1. PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN
DEFINISI
Penilaian - Kegiatan untuk mendapat informasi tentang pencapaian dan kemajuan
belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk
mencapai tujuan pendidikan.
Penilaian- Satu kaedah untuk mengetahui perkembangan hasil belajar, intelegensi,
bakat khusus, minat, hubungan sosial, sikap dan kepribadian siswa atau peserta
didik.
PELAKSANAAN PENILAIAN PEMBELAJARAN
TEMA : PENGALAMAN
i. KOMPETENSI ASAS
PKN: Menerapkan hidup berdisiplin di rumah dan di sekolah
ii. INDIKATOR
• Menyatakan contoh hidup berdisiplin di rumah atau di sekolah
• Menjelaskan akibat hidup tidak berdisiplin
Menyebutkan manfaat hidup berdisiplin
Melakukan sikap hormat terhadap orang lain (orang tua, guru)
iii. LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN
a- Kegiatan awal (induksi):
- Menyanyi lagu berkaitan topik / tema pada hari tersebut.
b- Kegiatan inti:
- Menceritakan hidup berdisiplin di rumah dan sekolah.
- Memberi contoh hidup berdisiplin di rumah dan sekolah.
- Menceritakan pengalaman manis / pahit hidup berdisiplindi rumah / sekolah.
2. c- Kegiatan akhir :
- Melaksanakan tugasan.
- Aktiviti penutup.
iv. METODE, SUMBER, MEDIA PEMBELAJARAN
a) METODE
1. Soal Jawab
2. Permainan bahasa
b) SUMBER
1. Buku Tematik Kelas I (berdasarkan tema)
c) MEDIA
1. Kad bilangan
2. Kad abjad
3. Kad kata
v. PENILAIAN
Lisan
Bertulis
Perbuatan
Portfolio
3. CIRI-CIRI PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN
1) KAEDAH JIGSAW:
Satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan dalam
kalangan pelajar. Dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian,
dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004) dan telah terbukti
keberkesanannya seperti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006).
Kaedah jigsaw menekankan 5 perkara dalam perlaksanaannya melalui
perbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu:
• Pergantungan secara positif .
• Tanggungjawab
• Interaksi secara terus (bertentang mata)
• Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian
• Penilaian kendiri secara berterusan
2) KRITIKAN TERBUKA
Membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran
(closing the loop).
Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama
5 minit kepada rakan-rakan sekelas.
Pelajar akan diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah
diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi.
Seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar
akan diberi markah berdasarkan 5 perkara:
1)Intonasi dan kejelasan suara,
2)Keyakinan diri di khalayak ramai,
4. 3)Kelancaran bahasa,
4) Penampilan,
5)Maklum balas terhadap soalan yang diterima.
3) PENILAIAN RAKAN KUMPULAN
Komen dari panel akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan
yang ada.
Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih
aktif di dalam bilik kuliah.
Meningkatkan kemahiran komunikasi awam dalam kalangan pelajar.
Penilaian Rakan Kumpulan (PRK)
Satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh
rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Digunakan bagi
menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-
pelajar (Kaufman et al. 2000).