SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
KPR 3012: SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR
TAJUK
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA : SYUFIQA NURFATIN BINTI ABDUL GANI
NO. MATRIK : D20111048160
PROGRAM : ISMP TEKNOLOGI MAKLUMAT dgn KEPUJIAN
PENSYARAH: PROF. MADYA DR ABDUL LATIF B. HAJI GAPOR
KUMPULAN: AT20D
Tarikh : 27 APRIL 2015
PEMARKAHAN
KAJIAN TINDAKAN:
STRATEGI PdP DAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PdP
1
KAJIAN TINDAKAN
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN LALU
Semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi mata pelajaran Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) Tingkatan 4, saya mendapati para pelajar tidak turut serta dalam
pembelajaran. Para pelajar kurang memberikan maklum balas kepada saya apabila diajukan
soalan. Sepanjang pengajaran saya menggunakan strategi pengajaran berpusatkan guru dan
pelajar. Namun kerana tiada respon daripada pelajar, sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi
berpusatkan guru semata-mata.
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, hanya beberapa orang pelajar
sahaja yang bertanya soalan apabila mereka tidak faham akan sesuatu. Malah apabila saya bertanya
soalan, maklum balas yang saya terima adalah kurang memuaskan. Pelajar seoalah-olah takut dan
kurang yakin dengan jawapan mereka, walhal jawapan mereka itu adalah benar. Ini menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran hanya perpusatkan guru. Pelajar adalah sangat pasif.
Oleh itu, kelemahan saya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah pada strategi
yang saya gunakan. Walaupun saya menggunakan strategi berpusatkan guru dan pelajar, para
pelajar tidak terlibat secara aktif semasa belajar. Oleh itu saya perlu mencari kaedah alternatif agar
pelajar terlibat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara akitf.
2
2.0 ISU KEPERIHATINAN
Setelah saya membuat pemerhatian dan penilaian, saya mendapati penglibatan pelajar
dalam kelas secara aktif adalah bergantung pada strategi pengajaran yang dipilih oleh guru, iaitu
saya sendiri. Strategi pengajaran dan pembelajaran dengan aktiviti yang dijalankan oleh guru
dalam PdP adalah berkait rapat. Ini bermaksud, aktiviti yang dilaksanakan perlulah bersesuaian
dengan strategi yang digunakan. Strategi PdP dan aktiviti yang saya lakukan adalah tidak
bersesuaian dan ini menyebabkan pelajar saya tidak aktif dalam kelas. Jadi untuk menyelesaikan
masalah ini agar pelajar dapat terlibat dalan sesi pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan
guru juga dapat menilai kefahaman pelajar, strategi yang sesuai perlu digunakan oleh guru. Oleh
itu, saya mencari maklumat secara terperinci berkaitan strategi pengajaran dan pembelajaran.
2.1. Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran
Strategi pengajaran dan pembelajaran adalah penting dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Ia merupakan kaedah yang digunakan oleh guru dalam menyusun perjalanan
PdP agar penyampaian ilmu berlangsung dengar baik.
Guru yang kreatis dan inovatif akan menggunakan gabungan dan beberapa pendekatan dan
juga kaedah yang tertentu untuk mencapai hasil pembelajarannya atau pun objektif pengajaran.
Segala bentuk dan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan kedua-duanya bila masa
dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.
Strategi pengajaran memainkan peranan utama apabila seseorang guru itu mengajar
pelajar-pelajarnya yang berbeza dari segi tahap kebolehan, kecendurangan, bakat serta minat
selain mempunyai aras pencapaian yang berlainan antara seorang pelajar dengan pelajar yang
lain. Contohnya bagi Kelas pemulihan dan Kelas Arus Perdana, pencapaian akademik dan
tahap penerimaan antara pelajar-pelajar tersebut amat berbeza. Guru harus bijak untuk
meningkatkan kualiti pembelajaran melalui perancangan strategi agar murid-murid ini dapat
menguasai kemahiran yang diperlukan. Oleh yang demikian guru perlu mencari jalan
3
bagaimana untuk mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah yang bersesuaian untuk
memberi input kepada pelajar-pelajarnya.
2.2. Klasifikasi Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran terbahagi kepada tiga (3) iaitu :
i. Berpusatkan Guru
ii. Berpusatkan Pelajar
iii. Berpusatkan Bahan
Strategi berpusatkan guru, guru memainkan peranan utama dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran dimana guru menguasai dan mengawal segala aktiviti pelajaran. Guru bertindak
sebagai fasilitator dan pelajar adalah sebagai penonton. Interaksi yang berlaku adalah sehala
sahaja, dan pelajar pasif dan tidak kreatif. Guru banyak memberikan penerangan kepada para
pelajar. Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik.
Berpusatkan pelajar pula, pelajar memainkan peranan utama manakala guru hanya sebagai
pemimpin yang membimbing pelajarnya menjalankan aktiviti pembelajaran. Dalam strategi
ini, pelajar terlibat secara aktif dalam PdP dan berlaku interaksi dua hala diantara guru dengan
pelajar dan pelajar dengan pelajar. Kaedah dan teknik yang digunakan dalam strategi ini ada
seperti perbincangan dalam kumpulan, main peranan dan sumbangsaran.
Manakala strategi berpusatkan bahan bergantung sepenuhnya kepada Bahan Bantu
Mengajar. Guru menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah, lebih menarik serta lebih
berkesan. Pelajar boleh memahami pembelajaran dengan lebih bermakna secara sendiri atau
berkumpulan tanpa kehadiran guru. Strategi ini mengutamakan kecekapan dan kemahiran
pelajar menggunakan bahan. Kaedah yang berkaitan ialah audio-visual dengan penggunaan
projektor, televisyen, komputer dan sebagainya.
4
Penggunaan Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran
Untuk memilih strategi yang sesuai digunakan guru perlu meniliti aspek-aspek berikut:
a) Tahap Pemikiran Pelajar
Adalah penting bagi seorang guru untuk mengetahui tahap pemikiran pelajar-
pelajarnya. Tidak semua orang mempunyai tahap pemikiran yang sama. Oleh itu, guru
perlu tahu cara untuk mengendalikan tahap pemikiran pelajar yang berbeza dalam
sesebuah kelas.
b) Subjek Yang Diajar
Subjek yang diajar juga menentukan pemilihan strategi yang sesuai. Ini kerana terdapat
subjek yang memerlukan penerangan guru lebih berbanding dengan penglibatan
pelajar, seperti Sejarah dan Biologi.
c) Topik Yang Diajar
Sesetengah topik yang diajar oleh guru dalam mata pelajaran tertentu memerlukan
strategi PdP yang berbeza untuk memahamkan para pelajar.
3.0 OBJEKTIF
Objektif kajian tindakan ini dilaksanakan adalah untuk memperbaiki kelemahan saya dalam
memilih strati pengajaran dan pembelajaran serta memastikan pelajar terlibat dengan aktif semasa
PdP berlangsung.
Oleh itu, saya perlu memilih strategi yang bersesuaian dengan topik yang diajar serta
merancang aktiviti yang bersesuaian dengan kemahiran pelajar agar pelajar lebih aktif dalam kelas
serta cepat faham dengan silibus yang mereka belajar.
5
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada sembilan (9) orang
pelajar lelaki dan enam (6) orang pelajar perempuan Tingkatan 4 Delta. Tingkatan 4 Delta
merupakan gabungan pelajar ICT dan juga pelajar Lukisan Kejuruteraan. Oleh itu, dalam kajian
ini hanya seramai 15 orang pelajar ICT sahaja yang terlibat.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
Bagi kajian ini saya telah memilih Model Kajian Tindakan Kemmis atau dikenali sebagai
kaedah gelungan. Model ini bermula dengan perancangan, kemudian tindakan serta pemerhatian
dan kemudian mereflek tindakan yang dilaksanakan. Sekiranya objektif kurang tercapai, maka
proses yang sama akan berulang lagi.
Rajah 1: Model Kajian Tindakan Kemmis
6
5.1. Gelungan 1
5.1.1. Merancang
Berdasarkan masalah yang telah dikenal pasti, strategi yang digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran adalah tidak sesuai. Strategi pengajaran dan pembelajaran adalah penting
dalam proses menyampaikan ilmu oleh guru dan penerimaan ilmu oleh pelajar. Melalui
pembacaan dan analisis yang telah dibuat, strategi pengajaran dan pembelajaran terbahagi
kepada tiga jenis dan ketiga-tiga strategi tersebut mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
Antara aspek yang dirancang:
I. Masa kajian
Menetapkan masa kajian untuk melakukan pengajaran iaitu selama 80 minit,
dengan menukar strategi dan kedah pengajaran dan pembelajaran kepada
yang lebih sesuai.
II. Murid yang terlibat
Menggunakan pelajar Tingkatan 4 Delta, pelajar ICT untuk proses pengajaran
ini. Jumlah pelajar yang terlibat adalah seramai lima belas (15) orang juga,
tidak berubah.
III. Kemahiran fokus
Guru mengubah strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan
sebelum iaitu berpusatkan kepada guru kepada berpusatkan kepada pelajar.
Dimana sesi PdP adalah berfokuskan kepada pelajar dan guru bertindak
sebagai pemimpin.
IV. Kaedah pengajaran
Menggunakan strategi berpusatkan pelajar, dimana pelajar terlibat secara
aktif dalam sesi PdP. Kaedah yang digunakan adalah perbincangan dalam
kumpulan berdasarkan topik yang diberikan. Pelajar dikehendaki bincang dan
mencari jawapan bagi soalan yang diberikan. Topik 4.2.1 Perkakasan dan
7
Perisian diajar menggunakan strategi berpusatkan pelajar. Pelajar
dikehendaki mencari maklumat berkaitan perkakasan dan kriteria yang
diberikan. Pelajar hanya perlu mengisi maklumat sahaja. Setelah
memperolehi maklumat berkaitan dengan kriteria setiap perkakasan, pelajar
dikehendaki menulisnya di papan putih di hadapan kelas. Dari aktiviti ini,
guru juga dapat mengetahui tahap kefahaman para pelajar terhadap topik
tersebut.
V. Alat bantu
Guru menggunakan alat bantu mengajar seperti Chromebook, marker, papan
putih, nota “Buku COMPLETE” dan Google Search. Kesemua alat bahan
bantu mengajar ini adalah mudah digunakan oleh pelajar. Pelajar
menggunakan Chromebook untuk akses pada Google Search bagi mencari
maklumat. Guru membuat table di papan putih bagi nama perkakasan dan
kriteria-kriteria bagi memudahkan pelajar memahami dan mencari maklumat.
Seterusnya pelajar hanya perlu untuk mengisi ruang kosong pada table di
papan putih.
VI. Alat yang digunakan untuk memungut data
Alat yang digunakan untuk memungut data ialah Borang Pemerhatian
(Strategi PdP dan Penglibatan Pelajar dalam PdP). Saya gunakan kaedah
pemerhatian untuk menilai kajian ini. Saya telah menyediakan borang
pemerhatian bagi memudahkan saya menyemak pemerhatian saya. Skop yang
nilai adalah:
 Penglibatan pelajar
 Peranan guru
Borang pemerhatian yang digunakan bersifat kepada komen pemerhati bagi
situasi dalam kelas. Borang tersebut dilampirkan di Lampiran 1.
8
VII. Perancangan pengajaran
Saya merancang Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang digunakan pada
subtopik 4.2.1 Perkakasan dan Perisian. Strategi yang saya pilih adalah
berpusatkan pelajar. Saya telah merancang aktiviti kumpulan untuk para
pelajar lakukan dalam kelas. Pelajar akan berbicang bersama-sama dengan
ahli kumpulan bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru.
Manakala guru hanya akan bertindak sebagai intruktor atau pemimpin sahaja.
Proses PdP berlangsung dalam tempoh lapan puluh (80) minit.
5.1.2. Melaksanakan Pengajaran dan Mencerap
Saya melaksanakan sesi PdP seperti yang dirancang. Saya memberikan sedikit penerangan
berkenaan aktiviti yang akan dijalankan oleh pelajar. Semasa pelajar melaksanakan tugasan
yang diberikan. Saya bertindak sebagai instruktor dan sambil saya mengawal aktiviti
pelajar, saya menjalankan pemerhatian saya pada strategi yang saya gunakan dan juga
penglibatan pelajar dalam PdP. Saya menggunakan borang pemerhatian yang telah saya
buat.
5.1.3. Menganalisis data dan mereflek
Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran, saya menganalisis dan mereflek hasil
pemerhatian yang telah saya catat dalam borang.
Sepanjang PdP, strategi yang digunakan adalah berpusatkan pelajar. Pelajar aktif
sepanjang sesi PdP. Pelajar bekerjasama dalam kumpulan, membahagi tugasan antara
mereka. Masing-masing mencari maklumat menggunakan Chromebook yang diberikan.
Apabila menghadapi kemusykilan, pelajar tidak segan untuk bertanya lebih lanjut kepada
guru. Pelajar juga berjaya memberikan maklumat yang betul pada perkakasan dan perisian
yang diberikan.
Manakala guru bertindak sebagai pemimpin. Memimpin pelajar sepanjang sesi
PdP. Membantu pelajar apabila pelajar mengalami kesukaran dan kemusykilan. Berlaku
9
interaksi dua hala antara guru dan juga pelajar serta pelajar dengan pelajar. Guru juga dapat
mengawal masa yang diambil oleh pelajar untuk mencari maklumat.
Daripada pemerhatian saya sendiri, pelajar bersungguh-sungguh melaksanakan
tugasan yang diberikan. Malah hasil yang mereka perolehi adalah lebih baik dari silibus
pelajaran mereka. Dimana mereka mendapat maklumat lebih dan berguna untuk
pengetahuan mereka. Ilmu yang mereka perolehi tidak bertumpu pada skop kecil sahaja
malah lebih luas. Dari ini saya yakin semua pelajar faham dengan jelas ilmu yang mereka
perolehi.
5.2. Gelungan 2 Dan Selanjutnya
Sekiranya diberikan peluang sekali lagi, saya akan cuba perbaiki lagi kaedah yang saya
gunakan dalam strategi berpusatkan pelajar dengan aktiviti yang lebih menarik agar semua
pelajar lebih aktif dan ceria dalam menimba ilmu baru serta tidak hanya berfokuskan pada skop
silibus mata pelajaran sahaja agar mereka dapat berfikir secara kreatif dan kritis.
6.0 RUMUSAN
Kajian ini juga telah menunjukkan bahawa, strategi pengajaran dan pembelajaran adalah
penting dalam PdP. Oleh itu, seseorang guru perlu memilih strategi yang tepat dan bersesuaian
dengan tahap pemikiran pelajar, subjek yang diajar dan juga topik yang akan diajar. Hal ini kerana
pemilihan strategi yang betul sebenarnya membantu guru untuk menyampaikan ilmu dan
mengawal keadaan kelas serta membantu para pelajar untuk faham dengan lebih mudah dan cepat
dan juga belajar dengan ceria.
Atas kesedaran ini, saya amat yakin bahawa kajian-kajian seperti ini perlu diteruskan oleh
guru-guru kerana melalui kajian sebegini, guru dapat menilai keupayaan mereka sendiri dalam
memastikan hasil pembelajaran dan objektif pembelajaran mereka tercapai. Guru merupakan
tunggak utama dalam menghasilkan kejayaan pelajar dan atas sebab itulah, orang yang pertama
10
yang disalahkan atas kegagalan pelajar adalah guru. Maka, untuk memperbaiki kelemahan inti,
kajian tindakan seperti ini perlu diteruskan dan semoga kajian seperti ini mendapat sokongan dari
semua pihak yang terlibat dalam memastikan mutu pendidikan negara sentiasa dipertingkat selaras
dengan hasrat kerajaan.
11
RUJUKAN
N. Nabilahhuda. M & Rosmani A. (2013). Keberkesanan Bintang Mencari Bintang Meningkatkan
Tingkah Laku Positif Murid Tahun 5 Dalam Pembelajaran. Seminar Penyelidikan Tindakan
PISMP 2013. IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.
Othman Lebar. (2011). “Kajian Tindakan dalam Pendidikan: Teori dan Amalan”. Tg Malim,
Penerbit UPSI.
Pedagogi dalam Pendidikan (2014), Strategi Pengajaran dan Pembelajaran,
http://pomizi-pedagogi.blogspot.com/p/strategi.html diakses pada 1 April 2015.
Slideshare (2013), Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran Bahasa,
http://www.slideshare.net/pikaosman/kumpulan-4-strategi-pendekatan-kaedah-teknik-
pengajaran diakses pada 31 Mac 2015.
12
LAMPIRAN 1
Borang Pemerhatian (Strategi PdP dan Penglibatan Pelajar dalam PdP)
1. Strategi PdP yang dipilih oleh guru:
Strategi berpusatkan guru.
Strategi berpusatkan pelajar.
Strategi berpusatkan bahan.
YA TIDAK
2. Adakah pelajar memainkan peranan utama?
3. Adakah guru bertindak sebagai instruktor atau pemimpin?
4. Pelajar aktif dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran.
5. Pelajar berbincang dengan ahli kumpulan dalam mencari maklumat.
6. Pelajar bertanya kepada guru apabila tidak faham.
7. Guru membantu pelajar apabila pelajar bertanya.
8. Pelajar aktif untuk menjawab tugasan yang guru berikan.
Cadangan / rancangan penambahbaikan :
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

More Related Content

What's hot

Teknik dan-kaedah-pengajaran-matematik
Teknik dan-kaedah-pengajaran-matematikTeknik dan-kaedah-pengajaran-matematik
Teknik dan-kaedah-pengajaran-matematik
Mohd Halim
 
Pp pend islam penataran
Pp pend islam  penataran Pp pend islam  penataran
Pp pend islam penataran
nasuha792
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
sahronzulkepli
 
Kemahiran set induksi
Kemahiran set induksiKemahiran set induksi
Kemahiran set induksi
Sohib AlQuran
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
Izny Atikah
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
Qamariah sabariah
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
cikgusuepkhas
 

What's hot (20)

Teknik dan-kaedah-pengajaran-matematik
Teknik dan-kaedah-pengajaran-matematikTeknik dan-kaedah-pengajaran-matematik
Teknik dan-kaedah-pengajaran-matematik
 
10. contoh rph -
10. contoh rph -10. contoh rph -
10. contoh rph -
 
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
 
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakanKpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
 
Kolaboratif
KolaboratifKolaboratif
Kolaboratif
 
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif KBKK
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif KBKKKemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif KBKK
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif KBKK
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
Pp pend islam penataran
Pp pend islam  penataran Pp pend islam  penataran
Pp pend islam penataran
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
 
Pak21
Pak21Pak21
Pak21
 
Model Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model AddieModel Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model Addie
 
Kemahiran set induksi
Kemahiran set induksiKemahiran set induksi
Kemahiran set induksi
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 
Teori pembelajaran
Teori pembelajaranTeori pembelajaran
Teori pembelajaran
 
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
 
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisionalKaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
Kaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranKaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaran
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
 

Similar to Laporan Kajian Tindakan ICT - Strategi PDP & Penglibatan Pelajar dalam PdP.

Lk 3.1 Best practice, PPG Daljab Kategori 2 Tahun 2022.pdf
Lk 3.1 Best practice, PPG Daljab Kategori 2 Tahun 2022.pdfLk 3.1 Best practice, PPG Daljab Kategori 2 Tahun 2022.pdf
Lk 3.1 Best practice, PPG Daljab Kategori 2 Tahun 2022.pdf
PebriFitri
 
Power Point Kel. 4 - Strategi dalam Pembelajaran.pptx
Power Point Kel. 4 - Strategi dalam Pembelajaran.pptxPower Point Kel. 4 - Strategi dalam Pembelajaran.pptx
Power Point Kel. 4 - Strategi dalam Pembelajaran.pptx
IndahWahyuni85
 
Makalah strategi pembelajaran
Makalah strategi pembelajaranMakalah strategi pembelajaran
Makalah strategi pembelajaran
iskawia
 

Similar to Laporan Kajian Tindakan ICT - Strategi PDP & Penglibatan Pelajar dalam PdP. (20)

LK 3.1 Best Practice.docx
LK 3.1 Best Practice.docxLK 3.1 Best Practice.docx
LK 3.1 Best Practice.docx
 
LK 3.1 Menyusun Best Practices_Nikmah PPL @2.docx
LK 3.1 Menyusun Best Practices_Nikmah PPL @2.docxLK 3.1 Menyusun Best Practices_Nikmah PPL @2.docx
LK 3.1 Menyusun Best Practices_Nikmah PPL @2.docx
 
LK 3.1 Menyusun Best Practices.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices.pdfLK 3.1 Menyusun Best Practices.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices.pdf
 
Lk 3.1 Best practice, PPG Daljab Kategori 2 Tahun 2022.pdf
Lk 3.1 Best practice, PPG Daljab Kategori 2 Tahun 2022.pdfLk 3.1 Best practice, PPG Daljab Kategori 2 Tahun 2022.pdf
Lk 3.1 Best practice, PPG Daljab Kategori 2 Tahun 2022.pdf
 
Untitled design.pptx
Untitled design.pptxUntitled design.pptx
Untitled design.pptx
 
LK 3.1 - BEST PRACTICE - UBAY BAEHAKI.pdf
LK 3.1 - BEST PRACTICE - UBAY BAEHAKI.pdfLK 3.1 - BEST PRACTICE - UBAY BAEHAKI.pdf
LK 3.1 - BEST PRACTICE - UBAY BAEHAKI.pdf
 
yulia rahman best praktis.docx
yulia rahman best praktis.docxyulia rahman best praktis.docx
yulia rahman best praktis.docx
 
Power Point Kel. 4 - Strategi dalam Pembelajaran.pptx
Power Point Kel. 4 - Strategi dalam Pembelajaran.pptxPower Point Kel. 4 - Strategi dalam Pembelajaran.pptx
Power Point Kel. 4 - Strategi dalam Pembelajaran.pptx
 
Best PracticeNOVI-PPD DALJAB kat.1gel.2.pdf
Best PracticeNOVI-PPD DALJAB kat.1gel.2.pdfBest PracticeNOVI-PPD DALJAB kat.1gel.2.pdf
Best PracticeNOVI-PPD DALJAB kat.1gel.2.pdf
 
Ptk nht 1
Ptk nht 1Ptk nht 1
Ptk nht 1
 
Modul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceModul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practice
 
Modul pembelajaran Drill Practice
Modul pembelajaran Drill PracticeModul pembelajaran Drill Practice
Modul pembelajaran Drill Practice
 
Modul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceModul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practice
 
Modul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceModul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practice
 
Modul jadi suci
Modul jadi suciModul jadi suci
Modul jadi suci
 
BEST PRACTICE _ ERNI SETIAWATI.pdf
BEST PRACTICE _ ERNI SETIAWATI.pdfBEST PRACTICE _ ERNI SETIAWATI.pdf
BEST PRACTICE _ ERNI SETIAWATI.pdf
 
BEST PRACTICE _ ERNI SETIAWATI.pdf
BEST PRACTICE _ ERNI SETIAWATI.pdfBEST PRACTICE _ ERNI SETIAWATI.pdf
BEST PRACTICE _ ERNI SETIAWATI.pdf
 
Bahan sumber matematik 2
Bahan sumber matematik 2Bahan sumber matematik 2
Bahan sumber matematik 2
 
LK 3.1 Menyusun Best Practices Dra Retmaneli.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices Dra Retmaneli.pdfLK 3.1 Menyusun Best Practices Dra Retmaneli.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices Dra Retmaneli.pdf
 
Makalah strategi pembelajaran
Makalah strategi pembelajaranMakalah strategi pembelajaran
Makalah strategi pembelajaran
 

More from IyQa GaNi

More from IyQa GaNi (11)

Refleksi Latihan Mengajar
Refleksi Latihan MengajarRefleksi Latihan Mengajar
Refleksi Latihan Mengajar
 
Perbentangan Kajian Tindakan
Perbentangan Kajian TindakanPerbentangan Kajian Tindakan
Perbentangan Kajian Tindakan
 
JPU/JSU SOALAN
JPU/JSU SOALANJPU/JSU SOALAN
JPU/JSU SOALAN
 
JADUAL PENENTU UJIAN TINGKATAN 5
JADUAL PENENTU UJIAN TINGKATAN 5JADUAL PENENTU UJIAN TINGKATAN 5
JADUAL PENENTU UJIAN TINGKATAN 5
 
RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN (ICT)
RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN (ICT)RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN (ICT)
RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN (ICT)
 
RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN (ICT)
RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN (ICT)RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN (ICT)
RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN (ICT)
 
RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN (ICT)
RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN (ICT)RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN (ICT)
RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN (ICT)
 
SOALAN BERDASARKAN ARAS TAXONOMI (kumpulan)
SOALAN BERDASARKAN ARAS TAXONOMI (kumpulan)SOALAN BERDASARKAN ARAS TAXONOMI (kumpulan)
SOALAN BERDASARKAN ARAS TAXONOMI (kumpulan)
 
KIT MEDIA BAHAN BANTU BELAJAR
KIT MEDIA BAHAN BANTU BELAJARKIT MEDIA BAHAN BANTU BELAJAR
KIT MEDIA BAHAN BANTU BELAJAR
 
ANALISIS JURNAL PENDIDIKAN
ANALISIS JURNAL PENDIDIKANANALISIS JURNAL PENDIDIKAN
ANALISIS JURNAL PENDIDIKAN
 
JADUAL SPESIFIKASI KANDUNGAN
JADUAL SPESIFIKASI KANDUNGANJADUAL SPESIFIKASI KANDUNGAN
JADUAL SPESIFIKASI KANDUNGAN
 

Recently uploaded

Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
JarzaniIsmail
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 

Recently uploaded (20)

Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.pptPenyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 

Laporan Kajian Tindakan ICT - Strategi PDP & Penglibatan Pelajar dalam PdP.

  • 1. KPR 3012: SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR TAJUK DISEDIAKAN OLEH: NAMA : SYUFIQA NURFATIN BINTI ABDUL GANI NO. MATRIK : D20111048160 PROGRAM : ISMP TEKNOLOGI MAKLUMAT dgn KEPUJIAN PENSYARAH: PROF. MADYA DR ABDUL LATIF B. HAJI GAPOR KUMPULAN: AT20D Tarikh : 27 APRIL 2015 PEMARKAHAN KAJIAN TINDAKAN: STRATEGI PdP DAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PdP
  • 2. 1 KAJIAN TINDAKAN 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN LALU Semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Tingkatan 4, saya mendapati para pelajar tidak turut serta dalam pembelajaran. Para pelajar kurang memberikan maklum balas kepada saya apabila diajukan soalan. Sepanjang pengajaran saya menggunakan strategi pengajaran berpusatkan guru dan pelajar. Namun kerana tiada respon daripada pelajar, sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi berpusatkan guru semata-mata. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, hanya beberapa orang pelajar sahaja yang bertanya soalan apabila mereka tidak faham akan sesuatu. Malah apabila saya bertanya soalan, maklum balas yang saya terima adalah kurang memuaskan. Pelajar seoalah-olah takut dan kurang yakin dengan jawapan mereka, walhal jawapan mereka itu adalah benar. Ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran hanya perpusatkan guru. Pelajar adalah sangat pasif. Oleh itu, kelemahan saya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah pada strategi yang saya gunakan. Walaupun saya menggunakan strategi berpusatkan guru dan pelajar, para pelajar tidak terlibat secara aktif semasa belajar. Oleh itu saya perlu mencari kaedah alternatif agar pelajar terlibat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara akitf.
  • 3. 2 2.0 ISU KEPERIHATINAN Setelah saya membuat pemerhatian dan penilaian, saya mendapati penglibatan pelajar dalam kelas secara aktif adalah bergantung pada strategi pengajaran yang dipilih oleh guru, iaitu saya sendiri. Strategi pengajaran dan pembelajaran dengan aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam PdP adalah berkait rapat. Ini bermaksud, aktiviti yang dilaksanakan perlulah bersesuaian dengan strategi yang digunakan. Strategi PdP dan aktiviti yang saya lakukan adalah tidak bersesuaian dan ini menyebabkan pelajar saya tidak aktif dalam kelas. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini agar pelajar dapat terlibat dalan sesi pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan guru juga dapat menilai kefahaman pelajar, strategi yang sesuai perlu digunakan oleh guru. Oleh itu, saya mencari maklumat secara terperinci berkaitan strategi pengajaran dan pembelajaran. 2.1. Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Strategi pengajaran dan pembelajaran adalah penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan kaedah yang digunakan oleh guru dalam menyusun perjalanan PdP agar penyampaian ilmu berlangsung dengar baik. Guru yang kreatis dan inovatif akan menggunakan gabungan dan beberapa pendekatan dan juga kaedah yang tertentu untuk mencapai hasil pembelajarannya atau pun objektif pengajaran. Segala bentuk dan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan kedua-duanya bila masa dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Strategi pengajaran memainkan peranan utama apabila seseorang guru itu mengajar pelajar-pelajarnya yang berbeza dari segi tahap kebolehan, kecendurangan, bakat serta minat selain mempunyai aras pencapaian yang berlainan antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain. Contohnya bagi Kelas pemulihan dan Kelas Arus Perdana, pencapaian akademik dan tahap penerimaan antara pelajar-pelajar tersebut amat berbeza. Guru harus bijak untuk meningkatkan kualiti pembelajaran melalui perancangan strategi agar murid-murid ini dapat menguasai kemahiran yang diperlukan. Oleh yang demikian guru perlu mencari jalan
  • 4. 3 bagaimana untuk mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah yang bersesuaian untuk memberi input kepada pelajar-pelajarnya. 2.2. Klasifikasi Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Strategi Pengajaran dan Pembelajaran terbahagi kepada tiga (3) iaitu : i. Berpusatkan Guru ii. Berpusatkan Pelajar iii. Berpusatkan Bahan Strategi berpusatkan guru, guru memainkan peranan utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dimana guru menguasai dan mengawal segala aktiviti pelajaran. Guru bertindak sebagai fasilitator dan pelajar adalah sebagai penonton. Interaksi yang berlaku adalah sehala sahaja, dan pelajar pasif dan tidak kreatif. Guru banyak memberikan penerangan kepada para pelajar. Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik. Berpusatkan pelajar pula, pelajar memainkan peranan utama manakala guru hanya sebagai pemimpin yang membimbing pelajarnya menjalankan aktiviti pembelajaran. Dalam strategi ini, pelajar terlibat secara aktif dalam PdP dan berlaku interaksi dua hala diantara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar. Kaedah dan teknik yang digunakan dalam strategi ini ada seperti perbincangan dalam kumpulan, main peranan dan sumbangsaran. Manakala strategi berpusatkan bahan bergantung sepenuhnya kepada Bahan Bantu Mengajar. Guru menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah, lebih menarik serta lebih berkesan. Pelajar boleh memahami pembelajaran dengan lebih bermakna secara sendiri atau berkumpulan tanpa kehadiran guru. Strategi ini mengutamakan kecekapan dan kemahiran pelajar menggunakan bahan. Kaedah yang berkaitan ialah audio-visual dengan penggunaan projektor, televisyen, komputer dan sebagainya.
  • 5. 4 Penggunaan Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk memilih strategi yang sesuai digunakan guru perlu meniliti aspek-aspek berikut: a) Tahap Pemikiran Pelajar Adalah penting bagi seorang guru untuk mengetahui tahap pemikiran pelajar- pelajarnya. Tidak semua orang mempunyai tahap pemikiran yang sama. Oleh itu, guru perlu tahu cara untuk mengendalikan tahap pemikiran pelajar yang berbeza dalam sesebuah kelas. b) Subjek Yang Diajar Subjek yang diajar juga menentukan pemilihan strategi yang sesuai. Ini kerana terdapat subjek yang memerlukan penerangan guru lebih berbanding dengan penglibatan pelajar, seperti Sejarah dan Biologi. c) Topik Yang Diajar Sesetengah topik yang diajar oleh guru dalam mata pelajaran tertentu memerlukan strategi PdP yang berbeza untuk memahamkan para pelajar. 3.0 OBJEKTIF Objektif kajian tindakan ini dilaksanakan adalah untuk memperbaiki kelemahan saya dalam memilih strati pengajaran dan pembelajaran serta memastikan pelajar terlibat dengan aktif semasa PdP berlangsung. Oleh itu, saya perlu memilih strategi yang bersesuaian dengan topik yang diajar serta merancang aktiviti yang bersesuaian dengan kemahiran pelajar agar pelajar lebih aktif dalam kelas serta cepat faham dengan silibus yang mereka belajar.
  • 6. 5 4.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada sembilan (9) orang pelajar lelaki dan enam (6) orang pelajar perempuan Tingkatan 4 Delta. Tingkatan 4 Delta merupakan gabungan pelajar ICT dan juga pelajar Lukisan Kejuruteraan. Oleh itu, dalam kajian ini hanya seramai 15 orang pelajar ICT sahaja yang terlibat. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN Bagi kajian ini saya telah memilih Model Kajian Tindakan Kemmis atau dikenali sebagai kaedah gelungan. Model ini bermula dengan perancangan, kemudian tindakan serta pemerhatian dan kemudian mereflek tindakan yang dilaksanakan. Sekiranya objektif kurang tercapai, maka proses yang sama akan berulang lagi. Rajah 1: Model Kajian Tindakan Kemmis
  • 7. 6 5.1. Gelungan 1 5.1.1. Merancang Berdasarkan masalah yang telah dikenal pasti, strategi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah tidak sesuai. Strategi pengajaran dan pembelajaran adalah penting dalam proses menyampaikan ilmu oleh guru dan penerimaan ilmu oleh pelajar. Melalui pembacaan dan analisis yang telah dibuat, strategi pengajaran dan pembelajaran terbahagi kepada tiga jenis dan ketiga-tiga strategi tersebut mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Antara aspek yang dirancang: I. Masa kajian Menetapkan masa kajian untuk melakukan pengajaran iaitu selama 80 minit, dengan menukar strategi dan kedah pengajaran dan pembelajaran kepada yang lebih sesuai. II. Murid yang terlibat Menggunakan pelajar Tingkatan 4 Delta, pelajar ICT untuk proses pengajaran ini. Jumlah pelajar yang terlibat adalah seramai lima belas (15) orang juga, tidak berubah. III. Kemahiran fokus Guru mengubah strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan sebelum iaitu berpusatkan kepada guru kepada berpusatkan kepada pelajar. Dimana sesi PdP adalah berfokuskan kepada pelajar dan guru bertindak sebagai pemimpin. IV. Kaedah pengajaran Menggunakan strategi berpusatkan pelajar, dimana pelajar terlibat secara aktif dalam sesi PdP. Kaedah yang digunakan adalah perbincangan dalam kumpulan berdasarkan topik yang diberikan. Pelajar dikehendaki bincang dan mencari jawapan bagi soalan yang diberikan. Topik 4.2.1 Perkakasan dan
  • 8. 7 Perisian diajar menggunakan strategi berpusatkan pelajar. Pelajar dikehendaki mencari maklumat berkaitan perkakasan dan kriteria yang diberikan. Pelajar hanya perlu mengisi maklumat sahaja. Setelah memperolehi maklumat berkaitan dengan kriteria setiap perkakasan, pelajar dikehendaki menulisnya di papan putih di hadapan kelas. Dari aktiviti ini, guru juga dapat mengetahui tahap kefahaman para pelajar terhadap topik tersebut. V. Alat bantu Guru menggunakan alat bantu mengajar seperti Chromebook, marker, papan putih, nota “Buku COMPLETE” dan Google Search. Kesemua alat bahan bantu mengajar ini adalah mudah digunakan oleh pelajar. Pelajar menggunakan Chromebook untuk akses pada Google Search bagi mencari maklumat. Guru membuat table di papan putih bagi nama perkakasan dan kriteria-kriteria bagi memudahkan pelajar memahami dan mencari maklumat. Seterusnya pelajar hanya perlu untuk mengisi ruang kosong pada table di papan putih. VI. Alat yang digunakan untuk memungut data Alat yang digunakan untuk memungut data ialah Borang Pemerhatian (Strategi PdP dan Penglibatan Pelajar dalam PdP). Saya gunakan kaedah pemerhatian untuk menilai kajian ini. Saya telah menyediakan borang pemerhatian bagi memudahkan saya menyemak pemerhatian saya. Skop yang nilai adalah:  Penglibatan pelajar  Peranan guru Borang pemerhatian yang digunakan bersifat kepada komen pemerhati bagi situasi dalam kelas. Borang tersebut dilampirkan di Lampiran 1.
  • 9. 8 VII. Perancangan pengajaran Saya merancang Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang digunakan pada subtopik 4.2.1 Perkakasan dan Perisian. Strategi yang saya pilih adalah berpusatkan pelajar. Saya telah merancang aktiviti kumpulan untuk para pelajar lakukan dalam kelas. Pelajar akan berbicang bersama-sama dengan ahli kumpulan bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru. Manakala guru hanya akan bertindak sebagai intruktor atau pemimpin sahaja. Proses PdP berlangsung dalam tempoh lapan puluh (80) minit. 5.1.2. Melaksanakan Pengajaran dan Mencerap Saya melaksanakan sesi PdP seperti yang dirancang. Saya memberikan sedikit penerangan berkenaan aktiviti yang akan dijalankan oleh pelajar. Semasa pelajar melaksanakan tugasan yang diberikan. Saya bertindak sebagai instruktor dan sambil saya mengawal aktiviti pelajar, saya menjalankan pemerhatian saya pada strategi yang saya gunakan dan juga penglibatan pelajar dalam PdP. Saya menggunakan borang pemerhatian yang telah saya buat. 5.1.3. Menganalisis data dan mereflek Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran, saya menganalisis dan mereflek hasil pemerhatian yang telah saya catat dalam borang. Sepanjang PdP, strategi yang digunakan adalah berpusatkan pelajar. Pelajar aktif sepanjang sesi PdP. Pelajar bekerjasama dalam kumpulan, membahagi tugasan antara mereka. Masing-masing mencari maklumat menggunakan Chromebook yang diberikan. Apabila menghadapi kemusykilan, pelajar tidak segan untuk bertanya lebih lanjut kepada guru. Pelajar juga berjaya memberikan maklumat yang betul pada perkakasan dan perisian yang diberikan. Manakala guru bertindak sebagai pemimpin. Memimpin pelajar sepanjang sesi PdP. Membantu pelajar apabila pelajar mengalami kesukaran dan kemusykilan. Berlaku
  • 10. 9 interaksi dua hala antara guru dan juga pelajar serta pelajar dengan pelajar. Guru juga dapat mengawal masa yang diambil oleh pelajar untuk mencari maklumat. Daripada pemerhatian saya sendiri, pelajar bersungguh-sungguh melaksanakan tugasan yang diberikan. Malah hasil yang mereka perolehi adalah lebih baik dari silibus pelajaran mereka. Dimana mereka mendapat maklumat lebih dan berguna untuk pengetahuan mereka. Ilmu yang mereka perolehi tidak bertumpu pada skop kecil sahaja malah lebih luas. Dari ini saya yakin semua pelajar faham dengan jelas ilmu yang mereka perolehi. 5.2. Gelungan 2 Dan Selanjutnya Sekiranya diberikan peluang sekali lagi, saya akan cuba perbaiki lagi kaedah yang saya gunakan dalam strategi berpusatkan pelajar dengan aktiviti yang lebih menarik agar semua pelajar lebih aktif dan ceria dalam menimba ilmu baru serta tidak hanya berfokuskan pada skop silibus mata pelajaran sahaja agar mereka dapat berfikir secara kreatif dan kritis. 6.0 RUMUSAN Kajian ini juga telah menunjukkan bahawa, strategi pengajaran dan pembelajaran adalah penting dalam PdP. Oleh itu, seseorang guru perlu memilih strategi yang tepat dan bersesuaian dengan tahap pemikiran pelajar, subjek yang diajar dan juga topik yang akan diajar. Hal ini kerana pemilihan strategi yang betul sebenarnya membantu guru untuk menyampaikan ilmu dan mengawal keadaan kelas serta membantu para pelajar untuk faham dengan lebih mudah dan cepat dan juga belajar dengan ceria. Atas kesedaran ini, saya amat yakin bahawa kajian-kajian seperti ini perlu diteruskan oleh guru-guru kerana melalui kajian sebegini, guru dapat menilai keupayaan mereka sendiri dalam memastikan hasil pembelajaran dan objektif pembelajaran mereka tercapai. Guru merupakan tunggak utama dalam menghasilkan kejayaan pelajar dan atas sebab itulah, orang yang pertama
  • 11. 10 yang disalahkan atas kegagalan pelajar adalah guru. Maka, untuk memperbaiki kelemahan inti, kajian tindakan seperti ini perlu diteruskan dan semoga kajian seperti ini mendapat sokongan dari semua pihak yang terlibat dalam memastikan mutu pendidikan negara sentiasa dipertingkat selaras dengan hasrat kerajaan.
  • 12. 11 RUJUKAN N. Nabilahhuda. M & Rosmani A. (2013). Keberkesanan Bintang Mencari Bintang Meningkatkan Tingkah Laku Positif Murid Tahun 5 Dalam Pembelajaran. Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013. IPG Kampus Dato’ Razali Ismail. Othman Lebar. (2011). “Kajian Tindakan dalam Pendidikan: Teori dan Amalan”. Tg Malim, Penerbit UPSI. Pedagogi dalam Pendidikan (2014), Strategi Pengajaran dan Pembelajaran, http://pomizi-pedagogi.blogspot.com/p/strategi.html diakses pada 1 April 2015. Slideshare (2013), Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran Bahasa, http://www.slideshare.net/pikaosman/kumpulan-4-strategi-pendekatan-kaedah-teknik- pengajaran diakses pada 31 Mac 2015.
  • 13. 12 LAMPIRAN 1 Borang Pemerhatian (Strategi PdP dan Penglibatan Pelajar dalam PdP) 1. Strategi PdP yang dipilih oleh guru: Strategi berpusatkan guru. Strategi berpusatkan pelajar. Strategi berpusatkan bahan. YA TIDAK 2. Adakah pelajar memainkan peranan utama? 3. Adakah guru bertindak sebagai instruktor atau pemimpin? 4. Pelajar aktif dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran. 5. Pelajar berbincang dengan ahli kumpulan dalam mencari maklumat. 6. Pelajar bertanya kepada guru apabila tidak faham. 7. Guru membantu pelajar apabila pelajar bertanya. 8. Pelajar aktif untuk menjawab tugasan yang guru berikan. Cadangan / rancangan penambahbaikan : ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________