SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 11
Descargar para leer sin conexión
Sukatan Pelajaran
MATEMATIK TAMBAHAN
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia
Sukatan Pelajaran Matematik Tambahan
PRAKATA
Sukatan Pelajaran Matematik Tambahan ini merupakan terjemahan sah kepada Syllabus, Additional
Mathematics yang telah disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran
Malaysia bagi tujuan pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI). Kurikulum Terjemahan ini masih mengekalkan hasrat dan matlamat yang sama,
berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara, bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani di samping berupaya menyumbang kepada
pembangunan negara.
Bermula tahun 2010, Kabinet telah memutuskan agar Dasar Memertabatkan Bahasa Melayu dan
Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dilaksanakan secara berperingkat setelah PPSMI
dimansuhkan. Dalam proses peralihan tersebut, sekolah boleh menggunakan Bahasa Inggeris dan/atau
bahasa pengantar masing-masing dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains dan Matematik.
Dasar MBMMBI ini juga membolehkan murid sekolah rendah dan menengah yang telah mengikuti P&P
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris pada atau sebelum 2010 meneruskan penggunaan Bahasa
Inggeris sehingga tamat Tingkatan 5 berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah.
Seiring dengan pelaksanaan Dasar MBMMBI ini, Kurikulum Matematik Tambahan masih mengekalkan
fungsi sebagai mata pelajaran elektif yang memberi pendedahan kepada murid terhadap konsep dan
kemahiran matematik yang lebih tinggi dan kompleks berbanding Matematik KBSM. Kandungan mata
pelajaran ini bertujuan menyediakan murid dengan asas yang mencukupi bagi melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi serta menceburi bidang pekerjaan yang menjurus ke arah sains dan
teknologi.
Selain daripada menekankan pengintegrasian proses matematik seperti menyelesaikan masalah,
berkomunikasi secara matematik, menaakul, membuat perwakilan dan membuat perkaitan, kurikulum
Matematik Tambahan juga menekankan penggunaan teknologi. Penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK), kalkulator grafik dan perisian dinamik seperti Geometer’s Sketchpad dalam P&P
Matematik Tambahan akan memberi lebih ruang dan peluang kepada murid untuk meneroka konsep
matematik yang dipelajari dengan lebih mendalam dan bermakna. Penggunaan teknologi menggalakkan
pembelajaran berasaskan inkuiri serta mengasah daya fikir kritis, kreatif dan inovatif murid apabila
mereka membina, menguji dan membuktikan konjektur. Selain itu, penggunaan TMK juga menyediakan
ruang dan peluang untuk murid berkomunikasi secara matematik bukan sahaja di persekitaran mereka,
malah dengan murid dari negara lain, dan dalam proses tersebut menjadikan pembelajaran matematik
lebih menarik dan menyeronokkan.
Kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan Sukatan Pelajaran Matematik Tambahan versi
terjemahan ini, Kementerian Pelajaran Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih.
DATO’ IBRAHIM BIN MOHAMAD
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia i
Sukatan Pelajaran Matematik Tambahan
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan
yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta
satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran
Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil
dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya
dan berbagai-bagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas
prinsip-prinsip berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
ii
Sukatan Pelajaran Matematik Tambahan
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
iii
Sukatan Pelajaran Matematik Tambahan
PENDAHULUAN
Masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan luas, berkeupayaan menggunakan pengetahuan
matematik bagi menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian adalah penting bagi
memastikan tercapainya hasrat dan aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara
perindustrian. Oleh itu, usaha harus dipergiatkan bagi memastikan masyarakat
mengasimilasikan pengetahuan matematik dalam kehidupan seharian. Murid dididik dari
peringkat awal dengan kemahiran menyelesaikan masalah serta kemahiran berkomunikasi
secara matematik bagi membolehkan mereka membuat keputusan secara berkesan.
Matematik adalah bidang ilmu yang penting dalam menyediakan tenaga kerja yang berupaya
memenuhi keperluan negara yang progresif. Bidang ini merupakan penggerak utama dalam
pelbagai pembangunan berkaitan sains dan teknologi. Seiring dengan objektif negara untuk
membentuk ekonomi yang berasaskan pengetahuan, maka kemahiran menjalankan kajian dan
pembangunan dalam matematik seharusnya dibentuk dan dididik dari peringkat sekolah.
Matematik Tambahan merupakan mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah,
bertujuan menyediakan keperluan bagi murid yang cenderung ke arah bidang sains dan
teknologi. Oleh itu kandungan Matematik Tambahan telah diolah supaya hasrat dan objektif
tersebut tercapai.
Sukatan Pelajaran Matematik Tambahan telah digubal dengan mengambil kira kandungan mata
pelajaran Matematik. Beberapa cabang baru matematik yang diperkenalkan dalam kurikulum
ini adalah selaras dengan perkembangan terkini dalam pendidikan matematik. Di samping itu,
penegasan diberikan kepada heuristik penyelesaian masalah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi membolehkan murid memperoleh keupayaan serta keyakinan menggunakan
matematik dalam situasi yang baru dan berbeza.
Kurikulum Matematik Tambahan menekankan pemahaman konsep dan penguasaan kemahiran
di mana penyelesaian masalah merupakan fokus utama proses pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran berkomunikasi secara matematik juga ditekankan dalam proses pembelajaran
Matematik Tambahan. Semasa murid menerangkan konsep dan juga hasil kerja, mereka
dibimbing untuk menggunakan istilah dan ayat matematik yang betul dan tepat. Penekanan
kepada komunikasi secara matematik membentuk keupayaan murid untuk menterjemahkan
sesuatu situasi kepada model matematik dan sebaliknya.
Penggunaan teknologi, khususnya Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), amat digalakkan
dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik Tambahan. Tahap kefahaman murid terhadap
konsep dapat ditingkatkan melalui stimulus secara visual yang disediakan manakala pengiraan
yang kompleks dapat dipermudahkan dengan penggunaan kalkulator.
1
Sukatan Pelajaran Matematik Tambahan
Kerja Projek Matematik Tambahan (KPMT) wajib dilaksanakan oleh semua murid. KPMT
bertujuan memberi peluang kepada murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang
dipelajari di bilik darjah kepada situasi sebenar di luar bilik darjah. Penerokaan masalah
matematik melalui pelaksanaan KPMT dapat menggerakkan minda murid, menjadikan
pembelajaran matematik lebih bermakna dan mencabar, mengupayakan murid untuk
mengaplikasikan konsep dan kemahiran matematik serta memperkembangkan kemahiran
berkomunikasi mereka.
Nilai intrinsik matematik seperti berpemikiran sistematik, tepat, menyeluruh, tekun dan yakin
yang disemaikan melalui proses pengajaran dan pembelajaran, menyumbang kepada
pembentukan peribadi dan pemupukan sikap positif terhadap matematik. Di samping itu nilai
murni turut diperkenalkan mengikut konteks sepanjang pengajaran dan pembelajaran
Matematik Tambahan.
Pentaksiran dalam bentuk ujian dan peperiksaan membolehkan tahap kefahaman dan
pencapaian murid diukur. Pentaksiran dalam Matematik Tambahan mengambil kira beberapa
aspek penting seperti pemahaman konsep, penguasaan kemahiran dan soalan bukan rutin yang
memerlukan pengaplikasian pelbagai strategi penyelesaian masalah. Pentaksiran yang berkesan
dan menggunakan pelbagai sumber memberikan maklumat yang berguna tentang tahap
perkembangan dan pencapaian murid. Pentaksiran secara berterusan yang diterapkan dalam
pengajaran dan pembelajaran seharian membolehkan guru mengenal pasti kelemahan dan
kekuatan murid serta keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan.
Maklumat yang diperolehi melalui respon murid terhadap soalan yang diajukan, hasil kerja
kumpulan dan hasil kerja rumah membantu guru dalam memperbaiki proses pengajaran, serta
membolehkan mereka menyediakan rancangan pengajaran yang lebih berkesan.
MATLAMAT
Kurikulum Matematik Tambahan bertujuan mempertingkatkan pengetahuan dan keupayaan
matematik murid secara mendalam agar mereka berupaya menggunakan matematik secara
bertanggungjawab dan berkesan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah, dan juga
bagi memastikan murid mempunyai persediaan yang mencukupi untuk melanjutkan pelajaran
serta dapat berfungsi secara produktif dalam kerjaya berkaitan dengan sains dan teknologi.
OBJEKTIF
Kurikulum Matematik Tambahan membolehkan murid:
1. Memperluaskan keterampilan dalam bidang nombor, bentuk dan perkaitan serta
memperoleh pengetahuan dalam kalkulus, vektor dan pengaturcaraan linear.
2. Memperkukuhkan kemahiran penyelesaian masalah.
2
Sukatan Pelajaran Matematik Tambahan
3. Memperkembangkan kebolehan berfikir secara kritis dan kreatif, serta menaakul secara
mantik.
4. Membuat kesimpulan dan pengitlakan yang munasabah berdasarkan maklumat yang
diberi.
5. Menghubungkaitkan pembelajaran Matematik dengan aktiviti harian dan kerjaya.
6. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menterjemahkan dan
menyelesaikan masalah kehidupan harian.
7. Menghujahkan penyelesaian dalam bahasa matematik yang tepat.
8. Menghubungkaitkan idea matematik dengan keperluan dan aktviti manusia.
9. Menggunakan perkakasan dan perisian untuk meneroka matematik.
10. Mengamalkan nilai intrinsik matematik.
ORGANISASI KURIKULUM
Kandungan kurikulum Matematik Tambahan disusun dalam dua pakej pembelajaran iaitu Pakej
Teras dan Pakej Elektif.
Pakej Teras adalah wajib dipelajari oleh semua murid dan mengandungi lima komponen iaitu:
 Geometri
 Algebra
 Kalkulus
 Trigonometri
 Statistik
Pakej Elektif terdiri daripada dua pakej aplikasi:
 Aplikasi Sains dan Teknologi
 Aplikasi Sains Sosial
Murid perlu memilih hanya satu pakej aplikasi daripada Pakej Elektif berdasarkan
kecenderungan serta minat mereka. Murid yang cenderung ke arah sains dan teknologi
digalakkan untuk memilih Pakej Aplikasi Sains dan Teknologi manakala murid yang cenderung
ke arah perdagangan, sastera dan ekonomi digalakkan untuk memilih Pakej Aplikasi Sains
Sosial.
Dalam Pakej Teras, setiap komponen terdiri daripada tajuk-tajuk yang berkaitan suatu bidang
matematik. Tajuk dalam setiap komponen disusun mengikut heirarki daripada tajuk yang
mudah kepada yang lebih kompleks.
3
Sukatan Pelajaran Matematik Tambahan
KANDUNGAN
Bahagian ini menyenaraikan tajuk yang terdapat dalam setiap pakej pembelajaran.
Pakej Teras
Pakej Teras mengandungi lima komponen pembelajaran.
1) Komponen Geometri
G1. Geometri Koordinat
1. Jarak antara dua titik.
2. Pembahagian tembereng garis.
3. Luas poligon.
4. Persamaan garis lurus.
5. Garis lurus selari dan garis lurus serenjang.
6. Persamaan lokus yang melibatkan jarak antara dua titik.
G2. Vektor
1. Pengenalan kepada vektor dan ciri-cirinya.
2. Penambahan dan penolakan vektor.
3. Mengungkapkan suatu vektor sebagai gabungan vektor linear yang lain.
4. Vektor dalam satah Cartesan.
2) Komponen Algebra
A1. Fungsi
1. Hubungan.
2. Fungsi.
3. Fungsi gubahan.
4. Fungsi songsang.
A2. Persamaan Kuadratik
1. Persamaan kuadratik dan punca-puncanya.
2. Penyelesaian persamaan kuadratik.
3. Syarat untuk persamaan kuadratik
 mempunyai dua punca yang berbeza;
 mempunyai dua punca yang sama;
 tidak mempunyai punca.
4
Sukatan Pelajaran Matematik Tambahan
A3. Fungsi Kuadratik
1. Fungsi kuadratik dan grafnya.
2. Nilai maksimum dan nilai minimum fungsi kuadratik.
3. Lakaran graf fungsi kuadratik.
4. Ketaksamaan kuadratik.
A4. Persamaan Serentak
1. Persamaan serentak dalam dua anu: satu persamaan linear dan satu persamaan
tak linear.
A5. Indeks dan Logaritma
1. Indeks dan hukum indeks.
2. Logaritma dan hukum logaritma.
3. Penukaran asas logaritma.
4. Persamaan yang melibatkan indeks dan logaritma.
A6. Janjang
1. Janjang aritmetik.
2. Janjang geometri.
A7. Hukum Linear
1. Garis lurus penyuaian terbaik.
2. Penggunaan dalam fungsi tak linear.
3) Komponen Kalkulus
K1. Pembezaan
1. Tangen kepada lengkung dan pembezaan.
2. Pembezaan axn
(n adalah integer); pembezaan hasil tambah fungsi algebra;
tangen dan normal kepada lengkung.
3. Pembezaan hasil darab dan hasil bahagi fungsi algebra; pembezaan fungsi
gubahan.
4. Aplikasi kepada nilai minimum dan nilai maksimum, kadar perubahan yang
terhubung, tokokan kecil dan penghampiran.
5. Pembezaan peringkat kedua.
K2. Pengamiran
1. Pengamiran sebagai songsangan bagi pembezaan.
2. Pengamiran axn
(n adalah integer, tetapi n  −1).
3. Pengamiran melalui penggantian.
4. Kamiran tentu.
5. Pengamiran sebagai penghasiltambahan; luas dan isipadu.
5
Sukatan Pelajaran Matematik Tambahan
4) Komponen Trigonometri
T1. Sukatan Membulat
1. Radian.
2. Panjang lengkok sesuatu bulatan.
3. Luas sektor sesuatu bulatan.
T2. Fungsi Trigonometri
1. Sudut positif dan sudut negatif dalam darjah dan radian.
2. Enam fungsi trigonometri bagi sebarang sudut.
3. Graf fungsi sinus, kosinus dan tangen.
4. Identiti Asas:
sin2
A + kos2
A = 1, sek2
A = 1 + tan2
A, kosek2
A = 1 + kot2
A
5. Rumus Penambahan dan Rumus Sudut Berganda:
sin (AB), kos (AB), tan (AB), sin 2A, kos 2A, tan 2A
5) Komponen Statistik
S1. Statistik
1. Sukatan kecenderungan memusat: min, mod, median.
2. Sukatan serakan: julat, julat antara kuartil, varians, sisihan piawai.
S2. Pilihatur dan Gabungan
1. Pilihatur.
2. Gabungan.
S3. Kebarangkalian Mudah
1. Kebarangkalian sesuatu peristiwa.
2. Kebarangkalian peristiwa saling eksklusif.
3. Kebarangkalian peristiwa tak bersandar.
S4. Taburan Kebarangkalian
1. Taburan pembolehubah rawak diskret dan taburan binomial.
2. Taburan pembolehubah rawak selanjar dan taburan normal.
6
Sukatan Pelajaran Matematik Tambahan
Pakej Elektif
Pakej Elektif mengandungi dua pakej aplikasi. Murid hanya perlu memilih satu pakej aplikasi
sahaja.
1) Pakej Aplikasi Sains dan Teknologi
AST1. Penyelesaian Segitiga
1. Petua sinus.
2. Petua kosinus.
3. Luas segitiga.
AST2. Gerakan pada Garis lurus
1. Sesaran.
2. Halaju.
3. Pecutan.
2) Pakej Aplikasi Sains Sosial
ASS1. Nombor Indeks
1. Nombor indeks.
2. Nombor indeks gubahan.
ASS2. Pengaturcaraan Linear
1. Graf bagi ketaksamaan linear.
2. Penyelesaian masalah yang melibatkan pengaturcaraan linear.
7

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

La actualidad más candente (8)

Hsp maths f2
Hsp maths f2Hsp maths f2
Hsp maths f2
 
Matematik tingkatan 2
Matematik tingkatan 2Matematik tingkatan 2
Matematik tingkatan 2
 
HSP Matematik Tingkatan 3
HSP Matematik Tingkatan 3HSP Matematik Tingkatan 3
HSP Matematik Tingkatan 3
 
Hsp matematik tg4
Hsp matematik tg4Hsp matematik tg4
Hsp matematik tg4
 
20150604025127 sk matematik_tg4 2012
20150604025127 sk matematik_tg4 201220150604025127 sk matematik_tg4 2012
20150604025127 sk matematik_tg4 2012
 
Hsp mat-t4
Hsp mat-t4Hsp mat-t4
Hsp mat-t4
 
Hsp matematik-tingkatan-2-bm
Hsp matematik-tingkatan-2-bmHsp matematik-tingkatan-2-bm
Hsp matematik-tingkatan-2-bm
 
Dskp matematik tahun 4
Dskp matematik tahun 4Dskp matematik tahun 4
Dskp matematik tahun 4
 

Similar a Sp addmaths kbsm

HSP Matematik Tambahan Tingkatan 4
HSP Matematik Tambahan Tingkatan 4HSP Matematik Tambahan Tingkatan 4
HSP Matematik Tambahan Tingkatan 4Nurul Asyikin
 
Sp maths kbsm
Sp maths kbsmSp maths kbsm
Sp maths kbsmFad Lina
 
Hsp matematik-tingkatan-2-bm
Hsp matematik-tingkatan-2-bmHsp matematik-tingkatan-2-bm
Hsp matematik-tingkatan-2-bmShaharizan Hassan
 
Hsp matematik-tingkatan 1 2011
Hsp matematik-tingkatan 1 2011Hsp matematik-tingkatan 1 2011
Hsp matematik-tingkatan 1 2011Syuhada Izzaty
 
HSP Matematik Tingkatan 1
HSP Matematik Tingkatan 1HSP Matematik Tingkatan 1
HSP Matematik Tingkatan 1Nurul Asyikin
 
HSP Matematik Tingkatan 2
HSP Matematik Tingkatan 2HSP Matematik Tingkatan 2
HSP Matematik Tingkatan 2Nurul Asyikin
 
Hsp matematik-tingkatan-2-bm
Hsp matematik-tingkatan-2-bmHsp matematik-tingkatan-2-bm
Hsp matematik-tingkatan-2-bmHerney Mohamed
 
Dskp matematik sk tahun 4
Dskp matematik sk tahun 4Dskp matematik sk tahun 4
Dskp matematik sk tahun 4vleadminaba2059
 
Dskp KSSR matematik tahun 4
Dskp KSSR matematik tahun 4Dskp KSSR matematik tahun 4
Dskp KSSR matematik tahun 4Shamrizal Fauzi
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran matematik sk tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran matematik sk tahun 4Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran matematik sk tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran matematik sk tahun 4suriyatisaim
 
Dskp matematik kssr tahun 5
Dskp matematik kssr tahun 5Dskp matematik kssr tahun 5
Dskp matematik kssr tahun 5vleadminaba2059
 
Dsk matematik thn 4 bm
Dsk matematik thn 4 bmDsk matematik thn 4 bm
Dsk matematik thn 4 bmchongsyin
 

Similar a Sp addmaths kbsm (20)

HSP Matematik Tambahan Tingkatan 4
HSP Matematik Tambahan Tingkatan 4HSP Matematik Tambahan Tingkatan 4
HSP Matematik Tambahan Tingkatan 4
 
Sp maths kbsm
Sp maths kbsmSp maths kbsm
Sp maths kbsm
 
Sp maths kbsm
Sp maths kbsmSp maths kbsm
Sp maths kbsm
 
Sp maths kbsm
Sp maths kbsmSp maths kbsm
Sp maths kbsm
 
Sk matematik tg5
Sk matematik tg5Sk matematik tg5
Sk matematik tg5
 
Hsp matematik-tingkatan-2-bm
Hsp matematik-tingkatan-2-bmHsp matematik-tingkatan-2-bm
Hsp matematik-tingkatan-2-bm
 
Hsp mat-t5
Hsp mat-t5Hsp mat-t5
Hsp mat-t5
 
Mat t4 hsp
Mat t4 hspMat t4 hsp
Mat t4 hsp
 
Hsp matematik-tingkatan 1 2011
Hsp matematik-tingkatan 1 2011Hsp matematik-tingkatan 1 2011
Hsp matematik-tingkatan 1 2011
 
HSP Matematik Tingkatan 1
HSP Matematik Tingkatan 1HSP Matematik Tingkatan 1
HSP Matematik Tingkatan 1
 
HSP Matematik Tingkatan 2
HSP Matematik Tingkatan 2HSP Matematik Tingkatan 2
HSP Matematik Tingkatan 2
 
Hsp matematik-tingkatan-2-bm
Hsp matematik-tingkatan-2-bmHsp matematik-tingkatan-2-bm
Hsp matematik-tingkatan-2-bm
 
Dskp matematik sk tahun 4
Dskp matematik sk tahun 4Dskp matematik sk tahun 4
Dskp matematik sk tahun 4
 
Dskp KSSR matematik tahun 4
Dskp KSSR matematik tahun 4Dskp KSSR matematik tahun 4
Dskp KSSR matematik tahun 4
 
Dskp matematik tahun 5
Dskp matematik tahun 5Dskp matematik tahun 5
Dskp matematik tahun 5
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran matematik sk tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran matematik sk tahun 4Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran matematik sk tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran matematik sk tahun 4
 
Dskp matematik kssr tahun 5
Dskp matematik kssr tahun 5Dskp matematik kssr tahun 5
Dskp matematik kssr tahun 5
 
Dskp matematik tahun 5 sk
Dskp matematik tahun 5 skDskp matematik tahun 5 sk
Dskp matematik tahun 5 sk
 
DSKP Matematik Tahun 5
DSKP Matematik Tahun 5DSKP Matematik Tahun 5
DSKP Matematik Tahun 5
 
Dsk matematik thn 4 bm
Dsk matematik thn 4 bmDsk matematik thn 4 bm
Dsk matematik thn 4 bm
 

Más de Khairie Idris

Más de Khairie Idris (14)

Sp kbsm sej
Sp kbsm sejSp kbsm sej
Sp kbsm sej
 
Sp kbsm geo
Sp kbsm geoSp kbsm geo
Sp kbsm geo
 
Sp chemistry
Sp chemistrySp chemistry
Sp chemistry
 
Sp physics
Sp physicsSp physics
Sp physics
 
Sp biology
Sp biologySp biology
Sp biology
 
Sp science secondary_school
Sp science secondary_schoolSp science secondary_school
Sp science secondary_school
 
Sp bi kbsm
Sp bi kbsmSp bi kbsm
Sp bi kbsm
 
Sp bm kbsm
Sp bm kbsmSp bm kbsm
Sp bm kbsm
 
Minit mesyuarat agung pibg kali ke 37 smk tengku idris shah
Minit mesyuarat agung pibg kali ke 37 smk tengku idris shahMinit mesyuarat agung pibg kali ke 37 smk tengku idris shah
Minit mesyuarat agung pibg kali ke 37 smk tengku idris shah
 
1 bestarinet portal guide v0.1
1 bestarinet portal guide v0.11 bestarinet portal guide v0.1
1 bestarinet portal guide v0.1
 
Nota vle frog pibg1
Nota vle frog pibg1Nota vle frog pibg1
Nota vle frog pibg1
 
Ajk pibg smk tengku idris shah
Ajk pibg smk tengku idris shahAjk pibg smk tengku idris shah
Ajk pibg smk tengku idris shah
 
Frog teamchart
Frog teamchartFrog teamchart
Frog teamchart
 
_frogvle_-panduan_guru
  _frogvle_-panduan_guru  _frogvle_-panduan_guru
_frogvle_-panduan_guru
 

Último

Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaAbdiera
 
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptx
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptxElemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptx
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptxGyaCahyaPratiwi
 
Diagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran BerdifferensiasiDiagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran BerdifferensiasiOviLarassaty1
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdfAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdfHeriyantoHeriyanto44
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdfWahyudinST
 
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptSejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptssuser940815
 
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptx
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptxKualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptx
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptxSelviPanggua1
 
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docxKISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docxjohan effendi
 
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfProgram Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfwaktinisayunw93
 
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdfJaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdfHendroGunawan8
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfWahyudinST
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]Abdiera
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxFardanassegaf
 
Product Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptx
Product Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptxProduct Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptx
Product Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptxKaista Glow
 
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024MALISAAININOORBINTIA
 
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian KasihTeks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasihssuserfcb9e3
 
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptxUNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptxFranxisca Kurniawati
 
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docxRPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docxSyifaDzikron
 
PPT uji anova keterangan dan contoh soal.ppt
PPT uji anova keterangan dan contoh soal.pptPPT uji anova keterangan dan contoh soal.ppt
PPT uji anova keterangan dan contoh soal.pptBennyKurniawan42
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfGugunGunawan93
 

Último (20)

Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
 
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptx
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptxElemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptx
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptx
 
Diagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran BerdifferensiasiDiagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdfAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
 
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptSejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
 
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptx
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptxKualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptx
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptx
 
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docxKISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
 
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfProgram Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
 
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdfJaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
 
Product Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptx
Product Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptxProduct Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptx
Product Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptx
 
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
 
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian KasihTeks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
 
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptxUNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
 
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docxRPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
 
PPT uji anova keterangan dan contoh soal.ppt
PPT uji anova keterangan dan contoh soal.pptPPT uji anova keterangan dan contoh soal.ppt
PPT uji anova keterangan dan contoh soal.ppt
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
 

Sp addmaths kbsm

  • 1. Sukatan Pelajaran MATEMATIK TAMBAHAN Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia
  • 2. Sukatan Pelajaran Matematik Tambahan PRAKATA Sukatan Pelajaran Matematik Tambahan ini merupakan terjemahan sah kepada Syllabus, Additional Mathematics yang telah disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia bagi tujuan pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Kurikulum Terjemahan ini masih mengekalkan hasrat dan matlamat yang sama, berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara, bagi melahirkan rakyat Malaysia yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani di samping berupaya menyumbang kepada pembangunan negara. Bermula tahun 2010, Kabinet telah memutuskan agar Dasar Memertabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dilaksanakan secara berperingkat setelah PPSMI dimansuhkan. Dalam proses peralihan tersebut, sekolah boleh menggunakan Bahasa Inggeris dan/atau bahasa pengantar masing-masing dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains dan Matematik. Dasar MBMMBI ini juga membolehkan murid sekolah rendah dan menengah yang telah mengikuti P&P Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris pada atau sebelum 2010 meneruskan penggunaan Bahasa Inggeris sehingga tamat Tingkatan 5 berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah. Seiring dengan pelaksanaan Dasar MBMMBI ini, Kurikulum Matematik Tambahan masih mengekalkan fungsi sebagai mata pelajaran elektif yang memberi pendedahan kepada murid terhadap konsep dan kemahiran matematik yang lebih tinggi dan kompleks berbanding Matematik KBSM. Kandungan mata pelajaran ini bertujuan menyediakan murid dengan asas yang mencukupi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi serta menceburi bidang pekerjaan yang menjurus ke arah sains dan teknologi. Selain daripada menekankan pengintegrasian proses matematik seperti menyelesaikan masalah, berkomunikasi secara matematik, menaakul, membuat perwakilan dan membuat perkaitan, kurikulum Matematik Tambahan juga menekankan penggunaan teknologi. Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), kalkulator grafik dan perisian dinamik seperti Geometer’s Sketchpad dalam P&P Matematik Tambahan akan memberi lebih ruang dan peluang kepada murid untuk meneroka konsep matematik yang dipelajari dengan lebih mendalam dan bermakna. Penggunaan teknologi menggalakkan pembelajaran berasaskan inkuiri serta mengasah daya fikir kritis, kreatif dan inovatif murid apabila mereka membina, menguji dan membuktikan konjektur. Selain itu, penggunaan TMK juga menyediakan ruang dan peluang untuk murid berkomunikasi secara matematik bukan sahaja di persekitaran mereka, malah dengan murid dari negara lain, dan dalam proses tersebut menjadikan pembelajaran matematik lebih menarik dan menyeronokkan. Kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan Sukatan Pelajaran Matematik Tambahan versi terjemahan ini, Kementerian Pelajaran Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih. DATO’ IBRAHIM BIN MOHAMAD Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia i
  • 3. Sukatan Pelajaran Matematik Tambahan RUKUN NEGARA BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN ii
  • 4. Sukatan Pelajaran Matematik Tambahan FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. iii
  • 5. Sukatan Pelajaran Matematik Tambahan PENDAHULUAN Masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan luas, berkeupayaan menggunakan pengetahuan matematik bagi menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian adalah penting bagi memastikan tercapainya hasrat dan aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara perindustrian. Oleh itu, usaha harus dipergiatkan bagi memastikan masyarakat mengasimilasikan pengetahuan matematik dalam kehidupan seharian. Murid dididik dari peringkat awal dengan kemahiran menyelesaikan masalah serta kemahiran berkomunikasi secara matematik bagi membolehkan mereka membuat keputusan secara berkesan. Matematik adalah bidang ilmu yang penting dalam menyediakan tenaga kerja yang berupaya memenuhi keperluan negara yang progresif. Bidang ini merupakan penggerak utama dalam pelbagai pembangunan berkaitan sains dan teknologi. Seiring dengan objektif negara untuk membentuk ekonomi yang berasaskan pengetahuan, maka kemahiran menjalankan kajian dan pembangunan dalam matematik seharusnya dibentuk dan dididik dari peringkat sekolah. Matematik Tambahan merupakan mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah, bertujuan menyediakan keperluan bagi murid yang cenderung ke arah bidang sains dan teknologi. Oleh itu kandungan Matematik Tambahan telah diolah supaya hasrat dan objektif tersebut tercapai. Sukatan Pelajaran Matematik Tambahan telah digubal dengan mengambil kira kandungan mata pelajaran Matematik. Beberapa cabang baru matematik yang diperkenalkan dalam kurikulum ini adalah selaras dengan perkembangan terkini dalam pendidikan matematik. Di samping itu, penegasan diberikan kepada heuristik penyelesaian masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan murid memperoleh keupayaan serta keyakinan menggunakan matematik dalam situasi yang baru dan berbeza. Kurikulum Matematik Tambahan menekankan pemahaman konsep dan penguasaan kemahiran di mana penyelesaian masalah merupakan fokus utama proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran berkomunikasi secara matematik juga ditekankan dalam proses pembelajaran Matematik Tambahan. Semasa murid menerangkan konsep dan juga hasil kerja, mereka dibimbing untuk menggunakan istilah dan ayat matematik yang betul dan tepat. Penekanan kepada komunikasi secara matematik membentuk keupayaan murid untuk menterjemahkan sesuatu situasi kepada model matematik dan sebaliknya. Penggunaan teknologi, khususnya Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), amat digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik Tambahan. Tahap kefahaman murid terhadap konsep dapat ditingkatkan melalui stimulus secara visual yang disediakan manakala pengiraan yang kompleks dapat dipermudahkan dengan penggunaan kalkulator. 1
  • 6. Sukatan Pelajaran Matematik Tambahan Kerja Projek Matematik Tambahan (KPMT) wajib dilaksanakan oleh semua murid. KPMT bertujuan memberi peluang kepada murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di bilik darjah kepada situasi sebenar di luar bilik darjah. Penerokaan masalah matematik melalui pelaksanaan KPMT dapat menggerakkan minda murid, menjadikan pembelajaran matematik lebih bermakna dan mencabar, mengupayakan murid untuk mengaplikasikan konsep dan kemahiran matematik serta memperkembangkan kemahiran berkomunikasi mereka. Nilai intrinsik matematik seperti berpemikiran sistematik, tepat, menyeluruh, tekun dan yakin yang disemaikan melalui proses pengajaran dan pembelajaran, menyumbang kepada pembentukan peribadi dan pemupukan sikap positif terhadap matematik. Di samping itu nilai murni turut diperkenalkan mengikut konteks sepanjang pengajaran dan pembelajaran Matematik Tambahan. Pentaksiran dalam bentuk ujian dan peperiksaan membolehkan tahap kefahaman dan pencapaian murid diukur. Pentaksiran dalam Matematik Tambahan mengambil kira beberapa aspek penting seperti pemahaman konsep, penguasaan kemahiran dan soalan bukan rutin yang memerlukan pengaplikasian pelbagai strategi penyelesaian masalah. Pentaksiran yang berkesan dan menggunakan pelbagai sumber memberikan maklumat yang berguna tentang tahap perkembangan dan pencapaian murid. Pentaksiran secara berterusan yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran seharian membolehkan guru mengenal pasti kelemahan dan kekuatan murid serta keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Maklumat yang diperolehi melalui respon murid terhadap soalan yang diajukan, hasil kerja kumpulan dan hasil kerja rumah membantu guru dalam memperbaiki proses pengajaran, serta membolehkan mereka menyediakan rancangan pengajaran yang lebih berkesan. MATLAMAT Kurikulum Matematik Tambahan bertujuan mempertingkatkan pengetahuan dan keupayaan matematik murid secara mendalam agar mereka berupaya menggunakan matematik secara bertanggungjawab dan berkesan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah, dan juga bagi memastikan murid mempunyai persediaan yang mencukupi untuk melanjutkan pelajaran serta dapat berfungsi secara produktif dalam kerjaya berkaitan dengan sains dan teknologi. OBJEKTIF Kurikulum Matematik Tambahan membolehkan murid: 1. Memperluaskan keterampilan dalam bidang nombor, bentuk dan perkaitan serta memperoleh pengetahuan dalam kalkulus, vektor dan pengaturcaraan linear. 2. Memperkukuhkan kemahiran penyelesaian masalah. 2
  • 7. Sukatan Pelajaran Matematik Tambahan 3. Memperkembangkan kebolehan berfikir secara kritis dan kreatif, serta menaakul secara mantik. 4. Membuat kesimpulan dan pengitlakan yang munasabah berdasarkan maklumat yang diberi. 5. Menghubungkaitkan pembelajaran Matematik dengan aktiviti harian dan kerjaya. 6. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menterjemahkan dan menyelesaikan masalah kehidupan harian. 7. Menghujahkan penyelesaian dalam bahasa matematik yang tepat. 8. Menghubungkaitkan idea matematik dengan keperluan dan aktviti manusia. 9. Menggunakan perkakasan dan perisian untuk meneroka matematik. 10. Mengamalkan nilai intrinsik matematik. ORGANISASI KURIKULUM Kandungan kurikulum Matematik Tambahan disusun dalam dua pakej pembelajaran iaitu Pakej Teras dan Pakej Elektif. Pakej Teras adalah wajib dipelajari oleh semua murid dan mengandungi lima komponen iaitu:  Geometri  Algebra  Kalkulus  Trigonometri  Statistik Pakej Elektif terdiri daripada dua pakej aplikasi:  Aplikasi Sains dan Teknologi  Aplikasi Sains Sosial Murid perlu memilih hanya satu pakej aplikasi daripada Pakej Elektif berdasarkan kecenderungan serta minat mereka. Murid yang cenderung ke arah sains dan teknologi digalakkan untuk memilih Pakej Aplikasi Sains dan Teknologi manakala murid yang cenderung ke arah perdagangan, sastera dan ekonomi digalakkan untuk memilih Pakej Aplikasi Sains Sosial. Dalam Pakej Teras, setiap komponen terdiri daripada tajuk-tajuk yang berkaitan suatu bidang matematik. Tajuk dalam setiap komponen disusun mengikut heirarki daripada tajuk yang mudah kepada yang lebih kompleks. 3
  • 8. Sukatan Pelajaran Matematik Tambahan KANDUNGAN Bahagian ini menyenaraikan tajuk yang terdapat dalam setiap pakej pembelajaran. Pakej Teras Pakej Teras mengandungi lima komponen pembelajaran. 1) Komponen Geometri G1. Geometri Koordinat 1. Jarak antara dua titik. 2. Pembahagian tembereng garis. 3. Luas poligon. 4. Persamaan garis lurus. 5. Garis lurus selari dan garis lurus serenjang. 6. Persamaan lokus yang melibatkan jarak antara dua titik. G2. Vektor 1. Pengenalan kepada vektor dan ciri-cirinya. 2. Penambahan dan penolakan vektor. 3. Mengungkapkan suatu vektor sebagai gabungan vektor linear yang lain. 4. Vektor dalam satah Cartesan. 2) Komponen Algebra A1. Fungsi 1. Hubungan. 2. Fungsi. 3. Fungsi gubahan. 4. Fungsi songsang. A2. Persamaan Kuadratik 1. Persamaan kuadratik dan punca-puncanya. 2. Penyelesaian persamaan kuadratik. 3. Syarat untuk persamaan kuadratik  mempunyai dua punca yang berbeza;  mempunyai dua punca yang sama;  tidak mempunyai punca. 4
  • 9. Sukatan Pelajaran Matematik Tambahan A3. Fungsi Kuadratik 1. Fungsi kuadratik dan grafnya. 2. Nilai maksimum dan nilai minimum fungsi kuadratik. 3. Lakaran graf fungsi kuadratik. 4. Ketaksamaan kuadratik. A4. Persamaan Serentak 1. Persamaan serentak dalam dua anu: satu persamaan linear dan satu persamaan tak linear. A5. Indeks dan Logaritma 1. Indeks dan hukum indeks. 2. Logaritma dan hukum logaritma. 3. Penukaran asas logaritma. 4. Persamaan yang melibatkan indeks dan logaritma. A6. Janjang 1. Janjang aritmetik. 2. Janjang geometri. A7. Hukum Linear 1. Garis lurus penyuaian terbaik. 2. Penggunaan dalam fungsi tak linear. 3) Komponen Kalkulus K1. Pembezaan 1. Tangen kepada lengkung dan pembezaan. 2. Pembezaan axn (n adalah integer); pembezaan hasil tambah fungsi algebra; tangen dan normal kepada lengkung. 3. Pembezaan hasil darab dan hasil bahagi fungsi algebra; pembezaan fungsi gubahan. 4. Aplikasi kepada nilai minimum dan nilai maksimum, kadar perubahan yang terhubung, tokokan kecil dan penghampiran. 5. Pembezaan peringkat kedua. K2. Pengamiran 1. Pengamiran sebagai songsangan bagi pembezaan. 2. Pengamiran axn (n adalah integer, tetapi n  −1). 3. Pengamiran melalui penggantian. 4. Kamiran tentu. 5. Pengamiran sebagai penghasiltambahan; luas dan isipadu. 5
  • 10. Sukatan Pelajaran Matematik Tambahan 4) Komponen Trigonometri T1. Sukatan Membulat 1. Radian. 2. Panjang lengkok sesuatu bulatan. 3. Luas sektor sesuatu bulatan. T2. Fungsi Trigonometri 1. Sudut positif dan sudut negatif dalam darjah dan radian. 2. Enam fungsi trigonometri bagi sebarang sudut. 3. Graf fungsi sinus, kosinus dan tangen. 4. Identiti Asas: sin2 A + kos2 A = 1, sek2 A = 1 + tan2 A, kosek2 A = 1 + kot2 A 5. Rumus Penambahan dan Rumus Sudut Berganda: sin (AB), kos (AB), tan (AB), sin 2A, kos 2A, tan 2A 5) Komponen Statistik S1. Statistik 1. Sukatan kecenderungan memusat: min, mod, median. 2. Sukatan serakan: julat, julat antara kuartil, varians, sisihan piawai. S2. Pilihatur dan Gabungan 1. Pilihatur. 2. Gabungan. S3. Kebarangkalian Mudah 1. Kebarangkalian sesuatu peristiwa. 2. Kebarangkalian peristiwa saling eksklusif. 3. Kebarangkalian peristiwa tak bersandar. S4. Taburan Kebarangkalian 1. Taburan pembolehubah rawak diskret dan taburan binomial. 2. Taburan pembolehubah rawak selanjar dan taburan normal. 6
  • 11. Sukatan Pelajaran Matematik Tambahan Pakej Elektif Pakej Elektif mengandungi dua pakej aplikasi. Murid hanya perlu memilih satu pakej aplikasi sahaja. 1) Pakej Aplikasi Sains dan Teknologi AST1. Penyelesaian Segitiga 1. Petua sinus. 2. Petua kosinus. 3. Luas segitiga. AST2. Gerakan pada Garis lurus 1. Sesaran. 2. Halaju. 3. Pecutan. 2) Pakej Aplikasi Sains Sosial ASS1. Nombor Indeks 1. Nombor indeks. 2. Nombor indeks gubahan. ASS2. Pengaturcaraan Linear 1. Graf bagi ketaksamaan linear. 2. Penyelesaian masalah yang melibatkan pengaturcaraan linear. 7