SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 25
FAKULTI EKOLOGI DAN KEMANUSIAAN
SKP 2101
KENEGARAAN MALAYSIA
SEMESTER 1, 2012/13

PERANAN KEHAKIMAN DALAM KONTEKS PENGASINGAN
KUASA DI MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA

NOMBOR MATRIK

1)NUR ADIBAH BINTI ABDUL WAHIDI (KETUA KUMPULAN)

168802

2)RASHIDAH BT MURAT

168627

3)RAIHANAH SYAHIRAH BT MOHD ROSLEE

168937

4)EIZZATI BINTI REMLI

167591

5)INTAN NUR BALQIS MOHD KHALID WONG

170207

6)NUR SHAHIDAH SHAHIDAN

170084

7)ROHANA BT ZAKARIA@MAT JUSOH

169151

8)NOR AFIZA BT MOHD NASIR

168951

KUMPULAN 21
DISEDIAKAN UNTUK:
PUAN RAJA NOR ALAINI BINTI RAJA OMAR
1
ISI KANDUNGAN
Bil.

Tajuk

Muka Surat

1.

Pendahuluan

3

2.

Pengasingan Kuasa

4 - 10

3

Sistem Kehakiman

11 – 16

4.

Kehakiman Dalam Konteks Penguasaan Kuasa

17 – 19

5.

Isu Semasa
20 – 21

Kes 1: Kes Liwat Anuar Dan Saiful
Kes 2: Kes Skandal Klip Video Vk
6.

Penutup

Linggam

22 - 24
25

2
PENDAHULUAN

Pembahagian

Kuasa

atau

dalam

bahasa

Inggeris

dipanggil

"Separation

of

Powers"merupakan satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan
dalamnegara kepada tiga cabang utama : Pemerintah (Eksekutif), Perundangan (Legislatif) dan
Kehakiman.Tujuannya adalah untuk mengelak atau menghindari bahaya “kezaliman” (tyranny),
di mana dikatakan doktrin pembahagian kuasa (atau fungsi) dapat mewujudkan dan
mengekalkan kepimpinan,kebebasan sebenar dan menghindari kemaharajalelaan (despotisma)
dengan cara membahagi-bahagikan kuasa untuk mewujudkan semak dan seimbang (check and
balance) antara kuasa tersebut.
Di bawah pembahagian kuasa, kerajaan dipecahkan kepada tiga cabang, iaitu Badan
Legislatif atau penggubal undang-undang, Badan Eksekutif atau pentadbir kerajaan
berdasarkanundang-undang dan Badan Kehakiman atau pelaksana undang-undang.Cabangcabang ini mempunyai peranan yang berbeza tetapi saling bergantungan antara satu cabang
dengan lain.
Doktrin ini juga diperteguhkan lagi dengan elemen semak dan seimbang iaitu setiap
badan mempunyai kuasa yang terhad dan boleh memeriksa serta mengehadkan kuasa badan yang
lain. Oleh itu, seorang Hakim walaupun dilantik oleh ketua Eksekutif boleh menjatuhkan
hukuman undang-undang kepada ketua eksekutif tersebut kerana badan kehakiman mempunyai
kebebasan kehakiman dan para hakim dilindungi oleh kekebalan kehakiman. Sekiranya elemen
ini tiada, maka pembahagian kuasa sekadar nama sahaja. Doktrin pembahagiankuasa amat
nyatadi negara Amerika Syarikat. Di sana setiap badan saling memeriksa penyalahgunaan kuasa
satu sama lain. Malah, setiap badan mempunyai elemen semak dan seimbangnya masingmasing.Misalnya polis boleh disoal siasat oleh satu badan bebas yang lain. Di samping itu, badan
legislatif di kebanyakan negara adalah dwidewan misalnya di Malaysia yang mempunyai dua
dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dua dewan ini adalah penting untuk memastikan
semak dan seimbang dilaksanakan dalam penggubalan undang-undang.

3
BAB 1: PENGASINGAN KUASA.

1.1 Doktrin pengasingan kuasa di Malaysia terbahagi kepada tiga (3) iaitu;
a) Badan Kehakiman
b) Badan Perundangan (Legislatif)
c) Badan Eksekutif
1.1.1Tujuan pengasingan kuasa;
a) Mengelakkan pertindihan kuasa iaitu berkuasa melebihi satu bidang
b) Mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat daripada pemusatan kuasa pada sesebuah
badan tertentu.
c) Tiada gangguan daripada mana- mana badan yang lain.
1.2 BADAN KEHAKIMAN DI MALAYSIA.
Merupakan badan yang mentadbir keadilan secara saksama di Malaysia
1.2.1 Fungsi badan kehakiman
a) Mentafsir Undang-undang
b) Membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan
c) Memelihara hak-hak kewarganegaraan daripada pencabulan pihak kerajaan
d) -Menyelesaikan pertikaian antara individu dengan individu dan individu dengan kerajaan

4
1.2.2 Mahkamah di Malaysia:
Mahkamah Atas:
(a) Mahkamah Persekutuan,
(b) Mahkamah Rayuan
(c) Makhamah Tinggi
Makhamah rendah:
(a) Makhamah Sesyen
(b) Mahkamah Majistret Kelas I
(c) Mahkamah Majistret Kelas II (Mahkamah Majistret Tuntutan Kecil)
(d) Mahkamah Penghulu (di Semenanjung sahaja)

1.3 BADAN PERUNDANGAN (LEGISLATIF) DI MALAYSIA
Merupakan amalan kerajaan demokrasi yang menggubal undang-undang dalam sesebuah negara.
Badan yang mempunyai kuasa untuk meluluskan undang-undang

5
1.3.1 Fungsi Badan Perundangan;
a) Membuat undang-undang
b) Ini adalah tugas utamanya. Tugas ini melibatkan proses yang rumit dan terdapat
perbezaan dari segi proses di negara-negara yang dikemukakan. Di Jerman, rang undangundang tidak boleh dikemukakan oleh mana-mana ahli legislatif secara perseorangan,
tetapi mestilah bergabung dengan faction (kumpulan yang terdiri dari lima belas orang).
Dalam sistem demokratik pula, rang undang-undang boleh dikemukakan oleh mana-mana
ahli legislatif.

1.3.2Pentadbiran.
Ia bertindak sebagai pengawas dan pemeriksa, untuk menolak pandangan awam terhadap
tindakan-tindakan kerajaan dan mengkritik mereka sekiranya didapati bersalah. Tugasnya juga
memecat ahli-ahlinya, meluluskan kelayakan untuk ahli-ahlinya, mengemukakan tuduhan
terhadap pegawai-pegawai awam atau mengadili kes-kes tudahan terhadap negara.
1.3.3 Kewangan.
Badan

ini

menguasai

dasar

kewangan

negara

melalui

pencukaian,

pinjaman

dan

peruntukan.Segala perbelanjaan dan peruntukan yang diminta oleh eksekutif adalah di bawah
pertimbangan badan perundangan untuk meluluskan atau tidak.Tugas ini lebih berkesan dalam
sistem kabinet seperti di Britain, di mana belanjawaan diluluskan atau dibatalkan oleh badan
perundangan.

1.3.4 Pengendalian ketidakpuasan.
Legislatif merupakan alat yang penting bagi masyarakat untuk mengeluarkan pendapatnya.Ini
adalah fungsi penting dalam demokrasi sebagai kerajaan yang dikawal oleh pendapat umum.

6
1.4 BADAN EKSEKUTIF
Badan Eksekutif berfungsi sebagai badan pentadbiran dan pelaksanaan undang-undang yang
dibuat oleh Badan Perundangan.Pada hakikatnya kebanyakan kuasa eksekutif terletak kepada
Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri untuk
menjalankannya.

1.4.1 Peranan Badan Eksekutif
Sistem pentadbiran di Malaysia dilaksanakan oleh Badan Eksekutif yang diketuai oleh Perdana
Menteri dan jemaah Menteri.Badan Eksekutif mempunyai tugas menjalankan kuasa-kuasa
pentadbiran kerajaan mengikut perlembagaan dan undang-undang.Di Malaysia terdapat tiga
peringkat pentadbiran kerajaan iaitu peringkat persekutuan, peringkat negeri dan peringkat
kerajaan tempatan.

1.4.2 Pentadbiran Peringkat Persekutuan
Mengikut Perkara 39 Perlembagaan persekutuan, kuasa pentadbiran Kerajaan
Persekutuan terletak pada tangan Yang Dipertuan Agong tetapi kuasa mi dijalankan oleh Kabinet
atau Jemaah Menteri.Jemaah Menteri berperanan sebagai badan pengurusan tertinggi negara
yang membentuk segala dasar kerajaan.Dasar-dasar yang dibentuk itu kemudiannya diluluskan
oleh kabinet. Bagi tujuan melaksanakan arahan dasar kerajaan tersebut, Jabatan Perdana Menteri
akan menyelaras peranan mana-mana kementerian yang akan melaksanakannya.
Peranan utama Jemaah Menteri ialah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua
perkara di samping memberi arahan untuk melaksanakan dasar tersebut.Jemaah Menteri diketuai
oleh Perdana Menteri dengan menteri-menteri lain sebagai ahli.Perdana Menteri biasanya ahli
dewan rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti daripada anggota Dewan Rakyat. Perdana
7
Menteri dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri serta menteri yang lain di kalangan ahli Dewan
Rakyat.

Perdana Menteri bertanggungjawab mengetuai barisan kabinet, memimpin dan
menjalankan tugas pentadbiran negara.Perdana Menteri juga bertanggungjawab kepada semua
kementerian serta dasar kerajaan.Jemaah Menteri bertanggungjawab kepada parlimen dan
bertanggungjawab secara kolektif atas keputusan-keputusan yang dibuat di Parlimen.
Bagi menjalankan tugas-tugas eksekutif Kerajaan Perksekutuan, beberapa buah
kementerian, jabatan dan badan berkanun telah diwujudkan.Bilangan kementerian, jabatan dan
badan berkanun ditambah dan sernasa ke semasa untuk melaksanakan rancangan kerajaan. Setiap
kementenian diketuai oleh seorang menteni yang dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha
Parlimen, Setiausaha Politik dan pegawai lain. Setiap kementerian bertanggungj awab mengubal
dasar-dasar, merancang dan menyelaras pelaksanaan rancangan pembangunan ekonomi dan
sosial.Antara tugas Perdana Menteri ialah membentuk dan merancang dasar-dasar kerajaan serta
menyelaras dan mengawal semua kementerian, jabatan dan badan berkanun.
Terdapat juga menteri yang tidak mengetuai mana-mana kementenian tetapi dibeni tugas
khas iaitu Menteri Tak Berfolio di Jabatan Perdana Menteni.Biasanya mereka menjalankan tugas
khas.Di bawah kementerian tertentu terdapatjuga beberapa badan berkanun dan agensi
kerajaan.Badan berkanun merupakan agensi separuh kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta
Parlimen.Tujuannya ialah untuk membolehkan kerajaan bergiat dalam pembangunan sosialekonomi. Di samping itu terdapat juga beberapa jabatan kerajaan serta agensi berkanun lain yang
membantu melaksanakan dasar sesebuah kementerian contohnya FELDA.

8
1.4.3 Pentadbiran Peringkat Negeri
Kuasa eksekutif di peringkat negeri terletak pada Sultan atau raja atau Yang Dipertuan
Besar atau Yang Dipertuan Negeri mengikut perlembagaan negeri masing-masing.Ketua
Pentadbiran negeri terletak pada Menteni Besar atau Ketua Menteni.Beliau dibantu oleh seorang
Timbalan dan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.Menteri Besar atau Ketua Menteri dan
Ahli Majlis Mesyuarat bertindak sebagai pembuat dasar pentadbiran kerajaan Negeri dan
tertakiuk

kepada

Senarai

Negeri

dan

Senarai

Bersama

yang

diperuntukkan

oleh

Perlembagaan.Pentadbiran peringkat negeni meliputi tanggungjawab tentang hal-ehwal tanah
dan galian, air, agama, pertanian, pendidikan, perhutanan dan sebagainya.Semua dasar kerajaan
negeni dibentuk di Dewan Undangan Negeri dan dipertanggungjawab kepada Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri untuk menyelaraskannya. Pejabat ini akan menurunkan kuasa kepada Pejabat
Daerah yang akan menentukan pembangunan daerah.
Di Sarawak, pentadbiran diketuai oleh Ketua Menteri dan dibantu oleh Timbalan dan
beberapa orang Ahli Majlis Tertinggi. Struktur pentadbirannya terbahagi kepada empat
Bahagian iaitu Bahagian ditadbir oleh Residen, daerah ditadbir oleh Pegawai Daerah, daerah
kecil ditadbir oleh Pegawai Anak Negeri dan di peringkat kampung pula ditadbir oleh ketua
kampung.Di Sabah, terdapat dua peringkat pentadbinan iaitu daerah dan kampung sahaja. Daerah
dibantu oleh Ketua Anak Negeri manakala di peringkat kampung oleh Ketua Kampung.

1.4.4Pentadbiran Peringkat Daerah
Pentadbiran peringkat Daerah diketuai oleh Pegawai Daerah dan dibantu oleh beberapa orang
penolong.Pegawai Daerah dibantu oleh beberapa orang penghulu yang menjadi ketua mukim dan
ketua kampung mengetuai kampung masing-masing.

9
1.4.5 Pentadbiran Kerajaan Tempatan
Kerajaan Tempatan juga dikenali sebagai Pihak Berkuasa Tempatan.Ia mengandungi
Majlis Daerah, Majlis Perbandaran dan Dewan Bandaraya.Peranan utama pentadbiran Kerajaan
Tempatan ialah untuk menumpukan pembangunan sosio-ekonomi di kawasan pekan atau
bandar.Pentadbiran kerajaantempatan terdiri daripada dua majlis iaitu Majlis Perbandaran dan
Majlis Daerah. Pentadbiran MajlisPerbandaran diketuai oleh seorang Yang Dipertua dan sebuah
majlis yang dilantik oleh kerajaan negeri.
Terdapat juga Dewan Bandaraya yang mempunyai peranan yang sama dengan Majlis
Perbandaran tetapi hanya tertumpu di kawasan bandaraya sahaja. Dewan Bandaraya diketuai
oleh Datuk Bandar.Pihak berkuasa tempatan mempunya kuasa autonomi sendiri.Antaranya ialah
berkuasa membentuk undang-undang kecil sendiri dan melantik kakitangan seperti
penguatkuasa.Pihak Berkuasa tempatan mengurus sumber kewangan sendiri. Majlis tempatan
berperanan untuk memajukan kawasan pekan atau bandar, mengutip cukai pintu, meluluskan
pembinaan, memberi permit perniagaandan sebagainya.

10
BAB 2: SISTEM KEHAKIMAN DI MALAYSIA
2.1 BADAN KEHAKIMAN
Bagi memperlengkapkan pengetahuan kita berkenaan dengan perundangan di Malaysia, maka
adalah wajar untuk mengetahui hierarki mahkamah yang sedia ujud di Malaysia dalam
menjalankan serta memperlengkapkan sistem kehakiman yang diamalkan di Malaysia pada masa
sekarang ini.

2.2HIERARKI MAHKAMAH SIVIL DI MALAYSIA
MAHKAMAH PERSEKUTUAN
^
MAHKAMAH RAYUAN
^
MAHKAMAH TINGGI DI MALAYA / SABAH & SARAWAK
^
MAHKAMAH SESYEN
^
MAHKAMAH MAJISTRET
^
MAHKAMAH PENGHULU / ANAK NEGERI / BUMIPUTERA

11
2.2.1MAHKAMAH PERSEKUTUAN

Menurut Perlembagaan Persekutuan[1], antara bidangkuasa Mahkamah Persekutuan di Malaysia
adalah :

a. untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan-keputusan Mahkamah Rayuan, Mahkamah
Tinggi atau seseorang hakimnya.

b. apa-apa bidangkuasa asal (original jurisdiction) atau bidangkuasa menasihat (advisory
jurisdiction) sebagaimana yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan[2]; dan

c. apa-apa bidangkuasa lain sebagaimana yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang
Persekutuan.

Selain dari itu, dengan terdapatnya pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan[3], kebenaran
daripada seorang hakim Mahkamah Persekutuan mesti diperolehi terlebih dahulu sebelum
memulakan apa-apa prosiding untuk mendapatkan suatu penetapan atau deklarasi (declaration)
bahawa mana-mana undang-undang yang berkaitan adalah tidak sah yang berdasarkan kepada
Perkara 4(3) Perlembagaan Persekutuan.

Akta Mahkamah Kehakiman 1964 juga telah dipinda oleh Seksyen 17 Akta Mahkamah
Kehakiman (Pindaan) 1995 yang memperuntukkan bahawa :

Apa-apa prosiding yang belum selesai di hadapan Mahkamah Agung pada 23 Jun 1994
hendaklah disambung atau diteruskan, megikut mana-mana yang berkenaan, di hadapan
Mahkamah Persekutuan dan bagi maksud ini, Mahkamah Persekutuan hendaklah mempunyai
dan menjalankan semua kuasa Mahkamah Agung sebelum 24 Jun 1994.

12
Dengan adanya pindaan tersebut menunjukkan bahawa bidang kuasa yang dipunyai oleh
Mahkamah Persekuan adalah menyamai bidang kuasa Mahkamah Agung sebagaimana sebelum
berkuatkuasanya pindaan tersebut. Dalam kes Tan Boon Kean v PP[4], Mohd Azmi FCJ dengan
merujuk kepada ratio dalam kes Khoo Hi Chiang v PP[5] telah menyatakan bahawa :

Bagi tujuan melenyapkan sebarang keraguan (doubts), kami perlu menekankan juga bahawa
kami adalah terikat dengan ratio dalam kes Khoo Hi Chiang di mana tanggungjawab mahkamah
pada penutup kes pendakwa adalah untuk membuat satu penilaian maksima keteranganketerangan yang ada.

Dalam kes Dalip Bhagwan Singh v PP, mahkamah telah memutuskan bahawa Mahkamah
Persekutuan dan Mahkamah agung yang lama sebelumnya boleh menyimpang (to part) daripada
keputusan-keputusannya sendiri yang terdahulu (its own previous decisions).Tetapi
walaubagaimanapun, kuasa tersebut hendaklah dilakukan dengan berhati-hati. Sekiranya terdapat
dua keputusan Mahkamah Persekutuan yang bercanggah, maka keputusannya yang terkemudian
(terkini) akan mengatasi keputusannya yang terdahulu.

2.2.2MAHKAMAH RAYUAN

Mahkamah Rayuan mula diperkenalkan dalam struktur hierarki mahkamah di Malaysia pada
tahun 1994. penubuhannya bertujuan untuk mewujudkan saluran tambahan bagi mendengar keskes rayuan daripada Mahkamah Tinggi dan juga bertujuan untuk mengurangkan beban
Mahkamah Persekutuan untuk mendengar kes0kes rayuan yang dibawa di hadapannya.

Menurut Perlembagaan Persekutuan[6], bidangkuasanya adalah untuk memutuskan kes-kes
rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan apa-apa bidangkuasa lain sebagaimana yang
diberikan atau di bawah undang-undang Persekutuan. Dalam kes Dalip Bhagwan Singh (supra),
mahkamah telah memutuskan bahawa Mahkamah Rayuan di Malaysia secara umumnya terikat
dengan semua keputusannya sendiri melainkan jika terdapat pengecualian tertentu seperti yang

13
diperuntukan dalam kes Young v Bristol Aeroplane (1994) yang membenarkan Mahkamah
Rayuan di malaysia untuk menyimpang daripada keputusan sendiri yang terdahulu.

2.2.3MAHKAMAH TINGGI

Mahkamah Tinggi di malaysia adalah terikat kepada keputusan-keputusan yang dibuat oleh
Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Walaubagaimanapun, keputusan-keputusan
yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi akan mengikat mahkamah bawahan (subordinate
courts). Namun begitu, hakim Mahkamah Tinggi tidak terikat dengan keputusan yang dibuat
oleh hakmi Mahkmah Tinggi yang lain tetapi ia berhak mengikutinya.

Dalam kes Sundralingam v Ramanathan Chettiar[7], Azmi CJ telah menyatakan bahawa :

Dalam situasi ini kami patut mencontohi amalan di England, di mana hakim Mahkamah Tinggi
tidak akan membalikkan keputusan hakim yang lain tetapi hanya boleh tidak bersetuju dengan
keputusan itu dan memberi keputusannya sendiri. Ini merupakan amalan di negara ini...
2.2.4MAHKAMAH BAWAHAN / RENDAH

Secara amnya, mahkamah-mahkamah bawahan di Malaysia adalah tidak terikat dengan
keputusan mereka sendiri, tetapi walaubagaimanapun, ianya masih terikat dengan keputusan
yang dibuat oleh mahkamah atasan (superior courts).

Di Malaysia terdapat beberapa mahkamah bawahan iaitu :
a. Mahkamah Sesyen

Akta Mahkamah Rendah 1948[1] memperuntukkan bidangkuasa Mahkamah Sesyen yang inter
alia adalah :

1) membicarakan kes-kes kemalangan kenderaan bermotor, tuan rumah dan penyewa (landlord
and tenant), distress; dan

14
2) bidangkuasa sivil bagi amaun yang tidak melebihi RM250,000-00.

3) bidangkuasa jenayah bagi membicarakan serta memutuskan kesalahan-kesalahan yang lain
daripada kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati[2].

4) meminta rekod apa-apa prosiding yang dijalankan di hadapan Mahkamah Majistret dan
Mahkamah Penghulu[3].

b.Mahkamah Majistret

Akta Mahkamah Rendah 1948[4] juga menggariskan bidangkuasa yang diperuntukkan kepada
Mahkamah Majistret dalam menjalankan kuasanya. Terdapat dua bahagian yang utama iaitu :

1) Bidangkuasa Majistret Kelas Pertama
Antara tindakan guaman yang boleh dibicarakan serta diputuskan oleh Majistret Kelas Pertama
adalah :

a) segala tindakan guaman sivil yang amaun dalam pertikaiannya adalah tidak melebihi
RM25,000-00.
b) membicarakan serta memutuskan hukuman bagi kesalahan-kesalahan jenayah yang
penghukumannya adalah tidak melebihi lima tahun penjara / denda sebanyak RM10,000-00 /
sebat sehingga 12 kali[5] / gabungan mana-mana hukuman yang disebutkan tersebut / kesalahan
yang boleh dihukum dengan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sahaja[6] /
kesalahan-kesalahan di bawah seksyen-seksyen 392 dan 457 Kanun Keseksaan[7].

15
2)Bidangkuasa Majistret Kelas Kedua
Ianya termaktub dalam Akta[8] yang sama antaranya :

a) guaman asal tuntutan sivil yang tidak melebihi RM3,000-00 samada beserta faedah atau
sebaliknya[9],
b) kesalahan-kesalahan jenayah yang melibatkan penghukuman yang tempoh penjara
maksimumnya tidak melebihi 12 bulan penjara atau denda sahaja[10],
c) tempoh penjara tidak melebihi 6 bulan / denda tidak melebihi RM1,000-00 / gabungan keduadua hukuman tersebut[11].

c. Mahkamah Penghulu (bagi Malaysia Barat sahaja)

Seksyen 94[12] memperuntukkan bahawa bagi tindakan guaman sivil tuntutan yang dibenarkan
adalah tidak melebihi RM50-00 serta kesemua pihak yang terbabit adalah dari bangsa Asia yang
bertutur serta memahami Bahasa Melayu. Mahkamah ini juga boleh menjatuhkan hukuman
denda tidak melebihi RM25-00[13]. Manakala bagi bidangkuasa jenayah[14] pula, ia hanya
boleh mendengar serta membicarakan seterusnya menjatuhkan hukuman terhadap kesalahankesalahan kecil sahaja yang mana awardnya adalah termaktub dalam seksyen 96.

16
BAB 3:KEHAKIMAN DALAM KONTEKS PENGUASAAN KUASA
Di Malaysia, terdapat tiga badan utama yang menjalankan urusan pentadbiran negara.
Badan-badan tersebut adalah Badan Legislatif, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman. Ketigatiga badan ini menjalankan peranan masing-masing di dalam urusan pentadbiran negara.Doktrin
Pengasingan Kuasa merupakan perkara yang menentukan peranan yang perlu dijalankan oleh
ketiga-tiga badan tersebut agar tidak berlakunya pertindihan kuasa ataupun pemusatan kuasa
oleh ketiga-tiga badan tersebut.
Secara umum, peranan Badan Kehakiman di dalam doktrin pengasingan kuasa ialah
menjadi pengadil di dalam pertikaian baik antara pemerintah dengan rakyat mahupun sesama
rakyat.Badan Kehakiman juga mempunyai peranan memastikan bahawa badan pemerintah atau
eksekutif dan badan perundangan kekal di dalam batasan masing-masing.Hal ini bermaksud,
setiap badan hanya boleh menjalankan urusan pentadbiran yang telah ditetapkan sahaja.Doktrin
Pengasingan Kuasa menegaskan bahawa tidak ada suatu institusi atau badan yang boleh yang
boleh memegang kuasa mutlak di dalam pentadbiran Malaysia.Peranan kehakiman adalah untuk
menjadi penyemak dan pengimbang kuasa eksekutif dan perundangan.Badan ini boleh bertindak
sebagai sebuah institusi bebas dan berkecuali.
Dalam konteks pentadbiran di Malaysia, Badan Legislatif berfungsi untuk menggubal
undang-undang bagi membolehkan Badan Eksekutif mentadbir negara. Sekiranya terdapat
sebarang pertikaian dari segi pentadbiran negara, maka pertikaian tersebut akan diputuskan oleh
Badan Kehakiman. Badan Kehakiman boleh mengisytiharkan sesuatu Akta Parlimen bercanggah
dengan Perlembagaan.Hal ini dapat dilihat dalam Perlembagaan Perkara 4, fasal 1.Namun
demikian, Perlembagaan Persekutuan, Perkara 122B, memperuntukkan bahawa perlantikan
hakim di mahkamah-mahkamah tinggi hendaklah dilakukan oleh Badan Eksekutif.Hal ini secara
umumnya menunjukkan Badan Eksekutif berhak memilih hakim mengikut kehendak mereka dan
hal ini juga menunjukkaan bahawa Badan Eksekutif mempunyai kawalan secara tidak langsung
ke atas Badan Kehakiman.

17
Dalam menjalankan tugas kehakiman, Badan Kehakiman perlu bebas dan tidak
dipengaruhi atau dikawal oleh badan perundangan mahupun eksekutif. Kebebasan kehakiman
penting bagi menjamin institusi kehakiman untuk menjalankan tugas dengan adil.Kuasa
kehakiman hendaklah diletak hak kepada badan kehakiman sahaja. Sebelum Jun 1988, terdapat
peruntukan khusus yang meletakkan had kuasa kehakiman kepada mahkamah yang mana badan
kehakiman mempunyai kuasa untuk menyemak perintah tahanan yang dikeluarkan oleh eksekutif
dari segi substantif dan prosedur. Namun selepas pindaan dibuat pada tahun 1988 dan 1989,
bidang kuasa Badan Kehakiman telah dihadkan di mana mahkamah hanya boleh menyemak
perintah tahanan hanya dari segi prosedur sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawa bidang kuasa
Badan Kehakiman telah terhakis sekaligus menunjukkan penghakisan Doktrin Pengasingan
Kuasa oleh Badan Eksekutif melalui proses penggubalan undang-undang oleh parlimen.
Di Malaysia, boleh dikatakan semua anggota Eksekutif iaitu kabinet adalah juga anggota
Legislatif sama ada ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara. Jelas tiada pengasingan kuasa di
sini. Pihak yang membuat undang-undang dan pihak yang melaksanakan adalah golongan yang
sama. Dari sudut ini mudah bagi pemerintah yang menguasai badan Legislatif untuk mengubal
undang-undang yang ada kalanya memberi kepentingan peribadi mahupun kolektif kepada
Eksekutif lebih lagi bila mempunyai sokongan lebih dari dua pertiga (2/3) ahli di kedua-dua
Dewan.Misalnya kes Rang Undang-undang kenaikan gaji Perdana Menteri yang peningkatannya
ada dipersoalkan oleh sesetengah golongan sedikit masa lalu.
Di bawah artikel 39 perlembagaan, kuasa kedudukan Eksekutif di dalam Persekutuan
diberikan kepada Yang di Pertuan Agong (YDPA) dan boleh digunakan olehnya atau oleh
Kabinet atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Kabinet. Di dalam menggunakan
kuasanya YDPA boleh bertindak sejajar dengan "nasihat" Kabinet atau seorang Menteri yang
bertindak di bawah kuasa Kabinet, kecuali jika sebaliknya yang diperuntukkan oleh
perlembagaan.Sungguh pun demikian, telah pun diputuskan bahawa YDPA tidak boleh bertindak
sewenang-wenangnya

mengikut

mana-mana

nasihat.Nasihat

yang

diberikan

mestilah

berlandaskan undang-undang, mematuhi perlembagaan dan mesti dibuat demi kepentingan
rakyat. Sebagai contohnya, YDPA sepatutnya tidak menerima "nasihat" Perdana Menteri untuk
melantik bekas Peguam Negara sebagai Hakim Persekutuan, berdasarkan banyak dakwaandakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang telah dilakukan oleh bekas Peguam Negara itu.
18
Nasihat sedemikian yang bertentangan dengan undang-undang tidak boleh dianggap satu nasihat
sebagai mana yang dimaksudkan di dalam artikel berkenaan.
Kuasa kedudukan Legislatif (Perundangan) di dalam persekutuan pula diberikan
berdasarkan Artikel 44 di Parlimen yang terdiri dari YDPA dan dua dewan Parlimen. Dan akhir
sekali Artikel 121 menyatakan bahawa kuasa Kehakiman di dalam Persekutuan perlu diberikan
kepada dua Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa dan status yang diselaraskan dan
mahkamah-mahkamah yang lebih rendah sebagaimana yang mungkin diperuntukkan oleh
undang-undang Persekutuan.

19
BAB 4 :ISU SEMASA
4.1 KES 1
KES LIWAT ANWAR IBRAHIM DAN SAIFUL BUKHARI
Ringkasan keputusan kes liwat anwar ibrahim :
Datuk Seri Anwar Ibrahim (defenden)
Mohd Saiful Bukhari (plaintif)

Anwar Ibrahim, 64, mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos, 2008, meliwat Mohd Saiful, 26, di
unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30
petang pada 26 Jun, 2008.Hakim Mahkamah Tinggi : Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd.
Diah (akan membacakan keputusan kes liwat Anwar Ibrahim pada pagi ini selepas meneliti dan
mempertimbangkan hujah kedua-dua belah pihak di akhir pembelaan sama ada akan
membebaskan Anwar atau mensabitkan Ketua Pembangkang itu bersalah .Jika Sabit Kesalahan :
Hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan

Rayuan boleh dilakukan : Membuat rayuan di Mahkamah Rayuanuntuk membatalkan
tuduhan liwat dan rayuan supaya menggugurkan penyertaan

Mohamad Zabidin daripada

mendengar kes liwatnya. selepas rayuan ditolak, Anuar membuat rayuan tetapi Mahkamah
Persekutuan menolak rayuan Anwar untuk mengetepikan penolakan Hakim Mahkamah
Tinggi,Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah supaya tidak menjadi hakim perbicaraan kes
liwatdan rayuannya

untuk mendapatkan semua kenyataan Siful,termasuk kenyataan

diberikannya kepada polis ketika siasatan kes liwat.Pihak pendakwaan menutup kes liwat Anwar
selepas memanggil 27 saksi memberi keterangan pada perbicaraan yang berlangsung 57 hari
yang mendapat liputan meluas dalam dan luar negara.Mahkamah Tinggi memerintahkan Anwar
membela diri atas pertuduhan liwat.Mohamad Zabidin dalam penghakimannya yang dibacakan
hampir dua jam berkata,Mohd Saiful adalah saksi yang benar,berwibawa dan diyakini serta
keteranganya disokong dengan penemuan pakar.Pihak pembelaan menutup kes selapas lapan
saksi mereka tampil memberi keterangan,termasuk Anwar.Pada 9 Januari 2012Mahkamah
Tinggi memutuskan Anwar Ibrahim tidak bersalah dan dilepaskan dari tuduhan.
20
Nota : Ini pertuduhan liwat kedua yang dihadapi Anwar. Pada tahun 2000, Datuk Seri Anwar
Ibrahim didakwa meliwat pemandu Azizan Abu Bakar
Barisan Pembelaan : Diketuai Karpal Singh
Barisan Pendakwaan : Diketuai Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden

4.1.1 KESIMPULAN KES

pembebasan dan pelepasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas
pembantunya membuktikan bahawa badan kehakiman Malaysia adalah sebuah badan
bebas .Keputusan itu membuktikan kerajaan atau Badan Eksekutif tidak campur tangan dalam
urusan campur tangan.

21
4.2 KES 2
KES SKANDAL KLIP VIDEO V.K LINGAM
1. Isu klip video V.K Lingam muncul pada tahun 2002 tetapi menjadi kontroversi pada
sekitar tahun 2002 tetapi menjadi kontroversi sekitar tahun 2007 di Malaysia.
2. Klip video tersebut mengandungi perbualan telefon antara seorang peguam terkemuka ,
V.K Lingam dan Tun Ahmad Fairuz Syeikh Abdul halim, seorang hakim kanan bagi
mengatur perlantikan hakim-hakim di Malaysia pada tahun 2002.
3. Kes ini menjadi isu yang serius kerana ia merupakan cubaan untuk mengatur perlantikan
hakim-hakim termasuk perlantikan Ketua Hakim Negara.
4. Perbuatan cubaan mengatur perlantikan hakim telah melanggar kod etika kehakiman dan
sekaligus mencalarkan kredibiliti badan kehakiman Malaysia.
5. Menurut kod Etika Kehakiman 1964, Peruntukan 3(d), perbuatan melobi oleh seseorang
hakim boleh mencemarkan nama baik badan kehakiman.
6. Lantaran isu ini juga, pada 27 September 2007, satu perarakan yang disertai 1500
peguam yang menjadi ahli Majlis peguam Malaysia telah diadakan di Putrajaya.
7. Antara tuntutan mereka ialah menggesa agar suruhanjaya kehakiman bebas ditubuhkan
bagi melantik para hakim. Selain itu, mereka menggesa agar Suruhanjaya Diraja
ditubuhkan bagi menyiasat kebenaran klip ini yang dikatakan mengatur perlantikan
hakim-hakim di Malaysia pada tahun 2002 semasa Tun Dr Mahathir Mohamad masih
menjadi Perdana Menteri Malaysia pada masa itu.
8. Pada 27 September 2007, sebuah panel khas ditubuhkan yang terdiri daripada bekas
Hakim Besar Malaya, Tan Sri haidar Mohd Noor, aktivis masyarakat Tan Sri Lee Lam
Thye dan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar.
9. Kabinet Malaysia telah melantik 3 orang menteri untuk meneliti dari segi perundangan
laporan panel khas yang dibentuk ini dan mereka dipilih kerana mempunyai latar
belakakng undang-undang.
10. Pada 16 November 2007, sebuah Suruhanjaya Diraja telah ditubuhkan bagi mengkaji
pengesahan dan implikasi klip video ini terhadap kehakiman di Malaysia.

22
11. Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan mahu perlantikan hakim sebelum dan
selepas 2002 disiasat kerana mungkin ada kaitan dengan klip video tersebut agar semua
pihak terutama peguam mendapat keadilan.
12. Ahli Suruhanjaya Diraja yang telah diperkenankan oleh YDPA telah dipertikaikan
kehlian mereka kerana dikhuatiri tindakan badan ini dikawal dan dicampuri serta
dipengaruhi oleh badan lain.
13. Namun pertikaian ini ditolak kerana telah pun diperkenankan oleh YDPA.
14. Keadaan ini jelas membuktikan bahawa seolah-olah terdapat penggunaan kuasa badan
eksekutif dalam menentukan sebarang keputusan berkaitan kes ini.
15. Tun Dr Mahathir Mohamad yang hadir dalam perbicaraan kes ini merupakan antara saksi
dalam kes tersebut di mana beliau dipanggil kerana terdapat kesangsian terhadap
pengaruh badan eksekutif dalam system kehakiman.
16. Selaku Perdana Menteri, beliau berhak melantik sesiapa yang difikirkan sesuai dan layak
tanpa mengambil kira pandangan sesiapa dan diajukan kepada YDPA.
17. Sebab musabab seseorang itu dilantik ke jawatan tertinggi tidaklah perlu dinyatakan dan
beliau berhak berbuat demikian.
18. Oleh sebab inilah, Majlis Peguam Malaysia menuntut agar ditubuhkan satu suruhanjaya
kehakiman yang bebas untuk tujuan khas melantik para hakim negara.
19. Kes klip video Lingam ini membuktikan bahawa kemahiran undang-undang mudah
dimanipulasikan untuk kepentingan sendiri.

4.2.1 Implikasi Besar Daripada Kes Ini:

1. Kes ini antara punca kekalahan besar parti Barisan Nasional dalam pilihan Raya Umum
Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008.
2. Perubahan tarikh penyerahan laporan ditunda dari 11 Mac kepada dua bulan kemudian
dan sepatutnya berakhir pada 10 Mei 2008.
3. Perakam klip video ini yang bekerja di Hong Kong telah menjadi ahli politik bidan terjun
kerana menjadi calon parti Keadilan Rakyat tanpa perlu kempen yang hebat-hebat.
Beliau, loh Gwo Burne menang besar di parlimen kelana Jaya.
23
4. Perdana Menteri Malaysia ke-4, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menngubah
tatacara perlantiakn ketua hakim negara.
5. Tun Salleh Abas telah diberi exgratia atas jasa-jasa lampau beliau.

4.2.2 KESIMPULAN KES
Berdasarkan isu klip video ini, kita dapat lihat bahawa terdapat satu pendekatan terhadap
kebebasan dalam perlantikan para hakim di Malaysia dan peristiwa ini berlaku ketika
pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikhuatiri terdapat unsur-unsur campur tangan
kuasa eksekutif dalam perlantikan para hakim tersebut. Berdasarkan tuntutan yang dibuat oleh
ahli Majlis Peguam Malaysia, kita dapat lihat dengan jelas berlakunya kesangsian dalam
perlantikan para hakimdi negara ini. Oleh itu, perlu ada satu suruhanjaya kehakiman yang bebas
dalam melakukan proses perlantikan hakim-hakim di Malaysia agar masalah seperti isu klip
video lingam ini tidak timbul lagi.

24
PENDAHULUAN

Apa yang dapat kami simpulkan ialah corak pemerintahan di Malaysia telah ditentukan
menerusi Perlembagaan Persekutuandengan mengasingkan tiga badan yang terlibat dalam
pemerintahan negara, iaitu badan perundangan (legislatif), badan pentadbiran (eksekutif) dan
badan kehakiman (judiciary).Pengasingan ketiga-tiga badan dalam pemerintahan negara disebut
sebagai doktrin pengasingankuasa. Doktrin ini dikemukakan oleh Montesquieu, seorang ahli
falsafah terkemuka Perancis pada abad ke-18. Menurut Ranjit Singh Malhi (2000), idea
terpenting mengenai pengasingankuasa ialah orang yang sama tidak harus bertanggungjawab
bagi membuat undang-undang,menguatkuasakannya dan menghukum orang-orang yang
melanggarnya. Ini bermakna doktrintersebut melibatkan pembahagian kuasa pemerintahan yang
jelas antara badan-badan perundangan, eksekutif dan kehakiman tanpa sebarang pertindihan.
.Doktrin ini menjelaskan bahawa badan yang membuat undang-undang hanya
dibenarkanmembuat dan tidak boleh menyerahkankuasa itu kepada badan-badan lain serta tidak
bolehmempunyai kuasa-kuasa lain. Badan yang memerintah hanya dibenar menjalankan
pemerintahannegara dan tidak boleh membuat undang-undang dan menjalankan kuasa
kehakiman. Begitu jugadengan badan kehakiman yang hanya dibenarkan melaksana kuasa
kehakiman dan tidak bolehmembuat undang-undang atau menjalankan kuasa pemerintahan.
Matlamat doktrin pengasingankuasa ialah untuk mengelakkan pemusatan kuasa di dalam tangan
mana-mana pihak.Menurut Ruslan Zainuddin (2004), struktur pemerintahan di Malaysia
mengandungi ketiga-tiga badan di dalam sistem pemerintahan iaitu badan perundangan, badan
pentadbiran dan badan kehakiman. Kuasa tertinggi di atas ketiga-tiga badan itu terletak pada
Yang di-PertuanAgong sebagai Ketua Negara. Ini bermakna Yang di-Pertuan Agong adalah
sekaligus merupakanketua kepada ketiga-tiga cabang kerajaan. Menurut Perlembagaan, baginda
bukan sahajamemegang kuasa eksekutif malahan juga kuasa perundangan. Perkara 39
PerlembagaanPersekutuan iaitu kuasa memerintah Persekutuan dan Perkara 44 Perlembagaan
Persekutuan iaitukuasa perundangan Persekutuan.

25

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Komponen utama sistem kerajaan Malaysia
Komponen utama sistem kerajaan MalaysiaKomponen utama sistem kerajaan Malaysia
Komponen utama sistem kerajaan MalaysiaAnisah Musa
 
Pindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaanPindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaannasywah79
 
2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasa2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasaQaseh Zulaikha
 
Bab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaBab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaAmir Firdaus
 
Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara munnianwar
 
Konsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatKonsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatnasywah79
 
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANBab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANnasywah79
 
Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...
Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...
Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...MUHAMMAD FAUZI YUSOF
 
1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
1 pengenalan kepada kenegaran malaysia1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
1 pengenalan kepada kenegaran malaysiaNur Az
 
Keistimewaan Parlimen
Keistimewaan ParlimenKeistimewaan Parlimen
Keistimewaan Parlimenazam_hazel
 
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)nasywah79
 
Konsep Negara & Pembentukan Negara Malaysia : Pengajian Malaysia
Konsep Negara & Pembentukan Negara Malaysia : Pengajian MalaysiaKonsep Negara & Pembentukan Negara Malaysia : Pengajian Malaysia
Konsep Negara & Pembentukan Negara Malaysia : Pengajian MalaysiaNasir Hassan
 
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020Lala Aliron
 
Dasar luar malaysia
Dasar luar malaysiaDasar luar malaysia
Dasar luar malaysiaAn Hawa
 
BADAN EKSEKUTIF
BADAN EKSEKUTIFBADAN EKSEKUTIF
BADAN EKSEKUTIFShaff Fx
 

La actualidad más candente (20)

Komponen utama sistem kerajaan Malaysia
Komponen utama sistem kerajaan MalaysiaKomponen utama sistem kerajaan Malaysia
Komponen utama sistem kerajaan Malaysia
 
Dasar awam
Dasar awamDasar awam
Dasar awam
 
Pindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaanPindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaan
 
2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasa2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasa
 
Bab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaBab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysia
 
Kuasa ydpa..p.am1
Kuasa ydpa..p.am1Kuasa ydpa..p.am1
Kuasa ydpa..p.am1
 
Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara
 
Konsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatKonsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulat
 
Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..
 
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANBab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
 
Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...
Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...
Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...
 
Pengajian Am Konsep Negara
Pengajian Am Konsep NegaraPengajian Am Konsep Negara
Pengajian Am Konsep Negara
 
1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
1 pengenalan kepada kenegaran malaysia1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
 
Keistimewaan Parlimen
Keistimewaan ParlimenKeistimewaan Parlimen
Keistimewaan Parlimen
 
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)
 
Konsep Negara & Pembentukan Negara Malaysia : Pengajian Malaysia
Konsep Negara & Pembentukan Negara Malaysia : Pengajian MalaysiaKonsep Negara & Pembentukan Negara Malaysia : Pengajian Malaysia
Konsep Negara & Pembentukan Negara Malaysia : Pengajian Malaysia
 
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
 
Dasar luar malaysia
Dasar luar malaysiaDasar luar malaysia
Dasar luar malaysia
 
BADAN EKSEKUTIF
BADAN EKSEKUTIFBADAN EKSEKUTIF
BADAN EKSEKUTIF
 
Pengajian am topik 5 kerajaan tempatan
Pengajian am topik 5   kerajaan tempatanPengajian am topik 5   kerajaan tempatan
Pengajian am topik 5 kerajaan tempatan
 

Similar a Assignment Kenegaraan Malaysia

Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014
Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014Mohd Muzlimi Junoh
 
Pengajian malaysia1
Pengajian malaysia1Pengajian malaysia1
Pengajian malaysia1nurelveana
 
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdf
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdfTOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdf
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdfhambadah
 
KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIA
KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIAKOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIA
KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIAShaff Fx
 
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014Tuisyen Geliga
 
Struktur pemerintahan
Struktur pemerintahanStruktur pemerintahan
Struktur pemerintahanPaish Gto
 
BAB 1_GLUL3113.pptx
BAB 1_GLUL3113.pptxBAB 1_GLUL3113.pptx
BAB 1_GLUL3113.pptxagymzMr
 
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIA
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIAMPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIA
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIAMarzuq Ismail
 
Sistempentadbiranmalaysia 130704080815-phpapp01
Sistempentadbiranmalaysia 130704080815-phpapp01Sistempentadbiranmalaysia 130704080815-phpapp01
Sistempentadbiranmalaysia 130704080815-phpapp01Hazlin Nina Aman
 
Sistem pentadbiran malaysia
Sistem pentadbiran malaysiaSistem pentadbiran malaysia
Sistem pentadbiran malaysiaSamad Shomie
 
5 politik dan perlembagaan
5  politik dan perlembagaan5  politik dan perlembagaan
5 politik dan perlembagaanNur Az
 
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)Kamisah Madhan
 
Perlembagaan di Malaysia
Perlembagaan di MalaysiaPerlembagaan di Malaysia
Perlembagaan di Malaysiafiro HAR
 
Sistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur PemerintahanSistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur PemerintahanShila Sim Rin
 
Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa firo HAR
 
Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa firo HAR
 

Similar a Assignment Kenegaraan Malaysia (20)

Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014
Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014
 
Pengajian malaysia1
Pengajian malaysia1Pengajian malaysia1
Pengajian malaysia1
 
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdf
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdfTOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdf
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdf
 
KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIA
KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIAKOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIA
KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIA
 
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
 
Pm
PmPm
Pm
 
Struktur pemerintahan
Struktur pemerintahanStruktur pemerintahan
Struktur pemerintahan
 
BAB 1_GLUL3113.pptx
BAB 1_GLUL3113.pptxBAB 1_GLUL3113.pptx
BAB 1_GLUL3113.pptx
 
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIA
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIAMPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIA
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIA
 
Sistempentadbiranmalaysia 130704080815-phpapp01
Sistempentadbiranmalaysia 130704080815-phpapp01Sistempentadbiranmalaysia 130704080815-phpapp01
Sistempentadbiranmalaysia 130704080815-phpapp01
 
Sistem pentadbiran malaysia
Sistem pentadbiran malaysiaSistem pentadbiran malaysia
Sistem pentadbiran malaysia
 
Undang undang bertulis
Undang undang bertulisUndang undang bertulis
Undang undang bertulis
 
5 politik dan perlembagaan
5  politik dan perlembagaan5  politik dan perlembagaan
5 politik dan perlembagaan
 
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
 
Kertas 3 perlis 2014
Kertas 3   perlis 2014Kertas 3   perlis 2014
Kertas 3 perlis 2014
 
Undanng2222222222222222
Undanng2222222222222222Undanng2222222222222222
Undanng2222222222222222
 
Perlembagaan di Malaysia
Perlembagaan di MalaysiaPerlembagaan di Malaysia
Perlembagaan di Malaysia
 
Sistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur PemerintahanSistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur Pemerintahan
 
Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa
 
Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa
 

Más de rashidahmurat92

Más de rashidahmurat92 (7)

معجم رشيدة
معجم رشيدةمعجم رشيدة
معجم رشيدة
 
Zuhair Bin Abi Sulma
Zuhair Bin Abi SulmaZuhair Bin Abi Sulma
Zuhair Bin Abi Sulma
 
Asgmt Basic Entrepreneurship
Asgmt Basic EntrepreneurshipAsgmt Basic Entrepreneurship
Asgmt Basic Entrepreneurship
 
Cara i'rab bhs arb
Cara i'rab bhs arbCara i'rab bhs arb
Cara i'rab bhs arb
 
Agriculture and Man
Agriculture and ManAgriculture and Man
Agriculture and Man
 
Asgmt BMT.doc
Asgmt BMT.docAsgmt BMT.doc
Asgmt BMT.doc
 
Peranan Mahasiswa Dlm Memartabatkan BM
Peranan Mahasiswa Dlm Memartabatkan BMPeranan Mahasiswa Dlm Memartabatkan BM
Peranan Mahasiswa Dlm Memartabatkan BM
 

Último

BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BalqisFahemi2
 
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap MalaysiaLAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysiaadriz3008
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxDebbieFlorinaBilly1
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.pptSistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.pptLIMHOOTYUNMoe
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 

Último (13)

BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
 
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap MalaysiaLAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.pptSistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 

Assignment Kenegaraan Malaysia

  • 1. FAKULTI EKOLOGI DAN KEMANUSIAAN SKP 2101 KENEGARAAN MALAYSIA SEMESTER 1, 2012/13 PERANAN KEHAKIMAN DALAM KONTEKS PENGASINGAN KUASA DI MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH: NAMA NOMBOR MATRIK 1)NUR ADIBAH BINTI ABDUL WAHIDI (KETUA KUMPULAN) 168802 2)RASHIDAH BT MURAT 168627 3)RAIHANAH SYAHIRAH BT MOHD ROSLEE 168937 4)EIZZATI BINTI REMLI 167591 5)INTAN NUR BALQIS MOHD KHALID WONG 170207 6)NUR SHAHIDAH SHAHIDAN 170084 7)ROHANA BT ZAKARIA@MAT JUSOH 169151 8)NOR AFIZA BT MOHD NASIR 168951 KUMPULAN 21 DISEDIAKAN UNTUK: PUAN RAJA NOR ALAINI BINTI RAJA OMAR 1
  • 2. ISI KANDUNGAN Bil. Tajuk Muka Surat 1. Pendahuluan 3 2. Pengasingan Kuasa 4 - 10 3 Sistem Kehakiman 11 – 16 4. Kehakiman Dalam Konteks Penguasaan Kuasa 17 – 19 5. Isu Semasa 20 – 21 Kes 1: Kes Liwat Anuar Dan Saiful Kes 2: Kes Skandal Klip Video Vk 6. Penutup Linggam 22 - 24 25 2
  • 3. PENDAHULUAN Pembahagian Kuasa atau dalam bahasa Inggeris dipanggil "Separation of Powers"merupakan satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalamnegara kepada tiga cabang utama : Pemerintah (Eksekutif), Perundangan (Legislatif) dan Kehakiman.Tujuannya adalah untuk mengelak atau menghindari bahaya “kezaliman” (tyranny), di mana dikatakan doktrin pembahagian kuasa (atau fungsi) dapat mewujudkan dan mengekalkan kepimpinan,kebebasan sebenar dan menghindari kemaharajalelaan (despotisma) dengan cara membahagi-bahagikan kuasa untuk mewujudkan semak dan seimbang (check and balance) antara kuasa tersebut. Di bawah pembahagian kuasa, kerajaan dipecahkan kepada tiga cabang, iaitu Badan Legislatif atau penggubal undang-undang, Badan Eksekutif atau pentadbir kerajaan berdasarkanundang-undang dan Badan Kehakiman atau pelaksana undang-undang.Cabangcabang ini mempunyai peranan yang berbeza tetapi saling bergantungan antara satu cabang dengan lain. Doktrin ini juga diperteguhkan lagi dengan elemen semak dan seimbang iaitu setiap badan mempunyai kuasa yang terhad dan boleh memeriksa serta mengehadkan kuasa badan yang lain. Oleh itu, seorang Hakim walaupun dilantik oleh ketua Eksekutif boleh menjatuhkan hukuman undang-undang kepada ketua eksekutif tersebut kerana badan kehakiman mempunyai kebebasan kehakiman dan para hakim dilindungi oleh kekebalan kehakiman. Sekiranya elemen ini tiada, maka pembahagian kuasa sekadar nama sahaja. Doktrin pembahagiankuasa amat nyatadi negara Amerika Syarikat. Di sana setiap badan saling memeriksa penyalahgunaan kuasa satu sama lain. Malah, setiap badan mempunyai elemen semak dan seimbangnya masingmasing.Misalnya polis boleh disoal siasat oleh satu badan bebas yang lain. Di samping itu, badan legislatif di kebanyakan negara adalah dwidewan misalnya di Malaysia yang mempunyai dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dua dewan ini adalah penting untuk memastikan semak dan seimbang dilaksanakan dalam penggubalan undang-undang. 3
  • 4. BAB 1: PENGASINGAN KUASA. 1.1 Doktrin pengasingan kuasa di Malaysia terbahagi kepada tiga (3) iaitu; a) Badan Kehakiman b) Badan Perundangan (Legislatif) c) Badan Eksekutif 1.1.1Tujuan pengasingan kuasa; a) Mengelakkan pertindihan kuasa iaitu berkuasa melebihi satu bidang b) Mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat daripada pemusatan kuasa pada sesebuah badan tertentu. c) Tiada gangguan daripada mana- mana badan yang lain. 1.2 BADAN KEHAKIMAN DI MALAYSIA. Merupakan badan yang mentadbir keadilan secara saksama di Malaysia 1.2.1 Fungsi badan kehakiman a) Mentafsir Undang-undang b) Membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan c) Memelihara hak-hak kewarganegaraan daripada pencabulan pihak kerajaan d) -Menyelesaikan pertikaian antara individu dengan individu dan individu dengan kerajaan 4
  • 5. 1.2.2 Mahkamah di Malaysia: Mahkamah Atas: (a) Mahkamah Persekutuan, (b) Mahkamah Rayuan (c) Makhamah Tinggi Makhamah rendah: (a) Makhamah Sesyen (b) Mahkamah Majistret Kelas I (c) Mahkamah Majistret Kelas II (Mahkamah Majistret Tuntutan Kecil) (d) Mahkamah Penghulu (di Semenanjung sahaja) 1.3 BADAN PERUNDANGAN (LEGISLATIF) DI MALAYSIA Merupakan amalan kerajaan demokrasi yang menggubal undang-undang dalam sesebuah negara. Badan yang mempunyai kuasa untuk meluluskan undang-undang 5
  • 6. 1.3.1 Fungsi Badan Perundangan; a) Membuat undang-undang b) Ini adalah tugas utamanya. Tugas ini melibatkan proses yang rumit dan terdapat perbezaan dari segi proses di negara-negara yang dikemukakan. Di Jerman, rang undangundang tidak boleh dikemukakan oleh mana-mana ahli legislatif secara perseorangan, tetapi mestilah bergabung dengan faction (kumpulan yang terdiri dari lima belas orang). Dalam sistem demokratik pula, rang undang-undang boleh dikemukakan oleh mana-mana ahli legislatif. 1.3.2Pentadbiran. Ia bertindak sebagai pengawas dan pemeriksa, untuk menolak pandangan awam terhadap tindakan-tindakan kerajaan dan mengkritik mereka sekiranya didapati bersalah. Tugasnya juga memecat ahli-ahlinya, meluluskan kelayakan untuk ahli-ahlinya, mengemukakan tuduhan terhadap pegawai-pegawai awam atau mengadili kes-kes tudahan terhadap negara. 1.3.3 Kewangan. Badan ini menguasai dasar kewangan negara melalui pencukaian, pinjaman dan peruntukan.Segala perbelanjaan dan peruntukan yang diminta oleh eksekutif adalah di bawah pertimbangan badan perundangan untuk meluluskan atau tidak.Tugas ini lebih berkesan dalam sistem kabinet seperti di Britain, di mana belanjawaan diluluskan atau dibatalkan oleh badan perundangan. 1.3.4 Pengendalian ketidakpuasan. Legislatif merupakan alat yang penting bagi masyarakat untuk mengeluarkan pendapatnya.Ini adalah fungsi penting dalam demokrasi sebagai kerajaan yang dikawal oleh pendapat umum. 6
  • 7. 1.4 BADAN EKSEKUTIF Badan Eksekutif berfungsi sebagai badan pentadbiran dan pelaksanaan undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan.Pada hakikatnya kebanyakan kuasa eksekutif terletak kepada Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri untuk menjalankannya. 1.4.1 Peranan Badan Eksekutif Sistem pentadbiran di Malaysia dilaksanakan oleh Badan Eksekutif yang diketuai oleh Perdana Menteri dan jemaah Menteri.Badan Eksekutif mempunyai tugas menjalankan kuasa-kuasa pentadbiran kerajaan mengikut perlembagaan dan undang-undang.Di Malaysia terdapat tiga peringkat pentadbiran kerajaan iaitu peringkat persekutuan, peringkat negeri dan peringkat kerajaan tempatan. 1.4.2 Pentadbiran Peringkat Persekutuan Mengikut Perkara 39 Perlembagaan persekutuan, kuasa pentadbiran Kerajaan Persekutuan terletak pada tangan Yang Dipertuan Agong tetapi kuasa mi dijalankan oleh Kabinet atau Jemaah Menteri.Jemaah Menteri berperanan sebagai badan pengurusan tertinggi negara yang membentuk segala dasar kerajaan.Dasar-dasar yang dibentuk itu kemudiannya diluluskan oleh kabinet. Bagi tujuan melaksanakan arahan dasar kerajaan tersebut, Jabatan Perdana Menteri akan menyelaras peranan mana-mana kementerian yang akan melaksanakannya. Peranan utama Jemaah Menteri ialah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara di samping memberi arahan untuk melaksanakan dasar tersebut.Jemaah Menteri diketuai oleh Perdana Menteri dengan menteri-menteri lain sebagai ahli.Perdana Menteri biasanya ahli dewan rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti daripada anggota Dewan Rakyat. Perdana 7
  • 8. Menteri dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri serta menteri yang lain di kalangan ahli Dewan Rakyat. Perdana Menteri bertanggungjawab mengetuai barisan kabinet, memimpin dan menjalankan tugas pentadbiran negara.Perdana Menteri juga bertanggungjawab kepada semua kementerian serta dasar kerajaan.Jemaah Menteri bertanggungjawab kepada parlimen dan bertanggungjawab secara kolektif atas keputusan-keputusan yang dibuat di Parlimen. Bagi menjalankan tugas-tugas eksekutif Kerajaan Perksekutuan, beberapa buah kementerian, jabatan dan badan berkanun telah diwujudkan.Bilangan kementerian, jabatan dan badan berkanun ditambah dan sernasa ke semasa untuk melaksanakan rancangan kerajaan. Setiap kementenian diketuai oleh seorang menteni yang dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Setiausaha Politik dan pegawai lain. Setiap kementerian bertanggungj awab mengubal dasar-dasar, merancang dan menyelaras pelaksanaan rancangan pembangunan ekonomi dan sosial.Antara tugas Perdana Menteri ialah membentuk dan merancang dasar-dasar kerajaan serta menyelaras dan mengawal semua kementerian, jabatan dan badan berkanun. Terdapat juga menteri yang tidak mengetuai mana-mana kementenian tetapi dibeni tugas khas iaitu Menteri Tak Berfolio di Jabatan Perdana Menteni.Biasanya mereka menjalankan tugas khas.Di bawah kementerian tertentu terdapatjuga beberapa badan berkanun dan agensi kerajaan.Badan berkanun merupakan agensi separuh kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen.Tujuannya ialah untuk membolehkan kerajaan bergiat dalam pembangunan sosialekonomi. Di samping itu terdapat juga beberapa jabatan kerajaan serta agensi berkanun lain yang membantu melaksanakan dasar sesebuah kementerian contohnya FELDA. 8
  • 9. 1.4.3 Pentadbiran Peringkat Negeri Kuasa eksekutif di peringkat negeri terletak pada Sultan atau raja atau Yang Dipertuan Besar atau Yang Dipertuan Negeri mengikut perlembagaan negeri masing-masing.Ketua Pentadbiran negeri terletak pada Menteni Besar atau Ketua Menteni.Beliau dibantu oleh seorang Timbalan dan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.Menteri Besar atau Ketua Menteri dan Ahli Majlis Mesyuarat bertindak sebagai pembuat dasar pentadbiran kerajaan Negeri dan tertakiuk kepada Senarai Negeri dan Senarai Bersama yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.Pentadbiran peringkat negeni meliputi tanggungjawab tentang hal-ehwal tanah dan galian, air, agama, pertanian, pendidikan, perhutanan dan sebagainya.Semua dasar kerajaan negeni dibentuk di Dewan Undangan Negeri dan dipertanggungjawab kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menyelaraskannya. Pejabat ini akan menurunkan kuasa kepada Pejabat Daerah yang akan menentukan pembangunan daerah. Di Sarawak, pentadbiran diketuai oleh Ketua Menteri dan dibantu oleh Timbalan dan beberapa orang Ahli Majlis Tertinggi. Struktur pentadbirannya terbahagi kepada empat Bahagian iaitu Bahagian ditadbir oleh Residen, daerah ditadbir oleh Pegawai Daerah, daerah kecil ditadbir oleh Pegawai Anak Negeri dan di peringkat kampung pula ditadbir oleh ketua kampung.Di Sabah, terdapat dua peringkat pentadbinan iaitu daerah dan kampung sahaja. Daerah dibantu oleh Ketua Anak Negeri manakala di peringkat kampung oleh Ketua Kampung. 1.4.4Pentadbiran Peringkat Daerah Pentadbiran peringkat Daerah diketuai oleh Pegawai Daerah dan dibantu oleh beberapa orang penolong.Pegawai Daerah dibantu oleh beberapa orang penghulu yang menjadi ketua mukim dan ketua kampung mengetuai kampung masing-masing. 9
  • 10. 1.4.5 Pentadbiran Kerajaan Tempatan Kerajaan Tempatan juga dikenali sebagai Pihak Berkuasa Tempatan.Ia mengandungi Majlis Daerah, Majlis Perbandaran dan Dewan Bandaraya.Peranan utama pentadbiran Kerajaan Tempatan ialah untuk menumpukan pembangunan sosio-ekonomi di kawasan pekan atau bandar.Pentadbiran kerajaantempatan terdiri daripada dua majlis iaitu Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Pentadbiran MajlisPerbandaran diketuai oleh seorang Yang Dipertua dan sebuah majlis yang dilantik oleh kerajaan negeri. Terdapat juga Dewan Bandaraya yang mempunyai peranan yang sama dengan Majlis Perbandaran tetapi hanya tertumpu di kawasan bandaraya sahaja. Dewan Bandaraya diketuai oleh Datuk Bandar.Pihak berkuasa tempatan mempunya kuasa autonomi sendiri.Antaranya ialah berkuasa membentuk undang-undang kecil sendiri dan melantik kakitangan seperti penguatkuasa.Pihak Berkuasa tempatan mengurus sumber kewangan sendiri. Majlis tempatan berperanan untuk memajukan kawasan pekan atau bandar, mengutip cukai pintu, meluluskan pembinaan, memberi permit perniagaandan sebagainya. 10
  • 11. BAB 2: SISTEM KEHAKIMAN DI MALAYSIA 2.1 BADAN KEHAKIMAN Bagi memperlengkapkan pengetahuan kita berkenaan dengan perundangan di Malaysia, maka adalah wajar untuk mengetahui hierarki mahkamah yang sedia ujud di Malaysia dalam menjalankan serta memperlengkapkan sistem kehakiman yang diamalkan di Malaysia pada masa sekarang ini. 2.2HIERARKI MAHKAMAH SIVIL DI MALAYSIA MAHKAMAH PERSEKUTUAN ^ MAHKAMAH RAYUAN ^ MAHKAMAH TINGGI DI MALAYA / SABAH & SARAWAK ^ MAHKAMAH SESYEN ^ MAHKAMAH MAJISTRET ^ MAHKAMAH PENGHULU / ANAK NEGERI / BUMIPUTERA 11
  • 12. 2.2.1MAHKAMAH PERSEKUTUAN Menurut Perlembagaan Persekutuan[1], antara bidangkuasa Mahkamah Persekutuan di Malaysia adalah : a. untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan-keputusan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya. b. apa-apa bidangkuasa asal (original jurisdiction) atau bidangkuasa menasihat (advisory jurisdiction) sebagaimana yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan[2]; dan c. apa-apa bidangkuasa lain sebagaimana yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang Persekutuan. Selain dari itu, dengan terdapatnya pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan[3], kebenaran daripada seorang hakim Mahkamah Persekutuan mesti diperolehi terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa prosiding untuk mendapatkan suatu penetapan atau deklarasi (declaration) bahawa mana-mana undang-undang yang berkaitan adalah tidak sah yang berdasarkan kepada Perkara 4(3) Perlembagaan Persekutuan. Akta Mahkamah Kehakiman 1964 juga telah dipinda oleh Seksyen 17 Akta Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 1995 yang memperuntukkan bahawa : Apa-apa prosiding yang belum selesai di hadapan Mahkamah Agung pada 23 Jun 1994 hendaklah disambung atau diteruskan, megikut mana-mana yang berkenaan, di hadapan Mahkamah Persekutuan dan bagi maksud ini, Mahkamah Persekutuan hendaklah mempunyai dan menjalankan semua kuasa Mahkamah Agung sebelum 24 Jun 1994. 12
  • 13. Dengan adanya pindaan tersebut menunjukkan bahawa bidang kuasa yang dipunyai oleh Mahkamah Persekuan adalah menyamai bidang kuasa Mahkamah Agung sebagaimana sebelum berkuatkuasanya pindaan tersebut. Dalam kes Tan Boon Kean v PP[4], Mohd Azmi FCJ dengan merujuk kepada ratio dalam kes Khoo Hi Chiang v PP[5] telah menyatakan bahawa : Bagi tujuan melenyapkan sebarang keraguan (doubts), kami perlu menekankan juga bahawa kami adalah terikat dengan ratio dalam kes Khoo Hi Chiang di mana tanggungjawab mahkamah pada penutup kes pendakwa adalah untuk membuat satu penilaian maksima keteranganketerangan yang ada. Dalam kes Dalip Bhagwan Singh v PP, mahkamah telah memutuskan bahawa Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah agung yang lama sebelumnya boleh menyimpang (to part) daripada keputusan-keputusannya sendiri yang terdahulu (its own previous decisions).Tetapi walaubagaimanapun, kuasa tersebut hendaklah dilakukan dengan berhati-hati. Sekiranya terdapat dua keputusan Mahkamah Persekutuan yang bercanggah, maka keputusannya yang terkemudian (terkini) akan mengatasi keputusannya yang terdahulu. 2.2.2MAHKAMAH RAYUAN Mahkamah Rayuan mula diperkenalkan dalam struktur hierarki mahkamah di Malaysia pada tahun 1994. penubuhannya bertujuan untuk mewujudkan saluran tambahan bagi mendengar keskes rayuan daripada Mahkamah Tinggi dan juga bertujuan untuk mengurangkan beban Mahkamah Persekutuan untuk mendengar kes0kes rayuan yang dibawa di hadapannya. Menurut Perlembagaan Persekutuan[6], bidangkuasanya adalah untuk memutuskan kes-kes rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan apa-apa bidangkuasa lain sebagaimana yang diberikan atau di bawah undang-undang Persekutuan. Dalam kes Dalip Bhagwan Singh (supra), mahkamah telah memutuskan bahawa Mahkamah Rayuan di Malaysia secara umumnya terikat dengan semua keputusannya sendiri melainkan jika terdapat pengecualian tertentu seperti yang 13
  • 14. diperuntukan dalam kes Young v Bristol Aeroplane (1994) yang membenarkan Mahkamah Rayuan di malaysia untuk menyimpang daripada keputusan sendiri yang terdahulu. 2.2.3MAHKAMAH TINGGI Mahkamah Tinggi di malaysia adalah terikat kepada keputusan-keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Walaubagaimanapun, keputusan-keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi akan mengikat mahkamah bawahan (subordinate courts). Namun begitu, hakim Mahkamah Tinggi tidak terikat dengan keputusan yang dibuat oleh hakmi Mahkmah Tinggi yang lain tetapi ia berhak mengikutinya. Dalam kes Sundralingam v Ramanathan Chettiar[7], Azmi CJ telah menyatakan bahawa : Dalam situasi ini kami patut mencontohi amalan di England, di mana hakim Mahkamah Tinggi tidak akan membalikkan keputusan hakim yang lain tetapi hanya boleh tidak bersetuju dengan keputusan itu dan memberi keputusannya sendiri. Ini merupakan amalan di negara ini... 2.2.4MAHKAMAH BAWAHAN / RENDAH Secara amnya, mahkamah-mahkamah bawahan di Malaysia adalah tidak terikat dengan keputusan mereka sendiri, tetapi walaubagaimanapun, ianya masih terikat dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah atasan (superior courts). Di Malaysia terdapat beberapa mahkamah bawahan iaitu : a. Mahkamah Sesyen Akta Mahkamah Rendah 1948[1] memperuntukkan bidangkuasa Mahkamah Sesyen yang inter alia adalah : 1) membicarakan kes-kes kemalangan kenderaan bermotor, tuan rumah dan penyewa (landlord and tenant), distress; dan 14
  • 15. 2) bidangkuasa sivil bagi amaun yang tidak melebihi RM250,000-00. 3) bidangkuasa jenayah bagi membicarakan serta memutuskan kesalahan-kesalahan yang lain daripada kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati[2]. 4) meminta rekod apa-apa prosiding yang dijalankan di hadapan Mahkamah Majistret dan Mahkamah Penghulu[3]. b.Mahkamah Majistret Akta Mahkamah Rendah 1948[4] juga menggariskan bidangkuasa yang diperuntukkan kepada Mahkamah Majistret dalam menjalankan kuasanya. Terdapat dua bahagian yang utama iaitu : 1) Bidangkuasa Majistret Kelas Pertama Antara tindakan guaman yang boleh dibicarakan serta diputuskan oleh Majistret Kelas Pertama adalah : a) segala tindakan guaman sivil yang amaun dalam pertikaiannya adalah tidak melebihi RM25,000-00. b) membicarakan serta memutuskan hukuman bagi kesalahan-kesalahan jenayah yang penghukumannya adalah tidak melebihi lima tahun penjara / denda sebanyak RM10,000-00 / sebat sehingga 12 kali[5] / gabungan mana-mana hukuman yang disebutkan tersebut / kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sahaja[6] / kesalahan-kesalahan di bawah seksyen-seksyen 392 dan 457 Kanun Keseksaan[7]. 15
  • 16. 2)Bidangkuasa Majistret Kelas Kedua Ianya termaktub dalam Akta[8] yang sama antaranya : a) guaman asal tuntutan sivil yang tidak melebihi RM3,000-00 samada beserta faedah atau sebaliknya[9], b) kesalahan-kesalahan jenayah yang melibatkan penghukuman yang tempoh penjara maksimumnya tidak melebihi 12 bulan penjara atau denda sahaja[10], c) tempoh penjara tidak melebihi 6 bulan / denda tidak melebihi RM1,000-00 / gabungan keduadua hukuman tersebut[11]. c. Mahkamah Penghulu (bagi Malaysia Barat sahaja) Seksyen 94[12] memperuntukkan bahawa bagi tindakan guaman sivil tuntutan yang dibenarkan adalah tidak melebihi RM50-00 serta kesemua pihak yang terbabit adalah dari bangsa Asia yang bertutur serta memahami Bahasa Melayu. Mahkamah ini juga boleh menjatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM25-00[13]. Manakala bagi bidangkuasa jenayah[14] pula, ia hanya boleh mendengar serta membicarakan seterusnya menjatuhkan hukuman terhadap kesalahankesalahan kecil sahaja yang mana awardnya adalah termaktub dalam seksyen 96. 16
  • 17. BAB 3:KEHAKIMAN DALAM KONTEKS PENGUASAAN KUASA Di Malaysia, terdapat tiga badan utama yang menjalankan urusan pentadbiran negara. Badan-badan tersebut adalah Badan Legislatif, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman. Ketigatiga badan ini menjalankan peranan masing-masing di dalam urusan pentadbiran negara.Doktrin Pengasingan Kuasa merupakan perkara yang menentukan peranan yang perlu dijalankan oleh ketiga-tiga badan tersebut agar tidak berlakunya pertindihan kuasa ataupun pemusatan kuasa oleh ketiga-tiga badan tersebut. Secara umum, peranan Badan Kehakiman di dalam doktrin pengasingan kuasa ialah menjadi pengadil di dalam pertikaian baik antara pemerintah dengan rakyat mahupun sesama rakyat.Badan Kehakiman juga mempunyai peranan memastikan bahawa badan pemerintah atau eksekutif dan badan perundangan kekal di dalam batasan masing-masing.Hal ini bermaksud, setiap badan hanya boleh menjalankan urusan pentadbiran yang telah ditetapkan sahaja.Doktrin Pengasingan Kuasa menegaskan bahawa tidak ada suatu institusi atau badan yang boleh yang boleh memegang kuasa mutlak di dalam pentadbiran Malaysia.Peranan kehakiman adalah untuk menjadi penyemak dan pengimbang kuasa eksekutif dan perundangan.Badan ini boleh bertindak sebagai sebuah institusi bebas dan berkecuali. Dalam konteks pentadbiran di Malaysia, Badan Legislatif berfungsi untuk menggubal undang-undang bagi membolehkan Badan Eksekutif mentadbir negara. Sekiranya terdapat sebarang pertikaian dari segi pentadbiran negara, maka pertikaian tersebut akan diputuskan oleh Badan Kehakiman. Badan Kehakiman boleh mengisytiharkan sesuatu Akta Parlimen bercanggah dengan Perlembagaan.Hal ini dapat dilihat dalam Perlembagaan Perkara 4, fasal 1.Namun demikian, Perlembagaan Persekutuan, Perkara 122B, memperuntukkan bahawa perlantikan hakim di mahkamah-mahkamah tinggi hendaklah dilakukan oleh Badan Eksekutif.Hal ini secara umumnya menunjukkan Badan Eksekutif berhak memilih hakim mengikut kehendak mereka dan hal ini juga menunjukkaan bahawa Badan Eksekutif mempunyai kawalan secara tidak langsung ke atas Badan Kehakiman. 17
  • 18. Dalam menjalankan tugas kehakiman, Badan Kehakiman perlu bebas dan tidak dipengaruhi atau dikawal oleh badan perundangan mahupun eksekutif. Kebebasan kehakiman penting bagi menjamin institusi kehakiman untuk menjalankan tugas dengan adil.Kuasa kehakiman hendaklah diletak hak kepada badan kehakiman sahaja. Sebelum Jun 1988, terdapat peruntukan khusus yang meletakkan had kuasa kehakiman kepada mahkamah yang mana badan kehakiman mempunyai kuasa untuk menyemak perintah tahanan yang dikeluarkan oleh eksekutif dari segi substantif dan prosedur. Namun selepas pindaan dibuat pada tahun 1988 dan 1989, bidang kuasa Badan Kehakiman telah dihadkan di mana mahkamah hanya boleh menyemak perintah tahanan hanya dari segi prosedur sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawa bidang kuasa Badan Kehakiman telah terhakis sekaligus menunjukkan penghakisan Doktrin Pengasingan Kuasa oleh Badan Eksekutif melalui proses penggubalan undang-undang oleh parlimen. Di Malaysia, boleh dikatakan semua anggota Eksekutif iaitu kabinet adalah juga anggota Legislatif sama ada ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara. Jelas tiada pengasingan kuasa di sini. Pihak yang membuat undang-undang dan pihak yang melaksanakan adalah golongan yang sama. Dari sudut ini mudah bagi pemerintah yang menguasai badan Legislatif untuk mengubal undang-undang yang ada kalanya memberi kepentingan peribadi mahupun kolektif kepada Eksekutif lebih lagi bila mempunyai sokongan lebih dari dua pertiga (2/3) ahli di kedua-dua Dewan.Misalnya kes Rang Undang-undang kenaikan gaji Perdana Menteri yang peningkatannya ada dipersoalkan oleh sesetengah golongan sedikit masa lalu. Di bawah artikel 39 perlembagaan, kuasa kedudukan Eksekutif di dalam Persekutuan diberikan kepada Yang di Pertuan Agong (YDPA) dan boleh digunakan olehnya atau oleh Kabinet atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Kabinet. Di dalam menggunakan kuasanya YDPA boleh bertindak sejajar dengan "nasihat" Kabinet atau seorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa Kabinet, kecuali jika sebaliknya yang diperuntukkan oleh perlembagaan.Sungguh pun demikian, telah pun diputuskan bahawa YDPA tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya mengikut mana-mana nasihat.Nasihat yang diberikan mestilah berlandaskan undang-undang, mematuhi perlembagaan dan mesti dibuat demi kepentingan rakyat. Sebagai contohnya, YDPA sepatutnya tidak menerima "nasihat" Perdana Menteri untuk melantik bekas Peguam Negara sebagai Hakim Persekutuan, berdasarkan banyak dakwaandakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang telah dilakukan oleh bekas Peguam Negara itu. 18
  • 19. Nasihat sedemikian yang bertentangan dengan undang-undang tidak boleh dianggap satu nasihat sebagai mana yang dimaksudkan di dalam artikel berkenaan. Kuasa kedudukan Legislatif (Perundangan) di dalam persekutuan pula diberikan berdasarkan Artikel 44 di Parlimen yang terdiri dari YDPA dan dua dewan Parlimen. Dan akhir sekali Artikel 121 menyatakan bahawa kuasa Kehakiman di dalam Persekutuan perlu diberikan kepada dua Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa dan status yang diselaraskan dan mahkamah-mahkamah yang lebih rendah sebagaimana yang mungkin diperuntukkan oleh undang-undang Persekutuan. 19
  • 20. BAB 4 :ISU SEMASA 4.1 KES 1 KES LIWAT ANWAR IBRAHIM DAN SAIFUL BUKHARI Ringkasan keputusan kes liwat anwar ibrahim : Datuk Seri Anwar Ibrahim (defenden) Mohd Saiful Bukhari (plaintif) Anwar Ibrahim, 64, mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos, 2008, meliwat Mohd Saiful, 26, di unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.Hakim Mahkamah Tinggi : Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah (akan membacakan keputusan kes liwat Anwar Ibrahim pada pagi ini selepas meneliti dan mempertimbangkan hujah kedua-dua belah pihak di akhir pembelaan sama ada akan membebaskan Anwar atau mensabitkan Ketua Pembangkang itu bersalah .Jika Sabit Kesalahan : Hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan Rayuan boleh dilakukan : Membuat rayuan di Mahkamah Rayuanuntuk membatalkan tuduhan liwat dan rayuan supaya menggugurkan penyertaan Mohamad Zabidin daripada mendengar kes liwatnya. selepas rayuan ditolak, Anuar membuat rayuan tetapi Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar untuk mengetepikan penolakan Hakim Mahkamah Tinggi,Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah supaya tidak menjadi hakim perbicaraan kes liwatdan rayuannya untuk mendapatkan semua kenyataan Siful,termasuk kenyataan diberikannya kepada polis ketika siasatan kes liwat.Pihak pendakwaan menutup kes liwat Anwar selepas memanggil 27 saksi memberi keterangan pada perbicaraan yang berlangsung 57 hari yang mendapat liputan meluas dalam dan luar negara.Mahkamah Tinggi memerintahkan Anwar membela diri atas pertuduhan liwat.Mohamad Zabidin dalam penghakimannya yang dibacakan hampir dua jam berkata,Mohd Saiful adalah saksi yang benar,berwibawa dan diyakini serta keteranganya disokong dengan penemuan pakar.Pihak pembelaan menutup kes selapas lapan saksi mereka tampil memberi keterangan,termasuk Anwar.Pada 9 Januari 2012Mahkamah Tinggi memutuskan Anwar Ibrahim tidak bersalah dan dilepaskan dari tuduhan. 20
  • 21. Nota : Ini pertuduhan liwat kedua yang dihadapi Anwar. Pada tahun 2000, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa meliwat pemandu Azizan Abu Bakar Barisan Pembelaan : Diketuai Karpal Singh Barisan Pendakwaan : Diketuai Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden 4.1.1 KESIMPULAN KES pembebasan dan pelepasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya membuktikan bahawa badan kehakiman Malaysia adalah sebuah badan bebas .Keputusan itu membuktikan kerajaan atau Badan Eksekutif tidak campur tangan dalam urusan campur tangan. 21
  • 22. 4.2 KES 2 KES SKANDAL KLIP VIDEO V.K LINGAM 1. Isu klip video V.K Lingam muncul pada tahun 2002 tetapi menjadi kontroversi pada sekitar tahun 2002 tetapi menjadi kontroversi sekitar tahun 2007 di Malaysia. 2. Klip video tersebut mengandungi perbualan telefon antara seorang peguam terkemuka , V.K Lingam dan Tun Ahmad Fairuz Syeikh Abdul halim, seorang hakim kanan bagi mengatur perlantikan hakim-hakim di Malaysia pada tahun 2002. 3. Kes ini menjadi isu yang serius kerana ia merupakan cubaan untuk mengatur perlantikan hakim-hakim termasuk perlantikan Ketua Hakim Negara. 4. Perbuatan cubaan mengatur perlantikan hakim telah melanggar kod etika kehakiman dan sekaligus mencalarkan kredibiliti badan kehakiman Malaysia. 5. Menurut kod Etika Kehakiman 1964, Peruntukan 3(d), perbuatan melobi oleh seseorang hakim boleh mencemarkan nama baik badan kehakiman. 6. Lantaran isu ini juga, pada 27 September 2007, satu perarakan yang disertai 1500 peguam yang menjadi ahli Majlis peguam Malaysia telah diadakan di Putrajaya. 7. Antara tuntutan mereka ialah menggesa agar suruhanjaya kehakiman bebas ditubuhkan bagi melantik para hakim. Selain itu, mereka menggesa agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat kebenaran klip ini yang dikatakan mengatur perlantikan hakim-hakim di Malaysia pada tahun 2002 semasa Tun Dr Mahathir Mohamad masih menjadi Perdana Menteri Malaysia pada masa itu. 8. Pada 27 September 2007, sebuah panel khas ditubuhkan yang terdiri daripada bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri haidar Mohd Noor, aktivis masyarakat Tan Sri Lee Lam Thye dan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar. 9. Kabinet Malaysia telah melantik 3 orang menteri untuk meneliti dari segi perundangan laporan panel khas yang dibentuk ini dan mereka dipilih kerana mempunyai latar belakakng undang-undang. 10. Pada 16 November 2007, sebuah Suruhanjaya Diraja telah ditubuhkan bagi mengkaji pengesahan dan implikasi klip video ini terhadap kehakiman di Malaysia. 22
  • 23. 11. Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan mahu perlantikan hakim sebelum dan selepas 2002 disiasat kerana mungkin ada kaitan dengan klip video tersebut agar semua pihak terutama peguam mendapat keadilan. 12. Ahli Suruhanjaya Diraja yang telah diperkenankan oleh YDPA telah dipertikaikan kehlian mereka kerana dikhuatiri tindakan badan ini dikawal dan dicampuri serta dipengaruhi oleh badan lain. 13. Namun pertikaian ini ditolak kerana telah pun diperkenankan oleh YDPA. 14. Keadaan ini jelas membuktikan bahawa seolah-olah terdapat penggunaan kuasa badan eksekutif dalam menentukan sebarang keputusan berkaitan kes ini. 15. Tun Dr Mahathir Mohamad yang hadir dalam perbicaraan kes ini merupakan antara saksi dalam kes tersebut di mana beliau dipanggil kerana terdapat kesangsian terhadap pengaruh badan eksekutif dalam system kehakiman. 16. Selaku Perdana Menteri, beliau berhak melantik sesiapa yang difikirkan sesuai dan layak tanpa mengambil kira pandangan sesiapa dan diajukan kepada YDPA. 17. Sebab musabab seseorang itu dilantik ke jawatan tertinggi tidaklah perlu dinyatakan dan beliau berhak berbuat demikian. 18. Oleh sebab inilah, Majlis Peguam Malaysia menuntut agar ditubuhkan satu suruhanjaya kehakiman yang bebas untuk tujuan khas melantik para hakim negara. 19. Kes klip video Lingam ini membuktikan bahawa kemahiran undang-undang mudah dimanipulasikan untuk kepentingan sendiri. 4.2.1 Implikasi Besar Daripada Kes Ini: 1. Kes ini antara punca kekalahan besar parti Barisan Nasional dalam pilihan Raya Umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008. 2. Perubahan tarikh penyerahan laporan ditunda dari 11 Mac kepada dua bulan kemudian dan sepatutnya berakhir pada 10 Mei 2008. 3. Perakam klip video ini yang bekerja di Hong Kong telah menjadi ahli politik bidan terjun kerana menjadi calon parti Keadilan Rakyat tanpa perlu kempen yang hebat-hebat. Beliau, loh Gwo Burne menang besar di parlimen kelana Jaya. 23
  • 24. 4. Perdana Menteri Malaysia ke-4, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menngubah tatacara perlantiakn ketua hakim negara. 5. Tun Salleh Abas telah diberi exgratia atas jasa-jasa lampau beliau. 4.2.2 KESIMPULAN KES Berdasarkan isu klip video ini, kita dapat lihat bahawa terdapat satu pendekatan terhadap kebebasan dalam perlantikan para hakim di Malaysia dan peristiwa ini berlaku ketika pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikhuatiri terdapat unsur-unsur campur tangan kuasa eksekutif dalam perlantikan para hakim tersebut. Berdasarkan tuntutan yang dibuat oleh ahli Majlis Peguam Malaysia, kita dapat lihat dengan jelas berlakunya kesangsian dalam perlantikan para hakimdi negara ini. Oleh itu, perlu ada satu suruhanjaya kehakiman yang bebas dalam melakukan proses perlantikan hakim-hakim di Malaysia agar masalah seperti isu klip video lingam ini tidak timbul lagi. 24
  • 25. PENDAHULUAN Apa yang dapat kami simpulkan ialah corak pemerintahan di Malaysia telah ditentukan menerusi Perlembagaan Persekutuandengan mengasingkan tiga badan yang terlibat dalam pemerintahan negara, iaitu badan perundangan (legislatif), badan pentadbiran (eksekutif) dan badan kehakiman (judiciary).Pengasingan ketiga-tiga badan dalam pemerintahan negara disebut sebagai doktrin pengasingankuasa. Doktrin ini dikemukakan oleh Montesquieu, seorang ahli falsafah terkemuka Perancis pada abad ke-18. Menurut Ranjit Singh Malhi (2000), idea terpenting mengenai pengasingankuasa ialah orang yang sama tidak harus bertanggungjawab bagi membuat undang-undang,menguatkuasakannya dan menghukum orang-orang yang melanggarnya. Ini bermakna doktrintersebut melibatkan pembahagian kuasa pemerintahan yang jelas antara badan-badan perundangan, eksekutif dan kehakiman tanpa sebarang pertindihan. .Doktrin ini menjelaskan bahawa badan yang membuat undang-undang hanya dibenarkanmembuat dan tidak boleh menyerahkankuasa itu kepada badan-badan lain serta tidak bolehmempunyai kuasa-kuasa lain. Badan yang memerintah hanya dibenar menjalankan pemerintahannegara dan tidak boleh membuat undang-undang dan menjalankan kuasa kehakiman. Begitu jugadengan badan kehakiman yang hanya dibenarkan melaksana kuasa kehakiman dan tidak bolehmembuat undang-undang atau menjalankan kuasa pemerintahan. Matlamat doktrin pengasingankuasa ialah untuk mengelakkan pemusatan kuasa di dalam tangan mana-mana pihak.Menurut Ruslan Zainuddin (2004), struktur pemerintahan di Malaysia mengandungi ketiga-tiga badan di dalam sistem pemerintahan iaitu badan perundangan, badan pentadbiran dan badan kehakiman. Kuasa tertinggi di atas ketiga-tiga badan itu terletak pada Yang di-PertuanAgong sebagai Ketua Negara. Ini bermakna Yang di-Pertuan Agong adalah sekaligus merupakanketua kepada ketiga-tiga cabang kerajaan. Menurut Perlembagaan, baginda bukan sahajamemegang kuasa eksekutif malahan juga kuasa perundangan. Perkara 39 PerlembagaanPersekutuan iaitu kuasa memerintah Persekutuan dan Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan iaitukuasa perundangan Persekutuan. 25