1. Doa solat istikharah
Doa Istikharah bererti:
Memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik
untuk dilaksanakan.
Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami
beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda
mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila
seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan
sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat,
kemudian bacalah doa ini:
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu
dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan
kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah
kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha
Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha
2. Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah
Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah,
seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini
(sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku
dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat,
takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah
bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa
urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada
agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada
cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan
takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan
sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".
(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).
Tidak akan menyesal sesiapa yang bertanyakan penciptanya
dan berbincang dengan orang-orang mukmin kemudian
berhati-hati dalam menangani persoalannya.
Allah telah berfirman:
"Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam
urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dll). Apabila kamu
telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah".
<< Home
Biodata
Siapakah beliau?
Syeikh Ali Goma'a adalah Mufti Besar Republik Arab Mesir. Beliau merupakan penguasa
Sunni kedua tertinggi di Mesir selepas Syeikh Tantawi dan adalah salah seorang daripada
ulama terkemuka di dunia. Sebelum dilantik menjadi Mufti, beliau adalah seorang profesor
3. undang-undang di Universiti Al Azhar. Syeikh Ali bertanggungjawab mengendalikan Dar Al-
Ifta' Al-Masriyyah, iaitu sebuah lembaga kajian hukum Islam yang terkemuka, di bawah
Jabatan Kehakiman Mesir, yang mana bertanggungjawab untuk meluluskan peraturan-
peraturan rasmi agama. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai beliau sila lawati
AliGomaa.net.
Kenali tokoh ini:
Beliau adalah Syeikh Muhammad Muhammad Sayyid Hasanin Jibril ataupun lebih dikenali
dengan nama Sheikh Jibril. Dilahirkan di daerah Qalyubiyah, Mesir. Berasal daripada
"keluarga Al-Quran" kerana ayahnya serta adik-beradiknya kesemua mereka menghafaz Al-
Quran. Keluarga mereka bukan sahaja terkenal dengan kebolehan menghafaz Al-Quran
dengan baik bahkan mereka juga mempunyai suara bacaan Al-Quran yang sangat fasih dan
merdu. Untuk mendengar bacaan Sheikh Jibril, silalah lawati laman web Jebril.com.
Tentang Blog Ini
Blog ini menyediakan koleksi doa-doa dan zikir-zikir pilihan yang boleh diamalkan seharian.
Firman Allah Ta'ala: "Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan
bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku". (Al-Baqarah, ayat
152). Semoga weblog ini dapat dimanfaatkan oleh pembaca dalam mengahayati amalan yang
telah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.
Hubungi Penulis
Laman ini bebas dilayari oleh sesiapa sahaja. Jika anda mempunyai apa-apa soalan yang
berkaitan, komen atau nasihat, anda boleh menghubungi saya melalui link 'email' di atas.
Sekiranya anda mempunyai apa jua bacaan doa yang ingin dikongsi dilaman ini, saya
mengalu-alukan cadangan daripada anda. Akhirnya saya berharap anda memperoleh manfaat
daripada himpunan doa-doa ini dan dapat membantu saya menyebarkan laman web ini
dengan mengunakan link yang boleh anda dapati di sini.
Selamat berdoa dan beramal..!