1. Pendidikan Sosioemosi
SGRM 3043
Tugasan:
Ulasan Jurnal Sosioemosi
Disediakan untuk:
En. Ahmad B. Ismail
Disediakan oleh:
Mohd Shazli B. Mahmud
No IC : 740806-02-6087
No Matriks : 210238
PPG UUM BAHASA MELAYU 2011
2. PENGENALAN
Ulasan yang telah saya jalankan ialah sebuah jurnal yang bertajuk” Kajian-kajian
Lepas Berkaitan Pendidikan Awal Kanak-kanak Di peringkat Tadika Atau Prasekolah oleh
Imran Ariff Ariffin dan Faizul Ab Kadir dari Universiti Pendidikan Sultan Idris 2010. Kajian
ini telah dijalankan dengan terperinci. Penulisan ini menyentuh secara keseluruhan tentang
isu-isu dalam Prasekolah iaitu polisi kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, penglibatan
ibu bapa dan masalah guru dan pentadbiran di sekolah itu sendiri.
PRASEKOLAH
Pendidikan Prasekolah di Malaysia berkonsepkan program pendidikan tidak formal yang
menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak berusia empat hingga enam
tahun sebagai persediaan sebelum masuk ke Tahun Satu di sistem persekolahan formal.
Berikutan Akta Pendidikan 1996 , pendidikan prasekolah telah diinstitusikan ke dalam
Sistem Pendidikan Kebangsaan dengan matlamat untuk menyuburkan potensi kanak-kanak
dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif
sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah. Penulis juga telah menghuraikan
beberapa pengkaji tentang prasekolah, contohnya Grace dan Seefeldt yang telah mengkaji
tentang perlaksanaan dan masalah dalam prasekolah.
ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN MELALUI JURNAL
A. Celik Huruf
3. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPM), Datin Asariah binti Mior Shaharuddin
berkata, KPM menetapkan agar semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh
menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) ketika melangkah ke tahun
empat sekolah rendah sebelum penghujung 2012. Ini membimbangkan terutamanya pihak
sekolah dan guru. Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) yang
bertujuan untuk memastikan murid-murid tahun satu menguasai kemahiran 2M selepas
enam bulan belajar di sekolah. Namun demikian peningkatan penguasaan 2M itu tidak
banyak berubah yang telah menghampakan pihak pendukung PIPP itu.
B. Kesukaran Menguasai Konsep nombor
Konsep nombor merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak
prasekolah. Nombor memainkan peranan yang penting dalam menguasai pembelajaran
Matematik prasekolah. Namun begitu, didapati segelintir guru tidak memahami
perkembangan kanak-kanak dan asas dalam perkembangan Matematik dengan terus
mengajar kanak-kanak simbol nombor 1, 2, 3 dan seterusnya tanpa mengaitkan nombor-
nombor ini dengan objek di sekeliling (Rohani et. Al, 2004). Ini menyebabkan kanak-kanak
tidak dapat mengaitkan nombor dengan keadaan sebenar.
C. Penggunaan Portfolio
Kajian ini meliputi tentang masalah guru yang tidak faham dan bersikap sambil lewa dalam
penyimpanan portpolio. Kajian Umi Kalsom Takriff (2003) dalam Surayah Zaidon (2004),
berjudul Persepsi Guru Terhadap Pelaksaan Penilaian Di Prasekolah JAWI mendapati guru
melibatkan kanak-kanak semasa mengumpul hasil kerja walaupun kesemua hasil kerja
disimpan ke dalam portfolio tanpa melalui proses pemilihan. Penyemakan pula adalah
4. secara langsung atau spontan di mana guru memberi komen secara lisan tentang kesalahan
hasil kerja terus kepada kanak-kanak. Pada pendapat saya, amatlah setuju bahawa
penggunaan portpolio kurang berkesan kerana pengetahuan guru yang terhad dalam aspek
penilaian perkembangan kanak-kanak dan pendedahan dalam pelbagai alat pentaksiran
yang kurang.diberi pendedahan. Guru haruslah diberi kursus secara intensif dan berterusan.
D. Masalah Dalam Pengajaran Sains Awal.
Saya bersetuju bahawa peubahan kurikulum prasekolah yang sering berlaku, banyak
menyusahkan proses pembelajaran dan pengajaran guru di peringkat prasekolah. Guru
tidak didedahkan dengan sempurna perubahan kurikulum ini . Hal ini memberi kesan
terhadap sikap dan keyakinan guru daalm pengajaran awal sains.
E. Pengajaran dan Pembelajaran
Dalam prasekolah, penggunaan kaedah belajar melalui bermain di tekankan oleh penulis.
Penulis berpendapat perlaksanaan aktiviti belajar melalui bermain dapat membantu
penguasaan murid dalam kemahiran dengan berkesan.Saya bersetuju dengan pendapat
Vygotsky (1962) “Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan
membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini.
Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam
menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawal situasi dan
menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperolehi proses
pemikiran yang tinggi melalui bermain”. Penulis ingin menyatakan betapa pentingnya
belajar melalui bermain. Namun begitu, terdapat masalah dalam bahan bantu mengajar
5. yang berkurangan. Selain itu guru haruslah faham tentang Huraian Sukatan Prasekolah
dalam merialisasikan kaedah pengajaran yang berkesan.
F. Dasar
"Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah Dasar yang komprehensif
bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi semua kanak-kanak dari lahir hingga 4
tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanak berlandaskan
acuan Malaysia. Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap kepada Dasar Pendidikan
Kebangsaan sedia ada".
Penyataan Dasar ini penting memandangkan kanak-kanak merupakan kumpulan
masyarakat yang perlu diberi perhatian oleh Kerajaan, ibu bapa, NGO dan pihak swasta
supaya mereka dibesarkan mengikut acuan Malaysia ke arah melahirkan modal insan yang
berkualiti tinggi dan berperibadi mulia.
G. Penglibatan Ibu Bapa Dalam Prasekolah
Dalam kajian ini, penglibatan ibu bapa amat dititikberatkan. Ibu bapa perlu mengambil berat
tentang pembelajaran anak mereka. Ibu bapa haruslah sentiasa mengikuti perkembangan
anak-anak mereka. Ibu bapa tidak boleh mengharapkan sepenuhnya kepada guru sahaja
dalam mendidik anak-anak. Mereka juga haruslah memberi pendidikan terutamanya di
rumah. Guru dan pengetua perlu menyokong penglibatan ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti di
prasekolah dan menyamakan persepsi pengetua dan para guru tentang penglibatan ibu
bapa. Ibu bapa perlu memahami kepentingan pendidikan prasekolah bagi kehidupan kanak-
kanak mereka di masa hadapan sehingga penglibatan mereka di prasekolah boleh
ditingkatkan. Pada pendapat saya, ibu bapa harus mendidik anak-anak terutama dalam
6. mengawal tingkah laku kanak-kanak. Meluangkan masa dengan anak-anak, mendampingi,
menegur kesalahan, puji dan beri ganjaran untuk tingkah laku yang betul dan membantu
guru mengajar anak-anak di rumah merupakan cara yang dapat meningkatkan
perkembangan kanak-kanak prasekolah.
RUMUSAN
Jurnal ini banyak membantu dalam keseluruhan melibatkan prasekolah. Banyak perkara
yang dirungkaikan terutama masalah-masalah atau isu-isu yang terdapat dalam prasekolah.
Kajian-kajian yang lepas ini melengkapkan keseluruhan perkara yang timbul dalam
pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Melalui kajian ini, kita dapat membandingkan
kandungan kurikulum prasekolah dengan tadika-tadika yang lain. Terdapat perbezaan dan
kurikulum prasekolah adalah yang terbaik dan sentiasa diperbaiki supaya lebih sempurna.
Keseluruhannya, kerajaan haruslah memperbanyakkan prasekolah di seluruh Negara dan
memperbaiki prasarana dan bahan bantu mengajar yang lebih lengkap.
7. RUJUKAN
1. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003.Huraian Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Majalah Pa & Ma (2013). Kerunsingan Anak Termenung . Terbitan Karangkraf Sdn
Bhd.
3. Rohani Abdullah (2004). Panduan Kurikulum Prasekolah. Kuala Lumpur:
PTSPublications & Distributors Sdn. Bhd.
4. Rohani Abdullah (2004). Panduan Kurikulum Prasekolah. Kuala Lumpur:
PTSPublications & Distributors Sdn. Bhd.