Se ha denunciado esta presentación.
Utilizamos tu perfil de LinkedIn y tus datos de actividad para personalizar los anuncios y mostrarte publicidad más relevante. Puedes cambiar tus preferencias de publicidad en cualquier momento.

Sejarah Tingkatan 4: Bab9

34.180 visualizaciones

Publicado el

Tamadun Dunia

Publicado en: Educación
  • Sé el primero en comentar

Sejarah Tingkatan 4: Bab9

  1. 1. Persamaan feudalisme di Eropah dengan ciri-ciri sistem feudal masyarakat Melayu tradisional  Raja menjadi penaung utama dalam negara  Raja memiliki tanah secara mutlak  Raja menaungi pembesar  Pembesar memberi khidmat kepada raja  Rakyat memberi khidmat kepada tuan tanah  Terdapat golongan hamba
  2. 2. Kedudukan gereja dalam masyarakat Eropah pada zaman Gelap  Gereja amat berkuasa  Gereja memiliki hartanah yang banyak  Kegiatan gereja berfokuskan amalan agama dan pembelajaran ilmu keakhiratan sahaja  Gereja mengongkong kehidupan masyarakat
  3. 3. Sebab –sebab kegiatan perdagangan di Eropah tidak begitu meluas pada zaman Gelap  Gangguan orang gasar  Kawasan mediterranean dikuasai oleh pedagang islam  Masyarakat Eropah menumpukan pada kegiatan pertanian  Perdagangan terhad kepada perniagaan barangan pertanian  Penggunaan matawang yang terhad  Masih menggunakan sistem barter
  4. 4. Ciri –ciri politik di Eropah pada zaman Gelap  Pentadbiran – tiada pentadbiran pusat yang berkesan  Feudal – wujudnya sistem feudal di Eropah  Baron – kemunculan golongan baron  Petani – petani mencari perlindungan daripada tuan tanah  Cukai – petani terpaksa membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah  Hamba – petani terpaksa menjadi hamba kerana tidak mampu membayar cukai  Naungan – tuan tanah mendapat naungan dan perlindungan daripada raja  Khidmat tuan tanah memberi khidmat dan membayar cukai kepada raja
  5. 5.  Perubahan – perubahan yang berlaku pada zaman Peralihan dari zaman Gelap kepada zaman Renaissance  Uniersal – gereja berperanan sebagai institusi yang universal  Agen – gereja menjadi agen penyatuan  Pertanian – berlaku peningkatan aktiviti pertanian  Penduduk – berlaku pertambahan penduduk  Perdagangan – wujudnya kegiatan perdagangan  Bandar – kemunculan bandar- bandar  Pertengahan – munculnya golongan pertengahan  Politik – rakyat terlibat dalam urusan politik
  6. 6. Maksud zaman Renaissance  Kelahiran semula  Penghargaan semula ilmu yang telah dihasilkan oleh cendekiawan dalam tamadun Yunani dan Rom
  7. 7. Sebab Renaissance tercetus di Itali  Kemunculan bandar- bandar pelabuhan yang menjadi pusat perdangangan antarabangsa  Pertembungan budaya,agama,dan bahasa di bandar-bandar utamanya  Itali menjadi pusat perkembagan idea baru  Pedagang menggunakan kekayaan untuk mengindahkan bandar  Pedagang kaya menjadi penaung (patron) kepada cendekiawan  Persaingan antara bandar-bandar untuk mendapatkan tokoh cendekiawan  Cendekiawan yang sentiasa berkunjung dari bandar ke bandar membantu menyebarkan idea Renaissance  Penguasa gereja di Rom turut menjadi penaung kepada seniman dan cendekiawan
  8. 8. Tokoh Renaissance yang muncul di Itali  Francesco Petrarch  Niccolo Machiavelli  Giovanni Bocaccio  Galilieo Galilei  Leonardo Da Vinci  Raphael  Michelangelo
  9. 9. Faktor-faktor yang menyebabkan tercetusnya Renaissance  Humanisme – kemunculan aliran pemikiran humanisme/manusia berfikir untuk menyelesaikan permasalahan mereka  Tokoh – kemunculan tokoh-tokoh aliran humanisme seperti Francisco Petrarch, Niccolo Machiavelli, Giovanni Bocaccio  Pertembungan – pertembungan budaya, bahasa, dan agama di bandar- bandar pelabuhan di Itali  Patron – kemunculan pedagang kaya yang menjadi penaung kepada kegiatan cendekiawan  Kunjung – kunjungan tokoh-tokoh renaissance dari satu bandar ke bandar lain membantu penyebaran renaissance  Paus – paus di Rom turut menjadi penaung kepada seniman dan cendekiawan  Individu – perkembangan semangat individualisme dikalangan cendekiawan  Kemahiran – semangat membina kemahiran dalam semua aspek intelektual
  10. 10. Sebab pihak gereja tidak berminat menaungi kegitatan ahli sains dan matematik pada zaman Renaissance  Khuatir ahli sains dan matematik mencabar pemikiran Gereja  Perbezaan pemikiran dalam menerangkan sesuatu fenomena alam  Konflik/ perselisihan pendapat dalam menyelesaikan permasalahan
  11. 11. Kesan – kesan yang wujud hasil daripada zaman Renaissance  Monarki – kemunculan monarki baru  Cukai – pembayaran cukai secara lansung kepada kerajaan pusat  Gereja – kuasa gereja dan golongan bangsawan semakin berkurangan  Sara – kegiatan ekonomi sara diri kian pupus  Perdagangan – sistem perdagangan semakin berkembang  Jelajah – berlakunya kegiatan penjelajahan dan penerokaan  Ilmu – merintis jalan ke arah perkembangan dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan  Seniman – munculnya seniman dalam masyarakat  Sikap – berlaku perubahan sikap masyarakat terhadap pendidikan yang menekankan pemikiran logik dan saintifik  Yakin – melahirkan budaya yang mengutamakan keyakinan diri  Berani – menyuburkan sikap berani meneroka perkara baru
  12. 12. Maksud Gerakan Reformation  Berasal daripada perkataan ‘reform’  Bermaksud melaksanakan perubahan atau pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik atau yang baru  Mempunyai kaitan dengan agama kristian
  13. 13. Faktor yang mendorong berlakunya Gerakan Reformation di Eropah  Kritikan terhadap kedudukan dan amalan gereja katolik  Unsur penyelewengan pihak gereja  Penciptaan mesin cetak mempercepatakan penyebaran idea reformation  Kemunculan Martin Luther yang mempelopori gerakan  Penyebaran mazhab protestant ke seluruh Eropah oleh Heldreich Zwingli dan John Calvin
  14. 14. Idea – idea reformasi yang dicetuskan oleh Martin Luther  Menentang amalan indulgences  Dalam amalan pengibadatan,manusia harus bergantung kepada kekuatan rohani  Mencabar kedudukan gereja roman katolik  Mencabar kewibawaan paderi
  15. 15. Kepincangan institusi gereja yang mendorong berlakunya gerakan reformation di Eropah Barat pada kurun ke-16  Pihak gereja lebih mementingkan usaha pembangunan keduniaan  Rasuah dan penyelewengan berlaku di kalangan pihak gereja  Cara hidup penguasa gereja tidak selari dengan kitab Bible  Penguasa gereja mengamalkan gaya hidup golonagn bangsawan  Gaya hidup mereka tidak mencerminkan kehidupan keagamaan  Penjualan sijil indulgences
  16. 16. Huraian tentang perkembangan mazhab protestant melalui gerakan reformation di Eropah  Kritik – timbul kritikan terhadap kedudukan gereja katolik yang lebih menumpukan kepada pembangunan keduniaan  Gaya – gaya hidup pihak penguasa gereja tidak selari dengan apa yang dianjurkan dalam kitab Bible  Indulgences – menentang penyelewengan pihak gereja yang menjual sijil indulgences  Cetak – penciptaan mesin cetak mempercepatkan penyebaran idea reformasi  Luther – kemunculan Martin Luther yang mempelopori gerakan mazhab protestant iaitu Lutherian  Sebar – penyebaran mazhab Protestant ke seluruh Eropah diteruskan oleh Heldreich Zwingli dan John Calvin  Counter – golongan yang mempertahankan gereja menentang gerakan reformasi melalui counter reformation (menentang sesuatu yang baru)  Mazhab – wujud dua mazhab dalam agama kristian iaitu katolik dan protestant
  17. 17. Kesan zaman reformation terhadap Eropah •Mazhab – negara Eropah berpecah mengikut mazhab masing-masing •Peperangan – perbalahan agama mengakibatkan peperangan dan kemusnahan •Banyak – masyarakat Eropah dikuasai banyak mazhab •Pendidikan – timbulnya sikap toleransi antara pelbagai mazhab untuk mempergiatkan pendidikan •Sebar – setiap mazhab berusaha menyebarkan fahaman masing-masing •Cabar – kuasa gereja telah dicabar secara terbuka •Kuasa – kuasa gereja terhadap kerajaan semakin berkurangan •Monarki – monarki baru membebaskan diri daripada penguasaan paus di Rom
  18. 18. Faktor-faktor yang mendorong kegiatan penerokaan dan penjelajahan orang Eropah ke timur  Renaissance – kejayaan dalam bidang sains teknologi zaman Renaissance  Istanbul – penguasaan Istanbul oleh orang Islam menyebabkan orang Eropah sukar mendapat barang dagangan  Barangan – orang Eropah ingin mendapatkan sendiri barangan dari Timur  Rempah – perdagangan rempah ratus dan sutera mendatangkan keuntungan yang besar kepada pedagang Eropah  Berani – masyarakat Eropah berani dan optimistik menghadapi cabaran  Sebar – gereja katolik memberi galakan supaya menyebarkan Kristian  Raja – raja sepanyol dan portugal/ monarki baru di England, Perancis dan Belanda memberi galakan kepada usaha penerokaan.  Persaingan-persaingan negara-negara Eropah mendapatkan tanah jajahan.  Tordisellas-perjanjian Tordisellas 1494 telah menetapkan pembahagian pengaruh antara Portugal dan Sepanyol.  Pelaut-kemunculan pelaut yang berkebolehan.  Slogan- Dorongan slogan “Gold, Gospel dan Glory”.
  19. 19. Kesan-kesan penjajahan dan penerokaan terhadap masyarakat di luar Eropah  Politik  Perjanjian- Penguasa tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan wakil suara Eropah.  Syarikat- Pemerintah tempatan mengiktiraf kekuatan kuasa eropah.  Iktiraf- Mengiktiraf penglibatan Eropah dalam perdagangan melalui syarikat berpiagam.  Ekonomi  Pembekal- Negara luar Eropah menjadi pembekal barang keperluan masyarakat Eropah.  Emporium- Pusat emporium dunia telah dikuasai oleh kuasa Eropah.  Bolot- Kekayaan negeri jajahan dibolot oleh kuasa Eropah.  Sosial  Gaya hidup- Masyarakat tempatan terpengaruh dengan gaya hidup Eropah.  Agama- Masyarakat peribumi menerima agama Kristian.  Masyarakat- Penghijrahan beramai-ramai orang Eropah mewujudkan sebuah masyarakat baru di wilayah yang ditakluki.  Tamadun- Tamadun tempatan telah dihapuskan oleh kuasa Eropah.  Buruh- Buruh tempatan dieksploitasi untuk kepentingan ekonomi Eropah.  Petempatan- Munculnya petempatan orang Eropah di negara yang ditakluki.
  20. 20. Sistem pemilikan tanah di Britain sebelum Revolusi Pertanian  Tanah persendirian/ tanah yang dimiliki oleh orang kaya.  Tanah awam/ tanah milik orang perseorangan yang digunakan oleh orang awam untuk bercucuk tanam, memelihara ternakan dan berburu.
  21. 21. Kesan-kesan daripada tindakan Parlimen British meluluskan Akta Pemagaran Tanah Awam pada tahun 1761  500000 ekar tanah awam telah dipagarkan.  Terdapat kawasan yang luas umtuk penanaman secara besar- besaran.  Terbentuknya ladang.  Rakyat biasa kehilangan punca rezeki.  Golongan petani menjadi buruh ladang.  Petani berhijrah ke bandar menjadi buruh kilang.
  22. 22. Maksud tanaman bergilir  Satu bidang tanah yang digunakan berterusan sepanjang tahun denagn menanam tanaman berbeza mengikut musim.
  23. 23. Sumbangan Revolusi Pertanian terhadap pertumbuhan Revoluasi Perindustrian di britain  Menyediakan modal untuk kegiatan industri/ peladang kaya melabur modal dalam bidang perindustrian.  Menyediakan bahan makanan untuk menampung keperluan pekerja kilang.  Mengurangkan penggantungan kepada bahan makanan yang diimport.  Mengelakkan pengaliran keluar dana.  Dana yang diselamatkan dapat digunakan untuk perkembangan industri.
  24. 24. Apakah yang dimaksudkan dengan Revolusi Perindustrian  Pengeluaran barang yang dihasilkan secara besar-besaran.  Pengeluaran barang melebihi paras keperluan pengusaha.  Dihasilkan dengan perantaraan mesin.  Hasil keluaran dikomersialkan.
  25. 25. Faktor-faktor utama yang menyebabkan Revolusi Perindustrian berlaku di Britain  Sumbangan daripada Revolusi Pertanian.  Rekaan dalam bidang sains dan teknologi.  Semangat dan kegiatan keusahawanan  Penciptaan baru/ penggunaan mesin dalam bidang pengeluaran.  Pengkhususan pengeluaran.  Penggunaan teknologi berasaskan pembakaran arang batu.
  26. 26. Sebab sebab berlaku pengkhususan dalam bidang pengeluaran industri  Mengawal kos pengeluaran  Meningkatkan kemahiran pekerja dan majikan  Meningkatkan kuliti dan kuantiti barang  Keperluan barang melebihi keperluan pengusaha  Membolehkan produk dipasarkan dengan meluas
  27. 27.  Kegiatan pembuatan menggantikan kegiatan pertanian  Bidang pembuatan menjadi bidang utama ekonomi Kesan Revolusi Perindustrian kepada ekonomi dan sosial di Britain  negara  Ramai rakyat Britain terlibat sebagai pekerja industri  Bidang peridustrian menjadi punca ekonomi masyarakat  Wujudnya golongan majikan dan buruh dalam masyarakat  Pengusaha /pemilik kilang menjadi tokoh utama dalam masyarakat
  28. 28. Apakah Pergerakan Luddite  Gerakan pekerja di Britain membantah penggunaan mesin di kilang-kilang  Mahu mengekalkan khidmat pekerja mahir dengan menggunakan kaedah pengeluaran secara tradisional
  29. 29. Sebab Parlimen British meluluskan Akta Anti –Penggabungan  Melarang pekerja bergabung dan bermuafakat  Melarang pekerja menuntut gaji dan layanan yang baik  Mengenakan hukuman kepada pekerja yang menubuhkan kesatuan
  30. 30. Bentuk – bentuk penindasan terhadap pekerja dalam sektor perusahaan semasa Revolusi Perindustrian di Brtain  Tidak diberi layanan yang sewajarnya  Gaji yang rendah  Laranga menubuhkkan kesatuan sekerja  Akta yang ketat untuk mengawal pekerja  Penggunaan buruh kanak-kanak  Masa bekerja melebihi sepuluh jam  Penggunaan buruh kanak-kanak perempuan dan wanita dalam perusahaan arang batu
  31. 31. Langkah – langkah yang diambil untuk membela nasib para pekerja semasa Revolusi Perindustrian di Britain  Meluluskan akta kilang 1833/melarang kanak-kanak di bawah umur sembilan tahun bekerja  Kanak-kanak di bawah umur sembilan tahun dikehendaki bersekolah  Had masa bekerja untuk kanak-kanak tidak melebihi sembilan jam  Majikan dikehendaki memastikan keselamatan pekerja kilang  Meluluskan akta lombong 1847/ menetapkan masa bekerja bagi pekerja wanita tidak melebihi sepuluh jam
  32. 32. Faktor – faktor negara-negara Barat mewujudkan dasar imperialisme baru mereka di Asia  Ekonomi – mengubah ekonomi negara yang dijajah supaya secocok dengan keperluan perindustrian mereka  Bahan – mahu mendapatkan bahan mentah yang banyak dan berterusan  Struktur – menstrukturkan semula ekonomi negara yang dijajah supaya menghasilkan bahan mentah secara komersil  Sekat – hasil pengeluaran industri disekat daripada dieksport ke Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah kerana peraturan tarif  Pasaran – mendapatkan pasaran baru bagi mendapatkan tanah jajahan  Status – anggapan tanah jajahan yang luas sebagai simbol status  Tamadun – untuk menyebarkan pengaruh tamadun ke seberang laut  t/jawab – menganggap penyebaran tamadun tanggungjawab mereka  Sebar – menyebarkan kristian
  33. 33.  A)politik  Penasihat – pemerintah tempatan terpaksa menerima penasihat dan pentadbir dari Barat  Perundangan – undang-undang peribumi diubahsuaikan agar Kesan – kesan imperialisme Barat ke atas Asia Tenggara  menyerupai perundangan Barat  Persaingan – persaingan kuasa-kuasa Barat telah berlaku di Asia Tenggara  Campur – kuasa Inggeris telah campur tangan di Tanah Melayu,Burma,India, dan China  Pecah – kepulauan Melayu telah dipecah perintah  B)ekonomi  Ekonomi – kegiatan peribumi distrukturkan semula agar dapat memberi keuntungan kepada ekonomi negara penjajah  Komersil – kegiatan ekonomi telah dikomersilkan bagi memastikan bahan mentah dapat dibekalkan untuk industri  C)sosial  Pendidikan – sistem pendidikan Barat telah diperkenalkan  Bandar – pendidikan Barat tersebar di kawasan bandar sahaja  Buruh – kemasukan buruh asing membawa perubahan kepada demografi dan komposisi etnik  Tegang – ketegangan hubungan kaum semasa pemerintahan penjajah

×