Se ha denunciado esta presentación.
Utilizamos tu perfil de LinkedIn y tus datos de actividad para personalizar los anuncios y mostrarte publicidad más relevante. Puedes cambiar tus preferencias de publicidad en cualquier momento.

Masyarakat islam di melaka

  • Inicia sesión para ver los comentarios

  • Sé el primero en recomendar esto

Masyarakat islam di melaka

  1. 1. MASYARAKAT ISLAM DI MELAKA
  2. 2.  Melaka sebuah kerajaan Islam yang terpenting di Nusantara.(abad ke-15 dan awal ke-16). Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan dan penyebaran Islam di Nusantara. Semasa pemerintahan Sultan Iskandar Syah, masyarakat Melaka dianggarkan berjumlah seribu orang. Jumlah ini telah meningkat kepada 40 ribu orang semasa zaman Sultan Alauddin. Jumlah terus meningkat sehingga 190 ribu orang sebelum kedatangan Portugis.
  3. 3.  Sebahagian besar penduduk Melaka ialah bumiputera Melayu. Orang Melayu menjadi teras kepada pembentukan kerajaan. Sultan Iskandar Syah diikuti warisnya menggalakkan saudagar asing berhijrah ke Melaka. Kepelbagaian kaum dan bangsa mempengaruhi bahasa yang digunakan. Terdapat 84 bahasa dipertuturkan. Bahasa Melayu menjadi lingua franca. Wujudnya pelbagai golongan masyarakat akibat daripada kemunculan beberapa institusi pentadbiran dan kebudayaan.
  4. 4.  Setiap golongan masyarakat mempunyai peranan tertentu. Kewujudan mereka penting terhadap pembentukan kelas-kelas dalam masyarakat Melayu. Pengklasan ini terikat dengan peranan sosiopolitik dan ganjaran nikmat. Pengklasan mula wujud akibat daripada tradisi kepercayaan dan kesetiaan.
  5. 5. HIERARKI PENTADBIRAN… Raja (Sultan,Yang Di- Pertuan,Duli Tuanku) Pembesar (golongan bangsawan.menteri, orang kaya, dan datuk) Para intelek dan Ulama Rakyat
  6. 6.  Setiap golongan mempunyai perbezaan dari segi hukuman. Terdapat 2 undang-undang iaitu: -Hukum Kanun Melaka. -Undang-undang Melaka. Rang undang-undang untuk hamba berbeza dengan rakyat merdeka. Masyarakat Melaka merupakan masyarakat feudal. Penghormatan seseoarang itu bergantung kepada keturunan daripada kebolehan. Dengan itu, jawatan sultan hanya dilantik dalam kalangan keluarga diraja sahaja. Di kalangan anak sultan, hanya anak gahara sahaja yang dipandang tinggi.
  7. 7.  Sistem sosial yang berasakan kelas melahirkan undang-undang dan peraturan berbeza. Terdapat konsep daulat dan derhaka. Sebarang tentangan terhadap raja dianggap sebagai derhaka dan terkena tulah. Dalam konsep daulat, raja menjadi undang- undang atau peraturan yang mesti dipatuhi tanpa banyak bicara. Kedudukan sosial mempengaruhi bentuk hukuman. Semakin tinggi kedudukan semakin besar peluang terlepas daripada hukuman.
  8. 8.  Undang-undang Melaka menjatuhkan hukuman berat terhadap rakyat jelata. Cth: rakyak yang memakai pakaian berwarna kuning dihukum bunuh. Semua peraturan dan adat istiadat becanggah sama sekali dengan ajaran Islam. Hal ini kerana, sistem sosial Islam berteraskan keadilan. Walaupun dalam islam terdapat perbezaan darjat tetapi bukan kerana kedudukannya atau keturunan, ia kerana ketakwaan amal ibadatnya.
  9. 9.  Terdapat juga adat dan undang-undang Melayu Melaka yang selaras dengan Islam. Cth: hukum rejam kerana berzina dan potong tangan kerana mencuri juga terdapat dalam Undang-undang Melaka dan Laut Melaka. Dalam adat istiadat, upacara menyambut bulan ramadan, hari raya puasa dan haji disambut dengan meriah. Penghormatan kepada para ulama juga diterapkan kerana mereka adalah pewaris para Nabi.
  10. 10. TAMAT…

×