SENARAI TUGAS AJK HEM
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA HEM
Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Pengawas
a) Jawatankuasa Lembaga Pengawas
• Melantik Pengawas
• Melantik ketua Pengawas sebagai ketua pemimpin pelajar
• Menasihatkan dan membimbing pengawas
• Menjalankan kursus dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian bagi memantapkan
kepimpinan Pengawas
b) Jawatankuasa Disiplin Murid
• mengaturkan dasar-dasar serta program-program untuk meningkatkan disiplin pelajar
• bertanggungjawab sebagai satu badan penasihat pelajar-pelajar sekolah
• Memberi nasihat dan amaran kepada pelajar yang melanggar peraturan dan disiplin
sekolah
• Membuat keputusan menentukan hukuman keatas pelajar yang melakukan kesalahan.
• Bertanggungjawab ke atas keseluruhan disiplin pelajar
• Bertanggungjawab menyelia, mengemaskini atau meminda peraturan sekolah
• Memberi nasihat atau taklimat tentang disiplin kepada pelajar
• Bekerja erat bersama pegawai perhubungan polis sekolah dengan mengadakan
ceramah, lawatan berkala dan program pemantapan disiplin di sekolah
Jawatankuasa Kebersihan, Keselamatan dan Keharmonian Sekolah
a) Bangunan dan kelas
• Mengawasi kebersihan dan keceriaan bangunan sekolah agar sentiasa terjaga
• Menganjur dan mengelola projek-projek kebersihan dan keceriaan
• Bekerjasama dengan guru bertugas harian untuk menentukan bangunan sekolah dan
kelas sentiasa kemas, bersih dan teratur
• Memastikan semua kelas mempunyai penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah
yang mencukupi untuk setiap penggal
• Memberi amaran dan denda jika kelas-kelas tidak mematuhi arahan
• Menggalakkan pelajar menghias dan menampal bahan-bahan yang berkaitan dengan
pelajaran di papan kenyataan di dalam kelas.
• Mengambil tindakan segera sekiranya harta benda dan belajar terancam
b) kawasan sekolah
• Mengawasi kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah
• Mengadakan projek-projek penanaman pokok-pokok perhiasan untuk kawasan
sekolah
• Mengadakan tatacara penjagaan pokok-pokok di kawasan sekolah
• Menghubungi DBKL atau pihak lain untuk mendapatkan bantuan bahan menanam
• Membantu dalam menghiasi pentas dewan terbuka semasa majlis-majlis rasmi
sekolah
c) Kantin Sekolah
• Memeriksa kebersihan kantin termasuk kawasan kantin, mutu makanan yang dijual,
harga, perabot kantin, sinki, longkang, tong sampah dan lain-lain yang berkaitan
• Menapiskan sebarang aduan, sungutan atau laporan dari kakitangan dan pelajar
• Membantu guru bertugas membuat laporan mengenai kantin sekolah
• Menentukan kantin sentiasa dalam keadaan bersih, teratur dan selesa
• Bertugas semasa waktu rehat untuk mengawasi disiplin pelajar semasa rehat-
Membantu guru bertugas menjaga disiplin pelajar semasa perhimpunan selepas rehat
d) Jawatankuasa Keselamatan dan Latihan Kebakaran
• Memastikan segala aspek keselamatan sekolah dikawal dengan rapi
• Mengadakan kawad kebakaran dua kali setahun
• Mengambil tindakan segera sekiranya sekolah, harta benda awam serta pelajar
terancam
• Memastikan pelawat-pelawat mendapatkan pas yang sah
• Mencegahkan kes-kes gangsterimse dan peras ugut
• Memastikan laluan kenderaan di hadapan sekolah sentiasa dalam keadaan terkawal
e) Jawatankuasa Penyelenggaraan Perabot dan Bangunan
• Menerima bekalan perabot baru dan menyimpan buku stok untuk disimpan di akhir
tahun
• Memastikan semua perabot mencukupi dan dalam keadaan baik dan bersih
• Melaporkan kepada pihak pentadbir sekiranya perabot tidak mencukupi
• Membaiki perabot yang rosak-Menomborkan dan memastikan perabot-perabot berada
dalam keadaan terkawal
f) Jawatankuasa Tandas
• Mengawalselia penggunaan tandas murid lelaki dan perempuan
• Memastikan pekerja pembersihan swasta menjalankan tugas membersihkan tandas
sebanyak 3 kali sehari
• Memantau dan memastikan murid menggunakan tandas dengan cara yang betul
• Mengadakan ?Pemeriksaan Kejut? dari masa ke semasa untuk mengekalkan
keselesaan dan kebersihan dalam tandas.
• Mengadakan ceramah / takimat kepada murid tentang penjagaan dan penggunaan
tandas di sekolah
• Melaporkan dan mengambil tindakan proaktif dalam penyelesaian masalah-masalah
yang timbul
• Mengatur program dan tatacara penggunaan tandas yang sesuai supaya kebersihan
tandas sentiasa dijaga
g) Jawatankuasa Pencegahan Denggi
• Bekerjasama dengan guru tingkatan untuk mendapatkan data kes denggi yang
melibatkan murid sekolah dan melaporkan ke JPWP
• Mengadakan ceramah, program pencegahan wabak denggi di sekolah
• Bekerjasama dengan pekerja pembersihan swasta daam pembasmian tempat
pembiakan nyamuk di kawasan sekolah
• Mengadakan pemeriksaan berkala kawasan sekolah supaya bebas daripada tempat
takungan air dan membubuh ubat ?ABATE? jika perlu
• Bekerjasama dengan DBKL dan meminta semburan ubat ?Fogging? kawasan sekolah
jika perlu
Jawatankuasa Pinjaman Buku Teks
• Menyimpan stok SPBT dan menyemaknya di awal dan akhir tahun-Memproses semua
borang SPBT
• Mengedar buku-buku teks kepada pelajar yang layak dan mengutip baik buku teks
pada akhir penggal
• Menerima buku teks dari Kementerian Pelajaran dan merekodkan ke dalam buku stok
• Mengisi dan menyempurnakan borang-borang SPBT dan lain-lain borang yang
berkaitan dengan SPBT
• Menyediakan arahan-arahan tentang pengurusan SPBT dan memaklumkan kepada
semua guru dan pelajar
• Memastikan pelajar-pelajar menjaga kebersihan buku pinjaman dan menggantikan
buku yang rosak
Jawatankuasa Biasiswa dan Kebajikan Murid / Jawatankuasa Bantuan Murid Sekolah
• Menyimpan rekod pelajar yang menerima biasiswa atau bantuan
• Memberi nasihat kepada pemegang biasiswa cara mengguna wang biasiswa yang
diberikan
• Berhubung dengan kerani sekoah tentang surat-menyurat untuk menuntut wang
biasiswa dari Jabatan Pelajaran
• Menyelaras buku akaun pemegang biasiswa
• Berhubung dengan Penolong Kanan dan kerani tentang pemegang biasiswa yang
masuk dan keluar sekolah
• Menyelaras kutipan derma hal-hal kecemasan dan kematian
• Bekerjasama dengan JK Tabung Kebajikan PIBG
Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling
• Merancang dan menyelaras program bimbingan dan kaunseling bersama guru-guru
bimbingan dan kaunseling
• Menyelaras dan menyelia rekod bimbingan dan kaunseling pelajar dan menyediakan
laporan yang diperlukan
• Menganjurkan ceramah-ceramah kerjaya untuk semua pelajar
• Merancang dan menyelaras program PRS
• Bersedia membimbing pelajar-pelajar dalam memilih kerjaya mereka
• Menjalankan program motivasi untuk pelajar
• Menjalankan program teknik menjawab soalan peperiksaan
• Memberi khidmat kaunseling yang sewajarnya kepada murid-murid bermasalah
disiplin yang dirujuk kepadanya
• Mengadakan kaunseling individu dan kelompok kepada murid-murid yang
memerukannya
• Menyusunatur dan melaksanakan program terancang sepanjang tahun dalam
membantu sekolah membangunkan akademik, kokurikulum dan disiplin murid
Jawatankuasa Kesihatan dan Pergigian Murid
• Menguruskan dan menyelaras program kesihatan yang dianjurkan oeh DBKL
• Menyediakan peti pertolongan kecemasan di bilik guru, bilik kesihatan, pejabat
sekolah
• Menganjurkan ceramah-ceramah tentang kesihatan-Menguruskan bilik kesihatan
supaya selalu bersih dan boleh digunakan oleh murid sakit bila perlu
• Memaparkan info-kesihatan pada papan kenyataan bagi mendidik murid tentang
kepentingan menjaga kesihatan dari semua aspek
.Jawatankuasa Majalah Sekolah
• Bertanggungjawab menubuhkan redaksi majalah sekolah
• Menentukan kandungan yang sesuai untuk majalah sekolah
• Mendapatkan iklan majalah sekolah
• Memilih dan menyunting bahan daripada pelajar
• Menguruskan sesi bergambar serta pengambilan gambar untuk semua aktiviti sekolah
• Mengedarkan majalah kepada pelajar dan sekolah-sekolah lain
Jawatankuasa Buku Kedatangan Pelajar dan Data Ponteng
• Menyemak dan memeriksa buku kedatangan pelajar
• Mengingatkan guru kelas supaya mengirim surat kepada penjaga jika didapati pelajar
selalu tidak hadir dan ponteng
• Menentukan buku kedatangan pelajar diisi dengan betu dan ditutup tiap-tiap akhir
bulan
• Membimbing guru untuk mengisi segala butir-butir dengan betu sebagaimana yang
dikehendaki
• Memastikan buku jadual kedatangan pelajar disimpan dalam tempat yang
• Mengingatkan guru-guru bahawa buku jadual kedatangan pelajar tidak boleh dibawa
pulang
• Mengisi borang kenyataan ponteng tiap-tiap bulan bila buku kedatangan murid
ditutup
• Menempatkan pelajar-pelajar di dalam kelas
• Menguruskan kemasukan pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan
• Mengawal pencatatan bilangan kemasukan murid di dalam BUKU PENDAFTARAN
SEKOLAH
• Mengingatkan guru tingkatan dan memastikan rekod enrolmen terkini setiap tingkatan
dicatat pada papan kenyataan dalam pejabat
Jawatankuasa Sistem Maklumat Murid (SMM) dan Sistem Salahlaku Disiplin Murid
(SSDM)
• Memastikan semu butiran SMM dimasukkan ke dalam komputer oleh guru tingkatan
• Menghantar maklumat SMM/SSDM yang lengkap ke Jabatan Pelajaran mengikut
jadual yang ditetapkan
• Menyemak dan mengemaskini rekod SMM/SSDM dari masa ke masa dengan bantuan
guru tingkatan