Se ha denunciado esta presentación.
Utilizamos tu perfil de LinkedIn y tus datos de actividad para personalizar los anuncios y mostrarte publicidad más relevante. Puedes cambiar tus preferencias de publicidad en cualquier momento.

Assiment khas 2012

  • Sé el primero en comentar

Assiment khas 2012

  1. 1. ISI KANDUNGAN Muka surat 1. PENDAHULUAN……………………………………………………………………………………………….. 1-6 2. DEFINISI DAN KONSEP AUTISME……………………………………………………………………….7-9 3. PROFIL DAN LATAR BELAKANG SUBJEK……………………………………………………………..9 4. CIRI (FIZIKAL, INTELEK, EMOSI, DAN SOSIAL) ……………………………………………………10-22 5. PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DAN PERKHIDMATAN KHAS YANG DITERIMA OLEH SUBJEK (TERMASUK RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU/RPI)……………………………………………………………………………………………………23 6. PENCAPAIAN SUBJEK DALAM BIDANG AKADEMIK, TINGKAH LAKU PENYESUAIAN, KEMAHIRAN-KEMAHIRAN KHUSUS, DAN SEBAGAINYA……………………………………………………………………………………………………24-25 7. PERANCANGAN UNTUK MASA DEPAN SUBJEK……………………………………………………26 8. BIBLIOGRAFI…………………………………………………………………………………………………………27 9. LAMPIRAN (HASIL KERJA SUBJEK, RPI, DAN REKOD AKTIVITI DI INSTITUSI PENDIDIKAN) 10. GAMBAR-GAMBAR YANG BERKAITAN DENGAN DIRI SUBJEK BOLEH JUGA DISERTAKAN SETELAH MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA SUBJEK DAN PENJAGA/IBU BAPA SUBJEK.
  2. 2. 1.0 PENDAHULUAN Kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa adalah mereka cacat daripada pelbagai jenis atau kategori kecacatan yang meliputi ketidakupayaan atau kesukaran yang disebabkan ketidakfungsian sistem saraf. Kanak-kanak ini memerlukan pendidikan khas kerana mereka memerlukan pengubahsuaian dalam amalan hidup biasa. Kanak-kanak berkeperluan khas ini merupakan salah satu ciri perbezaan individu. Kanak-kanak berkeperluan khas ini merangkumi golongan kanak-kanak pintar cerdas, kerencatan mental, cacat pendengaran dan penglihatan atau fizikal, bermasalah pembelajaran atau kesihatan dan sebagainya. Mereka yang dikenal sebagai berkeperluan khas ini tidak bermakna mereka tidak boleh menjadi penyumbang kepada masyarakat dan negara. Mereka tidak wajar untuk dipinggirkan, malah mereka perlu diberi pendidikan. Bagaimanapun, disebabkan ciri-ciri istimewa mereka ini, maka pendidikan yang diberikan kepada mereka agak berbeza dan digelar sebagai Pendidikan Khas. Secara jelasnya kanak-kanak yang memerlukan Pendidikan khas selalunya mempunyai ciri-ciri tertentu yang menghalang mereka mengikuti persekolahan seperti biasa. Mereka memiliki satu atau gabungan kecacatan atau kekurangan atau kelemahan sama ada dari aspek fizikal, deria, mental, emosi, sosial, kesihatan, atau tingkah laku jika dibandingkan dengan kanak-kanak biasa. Justeru itu kanak-kanak ini dikatakan bermasalah dan memerlukan satu bentuk pendidikan yang sesuai. Dengan kata lain, pendidikan khas adalah satu perkhidmatan yang dibentuk khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak kurang upaya dari pelbagai aspek .
  3. 3. Pendidikan Khas masalah pembelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia ( 1995 ), telah mentakrifkan Masalah Pembelajaran sebagai “ pelajar yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar professional sebagai mengalami kekurangan yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka teerdiri daripada kanak-kanak yang mempunyai keupayaan mental yang rendah dan pengubahsuaian tingkahlaku yang rendah ”. Menurut Thomas (1996) Pendidikan Khas masalah pembelajaran ini boleh didefinisikan sebagai “ Pembelajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang mempunyai tahap kefungsian intelek yang terhad dan sedang berkembang, ataupun berkembang dalam tahap yang lambat berbanding keupayaan kanak-kanak normal ”. Masalah yang dialami boleh diketegorikan mengikut tahap kefungsian : 1. Kebolehan kognitif 2. Tingkah laku sosial 3. Penguasaan bahasa lisan dan pertuturan 4. penguasaan Membaca 5. Kemahiran Matemati Pendidikan untuk semua menegaskan tentang hak semua kanakkanak untuk diberi pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelek kanak-kanak tersebut. Keperluan untuk memberi pendidikan semua kanak-kanak menjadi satu tanggungjawab dalam masyarakat. Di antara indvidu yang berada didalam program pendidikan khas masalah pembelajaran terdiri daripada kategori Sindrom down, Slow leaner ( lembam ), autisme, hiperaktif dan disleksia.
  4. 4. Terdapat keperluan untuk membina kurikulum yang dapat menyediakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan murid PKBP. Perancangan dan penggubalan kurikulum PKBP mengambil kira kepelbagaian keupayaan individu selaras dengan Akta Pendidikan 1996. Untuk memenuhi keperluan individu Masalah Pembelajaran , program pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk adalah bersesuaian selaras dengan peraturan Pendidikan Khas 1997 yang menyatakan “ guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti mata pelajaran dan bahan Bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas ”. Kesimpulannya, kurikulum PKBP dibina supaya pembelajaran yang diperolehi dalam darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Ia juga dapat menyediakan pendidikan yang berkualiti secara optimum kepada murid-murid. Masalah Pembelajaran supaya mereka dapat berfungsi sebagai individu yang berdikari, berjaya dalam hidup dan memberi sumbangan bakti kepada masyarakat. Tiga prinsip utama dalam model konseptual kurikulum pendidikan khas iaitu pendekatan menyeluruh dan bersepadu adalah bermatlamat untuk menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel untuk memenuhi keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan yang bermakna.
  5. 5. 1.1 KLASIFIKASI KANAK-KANAK PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN Lem bam ( slo w lean er ) Disleksi a Gangguan emosi Autisme Hyper aktif Kanak-kanak Kanak-kanak berkeperluan berkeperluan Hypo Sindrom aktif down khas khas Masalah Masalah pembelajaran pembelajaran Kurang Upaya Kerencat an ringan Rajah : Klasifikasi kanak-kanak berkeperluan Khas Lewat perkemb angan
  6. 6. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah kanak yang dikenal pasti sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu pembelajaran. Mereka terdiri daripada kanakkanak yang mempunyai keupayaan mental yang rendah dan pengubahsuaian tingkahlaku yang rendah. Kecacatan yang dialami mempengaruhi kebolehan kognitif, tingkah laku sosial, penguasaan bahasa lisan dan pertuturan, penguasaan membaca, dan kemahiran matematik. Masalah pembelajaran dianggap berpuca daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat. Kajian mengenalpasti senarai tingkah laku yang sukar dikawal oleh guru kanakkanak ini ialah, bersikap agresif dari fizikal, mencederakan diri sendiri, menjerit, membuat bising , mengganggu dan hiperaktif serta tidak berminat untuk belajar ( Hariss , 1996 ) . Jenis-jenis kumpulan pelajar bermasalah pembelajaran menurut buku Spikologi pembelajaran ialah: 1. Lembam ( Slow leaner ) 9. Autistik 2. Sindrom Down 10. disleksia 3. Hipoaaktif 11. Epilepsi 4. Hiperaktif 5. Gangguan Emosi dan tingkah laku 6. Cerebral Palsy 7. Pelbagai kecacatan ( Mutltiple handicapped ) 8. Terencat Ringan dan sederhana
  7. 7. 1.2 Sebab-sebab masalah pembelajaran Para penyelidik perubatan telah mengaitkan sebab-sebab masalah pembelajaran kepada 4 faktor umum. Berikut adalah 4 faktor umum masalah pembelajaran iaitu kecederaan otak, keturunan ( genetik ), ketidakseimbangan biokimia dan persekitaran. Sebelum kelahiran bayi Sebelum kelahiran bayi Semasa kelahiran bayi Semasa kelahiran bayi Selepas kelahiran bayi Selepas kelahiran bayi Kanak-kanak mewarisi Kanak-kanak mewarisi Masalah pembelajaran Masalah pembelajaran Kecederaan Kecederaan otak otak Genetik Genetik SebabSebab Murid Pendidikan Khas Masalah pembelajara n Ketidakseimbangan Ketidakseimbangan biokimia biokimia Bukti tentang kesan Bukti tentang kesan ketidakseimbangan ketidakseimbangan tidak kukuh dan tidak kukuh dan konsisten konsisten Persekitaran Persekitaran Kemiskinan // kekurangan Kemiskinan kekurangan Persekitaran boleh Persekitaran boleh Menyebabkan masalah Menyebabkan masalah pembelajaran pembelajaran Rajah: Sebab-sebab umum masalah pembelajaran
  8. 8. 2.0 AUSTISME Perkataan autisme berasal dari perkataan “ autos ” yang bererti diri sendiri dan “ isme ” yang bererti aliran. Ini bermakna austisme membawa maksud keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri atau dalam erti kata lain kanak-kanak ini mempunyai dunianya sendiri dan tidak mempedulikan keadaan sekeliling. Autisme adalah satu jenis kategori ketidakupayaan yang mempunyai ciri-ciri gangguan dalam komunikasi, interaksi sosial, gangguan sosial, gangguan deria, pola permainan yang berbeza, dan perilaku emosi. Gejala autisme boleh dilihat sebelum kanak-kanak berumur tiga tahun. Keadaan autisme yang dialami ini berkekalan sepanjang kehidupan kanak-kanak ini. Kanak-kanak autisme sering menimbulkan kekeliruan kepada penjaganya dan juga masyarakat sekeliling kerana kanak-kanak ini kelihatan normal tetapi memaparkankan tingkah laku dan pola perkembangan yang berbeza. Biasanya kanakkanak autisme ini kelihatan seperti kanak-kanak normal terutamanya dari segi fizikalnya. Kebanyakkan kanak-kanak autisme ini juga akan mengalami masalah terencat akal tetapi dalam pelbagai tahap.Dari aspek kemahiran kordinasi mata tangan, sama ada mereka menghadapi masalah ataupun mereka lebih maju dalam aspek itu dan kemahiran lain.Pada kebiasaannya kanak-kanak autisme ini tidak dapat bertutur dengan baik, mereka hanya boleh meniru atau pengulang pertuturan orang lain.
  9. 9. 2.2 Punca-punca Autisme Punca sebenar autisme tidak dapat diketahui, tetapi beberapa teori mengatakan bahawa faktor genetik meminkan peranan penting yang menyebabkan berlakunya keadaan autistic pada kanak-kanak. Bayi yang dilahirkan kembar hasil daripada satu telur didapati kemungkinan mengalami gangguan autisme . Selain itu pengaruh virus yang dihidapi oleh si ibu semasa hamil seperti rubella, herpes, pemakanan yang tidak berzat, pendarahan, keracunan makanan juga mempengaruhi pertumbuhan sel otak yang dapat menjadi punca gangguan otak dalam aspek fungsi pemahaman, komunikasi dan interaksi. 2.3 Ciri-ciri Kanak-kanak Autisme mempunyai masalah ataupun gangguan dalam bidang berikut : 1. Komunikasi a.Perkembangan bahasa yang lambat atau tiada langsung b. Kelihatan seperti masalah pendengaran atau tidak mengindahkan apa yang dikatakan oleh orang lain. c.Jarang menggunakan bahasa d. Sukar diajak bercakap e.Kadangkala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja f. Perkataan yang dituturkan tidak sesuai g. Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami
  10. 10. h. Suka menarik tangan orang lain bila meminta sesuatu. 2. Intraksi sosial a.Suka bersendirian b. Tiada kontak mata dan sentiasa mengelak daripada memandang orang lain c.Tidak gemar bermain dengan rakan d. Suka menjauhkan diri dan duduk disuatu tempat 3. Gangguan deria a.Sensitif pada sentuhan b. Tidak suka dipegang atau dipeluk c.Sensitif dengan bunyi yang kuat d. Suka mencium dan menjilat mainan atau benda-benda lain e.Kurang sensitif pada rasa sakit ataupun takut 4. Tingkah laku a. Sama ada hyperaktif ataupun hypoaktif b. Melakukan perbuatan atau pergerakan yang sama dan berulang-ulang c. Tidak suka pada perubahan d. Dapat duduk tanpa membuat apa-apa dan tanpa apa-apa reaksi. 5. Emosi a. Sering marah, kecewa dan menangis tanpa sebab b. Mengamuk tanpa terkawal jika tidak dituruti kemahuannya atau dilarang daripada keinginannya. c. Merosakkan apa sahaja yang ada disekitarnya jika emosinya terganggu
  11. 11. d. Menyerang sesiapa sahaja berhampiranya jika emosinya terganggu e. Adakalanya mencederakan diri. f. Tidak ada rasa simpati atau memahami perasaan orang lain Kesimpulannya, kanak-kanak autisme dapat dididik. Keunikan corak pembelajaran mereka disebabkan oleh ketidakupayaan kognitif dalam memproses maklumat. Ketidakupayaan ini dapat diatasi dengan mengadakan program pembelajaran yang berstruktur dan banyak menggalakkan rangsangan. Program kanak-kanak ini adalah bercorak ke arah analisis tingkah laku dan menggalakkan penggunaan pertuturan dan komunikasi. 3.0 Ciri ciri autisme Muhammad Haziq Bin Salehuddin adalah seperti berikut. 3.1 Ciri-ciri fizikal Muhammad Haziq bin Salehuddin adalah kanak-kanak autisme merupakan sasaran kajian kami pada kali ini yang memiliki ciri-ciri fizikal yang lengkap anggota tubuh badannya.Malahan kalau dilihat dari mata kasar, dia tidak kelihatan memiliki ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas. Haziq memiliki ketingian yang normal sebagaimana kanak-kanak yang sebaya dengannya .Haziq tidak suka diperhatikan. Oleh itu pengawasan dilakukan tanpa pengetahuannya. Seandainya dia tahu yang dia diperhatikan menyebabakan pergerakannya terbatas. Ini kerana sifat kanak-kanak autisme akan berubah menjadi pendiam dan tidak suka bertentang mata dengan orang lain terutamanya pada orang yang baru yang tidakdikenalinya .. Dengan kata lain bahawa kehidupan sosial anak –anak autisme ini adalah aneh dan kelihatannya seperti orang yang selalu sakit.Haziq dikesan ada cirri-ciri dalam tiga perwatakan seseorang menderita autisme ialah : utama yang menunjukkan
  12. 12. • Social interaction – kanak-kanak seperti ini menghadapi kesulitansemasa melakukan hubungan sosial dengan orang dipersekitarannya.Situasi ini banyak berubah kerana tahun pertama Haziq di sekolah ini banyak dibantu dari segi menerima orang di sekelilingnya serta memahami tiap arahan yang diberikan. Malah seperti mana kanak-kanak pendidikan khas yang lain Haziqperlu sentiasa dipimpin memegang tangannya untuk bergerak ke mana-mana sahaja. • Social communication – kesukaran dalam berkomuniskasi secara verbal dan non verbal, sebagai contohnya mereka tidak mengetahui maksud apa yang dibualkan atau pun arahan yang diterima terutamanya dari segi gerak isyarat, ekspresi wajah ataupun penekanan suara. • Imagination – kesulitan untuk mengembangkan mainan dan imaginasinya Menurut kata guru yang mengajar Haziq situasi ini sudah banyak berubah dari hari pertama Haziq memulakan sesi pembelajarannya di sekolah ini . Anggota badannya adalah normal dan berfungsi dengan baik sepenuhnya . Badannya berisi . Tiada masalah pendengaran dan penglihatan . Ini disahkan oleh pakar yang memeriksa Haziq . Salah satu syarat kanak-kanak diterima masuk belajar di kelas pendidikan khas adalah kanakkanak itu perlu diperiksa oleh pegawai perubatan pakar dan mesti ada surat pengesahan pakar yang mengkategorikan permasalahan kanak-kanak ini dari kanak-kanak jenis apa . (lihat lampiran pengesahan doktor yang memeriksa Haziq ). Dia seorang yang hiperaktif. Berdasarkan permerhatian pergerakannya seharian di sekolah terutamanya pada waktu antara jadual waktu , didapati cara berjalan dia ada kelainan daripada murid yang normal .Dia akan berjalan dalam keadaan yang sedikit
  13. 13. senget yang mana ini adalah salah satu tanda-tanda kanak-kanak austime yang mana mereka tidak mahu fokus pada apa yang dilakukan malah sentiasa cuba menghindari dari bertentang mata dengan orang lain. Buktinya semasa permerhatian dilakukan didapati dia hampir terjatuh kerana terlanggar tempat duduk di bahagian depan kelasnya semasa ke kelas matapelajaran seterusnya . Melalui cerita gurunya , Haziq dan rakan-rakannya yang lain sentiasa dipimpin oleh guru mata pelajaran untuk bergerak ke kios mata pelajaran seterusnya atas faktor keselamatan . Namun sekarang Haziq sudah boleh bergerak sendiri tanpa dipimpin hanya cuma perlu diperhatikan sahaja. Namun begitu, Haziq berperwatakan menarik dan merupakan seorang murid yang sentiasa menjagakekemas diri.Kanak-kanak ini juga merupakan seorang yang pembersih.dan menjaga keterampilan dirinya.Ini dapat dilihat melalui pakaian sekolahnya yang sentiasa bersih. 3.2 Dari aspek intelek Di sini kami cuba merakamkan tingkah laku Haziqselama tiga hari untuk melihat sendiri seterusnya menilai Haziq dari segi inteleknya. Perkembangan kanak-kanak autisme ini dikatakan sebagai “neuro-developmental disorder” iaitu satu kecelaruan dalam pembentukan otak. Di dalam setiap otak manusia, terdapat beribu-ribu sel-sel saraf yang saling berkait dan tersusun dalam bentuk sistem yang boleh mengawal kesedaran luar tubuh, termasuklah emosi, tingkah laku dan juga hubungan dengan fungsi organ dalaman. Melalui pemerhatian kepada Haziq didapati ketidaknormalan saiz saraf tersebut juga memberi kesan kepada deria-deria yang berkaitan dengan sistem lain di bahagian
  14. 14. otak. Berdasarkan kajian yang dibuat, bahagian otak individu autisme terdapatnya kepadatan neuron di dalam saraf yang dinamakan amyglada dan hippocampus.Ketidaknormalan ini mungkin terjadi sewaktu bayi di dalam kandungan ibu lagi.Sistem saraf amyglada berhubungkait dengan deria kulit dan otot, rasa, penglihatan, pendengaran, bau, pertuturan dan pergerakan motor. Malah kita akan dapat mengenal pasti saraf hippocampus yang merangsang belajar dan memori berfungsi pada Haziq. Kerosakan pada bahagian ini mengakibatkan kegagalan untuk menyimpan maklumat terbaru dalam memori. Kajian ini adalah sama dengan Teori Kognitif Autisme oleh Rimland, B. (1964). Beliau membuat andaian dengan idealnya bahawa kanak-kanak Autisme menghadapi masalah menyimpan maklumat Courchesne dalam Edelson (1999), mendapati dua bidang dalam cerebellum, vermal lobules VI dan VII, yang ternyata kecil (hypolasia) daripada biasa dalam individu autistik dan ini mempengaruhi penumpuan perhatian. Permerhatian pertama hari Isnin, 1 APRIL 2013 Pada awalnya Haziq adalah seorang murid yang hiperaktif. Dia sentiasa mahu melakukan pelbagai aktiviti yang banyak menggunakan minda seperti menyusun bongkah-bongkah kayu dalam keadaan yang tersusun dan cuba untuk menyusun bongkah kayu itu sehingga tinggi. Keaktifannya akan bertambah seandainya tiada diganggu orang lain atau Haziqmerasakan tidak diperhatikan.
  15. 15. Dari perbualan bersama Guru Penolong Kanan Khas Sekolah Kebangsaan Raja Muda (Integrasi), Puan Dzulfilda , Haziq pada awalnya, iaitu semasa sesi temuduga dia seorang yang lambat dari segi tinda balas yang mana setiap arahan yang diberikan perlu diulang beberapa kali . Tetapi situasi ini telah berubah pada diri Haziq sekarang di mana banyak didapati perubahan dalam perkembangan inteleknya. Apabila hendak memberi arahan kepada Haziq tidak perlu lagi diulang-ulang beberapa kali cukuplah sekadar dua kali memintanya melakukan sesuatu , Haziq sudah pun boleh memahami arahan tersebut. Permerhatian hari kedua Selasa ,2 APRIL 2013 Semasa mata pelajaran Bahasa Melayu , didapati Haziq turut mengambil bahagian dalam aktiviti nyanyian yang diajar Cikgu Siti Zaleha pada hari tersebut . Haziq boleh mengikut gerakan-gerakan badan yang dilakukan oleh gurunya.Dalam masa yang sama juga Haziq dapat memberi respon yang pantas apabila gurunya mengajukan soalan Malahan beliau cepat menjawab dan semuanya betul pada bahan latihan yang diberi oleh gurunya. Menurut Cikgu Farhana pula, Haziq di awal-awal dia dimasukkan kekelas tersebut, dia tidak berminat untuk belajar. Setiap kali guru memandangnya, dia akan menundukkan kepalanya. Begitulah kelakuannya sepanjang kelas berjalan. Tetapi dari masa ke semasa dengan bimbingan guru-gurunya dan penggunaan kaedah yang sesuai terdapat banyak perubahan pada diri Haziq. Dalam masa 3 bulan dia belajar di sekolah ini, didapati Haziq begitu cepat belajar berbanding dengan kanakkanak autisme yang lain. Ini adalah satu perkembangan yang memberangsangkan bagi seorang kanak-kanak autisme seperti Haziq.
  16. 16. Permerhatian hari ketiga Rabu, 3 April 2013 Pada hari ini Haziq kelihatan amat ceria untuk belajar Bahasa Inggeris. Setiap kali gurunya mengadakan aktivit Haziq akan cuba melibatkan diri untuk turut sama dalam aktiviti tersebut. Dia amat bersemangat apabila menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh gurunya.Menurut guru Bahasa Inggerisnya Haziq gemar bertutur dalam Bahasa Inggeris kerana Bahasa Inggeris adalah bahasa yang digunakan oleh ibu bapanya di rumah.Namun begitu Haziq kurang berkemahiran untuk membaca buku-buku Bahasa Inggeris. Ini kerana setiap kali habis menyiapkan kerja-kerja latihannya, dia akan mengambil buku-buku Bahasa Melayu untuk dibaca tidak buku Bahasa Inggeris. Dia akan terusa membaca tanpa mempedulikan orang lain. Menurut guru Haziq, dia mengalami peningkatan dalam kemahiran membaca dengan begitu pantas.Pada asalnya dia tidak tahu dan tidak faham Bahasa Melayu tetapi sekarang dia sudah boleh membaca bertutur dengan agak lancer. Berdasarkan pemerhatian daripada bahan PBS Pendidikan Khas yang diuji, didapati dari segi intelek Haziq dikategorikan dalam tahap Band 3 . Beliau boleh menjawab dengan betul tanpa bantuan guru . Malah dalam ujian diagnostik Bahasa Melayu yang dijalankan
  17. 17. awal Januari 2013 didapati markah yang diperolehi adalah 98 peratus . Pentasiran yang diuji adalah dalam pelbagai kemahiran yang bersesuaian dengan tahap kanak-kanak 8 tahun permasalahan pembelajaran . (lihat ujian Diagnostik yang dilampirkan ). Rumusannya Haziq mengalami masalah pembelajaran iaitu dikategorikan kanak-kanak austisme dari ciri-ciri Intelek :  Mempunyai daya ingatan rendah dan penguasan kebolehan terhad dalam bidang generilisasi bahasa.  Kesulitan dalam pengamatan dan memahami konsep serta daya kreatif rendah  Hanya dapat dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih. Malah tingkahlaku yang ditonjolkan adalah meliputi ciri-ciri autisme iaitu :  Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu  Mudah Kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang kali hasil daripada pengharapan supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur mereka  Sikap dan nilai sosial kanak-kanak tidak selaras dengan tingkah laku murid-murid biasa.  Minat kanak-kanak ini adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.
  18. 18. Walaupun perkembangan inteleknya adalah tidak sama dengan kanak-kanak normal yang seusia namun beliau sentiasa menunjukkan perkembangan yang meningkat dari satu aras ke aras yang lebih tinggi dari sebelumnya . 3.3 Dari aspek emosi. Laporan pemerhatian sehari bersama Haziq di Kelas 2 Hijau . Dengan bantuan guru yang mengajar kanak-kanak pendidikan bermasalah pembelajaran Cikgu Fuad sebagai jurugambar mengikuti Haziq mengikuti proses pembelajarannya dalam cuba memahami Haziq kanak-kanak yang disahkan bermasalah pembelajaran dalam kategori autisme dari aspek emosi atas faktor minat Haziq pada melukis dan kecenderungan Haziq dalam muzik. Khamis , 4 APRIL 2013 Haziq mengikuti kelas mata pelajaran muzik bersama Cikgu Maslailawaty . Murid yang mengikuti kelas ini ialah seramai 10 orang . Pada pemerhatian yang dilakukankanakkanak yang lain memaparkan emosi melalui suara dan tingkah laku . Ada diantara mereka yang bercakap dalam Bahasa Melayu yang mana butir-butir percakapannya tidak jelas . Haziq tetap seperti hari-hari sebelumnya masih sama tiada menampakkan beliau suka
  19. 19. atau tidak pelajaran tersebut. Pada hal cikgu yang mengajar bersedia dengan bahan dan alat perakam,radio . Semasa pembelajaran kelas tersebut,Haziqr tidak juga memaparkan emosi sama ada suka atau pun tidak malah masih seperti hari-hari yang lain tidak dapat menjangka emosi yang sebenarnya . Menurut Edelson (1995), berpendapat bahawa 10 peratus individu autisme yang telah berjaya kerana mempunyai kemahiran yang tinggi dan melebihi ukuran kecerdasan kanak-kanak normal seperti berbakat dalam muzik; boleh bermain piano hanya dengan mendengar sahaja tanpa mempelajari not muzik sebelumnya. Cikgu Maslailawaty mengajar murid menyanyi lagu KSSR tahun”Mari Bergerak”. Pada pemerhatian Haziq mengikuti sesi pembelajaran . Melakukan gerakan yang diarahkan mengikut lirik dan irama lagu tersebut . Riak wajah tetap sama tiada perubahan dari hari sebelumnya. Jumaat ,5 APRIL 2013 Hari ini Haziq tidak dijangka emosi sebenarnya . Berdasarkan pengetahuan , kanakkanak autisme jika sakit, luka atau duka, anak autistik tidak akan meluahkan masalah untuk mengurangkan ketidakselesaan. Ini bererti jarang adanya ekspresi perasaan muka dalam pertuturan. Mengikut paras muka didapati, mood Haziq dalam keadaan baik. Tambahan pula hari ini , beliau akan masuk ke Puan Adela untuk belajar lukisan . Walaupun di tempatkan di kelas yang baru hari ini, bersama murid kelas 2 Biru namun riak muka Haziq tetap sama tiada menunjukkan rasa suka atau sebaliknya . Tidak seperti
  20. 20. kanak-kanak lain yang normal akan memperlihatkan rasa suka sekiranya belajar pada bidang yang diminati. Setelah dapat bahan untuk diwarnai ,Haziq terus memulakan tugasnya dengan menggunakan pelbagai warna bagi menyiapkan lukisannya. Di sini, kita lihat beliau akan lebih fokus dan leka dalam dunianya tanpa memperdulikan sesiapa walaupun pada yang sama kami mendekati subjek . Cuma beliau tidak sekali mengangkat muka memandang kepada sesiapa yang ada di situ . Kami cuba mengganggu emosinya dengan menarik lukisan tersebut tetapi Amar masih tidak menunjukkan reaksi marah cuma bangun dan terus mengambil buku pada rak buku yang disediakan . Saya cuba bersahabat dengan beliau . Memujuknya membaca bersama namun tiada juga riak yang menunjukkan dia suka atau sebaliknya . Saya ajak beliau bergambar bersama dan cuba memujuknya memaparkan wajah ceria . (lihat gambar yang dilampirkan). Kanak-kanak autisme mengalami kesukaran dalam mengenali emosi, yang mana aspek ini tidak dipengaruhi oleh kebolehan intelektual mereka.Dalam satu keadaan, kanakkanak autisme dapat menunjukkan tindak balas yang normal seperti ketika bermain, digeletek atau pergerakan mengikut muzik.Semakin mereka membesar, individu autisme menunjukkan ciri-ciri yang boleh dikatakan ganjil kerana mereka tidak menyorokkan perasaan suka dan tidak suka kepada orang yang berbeza dan kadang-kadang menunjukkan kemesraan yang melampau. Menurut Wing,1983 ,individu autisme juga mempunyai beberapa ekspresi wajah, postur badan yang kaku dan suara yang monotonous (senada). Individu Autistik juga tidak memahami perasaan orang lain. Mereka mungkin ketawa apabila orang lain jatuh atau dipukul. Ketawa, menangis dan menjerit boleh terjadi tanpa apa-apa sebab .Kajian turut mendapati bahawa kanak-kanak autistik boleh bekerjasama dalam menjalankan
  21. 21. tugasan apabila situasi tersebut dipermudahkan. Namun mereka sering tidak memberi perhatian kepada orang dewasa yang bertanya atau memberi arahan . Menurut kata, Puan Adela guru yang banyak meluangkan masa bersama, banyak perubahan ketara pada Haziq yang mana sebelum ini lansung tidak mahu mengikut arahan malah tidak faham apa yang kita arahkan . 3.3 Dari ciri-ciri aspek sosial 3.3.1Pertuturan Hampir 50 peratus daripada anak autistik tidak dapat menguasai teknik pertuturan. Anak-anak ini mempunyai suatu corak komunikasi yang digelar 'echolalia', iaitu mengulangi perkataan orang lain. Amar juga mengalami masalah yang sama terutamanya ketara pada tahun 2012 yang mana beliau di Tahun 1 Merah .Beliau sukar untuk bertutur dengan betul malah bunyi yang keluar daripada mulut Haziq sukar difahami oleh guru. Menurut Puan Dzulfilda Guru Penolong Kanan Kelas Pendidikan Khas , semasa sesi temuduga pada peringkat sekolah yang mana pihak sekolah perlu menentukan tahap pengurusan diri pelajar yang perlu diterima mengikuti siri pembelajaran di sekolah pendidikan khas . Didapati agak sukar ,Haziq memberi tindak balas pada setiap arahan mudah yang diberikan tambahan pula beliau menghadapi masalah komunikasi . Sebagai contoh ditanya,” Siapakah nama awak? “. Haziq hanya membisu malah setelah berulang kali ditanya dan diubah dalam bahasa inggeris barulah beliau menjawab tetapi dalam sebutan yang tidak berapa jelas.
  22. 22. Untuk menjayakan program bimbingan, kanak-kanak autisme perlu mengambil bahagian secara aktif.Pada hakikatnya, penguasaan bahasa dan keupayaan bersosialisasi merupakan aspek penting dalam segala rawatan atau program yang dikendalikan. Selepas setahun 2 bulan, Haziq mendapat bimbingan dari para guru di kelas pendidikan khas menampakkan perubahan yang ketara . Haziq lebih lebih ceria, mesra dan tidak lagi begitu agresif . 3.3.2 Pergaulan Haziq mempunyai kesukaran apabila berinteraksi dengan orang lain. Beliau bermasalah dalam komunikasi (lisan dan bukan lisan) . Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda utama dalam autisme.Tidak seperti kanak-kanak normal yang lain, Haziq lebih suka bersendirian dan tidak gemar untuk bersosial dengan rakan-rakan sekelasnya. Beliau lebih suka melakukan sesuatu aktiviti secara bersendirian dan tidak menghiraukan orang lain. Haziq jugatidak memberi tidak balas atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama. Beliau akan sentiasa mengelak daripada bertentang mata dengan orang lain. Biasanya perkembangan sosial individu autisme gagal membentuk hubungan sosial dan menguasai corak interaksi sosial. Kajian telah dijalankan menunjukkan : mereka selalunya mengalami kelewatan perkembangan sosial individu autistik mempunyai ciriciri yang agak berlainan. Menurut Prof.Jaak Panksepp dari Bowling Green State University di Ohio, AS, telah membuat kajian mengenai tahap kandungan sejenis bahan kimia iaitu betaandorphin.Beliau mendapati kandungan beta-endorphin adalah lebih tinggi di dalam otak
  23. 23. kanak-kanak Autistik daripada kanak-kanak normal. Ini akan memberi kesan kepada corak bersosialisasi untuk mendapat kepuasan hidup. Kajian sedang dijalankan ke atas sejenis dadah yang diberikan kepada individu Autistik iaitu Naltrexone yang boleh menyekat pengeluaran beta-endorphin, dan telah menunjukkan tanda-tanda dapat meningkatkan sosialisasi di kalangan mereka. Haziq tiada kawan rapat hanya akan makan bersendirian pada tempat yang dipilihnya sendiri. Malah beliau tidak bergurau atau mengusik kawan-kawan terutamanya rakan sekelasnya . Beliau suka bersendirian duduk di alamnya sendiri melakukan kerja yang digemarinya seperti membaca buku .Mereka lebih gemar mengasingkan diri dan melakukan aktiviti yang disukai oleh mereka secara berseorangan.Selain itu, bagi kanakkanak Autistik pergaulan dengan rakan sebaya tidak ada kesalingan sosial yang membolehkan mereka membina hubungan atau interaksi.Mereka sebenarnya jarang atau tidak berupaya memulakan interaksi sosial. (lihat gambar yang dilampirkan ) Menurut Frith (1993), menyatakan bahawa masalah sosial individu Autistik ini boleh diklasifikasikan kepada 2 jenis iaitu; a. Pasif Menerima pendekatan sosial yang dibuat oleh orang lain, melakukan apa yang disuruh, mempunyai pertuturan yang baik dan menjawab soalan secara jujur. Walaupun konteks sosial dengan individu lain adalah sebahagian dari rutin hariannya namun ia bukan sesuatu yang menyeronokkan bagi dirinya.
  24. 24. Bagaimanapun sebarang tekanan atau perubahan rutin menunjukkan emosi yang tidak boleh dikawal dan membawa kepada tantrum ( amukan ) b. Terasing Tidak suka berkomunikasi ,tidak menggunakan hubungan mata, tidak mencari tempat untuk mengadu bila sedih, namun tidak menolak konteks sosial seperti semasa meminta makan dan minum, bermain dan memberi reaksi kepada muzik.
  25. 25. LAMPIRAN

×