1. Gambar menunjukkan suasana di kawasan perkelahan. Tulis lima ayat yang
lengkap tentang gambar tersebut
membina istana pasir
membantu emak
menghidangkan makanan
membaca majalah
mandi-manda
bersiar-siar
mengejar ketam
mengambil gambar
堆沙城堡
帮妈妈
呈上食物
阅读杂志
游泳嬉水
散步
追螃蟹
拍照
2. Dua orang kanak-kanak lelaki sedang membina istana pasir yang cantik di tepi pantai.
Kakak membantu ibu menghidangkan makanan yang dibawa dari rumah.
Ibu menghidangkan makanan yang telah disediakan untuk disajikan kepada ahli keluarga
semasa perkelahan.
Ayah duduk di atas kerusi sambil membaca majalah yang baru dibeli.
Dua orang kanak-kanak sedang bermandi-manda di laut menggunakan pelampung
untuk keselamatan diri mereka..
Dua orang pemuda bersiar-siar di tepi pantai sambil menjinjing kasut masing-masing.
Seorang budak lelaki mengejar seekor ketam batu dengan ranting kayu.
Seorang pengunjung mengambil gambar rakannya yang berdiri di tepi pantai itu.