Kajian ini menganalisis penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar jurusan pendidikan teknikal dan vokasional di IPTA Johor. Ia mendapati kecekapan diri pelajar terhadap e-pembelajaran adalah tinggi tetapi terdapat empat halangan utama penggunaannya, terutamanya halangan teknologi. Kajian ini menyarankan penambahbaikan kaedah pengajaran e-pembelajaran.
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
Tugasan 1 - word (m20102000969)
1. KPT 6044 - PEMBELAJARAN BERASASKAN
ELEKTRONIK DAN WEB
TUGASAN1:
MENGANALISIS JURNAL
(KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN (E-LEARNING)
DI KALANGAN PELAJAR JURUSAN PENDIDIKAN TEKNOLOGI DAN
VOKASIONAL DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPTA) NEGERI JOHOR)
DISEDIAKAN OLEH :
NAMA : SHARINA BINTI SOBRI
CORPORATE GOVERNANCE :
MATRIK NO. : M 20102000969
THE COLLAPSE OF ENRON
DISEMAK OLEH : PM DR ABD LATIF HJ GAPOR
TARIKH HANTAR : 9 OKTOBER 2012
2. KPT 6044-Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web
KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN (E-LEARNING) DI
KALANGAN PELAJAR JURUSAN PENDIDIKAN TEKNOLOGI DAN
VOKASIONAL DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPTA) NEGERI JOHOR
PENDAHULUAN
Perkembangan persekitaran digital global semakin memberi kesan yang sangat besar
pada masa kini dimana teknologi yang semakin pesat membangun memainkan peranan yang
penting dalam pendidikan.ICT diterima secara meluas di seluruh pelusuk dunia dalam aspek
kehidupan manusia seharian. Begitu juga dalam bidang pendidikan dimana proses
pembelajaran dan pengajaran menggunakan e-pembelajaran untuk mendapatkan maklumat
yang diperlukan. Cabaran dunia pendidikan kini dalam meneroka dan mengaplikasikan ICT
melalui pendekatan-pendekatan yang berkesan telah membawa para pengajar dan pelajar
mengenali dan mempraktikkannya mengikut kesesuaian bidang. E-pembelajaran (e-learning)
adalah satu kaedah baru menggunakan teknologi yang terkini dalam meningkatkan tahap
pembelajaran. E-pembelajaran menggunakan rangkaian elektronik (LAN,WAN atau
internet) dalam menyampaikan maklumat, berinteraksi, berkolaborasi dan sebagainya.
Untuk mengetahui sejauhmana ia memberi manfaat kepada pengajar dan pelajar satu
kajian telah dijalankan oleh Muhammad Sukri Saud, Mohd Anuar Abdul Rahman dan Ting
Kung Shiung, Jabatan Pendidikan dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan dari Universiti
Teknologi Malaysia. Pengkaji telah melihat kepada tiga faktor utama iaitu mengkaji
kecekapan diri (self-efficacy) siswazah terhadap e-pembelajaran, halangan-halangan yang
dihadapi oleh siswazah dalam penggunaan e-pembelajaran dan hubungan kecekapan kendiri
(self-efficacy) dengn halangan-halangannya. Sebanyak 306 pelajar siswazah yang sedang
mengikuti kursus jurusan Pendidikan Teknikal dan Vokasional dipilih untuk dijadikan sampel
kajian.
PERSOALAN KAJIAN
Terdapat tiga persoalan kajian dalam kajian ini iaitu apakah kecekepan diri (self-
efficacy) siswazah kursus Pendidikan Teknikal dan Vokasional terhadap e-pembelajaran?
Kedua, apakah halangan-halangan yang dihadapi oleh siswazah kursus Pendidikan Teknikal
|1
3. KPT 6044-Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web
dan Vokasional terhadap e-pembelajaran? dan persoalan kajian terakhir ialah apakah
hubungan antara kecekapan diri (self-efficacy) terhadap e-pembelajaran dengan halangan-
halangan dalam penggunaan e-pembelajaran oleh siswazah kursus Pendidikan Teknikal dan
Vokasional?
REKABENTUK KAJIAN
Data-data dikumpul menggunakan kajian tinjauan deskriptif dengan menggunakan
soal selidik bagi menjawab persoalan.
DAPATAN KAJIAN
Melalui pengumpulan maklumat yang dibuat, hasil dapatan telah menunjukkan
kecekepan diri (self-efficacy) siswazah kursus Pendidikan Teknikal dan Vokasional terhadap
kebolehan menggunakan e-pembelajaran adalah tinggi. Terdapat dua aspek yang
dikenalpasti iaitu kecekapan diri terhadap komputer dan kecekapan diri terhadap internet.
Persoalan kajian kedua berkaitan halangan-halangan yang dihadapi oleh siswazah kursus
Pendidikan Teknikal dan Vokasional terhadap e-pembelajaran. Terdapat empat halangan
pembelajaran utama iaitu halangan teknologikal, halangan personaliti, halangan situasi dan
halangan institusi. Halangan teknologikal merupakan halngan yang tertinggi diikuti halangan
situasi, halangan institusi dan terakhir adalah halangan personaliti.
Halangan teknologikal adalah merujuk kepada teknologi pembelajaran yang
merangkumi rangkaian internet yang sangat perlahan, pengaksesan e-pembelajaran dan kos
yang tinggi dalam perkakasan, perisian, pembaikan atau servis komputer.Halangan
personaliti merujuk kepada persepsi siswazah sendiri dan sikap siswazah terhadap e-
pembelajaran iaitu gaya pembelajaran siswazah terhadap pembelajaran menggunakan
teknologi kerana masih ada pelajar yang tidak mempunyai komputer sendiri untuk mengakses
internet.
Halangan situasi adalah halangan yang dikaitkan dengan persekitaran atau situasi
seseorang seperti kekurangan masa belajar di atas talian, terlalu sibuk dengan kerja lain,
faktor perngurusan dan sebagainya. Namun, terdapat empat tujuan utama penggunaan
teknologi di Pendidikan Tinggi iaitu membaiki kualiti pembelajaran, membaiki pengaksesan
kepada pendidikan dan latihan, mengurangkan kos pendidikan dan membaiki kos
efektif.Halangan institusi pula melibatkan dua aspek iaitu pengajar dan reka bentuk bahan
|2
4. KPT 6044-Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web
pengajaran. Halangan pengajar ialah pensyarah kurang menyokong atau menyelia
penggunaan e-pembelajaran pelajar manakala kualiti bahan pembelajaran, kebolehan
penggunaan media dan istilah atau bahasa teknologi yang digunakan tidak dapat difahami
pelajar. Hubungan antara kecekapan kendiri (self-efficacy) dengan halangan-halangan lain
menunjukkan kecekapan pelajar terhadap penggunaan e-pembelajaran adalah sangat baik
berbanding halangan-halangan yang dihadapi pelajar.
KESIMPULAN
Bagi memastikan penggunaan e-pembelajaran dilaksanakan dengan baik, kaedah
pengajaran menggunakan e-pembelajaran perlu ditambahbaikkan dengan mempelbagaikan
pendekatan-pendekatan yang bersesuaian, sumber yang ada dan penggunaannya berdasarkan
sesuatu subjek. Para siswazah perlu diberi kebebasan mengikut kemampuan masing-masing
serta bebas untuk mengulangi mana-mana bahagian subjek yang tidak dapat difahami
mengikut keperluan. Bahagian ICT perlu sentiasa mengawal selia aplikasi e-pembelajaran
dari semasa ke semasa bagi membolehkan pelajar sentiasa dapat berhubung dengan
penysarah melalui perkhidmatan seperti email, buletin, perbincangan atau forum dalam
pembelajaran. Pengajar juga perlu memberi huraian atau panduan yang dapat membantu
pelajar mengakses maklumat. Secara keseluruhannya, semua pihak perlu memainkan
peranan masing-masing bagi memastikan pembelajaran e-pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan berkesan sejajar dengan teknologi pada masa kini yang semakin meluas digunakan
dalam kehidupan seharian.
|3