SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 27
Descargar para leer sin conexión
KAJIAN TINDAKAN PENULISAN BM TH 5
SEBUAH KAJIAN TINDAKAN TENTANG MASALAH DALAM BAHASA
MELAYU PENULISAN BAHAGIAN C (MEMBUAT ULASAN) YANG SAYA
HASILKAN SENDIRI MELALUI PENGAJARAN MAKRO YANG TELAH SAYA
JALANKAN.
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT ULASAN DALAM
BAHASA MELAYU PENULISAN,BAHAGIAN C-TAHUN 5
MENGGUNAKAN MODUL “JELMAAN”
Oleh:
Pn.Faridah bt.Doya
Guru Cemerlang Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Astana Raja,71350 Kota,NSDK
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid Tahun 5 Bestari, yang lemah
membuat ulasan dalam Bahagian C di mana murid-murid yang terlibat adalah
seramai 18 orang..Dalam Bahagian ini,murid-murid dikehendaki membuat ulasan
tentang petikan yang diberi tidak melebihi 50 patah perkataan.Markah penuh yang
diperuntukkan untuk bahagian ini adalah sebanyak 20 daripada 60 markah
keseluruhan Kertas Bahasa Melayu Penulisan(012). Untuk menghasilkan
ulasan,murid-murid dikehendaki menentukan nilai yang terdapat dalam setiap
pernyataan yang diberi terlebih dahulu dan nilai tersebut kemudiannya perlu
dihuraikan dengan mengambil contoh berdasarkan pernyataan atau cerita yang
terdapat dalam petikan sahaja.
Tinjauan awal yang dibuat melalui pengajaran makro yang saya adakan pada 4
Oktober 2012 yang lalu, menunjukkan ramai murid masih tidak memperoleh markah
penuh dalam bahagian ini melalui latihan secara individu walaupun saya telah
mengajar murid saya membuat ulasan melalui teknik mudah hasil inovasi saya
sendiri yang diberi nama“Teknik SSDA”.Saya berasa amat kecewa kerana target
saya untuk memastikan semua murid kelas ini mendapat markah penuh -20/20 atau
sekurang-kurangnya 19/20 masih belum tercapai walaupun kelas ini merupakan
kelas bestari yang terdiri daripada murid-murid yang pandai dan bakal
mengharumkan nama sekolah dalam pencapaian UPSR pada tahun akan datang.
Melalui tinjauan dan post mortem yang saya buat pula,saya dapati punca utama
murid kehilangan markah adalah kerana mereka tidak dapat menentukan nilai yang
tepat berdasarkan pernyataan yang diberi.Hal ini membuatkan saya rasa terpanggil
untuk berbuat sesuatu bagi mengatasi masalah yang berlaku.Untuk itu saya telah
menghasilkan modul yang saya beri nama modul” JELMAAN”di mana modul ini mula
saya jalankan pada 10 Oktober 2012.Saya memilih nama ini kerana latihan yang
saya fokuskan dalam modul ini ialah latihan di mana memerlukan murid
menjelmakan nilai-nilai tersirat di sebalik pernyataan-pernyataan yang diberi seperti
di lampiran 1.Disebabkan sekolah hanya ada beberapa minggu sebelum bercuti
,maka saya dapat mempraktikkan modul ini sebanyak enam kali sahaja namun
pencapaiannya amat memberangsangkan
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Tahun ini saya diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun
5 Bestari di sekolah saya.Kelas 5 Bestari ini merupakan kelas yang baik dan murid-
muridnya pandai,aktif ,kreatif,berketrampilan dan berpotensi untuk mendapat gred A
dalam kesemua mata pelajaran khasnya Bahasa Melayu Pemahaman dan
Penulisan yang merupakan mata pelajaran teras dalam UPSR..Bagi sekolah saya
yang sentiasa ingin mengekalkan kecemerlangannya ,kelas ini merupakan kelas
harapan untuk pencapaian cemerlang UPSR pada tahun hadapan.Bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu Penulisan(Kertas 2),terkandung 3 soalan yang harus
dijawab oleh murid dalam peperiksaan iaitu Bahagian A(Membina Ayat),Bahagian B
(Karangan Berformat dan Tidak Berformat) dan Bahagian C(Membuat Ulasan).Untuk
mendapatkan markah yang cemerlang,murid-murid haruslah mendapat markah yang
baik dalam setiap bahagian tersebut.
Pada setiap minggu saya akan memastikan ketiga-tiga bahagian ini saya ajar
dengan penuh minat,semangat dan rasa tanggungjawab apatah lagi saya mengajar
anak-anak kampung saya sendiri.Sebagai guru cemerlang,saya lebih memberatkan
teknik pengajaran saya bagi memudahkan murid saya menerima apa yang saya
sampaikan.Namun apa yang amat mengecewakan saya ialah murid-murid saya
masih tidak mencapai markah penuh atau sekurang-kurangnya 19/20 dalam
bahagian C seperti yang saya targetkan pada hal mereka merupakan murid
elit.Seringkali saya termenung sendirian memikirkan apakah masalah murid saya
sebenarnya.Kadang-kadang saya meluahkan kepada guru-guru Bahasa Melayu
yang lain akan kekesalan hati saya,Namun jawapan yang saya terima tidak banyak
membantu.Antara ayat yang saya terima:
-….tak payah la susah hati sangat,bila dah tahun 6 nanti tahulah dia orang buat
ulasan tu..
-….jangan tention-tention,nanti darah tinggi naik lagi
-….Dapat markah 17 pun kira ok la tu…dan lain-lain lagi.
Setelah pengajaran makro saya jalankan keadaan yang sama terus berlaku.Kertas
latihan murid yang semak saya tatap dengan perasaan berbaur.Ada rasa
kecewa,marah,sedih dan seribu satu macam perasaan yang hanya Tuhan sahaja
yang mengetahui malah saya turut tercabar dengan gelaran jawatan yang saya
pegang.Kenapa masalah terus berlaku sedangkan saya telah berusaha memberi
penerangan yang sebaik mungkin menggunakan ICT dan dilengkapi pelbagai
gambar serta contoh.Namun,saya harus berpegang prinsip hidup saya iaitu
“Masalah hanya akan dapat diselesaikan jika sesuatu dilakukan” Keazaman dan
semangat yang tinggi,ini telah mendorong saya untuk menghasilkan kajian tindakan
ini.
2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN
Setelah menyemak latihan murid sebaik sahaja pengajaran makro dijalankan,saya
mendapati tidak ada seorang pun daripada 18 orang murid mendapat markah penuh
20/20 dan hanya 1 orang mendapat markah 19/20 .Melalui latihan tersebut,post-
mortem yang dibuat adalah seperti berikut:
PERKARA MARKAH
20/20 19/20 18/20 17/20 16/20 15/20 14/20 13/20 12/20 11/20 Bwh
10/20
Bilangan
Murid
Capai
- 1/18 2/18 1/18 4/18 5/18 3/18 1/18 1/18 - -
Peratus - 5.5 11.11 5.5 22.2 27.7 16.6 5.5 5.5 - -
Melihat pada data pencapaian di atas,kebanyakan murid memperoleh markah
sederhana sahaja.Perkara ini tidak harus dibiarkan begitu sahaja sedangkan markah
bahagian ini amat membantu murid mencapai gred A dalam subjek Penulisan
Bahasa Melayu.Kegagalan mereka dalam mencapai gred yang baik ini sudah tentu
akan memberi repotasi yang tidak baik dalam keputusan keseluruhan dan gred
purata mata pelajaran ini.Berdasarkan kertas-kertas UPSR yang saya semak setiap
tahun juga,menunjukkan murid menghadapi masalah yang besar dalam bahagian
yang sama.Jika murid boleh menjawab dengan baik sekalipun dalam bahagian A
dan B sedangkan Bahagian C mereka lemah adalah sukar untuk mereka mencapai
gred A seperti yang diharapkan .Ini menunjukkan betapa seriusnya masalah ini.
Rumusannya,masalah yang saya kenal pasti di sini ialah murid tidak tahu
menentukan nilai yang tepat atau menjelmakan nilai daripada pernyataan yang diberi
melalui petikan.Mereka lebih suka sentiasa dibantu atau dibimbing oleh guru.Jika
dilihat pada skema pemarkahan untuk bahagian ini pula ,murid tidak akan mendapat
sebarang markah bagi setiap nilai yang salah walaupun huraian yang dibuat
menepati pernyataan yang diberi.
Justeru,adalah satu kerugian besar,jika masalah ini tidak saya selesaikan
memandangkan murid-murid saya mempunyai kualiti diri dalam
pelajaran.Berbekaikan pengalaman yang ada,saya yakin jika murid saya diberi latih
tubi yang cukup,masalah ini dapat diselesaikan malah mereka dengan mudah dapat
menentukan nilai berdasarkan pernyataan yang diberi.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan pencapaian murid dalam subjek Penulisan
Bahasa Melayu-Kertas 2 (012)di SK Astana Raja.
3.2 Objektif Khusus
i) Memastikan sekurang-kurang 10 daripada 18 orang murid 5B mendapat sekurang-
kurangnya markah 19/20 dalam Bahagian C,Penulisan Bahasa Melayu semasa
peperiksaan akhir tahun.
ii) Meningkatkan penguasaan dan kemahiran murid dalam menjelmakan nilai yang
tersirat dalam pernyataan.
iii) Memudahkan guru-guru Bahasa Melayu tahap 2 di SK Astana Raja mengajar
bahagian C menggunakan modul yang dihasilkan.
iv) Meningkatkan pencapaian keseluruhan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SK
Astana Raja dari segi gred purata
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 18 orang murid Tahun 5 Bestari Sekolah Kebangsaan Astana
Raja yang terdiri daripada 9 lelaki dan 9 perempuan.6 daripada 18 orang murid ini
merupakan murid elit yang aktif dan berketrampilan manakala yang selebihnya
berada dalam kategori pandai.
5.0 METODOLOGI KAJIAN
5.1 Semakan Lembaran Kerja
Semakan latihan pada lembaran kerja murid secara tidak langsung dapat menilai
tahap pencapaian murid dalam menguasai kamahiran berkenaan
5.2 Pemerhatian Dalam P&P
Respon murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.Contohnya sewaktu soal jawab diadakan.
5.3 Peperiksaan Akhir Tahun
Markah murid dalam Peperiksaan Akhir Tahun dijadikan bahan untuk mengukur
pencapaian muriddan keberkesanan modul yang dibuat.
5.4 Soal Selidek
Borang soal selidek disedia dan diedarkan kepada murid untuk mendapatkan maklum
balas murid berkenaan Modul JELMAAN yang saya jalankan.
6.0 PELAKSANAAN KAJIAN
6.2 TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH
6.2.1 Semakan lembaran kerja
Untuk melihat sejauh mana kelemahan murid,saya telah menyemak lembaran kerja
murid dengan lebih berhati-hati.Apa yang saya perhatikan pada mulanya / sebelum
kajian dijalankan murid melakukan kesalahan yang banyak terutama dalam
menentukan nilai berbanding dengan selepas kajian dijalankan.Selepas kajian
dijalankan,saya berasa hampir berpuas hati dengan hasil kerja murid saya.Saya juga
mula menarik nafas lega kerana apa yang usahakan mula membuahkan hasil.
6.2.2 Pemerhatian dalam P&P
Saya telah membuat pemerhatian sepanjang p&p dijalankan khususnya semasa sesi
soaljawab diadakan sebelum dan selepas kajian.Sebelum kajian dijalankan ada
murid yang kurang memberi respon dan sering menyatakan nilai yang salah
berdasarkan pernyataan berbanding dengan selepas kajian dan menggunakan set
latihan dalam Modul “JELMAAN” yang saya buat.Mereka nampak lebih terjurus
kepada jawapan sebenar atau nilai yang tepat serta menjawab dengan penuh
keyakinan.Mereka juga mula berasa seronok dengan bahagian C ini.
6.2.3 Peperiksaan Akhir Tahun
Peperiksaan Akhir Tahun yang diadakan amat bermakna sekali buat saya kerana di
sinilah saya boleh mengukur sejauh mana keberkesanan modul yang saya
jalankan.Ternyata berlaku peningkatan yang agak drastik pada keputusan
peperiksaan mereka dalam karangan bahagian C.Data pencapaian adalah seperti
berikut:
PERKARA MARKAH
20/20 19/20 18/20 17/20 16/20 15/20 14/20 13/20 12/20 11/20 Bwh 10/20
MARKAH
LATIHAN
SEMASA
PENGAJARAN
MAKRO
(Penc.Sebelum
Guna Modul
-
-
1/18
5.5
%
2/18
11.11
%
1/18
5.5
%
4/18
22.2
%
5/18
27.7
%
3/18
16.6
%
1/18
5.5
%
1/18
5.5
%
-
-
-
-
MARKAH
PEP.AKHIR THN
(Penc.Selepas
Guna Modul
2/18
11.1
%
8/18
55.5
%
2/18
11.1
%
3/18
16.6
%
1/18
5.5
%
2/18
11.1
%
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Pencapaian dalam Peperiksaan Akhir Tahun menunjukkan petanda baik bahawa
modul ini banyak mempengaruhi tahap pemahaman murid dan telah melonjakkan
pencapaian dalam bahagian ini.
Saya mula berkongsi modul ini dengan guru-guru Bahasa Melayu yang lain dan
meminta mereka mempraktikkan kepada murid masing-masing selepas
itu.Disebabkan masa yang begitu terhad,mereka dapat menggunakan 2 -3 kali
sahaja dalam pengajaran mereka.
6.2.4 Soal Selidik
Borang soal selidek telah diberikan kepada murid untuk mendapatkan maklum balas
berkenaan modul yang saya laksanakan.Mereka telah memberi respon positif.Berikut
adalah analisis soal selidik yang telah dijawab oleh murid:
Skala Likert: 1.sangat tidak setuju
2.tidak setuju
3.kurang setuju
4,setuju
5,sangat setuju
Bil SKALA 1 2 3 4 5
Item (Bilangan Murid)
1. Kemahiran membuat ulasan dalam Penulisan
Bahagian C merupakan pelajaran yang mudah
7 5 5 1 0
2. Penulisan Bahagian C mudah dijawab tanpa teknik
dari Modul JELMAAN
9 7 2 0 0
3. Saya berasa lebih mudah menjawab Penulisan
Bahagian C selepas guru melaksanakan Modul
JELMAAN
0 0 0 6 12
4. Saya berasa amat seronok menjawab set-set
latihan dalam Modul JELMAAN
0 0 1 10 7
5. Setelah menjalani set-set latihan dalam modul
JELMAAN saya mempunyai lebih keyakinan untuk
membuat ulasan pada Bahagian C.
0 0 0 6 12
6. Modul JELMAAN benar-benar membantu saya. 0 0 0 5 13
Beberapa orang guru yang turut mencuba modul ini juga turut memberi
komen.Antara komen tersebut adalah seperti berikut:
….Walaupun saya dapat menggunakan 3 set latihan dalam modul ini,saya dapat melihat
pencapaian yang baik dalam latihan bahagian C yang diberi
….Sesuatu yang menarik untuk dijadikan inovasi kerana murid-murid saya lebih mudah
menentukan nilai sejak mereka membuat latihan-latihan dalam Modul JELMAAN ini.
….Kaedah ini elok jika dibukukan dan dijadikan modul Panitia BM di sekolah kita serta
digunapakai oleh semua murid tahap 2 di sekolah ini.
6.3 Tindakan yang diJalankan
1.Setelah saya meneliti latihan Bahagian C (Membuat Ulasan) yang saya beri sebagai
kerja rumah selepas pengajaran makro saya,saya terus mencari idea untuk
mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid saya sehinggalah saya terfikir untuk
membuat modul yang men gandungi set latih tubi menentukan /menjelmakan nilai ini
di mana modul itu saya namakan Modul JELMAAN bagi menjadikannya lebih
sinonim dengan kemahiran dalam bahgian C
2.Sebelum saya menggunakan set-set latih tubi dalam modul tersebut,terlebih dahulu
saya akan menerangkan tujuan dan kepentingan modul ini kepada murid saya.
3.Saya menggunakan modul ini selang satu hari dalam waktu pelajaran Bahasa
Melayu Tahun5 Bestari yang saya ajar.Tarikh penggunaan modul ini adalah seperti
berikut:
Tarikh Penggunaan Modul JELMAAN
TARIKH MASA SET LATIHAN MODUL
10 OKTOBER 2012 8.40 – 9.10 pagi 1 & 2
12 OKTOBER 2012 7.40 – 8.10 pagi 3 & 4
15 OKTOBER 2012 11.30 – 12.10 pagi 5 & 6
17 OKTOBER 2012 8.40 – 9.10 pagi 7 & 8
19 OKTOBER 2012 7.40 – 8.10 pagi 8 &10
22 OKTOBER 2012 11.30 – 12.10 pagi 11 &12
4.Menjalankan soal selidik kepada murid-murid untuk mendapatkan maklum balas
tentang keberkesanan penggunaan modul melalui borang soal selidik yang saya
sediakan.
5.Murid-murid menjawab soalan dalam Peperiksaan Akhir Tahun yang diadakan.
6.Membuat post-mortem peperiksaan bagi melihat pencapaian murid dalam bahagian
C.
6.4 Pelaksanaan Tindakan,Pemerhatian dan Penilaian
Kajian Tindakan ini dijalankan dalam tempoh 2 minggu sahaja.Hal ini adalah kerana
hari persekolahan tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Peperiksaan Akhir
Tahun diadakan.
Selepas Peperiksaan Akhir Tahun diadakan,saya telah membuat soal selidik tentang
pandangan mereka terhadap modul ini dan menilai sejauh manakah penerimaan
mereka terhadap kaedah ini di samping merekodkan markah pada bahagian ini
secara terperinci seperti pada Lampiran 2.
Berdasarkan pemerhatian saya,Modul JELMAAN berjaya membantu murid
meningkatkan pencapaian dalam Penulisan Bahagian C khasnya di mana secara
tidak langsung telah meningkatkan pencapaian murid secara keseluruhan dalam
Subjek Penulisan Bahasa Melayu amnya.Saya berpuas hati kerana apa yang saya
usahakan telah membuahkan hasil.Melihatkan kejayaan ini ,Ketua Panitia Bahasa
Melayu dengan disokong oleh guru-guru Bahasa Melayu yang lain telah
mencadangkan agar Modul ini dibukukan untuk kegunaan murid tahap 2 di sekolah
saya.Perkara ini telah pun sampai ke pengetahuan Guru Besar kami.Beliau bangga
malah turut memberi semangat kepada guru-guru lain untuk mencontohi usaha
saya.Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat panitia pada bulan Disember
2012 nanti.
6.5 Refleksi Kajian
Pencapaian murid yang baik dan menunjukkan perubahan drastik khasnya pada
bahagian C ini amat ketara.Hasil daripada kajian menunjukkan adunan kaedah
inovasi “SSDA” yang saya jalankan dan “Modul JELMAAN” ini ternyata banyak
membantu murid dalam membuat ulasan seperti yang diharapkan.Malah modul ini
sentiasa menjadi sebutan murid-murid saya.
Saya berasa tersentuh,apabila seorang ibu kepada murid kelas 5 Bestari telah
menghantar SMS mengucapkan ribuan terima kasih kepada saya kerana telah
berjaya melonjakkan prestasi anaknya dalam mata pelajaran ini.Semasa Hari
Anugerah Kecemerlangan di sekolah saya baru-baru ini ,ramai ibu bapa yang
berpuas hati serta menyatakan rasa gembira atas lonjakan kejayaan anak mereka
dalam sujek Bahasa Melayu Penulisan.Mereka juga mengetahui tentang modul yang
saya gunakan melalui anak-anak mereka.
7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA.
Melalui refleksi daripada kajian ini,beberapa cadangan perlu dibuat untuk
memperbaiki dan meningkatkan penggunaan modul ini .Antara cadangan tersebut
adalah seperti berikut:
1.Membuat penambahbaikan terhadap modul ini dari semasa ke semasa dan
melengkapkan lagi modul ini dengan grafik yang lebih menarik ,kreatif dan
mempelbagaikan bentuk latihan seperti peta minda ,aktiviti memadankan dan lain-
lain lagi.
2.Memberi motivasi kepada murid-murid yang menggunakan modul ini dengan
menyediakan hadiah atau insentif menarik bagi yang mendapat markah penuh /
tertinggi / melepasi target dalam setiap set latihan yang diberi.
3.Membawa ke Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu dan membincangkan penggunaan
modul ini secara rasmi untuk digunapakai oleh semua murid tahap 2 di sekolah
saya
4.Membahagikan tugas kepada guru-guru lain untuk menambah set latihan bagi modul
supaya dapat dibukukan untuk menafaat bersama.
8.0 PENUTUP
Kajian ini diharapkan dapat memberikan kepekaan dan rangsangan kepada pihak
sekolah dan guru-guru Bahasa Melayu di sekolah saya khasnya serta daerah saya
amnya.Hasil kajian ini terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran
guru dan pembelajaran murid.Semoga kajian ini akan dapat dimanfaatkan dan
menjadikan proses p&p saya lebih menarik,berkesan dan menyeronokkan.Sebagai
guru kita seharusnya peka dengan masalah dan keperluan murid dan
bertanggungjawab menyelesaikan kemelut yang mereka hadapi.Kita juga haruslah
mempunyai ilmu pendidikan yang kreatif dan inovatif bagi menjayakan hasrat dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).
9.0 RUJUKAN
1.Modul KPD 3026,(2011).Pengajaran,Teknologi dan Penaksiran 2,Penerbit UPSI
2.Ee Ah Meng(1992). Pedagogi satu Pengenalan,SiriPendidikan Fajar Bakti,Kuala
Lumpur,Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
3.Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) Penyelidikan Pendidikan,Skudai,Penerbit UiTM
4.Manual Kajian Tindakan,(2006).Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar
Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.
5. Dewan Bahasa dan Pustaka. ( 1981). Kamus Dwibahasa : Bahasa Inggeris-
Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
6.Abd.Rahman Abd,Majid Khan(2007),Guru Sebagai Penyelidik,ms 18,PTS
Professional
Publishing Sdn.Bhd.
7. researchipbmm2008.blogspot.com/2008/01/contoh-kajian-tindakan-yang-dijalankan.html
8.http://www.slideshare.net/yatijun/laporan-kajian-tindakan-bahasa-melayu-4926977
9.http://www.slideshare.net/hajizul/lampiran-kajian-tindakan
10.http://www.slideshare.net/yatijun/laporan-kajian-tindakan-bahasa-melayu-4926977
11.http://retibasa.blogspot.com/2010/04/pendekatan-proses-menulis-karangan.html
12.http://isearch.babylon.com/?q=penulisan+refleksi+kajian+tindakan&s=web&as=0&babsrc
=HP_ss
Lampiran 1
CONTOH SET LATIHAN 1- MODUL JELMAAN (Bersama Contoh Jawapan)
BIL PENYATAAN NILAI (Jawapan)
1 Membawa bekal / menabung berjimat cermat
2 Berjalan kaki ke sekolah menjaga kesihatan
3 Bangun awal berdisiplin / menepati masa
4 Berbaris ketika naik bas / masuk ke kelas berdisiplin
5 Menyapu sampah rajin / mementingkan kebersihan
6 Bersalam / mencium tangan ibu menghormati
7 Membaca buku / mengulang kaji rajin,
8 Melaksanakan tugas yang diberi bertanggungjawab / amanah
9 Memandang ke kanan dan kiri ketika hendak melintas berhati-hati / berwaspada
10 Mandi / menggosok gigi / berpakaian bersih mementingkan kebersihan / kesihatan
11 Bersarapan bersama keluarga kasih sayang / mementingkan kesihatan
12 Sembahyang / solat taat
13 Berdiri tegak semasa lagu Negaraku patriotisme / menghormati
14 Sayang akan negara patriotisme / bertanggungjawab
15 Belajar bersungguh-sungguh tekun / gigih / rajin
16 Memberi salam menghormati
17 Pergi ke perpustakaan mencintai ilmu / menghargai masa
18 Menyediakan jadual harian berdisiplin / menghargai masa
19 Menziarahi kawan sakit / di hospital prihatin / kasih sayang
20 Bertegur sapa sesama jiran semangat kejiranan / hemah tinggi
21 Makan / berbual-bual / bercuti bersama keluarga kasih sayang
22 Bergotong- royong kerjasama
23 Menziarahi / berkunjung ke rumah jiran /rakan semangat kemasyarakatan / kasih sayang
Lampiran 2
REKOD PENCAPAIAN PELAJAR
Bil NAMA MURID
MARKAH
BAHAGIAN C
SEBELUM
MENGGUNAKAN
MODUL JELMAAN
MARKAH
BAHAGIAN C
SELEPAS
MENGGUNAKAN
MODUL JELMAAN
1. M. ZAM ZUHAIRI B MOHD ZAMRI 19/20 20/20
2. M. AMIRUL ZAINI B Z.ABIDIN 15/20 19/20
3. M. AMIR HAFIZ B MOHD AZMI 18/20 19/20
4. NURFATIN SYAFIQAH BT AMRAN 16/20 19/20
5. M. HAKEEM HIRMI B M.AMIN 16/20 18/20
6. NUR MASATIKAF BT AMRI 16/20 19/20
7. MUHAMMAD ANAS B AZAHARI 17/20 19/20
8. DAYANA BATRISYA BT SHAMSOL 18/20 20/20
9. MUHD. FIRDAUS B MAT JALIL 15/20 18/20
10. NURFATYMAH BALQIS BT RAZAK 15/20 19/20
11. MUHD. HAIKAL B MOHD AZREEN 14/20 17/20
12. IZZATUL WAFA BT MUSTAFA 16/20 19/20
13. M.JAZZRIEN NAZEEM B M.JEFRI 15/20 17/20
14. AIDA NAJWA BT ADNAN 14/20 19/20
15.
SITI HAJAR BT ABDUL RAHIM 15/20 16/20
16. NUR KHAIRIAH SALWA BT SAHAK 14/20 17/20
17. MUHD.AMIRULLAH B K.NIZAM 12/20 15/20
18. SITI SOLEHAH BT MUHAMAD 13/20 15/20
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
1 comment:
1.
Azmee Abdullah12 December 2012 18:29
Hasil kerja yang cukup baik bagi penambahbaikan pencapaian murid. Tahniah dan
teruskan usaha murni ini.
Kajian Tindakan
ABSTRAK KAJIAN
Kajian ini memfokuskan pada beberapa penggunaan sistem tatabahasa yang
diamalkan oleh murid-murid tahun 5. Mereka dilihat dan diuji semasa proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia di dalam bilik darjah. Pelaksanaan kajian tindakan ini
menggunakan kaedah pemerhatian dan kaedah ujian dalam aktiviti penulisan kemahiran
memindahkan maklumat.Responden yang terlibat dalam kajian tindakan ini melibatkan 34 orang
murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Rasa, Rasa, Selangor. Dapatan menunjukkan di peringkat awal
murid-murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Rasa tidak mengamalkan secara menyeluruh sistem
tatabahasa yang mereka pelajari seperti penggunaan kata sendi nama, kata nama dan penjodoh
bilangan dalam struktur ayat yang mereka tutur dan tulis. Setelah diberitahu dan diterangkan secara
mendalam maka amalan mereka berubah dan mereka dapat menulis struktur ayat yang baik serta
menggunakan sistem tatabahasa yang diajar kepada mereka.Berdasarkan dapatan kajian tersebut
beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan.
PENGUASAAN SISTEM TATABAHASA BAHASA MELAYU SATU KAEDAH MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MEMBINA AYAT DAN BERBAHASA KALANGAN MURID-MURID TAHUN LIMA DI SEKOLAH
KEBANGSAAN RASA
OLEH:ENCIK ABDUL WAHIB BIN MUHAMMAD NASIR
1.0 PENGENALAN
Perkataan ‘Nahu’ atau ‘Tatabahasa’ begitu sinonim dengan pembelajaran Bahasa Melayu
yang menjadi subjek penting dalam sistem pendidikan di Malaysia.Selepas ini saya akan menulis
menggunakan istilah ‘tatabahasa’ kerana istilah ini telah mendominasi arena istilah bahasa Melayu
berbanding dengan istilah ‘Nahu’ seperti yang saya nyatakan di atas. Pengetahuan tentang
tatabahasa merupakan unsur penting yang perlu diketahui oleh setiap murid atau pelajar dalam
mempelajari Bahasa Melayu.Pendek kata ilmu tatabahasa haruslah dikuasai oleh mereka kerana ilmu
itu dapat memahirkan mereka dari segi membina ayat untuk tujuan penulisan dan juga sebagai
penutur Bahasa Melayu yang baik.
Kelemahan menguasai tatabahasa dalam penulisan dan pertuturan menandakan kurangnya
keindahan gaya bahasa atau kegramatisan bahasa yang dituturkan khususnya Bahasa Melayu.
Berdasarkan permasalahan ini, kajian tindakan telah saya lakukan bertujuan mengubah amalan
murid supaya memahami dan menguasai sistem tatabahasa Melayu.Selain itu amalan ini dapat
membantu mereka menghasilkan bahasa tulisan dan bahasa pertuturan yang gramatis.
Kajian ini dilakukan kepada 34 orang murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Rasa, Rasa
Selangor.Sebelum kajian ini dilakukan tinjauan telah di buat menggunakan kaedah pemerhatian dan
penyelidikan berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun di tahun 4 tahun 2010 yang
lalu.Temubual juga dilakukan kalangan murid yang menjadi responden kajian tindakan ini.Penilaian
soalan tatabahasa pula telah dilakukan kepada 34 orang murid tahun 5 sebagai mengesahkan kajian
tindakan ini.
2.0REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Kelas 5 Pintar merupakan kelas yang mempunyai 34 orang murid yang merupakan target
Panitia Bahasa Melayu Sekolah kebangsaan Rasa untuk lulus A dalam Kertas Pemahaman dan Kertas
Penulisan pada Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) tahun 2012.
Walaupun dominasi murid daripada kelas ini merupakan penuntur asli Bahasa Melayu iaitu
seramai 33 orang murid berbangsa Melayu dan seorang murid berbangsa Punjabi namun tahap
penguasaan mereka terhadap tatabahasa masih lemah. Kebanyakan mereka tidak dapat menguasai
kemahiran tatabahasa dengan baik, sedangkan mereka telah belajar semasa tahun 1 hingga tahun
4.Perkara-perkara asas telah didedahkan kepada mereka sebelum ini. Buktinya apabila saya memberi
latihan membina ayat kata kerja transitif, kebanyakkan mereka tidak dapat membina ayat dengan
gramatis kerana tidak faham akan konsep kata kerja transitif. Kesalahan penggunaan kata kerja
transitif begitu ketara apabila murid-murid menulis karangan dan menjawab soalan tatabahasa dan
pemahaman. Keadaan ini menggambarkan ada berlaku gangguan sama ada dalam penyampaian
maklumat atau kecuaian yang nyata dari aspek tatabahasa, kerana bukan sahaja dari aspek kata kerja
transitif malah banyak bahagian tatabahasa yang belum boleh dikuasai dengan baik oleh murid-
murid tersebut.
SENARAI NAMA MURID TAHUN 5 PINTAR 2011
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010
(PKSR II TAHUN2010)
BIL NAMA MURID MARKAH
BM 1
(Pemahaman
)
GRED MARKAH
BM 2
(Penulisan)
GRED
1 ABDUL RAHMAN BIN GHAZALI 88 A 67 B
2 ABDUL RAHMAN BIN ISMAIL 73 B 65 B
3 AHMAD MUSTAQIEM BIN MUZANI 78 B 67 B
4 AIMAN HARIZ BIN ZULKIFLI 70 B 73 B
5 A’INA SHAHIRA BT ZULHAIRI 80 A 58 C
6 AMIRAH FATINAH BT AZMI 93 A 70 B
7 ARIEF ZIKRI BIN JEFRIDI 90 A 75 B
8 ARIF IMRAN BIN ANUWAR 75 B 67 B
9 ARISHA BT SAIFUL ANUAR 73 B 68 B
10 FARAH SYAZWINA BT ZULKEPALI 70 B 78 B
11 MARIAH BT OTHMAN 80 A 73 B
12 MUHAMMAD AIRUL EZHAM BIN MOHD RAZI 80 A 68 B
13 MUHAMMAD ALIF HAQIMI BIN MAZLI 55 C 77 B
14 MUHAMMAD AMMAR MUSYRIF BIN MOHD 70 B 87 A
15 MUHAMMAD ASRAF BIN MUHD FAIRUDDIN 88 A 80 A
16 MUHAMMAD HAKIMI BIN ALAIAS 83 A 75 B
17 MUHAMMAD KHAIRUL NAJMAN B.ABD RANI 83 A 58 C
18 MUHAMMAD SHAHRIN AZWAN BIN AZMI 75 B 62 B
19 NUR AMIRAH SYAHIRAH BT ZAHARI 95 A 78 B
20 NUR AMIRAH ZAHIRAHBT ZAHARIN 88 A 62 B
21 NUR ATIQAH ILYANA BT MOHD ARIFFIN 68 B 57 C
22 NUR FATIMAH BT MOHD. MUSA 83 A 70 B
23 NUR INTAN FARIZA BT MOHD YAZID 63 B 63 B
24 NUR RAHIMAH BT ABDUL RAHIM 85 A 72 B
25 NURLIAYANA BT NORDIN 88 A 67 B
26 NURTAISA BT RASHID 78 B 63 B
27 NURUL HANIS FARHANAH BT ZULAILI 80 A 58 C
28 NURUL ZUHANNA ALIA BT ABD RAZAK 88 A 77 B
29 RASHID MUHAMMAD AZIM BIN ABD WALI 83 A 78 B
30 RAZWANATASHA BT RUZAIDI 93 A 77 B
31 SIMRANJEET KAUR A/P SARJIT SINGH 83 A 77 B
32 SOFWAH SOLEHAH BT MOHD HARNAIN 75 B 62 B
33 WAN NUR ALISYA BT WAN MOHD ZAMZURI 93 A 70 B
34 WAN NURSHAZMIN BT WARUZI 85 A 55 C
ANALISA KEPUTUSAN
GRED Pemahaman Penulisan
BM 1 % Lulus BM 2 % Lulus
A 21 61.7 % 2 5.9 %
B 12 35.3 % 27 79.4 %
C 1 3.0 % 5 14.7 %
JUMLAH 34 34
Ulasan:
Kertas Bahasa Melayu Pemahaman menunjukkan peratus kelulusan yang tinggi dalam gred A
berbanding dengan peratus kelulusan dalam Kertas Penulisan iaitu 61.7 % bagi Pemahaman dan 5.9
% bagi Penulisan. Bagi gred B pula Kertas Pemahaman mendapat 35.3 % berbanding 79.4 % bagi
Kertas Penulisan.Manakala gred C peratus kelulusan Kertas Pemahaman mendapat 3.0 % berbanding
14.7 % bagi Kertas Penulisan.
Secara keseluruhan menunjukkan bahawa murid-murid tahun 5 ini lebih menguasai Kertas
Pemahaman berbanding Kertas Penulisan.Oleh itu, murid-murid tidak dapat mempraktikkan sistem
tatabahasa yang mereka gunakan dalam kertas pemahaman kepada bahasa tulisan di dalam kertas
penulisan.
3.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERHATINAN
Menulis merupakan satu kemahiran yang perlu dipelajari dan amat penting dikuasai oleh
setiap murid khususnya dalam kertas penulisan kerana kemahiran ini merupakan tingkat tertinggi
kemahiran berbahasa. Oleh kerana menulis memerlukan idea yang kreatif maka penguasaan sistem
tatabahasa yang mendalam akan menghasilkan hasil kerja tulisan yang bermutu.
Setelah 3 minggu saya melakukan pengajaran dalam kelas 5 Pintar saya dapati murid-murid
tidak dapat menguasai sepenuhnya sistem tatabahasa bahasa Melayu yang saya berikan.Maka saya
mengambil keputusan untuk menggunakan akhbar didik sebagai perantara untuk memberi
pendedahan kepada mereka.
Fokus kajian saya dalan kajian ini adalah penggunaan sistem tatabahasa kalangan murid-
murid Tahun 5 Pintar di Sekolah Kebangsaan Rasa semasa membina ayat. Kemahiran ini dilakukan
semasa menjawab soalan bahagian A dalam kemahiran memindahkan maklumat. Dalam
pemerhatian saya murid-murid tidak dapat menguasai sistem tatabahasa kerana murid-murid terlalu
banyak diberi pendedahan kepada teknik menjawab soalan penulisan.Penumpuan kaedah menulis ini
menyebabkan kurangnya guru-guru menekankan sistem tatabahasa yang terdapat dalam Bahasa
Melayu.Oleh itu saya menggunakan pendekatan penggunaan akhbar dalam dalam bilik darjah (ADD)
sebagai permulaan penyelesaian permasalahan ini.Akhbar Didik melalui Akhbar Berita Harian setiap
hari Isnin adalah medium perantaraan penyelesaian masalah ini.
Pendedahan sistem tatabahasa yang terdapat dalam tatabahasa Bahasa Melayu telah saya
laksanakan selama 5 minggu setakat ini. Bermula dengan kata ganti nama,kata hubung, kata adjektif,
kata kerja dan simpulan bahasa. Murid-murid diberi pengertian dan latihan sebagai menguji
kefahaman mereka dalam menggunakan tatabahasa dalam ayat-ayat yang mereka tutur dan tulis
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam bilik darjah.
4.0OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini ialah:
1.Membantu murid mengetahui dan memahami sistem tatabahasa Bahasa Melayu.
2.Membantu murid menggunakan sistem tatabahasa Bahasa Melayu dalam pertuturan dan
penulisan.
5.0PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif-objektif kajian di atas, kajian ini dapat menjawab persolan-persoalan
berikut:
1.Adakah murid-murid mengetahui dan faham sistem tatabahasa yang terdapat dalam
tatabahasa Bahasa Melayu ?
2.Adakah sistem tatabahasa Bahasa Melayu dapat membantu murid-murid tahun 5
bertutur dan menulis dengan baik dalam proses pembelajaran mereka ?
6.0KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran kajian ini ialah murid-murid tahun 5 Pintar Sekolah Kebangsaan Rasa sesi
2011 seramai 34 orang murid yang terdiri daripada 14 orang lelaki dan 20 orang murid
perempuan.
7.0PERLAKSANAAN KAJIAN/METODOLOGI KAJIAN
7.1TINJAUAN KAJIAN/BATASAN KAJIAN
Dalam perlaksanaan kajian ini saya membataskan kajian kepada penggunaan
sistem tatabahasa iaitu penggunaan kata ganti nama, kata kerja dan kata
hubung dalam membina ayat penyata yang ditulis oleh murid tahun 5 pintar
seramai 34 orang.Sistem tatabahasa Bahasa Melayu ini penting atau menjadi
asas kepada penulisan kreatif. Rasional batasan kajian ini dilakukan adalah
melihat sejauhmana sistem tatabahasa ini menjadi amalan kepada murid-murid
tahun 5 tersebut.
7.2KAEDAH KAJIAN
Dalam kajian ini saya telah melakukan kaedah pemerhatian dan kaedah ujian
untuk mengutip data.
7.2.1Kaedah Pemerhatian
Pemerhatian yang saya lakukan adalah semasa saya melakukan
pengajaran di dalam bilik darjah.Saya telah memberi beberapa latihan
namun hasil yang saya perolehi agak mengecewakan.Maka saya telah
mengadakan pendekatan seperti yang saya nyatakan di atas iaitu
penggunaan akhbar didik.
7.2.2Kaedah Ujian
Setelah saya dapati terdapat beberapa kecelaruan dalam membina ayat
yang telah dilakukan oleh murid saya menggunakan pula kaedah ujian
untuk mengesan kelemahan yang dilakukan oleh murid-murid dalam
membina ayat. Maka saya dapati hasil penulisan mereka seperti di
lampiran iaitu Latihan 1
7.3ANALISIS DAPATAN KAJIAN
7.3.1Analisis Kajian Kaedah Pemerhatian
Langkah pertama yang saya lakukan dalam kaedah ini ialah meminta
murid membina ayat melalui buku latihan yang mereka
ada.Pengetahuan sedia ada mereka menjadi sandaran dalam membina
ayat atau memindahkan maklumat berdasarkan gambar.Pengetahuan
sedia ada mereka berdasarkan kemahiran yang di ajar pada tahun 4
pada tahun 2010. Saya dapati banyak banyak kesalahan yang
dilakukan.Hanya terdapat 4 orang daripada 34 orang di kelas tahun 5
itu dapat menulis dengan baik selain itu saya membuat kesimpulan
mereka harus diberikan penekanan yang lebih untuk mereka lebih
mahir menggunakan sistem tatabahasa dalam penulisan mereka.
7.3.2Analisis Kajian Kaedah Ujian
Selepas pemerhatian , saya melakukan satu sesi latihan seperti di
lampiran Latihan 1. Saya menguji murid-murid dengan latihan tersebut
dan hasil yang diperolehi adalah seperti berikut.
Ada kalangan murid tidak menulis mengikut struktur ayat yang betul
yang terdiri daripada subjek dan predikat.
Ditulis : Pada waktu rehat ramai murid pergi ke kantin sekolah.
Sepatutnya: Ramai murid pergi ke kantin sekolah pada waktu rehat.
Ada kalangan murid tidak dapat membezakan kata sendi nama atau
imbuhan.
Ditulis: kedalam
Sebenarnya : ke dalam
Ada kalangan murid tidak menulis penjodoh bilangan .
Ditulis: dua murid lelaki
Sepatutnya: dua orang murid lelaki
Ada kalangan murid menggunakan kata hubung di awal ayat.
Ditulis: Untuk membeli makanan hendaklah beratur.
Sepatutnya: kata hubung tidak boleh ditulis di awal ayat kerana sifat
kata hubung ialah menghubungkan dua atau lebih frasa ayat.
Contoh Murid-murid itu beratur untuk membeli makanan.
Ada kalangan murid tidak menulis tanda baca yang betul iaitu huruf
besar dan tanda noktah.
Ditulis :ismail membuang sampah di tong sampah sebelah tiang kantin
Sepatutnya: Ismail membuang sampah ke dalam tong sampah yang
terletak di sebelah tiang kantin .
Secara keseluruhan terdapat kesalahan sistem tatabahasa yang
dilakukan oleh sebilangan murid tahun 5 ini. Contoh-contoh kesalahan
yang saya senarai di atas ialah kesalahan struktur ayat,kata sendi
nama,penjodoh bilangan,kata hubung dan tanda bacaan. (huruf kecil,
huruf besar dan tanda noktah)
Kesalahan ini membuktikan bahawa murid-murid tahun 5 di Sekolah
Kebangsaan Rasa belum menguasai sepenuhnya sistem tatabahasa
Bahasa Melayu yang di ajar oleh guru-guru.
7.4REFLEKSI KAJIAN
Setelah melihat dan menguji kemahiran murid-murid menggunakan
latihan 1 saya dapati bahawa murid-murid perlu diberikan penekanan
yang lebih supaya masalah penggunaan sistem tatabahasa yang betul
perlu diketahui oleh mereka secara jitu.Pendekatan yang telah saya
lakukan lebih kurang dua minggu perlu dilihat. Bagi menilai perubahan
amalan penggunaan sistem tatabahasa yang betul dalam penulisan
murid mereka sekali lagi diuji dengan latihan 2 ( Sila Rujuk
Lampiran).Masih lagi konsep yang sama iaitu membina ayat dengan
memindahkan maklumat berdasarkan gambar.
Berdasarkan kajian tersebut saya dapati bahawa amalan yang mereka
lakukan sebelum ini iaitu menulis struktur ayat yang salah, menulis
kata sendi nama yang salah, tidak menulis penjodoh bilangan
dihadapan kata nama, menulis kata hubung di awal ayat dan menulis
tanda baca yang salah tidak mereka ulangi dalam latihan 2 .
8.0CADANGAN KAJIAN
Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :-
(a)Guru-guru Bahasa Malaysia digalakkan mengubahsuai pendekatan proses P & P di
dalam kelas terutama kelas lemah dan sederhana.
(b)Menggunakan kaedah sumbangsaran dari segi kefahaman dalam aspek sistem
tatabahasa.
(c)Menggunakan kaedah penyelidikan melalui buku-buku bahasa .
(d)Guru-guru Bahasa Malaysia boleh menggunakan kaedah penyelidikan pada pelbagai
peringkat sama ada di peringkat kelas, panitia atau sekolah.
Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi
minat murid dalam proses pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia. Semoga minat murid ini
boleh menjadikan titik tolak kepada pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Malaysia yang lebih menyeronok dan berkesan, seterusnya menjadikan peningkatan prestasi
akademik yang amat memberangsangkan. Selain itu proses pengajaran dan pembelajaran juga perlu
disesuaikan dengan masa kini serta menggunakan pendekatan Sekolah Bestari.
BIBLIOGRAFI
1.-------------- ( 1992) Action Research For Educational Change, Milton Keynes : Open
University Press.
2.Atan Bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Penerbit Adabi Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
3.Brown, T. (1987) Language Interaction Pattens in Lessons Featuring Mathematical
Investigations. PhD thesis, University of Southampton.
4.Clark, P.A ( 1972 ) Action Research: Organisational Change.Harper and Row
Ltd.London.
5.Dunn, T. (1997) Michel Foucault and the Politics of Freedom Thousand Oaks, CA:
Sage.
6.Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam.(1985).Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab
Perguruan.Penerbit fajar Bakti, Petaling Jaya.
Kajian tindakan penulisan bm th 5

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

RPH BM THN 2 (BULAN FEB)
RPH BM THN 2 (BULAN FEB)RPH BM THN 2 (BULAN FEB)
RPH BM THN 2 (BULAN FEB)Dvya Selvakumar
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuJunaidah Jusoh
 
Kenali huruf
Kenali hurufKenali huruf
Kenali hurufBEBEYEOW
 
DP PBD T3 2020 KESELURUHAN.ppt
DP PBD T3 2020 KESELURUHAN.pptDP PBD T3 2020 KESELURUHAN.ppt
DP PBD T3 2020 KESELURUHAN.pptJayaSheela22
 
CONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASACONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASAAdila Dila
 
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021Abu Bakar Sani
 
Minit Mesyuarat Panitia BM 1.docx
Minit Mesyuarat Panitia BM 1.docxMinit Mesyuarat Panitia BM 1.docx
Minit Mesyuarat Panitia BM 1.docxJULIZABINTIALLIMoe
 
Kelab alam sekitar e-mokk
Kelab alam sekitar   e-mokkKelab alam sekitar   e-mokk
Kelab alam sekitar e-mokkopimis
 
Standard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasa
Standard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasaStandard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasa
Standard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasawanbaizura88
 
Teknik pemarkahan dan penyemakan
Teknik pemarkahan dan penyemakanTeknik pemarkahan dan penyemakan
Teknik pemarkahan dan penyemakangovernment
 
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...Mohd Suhaimin Isnen
 
Pelan intervensi bm
Pelan intervensi bmPelan intervensi bm
Pelan intervensi bmnur aliaa
 
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)Suhaida Anior
 

La actualidad más candente (20)

RPH BM THN 2 (BULAN FEB)
RPH BM THN 2 (BULAN FEB)RPH BM THN 2 (BULAN FEB)
RPH BM THN 2 (BULAN FEB)
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
 
Kenali huruf
Kenali hurufKenali huruf
Kenali huruf
 
DP PBD T3 2020 KESELURUHAN.ppt
DP PBD T3 2020 KESELURUHAN.pptDP PBD T3 2020 KESELURUHAN.ppt
DP PBD T3 2020 KESELURUHAN.ppt
 
CONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASACONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASA
 
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021
 
Minit Mesyuarat Panitia BM 1.docx
Minit Mesyuarat Panitia BM 1.docxMinit Mesyuarat Panitia BM 1.docx
Minit Mesyuarat Panitia BM 1.docx
 
Kelab alam sekitar e-mokk
Kelab alam sekitar   e-mokkKelab alam sekitar   e-mokk
Kelab alam sekitar e-mokk
 
Standard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasa
Standard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasaStandard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasa
Standard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasa
 
Teknik pemarkahan dan penyemakan
Teknik pemarkahan dan penyemakanTeknik pemarkahan dan penyemakan
Teknik pemarkahan dan penyemakan
 
Modul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppgModul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppg
 
Pak21
Pak21Pak21
Pak21
 
Pembelajaran akses kendiri
Pembelajaran akses kendiriPembelajaran akses kendiri
Pembelajaran akses kendiri
 
Analisis swot koko
Analisis swot kokoAnalisis swot koko
Analisis swot koko
 
RPH SEJARAH TAHUN 5 : Modul 4 : Tergugatnya Kedaulatan Negara
RPH SEJARAH TAHUN 5 : Modul 4 : Tergugatnya Kedaulatan Negara     RPH SEJARAH TAHUN 5 : Modul 4 : Tergugatnya Kedaulatan Negara
RPH SEJARAH TAHUN 5 : Modul 4 : Tergugatnya Kedaulatan Negara
 
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
 
Pelan intervensi bm
Pelan intervensi bmPelan intervensi bm
Pelan intervensi bm
 
Maujud..
Maujud..Maujud..
Maujud..
 
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
 
LAPORAN PLC BM.pdf
LAPORAN PLC BM.pdfLAPORAN PLC BM.pdf
LAPORAN PLC BM.pdf
 

Destacado

Kajian ringkas, statistik "Persepsi pelajar terhadap kurangnya aktiviti riada...
Kajian ringkas, statistik "Persepsi pelajar terhadap kurangnya aktiviti riada...Kajian ringkas, statistik "Persepsi pelajar terhadap kurangnya aktiviti riada...
Kajian ringkas, statistik "Persepsi pelajar terhadap kurangnya aktiviti riada...Vince Here
 
Proposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestProposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestabdol rahim
 
contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.
contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.
contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.Nur Haziqah Utieh
 
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualPembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualCma Usin
 
Soal selidik
Soal selidikSoal selidik
Soal selidikCik BaCo
 
Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)Payeh NorMan
 
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKMKajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKMNuraini Ismail
 
Borang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutanBorang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutanFiza Joon Mblaq
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisTeacher Nasrah
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikZainal Mohd
 

Destacado (12)

Kajian ringkas, statistik "Persepsi pelajar terhadap kurangnya aktiviti riada...
Kajian ringkas, statistik "Persepsi pelajar terhadap kurangnya aktiviti riada...Kajian ringkas, statistik "Persepsi pelajar terhadap kurangnya aktiviti riada...
Kajian ringkas, statistik "Persepsi pelajar terhadap kurangnya aktiviti riada...
 
Proposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestProposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latest
 
contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.
contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.
contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.
 
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualPembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
 
Soal selidik
Soal selidikSoal selidik
Soal selidik
 
Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)
 
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKMKajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM
 
Manual Kajian Tindakan
Manual Kajian Tindakan Manual Kajian Tindakan
Manual Kajian Tindakan
 
Borang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutanBorang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutan
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 

Similar a Kajian tindakan penulisan bm th 5

Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5Ponnu Mani
 
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02L Adul Lalut Adul
 
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiMeningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiNoraida Ali
 
286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-muridKalaiselviVelu1
 
286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-muridKalaiselviVelu1
 
01 penulisan proposal kertas cadangan
01 penulisan proposal kertas cadangan01 penulisan proposal kertas cadangan
01 penulisan proposal kertas cadanganChon Seong Hoo
 
Kpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iiiKpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iiikananasirin
 
12.vina serevina muhammad caisar haisy
12.vina serevina muhammad caisar haisy12.vina serevina muhammad caisar haisy
12.vina serevina muhammad caisar haisyvinaserevina
 
Contoh kajian tindakan sains
Contoh kajian tindakan  sains Contoh kajian tindakan  sains
Contoh kajian tindakan sains Siva Sundrarajoo
 
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa MalaysiaKertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa MalaysiaAmir Aiman Akashah
 
Abstrak pts
Abstrak ptsAbstrak pts
Abstrak ptsKim Lee
 
04 November 20 ASESMEN DIAGNOSTIK DI SD (2) (2).pptx
04 November 20 ASESMEN DIAGNOSTIK DI SD (2) (2).pptx04 November 20 ASESMEN DIAGNOSTIK DI SD (2) (2).pptx
04 November 20 ASESMEN DIAGNOSTIK DI SD (2) (2).pptxHalimahHalimah40
 
Jurnal Refleksi YUSRI RAHAYU.pdf
Jurnal Refleksi YUSRI RAHAYU.pdfJurnal Refleksi YUSRI RAHAYU.pdf
Jurnal Refleksi YUSRI RAHAYU.pdfYusriRahayu1
 
131759025 modul-bm-1-bhg-b
131759025 modul-bm-1-bhg-b131759025 modul-bm-1-bhg-b
131759025 modul-bm-1-bhg-beric swa
 
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia Amir Aiman Akashah
 

Similar a Kajian tindakan penulisan bm th 5 (20)

Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5
 
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
 
Jurnal minggu 5
Jurnal minggu 5Jurnal minggu 5
Jurnal minggu 5
 
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiMeningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
 
286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid
 
286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid
 
01 penulisan proposal kertas cadangan
01 penulisan proposal kertas cadangan01 penulisan proposal kertas cadangan
01 penulisan proposal kertas cadangan
 
Kpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iiiKpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iii
 
12.vina serevina muhammad caisar haisy
12.vina serevina muhammad caisar haisy12.vina serevina muhammad caisar haisy
12.vina serevina muhammad caisar haisy
 
Contoh kajian tindakan sains
Contoh kajian tindakan  sains Contoh kajian tindakan  sains
Contoh kajian tindakan sains
 
Karya ilmiah faltin
Karya ilmiah faltinKarya ilmiah faltin
Karya ilmiah faltin
 
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa MalaysiaKertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
 
Jurnal
JurnalJurnal
Jurnal
 
Abstrak pts
Abstrak ptsAbstrak pts
Abstrak pts
 
ABDB
ABDBABDB
ABDB
 
04 November 20 ASESMEN DIAGNOSTIK DI SD (2) (2).pptx
04 November 20 ASESMEN DIAGNOSTIK DI SD (2) (2).pptx04 November 20 ASESMEN DIAGNOSTIK DI SD (2) (2).pptx
04 November 20 ASESMEN DIAGNOSTIK DI SD (2) (2).pptx
 
Jurnal Refleksi YUSRI RAHAYU.pdf
Jurnal Refleksi YUSRI RAHAYU.pdfJurnal Refleksi YUSRI RAHAYU.pdf
Jurnal Refleksi YUSRI RAHAYU.pdf
 
A
AA
A
 
131759025 modul-bm-1-bhg-b
131759025 modul-bm-1-bhg-b131759025 modul-bm-1-bhg-b
131759025 modul-bm-1-bhg-b
 
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
 

Kajian tindakan penulisan bm th 5

  • 1. KAJIAN TINDAKAN PENULISAN BM TH 5 SEBUAH KAJIAN TINDAKAN TENTANG MASALAH DALAM BAHASA MELAYU PENULISAN BAHAGIAN C (MEMBUAT ULASAN) YANG SAYA HASILKAN SENDIRI MELALUI PENGAJARAN MAKRO YANG TELAH SAYA JALANKAN. MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT ULASAN DALAM BAHASA MELAYU PENULISAN,BAHAGIAN C-TAHUN 5 MENGGUNAKAN MODUL “JELMAAN” Oleh: Pn.Faridah bt.Doya Guru Cemerlang Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Astana Raja,71350 Kota,NSDK ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid Tahun 5 Bestari, yang lemah membuat ulasan dalam Bahagian C di mana murid-murid yang terlibat adalah seramai 18 orang..Dalam Bahagian ini,murid-murid dikehendaki membuat ulasan tentang petikan yang diberi tidak melebihi 50 patah perkataan.Markah penuh yang diperuntukkan untuk bahagian ini adalah sebanyak 20 daripada 60 markah keseluruhan Kertas Bahasa Melayu Penulisan(012). Untuk menghasilkan ulasan,murid-murid dikehendaki menentukan nilai yang terdapat dalam setiap pernyataan yang diberi terlebih dahulu dan nilai tersebut kemudiannya perlu dihuraikan dengan mengambil contoh berdasarkan pernyataan atau cerita yang terdapat dalam petikan sahaja. Tinjauan awal yang dibuat melalui pengajaran makro yang saya adakan pada 4 Oktober 2012 yang lalu, menunjukkan ramai murid masih tidak memperoleh markah penuh dalam bahagian ini melalui latihan secara individu walaupun saya telah mengajar murid saya membuat ulasan melalui teknik mudah hasil inovasi saya sendiri yang diberi nama“Teknik SSDA”.Saya berasa amat kecewa kerana target saya untuk memastikan semua murid kelas ini mendapat markah penuh -20/20 atau sekurang-kurangnya 19/20 masih belum tercapai walaupun kelas ini merupakan
  • 2. kelas bestari yang terdiri daripada murid-murid yang pandai dan bakal mengharumkan nama sekolah dalam pencapaian UPSR pada tahun akan datang. Melalui tinjauan dan post mortem yang saya buat pula,saya dapati punca utama murid kehilangan markah adalah kerana mereka tidak dapat menentukan nilai yang tepat berdasarkan pernyataan yang diberi.Hal ini membuatkan saya rasa terpanggil untuk berbuat sesuatu bagi mengatasi masalah yang berlaku.Untuk itu saya telah menghasilkan modul yang saya beri nama modul” JELMAAN”di mana modul ini mula saya jalankan pada 10 Oktober 2012.Saya memilih nama ini kerana latihan yang saya fokuskan dalam modul ini ialah latihan di mana memerlukan murid menjelmakan nilai-nilai tersirat di sebalik pernyataan-pernyataan yang diberi seperti di lampiran 1.Disebabkan sekolah hanya ada beberapa minggu sebelum bercuti ,maka saya dapat mempraktikkan modul ini sebanyak enam kali sahaja namun pencapaiannya amat memberangsangkan 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Tahun ini saya diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 Bestari di sekolah saya.Kelas 5 Bestari ini merupakan kelas yang baik dan murid- muridnya pandai,aktif ,kreatif,berketrampilan dan berpotensi untuk mendapat gred A dalam kesemua mata pelajaran khasnya Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan yang merupakan mata pelajaran teras dalam UPSR..Bagi sekolah saya yang sentiasa ingin mengekalkan kecemerlangannya ,kelas ini merupakan kelas harapan untuk pencapaian cemerlang UPSR pada tahun hadapan.Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan(Kertas 2),terkandung 3 soalan yang harus dijawab oleh murid dalam peperiksaan iaitu Bahagian A(Membina Ayat),Bahagian B (Karangan Berformat dan Tidak Berformat) dan Bahagian C(Membuat Ulasan).Untuk mendapatkan markah yang cemerlang,murid-murid haruslah mendapat markah yang baik dalam setiap bahagian tersebut. Pada setiap minggu saya akan memastikan ketiga-tiga bahagian ini saya ajar dengan penuh minat,semangat dan rasa tanggungjawab apatah lagi saya mengajar anak-anak kampung saya sendiri.Sebagai guru cemerlang,saya lebih memberatkan
  • 3. teknik pengajaran saya bagi memudahkan murid saya menerima apa yang saya sampaikan.Namun apa yang amat mengecewakan saya ialah murid-murid saya masih tidak mencapai markah penuh atau sekurang-kurangnya 19/20 dalam bahagian C seperti yang saya targetkan pada hal mereka merupakan murid elit.Seringkali saya termenung sendirian memikirkan apakah masalah murid saya sebenarnya.Kadang-kadang saya meluahkan kepada guru-guru Bahasa Melayu yang lain akan kekesalan hati saya,Namun jawapan yang saya terima tidak banyak membantu.Antara ayat yang saya terima: -….tak payah la susah hati sangat,bila dah tahun 6 nanti tahulah dia orang buat ulasan tu.. -….jangan tention-tention,nanti darah tinggi naik lagi -….Dapat markah 17 pun kira ok la tu…dan lain-lain lagi. Setelah pengajaran makro saya jalankan keadaan yang sama terus berlaku.Kertas latihan murid yang semak saya tatap dengan perasaan berbaur.Ada rasa kecewa,marah,sedih dan seribu satu macam perasaan yang hanya Tuhan sahaja yang mengetahui malah saya turut tercabar dengan gelaran jawatan yang saya pegang.Kenapa masalah terus berlaku sedangkan saya telah berusaha memberi penerangan yang sebaik mungkin menggunakan ICT dan dilengkapi pelbagai gambar serta contoh.Namun,saya harus berpegang prinsip hidup saya iaitu “Masalah hanya akan dapat diselesaikan jika sesuatu dilakukan” Keazaman dan semangat yang tinggi,ini telah mendorong saya untuk menghasilkan kajian tindakan ini. 2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN Setelah menyemak latihan murid sebaik sahaja pengajaran makro dijalankan,saya mendapati tidak ada seorang pun daripada 18 orang murid mendapat markah penuh 20/20 dan hanya 1 orang mendapat markah 19/20 .Melalui latihan tersebut,post- mortem yang dibuat adalah seperti berikut:
  • 4. PERKARA MARKAH 20/20 19/20 18/20 17/20 16/20 15/20 14/20 13/20 12/20 11/20 Bwh 10/20 Bilangan Murid Capai - 1/18 2/18 1/18 4/18 5/18 3/18 1/18 1/18 - - Peratus - 5.5 11.11 5.5 22.2 27.7 16.6 5.5 5.5 - - Melihat pada data pencapaian di atas,kebanyakan murid memperoleh markah sederhana sahaja.Perkara ini tidak harus dibiarkan begitu sahaja sedangkan markah bahagian ini amat membantu murid mencapai gred A dalam subjek Penulisan Bahasa Melayu.Kegagalan mereka dalam mencapai gred yang baik ini sudah tentu akan memberi repotasi yang tidak baik dalam keputusan keseluruhan dan gred purata mata pelajaran ini.Berdasarkan kertas-kertas UPSR yang saya semak setiap tahun juga,menunjukkan murid menghadapi masalah yang besar dalam bahagian yang sama.Jika murid boleh menjawab dengan baik sekalipun dalam bahagian A dan B sedangkan Bahagian C mereka lemah adalah sukar untuk mereka mencapai gred A seperti yang diharapkan .Ini menunjukkan betapa seriusnya masalah ini. Rumusannya,masalah yang saya kenal pasti di sini ialah murid tidak tahu menentukan nilai yang tepat atau menjelmakan nilai daripada pernyataan yang diberi melalui petikan.Mereka lebih suka sentiasa dibantu atau dibimbing oleh guru.Jika dilihat pada skema pemarkahan untuk bahagian ini pula ,murid tidak akan mendapat sebarang markah bagi setiap nilai yang salah walaupun huraian yang dibuat menepati pernyataan yang diberi. Justeru,adalah satu kerugian besar,jika masalah ini tidak saya selesaikan memandangkan murid-murid saya mempunyai kualiti diri dalam pelajaran.Berbekaikan pengalaman yang ada,saya yakin jika murid saya diberi latih tubi yang cukup,masalah ini dapat diselesaikan malah mereka dengan mudah dapat menentukan nilai berdasarkan pernyataan yang diberi.
  • 5. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan pencapaian murid dalam subjek Penulisan Bahasa Melayu-Kertas 2 (012)di SK Astana Raja. 3.2 Objektif Khusus i) Memastikan sekurang-kurang 10 daripada 18 orang murid 5B mendapat sekurang- kurangnya markah 19/20 dalam Bahagian C,Penulisan Bahasa Melayu semasa peperiksaan akhir tahun. ii) Meningkatkan penguasaan dan kemahiran murid dalam menjelmakan nilai yang tersirat dalam pernyataan. iii) Memudahkan guru-guru Bahasa Melayu tahap 2 di SK Astana Raja mengajar bahagian C menggunakan modul yang dihasilkan. iv) Meningkatkan pencapaian keseluruhan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SK Astana Raja dari segi gred purata 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 18 orang murid Tahun 5 Bestari Sekolah Kebangsaan Astana Raja yang terdiri daripada 9 lelaki dan 9 perempuan.6 daripada 18 orang murid ini merupakan murid elit yang aktif dan berketrampilan manakala yang selebihnya berada dalam kategori pandai. 5.0 METODOLOGI KAJIAN 5.1 Semakan Lembaran Kerja
  • 6. Semakan latihan pada lembaran kerja murid secara tidak langsung dapat menilai tahap pencapaian murid dalam menguasai kamahiran berkenaan 5.2 Pemerhatian Dalam P&P Respon murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung.Contohnya sewaktu soal jawab diadakan. 5.3 Peperiksaan Akhir Tahun Markah murid dalam Peperiksaan Akhir Tahun dijadikan bahan untuk mengukur pencapaian muriddan keberkesanan modul yang dibuat. 5.4 Soal Selidek Borang soal selidek disedia dan diedarkan kepada murid untuk mendapatkan maklum balas murid berkenaan Modul JELMAAN yang saya jalankan. 6.0 PELAKSANAAN KAJIAN 6.2 TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH 6.2.1 Semakan lembaran kerja Untuk melihat sejauh mana kelemahan murid,saya telah menyemak lembaran kerja murid dengan lebih berhati-hati.Apa yang saya perhatikan pada mulanya / sebelum kajian dijalankan murid melakukan kesalahan yang banyak terutama dalam menentukan nilai berbanding dengan selepas kajian dijalankan.Selepas kajian dijalankan,saya berasa hampir berpuas hati dengan hasil kerja murid saya.Saya juga mula menarik nafas lega kerana apa yang usahakan mula membuahkan hasil. 6.2.2 Pemerhatian dalam P&P Saya telah membuat pemerhatian sepanjang p&p dijalankan khususnya semasa sesi soaljawab diadakan sebelum dan selepas kajian.Sebelum kajian dijalankan ada murid yang kurang memberi respon dan sering menyatakan nilai yang salah berdasarkan pernyataan berbanding dengan selepas kajian dan menggunakan set latihan dalam Modul “JELMAAN” yang saya buat.Mereka nampak lebih terjurus
  • 7. kepada jawapan sebenar atau nilai yang tepat serta menjawab dengan penuh keyakinan.Mereka juga mula berasa seronok dengan bahagian C ini. 6.2.3 Peperiksaan Akhir Tahun Peperiksaan Akhir Tahun yang diadakan amat bermakna sekali buat saya kerana di sinilah saya boleh mengukur sejauh mana keberkesanan modul yang saya jalankan.Ternyata berlaku peningkatan yang agak drastik pada keputusan peperiksaan mereka dalam karangan bahagian C.Data pencapaian adalah seperti berikut: PERKARA MARKAH 20/20 19/20 18/20 17/20 16/20 15/20 14/20 13/20 12/20 11/20 Bwh 10/20 MARKAH LATIHAN SEMASA PENGAJARAN MAKRO (Penc.Sebelum Guna Modul - - 1/18 5.5 % 2/18 11.11 % 1/18 5.5 % 4/18 22.2 % 5/18 27.7 % 3/18 16.6 % 1/18 5.5 % 1/18 5.5 % - - - - MARKAH PEP.AKHIR THN (Penc.Selepas Guna Modul 2/18 11.1 % 8/18 55.5 % 2/18 11.1 % 3/18 16.6 % 1/18 5.5 % 2/18 11.1 % - - - - - - - - - - Pencapaian dalam Peperiksaan Akhir Tahun menunjukkan petanda baik bahawa modul ini banyak mempengaruhi tahap pemahaman murid dan telah melonjakkan pencapaian dalam bahagian ini. Saya mula berkongsi modul ini dengan guru-guru Bahasa Melayu yang lain dan meminta mereka mempraktikkan kepada murid masing-masing selepas itu.Disebabkan masa yang begitu terhad,mereka dapat menggunakan 2 -3 kali sahaja dalam pengajaran mereka.
  • 8. 6.2.4 Soal Selidik Borang soal selidek telah diberikan kepada murid untuk mendapatkan maklum balas berkenaan modul yang saya laksanakan.Mereka telah memberi respon positif.Berikut adalah analisis soal selidik yang telah dijawab oleh murid: Skala Likert: 1.sangat tidak setuju 2.tidak setuju 3.kurang setuju 4,setuju 5,sangat setuju Bil SKALA 1 2 3 4 5 Item (Bilangan Murid) 1. Kemahiran membuat ulasan dalam Penulisan Bahagian C merupakan pelajaran yang mudah 7 5 5 1 0 2. Penulisan Bahagian C mudah dijawab tanpa teknik dari Modul JELMAAN 9 7 2 0 0 3. Saya berasa lebih mudah menjawab Penulisan Bahagian C selepas guru melaksanakan Modul JELMAAN 0 0 0 6 12 4. Saya berasa amat seronok menjawab set-set latihan dalam Modul JELMAAN 0 0 1 10 7 5. Setelah menjalani set-set latihan dalam modul JELMAAN saya mempunyai lebih keyakinan untuk membuat ulasan pada Bahagian C. 0 0 0 6 12 6. Modul JELMAAN benar-benar membantu saya. 0 0 0 5 13 Beberapa orang guru yang turut mencuba modul ini juga turut memberi komen.Antara komen tersebut adalah seperti berikut: ….Walaupun saya dapat menggunakan 3 set latihan dalam modul ini,saya dapat melihat pencapaian yang baik dalam latihan bahagian C yang diberi
  • 9. ….Sesuatu yang menarik untuk dijadikan inovasi kerana murid-murid saya lebih mudah menentukan nilai sejak mereka membuat latihan-latihan dalam Modul JELMAAN ini. ….Kaedah ini elok jika dibukukan dan dijadikan modul Panitia BM di sekolah kita serta digunapakai oleh semua murid tahap 2 di sekolah ini. 6.3 Tindakan yang diJalankan 1.Setelah saya meneliti latihan Bahagian C (Membuat Ulasan) yang saya beri sebagai kerja rumah selepas pengajaran makro saya,saya terus mencari idea untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid saya sehinggalah saya terfikir untuk membuat modul yang men gandungi set latih tubi menentukan /menjelmakan nilai ini di mana modul itu saya namakan Modul JELMAAN bagi menjadikannya lebih sinonim dengan kemahiran dalam bahgian C 2.Sebelum saya menggunakan set-set latih tubi dalam modul tersebut,terlebih dahulu saya akan menerangkan tujuan dan kepentingan modul ini kepada murid saya. 3.Saya menggunakan modul ini selang satu hari dalam waktu pelajaran Bahasa Melayu Tahun5 Bestari yang saya ajar.Tarikh penggunaan modul ini adalah seperti berikut: Tarikh Penggunaan Modul JELMAAN TARIKH MASA SET LATIHAN MODUL 10 OKTOBER 2012 8.40 – 9.10 pagi 1 & 2 12 OKTOBER 2012 7.40 – 8.10 pagi 3 & 4 15 OKTOBER 2012 11.30 – 12.10 pagi 5 & 6 17 OKTOBER 2012 8.40 – 9.10 pagi 7 & 8 19 OKTOBER 2012 7.40 – 8.10 pagi 8 &10 22 OKTOBER 2012 11.30 – 12.10 pagi 11 &12 4.Menjalankan soal selidik kepada murid-murid untuk mendapatkan maklum balas tentang keberkesanan penggunaan modul melalui borang soal selidik yang saya sediakan. 5.Murid-murid menjawab soalan dalam Peperiksaan Akhir Tahun yang diadakan.
  • 10. 6.Membuat post-mortem peperiksaan bagi melihat pencapaian murid dalam bahagian C. 6.4 Pelaksanaan Tindakan,Pemerhatian dan Penilaian Kajian Tindakan ini dijalankan dalam tempoh 2 minggu sahaja.Hal ini adalah kerana hari persekolahan tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Peperiksaan Akhir Tahun diadakan. Selepas Peperiksaan Akhir Tahun diadakan,saya telah membuat soal selidik tentang pandangan mereka terhadap modul ini dan menilai sejauh manakah penerimaan mereka terhadap kaedah ini di samping merekodkan markah pada bahagian ini secara terperinci seperti pada Lampiran 2. Berdasarkan pemerhatian saya,Modul JELMAAN berjaya membantu murid meningkatkan pencapaian dalam Penulisan Bahagian C khasnya di mana secara tidak langsung telah meningkatkan pencapaian murid secara keseluruhan dalam Subjek Penulisan Bahasa Melayu amnya.Saya berpuas hati kerana apa yang saya usahakan telah membuahkan hasil.Melihatkan kejayaan ini ,Ketua Panitia Bahasa Melayu dengan disokong oleh guru-guru Bahasa Melayu yang lain telah mencadangkan agar Modul ini dibukukan untuk kegunaan murid tahap 2 di sekolah saya.Perkara ini telah pun sampai ke pengetahuan Guru Besar kami.Beliau bangga malah turut memberi semangat kepada guru-guru lain untuk mencontohi usaha saya.Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat panitia pada bulan Disember 2012 nanti. 6.5 Refleksi Kajian Pencapaian murid yang baik dan menunjukkan perubahan drastik khasnya pada bahagian C ini amat ketara.Hasil daripada kajian menunjukkan adunan kaedah inovasi “SSDA” yang saya jalankan dan “Modul JELMAAN” ini ternyata banyak membantu murid dalam membuat ulasan seperti yang diharapkan.Malah modul ini sentiasa menjadi sebutan murid-murid saya.
  • 11. Saya berasa tersentuh,apabila seorang ibu kepada murid kelas 5 Bestari telah menghantar SMS mengucapkan ribuan terima kasih kepada saya kerana telah berjaya melonjakkan prestasi anaknya dalam mata pelajaran ini.Semasa Hari Anugerah Kecemerlangan di sekolah saya baru-baru ini ,ramai ibu bapa yang berpuas hati serta menyatakan rasa gembira atas lonjakan kejayaan anak mereka dalam sujek Bahasa Melayu Penulisan.Mereka juga mengetahui tentang modul yang saya gunakan melalui anak-anak mereka. 7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA. Melalui refleksi daripada kajian ini,beberapa cadangan perlu dibuat untuk memperbaiki dan meningkatkan penggunaan modul ini .Antara cadangan tersebut adalah seperti berikut: 1.Membuat penambahbaikan terhadap modul ini dari semasa ke semasa dan melengkapkan lagi modul ini dengan grafik yang lebih menarik ,kreatif dan mempelbagaikan bentuk latihan seperti peta minda ,aktiviti memadankan dan lain- lain lagi. 2.Memberi motivasi kepada murid-murid yang menggunakan modul ini dengan menyediakan hadiah atau insentif menarik bagi yang mendapat markah penuh / tertinggi / melepasi target dalam setiap set latihan yang diberi. 3.Membawa ke Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu dan membincangkan penggunaan modul ini secara rasmi untuk digunapakai oleh semua murid tahap 2 di sekolah saya 4.Membahagikan tugas kepada guru-guru lain untuk menambah set latihan bagi modul supaya dapat dibukukan untuk menafaat bersama. 8.0 PENUTUP Kajian ini diharapkan dapat memberikan kepekaan dan rangsangan kepada pihak sekolah dan guru-guru Bahasa Melayu di sekolah saya khasnya serta daerah saya
  • 12. amnya.Hasil kajian ini terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid.Semoga kajian ini akan dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses p&p saya lebih menarik,berkesan dan menyeronokkan.Sebagai guru kita seharusnya peka dengan masalah dan keperluan murid dan bertanggungjawab menyelesaikan kemelut yang mereka hadapi.Kita juga haruslah mempunyai ilmu pendidikan yang kreatif dan inovatif bagi menjayakan hasrat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK). 9.0 RUJUKAN 1.Modul KPD 3026,(2011).Pengajaran,Teknologi dan Penaksiran 2,Penerbit UPSI 2.Ee Ah Meng(1992). Pedagogi satu Pengenalan,SiriPendidikan Fajar Bakti,Kuala Lumpur,Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. 3.Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) Penyelidikan Pendidikan,Skudai,Penerbit UiTM 4.Manual Kajian Tindakan,(2006).Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia. 5. Dewan Bahasa dan Pustaka. ( 1981). Kamus Dwibahasa : Bahasa Inggeris- Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 6.Abd.Rahman Abd,Majid Khan(2007),Guru Sebagai Penyelidik,ms 18,PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. 7. researchipbmm2008.blogspot.com/2008/01/contoh-kajian-tindakan-yang-dijalankan.html 8.http://www.slideshare.net/yatijun/laporan-kajian-tindakan-bahasa-melayu-4926977 9.http://www.slideshare.net/hajizul/lampiran-kajian-tindakan 10.http://www.slideshare.net/yatijun/laporan-kajian-tindakan-bahasa-melayu-4926977 11.http://retibasa.blogspot.com/2010/04/pendekatan-proses-menulis-karangan.html
  • 13. 12.http://isearch.babylon.com/?q=penulisan+refleksi+kajian+tindakan&s=web&as=0&babsrc =HP_ss Lampiran 1 CONTOH SET LATIHAN 1- MODUL JELMAAN (Bersama Contoh Jawapan) BIL PENYATAAN NILAI (Jawapan) 1 Membawa bekal / menabung berjimat cermat 2 Berjalan kaki ke sekolah menjaga kesihatan 3 Bangun awal berdisiplin / menepati masa 4 Berbaris ketika naik bas / masuk ke kelas berdisiplin 5 Menyapu sampah rajin / mementingkan kebersihan 6 Bersalam / mencium tangan ibu menghormati 7 Membaca buku / mengulang kaji rajin, 8 Melaksanakan tugas yang diberi bertanggungjawab / amanah 9 Memandang ke kanan dan kiri ketika hendak melintas berhati-hati / berwaspada 10 Mandi / menggosok gigi / berpakaian bersih mementingkan kebersihan / kesihatan 11 Bersarapan bersama keluarga kasih sayang / mementingkan kesihatan 12 Sembahyang / solat taat 13 Berdiri tegak semasa lagu Negaraku patriotisme / menghormati 14 Sayang akan negara patriotisme / bertanggungjawab 15 Belajar bersungguh-sungguh tekun / gigih / rajin 16 Memberi salam menghormati 17 Pergi ke perpustakaan mencintai ilmu / menghargai masa 18 Menyediakan jadual harian berdisiplin / menghargai masa 19 Menziarahi kawan sakit / di hospital prihatin / kasih sayang 20 Bertegur sapa sesama jiran semangat kejiranan / hemah tinggi
  • 14. 21 Makan / berbual-bual / bercuti bersama keluarga kasih sayang 22 Bergotong- royong kerjasama 23 Menziarahi / berkunjung ke rumah jiran /rakan semangat kemasyarakatan / kasih sayang Lampiran 2 REKOD PENCAPAIAN PELAJAR Bil NAMA MURID MARKAH BAHAGIAN C SEBELUM MENGGUNAKAN MODUL JELMAAN MARKAH BAHAGIAN C SELEPAS MENGGUNAKAN MODUL JELMAAN 1. M. ZAM ZUHAIRI B MOHD ZAMRI 19/20 20/20 2. M. AMIRUL ZAINI B Z.ABIDIN 15/20 19/20 3. M. AMIR HAFIZ B MOHD AZMI 18/20 19/20 4. NURFATIN SYAFIQAH BT AMRAN 16/20 19/20 5. M. HAKEEM HIRMI B M.AMIN 16/20 18/20 6. NUR MASATIKAF BT AMRI 16/20 19/20 7. MUHAMMAD ANAS B AZAHARI 17/20 19/20 8. DAYANA BATRISYA BT SHAMSOL 18/20 20/20 9. MUHD. FIRDAUS B MAT JALIL 15/20 18/20 10. NURFATYMAH BALQIS BT RAZAK 15/20 19/20 11. MUHD. HAIKAL B MOHD AZREEN 14/20 17/20 12. IZZATUL WAFA BT MUSTAFA 16/20 19/20 13. M.JAZZRIEN NAZEEM B M.JEFRI 15/20 17/20 14. AIDA NAJWA BT ADNAN 14/20 19/20 15. SITI HAJAR BT ABDUL RAHIM 15/20 16/20
  • 15. 16. NUR KHAIRIAH SALWA BT SAHAK 14/20 17/20 17. MUHD.AMIRULLAH B K.NIZAM 12/20 15/20 18. SITI SOLEHAH BT MUHAMAD 13/20 15/20 Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook 1 comment: 1. Azmee Abdullah12 December 2012 18:29 Hasil kerja yang cukup baik bagi penambahbaikan pencapaian murid. Tahniah dan teruskan usaha murni ini.
  • 16. Kajian Tindakan ABSTRAK KAJIAN Kajian ini memfokuskan pada beberapa penggunaan sistem tatabahasa yang diamalkan oleh murid-murid tahun 5. Mereka dilihat dan diuji semasa proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia di dalam bilik darjah. Pelaksanaan kajian tindakan ini menggunakan kaedah pemerhatian dan kaedah ujian dalam aktiviti penulisan kemahiran memindahkan maklumat.Responden yang terlibat dalam kajian tindakan ini melibatkan 34 orang murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Rasa, Rasa, Selangor. Dapatan menunjukkan di peringkat awal murid-murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Rasa tidak mengamalkan secara menyeluruh sistem tatabahasa yang mereka pelajari seperti penggunaan kata sendi nama, kata nama dan penjodoh bilangan dalam struktur ayat yang mereka tutur dan tulis. Setelah diberitahu dan diterangkan secara mendalam maka amalan mereka berubah dan mereka dapat menulis struktur ayat yang baik serta menggunakan sistem tatabahasa yang diajar kepada mereka.Berdasarkan dapatan kajian tersebut beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan. PENGUASAAN SISTEM TATABAHASA BAHASA MELAYU SATU KAEDAH MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT DAN BERBAHASA KALANGAN MURID-MURID TAHUN LIMA DI SEKOLAH KEBANGSAAN RASA OLEH:ENCIK ABDUL WAHIB BIN MUHAMMAD NASIR 1.0 PENGENALAN Perkataan ‘Nahu’ atau ‘Tatabahasa’ begitu sinonim dengan pembelajaran Bahasa Melayu yang menjadi subjek penting dalam sistem pendidikan di Malaysia.Selepas ini saya akan menulis menggunakan istilah ‘tatabahasa’ kerana istilah ini telah mendominasi arena istilah bahasa Melayu berbanding dengan istilah ‘Nahu’ seperti yang saya nyatakan di atas. Pengetahuan tentang tatabahasa merupakan unsur penting yang perlu diketahui oleh setiap murid atau pelajar dalam mempelajari Bahasa Melayu.Pendek kata ilmu tatabahasa haruslah dikuasai oleh mereka kerana ilmu itu dapat memahirkan mereka dari segi membina ayat untuk tujuan penulisan dan juga sebagai penutur Bahasa Melayu yang baik. Kelemahan menguasai tatabahasa dalam penulisan dan pertuturan menandakan kurangnya keindahan gaya bahasa atau kegramatisan bahasa yang dituturkan khususnya Bahasa Melayu. Berdasarkan permasalahan ini, kajian tindakan telah saya lakukan bertujuan mengubah amalan
  • 17. murid supaya memahami dan menguasai sistem tatabahasa Melayu.Selain itu amalan ini dapat membantu mereka menghasilkan bahasa tulisan dan bahasa pertuturan yang gramatis. Kajian ini dilakukan kepada 34 orang murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Rasa, Rasa Selangor.Sebelum kajian ini dilakukan tinjauan telah di buat menggunakan kaedah pemerhatian dan penyelidikan berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun di tahun 4 tahun 2010 yang lalu.Temubual juga dilakukan kalangan murid yang menjadi responden kajian tindakan ini.Penilaian soalan tatabahasa pula telah dilakukan kepada 34 orang murid tahun 5 sebagai mengesahkan kajian tindakan ini. 2.0REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Kelas 5 Pintar merupakan kelas yang mempunyai 34 orang murid yang merupakan target Panitia Bahasa Melayu Sekolah kebangsaan Rasa untuk lulus A dalam Kertas Pemahaman dan Kertas Penulisan pada Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) tahun 2012. Walaupun dominasi murid daripada kelas ini merupakan penuntur asli Bahasa Melayu iaitu seramai 33 orang murid berbangsa Melayu dan seorang murid berbangsa Punjabi namun tahap penguasaan mereka terhadap tatabahasa masih lemah. Kebanyakan mereka tidak dapat menguasai kemahiran tatabahasa dengan baik, sedangkan mereka telah belajar semasa tahun 1 hingga tahun 4.Perkara-perkara asas telah didedahkan kepada mereka sebelum ini. Buktinya apabila saya memberi latihan membina ayat kata kerja transitif, kebanyakkan mereka tidak dapat membina ayat dengan gramatis kerana tidak faham akan konsep kata kerja transitif. Kesalahan penggunaan kata kerja transitif begitu ketara apabila murid-murid menulis karangan dan menjawab soalan tatabahasa dan pemahaman. Keadaan ini menggambarkan ada berlaku gangguan sama ada dalam penyampaian maklumat atau kecuaian yang nyata dari aspek tatabahasa, kerana bukan sahaja dari aspek kata kerja transitif malah banyak bahagian tatabahasa yang belum boleh dikuasai dengan baik oleh murid- murid tersebut.
  • 18. SENARAI NAMA MURID TAHUN 5 PINTAR 2011 KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010 (PKSR II TAHUN2010) BIL NAMA MURID MARKAH BM 1 (Pemahaman ) GRED MARKAH BM 2 (Penulisan) GRED 1 ABDUL RAHMAN BIN GHAZALI 88 A 67 B 2 ABDUL RAHMAN BIN ISMAIL 73 B 65 B 3 AHMAD MUSTAQIEM BIN MUZANI 78 B 67 B 4 AIMAN HARIZ BIN ZULKIFLI 70 B 73 B 5 A’INA SHAHIRA BT ZULHAIRI 80 A 58 C 6 AMIRAH FATINAH BT AZMI 93 A 70 B 7 ARIEF ZIKRI BIN JEFRIDI 90 A 75 B 8 ARIF IMRAN BIN ANUWAR 75 B 67 B 9 ARISHA BT SAIFUL ANUAR 73 B 68 B 10 FARAH SYAZWINA BT ZULKEPALI 70 B 78 B 11 MARIAH BT OTHMAN 80 A 73 B 12 MUHAMMAD AIRUL EZHAM BIN MOHD RAZI 80 A 68 B 13 MUHAMMAD ALIF HAQIMI BIN MAZLI 55 C 77 B 14 MUHAMMAD AMMAR MUSYRIF BIN MOHD 70 B 87 A 15 MUHAMMAD ASRAF BIN MUHD FAIRUDDIN 88 A 80 A 16 MUHAMMAD HAKIMI BIN ALAIAS 83 A 75 B 17 MUHAMMAD KHAIRUL NAJMAN B.ABD RANI 83 A 58 C 18 MUHAMMAD SHAHRIN AZWAN BIN AZMI 75 B 62 B 19 NUR AMIRAH SYAHIRAH BT ZAHARI 95 A 78 B
  • 19. 20 NUR AMIRAH ZAHIRAHBT ZAHARIN 88 A 62 B 21 NUR ATIQAH ILYANA BT MOHD ARIFFIN 68 B 57 C 22 NUR FATIMAH BT MOHD. MUSA 83 A 70 B 23 NUR INTAN FARIZA BT MOHD YAZID 63 B 63 B 24 NUR RAHIMAH BT ABDUL RAHIM 85 A 72 B 25 NURLIAYANA BT NORDIN 88 A 67 B 26 NURTAISA BT RASHID 78 B 63 B 27 NURUL HANIS FARHANAH BT ZULAILI 80 A 58 C 28 NURUL ZUHANNA ALIA BT ABD RAZAK 88 A 77 B 29 RASHID MUHAMMAD AZIM BIN ABD WALI 83 A 78 B 30 RAZWANATASHA BT RUZAIDI 93 A 77 B 31 SIMRANJEET KAUR A/P SARJIT SINGH 83 A 77 B 32 SOFWAH SOLEHAH BT MOHD HARNAIN 75 B 62 B 33 WAN NUR ALISYA BT WAN MOHD ZAMZURI 93 A 70 B 34 WAN NURSHAZMIN BT WARUZI 85 A 55 C ANALISA KEPUTUSAN GRED Pemahaman Penulisan BM 1 % Lulus BM 2 % Lulus A 21 61.7 % 2 5.9 % B 12 35.3 % 27 79.4 % C 1 3.0 % 5 14.7 % JUMLAH 34 34
  • 20. Ulasan: Kertas Bahasa Melayu Pemahaman menunjukkan peratus kelulusan yang tinggi dalam gred A berbanding dengan peratus kelulusan dalam Kertas Penulisan iaitu 61.7 % bagi Pemahaman dan 5.9 % bagi Penulisan. Bagi gred B pula Kertas Pemahaman mendapat 35.3 % berbanding 79.4 % bagi Kertas Penulisan.Manakala gred C peratus kelulusan Kertas Pemahaman mendapat 3.0 % berbanding 14.7 % bagi Kertas Penulisan. Secara keseluruhan menunjukkan bahawa murid-murid tahun 5 ini lebih menguasai Kertas Pemahaman berbanding Kertas Penulisan.Oleh itu, murid-murid tidak dapat mempraktikkan sistem tatabahasa yang mereka gunakan dalam kertas pemahaman kepada bahasa tulisan di dalam kertas penulisan. 3.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERHATINAN Menulis merupakan satu kemahiran yang perlu dipelajari dan amat penting dikuasai oleh setiap murid khususnya dalam kertas penulisan kerana kemahiran ini merupakan tingkat tertinggi kemahiran berbahasa. Oleh kerana menulis memerlukan idea yang kreatif maka penguasaan sistem tatabahasa yang mendalam akan menghasilkan hasil kerja tulisan yang bermutu. Setelah 3 minggu saya melakukan pengajaran dalam kelas 5 Pintar saya dapati murid-murid tidak dapat menguasai sepenuhnya sistem tatabahasa bahasa Melayu yang saya berikan.Maka saya mengambil keputusan untuk menggunakan akhbar didik sebagai perantara untuk memberi pendedahan kepada mereka. Fokus kajian saya dalan kajian ini adalah penggunaan sistem tatabahasa kalangan murid- murid Tahun 5 Pintar di Sekolah Kebangsaan Rasa semasa membina ayat. Kemahiran ini dilakukan semasa menjawab soalan bahagian A dalam kemahiran memindahkan maklumat. Dalam
  • 21. pemerhatian saya murid-murid tidak dapat menguasai sistem tatabahasa kerana murid-murid terlalu banyak diberi pendedahan kepada teknik menjawab soalan penulisan.Penumpuan kaedah menulis ini menyebabkan kurangnya guru-guru menekankan sistem tatabahasa yang terdapat dalam Bahasa Melayu.Oleh itu saya menggunakan pendekatan penggunaan akhbar dalam dalam bilik darjah (ADD) sebagai permulaan penyelesaian permasalahan ini.Akhbar Didik melalui Akhbar Berita Harian setiap hari Isnin adalah medium perantaraan penyelesaian masalah ini. Pendedahan sistem tatabahasa yang terdapat dalam tatabahasa Bahasa Melayu telah saya laksanakan selama 5 minggu setakat ini. Bermula dengan kata ganti nama,kata hubung, kata adjektif, kata kerja dan simpulan bahasa. Murid-murid diberi pengertian dan latihan sebagai menguji kefahaman mereka dalam menggunakan tatabahasa dalam ayat-ayat yang mereka tutur dan tulis semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam bilik darjah. 4.0OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini ialah: 1.Membantu murid mengetahui dan memahami sistem tatabahasa Bahasa Melayu. 2.Membantu murid menggunakan sistem tatabahasa Bahasa Melayu dalam pertuturan dan penulisan. 5.0PERSOALAN KAJIAN Berdasarkan objektif-objektif kajian di atas, kajian ini dapat menjawab persolan-persoalan berikut: 1.Adakah murid-murid mengetahui dan faham sistem tatabahasa yang terdapat dalam tatabahasa Bahasa Melayu ?
  • 22. 2.Adakah sistem tatabahasa Bahasa Melayu dapat membantu murid-murid tahun 5 bertutur dan menulis dengan baik dalam proses pembelajaran mereka ? 6.0KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran kajian ini ialah murid-murid tahun 5 Pintar Sekolah Kebangsaan Rasa sesi 2011 seramai 34 orang murid yang terdiri daripada 14 orang lelaki dan 20 orang murid perempuan. 7.0PERLAKSANAAN KAJIAN/METODOLOGI KAJIAN 7.1TINJAUAN KAJIAN/BATASAN KAJIAN Dalam perlaksanaan kajian ini saya membataskan kajian kepada penggunaan sistem tatabahasa iaitu penggunaan kata ganti nama, kata kerja dan kata hubung dalam membina ayat penyata yang ditulis oleh murid tahun 5 pintar seramai 34 orang.Sistem tatabahasa Bahasa Melayu ini penting atau menjadi asas kepada penulisan kreatif. Rasional batasan kajian ini dilakukan adalah melihat sejauhmana sistem tatabahasa ini menjadi amalan kepada murid-murid tahun 5 tersebut. 7.2KAEDAH KAJIAN Dalam kajian ini saya telah melakukan kaedah pemerhatian dan kaedah ujian untuk mengutip data. 7.2.1Kaedah Pemerhatian Pemerhatian yang saya lakukan adalah semasa saya melakukan pengajaran di dalam bilik darjah.Saya telah memberi beberapa latihan namun hasil yang saya perolehi agak mengecewakan.Maka saya telah mengadakan pendekatan seperti yang saya nyatakan di atas iaitu penggunaan akhbar didik. 7.2.2Kaedah Ujian
  • 23. Setelah saya dapati terdapat beberapa kecelaruan dalam membina ayat yang telah dilakukan oleh murid saya menggunakan pula kaedah ujian untuk mengesan kelemahan yang dilakukan oleh murid-murid dalam membina ayat. Maka saya dapati hasil penulisan mereka seperti di lampiran iaitu Latihan 1 7.3ANALISIS DAPATAN KAJIAN 7.3.1Analisis Kajian Kaedah Pemerhatian Langkah pertama yang saya lakukan dalam kaedah ini ialah meminta murid membina ayat melalui buku latihan yang mereka ada.Pengetahuan sedia ada mereka menjadi sandaran dalam membina ayat atau memindahkan maklumat berdasarkan gambar.Pengetahuan sedia ada mereka berdasarkan kemahiran yang di ajar pada tahun 4 pada tahun 2010. Saya dapati banyak banyak kesalahan yang dilakukan.Hanya terdapat 4 orang daripada 34 orang di kelas tahun 5 itu dapat menulis dengan baik selain itu saya membuat kesimpulan mereka harus diberikan penekanan yang lebih untuk mereka lebih mahir menggunakan sistem tatabahasa dalam penulisan mereka. 7.3.2Analisis Kajian Kaedah Ujian Selepas pemerhatian , saya melakukan satu sesi latihan seperti di lampiran Latihan 1. Saya menguji murid-murid dengan latihan tersebut dan hasil yang diperolehi adalah seperti berikut. Ada kalangan murid tidak menulis mengikut struktur ayat yang betul yang terdiri daripada subjek dan predikat. Ditulis : Pada waktu rehat ramai murid pergi ke kantin sekolah. Sepatutnya: Ramai murid pergi ke kantin sekolah pada waktu rehat.
  • 24. Ada kalangan murid tidak dapat membezakan kata sendi nama atau imbuhan. Ditulis: kedalam Sebenarnya : ke dalam Ada kalangan murid tidak menulis penjodoh bilangan . Ditulis: dua murid lelaki Sepatutnya: dua orang murid lelaki Ada kalangan murid menggunakan kata hubung di awal ayat. Ditulis: Untuk membeli makanan hendaklah beratur. Sepatutnya: kata hubung tidak boleh ditulis di awal ayat kerana sifat kata hubung ialah menghubungkan dua atau lebih frasa ayat. Contoh Murid-murid itu beratur untuk membeli makanan. Ada kalangan murid tidak menulis tanda baca yang betul iaitu huruf besar dan tanda noktah. Ditulis :ismail membuang sampah di tong sampah sebelah tiang kantin Sepatutnya: Ismail membuang sampah ke dalam tong sampah yang terletak di sebelah tiang kantin . Secara keseluruhan terdapat kesalahan sistem tatabahasa yang dilakukan oleh sebilangan murid tahun 5 ini. Contoh-contoh kesalahan yang saya senarai di atas ialah kesalahan struktur ayat,kata sendi nama,penjodoh bilangan,kata hubung dan tanda bacaan. (huruf kecil, huruf besar dan tanda noktah) Kesalahan ini membuktikan bahawa murid-murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Rasa belum menguasai sepenuhnya sistem tatabahasa Bahasa Melayu yang di ajar oleh guru-guru.
  • 25. 7.4REFLEKSI KAJIAN Setelah melihat dan menguji kemahiran murid-murid menggunakan latihan 1 saya dapati bahawa murid-murid perlu diberikan penekanan yang lebih supaya masalah penggunaan sistem tatabahasa yang betul perlu diketahui oleh mereka secara jitu.Pendekatan yang telah saya lakukan lebih kurang dua minggu perlu dilihat. Bagi menilai perubahan amalan penggunaan sistem tatabahasa yang betul dalam penulisan murid mereka sekali lagi diuji dengan latihan 2 ( Sila Rujuk Lampiran).Masih lagi konsep yang sama iaitu membina ayat dengan memindahkan maklumat berdasarkan gambar. Berdasarkan kajian tersebut saya dapati bahawa amalan yang mereka lakukan sebelum ini iaitu menulis struktur ayat yang salah, menulis kata sendi nama yang salah, tidak menulis penjodoh bilangan dihadapan kata nama, menulis kata hubung di awal ayat dan menulis tanda baca yang salah tidak mereka ulangi dalam latihan 2 . 8.0CADANGAN KAJIAN Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :- (a)Guru-guru Bahasa Malaysia digalakkan mengubahsuai pendekatan proses P & P di dalam kelas terutama kelas lemah dan sederhana. (b)Menggunakan kaedah sumbangsaran dari segi kefahaman dalam aspek sistem tatabahasa. (c)Menggunakan kaedah penyelidikan melalui buku-buku bahasa .
  • 26. (d)Guru-guru Bahasa Malaysia boleh menggunakan kaedah penyelidikan pada pelbagai peringkat sama ada di peringkat kelas, panitia atau sekolah. Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi minat murid dalam proses pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia. Semoga minat murid ini boleh menjadikan titik tolak kepada pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia yang lebih menyeronok dan berkesan, seterusnya menjadikan peningkatan prestasi akademik yang amat memberangsangkan. Selain itu proses pengajaran dan pembelajaran juga perlu disesuaikan dengan masa kini serta menggunakan pendekatan Sekolah Bestari. BIBLIOGRAFI 1.-------------- ( 1992) Action Research For Educational Change, Milton Keynes : Open University Press. 2.Atan Bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Penerbit Adabi Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 3.Brown, T. (1987) Language Interaction Pattens in Lessons Featuring Mathematical Investigations. PhD thesis, University of Southampton. 4.Clark, P.A ( 1972 ) Action Research: Organisational Change.Harper and Row Ltd.London. 5.Dunn, T. (1997) Michel Foucault and the Politics of Freedom Thousand Oaks, CA: Sage. 6.Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam.(1985).Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan.Penerbit fajar Bakti, Petaling Jaya.