Rangkaian pengajaran harian untuk mata pelajaran Pendidikan Seni Visual membahas aktiviti lukisan alam benda untuk murid Tahun 4 selama 1 jam. Guru akan mengajar teknik lukisan dan memastikan murid memahami cara menghasilkan lukisan alam benda menggunakan teknik tersebut.
Rph Pendidikan Seni Tahun 4 - alam benda / Still Life
1. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL
Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual
Tahun : Tahun 4 Cemerlang
Tarikh : 24 Jun 2013
Bil Murid : 26 orang
Masa : 12.10 - 1.10 tengahari
Bidang Kegiatan : Menggambar
Aktiviti : Lukisan alam benda
Tajuk : Alat tulis
Masa : 1 jam ( 60 minit )
Objektif Pengajaran
Guru dapat mengajar murid untuk menghasilkan menggambar menggunakan teknik lukisan.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran murid dapat:
Mengenali teknik lukisan bagi menghasilkan gambar.
Memahami cara-cara menghasilkan lukisan alam benda menggunakan teknik lukisan.
Menghasilkan gambar alam benda menggunakan teknik lukisan.
Mengetahui asas perspektif untuk melukis alam benda ( still life )
Keperluan
Alat : -
Bahan : Kertas lukisan, pensel warna
Rujukan : Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
: Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual KBSR.
Prosedur
Guru menentukan aras pembelajaran supaya sesuai dengan tahap murid.
Guru merancang strategi pengajaran dengan teratur supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dengan
menerapkan kemahiran-kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Memulakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan set induksi.
Mempamerkan contoh hasil kerja yang telah siap. Lukisan permandangan alam benda yang telah siap.
Guru memberi penerangan kepada murid cara-cara untuk menghasilkan lukisan alam benda menggunakan teknik lukisan ( media
kering)
Memberi bimbingan kepada murid dalam menyiapkan hasilan lukisan alam benda menggunakan teknik lukisan.
Apresiasi dan refleksi.
Penutup