Tasawwuf memainkan peranan penting dalam pembangunan ummah yang sebenar-benarnya. Sejak zaman Rasulullah, Tasawwuf telah menekankan pembentukan akhlak mulia, persaudaraan dan kekuatan bersama dalam kalangan umat Islam untuk membangunkan masyarakat. Tasawwuf terus memainkan peranan ini di seluruh dunia hingga kini.
form Tindak Lanjut Observasi Penilaian Kinerja PMM
tasawwuf dan ummah
1. PENDAHULUAN
perkataan tasawwuf sebenarnya muncul seiringan kemunculan islam. Kesahihan ini
terbukti apabila munculnya para tokoh ahli tasawwuf yang terkenal sehingga
dewasa kini, antaranya ialah Hasan al-Basri, Hatim al asamm, Abdul al-Wahid Zayd
dan ramai lagi. Ilmu Tasawwuf memberi keberkesanan kepada Tazkiyah al-Nafs.
Namun ada juga golongan yang mengatakan Tasawwuf adalah satu amalan yang
Bid’ah. Hujah golongan yang menentang Tasawwuf mengatakan bahawa amalan ini
merupakan amalan yang baru dan tidak pernah wujud di zaman Rasulullah. Hujah
mereka dikuatkan lagi dengan kenyataan yang dikeluarkan di dalam kitab amal al-
qulub bayna al-sufiyyah wa ulama ahl-sunnah yang mengkritik bahawa nama
Tasawwuf tidak pernah wujud di dalam al-Quran mahupun as-Sunnah. Namun
kenyataan ini dibidas kembali oleh kitab al-Tasawwuf al-shar’i allahdi yajhaluhu
kathir min Mudda’ihi’ wa Munqidih menyatakan bahawa selepas kewafatan
Rasulullah penjanaan iman mulai merosot sehinggakan ada diantaranya yang
murtad. Kemudian, golongan umat Islam yang berbaki pada waktu itu berasa gusar
akan keadaan yang berlaku sehingga akhinya wujudlah sekumpulan ahli-ahli
tasawwuf cuba untuk merangka metod yang sesuai digunakan bagi menyalakan
semula keimanan ( makanan rohani ). Metod ilmu + amal = ihsan menjadi formula
yang tepat untuk menjana iman secara efektif. Salah sebuah kitab yang mana turut
mempertikaikan penambahan yang dilakukan oleh ahli-ahli sufi yang mana
kebanyakannya adalah bercampur aduk antara Islam dan unsur-unsur luar. Tetapi
menurut penulis, ianya tidak menjadi masalah selagi ia masih berpaksikan al-Quran
dan al-Sunnah. Situasi ini bukan hanya diutarakan di negara-negara timur tengah
tetapi ianya juga berlaku di Malaysia, seperti contoh Dr. Fatah Haron, mengecam
golongan ahli sufi yang dikatakan mencampur adukkan Tasawwuf dengan kebatinan.
Jika melihat jalan tengah, golongan pengkritik haruslah membezakan antara
golongan ahli sufi dengan mereka yang sekadar mendakwa diri sebagai ahli sufi
tetapi sebenarnya hanya membawa bid’ah. Kita dapat melihat sendiri sebenarnya isu
yang paling diperdebatkan dalam Tasawwuf ialah Tasawwuf Falsafi bukanlah dari
sudut Tasawwuf Akhlaki. Kerana, jika di lihat di dalam al-Quran terkandung begitu
banyak perkara yang membincangkan tentang sikap zuhud, wara’ dan banyak lagi
yang mana kesemua ini ada dalam Tasawwuf Akhlaqi.
1
2. TASAWWUF: sejarah dan perkembangan nya sehingga ke hari ini
Che Zarrina Sa’ari
Abstrak
Pengkajian tentang sejarah perkembangan Tasawwuf mengikut kronologi bermula
seawal Islam sehinggalah ianya berkembang ke Malaysia. Walaupun tidak dapat
diberikan secara tepat akan tarikh bermulanya Tasawwuf namun, apa yang diterima
umum sebenarnya Tasawwuf telah muncul sejak zaman Rasulullah lagi. Harapan
penulis agar para pembaca dapat menerima segala usul yang diutarakan dalam
ulasan sejarah perkembangan Tasawwuf sehingga ke hari ini.
Sejarah perkembangan Tasawwuf
Bermula seawal zaman Rasulullah dan para sahabat. Walaupun kebanyakan sumber
mengatakan bahawa Tasawwuf dan Tarekat tidak pernah wujud pada zaman
Rasulullah, namun merujuk fakta sejarah sebenarnya cara hidup kerohanian tersebut
telah mula dipraktikkan oleh baginda sendiri kemudian diikuti oleh golongan para
sahabat. Banyak sikap dan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah adalah menjadi
amalan utama bagi golongan ahli sufi seperti zuhud, khalwah, tafakkur dan banyak
lagi menjadi tapak kepada para sufi dalam membentuk doktrin Tasawwuf mereka.
Kemudian disusuli oleh golongan para sahabat, mereka masih mencontohi apa yang
diamalkan oleh Rasulullah. Salahh satu daripadanya ialah sifat Tawakkal, apabila
Saidina Abu Bakar yang mana sanggup untuk menyerahkan seluruh hartanya untuk
islam. Kemudian dia bertawakkal Kepada Allah kerana berasa sangat yakin bahawa
Allah ada untuk membantunya. Gelombang kedua, bermula pada kurun ke dua
hijrah. Cara hidup rohaniah ini semakin berkembang. Pada Zaman Khulafa’ al
Rasyidin sangat dikenali sebagai zaman pengekalan amalan-amalan Rasulullah.
Pada waktu ini keintelektualan dipandu dengan keimanan sehingga melahirkan
tamadun yang begitu mantap menurut pandangan seantero dunia. Walau
bagaimanapun pada peringkat ini, kaedah am untuk beribadah yang dilakukan oleh
ahli ibadah masih belum diperluaskan. Kebanyakkan masih mengamalkan cara
ibadat tersendiri namun memiliki matlamat yang sama iaitu ingin menyucikan jiwa
dari kekotoran dunia.
2
3. Pada peringkat pertama ilmu Tasawwuf dikenali sebagai zaman Zuhud pada kurun
pertama dan kurun ke dua hijrah. Ini kerana sewaktu pada zaman Rasulullah
perkataan Tasawwuf masih belum lagi kedengaran, pada zaman Rasulullah
golongan-golongan seperti ini disebut sebagai ahli ibadah atau zuhud. pada
peringkat ini, ramai tokoh-tokoh berkaitan kesufian yang mucul. Walaupun pada
ketika itu ianya tidak dikenali sebagai Tasawwuf tetapi cara dan metod yang mereka
gunakan seolah-oleh itu adalah perbuatan yang dilakukan ahli sufi. Tokoh yang
banyak meninggalkan kesan kepada Tasawwuf ialah Hassan al-Basri yang juga
dikenali kerana kewarakan yang dimiliki serta zuhud. Serta beberapa lagi para
zuhhad yang masih kedengaran nama-nama mereka sehingga ke hari ini. Perkataan
zuhud, dan perasaan hubb kepada Allah adalah sangat ditekankan dalam tarbiyah
tasawwuf. Rasa takut atau disebut sebagai al-Khawf juga merupakan salah satu
landasan dalam pentarbiyahan jiwa manusia. perasaan takut yang dimaksudkan di
sini ialah takut melakukan kemudaratan serta takut akan kemurkaan Allah s.w.t.
secara umumnya para sahabat pada ketika itu kuat berpegang kepada hukum syara’
dalam masa yang sama mereka juga mengisi jiwa dengan makanan-makanan
rohani. Pada perkembangan awal, kelihatan corak kehidupan seperti bersifat
bersendirian. namun, perkembangan berlaku sehingga tertubuhnya beberapa
kumpulan yang sepakat untuk melakukan ibadah secara berjemaah.
Kemudian, selari dengan peredaran zaman, munculnya pelbagai aliran yang lebih
tersusun dalam melahirkan umat yang cinta akan Allah seperti kufah dan basrah.
Pada abad yang ke tiga dan ke empat, selepas kejatuhan empayar bani umayyah,
pemerintahan bani Abassiyah mengambil alih tampuk pimpinan. Perkembangan
Tasawwuf semakin pesan membangun. Dalam masa perkembangan Tasawwuf ini
diperkenalkan 3 lagi fenomena yang menjadi tapak pengukuh kepada ilmu Tasawwuf
antaranya ialah akhlak Tasawwuf, penyatuan atau Wadah dan kaum Qawn. Pada
peringkat seterusnya, bermula abad ke enam sehingga abad ke tujuh, suatu perkara
yang jelas dalam peringkat perkembangan Tasawwuf ialah istilah tarekat mula
diperkenalkan dan digunakan oleh kumpulan ahli-ahli sufi. Seterusnya, kemudian
berkembangnya penulisan kitab-kitab yang berkaitan dengan tasawwuf sehinggakan
ilmu-ilmu ini tersebar hampir ke seluruh dunia sehingga ianya sampai ke alam
melayu. Banyak pendapat bagaimana cara kedatangan Islam di Malaysia, dan
3
4. pendapat yang diterima sehingga ke hari ini, mula datngnya Islam ke alam melayu
ialah pada 7H/13M, masyarakat samada pemerintah atau dari golongan rakyat
setempat mula memeluk agama Islam. Pemelukan ini bermula dikalangan para
pemerintah. Kemudian pada kurun ke 16M, penduduk di Melaka, Borneo dan Filipina
turut serta memeluk Islam. Berkaitan dengan perkembangan Tasawwuf di tanah
melayu, lebih kurang pada kurun ke 9H/15M, pengaruh Tasawwuf mula tersebar di
Melaka apabila kitab al-Durr al-Manzum karangan maulana Abu Ishaq al-Shirazi
diajarkan kepada orang ramai. kemudian berkembanglah pula ilmu tarekah hampir
dikebanyakan gugusan kepulauan melayu. Dianggarkan tarikh kemasukan tarekah
ke alam melayu ialah pada 10H/16M. Dapatlah disimpulkan disini bahawa
kerohanian islam bermula sejak zaman Rasulullah lagi, pada ketika itu ianya dikenali
sebagai Zuhhad.kemudian selepas itu, amalan pada akhir abad ke 2H/8M lahirnya
istilah-istilah sufi hasil daripada perpindahan cara hidup ahli ibadah. Selari dengan
itu, gelaran mula diberikan Zuhhad khas untuk para ahli ibadah pada kurun ke
2H/8M.
TASAWUF: Pengajian dan kesarjanaan tasawwuf sepanjang zaman
Muhammad Zainiy uthman
Tasawwuf, merupakan suatu cabang ilmu Islam yang sangat tinggi dan besar
manfaatnya. Ulama dan amalan yang berkaitan dengannya seringkali diserang
dengan pelbagai tomahan secara melulu. Ianya diserang bukan saja dari golongan
kafir namun seringkali di pandang serong oleh golongan umat islam sendiri. Ini
kerana kefahaman mereka berkenaan Tasawwuf adalah tidak secara mendalam. Di
kalangan umat islam, Tasawwuf, para Auliya’ dan ulama serta cabang-cabang ilmu
yang berkaitan dengannya kerap kali menjadi mangsa ketegangan ilmu dan
kejahilan. Kadangkala ilmu dan kejahilan ini juga menyebabkan ramai yang
tergelincir ke jurang Ilhad,zindiq dan kufur dalam aqidah dan amalan.
Sesungguhnya untuk mempelajari ilmu-ilmu ini kenalah dengan adanya persediaan
ilmu yang mantap, supaya tidak tersalah dalam meneliti dan memahami segala apa
yang diperkatakan. Persediaan ini merangkumi persediaan ilmiah akliah dan ilmiah
4
5. amaliah. Persedian ilmiah akliah disini membawa maksud ialah kita berkemampuan
untuk memahami perbincangan yang kebanyakkannya rumit dan sulit bermula
dengan ilmu-ilmu asas sehingga ilmu-ilmu tambahan. Apa yang penting disini ialah
kesarjanaan dan kewibawaan seseorang itu sebelum dia diiktiraf sebagai telah
menguasai sesuatu aliran pemikiran dan amalan Tasawwuf. Kesarjanaan tasawwuf
yang dimaksudkan disini ialah seseorang yang mengamalkan amalan rohani dengan
menguasai dan mendalami makna-makna ilmiah tentang Islam secara terperinci.
Tarekat, menjadi ahli tarekat bukan bermaksud seseorang itu telah sampai ke
peringkat tinggi bukan juga menjadi lesen bahawa segala ibadah yang dilakukan
diterima oleh Allah s.w.t akan tetapi ianya adalah salah satu penjana agar iman kita
bertambah kepada Allah s.w.t. Para auliya’ pernah menyebut bahawa setiap maqam
dan hal akan menjadi hijab yang akan mendinding seseorang dari terus meningkat
melalui suluk pada tarekat sebenar. Keilmuan atau kesrjanaan seseorang yang wajar
diiktiraf ialah apabila seseorang itu sangat memperincikan ilmu, perencanaan dan
pengolahan yang dilakukan olehnya keatas sumber-sumber Islam. Penghormatan
yang diberikan kenalah berdasarkan kepada ketepatan tinjauan akal, perencanaan
kata dan faham serta tumbuh dalam pandangan uyang dizahirkan oleh alam
semesta. Segalanya kenalah merujuk semula kepada al-Quran dan as-Sunnah.
Dalam beberapa senarai nama-nama Ulama’ , ada beberapa ilama’ yang memiliki
pengetahuan bersesuaian dengan cerbisan ledakan ilmu dewasa kini. Merujuk
kepada bidang-bidang ilmu yang berkaitan dengan tasawwwuf, ianya kembali
semula melalui pentadabburan terhadap al-Quran dan as-Sunnah. Kaedah
pengajian dan kesarjanaan islam adalah bersusur galurkan ketokohan para auliya’
dan ulama agug sebagai sendih untuk memperkukuh asas pengajian yang teguh
pada peringkat awal sehinggalah penghasilan karya-karya yang bermutu dari ulama-
ulama.
5
6. TASAWWUF: Tasawwuf dan pembangunan hakiki ummah
Zakaria Stapa
Abstrak
Pembangunan ummah sehingga kini masih laagi terus dijana agar ianya lebih
bersifat kukuh. Ianya memberi impak yang besar keatas sesebuah negara. Potensi
yang dimiliki oleh diri manusia adalah berbeza-beza. Apabila potensi-potensi ini
salng digabung jalin sudahh pasti akan melahirkan satu ummah yang yang bukan
saja terbangun dari segi ukhwah dan pemikiran ia juga melempiaskan kepada
pembangunan sesebuah negara. Di dalam tajuk kali ini, terdapat 3 benda yang
menjadi persoalan iaitu, konsep pembangunan hakiki ummah menurut pandangan
Islam, hakikat dan kehebatan diri manusia da hakikat dan peranan ilmu Tassawuf
dalam secara yang hakiki.
Konsep pembangunan Ummah menurut pandangan islam
Islam mempunnyai pandanngan tersendiri berkenaan dengan pembanggunan
ummah, sebelum itu penulis ingin menerangkan berkaitan dengan ummah menurut
pandangan Islam. Apabila di dalam sekumpulan manusia itu mengamalkan amal
ma’aruf nahi mungkar itu dimaksudkan dengan ummah. Ianya juga dipandu dengan
perasaan taat kepada Allah s.w.t. bagi mereka yang tidak menepati ciri-ciri ini,
mereka juga merupakan ummah tetapi dengan sedikit penambahan ummah
kehilangan jati diri. Hakikat sebenar haruus diketahui dan dihayati akan kejadian
manusia di muka bumi ini adalah sebagaii khalifah, memurnikan alam. Namun rama
yang sengaja melarikan diri, tidak mengakui bahawa sebenarnya ada taklif yang
diberikan oleh Allah s.w.t dibuktikan dengan penganugerahan akal fikiran berbanding
dengan makhluk-makhluk lain.
6
7. Pembangunan Ummah : Definisi dan Kepentingan
Pembangunan Ummah yang dimaksuudkan disini ialah usaha secara berterusan
sepanjnag hayat untuk memupuk potensi-potensi yang ada dalam diri dan individu
agar sumbur, dan dipandu dengan rukun-rukun dan syariat dalam islam itu sendiri.
Dalam pandangan islam sendiri sememangnya ada menyebutkan tentang kejadian
manusia ke muka bumi adalah sebagai khalifah . Allah sebenarnya sangat melarang
manusia yang diberikan akal fikiran ini terhasuut oleh dorongan nafsu yang mana
kebanyakannya hanya menipu dan mempermainkan. Golongan yang hanya
terpedaya oleh hawa nafsu ini tentu sekali tidak akan dapat memberi sumbangan
yang positif dan bernilai kepada kesejahteraan ummah. Yang ada hanya
kepentingan untuk diri mereka sahaja.
Hala tuju pembangunan
Seperti yang kita bincangkan berkenaan dengan pembangunan ummah ianya
sebenarnya merujuk kepada Tazkiyat al-Nafs iaitu pembersihan diri. Konsep ini
diwarisi sejak zaman kenabian lagi untuk sekelian manusia. ianya bertujuan untuk
membatalkan segala sifat-sifat mazmumah yang ada pada diri manusia.
pembangunan ummah ini adalah usaha untuk mengangkat sifat-sifat manusia
daripada yang buruk kepada yang baik. Ianya bertujuan untuk melahirkan ummah
yang maju dan beridentiti jelas serta mantap serta memiliki akhlak mulia. Ini menjadi
matlamat utama yang sering dibangkitkan dan cuba disemarakan oleh Rasulullah
s.a.w sejak dulu lagi. Jika kita terokai berkenaan dengan sejarah berkaitan dengan
pembangunan ummah, kita akan temui beberapa fakta yang berkaitan dengan usaha
yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. di awal kebangkitan baginda di kota mekah,
baginda cuba untuk memupuk dan membangunkan potensi diri manusia yang
sememangnya menjadi satu tugas utama baginda s.a.w.
Manusia sebenarnya memiliki hakikat dan kehebatan tersendiri. Kesemua ini dapat
diijana dengan usaha membangunkan ummah dengan niat ikhlas kerana Allah serta
dalaman seseorang individu tersebut yang memainkan peranan dalam proses
pembangunan setiap individu ummah. Jika kita melihat dari pandangan al-Quran
dalam surah al-Hijr ayat 15:28-9 ada menyebutkan bahawa manusia itu dicipta oleh
7
8. Allah s.w.t daripada 2 unsur iaitu fizikal yang berbentuk jisiim dan abstrak yang
merujuk kepada sifat-sifat yang hanya terzahir daripada perlakuan. Kehebatan yang
di anugerahkan kepada manusia sangat istimewa berbanding dengan makhluk-
makhluk lain. Ianya ada dicatatkan di dalam al-Quran yang mana kisah berkaitan
dengan Nabi Sulaiman a.s dan puteri Balqis dalam surah an-Naml 27:38-40.
Daripada kisah yang diceritakan di dalam surah ini, ternyata Allah telah memberikan
kelebihan kepada manusia, bukan saja dari fizikal malahan ianya juga meliputi rohani
itu sendiri.
Hakikat dan peranan ilmu Tasawwuf
Jika kita lihat, terdapat 2 kelompok kumpulan disifatkan sebagai penulis yang terdiri
daripada para aahli sufi yang cuba untuk mengambarkan sejelas mungkin berkenaan
dengan pengalaman kerohanian yang mereka alami. Manakala sekumpulan lagi
pula, ialaah para pengkaji ilmu tasawwuf. Kelompok pertama ini ialah golongan yang
melihat tasawwuf sebagai satu daerah ilmu yang wajar dan mempunyai kedudukan
yang tersendiri dalam keseluruuhan kerangka agama. Manakala sekumpulan lagi,
melihat ilmu tasawwuf sebagai sesuatu yang tidak wajar dan tidak sesuai dengan
keseluruhan semangat dan pembawaan agama Islam sebagai agama yang dinamik
dan progresif. Walaubagaimanapun, tasawwuf sebenarnya ialah satu disiplin ilmu
yang telah mula mencapai tahap kematangan dewasa kini menurut pandangan
penulis. Walaupun marcapada kini, ramai golongan para orentialis yang cuba
menyantuni ilmu tasawwuf dengan sumber-sumber tradisi kerohanian dari peradaban
timur ataupun barat. Walaupun ianya diperbahhaskan namun kini hampir di seluruh
dunia ilmu tasawwuf mula berkembang. Merujuk konteks aqidah pula, ilmu tasawwuf
dianggap sebagai pelengkap dalam menyempurnakan akidah seseorang muslim.
Kesimpulan yang dapat dirumuskan disimpulkan berkenaan dengan tasawwuf dalam
pembangunan hakiki ummah ialah. Pembangunan ummah menurut perspektif Islam
adalah ianya difokuskan kepada dalaman individu itu sendiri, selain itu
pembangunan individu yang berteraskan pembangunan dalaman adalah amat
sesuai dan hakikat dan peranan tasawwuf adalah selaras dengan pandangan Islam
bagi membina ummah yang mantap.
8
9. TASAWWUF: Peringatan al-Ghazali terhadap kekeliruan sufi
Wan Suhaimi Wan Abdullah
Tasawwuf merupakan salah satu bidang dari ilmu manakala sufi pula ialah suatu
kelompok manusia, ianya seringkali mendapat perhatian daripada masyarakat,
samada masyarakat awam ataupun dikalangan ilmuan. Golongan ini seringkali
menghadapi tentangan dan kritikan. Dan ada juga dikalangan mayarakat yang
menyetujui dan menghargai segala usaha yang dilakukan oleh golongan ahli
tasawwuf. Untuk memberi kefahaman yang lebih kepada masyarakat, al-Ghazali
telah menghasilkan sebuah karya yang bertajuk “ kitab Dhamm al-Ghurur dan
Risalah al-Kashf wa al-Tabyin Fi Ghurur al-Khalq Ajma’in. Ianya merupakan kitab
yang menerangkan tentang jenis dan bentuk jalan atau jenis jalan dan landasan
yang boleh membawa manusia kepada manusia ke arah kekeliruan. Ia juga
bertujuan untuk memperingatkan umat islam tentang golongan yang terkeliru,
samada dari para Qadi, ulama mahupun orang yang soleh. Yang mana menurut
beliau, mereka ini tertipu dan terpedaya dengan dasar-dasar tertentu kerana telah
dikaburi dengan sesuatu yang kelihatan baik pada zahirnya tetapi tidak pada
hakikatnya. Manusia secara zahirnya tidak akan terlepas daripada Pedaya atau
terkeliru sumber-sumber yang mengelirukan. Terdapat 10 golongan yang
diperkatakan oleh al-Ghazali dalam kitab ini yang mana 10 golongan ini adalah
berdasarkan 10 bentuk “kekeliruan”yang dirasakan oleh golongan para salik.
Sepuluh golongan yang dimaksudkan di atas adalah golongan yang disifatkan
sebagai golongan yang hanya meniru –niru keterampilan zahir seorang sufi tanpa
memahami hakikat dan rahsia di sebalik keterampilan tersebut. Malangnya, golongan
ini hanya mencontohi keterampilan zahir sahaja dan tidak menghiraukan amalan dan
mujahadah lain yang diusahakan oleh para ahli sufi. Golongan ke-2 pula ialah “yang
paling dungu” dilabelkan oleh al-Ghazali. Golongan ini menampilkan dengan zahir
keterampilan para sufi untuk menipu masyarakat. Golongan ini menurut al-Ghazali
adalah golongan yang boleh mampu untuk menipu dan menyesatkan masyarakat.
Seterusnya golongan yang ke-3 ialah golongan yang mendakwa mencapai tahap
ilmu tertinggi dalam kesufian walhal hanya mengetahui lafaz dan ungkapan semata-
mata. Golongan ke-4 pula ialah golongan ini lebih jelas kesesatannya. Mereka
melibatkan secara langsung dengan fenomena dan dakwaan penguguran taklif yang
beranggapan bahawa segala hukum syara’ yang zahir adalaah tidak penting.
9
10. Seterusnya golongan yang ke-5 pula ialah mereka yang meninggalkan amalan dan
mengabaikan halal atau haram serta mendakwa mereka telah mencapai maqam
zuhud, tawakkal, redha dan cinta. Seterusnya golongan yang ke-6 ialah golongan
yang perihatin terhadap sesetengah aspek. Seperti contoh, mereka tegas dalam
pakaian dan makanan tetapi mengabaikan aspek amalan. Seterusnya aspek yang
ke-7 ialah golongan yang suka bermuka-muka atau mungkin boleh bersifat munafik.
Manakala golongan yang ke-8 pula ialah golongan yang serius dalam bermujahadah
tetapi mereka asyik dan tenggelam di dalam proses pencarian hakekat yang
sebenar. Golongan yang ke sembilan pula ialah golongan yang asyik dengan
perbincangan teologikal. Dan yang terakhir ialah golongan yang orang yang
merasakan telah mencapai hakikat yang sebenar kemudian berhenti dari
bermujahadah. Berdasarkan 10 golongan ini, dapatlah difahami bahawa isu
penyelewengan yang bertopengkan tasawwuf amat banyak sekali.
Penutup
Oleh yang demikian jelaslah bahawa konsep tasawwuf dan sufi mampu memberi
impak positif pada yang memahami dan negetif kepada golongan yang tidak
memahami. Oleh yang demikian, adalah menjadi satu kemestian kepada masyarakat
untuk memahami apa yang diperkatakan dan usaha-usaha yang dilakukan oleh
golongan sufi ini agar dapat diharmonikan dalam kehidupan ummah.
10