SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 20
ISI KANDUNGAN
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Definisi Rasuah
1.3 Rasuah Menurut Pandangan Islam
1.4 Sejarah dan Amalan Rasuah
2.0 Ekonomi dan Rasuah : Suatu Analisis
2.1 Bagaimana Rasuah Memberi Kesan Kepada Pertumbuhan Ekonomi

3.0 Undang-Undang Rasuah
3.1 Fungsi SPRM
3.2 Akta Pencegahan Rasuah
3.3 Pendekatan Undang-Undang

4.0 Etika dan Rasuah
4.1 Maksud Etika dan Perkaitannya dengan Amalan Rasuah
4.1.1
4.1.2

Teori Teleologis

4.1.4

Teori Hak Asasi

4.1.5

Rujukan

Teori „Deontologis‟

4.1.3

Kesimpulan

Teori Etika Menurut Islam

Teori Kebebasan Peribadi
SAUDAH BINTI ISMAIL EH 1
ETIKA DAN RASUAH

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan
Isu rasuah adalah suatu topik yang menjadi tumpuan di seluruh dunia. Ini kerana
implikasinya adalah sangat besar kepada sesebuah negara jika dibiarkan berleluasa. Ramai
pemimpin dan individu tersohor terjejas reputasinya akibat terlibat dan didakwa atas isu
rasuah. Negara Malaysia juga turut memberi perhatian utama menangani gejala rasuah ini
agar tidak menjadi barah. Berdasarkan laporan rasuah oleh Transparency International 2010,
Malaysia masih lagi berada di tangga 56 pada Indeks Persepsi Rasuah. Situasi ini sudah tentu
sangat menakutkan dan jika amalan ini terus meningkat, maka amat dikhuatiri akan
mengancam kestabilan politik, ekonomi dan negara.

Mengapakah gejala rasuah ini kian sukar dibendung ? Adakah masyarakat hari ini semakin
mengejar materialistik berbanding mengamalkan norma keagamaan lantas melupakan etika
kerja profesionalisme yang harus diamalkan. Dalam apa jua tindak tanduk, jika prinsip etika
kerja diabaikan, ia akan mendorong seseorang itu melakukan kesalahan di sisi undangundang negara mahupun statusnya sebagai profesionalisma. Rasuah adalah salah satu
kesalahan yang menyalahi etika kerja profesionalisma, agama dan sangat memalukan dari
sudut moral seseorang. Selain itu, ia turut memberi implikasi dari segi penguatkuasaan
undang-undang dan kesan kosnya kepada pentadbiran pengurusan negara. Al-Quran juga ada
menyebut berkaitan kesalahan rasuah ini dalam ayat 188 surah Al-Baqarah ertinya berbunyi :
“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di
antara kamu dan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan)
harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan senahagian daripada
harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu
mengetahuinya.”
(Al-Baqarah : 188)

1.2 Definisi Rasuah
Memberi sesuatu kepada orang-orang tertentu dengan niat untuk mendapatkan sesuatu yang
bukan menjadi haknya merupakan takrifan rasuah. Takrifan ini sinonim juga dengan
perkataan suapan atau makan suap . Suapan atau makan suap ini boleh dalam pelbagai
SAUDAH BINTI ISMAIL EH 2
ETIKA DAN RASUAH

bentuk contohnya, pinjaman, hadiah, fee, cagaran berharga, harta, wang derma atau apa
sahaja perolehan atau manfaat lain. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia pula, terdapat
empat kesalahan jenayah rasuah yang utama iaitu :
Sebarang perbuatan meminta atau menerima rasuah.
Sebarang perbuatan menawar atau memberi rasuah
Sebarang perbuatan membuat tuntutan palsu
Sebarang perbuatan menyalahguna jawatan atau kedudukan.

Transparency International merujuk makna rasuah sebagai perilaku di jabatan-jabatan atau
penjawat-penjawat awam, para politikus dan pengawai-pegawai secara tidak wajar dan tidak
sah menurut undang-undang untuk memperkayakan dirinya dan kaum kerabatnya (keluarga
dan sahabat handai). Mereka ini menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang
diberikan kepada mereka.

Kamus Dewan Edisi Ke-3 pula, merujuk rasuah atau corruption (korup atau korupsi) dalam
bahasa Latin sebagai kata kerja yang melibatkan perbuatan menyogok atau memberi suapan
untuk tujuan kepentingan individu atau bertujuan mendapatkan kekayaan atau kejayaan
dengan mudah dan segera.Nama lain bagi rasuah ialah tumbuk rusuk atau duit kopi.

Perkataan rasuah sebenarnya berasal dari perkataan Arab iaitu rishwah atau rashwah yang
membawa maksud „ sesuatu penyambung yang dapat menghantar tujuan dengan harta
sogokan’ . Perkataan ini berasal daripada „rasha‟ yang merujuk kepada „tali timba yang
dipergunakan untuk mengambil air di perigi’.

1.3 Rasuah Menurut Pandangan Islam
Orang mengamalkan rasuah ialah orang yang tidak mementingkan nilai-nilai murni dan etika
kerja profesional dalam kehidupannya. Mereka hanya mementingkan imbuhan atau pulangan
yang bakal diperolehi berbanding memikirkan kesan-kesan buruk yang akan terjadi. Selain
itu, pengamal rasuah juga adalah orang yang sukakan harta benda. Firman Allah Ta‟ala :
Tafsirnya : “serta kamu pula kasihkan harta secara tamak haloba”, (surah Al-Fajr;20).

Pengamal rasuah juga dikaitkan dengan sikap pemimpin dan majikan yang tidak amanah dan
ini turut disebut dalam Al-Quran. Firman Allah Ta‟ala : Tafsirnya:
SAUDAH BINTI ISMAIL EH 3
ETIKA DAN RASUAH

“Salah seorang perempuan yang berdua itu berkata, wahai ayahku, ambilah
dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaikbaik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah.”
(Surah Al-Qashash :26)

Kaitan sikap amanah dengan rasuah juga turut disebut oleh Rasullullah s.a.w, ertinya;
“Apabila amanah diabaikan maka tunggulah hari kiamat. Al-A’rabiy bertanya
;Bagaimana mengabaikannya wahai Rasulullah ? Maka baginda bersabda :
Apabila sesuatu perkara diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah
hari kiamat”
(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Merujuk kepada surah dan hadis di atas, jelaslah dalam Islam, amalan rasuah ini diharamkan
dan balasannya dinyatakan secara jelas iaitu neraka. Peringatan Allah SWT ini bertujuan
supaya umatnya menitikberatkan keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT dalam apa
jua urusan.

1.4 Sejarah dan Amalan Rasuah
Isu berkaitan rasuah kerap dibincangkan dalam seminar, forum, media, ceramah dan
sebagainya namun ia masih berlarutan. Rasuah yang sering didedahkan dalam media massa
ialah rasuah transaktif (transactive corruption), yang membabitkan dunia korporat dengan
pemerintah atau masyarakat dengan pemerintah. Rasuah memeras (extortivecorruption) pula
berlaku apabila pihak pemberi dipaksa untuk melakukan rasuah bagi mengelak sebarang
kehilangan pendapatan atau imbuhan. Selain itu salah satu bentuk rasuah yang popular juga
ialah

rasuah

defensive

(defensive

corruption)

yang

dilakukan

seseorang

untuk

mempertahankan dirinya. Rasuah dalam apa kategori sekalipun, ia boleh memberikan kesan
negatif kepada sosioekonomi negara.

Dari sudut sejarah pula, amalan rasuah menyebabkan kejatuhan banyak negara dan tokohtokoh pemimpin yang tersohor. Di peringkat antarabangsa, tumbangnya diktator Ceausescu di
Romania yang dihukum tembak pada 1990 dikaitkan dengan pengelibatannya dalam rasuah.
SAUDAH BINTI ISMAIL EH 4
ETIKA DAN RASUAH

Begitu juga dengan Shah Reza Pahlavi, raja Iran yang terpaksa meninggalkan tahtanya ke
luar negara di sebabkan revolusi rakyat Iran yang mahukan pentadbirannya bersih rasuah.
Nasib yang serupa terjadi kepada bekas Presiden Filifina iaitu Ferdinand Marcos. Pemimpin
itu digulingkan rakyatnya sendiri kerana rasuah dan terpaksa hidup dalam buangan sehingga
akhir hayatnya.

Bagaimana pula dengan amalan rasuah di Malaysia pada hari ini? Masih ingatkah beberapa
tahun yang lalu kes Teoh Beng Hock yang ditemui mati ketika membantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kematiannya juga dikaitkan dengan
rasuah. Kes yang terbaru pula tentang Dr. Mohamad Khir Toyo, Bekas Menteri Besar
Selangor dikekalkan penjara 12 bulan oleh Mahkamah Rayuan Mei lalu. Dr. Mohamad Khir
disabitkan dengan rasuah yang berkaitan pembelian dua lot tanah dan sebuah rumah di Shah
Alam, semasa menjadi penjawat awam (Menteri Besar).

Berdasarkan persepsi rasuah di Malaysia (Indek Persepsi Rasuah -IPR) yang dikeluarkan oleh
Transparensi International , masalah rasuah tidak banyak berubah sejak tahun 2001. Malah
semakin meningkat tahun demi tahun. Rujuk jadual 1.1 Indeks Persepsi Rasuah (IPR)
Malaysia.

Tahun

IPR

Ranking
dalam Dunia

2001

-

36

2002

4.9

-

2005

5.1

-

2006

-

-

2007

5.1

43

2008

5.1

47

Jadual 1.2 : Indeks Persepsi Rasuah (IPR) Malaysia
Sumber : Transparensi Internasional
SAUDAH BINTI ISMAIL EH 5
ETIKA DAN RASUAH

Berikut pula statistik rasmi dari Badan Pencegah Rasuah Malaysia. Berdasarkan statistik
(rujuk jadual 1.2) angka tangkapan setiap tahun semakin meningkat. Ini menunjukkan betapa
seriusnya gejala rasuah di negara ini. Contohnya, pada tahun 2003, 339 kes dan ia terus
meningkat sebanyak 18.5% setahun menjadi 590 kes pada tahun 2007. Dari perspektif positif,
kita boleh andaikan penguatkuasaan BPR semakin berkesan berpandukan jumlah tangkapan
yang semakin meningkat tetapi dari sudut sebaliknya, ini menunjukkan moral rakyatnya
semakin nazak kerana amalan rasuah.

Tahun

Jumlah
tangkapan

2003

339

2004

497

2005

485

2006

557

2007

590

Jadual1.2: Statistik Tangkapan Badan Pencegah Rasuah Malaysia
Sumber : Transparensi Internasional

2.0 Ekonomi dan Rasuah : Suatu Analisis
2.1Bagaimana Rasuah Memberi Kesan Kepada Pertumbuhan Ekonomi
Hasil kajian yang dibuat di Malaysia menunjukkan peningkatan rasuah sebanyak 1% akan
mengakibatkan KDNK negara akan merosot sebanyak 1.61 % . Ini jelas menunjukkan
bahawa amalan rasuah memberi kesan terhadap ekonomi negara. Dalam perkataan lain,
dengan peningkatan 1% tingkat rasuah akan mengurangkan kadar pertumbuhan ekonomi
0.7%. Dengan ini, peningkatan 1 unit dalam indek persepsi rasuah akan mengakibatkan kadar
pertumbuhan ekonomi menurun 0.545 mata peratus (Pak Hung Mo, 2001).

Menurut Fahim A. Al-Marhubi (2000) pula, amalan rasuah adalah faktor utama kepada
kelemahan dalam makroekonomi. Contohnya, pelabur tidak akan datang melabur ke negara
yang amalkan rasuah secara berleluasa. Kekurangan perlaburan menyebabkan pertumbuhan
ekonomi lembab. Ini juga turut menyumbang kepada tingkat inflasi. Menurut David Ng
SAUDAH BINTI ISMAIL EH 6
ETIKA DAN RASUAH

(2006) rasuah berkait rapat dengan kos pinjaman yang tinggi, penilaian saham yang rendah
dan tadbir korporat yang lemah. Menurut beliau lagi kos yang ditanggung akibat rasuah
adalah sangat signifikan dengan pelbagai budaya dalam ekonomi. Apa pengaruhnya kepada
ekonomi dalam negara? Firma luar akan berfikir dua kali untuk membuka syarikat di negara
ini kerana peningkatan kos dan ini mengurangkan peluang pekerjaan. Ramai rakyat yang
menganggur menunjukkan sesebuah negara itu miskin. Berdasarkan kajian International
Transparency, negara yang bebas rasuah ialah negara yang maju berkedudukan 10 ke atas.
Antaranya ialah Negara Finland, New Zealand, Sweden, Singapura, Switzerland dan Canada.

Dalam Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan , bab 7 Membanteras Rasuah, ada
menyatakan:
“Rasuah boleh menyebabkan kos sebanyak RM 10 billion setahun atau 1-2
% daripada KDNK, apabila keputusan perniagaan (contohnya, pemberian
kontrak, perolehan sumber manusia) dilakukan dengan tujuan yang salah.”
(Bab 7, Pelan Hala Tuju Program Transformasi.)

Berdasarkan petikan ayat di atas, rasuah menyebabkan ketirisan sehingga RM10 billion
setahun. Ini adalah sangat merugikan negara. Menurut pertubuhan integriti antarabangsa,
Global Integrity pula, tanpa mengira tahap pendapatan ancaman utama rasuah ialah
pengaliran wang tanpa peraturan dalam proses politik. Kesan rasuah juga menyebabkan orang
ramai dan komuniti perniagaan hilang keyakinan terhadap institusi negara. Kedudukan
Malaysia dalam GCI (Daya Saing Negara), Daripada 21 negara yang paling berdaya saing di
dunia (tiga tahun lalu) kepada kedudukan 24.

Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2008 pula, menyebut jika sesebuah negara itu tidak
diurus dengan baik , akan menyebabkan rasuah bertapak dan seterusnya menjejaskan sumber
ekonomi negara. Ini termasuklah amalan yang tidak wajar di jabatan dan syarikat kerajaan.
Berdasarkan

laporan

ini

juga,

pihak

kerajaan

akan

mengambil

inisiatif

untuk

memperkemaskan lagi membanteras rasuah agar ia tidak dijadikan sebab merosakkan
ekonomi negara.
SAUDAH BINTI ISMAIL EH 7
ETIKA DAN RASUAH

Selain itu, rasuah yang berleluasa juga menyebabkan persepsi orang ramai terhadap
penganugerahan projek utama kerajaan semakin buruk di mana orang ramai membuat
persepsi tiadanya ketelusan dalam sistem perolehan kerajaan. Rujuk carta 2.1 Persepsi
Ketelusan Sistem Perolehan Kerajaan. Berdasarkan carta, pihak korporat dan pihak awam
membuat persepsi sistem perolehan kerajaan adalah tidak telus dan tiada keterbukaan iaitu
71% dan 54%. Ini adalah satu peratusan yang tinggi berbanding kategori persepsi yang lain.
Ini menunjukkan orang ramai mahukan sistem perolehan kerajaan didedah dan diumumkan
kepada orang awam. Contohnya, pemberian tender-tender kerajaan dalam sektor pembinaan.

Berdasarkan carta 2.1 lagi, persepsi korporat adalah sangat membimbangkan. Peratusannya
dilihat sangat tinggi iaitu 74%. Persepsi korporat inilah yang memberi impak besar kepada
pelabur-pelabur untuk menanam modal di negara ini. Pelaburan inilah yang akan mendorong
pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan pendapatan perkapita rakyat. Rakyat yang
berpendapatan perkapita yang tinggi akan melonjakkan lagi kuasa beli dalam negara dan
seterusnya membantu pertumbuhan ekonomi.
SAUDAH BINTI ISMAIL EH 8
ETIKA DAN RASUAH

Persepsi ketelusan sistem perolehan kerajaan
80
persepsi korporat

persepsi awam

70
60
50
40

30
20
10
0

Carta 2.1 Persepsi Ketelusan Sistem Perolehan Kerajaan.
Sumber : Pelan Hala Tuju Program Tranformasi Kerajaan/
Bab 7 Membanteras Rasuah

Berdasarkan kajian Transparency International Malaysia lagi, rasuah turut menyebabkan
jawatan kosong berkurangan dan ini menjejaskan peluang graduan untuk memulakan
pekerjaan . Tambahan pula, banyak jawatan yang ada adalah berjawatan rendah yang
perlukan kelayakan SPM sahaja . Contoh mudah, jika terdapat sebuah kilang membuat
komponen komputer perlukan kos RM400 juta untuk memulakan operasi di Vietnam,
mengapa pula kilang tersebut perlu membayar dua kali ganda untuk kilang yang serupa di
Malaysia. Lebihan 100% ini dikira sebagai rasuah.
SAUDAH BINTI ISMAIL EH 9
ETIKA DAN RASUAH

Berdasarkan kajian yang dijalankan Transparency International Malaysia lagi, golongan yang
paling ramai memberi rasuah ialah golongan yang bergaji tinggi iaitu melebihi RM5000
sebulan. Manakala golongan yang bergaji rendah pula cenderung menerima rasuah kerana
kemiskinan dan ingin hidup mewah. Pernyataan ini sudah jelas perkaitan rasuah dengan
pertumbuhan ekonomi. Jika amalan rasuah berleluasa, ia memberi persepsi negatif kepada
pelabur luar. Pelabur luar pula diperlukan untuk membantu pertumbuhan ekonomi. Negara
yang kaya, mampu menyediakan peluang pekerjaan dan keselesaan kepada rakyatnya,
Pendapatan perkapita yang tinggi mengelakkan rakyatnya menerima rasuah.

Selain itu, impak kepada gejala rasuah juga akan dirasai masyarakat keseluruhannya.
Bagaimana ini boleh berlaku? Rasuah akan meningkatkan kos barangan dan perkhidmatan.
Contohnya, jika seseorang ingin mendapatkan lot perniagaan di sesebuah tempat yang
startegik,

dia telah

memberikan sogokan

kepada pihak

yang berkenaan

untuk

mendapatkannya. Secara logiknya, ini juga termasuk dalam kos yang perlu dia ambilkira
untuk menjual produknya. Bukankah ini telah memberi impak kepada pengguna? Selain itu,
impak rasuah juga akan menyebabkan barangan dan perkhidmatan yang dipasarkan itu tidak
menepati kriteria dan mutu yang sepatutnya dan seterusnya menghapuskan persaingan
terbuka. Hakikatnya, persaingan terbuka adalah sangat diperlukan dalam sistem ekonomi
bebas .Amalan rasuah hanya akan menyebabkan kualiti sesuatu barangan atau perkhidmatan
itu diabaikan asalkan barangannya dibeli atau projeknya diluluskan.

3.0 Undang-Undang Rasuah
Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Rasuah adalah jenayah kerana perbuatan ini melanggar etika sesuatu bidang pekerjaan.
Jenayah rasuah negara ini diletakkan di bawah organisasi SPRM (Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia).

3.1 Fungsi SPRM
SPRM dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang mula beroperasi
pada 1 Oktober 1967 sebagai sebuah jabatan penuh. Hanya pada 1 Januari 2009 ia digubal
semula menjadi SPRM. Sebelum menjadi BPR, pada 1 Julai 1973, jabatan berkaitan rasuah
ini diberi nama Biro Siasatan Negara (BSN), yang diluluskan di parlimen melalui Akta Biro
Siasatan Negara 1973. Pada 13 Mei 1982, nama jabatan ini bertukar semula kepada BPR
SAUDAH BINTI ISMAIL EH 10
ETIKA DAN RASUAH

apabila Akta Pencegahan Rasuah 1982 di luluskan di parlimen dan dikuatkuasakan. Walau
apapun nama, fungsi utamanya tetap sama iaitu menangani kes-kes rasuah. Fungsi dan bidang
kuasanya sentiasa di tambah baik untuk memastikan jenayah rasuah ini dapat dikurangkan.
Ini menunjukkan perbuatan rasuah itu dipandang berat dan implikasinya adalah sangat besar
kepada kestabilan sesebuah negara, disebabkan inilah daripada sebuah unit kecil yang
diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) ditukarkan kepada BPR dan terkini
SPRM.

3.2

Akta Pencegahan Rasuah

Berdasarkan Akta 575 dalam Akta Pencegahan Rasuah 1997, seksyen 12 secara jelas
menyebut tentang penerima dan pemberi suapan adalah bersalah dari segi undang-undang.
Merujuk kepada seksyen 12 lagi, perbuatan rasuah yang tidak terlaksana tetap dikira bersalah.
Ini menunjukkan beratnya kesalahan rasuah itu di sisi undang-undang , tetap dikenakan
tindakan walaupun pesalah belum pun sempat melakukan kesalahannya (memberi dan
menerima rasuah).

Maksud seksyen 15 pula, menyatakan, seorang pegawai penjawat awam adalah melakukan
jenayah rasuah jika menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk apa-apa maksud yang
dia, keluarga atau kroninya mendapat keuntungan atau imbuhan. Seksyen 20 pula,
menjelaskan , bersubahat juga adalah kesalahan jenayah. Semua kesalahan berkaitan rasuah
ini boleh dihukum sebagaimana kesalahannya mengikut undang-undang. Lihat Jadual 3.3,
yang menunjukkan Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Seksyen

Kesalahan

Seksyen 10

Kesalahan menyetujui menerima suapan

Seksyen 12

Menerima atau memberi suapan adalah bersalah
walaupun maksud tidak terlaksana atau perkara
tidak ada hubungan dengan hal ehwal atau
perniagaan prinsipal.

Seksyen 13

Secara rasuah mendapatkan penarikan balik
tender.

Seksyen 15

Kesalahan menggunakan jawatan atau
kedudukan.
SAUDAH BINTI ISMAIL EH 11
ETIKA DAN RASUAH

Seksyen 18

Berurusan tentang, menggunakan, memegang,
menerima atau menyembunyikan suapan atau
faedah berhubung dengan apa-apa kesalahan.

Seksyen 20

Percubaan, persediaan, persubahatan dan
komplot jenayah, boleh dihukum sebagaimana
kesalahan.

Jadual 3.3 : Petikan Akta Pencegahan Rasuah 1997
Sumber : http://www.agc.gov.my

3.3 Pendekatan Undang-Undang
Badan pencegahan rasuah kini semakin berkesan kerana mampu menaikkan jumlah
tangkapan tahun demi tahun (rujuk 1.2 Statistik tangkapan). Ini menunjukkan badan
pencegahan rasuah negara ini berusaha dengan keras untuk menjadikan negara bebas rasuah.
Hanya melalui penguatkuasaan undang-undang dan bersama gandingan langkah-langkah
lain, peratusan rasuah dapat diturunkan. Walaubagaimanapun, pada asasnya, negara Malaysia
masih lagi menunjukkan persepsi rasuah di peringkat antarabangsa masih kurang
memuaskan. Oleh itu, rasuah perlu dibanteras dalam usaha menjadikan negara maju
menjelang tahun 2020. Usaha membanteras rasuah hanya dapat dijayakan melalui teladan. Ini
bermaksud, ia perlu bermula dariapada orang politik atasan supaya dapat diteladani
kakitangan bawahan. Kakitangan di negara ini perlu mengambil langkah-langkah yang tepat
bagi menghindarkan amalan rasuah.

Berdasarkan undang-undang baru pencegahan rasuah, ia turut membolehkan saudara-mara
yang bersubahat dengan orang yang menerima rasuah akan menerima tindakan dan nasib
yang sama dengan orang yang dituduh. Undang-undang baru ini diharap dapat mengekang
lagi gejala rasuah. Begitu juga dalam hal kes rasuah yang dilaporkan, di mana ia akan disiasat
sepenuhnya tanpa mengira kedudukan atau status mereka yang terlibat. Dalam hal ini,
pendedahan sepenuhnya akan dibuat. Butiran tentang pesalah yang disabitkan kesalahan akan
didedahkan kepada orang ramai sebagai tindakan pencegahan manakala pemberi maklumat
akan dilindungi.

Maklumat perolehan kerajaan seperti tender atau projek-projek akan didedahkan melalui
laman web kementerian berkenaan. Keperluan untuk pendedahan ini dinyatakan melalui
SAUDAH BINTI ISMAIL EH 12
ETIKA DAN RASUAH

Surat Pekeliling Perbendaharaan No. 5, Tahun 2007 klausa 43.4, mensyaratkan agensi
pelaksana mesti mengumumkan projek dan perolehan yang dianugerahkan, nama kontraktor
yang berjaya, jumlah kontrak yang diperolehi dan tempoh projek mesti dipamerkan di papan
iklan gergasi. Ini termasuklah keputusan tender mesti diumumkan kepada orang ramai di
laman web pelaksana dan portal kerajaan yang boleh diakses dengan mudah.

Berdasarkan kajian Transparency International, Kajian Global Corruption Barometer 2009
rakyat negara ini mempunyai persepsi yang buruk terhadap parti politik. Buktinya,
berdasarkan persepsi rakyat Malaysia, rasuah paling banyak melanda parti politik iaitu 42%
dan diikuti kakitangan awam 37%. Manakala sektor swasta 12% dan lain-lain 10% (badan
kehakiman, parlimen dan media). Oleh itu, pihak kerajaan menguatkuasa undang-undang
politik sedia ada untuk mengubahsuai proses pembiayaan politik dan meningkatkan ketelusan
dimana ahli politik dan parti politik disyaratkan mendedahkan sumber pembiayaan
perbelanjaan mereka kepada agensi yang bersesuaian. Akta Pertubuhan 1966 dilaksanakan
dengan ketat untuk memastikan semua parti politik mengemukakan laporan kepada Pendaftar
Pertubuhan dengan cara yang betul dan menepati waktu. Akta Kesalahan Pilihanraya 1954
pula adalah untuk menghalang calon-calon pilihanraya daripada terbabit dalam amalan rasuah
dan memastikan integriti sumber pembiayaan mereka.

Berkaitan dengan rasuah parti politik lagi, terdapat banyak contoh pegawai berpangkat tinggi
dan menteri yang terbabit dalam kes ini, terdapat kekurangan ketelusan dan liputan terhadap
tindakan yang diambil. Berdasarkan kajian Transparency International, kadar sabitan
kesalahan menurut kategori pesalah (2005-2009), jarang berlaku pendakwaan yang berjaya
terhadap ahli politik. Sebagai perbandingan, daripada 11 kes yang berkaitan ahli politik yang
didakwa, hanya 9% yang berjaya disabitkan kesalahan berbanding sektor awam dan swasta di
mana daripada 434 kes, 54% berjaya disabitkan kesalahan. Lihat data penuh dalam carta 3.2
di bawah.
SAUDAH BINTI ISMAIL EH 13
ETIKA DAN RASUAH

Peratus Kadar Kesabitan Kesalahan Rasuah 2005-2009
Series 3

didakwa dan disabitkan

25

75

80

pegawai kerajaan dan
badan berkanun (537)

Pihak berkuasa
tempatan (25)

9

20

54
91

46

sektor awam dan
swasta(434)

ahli politik (11)

Carta 3.2 : Peratus Kadar Kesabitan Kesalahan Rasuah 2005-2009
Sumber : Pelan Hala Tuju Program Tranformasi Kerajaan/
Bab 7 Membanteras Rasuah

Rumusan berkaitan undang-undang jenayah rasuah ini, pendekatan secara undang-undang
adalah perlu tetapi mesti ada hadnya. Ini kerana, secara lazimnya, pendekatan secara undangundang tidak berkesan sepenuhnya melainkan pihak kerajaan mencari jalan mengatasi rasuah
di peringkat akar umbi dan mendidik masyarakat mengamalkan nilai-nilai murni dan etika
kerja professional.

4.0 Etika Profesional
4.1 Maksud Etika dan Perkaitannya dengan Amalan Rasuah
Apabila berbicara soal rasuah, ia tidak dapat lari dari membuat perkaitan dengan etika. Ini
kerana orang yang mengamalkan rasuah adalah orang yang tidak beretika. Tidak beretika
bermakna tidak bermoral dan berakhlak. Penjawat awam misalnya, jika mengamalkan rasuah,
dia dianggap orang yang tidak bermoral, buruk tingkah laku, dan tidak ada integriti ketika
menjalankan tugas dan amanah yang dipikulnya.

Apakah yang dimaksudkan dengan etika itu? Perkataan ini berasal daripada perkataan
Inggeris (ethic) yang diambil daripada perkataan Greek iaitu ethos yang membawa maksud
SAUDAH BINTI ISMAIL EH 14
ETIKA DAN RASUAH

sikap dan adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. (Garner,1986). Menurut
Bauman (1987), pula, perkataan etika bermaksud prinsip-prinsip moral yang membezakan
betul atau salah. Manakala Iwabuchi(1990) mendefinisikan etika sebagai sains sosial dan
prinsip-prinsip moral dimana etika berperana menentukan tindakan seseorang itu baik
ataupun buruk. Uthman (1986) menyatakan etika itu suatu disiplin ilmu yang mencakupi soal
moral dan tindakan serta perbuatan manusia yang betul..

Perkataan moral pula berasal daripada perkataan Inggeris iaitu moras yang bermaksud adat
dan kebiasaan. Moral merupakan kod tingkah laku yang terdiri daripada nilai adat dan
aspirasi yang diterima oleh sesuatu masyarakat terhadap tingkah laku baik atau jahat. Etika
dan moral berbeza sebutan tetapi membawa maksud yang sama. Dalam soal amalan rasuah
yang berleluasa, adalah wajar ia dikaitkan dengan nilai-nilai etika dan moral. Shaw (1991),
menyatakan etika bersifat teori manakala moral bersifat amalan. Jelaslah, orang yang
mengamalkan rasuah ialah orang yang tidak bermoral. Orang yang tidak berakhlak dikaitkan
juga dengan orang yang tidak bermoral.

Apa pula makna akhlak dan perkaitannya dengan etika dan profesional? Akhlak merujuk
kepada pekerti watak, pengetahuan berkaitan kelakuan manusia sama ada baik atau buruk
(Kamus Dewan, 1984). Profesional merujuk , orang yang menganggap profesion individu itu
sebagai suatu pekerjaan dan sumber pendapatan utamanya. Etika profesional pula nilai-nilai
murni yang harus diamalkan oleh profesional mengikut profesion masing-masing. Etika
profesional ini adalah perlu untuk mengamalkan tindakan yang betul dan menjauhi tindakantindakan yang salah. Tujuan etika ini untuk mengekalkan integriti moral seseorang
profesional itu.

Seseorang yang mengamalkan etika profesional seharusnya mengamalkan perkara berikut :
Memberikan perkhidmatan tanpa pilih kasih.
Menghindari konflik antara kepentingan diri dan masyarakat.
Menjauhi penyalahgunaan kuasa akibat pangkat, kedudukan dan maklumat untuk
kepentingan diri.
SAUDAH BINTI ISMAIL EH 15
ETIKA DAN RASUAH

Terdapat pelbagai teori yang dapat dikaitkan dengan nilai etika kerja. Sebagai sebuah negara
Islam, kita mendahulukan teori yang berlandaskan al-quran sebelum teori-teori lain yang
didatangkan oleh ahli falsafah barat.

4.1.1

Teori Etika Menurut Al-Quran

Berdasarkan buku Studies in muslims ethics (Dwight M. Donaldson), konsep umum etika ini
ada digariskan oleh Allah. Surah Az Zariat ayat 56, maksudnya menyatakan tentang
tanggungjawab dan rasa kehambaan kita terhadap Allah. Segala perbuatan yang menyalahi
akan mengingatkan kita kepada Allah. Konsep wasatiyyah dan kesederhanaan menunjukkan
kita perlu berserderhana dan istiqamah dalam apa jua urusan termasuk dalam bidang
pekerjaan kita. Sikap ini mestilah istiqamah iaitu berterusan dalam beretika dan menjalankan
kerja dengan jujur dan baik. Dalam al-quran, ada konsep „forgiveness‟ dimana segala
kesalahan ada pengampunannya. Dalam berorganisasi, kita perlu mengikuti peraturan
syarikat untuk mendapatkan kemaafan. Pengurus yang terlibat dalam permasalahan sikap dan
etika pekerjanya perlu bertolak ansur namun bukan semua kesalahan perlu dimaafkan.
Contohnya, dalam syarikat kesalahan pecah amanah atau membocor rahsia perlu dilaporkan
untuk mengekang budaya rasuah.

Konsep pembalasan pula mesti diyakini oleh orang Islam bahawa, segala perbuatan yang
dilarang akan mendapat dosa dan dosa akan diberi pembalasan selepas hari kebangkitan.
Sikap futuristik Rasulullah dalam menilai akibat dan natijah segala perbuatan kita menjadikan
kita akan sentiasa berjaga-jaga termasuk dalam urusan profesion kita. Konsep „rewards‟ pula,
pembalasan baik dan buruk manusia walaupun sekecil atom tetap mendapat pembalasannya.
Oleh itu setiap pengurus sumber manusia (majikan) perlu ada nilai penghargaan terhadap jasa
dan kebaikan individu supaya hubungan menjadi harmonis. Ini secara tidak langsung dapat
mengekang pekerja bawahan menerima rasuah. Majikan yang baik dan mengamalkan nilainilai mengikut konsep Al-quran tidak akan tergamak untuk pecah amanah dan memberi hasil
tidak halal kepada keluarganya.
4.1.2 Teori ‘deontologis’
Teori ini berasal dari Yunani iaitu „deon‟ dan diasaskan oleh Immanuel Kant (1804). Teori
ini menekankan sikap jujur, mengikut arahan, menepati janji serta adil. Mengikut teori ini,
betul atau salah sesuatu tindakan itu ditentukan oleh pegangan agamanya. Orang yang
SAUDAH BINTI ISMAIL EH 16
ETIKA DAN RASUAH

berpegang dengan teori ini akan sentiasa berbuat baik. Walaubagaimanapun, orang yang
berpegang kepada teori ini tidak berfikir akan akibat kepada ketaatannya kepada dirinya atau
kepada orang lain. Dalam hal yang berkaitan dengan bidang pekerjaan misalnya, sebagai
pekerja bawahan kita, kita sememangnya perlu taat kepada majikan dan majikan pula perlu
taat dan patut kepada prosedur kerja serta peraturan syarikat. Dalam satu segi, sikap ini dapat
menahan diri seseorang itu untuk hindari amalan rasuah dan perbuatan yang tidak bermoral
namun dari sudut tersiratnya, patuh secara melulu mengakibatkan keburukan pada dirinya
dan keluarga. Dalam hal ini, kita hendaklah berfikir waras adakah sesuatu tindakan itu
„membuta tuli atau tidak‟.

4.1.3 Teori Teleologis
Teori ini diasaskan oleh Jeremy Bentham (1784-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873)
dimana ia berasal daripada perkataan Yunani iaitu „telos‟ yang bermaksud tujuan atau akibat.
Teori ini sealiran dengan teori Utilitarian. Menurut teori ini, tindakan dianggap betul jika
akibat daripada tindakan itu kearah kebaikan. Menurut teori ini sebelum melakukan sesuatu
tindakan , seseorang individu itu perlu memikirkan kesan baik dan buruk. kebaikan yang
dimaksudkan ialah yang terbaik dan untuk dinikmati oleh seramai mungkin daripada faedah
itu.

Dalam hal ini, sesuatu peraturan itu boleh dilanggar jika ada faedah yang lebih baik.
Contohnya, „jangan menipu‟ adalah sesuatu yang umum dan ia boleh dilanggar jika ada
kebaikan yang lebih besar. Teori ini adalah baik jika bermaksud untuk kebaikan tanpa
melanggar undang-undang. Contohnya, seseorang itu perlu berfikir banyak kali atas tawaran
suapan kerana akibatnya adalah besar. Tidak menerima suapan tadi adalah mematuhi
peraturan yang ditetapkan yang bertujuan baik. Sebagai pekerja yang mengamalkan etika
profesional, seseorang itu tidak boleh melanggar peraturan walaupun untuk tujuan kebaikan.
Tiada „matlamat yang menghalalkan cara‟.

4.1.4 Teori Hak Asasi
Teori ini diasaskan oleh John Locke (1704). Menurut teori ini, “ sesuatu tanggungjawab perlu
dilaksanakan kerana setiap orang punya hak tertentu”. Teori Hak Asasi adalah teori umum
bagi setiap insan. Berdasarkan teori ini ,setiap insan perlukan kebebasan dan kedamaian
untuk dirinya sendiri. Dalam bidang pekerjaan, seseorang itu perlu pertimbangkan hak orang
SAUDAH BINTI ISMAIL EH 17
ETIKA DAN RASUAH

lain dalam melaksanakan tugasannya. Konflik boleh terjadi apabila seseorang itu bertembung
dengan kepentingan hak orang lain sedangkan dia tetap dengan matlamat utilitariannya iaitu
kebaikan secara umumnya kepada masyarakat. Dalam Islam, hak asasi kita tidak akan
diiktiraf sehingga kita boleh memberi gangguan kepada hak orang lain. Hak kita adalah
terbatas tanpa memudaratkan orang lain. Apa perkaitannya dengan amalan rasuah? Jika
mengamalkan teori ini, tanpa mengamalkan teori kesederhanaan yang ditekankan dalam
Islam, seseorang ahli perniagaan misalnya, akan melebarkan perniagaannya tanpa
memikirkan adakah ia boleh memberi tekanan kepada orang lain.

Teori-teori etika yang dikemukakan perlu amalkan tetapi dalam masa yang sama seseorang
itu perlu berfikir secara berhemah sama ada ia wajar atau tidak. Keberkesanan prinsip etika
bergantung kepada disiplin dan kekuatan individu itu dalam mengekang perbuatan yang tidak
bermoral termasuklah rasuah. Bagi penganut agama Islam, teori yang terbaik sudah tentulah
teori yang berlandaskan Al-Quran.

4.1.5 Teori Kebebasan Peribadi
Teori ini (Personal Liberty Theory) menekankan suatu prinsip tunggal iaitu kebebasan.
Berdasarkan teori ini, segala peraturan yang dibuat itu walaupun memberi manafaat kepada
masyarakat, ia harus ditolak jika bercanggah dengan kebebasan yang menjadi tunjangnya.
Berpegang kepada teori ini, seseorang itu berhak membuat pilihan untuk hala tuju mereka.
Setiap orang mempunyai peluang yang sama rata untuk membuat pilihan. Teori ini tidak
boleh dijadikan pegangan sepenuhnya. Contohnya, perbuatan rasuah misalnya,walaupun
memberi manafaat kepada keluarganya, tetapi kesan secara lebih luas, ia telah menyebabkan
orang lain menanggung akibat. Antara kesannya, ialah kenaikan harga barang kerana kos
tersembunyi (rasuah).

Kesimpulan
Amalan rasuah ialah amalan yang tidak bermoral dan jika tidak dibendung ia akan
mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak dipatuhi sepenuhnya.
Amalan ini turut mewujudkan pemerintahan yang lemah kerana setiap kali rasuah berlaku,
maka pemerintah kehilangan hasil ataupun terkeluar daripada tindakan yang sepatutnya.
Keadaan negara yang amalan rasuahnya berleluasa, akan merosot kedudukan ekonominya.
Begitu juga dengan persepsi negara luar terhadap negara ini. Berikutan seriusnya, usaha
SAUDAH BINTI ISMAIL EH 18
ETIKA DAN RASUAH

menangani gejala ini, rakyat berharap tidak sesiapa kalangan pengamal terlepas daripada
tindakan undang-undang.

Sebagai penjawat awam, mahupun sesiapa sahaja perlulah mengamalkan disiplin dan
peraturan dalam profesionnya. Etika kerja profesional merupakan garis panduan kepada
pekerja profesional menjalankan tugasnya secara amanah, betul, dan mengikut peraturanperaturan yang ditetapkan. Namun jika berpandukan kepada teori-teori etika yang
dikemukakan, perlu ada pengubahsuaian pegangan mengikut situasi di negara ini.
Walaubagaimanapun, sebagai orang Islam, kembali kepada ajaran agama Allah adalah
sebaik-baiknya. Agama Islam sangat melarang keras perbuatan merasuah kerana natijahnya
sangatlah besar terhadap negara, organisasi,individu mahupun keluarga mereka. Pihak
kerajaan perlu memberi penekanan terhadap penguatkuasa jenayah ini. Pastikan tiada sesiapa
yang dapat terlepas daripada hukuman kerana merasuah.
SAUDAH BINTI ISMAIL EH 19
ETIKA DAN RASUAH

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Kajian kuantitatif
Kajian kuantitatifKajian kuantitatif
Kajian kuantitatifZen Shah
 
Jenayah kolar putih
Jenayah kolar putihJenayah kolar putih
Jenayah kolar putihCg Zue
 
19783285 gejala-rasuah
19783285 gejala-rasuah19783285 gejala-rasuah
19783285 gejala-rasuahNurul Ibrahim
 
Pengenalan sains sosial
Pengenalan sains sosialPengenalan sains sosial
Pengenalan sains sosialSyahremie Teja
 
Undang undang
Undang undangUndang undang
Undang undangFAROUQ
 
Hubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep AsasHubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep AsasMahyuddin Khalid
 
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanAswa Nina
 
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANDEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANCkg Nizam
 
02 Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia (1).pptx
02 Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia (1).pptx02 Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia (1).pptx
02 Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia (1).pptxMDSAUFIABDULHAMID
 
Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
Strata Sosial Masyarakat Melayu TradisionalStrata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisionalgeehamid
 
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)Yuvarani Subramaniam
 
Abstrak Kajian Ilmiah
Abstrak Kajian IlmiahAbstrak Kajian Ilmiah
Abstrak Kajian IlmiahLiLy Putih
 
9 pemerintahan & politik islam
9  pemerintahan & politik islam9  pemerintahan & politik islam
9 pemerintahan & politik islamNur Az
 
Panduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerjaPanduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerjaAbdullah Mokhti
 
Asas etika mengikut susur masa
Asas etika mengikut susur masaAsas etika mengikut susur masa
Asas etika mengikut susur masaSharifahNurAbu
 

La actualidad más candente (20)

Rasuah ptt
Rasuah pttRasuah ptt
Rasuah ptt
 
Kajian kuantitatif
Kajian kuantitatifKajian kuantitatif
Kajian kuantitatif
 
Jenayah kolar putih
Jenayah kolar putihJenayah kolar putih
Jenayah kolar putih
 
Gejala rasuah
Gejala rasuah  Gejala rasuah
Gejala rasuah
 
19783285 gejala-rasuah
19783285 gejala-rasuah19783285 gejala-rasuah
19783285 gejala-rasuah
 
Full assignment
Full assignmentFull assignment
Full assignment
 
Pengenalan sains sosial
Pengenalan sains sosialPengenalan sains sosial
Pengenalan sains sosial
 
Undang undang
Undang undangUndang undang
Undang undang
 
Hubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep AsasHubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep Asas
 
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
 
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANDEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
 
02 Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia (1).pptx
02 Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia (1).pptx02 Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia (1).pptx
02 Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia (1).pptx
 
Pembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsaPembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsa
 
Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
Strata Sosial Masyarakat Melayu TradisionalStrata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
 
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
 
Abstrak Kajian Ilmiah
Abstrak Kajian IlmiahAbstrak Kajian Ilmiah
Abstrak Kajian Ilmiah
 
9 pemerintahan & politik islam
9  pemerintahan & politik islam9  pemerintahan & politik islam
9 pemerintahan & politik islam
 
Panduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerjaPanduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerja
 
Asas etika mengikut susur masa
Asas etika mengikut susur masaAsas etika mengikut susur masa
Asas etika mengikut susur masa
 
Isu rasuah di malaysia
Isu rasuah di malaysiaIsu rasuah di malaysia
Isu rasuah di malaysia
 

Similar a Etika dan rasuah

Sosial dan budaya pa (2)
Sosial dan budaya pa (2)Sosial dan budaya pa (2)
Sosial dan budaya pa (2)Nur Hidayah
 
Rasuah mib assignment. essay
Rasuah mib assignment. essayRasuah mib assignment. essay
Rasuah mib assignment. essayzeref17
 
Pancasila integitas antikorupsi
Pancasila integitas antikorupsiPancasila integitas antikorupsi
Pancasila integitas antikorupsierza m
 
12 031 milian a.b korupsi 41
12 031 milian a.b korupsi 4112 031 milian a.b korupsi 41
12 031 milian a.b korupsi 41fahmialzie
 
FAKTOR_PENYEBAB_KORUPSI.ppt
FAKTOR_PENYEBAB_KORUPSI.pptFAKTOR_PENYEBAB_KORUPSI.ppt
FAKTOR_PENYEBAB_KORUPSI.pptAnggaWinata5
 
Kb 2 penyebab-orang-korupsi
Kb 2 penyebab-orang-korupsiKb 2 penyebab-orang-korupsi
Kb 2 penyebab-orang-korupsiImam Sarwo Edi
 
BE & GG, Rudy Harland Seniang Sakti, Prof. Dr. Hapzi Ali, MM, Corruption and ...
BE & GG, Rudy Harland Seniang Sakti, Prof. Dr. Hapzi Ali, MM, Corruption and ...BE & GG, Rudy Harland Seniang Sakti, Prof. Dr. Hapzi Ali, MM, Corruption and ...
BE & GG, Rudy Harland Seniang Sakti, Prof. Dr. Hapzi Ali, MM, Corruption and ...Rudy Harland
 
BAHASA INDONESIA.pptx
BAHASA INDONESIA.pptxBAHASA INDONESIA.pptx
BAHASA INDONESIA.pptxwallzui321
 
KORUPTOR YANG KEHILANGAN RASA CINTA TANAH AIR
KORUPTOR YANG KEHILANGAN RASA CINTA TANAH AIRKORUPTOR YANG KEHILANGAN RASA CINTA TANAH AIR
KORUPTOR YANG KEHILANGAN RASA CINTA TANAH AIRZaitun Hakimiah NS
 
Penanggulangan Kasus Korupsi di Indonesia
Penanggulangan Kasus Korupsi di IndonesiaPenanggulangan Kasus Korupsi di Indonesia
Penanggulangan Kasus Korupsi di IndonesiaZaka Firma Aditya
 
4088950 jurnal-korupsi
4088950 jurnal-korupsi4088950 jurnal-korupsi
4088950 jurnal-korupsiAts Pml
 
Makalah pendidikan agama islam
Makalah pendidikan agama islamMakalah pendidikan agama islam
Makalah pendidikan agama islamNovaaaRukmana
 
BE & GG, Melania Bastian, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA, Corruption and F...
BE & GG, Melania Bastian, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA,  Corruption and F...BE & GG, Melania Bastian, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA,  Corruption and F...
BE & GG, Melania Bastian, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA, Corruption and F...Melania Bastian
 
Tugas analisis kebijakan publik uas
Tugas analisis kebijakan publik uasTugas analisis kebijakan publik uas
Tugas analisis kebijakan publik uasnetieli
 
BE &GG, Antoni Butarbutar, Hapzi Ali, Ethics and Business; Corruption and Fra...
BE &GG, Antoni Butarbutar, Hapzi Ali, Ethics and Business; Corruption and Fra...BE &GG, Antoni Butarbutar, Hapzi Ali, Ethics and Business; Corruption and Fra...
BE &GG, Antoni Butarbutar, Hapzi Ali, Ethics and Business; Corruption and Fra...Antoni Butarbutar
 

Similar a Etika dan rasuah (20)

Sosial dan budaya pa (2)
Sosial dan budaya pa (2)Sosial dan budaya pa (2)
Sosial dan budaya pa (2)
 
Rasuah
RasuahRasuah
Rasuah
 
Rasuah mib assignment. essay
Rasuah mib assignment. essayRasuah mib assignment. essay
Rasuah mib assignment. essay
 
Pancasila integitas antikorupsi
Pancasila integitas antikorupsiPancasila integitas antikorupsi
Pancasila integitas antikorupsi
 
12 031 milian a.b korupsi 41
12 031 milian a.b korupsi 4112 031 milian a.b korupsi 41
12 031 milian a.b korupsi 41
 
Design anti korupsi
Design anti korupsiDesign anti korupsi
Design anti korupsi
 
FAKTOR_PENYEBAB_KORUPSI.ppt
FAKTOR_PENYEBAB_KORUPSI.pptFAKTOR_PENYEBAB_KORUPSI.ppt
FAKTOR_PENYEBAB_KORUPSI.ppt
 
Kb 2 penyebab-orang-korupsi
Kb 2 penyebab-orang-korupsiKb 2 penyebab-orang-korupsi
Kb 2 penyebab-orang-korupsi
 
BE & GG, Rudy Harland Seniang Sakti, Prof. Dr. Hapzi Ali, MM, Corruption and ...
BE & GG, Rudy Harland Seniang Sakti, Prof. Dr. Hapzi Ali, MM, Corruption and ...BE & GG, Rudy Harland Seniang Sakti, Prof. Dr. Hapzi Ali, MM, Corruption and ...
BE & GG, Rudy Harland Seniang Sakti, Prof. Dr. Hapzi Ali, MM, Corruption and ...
 
BAHASA INDONESIA.pptx
BAHASA INDONESIA.pptxBAHASA INDONESIA.pptx
BAHASA INDONESIA.pptx
 
KORUPTOR YANG KEHILANGAN RASA CINTA TANAH AIR
KORUPTOR YANG KEHILANGAN RASA CINTA TANAH AIRKORUPTOR YANG KEHILANGAN RASA CINTA TANAH AIR
KORUPTOR YANG KEHILANGAN RASA CINTA TANAH AIR
 
Penanggulangan Kasus Korupsi di Indonesia
Penanggulangan Kasus Korupsi di IndonesiaPenanggulangan Kasus Korupsi di Indonesia
Penanggulangan Kasus Korupsi di Indonesia
 
Makalahpidana 130913020535-phpapp01
Makalahpidana 130913020535-phpapp01Makalahpidana 130913020535-phpapp01
Makalahpidana 130913020535-phpapp01
 
Ppkn artikel ii
Ppkn artikel iiPpkn artikel ii
Ppkn artikel ii
 
4088950 jurnal-korupsi
4088950 jurnal-korupsi4088950 jurnal-korupsi
4088950 jurnal-korupsi
 
Soalan 1
Soalan 1Soalan 1
Soalan 1
 
Makalah pendidikan agama islam
Makalah pendidikan agama islamMakalah pendidikan agama islam
Makalah pendidikan agama islam
 
BE & GG, Melania Bastian, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA, Corruption and F...
BE & GG, Melania Bastian, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA,  Corruption and F...BE & GG, Melania Bastian, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA,  Corruption and F...
BE & GG, Melania Bastian, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA, Corruption and F...
 
Tugas analisis kebijakan publik uas
Tugas analisis kebijakan publik uasTugas analisis kebijakan publik uas
Tugas analisis kebijakan publik uas
 
BE &GG, Antoni Butarbutar, Hapzi Ali, Ethics and Business; Corruption and Fra...
BE &GG, Antoni Butarbutar, Hapzi Ali, Ethics and Business; Corruption and Fra...BE &GG, Antoni Butarbutar, Hapzi Ali, Ethics and Business; Corruption and Fra...
BE &GG, Antoni Butarbutar, Hapzi Ali, Ethics and Business; Corruption and Fra...
 

Etika dan rasuah

  • 1. ISI KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Definisi Rasuah 1.3 Rasuah Menurut Pandangan Islam 1.4 Sejarah dan Amalan Rasuah 2.0 Ekonomi dan Rasuah : Suatu Analisis 2.1 Bagaimana Rasuah Memberi Kesan Kepada Pertumbuhan Ekonomi 3.0 Undang-Undang Rasuah 3.1 Fungsi SPRM 3.2 Akta Pencegahan Rasuah 3.3 Pendekatan Undang-Undang 4.0 Etika dan Rasuah 4.1 Maksud Etika dan Perkaitannya dengan Amalan Rasuah 4.1.1 4.1.2 Teori Teleologis 4.1.4 Teori Hak Asasi 4.1.5 Rujukan Teori „Deontologis‟ 4.1.3 Kesimpulan Teori Etika Menurut Islam Teori Kebebasan Peribadi
  • 2. SAUDAH BINTI ISMAIL EH 1 ETIKA DAN RASUAH 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Isu rasuah adalah suatu topik yang menjadi tumpuan di seluruh dunia. Ini kerana implikasinya adalah sangat besar kepada sesebuah negara jika dibiarkan berleluasa. Ramai pemimpin dan individu tersohor terjejas reputasinya akibat terlibat dan didakwa atas isu rasuah. Negara Malaysia juga turut memberi perhatian utama menangani gejala rasuah ini agar tidak menjadi barah. Berdasarkan laporan rasuah oleh Transparency International 2010, Malaysia masih lagi berada di tangga 56 pada Indeks Persepsi Rasuah. Situasi ini sudah tentu sangat menakutkan dan jika amalan ini terus meningkat, maka amat dikhuatiri akan mengancam kestabilan politik, ekonomi dan negara. Mengapakah gejala rasuah ini kian sukar dibendung ? Adakah masyarakat hari ini semakin mengejar materialistik berbanding mengamalkan norma keagamaan lantas melupakan etika kerja profesionalisme yang harus diamalkan. Dalam apa jua tindak tanduk, jika prinsip etika kerja diabaikan, ia akan mendorong seseorang itu melakukan kesalahan di sisi undangundang negara mahupun statusnya sebagai profesionalisma. Rasuah adalah salah satu kesalahan yang menyalahi etika kerja profesionalisma, agama dan sangat memalukan dari sudut moral seseorang. Selain itu, ia turut memberi implikasi dari segi penguatkuasaan undang-undang dan kesan kosnya kepada pentadbiran pengurusan negara. Al-Quran juga ada menyebut berkaitan kesalahan rasuah ini dalam ayat 188 surah Al-Baqarah ertinya berbunyi : “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan senahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahuinya.” (Al-Baqarah : 188) 1.2 Definisi Rasuah Memberi sesuatu kepada orang-orang tertentu dengan niat untuk mendapatkan sesuatu yang bukan menjadi haknya merupakan takrifan rasuah. Takrifan ini sinonim juga dengan perkataan suapan atau makan suap . Suapan atau makan suap ini boleh dalam pelbagai
  • 3. SAUDAH BINTI ISMAIL EH 2 ETIKA DAN RASUAH bentuk contohnya, pinjaman, hadiah, fee, cagaran berharga, harta, wang derma atau apa sahaja perolehan atau manfaat lain. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia pula, terdapat empat kesalahan jenayah rasuah yang utama iaitu : Sebarang perbuatan meminta atau menerima rasuah. Sebarang perbuatan menawar atau memberi rasuah Sebarang perbuatan membuat tuntutan palsu Sebarang perbuatan menyalahguna jawatan atau kedudukan. Transparency International merujuk makna rasuah sebagai perilaku di jabatan-jabatan atau penjawat-penjawat awam, para politikus dan pengawai-pegawai secara tidak wajar dan tidak sah menurut undang-undang untuk memperkayakan dirinya dan kaum kerabatnya (keluarga dan sahabat handai). Mereka ini menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberikan kepada mereka. Kamus Dewan Edisi Ke-3 pula, merujuk rasuah atau corruption (korup atau korupsi) dalam bahasa Latin sebagai kata kerja yang melibatkan perbuatan menyogok atau memberi suapan untuk tujuan kepentingan individu atau bertujuan mendapatkan kekayaan atau kejayaan dengan mudah dan segera.Nama lain bagi rasuah ialah tumbuk rusuk atau duit kopi. Perkataan rasuah sebenarnya berasal dari perkataan Arab iaitu rishwah atau rashwah yang membawa maksud „ sesuatu penyambung yang dapat menghantar tujuan dengan harta sogokan’ . Perkataan ini berasal daripada „rasha‟ yang merujuk kepada „tali timba yang dipergunakan untuk mengambil air di perigi’. 1.3 Rasuah Menurut Pandangan Islam Orang mengamalkan rasuah ialah orang yang tidak mementingkan nilai-nilai murni dan etika kerja profesional dalam kehidupannya. Mereka hanya mementingkan imbuhan atau pulangan yang bakal diperolehi berbanding memikirkan kesan-kesan buruk yang akan terjadi. Selain itu, pengamal rasuah juga adalah orang yang sukakan harta benda. Firman Allah Ta‟ala : Tafsirnya : “serta kamu pula kasihkan harta secara tamak haloba”, (surah Al-Fajr;20). Pengamal rasuah juga dikaitkan dengan sikap pemimpin dan majikan yang tidak amanah dan ini turut disebut dalam Al-Quran. Firman Allah Ta‟ala : Tafsirnya:
  • 4. SAUDAH BINTI ISMAIL EH 3 ETIKA DAN RASUAH “Salah seorang perempuan yang berdua itu berkata, wahai ayahku, ambilah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaikbaik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah.” (Surah Al-Qashash :26) Kaitan sikap amanah dengan rasuah juga turut disebut oleh Rasullullah s.a.w, ertinya; “Apabila amanah diabaikan maka tunggulah hari kiamat. Al-A’rabiy bertanya ;Bagaimana mengabaikannya wahai Rasulullah ? Maka baginda bersabda : Apabila sesuatu perkara diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah hari kiamat” (Hadis riwayat Al-Bukhari) Merujuk kepada surah dan hadis di atas, jelaslah dalam Islam, amalan rasuah ini diharamkan dan balasannya dinyatakan secara jelas iaitu neraka. Peringatan Allah SWT ini bertujuan supaya umatnya menitikberatkan keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT dalam apa jua urusan. 1.4 Sejarah dan Amalan Rasuah Isu berkaitan rasuah kerap dibincangkan dalam seminar, forum, media, ceramah dan sebagainya namun ia masih berlarutan. Rasuah yang sering didedahkan dalam media massa ialah rasuah transaktif (transactive corruption), yang membabitkan dunia korporat dengan pemerintah atau masyarakat dengan pemerintah. Rasuah memeras (extortivecorruption) pula berlaku apabila pihak pemberi dipaksa untuk melakukan rasuah bagi mengelak sebarang kehilangan pendapatan atau imbuhan. Selain itu salah satu bentuk rasuah yang popular juga ialah rasuah defensive (defensive corruption) yang dilakukan seseorang untuk mempertahankan dirinya. Rasuah dalam apa kategori sekalipun, ia boleh memberikan kesan negatif kepada sosioekonomi negara. Dari sudut sejarah pula, amalan rasuah menyebabkan kejatuhan banyak negara dan tokohtokoh pemimpin yang tersohor. Di peringkat antarabangsa, tumbangnya diktator Ceausescu di Romania yang dihukum tembak pada 1990 dikaitkan dengan pengelibatannya dalam rasuah.
  • 5. SAUDAH BINTI ISMAIL EH 4 ETIKA DAN RASUAH Begitu juga dengan Shah Reza Pahlavi, raja Iran yang terpaksa meninggalkan tahtanya ke luar negara di sebabkan revolusi rakyat Iran yang mahukan pentadbirannya bersih rasuah. Nasib yang serupa terjadi kepada bekas Presiden Filifina iaitu Ferdinand Marcos. Pemimpin itu digulingkan rakyatnya sendiri kerana rasuah dan terpaksa hidup dalam buangan sehingga akhir hayatnya. Bagaimana pula dengan amalan rasuah di Malaysia pada hari ini? Masih ingatkah beberapa tahun yang lalu kes Teoh Beng Hock yang ditemui mati ketika membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kematiannya juga dikaitkan dengan rasuah. Kes yang terbaru pula tentang Dr. Mohamad Khir Toyo, Bekas Menteri Besar Selangor dikekalkan penjara 12 bulan oleh Mahkamah Rayuan Mei lalu. Dr. Mohamad Khir disabitkan dengan rasuah yang berkaitan pembelian dua lot tanah dan sebuah rumah di Shah Alam, semasa menjadi penjawat awam (Menteri Besar). Berdasarkan persepsi rasuah di Malaysia (Indek Persepsi Rasuah -IPR) yang dikeluarkan oleh Transparensi International , masalah rasuah tidak banyak berubah sejak tahun 2001. Malah semakin meningkat tahun demi tahun. Rujuk jadual 1.1 Indeks Persepsi Rasuah (IPR) Malaysia. Tahun IPR Ranking dalam Dunia 2001 - 36 2002 4.9 - 2005 5.1 - 2006 - - 2007 5.1 43 2008 5.1 47 Jadual 1.2 : Indeks Persepsi Rasuah (IPR) Malaysia Sumber : Transparensi Internasional
  • 6. SAUDAH BINTI ISMAIL EH 5 ETIKA DAN RASUAH Berikut pula statistik rasmi dari Badan Pencegah Rasuah Malaysia. Berdasarkan statistik (rujuk jadual 1.2) angka tangkapan setiap tahun semakin meningkat. Ini menunjukkan betapa seriusnya gejala rasuah di negara ini. Contohnya, pada tahun 2003, 339 kes dan ia terus meningkat sebanyak 18.5% setahun menjadi 590 kes pada tahun 2007. Dari perspektif positif, kita boleh andaikan penguatkuasaan BPR semakin berkesan berpandukan jumlah tangkapan yang semakin meningkat tetapi dari sudut sebaliknya, ini menunjukkan moral rakyatnya semakin nazak kerana amalan rasuah. Tahun Jumlah tangkapan 2003 339 2004 497 2005 485 2006 557 2007 590 Jadual1.2: Statistik Tangkapan Badan Pencegah Rasuah Malaysia Sumber : Transparensi Internasional 2.0 Ekonomi dan Rasuah : Suatu Analisis 2.1Bagaimana Rasuah Memberi Kesan Kepada Pertumbuhan Ekonomi Hasil kajian yang dibuat di Malaysia menunjukkan peningkatan rasuah sebanyak 1% akan mengakibatkan KDNK negara akan merosot sebanyak 1.61 % . Ini jelas menunjukkan bahawa amalan rasuah memberi kesan terhadap ekonomi negara. Dalam perkataan lain, dengan peningkatan 1% tingkat rasuah akan mengurangkan kadar pertumbuhan ekonomi 0.7%. Dengan ini, peningkatan 1 unit dalam indek persepsi rasuah akan mengakibatkan kadar pertumbuhan ekonomi menurun 0.545 mata peratus (Pak Hung Mo, 2001). Menurut Fahim A. Al-Marhubi (2000) pula, amalan rasuah adalah faktor utama kepada kelemahan dalam makroekonomi. Contohnya, pelabur tidak akan datang melabur ke negara yang amalkan rasuah secara berleluasa. Kekurangan perlaburan menyebabkan pertumbuhan ekonomi lembab. Ini juga turut menyumbang kepada tingkat inflasi. Menurut David Ng
  • 7. SAUDAH BINTI ISMAIL EH 6 ETIKA DAN RASUAH (2006) rasuah berkait rapat dengan kos pinjaman yang tinggi, penilaian saham yang rendah dan tadbir korporat yang lemah. Menurut beliau lagi kos yang ditanggung akibat rasuah adalah sangat signifikan dengan pelbagai budaya dalam ekonomi. Apa pengaruhnya kepada ekonomi dalam negara? Firma luar akan berfikir dua kali untuk membuka syarikat di negara ini kerana peningkatan kos dan ini mengurangkan peluang pekerjaan. Ramai rakyat yang menganggur menunjukkan sesebuah negara itu miskin. Berdasarkan kajian International Transparency, negara yang bebas rasuah ialah negara yang maju berkedudukan 10 ke atas. Antaranya ialah Negara Finland, New Zealand, Sweden, Singapura, Switzerland dan Canada. Dalam Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan , bab 7 Membanteras Rasuah, ada menyatakan: “Rasuah boleh menyebabkan kos sebanyak RM 10 billion setahun atau 1-2 % daripada KDNK, apabila keputusan perniagaan (contohnya, pemberian kontrak, perolehan sumber manusia) dilakukan dengan tujuan yang salah.” (Bab 7, Pelan Hala Tuju Program Transformasi.) Berdasarkan petikan ayat di atas, rasuah menyebabkan ketirisan sehingga RM10 billion setahun. Ini adalah sangat merugikan negara. Menurut pertubuhan integriti antarabangsa, Global Integrity pula, tanpa mengira tahap pendapatan ancaman utama rasuah ialah pengaliran wang tanpa peraturan dalam proses politik. Kesan rasuah juga menyebabkan orang ramai dan komuniti perniagaan hilang keyakinan terhadap institusi negara. Kedudukan Malaysia dalam GCI (Daya Saing Negara), Daripada 21 negara yang paling berdaya saing di dunia (tiga tahun lalu) kepada kedudukan 24. Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2008 pula, menyebut jika sesebuah negara itu tidak diurus dengan baik , akan menyebabkan rasuah bertapak dan seterusnya menjejaskan sumber ekonomi negara. Ini termasuklah amalan yang tidak wajar di jabatan dan syarikat kerajaan. Berdasarkan laporan ini juga, pihak kerajaan akan mengambil inisiatif untuk memperkemaskan lagi membanteras rasuah agar ia tidak dijadikan sebab merosakkan ekonomi negara.
  • 8. SAUDAH BINTI ISMAIL EH 7 ETIKA DAN RASUAH Selain itu, rasuah yang berleluasa juga menyebabkan persepsi orang ramai terhadap penganugerahan projek utama kerajaan semakin buruk di mana orang ramai membuat persepsi tiadanya ketelusan dalam sistem perolehan kerajaan. Rujuk carta 2.1 Persepsi Ketelusan Sistem Perolehan Kerajaan. Berdasarkan carta, pihak korporat dan pihak awam membuat persepsi sistem perolehan kerajaan adalah tidak telus dan tiada keterbukaan iaitu 71% dan 54%. Ini adalah satu peratusan yang tinggi berbanding kategori persepsi yang lain. Ini menunjukkan orang ramai mahukan sistem perolehan kerajaan didedah dan diumumkan kepada orang awam. Contohnya, pemberian tender-tender kerajaan dalam sektor pembinaan. Berdasarkan carta 2.1 lagi, persepsi korporat adalah sangat membimbangkan. Peratusannya dilihat sangat tinggi iaitu 74%. Persepsi korporat inilah yang memberi impak besar kepada pelabur-pelabur untuk menanam modal di negara ini. Pelaburan inilah yang akan mendorong pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan pendapatan perkapita rakyat. Rakyat yang berpendapatan perkapita yang tinggi akan melonjakkan lagi kuasa beli dalam negara dan seterusnya membantu pertumbuhan ekonomi.
  • 9. SAUDAH BINTI ISMAIL EH 8 ETIKA DAN RASUAH Persepsi ketelusan sistem perolehan kerajaan 80 persepsi korporat persepsi awam 70 60 50 40 30 20 10 0 Carta 2.1 Persepsi Ketelusan Sistem Perolehan Kerajaan. Sumber : Pelan Hala Tuju Program Tranformasi Kerajaan/ Bab 7 Membanteras Rasuah Berdasarkan kajian Transparency International Malaysia lagi, rasuah turut menyebabkan jawatan kosong berkurangan dan ini menjejaskan peluang graduan untuk memulakan pekerjaan . Tambahan pula, banyak jawatan yang ada adalah berjawatan rendah yang perlukan kelayakan SPM sahaja . Contoh mudah, jika terdapat sebuah kilang membuat komponen komputer perlukan kos RM400 juta untuk memulakan operasi di Vietnam, mengapa pula kilang tersebut perlu membayar dua kali ganda untuk kilang yang serupa di Malaysia. Lebihan 100% ini dikira sebagai rasuah.
  • 10. SAUDAH BINTI ISMAIL EH 9 ETIKA DAN RASUAH Berdasarkan kajian yang dijalankan Transparency International Malaysia lagi, golongan yang paling ramai memberi rasuah ialah golongan yang bergaji tinggi iaitu melebihi RM5000 sebulan. Manakala golongan yang bergaji rendah pula cenderung menerima rasuah kerana kemiskinan dan ingin hidup mewah. Pernyataan ini sudah jelas perkaitan rasuah dengan pertumbuhan ekonomi. Jika amalan rasuah berleluasa, ia memberi persepsi negatif kepada pelabur luar. Pelabur luar pula diperlukan untuk membantu pertumbuhan ekonomi. Negara yang kaya, mampu menyediakan peluang pekerjaan dan keselesaan kepada rakyatnya, Pendapatan perkapita yang tinggi mengelakkan rakyatnya menerima rasuah. Selain itu, impak kepada gejala rasuah juga akan dirasai masyarakat keseluruhannya. Bagaimana ini boleh berlaku? Rasuah akan meningkatkan kos barangan dan perkhidmatan. Contohnya, jika seseorang ingin mendapatkan lot perniagaan di sesebuah tempat yang startegik, dia telah memberikan sogokan kepada pihak yang berkenaan untuk mendapatkannya. Secara logiknya, ini juga termasuk dalam kos yang perlu dia ambilkira untuk menjual produknya. Bukankah ini telah memberi impak kepada pengguna? Selain itu, impak rasuah juga akan menyebabkan barangan dan perkhidmatan yang dipasarkan itu tidak menepati kriteria dan mutu yang sepatutnya dan seterusnya menghapuskan persaingan terbuka. Hakikatnya, persaingan terbuka adalah sangat diperlukan dalam sistem ekonomi bebas .Amalan rasuah hanya akan menyebabkan kualiti sesuatu barangan atau perkhidmatan itu diabaikan asalkan barangannya dibeli atau projeknya diluluskan. 3.0 Undang-Undang Rasuah Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997. Rasuah adalah jenayah kerana perbuatan ini melanggar etika sesuatu bidang pekerjaan. Jenayah rasuah negara ini diletakkan di bawah organisasi SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). 3.1 Fungsi SPRM SPRM dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang mula beroperasi pada 1 Oktober 1967 sebagai sebuah jabatan penuh. Hanya pada 1 Januari 2009 ia digubal semula menjadi SPRM. Sebelum menjadi BPR, pada 1 Julai 1973, jabatan berkaitan rasuah ini diberi nama Biro Siasatan Negara (BSN), yang diluluskan di parlimen melalui Akta Biro Siasatan Negara 1973. Pada 13 Mei 1982, nama jabatan ini bertukar semula kepada BPR
  • 11. SAUDAH BINTI ISMAIL EH 10 ETIKA DAN RASUAH apabila Akta Pencegahan Rasuah 1982 di luluskan di parlimen dan dikuatkuasakan. Walau apapun nama, fungsi utamanya tetap sama iaitu menangani kes-kes rasuah. Fungsi dan bidang kuasanya sentiasa di tambah baik untuk memastikan jenayah rasuah ini dapat dikurangkan. Ini menunjukkan perbuatan rasuah itu dipandang berat dan implikasinya adalah sangat besar kepada kestabilan sesebuah negara, disebabkan inilah daripada sebuah unit kecil yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) ditukarkan kepada BPR dan terkini SPRM. 3.2 Akta Pencegahan Rasuah Berdasarkan Akta 575 dalam Akta Pencegahan Rasuah 1997, seksyen 12 secara jelas menyebut tentang penerima dan pemberi suapan adalah bersalah dari segi undang-undang. Merujuk kepada seksyen 12 lagi, perbuatan rasuah yang tidak terlaksana tetap dikira bersalah. Ini menunjukkan beratnya kesalahan rasuah itu di sisi undang-undang , tetap dikenakan tindakan walaupun pesalah belum pun sempat melakukan kesalahannya (memberi dan menerima rasuah). Maksud seksyen 15 pula, menyatakan, seorang pegawai penjawat awam adalah melakukan jenayah rasuah jika menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk apa-apa maksud yang dia, keluarga atau kroninya mendapat keuntungan atau imbuhan. Seksyen 20 pula, menjelaskan , bersubahat juga adalah kesalahan jenayah. Semua kesalahan berkaitan rasuah ini boleh dihukum sebagaimana kesalahannya mengikut undang-undang. Lihat Jadual 3.3, yang menunjukkan Akta Pencegahan Rasuah 1997. Seksyen Kesalahan Seksyen 10 Kesalahan menyetujui menerima suapan Seksyen 12 Menerima atau memberi suapan adalah bersalah walaupun maksud tidak terlaksana atau perkara tidak ada hubungan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipal. Seksyen 13 Secara rasuah mendapatkan penarikan balik tender. Seksyen 15 Kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan.
  • 12. SAUDAH BINTI ISMAIL EH 11 ETIKA DAN RASUAH Seksyen 18 Berurusan tentang, menggunakan, memegang, menerima atau menyembunyikan suapan atau faedah berhubung dengan apa-apa kesalahan. Seksyen 20 Percubaan, persediaan, persubahatan dan komplot jenayah, boleh dihukum sebagaimana kesalahan. Jadual 3.3 : Petikan Akta Pencegahan Rasuah 1997 Sumber : http://www.agc.gov.my 3.3 Pendekatan Undang-Undang Badan pencegahan rasuah kini semakin berkesan kerana mampu menaikkan jumlah tangkapan tahun demi tahun (rujuk 1.2 Statistik tangkapan). Ini menunjukkan badan pencegahan rasuah negara ini berusaha dengan keras untuk menjadikan negara bebas rasuah. Hanya melalui penguatkuasaan undang-undang dan bersama gandingan langkah-langkah lain, peratusan rasuah dapat diturunkan. Walaubagaimanapun, pada asasnya, negara Malaysia masih lagi menunjukkan persepsi rasuah di peringkat antarabangsa masih kurang memuaskan. Oleh itu, rasuah perlu dibanteras dalam usaha menjadikan negara maju menjelang tahun 2020. Usaha membanteras rasuah hanya dapat dijayakan melalui teladan. Ini bermaksud, ia perlu bermula dariapada orang politik atasan supaya dapat diteladani kakitangan bawahan. Kakitangan di negara ini perlu mengambil langkah-langkah yang tepat bagi menghindarkan amalan rasuah. Berdasarkan undang-undang baru pencegahan rasuah, ia turut membolehkan saudara-mara yang bersubahat dengan orang yang menerima rasuah akan menerima tindakan dan nasib yang sama dengan orang yang dituduh. Undang-undang baru ini diharap dapat mengekang lagi gejala rasuah. Begitu juga dalam hal kes rasuah yang dilaporkan, di mana ia akan disiasat sepenuhnya tanpa mengira kedudukan atau status mereka yang terlibat. Dalam hal ini, pendedahan sepenuhnya akan dibuat. Butiran tentang pesalah yang disabitkan kesalahan akan didedahkan kepada orang ramai sebagai tindakan pencegahan manakala pemberi maklumat akan dilindungi. Maklumat perolehan kerajaan seperti tender atau projek-projek akan didedahkan melalui laman web kementerian berkenaan. Keperluan untuk pendedahan ini dinyatakan melalui
  • 13. SAUDAH BINTI ISMAIL EH 12 ETIKA DAN RASUAH Surat Pekeliling Perbendaharaan No. 5, Tahun 2007 klausa 43.4, mensyaratkan agensi pelaksana mesti mengumumkan projek dan perolehan yang dianugerahkan, nama kontraktor yang berjaya, jumlah kontrak yang diperolehi dan tempoh projek mesti dipamerkan di papan iklan gergasi. Ini termasuklah keputusan tender mesti diumumkan kepada orang ramai di laman web pelaksana dan portal kerajaan yang boleh diakses dengan mudah. Berdasarkan kajian Transparency International, Kajian Global Corruption Barometer 2009 rakyat negara ini mempunyai persepsi yang buruk terhadap parti politik. Buktinya, berdasarkan persepsi rakyat Malaysia, rasuah paling banyak melanda parti politik iaitu 42% dan diikuti kakitangan awam 37%. Manakala sektor swasta 12% dan lain-lain 10% (badan kehakiman, parlimen dan media). Oleh itu, pihak kerajaan menguatkuasa undang-undang politik sedia ada untuk mengubahsuai proses pembiayaan politik dan meningkatkan ketelusan dimana ahli politik dan parti politik disyaratkan mendedahkan sumber pembiayaan perbelanjaan mereka kepada agensi yang bersesuaian. Akta Pertubuhan 1966 dilaksanakan dengan ketat untuk memastikan semua parti politik mengemukakan laporan kepada Pendaftar Pertubuhan dengan cara yang betul dan menepati waktu. Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 pula adalah untuk menghalang calon-calon pilihanraya daripada terbabit dalam amalan rasuah dan memastikan integriti sumber pembiayaan mereka. Berkaitan dengan rasuah parti politik lagi, terdapat banyak contoh pegawai berpangkat tinggi dan menteri yang terbabit dalam kes ini, terdapat kekurangan ketelusan dan liputan terhadap tindakan yang diambil. Berdasarkan kajian Transparency International, kadar sabitan kesalahan menurut kategori pesalah (2005-2009), jarang berlaku pendakwaan yang berjaya terhadap ahli politik. Sebagai perbandingan, daripada 11 kes yang berkaitan ahli politik yang didakwa, hanya 9% yang berjaya disabitkan kesalahan berbanding sektor awam dan swasta di mana daripada 434 kes, 54% berjaya disabitkan kesalahan. Lihat data penuh dalam carta 3.2 di bawah.
  • 14. SAUDAH BINTI ISMAIL EH 13 ETIKA DAN RASUAH Peratus Kadar Kesabitan Kesalahan Rasuah 2005-2009 Series 3 didakwa dan disabitkan 25 75 80 pegawai kerajaan dan badan berkanun (537) Pihak berkuasa tempatan (25) 9 20 54 91 46 sektor awam dan swasta(434) ahli politik (11) Carta 3.2 : Peratus Kadar Kesabitan Kesalahan Rasuah 2005-2009 Sumber : Pelan Hala Tuju Program Tranformasi Kerajaan/ Bab 7 Membanteras Rasuah Rumusan berkaitan undang-undang jenayah rasuah ini, pendekatan secara undang-undang adalah perlu tetapi mesti ada hadnya. Ini kerana, secara lazimnya, pendekatan secara undangundang tidak berkesan sepenuhnya melainkan pihak kerajaan mencari jalan mengatasi rasuah di peringkat akar umbi dan mendidik masyarakat mengamalkan nilai-nilai murni dan etika kerja professional. 4.0 Etika Profesional 4.1 Maksud Etika dan Perkaitannya dengan Amalan Rasuah Apabila berbicara soal rasuah, ia tidak dapat lari dari membuat perkaitan dengan etika. Ini kerana orang yang mengamalkan rasuah adalah orang yang tidak beretika. Tidak beretika bermakna tidak bermoral dan berakhlak. Penjawat awam misalnya, jika mengamalkan rasuah, dia dianggap orang yang tidak bermoral, buruk tingkah laku, dan tidak ada integriti ketika menjalankan tugas dan amanah yang dipikulnya. Apakah yang dimaksudkan dengan etika itu? Perkataan ini berasal daripada perkataan Inggeris (ethic) yang diambil daripada perkataan Greek iaitu ethos yang membawa maksud
  • 15. SAUDAH BINTI ISMAIL EH 14 ETIKA DAN RASUAH sikap dan adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. (Garner,1986). Menurut Bauman (1987), pula, perkataan etika bermaksud prinsip-prinsip moral yang membezakan betul atau salah. Manakala Iwabuchi(1990) mendefinisikan etika sebagai sains sosial dan prinsip-prinsip moral dimana etika berperana menentukan tindakan seseorang itu baik ataupun buruk. Uthman (1986) menyatakan etika itu suatu disiplin ilmu yang mencakupi soal moral dan tindakan serta perbuatan manusia yang betul.. Perkataan moral pula berasal daripada perkataan Inggeris iaitu moras yang bermaksud adat dan kebiasaan. Moral merupakan kod tingkah laku yang terdiri daripada nilai adat dan aspirasi yang diterima oleh sesuatu masyarakat terhadap tingkah laku baik atau jahat. Etika dan moral berbeza sebutan tetapi membawa maksud yang sama. Dalam soal amalan rasuah yang berleluasa, adalah wajar ia dikaitkan dengan nilai-nilai etika dan moral. Shaw (1991), menyatakan etika bersifat teori manakala moral bersifat amalan. Jelaslah, orang yang mengamalkan rasuah ialah orang yang tidak bermoral. Orang yang tidak berakhlak dikaitkan juga dengan orang yang tidak bermoral. Apa pula makna akhlak dan perkaitannya dengan etika dan profesional? Akhlak merujuk kepada pekerti watak, pengetahuan berkaitan kelakuan manusia sama ada baik atau buruk (Kamus Dewan, 1984). Profesional merujuk , orang yang menganggap profesion individu itu sebagai suatu pekerjaan dan sumber pendapatan utamanya. Etika profesional pula nilai-nilai murni yang harus diamalkan oleh profesional mengikut profesion masing-masing. Etika profesional ini adalah perlu untuk mengamalkan tindakan yang betul dan menjauhi tindakantindakan yang salah. Tujuan etika ini untuk mengekalkan integriti moral seseorang profesional itu. Seseorang yang mengamalkan etika profesional seharusnya mengamalkan perkara berikut : Memberikan perkhidmatan tanpa pilih kasih. Menghindari konflik antara kepentingan diri dan masyarakat. Menjauhi penyalahgunaan kuasa akibat pangkat, kedudukan dan maklumat untuk kepentingan diri.
  • 16. SAUDAH BINTI ISMAIL EH 15 ETIKA DAN RASUAH Terdapat pelbagai teori yang dapat dikaitkan dengan nilai etika kerja. Sebagai sebuah negara Islam, kita mendahulukan teori yang berlandaskan al-quran sebelum teori-teori lain yang didatangkan oleh ahli falsafah barat. 4.1.1 Teori Etika Menurut Al-Quran Berdasarkan buku Studies in muslims ethics (Dwight M. Donaldson), konsep umum etika ini ada digariskan oleh Allah. Surah Az Zariat ayat 56, maksudnya menyatakan tentang tanggungjawab dan rasa kehambaan kita terhadap Allah. Segala perbuatan yang menyalahi akan mengingatkan kita kepada Allah. Konsep wasatiyyah dan kesederhanaan menunjukkan kita perlu berserderhana dan istiqamah dalam apa jua urusan termasuk dalam bidang pekerjaan kita. Sikap ini mestilah istiqamah iaitu berterusan dalam beretika dan menjalankan kerja dengan jujur dan baik. Dalam al-quran, ada konsep „forgiveness‟ dimana segala kesalahan ada pengampunannya. Dalam berorganisasi, kita perlu mengikuti peraturan syarikat untuk mendapatkan kemaafan. Pengurus yang terlibat dalam permasalahan sikap dan etika pekerjanya perlu bertolak ansur namun bukan semua kesalahan perlu dimaafkan. Contohnya, dalam syarikat kesalahan pecah amanah atau membocor rahsia perlu dilaporkan untuk mengekang budaya rasuah. Konsep pembalasan pula mesti diyakini oleh orang Islam bahawa, segala perbuatan yang dilarang akan mendapat dosa dan dosa akan diberi pembalasan selepas hari kebangkitan. Sikap futuristik Rasulullah dalam menilai akibat dan natijah segala perbuatan kita menjadikan kita akan sentiasa berjaga-jaga termasuk dalam urusan profesion kita. Konsep „rewards‟ pula, pembalasan baik dan buruk manusia walaupun sekecil atom tetap mendapat pembalasannya. Oleh itu setiap pengurus sumber manusia (majikan) perlu ada nilai penghargaan terhadap jasa dan kebaikan individu supaya hubungan menjadi harmonis. Ini secara tidak langsung dapat mengekang pekerja bawahan menerima rasuah. Majikan yang baik dan mengamalkan nilainilai mengikut konsep Al-quran tidak akan tergamak untuk pecah amanah dan memberi hasil tidak halal kepada keluarganya. 4.1.2 Teori ‘deontologis’ Teori ini berasal dari Yunani iaitu „deon‟ dan diasaskan oleh Immanuel Kant (1804). Teori ini menekankan sikap jujur, mengikut arahan, menepati janji serta adil. Mengikut teori ini, betul atau salah sesuatu tindakan itu ditentukan oleh pegangan agamanya. Orang yang
  • 17. SAUDAH BINTI ISMAIL EH 16 ETIKA DAN RASUAH berpegang dengan teori ini akan sentiasa berbuat baik. Walaubagaimanapun, orang yang berpegang kepada teori ini tidak berfikir akan akibat kepada ketaatannya kepada dirinya atau kepada orang lain. Dalam hal yang berkaitan dengan bidang pekerjaan misalnya, sebagai pekerja bawahan kita, kita sememangnya perlu taat kepada majikan dan majikan pula perlu taat dan patut kepada prosedur kerja serta peraturan syarikat. Dalam satu segi, sikap ini dapat menahan diri seseorang itu untuk hindari amalan rasuah dan perbuatan yang tidak bermoral namun dari sudut tersiratnya, patuh secara melulu mengakibatkan keburukan pada dirinya dan keluarga. Dalam hal ini, kita hendaklah berfikir waras adakah sesuatu tindakan itu „membuta tuli atau tidak‟. 4.1.3 Teori Teleologis Teori ini diasaskan oleh Jeremy Bentham (1784-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873) dimana ia berasal daripada perkataan Yunani iaitu „telos‟ yang bermaksud tujuan atau akibat. Teori ini sealiran dengan teori Utilitarian. Menurut teori ini, tindakan dianggap betul jika akibat daripada tindakan itu kearah kebaikan. Menurut teori ini sebelum melakukan sesuatu tindakan , seseorang individu itu perlu memikirkan kesan baik dan buruk. kebaikan yang dimaksudkan ialah yang terbaik dan untuk dinikmati oleh seramai mungkin daripada faedah itu. Dalam hal ini, sesuatu peraturan itu boleh dilanggar jika ada faedah yang lebih baik. Contohnya, „jangan menipu‟ adalah sesuatu yang umum dan ia boleh dilanggar jika ada kebaikan yang lebih besar. Teori ini adalah baik jika bermaksud untuk kebaikan tanpa melanggar undang-undang. Contohnya, seseorang itu perlu berfikir banyak kali atas tawaran suapan kerana akibatnya adalah besar. Tidak menerima suapan tadi adalah mematuhi peraturan yang ditetapkan yang bertujuan baik. Sebagai pekerja yang mengamalkan etika profesional, seseorang itu tidak boleh melanggar peraturan walaupun untuk tujuan kebaikan. Tiada „matlamat yang menghalalkan cara‟. 4.1.4 Teori Hak Asasi Teori ini diasaskan oleh John Locke (1704). Menurut teori ini, “ sesuatu tanggungjawab perlu dilaksanakan kerana setiap orang punya hak tertentu”. Teori Hak Asasi adalah teori umum bagi setiap insan. Berdasarkan teori ini ,setiap insan perlukan kebebasan dan kedamaian untuk dirinya sendiri. Dalam bidang pekerjaan, seseorang itu perlu pertimbangkan hak orang
  • 18. SAUDAH BINTI ISMAIL EH 17 ETIKA DAN RASUAH lain dalam melaksanakan tugasannya. Konflik boleh terjadi apabila seseorang itu bertembung dengan kepentingan hak orang lain sedangkan dia tetap dengan matlamat utilitariannya iaitu kebaikan secara umumnya kepada masyarakat. Dalam Islam, hak asasi kita tidak akan diiktiraf sehingga kita boleh memberi gangguan kepada hak orang lain. Hak kita adalah terbatas tanpa memudaratkan orang lain. Apa perkaitannya dengan amalan rasuah? Jika mengamalkan teori ini, tanpa mengamalkan teori kesederhanaan yang ditekankan dalam Islam, seseorang ahli perniagaan misalnya, akan melebarkan perniagaannya tanpa memikirkan adakah ia boleh memberi tekanan kepada orang lain. Teori-teori etika yang dikemukakan perlu amalkan tetapi dalam masa yang sama seseorang itu perlu berfikir secara berhemah sama ada ia wajar atau tidak. Keberkesanan prinsip etika bergantung kepada disiplin dan kekuatan individu itu dalam mengekang perbuatan yang tidak bermoral termasuklah rasuah. Bagi penganut agama Islam, teori yang terbaik sudah tentulah teori yang berlandaskan Al-Quran. 4.1.5 Teori Kebebasan Peribadi Teori ini (Personal Liberty Theory) menekankan suatu prinsip tunggal iaitu kebebasan. Berdasarkan teori ini, segala peraturan yang dibuat itu walaupun memberi manafaat kepada masyarakat, ia harus ditolak jika bercanggah dengan kebebasan yang menjadi tunjangnya. Berpegang kepada teori ini, seseorang itu berhak membuat pilihan untuk hala tuju mereka. Setiap orang mempunyai peluang yang sama rata untuk membuat pilihan. Teori ini tidak boleh dijadikan pegangan sepenuhnya. Contohnya, perbuatan rasuah misalnya,walaupun memberi manafaat kepada keluarganya, tetapi kesan secara lebih luas, ia telah menyebabkan orang lain menanggung akibat. Antara kesannya, ialah kenaikan harga barang kerana kos tersembunyi (rasuah). Kesimpulan Amalan rasuah ialah amalan yang tidak bermoral dan jika tidak dibendung ia akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak dipatuhi sepenuhnya. Amalan ini turut mewujudkan pemerintahan yang lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil ataupun terkeluar daripada tindakan yang sepatutnya. Keadaan negara yang amalan rasuahnya berleluasa, akan merosot kedudukan ekonominya. Begitu juga dengan persepsi negara luar terhadap negara ini. Berikutan seriusnya, usaha
  • 19. SAUDAH BINTI ISMAIL EH 18 ETIKA DAN RASUAH menangani gejala ini, rakyat berharap tidak sesiapa kalangan pengamal terlepas daripada tindakan undang-undang. Sebagai penjawat awam, mahupun sesiapa sahaja perlulah mengamalkan disiplin dan peraturan dalam profesionnya. Etika kerja profesional merupakan garis panduan kepada pekerja profesional menjalankan tugasnya secara amanah, betul, dan mengikut peraturanperaturan yang ditetapkan. Namun jika berpandukan kepada teori-teori etika yang dikemukakan, perlu ada pengubahsuaian pegangan mengikut situasi di negara ini. Walaubagaimanapun, sebagai orang Islam, kembali kepada ajaran agama Allah adalah sebaik-baiknya. Agama Islam sangat melarang keras perbuatan merasuah kerana natijahnya sangatlah besar terhadap negara, organisasi,individu mahupun keluarga mereka. Pihak kerajaan perlu memberi penekanan terhadap penguatkuasa jenayah ini. Pastikan tiada sesiapa yang dapat terlepas daripada hukuman kerana merasuah.
  • 20. SAUDAH BINTI ISMAIL EH 19 ETIKA DAN RASUAH