Publicidad
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
Publicidad
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
Próximo SlideShare
Teks pengacaraTeks pengacara
Cargando en ... 3
1 de 9
Publicidad

Más contenido relacionado

Publicidad

TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx

  1. TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH ACARA TEKS TINDAKAN KETIBAAN PERASMI Mengumumkan ketibaan, Yang Berbahagia, Puan Siti Zulaikha BT Solubin Penolong pegawai Pendidikan Daerah Ranau, Sektor Pengurusan Diiringi En Jhoster B. Yulong Guru Besar SK Paginatan Barisan Penolong-penolong kanan En Sonny Jaimin Yang Dipertua PIBG SK Paginatan Untuk masuk ke dalam dewan. Dell NYANYIAN 3 BUAH LAGU. Hadirin sekalian marilah sama-sama kita menyanyikan 3 buah lagu, iaitu lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan lagu Sekolah dengan iringan muzik. Hadirin dipersilakan duduk. Dell BACAAN DOA Hadirin sekalian, Lebat kemiri pohonya rendah, Dahan terikat tali perkasa, Sepuluh jari kami menadah, Mohon berkat Yang Maha Esa, Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama- sama kita menadah tangan mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Al-Fadhil Ust Muhd Nur Munir B. Mohd Noor Jul
  2. Dengan penuh takzimnya,dipersilakan. Amin amin ya rabbalalamin. Semoga dengan bacaan doa sebentar tadi majlis kita akan mendapat keredaan dan keberkatan dari yang Maha Esa. Amin. UCAPAN ALU- ALUAN EMCE Yang Berbahagia, Puan Siti Zulaikha Solubin Penolong pegawai Pendidikan Daerah Ranau, Sektor Pengurusan Yang Berusaha, En Jhoster B Yulong, Guru Besar SK Paginatan En William Wong Guru Penolong Kanan Pentadbiran Puan Sussana Gabriel Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Ustz Jafri Rudih Penolong Kanan Kokurikulum Yang Dihormati, En Sonny Jaimin , YDP PIBG Sk Paginatan Barisan guru-guru,AJK tertinggi PIBG, ibu bapa Dan seterusnya Murid-murid yang dikasihi sekalian, Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Salam Ranau Hebat, Salam Sekolahku Paginatan Hebat, Hari ini Pasti lebih baik, Mari Bekerja Diluar Kebiasaan. Dell
  3. UCAPAN EMCE Hadirin sekalian, Dari Dewan Sekolah Kebangsaan Paginatan Ranau ,kami mengalu-alukan kehadiran hadirin sekalian ke “ MAJLIS APRESIASI MURID DAN PENYERAHAN SIJIL TAMAT SEKOLAH BAGI PRASEKOLAH DAN MURID TAHUN 6 BAGI SESI 2022/2023”. Majlis mengambil kesempatan di pagi yang penuh bermakna dan berbahagia ini untuk merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas kesudian Yang Berbahagia Puan menghadirkan diri bagi menyempurnakan majlis pada hari ini kait kelapa kukur kelapa, ubi dikupas di buat pengat, kehendak hati tak terlupa, kerana budi tuan sudah terpahat. Hadirin sekalian, Untuk makluman, majlis Apresiasi ini di adakan, bukan sahaja meraikan pelajar-pelajar yang bakal menamatkan persekolahan, malah mengiktiraf pelajar-pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang Akademik, HEM dan Kokurikulum, begitu juga tidak dilupakan jasa dan pengorbanan para guru yang bertungkus lumus menyebarkan ilmu pendidikan kepada anak bangsa. Justeru, adalah menjadi harapan kami warga pendidik agar ianya menjadi tonggak bagi memulakan anjakan pradigma dan pencetus revolusi dalam diri setiap pelajar. Jul UCAPAN GURU BESAR Tak molek jika ada alu tiada lesungnya, Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tidak lengkap joran tanpa mata kailnya, Maka tidak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara. Untuk itu, tirai majlis kita dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Berusaha En Jhoster B. Yulong Guru Besar SK Paginatan. Majlis mempersilakan. Dell
  4. Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan Tuan Guru Besar sebentar tadi. UCAPAN YDP PIBG Bagi meneruskan tertib acara, majlis mempersilakan En Sonny Jaimin YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Paginatan untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan. Majlis mengucapkan Terima kasih atas ucapan sebentar tadi. Dell UCAPAN PERASMIAN Kalau puan pikat kenari, Jangan patahkan batang jerami, Kepada puan mandat diberi, Mohon disempurnakan majlis kami. Untuk itu majlis mempersilakan Yang Berbahagia Puan Siti Zulaikha Solubin Penolong pegawai Pendidikan Daerah Ranau, Sektor Pengurusan Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan “ MAJLIS APRESIASI MURID DAN PENYERAHAN SIJIL TAMAT SEKOLAH BAGI PRASEKOLAH DAN MURID TAHUN 6 BAGI SESI 2022/2023”. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. (ucapan) Terima kasih Puan atas ucapan perasmian sebentar tadi. Jul
  5. Sebagai tanda kenang-kenangan, majlis menjemput yang Berusaha Guru Besar untuk menyampaikan cenderahati kepada Puan Siti Zulaikha. (Pemberian cenderahmata) Majlis mengucapkan ribuan terima kasih PERSEMBAHAN 1 PRA SEKOLAH Turun ke sawah mencari ikan, Bekas berisi ikan berduri, Hari yang indah kita raikan, Majlis apresiasi bertambah seri. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, bagi menambahkan keceriaan pada majlis kita pada pagi ini marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan yang akan dilakukan oleh anak-anak pra sekolah kita. Dengan itu majlis mempersilakan.. Begitulah persembahan yang sangat ceria dan comel daripada anak-anak pra sekolah kita. Untuk pengetahuan hadirin persembahan adik-adik pra sekolah sebentar tadi adalah bimbingan daripada cikgu Maya dan Puan Samidah Dell PENYERAHAN SIJIL PRA SEKOLAH Tuan-tuan dan puan-puan Tertib acara yang seterusnya adalah penyampaian sijil kepada murid-murid pra sekolah. Untuk itu majlis menjemput Puan Siti Zulaikha Solubin Dengan diiringi barisan pentadbir sekolah untuk naik ke atas pentas bagi menyampaikan sijil kepada murid- murid pra sekolah. Majlis mempersilakan. Jul
  6. PENYERAHAN SIJIL TAMAT SEKOLAH TAHUN 6 Seterusnya ialah penyampaian sijil tamat sekolah dan slip keputusan Pentasiran Bilik Darjah (PBD) bagi murid-murid tahun 6. Terima kasih Puan diatas kesudian menyampaikan sijil kepada murid-murid tahun 6 Dell PENYAMPAIAN SIJIL PBD Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Slip Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) kepada murid-murid tahun 1-5) Untuk itu majlis menjemput ………………………. Tahun 1 = En Jhoster B Yulong Guru Besar SK paginatan Tahun 2 = En William Wong (PKP) Tahun 3 =Ust. Jafri Rudih (PK KOKUM) Tahun 4 = Pn Sussana Gabriel (PK HEM) Tahun 5 = En Sonny Jaimin ( YDP PIBG) Terima kasih ………………………………….diatas kesudian menyampaikan sijil kepada muri-murid. Jull & Dell PENYAMPAIAN SIJIL OLAHRAGA Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Puan Siti Zulaikha Solubin Dengan diiringi barisan pentadbir sekolah bagi menyampaikan sijil kepada atlet-atlet sekolah yang mewakili sekolah dalam sukan olahraga peringkat Zon. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. . Dell ANUGERAH INSPIRASI Majlis seterusnya ialah penyampaian Anugerah Inspirasi. Anugerah ini diberikan kepada murid-murid yang menunjukkan prestasi cemerlang dan memberikan inspirasi kepada semua murid. Anugerah ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Anugerah Inspirasi HEM Anugerah Inspirasi Kurikulum Anugerah Inspirasi Kokurikulum Jul
  7. ANUGERAH INSPIRASI HEM Anugerah yang pertama ialah Anugerah Inspirasi HEM Anugerah Inspirasi HEM dinilai berdasarkan sahsia, akhlak, dan penampilan murid sepanjang berada di sekolah. Untuk itu anugerah ini diberikan kepada adik :  Ana Asmizah Paul  Nisrin Humairah Mastin Majlis menjemput adik Ana Asmizah dan adik Nisrin untuk naik ke atas pentas bagi menerima anugerah. Dell ANUGERAH INSPIRASI KURIKULUM Seterusnya ialah Anugerah Inspirasi Kurikulum. Anugerah ini diberikan kepada murid yang menunjukkan prestasi yang cemerlang dan konsisten dalam bidang kurikulum berdasarkan penilaian PBD oleh guru-guru Untuk itu anugerah ini diberikan kepada adik :  Shinertra Calvin  Adriel Masiul Majlis menjemput adik shinertra Calvin dan adik Adriel Masiul untuk naik ke atas pentas bagi menerima anugerah. Jul ANUGERAH INSPIRASI KOKURIKULUM Seterusnya ialah Anugerah Inspirasi Kokurikulum. Anugerah ini diberikan kepada murid-murid yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang sukan khususnya. Untuk itu anugerah ini diberikan kepada adik :  Eben Haezer Markus (baca pencapaian)  Ashreen Ei Rene Raylos (baca pencapaian) Majlis menjemput adik Eben dan adik Ashreen untuk naik ke atas pentas bagi menerima anugerah. Terima kasih diucapkan kepada Puan Siti Zulaikha kerana sudi meyampaikan anugerah kepada para penerima. Dell
  8. PERSEMBAHAN 2 Hadirin sekalian, Bagi mengurangkan kehangatan marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan tarian Daripada gabungan murid tahun 2 dan 3 Majlis mempersilakan Begitulah persembahan yang sangat menarik daripada gabungan murid tahun 2 & 3 Untuk pengetahuan hadirin persembahan sebentar tadi adalah bimbingan daripada cikgu Aida Jul PENYAMPAIAN SIJIL AJK PIBG Majlis diteruskan lagi dengan penyampian sijil kepada Ahli Majlis Tertinggi PIBG . Untuk itu majlis mempersilakan En Jhoster B Yulong Guru Besar dengan diiringi barisan Pentadbir sekolah naik ke atas pentas untuk menyampaikan sijil kepada penerima..dipersilakan. Dell PENYAMPAIAN SIJIL STAF KEBERSIHAN. Seterusnya ialah penyampaian sijil kepada Staf Kebersihan Banggunan dan Kebersihan Sekolah. Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar dan barisan pentadbir sekolah kerana sudi menyampaikan sijil kepada penerima. Jul HADIAH GALAKKAN IBU BAPA Seterusnya ialah penyampaian hadiah galakkan daripada ibu bapa. *panggil mengikut kelas Dell PERSEMBAHAN KHAS Tuan-tuan dan puan sebelum mengakhiri majlis kita hari ini, marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan khas daripada Guru Besar En Jhoster B Yulong. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan. Jul
  9. PENUTUP Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis mengundur diri. Saya cikgu Fedilia & saya Cikgu Julkipli Wahab menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, sepanjang kami berbicara. Terima kasih buat semua warga SK Paginatan , rakan- rakan guru, wakil PPD, ibu bapa, orang perseorangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan Hari Anugerah Apresiasi pada hari ini..Sesungguhnya kerja dan amal yangpenuh dengan keikhlasan akan mendapat ganjaran dan keberkatan dari Allah s.w.t. InsyaAllah. Akhir sekali terimalah 2 rangkap pantun dari kami berdua Pohon kenanga elok merimbun Tersenyum si dara menyunting bunganya Kami menghimpun maaf dan ampun Wacana hidup berkat selamanya Burung tekukur terbang rendah Terbang bersama si burung murai Saat ini saat penyudah Tanda majlis melabuhkan tirai Sekian dan terima kasih. Dell Jul Jul Dell Serentak JAMUAN Dijemput wakil PPD, GB, guru-guru, YDP dan AJK tertinggi PIBG untuk menjamu selera di tempat yang telah disediakan.
Publicidad