Se ha denunciado esta presentación.
Utilizamos tu perfil de LinkedIn y tus datos de actividad para personalizar los anuncios y mostrarte publicidad más relevante. Puedes cambiar tus preferencias de publicidad en cualquier momento.

Teks pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar

Teks

  • Sé el primero en comentar

Teks pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar

  1. 1. 1 TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR QUE ANN CATATAN/ TINDAKAN PERSEDIAAN 1. MC membacakan aturcara majlis yang akan berlangsung. 2. Pelajar diminta memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang majlis. Para pengawas dan semua guru diminta memberi kerjasama dengan mengawasi para pelajar. 3. Pelajar diminta tidak membuat bising, berbual-bual dan bersorak sepanjang majlis berlangsung. 4. Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan majlis. Pergerakan keluar daripada majlis mestilah dengan kebenaran guru. 5. Pelajar tidak perlu tepuk tangan semasa: i. Sebelum & selepas nyanyian lagu ii. Sebelum & selepas bacaan doa 6. Pelajar diminta untuk terus berdiri sebaik sahaja MC mengumumkan ketibaan tetamu jemputan
  2. 2. 2 KETIBAAN PERASMI (NAZIR) Mengumumkan ketibaan, Yang Berusaha, Encik David Bong, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa & Guru SK Skarok diiringi Cikgu Ajan Anak Embang, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Skarok dan barisan penolong kanan, masuk ke dewan. Hadirin diminta berdiri. Masuk ke dewan… ( VIP DUDUK) Hadirin dan hadirat sekalian, kita telah dipersembahkan dengan paluan kompang penuh bersemangat oleh murid- murid Tahun 6. Sekolah Kebangsaan Skarok melakar sejarah baru untuk tontonan hadirin dan hadirat sekalian, dengan memperkenalkan dan menampilkan kelainan baru semasa sambutan dif- dif jemputan sebentar tadi. Tenaga pengajar bagi kumpulan paluan kompang ini di bawah pimpinan Cikgu Stephanie Unsil Rakey. NYANYIAN LAGU NEGARAKU & LAGU Majlis kita pada pagi ini dimulakan dengan menyanyikan lagu Negaraku dan lagu sekolah. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
  3. 3. 3 SEKOLAH mempersilakan semua hadirin berdiri dan menyanyikan lagu dengan penuh bersemangat. (NYANYIAN LAGU NEGARAKU & IBU PERTIWIKU) Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian sebentar itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk. ALUAN PENGERUSI MAJLIS (STEPHANIE) Yang Berbahagia, Encik David Bong, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa & Guru SK Skarok Yang Berusaha Cikgu Ajan Anak Embang, Guru Besar SK. Skarok, Cikgu John Kedebo, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Sylvia Anak Tugan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cikgu Suai Anak Isau, Penolong Kanan Kokurikulum, guru- guru, anggota kumpulan pelaksana, para ibu bapa dan hadirin-hadirat sekalian. Hadirin sekalian, Dari Dewan Sekolah Kebangsaan Skarok, mengalu-alukan kehadiran hadirin dan
  4. 4. 4 hadirat sekalian ke “ MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR DAN KONVOKESYEN PRASEKOLAH SK SKAROK BAGI TAHUN 2016”. Majlis pada hari ini bertujuan memberi penghargaan kepada para pelajar yang menunjukkan kesungguhan dalam pelbagai bidang akademik dan kokurikulum. Justeru, adalah menjadi harapan kami warga pendidik Sekolah Kebangsaan Skarok agar kejayaan ini menjadi tonggak bagi memulakan satu anjakan pradigma dan pencetus revolusi dalam diri setiap pelajar. BACAAN DOA (STEPHANIE) Hadirin sekalian, Lebat kemiri pohonnya rendah Dahan terikat tali perkasa Sepuluh jari kami menadah Mohon berkat Yang Maha Esa Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dijemput Cikgu Mohammad Nazir bin
  5. 5. 5 Ramli mengetuai doa pada pagi ini. Dengan penuh takzimnya, dipersilakan. (BACAAN DOA) Majlis mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Mohammad Nazir bin Ramli atas kesudian mengetuai bacaan doa sebentar tadi. UCAPAN WAKIL MURID ** STEPHANIE** Hadirin sekalian, Majlis dimulakan dengan ucapan wakil murid Tahun 6 oleh Saging Anak Simpang. Oleh itu Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. UCAPAN Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada adik Saging Anak Simpang di atas ucapan sebentar tadi. UCAPAN ALUAN ** NAZIR** Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara Hadirin sekalian,
  6. 6. 6 Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Guru Besar SK Skarok. Oleh itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput Cikgu Ajan Anak Embang untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. ( UCAPAN ALUAN) Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Ajan Anak Embang atas ucapan aluan sebentar tadi. UCAPAN PERASMIAN YDP ** STEPHANIE** Kalau tuan pikat kenari Jangan patahkan batang jerami Kepada tuan mandat diberi Mohon disempurnakan majlis kami Tidak lengkap sekiranya majlis tiada perasmi. Kita teruskan lagi majlis kita dengan ucapan perasmian. Untuk itu, majis
  7. 7. 7 menjemput dan mempersilakan, Yang Berusaha Encik David Bong, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa & Guru SK Skarok untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan“ HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR DAN KONVOKESYEN PRASEKOLAH SK SKAROK BAGI TAHUN 2016”. Majlis dengan segala homatnya mempersilakan. (UCAPAN TAMAT) Bunga selasih dibuat minyak Dijual biduan di tepi lorong Terima kasih banyak-banyak Amanat puan jadi pendorong PERSEMBAHAN SELAMAT DATANG ** STEPHANIE** Seterusnya, majlis mempersilakan kumpulan murid- murid Tahun 6 bagi mempersembahkan TARIAN ALU ALU kepada semua hadirin. Persembahan tarian ini biasanya ditarikan semasa menyambut tetamu di majlis keraian. Majlis dengan segala hormatnya menjemput kumpulan tarian untuk mempersembahkan tarian mereka kepada para hadirin. Dipersilakan.
  8. 8. 8 (TARIAN TAMAT) Dari Kedah ke Kuala Perlis Singgah bersantai di tepi jeti Persembahan pembukaan memeriahkan majlis Semoga hadirin terhibur di hati. Majlis mengucapkan terima kasih. Persembahan tarian Selamat Datang itu tadi di bawah pimpinan Cikgu Jennifer Anak Sunggong. KONVOKESYEN PRASEKOLAH SESI 2016 ** NAZIR** Majlis ini diteruskan lagi dengan Konvokesyen Prasekolah Sesi 2016. Majlis dengan segala hormatnya menjemput _________________ bagi mengiringi Cikgu Ajan Anak Embang untuk menyampaikan sijil & hadiah kepada murid- murid yang telah berjaya. Penyampaian sijil dan hadiah dimulakan dengan penyampaian 1. Konvokesyen Prasekolah Sesi 2016.
  9. 9. 9 2. Penyampaian Anugerah Khas Prasekolah ( RUJUK SENARAI NAMA) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Ajan Anak Embang atas kesudian menyampaikan sijil & hadiah kepada murid prasekolah SK Skarok 2016. PENYAMPAIAN SIJIL & HADIAH ** STEPHANIE** Majlis penyampaian sijil dan hadiah diteruskan lagi. Majlis dengan segala hormatnya menjemput _________________ bagi mengiringi Cikgu Sylvia Anak Tugan untuk menyampaikan sijil & hadiah. Dipersilakan. ( RUJUK SENARAI NAMA) 1. Ketua dan Penolong Ketua Kelas 2. Pengawas Sekolah 3. Pengawas Asrama ( RUJUK SENARAI NAMA) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Sylvia Anak Tugan atas kesudian menyampaikan sijil & hadiah.
  10. 10. 10 PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN ** NAZIR** Majlis penyampaian hadiah diteruskan lagi dengan penyampaian sijil dan hadiah kepada murid- murid cemerlang sepanjang tahun 2016. Untuk pengetahuan para hadirin sekalian, hadiah bagi Terbaik Mata Pelajaran, Pelajar Meningkat Sepanjang Tahun dan Kedudukan Di Dalam Kelas adalah mengambil kira markah yang diperolehi pelajar berdasarkan keputusan Semester 1 dan Semester 2. Majlis dengan segala hormatnya menjemput _________________ bagi mengiringi
  11. 11. 11 Cikgu John Kedebo untuk menyampaikan sijil & hadiah kepada murid- murid yang telah berjaya. Penyampaian sijil dan hadiah dimulakan dengan penyampaian 1. Kedudukan terbaik dalam kelas 2. Peningkatan 15 % dalam mata pelajaran 3. Pencapaian mata pelajaran terbaik 4. Lulus penuh dalam semua matapelajaran 5. Peningkatan dalam Kelas Pemulihan 2016 ( RUJUK SENARAI NAMA) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu John Kedebo atas kesudian menyampaikan sijil & hadiah kepada mereka yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang kurikulum 2016.
  12. 12. 12 PENYAMPAIAN SIJIL KOKURIKULUM ** STEPHANIE** Majlis penyampaian sijil dan hadiah diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kokurikulum. Majlis dengan segala hormatnya menjemput _________________ bagi mengiringi Cikgu Suai Anak Isau untuk menyampaikan sijil kokurikulum. Dipersilakan. ( RUJUK SENARAI NAMA) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Suai Anak Isau atas kesudian menyampaikan sijil & hadiah. PENYAMPAIAN SIJIL ANUGERAH KHAS ** NAZIR** Majlis penyampaian hadiah diteruskan lagi dengan penyampaian ANUGERAH – ANUGERAH KHAS Majlis dengan segala hormatnya menjemput _________________ bagi mengiringi Cikgu Ajan Anak Embang, Guru Besar SK Skarok untuk menyampaikan sijil & hadiah kepada murid- murid yang telah berjaya. Penyampaian sijil dan hadiah dimulakan dengan penyampaian 1. Anugerah Murid Contoh 2016
  13. 13. 13 2. Anugerah Khas Murid Asrama 2016 3. Anugerah Khas Guru Besar 2016 4. Sijil Berhenti Sekolah Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Ajan Anak Embang atas kesudian menyampaikan sijil & hadiah. PENYAMPAIAN PENERIMA GANJARAN UPSR ** STEPHANIE** Majlis penyampaian hadiah diteruskan lagi dengan penyampaian PENERIMA GANJARAN UPSR 2016 Majlis dengan segala hormatnya menjemput _________________ bagi mengiringi Encik David Bong, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa & Guru SK Skarok untuk menyampaikan ganjaran UPSR kepada murid- murid yang telah berjaya.  RUJUK SENARAI NAMA Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik David Bong atas kesudian menyampaikan ganjaran itu tadi. PERSEMBAHAN KOIR Hadirin dan hadirat sekalian,
  14. 14. 14 ** NAZIR** Kini, marilah kita sama- sama saksikan persembahan koir oleh murid- murid Tahun 5. Persembahan koir ini adalah di bawah pimpinan Cikgu Stephanie Unsil Rakey. Majlis dengan segala hormatnya, menjemput dan mempersilakan kumpulan koir mempersembahkan persembahan mereka. (NYANYIAN KOIR) Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan sebentar tadi. PERSEMBAHAN NYANYIAN TAHUN 6 ** STEPHANIE** HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR BAGI TAHUN 2016” diteruskan lagi dengan persembahan nyanyian oleh murid- murid Tahun 6. Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput murid- murid Tahun 6 untuk menyampaikan persembahan. Dipersilakan. ( NYANYIAN TAMAT) Tuai padi antara masak Esok jangan layu-layuan
  15. 15. 15 Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan Tuan puteri pergi ke Rasah Pulang semula sebelah pagi Kita bertemu akhirnya berpisah Diizin Tuhan bersua lagi Jangan dikesali dengan sebuah pertemuan itu kerana disitu terciptanya kemesraan Jangan dikesalkan dengan sebuah perpisahan kerana disitu terciptanya kerinduan. Bertemu dan berpisah adat dalam kehidupan kita. Tahniah & selamat tinggal kepada semua murid- murid Tahun 6 2016. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada kumpulan Tahun 6 atas persembahan mereka sebentar tadi. NYANYIAN LAGU IBU PERTIWIKU ** NAZIR** Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan semua hadirin berdiri dan menyanyikan lagu Ibu Pertiwiku.
  16. 16. 16 (NYANYIAN LAGU IBU PERTIWIKU) Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian sebentar itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk. BERSURAI ** NAZIR** Dengan berakhirnya nyanyian itu tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis mengundur diri. Ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami berbicara. Terima kasih buat semua warga Sekolah Kebangsaan Skarok, rakan- rakan guru, orang perseorangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan“ HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR DAN KONVOKESYEN PRASEKOLAH BAGI TAHUN 2016”. Kami juga merakamkan ucapan terima kasih kepada para hadirin & para ibu bapa datang memeriahkan majlis. Sekian,terima kasih. Majlis bersurai.

    Sé el primero en comentar

    Inicia sesión para ver los comentarios

  • suhanaroyani

    Apr. 5, 2017
  • tuanzawiah

    Aug. 8, 2017
  • MayaNormayati

    Aug. 13, 2017
  • zaharahomar1

    Sep. 27, 2017
  • naducandu

    Nov. 8, 2017
  • Fadzilah761017

    Nov. 13, 2017
  • ElinaZaliha

    Nov. 20, 2017
  • anaakmar

    Nov. 20, 2017
  • suhanay1

    Feb. 27, 2018
  • joycerobert

    Mar. 22, 2018
  • NORHIDAYAHADAM

    Oct. 25, 2018
  • fiqashaari

    Oct. 31, 2018
  • NurRihazrinRahman

    Nov. 12, 2018
  • faris1991

    Nov. 13, 2018
  • mohdruslan

    Nov. 17, 2018
  • nananaa3975

    Nov. 21, 2018
  • AdiRuzainiEddy

    Mar. 19, 2019
  • ADlinatWinNnIe22

    Nov. 14, 2019
  • HannaRagie

    Nov. 18, 2019
  • etyfendi

    Feb. 16, 2021

Teks

Vistas

Total de vistas

18.969

En Slideshare

0

De embebidos

0

Número de embebidos

12

Acciones

Descargas

0

Compartidos

0

Comentarios

0

Me gusta

20

×