Se ha denunciado esta presentación.
Se está descargando tu SlideShare. ×

Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya

Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
KERJA KURSUS
PGA 102
PERKEMBANGAN INTRAPERSONAL
DAN
INTERPERSONAL REMAJA
SEMESTER 1
SIDANG AKADEMIK 2012/ 2013
HUBUNGAN RA...
PENGHARGAAN
ALHAMDULILLAH, setinggi-tinggi pujian ke hadrat Allah S.W.T di atas segala limpahan kurnia
rahmatnya yang tela...
Muka Surat
PENGHARGAAN ii
SUSUNAN KANDUNGAN iii
SENARAI GRAF iii
SENARAI LAMPIRAN iii
1.0 PENGENALAN
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
3...
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Próximo SlideShare
Temu bual
Temu bual
Cargando en…3
×

Eche un vistazo a continuación

1 de 27 Anuncio

Más Contenido Relacionado

Presentaciones para usted (20)

Similares a Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya (20)

Anuncio

Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya

  1. 1. KERJA KURSUS PGA 102 PERKEMBANGAN INTRAPERSONAL DAN INTERPERSONAL REMAJA SEMESTER 1 SIDANG AKADEMIK 2012/ 2013 HUBUNGAN RAKAN SEBAYA NAMA AHLI KUMPULAN : 1) ZULHAKIM BIN BUSTAMI ( 117669 ) 2) STEVESON STEWARD ANAK PATRICK ( 117666 ) 3) MUHAMAD NAZRI BIN ABDUL KARIM (117630) PUSAT PENGAJIAN : ILMU PENDIDIKAN DISEDIAKAN UNTUK : DR. SALMIZA SALEH PENSYARAH PGA 102 - PERKEMBANGAN INTRAPERSONAL DAN INTERPERSONAL REMAJA TARIKH HANTAR :10 DISEMBER 2012
  2. 2. PENGHARGAAN ALHAMDULILLAH, setinggi-tinggi pujian ke hadrat Allah S.W.T di atas segala limpahan kurnia rahmatnya yang telah mengizinkan kajian ini dapat diselesaikan. Oleh itu, terlebih dahulu kami ingin merakamkan ucapan setinggi - tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dr Salmiza binti Saleh, selaku pensyarah atau penyelaras yang juga merupakan tutor kami untuk kursus PGA 102 bagi semester satu, sidang akademik 2012/ 2013 kerana telah memberi tunjuk ajar, bimbingan, panduan dan kritikan yang membina serta membetulkan kelemahan kami sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Tanpa bimbingan dan usaha beliau yang tidak jemu mencurahkan ilmu kepada kami, sudah tentu kami tidak berjaya menyelesaikan tugasan kajian ini. Tidak lupa juga, terima kasih daun keladi diucapkan kepada rakan - rakan seperjuangan yang begitu banyak memberi sokongan, kerjasama dan bantuan dalam proses kami menyiapkan kajian ini baik secara langsung mahupun tidak langsung. Tidak ketinggalan juga, jutaan terima kasih juga kami ucapkan kepada para responden yang sudi bekerjasama dengan kami dalam mengumpul data – data kajian. Kepada semua ahli keluarga kami, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana sentiasa memberikan dorongan dan semangat yang tidak terhingga. Dalam kesempatan ini, kami sekali lagi ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara baik langsung mahupun tidak langsung membantu kami menyiapkan kajian ini. Tanpa kalian, usaha kami ini tidak akan membuahkan hasil yang baik. Terima kasih semua. Sebelum menutup bicara, kami juga ingin menyusun sepuluh jari, memohon kemaafan seandainya kami melakukan kesilapan, baik secara sengaja mahupun tidak sengaja kepada kalian. Sesungguhnya yang baik datang dari Allah S. W. T, yang buruk datangnya dari kelemahan kami sebagai insan biasa. Akhir kalam, kami memimpin. Sekian, terima kasih. Zulhakim Bin Bustami Steveson Steward Anak Patrick Muhamad Nazri Bin Abdul Karim SUSUNAN KANDUNGAN
  3. 3. Muka Surat PENGHARGAAN ii SUSUNAN KANDUNGAN iii SENARAI GRAF iii SENARAI LAMPIRAN iii 1.0 PENGENALAN 2.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.0 PERSOALAN KAJIAN 4.0 SIGNIFIKAN KAJIAN 5.0 TINJAUAN LITERATUR 6.0 METODOLOGI KAJIAN 7.0 DAPATAN KAJIAN 8.0 KESIMPULAN 9.0 LAMPIRAN 10.0 RUJUKAN SENARAI GRAF GRAF BAR 1: ANALISIS DATA SOAL SELIDIK ASPEK 1 GRAF BAR 2: ANALISIS DATA SOAL SELIDIK ASPEK 2 GRAF BAR 3: ANALISIS DATA SOAL SELIDIK ASPEK 3 GRAF BAR 4: ANALISIS DATA SOAL SELIDIK ASPEK 4 SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A: BORANG SOAL SELIDIK
  4. 4. 1.0 PENGENALAN Rakan sebaya dan keluarga merupakan kumpulan yang paling dekat dan paling penting dalam kehidupan seseorang remaja. Lazimnya seseorang remaja akan bergaul dengan keluarga mereka yang terdiri daripada ibu bapa dan adik beradik ketika berada di rumah. Apabila mereka berada di luar rumah pula, mereka akan bergaul dengan rakan sebaya. Namun, oleh sebab remaja lebih banyak menghabiskan lebih banyak masa bersama rakan sebaya berbanding keluarga mereka, maka tidak hairanlah terdapat remaja yang mengutamakan rakan sebaya lebih daripada keluarga mereka. Menurut Syarifah Alwiah Alsagof (1987), rakan sebaya boleh di definisikan sebagai sahabat yang mempunyai umur, latar belakang dan minat yang lebih kurang sama. Menurut Saffer (1999) pula, rakan sebaya membawa erti dua atau lebih individu yang mempunyai aras tingkah laku yang sama. Mereka juga mempunyai persefahaman antara satu sama lain. Menurut beliau lagi, rakan sebaya ini tidak semestinya mempunyai umur yang sama, asalkan dapat menyesuaikan diri dengan tingkah laku antara satu sama lain dari segi minat dan matlamat. Terdapat enam peringkat dalam perhubungan rakan sebaya. Peringkat yang pertama adalah antara umur 5-12 tahun, peringkat kedua 12-14 tahun, peringkat ketiga 14-16 tahun, peringkat keempat 16-18 tahun, peringkat kelima 18-25 dan yang terakhir iaitu peringkat keenam iaitu berumur 25 tahun dan ke atas. Dalam pemilihan rakan sebaya pula, terdapat beberapa faktor yang diambil kira oleh seseorang remaja, iaitu pendidikan, tarikan, minat, kelas sosial dan umur. Rakan sebaya juga merupakan insan yang amat penting kepada seseorang remaja kerana rakan sebayalah agen peneguhan dan model sosial kepada mereka. Tidak dapat dinafikan juga, rakan sebaya memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan setiap individu terutamanya remaja. Mereka berperanan sebagai
  5. 5. pengganti keluarga, sebagai tempat rujukan dan sebagai kumpulan rujukan dalam kehidupan seseorang remaja. Selain itu rakan sebaya juga turut berperanan sebagai pemberi sokongan sosial dan ekonomi. Jadi, oleh sebab rakan sebaya begitu penting dalam kehidupan seseorang remaja, maka tidak hairanlah pengaruh seseorang rakan sebaya sangat kuat kepada seseorang remaja. Terdapat dua jenis pengaruh rakan sebaya dalam kehidupan seseorang remaja, iaitu pengaruh positif dan pengaruh negatif. Pengaruh rakan sebaya yang positif dapat membentuk sikap dan keperibadian yang mulia pada diri seseorang remaja itu, manakala pengaruh yang negatif pula akan menyebabkan seseorang remaja terjerumus ke kancah gejala sosial seterusnya meranapkan masa hadapan remaja tersebut. Dalam kajian ini, kumpulan kami telah menggunakan golongan remaja sebagai subjek utama kajian kami. Kajian ini telah dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif, iaitu melalui kaedah soal selidik yang telah dijalankan ke atas sembilan orang responden yang terdiri daripada mahasiswa tahun pertama, sidang akademik 2012/2013 Universiti Sains Malaysia.
  6. 6. 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Secara spesifik, kajian ini bertujuan untuk: • Mengenal pasti faktor- faktor yang mempengaruhi seseorang remaja dalam memilih rakan sebaya. • Mengenal pasti kepentingan rakan sebaya kepada remaja. • Mengenal pasti peranan- peranan rakan sebaya dalam kehidupan seseorang remaja. • Mengetahui pengaruh- pengaruh rakan sebaya kepada remaja. 3.0 PERSOALAN KAJIAN: Persoalan kajian ini adalah seperti berikut: • Apakah faktor- faktor yang mempengaruhi seseorang remaja dalam memilih rakan sebaya? • Sejauh manakah rakan sebaya penting kepada seseorang remaja? • Sejauh manakah rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang remaja? • Apakah pengaruh- pengaruh rakan sebaya kepada remaja?
  7. 7. 4.0 SIGNIFIKAN KAJIAN Kajian yang dijalankan diharap dapat memberikan maklumat dan pengetahuan kepada semua pihak yang terlibat di dalam kajian ini sama ada secara langsung ataupun tidak. Antara signifikan kajian ini adalah: (1) Kajian ini diharap dapat memberikan maklumat kepada pihak - pihak tertentu mengenai hubungan rakan sebaya, iaitu dari aspek faktor- faktor yang mempengaruhi pemilihan rakan sebaya, kepentingan rakan sebaya, peranan rakan sebaya dan pengaruh rakan sebaya. (2) Diharapkan dengan dapatan kajian ini, pihak – pihak yang bertanggungjawab dapat menggunakannya sebagai sumber rujukan dan maklumat dalam usaha membendung masalah sosial yang kian merebak dalam kalangan remaja di negara kita yang dikatakan berpunca daripada rakan sebaya. (3) Dengan dapatan kajian ini juga, diharapkan dapat membantu para responden untuk membuat penilaian kendiri ke atas hubungan mereka dengan rakan sebaya mereka. Penilaian ini diharap dapat meyakinkan individu tersebut bahawa rakan sebaya merupakan suatu aspek penting dalam kehidupan seseorang, khasnya golongan remaja. (4) Kajian ini juga diharap boleh menjadi satu maklumat dan rujukan bagi individu yang ingin melakukan penyelidikan mengenai perkara – perkara yang perlu dititikberatkan dalam perhubungan rakan sebaya. (5) Menggunakan maklumat yang ada untuk memantapkan program pembimbing rakan sebaya sebagai satu sistem sokongan sosialdalam kalangan pelajar - pelajar sekolah berkaitan dengan program remaja di peringkat negeri dan kebangsaan pada masa akan datang.
  8. 8. 5.0 TINJAUAN LITERATUR Menurut Klausmerier et. al (1975), di dalam hal-hal seperti tanggungjawab moral, keberanian, kejujuran, kemesraan dan lain-lain, para remaja dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan rakan sebaya yang lebih tinggi daripada pengaruh ibu bapa. Faktor ini banyak menimbulkan penggeseran di antara para remaja dengan ibu bapa. Para remaja menganggap ibu bapa sebagai pengongkong kebebasan diri. Ibu bapa pula berasa keliru dengan tingkah laku dan tindak - tanduk remaja dan sebarang usaha untuk menegakkan identiti diri dianggap sebagai menentang. Kekeliruan ini memburukkan dan akhirnya menimbulkan masalah. Apabila remaja menemui masalah seperti ini, dia memerlukan seorang sebagai tempat mengadu hal, mendapat panduan dan pertolongan. Kadang - kala mereka merasa lebih selesa berbincang atau bercerita masalah mereka dengan rakan sebaya mereka. Segala aktiviti remaja dipengaruhi oleh rakan sebayanya. Menurut Mustafa Fahmi (1971), beliau menyatakan remaja cenderung menuruti tingkah laku kumpulan yang mana ia berada di dalamnya. Remaja di peringkat awalan ini akan bersungguh – sungguh mencuba bertingkah laku seperti tingkah laku kumpulannya. Remaja ini juga akan melakukan atau membuat apa - apa yang dilakukan atau dibuat oleh kumpulannya. Muhd. Mansur Abdullah dan rakan-rakan (1988) menyatakan dengan mencontohi rakan sebayanya, belia kita akan dapat belajar satu tingkah laku baru yang cuba diserap dan disesuaikan pula ke dalam personalitinya. Oleh itu, pemilihan rakan sebaya adalah sangat penting. Dalam hal ini , siapakah yang patut menentukan jenis rakan sebaya yang menjadi pilihan? Dalam Islam, ibu bapa sendiri mengenal pasti rakan-rakan yang berakhlak mulia (Osman Ayub, 1990). Melalui rakan-rakannya yang positif ini, akan wujudlah model -model positif yang boleh dikembangkan di semua peringkat. Di Malaysia, program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah dijalankan supaya rakan sebaya dimanfaatkan untuk membaiki disiplin dalam kalangan pelajar.
  9. 9. Dalam aspek pengaruh rakan sebaya dapatan kajian lepas menunjukkan pelajar menghisap rokok secara berkumpulan atau bersama rakan. Pelajar juga menganggap peraturan atau undang-undang sekolah sebagai sesuatu yang remeh dan tidak perlu dipatuhi. Mereka akan membentuk kumpulan tersendiri dan mengadakan peraturan tertentu dan setiap ahli kumpulan hendaklah mematuhinya. Hal ini mula menimbulkan masalah disiplin seperti peras ugut dan pergaduhan. Biasanya, apabila ahli kumpulan dipukul, mereka akan membalas secara berkumpulan (Dewan Masyarakat, April 1995). Dapatan kajian yang disebutkan di atas sejajar dengan dapatan kajian peringkat nasional yang dijalankan oleh Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1993 yang menunjukkan punca salah laku dalam kalangan pelajar adalah disebabkan oleh faktor diri, keluarga, persekitaran rakan sebaya dan juga sekolah. Sebagai contoh, kajian tersebut mendapati pada tahun 1993 kira-kira 81.03 peratus melakukan kerana faktor kekeluargaan 4.10 peratus kerana pengaruh rakan sebaya dan 1.24 peratus kerana faktor persekolahan (Dewan Masyarakat, April 1995). Mengikut kajian Kamarudin (1989), tahap pencapaian dalam pelajaran pelajar dalam sesuatu mata pelajaran adalah disebabkan oleh faktor kawan. Pelajar yang memilih kawan yang baik dan cemerlang dalam mata pelajaran menyebabkan mereka juga akan cemerlang dalam mata pelajaran, tetapi jika mereka silap memilih kawan menyebabkan mereka juga akan mendapat kegagalan dalam mata pelajaran. Oleh itu, secara tidak langsung minat seseorang pelajar untuk sama - sama bersaing dengan rakan sekelas dalam mata pelajaran dapat dipertingkatkan dengan memilih rakan yang dapat membimbing mereka ke arah yang diinginkan. Sejauh mana seorang pelajar bergantung kepada rakan sebaya adalah dilihat kepada pengaruh tarikan yang ada pada diri individu itu. Apabila pelajar itu sudah yakin pada rakan pilihannya, hubungan antara kedua - duanya akan menjadi bertambah erat dan apa - apa yang dilakukan oleh rakannya, maka dia juga akan turut melakukannya juga. Habibah (1997) menyatakan rakan sebaya ialah mereka yang tergolong dalam kumpulan sama dan mempunyai persamaan dari minat, nilai dan aktiviti yang dilakukan
  10. 10. oleh rakan sebaya mempunyai pengaruh yang penting dalam pencapaian akademik remaja. Mereka boleh mempengaruhi pelajar dari segi nilai dan sikap lebih daripada ibu bapa, sekolah, institusi agama dan kumpulan sosial yang lain. Remaja menghabiskan masa mereka dengan pelbagai cara. Dalam kajian yang dijalankan oleh Larson (1984) dalam Habibah (1997), didapati remaja menghabiskan kurang satu pertiga daripada masa mereka dalam aktiviti produktif seperti belajar, kerja sekolah dan kerja sambilan. Kurang daripada satu pertiga lagi daripada masa mereka dihabiskan untuk kegiatan masa lapang seperti bergaul dengan kawan-kawan, sukan, permainan, menonton televisyen, mendengar muzik, berehat dan memberi tumpuan kepada hobi. Kira - kira 16 peratus daripada mereka juga dikelaskan kepada pergaulan sementara iaitu mereka menghabiskan satu pertiga dari masa mereka berjaga bersama - sama kawan sebaya sama ada di sekolah mahupun luar sekolah. Remaja juga didapati berasa paling seronok apabila bersama-sama rakan sebaya. Ahli sosiologi mengistilahkan rakan sebaya sebagai kumpulan kanak-kanak ataupun kumpulan remaja yang mempunyai lingkungan umur yang sama (Hazil Abdul Hamid: 1990; 89). Kumpulan rakan sebaya ini mempunyai peranan dalam aktiviti sosial. Ia adalah agensi tidak formal yang memberikan pengalaman yang tidak dapat diperolehi daripada keluarga dan juga di sekolah. Bagi para pelajar, rakan sebaya adalah tempat mereka mencurahkan masalah dan pengganti ibu bapa, terutamanya bagi golongan yang mempunyai masalah di rumah. Remaja biasanya akan memilih rakan sebaya yang mempunyai persamaan tingkah laku, sikap dan identiti dengan mereka (Akers, Jones & Coyle, 1998; Hogue & Steinberg, 1995). Selain dipengaruhi mereka juga didominasi oleh rakan sebaya (Brown, 1990). Berndt (1979) telah membuat suatu kajian tentang kecenderungan menurut seseorang remaja. Beliau mendapati bahawa kecenderungan rakan sebaya paling tinggi pada umur 14 hingga 15 tahun. Malah konflik dengan ibu bapa paling banyak berlaku pada tahap ini. Ini kerana kecenderungan menurut tingkah laku anti sosial paling tinggi pada umur ini. Remaja lebih cenderung menurut pengaruh rakan sebaya kerana mereka berada dalam proses membebaskan diri daripada pengaruh ibu bapa dan mereka mula berfikir untuk diri sendiri.
  11. 11. Menurut Rohaty (1998), Habibah dan Noran Fauziah (1997); Muhd. Mansur dan Siti Nordinar (1988), remaja merupakan zaman peralihan dalam pusingan hidup seseorang. Banyak perubahan yang berlaku pada zaman ini, sama ada dari segi fizikal atau emosi. Keremajaan merupakan satu jangka masa yang mencabar dalam perkembangan seseorang. Rogers (1972) membahagikan masa remaja kepada tiga peringkat iaitu awal remaja (12 – 15 tahun), pertengahan remaja (15 – 18 tahun) dan akhir remaja (18 – 22 tahun). Namun begitu, umur akhir remaja masih dipertikaikan lagi kerana terdapat perbezaan budaya dan negara yang membezakan peringkat akhir remaja. Seltzer dan Waterman (1996) menjelaskan pada awal remaja, mereka mula mencari identiti sendiri. Rujukan utama mereka tentang tingkah laku, identiti dan masa depan ialah kumpulan rakan sebaya. Rakan sebaya adalah tempat melafazkan fikiran dan emosi. Pada zaman remaja juga, wujud Peership iaitu persahabatan yang unik kepada remaja. Rakan sebaya berumur lebih kurang sama dengan remaja tersebut. Rakan sebaya bagi remaja terdiri daripada rakan persekolahan, rakan yang tinggal di kawasan perumahan yang sama, rakan-rakan dalam aktiviti riadah dan sukan yang sama. Wujud kumpulan rujukan psikologikal remaja apabila remaja memerlukan pemisahan dari kongkongan ibu bapa untuk menjadi dewasa. Mereka lebih bergantung kepada rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan sumber utama dalam meniru gaya dan tingkah laku dan aspirasi.
  12. 12. 6.0 METODOLOGI KAJIAN Ketika menjalankan kajian ini, kumpulan kami telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mengumpulkan data-data kajian dan maklumat yang berkaitan hubungan rakan sebaya. Kaedah kajian yang digunakan oleh kumpulan kami terdiri daripada: 6.1 Instrumen Pertamanya, instrumen utama yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Instrumen berbentuk soal selidik merupakan cara yang paling berkesan bagi mendapatkan maklumat daripada responden (Tuckman, 1978). Cates (1980) pula berpendapat, penggunaan instrumen berbentuk soal selidik adalah amat berkesan jika ia disediakan dengan baik dan mempunyai item-item yang konsisten dan boleh dipercayai. Dalam keadaan masa dan kos yang terhad, ia merupakan cara yang paling sesuai digunakan. Dengan menggunakan soal selidik juga responden tidak perlu menulis nama dan ini memungkinkan mereka menjawab dengan jujur (Cockburn, 1996). Selain itu, penggunaan soal selidik adalah lebih sesuai kerana ia lebih praktikal, berkesan dan menjimatkan perbelanjaan. Pembinaan soal selidik ini telah dilakukan berdasarkan beberapa andaian yang telah dicadangkan oleh Wolf (1988) iaitu:
  13. 13. i) Responden mudah membaca dan memahami item-item soal selidik ii) Responden mempunyai pengetahuan atau pengalaman yang mencukupi untuk menjawab item-item dalam soal selidik iii) Responden menjawab soal selidik secara sukarela dan ikhlas Kumpulan kami membuat soal selidiknya sendiri di samping mendapat tunjuk ajar daripada pensyarah bimbingan. Soal selidik ini terdiri daripada 2 bahagian utama iaitu Bahagian 1 dan Bahagian 2 sebagaimana diterangkan di bawah ini: Bahagian 1: Mengumpul maklumat mengenai butiran peribadi responden iaitu jantina, bangsa dan umur. Responden dikehendaki mengisi tempat kosong yang disediakan. Bahagian 2: Bahagian ini terdiri daripada empat aspek, iaitu Aspek 1: Faktor- faktor yang mempengaruhi pemilihan rakan sebaya, Aspek 2: Kepentingan rakan sebaya, Aspek 3: Peranan rakan sebaya, dan Aspek 4: Pengaruh rakan sebaya. Kami telah mengedarkan borang soal selidik ini kepada sembilan orang responden yang terdiri daripada mahasiswa tahun pertama Universiti Sains Malaysia. Demi mendapatkan data kajian yang lengkap dan menyeluruh, kami memilih responden-responden daripada pelajar – pelajar yang mengikuti kursus pengajian yang berbeza iaitu Sastera dengan Pendidikan, Ilmu Kemanusiaan, Sains Kaji Hayat, Geofizik dan Teknologi Industri. Selain itu, mereka juga dipilih berdasarkan kriteria jantina, umur, bangsa dan agama yang berbeza. Rasional kumpulan kami menjadikan mahasiswa tahun pertama sebagai subjek kajian ialah mereka tergolong dalam tahap remaja ketiga, iaitu tahap akhir remaja ( Steinberg, 1999) dan mereka amat sesuai kerana mereka berada dalam dua dimensi yang berbeza, iaitu bakal menamatkan zaman remaja dan mula memasuki alam dewasa. Maka, merekalah subjek yang paling sesuai kerana mereka memahami golongan remaja, dan dalam masa yang sama, mereka bakal menjadi golongan dewasa.
  14. 14. 6.2 Pemerhatian Seterusnya, kami juga turut menggunakan kaedah pemerhatian untuk memperoleh data-data dan maklumat kajian. Pemerhatian ini telah dilakukan terhadap mahasiswa Universiti Sains Malaysia. Pemerhatian yang dilakukan adalah terhadap aspek pergaulan dan tingkah laku mahasiswa dalam perhubungan dengan rakan sebaya. 6.3 Sumber Internet Internet juga menjadi salah satu kaedah dalam mengumpul data-data dan maklumat berkaitan hubungan rakan sebaya. Melalui rujukan internet, kami memperoleh maklumat berkaitan kajian-kajian lepas dan isu - isu semasa berkaitan tajuk ini. 6.4 Sumber Buku Akhir sekali, kaedah yang digunakan oleh kami adalah dengan membuat rujukan di perpustakaan. Kami mencari buku-buku yang berkaitan dengan tajuk kajian yang dilakukan oleh kami.
  15. 15. 7.0 DAPATAN KAJIAN Graf Bar 1: Analisis data soal selidik bagi Aspek 1: Faktor – faktor yang mempengaruhi pemilihan rakan sebaya. Graf bar 1 di atas menunjukkan analisis data soal selidik bagi Aspek 1: Faktor – faktor yang mempengaruhi pemilihan rakan sebaya. Demi mencapai objektif kajian, sebanyak tujuh soalan telah dirangka untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan rakan sebaya. Soalan 1: Anda sering menitikberatkan faktor tarikan (personaliti atau paras rupa) dalam pemilihan rakan sebaya? Menurut Azizi (2006), faktor luaran seperti faktor penampilan diri yang menarik menjadi salah satu aspek yang diambil kira oleh seseorang dalam pemilihan rakan sebaya. Menurut beliau lagi, seseorang individu tertarik kepada individu lain yang memiliki fizikal yang menarik kerana adanya andaian bahawa yang cantik adalah baik, aktif , tegas, dan sebagainya. Merujuk kepada data kajian yang diperoleh bagi soalan pertama, didapati hanya
  16. 16. 2 orang responden yang bersetuju bahawa faktor tarikan menjadi aspek penting dalam pemilihan rakan sebaya mereka manakala 7 orang responden yang lain menyatakan ketidaksetujuan mereka. Majoriti berpendapat bahawa paras rupa dan personaliti bukanlah satu faktor yang penting dalam pemilihan rakan sebaya. Hal ini bermakna, tidak semua remaja memilih rakan sebaya yang hanya mempunyai tarikan. Soalan 2: Anda hanya akan memilih individu yang berkongsi minat yang sama dengan anda sebagai rakan sebaya anda? Azizi (2006) mengatakan faktor kedekatan atau proximity juga mempengaruhi seseorang remaja dalam pemilihan rakan sebaya. Seseorang individu akan lebih tertarik untuk mengenali seseorang individu lain yang berada dekat dengannya (Festinger, 1950). Kedekatan di sini bermaksud wujudnya perkara yang menjadi dua indivdu tersebut menjadi lebih dekat. Antaranya adalah persamaan dari segi minat. Remaja biasanya akan memilih rakan sebaya yang mempunyai persamaan tingkah laku, sikap, minat dan identiti dengan mereka (Akers, Jones & Coyle, 1998; Hogue & Steinberg, 1995). Bagi soalan kedua pula, data soal selidik menunjukkan hanya 3 orang responden bersetuju dengan soalan tersebut, iaitu mereka hanya memilih rakan sebaya yang hanya dari kalangan individu yang berkongsi minat dengan mereka. 6 orang responden yang lain tidak bersetuju bahawa minat merupakan salah satu faktor dalam pemilihan rakan sebaya mereka. Mereka lebih terbuka dalam pemilihan rakan sebaya. Mereka tidak kisah untuk berkawan dengan rakan sebaya mereka yang mempunyai minat dan hobi yang berbeza. Soalan 3: Anda menjadikan faktor usia sebagai kriteria utama untuk anda memilih rakan sebaya? Bagi soalan ini, seramai 4 orang responden menyatakan persetujuan mereka bahawa usia merupakan salah satu kriteria utama dalam pemilihan rakan sebaya manakala selebihnya tidak bersetuju tentang soalan berkenaan. Majoriti daripada responden mengatakan usia bukanlah faktor penting dalam pemilihan rakan sebaya. Hal ini demikian kerana kehidupan di luar membuatkan remaja perlu lebih bersosial dan berkawan dengan segenap lapisan umur. Sebagai contoh, kehidupan di universiti yang penuh cabaran dan dugaan membuat seseorang remaja terpaksa berkawan dengan semua orang tanpa mengira usia untuk meneruskan kehidupan di universiti. Maka melalui data soal selidik yang diperolehi bagi soalan ini, kami
  17. 17. dapat menyimpulkan bahawa faktor usia bukanlah faktor yang penting dalam pemilihan rakan sebaya. Soalan 4: Anda hanya memilih rakan sebaya dari kalangan pelajar yang mempunyai tingkah laku dan pencapaian yang baik di sekolah/ universiti? Para responden menunjukkan respons positif bagi soalan ini apabila semua mereka bersetuju bahawa rakan sebaya mereka terdiri daripada golongan yang baik daripada segi tingkah laku dan pencapaian akademik seseorang itu. Rakan sebaya merupakan cermin kepada diri remaja itu sendiri. Jika mereka memilih rakan sebaya yang mempunyai masalah dalam akhlaknya, peratusan mereka untuk terpengaruh dengan pengaruh negatif rakan sebaya mereka adalah tinggi. Pencapaian akademik yang baik juga menjadi faktor penting dalam pemilihan rakan sebaya. Pelajar yang memilih kawan yang baik dan cemerlang dalam mata pelajaran menyebabkan mereka juga akan cemerlang dalam mata pelajaran, tetapi jika mereka silap memilih kawan menyebabkan mereka juga akan mendapat kegagalan dalam mata pelajaran (Kamarudin, 1989).
  18. 18. Graf Bar 2: Analisis data soal selidik bagi Aspek 2: Kepentingan rakan sebaya kepada remaja. Graf bar di atas menunjukkan analisis data soal selidik bagi Aspek 2: Kepentingan rakan sebaya kepada remaja. Sebanyak tujuh soalan telah dirangka untuk mengenal pastikan sejauh mana kepentingan rakan sebaya kepada remaja. Soalan 1: Adakah anda mempunyai rakan sebaya? Berdasarkan analisis data soalan soal selidik bagi soalan satu, kumpulan pengkaji mendapati bahawa semua responden mengatakan mereka mempunyai rakan sebaya. Analisis data soalan kaji selidik yang positif ini menunjukkan betapa pentingnya rakan sebaya dan rakan sebaya merupakan suatu keperluan kepada seseorang remaja. Soalan 2: Anda lebih selesa berbincangkan atau berceritakan masalah anda dengan rakan anda berbanding dengan ibu bapa anda. Bagi soalan dua, kumpulan pengkaji mendapati bahawa hanya tujuh orang responden mengatakan persetujuan mereka, manakala selebihnya mengatakan ketidaksetujuan mereka. Data ini menunjukkan golongan remaja lebih cenderung untuk berkongsi masalah mereka
  19. 19. dengan rakan sebaya berbanding dengan ibu bapa. Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa kebanyakan remaja mempunyai darjah intimasi yang lebih tinggi dengan rakan sebaya berbanding ibu bapa. Hal ini mungkin disebabkan oleh pendapat sesetengah remaja yang menganggap rakan sebaya mereka lebih memahami diri mereka. Keadaan ini mungkin wujud kesan berlakunya perbezaan pemahaman dan pengalaman antara remaja dengan ibu bapa mereka. Perbezaan ini dinamakan sebagai jurang generasi. Jurang generasi merupakan salah satu punca konflik antara remaja dan ibu bapa. Ia adalah perbezaan yang terdapat dalam nilai, sikap dan tingkah laku antara generasi tua dengan generasi yang lebih muda iaitu remaja. Ibu bapa sering memarahi anak remaja mereka yang dianggap tidak mematuhi kehendak dan peraturan mereka padahal mereka mengetahui bahawa remaja pada zaman ini berbeza dengan remaja pada zaman mereka. Oleh hal yang sedemikian, remaja lebih selesa berkongsi masalah mereka dengan rakan sebaya (Klausmerier et. Al, 1975) kerana mereka tidak terbatas oleh jurang generasi dan rakan sebaya mereka lebih memahami masalah mereka berbanding dengan ibu bapa. Selain itu, hal ini mungkin disebabkan oleh remaja lebih banyak menghabiskan masa dengan ibu bapa berbanding dengan ibu bapa. Soalan 3: Anda kadang – kala pernah cuba meniru tingkah laku, personaliti atau fesyen yang dimiliki oleh rakan sebaya anda. Berdasarkan analisis data soal selidik bagi soalan tiga, kumpulan pengkaji mendapati hanya lima orang responden mengatakan persetujuan mereka. Empat orang responden yang lain menyatakan ketidaksetujuan mereka. Hartup (1983) mengatakan biasanya remaja gemar meniru tingkah laku rakannya yang popular dan sudah membentuk hubungan rapat dengannya. Keadaan ini seolah – olah rakan sebaya memberitahu cara mereka perlu bertingkah laku dalam situasi yang berbeza. Rakan sebaya merupakan sumber utama dalam meniru gaya dan tingkah laku dan aspirasi (Seltzer dan Waterman, 1996). Teori pembelajaran sosial yang diaplikasikan oleh Bandura (1973) juga merumuskan bahawa perkara utama yang sering dipelajari oleh kanak-kanak dan remaja adalah melalui pemerhatian terhadap tingkah laku orang lain, khususnya orang yang signifikan dengan mereka. Oleh sebab remaja menghabiskan masa yang lebih banyak bersama rakan sebaya berbanding dengan ibu bapa mereka, tidak hairanlah mereka menjadikan rakan sebaya sebagai suri teladan. Jadi secara tidak langsung, jika tingkah laku negatif ditunjukkan oleh rakan sebaya mereka, maka itulah yang akan menjadi ikutan remaja.
  20. 20. Graf bar 3: Analisis data soal selidik bagi Aspek 3: Peranan rakan sebaya Graf bar di atas menunjukkan analisis data soal selidik bagi Aspek 3: Peranan rakan sebaya. Sebanyak enam soalan telah dirangka untuk mengenal pastikan sejauh mana peranan rakan sebaya kepada remaja. Soalan 1: Anda lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan sebaya berbanding keluarga anda? Seramai empat orang responden bersetuju bahawa masa mereka lebih banyak dihabiskan bersama dengan rakan sebaya, manakala lima orang lagi tidak bersetuju bahawa masa mereka lebih banyak dihabiskan dengan rakan sebaya. Hal ini mungkin disebabkan terdapat beberapa responden kami merupakan pelajar yang berasal daripada kawasan yang berdekatan dengan Universiti Sains Malaysia. Jadi, mereka kerap pulang dan menghabiskan masa bersama keluarga mereka. Hal ini berbeza pula dengan responden yang berasal dari tempat yang jauh dari Universiti Sains Malaysia seperti dari Sabah dan Sarawak, mereka lebih kerap menghabiskan masa dengan rakan sebaya kerana mereka tidak berkemampuaan untuk selalu pulang ke negeri masing- masing. Keadaan ini lazimnya berlaku pada zaman
  21. 21. remaja yang membuatkan remaja terpaksa berjauhan dengan keluarga kerana faktor – faktor seperti melanjutkan pelajaran, bekerja, dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan tempoh masa remaja dan keluarga semakin kurang dan tempoh masa remaja dengan rakan sebaya mereka lebih lama. Walau bagaimanapun, menurut Larson & Richards (1994), ibu bapa kekal sebagai orang yang penting dalam kehidupan remaja, tetapi tahap kemesraan & closeness antara ibu bapa dengan anak remaja selalunya menurun semasa remaja. Soalan 3: Anda sering merujuk rakan sebaya anda untuk melakukan sesuatu perkara atau keputusan? Berdasarkan data yang kami perolehi, seramai lima orang responden bersetuju bahawa rakan sebaya merupakan tempat untuk rujukan mereka apabila ingin melakukan sesuatu perkara atau keputusan manakala empat orang responden yang tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan remaja. Sebagai pengganti keluarga, rakan sebaya dijadikan tempat untuk meluahkan sesuatu. Soalan 4: Rakan sebaya ialah tempat untuk anda mencari identiti anda? Pada awal remaja, mereka mula mencari identiti sendiri. Rujukan utama mereka tentang tingkah laku ialah kumpulan rakan sebaya. Muhd. Mansur Abdullah dan rakan- rakan (1988) menyatakan dengan mencontohi rakan sebayanya, belia kita akan dapat belajar satu tingkah laku baru yang cuba diserap dan disesuaikan pula ke dalam personalitinya. Berdasarkan kepada data yang diperolehi bagi soalan empat, didapati seramai enam orang responden memilih bersetuju bahawa rakan sebaya berperanan sebagai tempat mencari identiti seseorang remaja, manakala hanya tiga orang responden yang tidak bersetuju. Hal ini bertepatan dengan kajian lepas oleh Seltzer dan Waterman (1996). Hal ini kerana, remaja akan mengambil segala contoh yang baik dan popular yang ada pada rakan untuk ditiru dan dijadikan sebagai identiti. Soalan 5: Rakan sebaya sebagai tempat meluahkan perasaan dan mengadu masalah? Berdasarkan graf, seramai enam orang responden bersetuju bahawa rakan sebaya
  22. 22. merupakan tempat mereka meluahkan perasaan dan mengadu masalah. Selebihnya tidak bersetuju mengenainya. Hal ini kerana, semua responden merupakan golongan mahasiswa yang tinggal di asrama. Hubungan mereka lebih rapat dengan rakan sebaya. Kehidupan harian mereka dihabiskan bersama-sama dengan rakan sebaya. Menurut Pakar Psikologi Barat, Carl Rogers menyatakan ada beberapa perubahan ketara kepada seorang remaja antaranya perubahan fizikal, emosi dan pemikiran. Perubahan emosi dan fikiran akan mendorong remaja memperluas dan memperbesar kuantiti dan jaringan rakan sosialnya. Mereka lebih selesa menceritakan dan mencurahkan segala masalah dan perasaan mereka kepada rakan sebaya berbanding ibu bapa, guru atau orang dewasa yang lain. Hal ini demikian kerana rakan sebaya dianggap lebih memahami sikap dan perasaan mereka dan dalam masa yang sama mereka ingin membuktikan mereka boleh berdikari dan berkemampuan seperti orang dewasa. Soalan 6: Rakan sebaya boleh diharapkan sebagai pengganti keluarga? Bagi para pelajar, rakan sebaya adalah tempat mereka mencurahkan masalah dan pengganti ibu bapa, terutamanya bagi golongan yang mempunyai masalah di rumah (Akers, Jones & Coyle, 1998; Hogue & Steinberg, 1995).
  23. 23. Graf bar 4: Analisis data soal selidik bagi Aspek 4: Pengaruh rakan sebaya. Graf bar di atas menunjukkan analisis data soal selidik bagi Aspek 4: Pengaruh rakan sebaya. Sebanyak tujuh soalan telah dirangka untuk mengenal pastikan sejauh mana pengaruh rakan sebaya kepada remaja. Soalan 1: Anda sering mengajak rakan sebaya anda melakukan perkara-perkara negatif seperti merokok, ponteng kelas, lepak dan sebagainya? Menurut Azizah binti Lebai Nordin (2002), pengaruh rakan sebaya adalah antara faktor yang membawa gejala sosial dalam kalangan remaja. Beliau menjelaskan ajakan dan pujukan rakan untuk melakukan gejala sosial menyebabkan pelajar terjebak dalam salah laku tersebut. Ini kerana rakan sebaya adalah individu yang paling hampir dengan remaja selepas keluarga. Data soal selidik yang diperolehi bagi soalan ini menunjukkan respons yang positif apabila semua responden tidak bersetuju bahawa mereka sering mengajak rakan sebaya anda melakukan perkara-perkara negatif seperti merokok, ponteng kelas, lepak dan sebagainya. Hal ini mungkin disebabkan para responden terdiri daripada pelajar yang tinggi pencapaiannya dan ini mengurangkan penglibatan mereka dalam gejala sosial. Respons ini
  24. 24. disokong oleh Azizah binti Lebai Nordin (2002) apabila beliau mengatakan pelajar yang pencapaiannya tinggi kurang melibatkan diri dalam gejala sosial berbanding dengan pelajar daripada pencapaian sederhana dan rendah. Soalan 2: Rakan sebaya anda sering mengajak anda belajar bersama? Mengikut kajian Kamarudin (1989), tahap pencapaian dalam pelajaran pelajar dalam sesuatu mata pelajaran adalah disebabkan oleh faktor kawan. Pelajar yang memilih kawan yang baik dan cemerlang dalam mata pelajaran menyebabkan mereka juga akan cemerlang dalam mata pelajaran, tetapi jika mereka silap memilih kawan menyebabkan mereka juga akan mendapat kegagalan dalam mata pelajaran. Oleh itu, secara tidak langsung minat seseorang pelajar untuk sama - sama bersaing dengan rakan sekelas dalam mata pelajaran dapat dipertingkatkan dengan memilih rakan yang dapat membimbing mereka ke arah yang diinginkan. Berdasarkan data soal yang diperolehi, lapan orang daripada sembilan orang responden bersetuju dengan pernyataan ini. Keadaan ini menunjukkan bahawa rakan sebaya juga boleh membawa pengaruh positif kepada seseorang individu. Soalan 4: Rakan sebaya anda membantu anda meningkatkan kemahiran insaniah (soft skill) anda? Antara faktor berlakunya pengangguran di kalangan graduan institusi pengajian tinggi adalah kurangnya penguasaan kemahiran insaniah (Mohd Zaki Kamsah, 2004 dan Hasliza Hassan, 2002). Antara cara yang berkesan untuk meningkatkan kemahiran insaniah adalah melalui peranan rakan sebaya. Misalnya, kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah dapat diterapkan melalui pembelajaran koperatif kerana tugasan kumpulan yang diberikan oleh pensyarah adalah lebih mencabar berbanding tugasan secara individu. Keadaan ini memerlukan pelajar untuk berdiskusi dan berbincang dengan rakan sekumpulan bagi menyelesaikan tugasan tersebut. Secara tidak langsung ini dapat menerapkan kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah kepada pelajar. Bagi soalan ini, kami mendapati hanya seorang responden yang menyatakan ketidaksetujuannya terhadap pernyataan ini. Soalan 6: Pernahkah anda menolak ajakan rakan anda yang mengajak anda melakukan perbuatan negatif ?
  25. 25. Kami mendapati data yang diperolehi bagi soalan ini ialah lapan orang daripada sembilan orang responden bersetuju dengan pernyataan ini. Ini menunjukkan remaja berani untuk menolak ajakan negatif daripada rakan-rakan mereka. Selain itu, dapatan ini jugak menunjukkan bahawa remaja sudah boleh menilai baik buruk sesuatu tindakan yang akan dilakukan. 8.0 KESIMPULAN
  26. 26. 9.0 LAMPIRAN
  27. 27. 10.0 RUJUKAN • Azizah Lebai Nordin (2002), Masalah Disiplin di Kalangan Remaja (Tesis Ph.D,Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur) h. 36. • Dewan Masyarakat (1995). Tingkah Laku Delinkuen. 9 –12. • Nota Kuliah PGA 102 – Interpersonal dan Intrapersonal Remaja • Mohd Zaki Kamsah (2004). “Developing Generic Skills in Classroom Environment: Engineering Students’ Perspective.” : Conference On Engineering Education (CEE 2004), 14-15 December 2004, Kuala Lumpur. • Hasliza Hassan, (2002). “Ciri-ciri Kualiti Pelajar Untuk Keperluan Pekerjaan Pada Masa Kini”. Seminar Antara Industri dan Institusi Pendidikan Awam, Universiti Teknologi Malaysia: Bangi. •

×