Publicidad
Publicidad

Más contenido relacionado

Publicidad

PY1262 STI K04-B14 (Gerakan Islah dan Tajdid).pdf

  1.  Islah: -kalimah Islah berasal daripada kata kerja aslaha yuslihu islah. -membawa maksud yang sama dari segi bahasa mahu pun istilah.  Makna Islah: -penyelesaian perbalahan dengan baik atau jalan damai. -diertikan juga sebagai “membetulkan”.
  2.  Dalam bahasa Inggeris: -restoration, reparation, improvement, betterment, correction, reconstruction, renovation, reformation dan reform.   Oleh itu, ia digunakan dengan meluas yang membawa pelbagai maksud termasuk perdamaian, pembaikan dan pembaharuan dari aspek sosial, ekonomi dan politik.
  3.  Tajdid: -perkataan ini berasal daripada kata kerja jaddada yujaddidu tajdid. -diterjemahkan ke bahasa Malaysia sebagai memperbaharui sesuatu.  Dari segi bahasa: -membaharui  Dari segi istilah: -Tajdid bermaksud pembaharuan dalam agama. Sementara pelakunya dikenali sebagai Mujaddid.
  4. -pembaharuan dalam agama bermaksud membaharui kefahaman dan kesedaran beragama terhadap bentuk pemikiran dan tindakan. -ia dianggap sebagai satu reaksi pemulihan agama daripada penyakit dalaman dan luaran yang menyesatkan ummah dari jalan kebenaran. Menurut al-Maududi: -Tajdid merupakan usaha untuk memurnikan Islam dari noda-noda jahiliyyah. Kemudian, berjuang sekuat tenaga dan ikhlas untuk menghidupkan Islam -Tajdid juga ditafsirkan sebagai usaha menghidupkan kembali sunnah Rasulullah (s.a.w) yang ditenggelami oleh bida‟ah ciptaan manusia. Oleh itu, tajdid juga disamaertikan dengan ihya‟ iaitu menghidupkan kembali ajaran Islam.
  5.  Tajdid dan Islah mampu membendung pengaruh asing terus menular dalam kehidupan umat Islam.  Dapat menjamin kemurnian ajaran Islam dari pengaru dan ancaman asing.  Ia juga dijadikan sebagai proses peneguhan kembali aspek keyakinan dan kefahaman terhadap ajaran agama yang mula dilupai dan ditinggalkan akibat perubahan zaman.
  6.  Perlaksanaan tajdid juga penting bagi merubah masyarakat secara total yang berteraskan aqidah.  Perlaksanaannya dalam 2 bentuk: -Pertama: Harakah Islamiyyah yang kukuh dan kuat. -Kedua: Penyediaan strategi dan program perubahan yang teratur dan terancang.
  7.  Hati yang bersih Berpandangan jauh Berfikiran luas & tidak jumud Berkemampuan luar biasa Memiliki daya pemikiran kuat Tabah & tahan dalam menghadapi tentangan zaman Berbakat melakukan ijtihad & mghasilkan kerja dlm lapangan pembangunan Meyakini & memahami sepenuhnya ajaran islam Pandangan, kefahaman & perasaannya mencerminkan seorang muslim hakiki Mampu membezakan antara islam & jahiliyyah (maududi, 1967: 42)
  8. Sepanjang sej. beberapa tokoh Tajdid &Islah telah dikenal pasti. Tokoh mujaddid pertama: Khalifah „Umar b. „Abd al-„Aziz (61- 101H), diikuti Hasan al-Basri (21-110H), para imam mazhab 4 Abu Hanifah (w.150H), Malik b. Anas (w.179H), al-Shafi„i (w.204H) dan Ahmad b. Hanbal (164-241H/780-855M). Seterusnya diikuti oleh Abu al-Hasan al-‟Ash„ari (260-324H), Imam al-Ghazali (450-505/1058-1111M), al-Shaykh „Abd. Al-Qadir al-Jilani (470-561H), Ibn al-Jawzi (508-597H), Salahuddin al- Ayyubi (w.589H), „Izzuddin b. „Abd. al-Salam (w.660H), Jalaluddin al-Rumi (604-672H), Ibn Taymiyah (661-728H/1262- 1317M), Shaykh Ahmad Sirhind (975-1034H/1563-1624M), Shah Waliyullah al-Dihlawi (1114-1206H/1703-1763M) dan Muhammad b. „Abd. al-Wahhab (1115-1206H/1703-1792M).
  9. Pada zaman moden pula, tokoh2nya adalah: Jamaluddin al-Afghani (1838-1897M), Muhammad „Abduh (1849-1905M), diikuti oleh Hassan al-Banna (1906-1949M) dgn gerakan Ikhwanul Muslimin. Bediuzzaman Said Nursi (1290-1379H/1873-1960M) dgn Jamaah al-Nur & Abu „ala‟ al-Mawdudi (1903- 1979M) dhn gerakan Jamiyat al-Islam.
  10. Berpengalaman sbg gabenor di Madinah & merupakan pakar dlm ilmu Hadis dan Fiqh serta menjadi salah seorang tokoh ijtihad & ahli Hadis. Aspek tajdid yg dilakukan oleh beliau lebih menjurus dlm bidang politik & pemerintahan. Setelah selesai perlantikan beliau sbg khalifah berdasarkan pemilihan rakyat, maka bermulalah era untuk mengislahkan penyelewangan kuasa yg dilakukan oleh khulafa‟ Bani Umayyah sblm ini.
  11. Antara pengislahan yg dilakukan oleh beliau adalah: i) Pengabaian terhadap sistem syura & penegakan sistem beraja, pemerintahan yg sombong, zalim, sistem kehakiman duniawi & penyelewengan kuasa dihentikan. ii)Pengurusan perbendaharaan negara diperbaiki- menghapuskan sukai yg tidak Islami & menyusun semula sistem pungutan zakat & cukai secara adil. iii)Mengembalikan semula pegangan umat Islam kpd syariat Islam-unsur-unsur Jahiliyyah, khurafat & bid‟ah digantikan dgn cara hidup Islam, menggalakkan ulama‟ membuat pengkajian dlm bidang al-Quran, Hadis & Fiqh serta pembukuan hadis. Hasilnya: bermula gerakan intelektual & melahirkan tokoh-tokoh cendiakawan yg agung spt Imam mazhab 4.
  12. iv)Konsep & amalan futuhat (pembukaan negeri) yg terpesong dari matlamat asal diperbaiki-gerakan ketenteraan dihentikan & digantikan dgn gerakan da‟wah & Islamisasi. Tentera dipanggil pulang & tmptnya digantikan oleh ulama‟ & fuqaha bg menyebar & menjelaskan Islam di kwsn yg sudah dibuka spt di Afrika Utara. Ringkasnya: beliau lyk digelar mujaddid krn usahanya memurnikan ajaran & analan Islam spt yg dipraktiskan oleh Rasulullah (s.a.w) & para sahabat baginda.
  13. Masalah utama yg dihadapi oleh umat Islam sekitar abad ke-2H ialah berkaitan dgn persoalan fiqh & syariat Islam. Maka kelahiran imam berempat tepat pd masanya & berfungsi menyelesaikan masalah ini. Sumbangan besar gerakan tajdid mereka ialah: i) Menyediakan panduan yg lengkap mengenai syariat Islam berpandukan al-Quran & Hadis-hasilnya umat Islam dpt mengetahui & mengamalkan syariat Islam dgn lengkap & selamat dari membuat kesilapan dlm tafsiran & kefahaman tntg perundangan Islam. ii) Khususnya al-Shafi„i mengeluarkan kaedah-kaedah yg lengkap & menyeluruh dlm mengeluarkan hukum yg dikenali sbg Usul Fiqh- dpt dijadikan asas pembelajaran fiqh bg umat Islam yg melahirkan ratusan imam & mujtahid. iii) Pembukuan perundangan Islam telah berhasil-digunakan oleh masyarakat Islam dari generasi ke generasi sejak dulu hingga kini.
  14. Pada zaman ini umat Islam serta sebahagian ulama‟ tercabar dgn pengaruh Greek dlm bidang falsafah yg dianuti oleh para failasuf Islam. Di sinilah sumbangan Imam al-Ghazali yg ulung kerana berupaya membersihkn akidah Islam dari diwarnai oleh pemikiran falsafah. Kewibawaan al-Ghazali membezakan kebenaran & kepalsuan dlm ilmu falsafah terbukti spt yg dipaparkan di dlm bukunya yg berjudul Tahafut al-falasifah. selain masalah falsafah, terdpt juga masalah akhlak & moral umat Islam, ajaran bathiniyyah di satu pihak & tasawuf di pihak yg lain. Beliau telah menghasilkan bukunya yang berjudul Ihya‟ „ulum al-din yg mengupas ajaran Islam selengkapnya & berjaya menyelesaikankemujudan & kelesuan dlm ilmu2 agama.
  15. Beliau dinamakan sbg salah seorang mujaddid krn melihat kpd jasa beliau yg berjaya menebus maruah umat Islam dari dominasi Kristian di bumi Islam sendiri. Usaha pertama beliau ialah menyatukan kaum muslimin yg berpecah-belah, menyatukan Mesir & Syria di bwh pemerintahannya yg sekali gus menamatkan kerajaan Fatimiyyah, mazhab Shi‟ah di Mesir. Beliau menyemarakkan lagi semangat jihad di kalangan umat Islam & berhasil mengalahkan tentera Salib dlm Hittin yg membuka jln utk merebut kembali Baitul Maqdis dari penguasaan tentera tersebut. Kemenangan semula di Baitul Maqdis memberi semangat baru kpd umat Islam dlm meneruskan jihad menghadapi ancaman Kristian Eropah.
  16. Ibn Taymiyyah telah mengembalikan umat Islam kpd ajarannya yg sebenar. Beliau merupakan seorang imam dlm ilmu Hadis, pakar dlm perundangan Islam & alim dlm falsafah serta telah melengkapkan karya-karya yg tidak disempurnakan oleh Imam Ghazali. Antara aspek tajidid yg dilakukan oleh beliau ialah: i) Mengkaji & mengkritik falsafah Greek-kritikan telah membawa kejatuhan fahaman tersebut. ii) Menyediaknan hujah yg kuat dlm aqidah islamiyyah & mengolah hukum-hukum Islam dgn lebih rasional & lebih hampr kpd isi kandungan al-Quran dan al-Sunah. iii) Menentang taqlid & berjaya mengembalikan ijtihad. iv) Menentang keras bid‟ah dlm agama.
  17. Kelantangan Ibn Taymiyyah menyebabkan beliau ditentang oleh ulama‟ yg tdk sehaluan hingga beliau dipenjarakan beberapa kali & meninggal di penjara. Walaupun usaha beliau tidak dpt dilaksanakan sepenuhnya, namun beliau berjaya mengembalikan semangat jihad menentang tentera Tartar. Namun pemikiran beliau dihidupkan semula oleh Muhammad b. „Abd al-Wahhab seorg mujaddid pd abad ke-18M.
  18. Beliau berjuang menyeru umat Islam di Sem Tanah Arab utk kembali berpegang kpd al-Quran & al-Sunnah. Beliau memberi penekanan kpd usaha memurnikan aqidah umat Islam & membersihkan mereka dari sebarang khurafat & bid‟ah. Beliau telah bersatu dgn pemimpin politik dari Dar„iyyah iaitu Ibn Sa„ud utk sama-sama merealisasikan program tajdid melalui kuasa politik. Pemikiran & pendekatan Ibn Taymiyyah akhirnya dpt dilaksanakan apabila gerakan Wahhabi ini berjaya menguasai Najd, Makkah & Madinah. Walaupun, beliau tidak dpt mengekalkan kekuasaannya apabila dikalahkan oleh Dawlah „Uthmaniyyah, namun ia bangkit semula apabila berakhirnya dawlah tersebut & gerakan ini secara rasmi diamalkan di Saudi Arabia hingga ke hari ini.
  19. Beliau telah bangkit di benua India yg meneruskan usaha tajdid yg telah dilakukan oleh Shaykh Ahmad Sirhindi. Pendekatan beliau berbeza dgn gerakan Wahhabiyyah, beliau memilih utk mendidik masyarakat Islam di India dgn kefahaman Islam yg lengkap & kental. Ia berkesan dlm mengembalikan keaslian & kemurnian Islam serta berperanan sbg persediaan menghadapi ancaman mendatang
  20.  Tokoh yang muncul pada abad ke-20 ialah al-Afghani, Muhammad „Abduh & Rashid Rida dalam usaha menyelamatkan umat Islamsemasa dari ancaman pemikiran dan pengaruh Barat.  Agenda al-Afghani adalah lebih menyeluruh dari aspek kesedaran berpolitik umat Islam hingga kepada dinamisma agama Islam pada zaman moden.  Agenda al-Afghani ini diteruskan oleh Muhammad Abduh & Rashid Rida, namun mereka lebih menitik beratkan kepada Islah dalam agama (islah dini) dan masyrakat (ijtima„i) yang dikenali sebagai gerakan Salafi.
  21. Gerakan tajdid al-Afghani dan salafi Abduh dan Rida berjaya meletakkan Islam berfungsi semula pada zaman moden yang lebih mencabar. Gerakan ini berjaya memulihkan kepercayaan umat Islam terhadap kemampuan agama Islam dalam menyelesaikan masalah umat sejagat yang didominasikan oleh Barat. Seterusnya, gerakan tajdid mendapat nafas baru melalui pimpinan Hasan al- Banna yang melaksanakan program tajdidnya melalui sebuah gerakan bersistematik dan dinamik yang dikenali sebagai Ikhwan al-Muslimun.
  22.  Antara tokoh tajdid yang muncul di Pakistan ialah Mawlana Sayyid Abul A‟la al-Mawdudi. Beliau sezaman dengan Imam al-Banna dan merupakan pelopor bagi Jami‟atul Islami.  Manakala, tokoh tajdid di Turki pula ialah Badiuzzaman Said Nursi yang mengasaskan gerakan Jama‟ah al-Nur.  Beliau berupaya memberi altenatif kepada usahasekularisasi yang dilakukan oleh Mustafa Kamal dengan menghasilakn karya agung beliau, iaitu Risaleh-i Nur.
Publicidad