Se ha denunciado esta presentación.
Utilizamos tu perfil de LinkedIn y tus datos de actividad para personalizar los anuncios y mostrarte publicidad más relevante. Puedes cambiar tus preferencias de publicidad en cualquier momento.

Siri Nota Prosedur PPU (preview)

2.568 visualizaciones

Publicado el

Publicado en: Educación
  • Inicia sesión para ver los comentarios

Siri Nota Prosedur PPU (preview)

  1. 1. Siri Nota Prosedur PPU - previewwww.cikgunas.net© 1Disediakan Oleh : Nasrul Hakim Bin Zakaria
  2. 2. Siri Nota Prosedur PPU - previewwww.cikgunas.net© 2Bab 1 : Prosedur Menguji Komponen Elektrik & Ujilari SistemBab 2 : Prosedur VakumBab 3 : Prosedur Mengesan KebocoranBab 4 : Prosedur Memindahkan Bahan PendinginBab 5 : Prosedur Menservis Unit PPUBab 6 : Prosedur Mengecas Unit PPUBab 7 : Prosedur Pump DownBab 8 : Prosedur Silfosing & BrazingKandungan
  3. 3. Siri Nota Prosedur PPU - previewwww.cikgunas.net© 3RM40 SAHAJA RM10 SAHAJA RM10 SAHAJA##Tawaran Gila Kentang##"CD Interaktif + Siri Nota Prosedur PPU + Modul Ulangkaji"RM60.00!TERHAD HANYA RM50 SAHAJASMS Kod : offerRM50 ke 019-9472321Nasrul Hakim Bin ZakariaIklan : Tawaran Hebat Untuk Anda!!!!
  4. 4. BAB 1 (preview)www.cikgunas.net© 1Langkah Keselamatan:Sebelum melakukan kerja menguji arus ini, pastikan pena ujian dalam keadaan baik, tangan dan kawasansekitar tidak basah serta lakukan ujian di bawah pengawasan guru untuk kali pertama.Persediaan Alat : Pena UjianProsedur Kerjaa. OFF soket alir keluar.b. Tuas pembuka lubang pada soket alir keluar pada lubang palam E. Rajah 1.1-ac. Dengan menggunakan pena ujian yang lain masukkan tip pandu pada lubang palam L. Rajah 1.1-bd. Letakkan satu jari di hujung bahagian atas pena ujian.e. ON soket alir keluar.f. Perhatikan LED pena ujian. Jika menyala bermaksud ada arus elektrik. Jika tidak menyala tiada aruselektrik. Rajah 1.1-cg. OFF soket alir keluar.h. Keluarkan pena ujian dari lubang palam L.Prosedur Menguji Komponen Elektrik & Ujilari Sistem1.1 Menguji Arus Pada Soket Alir KeluarRajah 1.1
  5. 5. BAB 1 (preview)www.cikgunas.net© 2Persediaan Alat : Meter PelbagaiProsedur Kerjaa. Laraskan suis pilihan meter pelbagai kepada julat X1 Ω.b. Sentuh kedua-dua probe dan pastikan jarum meter pelbagai bergerak. Rajah 1.2-ac. Laraskan jarum penunjuk meter pelbagai ke 0V dengan menggunakan pena ujian.d. Laraskan suis pilihan ke ACV 250.e. Dengan menggunakan pena ujian, lakukan tuasan pada lubang palam E. Pastikan soket telah di OFFterlebih dahulu.f. Masukkan probe merah ke lubang palam L dan probe hitam ke lubang palam N. Rajah 1.2-bg. ON soket alir keluar.h. Catat bacaan voltan.i. OFF soket alir keluar dan keluarkan kedua-dua probe dari lubang palam L dan palam N.j. Laraskan suis pilihan meter pelbagai ke OFF.1.2 Mengukur Voltan AURajah 1.2
  6. 6. BAB 1 (preview)www.cikgunas.net© 3Persediaan Alat : Meter PelbagaiProsedur Kerjaa. Laraskan suis pilihan meter pelbagai kepada julat X1 Ω.b. Sentuh kedua-dua probe dan pastikan jarum meter pelbagai bergerak. Rajah 1.3-ac. Laraskan jarum penunjuk meter pelbagai ke 0V dengan menggunakan pena ujian.d. Laraskan suis pilihan ke DCV 10.e. Sentuh probe merah ke terminal positif bateri dan probe hitam ke terminal negatif bateri. Rajah 1.3-bf. Catat bacaan voltan.g. Laraskan suis pilihan meter pelbagai ke OFF.1.3 Mengukur Voltan ATRajah 1.3
  7. 7. BAB 1 (preview)www.cikgunas.net© 4Persediaan Alat : Meter pelbagaiProsedur Kerjaa. Laraskan suis pilihan meter pelbagai kepada julat X100 Ω.b. Sentuh kedua-dua probe dan pastikan jarum meter pelbagai bergerak. Rajah 1.4-ac. Sentuh probe merah ke kaki hidup (L) plug dan probe hitam ke kaki neutral (N) plug. Rajah 1.4-bd. Jika jarum penunjuk meter pelbagai bergerak ke sifar bermakna ada keterusan. Ini bermaksudpenyambungan wayar sampai ke punca akhir.e. Jika jarum penunjuk meter pelbagai tidak bergerak bermakna tiada keterusan. Ini menunjukkan terdapatwayar yang putus.f. Laraskan suis pilihan meter pelbagai ke OFF.1.4 Menguji Keterusan Plug 13ARajah 1.4
  8. 8. BAB 1 (preview)www.cikgunas.net© 5Langkah Keselamatan:Sebelum melakukan ujian tebatan pastikan bekalan kuasa telah di OFF kan dan keluarkan palam 3 pin darisoket.Persediaan Alat : Penguji Tebatan/Meter TebatanProsedur Kerjaa. Laraskan suis pilihan meter tebatan ke Ω.b. Sentuh kedua-dua probe dan tekan butang uji, pastikan jarum bergerak menuju ke sifar. Rajah 1.5-ac. Laraskan suis pilihan ke julat yang sesuai samaada 500V, 250V atau 1000V.d. Kapit probe hitam ke badan pemampat.e. Sentuh probe merah ke terminal pemampat dan tekan butang uji. Rajah 1.5-bf. Catat bacaan tebatan. Ulang langkah (5) untuk terminal yang lain dan catat bacaan.g. Laraskan suis pilihan meter tebatan ke mana-mana V untuk OFF.h. Nilai tebatan [0 – 0.5MΩ] bermaksud tebatan tidak elok (tiada tebatan). Nilai tebatan [0.5MΩ - infiniti]bermaksud tebatan elok (ada tebatan).1.5 Menguji Tebatan PemampatRajah 1.5
  9. 9. BAB 1 (preview)www.cikgunas.net© 6Langkah Keselamatan:Sebelum melakukan ujian ini, pastikan anda telah mengenalpasti talian hidup unit peti sejuk. Gunakan penaujian untuk tujuan ini. Kemudian OFF peti sejuk sebelum memulakan ujian ini.Persediaan Alat : Meter KapitProsedur Kerjaa. Masukkan probe hitam ke COM dan probe merah ke OHM.Rajah 1.6-ab. Laraskan suis pilihan ke X1 Ω, sentuh kedua-dua probe dan pastikan jarum bergerak.c. Laraskan suis pilihan meter kapit ke 6 ACA.d. Tekan tombol pemetik untuk membuka transcore dan masukkan ke dawai hidup. Rajah 1.6-be. ON unit peti sejuk.f. Catat bacaan arus permulaan.g. Selepas 5 minit catat bacaan arus larian.h. Laraskan suis pilihan meter kapit ke ACV untuk OFF.1.6 Mengukur Arus Permulaan & Arus LarianRajah 1.6
  10. 10. BAB 1 (preview)www.cikgunas.net© 7Persediaan Alat : Meter PelbagaiProsedur Kerjaa. Buka palam 3 pin dan keluarkan fius. Rajah 1.7-ab. Laraskan suis pilihan meter pelbagai kepada julat X1 Ω.c. Sentuh kedua-dua probe dan pastikan jarum meter pelbagai bergerak. Rajah 1.7-bd. Sentuh probe merah ke hujung fius dan probe hitam ke hujung satu lagi. Rajah 1. 7-ce. Jika jarum penunjuk meter pelbagai bergerak ke sifar bermakna ada keterusan dan fius dalam keadaanelok. Jika jarum penunjuk meter pelbagai tidak bergerak bermakna tiada keterusan dan fius telah rosakatau putus.f. Laraskan suis pilihan meter pelbagai ke OFF.1.7 Menguji FiusRajah 1.7
  11. 11. BAB 1 (preview)www.cikgunas.net© 8Langkah Keselamatan:Sebelum melakukan ujian ini, pastikan bekalan kuasa telah di OFF kan dan keluarkan palam 3 pin dari soket.Cabut pendawaian pada geganti permulaan motor.Persediaan Alat : Meter PelbagaiProsedur Kerjaa. Laraskan suis pilihan meter pelbagai kepada julat X1 Ω.b. Sentuh kedua-dua probe dan pastikan jarum meter pelbagai bergerak. Rajah 1. 8-ac. Sentuh probe merah ke hujung terminal geganti permulaan motor dan probe hitam ke hujung satu lagiterminal. Rajah 1.8-bd. Jika jarum penunjuk meter pelbagai bergerak ke sifar bermakna geganti permulaan motor dalam keadaanbaik. Jika jarum penunjuk meter pelbagai tidak bergerak bermakna geganti permulaan motor telah rosak.e. Laraskan suis pilihan meter pelbagai ke OFF.1.8 Menguji Geganti Permulaan MotorRajah 1.8
  12. 12. BAB 1 (preview)www.cikgunas.net© 9Langkah Keselamatan:Sebelum melakukan ujian ini, pastikan anda telah memeriksa sambungan point pada label geganti lewat masa.Rajah 1.9-aPersediaan Alat : Meter pelbagaiProsedur Kerjaa. Laraskan suis pilihan meter pelbagai kepada julat X1 Ω.b. Sentuh kedua-dua probe dan pastikan jarum meter pelbagai bergerak. Rajah 1.9-bc. Laraskan geganti lewat masa ke masa yang dikehendaki seperti 10saat, 20saat dan seterusnya. Rajah 1.9-cd. Sentuh probe merah ke point 5 dan probe hitam ke point 8. Rajah 1.9-de. Jika jarum penunjuk meter pelbagai bergerak ke arah sifar bermakna geganti lewat masa elok. Jika jarumpenunjuk meter pelbagai tidak bergerak bermakna geganti lewat masa rosak.f. Laraskan suis pilihan meter pelbagai ke OFF.1.9 Menguji Geganti Lewat MasaRajah 1.9
  13. 13. BAB 1 (preview)www.cikgunas.net© 10Persediaan Alat : Meter PelbagaiProsedur Kerjaa. Laraskan suis pilihan meter pelbagai kepada julat X1Ω.b. Sentuh kedua-dua probe dan pastikan jarum meter pelbagai bergerak. Rajah 1.10-ac. Sentuh probe merah ke gegelung dan probe hitam ke sesentuh. Rajah 1.10-bd. Tekan suis sesentuh.e. Jika jarum penunjuk meter pelbagai bergerak ke arah sifar bermakna penyentuh magnet elok. Jika jarumpenunjuk meter pelbagai tidak bergerak bermakna penyentuh magnet rosak.f. Laraskan suis pilihan meter pelbagai ke OFF.1.10 Menguji Penyentuh MagnetRajah 1.10
  14. 14. BAB 1 (preview)www.cikgunas.net© 11Langkah Keselamatan:Sebelum melakukan ujian ini, pastikan bekalan kuasa telah di OFF kan dan keluarkan palam 3 pin dari soket.Keluarkan termostat dari peti sejuk dengan berhati-hati.Persediaan Alat : Meter PelbagaiProsedur Kerjaa. Laraskan termostat pada kedudukan OFF.b. Laraskan suis pilihan meter pelbagai kepada julat X1Ω.c. Sentuh kedua-dua probe dan pastikan jarum meter pelbagai bergerak. Rajah 1.11-ad. Laraskan termostat pada kedudukan 1, 2, 3, atau 4 mengikut pusingan jam.e. Sentuh probe merah ke hujung terminal termostat dan probe hitam ke satu lagi terminal. Rajah 1.11-bf. Jika jarum penunjuk meter pelbagai bergerak ke sifar bermakna ada keterusan. Termostat dalam keadaanbaik.g. Jika jarum penunjuk meter pelbagai tidak bergerak bermakna tiada keterusan. Ini menunjukkan termostattelah rosak.h. Laraskan suis pilihan meter pelbagai ke OFF.1.11 Menguji TermostatRajah 1.11
  15. 15. BAB 1 (preview)www.cikgunas.net© 12Langkah Keselamatan:Sebelum melakukan ujian ini, pastikan bekalan kuasa telah di OFF kan dan keluarkan palam 3 pin dari soket.Persediaan Alat : Meter PelbagaiProsedur Kerjaa. Tanggalkan semua pendawaian motor pemampat.b. Laraskan suis pilihan meter pelbagai kepada julat X1 Ω.c. Sentuh kedua-dua probe dan pastikan jarum meter pelbagai bergerak. Rajah 1.12-ad. Sentuh probe merah ke hujung terminal A dan probe hitam ke hujung terminal B. Catat bacaan rintangan.e. Ulang langkah (d) untuk terminal A-C dan B-C. Catat bacaan rintangan setiap terminal. Rajah 1.12-bf. Laraskan suis pilihan meter pelbagai ke OFF.g. Pindahkan nilai rintangan yang diperolehi kepada rajah segitiga (i). Jumlahkan nilai rintangan sisibersebelahan seperti rajah (ii).A (W+X)ΩWΩ XΩB CYΩ (W+Y)Ω (X+Y)Ω(i) (ii) (iii)h. Tentukan punca terminal mengikut formula berikut:Rintangan Tertinggi = Punca Permulaan (S)Rintangan Sederhana = Punca Larian (R)Rintangan Terendah = Punca Sepunya (C)1.12 Menentukan punca C, S dan R motor pemampatRajah 1.12
  16. 16. BAB 1 (preview)www.cikgunas.net© 13Langkah Keselamatan:Sebelum melakukan ujian ini, pastikan bekalan kuasa telah di OFF kan dan keluarkan palam 3 pin dari soket.Cabut pendawaian pada geganti beban lampau.Persediaan Alat : Meter PelbagaiProsedur Kerjaa. Laraskan suis pilihan meter pelbagai kepada julat X1 Ω.b. Sentuh kedua-dua probe dan pastikan jarum meter pelbagai bergerak. Rajah 1.13-ac. Sentuh probe merah ke hujung terminal geganti beban lampau dan probe hitam ke hujung satu lagiterminal. Rajah 1.13-bd. Jika jarum penunjuk meter pelbagai bergerak ke sifar bermakna geganti beban lampau dalam keadaanbaik. Jika jarum penunjuk meter pelbagai tidak bergerak bermakna geganti beban lampau telah rosak.e. Laraskan suis pilihan meter pelbagai ke OFF.1.13 Menguji Geganti Beban LampauRajah 1.13
  17. 17. BAB 1 (preview)www.cikgunas.net© 14Persediaan Alat : Meter PelbagaiProsedur Kerjaa. Laraskan suis pilihan meter pelbagai kepada julat X1 Ω.b. Sentuh kedua-dua probe dan pastikan jarum meter pelbagai bergerak. Rajah 1.14-ac. Sentuh probe merah ke hujung terminal suis pintu dan probe hitam ke hujung terminal satu lagi. Rajah 1.14-bd. Tekan punat suis.e. Jika jarum penunjuk meter pelbagai bergerak ke sifar bermakna suis dalam keadaan baik. Jika jarumpenunjuk meter pelbagai tidak bergerak bermakna suis telah rosak.f. Laraskan suis pilihan meter pelbagai ke OFF.1.14 Menguji Suis Pintu Peti Sejuk DomestikRajah 1.14
  18. 18. BAB 1 (preview)www.cikgunas.net© 15Persediaan Alat : Meter PelbagaiProsedur Kerjaa. Laraskan suis pilihan meter pelbagai kepada julat X1 Ω.b. Sentuh kedua-dua probe dan pastikan jarum meter pelbagai bergerak. Rajah 1.15-ac. Tanggalkan mentol dari soketnya dengan berhati-hati.d. Sentuh probe merah ke hujung bahagian mentol dan probe hitam ke sisi bahagian mentol. Rajah 1.15-be. Jika jarum penunjuk meter pelbagai bergerak ke arah sifar bermakna filamen mentol ada keterusan danmentol elok. Jika jarum penunjuk meter pelbagai tidak bergerak bermakna filamen mentol telah terputusdan mentol rosak.f. Laraskan suis pilihan meter pelbagai ke OFF.1.15 Menguji Mentol Kabinet Peti Sejuk DomestikRajah 1.15
  19. 19. BAB 1 (preview)www.cikgunas.net© 16Langkah Keselamatan:Sebelum melakukan ujian ini, pastikan pemuat tersebut telah dinyahcaskan dahulu. Sila periksa nilai pemuattersebut. Dalam ujian ini nilai pemuat ialah 7.5µF (+/- 5%). Rajah 1.16-aPersediaan Alat : Penguji KapasitorProsedur Kerjaa. Lakukan pintasan dengan menyentuhkan kedua-dua punca pemuat dengan kabel bersalut atau pemutarskrew berhulu plastik untuk tujuan nyahcas.b. ON penguji kapasitor.c. Laraskan suis pilihan penguji kapasitor ke 20µF .d. Kapit probe hitam ke terminal pemuat dan probe merah ke terminal satu lagi. Rajah 1.16-be. Catat bacaan pemuat.f. Jika nilai pemuat dalam julat 7.13 µF - 7.88 µF, bermakna pemuat elok. Jika sebaliknya pemuat telah rosak.g. Tanggalkan kedua – dua probe dari pemuat.h. OFF penguji kapasitor.1.16 Menguji PemuatRajah 1.16
  20. 20. BAB 1 (preview)www.cikgunas.net© 17Langkah Keselamatan:Sebelum melakukan ujian ini, pastikan bekalan kuasa telah di OFF kan dan keluarkan palam 3 pin dari soket.Cabut pendawaian pada pemasa nyahbeku.Persediaan Alat : Meter pelbagaiProsedur Kerjaa. Laraskan suis pilihan meter pelbagai kepada julat X100 Ω.b. Sentuh kedua-dua probe dan pastikan jarum meter pelbagai bergerak.c. Kenal pasti punca-punca ini dahulu: Rajah 1.17-ad. Menguji gelung pemasa – sentuh probe merah ke punca (3) dan probe hitam ke punca (1). Jika ada bacaanpemasa elok. Rajah 1.17-be. Menguji suis pemasa – sentuh probe merah ke punca (3) dan probe hitam ke punca (4). Jika jarummenunjukkan infiniti bermakna suis elok. Rajah 1.17-cf. Pusingkan pemasa hingga berbunyi klik. Ulang langkah (e). Jika jarum bergerak ke 0 bermakna suis elok.g. Menguji suis pemanas – sentuh probe merah ke punca (3) dan probe hitam ke punca (2). Jika jarummenunjukkan infiniti bermakna suis pemanas elok. Rajah 1.17-dh. Pusingkan pemasa hingga berbunyi klik. Ulang langkah (g). Jika jarum bergerak ke 0 bermakna suispemanas elok.1.17 Menguji Pemasa Nyahbeku1 – N, 2 – Pemanas, 3 - Suis & Gelung, 4 - Sistem UnitRajah 1.17

×