Se ha denunciado esta presentación.
Utilizamos tu perfil de LinkedIn y tus datos de actividad para personalizar los anuncios y mostrarte publicidad más relevante. Puedes cambiar tus preferencias de publicidad en cualquier momento.

Program bimbingan bahasa melayu spm

1.349 visualizaciones

Publicado el

  • Inicia sesión para ver los comentarios

Program bimbingan bahasa melayu spm

  1. 1. PROGRAM BIMBINGAN BAHASA MELAYU SPM 2011 OLEH: CG SHAHRIN
  2. 2. 1103/1 BAHASA MELAYU KERTAS 2 [130 MARKAH]
  3. 3. BAHAGIAN A KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN [ 30 MARKAH ]
  4. 4. CIRI-CIRI KARANGAN YANG BAIK • Menepati tema bahan rangsangan • Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat • Tanda baca betul dan tepat • Menggunakan Sistem Ejaan Rumi Baru • Kosa kata luas dan tepat • Wacananya lengkap • Bahasa bervariasi + ungkapan yang menarik • Idea relevan dgn tema dan dihurai dgn jelas
  5. 5. UNGKAPAN MENARIK Peribahasa Pantun Cogan kata Frasa menarik Petikan ucapan Kata-kata menarik Petikan hadis Maksud al-Quran dll
  6. 6. CONTOH UNGKAPAN MENARIK Kesimpulan Kesimpulannya… Tuntasnya… Sebagai intiha… Konklusinya… Akhir kalam…
  7. 7. CONTOH UNGKAPAN MENARIK Impak = kesannya Mutakhir ini = dewasa ini Obses = terlalu terikut-ikut Wadah = alat Dijana = dijalankan Kemelut = masalah Arus globalisasi = zaman global / dunia tanpasempadan Arus modenisasi = zaman moden Enteng = ambil mudah Menerjah = mengganggu Polemik = isu yang selalu dibincangkan Iltizam = semangat
  8. 8. Inovasi = kemajuan Mengorak = memulakan Seantero = seluruh Kontemporari = masa kini Dominan = utama Metropolitan = bandar raya Hedonisme = mementingkan keseronokan Signifikan = bermakna / penting Ruwet = kalut / kusut / sulit Ideal = sempurna Tarbiah = pendidikan Tersohor = terkenal Aspirasi = cita-cita Dangkal = pengetahuan yang cetek Pasrah = menyerah
  9. 9. Kealpaan = kecuaian (lupa) Komitmen = memberikan sepenuh tenaga / kerjasama Mampan = mantap Petualang = penghalang Efisien = cekap Modal insan = pembangunan manusia
  10. 10. CONTOH SOALAN Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa dalam menentukan kerjaya anak-anak. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. PERANAN IBU BAPA Memberikan pendidikan Memberikan kasih sayang Memberikan sokongan Menghormati kehendak anak Membentuk keluarga bahagia
  11. 11. MARI CUBA  Tulis ayat wacana bagi setiap perenggan isi.  P1: (w)Antara + (soalan) peranan ibu bapa dalam menentukan kerjaya anak-anak ialah… (I) memberi pendidikan (H) Ibu bapa hendaklah memberi pendidikan kepada anak-anak. (C) Contohnya menghantar anak ke sekolah. (K) Oleh itu ibu bapa wajib memberi pendidikan kepada anak anak.
  12. 12.  Perenggan 2: memberi kasih sayang W: Selain itu peranan ibu bapa dalam menentukan kerjaya anak-anak ialah… I: memberi kasih sayang H: Ibu bapa hendaklah memberikan kasih sayang kepada anak-anak. C: Contohnya ibu bapa haruslah membawa anak-anak pergi melancong pada cuti sekolah. K: jelaslah bahawa ibu bapa wajib memberi kasih sayang kepada anak-anak.
  13. 13. SOALAN: BINCANGKAN KEBAIKAN SEMANGAT KEJIRANAN Isi: dapat mengeratkan hubungan W: I: H: C: K: Antara kebaikan semangat kejiranan ialah dapat mengeratkan hubungan. Melalui semangat kejiranan kita dapat mengeratkan hubungan dengan jiran kita. Contohnya kita dapat berbual-bual apabila berjumpa. Jelaslah bahawa semangat kejiranan dapat mengeratkan hubungan sesama jiran.
  14. 14. PENDAHULUAN Ibu bapa merupakan insan yang paling penting dalam kehidupan seseorang.Jasa mereka sukar untuk dibalas. Sebagai anak, kita seharusnya menghormati dan mentaati mereka. Sebenarnya terdapat banyak peranan ibu bapa dalam menentukan kerjaya anak-anak. (Isu)I: (Kesan isu)K: (Hubung kait dengan soalan)H: aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa aaa.bbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb bbbbbbbbbbbb. Hubung kait dengan soalan
  15. 15. CONTOH PERENGGAN ISI Antara peranan ibu bapa dalam menentukan kerjaya anak-anak ialah memberikan pendidikan. Ibu bapa hendaklah memberikan pendidikan yang sewajarnya kepada anak agar mereka menjadi anak yang berjaya. Contohnya menghantar anak ke sekolah berasrama penuh. Tegasnya, pendidikan yang baik akan membantu anak memilih kerjaya yang baik pada masa hadapan.
  16. 16. TEKNIK MENULIS PERENGGAN ISI W.I.H.C.K W: Antara peranan ibu bapa dalam menentukan kerjaya anak-anak ialah… I : memberikan pendidikan. H: Ibu bapa hendaklah memberikan pendidikan yang sewajarnya kepada anak agar mereka menjadi anak yang berjaya. C: Contohnya menghantar anak ke sekolah berasrama penuh. K: Tegasnya, pendidikan yang baik akan membantu anak memilih kerjaya yang baik pada masa hadapan.
  17. 17. PENUTUP R.C.A.H Konklusinya, terdapat banyak peranan ibu bapa dalam menentukan kerjaya anak-anak. Ibu bapa dan anak-anak hendaklah sentiasa bekerjasama dalam mengejar kejayaan. Bak kata pepatah, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Seandainya tiada kerjasama, nescaya kerjaya yang diimpikan tidak akan dapat di capai. Oleh yang demikian, semua pihak harus bekerjasama bagi memastikan setiap cita-cita dan impian dapat direalisasikan.
  18. 18. (Rumusan isi) R: Konklusinya, terdapat banyak peranan ibu bapa dalam menentukan kerjaya anak-anak. (Cadangan) C: Ibu bapa dan anak-anak hendaklah sentiasa bekerjasama dalam mengejar kejayaan. Bak kata pepatah, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. (Amaran) A: Seandainya tiada kerjasama, nescaya kerjaya yang diimpikan tidak akan dapat di capai. (Harapan) H: Oleh yang demikian, semua pihak harus bekerjasama bagi memastikan setiap cita-cita dan impian dapat direalisasikan.
  19. 19. BAHAGIAN B KARANGAN RESPON TERBUKA [ 100 MARKAH ] DIBERI 5 SOALAN, JAWAB 1 SOALAN SAHAJA
  20. 20. TOPIK-TOPIK HANGAT PELANCONGAN Kebaikan - menambah peluang pekerjaan - menambah pendapatan rakyat - menambah pendapatan negara - memajukan sistem pengangkutan negara - menaikkan imej negara
  21. 21. Langkah-langkah memajukan sektor pelancongan - mengadakan promosi - menambahkan kemudahan - mengamalkan nilai-nilai murni - tidak mementingkan keuntungan - peranan kerajaan – membantu syarikat pelancongan
  22. 22. SEMANGAT KEJIRANAN KEBAIKAN SEMANGAT KEJIRANAN - mendapat bantuan kecemasan - menjamin keselamatan - menjayakan majlis keramaian - mencegah gejala negatif - memupuk perpaduan
  23. 23. LANGKAH-LANGKAH MEWUJUDKAN SEMANGAT KEJIRANAN - bertegur sapa dan senyuman - saling membantu - peranan pasukan rukun tetangga - peranan media massa - peranan pihak kerajaan – kempen
  24. 24. PATRIOTISME KEPENTINGAN SEMANGAT PATRIOTISME - mengekalkan semangat cinta akan negara - pemangkin kemajuan negara - memupuk perpaduan kaum - contoh kepada generasi muda - menaikkan imej negara
  25. 25. LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTISME - peranan kerajaan – kempen - peranan media massa – dokumentari - didikan ibu bapa - sambutan bulan kemerdekaan di sekolah - kesedaran dalam diri individu
  26. 26. PERPADUAN KAUM Kepentingan Perpaduan Kaum - mewujudkan suasana aman - menarik pelabur asing - memajukan sektor pelancongan - menaikkan imej negara - memajukan negara
  27. 27. Langkah-Langkah Memupuk Perpaduan Kaum - sikap saling menghormati - kempen - penubuhan sekolah wawasan - peranan media massa - mengadakan aktiviti melibatkan pelbagai kaum
  28. 28. SEMOGA BERJAYA DALAM SPM… TAMAT
  29. 29. MEMBERIKAN KASIH SAYANG w: Selain itu peranan ibu bapa dalam menentukan kerjaya anak-anak ialah… i: memberikan kasih sayang. H: Ibu bapa mestilah memberikan kasih sayang yang sewajarnya kepada anak-anak. C: sebagai contoh, ibu bapa memberi perhatian terhadap anak-anak. K: oleh itu jelaslah bahawa memberikan kasih sayang sangat penting kepada anak-anak.

×