Se ha denunciado esta presentación.
Utilizamos tu perfil de LinkedIn y tus datos de actividad para personalizar los anuncios y mostrarte publicidad más relevante. Puedes cambiar tus preferencias de publicidad en cualquier momento.

Ahli perniagaan dituduh beri rasuah rm100(1)

228 visualizaciones

Publicado el

SDDSF

  • Inicia sesión para ver los comentarios

  • Sé el primero en recomendar esto

Ahli perniagaan dituduh beri rasuah rm100(1)

  1. 1. AHLI PERNIAGAAN DITUDUH BERI RASUAH RM100,000 -<br />Posted by zamemi on July 6, 2011 at 5:44am in Peti Besi dan Setor<br />Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan memberi rasuah RM100,000 kepada bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Mohamad Daud Dol Moin bagi mendapatkan tender pencetakan wang polimer RM5 di Australia tujuh tahun lalu.Abdul Kayum Syed Ahmad, 62, mengaku tidak bersalah selepas setiap pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Asmadi Hussin.Dia didakwa melakukan perbuatan itu melalui Mohd. Fadzli Ibrahim di Eon Bank, Taipan, Subang Jaya pada 24 November 2004 dan 15 Februari 2005.Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 2 Ogos ini untuk sebutan kes itu. BEKAS PENOLONG GABENOR BANK NEGARA DIDAKWA Seorang bekas penolong gabenor Bank Negara didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM100,000 daripada orang tengah bagi mendapatkan kontrak mencetak wang polimer RM5.Ia berikutan operasi bersama antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa Australia berhubung dakwaan salah laku dalam pemberian kontrak kepada firma Australia berkenaan.Bekas penolong gabenor itu, Mohamad Daud Dol Moin, 58, akan didakwa atas dua pertuduhan menerima habuan RM50,000 daripada seorang ahli perniagaan Abdul Kayum Syed Ahmad, bagi mendapatkan kontrak RM95 juta berhubung wang polimer RM5 oleh Note Printing Australia Ltd.Beliau didakwa menerima wang itu di Restoran Dome, Bangsar Shopping Centre pada 1 Disember 2004 dan 16 Februari 16, 2005.RASUAH MATA WANG: BEKAS PENOLONG GABENOR BANK NEGARA DICAJ TERIMA RM100,000 Bekas penolong gabenor Bank Negara Mohamad Daud Dol Moin pagi ini didakwa berhubung kesalahan rasuah melibatkan kontrak mencetak mata wang polimer yang dianugerahkan kepada sebuah firma Australia antara 2003 dan 2007.Mohamad Daud menghadapi tuduhan menerima RM100,000 daripada Abdul Kayum Syed Ahmad dalam dua kejadian iaitu sebanyak RM50,000 pada 1 Disember 2004 dan baki RM50,000 pada 16 Februari 2005 di sebuah kafe di Bangsar Shopping Centre.Dia dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997.Abdul Kayum akan berhadapan dengan tuduhan berasingan memberi habuan kepada Mohamad Daud di Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas ini.Sementara itu, dalam satu kenyataan dikeluarkan, SPRM berkata pihaknya telah menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini dengan kerjasama dan bantuan penuh Bank Negara.Katanya, di bawah tuduhan pertama, Mohamad Daud didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 kerana menerima suapan wang tunai RM50,000.00 daripada Abdul Kayum melalui seorang perantara untuk membantunya mendapatkan kontrak mencetak wang polimer RM5 oleh Note Printing Australia Limited.Tertuduh tidak mengaku salah terhadap semua pertuduhan dan minta dibicarakan.Tertuduh diwakili oleh J.D. Goonting dan Collin Goonting manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup dari Jabatan Peguam Negara.Tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan sebanyak RM100,000 dengan Hakim Rosbiahanin Arifin menetapkan 2 Ogos ini untuk perbicaraan.Jika disabitkan kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang daripada 14 hari dan tidak lebih daripada 20 tahun, dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.SPRM juga berkata pihaknya telah mula menjalankan siasatan berhubung kes ini pada Mei tahun lalu serentak dengan tindakan Polis Persekutuan Australia.“Polis Persekutuan Australia hari ini turut sama membuat pertuduhan di mahkamah Australia terhadap dua syarikat milik Australia dan enam individu berkaitan konspirasi rasuah terhadap pegawai-pegawai awam di negara Indonesia, Vietnam, Nigeria termasuklah Malaysia dari 1999 hingga 2005 bertujuan memperoleh kontrak percetakan wang kertas di negara-negara berkenaan.“Kes ini merupakan pendakwaan yang pertama di Australia di bawah penggubalan undang-undang rasuah asing pada 17 Disember 1999,” katanya.Bank Negara telah menandatangani kontrak membeli nota mata wang polimer RM5 daripada Note Printing Australia Limited bermula pada Disember 2003 sehingga Oktober 2007.Sepanjang tempoh tersebut, bank pusat telah membuat tempahan sebanyak 390 juta keping dan pembayaran yang telah dibuat adalah sebanyak RM95 juta.Kenyataan SPRM juga berkata siasatan telah dijalankan seiring tindakan pihak penguat kuasa antarabangsa yang lain termasuklah Biro Siasatan Antarabangsa, Polis Diraja Kanada, Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong, Pejabat Penyelewengan Serius dari United Kingdom, Biro Mencegah Rasuah Brunei dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia.<br />

×