostium di
internet dan buku - buku di pusat sumber. Dalam keadaan ini, bakat dan kreativiti
seseorang akan terserlah ketika menjalankan tugasan tersebut.
MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN SABTU SENI DALAM PENDIDIKAN
RBT/PJ/BM KUMPULAN 3
2
Mengenai isu yang diperkatakan, saya sebenarnya kurang faham mengenai
jalan cerita haiwan tersebut dalam kisah cerita rakyat. Kalau dilihat kebanyakan
cerita – cerita rakyat dalam negara kita, semuanya hanya sedikit haiwan utama
dalam sesebuah cerita. Sebagai contoh, cerita Kancil dengan Buaya, kancil dengan
Monyet dan Kancil dengan Harimau. Apabila dilihat, watak utama dalam ketiga – tiga
cerita ini adalah kancil. Jadi, cerita rakyat dalam negara kita kurang pendedahan
dengan haiwan – haiwan lain. Dalam laman web
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sastera_rakyat, sastera rakyat atau cerita rakyat
bermaksud kesusasteraan yang lahir di kalangan rakyat. Pada lazimnya, sastera
rakyat merujuk kepada kesusasteraan rakyat daripada masa lampau, yang telah
menjadi warisan kepada sesuatu masyarakat dari zaman berzaman. Sastera rakyat
adalah sebahagian daripada kehidupan budaya bagi masyarakat lama. Misalnya
dalam masyarakat Melayu lama cerita rakyat merupakan satu bentuk hiburan yang
penting untuk orang kampung. Tambahan lagi, orang zaman dahulu hanya
menggunakan beberapa haiwan utama sahaja untuk menjadi hiburan seperti kancil
tadi.
Selain itu, apa yang merungsingkan saya adalah watak yang dipilih. Seperti
sedia maklum, saya memilih kura - kura dalam membuat kostium haiwan. Jika dilihat
dalam cerita rakyat, boleh dikatakan watak kura – kura kebanyakannya boleh
dikatakan menjadi watak utama dalam cerita – cerita rakyat zaman dahulu.
Walaubagaimanapun, saya berpendapat cerita rakyat boleh diubah dan ditokok
tambah agar mendapat nafas baharu. Ini akan menaikkan keunikan dan cerita rakyat
zaman sekarang lebih menarik dan menghiburkan. Oleh yang demikian, saya
merasakan semua watak – watak akan menonjol selain menggunakan watak utama
sahaja.
Sebelum pemilihan watak kostium lagi, saya banyak membuat kajian
mengenai kostium – kostium yang biasa dilakukan di sekolah – sekolah. Ramai
antara rakan – rakan membuat kostium yang terlalu rumit dan sukar. Saya
beranggapan, dalam membuat sesuatu kostium haiwan, kita hanya perlu
menyediakan bahan yang ringkas, tetapi audien dapat kenal pasti haiwan apa yang
kita ingin sampaikan. Ini kerana, dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah, guru hanya dibekalkan satu hingga dua masa sahaja dalam membuat aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, guru perlu bijak dalam
MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN SABTU SENI DALAM PENDIDIKAN
RBT/PJ/BM KUMPULAN 3
3
menggunakan masa yang ada untuk menyiapkan kostium haiwan kepada semua
murid dalam kelasnya.
Tambahan lagi, tugas saya adalah untuk menghasilkan kostium lengkap untuk
mewakili satu watak binatang berasaskan cerita rakyat untuk digunakan dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran seni dalam pendidikan. Saya ada menerangkan
terdapat tiga pecahan dalam subjek seni dalam pendidikan iaitu seni muzik, seni
pergerakan dan seni visual. Ketiga – tiga cabang seni ini perlu diterapkan serentak
dalam penghasilan kostium kura - kura saya. Kostium saya sebenarnya tersangatlah
ringkas namun memenuhi ciri – ciri dan menampakkan keadaan bentuk seekor kura -
kura. Saya membuat kajian dalam You Tube bahawa kura - kura di Malaysia
mempunyai berlainan spesis. Ciri kelainan paling jelas adalah pada cengkerangnya.
Cengkerang kura - kura mempunyai berlainan corak dan bentuk serta saiz fizikal
cengkerang itu juga berbeza. Kegunaannya adalah untuk melindungi bahagian
badan kura - kura yang agak lembut.
Seterusnya, apa yang ingin saya perkatakan adalah tugasan membuat
kostium haiwan ini meliputi ketiga – tiga cabang seni yang dibincangkan tadi.
Pertamanya adalah seni visual. Kebanyakan dan hampir keseluruhan kostium ini
dibuat atas dasar seni visual. Seni visual dalam kamus dewan bermaksud seni
penyampaian mesej komunikasi secara visual yang diwujudkan melalui kegiatan
percetakan atau lakaran secara elektronik. Kostium memerangkura - kura ini
dilakukan dengan langkah pertama iaitu lakaran, mencari bahan sesuai, warna yang
sepadan dan penggabungan semua bahagian – bahagian badan kostium. Selain itu,
seni muzik juga memainkan peranannya tersendiri. Muzik bermaksud gubahan bunyi
yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan. Dalam
konsep pemghasilan kostium ini, bunyi yang terhasil daripada kura - kura adalah
bunyi semula jadi. Maka, bunyi yang dihasilkan adalah semula jadi dan sukar ditiru
oleh manusia. Seterusnya adalah seni pegerakan. Seni pergerakan meliputi
pergerakan otot halus dan otot besar dalam tubuh badan. Jadi, pergerakan kura -
kura ketika bergerak adalah merangkak seperti kucing dan harimau. Kura - kura
menggunakan keempat – keempat kakinya untuk bergerak atas darat mahupun di
dalam air.
MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN SABTU SENI DALAM PENDIDIKAN
RBT/PJ/BM KUMPULAN 3
4
Tugasan seterusnya adalah saya perlu membuat refleksi dengan
menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian bagi satu mata pelajaran sekolah
rendah bagi menerangkan konsep seni dalam pendidikan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Saya perlu membuat penghubungkaitan dan pautan Teknologi
maklumat ( ICT ). Teknologi maklumat tersebut termasuklah dalam bentuk video klip,
audio visual dan apa saja untuk mewujudkan suasana pengajaran yang terancang.
Sebenarnya, semua proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas perlu
mengambil kira aspek suasana dalam kelas dan kaedah pengajaran guru. Suasana
bilik darjah harmonis dan menarik membantu peningkatan pengajaran dan
pembelajaran yang lebih bermakna. Menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk
iklim dan budaya bilik darjah yang baik. Gaya kepimpinan yang berwibawa tanpa
terlalu banyak memberi arahan dianggap sebagai pemimpin demokratik hanya akan
mengambil masa untuk mendapatkan buah fikiran bagi menyelesai sesuatu isu, dan
kelihatan kumpulan-kumpulan yang wujud di bilik darjah mempunyai hubungan yang
lebih mesra dan saling bekerjasama. Berbeza dengan pemimpin Laiissez-faire yang
memberi arahan-arahan yang tidak jelas dan jawapan-jawapan yang ringkas tentang
sesuatu persoalan. Pendekatan - pendekatan yang hendak digunakan bagi
mengawal iklim dalam bilik darjah perlu berlandaskan tahap perkembangan kognitif
murid - murid. Iklim bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan
keseronokan murid bersama guru dalam bilik darjah tersebut. Guru yang memiliki
gaya kepimpinan yang matang sedia menerima dan menghormati setiap pandangan
murid dalam bilik darjah, memperbaiki peraturan-peraturan supaya peraturan itu
boleh berubah mengikut keadaan dan suasana serta menekan kepada jangkaan -
jangkaan yang positif. Apabila keadaan ini berlaku guru sebagai pemimpin dapat
menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi dan perkembangan diri murid - murid
serta bersikap keterbukaan dalam perkara - perkara yang membawa kepada
kebaikan. Tambahan pula, ini melihatkan bahawa suasana dan iklim bilik darjah amat
penting selain kepimpinan guru itu sendiri dalam mengawal suasana bilik darjah.
Mengenai tugasan saya dalam membuat Rancangan Pengajaran Harian (
RPH ), saya ada membuat penyelidikan mengenai kurikulum baru yang mula
digunakan pada tahun 2011 ini, iaitu KSSR atau Kurikulum Standard Sekolah
Rendah. KSSR adalah kurikulum baru yang menggantikan KBSR yang telah
digunakan sejak tahun 2005 lagi. Dengan adanya kurikulum baru ini, saya sebagai
MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN SABTU SENI DALAM PENDIDIKAN
RBT/PJ/BM KUMPULAN 3
5
bakal guru mengganggap kementerian telah membuat rombakan yang terbaik dalam
bidang pendidikan. Saya telah memilih subjek Dunia Sains dan Teknologi sebagai
subjek pengajaran saya. Subjek ini merupakan dalam Modul Teras Tema tahap 1.
Walaubagaimanapun, saya beranggapan subjek ini sangat sesuai dengan tajuk
pengajaran saya iaitu haiwan 2 alam. Tambahan pula, saya membuat RPH dalam
satu masa iaitu 60 minit dan bersamaan dengan masa untuk seminggu subjek Dunia
Sains dan Teknologi.
Sebenarnya, Pengajaran dan pembelajaran telah memainkan peranan
penting dalam pendidikan di negara kita Malaysia. Era ICT kini telah memajukan
bidang pendidikan. Berbanding dengan dulu, guru - guru terikat dengan buku teks
dan mengamalkan pengajaran dan pembelajaran ala 'chalk and talk' tetapi kini
pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan secara online atau menggunakan
perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Dalam pembinaan
perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, seseorang guru perlu
memahami psikologi pelajar dan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini sangat
berkait rapat untuk mewujudkan suasana pengajaran yang terancang dan terampil.
Menurut Griffith W. Williams, psikologi bermaksud satu cabang penyiasatan
saintifik tentang tingkah laku. James O. Whittaker menyatakan bahawa psikologi
adalah aktiviti atau sains tingkah laku khususnya tingkah laku manusia. Atan
Long(1976) menghuraikan psikologi pendidikan sebagai sains yang mengkaji tingkah
laku pelajar dalam suasana pembelajaran dalam bilik darjah. Smith (1978)
menjelaskan psikologi pendidikan sebagai kajian saintifik terhadap tingkah laku
individu dalam pendidikan, termasuk prinsip-prinsip dan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan untuk menyelesaikan masalah pendidikan. Ahli
psikologi mungkin mengkaji tingkah laku secara saintifik, atau mereka mungkin
menggunakan teori dan dapatan penyelidikan orang lain untuk masalah praktikal.
Pengajaran adalah sesuatu proses berkaitan dengan penyebaran ilmu
pengetahuan atau kemahiran supaya murid – murid dapat mempelajari dan
menguasai setiap kemahiran dengan berkesan. Melalui pengajaran, murid berubah
dari tidak tahu kepada tahu. Terdapat beberapa model pengajaran yang dipraktikkan
oleh guru-guru pada masa kini. Mengikut Thomas F. Green, tujuan mengajar ialah
MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN SABTU SENI DALAM PENDIDIKAN
RBT/PJ/BM KUMPULAN 3
6
menukar tingkah laku dan kelakuan murid melalui perolehan ilmu pengetahuan atau
kepercayaan baru.
Pembelajaran merupakan satu proses berterusan. Menurut kamus
dewan(1994), pembelajaran adalah usaha memperoleh ilmu pengetahuan,
menuntut ilmu pengetahuan. Proses ini mengkehendaki pelajar melalui pengalaman
seperti mendapat penerangan guru, membuat latihan bertulis atau amali sehingga
berlaku perubahan dalam diri pelajar. Robert M. Gagne (1970) dalam bukunya 'The
Condition of Learning' mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku
atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang
disebabkan proses pertumbuhan. Menurut Mayer (1982), pembelajaran adalah
perubahan kekal dalam pengetahuan seseorang melalui pengalaman. Driscoll (1994)
menyebut bahawa pembelajaran adalah perubahan prestasi secara berterusan
dalam diri manusia hasil dari interaksi pembelajaran dengan persekitaran. Oleh itu
pembelajaran merupakan satu proses yang mengubah keadaan, sikap, pengetahuan
manusia menerusi pengalaman. Ciri kekal terbentuk dari perubahan - perubahan ini.
Pada asasnya konsep pembelajaran berlandaskan teori - teori pembelajaran
masa kini. Konsep Pembelajaran diperoleh manusia sejak kecil lagi sama ada
secara formal atau tidak formal. Manusia menggunakan semua derianya seperti
mata, hidung, mata, telinga bagi meyesuaikan diri dengan persekitaran. Teori - teori
pembelajaran terdiri daripada kognitif, konstruktisme, behaviourisme dan 'Multiple
Choices'. Proses pembelajaran berlaku secara berperingkat - peringkat. Tindakan
mengamalkan pengalaman atau ilmu pengetahuan yang diperoleh dalam proses
pembelajaran merupakan satu perubahan tingkah laku manusia.
Selain daripada konsep – konsep dan teori yang diberikan diatas, saya ada
berpendapat bahawa motivasi amat penting dalam penghasilan suasana dan iklim
bilik dajah yang kondusif. Motivasi adalah suatu tenaga kuat, mungkin yang terkuat
dalam setiap situasi pembelajaran. Penting bagi guru menggerakkan tenaga ini
dalam melaksanakan tugas pengajaran. Oleh itu, sebagai faktor utama dalam setiap
situasi pembelajaran serta motivasi penting untuk guru mengerti definisinya.
Terdapat banyak definisi motivasi antaranya :
MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN SABTU SENI DALAM PENDIDIKAN
RBT/PJ/BM KUMPULAN 3
7
‘ …proses dalaman yang meransang kita memenuhi keperluan tertentu’
( Dennis Child, Psychology and The Teacher )
‘ Pendorong yang disedari ataupun tidak disedari yang meransang tindakan kea rah
matlamat yang diingini ‘.
( Oxford English Dictionary )
Kajian berkenaan motivasi adalah yang berkaitan dengan segala desakan dan
dorongan biologi, sosiologi dan psikologi yang menyingkir kemalasan dan
menggerakkan kita, sama ada dengan penuh minat ataupun tidak, untuk bertindak’.
( George Miller, Psychology-The Science of Mental Life )
Seorang guru berkemungkinan ingin mendapat kepuasan dalam melaksanakan
tugas dengan baik, dapat menghasilkan situasi pembelajaran yang memberi manfaat
kepada murid sepenuhnya dan mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan
serta diiktiraf oleh rakan sejawat sebagai guru yang mempunyai standard
professional yang tinggi. Murid mahu belajar dan mereka tahu apa yang dapat
diperolehi daripada mata pelajaran atau sesuatu kursus. Ini dapat memudahkan
tugas guru. Oleh itu, tugas utama guru adalah mengekalkan motivasi pelajar.
Setelah memahami apa yang saya terangkan diatas, dapat saya rumuskan
bahawa penghubungkaitan dan pautan ICT dalam bentuk klip video, audio visual dan
lain – lain amat berguna kepada guru dan murid. Ingin saya tambah bahawa
keseronokan belajar juga akan terhasil dalam suasana dan iklim bilik darjah.
Keadaan inilah yang penting untuk murid – murid belajar bersungguh – sungguh
kerana telah menyimpan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran.
Sekian.

More Related Content

Similar to Kostum Kura-Kura

pertanyaan kelompok 12.pdf
pertanyaan kelompok 12.pdfpertanyaan kelompok 12.pdf
pertanyaan kelompok 12.pdfNganjukSolid
 
Kelas 10-revisi-2017-sma-seni-budaya
Kelas 10-revisi-2017-sma-seni-budayaKelas 10-revisi-2017-sma-seni-budaya
Kelas 10-revisi-2017-sma-seni-budayaendryw1
 
MODUL IV SENI BUDAYA KB 4: PEMBELAJARAN PENGETAHUAN SENI DAN ESTETIKA SENI TE...
MODUL IV SENI BUDAYA KB 4: PEMBELAJARAN PENGETAHUAN SENI DAN ESTETIKA SENI TE...MODUL IV SENI BUDAYA KB 4: PEMBELAJARAN PENGETAHUAN SENI DAN ESTETIKA SENI TE...
MODUL IV SENI BUDAYA KB 4: PEMBELAJARAN PENGETAHUAN SENI DAN ESTETIKA SENI TE...PPGhybrid3
 
sastra dan bahasa indonesia modul 9.ppt
sastra dan bahasa indonesia modul 9.pptsastra dan bahasa indonesia modul 9.ppt
sastra dan bahasa indonesia modul 9.pptUlilRachmawan
 
Peranan Seni Dalam Pendidikan
Peranan Seni Dalam PendidikanPeranan Seni Dalam Pendidikan
Peranan Seni Dalam Pendidikanmiao12345
 
MODUL VI KEGIATAN BELAJAR 3: KREASI TARI
MODUL VI KEGIATAN BELAJAR 3: KREASI TARIMODUL VI KEGIATAN BELAJAR 3: KREASI TARI
MODUL VI KEGIATAN BELAJAR 3: KREASI TARIPPGhybrid3
 
BMM 3104E Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SEMESTER 5)
BMM 3104E Pengajaran Kemahiran  Bahasa Melayu (SEMESTER 5)BMM 3104E Pengajaran Kemahiran  Bahasa Melayu (SEMESTER 5)
BMM 3104E Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SEMESTER 5)Stephanie Unsil
 
[8] rpp sd kelas 3 semester 2 berperilaku baik dalam kehid
[8] rpp sd kelas 3 semester 2   berperilaku baik dalam kehid[8] rpp sd kelas 3 semester 2   berperilaku baik dalam kehid
[8] rpp sd kelas 3 semester 2 berperilaku baik dalam kehideli priyatna laidan
 
Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1
Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1
Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1Rogiyah Giah
 
Buku ips kelas xii normal
Buku  ips kelas xii normalBuku  ips kelas xii normal
Buku ips kelas xii normalabahsugiono
 
Teknik Pgjrn Cerpen
 Teknik Pgjrn Cerpen Teknik Pgjrn Cerpen
Teknik Pgjrn CerpenAwang Kelabu
 

Similar to Kostum Kura-Kura (20)

pertanyaan kelompok 12.pdf
pertanyaan kelompok 12.pdfpertanyaan kelompok 12.pdf
pertanyaan kelompok 12.pdf
 
Kelas 10-revisi-2017-sma-seni-budaya
Kelas 10-revisi-2017-sma-seni-budayaKelas 10-revisi-2017-sma-seni-budaya
Kelas 10-revisi-2017-sma-seni-budaya
 
MODUL IV SENI BUDAYA KB 4: PEMBELAJARAN PENGETAHUAN SENI DAN ESTETIKA SENI TE...
MODUL IV SENI BUDAYA KB 4: PEMBELAJARAN PENGETAHUAN SENI DAN ESTETIKA SENI TE...MODUL IV SENI BUDAYA KB 4: PEMBELAJARAN PENGETAHUAN SENI DAN ESTETIKA SENI TE...
MODUL IV SENI BUDAYA KB 4: PEMBELAJARAN PENGETAHUAN SENI DAN ESTETIKA SENI TE...
 
sastra dan bahasa indonesia modul 9.ppt
sastra dan bahasa indonesia modul 9.pptsastra dan bahasa indonesia modul 9.ppt
sastra dan bahasa indonesia modul 9.ppt
 
Peranan Seni Dalam Pendidikan
Peranan Seni Dalam PendidikanPeranan Seni Dalam Pendidikan
Peranan Seni Dalam Pendidikan
 
MODUL VI KEGIATAN BELAJAR 3: KREASI TARI
MODUL VI KEGIATAN BELAJAR 3: KREASI TARIMODUL VI KEGIATAN BELAJAR 3: KREASI TARI
MODUL VI KEGIATAN BELAJAR 3: KREASI TARI
 
BMM 3104E Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SEMESTER 5)
BMM 3104E Pengajaran Kemahiran  Bahasa Melayu (SEMESTER 5)BMM 3104E Pengajaran Kemahiran  Bahasa Melayu (SEMESTER 5)
BMM 3104E Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SEMESTER 5)
 
Assg seni wan
Assg seni wanAssg seni wan
Assg seni wan
 
Seni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikanSeni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikan
 
Seni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikanSeni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikan
 
Budaya konteks pendidikan
Budaya konteks pendidikanBudaya konteks pendidikan
Budaya konteks pendidikan
 
PPT KKG SDN 2.pptx
PPT KKG SDN 2.pptxPPT KKG SDN 2.pptx
PPT KKG SDN 2.pptx
 
[8] rpp sd kelas 3 semester 2 berperilaku baik dalam kehid
[8] rpp sd kelas 3 semester 2   berperilaku baik dalam kehid[8] rpp sd kelas 3 semester 2   berperilaku baik dalam kehid
[8] rpp sd kelas 3 semester 2 berperilaku baik dalam kehid
 
Kelas 4 tema 7
Kelas 4 tema 7 Kelas 4 tema 7
Kelas 4 tema 7
 
Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1
Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1
Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1
 
Templet hbae2203 fauzi
Templet hbae2203 fauziTemplet hbae2203 fauzi
Templet hbae2203 fauzi
 
paud
paudpaud
paud
 
green arts
green artsgreen arts
green arts
 
Buku ips kelas xii normal
Buku  ips kelas xii normalBuku  ips kelas xii normal
Buku ips kelas xii normal
 
Teknik Pgjrn Cerpen
 Teknik Pgjrn Cerpen Teknik Pgjrn Cerpen
Teknik Pgjrn Cerpen
 

More from Pensil Dan Pemadam

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikPensil Dan Pemadam
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014Pensil Dan Pemadam
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Pensil Dan Pemadam
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Pensil Dan Pemadam
 

More from Pensil Dan Pemadam (20)

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzik
 
Ujian dst ogos
Ujian dst ogosUjian dst ogos
Ujian dst ogos
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2
 
Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
 
Ujian bulanan ogos
Ujian bulanan ogosUjian bulanan ogos
Ujian bulanan ogos
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
 
Soalan pjpk t3 ppt2013
Soalan pjpk t3   ppt2013Soalan pjpk t3   ppt2013
Soalan pjpk t3 ppt2013
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
 
Sampul duit raya
Sampul duit rayaSampul duit raya
Sampul duit raya
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
 
Psv
PsvPsv
Psv
 
Ujian pj
Ujian pjUjian pj
Ujian pj
 

Kostum Kura-Kura

  • 1. MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN SABTU SENI DALAM PENDIDIKAN RBT/PJ/BM KUMPULAN 3 1 REFLEKSI Saya mendapat tugasan Seni dalam Pendidikan daripada Puan Zalila binti Nasir. Subjek ini nampak sangat menarik kerana berkaitan seni, muzik dan pergerakan. Secara umumnya manusia akan menghayati setiap tugasan apabila tugasan itu berkaitan dengan seni seperti seni nyanyian, seni lakonan, seni ukiran, kraftangan dan seni warisan budaya masing – masing. Setiap bangsa dan etnik di dunia ini mempunyai seni dalam kehidupan masing – masing. Walaupun banyak jenis etnik dan bangsa, seni dan kebudayaan tetap lain daripada yang lain. Inilah dikatakan seni itu bersifat unik. Walaubagaimanapun, apa yang saya belajar dalam subjek ini adalah tiga jenis seni dalam pendidikan iaitu seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Tugasan ini berkaitan cerita rakyat mengenai haiwan. Setelah diberi kumpulan mengikut haiwan masing – masing, saya mendapat kumpulan haiwan 2 alam iaitu kura - kura. Saya memilih kura - kura sebagai haiwan pilihan untuk membuat kostium. Seperti biasa, perkara yang belum kita buat akan memberi kesukaran kepada kita kerana kurang pendedahan dan pengalaman. Perkara pertama yang saya ingin kongsikan adalah mengenai kefahaman dan pendedahan awal mengenai tugasan ini kepada saya. Saya sebenarnya kurang faham apa yang perlu saya buat dalam tugasan ini. Disebabkan kali pertama saya membuat tugasan sebegini dan penerangan dalam soalan tugasan agak kurang jelas. Selain itu, tugasan ini juga adalah perkara baru dalam pengajaran dan pembelajaran saya disini. Namun, saya banyak bertanya kepada pensyarah pembimbing dan kawan – kawan mengenai tugasan ini. Setiap penerangan daripada pensyarah saya catatkan agar lebih mudah ingat serta memudahkan saya untuk membuat tugasan. Saya berpendapat tugasan ini banyak manfaatnya kepada bakal guru di seluruh IPG di Malaysia. Ini kerana dengan adanya tugasan ini, bakal guru lebih bersikap kreatif, inovatif, proaktif dan berdaya saing dalam mencipta kostium yang terbaik. Bakal guru lebih arif dalam mencari maklumat mengenai kostium di internet dan buku - buku di pusat sumber. Dalam keadaan ini, bakat dan kreativiti seseorang akan terserlah ketika menjalankan tugasan tersebut.
  • 2. MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN SABTU SENI DALAM PENDIDIKAN RBT/PJ/BM KUMPULAN 3 2 Mengenai isu yang diperkatakan, saya sebenarnya kurang faham mengenai jalan cerita haiwan tersebut dalam kisah cerita rakyat. Kalau dilihat kebanyakan cerita – cerita rakyat dalam negara kita, semuanya hanya sedikit haiwan utama dalam sesebuah cerita. Sebagai contoh, cerita Kancil dengan Buaya, kancil dengan Monyet dan Kancil dengan Harimau. Apabila dilihat, watak utama dalam ketiga – tiga cerita ini adalah kancil. Jadi, cerita rakyat dalam negara kita kurang pendedahan dengan haiwan – haiwan lain. Dalam laman web http://ms.wikipedia.org/wiki/Sastera_rakyat, sastera rakyat atau cerita rakyat bermaksud kesusasteraan yang lahir di kalangan rakyat. Pada lazimnya, sastera rakyat merujuk kepada kesusasteraan rakyat daripada masa lampau, yang telah menjadi warisan kepada sesuatu masyarakat dari zaman berzaman. Sastera rakyat adalah sebahagian daripada kehidupan budaya bagi masyarakat lama. Misalnya dalam masyarakat Melayu lama cerita rakyat merupakan satu bentuk hiburan yang penting untuk orang kampung. Tambahan lagi, orang zaman dahulu hanya menggunakan beberapa haiwan utama sahaja untuk menjadi hiburan seperti kancil tadi. Selain itu, apa yang merungsingkan saya adalah watak yang dipilih. Seperti sedia maklum, saya memilih kura - kura dalam membuat kostium haiwan. Jika dilihat dalam cerita rakyat, boleh dikatakan watak kura – kura kebanyakannya boleh dikatakan menjadi watak utama dalam cerita – cerita rakyat zaman dahulu. Walaubagaimanapun, saya berpendapat cerita rakyat boleh diubah dan ditokok tambah agar mendapat nafas baharu. Ini akan menaikkan keunikan dan cerita rakyat zaman sekarang lebih menarik dan menghiburkan. Oleh yang demikian, saya merasakan semua watak – watak akan menonjol selain menggunakan watak utama sahaja. Sebelum pemilihan watak kostium lagi, saya banyak membuat kajian mengenai kostium – kostium yang biasa dilakukan di sekolah – sekolah. Ramai antara rakan – rakan membuat kostium yang terlalu rumit dan sukar. Saya beranggapan, dalam membuat sesuatu kostium haiwan, kita hanya perlu menyediakan bahan yang ringkas, tetapi audien dapat kenal pasti haiwan apa yang kita ingin sampaikan. Ini kerana, dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, guru hanya dibekalkan satu hingga dua masa sahaja dalam membuat aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, guru perlu bijak dalam
  • 3. MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN SABTU SENI DALAM PENDIDIKAN RBT/PJ/BM KUMPULAN 3 3 menggunakan masa yang ada untuk menyiapkan kostium haiwan kepada semua murid dalam kelasnya. Tambahan lagi, tugas saya adalah untuk menghasilkan kostium lengkap untuk mewakili satu watak binatang berasaskan cerita rakyat untuk digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran seni dalam pendidikan. Saya ada menerangkan terdapat tiga pecahan dalam subjek seni dalam pendidikan iaitu seni muzik, seni pergerakan dan seni visual. Ketiga – tiga cabang seni ini perlu diterapkan serentak dalam penghasilan kostium kura - kura saya. Kostium saya sebenarnya tersangatlah ringkas namun memenuhi ciri – ciri dan menampakkan keadaan bentuk seekor kura - kura. Saya membuat kajian dalam You Tube bahawa kura - kura di Malaysia mempunyai berlainan spesis. Ciri kelainan paling jelas adalah pada cengkerangnya. Cengkerang kura - kura mempunyai berlainan corak dan bentuk serta saiz fizikal cengkerang itu juga berbeza. Kegunaannya adalah untuk melindungi bahagian badan kura - kura yang agak lembut. Seterusnya, apa yang ingin saya perkatakan adalah tugasan membuat kostium haiwan ini meliputi ketiga – tiga cabang seni yang dibincangkan tadi. Pertamanya adalah seni visual. Kebanyakan dan hampir keseluruhan kostium ini dibuat atas dasar seni visual. Seni visual dalam kamus dewan bermaksud seni penyampaian mesej komunikasi secara visual yang diwujudkan melalui kegiatan percetakan atau lakaran secara elektronik. Kostium memerangkura - kura ini dilakukan dengan langkah pertama iaitu lakaran, mencari bahan sesuai, warna yang sepadan dan penggabungan semua bahagian – bahagian badan kostium. Selain itu, seni muzik juga memainkan peranannya tersendiri. Muzik bermaksud gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan. Dalam konsep pemghasilan kostium ini, bunyi yang terhasil daripada kura - kura adalah bunyi semula jadi. Maka, bunyi yang dihasilkan adalah semula jadi dan sukar ditiru oleh manusia. Seterusnya adalah seni pegerakan. Seni pergerakan meliputi pergerakan otot halus dan otot besar dalam tubuh badan. Jadi, pergerakan kura - kura ketika bergerak adalah merangkak seperti kucing dan harimau. Kura - kura menggunakan keempat – keempat kakinya untuk bergerak atas darat mahupun di dalam air.
  • 4. MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN SABTU SENI DALAM PENDIDIKAN RBT/PJ/BM KUMPULAN 3 4 Tugasan seterusnya adalah saya perlu membuat refleksi dengan menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian bagi satu mata pelajaran sekolah rendah bagi menerangkan konsep seni dalam pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya perlu membuat penghubungkaitan dan pautan Teknologi maklumat ( ICT ). Teknologi maklumat tersebut termasuklah dalam bentuk video klip, audio visual dan apa saja untuk mewujudkan suasana pengajaran yang terancang. Sebenarnya, semua proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas perlu mengambil kira aspek suasana dalam kelas dan kaedah pengajaran guru. Suasana bilik darjah harmonis dan menarik membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. Menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk iklim dan budaya bilik darjah yang baik. Gaya kepimpinan yang berwibawa tanpa terlalu banyak memberi arahan dianggap sebagai pemimpin demokratik hanya akan mengambil masa untuk mendapatkan buah fikiran bagi menyelesai sesuatu isu, dan kelihatan kumpulan-kumpulan yang wujud di bilik darjah mempunyai hubungan yang lebih mesra dan saling bekerjasama. Berbeza dengan pemimpin Laiissez-faire yang memberi arahan-arahan yang tidak jelas dan jawapan-jawapan yang ringkas tentang sesuatu persoalan. Pendekatan - pendekatan yang hendak digunakan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah perlu berlandaskan tahap perkembangan kognitif murid - murid. Iklim bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid bersama guru dalam bilik darjah tersebut. Guru yang memiliki gaya kepimpinan yang matang sedia menerima dan menghormati setiap pandangan murid dalam bilik darjah, memperbaiki peraturan-peraturan supaya peraturan itu boleh berubah mengikut keadaan dan suasana serta menekan kepada jangkaan - jangkaan yang positif. Apabila keadaan ini berlaku guru sebagai pemimpin dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi dan perkembangan diri murid - murid serta bersikap keterbukaan dalam perkara - perkara yang membawa kepada kebaikan. Tambahan pula, ini melihatkan bahawa suasana dan iklim bilik darjah amat penting selain kepimpinan guru itu sendiri dalam mengawal suasana bilik darjah. Mengenai tugasan saya dalam membuat Rancangan Pengajaran Harian ( RPH ), saya ada membuat penyelidikan mengenai kurikulum baru yang mula digunakan pada tahun 2011 ini, iaitu KSSR atau Kurikulum Standard Sekolah Rendah. KSSR adalah kurikulum baru yang menggantikan KBSR yang telah digunakan sejak tahun 2005 lagi. Dengan adanya kurikulum baru ini, saya sebagai
  • 5. MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN SABTU SENI DALAM PENDIDIKAN RBT/PJ/BM KUMPULAN 3 5 bakal guru mengganggap kementerian telah membuat rombakan yang terbaik dalam bidang pendidikan. Saya telah memilih subjek Dunia Sains dan Teknologi sebagai subjek pengajaran saya. Subjek ini merupakan dalam Modul Teras Tema tahap 1. Walaubagaimanapun, saya beranggapan subjek ini sangat sesuai dengan tajuk pengajaran saya iaitu haiwan 2 alam. Tambahan pula, saya membuat RPH dalam satu masa iaitu 60 minit dan bersamaan dengan masa untuk seminggu subjek Dunia Sains dan Teknologi. Sebenarnya, Pengajaran dan pembelajaran telah memainkan peranan penting dalam pendidikan di negara kita Malaysia. Era ICT kini telah memajukan bidang pendidikan. Berbanding dengan dulu, guru - guru terikat dengan buku teks dan mengamalkan pengajaran dan pembelajaran ala 'chalk and talk' tetapi kini pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan secara online atau menggunakan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Dalam pembinaan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, seseorang guru perlu memahami psikologi pelajar dan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini sangat berkait rapat untuk mewujudkan suasana pengajaran yang terancang dan terampil. Menurut Griffith W. Williams, psikologi bermaksud satu cabang penyiasatan saintifik tentang tingkah laku. James O. Whittaker menyatakan bahawa psikologi adalah aktiviti atau sains tingkah laku khususnya tingkah laku manusia. Atan Long(1976) menghuraikan psikologi pendidikan sebagai sains yang mengkaji tingkah laku pelajar dalam suasana pembelajaran dalam bilik darjah. Smith (1978) menjelaskan psikologi pendidikan sebagai kajian saintifik terhadap tingkah laku individu dalam pendidikan, termasuk prinsip-prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk menyelesaikan masalah pendidikan. Ahli psikologi mungkin mengkaji tingkah laku secara saintifik, atau mereka mungkin menggunakan teori dan dapatan penyelidikan orang lain untuk masalah praktikal. Pengajaran adalah sesuatu proses berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya murid – murid dapat mempelajari dan menguasai setiap kemahiran dengan berkesan. Melalui pengajaran, murid berubah dari tidak tahu kepada tahu. Terdapat beberapa model pengajaran yang dipraktikkan oleh guru-guru pada masa kini. Mengikut Thomas F. Green, tujuan mengajar ialah
  • 6. MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN SABTU SENI DALAM PENDIDIKAN RBT/PJ/BM KUMPULAN 3 6 menukar tingkah laku dan kelakuan murid melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru. Pembelajaran merupakan satu proses berterusan. Menurut kamus dewan(1994), pembelajaran adalah usaha memperoleh ilmu pengetahuan, menuntut ilmu pengetahuan. Proses ini mengkehendaki pelajar melalui pengalaman seperti mendapat penerangan guru, membuat latihan bertulis atau amali sehingga berlaku perubahan dalam diri pelajar. Robert M. Gagne (1970) dalam bukunya 'The Condition of Learning' mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Menurut Mayer (1982), pembelajaran adalah perubahan kekal dalam pengetahuan seseorang melalui pengalaman. Driscoll (1994) menyebut bahawa pembelajaran adalah perubahan prestasi secara berterusan dalam diri manusia hasil dari interaksi pembelajaran dengan persekitaran. Oleh itu pembelajaran merupakan satu proses yang mengubah keadaan, sikap, pengetahuan manusia menerusi pengalaman. Ciri kekal terbentuk dari perubahan - perubahan ini. Pada asasnya konsep pembelajaran berlandaskan teori - teori pembelajaran masa kini. Konsep Pembelajaran diperoleh manusia sejak kecil lagi sama ada secara formal atau tidak formal. Manusia menggunakan semua derianya seperti mata, hidung, mata, telinga bagi meyesuaikan diri dengan persekitaran. Teori - teori pembelajaran terdiri daripada kognitif, konstruktisme, behaviourisme dan 'Multiple Choices'. Proses pembelajaran berlaku secara berperingkat - peringkat. Tindakan mengamalkan pengalaman atau ilmu pengetahuan yang diperoleh dalam proses pembelajaran merupakan satu perubahan tingkah laku manusia. Selain daripada konsep – konsep dan teori yang diberikan diatas, saya ada berpendapat bahawa motivasi amat penting dalam penghasilan suasana dan iklim bilik dajah yang kondusif. Motivasi adalah suatu tenaga kuat, mungkin yang terkuat dalam setiap situasi pembelajaran. Penting bagi guru menggerakkan tenaga ini dalam melaksanakan tugas pengajaran. Oleh itu, sebagai faktor utama dalam setiap situasi pembelajaran serta motivasi penting untuk guru mengerti definisinya. Terdapat banyak definisi motivasi antaranya :
  • 7. MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN SABTU SENI DALAM PENDIDIKAN RBT/PJ/BM KUMPULAN 3 7 ‘ …proses dalaman yang meransang kita memenuhi keperluan tertentu’ ( Dennis Child, Psychology and The Teacher ) ‘ Pendorong yang disedari ataupun tidak disedari yang meransang tindakan kea rah matlamat yang diingini ‘. ( Oxford English Dictionary ) Kajian berkenaan motivasi adalah yang berkaitan dengan segala desakan dan dorongan biologi, sosiologi dan psikologi yang menyingkir kemalasan dan menggerakkan kita, sama ada dengan penuh minat ataupun tidak, untuk bertindak’. ( George Miller, Psychology-The Science of Mental Life ) Seorang guru berkemungkinan ingin mendapat kepuasan dalam melaksanakan tugas dengan baik, dapat menghasilkan situasi pembelajaran yang memberi manfaat kepada murid sepenuhnya dan mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan serta diiktiraf oleh rakan sejawat sebagai guru yang mempunyai standard professional yang tinggi. Murid mahu belajar dan mereka tahu apa yang dapat diperolehi daripada mata pelajaran atau sesuatu kursus. Ini dapat memudahkan tugas guru. Oleh itu, tugas utama guru adalah mengekalkan motivasi pelajar. Setelah memahami apa yang saya terangkan diatas, dapat saya rumuskan bahawa penghubungkaitan dan pautan ICT dalam bentuk klip video, audio visual dan lain – lain amat berguna kepada guru dan murid. Ingin saya tambah bahawa keseronokan belajar juga akan terhasil dalam suasana dan iklim bilik darjah. Keadaan inilah yang penting untuk murid – murid belajar bersungguh – sungguh kerana telah menyimpan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran. Sekian.