SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 102
Descargar para leer sin conexión
Pusat Kegiatan Guru Daerah Muar dan Ledang
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor
MODUL LATIHAN FROG VLE GURU CEMERLANG
DAERAH MUAR DAN LEDANG
Terbitan :
Pusat Kegiatan Guru Daerah Muar dan Ledang
Tahun 2014
i
MODUL LATIHAN FROG VLE GURU CEMERLANG
DAERAH MUAR DAN LEDANG
1. Esa Bin Sudar - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Serom
2. Muhammad Hafifi Bin Radzuwan - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Tangkak
3. Abdul Hadi Bin Md Zin - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Lenga
4. Abdul Rashid Bin Abdul Wahab - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Lenga
5. Dol Rahim Bin Nikmat - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Bukit
Gambir
6. Mohd Arshad Bin Haron - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Parit
Bunga
7. Hj. Baharom Bin Haron - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Jalan
Tunku Bendahara
8. Zarifah Binti Zakaria - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Jalan
Tunku Bendahara
9. Anita Binti Aim@Ibrahim - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Parit
Setongkat
10. Teh Teow Yen - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Bakri
11. Mohd Adnan Bin Redzuan - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Parit Jawa
12. Akhbar Bin Ibrahim - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Parit Jawa
13. Che Mohd Nasir Bin Md Yusof - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Sungai
Balang
14. Rodizah Binti Hashim - SK Sungai Abong
15. Mohd Hanafiah Bin Md Yusof - SK Ledang
16. Abd Rahman Bin Mohd Amin - SK Bakri Batu 5
17. Aziz Bin Atan - SK Parit Bunga
18. Fairuz Bin Abdullah - SMK Pekan Baru
PANEL PENULIS
ii
MODUL LATIHAN FROG VLE GURU CEMERLANG
DAERAH MUAR DAN LEDANG
PERKARA MUKA SURAT
1. Pengenalan 1
2. Objektif 1
3. Pembelajaran Maya 1
4. Frog VLE (Virtual Leaning Enviroment) 2
5. Model Reka Bentuk Instruksional 3
5.1 Rekabentuk Pengajaran Smith & Ragan 4
Modul 1 :
Membina Laman PdP 6
Modul 2 :
Berkongsi Laman PdP 34
Modul 3 :
Menyemak dan Menguruskan Tugasan Murid 53
Modul 4 :
Menggunakan Aplikasi Google Drive 76
KANDUNGAN
Disediakan oleh:
Pusat Kegiatan Guru Daerah Muar dan Ledang
1.0 PENGENALAN
Frog Virtual Learning Environment (VLE) telah disediakan oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia sebagai pelantar pembelajaran maya yang boleh digunakan
oleh guru, murid dan ibu bapa. Sebagai suatu pelantar pembelajaran yang interaktif,
penggunaan Frog VLE tidak terhad kepada penggunaan di sekolah sahaja. Malah
Frog VLE juga boleh diakses di luar kawasan sekolah menggunakan capaian
internet yang boleh digunakan sebagai pelantar pembelajaran kendiri.
2.0 OBJEKTIF
Modul ini dihasilkan bertujuan untuk:
a) Menjelaskan konsep pembangunan bahan pengajaran dan pembelajaran
(PdP) menggunakan model reka bentuk instruksional.
b) Menjelaskan tatacara penghasilan bahan PdP menggunakan perisian
persembahan Powerpoint.
c) Menjelaskan tatacara menghasilkan Laman PdP Frog VLE menggunakan
pengintegrasian persembahan Powerpoint.
3.0 PEMBELAJARAN MAYA
Pembelajaran Maya merupakan satu kaedah pembelajaran yang dihubungkan
secara terus dengan internet dan intranet yang menggunakan media elektronik
sebagai medium pembelajaran. Dengan menggunakan kaedah ini, murid boleh
MODUL LATIHAN FROG VLE GURU CEMERLANG
DAERAH MUAR DAN LEDANG
1
mendapatkan maklumat dan membantu pembelajaran di dalam dan luar kelas. PdP
boleh dicapai di mana-mana sahaja dengan cara yang lebih mudah dan berkesan.
“Pembelajaran maya bermaksud pembelajaran dilakukan secara penghantaran dan
akses ke koleksi bahan-bahan pengajaran yang berkoordinasikan ke atas media
elektronik dengan menggunakan „web server‟ untuk menyebarkan bahan tersebut
atau „web browser‟ untuk mengaksesnya dan Protocol Internet (IP) dan Protokol
Pemindahan HyperText (HTTP) sebagai perantara (pertukaran).” (Alan Jolliffe,
Jonathan Ritter dan David Stevens, 2001)
4.0 FROG VLE (VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT)
Frog VLE merupakan pelantar pembelajaran yang digunakan berasaskan ‘cloud’
yang membolehkan guru, murid dan ibu bapa menerapkan pembudayaan ICT dalam
persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Pengguna Frog VLE digalakkan untuk
mengakses pelantar pembelajaran maya ini melalui capaian internet 1Bestarinet.
Setiap pengguna Frog VLE juga mempunyai Frog ID yang disediakan oleh pihak
KPM untuk log masuk ke dalam sistem dan seterusnya menggunakan semua
kemudahan yang disediakan.
2
5.0 MODEL REKA BENTUK INSTRUKSIONAL
Reka bentuk pengajaran adalah sains untuk mencipta amalan pengajaran yang
terperinci untuk pembangunan, penilaian dan penyelenggaraan persekitaran
pembelajaran yang memudahkan PdP sesuatu unit pelajaran berlaku (Richey,1986).
Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru tidak dapat
mencapai keberkesanan dalam pengajaran. Terdapat banyak model reka bentuk
instruksional yang boleh menjadi panduan menghasilkan proses atau bahan PdP
yang merangkumi perkara asas berikut:
a) Menentukan keperluan murid
b) Menentukan matlamat dan objektif
c) Membina prosedur penilaian
d) Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
e) Mencuba sistem pengajaran
f) Menilai keseluruhan sistem
Tujuan utama reka bentuk instruksional adalah untuk menghasilkan bahan
PdP yang berkesan bagi membolehkan murid memperoleh kemahiran, pengetahuan
dan sikap yang diharapkan. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan sistematik
dapat mewujudkan kepercayaan dan keyakinan murid terhadap guru.
Terdapat banyak model reka bentuk instruksional yang boleh digunakan
untuk menghasilkan bahan PdP yang berkesan. Antaranya ialah Model ADDIE (Dick
& Carey, 1978) yang banyak digunakan dalam pembangunan bahan PdP. Model
ADDIE mempunyai lima komponen utama iaitu:
(1) Analisis
(2) Reka bentuk
(3) Pembangunan
(4) Implimentasi
(5) Penilaian
3
Walau bagaimanapun, modul ini akan menggunakan model reka bentuk
instruksional Smith & Ragan (2005) yang terdiri daripada tiga aktiviti utama iaitu
analisa, strategi dan penilaian. Model ini telah dibina berdasarkan model-model
reka bentuk instruksional yang lain. Perbezaan utama antara model ini dengan
model-model yang lain ialah penekanan yang teliti dalam aspek strategi
instruksionalnya. Ketelitian ini tidak banyak terdapat dalam model-model reka bentuk
instruksional yang lain (Gustafan & Branch, 2002). Berikut adalah gambaran visual
Model Smith dan Ragan (Smith & Ragan, 2005, p.10).
4
5.1 Rekabentuk Pengajaran Smith & Ragan
Instructional Design merupakan satu proses yang sistematik yang dapat
merangkakan prinsip-prinsip dalam pengajaran. Bagi model rekabentuk
pengajaran oleh Smith & Ragan, ia terbahagi kepada 3 fasa utama iaitu:
1. Analisis
2. Strategi
3. Penilaian
Analisis Strategi Penilaian
Aspek analisis menjurus kepada analisis berkaitan kawasan sekitar dan
analisis kumpulan sasaran. Analasis persekitaran pembelajaran (learning
environment) seperti pelaksanaan PdP di bilik komputer, di makmal sains dan
sebagainya. Analisis mengenai kumpulan sasaran seperti kemahiran yang
sepatutnya dikuasai oleh pelajar, kemahiran sedia ada pelajar dan
analisis mengenai jenis-jenis tugasan yang akan diberikan kepada pelajar
seperti penggunaan kuiz, latihan, ujian dan sebagainya.
Bagi aspek strategi, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi
penekanan seperti strategi penyampaian, bahan yang akan digunakan dalam
proses penyampaian dan kandungan isi pelajaran.
Akhir sekali ialah aspek penilaian yang terbahagi kepada dua bahagian
iaitu penilaian serentak (concurrently) dan penilaian berterusan (iteratively).
Penilaian concurrently merupakan penilaian yang dilakukan sebaik sahaja
sesuatu sesi pengajaran itu tamat contohnya dengan adanya quiz,
ujian bulanan atau peperiksaan. Manakala penilaian yang iterative ini,
merupakan satu penilaian berterusan sehingga ia mencapai objektif yang
ditetapkan.
5
MODUL 1: MEMBINA LAMAN PDP
1.1 DEFINISI LAMAN PDP DALAM FROG VLE
1. Site digunakan sebagai sumber bahan pengajaran dan pembelajaran.
2. Site juga boleh digunakan untuk menggantikan Dashboard agar dapat dilihat oleh orang
lain.
3. Site boleh dikongsi (share) bersama rakan-rakan guru atau pelajar-pelajar dari sekolah
yang sama.
4. Pelajar tidak boleh membuat Site yang baru tetapi guru boleh melantik pelajar sebagai
pengurus kepada sesebuah site.
5. Untuk membuat Site yang baik bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran, ianya
haruslah mempunyai sekurang-kurangnya perkara-perkara yang berikut:
1. Objektif
2. Pengenalan
3. Isi kandungan
4. Aktiviti
5. Pengukuhan
6. Refleksi
7. Perbincangan
6
1.2 LANGKAH-LANGKAH MEMBINA LAMAN PDP
a. Taip alamat url untuk log masuk akaun Frog VLE ( https://KODSEKOLAH.1bestarinet.net)
b. Taipkkan Yes ID dan Password pada ruangan yang ditetapkan, kemudian klik ‘login’
7
c. Untuk membina laman yang baru, klik pada menu Quick Launch kemudian klik pada icon
sites.
d. Kemudian, klik pada ikon New Site
8
e. Taipkan nama laman yang hendak dibina kemudian klik Next untuk langkah seterusnya.
d. Pilih tema dan ikon yang sesuai, kemudian klik Next untuk langkah seterusnya.
f. Buat penetapan laman PdP VLE anda.
9
g. Jenis-jenis theme yang dicadangkan
10
h. Pilih kategori, kemudian klik Add,
Pilih subjek, kemudian klik Add,
Pilih darjah/tingkatan, kemudian klik Add,
i. taipkan kata kunci untuk memudahkan carian laman ini, klik Add.
Kemudian Klik Create Site untuk meneruskan langkah seterusnya.
11
j. Tahniah, anda telah berjaya membina laman pembelajaran.
12
1.2.1 MEMBINA LAMAN INFORMASI
1.2.1.1 Klik edit untuk menyunting laman
1.2.1.2 Klik pada tab layout.
Layout membolehkan anda menukar bilangan dan kedudukan kotak di laman anda.
Klik butang 1 dan pilih susun atur seperti yang ditunujukkan seperti di bawah.
13
Halaman anda akan kelihatan seperti berikut:
1.2.1.3 Menambah tab/page pada laman.
Untuk menambah tab/page, klik pada tanda + di sebelah kanan tab/page.
1.2.1.4 Menukar nama tab/page.
Untuk menukarnya, anda perlu berada dalam mode edit terlebih dahulu.
Klik New Tab.
Apabila warna teks bertukar menjadi putih dengan latar biru, ia sudah sedia untuk di
edit.
14
Contoh tab/page yang dibina:
1.2.1.5 Widget yang popular digunakan dalam laman informasi
1.2.1.6 Langkah-langkah menggunakan widget.
Widget boleh dimasukkan ke dalam lajur di laman anda untuk menambah kandungan
seperti teks, video dan imej.
15
1.2.1.7 Menambah widget Text ke dalam laman.
Pilih widget Text dan seret ia ke dalam kotak kandungan laman.
Pastikan kotak bertukar ke warna biru sebelum anda melepaskan widget tersebut.
Klik kotak teks yang mengandungi perkataan sample text untuk membuka tetapan widget
tersebut.
Taipkan ke dalamnya teks yang anda ingin masukkan.
16
Untuk menukar format tulisan, pilih teks dan kemudian klik ikon yang terdapat di sebelah kiri
untuk mengubah format yang dikehendaki.
Klik Save Changes untuk menyimpan perubahan.
1.2.1.8 Menambah widget Media ke dalam laman.
Pilih widget Media dan seret ia ke dalam kotak kandungan laman.
Pastikan kotak bertukar ke warna biru sebelum anda melepaskan widget tersebut.
17
Klik dua kali pada kotak kandungan untuk memaparkan tetapan widget Media tersebut.
Widget Media digunakan untuk memaparkan imej atau video.
Sekira ingin memasukkan faill dari komputer atau USB, klik butang Upload pada bahagian
Choose Media untu membuka File Uploader.
Klik pada butang Choose Files untuk mengakses fail-fail dari dari komputer anda.
Fail-fail imej untuk dimuat naik.
Pilih imej dan klik butang open
18
Setelah imej selesai dimuat naik, klik butang done
Anda boleh menetapkan saiz imej tersebut.
Klik Save Changes untuk menyimpan perubahan.
19
Sekiranya ingin memasukkan video, taip ‘Ikan Hiasan’ ke dalam bar carian.
Klik butang Pin Point untuk mencari video.
Video dan imej akan dicari dalam beberapa saat.
Pilih video youtube berikut dari Pin Point.
Klik butang Use untuk memasukkan ke dalam laman anda.
20
Klik Save Changes untuk menyimpan perubahan.
Klik butang x untuk mendapatkan paparan laman anda dengan penuh.
1.2.1.9 Menambah widget Scorm ke dalam laman.
Pilih widget Scorm dan seret ia ke dalam kotak kandungan laman.
Pastikan kotak bertukar ke warna biru sebelum anda melepaskan widget tersebut.
21
Kedudukan icon Scorm selepas berjaya dimasukkan ke dalam laman.
Kemudian, klik 2 kali pada icon Scorm tersebut untuk mencari tajuk pilihan menerusi Search
Scorm files.
Klik Save Changes untuk menyimpan perubahan
1.2.1.10 Menambah widget Embed website ke dalam laman.
Pilih widget Embed website dan seret ia ke dalam kotak kandungan laman. Pastikan
kotak bertukar ke warna biru sebelum anda melepaskan widget tersebut.
22
Kedudukan icon Embed Website selepas berjaya dimasukkan ke dalam laman.
Kemudian, klik 2 kali pada icon Embed Website tersebut untuk membuat tetapan.
Masukkan URL laman yang dikehendaki
Tukar saiz paparan
Klik Save Changes untuk menyimpan perubahan
Contoh kuiz interaktif yang telah dimasukkan ke dalam laman
23
1.2.1.11 Menambah widget Wall ke dalam laman. Pilih widget Wall dan seret ia ke dalam kotak
kandungan laman.
Widget ini boleh digunakan untuk mengadakan perbincangan atau maklum balas
bersama pelajar secara atas talian.
Klik Save Changes untuk menyimpan perubahan.
Keluar daripada edit mode.
Masukkan isu atau soalan yang ingin dibincangkan diruangan yang ditetapkan.
Klik Post
Isu atau soalan akan tertera dan perbincangan boleh dimulakan apabila laman ini
dikongsikan kepada pelajar.
Pelajar boleh memberi maklum balas dengan klik pada butang reply
24
1.2.2 MEMBINA LAMAN TUGASAN
1. Bagi menmberikan tugasan kepada pelajar, guru perlu menggunakan 4 widget yang biasa
digunakan dalam memberi tugasan kepada pelajar iaitu:
Text Activity File Drop Scorm Quiz
2. Penggunaan widget ‘Text Activity’ ialah untuk membolehkan guru memasukkan arahan untuk
tugasan yang akan diberikan . Setelah tugasan dihantar kepada pelajar, pelajar boleh
memasukkan pula jawapan mereka dan menghantar semula tugasan tersebut kepada guru
untuk disemak . Contoh langkah menggunakan widgets ini seperti berikut
2.1. Seret widget Text Activity ke ruang layout yang kita sediakan
2.2 Kemudian klik pada ikon untuk melihat ruangan teks yang hendak ditaip
25
2.3 Taipkan teks arahan tugasan yang perlu pada ruang yang disediakan kemudian akan muncul
dalam widget Text Activity seperti contoh di bawah. Langkah seterusnya klik butang Save
Changes
3. Penggunaan File Drop ialah untuk memuatnaik fail untuk digunakan bagi memberi tugasan
kepada pelajar contohnya fail lembaran kerja yang telah dibina oleh guru.
 File Drop boleh digunakan bersama dengan widget teks
3.1. Seret widgets File Drop ke ruang layout yang kita sediakan
3.2.Paparan File Drop akan ditunjukkan seperti di bawah kemudian klik Save Changes untuk
menyimpan fail dan tutup paparan widgets dengan mengklik tanda X
26
3.3. Klik butang Upload bagi memuat naik fail/bahan yang anda ingin pelajar muat turun
sebagai bahan tugasan yang diperlukan.
3.4.Fail Klik Choose File untuk memilih fail dari pemacu dimana fail disimpan .
3.5.Pilih Fail , klik open dan kemudian klik butang Done
27
4. SCORM WIDGET membolehkan kandungan SCORM (Sharable Content Object Reference Model)
dipaparkan dalam laman. SCORM widget mengandungi fungsi carian modul interaktif supaya
anda boleh mencari dan menggunakan kandungan SCORM percuma yang dibekalkan oleh KPM
4.1 Seret widgets Scorm ke ruang layout yang kita sediakan
4.2 Dwiklik (A) ikon Scorm untuk mencari bahan fail yang hendak dimuatnaik sebagai bahan
pengajaran atau tugasan yang ada dalam modul KPM. (B) Paparan ruang carian akan
dipaparkan di sebelah kiri dan taipkan bahan modul yang hendak dicari seterusnya klik
butang carian , contoh Kata Nama maka (C)senarai tajuk yang berkaitan akan
disenaraikan dibawah. Klik tajuk yang dipilih dan klik butang Save
(A)
)
(B)
)
(C)
)
28
5. Seret widgets Quiz ke ruang layout yang kita sediakan
5.1. Klik pada kotak susnatur kuiz untuk melihat tatapan import kuiz disebelah kiri
5.2. Klik butang import untuk memilih kuiz yang disenaraikan atau untuk membina kuiz yang
baru
29
5.3 Klik New Quiz untuk membina kuiz yang baru
5.3.1. lengkapkan maklumat pada paparan kuiz yang baru seperti dibawah dan kemudian klik butang
Add Questions untuk memilih jenis soalan kuiz
5.3.2 Ada 4 jenis format soalan kuiz yang boleh dipilih seperti berikut:
30
5.3.3. Contoh kuiz – Free Format Text.
Ikuti langkah berikut untuk membina kuiz Free Format Text. Klik butang tambah untuk menambah
soalan seterusnya
5.3.4. Contoh kuiz – True/False.
Ikuti langkah berikut untuk membina kuiz True/False . Klik butang tambah untuk menambah soalan
seterusnya
Langkah 1. Taipkan soalan pada ruang soalan yang disediakan
Langkah 2. Taipkan jawapan dan klik butang +
Langkah 3. Taipkan respon jika jawapan betul.
Langkah 1. Taipkan soalan pada ruang soalan yang disediakan
Langkah 2. Klik butang jawapan yang betul
31
5.3.5. Contoh kuiz – Multiple Choice
Ikuti langkah berikut untuk membina kuiz Multiple Choice . Klik butang tambah untuk menambah soalan
seterusnya
5.3.6. Contoh kuiz – Multiple Choice Images
Ikuti langkah berikut untuk membina kuiz Multiple Choice Images . Klik butang tambah untuk
menambah soalan seterusnya.
Klik butang jawapan yang betul
Klik butang jawapan yang betul
32
1.3 MEMBINA LAMAN MENGGUNAKAN TEMPLATE
Pilih kategori, kemudian klik Add,
Pilih subjek, kemudian klik Add,
Pilih darjah/tingkatan, kemudian klik Add,
Taipkan kata kunci untuk memudahkan carian laman ini, klik Add.
Tandakan pada Set this site as a template
Kemudian Klik Create Site untuk meneruskan langkah seterusnya.
Di ruangan Templates, anda dapat melihat laman yang telah ditag sebagai Template.
Template adalah sama seperti laman-laman yang lain dan direka bagi membolehkan pengguna
( yang diberi akses) memasukkan kandungan mereka.
Untuk membuat Template laman, tag kategori mesti ditetapkan sebagai Templates.
Ia boleh dilakukan ketika laman dihasilkan atau tag ditambah pada laman yang sedia ada.
Templates laman dipaparkan dalam warna jingga.
33
2.0 Berkongsi Laman PdP
Laman PdP (sites) yang anda bina boleh dikongsi (Share) sebagai laman
infomasi dengan pengguna yang lain sama ada untuk dikongsi secara umum
( Public) atau secara ketetapan individu dan berkumpulan ( Private).
Langkah permulaan Log Masuk ke dalam akaun anda. Kemudian sila klik pada
Quick Launch
Klik Quick
Launch.
Langkah 1
Klik pada Sites
Langkah 2
34
Setelah laman informasi anda dipaparkan klik ( share) pada frog bar.
Langkah 3.1
Klik pada My Sites .
Langkah 3.2
Pilih laman informasi yang hendak dikongsi
(Share)
35
Anda boleh menukar tag-tag laman di ruangan ini. Jika tiada perubahan,
klik butang Next untuk meneruskannya.
Langkah 4
Pilih Share
Tag – tag ini yang telah anda tetapkan semasa permulaan pembinaan Sites.
Pilih Next
Langkah 6
Langkah 5
Jika ada perubahan
atau penambah tag
pastikan butang Add
di tekan. Jika tiada
perubahan terus
tekan butang Next
36
2.1 Tetapan semua pengguna Mengakses Laman Infomasi (Public)
Terdapat dua pilihan iaitu Public dan Private ,Pilih Public.
Public : Pilihan ini akan menjadikan laman anda sebagai laman umum yang boleh
dilihat oleh seluruh warga sekolah. Anda bagaimanapun boleh menentukan
tahap akses pengguna berdasarkan:
• Can contribute – Pengguna boleh menyumbang di bahagian interaktif
laman seperti Forum, Wall dan File Drop.
• Can view – Pengguna hanya dibenarkan untuk melihat laman.
Selepas anda tetapkan tahap akses , klik Share.
Laman PdP anda telah berjaya dikongsi secara Public.
Pilih
Public
Pilih Can
contribute atau
Can view
Klik butang
Share
Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
37
2.2 Tetapan Pengguna atau Kumpulan Tertentu Mengakses Laman Infomasi
(Private)
Terdapat dua pilihan iaitu Public dan Private ,Pilih Private.
Private – Pilihan ini akan menjadikan laman anda terhad iaitu hanya untuk
pengguna yang disenaraikan di dalam ruangan 'Who has access' sahaja.
Pilih
Private
Langkah 1
38
Taipkan nama atau kumpulan yang dikehendaki, kemudian pilih dan tekan Add.
Setelah pengguna atau kumpulan telah dipilih , anda perlu menetapkan tahap akses
untuk pengguna atau kumpulan dalam tersebut.
Terdapat tiga pilihan iaitu:
• Can edit & manage – Pengguna boleh mengubahsuai (edit) laman - menambah
widget, menambah/memadam kandungan,menukar tahap
akses dan lain-lain.
• Can contribute – Pengguna boleh menyumbang maklumat di bahagian
interaktif laman seperti Forum, Wall dan File Drop.
• Can view – Pengguna hanya boleh mengakses laman sahaja.
Langkah terakhir adalah menekan butang Share. Laman anda telah berjaya dikongsi
Masukkan
Nama atau
kumpulan yang
hendak dipilih
Langkah 2
Langkah 3
Tekan Add
untuk pilih.
Langkah 4
Pilih ketetapan :
-Can edit & manage
- Can contribute ,
atau
- Can view
Tekan butang
Share
Langkah 5
39
2.3 Menghantar tugasan secara individu
Anda hendaklah memilih laman informasi terlebih dahulu (sites). Klik Share atau
kongsi pada Frog Bar. Setelah itu, tetingkap Share atau Assign akan
terbuka.
Klik
Assign
40
Isikan maklumat yang berkaitan dan masukkan nama tugasan anda ke dalam ruang
assignment name. Gunakan menu subject untuk memilih mata pelajaran yang
bersesuaian dengan tugasan tersebut.
Dalam ruangan Recipients taipkan nama pengguna yang akan menerima tugasan ini.
Setelah selesai klik butang Add unuk memasukkan nama tersebut ke dalam senarai.
41
2.4 Menghantar Laman Sebagai Tugasan Kumpulan
Dalam kotak Recipients masukkan nama kumpulan yang ingin ditetapkan.
Sebaik sahaja nama kumpulan terpapar, klik 'add' untuk memilihnya. Anda
boleh memilih lebih daripada satu kumpulan.
2.5 Menukar Kumpulan Penerima kepada Individu
Kumpulan penerima ini juga boleh ditukar kepada pengguna secara individu.
Ini berguna jika ada seseorang dalam kumpulan itu tidak dikehendaki menerima
tugasan itu.
Langkah 1 : Klik pada butang 'Convert to individuals'.
42
Langkah 2 : Kemudian klik 'Ok'.
Kumpulan akan dipecahkan kepada pengguna individu. Guru boleh memadam
individu yang tidak dikehendaki.
Langkah 3: Klik pada tanda pangkah untuk mengeluarkan pelajar daripada senarai
kumpulan. Kemudian Next untuk sambung.
43
Tugasan yang dihantar kepada pelajar boleh mempunyai tarikh akhir. Guru boleh
menetapkan bila tarikh akhir tugasan yang perlu dihantar oleh murid.
Langkah 1: Klik pada kotak 'Assignment due' .Gunakan kalendar kecil untuk
memilih tarikh.
Langkah 2 : Masukkan arahan untuk tugasan dalam 'Instruction'.
Arahan ini akan berbeza daripada arahan yang dimasukkan dalam widget
aktiviti.
44
Langkah 3 : Untuk mendapat maklum balas pelajar tentang tugasan yang diberi, klik
kotak Ask for Self Evaluation. Seterusnya klik 'Assign'.
Mesej akan muncul untuk memaklumkan tugasan yang telah dihantar. Tugasan tersebut
akan dihantar kepada pelajar yang telah disenaraikan. Pelajar akan menerima satu
mesej di dalam panel 'Notification' berkaitan tugasan yang diberi.
45
PROSES MENGHANTAR LAMAN PDP KE MOE REPOSITORY
Langkah 1
Klik pada Quick Launch dan pilih ruangan My Site.
46
Langkah 2
Pilih dan klik pada laman yang hendak dihantar ke MoE Repository.
Klik pada ikon
Langkah 3
Pilih Send site to MoE Repository
47
Langkah 4
Klik butang Add dan buat pilihan .
Klik OK
48
CARA DAPATKAN BAHAN YANG TELAH DIHANTAR KE MOE
Langkah 1
Klik Quick Launch kemudian pilih Frogstore
Langkah 2
Klik
49
Langkah 3
Buat carian Tapak pada Search SITES, kemudian akan muncul Tapak di sebelah bawah.
Langkah 4
Klik pada Resource Manager kemudian klik Sites untuk dapatkan Tapak yang dipilih.
50
Langkah 5
Pilih My Library untuk meihat Tapak, kemudian klik 2 kali pada Tapak yang dipilih.
Langkah 6
Paparan akan muncul seperti di bawah. Klik pada Copy.
51
Langkah 7
Tapak yang dipilih akan muncul seperti paparan di bawah.
52
MODUL 3: MENYEMAK DAN MENGURUSKAN TUGASAN MURID
Semua tugasan yang telah disiapkan oleh pelajar perlu disemak dan diuruskan oleh guru.
Terdapat beberapa langkah yang perlu guru laksanakan untuk menyemak dan seterusnya
menguruskan rekod-rekod tugasan tersebut agar lebih teratur dan sistematik.
3.1 Menyemak tugasan menggunakan Text Activity
3.1.1 Maklumat penghantaran tugasan
Tedapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mengetahui
maklumat penghantaran tugasan oleh murid.
Cara 1
Langkah 1: Klik butang Notification di Frog Bar.
Langkah 2: Klik pada nama murid dan tugasan yang dihantar oleh murid.
Langkah 3: Klik pada nama tugasan yang hendak disemak.
53
Cara 2:
Langkah 1: Klik pada ikon Quick Launch di Frog Bar
Langkah 2: Klik pada ikon Assignment.
Langkah 3: Klik pada nama tugasan yang hendak disemak.
3.1.2 Membuat semakan tugasan
Guru boleh mengetahui sama ada murid telah menghantar tugasan atau
tidak dengan melihat pada butang yang terdapat dalam ruang Submitted .
54
Butang Fungsi
Butang hijau menunjukkan murid
telah submit assignment untuk
ditanda oleh guru.
Butang kelabu menunjukkan murid
belum submit assignment.
Setelah mengenal pasti tugasan yang hendak disemak, sila ikuti langkah-
langkah berikut untuk membuat semakan:
Langkah 1: Klik pada tugasan yang telah dihantar.
Langkah 2: Pilih tugasan ‘Text Activity’.
Langkah 3: Klik pada jawapan murid yang dipaparkan dalam petak.
55
Langkah 4: Setelah itu, jawapan murid akan terpapar dengan lebih jelas
menggunakan ‘pop up’. Kemudian, klik butang ok.
Langkah 5: Masukkan markah bagi setiap aktiviti dalam kotak ‘Activity mark’.
Langkah 6: Masukkan markah keseluruhan dalam kotak ‘Mark Given’.
Langkah 7: Berikan komen keseluruhan dalam kotak ‘Overall Comments’.
Langkah 8: Klik butang ‘Save’.
56
3.2 BAGAIMANA MENYEMAK TUGASAN MELALUI “FILE DROP”
Langkah 1
Apabila pelajar mengemukakan kerja mereka untuk disemak, guru akan dimaklumkan
oleh beberapa tanda merah dalam panel Pemberitahuan (Notification). Klik pada
icon Notification yang memaparkan butiran tugasan yang telah dihantar.
Klik maklumat di panel Notifications untuk membuka
tetingkap Assignments.
57
Langkah 2
Dalam tetingkap Assignments, anda akan dapat melihat nama tugasan yang dihantar
kepada pelajar serta nama penerima tugasan tersebut
Klik nama pelajar untuk melihat tugasan yang dihantar.
Langkah 3
Widget File Drop terletak di atas Submitted Work. Sekiranya terdapat tugasan yang
dihantar melalui file drop, paparan di bawah akan kelihatan.
58
Langkah 4
Klik pautan View untuk membuka laman tugasan.
Langkah 5
Setelah ia dibuka, anda akan dapat melihat fail yang dimuat naik oleh pelajar.
59
Langkah 6
Untuk memuat turun fail berkenaan, klik pada nama fail dan ia akan berubah menjadi
warna biru.
Langkah 7
Setelah itu, fail akan dimuat turun ke dalam komputer anda. Klik fail tersebut untuk
membukanya.
60
Langkah 8
Maklum balas dan komen pelajar boleh dilihat di bahagian Self Evaluation.
Langkah 9
Taipkan komen jika ada, ke dalam kotak Overall Comments. Anda kini perlu
memasukkan markah ke dalam kotak Mark Given. Markah yang diberi adalah markah
keseluruhan untuk tugasan.
Langkah 10
Klik Save untuk meneruskannya.
61
Langkah 11
Setelah selesai, klik pada anak panah untuk menyemak tugasan pelajar seterusnya.
Langkah 12
Menutup Tugasan dan Mengedarkan Markah
Selepas menyemak dan menandakan tugasan pelajar, tugasan perlu ditutup dan anda
perlu mengedarkan markah yang diberi kepada pelajar.
Untuk tujuan tersebut, klik nama tugasan di Navigation Trail, di bahagian atas
Assignments untuk memaparkan senarai pelajar-pelajar yang menerima tugasan.
62
Langkah 13
Untuk menutup tugasan, sila klik Actions Menu dan kemudian klik Close assignment.
Langkah 14
Di tetingkap Close Assignment, tandakan Release marks and notify all recipients.
63
Langkah 15
Untuk menghantar markah yang diiringi dengan mesej, taipkan mesej ke dalam
ruangan Add a message.
Langkah 16
Klik butang Close untuk menghantar markah dan menutup tugasan. Markah dan mesej
yang dimasukkan akan terpapar di panel Notifications pelajar.
64
Langkah 17
Untuk menutup laman tersebut dan kembali ke Assignments, anda perlu klik x di sudut
kanan.
65
3.3 Menyemak Tugasan Menggunakan “Quiz”
1. Pilih Assignment Murid Yang Hendak Ditanda.
2. Klik Murid
Tanda Menunjukkan Murid
submited Assignment
66
Markah diberi secara
automatik
3. Beri Komen
4. Klik “Save”
5. Guru boleh memilih untuk hantar assignment balik kepada murid untuk
buat semula atau tutup assignment. Apabila assignment sudah ditutup
(close), murid tidak dapat buat lagi assignment
67
3.4 Menyemak tugasan menggunakan “Scorm”
1. Klik
2. Pilih tugasan yang dihantar oleh murid
68
3. Klik
4. Tugasan menggunakan “Scorm”
5. Markah tidak dapat diberikan kerana
aktiviti yang diselesaikan dapat disemak
terus sebaik sahaja aktiviti diselesaikan.
69
70
3.6 Melengkapkan penilaian bagi individu
Selepas menyemak tugasan murid, guru boleh menutup tugasan bagi murid
tersebut. Selepas tugasan bagi murid tersebut ditutup, guru boleh menyambung
semakan terhadap tugasan murid yang lain.
Untuk menutup tugasan bagi murid secara individu, klik pada butang .
Kemudian, Klik butang ‘Close for Individual’.
Sekiranya guru tidak berpuas hati dengan jawapan murid, guru tersebut boleh klik
pada butang ‘Return assignment’ untuk memulangkan tugasan kepada murid
tersebut untuk pembetulan.
71
3.6 Menutup tugasan dan menghantar markah kepada pelajar
Murid hanya boleh melihat markah tugasan yang diperoleh setelah guru menutup
tugasan tersebut.
Langkah 1: Klik pada tajuk / nama tugasan.
Langkah 2: Klik pada butang dan pilih ‘Close assignment’.
72
3.7 Mengarkib tugasan
Guru boleh mengarkib tugasan yang telah ditutup bagi membuat penyimpanan rekod
yang lebih teratur.
Langkah 1: Klik butang ‘Closed’.
Langkah 2: Klik pada kotak kecil di sebelah nama tugasan.
Langkah 3: Klik butang ‘Archive’.
3.8 Melihat rekod tugasan yang telah ditutup
Guru boleh melihat semua rekod tugasan yang telah ditutup kepada melalui fungsi
‘Closed’ yang disediakan. Untuk melihat tugasan yang telah diarkib, klik butang
‘Archived’.
73
Untuk memudahkan pencarian bagi melihat rekod semua tugasan yang telah ditutup,
guru boleh memfokuskan pencarian dengan klik pada butang . Kemudian, buat
pilihan carian sama ada melalui nama tugasan, tarikh tugasan diberi, nama subjek
atau nama penerima.
Guru juga boleh memuat turun rekod tugasan yang telah ditutup. Untuk memuat
turun rekod tersebut, klik pada butang ‘Export Closed As CSV’.
74
3.9 Membuang tugasan
Guru boleh membuang tugasan yang telah ditutup atau diarkib.
Langkah 1: Klik butang ‘Closed’ atau ‘Archived’.
Langkah 2: Klik pada kotak kecil di sebelah nama tugasan.
Langkah 3: Klik butang ‘Delete’.
75
1
MODUL 4 MENGGUNAKAN APLIKASI GOOGLE DRIVE
4.1 Pengenalan
Cloud Storage adalah satu media penyimpanan dalam talian (online) yang
membolehkan pengguna menyimpan dan mengakses data atau fail di mana sahaja
menggunakan peranti pilihan pengguna.
Google Drive merupakan satu perkhidmatan simpanan “Cloud” yang disediakan oleh
Syarikat Google kepada VLE melalui kerjasama Google dengan YES.
Saiz simpanan yang diberikan adalah berjumlah 30 gigabait (GB). Ini berbeza
dengan saiz simpanan yang diberikan kepada pengguna biasa Google hanyalah
sekitar 10 GB sahaja.
Fail dan bahan-bahan pengajaran yang disimpan di dalam Goole Drive boleh di
letakkan di dalam site pembelajaran melalui widget embed site.
4.2 Mengenali Google Drive Anda
Pengguna hendaklah log masuk ke dalam akaun VLE masing-masing. Melalui
paparan hadapan, sila tekan butang quick launch ( ) di frog head bar (sebelah
atas kanan).
Melalui paparan quick launch, tekan ikon Google Drive ( ). Pengguna kemudian
akan dibawa kepada paparan baru iaitu paparan Goole Drive.
Apabila anda memasuki paparan Google Drive, anda akan mendapat paparan
seperti berikut di atas. Paparan ini adalah hampir sama dengan paparan Gmail,
malah beberapa fungsi di dalam Drive ini mengambil fungsian Gmail seperti delete,
sort dan sebagainya.
76
2
Terdapat beberapa butang dan fungsi yang penting dalam Google Drive ini:
a. Butang Upload
Butang upload adalah butang yang berwarna merah, berada di sebelah butang
create. Butang ini adalah untuk memuat naik dokumen/ fail dalam drive ini.
Keseluruhan folder juga boleh muat naik menggunakan cara ini.
b. Butang Create
Butang Create ini boleh digunakan untuk membuat dokumen-dokumen seperti
Word, Excel, PowerPoint tetapi menggunakan enjin Google. Semua fail yang
dibuat akan disimpan di dalam Drive secara automatik.
4.3 Menyimpan dan Berkongsi Bahan
4.3.1 Cara memuat naik bahan ke Google Drive
a. Di dalam paparan Google Drive, klik butang Upload dan pilih sama ada
bahan tersebut adalah “files” atau “folder”.
b. Pilih fail atau folder yang hendak di muat naik itu dan klik “open”.
c. Setelah proses muat naik selesai, anda boleh lihat fail tersebut berada di
dalam My Drive anda.
77
3
4.3.2 Cara Berkongsi Fail Menggunakan Fungsi Share
Fail yang telah anda muat naik di dalam Google Drive boleh dikongsi dengan
mudah pada rakan atau sesiapapun di internet dengan menggunakan fungsi
Share.
a. Klik dan buka fail yang hendak dikongsi dalam paparan depan Google
Drive.
b. Dari paparan dokumen yang telah dibuka tadi, klik butang Share yang
berwarna biru di sebelah atas kanan.
c. Paparan seperti di bawah dapat dilihat.
Dari paparan tersebut, anda ada beberapa pilihan yang boleh dilakukan.
Klik pada Change dan pilih Setting yang anda mahukan.
78
4
4.4 Menghasilkan Dokumen Menggunakan Google Document
4.4.1 Membina fail dokumen (Google Docs) secara atas talian (online).
a. Membina fail yang baru secara atas talian.
79
5
b. Memberi nama pada fail yang dibina.
80
6
c. Menaip / Mengisi maklumat
4.4.2 Menyunting maklumat yang diisi.
4.4.3 Memasukkan imej melalui fungsi Upload, Take a snapshot dan By URL:
81
7
a. Upload
b. Take a snapshot
82
8
c. By URL
83
9
4.4.3 Memasukkan pautan (link)
84
10
a. Menggunakan fungsi Link to Web address.
b. Menggunakan fungsi Link to Email address.
85
11
c. Menggunakan fungsi Bookmark.
4.4.4 Memasukkan Persamaan Matematik (Equation).
86
12
4.4.5 Memasukkan Komen (Comment)
4.4.5 Berkongsi dokumen dengan orang lain.
87
13
4.5 Menghasilkan Persembahan Menggunakan Google Presentation
Dengan menggunakan aplikasi Google Drive, kita boleh membina fail persembahan secara
atas talian (online) tanpa memerlukan perisian aplikasi persembahan seperti Microsoft
PowerPoint, Harvard Graphic dan Lotus Freelance dan sebagainya.
Langkah-langkah membina persembahan:
4.5.1 Bina fail yang baru secara atas talian.
88
14
a. Lancarkan aplikasi Google Presentation
b. Pilih tema yang sesuai.
c. Berikan nama kepada fail yang dibuat.
2
1
89
15
4.5.2 Tambah slaid serta menukar layout, tema dan background
atau
Klik untuk menambah slaid.
Pilih menu “Slide” dan
pilih “New slide”.
Pilihan untuk
menukar background,
layout dan tema.
90
16
4.6 Menghasilkan Hamparan Data Menggunakan Google Spreadsheet
Membina fail dokumen Google Spreadsheet secara atas talian (online)
4.6.1 Membina fail yang baru secara atas talian
a. Lancarkan aplikasi Google Spreadsheet dari Google Drive.
b. Memberikan nama fail yang di bina
4.6.2 Menaip atas paparan dokumen yang hendak di bina
1
91
17
4.6.3 Membuat suntingan maklumat yang diisi
4.7 Menghasilkan borang menggunakan Google Form
4.7.1 Buat borang
a. Lancarkan aplikasi Google Forms.
 Click butang CREATE > Form
b. Namakan borang dan pilih tema.
 Taipkan tajuk borang pada ruangan Title. (Contoh: BORANG
PENGGUNAAN CHROMEBOOK)
 Pilih tema (Theme)
 Klik OK
Ikon-ikon untuk menjalankan fungsi
suntingan (edit).
92
18
c. Buat soalan
 Masukkan NAMA PENGGUNA pada ruangan Question Title.
 Masukkan arahan pada ruangan Help Text. (Contoh: Sila masukkan nama
penuh anda.)
 Pilih Text pada ruangan Question Type
 Klik butang Done
93
19
 Paparan akan kelihatan seperti di bawah.
 Klik Add Item untuk menambah item yang baru mengikut kesesuaian.
 Setelah siap semua item soalan, klik Choose response destination
(kawasan data akan disimpan).
 Tandakan pada radio button New Spreadsheet
 Klik Create
94
20
 Lembaran View responses akan dijana
4.7.2 Kongsi borang
 Tandakan check box berikut:
o Require yes login to view this form
o Automatically collect responses yes username
o Share link to submit another responses
o Publish and show a link to the results of this form to all responses
 Klik butang Send Form
95
21
 Pada tetingkap pop-up Send Form:
o Klik pada kawasan URL Link to share sehingga menjadi warna biru.
o Tekan kekunci Ctrl+C untuk membuat salinan URL
o Klik Done.
 Hantar pautan URL tadi kepada pengguna yang hendak dikongsi.
4.8 Membuat pautan Google Drive dalam laman Fog VLE
Semua fail seperti dokumen, persembahan, hamparan data dan borang dari Google Drive
boleh dimasukkan ke dalam site Frog VLE.
4.8.1 Mendapatkan URL Pautan
URL pautan untuk semua dokumen, persembahan, hamparan data dan borang yang
dibina dengan aplikasi daripada Google Drive boleh diperoleh dari langkah berikut:
 Tandakan check box bagi tajuk fail tersebut
 Pilih More > Open with dan pilihlah Google Docs (untuk fail dokumen). Google
Slides (untuk fail persembahan), Google Sheets (untuk fail hamparan data) atau
Google Form (untuk fail borang).
 Setelah fail tersebut dibuka, klik menu File dan pilih Publish to the web …
 Dalam tetingkap pop-up Publish to the web, tandakan check box Require viewers
to sign in with their YES account dan klik butang Start Publishing.
96
22
 Klik Ok apabila tetingkap pertanyaan dari Google Drive dipaparkan.
 Dalam tetingkap Publish to the web yang dipaparkan, salin arahan dalam Embed
code.
97
23
 Buka aplikasi Notepad atau apa jua aplikasi pemprosesan perkataan dan tampal
(paste) kod arahan tadi.
 Sunting kod tersebut dengan memadam kod sebelum http://... dan selepas
delayms=3000. Kemudian, salin (copy) kod yang telah disunting tadi.
4.8.2 Membuat Pautan Dalam Laman Frog VLE
 Bina site baru dalam Frog VLE anda.
 Klik Edit untuk membolehkan kita membuat suntingan.
 Klik dan seret widget Embed Website ke dalam site.
98
24
 Tampal (paste) kod yang telah disalin tadi pada bahagian Enter URL.
 Enter Height: 600
 Klik butang Save Changes dan tutup edit mode dengan menekan butang
 Paparan borang yang telah dimasukkan ke dalam site Frog VLE
99

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Contoh perancangan strategik ict sksb
Contoh  perancangan strategik ict sksbContoh  perancangan strategik ict sksb
Contoh perancangan strategik ict sksbsyidut_77
 
Pembudayaan ict
Pembudayaan ict Pembudayaan ict
Pembudayaan ict d052773
 
MODUL GRAFIK BERKOMPUTER
MODUL GRAFIK BERKOMPUTERMODUL GRAFIK BERKOMPUTER
MODUL GRAFIK BERKOMPUTERRuudz Dy
 
Kursus i think dalam talian (ki dt)2014 - taklimat peluasan
Kursus i think dalam talian (ki dt)2014 - taklimat peluasanKursus i think dalam talian (ki dt)2014 - taklimat peluasan
Kursus i think dalam talian (ki dt)2014 - taklimat peluasanPuworkUtara OnSlideshare
 
Huraian Sukatan Pelajaran Grafi Komputer Ting 4n5
Huraian Sukatan Pelajaran Grafi Komputer Ting 4n5Huraian Sukatan Pelajaran Grafi Komputer Ting 4n5
Huraian Sukatan Pelajaran Grafi Komputer Ting 4n5Paee Faiezah Kertau Kintus
 
Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnpwmzuri
 
Panduan google classroom
Panduan google classroomPanduan google classroom
Panduan google classroomSamNoeid
 

La actualidad más candente (11)

Contoh perancangan strategik ict sksb
Contoh  perancangan strategik ict sksbContoh  perancangan strategik ict sksb
Contoh perancangan strategik ict sksb
 
sukatan pelajaran produksi multimedia
sukatan pelajaran produksi multimediasukatan pelajaran produksi multimedia
sukatan pelajaran produksi multimedia
 
RPH PRODUKSI MULTIMEDIA
RPH PRODUKSI MULTIMEDIARPH PRODUKSI MULTIMEDIA
RPH PRODUKSI MULTIMEDIA
 
Pembudayaan ict
Pembudayaan ict Pembudayaan ict
Pembudayaan ict
 
MODUL GRAFIK BERKOMPUTER
MODUL GRAFIK BERKOMPUTERMODUL GRAFIK BERKOMPUTER
MODUL GRAFIK BERKOMPUTER
 
Kursus i think dalam talian (ki dt)2014 - taklimat peluasan
Kursus i think dalam talian (ki dt)2014 - taklimat peluasanKursus i think dalam talian (ki dt)2014 - taklimat peluasan
Kursus i think dalam talian (ki dt)2014 - taklimat peluasan
 
Huraian Sukatan Pelajaran Grafi Komputer Ting 4n5
Huraian Sukatan Pelajaran Grafi Komputer Ting 4n5Huraian Sukatan Pelajaran Grafi Komputer Ting 4n5
Huraian Sukatan Pelajaran Grafi Komputer Ting 4n5
 
Silibus komputer grafik
Silibus komputer grafikSilibus komputer grafik
Silibus komputer grafik
 
Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnp
 
Modul google classroom v1
Modul google classroom v1Modul google classroom v1
Modul google classroom v1
 
Panduan google classroom
Panduan google classroomPanduan google classroom
Panduan google classroom
 

Destacado

“Informe anual 2011 y perspectivas 2012”
“Informe anual 2011 y perspectivas 2012”“Informe anual 2011 y perspectivas 2012”
“Informe anual 2011 y perspectivas 2012”comexcr
 
гузунова юлия (Combo app) тайны mobile app promotion
гузунова юлия (Combo app)   тайны mobile app promotionгузунова юлия (Combo app)   тайны mobile app promotion
гузунова юлия (Combo app) тайны mobile app promotionPCampRussia
 
Programación Dto. de Dibujo
Programación Dto. de DibujoProgramación Dto. de Dibujo
Programación Dto. de DibujoInés Martos
 
Top Performing US Spirit Brands on Social Media
Top Performing US Spirit Brands on Social MediaTop Performing US Spirit Brands on Social Media
Top Performing US Spirit Brands on Social MediaUnmetric
 
Accommodation turner
Accommodation turnerAccommodation turner
Accommodation turner44ss44
 
V5 -part2 8 packaging design tips
V5 -part2 8 packaging design tipsV5 -part2 8 packaging design tips
V5 -part2 8 packaging design tipsWright Design Inc.
 
Selwane Nature Reserve Juni 2015
Selwane Nature Reserve Juni 2015Selwane Nature Reserve Juni 2015
Selwane Nature Reserve Juni 2015Magnus Pedersen
 
Propuesta Kawsay Sacha - 22 de octubre
Propuesta Kawsay Sacha -  22 de octubrePropuesta Kawsay Sacha -  22 de octubre
Propuesta Kawsay Sacha - 22 de octubreEl Churo Comunicacion
 
Business model patterns
Business model patternsBusiness model patterns
Business model patternsRitesh Kapoor
 
Qr code technology
Qr code technologyQr code technology
Qr code technologyGGarriga
 
Starcraft Powerpoint
Starcraft PowerpointStarcraft Powerpoint
Starcraft PowerpointCharbok
 
Applications gratuites agence immobiliere developpées par Sunset Code pau paris
Applications gratuites agence immobiliere developpées par Sunset Code pau parisApplications gratuites agence immobiliere developpées par Sunset Code pau paris
Applications gratuites agence immobiliere developpées par Sunset Code pau pariskaook
 
Tel Aviv Yafo - Partner cities - how to make the most of it
Tel Aviv Yafo - Partner cities - how to make the most of itTel Aviv Yafo - Partner cities - how to make the most of it
Tel Aviv Yafo - Partner cities - how to make the most of itIr Aviv
 
Acervo de livros 27 02_2013
Acervo de livros 27 02_2013Acervo de livros 27 02_2013
Acervo de livros 27 02_2013Edson Mamprin
 
Penyakit yang menyertai kehamilan2
Penyakit yang menyertai kehamilan2Penyakit yang menyertai kehamilan2
Penyakit yang menyertai kehamilan2wiwik yuniarti
 
Adopting the Scaled Agile Framework: The Theory and the Practice - Dallas ALN...
Adopting the Scaled Agile Framework: The Theory and the Practice - Dallas ALN...Adopting the Scaled Agile Framework: The Theory and the Practice - Dallas ALN...
Adopting the Scaled Agile Framework: The Theory and the Practice - Dallas ALN...Em Campbell-Pretty
 
Atelier Email attitude savoir faire et savoir etre par synergie informatique ...
Atelier Email attitude savoir faire et savoir etre par synergie informatique ...Atelier Email attitude savoir faire et savoir etre par synergie informatique ...
Atelier Email attitude savoir faire et savoir etre par synergie informatique ...Synergie Informatique France
 
Mémoire de recherche : Les principaux apports des applications mobiles pour l...
Mémoire de recherche : Les principaux apports des applications mobiles pour l...Mémoire de recherche : Les principaux apports des applications mobiles pour l...
Mémoire de recherche : Les principaux apports des applications mobiles pour l...Clément Bouchet
 

Destacado (20)

“Informe anual 2011 y perspectivas 2012”
“Informe anual 2011 y perspectivas 2012”“Informe anual 2011 y perspectivas 2012”
“Informe anual 2011 y perspectivas 2012”
 
гузунова юлия (Combo app) тайны mobile app promotion
гузунова юлия (Combo app)   тайны mobile app promotionгузунова юлия (Combo app)   тайны mobile app promotion
гузунова юлия (Combo app) тайны mobile app promotion
 
Programación Dto. de Dibujo
Programación Dto. de DibujoProgramación Dto. de Dibujo
Programación Dto. de Dibujo
 
Top Performing US Spirit Brands on Social Media
Top Performing US Spirit Brands on Social MediaTop Performing US Spirit Brands on Social Media
Top Performing US Spirit Brands on Social Media
 
Accommodation turner
Accommodation turnerAccommodation turner
Accommodation turner
 
V5 -part2 8 packaging design tips
V5 -part2 8 packaging design tipsV5 -part2 8 packaging design tips
V5 -part2 8 packaging design tips
 
Selwane Nature Reserve Juni 2015
Selwane Nature Reserve Juni 2015Selwane Nature Reserve Juni 2015
Selwane Nature Reserve Juni 2015
 
Alelos letais
Alelos letaisAlelos letais
Alelos letais
 
Propuesta Kawsay Sacha - 22 de octubre
Propuesta Kawsay Sacha -  22 de octubrePropuesta Kawsay Sacha -  22 de octubre
Propuesta Kawsay Sacha - 22 de octubre
 
Business model patterns
Business model patternsBusiness model patterns
Business model patterns
 
Qr code technology
Qr code technologyQr code technology
Qr code technology
 
Starcraft Powerpoint
Starcraft PowerpointStarcraft Powerpoint
Starcraft Powerpoint
 
Applications gratuites agence immobiliere developpées par Sunset Code pau paris
Applications gratuites agence immobiliere developpées par Sunset Code pau parisApplications gratuites agence immobiliere developpées par Sunset Code pau paris
Applications gratuites agence immobiliere developpées par Sunset Code pau paris
 
Tel Aviv Yafo - Partner cities - how to make the most of it
Tel Aviv Yafo - Partner cities - how to make the most of itTel Aviv Yafo - Partner cities - how to make the most of it
Tel Aviv Yafo - Partner cities - how to make the most of it
 
Acervo de livros 27 02_2013
Acervo de livros 27 02_2013Acervo de livros 27 02_2013
Acervo de livros 27 02_2013
 
Oficina moderna
Oficina modernaOficina moderna
Oficina moderna
 
Penyakit yang menyertai kehamilan2
Penyakit yang menyertai kehamilan2Penyakit yang menyertai kehamilan2
Penyakit yang menyertai kehamilan2
 
Adopting the Scaled Agile Framework: The Theory and the Practice - Dallas ALN...
Adopting the Scaled Agile Framework: The Theory and the Practice - Dallas ALN...Adopting the Scaled Agile Framework: The Theory and the Practice - Dallas ALN...
Adopting the Scaled Agile Framework: The Theory and the Practice - Dallas ALN...
 
Atelier Email attitude savoir faire et savoir etre par synergie informatique ...
Atelier Email attitude savoir faire et savoir etre par synergie informatique ...Atelier Email attitude savoir faire et savoir etre par synergie informatique ...
Atelier Email attitude savoir faire et savoir etre par synergie informatique ...
 
Mémoire de recherche : Les principaux apports des applications mobiles pour l...
Mémoire de recherche : Les principaux apports des applications mobiles pour l...Mémoire de recherche : Les principaux apports des applications mobiles pour l...
Mémoire de recherche : Les principaux apports des applications mobiles pour l...
 

Similar a E book modul frog vle siri 2 - gc

Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...
Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...
Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...cikgutika
 
1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdf
1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdf1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdf
1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdfKPM
 
Pismp 4 d 250612 (1)
Pismp 4 d 250612 (1)Pismp 4 d 250612 (1)
Pismp 4 d 250612 (1)oxxychan
 
BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...
BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...
BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...fazudli
 
K13 inovasi
K13 inovasiK13 inovasi
K13 inovasiJack Ong
 
K13 inovasi
K13 inovasiK13 inovasi
K13 inovasizikril65
 
K13 inovasi
K13 inovasiK13 inovasi
K13 inovasisaifatul
 
Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Progra...
Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Progra...Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Progra...
Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Progra...IJRESJOURNAL
 
Pembangunan E-Learning Mengunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Program...
Pembangunan E-Learning Mengunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Program...Pembangunan E-Learning Mengunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Program...
Pembangunan E-Learning Mengunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Program...Rini Hafzah Abdul Rahim
 
Ict dalam pendidikan
Ict dalam pendidikanIct dalam pendidikan
Ict dalam pendidikanRoiamah Basri
 
Bengkel pembangunan dan pengurusan lms
Bengkel pembangunan dan pengurusan lmsBengkel pembangunan dan pengurusan lms
Bengkel pembangunan dan pengurusan lmsKamaludin Ahmad
 
Tugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalTugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalshamsuhaila85
 
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 InstruksionalTugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksionalshamsuhaila85
 
Fakulti pengurusan dan ekonomi copy
Fakulti pengurusan dan ekonomi   copyFakulti pengurusan dan ekonomi   copy
Fakulti pengurusan dan ekonomi copyNorazura Sulaiman
 

Similar a E book modul frog vle siri 2 - gc (20)

Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...
Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...
Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...
 
1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdf
1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdf1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdf
1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdf
 
Pismp 4 d 250612 (1)
Pismp 4 d 250612 (1)Pismp 4 d 250612 (1)
Pismp 4 d 250612 (1)
 
BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...
BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...
BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...
 
K13 inovasi
K13 inovasiK13 inovasi
K13 inovasi
 
K13 inovasi
K13 inovasiK13 inovasi
K13 inovasi
 
K13 inovasi
K13 inovasiK13 inovasi
K13 inovasi
 
K13 inovasi
K13 inovasiK13 inovasi
K13 inovasi
 
K13 inovasi
K13 inovasiK13 inovasi
K13 inovasi
 
K13 inovasi
K13 inovasiK13 inovasi
K13 inovasi
 
K13 inovasi
K13 inovasiK13 inovasi
K13 inovasi
 
K13 inovasi
K13 inovasiK13 inovasi
K13 inovasi
 
K13 inovasi
K13 inovasiK13 inovasi
K13 inovasi
 
Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Progra...
Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Progra...Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Progra...
Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Progra...
 
Pembangunan E-Learning Mengunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Program...
Pembangunan E-Learning Mengunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Program...Pembangunan E-Learning Mengunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Program...
Pembangunan E-Learning Mengunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Program...
 
Ict dalam pendidikan
Ict dalam pendidikanIct dalam pendidikan
Ict dalam pendidikan
 
Bengkel pembangunan dan pengurusan lms
Bengkel pembangunan dan pengurusan lmsBengkel pembangunan dan pengurusan lms
Bengkel pembangunan dan pengurusan lms
 
Tugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalTugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksional
 
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 InstruksionalTugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
 
Fakulti pengurusan dan ekonomi copy
Fakulti pengurusan dan ekonomi   copyFakulti pengurusan dan ekonomi   copy
Fakulti pengurusan dan ekonomi copy
 

Más de Ahmad Sharimi

Ran. thn.kelab pencegahan jenayah sktk 2013 baru
Ran. thn.kelab  pencegahan jenayah sktk 2013 baru Ran. thn.kelab  pencegahan jenayah sktk 2013 baru
Ran. thn.kelab pencegahan jenayah sktk 2013 baru Ahmad Sharimi
 
Carta organisasi kelab p. jenayah 2013 doc
Carta organisasi kelab p. jenayah  2013 docCarta organisasi kelab p. jenayah  2013 doc
Carta organisasi kelab p. jenayah 2013 docAhmad Sharimi
 
Senarai nama ahli tkrs 2013
Senarai nama ahli tkrs 2013Senarai nama ahli tkrs 2013
Senarai nama ahli tkrs 2013Ahmad Sharimi
 
Carta organisasi jawatankuasa panitia sains 2013
Carta organisasi jawatankuasa panitia sains 2013Carta organisasi jawatankuasa panitia sains 2013
Carta organisasi jawatankuasa panitia sains 2013Ahmad Sharimi
 

Más de Ahmad Sharimi (7)

Ran. thn.kelab pencegahan jenayah sktk 2013 baru
Ran. thn.kelab  pencegahan jenayah sktk 2013 baru Ran. thn.kelab  pencegahan jenayah sktk 2013 baru
Ran. thn.kelab pencegahan jenayah sktk 2013 baru
 
Carta organisasi kelab p. jenayah 2013 doc
Carta organisasi kelab p. jenayah  2013 docCarta organisasi kelab p. jenayah  2013 doc
Carta organisasi kelab p. jenayah 2013 doc
 
Senarai nama ahli tkrs 2013
Senarai nama ahli tkrs 2013Senarai nama ahli tkrs 2013
Senarai nama ahli tkrs 2013
 
Carta organisasi jawatankuasa panitia sains 2013
Carta organisasi jawatankuasa panitia sains 2013Carta organisasi jawatankuasa panitia sains 2013
Carta organisasi jawatankuasa panitia sains 2013
 
Hsp sc y6
Hsp sc y6Hsp sc y6
Hsp sc y6
 
Hsp sc y5
Hsp sc y5Hsp sc y5
Hsp sc y5
 
Hsp sc y4
Hsp sc y4Hsp sc y4
Hsp sc y4
 

E book modul frog vle siri 2 - gc

  • 1. Pusat Kegiatan Guru Daerah Muar dan Ledang Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor MODUL LATIHAN FROG VLE GURU CEMERLANG DAERAH MUAR DAN LEDANG Terbitan : Pusat Kegiatan Guru Daerah Muar dan Ledang Tahun 2014
  • 2. i MODUL LATIHAN FROG VLE GURU CEMERLANG DAERAH MUAR DAN LEDANG 1. Esa Bin Sudar - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Serom 2. Muhammad Hafifi Bin Radzuwan - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Tangkak 3. Abdul Hadi Bin Md Zin - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Lenga 4. Abdul Rashid Bin Abdul Wahab - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Lenga 5. Dol Rahim Bin Nikmat - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Bukit Gambir 6. Mohd Arshad Bin Haron - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Parit Bunga 7. Hj. Baharom Bin Haron - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Jalan Tunku Bendahara 8. Zarifah Binti Zakaria - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Jalan Tunku Bendahara 9. Anita Binti Aim@Ibrahim - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Parit Setongkat 10. Teh Teow Yen - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Bakri 11. Mohd Adnan Bin Redzuan - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Parit Jawa 12. Akhbar Bin Ibrahim - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Parit Jawa 13. Che Mohd Nasir Bin Md Yusof - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Sungai Balang 14. Rodizah Binti Hashim - SK Sungai Abong 15. Mohd Hanafiah Bin Md Yusof - SK Ledang 16. Abd Rahman Bin Mohd Amin - SK Bakri Batu 5 17. Aziz Bin Atan - SK Parit Bunga 18. Fairuz Bin Abdullah - SMK Pekan Baru PANEL PENULIS
  • 3. ii MODUL LATIHAN FROG VLE GURU CEMERLANG DAERAH MUAR DAN LEDANG PERKARA MUKA SURAT 1. Pengenalan 1 2. Objektif 1 3. Pembelajaran Maya 1 4. Frog VLE (Virtual Leaning Enviroment) 2 5. Model Reka Bentuk Instruksional 3 5.1 Rekabentuk Pengajaran Smith & Ragan 4 Modul 1 : Membina Laman PdP 6 Modul 2 : Berkongsi Laman PdP 34 Modul 3 : Menyemak dan Menguruskan Tugasan Murid 53 Modul 4 : Menggunakan Aplikasi Google Drive 76 KANDUNGAN
  • 4. Disediakan oleh: Pusat Kegiatan Guru Daerah Muar dan Ledang 1.0 PENGENALAN Frog Virtual Learning Environment (VLE) telah disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai pelantar pembelajaran maya yang boleh digunakan oleh guru, murid dan ibu bapa. Sebagai suatu pelantar pembelajaran yang interaktif, penggunaan Frog VLE tidak terhad kepada penggunaan di sekolah sahaja. Malah Frog VLE juga boleh diakses di luar kawasan sekolah menggunakan capaian internet yang boleh digunakan sebagai pelantar pembelajaran kendiri. 2.0 OBJEKTIF Modul ini dihasilkan bertujuan untuk: a) Menjelaskan konsep pembangunan bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) menggunakan model reka bentuk instruksional. b) Menjelaskan tatacara penghasilan bahan PdP menggunakan perisian persembahan Powerpoint. c) Menjelaskan tatacara menghasilkan Laman PdP Frog VLE menggunakan pengintegrasian persembahan Powerpoint. 3.0 PEMBELAJARAN MAYA Pembelajaran Maya merupakan satu kaedah pembelajaran yang dihubungkan secara terus dengan internet dan intranet yang menggunakan media elektronik sebagai medium pembelajaran. Dengan menggunakan kaedah ini, murid boleh MODUL LATIHAN FROG VLE GURU CEMERLANG DAERAH MUAR DAN LEDANG 1
  • 5. mendapatkan maklumat dan membantu pembelajaran di dalam dan luar kelas. PdP boleh dicapai di mana-mana sahaja dengan cara yang lebih mudah dan berkesan. “Pembelajaran maya bermaksud pembelajaran dilakukan secara penghantaran dan akses ke koleksi bahan-bahan pengajaran yang berkoordinasikan ke atas media elektronik dengan menggunakan „web server‟ untuk menyebarkan bahan tersebut atau „web browser‟ untuk mengaksesnya dan Protocol Internet (IP) dan Protokol Pemindahan HyperText (HTTP) sebagai perantara (pertukaran).” (Alan Jolliffe, Jonathan Ritter dan David Stevens, 2001) 4.0 FROG VLE (VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT) Frog VLE merupakan pelantar pembelajaran yang digunakan berasaskan ‘cloud’ yang membolehkan guru, murid dan ibu bapa menerapkan pembudayaan ICT dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Pengguna Frog VLE digalakkan untuk mengakses pelantar pembelajaran maya ini melalui capaian internet 1Bestarinet. Setiap pengguna Frog VLE juga mempunyai Frog ID yang disediakan oleh pihak KPM untuk log masuk ke dalam sistem dan seterusnya menggunakan semua kemudahan yang disediakan. 2
  • 6. 5.0 MODEL REKA BENTUK INSTRUKSIONAL Reka bentuk pengajaran adalah sains untuk mencipta amalan pengajaran yang terperinci untuk pembangunan, penilaian dan penyelenggaraan persekitaran pembelajaran yang memudahkan PdP sesuatu unit pelajaran berlaku (Richey,1986). Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru tidak dapat mencapai keberkesanan dalam pengajaran. Terdapat banyak model reka bentuk instruksional yang boleh menjadi panduan menghasilkan proses atau bahan PdP yang merangkumi perkara asas berikut: a) Menentukan keperluan murid b) Menentukan matlamat dan objektif c) Membina prosedur penilaian d) Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian e) Mencuba sistem pengajaran f) Menilai keseluruhan sistem Tujuan utama reka bentuk instruksional adalah untuk menghasilkan bahan PdP yang berkesan bagi membolehkan murid memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan sistematik dapat mewujudkan kepercayaan dan keyakinan murid terhadap guru. Terdapat banyak model reka bentuk instruksional yang boleh digunakan untuk menghasilkan bahan PdP yang berkesan. Antaranya ialah Model ADDIE (Dick & Carey, 1978) yang banyak digunakan dalam pembangunan bahan PdP. Model ADDIE mempunyai lima komponen utama iaitu: (1) Analisis (2) Reka bentuk (3) Pembangunan (4) Implimentasi (5) Penilaian 3
  • 7. Walau bagaimanapun, modul ini akan menggunakan model reka bentuk instruksional Smith & Ragan (2005) yang terdiri daripada tiga aktiviti utama iaitu analisa, strategi dan penilaian. Model ini telah dibina berdasarkan model-model reka bentuk instruksional yang lain. Perbezaan utama antara model ini dengan model-model yang lain ialah penekanan yang teliti dalam aspek strategi instruksionalnya. Ketelitian ini tidak banyak terdapat dalam model-model reka bentuk instruksional yang lain (Gustafan & Branch, 2002). Berikut adalah gambaran visual Model Smith dan Ragan (Smith & Ragan, 2005, p.10). 4
  • 8. 5.1 Rekabentuk Pengajaran Smith & Ragan Instructional Design merupakan satu proses yang sistematik yang dapat merangkakan prinsip-prinsip dalam pengajaran. Bagi model rekabentuk pengajaran oleh Smith & Ragan, ia terbahagi kepada 3 fasa utama iaitu: 1. Analisis 2. Strategi 3. Penilaian Analisis Strategi Penilaian Aspek analisis menjurus kepada analisis berkaitan kawasan sekitar dan analisis kumpulan sasaran. Analasis persekitaran pembelajaran (learning environment) seperti pelaksanaan PdP di bilik komputer, di makmal sains dan sebagainya. Analisis mengenai kumpulan sasaran seperti kemahiran yang sepatutnya dikuasai oleh pelajar, kemahiran sedia ada pelajar dan analisis mengenai jenis-jenis tugasan yang akan diberikan kepada pelajar seperti penggunaan kuiz, latihan, ujian dan sebagainya. Bagi aspek strategi, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi penekanan seperti strategi penyampaian, bahan yang akan digunakan dalam proses penyampaian dan kandungan isi pelajaran. Akhir sekali ialah aspek penilaian yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu penilaian serentak (concurrently) dan penilaian berterusan (iteratively). Penilaian concurrently merupakan penilaian yang dilakukan sebaik sahaja sesuatu sesi pengajaran itu tamat contohnya dengan adanya quiz, ujian bulanan atau peperiksaan. Manakala penilaian yang iterative ini, merupakan satu penilaian berterusan sehingga ia mencapai objektif yang ditetapkan. 5
  • 9. MODUL 1: MEMBINA LAMAN PDP 1.1 DEFINISI LAMAN PDP DALAM FROG VLE 1. Site digunakan sebagai sumber bahan pengajaran dan pembelajaran. 2. Site juga boleh digunakan untuk menggantikan Dashboard agar dapat dilihat oleh orang lain. 3. Site boleh dikongsi (share) bersama rakan-rakan guru atau pelajar-pelajar dari sekolah yang sama. 4. Pelajar tidak boleh membuat Site yang baru tetapi guru boleh melantik pelajar sebagai pengurus kepada sesebuah site. 5. Untuk membuat Site yang baik bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran, ianya haruslah mempunyai sekurang-kurangnya perkara-perkara yang berikut: 1. Objektif 2. Pengenalan 3. Isi kandungan 4. Aktiviti 5. Pengukuhan 6. Refleksi 7. Perbincangan 6
  • 10. 1.2 LANGKAH-LANGKAH MEMBINA LAMAN PDP a. Taip alamat url untuk log masuk akaun Frog VLE ( https://KODSEKOLAH.1bestarinet.net) b. Taipkkan Yes ID dan Password pada ruangan yang ditetapkan, kemudian klik ‘login’ 7
  • 11. c. Untuk membina laman yang baru, klik pada menu Quick Launch kemudian klik pada icon sites. d. Kemudian, klik pada ikon New Site 8
  • 12. e. Taipkan nama laman yang hendak dibina kemudian klik Next untuk langkah seterusnya. d. Pilih tema dan ikon yang sesuai, kemudian klik Next untuk langkah seterusnya. f. Buat penetapan laman PdP VLE anda. 9
  • 13. g. Jenis-jenis theme yang dicadangkan 10
  • 14. h. Pilih kategori, kemudian klik Add, Pilih subjek, kemudian klik Add, Pilih darjah/tingkatan, kemudian klik Add, i. taipkan kata kunci untuk memudahkan carian laman ini, klik Add. Kemudian Klik Create Site untuk meneruskan langkah seterusnya. 11
  • 15. j. Tahniah, anda telah berjaya membina laman pembelajaran. 12
  • 16. 1.2.1 MEMBINA LAMAN INFORMASI 1.2.1.1 Klik edit untuk menyunting laman 1.2.1.2 Klik pada tab layout. Layout membolehkan anda menukar bilangan dan kedudukan kotak di laman anda. Klik butang 1 dan pilih susun atur seperti yang ditunujukkan seperti di bawah. 13
  • 17. Halaman anda akan kelihatan seperti berikut: 1.2.1.3 Menambah tab/page pada laman. Untuk menambah tab/page, klik pada tanda + di sebelah kanan tab/page. 1.2.1.4 Menukar nama tab/page. Untuk menukarnya, anda perlu berada dalam mode edit terlebih dahulu. Klik New Tab. Apabila warna teks bertukar menjadi putih dengan latar biru, ia sudah sedia untuk di edit. 14
  • 18. Contoh tab/page yang dibina: 1.2.1.5 Widget yang popular digunakan dalam laman informasi 1.2.1.6 Langkah-langkah menggunakan widget. Widget boleh dimasukkan ke dalam lajur di laman anda untuk menambah kandungan seperti teks, video dan imej. 15
  • 19. 1.2.1.7 Menambah widget Text ke dalam laman. Pilih widget Text dan seret ia ke dalam kotak kandungan laman. Pastikan kotak bertukar ke warna biru sebelum anda melepaskan widget tersebut. Klik kotak teks yang mengandungi perkataan sample text untuk membuka tetapan widget tersebut. Taipkan ke dalamnya teks yang anda ingin masukkan. 16
  • 20. Untuk menukar format tulisan, pilih teks dan kemudian klik ikon yang terdapat di sebelah kiri untuk mengubah format yang dikehendaki. Klik Save Changes untuk menyimpan perubahan. 1.2.1.8 Menambah widget Media ke dalam laman. Pilih widget Media dan seret ia ke dalam kotak kandungan laman. Pastikan kotak bertukar ke warna biru sebelum anda melepaskan widget tersebut. 17
  • 21. Klik dua kali pada kotak kandungan untuk memaparkan tetapan widget Media tersebut. Widget Media digunakan untuk memaparkan imej atau video. Sekira ingin memasukkan faill dari komputer atau USB, klik butang Upload pada bahagian Choose Media untu membuka File Uploader. Klik pada butang Choose Files untuk mengakses fail-fail dari dari komputer anda. Fail-fail imej untuk dimuat naik. Pilih imej dan klik butang open 18
  • 22. Setelah imej selesai dimuat naik, klik butang done Anda boleh menetapkan saiz imej tersebut. Klik Save Changes untuk menyimpan perubahan. 19
  • 23. Sekiranya ingin memasukkan video, taip ‘Ikan Hiasan’ ke dalam bar carian. Klik butang Pin Point untuk mencari video. Video dan imej akan dicari dalam beberapa saat. Pilih video youtube berikut dari Pin Point. Klik butang Use untuk memasukkan ke dalam laman anda. 20
  • 24. Klik Save Changes untuk menyimpan perubahan. Klik butang x untuk mendapatkan paparan laman anda dengan penuh. 1.2.1.9 Menambah widget Scorm ke dalam laman. Pilih widget Scorm dan seret ia ke dalam kotak kandungan laman. Pastikan kotak bertukar ke warna biru sebelum anda melepaskan widget tersebut. 21
  • 25. Kedudukan icon Scorm selepas berjaya dimasukkan ke dalam laman. Kemudian, klik 2 kali pada icon Scorm tersebut untuk mencari tajuk pilihan menerusi Search Scorm files. Klik Save Changes untuk menyimpan perubahan 1.2.1.10 Menambah widget Embed website ke dalam laman. Pilih widget Embed website dan seret ia ke dalam kotak kandungan laman. Pastikan kotak bertukar ke warna biru sebelum anda melepaskan widget tersebut. 22
  • 26. Kedudukan icon Embed Website selepas berjaya dimasukkan ke dalam laman. Kemudian, klik 2 kali pada icon Embed Website tersebut untuk membuat tetapan. Masukkan URL laman yang dikehendaki Tukar saiz paparan Klik Save Changes untuk menyimpan perubahan Contoh kuiz interaktif yang telah dimasukkan ke dalam laman 23
  • 27. 1.2.1.11 Menambah widget Wall ke dalam laman. Pilih widget Wall dan seret ia ke dalam kotak kandungan laman. Widget ini boleh digunakan untuk mengadakan perbincangan atau maklum balas bersama pelajar secara atas talian. Klik Save Changes untuk menyimpan perubahan. Keluar daripada edit mode. Masukkan isu atau soalan yang ingin dibincangkan diruangan yang ditetapkan. Klik Post Isu atau soalan akan tertera dan perbincangan boleh dimulakan apabila laman ini dikongsikan kepada pelajar. Pelajar boleh memberi maklum balas dengan klik pada butang reply 24
  • 28. 1.2.2 MEMBINA LAMAN TUGASAN 1. Bagi menmberikan tugasan kepada pelajar, guru perlu menggunakan 4 widget yang biasa digunakan dalam memberi tugasan kepada pelajar iaitu: Text Activity File Drop Scorm Quiz 2. Penggunaan widget ‘Text Activity’ ialah untuk membolehkan guru memasukkan arahan untuk tugasan yang akan diberikan . Setelah tugasan dihantar kepada pelajar, pelajar boleh memasukkan pula jawapan mereka dan menghantar semula tugasan tersebut kepada guru untuk disemak . Contoh langkah menggunakan widgets ini seperti berikut 2.1. Seret widget Text Activity ke ruang layout yang kita sediakan 2.2 Kemudian klik pada ikon untuk melihat ruangan teks yang hendak ditaip 25
  • 29. 2.3 Taipkan teks arahan tugasan yang perlu pada ruang yang disediakan kemudian akan muncul dalam widget Text Activity seperti contoh di bawah. Langkah seterusnya klik butang Save Changes 3. Penggunaan File Drop ialah untuk memuatnaik fail untuk digunakan bagi memberi tugasan kepada pelajar contohnya fail lembaran kerja yang telah dibina oleh guru.  File Drop boleh digunakan bersama dengan widget teks 3.1. Seret widgets File Drop ke ruang layout yang kita sediakan 3.2.Paparan File Drop akan ditunjukkan seperti di bawah kemudian klik Save Changes untuk menyimpan fail dan tutup paparan widgets dengan mengklik tanda X 26
  • 30. 3.3. Klik butang Upload bagi memuat naik fail/bahan yang anda ingin pelajar muat turun sebagai bahan tugasan yang diperlukan. 3.4.Fail Klik Choose File untuk memilih fail dari pemacu dimana fail disimpan . 3.5.Pilih Fail , klik open dan kemudian klik butang Done 27
  • 31. 4. SCORM WIDGET membolehkan kandungan SCORM (Sharable Content Object Reference Model) dipaparkan dalam laman. SCORM widget mengandungi fungsi carian modul interaktif supaya anda boleh mencari dan menggunakan kandungan SCORM percuma yang dibekalkan oleh KPM 4.1 Seret widgets Scorm ke ruang layout yang kita sediakan 4.2 Dwiklik (A) ikon Scorm untuk mencari bahan fail yang hendak dimuatnaik sebagai bahan pengajaran atau tugasan yang ada dalam modul KPM. (B) Paparan ruang carian akan dipaparkan di sebelah kiri dan taipkan bahan modul yang hendak dicari seterusnya klik butang carian , contoh Kata Nama maka (C)senarai tajuk yang berkaitan akan disenaraikan dibawah. Klik tajuk yang dipilih dan klik butang Save (A) ) (B) ) (C) ) 28
  • 32. 5. Seret widgets Quiz ke ruang layout yang kita sediakan 5.1. Klik pada kotak susnatur kuiz untuk melihat tatapan import kuiz disebelah kiri 5.2. Klik butang import untuk memilih kuiz yang disenaraikan atau untuk membina kuiz yang baru 29
  • 33. 5.3 Klik New Quiz untuk membina kuiz yang baru 5.3.1. lengkapkan maklumat pada paparan kuiz yang baru seperti dibawah dan kemudian klik butang Add Questions untuk memilih jenis soalan kuiz 5.3.2 Ada 4 jenis format soalan kuiz yang boleh dipilih seperti berikut: 30
  • 34. 5.3.3. Contoh kuiz – Free Format Text. Ikuti langkah berikut untuk membina kuiz Free Format Text. Klik butang tambah untuk menambah soalan seterusnya 5.3.4. Contoh kuiz – True/False. Ikuti langkah berikut untuk membina kuiz True/False . Klik butang tambah untuk menambah soalan seterusnya Langkah 1. Taipkan soalan pada ruang soalan yang disediakan Langkah 2. Taipkan jawapan dan klik butang + Langkah 3. Taipkan respon jika jawapan betul. Langkah 1. Taipkan soalan pada ruang soalan yang disediakan Langkah 2. Klik butang jawapan yang betul 31
  • 35. 5.3.5. Contoh kuiz – Multiple Choice Ikuti langkah berikut untuk membina kuiz Multiple Choice . Klik butang tambah untuk menambah soalan seterusnya 5.3.6. Contoh kuiz – Multiple Choice Images Ikuti langkah berikut untuk membina kuiz Multiple Choice Images . Klik butang tambah untuk menambah soalan seterusnya. Klik butang jawapan yang betul Klik butang jawapan yang betul 32
  • 36. 1.3 MEMBINA LAMAN MENGGUNAKAN TEMPLATE Pilih kategori, kemudian klik Add, Pilih subjek, kemudian klik Add, Pilih darjah/tingkatan, kemudian klik Add, Taipkan kata kunci untuk memudahkan carian laman ini, klik Add. Tandakan pada Set this site as a template Kemudian Klik Create Site untuk meneruskan langkah seterusnya. Di ruangan Templates, anda dapat melihat laman yang telah ditag sebagai Template. Template adalah sama seperti laman-laman yang lain dan direka bagi membolehkan pengguna ( yang diberi akses) memasukkan kandungan mereka. Untuk membuat Template laman, tag kategori mesti ditetapkan sebagai Templates. Ia boleh dilakukan ketika laman dihasilkan atau tag ditambah pada laman yang sedia ada. Templates laman dipaparkan dalam warna jingga. 33
  • 37. 2.0 Berkongsi Laman PdP Laman PdP (sites) yang anda bina boleh dikongsi (Share) sebagai laman infomasi dengan pengguna yang lain sama ada untuk dikongsi secara umum ( Public) atau secara ketetapan individu dan berkumpulan ( Private). Langkah permulaan Log Masuk ke dalam akaun anda. Kemudian sila klik pada Quick Launch Klik Quick Launch. Langkah 1 Klik pada Sites Langkah 2 34
  • 38. Setelah laman informasi anda dipaparkan klik ( share) pada frog bar. Langkah 3.1 Klik pada My Sites . Langkah 3.2 Pilih laman informasi yang hendak dikongsi (Share) 35
  • 39. Anda boleh menukar tag-tag laman di ruangan ini. Jika tiada perubahan, klik butang Next untuk meneruskannya. Langkah 4 Pilih Share Tag – tag ini yang telah anda tetapkan semasa permulaan pembinaan Sites. Pilih Next Langkah 6 Langkah 5 Jika ada perubahan atau penambah tag pastikan butang Add di tekan. Jika tiada perubahan terus tekan butang Next 36
  • 40. 2.1 Tetapan semua pengguna Mengakses Laman Infomasi (Public) Terdapat dua pilihan iaitu Public dan Private ,Pilih Public. Public : Pilihan ini akan menjadikan laman anda sebagai laman umum yang boleh dilihat oleh seluruh warga sekolah. Anda bagaimanapun boleh menentukan tahap akses pengguna berdasarkan: • Can contribute – Pengguna boleh menyumbang di bahagian interaktif laman seperti Forum, Wall dan File Drop. • Can view – Pengguna hanya dibenarkan untuk melihat laman. Selepas anda tetapkan tahap akses , klik Share. Laman PdP anda telah berjaya dikongsi secara Public. Pilih Public Pilih Can contribute atau Can view Klik butang Share Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 37
  • 41. 2.2 Tetapan Pengguna atau Kumpulan Tertentu Mengakses Laman Infomasi (Private) Terdapat dua pilihan iaitu Public dan Private ,Pilih Private. Private – Pilihan ini akan menjadikan laman anda terhad iaitu hanya untuk pengguna yang disenaraikan di dalam ruangan 'Who has access' sahaja. Pilih Private Langkah 1 38
  • 42. Taipkan nama atau kumpulan yang dikehendaki, kemudian pilih dan tekan Add. Setelah pengguna atau kumpulan telah dipilih , anda perlu menetapkan tahap akses untuk pengguna atau kumpulan dalam tersebut. Terdapat tiga pilihan iaitu: • Can edit & manage – Pengguna boleh mengubahsuai (edit) laman - menambah widget, menambah/memadam kandungan,menukar tahap akses dan lain-lain. • Can contribute – Pengguna boleh menyumbang maklumat di bahagian interaktif laman seperti Forum, Wall dan File Drop. • Can view – Pengguna hanya boleh mengakses laman sahaja. Langkah terakhir adalah menekan butang Share. Laman anda telah berjaya dikongsi Masukkan Nama atau kumpulan yang hendak dipilih Langkah 2 Langkah 3 Tekan Add untuk pilih. Langkah 4 Pilih ketetapan : -Can edit & manage - Can contribute , atau - Can view Tekan butang Share Langkah 5 39
  • 43. 2.3 Menghantar tugasan secara individu Anda hendaklah memilih laman informasi terlebih dahulu (sites). Klik Share atau kongsi pada Frog Bar. Setelah itu, tetingkap Share atau Assign akan terbuka. Klik Assign 40
  • 44. Isikan maklumat yang berkaitan dan masukkan nama tugasan anda ke dalam ruang assignment name. Gunakan menu subject untuk memilih mata pelajaran yang bersesuaian dengan tugasan tersebut. Dalam ruangan Recipients taipkan nama pengguna yang akan menerima tugasan ini. Setelah selesai klik butang Add unuk memasukkan nama tersebut ke dalam senarai. 41
  • 45. 2.4 Menghantar Laman Sebagai Tugasan Kumpulan Dalam kotak Recipients masukkan nama kumpulan yang ingin ditetapkan. Sebaik sahaja nama kumpulan terpapar, klik 'add' untuk memilihnya. Anda boleh memilih lebih daripada satu kumpulan. 2.5 Menukar Kumpulan Penerima kepada Individu Kumpulan penerima ini juga boleh ditukar kepada pengguna secara individu. Ini berguna jika ada seseorang dalam kumpulan itu tidak dikehendaki menerima tugasan itu. Langkah 1 : Klik pada butang 'Convert to individuals'. 42
  • 46. Langkah 2 : Kemudian klik 'Ok'. Kumpulan akan dipecahkan kepada pengguna individu. Guru boleh memadam individu yang tidak dikehendaki. Langkah 3: Klik pada tanda pangkah untuk mengeluarkan pelajar daripada senarai kumpulan. Kemudian Next untuk sambung. 43
  • 47. Tugasan yang dihantar kepada pelajar boleh mempunyai tarikh akhir. Guru boleh menetapkan bila tarikh akhir tugasan yang perlu dihantar oleh murid. Langkah 1: Klik pada kotak 'Assignment due' .Gunakan kalendar kecil untuk memilih tarikh. Langkah 2 : Masukkan arahan untuk tugasan dalam 'Instruction'. Arahan ini akan berbeza daripada arahan yang dimasukkan dalam widget aktiviti. 44
  • 48. Langkah 3 : Untuk mendapat maklum balas pelajar tentang tugasan yang diberi, klik kotak Ask for Self Evaluation. Seterusnya klik 'Assign'. Mesej akan muncul untuk memaklumkan tugasan yang telah dihantar. Tugasan tersebut akan dihantar kepada pelajar yang telah disenaraikan. Pelajar akan menerima satu mesej di dalam panel 'Notification' berkaitan tugasan yang diberi. 45
  • 49. PROSES MENGHANTAR LAMAN PDP KE MOE REPOSITORY Langkah 1 Klik pada Quick Launch dan pilih ruangan My Site. 46
  • 50. Langkah 2 Pilih dan klik pada laman yang hendak dihantar ke MoE Repository. Klik pada ikon Langkah 3 Pilih Send site to MoE Repository 47
  • 51. Langkah 4 Klik butang Add dan buat pilihan . Klik OK 48
  • 52. CARA DAPATKAN BAHAN YANG TELAH DIHANTAR KE MOE Langkah 1 Klik Quick Launch kemudian pilih Frogstore Langkah 2 Klik 49
  • 53. Langkah 3 Buat carian Tapak pada Search SITES, kemudian akan muncul Tapak di sebelah bawah. Langkah 4 Klik pada Resource Manager kemudian klik Sites untuk dapatkan Tapak yang dipilih. 50
  • 54. Langkah 5 Pilih My Library untuk meihat Tapak, kemudian klik 2 kali pada Tapak yang dipilih. Langkah 6 Paparan akan muncul seperti di bawah. Klik pada Copy. 51
  • 55. Langkah 7 Tapak yang dipilih akan muncul seperti paparan di bawah. 52
  • 56. MODUL 3: MENYEMAK DAN MENGURUSKAN TUGASAN MURID Semua tugasan yang telah disiapkan oleh pelajar perlu disemak dan diuruskan oleh guru. Terdapat beberapa langkah yang perlu guru laksanakan untuk menyemak dan seterusnya menguruskan rekod-rekod tugasan tersebut agar lebih teratur dan sistematik. 3.1 Menyemak tugasan menggunakan Text Activity 3.1.1 Maklumat penghantaran tugasan Tedapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mengetahui maklumat penghantaran tugasan oleh murid. Cara 1 Langkah 1: Klik butang Notification di Frog Bar. Langkah 2: Klik pada nama murid dan tugasan yang dihantar oleh murid. Langkah 3: Klik pada nama tugasan yang hendak disemak. 53
  • 57. Cara 2: Langkah 1: Klik pada ikon Quick Launch di Frog Bar Langkah 2: Klik pada ikon Assignment. Langkah 3: Klik pada nama tugasan yang hendak disemak. 3.1.2 Membuat semakan tugasan Guru boleh mengetahui sama ada murid telah menghantar tugasan atau tidak dengan melihat pada butang yang terdapat dalam ruang Submitted . 54
  • 58. Butang Fungsi Butang hijau menunjukkan murid telah submit assignment untuk ditanda oleh guru. Butang kelabu menunjukkan murid belum submit assignment. Setelah mengenal pasti tugasan yang hendak disemak, sila ikuti langkah- langkah berikut untuk membuat semakan: Langkah 1: Klik pada tugasan yang telah dihantar. Langkah 2: Pilih tugasan ‘Text Activity’. Langkah 3: Klik pada jawapan murid yang dipaparkan dalam petak. 55
  • 59. Langkah 4: Setelah itu, jawapan murid akan terpapar dengan lebih jelas menggunakan ‘pop up’. Kemudian, klik butang ok. Langkah 5: Masukkan markah bagi setiap aktiviti dalam kotak ‘Activity mark’. Langkah 6: Masukkan markah keseluruhan dalam kotak ‘Mark Given’. Langkah 7: Berikan komen keseluruhan dalam kotak ‘Overall Comments’. Langkah 8: Klik butang ‘Save’. 56
  • 60. 3.2 BAGAIMANA MENYEMAK TUGASAN MELALUI “FILE DROP” Langkah 1 Apabila pelajar mengemukakan kerja mereka untuk disemak, guru akan dimaklumkan oleh beberapa tanda merah dalam panel Pemberitahuan (Notification). Klik pada icon Notification yang memaparkan butiran tugasan yang telah dihantar. Klik maklumat di panel Notifications untuk membuka tetingkap Assignments. 57
  • 61. Langkah 2 Dalam tetingkap Assignments, anda akan dapat melihat nama tugasan yang dihantar kepada pelajar serta nama penerima tugasan tersebut Klik nama pelajar untuk melihat tugasan yang dihantar. Langkah 3 Widget File Drop terletak di atas Submitted Work. Sekiranya terdapat tugasan yang dihantar melalui file drop, paparan di bawah akan kelihatan. 58
  • 62. Langkah 4 Klik pautan View untuk membuka laman tugasan. Langkah 5 Setelah ia dibuka, anda akan dapat melihat fail yang dimuat naik oleh pelajar. 59
  • 63. Langkah 6 Untuk memuat turun fail berkenaan, klik pada nama fail dan ia akan berubah menjadi warna biru. Langkah 7 Setelah itu, fail akan dimuat turun ke dalam komputer anda. Klik fail tersebut untuk membukanya. 60
  • 64. Langkah 8 Maklum balas dan komen pelajar boleh dilihat di bahagian Self Evaluation. Langkah 9 Taipkan komen jika ada, ke dalam kotak Overall Comments. Anda kini perlu memasukkan markah ke dalam kotak Mark Given. Markah yang diberi adalah markah keseluruhan untuk tugasan. Langkah 10 Klik Save untuk meneruskannya. 61
  • 65. Langkah 11 Setelah selesai, klik pada anak panah untuk menyemak tugasan pelajar seterusnya. Langkah 12 Menutup Tugasan dan Mengedarkan Markah Selepas menyemak dan menandakan tugasan pelajar, tugasan perlu ditutup dan anda perlu mengedarkan markah yang diberi kepada pelajar. Untuk tujuan tersebut, klik nama tugasan di Navigation Trail, di bahagian atas Assignments untuk memaparkan senarai pelajar-pelajar yang menerima tugasan. 62
  • 66. Langkah 13 Untuk menutup tugasan, sila klik Actions Menu dan kemudian klik Close assignment. Langkah 14 Di tetingkap Close Assignment, tandakan Release marks and notify all recipients. 63
  • 67. Langkah 15 Untuk menghantar markah yang diiringi dengan mesej, taipkan mesej ke dalam ruangan Add a message. Langkah 16 Klik butang Close untuk menghantar markah dan menutup tugasan. Markah dan mesej yang dimasukkan akan terpapar di panel Notifications pelajar. 64
  • 68. Langkah 17 Untuk menutup laman tersebut dan kembali ke Assignments, anda perlu klik x di sudut kanan. 65
  • 69. 3.3 Menyemak Tugasan Menggunakan “Quiz” 1. Pilih Assignment Murid Yang Hendak Ditanda. 2. Klik Murid Tanda Menunjukkan Murid submited Assignment 66
  • 70. Markah diberi secara automatik 3. Beri Komen 4. Klik “Save” 5. Guru boleh memilih untuk hantar assignment balik kepada murid untuk buat semula atau tutup assignment. Apabila assignment sudah ditutup (close), murid tidak dapat buat lagi assignment 67
  • 71. 3.4 Menyemak tugasan menggunakan “Scorm” 1. Klik 2. Pilih tugasan yang dihantar oleh murid 68
  • 72. 3. Klik 4. Tugasan menggunakan “Scorm” 5. Markah tidak dapat diberikan kerana aktiviti yang diselesaikan dapat disemak terus sebaik sahaja aktiviti diselesaikan. 69
  • 73. 70
  • 74. 3.6 Melengkapkan penilaian bagi individu Selepas menyemak tugasan murid, guru boleh menutup tugasan bagi murid tersebut. Selepas tugasan bagi murid tersebut ditutup, guru boleh menyambung semakan terhadap tugasan murid yang lain. Untuk menutup tugasan bagi murid secara individu, klik pada butang . Kemudian, Klik butang ‘Close for Individual’. Sekiranya guru tidak berpuas hati dengan jawapan murid, guru tersebut boleh klik pada butang ‘Return assignment’ untuk memulangkan tugasan kepada murid tersebut untuk pembetulan. 71
  • 75. 3.6 Menutup tugasan dan menghantar markah kepada pelajar Murid hanya boleh melihat markah tugasan yang diperoleh setelah guru menutup tugasan tersebut. Langkah 1: Klik pada tajuk / nama tugasan. Langkah 2: Klik pada butang dan pilih ‘Close assignment’. 72
  • 76. 3.7 Mengarkib tugasan Guru boleh mengarkib tugasan yang telah ditutup bagi membuat penyimpanan rekod yang lebih teratur. Langkah 1: Klik butang ‘Closed’. Langkah 2: Klik pada kotak kecil di sebelah nama tugasan. Langkah 3: Klik butang ‘Archive’. 3.8 Melihat rekod tugasan yang telah ditutup Guru boleh melihat semua rekod tugasan yang telah ditutup kepada melalui fungsi ‘Closed’ yang disediakan. Untuk melihat tugasan yang telah diarkib, klik butang ‘Archived’. 73
  • 77. Untuk memudahkan pencarian bagi melihat rekod semua tugasan yang telah ditutup, guru boleh memfokuskan pencarian dengan klik pada butang . Kemudian, buat pilihan carian sama ada melalui nama tugasan, tarikh tugasan diberi, nama subjek atau nama penerima. Guru juga boleh memuat turun rekod tugasan yang telah ditutup. Untuk memuat turun rekod tersebut, klik pada butang ‘Export Closed As CSV’. 74
  • 78. 3.9 Membuang tugasan Guru boleh membuang tugasan yang telah ditutup atau diarkib. Langkah 1: Klik butang ‘Closed’ atau ‘Archived’. Langkah 2: Klik pada kotak kecil di sebelah nama tugasan. Langkah 3: Klik butang ‘Delete’. 75
  • 79. 1 MODUL 4 MENGGUNAKAN APLIKASI GOOGLE DRIVE 4.1 Pengenalan Cloud Storage adalah satu media penyimpanan dalam talian (online) yang membolehkan pengguna menyimpan dan mengakses data atau fail di mana sahaja menggunakan peranti pilihan pengguna. Google Drive merupakan satu perkhidmatan simpanan “Cloud” yang disediakan oleh Syarikat Google kepada VLE melalui kerjasama Google dengan YES. Saiz simpanan yang diberikan adalah berjumlah 30 gigabait (GB). Ini berbeza dengan saiz simpanan yang diberikan kepada pengguna biasa Google hanyalah sekitar 10 GB sahaja. Fail dan bahan-bahan pengajaran yang disimpan di dalam Goole Drive boleh di letakkan di dalam site pembelajaran melalui widget embed site. 4.2 Mengenali Google Drive Anda Pengguna hendaklah log masuk ke dalam akaun VLE masing-masing. Melalui paparan hadapan, sila tekan butang quick launch ( ) di frog head bar (sebelah atas kanan). Melalui paparan quick launch, tekan ikon Google Drive ( ). Pengguna kemudian akan dibawa kepada paparan baru iaitu paparan Goole Drive. Apabila anda memasuki paparan Google Drive, anda akan mendapat paparan seperti berikut di atas. Paparan ini adalah hampir sama dengan paparan Gmail, malah beberapa fungsi di dalam Drive ini mengambil fungsian Gmail seperti delete, sort dan sebagainya. 76
  • 80. 2 Terdapat beberapa butang dan fungsi yang penting dalam Google Drive ini: a. Butang Upload Butang upload adalah butang yang berwarna merah, berada di sebelah butang create. Butang ini adalah untuk memuat naik dokumen/ fail dalam drive ini. Keseluruhan folder juga boleh muat naik menggunakan cara ini. b. Butang Create Butang Create ini boleh digunakan untuk membuat dokumen-dokumen seperti Word, Excel, PowerPoint tetapi menggunakan enjin Google. Semua fail yang dibuat akan disimpan di dalam Drive secara automatik. 4.3 Menyimpan dan Berkongsi Bahan 4.3.1 Cara memuat naik bahan ke Google Drive a. Di dalam paparan Google Drive, klik butang Upload dan pilih sama ada bahan tersebut adalah “files” atau “folder”. b. Pilih fail atau folder yang hendak di muat naik itu dan klik “open”. c. Setelah proses muat naik selesai, anda boleh lihat fail tersebut berada di dalam My Drive anda. 77
  • 81. 3 4.3.2 Cara Berkongsi Fail Menggunakan Fungsi Share Fail yang telah anda muat naik di dalam Google Drive boleh dikongsi dengan mudah pada rakan atau sesiapapun di internet dengan menggunakan fungsi Share. a. Klik dan buka fail yang hendak dikongsi dalam paparan depan Google Drive. b. Dari paparan dokumen yang telah dibuka tadi, klik butang Share yang berwarna biru di sebelah atas kanan. c. Paparan seperti di bawah dapat dilihat. Dari paparan tersebut, anda ada beberapa pilihan yang boleh dilakukan. Klik pada Change dan pilih Setting yang anda mahukan. 78
  • 82. 4 4.4 Menghasilkan Dokumen Menggunakan Google Document 4.4.1 Membina fail dokumen (Google Docs) secara atas talian (online). a. Membina fail yang baru secara atas talian. 79
  • 83. 5 b. Memberi nama pada fail yang dibina. 80
  • 84. 6 c. Menaip / Mengisi maklumat 4.4.2 Menyunting maklumat yang diisi. 4.4.3 Memasukkan imej melalui fungsi Upload, Take a snapshot dan By URL: 81
  • 85. 7 a. Upload b. Take a snapshot 82
  • 88. 10 a. Menggunakan fungsi Link to Web address. b. Menggunakan fungsi Link to Email address. 85
  • 89. 11 c. Menggunakan fungsi Bookmark. 4.4.4 Memasukkan Persamaan Matematik (Equation). 86
  • 90. 12 4.4.5 Memasukkan Komen (Comment) 4.4.5 Berkongsi dokumen dengan orang lain. 87
  • 91. 13 4.5 Menghasilkan Persembahan Menggunakan Google Presentation Dengan menggunakan aplikasi Google Drive, kita boleh membina fail persembahan secara atas talian (online) tanpa memerlukan perisian aplikasi persembahan seperti Microsoft PowerPoint, Harvard Graphic dan Lotus Freelance dan sebagainya. Langkah-langkah membina persembahan: 4.5.1 Bina fail yang baru secara atas talian. 88
  • 92. 14 a. Lancarkan aplikasi Google Presentation b. Pilih tema yang sesuai. c. Berikan nama kepada fail yang dibuat. 2 1 89
  • 93. 15 4.5.2 Tambah slaid serta menukar layout, tema dan background atau Klik untuk menambah slaid. Pilih menu “Slide” dan pilih “New slide”. Pilihan untuk menukar background, layout dan tema. 90
  • 94. 16 4.6 Menghasilkan Hamparan Data Menggunakan Google Spreadsheet Membina fail dokumen Google Spreadsheet secara atas talian (online) 4.6.1 Membina fail yang baru secara atas talian a. Lancarkan aplikasi Google Spreadsheet dari Google Drive. b. Memberikan nama fail yang di bina 4.6.2 Menaip atas paparan dokumen yang hendak di bina 1 91
  • 95. 17 4.6.3 Membuat suntingan maklumat yang diisi 4.7 Menghasilkan borang menggunakan Google Form 4.7.1 Buat borang a. Lancarkan aplikasi Google Forms.  Click butang CREATE > Form b. Namakan borang dan pilih tema.  Taipkan tajuk borang pada ruangan Title. (Contoh: BORANG PENGGUNAAN CHROMEBOOK)  Pilih tema (Theme)  Klik OK Ikon-ikon untuk menjalankan fungsi suntingan (edit). 92
  • 96. 18 c. Buat soalan  Masukkan NAMA PENGGUNA pada ruangan Question Title.  Masukkan arahan pada ruangan Help Text. (Contoh: Sila masukkan nama penuh anda.)  Pilih Text pada ruangan Question Type  Klik butang Done 93
  • 97. 19  Paparan akan kelihatan seperti di bawah.  Klik Add Item untuk menambah item yang baru mengikut kesesuaian.  Setelah siap semua item soalan, klik Choose response destination (kawasan data akan disimpan).  Tandakan pada radio button New Spreadsheet  Klik Create 94
  • 98. 20  Lembaran View responses akan dijana 4.7.2 Kongsi borang  Tandakan check box berikut: o Require yes login to view this form o Automatically collect responses yes username o Share link to submit another responses o Publish and show a link to the results of this form to all responses  Klik butang Send Form 95
  • 99. 21  Pada tetingkap pop-up Send Form: o Klik pada kawasan URL Link to share sehingga menjadi warna biru. o Tekan kekunci Ctrl+C untuk membuat salinan URL o Klik Done.  Hantar pautan URL tadi kepada pengguna yang hendak dikongsi. 4.8 Membuat pautan Google Drive dalam laman Fog VLE Semua fail seperti dokumen, persembahan, hamparan data dan borang dari Google Drive boleh dimasukkan ke dalam site Frog VLE. 4.8.1 Mendapatkan URL Pautan URL pautan untuk semua dokumen, persembahan, hamparan data dan borang yang dibina dengan aplikasi daripada Google Drive boleh diperoleh dari langkah berikut:  Tandakan check box bagi tajuk fail tersebut  Pilih More > Open with dan pilihlah Google Docs (untuk fail dokumen). Google Slides (untuk fail persembahan), Google Sheets (untuk fail hamparan data) atau Google Form (untuk fail borang).  Setelah fail tersebut dibuka, klik menu File dan pilih Publish to the web …  Dalam tetingkap pop-up Publish to the web, tandakan check box Require viewers to sign in with their YES account dan klik butang Start Publishing. 96
  • 100. 22  Klik Ok apabila tetingkap pertanyaan dari Google Drive dipaparkan.  Dalam tetingkap Publish to the web yang dipaparkan, salin arahan dalam Embed code. 97
  • 101. 23  Buka aplikasi Notepad atau apa jua aplikasi pemprosesan perkataan dan tampal (paste) kod arahan tadi.  Sunting kod tersebut dengan memadam kod sebelum http://... dan selepas delayms=3000. Kemudian, salin (copy) kod yang telah disunting tadi. 4.8.2 Membuat Pautan Dalam Laman Frog VLE  Bina site baru dalam Frog VLE anda.  Klik Edit untuk membolehkan kita membuat suntingan.  Klik dan seret widget Embed Website ke dalam site. 98
  • 102. 24  Tampal (paste) kod yang telah disalin tadi pada bahagian Enter URL.  Enter Height: 600  Klik butang Save Changes dan tutup edit mode dengan menekan butang  Paparan borang yang telah dimasukkan ke dalam site Frog VLE 99