2. KONSEP
Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada
kurikulum sekolah, dan setiap murid harus
melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di
dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian
sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa murid-
murid tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik
darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat
menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman
untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani,
rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta
sosial yang positif.
3. Tanggapan bahawa:
1. Semua murid harus mempunyai keseimbangan
antara perkembangan mental (akademik) dengan
perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial,
jasmani dan rohani);
2. Semua murid mempunyai minat dan bakat yang
boleh dikembangkan;
3. Semua murid boleh dididik, dan boleh pula
mendidik diri sendiri dan rakan sebaya
4. Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid-murid
untuk keperluan masyarakat dan negara;
5. Masyarakat turut bertanggungjawab memainkan
peranan mendidik murid-murid.
4. MATLAMAT
Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan
Falsafah Pendidikan Negara. Antara matlamat yang hendak dicapai ialah
seperti berikut:
2.1 Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan
kepercayaan kepada Tuhan;
2.2 Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan
perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid-murid;
2.3 Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid
dalam sekolah dan di antara sekolah;
2.4 Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam
aktiviti yang diceburi;
2.5 Membina dan meningkatkan disiplin murid;
2.6 Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan;
2.7 Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan
dua hala antara sekolah dan masyarakat;
2.8 Mewujudkan sekolah berwatak.
5. KEWAJIPAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM
• Sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka
pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah wajib. {Rujuk
Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)} Kegagalan atau
keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah
adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya {Rujuk
Subseksyen 135(1) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)} dan jika
kesalahan itu dilakukan secara berterusan, maka apabila
disabitkan sedemikian, seseorang itu dikenakan hukuman
denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai
tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan
kepadanya di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu,
bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan. {Rujuk
Subseksyen 135(2) Akta 550}.
6. • Matlamat gerak kerja kokurikulum yang dikehendaki ialah
penyertaan oleh setiap orang pelajar yang belajar di sekolah
kerajaan atau bantuan kerajaan. Setiap pelajar hendaklah
mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu
gerak kerja pakaian seragam (badan beruniform), satu
kegiatan persatuan atau kelab, dan satu kegiatan sukan atau
permainan. Seberapa yang boleh, peningkatan penyertaan
pelajar-pelajar dalam kegiatan pakaian seragam hendaklah
diusahakan.
{Rujuk Subperkara 5.1 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
1/1985 KP(BS)8591/Jld. 11(29) bertarikh 2hb. Januari 1985}.
• Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi
mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerak kerja
kokurikulum di sekolah.
{Rujuk Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
1/1985 KP(BS)8591/Jld. 11(29) bertarikh 2hb. Januari 1985}.
7. • Sekolah-sekolah, khususnya yang kurang kemudahan untuk
menjalankan gerak kerja kokurikulum ini hendaklah
menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam
membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat;
bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; dan dalam
pelbagai gerak kerja yang menekankan perpaduan kaum,
ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi
pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian.
{Rujuk Subperkara 5.3 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
1/1985 KP(BS)8591/Jld. 11(29) bertarikh 2hb. Januari 1985}.
• Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah
berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada
unsur-unsur diskriminasi atau paksaan dan yang bercanggah
dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Perlembagaan
Negara.
Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/2000, KP(BS)8591/Jld.
XVI(16) bertarikh 13 Nov. 2000.
8. • Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah
wajib. Sehubungan itu kehadiran pelajar dalam
aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan.
Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/1986,
KP(BS)8591/Jld. 11/(41) bertarikh 15 Januari 1986.
• Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan
dengan menggunakan penglibatan dan kepakaran
anggota-anggota masyarakat setempat.
Rujuk Subperkara 5.2.3 dalam Surat Pekeliling
Ikhtisas Bilangan 4/1985, KP. 8591-11(32) bertarikh
2hb Februari 1985.
9. STRATEGI UMUM
Untuk mencapai matlamat tersebut, berikut adalah beberapa strategi
pelaksanaannya:
3.1 Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya
kurikulum dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses
pendidikan di sekolah;
3.2 Menambahkan bilangan pasukan pakaian seragam, persatuan/kelab,
kelab sukan dan permainan serta mempelbagaikan aktiviti tersebut,
dengan tujuan memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri
dengan aktif secara individu atau kumpulan;
3.3 Melibatkan murid daripada semua kaum dalam semua aktiviti
kokurikulum, yang sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan;
3.4 Melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat masyarakat;
3.5 Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah(JBPS), Persatuan
Ibu Bapa Guru-Guru (PIBG), guru-guru dan murid-murid dalam
perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum;
3.6 Merancang dengan teliti aktiviti kokurikulum bagi mencapai
matlamat yang dikehendaki;
3.7 Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan;
3.8 Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua murid;
3.9 Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan;
3.10 Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak, dari
semasa kesemasa.
10. PELAKSANAAN TINDAKAN
• Strategi tindakan tersebut boleh dilaksanakan sebagai langkah-langkah jangka
pendek dan jangka panjang.
• Agenda-agenda asas yang disyorkan ialah:-
– Meningkatkan motivasi guru-guru supaya lebih komited dan bertanggung
jawab kepada tugas kokurikulumnya.
– Meningkatkan motivsi pelajar-pelajar untuk meningkatkan penglibatan dan
penyertaan mereka dalam bidang-bidang kokurikulum.
– Meningkatkan kesedaran di kalangan ibubapa dan penjaga tentang
pentingnya kokurikulum sebagai sumber pembelajaran dan kemahiran.
– Membina infrastruktur baru dan menyediakan kemudahan serta peralatan-
peralatan latihan yang diperlukan.
– Mewujudkan skim-skim latihan formal dan tidak formal setempat.
– Mewujudkan skim pengiktirafan kecemerlangan kokurikulum dan insentif
galakan untuk guru-guru dan para pelajar.
11. 20 Tonggak Pelaksanaan Kokurikulum
1. Mengetahui Dasar Pelaksanaan Kokurikulum
2. Mengetahui undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan
pelaksanaan kokurikulum
3. Mengetahui prinsip-prisip pelaksanaan
4. Mengetahui skema pelaksanaan yang berkesan
5. Menetapkan visi dan misi bidang kokurikulum berasaskan konsep
“Pendidikan Menyeluruh” dan “Sekolah Berwatak”
6. Mewujudkan struktur dan keperluan asas pelaksanaan
7. Membangun dan mengoperasikan kepentadbiaran dan kepengurusan
yang berkesan
8. Membangunkan kepakaran dan kejurulatihan
9. Membina infrastruktur dan mendapatkan perkakasan serta peralatan
yang pelbagai dan mencukupi
10. Mewujudkan sumber rujukan
11. Membina jaringan kerjasama yang meluaskan dan berkesan
12. Menyediakan Rancangan kegiatan sepanjang tahun
12. 11. Membina jaringan kerjasama yang meluaskan dan berkesan
12. Menyediakan rancangan kegiatan sepanjang tahun
13. Mewujud dan melaksanakan program pembangunan kecemerlangan (elit
and excellence development) Tanpa mengabaikan penyertaan massa
atau penyertaan beramai-ramai
14. Membangun dan menyebarkan kemahiran-kemahiran pelaksanaan
seperti pengurusan, pengelolaan majlis, protokol dan sebagainya
15. Mewujudkan tabung/dana kewangan untuk membantu membiayai
pelaksanaan
16. Sentiasa menjalankan usaha-usaha penambahbaikkan dalam semua
aspek pelaksanaan
17. Mewujudkan skema peningkatan pencapaian dan pengiktirifan
18. Mewujudkan sistem penganugerahan
19. Membina pengkalan data dan dokumentasi
20. Mengembeling kerjasama ibubapa dan masyarakat sekitar
13. Menilai semula Pelaksanaan
1. Mengubah persepsi negatif semua pihak terhadap bidang
kokurikulum
2. Mempelbagaikan kelab/persatuan dan aktiviti kokurikulum
3. Mewujudkan suasana aktiviti kokurikulum yang meriah
4. Menjalankan aktiviti atau kegiatan sepanjang tahun
5. Mewujudkan siatem dokumentasi yang kemas kini, informatif dan
lengkap
6. Mewujudkan sistem penilaian dan pengiktirafan yang diperakukan,
adil dan memberangsangkan
7. Menjalankan pemantauan yang berkesan dan berterusan
8. Mewujudkan sumber manusia yg berkemahiran dan komited
9. Membangunkan infrastruktur atau prasarana dan menyediakan
perkakasan dan peralatan yang mengcukupi dan berkualiti
10. Menyediakan sumber maklumat, data dan informasi yang
komprehensif dan kemas kini
11. Menjalankan program penyelidikan dan pembangunan yang
berkesan
14. JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH
Pengetua/Guru Besar
GPK Kokurikulum
Setiausaha Kokurikulum
Penyelaras
Pasukan
Pakaian
Seragam
Penyelaras
Kelab /
Persatuan
Penyelaras
Kelab Sukan/
Permainan
Setiausaha
Sukan
Guru
Penasihat
Guru
Penasihat
Guru
Penasihat
Guru
Rumah
Sukan
Guru
Pasukan
Sekolah
Pengerusi Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan, Kelab Sukan/ Permainan, Ketua Rumah Sukan Dan
Kapten Pasukan Sekolah (Murid-Murid)
JBPS (Jawatankuasa
Bimbingan Pelajar
Sekolah)
16. JENIS AKTIVITI KOKURIKULUM
PASUKAN PAKAIAN SERAGAM
• Kelab Judo
• Kelab Karate
• Kelab Taekwondo
• Pasukan Kadet Bersatu Malaysia(Darat, Laut dan Udara)
• Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat
• Pasukan Kadet Majlis Keselamatan Jalanraya
• Pasukan Kadet Pertahanan Awam (JPA 3)
• Pasukan Kadet Polis
• Pasukan Kadet Remaja Sekolah
• Pasukan Pancaragam/Okestera Sekolah
• Pergerakan Briged Putera/Briged Puteri
• Pergerakan Pandu Puteri
• Pergerakan Pengakap
• Pergerakan Puteri Islam
• Persatuan Bulan Sabit Merah
• Persatuan Silat Seni
• Persatuan Silambam
• Persatuan St.John Ambulans Malaysia
• Persatuan Wushu dan lain-lain.
17. PERSATUAN / KELAB
Persatuan Akademik
• Persatuan Agama Islam
• Persatuan Bahasa
• Persatuan Drama dan Kesusasteraan
• Persatuan Ekonomi Rumahtangga
• Persatuan Geografi / Sejarah
• Persatuan Kebudayaan
• Persatuan Kemahiran Hidup
• Persatuan Perdagangan
• Persatuan Persuratan & Bahas
• Persatuan Sains & Matematik
• Persatuan Sains Kemasyarakatan
• Persatuan Tingkatan Enam dan lain-lain
18. Kelab Hobi dan Rekreasi
• Kelab Alat Pandang Dengar
• Kelab Astronomi
• Kelab Bina Badan
• Kelab Binaan / Bangunan
• Kelab Elektronik
• Kelab Equestrian
• Kelab Kebajikan
• Kelab Keceriaan Sekolah
• Kelab Kembara
• Kelab Koir Sekolah
• Kelab Komputer
• Kelab Koperasi
• Kelab Memancing
• Kelab Menaip
• Kelab Motor Mekanik
• Kelab Muzik dan Seni Suara
• Kelab Pelancongan
• Kelab Pembimbing Rakan Sebaya
• Kelab Pencinta Alam
• Kelab Pengguna
• Kelab Permainan Tradisional
• Kelab Perpustakaan / Pusat Sumber
• Kelab Rekreasi
• Kelab Seni Foto
• Kelab Seni Tampak/Halus
• Kelab Seni Tari
• Kelab Pandu Arah
• Kelab Wayang Gambar.
• Kelab Pencegahan Jenayah
• Kelab Rukun Negara
• Kelab Pelancongan dan lain-lain.
19. KELAB PERMAINAN
• Kelab Badminton
• Kelab Bola Baling
• Kelab Bola Jaring
• Kelab Bola Keranjang
• Kelab Bola Sepak
• Kelab Bola Tampar
• Kelab Bowling
• Kelab Bowling Padang
• Kelab Catur
• Kelab Dart
• Kelab Gasing Pangkah
• Kelab Gimnastik
• Kelab Gimrama
• Kelab Golf
• Kelab Hoki
• Kelab Karum
• Kelab Kriket
• Kelab Ping Pong
• Kelab Ragbi
• Kelab Sepak Takraw
• Kelab Sofbol
• Kelab Squasy
• Kelab Petanque
• Kelab Tenis dan lain-lain.
20. KELAB SUKAN
Olahraga:
• Kelab Berbasikal
• Kelab Olahraga
• Kelab Memanah
• Kelab Merentas desa
• Kelab Motor / Go Kart
• Kelab Senamrobik dan lain-lain.
Sukan Air :
• Kelab Berkeno / Kayak
• Kelab Luncur Air
• Kelab Perahu Layar
• Kelab Perahu Naga
• Kelab Polo Air
• Kelab Renang
• Kelab Rowing (Berdayung)
• Kelab Skuba
• Kelab Skuter Air
• Kelab Snorkeling
• Kelab Terjun dan lain-lain