MATERI Projek Kreatif Kewirausahaan kelas XI SMK.pptx
Adat resam kaum kadazan dusun
1. dat Resam kaum Kadazandusun
Asal usul makanan
Lazimnya, menurut kepercayaan suku kaum Kadazandusun, padi berasal daripada
isi manusia yang bernama Huminodun. Huminodun ialah seorang gadis jelita anak
kepada Kinoingan. Kinoringan ialah nama Tuhan bagi nenek moyang suka kaum
Kadazandusun.
Kinoringan telah mengorbankan anaknya Huminodun demi mengatasi masalah
kebuluran di dunia. Menurut kepercayaan suku kaum ini, segala jenis bahan
makanan yang utama berasal dari pelbagai bahagian badan Huminodun. Beras dari
isinya yang putih melepak; darahnya yang merah telah bertukar menjadi lada; halia
pula adalah jari jemari Huminodun; bawang 'tagaas' berasal dari rambut Huminodun;
giginya bertukar menjadi jagung; kepalanya pula menjadi kelapa dan sebagainya.
Oleh itu demi menghormati dan mensyukuri pengorbanan Kinoringan dan
Huminodun, nenek moyang suku kaum ini mengadakan upacara-upacara adat
seperti Momohizan dan Humabot.
Upacara Momohizan
Upacara Momohizan ini diadakan pada bulan Ogos atau bulan September apabila
padi selesai dituai. Upacara momohizan diadakan untuk memuja semangat padi dan
memberi makan kepada penjaga semangat padi supaya membantu untuk
menyuburkan padi dan melindungi padi dari sebarang penyakit atau bencana alam.
Upacara momohizan biasanya berlangsung dirumah keluarga suku kaum
Kadazandusun golongan berada. Sementara itu golongan yang kurang berada akan
meminta untuk didoakan bersama ataupun dalam bahasa Kadazandusun
'mikiompit'.
Dua minggu sebelum upacara ini diadakan tuan rumah akan meminta para
penduduk kampung untuk menolongnya menyediakan 'tapai' iaitu sejenis minuman
keras tradisi Kadazandusun. Upacara Momohizan dimulakan pada sebelah malam
iaitu setelah semua jemputan hadir. Beberapa orang Bobohizan (bomoh suku kaum
Kadazandusun) yang berpakaian serba hitam akan berkumpul dan memulakan
upacara ini dengan memanggil 'miontong pomumuon' (penjaga rumah/semangat
padi) Apabila selesai membaca mantera pemanggilan dalam kata lain apabila
semua miontong dan 'tasab' (malaikat padi) sudah dihimpunkan maka Bobohizan
akan menaburkan serbuk ragi (manasad) di atas nasi yang telah dihidangkan di atas
nyiru dan diletakkan di ruang tengah rumah.
Adalah dipercayai bahawa perbuatan manasad dilakukan bersama-sama dengan
miontong. Setelah selesai manasad, nasi yang ditabur dengan ragi itu kemudian diisi
ke dalam sukat (saging) dan diatas nasi itu diletakkan arang (popou), kemudian
mulut sukat ini akan ditutup dengan daud simpur (daingin). Kemudian Bobohizan
akan mengisi beras ke dalam nyiru yang berbentuk segitiga (hihibuh), ketua
Bobohizan akan memungut sedikit beras dari nyiru dan meletakkannya ke atas
gendang.
2. Sambil membaca mantera, Bobohizan akan mengetuk gendang dan kemudiannya
memakan beras itu, tujuannya ialah untuk menjemput miontong sama-sama
memakan beras tersebut. Selepas itu beberapa orang pelatih Bobohizan yang terdiri
daripada sumandak (gadis-gadis sunti) akan berkumpul dan memukul gendang
sambil menyanyi dan membaca mantera 'tumingak' dan diikuti dengan mantera
'sumava'. Seiringan dengan itu Bobohizan akan membungkus nasi dengan daun
simpur. Nasi yang dibungkus ini kemudiannya dipungut sedikit-sedikit lalu diisi ke
dalam tempayan kecil. Tempayan ini kemudiannya diletakkan di atas batang bambu
yang tingginya kira-kira tiga kaki dan hujung bambu itu diletak untuk tempayan itu
diletakkan. Batang bambu ini diikat pada tiang rumah dengan menggunakan tali
kyang diperbuat daripada kelapa (hisad).
Setelah itu Bobohizan akan menjemput 'miontong' untuk minum tapai (moginum)
bersama-sama. Setelah itu bobohizan akan bersedia untuk menjemput dewata dari
kayangan untuk turut serta makan minum dan memohon kepada mereka untuk
menjaga dan melindungi padi serta keluarga suku kaum Kadazandusun.
Pelatih Bobohizan akan membaca mentara'mingau' dan diikuti dengan mentera
'kumodong sakazan' ini ialah untuk memanggil semangat kenderaan yang menurut
mereka berbentuk perahu dan akan belayar terapung-rapung di udara. Para
Bobohizan akan menutup muka mereka dengan kain sambil membaca mantera
'modsuut/soikung' iaitu memanggil roh-roh kayangan. Para Bobohizan ini akan
menentukan arah tujuan masing-masing, biasanya dua orang Bobohizan akan
belayar ke kayangan (minsavat).
Acara 'modsuut' ini diiringi dengan paluan gong tanpa henti dan Bobohizan pula
membaca mantera dan mengoncang-goncangkan alat bunyian mereka yang
diperbuat serpihan-serpihan besi disangkutkan pada serpihan tulang rusuk manusia
yang dipercayai diturunkan oleh nenek moyang mereka yang merupakan pahlawan
peperangan (misasangod). Alat bunyian ini dipanggil 'sindayang'.
Antara bahan makanan yang dihidang di tengah rumah sebagai jamuan 'mintong'
ialah nasi, tapai, jeruk ikan (nosom) yang digaul dengan halia dan padi (santadang
paai). 'Modsuut' memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang dari jam 1.00
tengah malam hingga jam 5.00 subuh. Apabila roh Bobohizan itu sudah turun ke
bumi dengan roh-roh kayangan, maka Bobohizan akan berehat sebentar, samada
mereka akan tidur atau makan.
Semasa Bobohizan berehat, para jemputan akan menarikan tarian tradisional
Kadazandusun iaitu sumazau. Di sebelah pagi pula iaitu lebih kurang jam 6.00 pagi
Bobohizan akan memalu gendang sambil membaca mantera 'mihung', 'painsan',
'monduvazan dan Bobohizan akan menyanyikan mantera 'momosik' tompuvan'
(mengejutkan pari-pari yang menjaga rumah).
Seterusnya Bobohizan akan menarik sehelai bulu dari seekor ayam yang telah
disediakan sebagai korban. Korban biasanya ialah seekor ayam dengan seekor
babi. Jantina korban mestilah bertentangan misalannya ayam jantan dengan babi
betina dan sebaliknya. Sehelai bulu ayam tadi akan diikat pada hisad dan ianya
akan dikuis pada tuan rumah dan para tetamu.
3. Ini ialah untuk melindungi mereka daripada serangan penyakit agar mereka akan
sentiasa sihat dalam mengerjakan sawah padi masing-masing. Setelah itu tetamu
akan dijamu dengan makanan yang telah disediakan seperti nasi, tapai, daging
ayam, daging babi dan sebagainya. Setelah Bobohizan menjamu selera, mereka
akan turun ke bawah rumah dan membawa korban itu bersama-sama mereka.
Bobohizan akan membaca mantera sambil memegang ayam korban dan sumazau.
Selepas membaca mantera, ayam akan disembelih dengan menusuk kepala ayam
itu dengan benda tajam, kadangkala Bobohizan akan menggunakan klip rambut
yang besar(titimbok). Setelah ayam itu mati, bulunya akan dibakar sehingga terhidu
baunya. Ertinya ayam itu kini telahpun dikorbankan kepada miontong. Seterusnya
Bobohizan akan memanggil 'miontong' untuk minum tapai iaitu dengan menuangkan
sedikit tapai ke tanah.
Setelah itu Bobohizan akan memotong, rumput dengqn parang dan membaca
mantera 'manau' untuk meminta dewata pulang ke kayangan. Kemudiannya korban-
korban itu akan dibawa naik semula ke rumah. Semasa para Bobohizan naik ke
rumah, salah seorang tuan rumah akan merenjiskan air kepada Bobohizan sebagai
membersihkan Bobohizan yang telah turun ke tanah. Bobohizan pula akan
menyanyikan mantera 'sumamboi'.
Bobohizan akan berehat seketika, kemudian acara 'magampah' akan diadakan
dimana tetamu dan ahli keluarga tuan rumah terutamanya kanak-kanak akan duduk
berkumpulan pada suatu tempat (lazimnya ditengah ruang tamu) lalu ditutup dengan
kain yang besar sambil Bobohizan menari-nari mengelilingi mereka dengan
membaca mantera dan memukul dua bilah parang (tandus atau ilang) di atas kain
yang menutuoi kumpulan itu untuk menghalau penyakit.
Bobohizan yang lainnya juga akan menari-nari mengelilingi kumpulan ini dengan
menguis kain penutup dengan batang Lengkuas (tumbu) dan ohok (bunga). Apabila
mantera selesai dibaca, Bobohizan akan mengangkat kain penutup dan mereka
yang ditutup oleh kain itu akan bertempiaran lari kononya untuk meninggalkan
penyakit ditempat mereka berekumpul tadi.
Setelah itu Bobohizan dan para tetamu akan para tetamu akan sumazau. Selepas
jamuan tengah hari, Bobohizan akan membaca mantera 'papasazau miontong' ini
ialah untuk menjemput roh-roh penjaga rumah/padi berpesta menari sumazau
bersama-sama. Sambil sumazau, Bobohizan akan memotong batang bambu
(binabat) yang telah disediakan, kemudian disangkut pada dinding rumah.
Hisad juga akan dihiris-hiris oleh Bobohizan. Hisad yang jatuh ke lantai
akandipungut dan ditabur diatas padi yang dipersembahkan sebagai korban kepada
'miontong'. Selepas itu Bobohizan akan berehat dan pada waktu inilah korban-
korban seperti daging babi dan ayam dibersihkan dan dibahagi-bahagikan. Bahagian
usus korban ini akan dibawa oleh Bobohizan ke sungai untuk dibersihkan. Upacara
ini dinamakan 'humanau', ini juga bertujuan untuk memberi makan kepada miontong
.
Setelah itu kesemua Bobohizan akan mandi, membersihkan diri mereka. Semasa
perjalanan kembali ke rumah tempat momohizan itu diadakan, Bobohizan dilarang
4. untuk menoleh ke belakang atau tersadung kaki semasa berjalan. Upacara
momohizan ini diadakan selama dua malam dan setengah hari. Malam keduanya
Bobohizan akan membaca mantera 'modsuut' lagi tapi dengan roh penjaga
rumah/padi saja.
Di sebelah pagi hari kedua, bahan korban akan dibahagi-bahagikan kepada para
Bobohizan sebagai sogit dan selepas itu mereka akan dijamu dengan makanan dan
minuman tapai, ketika inilah para tetamu dan Bobohizan akan berbalas pantun
(kizat) atau syair (hius) dan acara ini sememangnya merupakan acara untuk
berhibur yang di selangi dengan gelak ketawa dan usik mengusik. Setelah selesai
makan, Bobohizan akan pulang ke rumah masing-masing dengan berbekalkan sogit
(huus).
Humabot
Upacara Humabot ialah adat suku kaum Kadazandusun yang diamalkan oleh nenek
moyang suku kaum ini apabila mendirikan rumah baru. Sebuah keluarga suku kaum
ini yang akan mendirikan rumah akan meminta Bobohizan untuk menjampi tanah
tapak rumah itu didirikan.
Bobohizan memasukkan benda-benda seperti garam, butang baju dan kayu sapad
ke liang tanah tempat tiang dipacakkan. Selepas itu Bobohizan akan merenjis air
disekitar kawasan tapak rumah sambil membaca mantera, ini bertujuan untuk
menghalau roh-roh jahat yang berkeliaran di tapak rumah tersebut yang dipercayai
akan mendatangkan malapetaka ataupun dalam bahasa kadazandusun 'kopizo'
Tiang akan dipacakkan jika tuan rumah termimpi baik, tetapi jika sebaliknya, maka
tapak tiang akan dialihkan sedikit dari tapak asal.
Apabila rumah sudah didirikan, Bobohizan akan dipanggil lagi dan kali ini upacara
'momodu' atau memandikan rumah akan dijalankan. Bobohizan akan membaca
mantera sambil kaum lelaki akan menyalakan apai pada bambu yang hujungnya
dibungkus dengan getah (sikalap) dan membawa obor ini mengililingi rangka-rangka
atap rumah sambil bertempik sorak atau 'memangkis'. Ini bertujuan untuk
menghalau roh-roh jahat pembawa malapetaka.
Upacara ini biasanya disambut dengan keramaian dan para jemputan akan
dihidangkan dengan jamuan. Tuan rumah juga akan memjemput ketua keluarga
yang mempunyai ramai anak yang semua masih 'hidup', ke rumahnya dan meminta
ketua keluarga itu baring sebentar pada alas tidur tuan rumah. Ini dipercayai
bertujuan untuk menjemput rezeki yang berpanjangan kepada keluarga tuan rumah
itu.
Sebulan selepas tuan rumah tinggal di rumah itu maka upacara 'momohontog sisit'
iaitu upacara menghormati tiang rumah akan diadakan ianya merupakan acara
keramaian seperti magagung, sumazau dan makan besar. Setahun selepas tuan
rumah tinggal di rumah baru itu, upacara magavau akan diadakan untuk memuja
semangat rumah.
5. Seminggu selepas magavau diadakan upacara Humabot pula menyusul, upacara ini
juga adalah upacara menghormati rumah dan ianya disambut dengan meriah sekali.
Tapai akan disediakan untuk menjamu jemputan yang datang.
Dalam upacara itu Bobohizan akan menjampi nasi untuk membuat tapai kemudian
meletakkanya diatas daun simpur. Air perahan nasi tapai itu akan diminum dan
nasinya pula dilontarkan ke dalam ketawai besar (bekas menyimpan padi), ini
adalah untuk memberi makan kepada semangat padi 'bambazon' makan. Kaum
lelaki juga akan melontarkan nasi tapai pada daun simpur itu ke dalam ketawai
sambil bertempik sorak (memangkis) .
Acara ini berterusan sehingga kesemua nas tapai yang diletakkan atas daun simpur
itu habis. Upacara Humabot diadakan setiap selang satu tahun selepas ia diadakan
dan lima tahun selepas rumah itu dihumi. Upacara ini juga merupakan upacara
keramaian iaitu makan besar dimana seekor kerbau akan ditumbangkan sebagai
sogit (korban).
Nenek moyang suku kaum ini mempercayai bahawa sekiranya upacara-upacara
menghormati rumah baru ini tidak dilakukan maka malapetaka pasti akan menimpa
keluarga yang tinggal dirumah baru itu, penyakit akan berleluasa, perkara-perkara
ganjil dan mengerikan akan terjadi dirumah itu seperti beratus-ratus ekor tabuan
(potizukon) akan mengelilingi rumah atau biawak akan tiba-tiba muncul dirumah
baru itu.
6. Masyarakat Kadazan merupakan penduduk majoriti negeri Sabah yang juga dikenali sebagai
'negeri di bawah bayu'. Masyarakat Kadazan dahulunya dikenali sebagai Orang Dusun dan
mereka begitu berpegang teguh terhadap adat resam warisan nenek moyang mereka.
Keunikan masyarakat ini terserlah melalui kebudayaan dan adat resam yang diamalkan.
Kebanyakan daripada amalan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan animisme. Ini
jelas terlihat melalui adat resam dan kepercayaan yang diamalkan dalam aspek kelahiran,
perkahwinan dan kematian.
PERKAHWINAN [Merisik]
Sebelum sesuatu upacara perkahwinan dilangsungkan, keluarga kedua-dua pihak akan
mengatur segala persiapan yang diperlukan. Dalam hal ini perkara yang diutamakan adalah
tentang pemberian sebentuk cincin. Cincin ini menjadi tanda peminangan daripada pihak
lelaki.
Sebelum peminangan dibuat, pihak lelaki melantik seorang tua yang bukan terdiri daripada
keluarga terdekat lelaki berkenaan. Segala urusan merisik dan juga pinang-meminang ini
mesti dibuat pada waktu pagi. Waktu petang dan malam tidak dibenarkan sama sekali. Wakil
pihak lelaki pergi merisik kepada ibu bapa perempuan yang hendak dipinang itu atau
pengganti ibu bapa jika ibu bapa perempuan itu sudah tidak ada.
Risikan pertama dilakukan untuk mengetahui sama ada perempuan berada dalam proses
risikan orang lain atau dia sedang dalam pertunangan. Kalau perempuan itu dalam
pertunangan, risikan ifu dihentikan serta-merta. Kalau perempuan itu didapati sedang dalam
proses risikan daripada lelaki lain, risikan itu ditangguhkan buat sementara, sehingga
keputusan muktamad diperoleh daripada risikan terdahulu itu.
Jika risikan yang terdahulu bertukar ke arah pertunangan, maka risikan yang kemudian itu
terus dibatalkan. Tetapi jika gagal, risikan yang kemudian itu boleh diteruskan. Risikan ini
dibuat berulang kali, peringkat demi peringkat dan adakalanya memakan masa sehingga
berhari-hari, malah ada yang sampai berbulan-bulan. Ini disebabkan banyak perkara yang
mesti diketahui dengan jelas oleh ibu bapa perempuan terhadap keluarga yang merisik
anaknya. Antaranya ialah susunan keluarga, kemampuan, pekerjaan dan seumpamanya.
PERKAHWINAN [Meminang]
Apabila ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan, mereka akan
menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka (dibuat daripada
tembaga). Cincin itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'. Cincin itu mesti dibawa pada waktu
pagi.
Apabila ibu bapa perempuan sudah menerima cincin itu, mereka mesti membersihkan diri
pada hari itu juga. Mereka tidak boleh makan atau minum apa sahaja yang boleh
7. memabukkan. Cincin itu diletakkan di bawah bantal ibu bapa perempuan itu. Pada malam
tersebut mereka mesti berada datam keadaan 'bersih', iaitu tidak mabuk. Pada malam itu juga,
salah seorang daripada suami isteri itu atau kedua-duanya sekali akan mendapat mimpi.
Adakalanya mereka berlainan mimpi, adakalanya hampir serupa dan adakalanya benar-benar
serupa.
Biasanya mimpi itu mempunyai tiga keadaan. Pertama, mimpi baik, ini bererti, risikan itu
boleh diteruskan kepada proses peminangan. Kedua, mimpi buruk. Tetapi mimpi buruk itu
dapat dibaiki atau diperbetulkan. lni bererti, proses pertunangan boleh diuruskan dengan
syarat pihak lelaki harus membayar sugit kepanasan mimpi kepada orang yang bermimpi itu.
Contoh mimpi yang dimaksudkan ialah seperti bermimpi tentang barang-barang yang pecah
seperti periuk atau pinggan-mangkuk. Kemudiannya barang-barang yang pecah itu dibaiki
oleh pihak lelaki. Ketiga, mimpi buruk. Contoh mimpi buruk ialah bermimpi akan periuk
belanga, kuali, pinggan mangkuk, tempayan atau apa sahaja barang kegunaan hanian yang
telah pecah. Ini bererti proses risikan itu berhenti setakat itu sahaja dan perkahwinan tidak
boleh dilangsungkan.
Hari berikutnya, ibu bapa perempuan tersebut memanggil semua keluarga terdekatnya
bermesyuarat untuk membincangkan mimpi mereka. Jenis dan sifat mimpi diterangkan
sejelas-jelasnya. Di dalam mesyuarat itulah mereka menganalisa baik dan buruknya mimpi
itu.
PERKAHWINAN [Bertunang]
Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan memanggil wakil pihak lelaki untuk
memberitahu tentang keputusan mimpi mereka. Ketika itu juga cincin yang digunakan untuk
menanti mimpi tadi dipulangkan. Waktu itu, waki lelaki diberitahu sama ada boleh bertunang
dengan membayar sugit kepanasan mimpi kerana mimpi buruk boleh dibaiki ataupun tidak
boleh bertunang kerana mimpi buruk.
Jika mimpi baik, proses pertunangan diteruskan. Perundingan antara pihak lelaki dengan ibu
bapa pihak perempuan hanya berkisar pada syarat-syarat hantaran perkahwinan, menentukan
tarikh perkahwinan dan kadar besar atau lamanya pesta perkahwinan itu. Pertunangan yang
telah ditetapkan tidak boleh diingkari. Jika tidak, pihak yang ingkar terpaksa membayar
seluruh atau separuh hantaran yang sudah ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu.
Bayaran ini dibuat di depan pengadilan adat.
Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat istiadat
dan barang untuk memperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk memperteguhkan
semangat ini dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat danipada
tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada hari penrkahwinan.
Alat untuk adat istiadat pula dinamakan tinokol iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau
(tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini juga dibawa
pada hari perkahwinan. Jenis makanan pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya bergantung
kepada kemampuan keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan kepada pihak perempuan
dua atau tiga hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. lni kerana binatang itu akan
8. disembelih dan dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan nanti.
Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari perkahwinan.
Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminum beramai-ramai dalam pesta
kahwin di rumah pengantin perempuan. Selain daripada empat hantaran yang menjadi asas
bagi orang Kadazan, terdapat beberapa barangan lain yang turut dibawa untuk
memperlengkap dan memperindahkan majlis hantaran itu. Ini terserah kepada janji yang
dibuat semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan kemampuan kedua-dua belah pihak.
Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara adat, pemujaan agama,
pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat pesta pula adalah antara dua atau tiga
hari di rumah pengantin perempuan. Bagi mereka yang berkemampuan, majlis dibuat selama
tujuh hingga empat belas hari. Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di
sisi agama dan kepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam
pertama. Paling cepat mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang
mengambil masa selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini bergantung
kepada besar atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan.
Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan pengantin
tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama. Upacara ini dihadiri
oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama sekali hadir di
rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah bersatu.
PERKAHWINAN [Majlis Perkahwinan]
Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat istiadat
dan barang untuk memperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk memperteguhkan
semangat ini dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat daripada
tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada hari perkahwinan. Alat
untuk adat istiadat pula dinamakan 'tinokol' iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau
(tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini juga dibawa
pada hari perkahwinan.
Jenis makanan pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya bergantung kepada kemampuan
keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan kepada pihak perempuan dua atau tiga hari
sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. lni kerana binatang itu akan disembelih dan
dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan nanti. Sebuah tajau berisi tapai
beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari perkahwinan. Lihing ialah tapai yang
sudah menjadi arak. Lihing diminum beramai-ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin
perempuan.
Selain daripada empat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat beberapa
barangan lain yang turut dibawa untuk memperlengkap dan memperindahkan majlis hantaran
itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan
kemampuan kedua-dua belah pihak. Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat
dengan upacara adat, pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-
singkat pesta pula adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin perempuan. Bagi
mereka yang berkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hingga empat belas hari.
9. Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan kepercayaan,
mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama. Paling cepat mereka hanya
boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang mengambil masa selama seminggu atau
dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini bergantung kepada besar atau lamanya majlis
perkahwinan itu diadakan.
Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan pengantin
tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama. Upacara ini dihadiri
oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama sekali hadir di
rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah bersatu.
Majlis perkahwinan orang Kadazan memakan masa selama tiga hari. Perkara yang paling
penting dalam upacara perkahwinan ialah miohon pinisi iaitu upacara menukar gumpalan
nasi. Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki dan perempuan duduk berhadapan di
tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang ber-pakaian tradisional berwarna hitam.
Di hadapan mereka terletak seperiuk nasi dan kedua-dua pengantin akan menggenggam nasi
dan periuk tersebut untuk dijadikan gumpalan sebesar telur ayam. Kemudian kedua-duanya
akan bertukar-tukar gumpalan nasi itu, lalu dimakan. Upacara miohon pinisi merupakan
nazar perkahwinan menurut cara tradisional. Setelah upacara ini dilakukan, makanan dan
minuman pun dihidangkan kepada para tetamu yang hadir. Gong dibunyikan semula, diikuti
dengan pertunjukan tarian sumazau.
KELAHIRAN [Sewaktu Mengandung]
Bidan merupakan orang yang bertanggungjawab tentang kelahiran seorang anak. Bidan
terdiri daripada kaum perempuan yang lanjut usia dan mengetahui tentang selok-belok
perubatan masyarakat Kadazan secara menyeluruh. Tugas bidan meluas iaitu sejak bayi di
dalam kandungan sehinggalah selamat dilahirkan.
Sejak di dalam kandungan lagi bidan memastikan keadaan bayi berada di dalam keadaan
sihat. Kandungan akan dijaga dengan baik dan bidan memberi beberapa pantang larang
kepada ibu mengandung. Ini penting supaya kandungan berada di dalam keadaaan sihat.
Apabila sahaja bayi dilahirkan, tugas bidan lebih berat. Bidan perlu memastikan bayi dalam
keadaan sihat terutama jika seseorang itu beranak sulung.
KELAHIRAN [Bersalin]
Biasanya ibu yang bersalin dikenakan pantang. Bagaimanapun bilangan hari berpantang
bergantung kepada unsur kasta. Bagi orang kebanyakan tempoh berpantang ialah tujuh hari.
Bagi orang yang berdarjat, tempoh pantangnya ialah 21 hari. Manakala bagi yang berdarjat
lebih tinggi, tempohnya ialah 44 hari.
Sepanjang tempoh berpantang, si suami tidak dibenarkan berada jauh dari rumah. Sejak hari
10. kelahiran hingga tamat tempoh berpantang, ibu dan anak yang baru lahir diberi kawalan
secara mistik oleh bidan agar tidak diganggu oleh makhluk halus. Biasanya jampi mantera
digunakan untuk mengusir makhluk halus di sekitar tanah. Tempat darah yang mengalir
ketika ibu itu bersalin, digantung dengan daun-daun limau.
Antara pantang yang mesti diikuti oleh ibu yang bersalin ialah dia tidak boleh makan ikan
yang bertulang keras, ikan yang berduri, nasi sejuk dan nasi bercampur air seperti bubur.
Manakala bagi bayi yang baru lahir terutamanya dari hari pertama hingga hari ke tujuh, bayi
tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah, umpamanya ke halaman rumah. Ini untuk
mengelakkan bayi itu daripada diganggu oleh roh jahat yang dinamakan Rogon Gaiyah.
Bidan juga akan memastikan ahli keluarga yang lain supaya pintu rumah kediaman mereka
diikat dengan sejenis daun yang dipanggil wongkong. Daun itu menunjukkan rumah tersebut
telah menerima ahli baru. Justeru itu sahabat-handai yang tinggal di kawasan itu tidak boleh
berkunjung melainkan saudara-mara yang terdekat.
Selain mengurus tentang kelahiran anak, bidan ini juga bertanggungjawab tentang ubat-
ubatan yang terdiri daripada akar-akar kayu, herba dan sebagainya. Pada masa yang sama
beberapa urutan akan dilakukan ke atas ibu yang baru bersalin untuk memulihkan tenaga
yang hilang semasa bersalin dahulu. Bidan juga perlu tahu meramu pelbagai jenis bahan
untuk dijadikan ubat-ubatan. Bidan yang tahu tentang kegunaan sesuatu jenis herba untuk
setiap penyakit merupakan satu kelebihan. Biasanya akar-akar kayu atau herba dibentuk
menjadi ubat yang mujarab dan boleh mengubati pelbagai penyakit. Antara herba yang paling
banyak digunakan dalam masyarakat Kadazan ialah cekur, akar kacip fatimah, halia dan
pelbagai jenis lagi. Kebanyakan tumbuhan herba ini diperoleh di kawasan persekitaran.
Terdapat pelbagai jenis bentuk ubat yang boleh dibuat oleh bidan untuk menyembuh sesuatu
penyakit. Bidan boleh merebus sahaja tumbuhan herba itu dan kemudian diberi minum
kepada ibu-ibu yang baru bersalin. Cara ini diamalkan oleh sebilangan besar bidan. Cara lain
yang turut digunakan ialah dengan mencampurkan minyak kelapa dan kemudian diurut pada
bahagian yang sakit. Cara ini digunakan kepada ibu-ibu yang baru bersalin untuk
memulihkan semula tenaga mereka.
Sungguhpun kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk pesakit, tetapi bidan
kampung masih lagi diperlukan. Ini adalah kerana kebanyakan masyarakat Kadazan
mendiami kawasan pedalaman yang jauh dari klinik atau hospital. Oleh itu peranan bidan
amat popular di kalangan mereka.
KELAHIRAN [Selepas Lahir]
Adat memberi nama anak dilakukan setelah bayi itu berumur lapan hari. Anak itu diberi
nama sebanyak dua kali, iaitu nama sementara dan nama sebenar. Pemberian nama sementara
mesti dibuat kerana kalau terlalai memberi nama sementara seberapa segera, roh jahat iaitu
Rogon Gaiyoh dipercayai akan mendahului memberi nama dan atas sebab itu, dia berhak
menuntut anak tersebut.
Upacara rasmi memberi nama sebenar dibuat pada hari kelapan di beranda rumah. Pada hari
itu juga anak tersebut dibawa keluar rumah buat pertama kalinya. Keluarga, jiran dan orang
kenamaan di seluruh kampung dijemput hadir untuk berbincang dan menentukan nama anak
11. itu. Upacara ini disebut Madsapi atau Modsopik, lengkap dengan mentera dan tatacaranya.
Nama-nama yang dicadangkan itu dikumpul dan dipilih. Pemilihan nama dibuat berdasarkan
segala macam peristiwa yang berlaku ketika anak itu dilahirkan. Kadangkala nama itu
diambil daripada nama salah seorang ahli keluarga mereka.
Setelah anak itu berusia kira-kira satu bulan, upacara turun tanah atau disebut Mintuhun atau
Minuhun dilakukan. Anak itu dibawa oleh ibunya sendiri. Beberapa baranga dibawa bersama
iaitu;
Sebuah berait atau bakul yang dianyam daripada rotan, bertutup dan bertali untuk disondong.
Berait ini diisi dengan pelbagai alatan.
Sebilah mamadik iaitu pisau kecil yang digunakan untuk menghalau Rogon Gaiyoh.
Serangkai Komburongoh, iaitu jerangau sejenis rumput yang dianggap ibu kepada segala
semangat dalam upacara perubatan tradisi mereka.
Sebuah siud iaitu tangguk yang diperbuat daripada jaring.
Sebelum memijak tanah, tapak anak tersebut diconteng dengan arang kuali dengan satu garis
lurus hingga ke atas dahinya. Setelah selesai, barulah kaki anak itu dipijakkan ke tanah.
Ketika anak itu dibawa semula ke dalam rumah, ibunya akan membawa bersama sedikit
rumput-rampai dari halaman rumah yang sudah dipijak oleh anaknya. Kemudian rumput itu
dicampurkan ke dalam air mandian tersebut.
KEMATIAN [Pengenalan]
Bagi masyarakat Kadazan, mereka mempercayai kepada alamat akan mati yang dipanggil
mogombiruoh. Perkara ini boleh diandaikan oleh dukun melalui mimpi, di mana ramalan
akan diberi oleh dukun tersebut. Kesembuhan penyakit juga boleh diketahui melalui cara
yang sama. Berikut adalah adat-adat yang sering dilakukan oleh masyarakat Kadazan apabila
berlaku sesuatu kematian.
KEMATIAN [Semasa Kematian]
Terdapat beberapa adat yang dilakukan ketika berlakunya sesuatu kematian di kalangan
masyarakat Kadazan, antaranya ialah adat memberitahu, berjaga-jaga dan moginupus.
KEMATIAN [Memberi Tahu]
Apabila salah seorang di kalangan masyarakat Kadazan meninggal dunia, semua penduduk
kampung akan diberitahu tentang kematian tersebut. Ini penting kerana setiap ahli masyarakat
perlu bekerjasama supaya kesedihan tidak hanya dialami oleh keluarga si mati.
12. Oleh kerana masyarakat Kadazan kaya dengan pantang-larang, dalam soal kematian juga
pantang-larang itu amat dititikberatkan. Setiap anggota masyarakat Kadazan tidak boleh
melakukan apa-apa pekerjaan terutama apabila upacara pengkebumian dilakukan. Pekerjaan
menanam padi amat dilarang. Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan sekiranya mereka
melakukan juga pekerjaan tersebut kerja-kerja itu hanyalah sia-sia kerana tidak
mendatangkan hasil. Selain itu kemungkinan penyakit akan menimpa mereka pula.
Namun pantang larang itu hanya dikenakan kepada mereka yang tinggal di kawasan yang
berhampiran sahaja, manakala masyarakat Kadazan yang tinggal berjauhan masih boleh
melakukan sebarang pekerjaan.
KEMATIAN [Berjaga-Jaga]
Selepas dimandikan dan seluruh badan dilap, mayat tersebut akan dipakaikan dengan pakaian
yang indah-indah dan kemudian direnjiskan dengan air wangi. Sekiranya semasa hidup si
mati menghisap rokok, ahli keluarga akan memasukkan rokok ke dalam mulut si mati supaya
tidak kempunan. Begitu juga dengan cerut yang diselitkan pada bibirnya buat seketika.
Mayat akan disimpan di rumah selama beberapa hari iaitu selama tiga, lima atau tujuh hari
sebelum dikebumikan. Semasa mayat diletakkan di ruang tamu, mayat akan dijaga dengan
baik supaya tidak ada binatang yang melangkahinya terutama kucing hitam. Masyarakat
Kadazan percaya sekiranya kucing hitam yang melangkah, mayat akan bangun dan
mengamuk sehingga boleh membunuh mereka yang berada di situ.
Tujuan berjaga adalah untuk mengawasi iblis atau jin yang menyerupai seekor burung besar
yang digelar pendaatan. Mereka percaya burung itu hendak menerbangkan mayat. Untuk
mengelak daripada serangan burung itu, mereka menyangkut pakaian di sekeliling mayat.
Burung itu akan menyangka pakaian tersebut adalah tubuh rnanusia.
Suasana di dalam rumah juga hendaklah sunyi. Sesiapa pun tidak dibenarkan bercakap kasar
atau marah-marah. Cuma pukulan gong dan gendang sahaja yang kedengaran, yakni dipalu
perlahan-lahan. lrama gendang itu disebut surabaya. Bunyi-bunyian itu hanya dipalu tiga kali
dalam sehari iaitu semasa matahari terbit, matahari terbenam dan waktu tengah malam.
KEMATIAN [Moginupus]
Moginupus adalah bahasa Kadazan yang bermaksud simpati terhadap si mati. Ahli keluarga,
saudara mara dan sahabat handai akan menangis sekuat hati sebagai menunjukkan simpati
terhadap si mati. Mereka memukul harta benda seperti gong, tajau atau apa-apa sahaja yang
terdapat di sekeliling rumah sebagai marah terhadap iblis atau jin yang telah menyebabkan
kematian.
Bagi keluarga yang kaya, kerbau atau lembu akan disembelih pada hari pengkebumian
sebagai penghormatan yang terakhir. Daging kerbau yang telah dimasak dimakan bersama
oleh semua orang yang hadir pada hari itu. Tanduk kerbau atau lembu yang telah
13. dikorbankan akan disangkutkan pada kayu nesan kubur si mati nanti.
KEMATIAN [Pengebumian]
Pada umumnya masyarakat Kadazan akan mengusung mayat dengan menggunakan keranda
atau tajau. Oleh itu mayat terlebih dahulu dimasukkan ke dalam kain yang dibungkus dan
diikat pada sebatang kayu untuk memudahkan orang ramai mengangkat mayat tersebut.
Usungan mayat itu seringkali disertakan dengan paluan gong, gendang, letupan mercun atau
senapang. Bunyi-bunyian ini dilakukan secara tenus menerus sehingga ke kawasan
perkuburan. Adalah lebih baik sekiranya bunyi itu berterusan untuk menakutkan hantu
daripada meresap masuk ke tubuh mayat.
Apabila tiba di kubur, mayat itu dijampi oleh seorang tua yang dikhaskan menunggu di liang
kubur. Liang itu disapu dengan daun pinang hijau untuk mengelakkan semangat orang ramai
yang mengikut ke kubur itu tinggal di liang tersebut.
Kemudian mayat diletakkan di dalam liang dan sebatang kayu beringin dicacakkan di atas
pusat mayat. Selepas itu barulah mayat dikambus dengan tanah. Tujuan berbuat demikian
untuk mengetahui adakah si mati ingat pada keluarganya atau tidak. Kalau kayu itu bertunas
bererti dia masih ingat pada keluarganya tetapi jika tidak, si mati dianggap sudah melupai
mereka yang masih hidup.
Bagi masyarakat Kadazan dari kalangan yang berada, mayat ahli keluarga mereka akan
dimasukkan ke dalam sebuah tajau yang besar dan ditutup rapat sebelum ditanam. Sebaik
sahaja mayat diusung ke kawasan perkuburan sebuah tajau yang besar dan berukiran lebih
cantik akan diletakkan ke atas kubur. Ada juga di kalangan masyarakat Kadazan yang
memasukkan tajau itu ke dalam hang lahat. Mayat yang dimasukkan ke daham tajau tidak
akan dimasukkan ke dalam kubur sebaliknya di dalam rumah beberapa hari atau diletakkan
ke sebuah pondok yang dibina. Ini adalah untuk menanti saudara-mara yang jauh memberi
penghormatan terakhir kepada mayat tersebut sebelum dikebumikan.
Setelah itu sebuah pondok kecil beratap daun atau zink dan berdinding papan yang penuh
dengan ukiran yang cantik akan didirikan di tengah-tengah kawasan perkuburan. Di tengah-
tengah pondok pula diletakkan beberapa jenis kain dan pakaian, cekapa yang berisi dengan
sirih pinang, rokok dan sebagainya mengikut kemampuan dan kegemaran si mati semasa
hidup.
Ahli keluarga si mati perlu menghantar makanan pada tiap-tiap petang selama tujuh hari
berturut-turut. Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan, sebelum roh si mati berpindah ke
tempat lain, roh itu masih memerlukan makanan daripada keluarganya yang masih hidup.
Bahan makanan yang disediakan untuk si mati tidak boleh diusik oleh sesiapa. Jika diganggu
juga seseorang itu akan dikenakan sugit atau denda sebanyak RM5 atau seekor ayam.
Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan, sekiranya masa pengkebumian dilakukan pada
hari hujan, bermaksud si mati berada dalam kesedihan yang diibaratkan sebagai hujan yang
turun itu adalah air mata si mati. Jika panas terik bermakna si mati mendapat kebahagiaan
kelak. Bagi mereka yang menguruskan kematian, ahli keluarga wajib menghadiahi mereka
sehelai sapu tangan dan dua lembar benang menah. Selain itu mereka juga akan diberi daging
kerbau atau lembu.
14. Apabila balik ke rumah masing-masing, mereka tidak boleh terus naik ke rumah kerana
dikehendaki mandi terlebih dahuhu. Semua pakaian ditanggalkan dan direndam sehingga
keesokan hari. Barangan yang dipinjam untuk menguruskan hal si mati di rumah, apabila
dikembalikan hendaklah dihadiahkan seekor ayam hitam atau putih kepada tuan punya
barang. Banang-barang atau harta benda yang ada di dalam rumah si mati pula mestilah
dikemaskan dan dicuci sehingga bersih.
KEMATIAN [Selepas Kematian]
Sekiranya berlaku kematian, majlis makan akan diadakan. Majlis ini mempunyai beberapa
tahap iaitu:
- Makan Tiga dan Tujuh Hari
- Makan Empat Puluh Hari
- Makan Seratus Hari
- Makan TigaTahun
KEMATIAN [Makan Tiga dan Tujuh Hari]
Setelah genap tiga hari mayat dikebumikan, kenduri makan tiga hari akan diadakan pada
malam hari. Pada masa itu keluarga si mati akan menitikkan tiga titik lilin ke bawah rumah
melalui celah lantai. Sekiranya adat makan tujuh hari dilakukan, titikan lilin sebanyak tujuh
kali pula dilakukan.
Kenduri ini hanya diadakan secara kecih-kecilan sahaja. Hanya saudara-mara dan sahabat-
handai yang terdekat sahaja dipanggil menghadiri kenduri tersebut. Makanan yang disediakan
adalah makanan harian masyarakat Kadazan dan tidak ada makanan istimewa yang
disediakan.
KEMATIAN [Makan Empat Puluh Hari]
Kenduri ini diadakan selepas empat puluh hari kematian si mati. Kenduri kali ini berbeza
daripada kenduri yang pertama kerana diadakan pada waktu siang dan malam. Kenduri ini
juga lebih besar dengan memanggil seluruh keluarga yang ada pertalian dengan keluarga si
mati, sahabat handai yang jauh dan dekat. Dari segi hidangan lebih banyak, mencakupi lauk-
pauk, kuih-muih dan buah-buahan yang lazat. Nasi, daging dan buah-buahan disediakan
dengan banyak sekali untuk dijamu kepada masyarakat setempat.
Dalam kenduri itu juga seorang kanak-kanak lelaki yang biasanya anak si mati akan pergi ke
kubur bapa atau ibunya dengan tujuan menjemput si mati untuk menyertai kenduri tersebut.
Setelah kanak-kanak itu pulang dari perkuburan, barulah mereka yang berada di rumah si
mati boleh menjamu selera.
Pada malam berikutnya gong dan gendang dipalu secara serentak. Anak-anak si mati mulai
menari tarian semazau mengelilingi hidangan yang disediakan secara bergilir-gilir mengikut
usia. Kemudian diikuti cucu-cucu si matinya pula dan akhirnya saudara-mara yang
15. berdekatan. Selepas upacara menari Semazau selesai, barulah hidangan boheh dimakan oleh
tetamu yang berada di situ.
KEMATIAN [Makan Seratus Hari]
Kenduri akan terus diadakan setelah seratus hari kematian. Kenduri kali ini lebih besar jika
dibandingkan dengan kenduri empat puluh hari. Jika kenduri dahulu hanya muzik dimainkan,
hanya dijamukan dengan ayam, kuih-muih atau buah-buahan, tetapi kali ini kenduri
dilakukan dengan menyembelih seekor kerbau atau lembu. Pada masa yang sama beberapa
ekor ayam turut disembelih.
Tujuan kenduri seratus hari ini diadakan untuk merasmikan penukaran pakaian putih yang
selama ini dipakai sebagai pakaian berkabung keluarga si mati dengan pakaian biasa.
Kemudian rambut juga digunting mengikut adat masyarakat Kadazan. Sebaik sahaja
ditanggalkan, pakaian tersebut segera dibakar. Ahli keluarga bebas memakai pakaian
mengikut kegemaran masing-masing. Dengan ini mereka percaya segala kekotoran atau bala
yang terlekat pada tubuh mereka akan hilang. Semangat roh si mati juga akan hilang dari
tubuh badan mereka.
KEMATIAN [Makan Tiga Tahun]
Kenduri makan tiga tahun merupakan kenduri yang paling besar dan meriah berbanding
kenduri-kenduri yang diadakan sebelum ini. Kenduri ini dinamakan Kenduri Minum yang
bermaksud makan-makan untuk kenangan.
Dalam kenduri ini pelbagai jenis makanan disediakan oleh ahli keluarga si mati secara
bergotong-royong dengan saudara-mara dan sahabat-handai. Sebanyak tujuh ekor ikan pari,
tujuh ekor ikan yu, tujuh tandan pisang, empat belas ikan lain, satu tempayan tuak, tujuh ekor
arak benas, tiga tempayan air tapai, 30 gantang kuih kelupis dan seekor kerbau disediakan.
Kenduri ini diadakan pada waktu malam dan dimulakan pada pukul lapan malam. Sebanyak
tujuh talam atau dulang hidangan khas yang mengandungi 30 biji kelupis, seekor ikan yu,
seekor ikan pari, dua sikat pisang dan sebatang lilin. Seorang wanita yang telah lanjut usia
perlu ada bersama hidangan tersebut yang dijadikan pengurus yang lebih dikenali sebagai
pengupeh di kalangan masyarakat Kadazan.
Pengupeh akan duduk di sebelah hidangan tersebut dengan memegang sebilah pedang.
Kemudian sebatang lilin yang ada di setiap hidangan dinyalakan. Sebaik sahaja pengupeh
menghidupkan lilin, dia akan menjampi untuk memanggil hantu yang hendak makan
hidangan tersebut. Hidangan yang ada di dalam talam dimasukkan ke dalam sebuah
tempurung kelapa dan tempurung itu akan diletakkan di pangkal tangga rumah. Ini adalah
untuk memberitahu hantu supaya tidak mengacau ahli keluarga yang masih hidup di situ.
16. Sebaik sahaja pengupeh naik ke atas rumah, paluan gong dan gendang akan dibunyikan
mengikut nama gendang minum tapai. Ini diikuti dengan tarian semazau yang terlebih dahulu
dimulakan oleh seorang lelaki yang dianggap sebagai ketua rumah di situ. Pengupeh akan
bangkit untuk memberi minum secawan arak dan secawan tapai kepada lelaki ketua rumah.
Pengupeh juga menyorongkan celapa yang berisi sirih pinang. Selepas itu pengupeh
menarikan tarian semazau dan menari mengeliling hidangan tersebut sambil diikuti penari
yang lain.
Penari pertama perlu menghabiskan arak yang diberi oleh pengupeh dengan sekali teguk.
Pada mulanya tarian semazau ditarikan oleh ahli keluarga dan saudara mara si mati. Selepas
itu barulah terbuka kepada orang ramai yang berada di situ. Selain menarikan tarian semazau,
acara berbahas pantun juga turut dilakukan. Acara ini dinamakan bobogoh daham bahasa
Kadazan. Mereka akan membahagikan kepada dua kumpulan yang diketuai oleh seorang
lelaki yang telah lanjut usia. Sekiranya salah seorang daripada ahli kumpulan tidak dapat
menjawab pantun, mereka dikehendaki meminum arak sekaligus.
Pada keesokan harinya, hidangan perlu diletak di ruang tamu. Talam hidangan itu diperbuat
daripada tembaga dan diisi dengan sirih pinang dan rokok daun. Pada waktu malam pesta
diadakan pula. Tarian semazau akan ditarikan dengan rancak sekali. Pada mulanya seorang
lelaki yang mahir menarikan tarian semazau akan memulakan tarian dengan diikuti oleh tujuh
penari perempuan. Selepas itu barulah tarian semazau terbuka kepada penari lain secara
bergilir-gilir.
Seperti agama lain, masyarakat Kadazan percaya tentang kejadian roh dan jasad yang
bergabung dalam diri seseorang. Setelah seseorang itu mati bermakna perpisahan antara jasad
dan roh berlaku. Dalam masyarakat Kadazan, mereka yang belum beragama percaya apabila
mereka meninggal dunia, roh meneka akan berkunjung dan berehat di kemuncak gunung
Kinabalu untuk selamanya. Oleh yang demikian masyanakat Kadazan mempercayai gunung
Kinabahu adalah tempat terakhir bagi kehidupan masyarakat mereka.