Pendidikan di Malaysia berkembang seiring dengan perkembangan falsafah dan dasar pendidikan negara. Kursus ini bertujuan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan tentang perkembangan tersebut. Pelajar akan menganalisis penterjemahan falsafah, kurikulum, dan dasar pendidikan kebangsaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian kursus terdiri dari tugasan individu seperti esei ilmiah dan forum e-pembelajaran
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
UPSI Penilaian Kerja Kursus KPF 3012 (ppgpjj) sem 1 sesi 1213
1. ZAINI BIN ABDULLAH (PENYELARAS KURSUS)
FAKULTI PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN MANUSIA
Jabatan Pengajian Pendidikan
Falsafah Dan Dasar
Pendidikan Di Malaysia:
Perkembangan
KPF3012
KURSUS (PPGPJJ)
PENILAIAN
2012/13
Sem 1
2. PENGENALAN
Kursus KPF3012 ini bermatlamat untuk melengkapkan para pelajar dengan
pengetahuan terhadap perkembangan pendidikan negara. Pengetahuan yang diperoleh
menerusi pertemuan bersemuka dapat diperluaskan oleh para pelajar menerusi
pembacaan, perbincangan, perdebatan dan penerokaan. Kerja kursus merupakan
sebahagian dari proses pembelajaran para pelajar dalam kursus ini yang bertujuan
untuk meningkatkan keupayaan intelektual, pemikiran kreatif & kritis dan pembinaan
sahsiah profesional sebagai seorang guru berwibawa. Panduan kerja kursus ini
diharapkan dapat membantu para pensyarah dan pelajar untuk melengkapkan proses
pengajaran dan pembelajaran bagi kursus ini.
2.0 HASIL PEMBELAJARAN KURSUS
i. Menganalisis perkembangan pendidikan di Malaysia dari aspek falsafah,
kurikulum dan dasar-dasar (C4, TS3).
ii. Menghubungkait pembentukan kurikulum kebangsaan dan penterjemahannya
menerusi sukatan pelajaran (C4).
iii. Mempamerkan ciri-ciri keguruan selaras dengan Kod Etika Perguruan (C3, P2).
iv. Membahaskan Akta Pendidikan 1996 (A3, CS3).
3.0 PENILAIAN KURSUS
3.1. Pemberatan
Kategori Pemberatan
Kerja kursus 60%
Peperiksaan Akhir 40%
JUMLAH 100%
3.2. Agihan Pemberatan Kerja Kursus
Bentuk Kerja Jenis Agihan Markah
Kursus Tugasan (Peratus)
Individu Esei Ilmiah 30%
E-Forum 30%
JUMLAH 60%
4.0 BENTUK KERJA KURSUS SECARA INDIVIDU
Sila baca SEMUA perkara yang terdapat di bawah supaya anda mendapat kefahaman yang
sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda.
3. Tugasan Arahan Tarikh %
Akhir
4.1. ESEI TAJUK: 19 Okt 30
ILMIAH Pilih dan jawab satu (1) dari tajuk di bawah 2012
1. Penterjemahan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi
mata pelajaran opsyen.
2. Penterjemahan kurikulum kebangsaan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran
opsyen.
3. Penterjemaan dasar-dasar pendidikan kebangsaan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi
mata pelajaran opsyen.
ARAHAN:
1. Merujuk kepada mata pelajaran opsyen anda, dapatkan
dokumen kurikulum penting seperti Sukatan Pelajaran,
Huraian Sukatan Pelajaran, Buku Teks, Dokumen
Standard Kurikulum dan Dokumen Elemen Merentas
Kurikulum yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.
2. Berdasarkan dokumen-dokumen tersebut, pilih satu
tajuk/tema yang terkandung di dalam mata pelajaran
anda dan jawab setiap perkara berikut:
i. Huraiankan komponen merentas kurikulum berikut:
a) Pengetahuan
• Pengetahuan kandungan mata pelajaran
pengkhususan.
• Pengetahuan kandungan yang diserapkan dari
mata pelajaran lain.
b) Kemahiran
• Kemahiran spesifik yang hendak dicapai.
• Kemahiran lain yang digabungjalinkan.
c) Nilai-nilai murni unggul yang diterapkan.
d) Elemen Merentas Kurikulum (EMK).
ii. Bina satu (1) peta minda yang menarik bagi
menunjukkan hubungkaitan setiap komponen bagi
tajuk pengajaran yang ditetapkan.
iii. Berdasarkan kefahaman anda tentang aplikasi
komponen pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai murni
dan EMK dalam proses pengajaran & pembelajaran,
nyatakan apakah jangkaan anda terhadap
pembangunan modal insan kepada murid.
4. iv. Bagaimanakah anda sebagai guru mata pelajaran
dapat menterjemahkan kesemua komponen tersebut
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Tugasan MESTI dihantar melalui tapak yang dibina di
Portal MyGuru di ruangan Assingment mengikut tarikh
yang ditetapkan. Penghantaran melewati tarikh yang
ditetapkan tidak akan dilayan.
4. Gunakan cover tugasan yang diberi (Rujuk Lampiran 1).
5.2 E- 1. Tutor E-Learning bagi setiap kumpulan akan memuat naik
FORUM (upload) 5 soalan untuk dibincangkan bersama dalam
kalangan ahli kumpulan masing-masing di dalam portal
MyGuru (Group Forum).
2. Setiap pelajar MESTI menjawab setiap soalan tersebut
dengan mengemukakan 3 isi penting (lebih kurang 300
patah perkataan) bagi setiap jawapan. Jawapan mestilah
dalam bentuk hujah yang ilmiah.
3. Selain dari menjawab soalan tersebut, setiap pelajar juga
perlu membuat komentar terhadap sekurang-kurangnya
dua (2) jawapan yang dikemukakan oleh rakan
sekumpulan yang lain bagi setiap soalan yang
dikemukakan.
4. Pelajar perlu peka dengan tarikh-tarikh yang ditetapkan.
Kelewatan untuk menjawab dan memberi komentar
mengikut tarikh yang ditetapkan akan menjejaskan
markah kerja kursus yang disediakan.
5. Tajuk E-Forum ditentukan oleh tutor E-Learning
mengikut kumpulan masing-masing.
6. Contoh tajuk-tajuk adalah seperti berikut:
i. Falsafah Pendidikan Kebangsaan lebih didominasi oleh 12 Okt. 6
aliran falsafah pendidikan barat moden. Bincangkan. 2012
ii. Dasar Pendidikan Percuma untuk pembangunan modal 12 Okt. 6
insan secara menyeluruh dan adil. Bincangkan. 2012
iii. Bagaimanakah guru boleh merealiasasikan pengisian 19 Okt. 6
Standard Guru Malaysia ke arah memartabatkan 2012
profesion keguruan. Bincangkan.
iv. Perancangan pembangunan pendidikan ke arah 3 Nov. 6
kesempurnaan akses, kualiti dan ekuiti dalam 2012
pendidikan negara. Bincangkan.
v. Profesion keguruan boleh menjadi cemerlang dengan 18 Nov 6
menguatkuasakan lagi Akta Pendidikan 1996. 2012
Bincangkan.
JUMLAH 60
5. 5. PANDUAN MENULIS ESEI ILMIAH.
Penulisan mestilah mematuhi format berikut:
i. Format APA
ii. Font: Times New Roman
iii. Saiz: 12
iv. Spacing: 1.5
v. Margins:
• Atas 1” (inci) ATAU 2.5 cm
• Bawah 1" (inci) ATAU 2.5 cm
• Kanan 1” (inci) ATAU 2.5 cm
• Kiri 1.5” (inci) ATAU 3.0 cm
vi. Bibliografi/ Sumber rujukan mestilah ada sekurang-kurangnya:
• 5 buah buku ilmiah
• 4 artikel dari jurnal (bercetak/ atas talian)
• 4 Sumber internet yang berwibawa.
• Dinyatakan di dalam esei dan bahagian bibliografi
vii. Panjang: 18 - 20 halaman.
6. SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS
Artikel Ilmiah (30%) E-Forum (30%)
A Penulisan ilmiah yang cemerlang, Tahap perbahasan secara ilmiah yang
menepati format, isi mencukupi, isi di cemerlang, penyampaian yang cemerlang
olah dan dikembangkan dengan baik, & kemas, menarik & kreatif, idea yang
ada contoh yang baik dan konkrit. Ada bernas, ada elemen interaksi yang baik.
idea asli yang bernas, kreatif dan kritis.
Idea tersusun dengan kemas. Tiada
kesalahan bahasa.
A- Penulisan ilmiah yang baik, menepati Tahap perbahasan secara ilmiah yang baik,
format, isi mencukupi, isi penyampaian yang baik, menarik & kreatif,
dikembangkan dengan baik, ada contoh idea yang bernas, ada elemen interaksi
yang konkrit. Ada idea asli yang yang baik.
bernas. Idea tersusun dengan kemas.
Tiada kesalahan bahasa.
B+ Penulisan ilmiah yang sederhana, Tahap perbahasan ilmiah yang sederhana,
menepati format, isi mencukupi, isi di penyampaian yang baik, menarik & kreatif,
huraikan dan ada contoh. Idea disusun idea yang bernas, ada elemen interaksi.
dengan baik. Tiada kesalahan bahasa.
B Penulisan ilmiah yang sederhana, Tahap perbahasan sederhana, penyampaian
menepati format, isi mencukupi, isi di yang baik, menarik dan idea yang bernas.
huraikan dan ada contoh. Idea disusun
dengan baik. Kesalahan bahasa minima
(tidak lebih dari 3 perkara).
B- Penulisan secara ilmiah, kesalahan Ada perbahasan secara ilmiah,
format yang minima (tidak lebih 2 penyampaian yang baik & menarik dan
6. perkara), isi mencukupi, isi di huraikan ada idea yang kemas
dan ada contoh. Ada Idea sendiri.
Kesalahan bahasa minima (tidak lebih
dari 3 perkara).
C+ Penulisan secara ilmiah, kesalahan Ada penjelasan, penyampaian yang
format yang minima (tidak lebih 3 sederhana, Ada idea sendiri yang baik.
perkara), isi mencukupi, isi di huraikan
dan ada contoh. Ada Idea yang diambil
dari sumber lain. Kesalahan bahasa
minima (tidak lebih dari 5 perkara).
C Penulisan secara ilmiah, kesalahan Tahap perbincangan yang rendah,
format tidak melebihi 4 perkara. isi penyampaian sederhana dan sekadar ada,
mencukupi, isi di huraikan dan ada ada idea tetapi kurang kemas.
contoh. Ada Idea yang diambil dari
sumber lain. Kesalahan bahasa tidak
melebihi 7 perkara.
D Penulisan lemah, kesalahan format Tidak ada penjelasan, penyampaian yang
melebihi 5 perkara. isi tidak tidak berkesan, idea yang tidak jelas.
mencukupi, isi tdak dihuraikan. Tiada
contoh. Ada Idea yang diambil dari
sumber lain. Kesalahan bahasa melebihi
8 perkara.
E Tidak diserah pada waktu yang Gagal melengkapkan tugasan & Tidak
ditetapkan. Tidak lengkap. menjawab soalan.
7. PERHATIAN & PERINGATAN!!!!!!!
• Segala perkara yang berkaitan dengan kursus ini adalah merujuk dan mengikut arahan
Tutor E-Learning anda.
• Kehadiran dan penglibatan pada setiap tutorial adalah WAJIB.
• Ketidakhadiran boleh menyebab anda dihalang (bar) dari menduduki peperiksaan
akhir.
• Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiri.
• Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.
• Sentiasa AWAS dan PEKA dengan tarikh-tarikh yang berkaitan dengan
penghantaran tugasan secara on-line.
• Sentiasa rujuk kepada pengumuman dari masa ke semasa.
• Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan secara on-line.
Serahan pos tidak dianggap sebagai bukti penghantaran.
• Kegagalan anda melengkapkan & menghantar tugasan adalah tanggungjawab
anda sendiri dan menjejaskan markah & gred anda.
• Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif.
• Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan Tutor E-Learning bagi
kumpulan masing-masing.
7. PEMARKAHAN
RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KOD & NAMA KURSUS
PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013
KPF 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:
FALSAFAH DAN DASAR
TAJUK ESEI ILMIAH
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
PUSAT PEMBELAJARAN: EL-_________
NAMA TUTOR E-LEARNING:____________________________________
TARIKH SERAH: ________________