2. Kandungan
① Pengurusan Ikan Hiasan
• Jenis Makanan
• Simptom Penyakit
• Tumbuhan Akuatik
②Penjagaan Ikan Hiasan
• Harian,
• Mingguan ,
• Bulanan
3. ① Pengurusan Ikan Hiasan
• Jenis Makanan
• Simptom Penyakit
• Tumbuhan Akuatik
4. PENGURUSAN IKAN HIASAN
Mengenal dan memilih jenis makanan
• Makanan hidup
– Plankton(organisma hidup yang terdapat dalam air)
– Cengkerik, jejentik, dsbnya.
• Makanan basah
– Isi kerang
– Hati lembu
– Sayuran (bayam atau salad) – jarang digunakan.
• Makanan rumusan
– Pelet
– Emping
– Stik yang telah diproses oleh kilang membuat makanan
haiwan.
5. PENGURUSAN IKAN HIASAN
Mengenalpasti Simptom Penyakit Ikan Hiasan
1. Penyakit: Bintik Putih
2. Simptom : Bintik putih
3. Punca : Parasit Protozoa
4. Rawatan : Ubat Parasit
5. Boleh berjangkit melalui percikan air dan berkongsi net
6. Simptom penyakit ikan
1. Penyakit: Columnaris
2. Simptom : kapas putih bercambah dari sirip atau badan
3. Punca : bakteria
4. Rawatan : Ubat fungus
5. Boleh berjangkit melalui percikan air dan berkongsi net
7. Simptom penyakit ikan
1. Penyakit: Pop Eye
2. Simptom : Mata menjojol keluar
3. Punca : bakteria
4. Rawatan : -
5. Asingkan ikan.
8. Simptom penyakit ikan
1. Penyakit: Fungus Mulut
2. Simptom : kapas putih menyaluti mulut
3. Punca : bakteria
4. Rawatan : Ubat parasit
5. Boleh berjangkit melalui percikan air dan kongsi net
9. Simptom penyakit ikan
1. Penyakit: Sirip berfungus
2. Simptom : Sirip koyak & Hujung berjeli
3. Punca : Air dalam akuarium kotor
4. Rawatan : Ubat fungus
5. Sistem penapisan air mesti berfungsi dengan baik.
10. PENGURUSAN IKAN HIASAN
Tumbuhan Akuatik
• Baja – membekalkan zat mineral- proses
pertumbuhan
• Cahaya – proses fotosintesis – lampu tangki dipasang
10 hingga 12 jam setiap hari.
• Bekalan karbon dioksida – menjalankan proses
fotosintesis – melalui pernafasan ikan.
12. Penjagaan Harian Ikan Hiasan
– Ikan hiasan perlu diberi makan 2 atau 3 kali
sehari dengan anggaran yang sesuai
mengikut saiz dan bilangan ikan.
– Makanan dikira mencukupi apabila
makanan yang diberikan dapat dihabiskan
oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit.
13. Penjagaan Harian Ikan Harian
• Ikan perlu diberi rawatan dan diasingkan
sekiranya terdapat tanda-tanda sakit dan tidak
normal.
Contoh:
– berenang dalam keadaan luar dari kebiasaan
– Berpusing-pusing
– Berubah warna
– Sisiknya tanggal atau kembang
• Ikan yang mati perlu dibuang.
14. Penjagaan Harian Ikan Hiasan
• Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis
dan lampu berfungsi dengan baik.
Contoh:
– Pastikan pam air dihidupkan setiap hari agar
kandungan oksigen terlarut dalam akuarium
berada dalam kadar yang konsisten.
• Pastikan kualiti air seperti nilai pH, ammonia,
oksigen dan karbon dioksida menggunakan alat
yang sepatutnya.
15. ②Penjagaan Mingguan
1. Air hendaklah diganti setiap minggu atau 2 minggu sekali.
– Sekurang-kurangnya ½ atau 1/3 daripada isipadu tangki.
– Proses ini dapat meningkatkan kualiti air dan
memastikan sistem imun ikan hiasan berada dalam
keadaan bersih.
– Penukaran air juga, jika terlalu kerap boleh mengganggu
ekosistem semulajadi akuarium dan menjejaskan
kesihatan ikan hiasan.
2. Tumbuhan akuatik yang panjang dan rosak hendaklah
dicantas dan dibuang.
16. Penjagaan Mingguan Ikan Hiasan
• Bahagian hadapan cermin tangki dan aksesori
akuarium hendaklah dibersihkan seperti:
– Penapis air perlu dicuci seminggu sekali untuk
memastikan ia sentiasa dalam keadaan bersih.
– Perhiasan dan aksesori dan batu di dasar
akuarium boleh dibersihkan sekiranya terdapat
alga atau mendapan yang banyak.
• Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam
penapis dan lampu buat sementara.
17. Penjagaan Mingguan Ikan Hiasan
• Buangkan kotoran menggunakan kaedah siphon.
• Cucikan kapas penapis dengan air bersih.
• Air perlu diisi semula ke dalam tangki ke paras asal.
• Ikan boleh tidak dikeluarkan semasa proses
penukaran air atau pembersihan akuarium.
– Dibuat secara perlahan dan berhati-hati.
• Perlu diingat agar tidak memberi makanan berlebihan
sebelum bercuti atau hujung minggu.
18. Penjagaan Bulanan Ikan Hiasan
1. Setiap bulan, keadaan dan kesihatan ikan
hiasan perlu diperhatikan.
– Ini kerana ikan-ikan hiasan mudah terdedah
kepada jangkitan kulat, bakteria dan parasit.
– Sekiranya terdapat ikan yang cedera atau
mengalami luka, ikan tersebut perlu diasingkan
dan diberikan rawatan tertentu.
– Kulat akan tumbuh pada luka di badan ikan
sekiranya tidak diberi rawatan awal.
– Sirip, mulut dan badan ialah bahagian pada ikan
yang sering dijangkiti kulat
19. Penjagaan Bulanan Ikan Hiasan
2. Untuk penjagaan ikan hiasan yang lebih teliti,
kandungan pH, ammonia dan nitrat dalam air
perlu disukat.
3. Sekiranya kandungan tidak stabil dalam
jangkamasa yang lama, katrij penapis perlu
ditukar kepada yang baru.