SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 4
Khutbah Jumaat: “Kasih Sayang Disemai Perpaduan Dituai”
.
.
.
Hadirin Mukminin Yang Dirahmati Allah,
Di kesempatan berada pada hari Jumaat dan pada bulan Sya’ban yang mulia ini, saya berpesan
kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan
ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya
dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan
keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Bersempena penganjuran Bulan
Dakwah Negara 2014, khutbah Jumaat hari ini akan membentangkan tajuk “Kasih Sayang
Disemai, Perpaduan Dituai.”
.
Sidang Jemaah Yang Dikasihi,
Kasih sayang yang murni hanya lahir daripada naluri yang suci dengan panduan syariat Islam. Kasih
sayang adalah fitrah semulajadi manusia. Islam juga adalah agama fitrah yang sentiasa memelihara
kasih sayang sesama manusia bagi menjamin bahagia. Lihatlah bagaimana Allah SWT mengajar kita
untuk mengekalkan kasih sayang meskipun ketika berlaku sengketa.
Firman Allah SWT di dalam surah al-Mumtahanah ayat 7 :
َ‫و‬ ۚ ٌ‫ر‬‫ي‬ِ‫د‬َ‫ق‬ ُ‫ه‬‫ـ‬َّ‫ل‬‫ال‬َ‫و‬ ۚ ً‫ة‬َّ‫د‬َ‫و‬َّ‫م‬ ‫م‬ُ‫ه‬ْ‫ن‬ِِّ‫م‬ ‫م‬ُ‫ت‬ْ‫ي‬َ‫د‬‫َا‬‫ع‬ َ‫ين‬ِ‫ذ‬َّ‫ل‬‫ا‬ َ‫ن‬ْ‫ي‬َ‫ب‬َ‫و‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬َ‫ن‬ْ‫ي‬َ‫ب‬ َ‫ل‬َ‫ع‬ْ‫ج‬َ‫ي‬ ‫ن‬َ‫أ‬ ُ‫ه‬‫ـ‬َّ‫ل‬‫ال‬ ‫ى‬َ‫س‬َ‫ع‬ُ‫ه‬‫ـ‬َّ‫ل‬‫ال‬
ٌ‫م‬‫ي‬ ِ‫ح‬َّ‫ر‬ ٌ‫ر‬‫و‬ُ‫ف‬َ‫غ‬
Maksudnya: “Sem oga Allah akan m engadakan perasaan kasih sayang antara kam u
dengan orang-orang yang kam u m usuhi dari kerabat kam u itu (dengan jalan
m enjadikan m ereka insaf dan m em eluk Islam ). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa
(atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha pengam pun, lagi Maha Mengasihani.”
Ayat ini menjelaskan betapa kasih sayang perlu dipelihara dan dipupuk dalam apa jua suasana.
Persoalannya, mengapa? Tentu ada hikmah besar daripada pedoman ini yang perlu kita fahami.
Lantaran kepentingan berkasih sayang, mari kita lihat beberapa faktor yang mendorong kita untuk
mengekalkannya:
.
Pertama: Kasih sayang adalah bukti iman dan jaminan kejayaan di akhirat.
Jiwa yang kosong tanpa kasih sayang adalah tanda iman yang lemah dan tidak sempurna. Bukankah
Rasulullah SAW pernah menyatakan betapa iman seorang itu tidak dikira sempurna selagi dia belum
mampu mengasihi saudaranya seperti mengasihi dirinya sendiri?
Justeru, membiarkan diri hidup tanpa perasaan kasih dan sayang kepada insan lain adalah antara
tanda kegagalan yang besarpada iman kita. Malah Allah telah menyediakan ganjaran yang besar bagi
hamba-hambaNya yang hidup di dunia dengan berkasih sayang.
Renungi hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Abu Said al -Khudri, bahawa
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya orang-orang yang hidup berkasih sayang akan dilihat kam ar-
kam ar m ereka di syurga seperti bintang-bintang yang indah berseri yang terbitdi
sebelah tim ur atau barat.”
Maka baginda ditanya; “Siapakah m ereka itu?”
lantas dijawab, “Mereka itulah golongan m anusia yang hidup berkasih sayang
kerana Allah Azza wa Jalla.”
.
Kedua: Penyelamat dari sifat-sifat buruk yang merosakkan masyarakat
Percayalah..Kasih sayang akan melahirkan sikap hormat menghormati, bertoleransi dan bertolong
bantu dalam masyarakat.Ia juga dapat memadamkan dendam, hasad dengki, perasaan benci, iri hati
dan sebagainya. Kasih sayang akan melahirkan insan terbaik dalam sesebuah kelompok masyarakat.
Bukankah Rasulullah pernah menegaskan perihal ini dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
Ibnu Majah daripada Abdullah bin ’Amru RA, katanya:
“Rasulullah SAW ditanya tentang siapakah m anusia terbaik? Baginda
m enjawab; “Setiap orang yang lem but hatinya dan benar lisannya.”
Para sahabat berkata: “Benar lisan telah pun kam i faham , tapi apakah m aksud
lem but hati itu?Baginda m enjelaskan: “Itulah orang yang bertaqwa, bersih hatinya
tiada dosa dan noda, tiada benci dan dengki di dalam nya.”
.
Ketiga: Membentuk kesatuan dan perpaduan umat Islam
Bayangkanlah..Tanpa kasih sayang, hidup manusia ibarathaiwan di hutan belantara. Yang gagah dan
berkuasa akan mengganas dan menindas. Manakala yang lemah dan kerdil dilanyak dan diperas.
Sedangkan Islam menganjurkan cara hidup bermasyarakat yang harmoni dan aman sentosa, sentiasa
berkasih sayang dan prihatin terhadap insan di sekeliling, bahkan hidup bagai bersaudara.
Y akinlah..kasih sayang inilah yang pasti akan menyatukan hati-hati umat Islam walaupun kita
berbeza fahaman dan ideologi. Inilah yang digambarkan dalam sebuah hadis tentang gaya hidup
insan beriman.
Imam Muslim meriwayatkan daripada Nu’man bin Basyir, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Perum pam aan orang-orang berim an dalam berkasih sayang, belas kasihan dan
perasaan sim pati m ereka adalah seperti sebatang tubuh. Jika salah satu anggota
m engadu sakit, seluruh tubuh akan turut m erasakannya sehingga berjaga m alam
dan dem am .”
.
Subhanallah. indahnya perumpamaan sebuah realiti kehidupan. Bukankah pepatah melayu juga ada
menyebut ‘Cubit pehakiri, peha kanan terasa juga’?Rasa bersama dan prihatin sebegini hanya akan
lahir daripada limpahan kasih sayang.
Waspadalah kita kerana tanpa kasih sayang, rasa persaudaraan akan pudar dan tautan kejiranan pun
akan longgar, akhirnya kekuatan umat islam pasti luntur dan ini akan membuka ruang kepada
musuh-musuh islam untuk mengambil kesempatan. Justeru, amat benarlah ungkapan ‘kasih sayang
disemai, perpaduan dituai’ Sesungguhnya hanya dengan perpaduan barulah kita dapat membina
kejayaan, kecemerlangan dan kegemilangan.
.
.
Sidang Jemaah yang Dikasihi,
Setelah menyedari betapa besarnya peranan kasih sayang dalam hidup, maka inilah masanya.. kita
perlu menyiapkan usaha-usaha menyemai kasih sayang agar perpaduan yang diimpikan menjadi
kenyataan. Untuk itu, mari kita jayakan beberapa langkah ke arah merealisasikan cita-cita murni ini,
antaranya:
.
Langkah pertama: Sentiasa bertegur sapa dan bermanis muka
Islam sangat memandang tinggi hubungan baik esame manusia. Ucapan selamat dan memberi salam
ketika bertemu adalah amalan mulia yang dijanjikan ganjaran yang besar. Ini kerana perlakuan ini
memberi impak yang besar dalam menjamin keharmonian hidup. Bahkan Rasulullah SAW tidak
membenarkan kita memandang kecil amalan tersenyum dan berwajah ceria.
Perhatikanlah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Zar RA, Rasulullah SAW
bersabda:
“Jangan sekali-kali kam u m em andang rendah apa jua kebaikan, biarpun sekadar
bertem u saudaram u dengan wajah yang ceria.”
.
Langkah kedua: Sentiasa prihatin dan memberi bantuan kepada insan lain
Orang-orang beriman diibaratkan seperti sebuah binaan yang teguh berdiri kerana mereka saling
kuat-menguatkan antara sesama mereka. Amat mengambil berat terhadap insan-insan lain yang
hidup di sekeliling mereka.
Rasulullah SAW pernah mengingatkan para sahabat agar melebihkan kuah apabila memasak untuk
diagih-agihkan kepada jiran tetangga. Baginda juga pernah memberi amaran betapa tidak sempurna
iman seorang muslim yang kekenyangan membiarkan jiran sebelahnya dalam kelaparan.
Begitulah indahnya agama yang dibina di atas kasih sayang ini. Di samping itu, baginda juga
menganjurkan agar kita saling memberi hadiah untuk mengeratkan kasih sayang dan merapatkan
hubungan.
.
Langkah ketiga: Menghormati hak orang lain dan menjaga maruah mereka
Sedarlah bahawa orang yang dihormati akan mudah mengasihi dan orang yang dijaga hak mereka
akan mudah memberi. Realiti ini menjadikan Islam adalah agama yang sangat memelihara hak d an
maruah manusia. Demi kepentingan ini, hentikanlah budaya mencela, menghina, memfitnah,
mendedahkan keaiban dan seumpamanya.
Sebuah hadith riwayat Imam al-Bukhari daripada Ibnu Umar RA menceritakan kepada kita perihal
ini yang bermaksud:
“Muslim adalah saudara m uslim yang lain. Dia tidak boleh m enzalim i saudaranya
dan m embiarkannya teraniaya. Seseiapa yang m enunaikan hajat saudaranya kelak
Allah m enunaikan pula hajatnya. Sesiapa yang m elepaskan m usibah saudaranya,
kelak Allah m elepaskannya dari m usibah di hari Kiam at dan sesiapa yang m enutup
aib seorang m uslim , kelak Allah m enutup aibnya di hari Kiam at.”
.
.
Sidang Jemaah Yang Dikasihi,
Begitulah hebatnya peranan kasih sayang dalam membina perpaduan. Semoga kita dapat bersama -
sama menjayakan usaha murni ini demi memastikan kehidupan yang bahagia di dunia dan
kesejahteraan yang abadi di akhirat nanti. Di antara kesimpulan yang dapat kita ambil daripada
khutbah hari ini ialah:
.
Pertama:Berkasih sayang sesama manusia adalah fitrah murni yang perlu dipupuk bagi menjamin
perpaduan. Sesungguhnya jika kasih sayang benar-benar disemai, perpaduan pasti dituai.
Kedua: Islam sangat memandang tinggi apa juga perlakuan yang dapat memupuk kasih sayang
kerana ia adalah agama yang membawa rahmat.
Ketiga: Langkah-langkah membina perpaduan umat perlu dijayakan oleh setiap Muslim
berpandukan al-Quran dan al-Sunnah.
.
Di penghujung khutbah, sekali lagi mimbar menyeru para jemaah yang dikasihi sekalian, marilah
sama-sama kita hayati gambaran kasih sayang seperti yang telah dipraktikkan di zaman Rasulullah
dan para sahabat sebagaimana firman Allah SWT di dalam Surah al-Fat’h ayat 29:
‫ا‬ً‫ع‬َّ‫ك‬ُ‫ر‬ ْ‫م‬ُ‫ه‬‫ا‬َ‫ر‬َ‫ت‬ ۖ ْ‫م‬ُ‫ه‬َ‫ن‬ْ‫ي‬َ‫ب‬ ُ‫ء‬‫ا‬َ‫م‬َ‫ح‬ُ‫ر‬ ِ‫ار‬َّ‫ف‬ُ‫ك‬ْ‫ل‬‫ا‬ ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ُ‫ء‬‫َّا‬‫د‬ِ‫ش‬َ‫أ‬ ُ‫ه‬َ‫ع‬َ‫م‬ َ‫ين‬ِ‫ذ‬َّ‫ل‬‫ا‬َ‫و‬ ۚ ِ‫ه‬‫ـ‬َّ‫ل‬‫ال‬ ُ‫ل‬‫و‬ُ‫س‬َّ‫ر‬ ٌ‫د‬َّ‫م‬َ‫ح‬ُّ‫م‬
َ‫ي‬ ‫ًا‬‫د‬َّ‫ج‬ُ‫س‬‫ا‬ً‫ن‬‫ا‬َ‫ْو‬‫ض‬ ِ‫ر‬َ‫و‬ ِ‫ه‬‫ـ‬َّ‫ل‬‫ال‬ َ‫ن‬ِِّ‫م‬ ً‫ًْل‬‫ض‬َ‫ف‬ َ‫ون‬ُ‫غ‬َ‫ت‬ْ‫ب‬
Maksudnya: “Nabi Muham m ad (SAW) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang
bersam a dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang -orang kafir yang
(m emusuhi Islam),dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama
sendiri. Engkau lihat m ereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan
m engharapkan lim pah kurnia (pahala) dari Tuhan m ereka serta m engharapkan
keredaanNya.”
.
‫ا‬َ‫ي‬‫اآل‬ َ‫ن‬ِ‫م‬ ِ‫ه‬‫ي‬ِ‫ف‬ ‫ا‬َ‫م‬ِ‫ب‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬‫ا‬َّ‫ي‬ِ‫إ‬َ‫و‬ ‫ي‬ِ‫ن‬َ‫ع‬َ‫ف‬َ‫ن‬َ‫و‬ ،ِ‫يم‬ِ‫ظ‬َ‫ع‬ْ‫ل‬‫ا‬ ِ‫ان‬َ‫ء‬ ْ‫ر‬ُ‫ق‬ْ‫ل‬‫ا‬ ‫ى‬ِ‫ف‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬َ‫ل‬َ‫و‬ ‫ي‬ِ‫ل‬ ُ َّ‫اَّلل‬ َ‫ك‬َ‫ار‬َ‫ب‬ِ‫ْر‬‫ك‬ِِّ‫ذ‬‫ال‬َ‫و‬ ِ‫ت‬
َ‫ت‬َ‫و‬ ،ِ‫يم‬ِ‫ك‬َ‫ح‬ْ‫ل‬‫ا‬‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ه‬ ‫ي‬ِ‫ل‬ ْ‫و‬َ‫ق‬ ُ‫ل‬‫و‬ُ‫ق‬َ‫أ‬ ،ُ‫م‬‫ي‬ِ‫ل‬َ‫ع‬ْ‫ل‬‫ا‬ ُ‫ع‬‫ي‬ِ‫م‬َّ‫س‬‫ال‬ َ‫و‬ُ‫ه‬ ُ‫ه‬َّ‫ن‬ِ‫إ‬ ُ‫ه‬َ‫ت‬َ‫و‬َ‫ًل‬ِ‫ت‬ ‫ُم‬‫ك‬ْ‫ن‬ِ‫م‬َ‫و‬ ‫ي‬ِِّ‫ن‬ِ‫م‬ َ‫ل‬َّ‫ب‬َ‫ق‬
‫ي‬ِ‫ن‬ِ‫م‬ْ‫ؤ‬ُ‫م‬ْ‫ل‬‫وا‬ ،ِ‫ت‬‫ا‬َ‫م‬ِ‫ل‬ْ‫س‬ُ‫م‬ْ‫ل‬‫ا‬َ‫و‬ َ‫ين‬ِ‫م‬ِ‫ل‬ْ‫س‬ُ‫م‬ْ‫ل‬‫ا‬ ِ‫ر‬ِ‫ئ‬‫ا‬َ‫س‬ِ‫ل‬َ‫و‬ ،ْ‫م‬ُ‫ك‬َ‫ل‬َ‫و‬ ‫ي‬ِ‫ل‬ َ‫م‬‫ي‬ِ‫ظ‬َ‫ع‬ْ‫ل‬‫ا‬ َ َّ‫اَّلل‬ ُ‫ر‬ِ‫ف‬ْ‫غ‬َ‫ت‬ْ‫س‬‫ا‬َ‫و‬َ‫ن‬
ُ‫م‬ْ‫ل‬‫ا‬ َ‫ز‬ ْ‫و‬َ‫ف‬ ‫ا‬َ‫ي‬َ‫ف‬ ُ‫ه‬‫و‬ُ‫ر‬ِ‫ف‬ْ‫غ‬َ‫ت‬ْ‫س‬‫ا‬َ‫ف‬ ،ِ‫ت‬‫ا‬َ‫ن‬ِ‫م‬ْ‫ؤ‬ُ‫م‬ْ‫ل‬‫ا‬َ‫و‬َ‫ن‬ْ‫ي‬ِ‫ب‬ِ‫ئ‬‫ا‬َّ‫ت‬‫ال‬ َ‫ة‬‫ا‬َ‫ج‬َ‫ن‬ ‫ا‬َ‫ي‬َ‫و‬ َ‫ن‬ْ‫ي‬ ِ‫ر‬ِ‫ف‬ْ‫ع‬َ‫ت‬ْ‫س‬
.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Materi PAI Kelas 7 Bab II
Materi PAI Kelas 7 Bab IIMateri PAI Kelas 7 Bab II
Materi PAI Kelas 7 Bab IIFaridAtoz
 
Toleransi dalam-kehidupan-sehari-hari4
Toleransi dalam-kehidupan-sehari-hari4Toleransi dalam-kehidupan-sehari-hari4
Toleransi dalam-kehidupan-sehari-hari4Eloknadlifah
 
Kerukunan antar umat beragama dalam islam
Kerukunan antar umat beragama dalam islamKerukunan antar umat beragama dalam islam
Kerukunan antar umat beragama dalam islamshabrina97
 
Kelas 09 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 12
Kelas 09 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 12Kelas 09 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 12
Kelas 09 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 12sitisarahrahmania
 
Mutammam TentNG Akhlak terpuji dalam kehidupan
Mutammam TentNG Akhlak terpuji dalam kehidupanMutammam TentNG Akhlak terpuji dalam kehidupan
Mutammam TentNG Akhlak terpuji dalam kehidupanAan Editing
 
Kelas 08 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 11
Kelas 08 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 11Kelas 08 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 11
Kelas 08 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 11sitisarahrahmania
 
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial : Hormat menghormati
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial : Hormat menghormatiAmalan terbaik dalam pembangunan sosial : Hormat menghormati
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial : Hormat menghormatiJannah Salman
 
Bab 10 persatuan dan kerukunaan (agama) XII
Bab 10 persatuan dan kerukunaan (agama) XIIBab 10 persatuan dan kerukunaan (agama) XII
Bab 10 persatuan dan kerukunaan (agama) XIIYasmin Sekar
 
Manhaj hidup muslim kompilasi karangan sayyid qutb dan al-maududi
Manhaj hidup muslim   kompilasi karangan sayyid qutb dan al-maududiManhaj hidup muslim   kompilasi karangan sayyid qutb dan al-maududi
Manhaj hidup muslim kompilasi karangan sayyid qutb dan al-maududiRahmat Hidayat
 
Kerukunan Umat Beragama dan Kebudayaan Islam
Kerukunan Umat Beragama dan Kebudayaan IslamKerukunan Umat Beragama dan Kebudayaan Islam
Kerukunan Umat Beragama dan Kebudayaan IslamBetaYuliandari
 
Makalah merelasasikan agama dalam kehidupan seorang muslim
Makalah merelasasikan agama dalam kehidupan seorang muslimMakalah merelasasikan agama dalam kehidupan seorang muslim
Makalah merelasasikan agama dalam kehidupan seorang muslimSentra Komputer dan Foto Copy
 
Makalah toleransi beragama
Makalah toleransi beragamaMakalah toleransi beragama
Makalah toleransi beragamaWahiid Sayy'a
 

La actualidad más candente (17)

Teks pidato toleransi
Teks pidato toleransiTeks pidato toleransi
Teks pidato toleransi
 
Materi PAI Kelas 7 Bab II
Materi PAI Kelas 7 Bab IIMateri PAI Kelas 7 Bab II
Materi PAI Kelas 7 Bab II
 
Toleransi dalam-kehidupan-sehari-hari4
Toleransi dalam-kehidupan-sehari-hari4Toleransi dalam-kehidupan-sehari-hari4
Toleransi dalam-kehidupan-sehari-hari4
 
Kerukunan antar umat beragama dalam islam
Kerukunan antar umat beragama dalam islamKerukunan antar umat beragama dalam islam
Kerukunan antar umat beragama dalam islam
 
Kelas 09 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 12
Kelas 09 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 12Kelas 09 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 12
Kelas 09 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 12
 
Mutammam TentNG Akhlak terpuji dalam kehidupan
Mutammam TentNG Akhlak terpuji dalam kehidupanMutammam TentNG Akhlak terpuji dalam kehidupan
Mutammam TentNG Akhlak terpuji dalam kehidupan
 
Kelas 08 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 11
Kelas 08 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 11Kelas 08 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 11
Kelas 08 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 11
 
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial : Hormat menghormati
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial : Hormat menghormatiAmalan terbaik dalam pembangunan sosial : Hormat menghormati
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial : Hormat menghormati
 
Bab ix
Bab ixBab ix
Bab ix
 
Bab ix
Bab ixBab ix
Bab ix
 
Bab viii
Bab viiiBab viii
Bab viii
 
Bab 10 persatuan dan kerukunaan (agama) XII
Bab 10 persatuan dan kerukunaan (agama) XIIBab 10 persatuan dan kerukunaan (agama) XII
Bab 10 persatuan dan kerukunaan (agama) XII
 
Manhaj hidup muslim kompilasi karangan sayyid qutb dan al-maududi
Manhaj hidup muslim   kompilasi karangan sayyid qutb dan al-maududiManhaj hidup muslim   kompilasi karangan sayyid qutb dan al-maududi
Manhaj hidup muslim kompilasi karangan sayyid qutb dan al-maududi
 
Kerukunan Umat Beragama dan Kebudayaan Islam
Kerukunan Umat Beragama dan Kebudayaan IslamKerukunan Umat Beragama dan Kebudayaan Islam
Kerukunan Umat Beragama dan Kebudayaan Islam
 
Persatua- Kesatuan
Persatua- KesatuanPersatua- Kesatuan
Persatua- Kesatuan
 
Makalah merelasasikan agama dalam kehidupan seorang muslim
Makalah merelasasikan agama dalam kehidupan seorang muslimMakalah merelasasikan agama dalam kehidupan seorang muslim
Makalah merelasasikan agama dalam kehidupan seorang muslim
 
Makalah toleransi beragama
Makalah toleransi beragamaMakalah toleransi beragama
Makalah toleransi beragama
 

Similar a Khutbah jumaat 1

Ukhuwah islamiyah.pptx
Ukhuwah islamiyah.pptxUkhuwah islamiyah.pptx
Ukhuwah islamiyah.pptxAlF1Kholisna
 
Takwa dan Kerukunan Antar Umat Beragama
Takwa dan Kerukunan Antar Umat BeragamaTakwa dan Kerukunan Antar Umat Beragama
Takwa dan Kerukunan Antar Umat BeragamaSovie Silviana
 
A163698 amalan terbaik dalam pembangunan sosial
A163698 amalan terbaik dalam pembangunan sosialA163698 amalan terbaik dalam pembangunan sosial
A163698 amalan terbaik dalam pembangunan sosializzaidahwan
 
Mencari Nafkah Halal dibulan Ranadhan saat ini
Mencari Nafkah Halal dibulan Ranadhan saat iniMencari Nafkah Halal dibulan Ranadhan saat ini
Mencari Nafkah Halal dibulan Ranadhan saat iniismailsiabuga
 
Bab 4 qana'ah dan tasamuh
Bab 4 qana'ah dan tasamuhBab 4 qana'ah dan tasamuh
Bab 4 qana'ah dan tasamuhghozali27
 
Bab 4 qana'ah dan tasamuh
Bab 4 qana'ah dan tasamuhBab 4 qana'ah dan tasamuh
Bab 4 qana'ah dan tasamuhMamaz-AJi
 
Bab 4 qana'ah dan tasamuh
Bab 4 qana'ah dan tasamuhBab 4 qana'ah dan tasamuh
Bab 4 qana'ah dan tasamuhamirulmuminin9
 
Ukhuwah islamiyah
Ukhuwah islamiyahUkhuwah islamiyah
Ukhuwah islamiyahAbdullahzXz
 
3.1 konsep hubungan sesama manusia
3.1 konsep hubungan sesama manusia3.1 konsep hubungan sesama manusia
3.1 konsep hubungan sesama manusiaSharifahNurAbu
 
Adab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmuAdab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmuncs7797
 
Adab berjiran mengikut perspektif islam
Adab berjiran mengikut perspektif islamAdab berjiran mengikut perspektif islam
Adab berjiran mengikut perspektif islambedul87
 
A169993 Pembangunan bandar mapan dalam Islam
A169993 Pembangunan bandar mapan dalam IslamA169993 Pembangunan bandar mapan dalam Islam
A169993 Pembangunan bandar mapan dalam IslamNURULSABRINA15
 
rencana pembelajaran
rencana pembelajaranrencana pembelajaran
rencana pembelajaranainykancil
 
Tajuk 2 (Kumpulan A)
Tajuk 2 (Kumpulan A)Tajuk 2 (Kumpulan A)
Tajuk 2 (Kumpulan A)Ms Yati
 
KERUKUNAN DAN HARMONISASI presentasi.pptx
KERUKUNAN DAN HARMONISASI presentasi.pptxKERUKUNAN DAN HARMONISASI presentasi.pptx
KERUKUNAN DAN HARMONISASI presentasi.pptxMuhammadAwaludinNoor2
 
UKHUWAH ISLAMIYYAH 1.ppt
UKHUWAH ISLAMIYYAH 1.pptUKHUWAH ISLAMIYYAH 1.ppt
UKHUWAH ISLAMIYYAH 1.pptarsalhakim1
 

Similar a Khutbah jumaat 1 (20)

Ukhuwah islamiyah.pptx
Ukhuwah islamiyah.pptxUkhuwah islamiyah.pptx
Ukhuwah islamiyah.pptx
 
Takwa dan Kerukunan Antar Umat Beragama
Takwa dan Kerukunan Antar Umat BeragamaTakwa dan Kerukunan Antar Umat Beragama
Takwa dan Kerukunan Antar Umat Beragama
 
Ukhuwah islamiyah
Ukhuwah islamiyahUkhuwah islamiyah
Ukhuwah islamiyah
 
A163698 amalan terbaik dalam pembangunan sosial
A163698 amalan terbaik dalam pembangunan sosialA163698 amalan terbaik dalam pembangunan sosial
A163698 amalan terbaik dalam pembangunan sosial
 
Mencari Nafkah Halal dibulan Ranadhan saat ini
Mencari Nafkah Halal dibulan Ranadhan saat iniMencari Nafkah Halal dibulan Ranadhan saat ini
Mencari Nafkah Halal dibulan Ranadhan saat ini
 
Bab 4 qana'ah dan tasamuh
Bab 4 qana'ah dan tasamuhBab 4 qana'ah dan tasamuh
Bab 4 qana'ah dan tasamuh
 
Bab 4 qana'ah dan tasamuh
Bab 4 qana'ah dan tasamuhBab 4 qana'ah dan tasamuh
Bab 4 qana'ah dan tasamuh
 
Bab 4 qana'ah dan tasamuh
Bab 4 qana'ah dan tasamuhBab 4 qana'ah dan tasamuh
Bab 4 qana'ah dan tasamuh
 
Ukhuwah islamiyah
Ukhuwah islamiyahUkhuwah islamiyah
Ukhuwah islamiyah
 
3.1 konsep hubungan sesama manusia
3.1 konsep hubungan sesama manusia3.1 konsep hubungan sesama manusia
3.1 konsep hubungan sesama manusia
 
KHUTBAH.docx
KHUTBAH.docxKHUTBAH.docx
KHUTBAH.docx
 
Indahnya silaturahmi
Indahnya silaturahmiIndahnya silaturahmi
Indahnya silaturahmi
 
Adab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmuAdab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmu
 
Adab berjiran mengikut perspektif islam
Adab berjiran mengikut perspektif islamAdab berjiran mengikut perspektif islam
Adab berjiran mengikut perspektif islam
 
A169993 Pembangunan bandar mapan dalam Islam
A169993 Pembangunan bandar mapan dalam IslamA169993 Pembangunan bandar mapan dalam Islam
A169993 Pembangunan bandar mapan dalam Islam
 
rencana pembelajaran
rencana pembelajaranrencana pembelajaran
rencana pembelajaran
 
Tajuk 2 (Kumpulan A)
Tajuk 2 (Kumpulan A)Tajuk 2 (Kumpulan A)
Tajuk 2 (Kumpulan A)
 
KERUKUNAN DAN HARMONISASI presentasi.pptx
KERUKUNAN DAN HARMONISASI presentasi.pptxKERUKUNAN DAN HARMONISASI presentasi.pptx
KERUKUNAN DAN HARMONISASI presentasi.pptx
 
Rahmatan
RahmatanRahmatan
Rahmatan
 
UKHUWAH ISLAMIYYAH 1.ppt
UKHUWAH ISLAMIYYAH 1.pptUKHUWAH ISLAMIYYAH 1.ppt
UKHUWAH ISLAMIYYAH 1.ppt
 

Último

Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5Adam Hiola
 
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHAN
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHANKHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHAN
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHANGilbertFibriyantAdan
 
Sosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptx
Sosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptxSosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptx
Sosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptxMarto Marbun
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4Adam Hiola
 
MATERI PPT NILAI-NILAI KRISTIANI.hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
MATERI PPT NILAI-NILAI KRISTIANI.hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...MATERI PPT NILAI-NILAI KRISTIANI.hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
MATERI PPT NILAI-NILAI KRISTIANI.hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...RobertusLolok1
 
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptx
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptxMateri akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptx
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptxWahyuSolehudin1
 

Último (6)

Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
 
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHAN
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHANKHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHAN
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHAN
 
Sosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptx
Sosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptxSosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptx
Sosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptx
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4
 
MATERI PPT NILAI-NILAI KRISTIANI.hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
MATERI PPT NILAI-NILAI KRISTIANI.hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...MATERI PPT NILAI-NILAI KRISTIANI.hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
MATERI PPT NILAI-NILAI KRISTIANI.hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
 
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptx
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptxMateri akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptx
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptx
 

Khutbah jumaat 1

  • 1. Khutbah Jumaat: “Kasih Sayang Disemai Perpaduan Dituai” . . . Hadirin Mukminin Yang Dirahmati Allah, Di kesempatan berada pada hari Jumaat dan pada bulan Sya’ban yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Bersempena penganjuran Bulan Dakwah Negara 2014, khutbah Jumaat hari ini akan membentangkan tajuk “Kasih Sayang Disemai, Perpaduan Dituai.” . Sidang Jemaah Yang Dikasihi, Kasih sayang yang murni hanya lahir daripada naluri yang suci dengan panduan syariat Islam. Kasih sayang adalah fitrah semulajadi manusia. Islam juga adalah agama fitrah yang sentiasa memelihara kasih sayang sesama manusia bagi menjamin bahagia. Lihatlah bagaimana Allah SWT mengajar kita untuk mengekalkan kasih sayang meskipun ketika berlaku sengketa. Firman Allah SWT di dalam surah al-Mumtahanah ayat 7 : َ‫و‬ ۚ ٌ‫ر‬‫ي‬ِ‫د‬َ‫ق‬ ُ‫ه‬‫ـ‬َّ‫ل‬‫ال‬َ‫و‬ ۚ ً‫ة‬َّ‫د‬َ‫و‬َّ‫م‬ ‫م‬ُ‫ه‬ْ‫ن‬ِِّ‫م‬ ‫م‬ُ‫ت‬ْ‫ي‬َ‫د‬‫َا‬‫ع‬ َ‫ين‬ِ‫ذ‬َّ‫ل‬‫ا‬ َ‫ن‬ْ‫ي‬َ‫ب‬َ‫و‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬َ‫ن‬ْ‫ي‬َ‫ب‬ َ‫ل‬َ‫ع‬ْ‫ج‬َ‫ي‬ ‫ن‬َ‫أ‬ ُ‫ه‬‫ـ‬َّ‫ل‬‫ال‬ ‫ى‬َ‫س‬َ‫ع‬ُ‫ه‬‫ـ‬َّ‫ل‬‫ال‬ ٌ‫م‬‫ي‬ ِ‫ح‬َّ‫ر‬ ٌ‫ر‬‫و‬ُ‫ف‬َ‫غ‬ Maksudnya: “Sem oga Allah akan m engadakan perasaan kasih sayang antara kam u dengan orang-orang yang kam u m usuhi dari kerabat kam u itu (dengan jalan m enjadikan m ereka insaf dan m em eluk Islam ). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha pengam pun, lagi Maha Mengasihani.” Ayat ini menjelaskan betapa kasih sayang perlu dipelihara dan dipupuk dalam apa jua suasana. Persoalannya, mengapa? Tentu ada hikmah besar daripada pedoman ini yang perlu kita fahami. Lantaran kepentingan berkasih sayang, mari kita lihat beberapa faktor yang mendorong kita untuk mengekalkannya: . Pertama: Kasih sayang adalah bukti iman dan jaminan kejayaan di akhirat.
  • 2. Jiwa yang kosong tanpa kasih sayang adalah tanda iman yang lemah dan tidak sempurna. Bukankah Rasulullah SAW pernah menyatakan betapa iman seorang itu tidak dikira sempurna selagi dia belum mampu mengasihi saudaranya seperti mengasihi dirinya sendiri? Justeru, membiarkan diri hidup tanpa perasaan kasih dan sayang kepada insan lain adalah antara tanda kegagalan yang besarpada iman kita. Malah Allah telah menyediakan ganjaran yang besar bagi hamba-hambaNya yang hidup di dunia dengan berkasih sayang. Renungi hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Abu Said al -Khudri, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang-orang yang hidup berkasih sayang akan dilihat kam ar- kam ar m ereka di syurga seperti bintang-bintang yang indah berseri yang terbitdi sebelah tim ur atau barat.” Maka baginda ditanya; “Siapakah m ereka itu?” lantas dijawab, “Mereka itulah golongan m anusia yang hidup berkasih sayang kerana Allah Azza wa Jalla.” . Kedua: Penyelamat dari sifat-sifat buruk yang merosakkan masyarakat Percayalah..Kasih sayang akan melahirkan sikap hormat menghormati, bertoleransi dan bertolong bantu dalam masyarakat.Ia juga dapat memadamkan dendam, hasad dengki, perasaan benci, iri hati dan sebagainya. Kasih sayang akan melahirkan insan terbaik dalam sesebuah kelompok masyarakat. Bukankah Rasulullah pernah menegaskan perihal ini dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abdullah bin ’Amru RA, katanya: “Rasulullah SAW ditanya tentang siapakah m anusia terbaik? Baginda m enjawab; “Setiap orang yang lem but hatinya dan benar lisannya.” Para sahabat berkata: “Benar lisan telah pun kam i faham , tapi apakah m aksud lem but hati itu?Baginda m enjelaskan: “Itulah orang yang bertaqwa, bersih hatinya tiada dosa dan noda, tiada benci dan dengki di dalam nya.” . Ketiga: Membentuk kesatuan dan perpaduan umat Islam Bayangkanlah..Tanpa kasih sayang, hidup manusia ibarathaiwan di hutan belantara. Yang gagah dan berkuasa akan mengganas dan menindas. Manakala yang lemah dan kerdil dilanyak dan diperas. Sedangkan Islam menganjurkan cara hidup bermasyarakat yang harmoni dan aman sentosa, sentiasa berkasih sayang dan prihatin terhadap insan di sekeliling, bahkan hidup bagai bersaudara. Y akinlah..kasih sayang inilah yang pasti akan menyatukan hati-hati umat Islam walaupun kita berbeza fahaman dan ideologi. Inilah yang digambarkan dalam sebuah hadis tentang gaya hidup insan beriman. Imam Muslim meriwayatkan daripada Nu’man bin Basyir, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Perum pam aan orang-orang berim an dalam berkasih sayang, belas kasihan dan perasaan sim pati m ereka adalah seperti sebatang tubuh. Jika salah satu anggota m engadu sakit, seluruh tubuh akan turut m erasakannya sehingga berjaga m alam dan dem am .” . Subhanallah. indahnya perumpamaan sebuah realiti kehidupan. Bukankah pepatah melayu juga ada menyebut ‘Cubit pehakiri, peha kanan terasa juga’?Rasa bersama dan prihatin sebegini hanya akan lahir daripada limpahan kasih sayang. Waspadalah kita kerana tanpa kasih sayang, rasa persaudaraan akan pudar dan tautan kejiranan pun akan longgar, akhirnya kekuatan umat islam pasti luntur dan ini akan membuka ruang kepada musuh-musuh islam untuk mengambil kesempatan. Justeru, amat benarlah ungkapan ‘kasih sayang
  • 3. disemai, perpaduan dituai’ Sesungguhnya hanya dengan perpaduan barulah kita dapat membina kejayaan, kecemerlangan dan kegemilangan. . . Sidang Jemaah yang Dikasihi, Setelah menyedari betapa besarnya peranan kasih sayang dalam hidup, maka inilah masanya.. kita perlu menyiapkan usaha-usaha menyemai kasih sayang agar perpaduan yang diimpikan menjadi kenyataan. Untuk itu, mari kita jayakan beberapa langkah ke arah merealisasikan cita-cita murni ini, antaranya: . Langkah pertama: Sentiasa bertegur sapa dan bermanis muka Islam sangat memandang tinggi hubungan baik esame manusia. Ucapan selamat dan memberi salam ketika bertemu adalah amalan mulia yang dijanjikan ganjaran yang besar. Ini kerana perlakuan ini memberi impak yang besar dalam menjamin keharmonian hidup. Bahkan Rasulullah SAW tidak membenarkan kita memandang kecil amalan tersenyum dan berwajah ceria. Perhatikanlah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Zar RA, Rasulullah SAW bersabda: “Jangan sekali-kali kam u m em andang rendah apa jua kebaikan, biarpun sekadar bertem u saudaram u dengan wajah yang ceria.” . Langkah kedua: Sentiasa prihatin dan memberi bantuan kepada insan lain Orang-orang beriman diibaratkan seperti sebuah binaan yang teguh berdiri kerana mereka saling kuat-menguatkan antara sesama mereka. Amat mengambil berat terhadap insan-insan lain yang hidup di sekeliling mereka. Rasulullah SAW pernah mengingatkan para sahabat agar melebihkan kuah apabila memasak untuk diagih-agihkan kepada jiran tetangga. Baginda juga pernah memberi amaran betapa tidak sempurna iman seorang muslim yang kekenyangan membiarkan jiran sebelahnya dalam kelaparan. Begitulah indahnya agama yang dibina di atas kasih sayang ini. Di samping itu, baginda juga menganjurkan agar kita saling memberi hadiah untuk mengeratkan kasih sayang dan merapatkan hubungan. . Langkah ketiga: Menghormati hak orang lain dan menjaga maruah mereka Sedarlah bahawa orang yang dihormati akan mudah mengasihi dan orang yang dijaga hak mereka akan mudah memberi. Realiti ini menjadikan Islam adalah agama yang sangat memelihara hak d an maruah manusia. Demi kepentingan ini, hentikanlah budaya mencela, menghina, memfitnah, mendedahkan keaiban dan seumpamanya. Sebuah hadith riwayat Imam al-Bukhari daripada Ibnu Umar RA menceritakan kepada kita perihal ini yang bermaksud: “Muslim adalah saudara m uslim yang lain. Dia tidak boleh m enzalim i saudaranya dan m embiarkannya teraniaya. Seseiapa yang m enunaikan hajat saudaranya kelak Allah m enunaikan pula hajatnya. Sesiapa yang m elepaskan m usibah saudaranya, kelak Allah m elepaskannya dari m usibah di hari Kiam at dan sesiapa yang m enutup aib seorang m uslim , kelak Allah m enutup aibnya di hari Kiam at.” . . Sidang Jemaah Yang Dikasihi, Begitulah hebatnya peranan kasih sayang dalam membina perpaduan. Semoga kita dapat bersama - sama menjayakan usaha murni ini demi memastikan kehidupan yang bahagia di dunia dan
  • 4. kesejahteraan yang abadi di akhirat nanti. Di antara kesimpulan yang dapat kita ambil daripada khutbah hari ini ialah: . Pertama:Berkasih sayang sesama manusia adalah fitrah murni yang perlu dipupuk bagi menjamin perpaduan. Sesungguhnya jika kasih sayang benar-benar disemai, perpaduan pasti dituai. Kedua: Islam sangat memandang tinggi apa juga perlakuan yang dapat memupuk kasih sayang kerana ia adalah agama yang membawa rahmat. Ketiga: Langkah-langkah membina perpaduan umat perlu dijayakan oleh setiap Muslim berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. . Di penghujung khutbah, sekali lagi mimbar menyeru para jemaah yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita hayati gambaran kasih sayang seperti yang telah dipraktikkan di zaman Rasulullah dan para sahabat sebagaimana firman Allah SWT di dalam Surah al-Fat’h ayat 29: ‫ا‬ً‫ع‬َّ‫ك‬ُ‫ر‬ ْ‫م‬ُ‫ه‬‫ا‬َ‫ر‬َ‫ت‬ ۖ ْ‫م‬ُ‫ه‬َ‫ن‬ْ‫ي‬َ‫ب‬ ُ‫ء‬‫ا‬َ‫م‬َ‫ح‬ُ‫ر‬ ِ‫ار‬َّ‫ف‬ُ‫ك‬ْ‫ل‬‫ا‬ ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ُ‫ء‬‫َّا‬‫د‬ِ‫ش‬َ‫أ‬ ُ‫ه‬َ‫ع‬َ‫م‬ َ‫ين‬ِ‫ذ‬َّ‫ل‬‫ا‬َ‫و‬ ۚ ِ‫ه‬‫ـ‬َّ‫ل‬‫ال‬ ُ‫ل‬‫و‬ُ‫س‬َّ‫ر‬ ٌ‫د‬َّ‫م‬َ‫ح‬ُّ‫م‬ َ‫ي‬ ‫ًا‬‫د‬َّ‫ج‬ُ‫س‬‫ا‬ً‫ن‬‫ا‬َ‫ْو‬‫ض‬ ِ‫ر‬َ‫و‬ ِ‫ه‬‫ـ‬َّ‫ل‬‫ال‬ َ‫ن‬ِِّ‫م‬ ً‫ًْل‬‫ض‬َ‫ف‬ َ‫ون‬ُ‫غ‬َ‫ت‬ْ‫ب‬ Maksudnya: “Nabi Muham m ad (SAW) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersam a dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang -orang kafir yang (m emusuhi Islam),dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri. Engkau lihat m ereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan m engharapkan lim pah kurnia (pahala) dari Tuhan m ereka serta m engharapkan keredaanNya.” . ‫ا‬َ‫ي‬‫اآل‬ َ‫ن‬ِ‫م‬ ِ‫ه‬‫ي‬ِ‫ف‬ ‫ا‬َ‫م‬ِ‫ب‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬‫ا‬َّ‫ي‬ِ‫إ‬َ‫و‬ ‫ي‬ِ‫ن‬َ‫ع‬َ‫ف‬َ‫ن‬َ‫و‬ ،ِ‫يم‬ِ‫ظ‬َ‫ع‬ْ‫ل‬‫ا‬ ِ‫ان‬َ‫ء‬ ْ‫ر‬ُ‫ق‬ْ‫ل‬‫ا‬ ‫ى‬ِ‫ف‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬َ‫ل‬َ‫و‬ ‫ي‬ِ‫ل‬ ُ َّ‫اَّلل‬ َ‫ك‬َ‫ار‬َ‫ب‬ِ‫ْر‬‫ك‬ِِّ‫ذ‬‫ال‬َ‫و‬ ِ‫ت‬ َ‫ت‬َ‫و‬ ،ِ‫يم‬ِ‫ك‬َ‫ح‬ْ‫ل‬‫ا‬‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ه‬ ‫ي‬ِ‫ل‬ ْ‫و‬َ‫ق‬ ُ‫ل‬‫و‬ُ‫ق‬َ‫أ‬ ،ُ‫م‬‫ي‬ِ‫ل‬َ‫ع‬ْ‫ل‬‫ا‬ ُ‫ع‬‫ي‬ِ‫م‬َّ‫س‬‫ال‬ َ‫و‬ُ‫ه‬ ُ‫ه‬َّ‫ن‬ِ‫إ‬ ُ‫ه‬َ‫ت‬َ‫و‬َ‫ًل‬ِ‫ت‬ ‫ُم‬‫ك‬ْ‫ن‬ِ‫م‬َ‫و‬ ‫ي‬ِِّ‫ن‬ِ‫م‬ َ‫ل‬َّ‫ب‬َ‫ق‬ ‫ي‬ِ‫ن‬ِ‫م‬ْ‫ؤ‬ُ‫م‬ْ‫ل‬‫وا‬ ،ِ‫ت‬‫ا‬َ‫م‬ِ‫ل‬ْ‫س‬ُ‫م‬ْ‫ل‬‫ا‬َ‫و‬ َ‫ين‬ِ‫م‬ِ‫ل‬ْ‫س‬ُ‫م‬ْ‫ل‬‫ا‬ ِ‫ر‬ِ‫ئ‬‫ا‬َ‫س‬ِ‫ل‬َ‫و‬ ،ْ‫م‬ُ‫ك‬َ‫ل‬َ‫و‬ ‫ي‬ِ‫ل‬ َ‫م‬‫ي‬ِ‫ظ‬َ‫ع‬ْ‫ل‬‫ا‬ َ َّ‫اَّلل‬ ُ‫ر‬ِ‫ف‬ْ‫غ‬َ‫ت‬ْ‫س‬‫ا‬َ‫و‬َ‫ن‬ ُ‫م‬ْ‫ل‬‫ا‬ َ‫ز‬ ْ‫و‬َ‫ف‬ ‫ا‬َ‫ي‬َ‫ف‬ ُ‫ه‬‫و‬ُ‫ر‬ِ‫ف‬ْ‫غ‬َ‫ت‬ْ‫س‬‫ا‬َ‫ف‬ ،ِ‫ت‬‫ا‬َ‫ن‬ِ‫م‬ْ‫ؤ‬ُ‫م‬ْ‫ل‬‫ا‬َ‫و‬َ‫ن‬ْ‫ي‬ِ‫ب‬ِ‫ئ‬‫ا‬َّ‫ت‬‫ال‬ َ‫ة‬‫ا‬َ‫ج‬َ‫ن‬ ‫ا‬َ‫ي‬َ‫و‬ َ‫ن‬ْ‫ي‬ ِ‫ر‬ِ‫ف‬ْ‫ع‬َ‫ت‬ْ‫س‬ .