KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
Surah Alam Nasrah
1. SURAH ALAM NASYRAH
Nabi Muhammad S.A.W bersabda :
"Barangsiapa membaca surah Alam
Nasyrah, seperti ia mendatangi aku
dan aku mengambil kesempatan maka
menjadi suatu kelapangan
daripadaku".
Barangsiapa membiasakan
membaca surah Alam Nasyrah
selesai mengerjakan solat
fardhu, nescaya Allah
permudahkan urusannya serta
dimudahkan segala
keperluannya dan dimudahkan
rezekinya.
2. Sesiapa yang membacanya nescaya
Allah turut melapangkan dadanya
serta dijauhkan daripada segala
kesukaran dalam segala urusannya.
Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu,
serta mendatangkan rajin dalam
mengerjakan ibadat.
Barangsiapa membaca Alam
Nasyrah sembilan kali sesudah
solat fardhu nescaya Allah akan
menjauhkan daripada
kesempitan hidup dan
dimudahkan rezeki dalam segala
urusan.
3. Surah Al-Inshirah / Alam Nasyrah
Ayat 94
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi
Maha Mengasihani.
4. 1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu
(wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan
hidayat petunjuk)?
[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu
(menyiarkan Islam);
[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan
berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan
namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan
berbagai kemuliaan)?
5. [5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu)
bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai
kemudahan,
[6] (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-
tiap kesukaran disertai kemudahan.
[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada
sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau
berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau
memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).