Se ha denunciado esta presentación.
Se está descargando tu SlideShare. ×

JPPBT2.2020-7. GP Kaedah Perolehan Pengurusan Berstrata_0.pptx

Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Próximo SlideShare
kursus perolhan 2021.pdf
kursus perolhan 2021.pdf
Cargando en…3
×

Eche un vistazo a continuación

1 de 16 Anuncio

Más Contenido Relacionado

Similares a JPPBT2.2020-7. GP Kaedah Perolehan Pengurusan Berstrata_0.pptx (18)

Anuncio

JPPBT2.2020-7. GP Kaedah Perolehan Pengurusan Berstrata_0.pptx

  1. 1. KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN GARIS PANDUAN KAEDAH PEROLEHAN PIHAK PENGURUSAN BANGUNAN BERSTRATA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 1 MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (JPPBT) BIL. 2/2020 ZON TIMUR
  2. 2. Memaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan (JPPBT) dengan cadangan penggunaan: Garis Panduan Kaedah Perolehan Pihak Pengurusan Bangunan Berstrata (JMB/MC) yang dikawalselia oleh Pesuruhjaya Bangunan (COB) di PBT TUJUAN 2 JPPBT 2/2020
  3. 3. ISU 3 JPPBT 2/2020 Akta 757 serta Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata tidak menyatakan secara terperinci mengenai kaedah perolehan JMB/MC Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membangkitkan isu pengurusan perolehan di JMB/MC 10% daripada aduan yang diterima pada tahun 2015-2018 adalah berkaitan kewangan JMB/MC Keperluan mewujudkan Garis Panduan Kaedah Perolehan bagi pihak pengurusan berstrata yang teratur dan telus 1 2 3
  4. 4. LATAR BELAKANG 4 JPPBT 2/2020 Punca Kuasa AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757) Seksyen 21, 59, 64 dan 89 • Kewajipan dan Tanggungjawab JMB/MC/Sub MC dan Ejen Pengurusan berkaitan dengan pengurusan dan penyenggaraan sesuatu skim strata • Urusan perolehan merupakan sebahagian daripada aktiviti utama yang perlu dilaksanakan di bawah kewajipan dan tanggungjawab yang diperuntukkan
  5. 5. LATAR BELAKANG 5 JPPBT 2/2020 2017 2018 2019 •Pengumpulan data •Pembentukan Jawatan Kuasa Kerja •Penghasilan deraf awal Garis Panduan •Pemurnian deraf GP •Pembentangan GP di Mesyuarat Penyelarasan COB PBT Bil 1/2019 •Mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Disember 2019 •Libat Urus bersama COB/Agensi terlibat 2020 •Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan ke-75 pada 10 Januari 2020
  6. 6. LATAR BELAKANG 6 JPPBT 2/2020 Konsultansi SPRM Persatuan Penilai, Pengurus Harta, Ejen Harta & Perunding Harta Swasta Malaysia Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta Malaysian Institute of Property & Facility Managers Persatuan Konsortium JMB-MC Selangor Pesuruhjaya Bangunan di PBT Seluruh Malaysia BUU, KPKT Building Management Association of Malaysia
  7. 7. ASAS PERTIMBANGAN 7 JPPBT 2/2020 2 1 Tiada Garis Panduan Kaedah Perolehan untuk Pihak Pengurusan Berstrata Keperluan Garis Panduan yang seragam untuk kegunaan Pihak Pengurusan Berstrata Menambahbaik Kualiti Pengurusan Kewangan Pemajuan Berstrata 3
  8. 8. KANDUNGAN GARIS PANDUAN 8 JPPBT 2/2020 8 Pendahuluan Latar Belakang Tafsiran Kategori Perolehan Prinsip-prinsip Perolehan Tadbir Urus Baik (Good Governance) Kaedah Perolehan, Tempoh Masa dan Nilai Perolehan 1 2 3 4 5 6 7 Proses Kerja dan Carta Alir bagi setiap kaedah Perolehan 8
  9. 9. INTIPATI GP : PRINSIP PEROLEHAN 9 JPPBT 2/2020 Akauntabiliti Diuruskan secara telus Nilai Faedah Terbaik Saingan Terbuka Adil dan Saksama
  10. 10. INTIPATI GP : KATEGORI PEROLEHAN 10 JPPBT 2/2020 Bekalan Perkhidmatan Kerja Kecemasan
  11. 11. INTIPATI GP : TADBIR URUS BAIK 11 JPPBT 2/2020 Good Governance PERUNTUKAN @ HAD NILAI PEROLEHAN – kelulusan dalam AGM/EGM (tidak melebihi had garis panduan) INTEGRITY PACT 1) Surat Akuan Ahli J/kuasa Berkaitan Urusan Perolehan 2) Perakuan Integriti Pembekal NOTIS PEMAKLUMAN – notis sebutharga/tender dan keputusan sebutharga/ tender hendaklah dipamerkan di tempat umum - Bagi perolehan tender, perlu diiklankan dalam sekurang- kurangnya satu akhbar utama (Bahasa Melayu /Bahasa Inggeris) DAFTAR PEMBEKAL - Hendaklah dikemaskini dari semasa ke semasa - Pemilihan dan perlantikan pembekal mengambilkira pengalaman, kepakaran serta prestasi pembekal
  12. 12. INTIPATI GP : KAEDAH PEROLEHAN 12 JPPBT 2/2020 1. PEMBELIAN TUNAI RUNCIT (PETTY CASH) 3. SEBUTHARGA 2. PEMBELIAN TERUS 5. KECEMASAN • Had : < RM3,000.00 • Tempoh 14 hari • Setiap bil ≤RM500.00 • Had : < RM3,000.00 • Tempoh 7 hari • Had : < RM100,000.00 • 3 tawaran sebutharga • Pamer di papan notis • Tempoh 1 Bulan • Had : > RM100,000.00 • Pamer di papan notis • 1 akhbar BM/BI • Tempoh 3 bulan 4. TENDER • Had : > RM10,000.00 atau 20% daripada anggaran bajet tahun semasa yang mana lebih tinggi
  13. 13. IMPLIKASI JPPBT 2/2020 13 Kewangan Tiada Perundangan Tiada
  14. 14. KESIMPULAN 14 JPPBT 2/2020 Garis Panduan ini akan dijadikan panduan seragam kepada badan pengurusan (JMB/MC) yang dikawalselia oleh Pesuruhjaya Bangunan (COB) di PBT dalam melaksanakan pengurusan perolehan oleh badan pengurusan bangunan berstrata.
  15. 15. SYOR 15 JPPBT 2/2020 Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan (JPPBT) dimohon mengambil maklum dengan cadangan penggunaan: Garis Panduan Kaedah Perolehan Pihak Pengurusan Bangunan Berstrata (JMB/MC) yang dikawalselia oleh Pesuruhjaya Bangunan (COB) di PBT
  16. 16. KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN SEKIAN TERIMA KASIH 16

Notas del editor

  • Bismillahirrahmanirrahim,
    Assalamualaikum warabmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

    Terima kasih
    YBhg Dato’ Pengerusi dan semua ahli mesyuarat.

    Saya akan membentangkan cadangan penggunaan Garis Panduan Kaedah Perolehan Pihak Pengurusan Bangunan Berstrata.
  • Pembentangan ini adalah untuk memaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan (JPPBT) berhubung cadangan penggunaan Garis Panduan Kaedah Perolehan Pihak Pengurusan Bangunan Berstrata (JMB/MC), yang dikawalselia oleh Pesuruhjaya Bangunan (COB) di PBT.
  • YBhg Dato’,
    Antara Isu yang dibangkitkan berkaitan pengurusan perolehan JMB/MC adalah seperti berikut:

    1) Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) serta Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan & Pengurusan) tidak menyatakan secara terperinci mengenai kaedah perolehan pihak pengurusan, dan hanya fokus kepada kewajipan badan pengurusan berhubung akaun dan penyediaan akaun teraudit;

    SPRM telah membangkitkan isu serta aduan berkaitan pengurusan perolehan yang dijalankan oleh Pihak Pengurusan dari segi undang-undang, prosedur kerja dan integriti; serta

    Sebanyak 10% daripada aduan yang diterima oleh COB PBT pada tahun 2015-2018 (purata 2,439 aduan setahun) adalah berkaitan kewangan.

    Berdasarkan isu-isu di atas, terdapat keperluan untuk mewujudkan satu kaedah perolehan yang teratur dan telus.
  • Sebagai Latarbelakang,

    Punca kuasa bagi membangunkan Garis Panduan ini adalah berdasarkan Akta Pengurusan Strata 2013 [ Akta 757 ] di mana Seksyen 21, 59, 64 dan 89 Akta 757 memperuntukkan kewajipan dan tanggungjawab berkaitan pengurusan dan penyenggaraan bangunan dan harta bersama di sesuatu skim strata kepada Badan Pengurusan Bersama, Perbadanan Pengurusan, Perbadanan Pengurusan Subsidiari serta Ejen Pengurusan yang dilantik oleh COB PBT.

    Urusan perolehan merupakan sebahagian daripada aktiviti utama yang perlu dilaksanakan dalam memenuhi kewajipan dan tanggungjawab yang diperuntukkan melalui peruntukan-peruntukan yang dinyatakan di atas.
    ___________________________________________________________________
    Seksyen 21(1)(i) & 59(1)(i) – untuk melakukan apa-apa benda lain yang suai manfaat atau perlu bagi penyenggaraan dan pengurusan yang patut bagi bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama.

    Seksyen 64(1) – perbadanan pengurusan subsidiari hendaklah mempunyai kuasa dan kewajipan yang sama seperti perbadanan pengurusan berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkaitan semata-mata dengan harta bersama terhad yang dikhaskan untuk manfaat eksklusif bagi semua pemilik yang membentuk perbadanan pengurusan subsidiari itu.

    Seksyen 89(1) – ejen pengurusan yang dilantik hendaklah melaksanakan kewajipan dan menjalankan kuasa berkenaan dengan penyenggaraan dan pengurusan bangunan seolah-olah dia bertindak sebagai pemaju, badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan dan perbadanan pengurusan subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan.
  • KPKT telah membuat perancangan untuk membangunkan Garis Panduan ini bermula penghujung tahun 2017. Sesi libat urus telah diadakan pada tahun 2018 dan 2019 bagi memperhalusi deraf Garis Panduan yang dibangunkan. Seterusnya, Garis Panduan ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Penyelarasan COB PBT (26 Februari 2019), Mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Disember 2019 dan Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan ke-75 pada 10 Januari 2020.

  • Proses pembangunan garis panduan ini telah melibatkan konsultansi daripada pelbagai agensi kerajaan meliputi Pesuruhjaya Bangunan di PBT, SPRM, Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta, serta badan bukan Kerajaan (NGO) seperti Malaysian Institute of Property and Facility Managers (MIPFM), Persatuan Penilai, Pengurus Harta, Ejen Harta dan Perunding Harta Swasta Malaysia (PEPS), Building Management Association of Malaysia (BMAM) dan Persatuan Konsortium JMB-MC Selangor.
  • Ybhg Dato’,

    Asas pertimbangan bagi pembangunan Garis Panduan ini adalah seperti berikut :

    Tiada Garis Panduan Kaedah Perolehan untuk Kegunaan Pihak Pengurusan Bangunan Berstrata kerana Akta 757 tidak menyediakan garis panduan khusus berkaitan pengurusan perolehan bagi badan pengurusan JMB/MC. Justeru, Garis Panduan ini merupakan Soft law yang merujuk kepada kod etika dan penetapan standard kelakuan pihak pengurusan.

    Keperluan Garis Panduan Kaedah Perolehan Pihak Pengurusan Bangunan Berstrata yang seragam supaya dapat mengurangkan risiko rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah memandangkan proses perolehan dapat dijalankan dengan lebih telus dan terbuka. Garis Panduan ini dapat membantu pihak berkuasa (seperti SPRM dan PDRM) menjalankan siasatan sekiranya terdapat aduan berkaitan kewangan di bawah bidang kuasa mereka.

    Garis Panduan ini juga dapat mengurangkan aduan pembeli/pemilik kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB), seterusnya, menambahbaik kualiti Pengurusan JMB/MC di sesebuah skim strata.
  • YBhg Dato’ Pengerusi,

    Garis Panduan ini mengandungi 8 topik utama iaitu

    Satu (1) – Pendahuluan
    Dua (2) – Latar Belakang
    Tiga (3) – Tafsiran
    Empat (4) – Kategori Perolehan
    Lima (5) – Prinsip-prinsip perolehan
    Enam (6) – Tadbir Urus Baik (Good Governance)
    Tujuh (7) –Kaedah Perolehan, Tempoh Masa & Nilai Perolehan
    Lapan (8) - Proses Kerja dan Carta Alir bagi setiap kaedah perolehan
  • Antara intipati penting Garis Panduan ini merupakan lima (5) Prinsip Perolehan iaitu;

    1. Akauntabiliti
    (Urusan perolehan yang diamanahkan hendaklah dilaksanakan secara bertanggungjawab).

    2. Diuruskan Secara Telus
    (Proses perolehan yang dilaksanakan hendaklah jelas, diketahui dan difahami umum. JMB/MC perlu mengisytiharkan sekiranya pembekal/kontraktor yang memasuki perolehan di JMB/MC berkaitan mempunyai pertalian atau kenalan ahli jawatankuasa JMB/MC dan perlu menarik diri dari terlibat dengan perolehan tersebut).

    3. Nilai Faedah Yang Terbaik
    (Pengurusan perolehan hendaklah memberi pulangan yang terbaik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan).

    4. Saingan Terbuka
    (Proses perolehan hendaklah memberi peluang terbuka kepada semua pihak yang layak bersaing); dan

    5. Adil dan Saksama
    (Sesuatu perolehan itu hendaklah dipelawa, diproses dan dipertimbangkan dengan adil dan saksama).
  • Seterusnya, Garis Panduan ini juga menerangkan empat (4) Kategori Perolehan meliputi:

    1. PEROLEHAN KERJA
    Perolehan kerja melibatkan kerja-kerja pembaikan dan pembinaan seperti bangunan, jalan raya, tapak kawasan, dan kerja perparitan serta juga merangkumi kerja-kerja sivil, mekanikal dan elektrikal di kawasan Harta Bersama.
     
    2. PEROLEHAN BEKALAN
    Perolehan bekalan merangkumi perolehan bahan, barangan, peralatan aset atau produk yang dibekalkan bagi menjalankan sesuatu aktiviti pengurusan dan penyenggaraan sesebuah skim strata.

    3. PEROLEHAN PERKHIDMATAN
    Perolehan perkhidmatan ditafsirkan sebagai khidmat tenaga manusia atau kepakaran untuk melaksanakan dan menyiapkan kerja-kerja penyenggaran dan pengurusan Harta Bersama. Bidang perkhidmatan terbahagi kepada dua iaitu perkhidmatan perunding dan bukan perunding. Perkhidmatan perunding meliputi bidang-bidang seperti perunding pembangunan fizikal dan bukan fizikal. Perkhidmatan bukan perunding adalah meliputi perkhidmatan seperti pengendalian kursus dan latihan, penyenggaraan dan pembaikan, pencucian dan pembersihan, penyewaan dan pengurusan bangunan, pengiklanan, pengangkutan dan sebagainya.

    4. PEROLEHAN KECEMASAN
    Perolehan kecemasan ialah perolehan yang perlu dilaksanakan segera berikutan timbulnya keperluan kerja untuk membaik pulih sebarang kerosakan atau mencegah kerosakan yang bakal berlaku, apabila ia melibatkan mana-mana risiko atau perkara berikut:
    membahayakan nyawa atau memberi kesan yang serius kepada keselamatan mana-mana penghuni;
    menyebabkan kerosakan yang serius ke atas harta bersama;menyebabkan gangguan operasi kritikal;
    mengakibatkan kerugian kewangan, tuntutan, ganti rugi, saman sivil dan / atau penalti, denda atau saman oleh Pihak Berkuasa;
    menyebabkan kegagalan akses ke / di kawasan harta bersama yang kritikal (misalnya seperti runtuhan, banjir atau rintangan yang mengakibatkan tiada akses ke tempat letak kereta, kawasan laluan atau tangga dan seumpamanya);
    Bencana alam, banjir yang luar biasa, jerebu yang luar biasa, gempa bumi, tanah runtuh, ribut/taufan dan situasi lain yang seumpamanya yang memerlukan kerja-kerja pemulihan, pembaikan, pembekalan dan perkhidmatan;
    Wabak penyakit/ penyakit berjangkit yang luar biasa atau wabak baharu yang memerlukan pembekalan ubat dan perkhidmatan segera bagi tujuan pembendungan dan kuarantin; atau
    Kebakaran yang mengakibatkan ancaman nyawa atau kerosakan teruk yang menjejaskan perkhidmatan badan pengurusan.
  • YBhg Dato’ serta ahli-ahli mesyuarat,

    Tadbir urus baik atau good governance ini adalah satu mekanisme untuk memantau atau mengawal pihak pengurusan agar bertindak cekap, amanah, bertanggungjawab dan telus dalam pengendalian perolehan badan pengurusan. Empat (4) amalan terbaik (best practice) diterapkan dalam GP ini meliputi:  

    PERUNTUKAN ATAU HAD NILAI PEROLEHAN
    Perolehan perlu mendapat kelulusan bajet di dalam AGM/EGM tetapi tidak melebihi had yang ditetapkan di dalam garis panduan .

    2) INTEGRITY PACT
    Bagi meningkatkan integriti dalam perolehan, integrity pact perlu ditandatangi oleh pihak pengurusan yang terlibat dengan perolehan perlu menandatangani Surat Akuan Ahli Jawatankuasa Berkaitan Urusan Perolehan dan juga Pembekal - Perakuan Integriti Pembekal.

    3) NOTIS PEMAKLUMAN
    Bagi meningkatkan ketelusan, notis dan keputusan sebutharga dan tender hendaklah dipamerkan di tempat umum.

    Bagi perolehan tender, perlu diiklankan sebelum perolehan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar utama dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

    4) DAFTAR PEMBEKAL
    Daftar pembekal ini hendaklah dikemaskini dari semasa ke semasa apabila terdapat lantikan pembekal baru.
    Pendaftaran, pemilihan dan perlantikan hendaklah mengambilkira kriteria dari segi pengalaman, kepakaran serta prestasi pembekal.
    Mana-mana pembekal yang didapati menunjukkan prestasi yang buruk atau tidak memuaskan boleh dikeluarkan daripada daftar pembekal dan dilucutkan keutamaan dalam mana-mana proses perolehan.
  • Seterusnya, intipati terakhir merupakan lima (5) Kaedah Perolehan yang boleh digunakan oleh pihak pengurusan iaitu;

    Pembelian Tunai Runcit (Petty Cash)
    Pembelian Terus
    Sebutharga
    Tender; dan
    Kecemasan

    Secara perbandingan, had nilai yang ditetapkan dalam Garispanduan ini adalah lebih rendah daripada, had nilai perolehan Kerajaan, mengambilkira skim pembangunan berstrata meliputi perumahan kos rendah dan sederhana rendah yang kebanyakkanya menghadapi masalah kutipan caj. Justeru, pemegang taruh semasa sesi engagement bersetuju agar had ini dikekalkan, walaupun terdapat cadangan untuk menaikkan had nilai tersebut.

    Had nilai bagi pembelian tunai runcit dan pembelian terus adalah sebanyak RM 3 ribu ke bawah, perolehan sebutharga sehingga RM100 ribu manakala perolehan tender melebihi 100 ribu ke atas. Semua had nilai yang dicadangkan merupakan threshold yang boleh diketatkan oleh badan pengurusan.

    Tempoh untuk selesai pembayaran bagi petty cash adalah selama 7 hari manakala bagi pembelian terus selama 14 hari. Bagi sebutharga dan tender, tempoh sehingga pengeluaran Surat Setuju Terima adalah selama 1 bulan dan 3 bulan. Ini bagi memastikan semua perolehan yang dibuat, dapat diselesaikan segera, seterusnya mengelakkan salah laku dikalangan pihak yang menguruskan perolehan.
  • Penguatkuasaan Garis Panduan dan Kaedah Perolehan Pihak Pengurusan Bangunan Berstrata ini tidak melibatkan implikasi perundangan dan kewangan kepada pihak Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).


  • YBhg Dato’ serta ahli-ahli mesyuarat,

    Sebagai kesimpulan, Garis Panduan ini akan dijadikan panduan seragam kepada badan pengurusan (JMB/MC) yang dikawalselia oleh Pesuruhjaya Bangunan di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam melaksanakan pengurusan perolehan oleh badan pengurusan bangunan berstrata secara efektif dan efisien.

  • Mesyuarat dimohon menimbang dan bersetuju dengan cadangan penggunaan Garis Panduan Kaedah Perolehan Pihak Pengurusan Bangunan Berstrata (JMB/MC), yang dikawalselia oleh Pesuruhjaya Bangunan (COB) di PBT.

  • Sekian, terima kasih.

×