Se ha denunciado esta presentación.
Utilizamos tu perfil de LinkedIn y tus datos de actividad para personalizar los anuncios y mostrarte publicidad más relevante. Puedes cambiar tus preferencias de publicidad en cualquier momento.

Ombudsman

820 visualizaciones

Publicado el

Setelah 14 tahun negara Malaysia mencapai kemerdekaan Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Hussein, Perdana Menteri kedua Malaysia mengumumkan penubuhan Biro Pengaduan Awam (BPA) yang diletakkan hari ini di bawah Jabatan Perdana Menteri. Sejarah penubuhan BPA bermula daripada perkembangan konsep Ombudsman. Konsep ini bertitik tolak dari konsep asas qadi al-qudat yang digunakan pada zaman pemerintahan Saidina Umar al-Khattab (634-644) dan diteruskan sehingga selepas pemerintahan Khualafa’ al-Rasyidin[1] dengan kerajaan-kerajaan Islam iaitu di bawah empayar Umaiyyah, Abbasyiah dan Turki Uthmaniyyah. Semasa peperangan antara negara Sweden dan Rusia yang di sebut sebagai ‘The Great Northern War’ (1700–1721), Raja Charles XII telah mengalami kekalahan dan kemudiannya melarikan diri ke Turki semasa pemerintahan empayar Turki Uthmaniyyah. Semasa dalam buangan di Turki, Raja Charles XII pada ketika itu tertarik dengan konsep qadi al-qudat tersebut kemudian kembali ke Sweden bagi menubuhkan satu badan kerajaan yang mengawal tingkah laku pegawai untuk meningkatkan integriti penjawat awam yang dinamakan Ombudsman. (Pope, J.; 2000, Mariteuw Chimère Diaw; 2008, Faculty Ombudsman, University of Michigan & Ombudsman City of Toronto).

Ombudsman merupakan satu jawatankuasa perundangan bagi menyiasat aduan-aduan yang dikemukakan oleh rakyat kepada pihak kerajaan. Ia terdiri daripada orang yang berwibawa dan berpengalaman dalam berbincang untuk menyelesaikan ketidakpuashatian rakyat terhadap kerajaan. Ombudsman berfungsi secara tersendiri dan tidak bergantung kepada orang lain. Oleh yang demikian ia tidak melibatkan peguam-peguam kerana ia berfungsi seperti ‘complaint’s lawyer’ (K. Ramanathan, 1993).

Namun begitu, konsep ini benar-benar dipraktikkan dan ditubuhkan jabatan yang mengelolakannya pada tahun 1809. Lebih dari satu abad konsep ini berada di Parlimen Sweden dan tidak berkembang. Finland negara yang pertama meniru model yang berkonsepkan Ombudsman ini selepas 111 tahun kemudian, dan ia mengambil masa 34 tahun lagi sebelum negara seterusnya Denmark ikut serta. New Zealand dan Norway menyertai satu dekad kemudian. Selepas 150 tahun pada tahun 1960an hanya lima negara sahaja yang menubuhkan Ombudsman yang dikenali sebagai negara-negara Scandinavian.

Menurut Bloom-Cooper (1968) apabila konsep ini semakin kukuh di negara-negara Eropah maka ia seterusnya tersebar di serata dunia khususnya di negara-negara komanwel iaitu negara-negara yang pernah berada di bawah jajahan British. Setakat ini 150 buah negara telah menubuhkan institusi berkonsepkan Ombudsman di negara masing-masing termasuk Malaysia yang menubuhkan BPA.

Tujuan penubuhan BPA adalah bagi mewujudkan satu saluran untuk membolehkan orang ramai mengemukakan kesulitan mereka semasa berurusan dengan agensi kerajaan. Ia berfungsi sebagai badan pengawas kepada institusi awam. Oleh yang demikian rakyat boleh membuat pengaduan awam di institusi berkenaan atas salah laku penjawat a

Publicado en: Educación
  • Sé el primero en comentar

  • Sé el primero en recomendar esto

Ombudsman

  1. 1. SKSJ1043 PENTADBIRAN AWAM OMBUDSMAN NUR FARAHIN BINTI SAMSUDIN HASNIELLI BINTI MOHD SALLEH NUR SHAHIRA BINTI ROSLI NURUL INSYIRAH BINTI ASRI NUR FATIN NABILA BINTI ROSLI
  2. 2. OMBUDSMAN: Sweden - Justlieombudsman “CITIZEN’S DEFENDER” ATAU “REPRESENTATIVE OF THE PEOPLE” PENGENALAN Romawi Kuno – lembaga Tribunal Plebis - fungsi melindungi iaitu hak-hak masyarakat daripada penyalahgunaan kuasa oleh para bangsawan (pemerintah dan pembesar) tamadun Cina sejak 225 Masihi pada zaman pemerintahan Dinasti Tsin – Cencorate/Control Yuan
  3. 3. Mantan Presiden Ombudsman Amerika Syarikat, Dean M Gottehrer -asalnya model perlembagaan ombudsman yang tersebar ke seluruh dunia adalah berakar daripada prinsip-prinsip keadilan - sistem ketatanegaraan Islam (mekanisme pengawasan) yang berkembang sekitar 634-644 Masihi -zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Al-Khattab. KEMUNCULAN OMBUDSMAN
  4. 4. 1. Lembaga Qhadi al- Qudhaat 2. Gelaran MOHTASIB 3. Terus dikembangkan oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah TURKI SULTAN AHMED III CHARLES XII PERKEMBANGAN OMBUDSMAN Tahun 1713, Raja Charles XII melarikan diri ke Turki kembali ke Sweden, tubuh satu badan kerajaan yang mengawal tingkah laku pegawai- meningkatkan integriti penjawat awam (Ombudsman) SWEDEN
  5. 5. KAMUS OXFORD: pegawai yang dilantik secara rasmi untuk menyiasat aduan orang ramai terhadap salah laku dalam pentadbiran terutama pihak berkuasa awam. OMBUDSMAN [Caiden,Gerald E.1983] penyiasatan pensendirian bagi segala rungutan masyarakat APA ? ITU? menjadi kawalan terhadap pegawai dalam pentadbiran awam
  6. 6. 1. Ombudsman berasal dari perkataan Scandinavia yang bermaksud pesuruhjaya 2. TUJUAN:- 2. mengumumkan mana-mana institusi pentadbiran awam yang menyalahgunakan kuasa & gagal menjalankan tugas mereka berdasarkan polisi yang ditetapkan. 1. memantau dan menyelesaikan isu penyalahgunaan kuasa
  7. 7. OMBUDSPERSON DI AMERIKA tidak mempunyai kuasa membuat atau mengubah undang-undang, menguatkuasa cadangan, meminda tindakan atau keputusan pentadbiran orang tengah kepada dua pihak yang berselisih & mempunyai peribadi yang dipercayai dan neutral
  8. 8. Sebagai contoh, seorang pegawai polis memasuki tempat kerja suspek untuk memberkasnya dalam keadaan yang memalukan dan menjejaskan pekerjaannya, tetapi kemudian tuduhan ke atasnya digugurkan. Ombudsman akan menyiasat samada dakwaan mangsa atau pengadu berasas atau tidak dengan meneliti tatacara dia diperlakukan.
  9. 9. CIRI2 OMBUDSMAN 1. independence 2. impartiality and fairness 3. credibility of the review process 4. confidentiality
  10. 10. 1. Independence (kebebasan) -orang awam lebih berminat untuk membuat aduan kepada badan yang bebas Bebas daripada apa-apa pengaruh dan tidak tunduk pada kuasa legislatif dan eksekutif 2. Impartiality and fairness (kesaksamaan & keadilan) -Seorang yang bakal dipilih untuk menjadi ahli ombudsman mestilah bebas dari politik -bebas dari unsur kepartian -Harus disanjungi dan dihormati -membenarkan seseorang membuat aduan melalui prosedur yang mudah
  11. 11. 3. Credibility of the review process (proses kajian yg boleh dipercayai) -jika berkesan maka akan lebih dipercayai -mengekalkan rasa hormat rakyat -pentadbiran yang baik, keadilan, hak asasi manusia, kesamarataan, bebas dari rasuah 4. Confidentiality - orang yang membuat aduan kepada ombudsman akan berasa dirinya terancam -menyimpan aduan tersebut sebagai satu rahsia dan penyiasatan yang dilakukan juga adalah secara sulit -membolehkan ombudsman mengambil tindakan dalam pentadbiran awam
  12. 12. BERTINDAK APABILA tindakan individu atau pentadbir itu bertentangan dengan undang-undang atau prinsip yang telah ditetapkan mengendalikan ketidakpuasan individu terhadap pentadbiran awam TETAPI BOLEH meminta badan yang berkenaan & pengadu untuk cuba menyelesaikan aduan sebelum memulakan siasatan menerangkan kenapa dan bagaimana sesuatu aduan itu dapat dilihat sebagai peluang untuk meningkatkan mutu kerja dan perkhidmatan sesebuah kerajaan. & Memperbetulkan kembali kesalahan - kuasa menyiasat dan menghukum FUNGSI OMBUDSMAN
  13. 13. pendisiplin pegawai pentadbir AKSES membuat keputusan & mencadangkan penyelesaian INDIVIDU GAGAL MEMBUAT ADUAN- OMBUDSMAN BANTU mencari pendekatan inovatif untuk menyelesaikan pertikaian JIKA TIDAK TERIKAT- BOLEH MENJATUHKAN HUKUMAN TANPA MAHKAMAH merapatkan jurang diantara rakyat dan juga kerajaan
  14. 14. APLIKASI: EUROPIAN UNION (EU) KINI Emily O’Riley - berasal dari Ireland -memegang jawatan itu sejak 1 Oktober 2013. BERDIRI BEBAS MENINJAU & MENJAGA, MENYIASAT & MENERIMA SEGALA ADUAN (KONFLIK institusi,badan, pejabat dan agensi) Hanya “Court Of Justice European Union” sahaja yang terkecuali dalam bidang kuasa ombudsman kerana badan kehakimannya yang bebas dari pegangan dan pantauan sesiapa dan bersifat neutral. EURO-OMBUDSMAN DIWUJUDKAN JACOB SODERMAN (FINLAND) DILANTIK OLEH PARLIMEN PADA TAHUN 1995
  15. 15. 4 SEBAB UTAMA DITUBUHKAN: 1.PENYELEWANGAN 2.MELEBIHI HAD KUASA 3.DISKRIMINASI 4.RASUAH
  16. 16. APLIKASI: MALAYSIA mengemukakan sebarang aduan terhadap agensi- agensi kerajaan kecuali mahkhamah kurang efektif jika dibandingkan dengan Ombudsman di negara- negara lain- kerana keadaan sosial dan sejarah negara Malaysia sendiri melibatkan pelbagai aspek dan undang-undang BIRO PENGADUAN AWAM (BPA)

×