SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
SEMINARPASCA SISWAZAH DALAMPENDIDIKAN(GREDUC2014)
471
KAJIAN MINAT DAN MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN
PENDIDIKAN ISLAM
Syaza Mohd Sabri, Sharini Che Ishak & Asmawati Suhid
Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia
syaza_sms89@yahoo.com
Abstrak
Pendidikan Islam merupakan tunjang dalam diri setiap
manusia yang bergelar muslim. Minat yang mendalam
perlu hadir dalam diri bagi melahirkan rasa kecintaan
serta memantapkan tahap pemahaman dan
penghayatannya di dalam kehidupan seharian. Namun
matapelajaran Pendidikan Islam ini dianggap
matapelajaran yang remeh dan senang oleh
kebanyakan murid. Oleh yang demikian, mereka
kurang berminat serta tidak memberi tumpuan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Faktor guru juga
menyebabkan murid tidak berminat serta kurang
motivasi terhadap matapelajaran ini. Kajian ini
dijalankan bertujuan untuk mengetahui tahap minat
dan motivasi murid terhadap pengajaran Pendidikan
Islam. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dan data
dikumpul melalui borang soal selidik yang
mengandungi 36 item dan diedarkan kepada seramai
50 orang murid Sekolah Menengah Sains Tapah,
Perak. Data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif
menggunakan perisian SPSS.
Kata Kunci: Minat, Motivasi, Pengajaran dan
Pembelajaran & Pendidikan Islam
Pendahuluan
Menurut Asmawati Suhid et al. (2014),
tujuan pendidikan adalah untuk mendapat ilmu
dan di dalam Islam setiap apa jua yang berkaitan
dengan ilmu amatlah dititikberatkan. Ini kerana
hanya dengan ilmu sahaja manusia dapat
mengenali hakikat dirinya sebagai manusia
seterusnya mengenali Pencipta. Proses
mendapatkan ilmu ini dilakukan bagi
memperbaiki kehidupan dan menjadi sebahagian
daripada proses pengembangan diri seseorang.
Menurut Nik Aziz (1986), pendidikan
dalam Islam turut menyentuh perkara berkaitan
Islam yang menyediakan perpaduan yang
merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia.
Beliau juga memberi pengertian bahawa tujuan
akhir pendidikan adalah untuk membentuk insan
yang memiliki kognitif yang jernih, personaliti
yang unggul, corak kehidupan yang harmoni,
kesucian budi pekerti serta murni pergaulan
sosial mengikut acuan Ilahi.
Bagi mencapai tujuan akhir pendidikan
tersebut, guru memainkan peranan penting dalam
sesuatu pengajaran terutama Pendidikan Islam.
Mereka bukan sahaja berperanan untuk
menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid
malah bertanggungjawab untuk meningkatkan
penguasaan dan penghayatan ilmu murid
tersebut. Guru harus mendorong sikap, minat,
motivasi dan tingkah laku murid ke arah
kebaikan melalui pendekatan yang berhikmah.
Dengan ini, ia dapat menajamkan makna
kemanusiaan agar murid mampu menempuh era
globalisasi (Asmawati, 2005).
TINJAUAN LITERATUR
Konsep Minat
Pelbagai definisi tentang minat telah
dikemukakan terutama oleh mereka yang berada
dalam bidang pendidikan. Atan (1988)
mengatakan bahawa minat boleh dianggap
sebagai daya penggerak yang mendorong
seseorang supaya memberi perhatian kepada
seseorang, sesuatu kegiatan atau sesuatu benda.
Tegasnya lagi, minat juga merupakan
pengalaman yang berpengaruh yang telah
diransang oleh kegiatan itu sendiri. Oleh itu,
faktor minat yang timbul terhadap sesuatu
matapelajaran akan mendorong murid berusaha
bersungguh-sungguh dan cuba sedaya upaya
untuk menggunakan pengetahuan yang sedia ada.
Kajian yang telah dilakukan oleh Abdul
Halim Mohamad dan Wan Mohamad Wan
Sulong (2006) ke atas pelajar Sarjana Muda
Bahasa Arab di Institut Pengajian Tinggi Awam
Malaysia mendapati bahawa minat pelajar
terhadap matapelajaran Bahasa Arab adalah
penting dalam menentukan kejayaan mereka.
Minat juga berkait rapat dengan motivasi
dalaman. Kenworthy (dalam Noraini 2008)
mengatakan bahawa pembelajaran yang berkesan
wujud jika ada minat dalam kalangan murid dan
salah satu daripada cara menimbulkan minat
murid ialah menerusi kaedah pengajaran dan
aktiviti pembelajaran yang menarik.
Minat amat penting kerana dari situ akan
timbul perubahan sikap, pembentukan persepsi
serta lahir penghayatan yang mendalam terhadap
SEMINARPASCA SISWAZAH DALAMPENDIDIKAN(GREDUC2014)
472
pelajaran. Zaiton Mustafa & Hishamuddin Salim (2012) menyatakan terdapat tiga faktor utama yang
menyebabkan para pelajar tidak atau kurang berminat mengikuti pengajaran dan pembelajaran
pendidikan Islam iaitu pengaruh ibu bapa, pengaruh guru pendidikan Islam dan kurikulum pendidikan
Islam itu sendiri. Malah dalam dapatan kajian yang mereka lakukan menunjukkan guru pendidikan
Islam adalah kunci utama penyebab kepada permasalahan ini
Konsep Motivasi
Maksud motivasi menurut Harold W. Bernard dalam buku Psychology of Learning (1965),
menyatakan motivasi ialah proses membangkitkan, mengekalkan dan mengawal minat. Menurut
Sharifah Akmam (2005), motivasi pada asasnya ialah semangat dalaman yang kuat untuk mencapai
sesuatu. Ia juga merupakan satu keinginan yang paling kuat untuk mendapat kejayaan dan
kecemerlangan. Motivasi juga merujuk kepada desakan dari hati dan naluri yang menggerakkan
seseorang untuk membuat sesuatu tindakan yang merangkumi segala jenis rangsangan, keperluan,
kehendak, kemahuan dan kuasa lain untuk mencapai sesuatu yang dikehendaki dalam hidup. Dalam
konteks kehidupan harian, ia adalah gabungan antara motive dan action. Bagi mencapai sesuatu,
seseorang itu perlu ada motif. Motif perlu diterjemahkan dengan tindakan seseorang untuk menuju
kearah pencapaian sesuatu.
Motivasi mempengaruhi bidang pertumbuhan, perkembangan, pembelajaran dan pencapaian
manusia. Kaedah nasihat, berbual-bual dan berdamping dengan murid merupakan langkah yang
sesuai bagi membolehkan guru meningkatkan motivasi murid-muridnya. Hal ini kerana
memotivasikan diri sendiri adalah tenaga yang mengangkat diri seseorang itu ke tahap yang
diingininya (Azizi et al., 2005).
Menurut Muhammad Faizal & Julie Williams (2014), murid bermotivasi untuk belajar jika
mereka dilibatkan secara aktif dalam proses pembelajaran dan berupaya meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran sedia ada. Untuk mencapai hasrat tersebut, guru seharusnya menyedari pengajaran
merupakan suatu seni dan bukan “one approach fits all”. Suatu proses pengajaran yang berkesan
diperlukan seperti mana dapatan kajian yang telah mereka lakukan iaitu pengajaran berkualiti,
pengajaran guru berdasarkan kemampuan murid, insentif dan pengurusan masa.
OBJEKTIF
Kajian ini secara umumnya bertujuan mengkaji tahap minat dan motivasi murid terhadap pengajaran
Pendidikan Islam. Bagi mencapai tujuan ini, terdapat beberapa objektif khusus yang ditetapkan dalam
kajian ini iaitu:
i. Mengenalpasti tahap minat terhadap pengajaran Pendidikan Islam mengikut persepsi murid
ii. Mengenalpasti tahap motivasi murid terhadap pengajaran Pendidikan Islam
iii. Mengetahui tahap pengajaran guru Pendidikan Islam mengikut persepsi murid
iv.
METODOLOGI KAJIAN
Metodologi penyelidikan meliputi reka bentuk penyelidikan yang digunakan, populasi dan
persempelan, instrumen kajian dan jenis analisis data. Ia boleh membantu memberikan gambaran
tentang kekuatan dapatan yang dikemukakan oleh sesebuah kajian.
Reka bentuk Kajian
Reka bentuk kajian adalah satu struktur asas dalam sesuatu kajian. Ia merupakan satu bentuk strategi
yang sistematik bagi menjalankan penyelidikan. Melalui reka bentuk kajian, seseorang pengkaji boleh
mendapatkan jawapan kepada semua persoalan secara lebih objektif, lebih tepat, boleh dipercayai dan
lebih ekonomik (Kerlinger, 1986). Kajian ini merupakan kajian tinjauan dan menggunakan
pendekatan kuantitatif. Rekabentuk ini dirasakan sesuai untuk memberikan gambaran komprehensif
bagi pembolehubah yang dikaji iaitu tahap minat dan motivasi murid dan juga pengajaran guru
Pendidikan Islam.
Populasi dan Persempelan
Sampel kajian terdiri daripada 50 orang murid di Sekolah Menengah Sains Tapah, Perak. Responden
dipilih secara rawak mudah yang terdiri daripada murid-murid tingkatan 3. Ini bertujuan untuk
mengetahui persepsi murid terhadap tahap minat, motivasi serta pengajaran guru.
SEMINARPASCA SISWAZAH DALAMPENDIDIKAN(GREDUC2014)
473
Instrumen Kajian
Satu set soal selidik akan digunakan untuk mendapatkan data dan maklumat daripada murid-murid
Sekolah Menengah Sains Tapah, Perak. Soal selidik merangkumi dua bahagian iaitu profil responden
seperti jantina dan gred pencapaian murid dalam Pendidikan Islam manakala bahagian kedua pula
adalah berkaitan dengan sejauhmana minat murid terhadap Pendidikan Islam, motivasi mereka dalam
matapelajaran ini dan juga tahap pengajaran guru.
Analisis Data
Bagi menganalisis data berkaitan minat dan motivasi murid terhadap Pendidikan Islam, analisis
statistik deskriptif yang melibatkan pengiraan peratusan, min dan sisihan piawai digunakan bagi
mengetahui tahap pembentukan nilai akhlak dalam aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Data-data yang
diperolehi melalui kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan program SPSS for Windows (IBM
SPSS 21).
DAPATAN KAJIAN
Demografi Responden
Jadual 1: Demografi Responden
f %
Jantina Lelaki
Perempuan
20
30
40
60
Jumlah 50 100.0
Gred Pencapaian Peperiksaan
Pendidikan Islam
A
B
38
12
76
24
Jumlah 50 100.0
Berdasarkan jadual 1 diatas, responden terdiri daripada 50 orang yang keseluruhannya
berbangsa melayu dan beragama Islam telah terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada 20 orang
murid lelaki ( 40.0%) dan 30 orang murid perempuan (60.0%). Majoriti daripada responden mendapat
gred A dalam matapelajaran Pendidikan Islam iaitu seramai 38 orang (76.0%) manakala 12 orang
(24.0%) sahaja yang mendapat gred B.
Minat murid terhadap matapelajaran Pendidikan Islam
Berdasarkan jadual 2 dibawah, didapati bahawa minat murid terhadap matapelajaran
Pendidikan Islam berada pada tahap sederhana tinggi kerana nilai min yang diperoleh rata-rata berada
diantara 3.50 hingga 5.00
Jadual 2 : Minat murid terhadap matapelajaran Pendidikan Islam
Bil Item/Pertanyaan Min SP
1 Saya meminati matapelajaran Pendidikan Islam 4.58 .538
2 Mempelajari Pendidikan Islam adalah sesuatu yang
menyeronokkan
4.40 .670
3 Saya selalu bertanya kepada guru dan ibu bapa sekiranya
mempunyai masalah berkaitan Pendidikan Islam
4.02 .892
4 Belajar Pendidikan Islam tidak sukar dan tidak
membosankan 4.14
.857
5 Saya selalu menonton televisyen dan mendengar radio
berkaitan agama
3.64 .875
6 Saya ingin menguasai pendidikan agama dengan lebih baik 4.82 .438
7 Saya selalu memberikan perhatian semasa pengajaran
Pendidikan Islam
3.86 .670
8 Saya sentiasa meminta tunjuk ajar dalam perkara berkaitan
pelajaran agama
4.14 .756
9 Saya sering mengikuti kegiatan yang berkaitan dengan 4.12 .773
SEMINARPASCA SISWAZAH DALAMPENDIDIKAN(GREDUC2014)
474
Pendidikan Islam (contohnya ceramah agama,pertandingan
berunsur kerohanian)
10 Saya berazam untuk belajar bersungguh-sungguh dan lulus
cemerlang dalam Pendidikan Islam
4.84 .422
Dapatan kajian menunjukkan antara persepsi murid tertinggi adalah murid ramai bersetuju
bahawa mereka berazam untuk belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dengan cemerlang dalam
matapelajaran Pendidikan Islam pada item 10 (min=4.84, SP= .422), begitu juga pada item 1
(min=4.58, SP= .538), ramai murid bersetuju dengan penyataan mereka sangat meminati
matapelajaran agama. Hal ini selari dengan pendapat Atan (1988) yang mengatakan bahawa minat
boleh dianggap sebagai daya penggerak yang mendorong seseorang supaya memberi perhatian
kepada seseorang, sesuatu kegiatan atau sesuatu benda yang lain. Pada item murid selalu memberikan
perhatian semasa pengajaran Pendidikan Islam menunjukkan min yang kedua terendah daripada
keseluruhan item pada bahagian ini (min=3.86, SP= .670). Menurut Allen (1992) dalam Ab. Halim
dan Mohamad Kahirul Azman Ajuhary (2010), kaedah dan teknik pengajaran yang baik boleh
menyumbang kepada mutu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Jika kaedah dan teknik
mengajar diaplikasikan oleh guru dengan baik dan berkesan, ia mampu mempengaruhi perhatian yang
maksima daripada murid.
Item murid selalu menonton televisyen dan mendengar radio berkaitan agama adalah yang
paling rendah min (3.64) daripada keseluruhan item. Pada era yang serba moden dan maju ini, kita
tidak dapat lari dengan kecanggihan teknologi moden seperti penggunaan internet untuk mendengar
ceramah agama melalui youtube dan sebagainya. Selain itu, kekangan masa kerana murid tinggal di
asrama juga merupakan faktor mengapa item ini mempunyai min paling rendah.
Kesimpulannya, murid mempunyai minat yang tinggi terhadap matapelajaran agama. Murid
yang mempunyai minat yang tinggi ini akan sentiasa berusaha dan rajin meningkatkan diri bagi
mencapai kejayaan. Dengan erti kata yang lain, kepuasan mereka akan hanya dapat dicapai apabila
mereka mempelajari sesuatu matapelajaran dan memahaminya.
Tahap motivasi murid terhadap matapelajaran Pendidikan Islam
Berdasarkan jadual dibawah, motivasi murid berada pada tahap yang juga sederhana tinggi
kerana nilai min yang diperoleh rata-rata berada pada 3.50 hingga 5.00.
Jadual 3: Tahap motivasi murid terhadap matapelajaran Pendidikan Islam
Bil Item/Pertanyaan Min SP
1 Saya suka latihan yang susah kerana ia akan mebuatkan saya
berusaha lebih kuat dan gigih
3.98 .979
2 Saya sangat suka jika guru Pendidikan Islam membantu
dalam menyiapkan tugasan
4.28 .834
3 Saya suka membuat latihan tambahan kerana banyak
maklumat baru akan diperolehi
3.84 1.057
4 Saya berusaha bertanya guru agama dikelas kerana ingin
mengetahui sesuatu yang baru
3.98 .915
5 Saya suka belajar Pendidikan Islam sama seperti saya suka
ke sekolah
3.94 .913
6 Saya suka belajar bersungguh-sungguh sebagai satu cabaran 4.24 .744
7 Saya mendapat kepuasan yang sepenuhnya apabila selesai
melakukan aktiviti pembelajaran Pendidikan Islam
3.98 .769
8 Saya aktif dalam pembelajaran Pendidikan Islam kerana
ingin terlibat bersama-sama rakan
3.74 .899
9 Aktiviti dalam Pendidikan Islam dapat membina sikap dan
personaliti saya
4.32 .653
10 Saya sangat meminati aktiviti dalam pengajaran Pendidikan
Islam
4.26 .723
SEMINARPASCA SISWAZAH DALAMPENDIDIKAN(GREDUC2014)
475
Pengkaji amat tertarik pada item ke 9 iaitu aktiviti dalam Pendidikan Islam dapat membina
sikap dan personaliti murid (min=4.32, SP= .653) menunjukkan responden sangat berpuas hati dan
memberi respon yang positif dengan tindakan yang diberikan oleh pihak guru. Proses pengajaran dan
pembelajaran bukan lagi berpusatkan kepada guru tetapi adalah berpusatkan murid, kerana fokus
utama dalam pendidikan adalah berpusatkan murid baik secara individu atau kumpulan (Abu Bakar
Nordin dan Ikhsan Othman 2003).
Begitu juga dengan item saya suka belajar bersungguh-sungguh sebagai satu cabaran dan juga
murid sangat meminati aktiviti dalam Pendidikan Islam mencatatkan min yang tinggi (min=4.24,
SP=.744). Murid mempunyai motivasi yang tinggi terhadap Pendidikan Islam dan ia dapat
mempengaruhi pencapaian akademik murid. Menurut Muhammad Faizal & Julie Williams (2014),
murid bermotivasi untuk belajar jika mereka dilibatkan secara aktif dalam proses pembelajaran dan
berupaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran sedia ada.
Pendapat murid terhadap pengajaran guru Pendidikan Islam
Dapatan kajian menunjukkan persepsimurid terhadap aspek penilaian terhadap pengajaran guru
Pendidikan Islam secara keseluruhannya berada pada tahap yang sederhana kerana min yang
diperolehi rata-rata berada diantara 2.00 hingga 5.00
Jadual 4: Pendapat murid terhadap pengajaran guru Pendidikan Islam
Bil Item/Pertanyaan Min SP
1 Guru saya mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam
bidang agama
4.56 .577
2 Saya suka cara guru PI saya mengajar 3.82 1.224
3 Guru PI saya seorang yang baik dan mempunyai hubungan
yang rapat dengan murid
4.24 .771
4 Guru PI menggunakan kaedah pengajaran yang menarik dan
saya mudah faham 3.80
.857
5 Guru banyak memberikan peluang kepada murid untuk
bertanya soalan
4.34 .626
6 Guru PI berkebolehan dalam menyampaikan ilmu agama 4.28 .730
7 Guru PI sentiasa memberikan galakan untuk saya terus
minat belajar Pendidikan Islam
4.00 .926
8 Semasa mengajar, guru memberi tumpuan dan perhatian
yang adil kepada semua murid
4.16 .738
9 Pengajaran guru PI menyeronokkan 3.24 .382
10 Guru PI menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar
(contohnya CD,video, komputer dll)
2.48 1.233
Dapatan kajian juga menunjukkan antara persepsi murid tertinggi adalah murid ramai
bersetuju pada item 1 iaitu guru mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang agama
(min=4.56, SP=.577). Menurut Hj.Zainal Abidin Hj. Abdul Kadir ( 1993 ) Pendidikan Islam KBSM
perlu guru-guru yang mahir dan berkebolehan tinggi dalam pengajaran mereka. Guru agama bukan
sekadar menyampaikan ilmu atau pengetahuan tetapi hendaklah membimbing, membantu, mengasuh,
mendakwah, menjadi contoh dan pemimpin kepada setiap murid di sekolah. Guru perlu berperanan 5
mim yang telah digariskan oleh Ab Halim & Kamarul Azmi (2007) iaitu sebagai murabbi, muallim,
mudarris, muaddib dan mursyid.
Antara min item yang terendah adalah pada item ke 10, guru menggunakan pelbagai bahan
bantu mengajar contohnya CD, video, komputer dan lain-lain (min=2.48, SP=1.233). Begitu juga
dengan item pengajaran guru Pendidikan Islam menyeronokkan menunjukkan min yang rendah
(min=3.24, SP=.382). Kedua-dua item ini adalah saling berkaitan kerana penggunaan bahan bantu
mengajar mampu menimbulkan rasa minat dan akan menyeronokkan lagi sesi pembelajaran. Dalam
era teknologi dan globalisasi kini, proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja tertumpu kepada
buku teks semata-mata dan juga pengajaran guru melalui chalk and talk sahaja, malah mestilah lebih
SEMINARPASCA SISWAZAH DALAMPENDIDIKAN(GREDUC2014)
476
daripada itu termasuklah penggunaan teknologi yang menyediakan pembelajaran moden dan interaktif
bagi memupuk minat serta mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan.
Oleh itu, melalui teknik, strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru
sahaja belum dapat menjamin terjadinya proses pembelajaran yang berkesan tanpa melalui bahan
bantu mengajar. Para guru haruslah memiliki ciri-ciri profesionalisma yang mantap serta ilmu-ilmu
teras dan ilmu pedagogi sebagai asas kepada etika perguruan.
Justeru itu seorang guru yang professional sentiasa mencari idea dan memikirkan bagaimana
pendekatan yang paling berkesan dari segi penyampaian ilmu serta kemahiran kepada murid-murid.
Guru bersedia dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta nilai-nilai murni yang baik bagi
menjadikan diri mereka sebagai pendidik yang mampu membangunkan sistem pendidikan negara
yang berkualiti dan bertaraf dunia (world class).
CADANGAN
Berdasarkan dapatan kajian, penyelidik ingin mengemukakan beberapa cadangan antaranya ialah:
1. Kajian lanjutan yang lebih menyeluruh perlu dilaksanakan untuk melihat hasil dapatan dengan
lebih mendalam. Hal ini kerana jumlah responden yang terhad kepada sebuah sekolah sahaja di
Perak, tidak memadai untuk mendapatkan gambaran yang lebih mendalam.
2. Kepelbagaian dalam pendekatan dan strategi pembelajaran perlu dititikberatkan oleh guru kerana
akan mempengaruhi minat, motivasi dan kesungguhan murid dalam mempelajari Pendidikan
Islam.
3. Bagi memupuk minat terhadap Pendidikan Islam ini, pelbagai pihak perlu terlibat contohnya
pihak sekolah. Pihak sekolah boleh memainkan beberapa peranan seperti menyediakan sudut atau
ruang agama dalam kawasan sekolah. Penyediaan kemudahan ini setidak-tidaknya akan memberi
peluang kepada murid untuk mendekati mata pelajaran ini dengan lebih dekat selain daripada
menyediakan bilik Pendidikan Islam.
KESIMPULAN
Fungsi dan peranan matapelajaran Pendidikan Islam dalam kehidupan seharian sudah tidak
boleh disangkal lagi. Oleh itu, mengetahui dan menguasai Pendidikan Islam merupakan suatu perkara
Fardhu Ain yang perlu ada pada semua murid kerana mereka merupakan aset penting kepada
pembangunan negara pada masa akan datang. Justeru kajian ini berjaya merungkai tahap minat dan
motivasi murid terhadap matapelajaran agama di Sekolah Menengah Sains Tapah secara langsung
mahupun tidak langsung. Dengan hasil dapatan kajian dan cadangan yang dikemukakan, kajian ini
diharapkan menjadi rujukan yang lebih jelas kepada sesiapa yang berminat dan berkaitan dengan
pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah menengah. Kesimpulan daripada hasil kajian dapatan ini,
murid Sekolah Menengah Sains Tapah mempunyai minat dan motivasi yang tinggi terhadap
matapelajaran Pendidikan Islam.
RUJUKAN
1. Ab. Halim & Mohamad Kahirul Azman Ajuhary. (2010). Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam
Berkesan Berteraskan Konsep Mu’alim. Journal of Islamic and Arabic Education, Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia volume 2(1): 43-56.
2. Abd. Halim Mohamad & Wan Mohamad Wan Sulong. (2003). Antara Minat dan Sikap Pelajar Terhadap
Bahasa Arab: Satu Kajian Kes Pelajar Bachelor Bahasa Arab Di IPTA Malaysia. Wacana Pendidikan
Islam (Siri 5) Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab Pemangkin Peradaban Ummah. Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia.
3. Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. (2003). Falsafah pendidikan dan kurikulum. Tanjong Malim.
Quantum Books
4. Asmawati Suhid, Mohd Redzuan, Fathiyyah, Abd Muhsin & Mohd Aderi Che Noh. (2014). Personaliti
Pendidik Yang Ideal : Apa Kata Pelajar di Institut Pengajian Tinggi? Journal of Al-Quran and Tarbiyyah,
Vol 1(1) 2014 : 1-8
5. Asmawati Suhid. (2005). Kerelevanan Pendidikan Nilai dan Agama Dalam Pembentukan
MasyarakatMadani. Jurnal Pendidikan Islam, 11(2): 69-82.
6. Atan Long. (1988). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
SEMINARPASCA SISWAZAH DALAMPENDIDIKAN(GREDUC2014)
477
7. Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakariya dan Noordin Yahaya. (2005). Pembangunan Kendiri.
Skudai:Universiti Teknologi Malaysia.
8. Fathiyah Mohd Fakhruddin, Nor Hayati Alwi, Azimi Hamzah, & Lukman Abd. Mutalib. (2013).
Pemahaman Dan Pengalaman Guru Pendidikan Islam Menerapkan Elemen Amalan Dalam Pengajaran .
The Online Journal of Islamic Education, 1(1).
9. Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran. Skudai. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
10. Muhammad Faizal & Julie Williams. (2014). Harapan Murid Bermasalah Terhadap Pengajaran Guru:
Satu Kajian Awal di sebuah Negara Maju. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. Jan 2014. Bil 2
Isu 1.
11. Noraini Omar. (2008). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran
Pendidikan Islam Tingkatan Lima. Jurnal Pendidikan, Institut Perguruan Tun Abdul Razak, Sarawak.
12. Sharifah Akmam Syed Zakaria. (2005). Panduan dan strategi motivasi diri. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
13. Zainal Abidin Hj.Abdul Kadir. (1993). Isu-isu Pendidikan Islam di Malaysia: Cabaran dan Harapan.
Kuala Terangganu: Kolej Agama Sultan Zainal Abidin
14. Zaiton Mustafa & Hishamuddin Salim. (2012). Factors Affecting Students Interest in Learning Islamic
Education. Journal of Education and Practice, Vol 3: No 13

More Related Content

What's hot

Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabModel pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Mohamad Yusof
 
Kemahiran pengukuhan
Kemahiran pengukuhanKemahiran pengukuhan
Kemahiran pengukuhan
Sohib AlQuran
 
Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...
Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...
Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...
Marinis Nyambong
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quranKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Nik Mat
 
Rph bahasa arab kssr
Rph bahasa arab kssrRph bahasa arab kssr
Rph bahasa arab kssr
zulqournain
 
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysiaTakrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
Dorma Jn
 
Pengurusan kurikulum
Pengurusan kurikulumPengurusan kurikulum
Pengurusan kurikulum
Choi Nolan
 
131026331 tarannum-nahawand
131026331 tarannum-nahawand131026331 tarannum-nahawand
131026331 tarannum-nahawand
Nor Aina Mahat
 
Bab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulumBab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulum
DoEy Mas
 

What's hot (20)

Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan IslamStrategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
 
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabModel pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Kurikulum
KurikulumKurikulum
Kurikulum
 
15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar
 
Soalan latih tubi kaedah penyelidikan
Soalan latih tubi kaedah penyelidikanSoalan latih tubi kaedah penyelidikan
Soalan latih tubi kaedah penyelidikan
 
Kemahiran pengukuhan
Kemahiran pengukuhanKemahiran pengukuhan
Kemahiran pengukuhan
 
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan MoralPembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
 
Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...
Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...
Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quranKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
 
Rph bahasa arab kssr
Rph bahasa arab kssrRph bahasa arab kssr
Rph bahasa arab kssr
 
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
 
Objektif pengajaran
Objektif pengajaranObjektif pengajaran
Objektif pengajaran
 
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysiaTakrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
 
Pengurusan kurikulum
Pengurusan kurikulumPengurusan kurikulum
Pengurusan kurikulum
 
131026331 tarannum-nahawand
131026331 tarannum-nahawand131026331 tarannum-nahawand
131026331 tarannum-nahawand
 
Bab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulumBab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulum
 
Model tyler
Model tylerModel tyler
Model tyler
 

Similar to MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

MOTIVASI BELAJAR DAN BIMBINGAN AKADEMIK MENENTUKAN PRESTASI BELAJAR
MOTIVASI BELAJAR DAN BIMBINGAN AKADEMIK MENENTUKAN PRESTASI BELAJARMOTIVASI BELAJAR DAN BIMBINGAN AKADEMIK MENENTUKAN PRESTASI BELAJAR
MOTIVASI BELAJAR DAN BIMBINGAN AKADEMIK MENENTUKAN PRESTASI BELAJAR
Stikes Jenderal Achmad Yani Yogyakarta
 
167290 id-pengaruh-kemampuan-dosen-dalam-mengelola
167290 id-pengaruh-kemampuan-dosen-dalam-mengelola167290 id-pengaruh-kemampuan-dosen-dalam-mengelola
167290 id-pengaruh-kemampuan-dosen-dalam-mengelola
Sang Penyelamat
 
REVIEW_JOURNAL_MOTIVATION.doc
REVIEW_JOURNAL_MOTIVATION.docREVIEW_JOURNAL_MOTIVATION.doc
REVIEW_JOURNAL_MOTIVATION.doc
LisiyanaIci
 
KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI ...
KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI ...KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI ...
KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI ...
Adilah Hrn
 
jurnal Hubungan motivasi-belajar-thdp-hasil-belajar-mahasiswa
jurnal Hubungan motivasi-belajar-thdp-hasil-belajar-mahasiswajurnal Hubungan motivasi-belajar-thdp-hasil-belajar-mahasiswa
jurnal Hubungan motivasi-belajar-thdp-hasil-belajar-mahasiswa
Risa Meiranti
 
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
Star Ng
 

Similar to MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM (20)

Paikem 1
Paikem 1Paikem 1
Paikem 1
 
Pembelajaran problem based learning
Pembelajaran problem based learningPembelajaran problem based learning
Pembelajaran problem based learning
 
PPT MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PPT MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMPPT MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PPT MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
 
MOTIVASI BELAJAR DAN BIMBINGAN AKADEMIK MENENTUKAN PRESTASI BELAJAR
MOTIVASI BELAJAR DAN BIMBINGAN AKADEMIK MENENTUKAN PRESTASI BELAJARMOTIVASI BELAJAR DAN BIMBINGAN AKADEMIK MENENTUKAN PRESTASI BELAJAR
MOTIVASI BELAJAR DAN BIMBINGAN AKADEMIK MENENTUKAN PRESTASI BELAJAR
 
Pembelajaran PAI
Pembelajaran PAIPembelajaran PAI
Pembelajaran PAI
 
Pbm
PbmPbm
Pbm
 
167290 id-pengaruh-kemampuan-dosen-dalam-mengelola
167290 id-pengaruh-kemampuan-dosen-dalam-mengelola167290 id-pengaruh-kemampuan-dosen-dalam-mengelola
167290 id-pengaruh-kemampuan-dosen-dalam-mengelola
 
3030 8163-1-sm
3030 8163-1-sm3030 8163-1-sm
3030 8163-1-sm
 
EVALUASI PENDIDIKAN KARAKTER ASWAJA.doc
EVALUASI PENDIDIKAN KARAKTER ASWAJA.docEVALUASI PENDIDIKAN KARAKTER ASWAJA.doc
EVALUASI PENDIDIKAN KARAKTER ASWAJA.doc
 
3. bab i
3. bab i3. bab i
3. bab i
 
pemgaruh DL.pdf
pemgaruh DL.pdfpemgaruh DL.pdf
pemgaruh DL.pdf
 
FILSAFAT PENDIDIKAN ISLAM
FILSAFAT PENDIDIKAN ISLAMFILSAFAT PENDIDIKAN ISLAM
FILSAFAT PENDIDIKAN ISLAM
 
FILSAFAT PENDIDIKAN ISLAM.docx
FILSAFAT PENDIDIKAN ISLAM.docxFILSAFAT PENDIDIKAN ISLAM.docx
FILSAFAT PENDIDIKAN ISLAM.docx
 
REVIEW_JOURNAL_MOTIVATION.doc
REVIEW_JOURNAL_MOTIVATION.docREVIEW_JOURNAL_MOTIVATION.doc
REVIEW_JOURNAL_MOTIVATION.doc
 
Jurnal anggun
Jurnal anggunJurnal anggun
Jurnal anggun
 
KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI ...
KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI ...KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI ...
KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI ...
 
jurnal Hubungan motivasi-belajar-thdp-hasil-belajar-mahasiswa
jurnal Hubungan motivasi-belajar-thdp-hasil-belajar-mahasiswajurnal Hubungan motivasi-belajar-thdp-hasil-belajar-mahasiswa
jurnal Hubungan motivasi-belajar-thdp-hasil-belajar-mahasiswa
 
Penelitian Dosen Drs. H. Mokh Ya'kup., M.MPd
Penelitian Dosen Drs. H. Mokh Ya'kup., M.MPdPenelitian Dosen Drs. H. Mokh Ya'kup., M.MPd
Penelitian Dosen Drs. H. Mokh Ya'kup., M.MPd
 
KERJA KURSUS PENDEK EDU03
KERJA KURSUS PENDEK EDU03KERJA KURSUS PENDEK EDU03
KERJA KURSUS PENDEK EDU03
 
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
 

More from Syaza Mohd Sabri

More from Syaza Mohd Sabri (6)

ADAB DI MASJID DAN SURAU
ADAB DI MASJID DAN SURAUADAB DI MASJID DAN SURAU
ADAB DI MASJID DAN SURAU
 
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMPENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
 
PELAKSANAAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DI SEKOLAH
PELAKSANAAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DI SEKOLAHPELAKSANAAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DI SEKOLAH
PELAKSANAAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DI SEKOLAH
 
TAHAP PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM KALANGAN MURID
TAHAP PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM KALANGAN MURIDTAHAP PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM KALANGAN MURID
TAHAP PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM KALANGAN MURID
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
 
PERUBAHAN DALAM PENINGKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PERUBAHAN DALAM PENINGKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMPERUBAHAN DALAM PENINGKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PERUBAHAN DALAM PENINGKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
 

Recently uploaded

SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
AlfandoWibowo2
 

Recently uploaded (20)

Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptxPelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 

MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

  • 1. SEMINARPASCA SISWAZAH DALAMPENDIDIKAN(GREDUC2014) 471 KAJIAN MINAT DAN MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM Syaza Mohd Sabri, Sharini Che Ishak & Asmawati Suhid Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia syaza_sms89@yahoo.com Abstrak Pendidikan Islam merupakan tunjang dalam diri setiap manusia yang bergelar muslim. Minat yang mendalam perlu hadir dalam diri bagi melahirkan rasa kecintaan serta memantapkan tahap pemahaman dan penghayatannya di dalam kehidupan seharian. Namun matapelajaran Pendidikan Islam ini dianggap matapelajaran yang remeh dan senang oleh kebanyakan murid. Oleh yang demikian, mereka kurang berminat serta tidak memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Faktor guru juga menyebabkan murid tidak berminat serta kurang motivasi terhadap matapelajaran ini. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui tahap minat dan motivasi murid terhadap pengajaran Pendidikan Islam. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dan data dikumpul melalui borang soal selidik yang mengandungi 36 item dan diedarkan kepada seramai 50 orang murid Sekolah Menengah Sains Tapah, Perak. Data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS. Kata Kunci: Minat, Motivasi, Pengajaran dan Pembelajaran & Pendidikan Islam Pendahuluan Menurut Asmawati Suhid et al. (2014), tujuan pendidikan adalah untuk mendapat ilmu dan di dalam Islam setiap apa jua yang berkaitan dengan ilmu amatlah dititikberatkan. Ini kerana hanya dengan ilmu sahaja manusia dapat mengenali hakikat dirinya sebagai manusia seterusnya mengenali Pencipta. Proses mendapatkan ilmu ini dilakukan bagi memperbaiki kehidupan dan menjadi sebahagian daripada proses pengembangan diri seseorang. Menurut Nik Aziz (1986), pendidikan dalam Islam turut menyentuh perkara berkaitan Islam yang menyediakan perpaduan yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Beliau juga memberi pengertian bahawa tujuan akhir pendidikan adalah untuk membentuk insan yang memiliki kognitif yang jernih, personaliti yang unggul, corak kehidupan yang harmoni, kesucian budi pekerti serta murni pergaulan sosial mengikut acuan Ilahi. Bagi mencapai tujuan akhir pendidikan tersebut, guru memainkan peranan penting dalam sesuatu pengajaran terutama Pendidikan Islam. Mereka bukan sahaja berperanan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid malah bertanggungjawab untuk meningkatkan penguasaan dan penghayatan ilmu murid tersebut. Guru harus mendorong sikap, minat, motivasi dan tingkah laku murid ke arah kebaikan melalui pendekatan yang berhikmah. Dengan ini, ia dapat menajamkan makna kemanusiaan agar murid mampu menempuh era globalisasi (Asmawati, 2005). TINJAUAN LITERATUR Konsep Minat Pelbagai definisi tentang minat telah dikemukakan terutama oleh mereka yang berada dalam bidang pendidikan. Atan (1988) mengatakan bahawa minat boleh dianggap sebagai daya penggerak yang mendorong seseorang supaya memberi perhatian kepada seseorang, sesuatu kegiatan atau sesuatu benda. Tegasnya lagi, minat juga merupakan pengalaman yang berpengaruh yang telah diransang oleh kegiatan itu sendiri. Oleh itu, faktor minat yang timbul terhadap sesuatu matapelajaran akan mendorong murid berusaha bersungguh-sungguh dan cuba sedaya upaya untuk menggunakan pengetahuan yang sedia ada. Kajian yang telah dilakukan oleh Abdul Halim Mohamad dan Wan Mohamad Wan Sulong (2006) ke atas pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab di Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia mendapati bahawa minat pelajar terhadap matapelajaran Bahasa Arab adalah penting dalam menentukan kejayaan mereka. Minat juga berkait rapat dengan motivasi dalaman. Kenworthy (dalam Noraini 2008) mengatakan bahawa pembelajaran yang berkesan wujud jika ada minat dalam kalangan murid dan salah satu daripada cara menimbulkan minat murid ialah menerusi kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang menarik. Minat amat penting kerana dari situ akan timbul perubahan sikap, pembentukan persepsi serta lahir penghayatan yang mendalam terhadap
  • 2. SEMINARPASCA SISWAZAH DALAMPENDIDIKAN(GREDUC2014) 472 pelajaran. Zaiton Mustafa & Hishamuddin Salim (2012) menyatakan terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan para pelajar tidak atau kurang berminat mengikuti pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam iaitu pengaruh ibu bapa, pengaruh guru pendidikan Islam dan kurikulum pendidikan Islam itu sendiri. Malah dalam dapatan kajian yang mereka lakukan menunjukkan guru pendidikan Islam adalah kunci utama penyebab kepada permasalahan ini Konsep Motivasi Maksud motivasi menurut Harold W. Bernard dalam buku Psychology of Learning (1965), menyatakan motivasi ialah proses membangkitkan, mengekalkan dan mengawal minat. Menurut Sharifah Akmam (2005), motivasi pada asasnya ialah semangat dalaman yang kuat untuk mencapai sesuatu. Ia juga merupakan satu keinginan yang paling kuat untuk mendapat kejayaan dan kecemerlangan. Motivasi juga merujuk kepada desakan dari hati dan naluri yang menggerakkan seseorang untuk membuat sesuatu tindakan yang merangkumi segala jenis rangsangan, keperluan, kehendak, kemahuan dan kuasa lain untuk mencapai sesuatu yang dikehendaki dalam hidup. Dalam konteks kehidupan harian, ia adalah gabungan antara motive dan action. Bagi mencapai sesuatu, seseorang itu perlu ada motif. Motif perlu diterjemahkan dengan tindakan seseorang untuk menuju kearah pencapaian sesuatu. Motivasi mempengaruhi bidang pertumbuhan, perkembangan, pembelajaran dan pencapaian manusia. Kaedah nasihat, berbual-bual dan berdamping dengan murid merupakan langkah yang sesuai bagi membolehkan guru meningkatkan motivasi murid-muridnya. Hal ini kerana memotivasikan diri sendiri adalah tenaga yang mengangkat diri seseorang itu ke tahap yang diingininya (Azizi et al., 2005). Menurut Muhammad Faizal & Julie Williams (2014), murid bermotivasi untuk belajar jika mereka dilibatkan secara aktif dalam proses pembelajaran dan berupaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran sedia ada. Untuk mencapai hasrat tersebut, guru seharusnya menyedari pengajaran merupakan suatu seni dan bukan “one approach fits all”. Suatu proses pengajaran yang berkesan diperlukan seperti mana dapatan kajian yang telah mereka lakukan iaitu pengajaran berkualiti, pengajaran guru berdasarkan kemampuan murid, insentif dan pengurusan masa. OBJEKTIF Kajian ini secara umumnya bertujuan mengkaji tahap minat dan motivasi murid terhadap pengajaran Pendidikan Islam. Bagi mencapai tujuan ini, terdapat beberapa objektif khusus yang ditetapkan dalam kajian ini iaitu: i. Mengenalpasti tahap minat terhadap pengajaran Pendidikan Islam mengikut persepsi murid ii. Mengenalpasti tahap motivasi murid terhadap pengajaran Pendidikan Islam iii. Mengetahui tahap pengajaran guru Pendidikan Islam mengikut persepsi murid iv. METODOLOGI KAJIAN Metodologi penyelidikan meliputi reka bentuk penyelidikan yang digunakan, populasi dan persempelan, instrumen kajian dan jenis analisis data. Ia boleh membantu memberikan gambaran tentang kekuatan dapatan yang dikemukakan oleh sesebuah kajian. Reka bentuk Kajian Reka bentuk kajian adalah satu struktur asas dalam sesuatu kajian. Ia merupakan satu bentuk strategi yang sistematik bagi menjalankan penyelidikan. Melalui reka bentuk kajian, seseorang pengkaji boleh mendapatkan jawapan kepada semua persoalan secara lebih objektif, lebih tepat, boleh dipercayai dan lebih ekonomik (Kerlinger, 1986). Kajian ini merupakan kajian tinjauan dan menggunakan pendekatan kuantitatif. Rekabentuk ini dirasakan sesuai untuk memberikan gambaran komprehensif bagi pembolehubah yang dikaji iaitu tahap minat dan motivasi murid dan juga pengajaran guru Pendidikan Islam. Populasi dan Persempelan Sampel kajian terdiri daripada 50 orang murid di Sekolah Menengah Sains Tapah, Perak. Responden dipilih secara rawak mudah yang terdiri daripada murid-murid tingkatan 3. Ini bertujuan untuk mengetahui persepsi murid terhadap tahap minat, motivasi serta pengajaran guru.
  • 3. SEMINARPASCA SISWAZAH DALAMPENDIDIKAN(GREDUC2014) 473 Instrumen Kajian Satu set soal selidik akan digunakan untuk mendapatkan data dan maklumat daripada murid-murid Sekolah Menengah Sains Tapah, Perak. Soal selidik merangkumi dua bahagian iaitu profil responden seperti jantina dan gred pencapaian murid dalam Pendidikan Islam manakala bahagian kedua pula adalah berkaitan dengan sejauhmana minat murid terhadap Pendidikan Islam, motivasi mereka dalam matapelajaran ini dan juga tahap pengajaran guru. Analisis Data Bagi menganalisis data berkaitan minat dan motivasi murid terhadap Pendidikan Islam, analisis statistik deskriptif yang melibatkan pengiraan peratusan, min dan sisihan piawai digunakan bagi mengetahui tahap pembentukan nilai akhlak dalam aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Data-data yang diperolehi melalui kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan program SPSS for Windows (IBM SPSS 21). DAPATAN KAJIAN Demografi Responden Jadual 1: Demografi Responden f % Jantina Lelaki Perempuan 20 30 40 60 Jumlah 50 100.0 Gred Pencapaian Peperiksaan Pendidikan Islam A B 38 12 76 24 Jumlah 50 100.0 Berdasarkan jadual 1 diatas, responden terdiri daripada 50 orang yang keseluruhannya berbangsa melayu dan beragama Islam telah terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada 20 orang murid lelaki ( 40.0%) dan 30 orang murid perempuan (60.0%). Majoriti daripada responden mendapat gred A dalam matapelajaran Pendidikan Islam iaitu seramai 38 orang (76.0%) manakala 12 orang (24.0%) sahaja yang mendapat gred B. Minat murid terhadap matapelajaran Pendidikan Islam Berdasarkan jadual 2 dibawah, didapati bahawa minat murid terhadap matapelajaran Pendidikan Islam berada pada tahap sederhana tinggi kerana nilai min yang diperoleh rata-rata berada diantara 3.50 hingga 5.00 Jadual 2 : Minat murid terhadap matapelajaran Pendidikan Islam Bil Item/Pertanyaan Min SP 1 Saya meminati matapelajaran Pendidikan Islam 4.58 .538 2 Mempelajari Pendidikan Islam adalah sesuatu yang menyeronokkan 4.40 .670 3 Saya selalu bertanya kepada guru dan ibu bapa sekiranya mempunyai masalah berkaitan Pendidikan Islam 4.02 .892 4 Belajar Pendidikan Islam tidak sukar dan tidak membosankan 4.14 .857 5 Saya selalu menonton televisyen dan mendengar radio berkaitan agama 3.64 .875 6 Saya ingin menguasai pendidikan agama dengan lebih baik 4.82 .438 7 Saya selalu memberikan perhatian semasa pengajaran Pendidikan Islam 3.86 .670 8 Saya sentiasa meminta tunjuk ajar dalam perkara berkaitan pelajaran agama 4.14 .756 9 Saya sering mengikuti kegiatan yang berkaitan dengan 4.12 .773
  • 4. SEMINARPASCA SISWAZAH DALAMPENDIDIKAN(GREDUC2014) 474 Pendidikan Islam (contohnya ceramah agama,pertandingan berunsur kerohanian) 10 Saya berazam untuk belajar bersungguh-sungguh dan lulus cemerlang dalam Pendidikan Islam 4.84 .422 Dapatan kajian menunjukkan antara persepsi murid tertinggi adalah murid ramai bersetuju bahawa mereka berazam untuk belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dengan cemerlang dalam matapelajaran Pendidikan Islam pada item 10 (min=4.84, SP= .422), begitu juga pada item 1 (min=4.58, SP= .538), ramai murid bersetuju dengan penyataan mereka sangat meminati matapelajaran agama. Hal ini selari dengan pendapat Atan (1988) yang mengatakan bahawa minat boleh dianggap sebagai daya penggerak yang mendorong seseorang supaya memberi perhatian kepada seseorang, sesuatu kegiatan atau sesuatu benda yang lain. Pada item murid selalu memberikan perhatian semasa pengajaran Pendidikan Islam menunjukkan min yang kedua terendah daripada keseluruhan item pada bahagian ini (min=3.86, SP= .670). Menurut Allen (1992) dalam Ab. Halim dan Mohamad Kahirul Azman Ajuhary (2010), kaedah dan teknik pengajaran yang baik boleh menyumbang kepada mutu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Jika kaedah dan teknik mengajar diaplikasikan oleh guru dengan baik dan berkesan, ia mampu mempengaruhi perhatian yang maksima daripada murid. Item murid selalu menonton televisyen dan mendengar radio berkaitan agama adalah yang paling rendah min (3.64) daripada keseluruhan item. Pada era yang serba moden dan maju ini, kita tidak dapat lari dengan kecanggihan teknologi moden seperti penggunaan internet untuk mendengar ceramah agama melalui youtube dan sebagainya. Selain itu, kekangan masa kerana murid tinggal di asrama juga merupakan faktor mengapa item ini mempunyai min paling rendah. Kesimpulannya, murid mempunyai minat yang tinggi terhadap matapelajaran agama. Murid yang mempunyai minat yang tinggi ini akan sentiasa berusaha dan rajin meningkatkan diri bagi mencapai kejayaan. Dengan erti kata yang lain, kepuasan mereka akan hanya dapat dicapai apabila mereka mempelajari sesuatu matapelajaran dan memahaminya. Tahap motivasi murid terhadap matapelajaran Pendidikan Islam Berdasarkan jadual dibawah, motivasi murid berada pada tahap yang juga sederhana tinggi kerana nilai min yang diperoleh rata-rata berada pada 3.50 hingga 5.00. Jadual 3: Tahap motivasi murid terhadap matapelajaran Pendidikan Islam Bil Item/Pertanyaan Min SP 1 Saya suka latihan yang susah kerana ia akan mebuatkan saya berusaha lebih kuat dan gigih 3.98 .979 2 Saya sangat suka jika guru Pendidikan Islam membantu dalam menyiapkan tugasan 4.28 .834 3 Saya suka membuat latihan tambahan kerana banyak maklumat baru akan diperolehi 3.84 1.057 4 Saya berusaha bertanya guru agama dikelas kerana ingin mengetahui sesuatu yang baru 3.98 .915 5 Saya suka belajar Pendidikan Islam sama seperti saya suka ke sekolah 3.94 .913 6 Saya suka belajar bersungguh-sungguh sebagai satu cabaran 4.24 .744 7 Saya mendapat kepuasan yang sepenuhnya apabila selesai melakukan aktiviti pembelajaran Pendidikan Islam 3.98 .769 8 Saya aktif dalam pembelajaran Pendidikan Islam kerana ingin terlibat bersama-sama rakan 3.74 .899 9 Aktiviti dalam Pendidikan Islam dapat membina sikap dan personaliti saya 4.32 .653 10 Saya sangat meminati aktiviti dalam pengajaran Pendidikan Islam 4.26 .723
  • 5. SEMINARPASCA SISWAZAH DALAMPENDIDIKAN(GREDUC2014) 475 Pengkaji amat tertarik pada item ke 9 iaitu aktiviti dalam Pendidikan Islam dapat membina sikap dan personaliti murid (min=4.32, SP= .653) menunjukkan responden sangat berpuas hati dan memberi respon yang positif dengan tindakan yang diberikan oleh pihak guru. Proses pengajaran dan pembelajaran bukan lagi berpusatkan kepada guru tetapi adalah berpusatkan murid, kerana fokus utama dalam pendidikan adalah berpusatkan murid baik secara individu atau kumpulan (Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman 2003). Begitu juga dengan item saya suka belajar bersungguh-sungguh sebagai satu cabaran dan juga murid sangat meminati aktiviti dalam Pendidikan Islam mencatatkan min yang tinggi (min=4.24, SP=.744). Murid mempunyai motivasi yang tinggi terhadap Pendidikan Islam dan ia dapat mempengaruhi pencapaian akademik murid. Menurut Muhammad Faizal & Julie Williams (2014), murid bermotivasi untuk belajar jika mereka dilibatkan secara aktif dalam proses pembelajaran dan berupaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran sedia ada. Pendapat murid terhadap pengajaran guru Pendidikan Islam Dapatan kajian menunjukkan persepsimurid terhadap aspek penilaian terhadap pengajaran guru Pendidikan Islam secara keseluruhannya berada pada tahap yang sederhana kerana min yang diperolehi rata-rata berada diantara 2.00 hingga 5.00 Jadual 4: Pendapat murid terhadap pengajaran guru Pendidikan Islam Bil Item/Pertanyaan Min SP 1 Guru saya mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang agama 4.56 .577 2 Saya suka cara guru PI saya mengajar 3.82 1.224 3 Guru PI saya seorang yang baik dan mempunyai hubungan yang rapat dengan murid 4.24 .771 4 Guru PI menggunakan kaedah pengajaran yang menarik dan saya mudah faham 3.80 .857 5 Guru banyak memberikan peluang kepada murid untuk bertanya soalan 4.34 .626 6 Guru PI berkebolehan dalam menyampaikan ilmu agama 4.28 .730 7 Guru PI sentiasa memberikan galakan untuk saya terus minat belajar Pendidikan Islam 4.00 .926 8 Semasa mengajar, guru memberi tumpuan dan perhatian yang adil kepada semua murid 4.16 .738 9 Pengajaran guru PI menyeronokkan 3.24 .382 10 Guru PI menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar (contohnya CD,video, komputer dll) 2.48 1.233 Dapatan kajian juga menunjukkan antara persepsi murid tertinggi adalah murid ramai bersetuju pada item 1 iaitu guru mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang agama (min=4.56, SP=.577). Menurut Hj.Zainal Abidin Hj. Abdul Kadir ( 1993 ) Pendidikan Islam KBSM perlu guru-guru yang mahir dan berkebolehan tinggi dalam pengajaran mereka. Guru agama bukan sekadar menyampaikan ilmu atau pengetahuan tetapi hendaklah membimbing, membantu, mengasuh, mendakwah, menjadi contoh dan pemimpin kepada setiap murid di sekolah. Guru perlu berperanan 5 mim yang telah digariskan oleh Ab Halim & Kamarul Azmi (2007) iaitu sebagai murabbi, muallim, mudarris, muaddib dan mursyid. Antara min item yang terendah adalah pada item ke 10, guru menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar contohnya CD, video, komputer dan lain-lain (min=2.48, SP=1.233). Begitu juga dengan item pengajaran guru Pendidikan Islam menyeronokkan menunjukkan min yang rendah (min=3.24, SP=.382). Kedua-dua item ini adalah saling berkaitan kerana penggunaan bahan bantu mengajar mampu menimbulkan rasa minat dan akan menyeronokkan lagi sesi pembelajaran. Dalam era teknologi dan globalisasi kini, proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja tertumpu kepada buku teks semata-mata dan juga pengajaran guru melalui chalk and talk sahaja, malah mestilah lebih
  • 6. SEMINARPASCA SISWAZAH DALAMPENDIDIKAN(GREDUC2014) 476 daripada itu termasuklah penggunaan teknologi yang menyediakan pembelajaran moden dan interaktif bagi memupuk minat serta mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, melalui teknik, strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru sahaja belum dapat menjamin terjadinya proses pembelajaran yang berkesan tanpa melalui bahan bantu mengajar. Para guru haruslah memiliki ciri-ciri profesionalisma yang mantap serta ilmu-ilmu teras dan ilmu pedagogi sebagai asas kepada etika perguruan. Justeru itu seorang guru yang professional sentiasa mencari idea dan memikirkan bagaimana pendekatan yang paling berkesan dari segi penyampaian ilmu serta kemahiran kepada murid-murid. Guru bersedia dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta nilai-nilai murni yang baik bagi menjadikan diri mereka sebagai pendidik yang mampu membangunkan sistem pendidikan negara yang berkualiti dan bertaraf dunia (world class). CADANGAN Berdasarkan dapatan kajian, penyelidik ingin mengemukakan beberapa cadangan antaranya ialah: 1. Kajian lanjutan yang lebih menyeluruh perlu dilaksanakan untuk melihat hasil dapatan dengan lebih mendalam. Hal ini kerana jumlah responden yang terhad kepada sebuah sekolah sahaja di Perak, tidak memadai untuk mendapatkan gambaran yang lebih mendalam. 2. Kepelbagaian dalam pendekatan dan strategi pembelajaran perlu dititikberatkan oleh guru kerana akan mempengaruhi minat, motivasi dan kesungguhan murid dalam mempelajari Pendidikan Islam. 3. Bagi memupuk minat terhadap Pendidikan Islam ini, pelbagai pihak perlu terlibat contohnya pihak sekolah. Pihak sekolah boleh memainkan beberapa peranan seperti menyediakan sudut atau ruang agama dalam kawasan sekolah. Penyediaan kemudahan ini setidak-tidaknya akan memberi peluang kepada murid untuk mendekati mata pelajaran ini dengan lebih dekat selain daripada menyediakan bilik Pendidikan Islam. KESIMPULAN Fungsi dan peranan matapelajaran Pendidikan Islam dalam kehidupan seharian sudah tidak boleh disangkal lagi. Oleh itu, mengetahui dan menguasai Pendidikan Islam merupakan suatu perkara Fardhu Ain yang perlu ada pada semua murid kerana mereka merupakan aset penting kepada pembangunan negara pada masa akan datang. Justeru kajian ini berjaya merungkai tahap minat dan motivasi murid terhadap matapelajaran agama di Sekolah Menengah Sains Tapah secara langsung mahupun tidak langsung. Dengan hasil dapatan kajian dan cadangan yang dikemukakan, kajian ini diharapkan menjadi rujukan yang lebih jelas kepada sesiapa yang berminat dan berkaitan dengan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah menengah. Kesimpulan daripada hasil kajian dapatan ini, murid Sekolah Menengah Sains Tapah mempunyai minat dan motivasi yang tinggi terhadap matapelajaran Pendidikan Islam. RUJUKAN 1. Ab. Halim & Mohamad Kahirul Azman Ajuhary. (2010). Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Berkesan Berteraskan Konsep Mu’alim. Journal of Islamic and Arabic Education, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia volume 2(1): 43-56. 2. Abd. Halim Mohamad & Wan Mohamad Wan Sulong. (2003). Antara Minat dan Sikap Pelajar Terhadap Bahasa Arab: Satu Kajian Kes Pelajar Bachelor Bahasa Arab Di IPTA Malaysia. Wacana Pendidikan Islam (Siri 5) Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab Pemangkin Peradaban Ummah. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. 3. Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. (2003). Falsafah pendidikan dan kurikulum. Tanjong Malim. Quantum Books 4. Asmawati Suhid, Mohd Redzuan, Fathiyyah, Abd Muhsin & Mohd Aderi Che Noh. (2014). Personaliti Pendidik Yang Ideal : Apa Kata Pelajar di Institut Pengajian Tinggi? Journal of Al-Quran and Tarbiyyah, Vol 1(1) 2014 : 1-8 5. Asmawati Suhid. (2005). Kerelevanan Pendidikan Nilai dan Agama Dalam Pembentukan MasyarakatMadani. Jurnal Pendidikan Islam, 11(2): 69-82. 6. Atan Long. (1988). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
  • 7. SEMINARPASCA SISWAZAH DALAMPENDIDIKAN(GREDUC2014) 477 7. Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakariya dan Noordin Yahaya. (2005). Pembangunan Kendiri. Skudai:Universiti Teknologi Malaysia. 8. Fathiyah Mohd Fakhruddin, Nor Hayati Alwi, Azimi Hamzah, & Lukman Abd. Mutalib. (2013). Pemahaman Dan Pengalaman Guru Pendidikan Islam Menerapkan Elemen Amalan Dalam Pengajaran . The Online Journal of Islamic Education, 1(1). 9. Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Skudai. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. 10. Muhammad Faizal & Julie Williams. (2014). Harapan Murid Bermasalah Terhadap Pengajaran Guru: Satu Kajian Awal di sebuah Negara Maju. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. Jan 2014. Bil 2 Isu 1. 11. Noraini Omar. (2008). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima. Jurnal Pendidikan, Institut Perguruan Tun Abdul Razak, Sarawak. 12. Sharifah Akmam Syed Zakaria. (2005). Panduan dan strategi motivasi diri. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. 13. Zainal Abidin Hj.Abdul Kadir. (1993). Isu-isu Pendidikan Islam di Malaysia: Cabaran dan Harapan. Kuala Terangganu: Kolej Agama Sultan Zainal Abidin 14. Zaiton Mustafa & Hishamuddin Salim. (2012). Factors Affecting Students Interest in Learning Islamic Education. Journal of Education and Practice, Vol 3: No 13