Se ha denunciado esta presentación.
Utilizamos tu perfil de LinkedIn y tus datos de actividad para personalizar los anuncios y mostrarte publicidad más relevante. Puedes cambiar tus preferencias de publicidad en cualquier momento.

Bank soalan ekonomi asas k2 soalan 1

10.101 visualizaciones

Publicado el

sharing is carring

Publicado en: Redes sociales
  • Sé el primero en comentar

Bank soalan ekonomi asas k2 soalan 1

  1. 1. MODUL GEMILANG EKONOMI ASAS SOALAN 1 SOALAN 1 [SET 1] 1 (a) Gambar merujuk kepada sumber ekonomi. Terangkan sumber ekonomi lain terlibat dalam pemprosesan sesuatu barang [4 markah] (b) Berikut ialah maklumat tentang sistem ekonomi yang diamalkan di negara David dan Kaka Negara David Negara Kaka Sumber ekonomi bebas di miliki Sumber ekonomi dimiliki oleh oleh rakyat kerajaan dan individu Jelaskan tiga perbezaan antara ciri-ciri sistem ekonomi tersebut [ 6 markah] (c) Gambar di bawah ini menunjukkan masalah asas ekonomi yang sedang difikirkan oleh seorang pengusaha Nampaknya harga minyak dah naik , akan naikkan kos , kena gunakan teknologi tinggi untuk hasilkan produk makanan baru kita Terangkan masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan oleh pengusaha tersebut [4 markah] Panel Perunding Mata Pelajaran EA 1 3757/2
  2. 2. MODUL GEMILANG EKONOMI ASAS SOALAN 1 d) Berikut menunjukkan penyata gaji En. Khairi yang bekerja di Telekom Malaysia. PENYATA GAJI 2014 GAJI POKOK RM1500 POTONGAN RM 800 ELAUN PERUMAHAN RM 300 ELAUN SARA DIRI RM 250 GAJI RM2050 GAJI BERSIH RM1250 Jika harga petrol pada tahun 2013 RM 1.80 seliter. Menjelang tahun 2014, harga petrol meningkat kepada RM 2.20 seliter. i) Hitungkan upah benar 2013 dan 2014 [2m] ii) Berikan rumusan anda di 1d)(i) [1m] - e) Gambar 1 menunjukkan sejenis barang dalam ekonomi. Gambar Sungai Pahan (i) Apakah jenis barangan tersebut? [1 markah ] (ii) Bagaimanakah barangan tersebut boleh menjadi barang ekonomi. [KBAT] [3 markah] f) Maklumat di bawah adalah berkaitan dengan suatu bentuk pelaburan. [KBAT] Sesebuah syarikat boleh dibangunkan dengan memberi suntikan kepada modal insan. Tun Dr Mahathir bin Mohamed Terangkan bagaimana pelaburan modal insan boleh dilakukan oleh sesebuah syarikat [3 markah] Panel Perunding Mata Pelajaran EA 2 3757/2
  3. 3. MODUL GEMILANG EKONOMI ASAS SOALAN 1 SOALAN 1 [SET 2] 1 (a) Maklumat di bawah berkaitan dengan faktor pengeluaran Encik Haikal berusia 25 tahun yang bekerja sebagai jurutera di Syarikat Amran Sdn Bhd Tuan Haji Amran merupakan pemilik Syarikat Amran Sdn Bhd mempunyai 988 orang pekerja Jelaskan dua faktor pengeluaran tersebut. [4 markah] (b) Maklumat berikut berkaitan dengan masalah ekonomi yang dihadapi oleh Kementerian Pembangunan Bandar dan Luar Bandar. Projek Jalan Raya RM60 juta Projek Perumahan RM55 juta Bagaimanakah masalah ekonomi tersebut diselesaikan? [5 markah] Panel Perunding Mata Pelajaran EA 3 3757/2
  4. 4. MODUL GEMILANG EKONOMI ASAS SOALAN 1 (c) Gambar di bawah menunjukkan perbualan antara Azman dan Azizah. Saya baru balik melancong dari Amerika Syarikat. Di sana, pengguna dan pengeluar berkuasa penuh dalam ekonomi. Jadi, sistem ekonomi mereka tak samalah dengan negara kita? Walau bagaimanapun , saya tetap berbangga menjadi rakyat Malaysia. (i) Apakah sistem ekonomi yang diamalkan di Amerika Syarikat? [1 markah] (ii) Bezakan ciri-ciri sistem ekonomi seperti di 1(c)(i) di atas. [5 markah] (d) Bagaimana sistem ekonomi di Jepun menyelesaikan masalah bagaimana dan untuk siapa barang dikeluarkan [4 markah] (e) Maklumat di bawah berkaitan dengan punca pendapatan Malaysia. Johan Fazrul Kelulusan : Ijazah Perniagaan Pekerjaan : Eksekutif Perniagaan Gaji : RM4 500 Pendapatan lain : Tiada Kelulusan : Ijazah Perniagaan Pekerjaan : Berniaga Keuntungan: RM1,000 - RM10,000 Pendapatan lain : Tiada Setujukah anda bahawa pendapatan Fazrul lebih tinggi berbanding Johan. Berikan empat alasan. [4 markah] (f) Maklumat berikut berkaitan dengan cara Puan Rohayu membelanjakan wang. Menerima wang pampasan kemalangan jalan raya RM250 000 Pilihan 1 Pilihan 2 Membeli rumah untuk dijadikan rumah sewa Membeli Saham Harga RM250 000 Kadar dividen/bonus 7.7% Wajarkah Puan Rohayu memilih untuk membeli saham. Berikan empat alasan. KBAT [4 markah] Panel Perunding Mata Pelajaran EA 4 3757/2
  5. 5. MODUL GEMILANG EKONOMI ASAS SOALAN 1 SOALAN 1 [SET 3] 1 (a) Gambar di bawah menerangkan cita-cita seorang usahawan bernama Darwisy Aku ingin menjadi seorang pengeluar rotan yang berjaya!! Jelaskan dua sumber-sumber ekonomi utama yang diperlukan oleh Encik Darwisy untuk mencapai cita-citanya. [4 markah] b) Gambar dibawah menunjukkan perbualan berkaitan dengan masalah ekonomi. Ya Khairul, Tapi syarikat kami menghadapi masalah ekonomi. Syarikat keluarkan kasut aje. Arif, dulu awak kata awak nak mengeluarkan kasut dan perabot Betul tu, saya yang tak ada syarikat pun menghadapi masalah yang sama (a) Bezakan dua masalah ekonomi yang di hadapi oleh dua sahabat tersebut. [4 markah] b) Gambar 1 menunjukkan barang dalam ekonomi Panel Perunding Mata Pelajaran EA 5 3757/2
  6. 6. MODUL GEMILANG EKONOMI ASAS SOALAN 1 i) Apakah jenis barangan tersebut? [1 markah] ii) Bagaimanakah barangan tersebut boleh menjadi barang ekonomi. [3 markah] c) Gambar di bawah menunjukkan perbualan berkaitan dengan sistem ekonomi. Sally di negara saya, kami tiada kebebasan membuat pilihan terhadap aktiviti ekonomi. Malah keputusan ekonomi dibuat oleh kerajaan Oh, Maria di negara saya, kami bebas membuat pilihan. Malah kami juga yang menentukan barang yang ingin kami beli dan jual. Bezakan ciri-ciri sistem ekonomi Sally dan Maria selain yang disebut dalam dialog di atas [ 6 markah] d) Gambar di bawah ini menunjukkan seorang usahawan yang berjaya dengan produk kilangnya. Syarikat Maju Enterprise, akan meluaskan pasaran produk Sos Cili sehingga ke peringkat antarabangsa. Oleh itu kami akan menambah jumlah pengeluaran kepada 10,000 unit sehari. Terangkan masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan oleh pengusaha tersebut [ 4 markah ] 1e) Berikut merupakan slip gaji yang diterima oleh seorang pekerja di Telekom Malaysia dan tingkat harga bagi 2 jenis barang. Tahun Ayam (kg ) Daging (kg) 2012 RM 10 .00 RM 22.00 2013 RM 12.00 RM 28.00 Jika upah benar yang diterima oleh Encik Saiful tidak berubah iaitu RM 3500 sebulan. i) Hitungkan upah benar pada tahu 2012 dan 2013 [ 2 markah ] Panel Perunding Mata Pelajaran EA 6 3757/2
  7. 7. MODUL GEMILANG EKONOMI ASAS SOALAN 1 Nyatakan rumusan anda di (1) ei) [ 1 markah ] 1f) Gambar di bawah menunjukkan jenis pekerjaan yang Puan Salmah telah ceburi. Pekerjaan : Eksekutif Pemasaran Gaji : RM 5500 Jarak : 25km dari rumah Kelulusan akademik : Ijazah Waktu bekerja : waktu pejabat Pekerjaan : Guru Gaji : RM 5500 Jarak : 5km dari rumah Kelulusan akademik : Ijazah Waktu bekerja : 8 jam Jelaskan faktor Pn. Salmah bertukar kerja kepada guru. [ 3 markah ] Panel Perunding Mata Pelajaran EA 7 3757/2
  8. 8. MODUL GEMILANG EKONOMI ASAS SOALAN 1 SOALAN 1 [SET 4] 1. (a) Gambar menunjukkan perbualan antara dua individu. Model baru kereta proton dah keluarlah. Proton sebenarnya ingin keluarkan 2 jenama kereta baru iaitu Espira dan Exora. Tapi mereka memutuskan untuk mengeluarkan Exora Terangkan bagaimana masalah ekonomi tersebut diselesaikan. [6 markah] (b) Gambar 1 dan Gambar 2 menunjukkan barang dalam ekonomi. Gambar 1 Gambar 2 i) Apakah jenis barangan bagi gambar 1 tersebut? [1 markah] ii) Bezakan kedua-dua jenis barang tersebut? [ 4 markah ] Panel Perunding Mata Pelajaran EA 8 3757/2
  9. 9. MODUL GEMILANG EKONOMI ASAS SOALAN 1 ( c ) Dialog menunjukkan maklumat yang berkaitan dengan sumber pendapatan Encik Ali Imah, anak kita kirim wang untuk kita. Nampaknya bulan ini boleh belanja besar Jangan lupa wang pencen awak tu perlu di zakatkan. Huraikan dua sumber pendapatan Encik Ali selain daripada yang dinyatakan di atas. [4m] (d) Petikan di bawah berkaitan dengan sebuah syarikat makanan segera di Malaysia. Rangkaian Makanan Segera Melaburkan RM 20 Juta. Burger Ramly ingin membesarkan rangkaian perniagaanya. Sebanyak 10 buah cawangan baru akan dibuka dengan perbelanjaan RM 20 juta. Burger Ramly berasa yakin tentang pasaran makanan segera di Malaysia. Keadaan politik dan perniagaan yang stabil serta suatu profil penduduk yang masih muda turut menjadi faktor yang meyakinkan pengurusan Burger Ramly untuk melabur.RM6 juta daripada RM10 juta itu akan digunakan untuk membina bangunan baru manakala RM4 juta akan digunakan untuk menaikkan taraf bangunan yang sedia ada. i) Apakah pelaburan? ii) Terangkan bentuk-bentuk pelaburan yang telah dijalankan oleh Syarikat Burger Ramly. (d) Maklumat berikut berkaitan dengan satu ciri sistem ekonomi negara X.  Harga barang ditentukan oleh mekanisme harga  Individu dan firma bebas menguasai pasaran (i) Apakah sistem ekonomi negara X? [1 markah] (ii) Huraikan dua ciri lain sistem ekonomi tersebut. [4 markah] Panel Perunding Mata Pelajaran EA 9 3757/2

×