SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 17
Descargar para leer sin conexión
PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam
30
Tajuk 3
GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM
PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
3.0 Sinopsis
Tajuk ini membahaskan tentang tugas Guru Pendidikan Islam (GPI) sebagai
seorang kakitangan dalam perkhidmatan awam di Malaysia. Dalam unit ini,
perbincangan mengenai etika, pekeliling dan akta dalam pendidikan. Pelajaran
ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan penguasaan
Guru Pendidikan Islam sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan. Selain
daripada itu pelajar juga diberi tugasan dan tajuk tutorial untuk dilaksanakan.
Para pelajar diharap akan dapat menguasai dan menghayati etika, pekeliling dan
akta dalam perkhidmatanan sebagaimana yang digariskan.
Hasil Pembelajaran
1. Menerangkan konsep etika, pekeliling dan akta.
2. Menghuraikan peranan dan tugas guru sebagai seorang kakitangan
awam.
3. Menganalisis etika, pekeliling dan akta dalam perkhidmatan awam di
Malaysia.
Kerangka Konsep Tajuk
GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM
PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
Etika Perkeliling dan
Akta
PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam
31
3.1 ETIKA
Pelajar-pelajar sekelian !
Tahukah anda maksud Etika Perkhidmatan Awam ?
3.1.1. Konsep Etika
Perkataan etika berasal dari perkataan ‘ethos’ (Greek) yang membawa maksud
perangai atau keperibadian. Etika sering juga diterjemahkan sebagai moral. Moral
berasal dari perkataan Latin ‘moralis’ yang bermaksud adat atau budi pekerti atau
adab. Dalam Islam, perkataan sinonim dengan etika ialah akhlak. Akhlak ialah
suatu ilmu yang menjelaskan erti baik dan buruk, menerangkan apa yang
seharusnya dilakukan oleh sesetengah manusia kepada yang lainnya,
menyatakan tujuan yang harus dituju oleh manusia dalam perbuatan mereka dan
menunjukkan jalan untuk melakukan apa yang harus diperbuat.
Etika pentadbiran Islam ialah sikap yang menentukan tingkahlaku
pentadbiran mengikut etika yang ditentukan oleh Islam. Ia lebih menyeluruh,
mempunyai ciri-ciri dinamik dan profesionalisme yang sempurna. Hal ini kerana
kesempurnaan asas dan sumbernya. Asasnya ialah akidah, syariah dan akhlak.
Manakala sumbernya ialah al-Quran dan as-Sunnah.
PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam
32
3.1.2. Dalil Berkaitan dengan Etika
1. Firman Allah Taala :
(surah an-Nisa’ : 59)
Maksudnya :
“ Wahai orang –orang yang beriman, taat kepada kamu kepada Allah dan taatlah
kamu kepada Rasulullah, dan kepada Ulul Amri (golongan Pemerintah ) dari
kalangan kamu”
2. Firman Allah lagi.
Maksudnya :
“Taatilah kepada pemerintah kamu bagaimanapun keadaannya, jika mereka
memerintah kamu dengan perintah yang sesuai dengan ajaranku, maka mereka
akan diberi pahala dan kamu akan diberi pahala kerana mentaati mereka.Dan
jika mereka memerintah kamu dengan peerintah yang tidak sesuai dengan
ajaranku, maka dosanya ditanggung oleh mereka, manakala kamu terselamat
dari dosa berkenaan.”
PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam
33
3.1.3. Etika Kerja Perkhidmatan Awam
Etika kerja dalam Perkhidmatan Awam bermaksud :
1. Prinsip-prinsip moral yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi bagi
mengawal tingkahlaku pekerja.
2. Satu bentuk kawalan bagi memastikan perlakuan pekerja sentiasa selaras
dengan sistem nilai organisasi berkenaan.
Justeru, Etika Perkhidmatan Awam dilaksanakan bagi menjamin mutu kerja
dan keperibadian para pegawai perkhidmatan awam dalam melaksanakan tugas
serta amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka.
PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam
34
3.1.4. Kepentingan Etika ;
Antara kepentingan etika adalah :
1. Menentukan arah kepada pemikiran, tindakan dan tingkahlaku anggota
perkhidmatan awam bagi memenuhi tanggungjawab dan amanah mereka
sebagai pekerja
2. Mewujudkan penyatuan dan penyelarasan diantara anggota perkhidmatan
awam sebagai institusi utama kepada pembangunan negara
3. Standard mutlak mendorong bekerja dengan ikhlas dan berkesan
3.1.5. Objektif Etika dalam Perkhidmatan Awam
Objektif Etika dalam Perkhidmatan Awam bertujuan untuk :
1. Meninggikan mutu perkhidmatan
2. Mengekalkan kepercayaan dalam menjalankan tugas
3. Memupuk tanggungjawab bersama
4. Mengeratkan hubungan sesama kakitangan
3.1.6. Nilai-Nilai Utama dalam Perkhidmatan Awam
Antara nilai-nilai utama dalam perkhidmatan awam yang perlu dihayati dan
diamalkan oleh setiap kakitangan awam ialah :
1. Taat setia - raja, negara dan kerajaan
2. Amanah, bersih dan jujur
3. Bertanggungjawab - tidak boleh membenarkan kepentingan diri
bercanggah dengan tanggungjawab awam
PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam
35
4. Berkecuali - tanpa membawa apa-apa bentuk pengaruh atu tekanan luar
5. Adil dan saksama
6. Prestasi yang cemerlang dan berkualiti - tidak boleh cuai dan kurang usaha
7. Ketepatan masa
8. Perkhidmatan yang ramah dan mesra
9. Sikap berjimat cermat
10.Bersikap positif, responsif, berdayacipta dan enterprising
Buat perbincangan dalam kumpulan bersama rakan anda
mengenai nilai-nilai etika yang diamalkan di tempat kerja anda.
Lakarkan hasil perbincangan dalam grafik.
3.1.7. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Malaysia tercetus daripada hasil
Laporan Kabinet 1979 yang berteraskan kepada pembangunan kemanusiaan
sehingga akhirnya membawa kepada penggubalan Falsafah Pendidikan Negara
(FPN) pada 1988.
Falsafah Pendidikan Negara kemudiannya telah digantikan dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah merupakan asas ideologi
pendidikan yang meliputi dasar, amalan, strategi, visi, misi dan aspirasi
pendidikan negara. Menurut Hassan Langgulung (1995), falsafah pendidikan di
Malaysia telah lama wujud secara tersirat dalam dokumen-dokumen rasmi negara
seperli perlembagaan, ucapan pemimpin dan sebagainya sebelum disuratkan
secara rasmi mulai 1987.
PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam
36
Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah satu usaha yang berterusan ke
arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warga negara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Justeru, FPK merupakan aspirasi dan matlamat pendidikan negara ke arah
negara maju menjelang tahun 2020. FPK melalui “kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan” dijadikan teras kepada dasar pendidikan FPN (Ahmad Mohd
Salleh : 2000).
Berteraskan identiti kebangsaan, FPK meliputi prinsip-prinsip
pembangunan kemanusiaan yang bersatu padu di bawah kemenjadian
penghayatan perpaduan Rukun Negara sama ada dari aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial.
Justeru generasi muda perlu dididik dan dibimbing agar menghayati intipati
falsafah yang terkandung di dalam FPK. Menurut Hassan Langgulung (1995),
FPK merupakan satu proses mendidik generasi muda sebagaimana berikut ;
1. Generasi muda harus dididik menyembah Allah.
2. Generasi muda harus dididik dalam masyarakat yang sihat untuk
menegakkan sistem jaminan sosial (takaful ijtima’i) yang diakui oleh Islam.
3. Generasi muda harus dididik menggunakan akal dengan berpandukan
syariat.
4. Generasi muda harus dididik bersifat terbuka dengan orang lain.
5. Generasi muda harus dididik menggunakan pemikiran ilmiah dan
melakukan penyelidikan.
PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam
37
3.1.8. Falsafah Pendidikan Islam
Menurut Abd. Halim Hj. Mat Diah (1989), pendidikan Islam merupakan suatu
proses bimbingan yang diperolehi secara langsung oleh anak didik bersama
pendidik dengan bermatlamatkan ke arah pembentukan insan yang berteraskan
ajaran Islam. Faisal Othman (1992) Hubungan pendidikan Islam dengan wahyu
yang diucapkan (virbatim revelation) melahirkan teori ilmu (theory of knowledge).
Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu,
kemahiran dan pengetahuan Islam berdasarkan Al-Quran dan as-Sunnah bagi
membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai
hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri,
masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan
akhirat.
Intipati Falsafah Pendidikan Islam (FPI) tersebut menekankan ;
i. “Satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan
pengetahuan Islam berdasarkan Al-Quran dan as-Sunnah”.
Menjadikan al-Qur’an dan as-Sunnah sebagai teras pembangunan
pendidikan sepanjang hayat. Al-Qur’an dan as-Sunnah dijadikan sumber
utama di dalam menyampaikan dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan.
ii. “Membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup
sebagai hamba Allah”.
Mendidik dan mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan
berkemahiran yang tinggi serta berwawasan di dalam membentuk sikap
dan keperibadian mulia sebagai seorang hamba Allah.
iii. “Hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri,
masyarakat, alam sekitar dan negara”.
Menerapkan konsep kejadian manusia sebagai khalifah Allah di bumi ini
yang bergelar hamba dan duta kepada Allah Taala. Sebagai hamba
PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam
38
kepada Yang Maha Pencipta, manusia bertanggungjawab menjaga
maruah dan kehormatan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara.
iv. “Mencapai kebaikan di dunia dan akhirat”.
Bermatlamatkan kejayaan di dunia dan di akhirat.
Hassan Langgulung (1986) menyatakan tujuan khusus pendidikan Islam ialah :
1. Memperkenalkan dasar akidah dan ibadat yang betul kepada generasi
muda.
2. Memberi kesedaran akhlak kepada pelajar.
3. Menanamkan keimanan kepada Allah
4. Menarik minat generasi muda untuk menambah ilmu pengetahuan.
5. Menanamkan rasa cinta terhadap al-Qur’an
6. Merasakan bangga terhadap sejarah, bdaya dan tamadun Islam
7. Menanamkan semangat patriotik dan cintakan negara
8. Bertakwa kepada Allah
9. Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah.
Mohd Ghazali Abd. Wahid (1992) menjelaskan tujuan dan maksud pendidikan
Islam :
1. Melahirkan ahli bijak pandai yang dapat memahami dan mendalami
pengetahuan dan ajaran-ajaran Islam.
2. Memupuk semangat mereka supaya bertanggungjawab menninggikan
syiar Islam.
3. Berusaha menyiarkan ilmu pengetahuan dan ajaran Islam sebagai
pendakwah yang berkaliber.
4. Melayakkan diri mereka menjadi pemimpin masyarakat ke arah
kebahagian dunia dan akhirat
5. Membentuk keperibadian Islam yang luhur.
PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam
39
3.1.9. Falsafah Etika Islam dalam Perkhidmatan
Falsafah etika Islam dalam perkhidmatan adalah berasaskan wahyu
yang tidak didasarkan kepada spekulasi falsafah ataupun tafsiran terhadap
sesuatu kejadian. Di Malaysia, etika perkhidmatan ditegakkan di atas tonggak-
tonggak tertentu sebagaimana berikut :
Tonggak Penentuan Etika Islam
i. Konsep Al-Amal (Kerja)
ii. Konsep Al-Adl wa Al-Ihsan
iii. Konsep Al-Amr bi Al-Ma’ruf
1. Konsep al-Amal (Kerja)
Kerja sebagai tanggungjawab agama. Setiap manusia perlu
melaksanakan amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya.
TONGGA K DUA BE LA S
 Menghargai masa
 Ketekunan membawa kejayaan
 Keseronokan bekerja
 Kemuliaan kesederhanaan
 Ketinggian peribadi
 Kekuatan sifat baik hati
 Pengaruh teladan
 Kewajipan menjalankan tugas
 Kebijaksanaan berhemat
 Keutamaan kesabaran
 Peningkatan bakat
 Nikmat mencipta
PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam
40
2. Konsep al-‘Adl dan al-Ihsan. Penerapan konsep ini dapat dilihat dalam
bentuk berikut :
i. Adil dalam membuat keputusan
Maksudnya :
“…...sekiranya kamu mengadili sesama manusia hendaklah lakukan
dengan adil..... “
ii. Adil dalam perkataan (6:152).
Maksudnya :
“…..apabila kamu bercakap hendaklah bercakap dengan adil..”
iii. Adil dalam membuat kebaikan (16:90).
Maksudnya :
“..Allah menyeru kamu melakukan keadilan dan ihsan (kebaikan)...”
iv. Keadilan dalam konteks meletakkan kesamarataan.
v. Adil dalam menuju ke akhirat.
3. Konsep al-‘Amr bi al-Ma’ruf
Menyeru kepada kebaikan dan tidak terhad kepada ibadah yang khusus
semata-mata, bahkan ianya merangkumi semua aspek kebaikan sejagat
dalam kehidupan.
 


 
PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam
41
3.1.9. Implikasi Etika Kerja Islam
Antara implikasi apabila mengamalkan etika kerja Islam ialah :
1. Mendapat keredaan Allah Taala seperti kebahagiaan di dunia dan di
akhirat
2. Membersihkan jiwa, perwatakan dan personaliti.
3. Mendisiplinkan diri serta tekun mencapai kejayaan (al-falah).
4. Sentiasa memikirkan kehadiran Allah dan amanah dalam kerja
5. Sabar dalam segala tindakan
6. Tidak terlalu cintakan dunia sehingga melupai akhirat
7. Menjadi contoh dalam setiap tindakan.
8. Bertindak dengan adil tanpa diskriminasi
Bincangkan mengenai perbezaan antara etika kerja Islam dan
Barat. Buat catatan isi-isi penting, kemudian bentangkan
dalam sesi tutorial bersama pensyarah.
PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam
42
3.2 PEKELILING DAN AKTA
Pelajar-pelajar sekelian !
Apakah perbezaan antara pekeliling dengan akta ?
3.2.1. Pekeliling
Pekeliling mengandungi perintah-perintah am kerjaan yang perlu dipatuhi oleh
setiap pegawai perkhidmatan kerajaan. Pekeliling-pekeliling ini tertakluk kepada
perubahan semasa. Secara umumnya perintah am ini dapat dirumuskan sebagai
berikut :
Perintah Am Kerajaan
1. Bab A Lantikan dan kenaikan pangkat
2. Bab B Elaun-elaun dan kemudahan dalam perkhidmatan
3. Bab C Cuti
4. Bab D Peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib)
5. Bab E Rumah dan bangunan pejabat kerajaan
6. Bab F Perubatan
7. Bab G Waktu bekerja dan lebih masa
3.2.2. Akta
Sebagai seorang warga pendidikan di institusi pendidikan awam, seorang guru
perlu mengenali dan menghayati Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang
membicarakan persoalan pendidikan secara khusus.
PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam
43
Rumusan isi kandungan Akta 1996 sebagaimana berikut :
BAHAGIAN TAJUK BAB SEKSYEN
I Permulaan - 2
II Pentadbiran - 7
III
Majlis Penasihat Pendidikan
Kebangsaan
- 5
IV Sistem Pendidikan Kebangsaan 12 53
V Penilaian dan Peperiksaan - 3
VI Pendidikan Tinggi - 3
VII Institusi Pendidikan Swasta - 6
VIII Pendaftaran Institusi Pendidikan 5 24
IX Pendaftaran Guru 3 14
X Jemaah Nazir Sekolah 2 6
XI Kewangan - 3
XII Rayuan - 4
XIII Peraturan-Peraturan - 2
XIV Kesalahan dan Penalti - 8
XV Pelbagai - 6
XVI Peralihan dan Pemansuhan - 11
Di dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menjelaskan “guru” dengan ertinya
seseorang yang :
a. mengajar murid di sesuatu institusi pendidikan; atau
b. menyediakan atau mengeluarkan bahan pelajaran atau memeriksa
jawapan yang dikembalikan di, bagi atau melalui pusat pendidikan jarak
jauh,
PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam
44
Manakala dalam Bab 10, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menjelaskan bahawa :
50. Pengajaran agama Islam
(1) Jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang murid
atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah
diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak
Berkuasa Negeri.
(2) Pengajaran yang dikehendaki di sesuatu institusi pendidikan di bawah
subseksyen (1) hendaklah selama tempoh sekurang-kurangnya dua jam
seminggu dalam waktu pengajaran biasa institusi pendidikan itu atau
dalam apa-apa waktu lain yang ditetapkan oleh Menteri dalam hal mana-
mana institusi pendidikan yang tertentu.
(3) Pengelola atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan
sesuatu institusi pendidikan yang dikehendaki menyediakan pengajaran di
bawah seksyen ini hendaklah membuat apa-apa perkiraan yang perlu bagi
maksud itu.
(4) Pengelola atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan
dua institusi pendidikan atau lebih boleh, dengan kelulusan Pendaftar,
membuat perkiraan supaya pengajaran di bawah seksyen ini diberikan
secara bergabung di institusi-institusi pendidikan itu kepada murid yang
menganut agama Islam.
51. Pengajaran pengetahuan agama selain daripada agama Islam.
Pengelola institusi pendidikan bantuan kerajaan boleh mengadakan
pengajaran bagi agama selain daripada agama Islam untuk murid institusi
pendidikan itu atau mana-mana daripada mereka tetapi :
PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam
45
a. pengadaan sedemikian tidak boleh dibiayai dengan wang
yang diperuntukkan oleh Parlimen; dan
b. tiada murid boleh mengikuti pengajaran agama selain
daripada agama yang dianutinya, kecuali dengan keizinan
bertulis ibu bapanya.
52. Bantuan kewangan kepada institusi pendidikan IsIam yang tidak
ditubuhkan atau disenggarakan oleh Menteri atau Kerajaan Negeri.
Tertakluk kepada apa-apa syarat dan batasan yang difikirkan oleh Menteri
patut dikenakan, bantuan kewangan secara sumbangan boleh diberikan
daripada wang yang diperuntukkan oleh Parlimen kepada sesuatu institusi
pendidikan Islam, yang tidak disenggarakan oleh Menteri di bawah Akta ini
atau oleh Kerajaan sesuatu Negeri dan sama ada yang merupakan suatu
institusi pendidikan mengikut pengertian Akta ini atau bukan institusi
pendidikan sedemikian, hanya kerana pengajaran di institusi itu adalah
terbatas kepada pengajaran agama Islam semata-mata.
Manakala dalam Seksyen 134, Akta Pendidikan 1996 pula menyebut :
a. ..
b. enggan mengemukakan mana-mana jadual waktu, sukatan
pelajaran, rekod, buku, bahan, dokumen atau barang, atau memberi
maklumat, dengan melanggar subperenggan (b)(ii) atau
c. Adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,
didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali
PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam
46
Justeru, sebagai seorang kakitangan awam, seorang guru itu tertakluk kepada
akta dan pekeliling Perkhidmatan Awam sedia ada.
Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran
tajuk ini dengan jayanya!
.
~ Selamat Maju Jaya ~
@r@
Apakah kepentingan dan kelebihan Akta dan Pekeliling Perkhidmatan
Awam. Bincangkan !

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Isu Semasa Aqidah - Pengalaman JAKIM
Isu Semasa Aqidah - Pengalaman JAKIMIsu Semasa Aqidah - Pengalaman JAKIM
Isu Semasa Aqidah - Pengalaman JAKIMTazkirah PTAR
 
Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Keraj...
Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Keraj...Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Keraj...
Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Keraj...Qhaiyum Shah
 
Keajaiban sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW
Keajaiban sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAWKeajaiban sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW
Keajaiban sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAWPAKLONG CIKGU
 
Hijrah dan kepentingannya
Hijrah dan kepentingannyaHijrah dan kepentingannya
Hijrah dan kepentingannyaHannan Ismail
 
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHHIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHGuru Sejarah PraU
 
Kemunculan dan perkembangan tamadun islam di makkah & madinah
Kemunculan dan perkembangan tamadun islam di makkah & madinahKemunculan dan perkembangan tamadun islam di makkah & madinah
Kemunculan dan perkembangan tamadun islam di makkah & madinahMohd PG
 
Perbandingan islam dan agama agama ahli kitab
Perbandingan islam dan agama agama ahli kitabPerbandingan islam dan agama agama ahli kitab
Perbandingan islam dan agama agama ahli kitabYusri Mohamad Ramli
 
Bab 8 konsep dakwah
Bab 8 konsep dakwahBab 8 konsep dakwah
Bab 8 konsep dakwahSiti Mariah
 
Khulafa' Al-Rashidin - PQS
Khulafa' Al-Rashidin - PQSKhulafa' Al-Rashidin - PQS
Khulafa' Al-Rashidin - PQSMiss Seha
 
Pengertian Moral dan Etika
Pengertian Moral dan EtikaPengertian Moral dan Etika
Pengertian Moral dan Etikaizzati H
 
sistem pendidikan pada zaman islam
sistem pendidikan pada zaman islamsistem pendidikan pada zaman islam
sistem pendidikan pada zaman islamSivapriya Gopi
 
Pemerintahan zaman Khulafa’ Ar-Rasydin, prinsip pemerintahan dan penyebaran i...
Pemerintahan zaman Khulafa’ Ar-Rasydin, prinsip pemerintahan dan penyebaran i...Pemerintahan zaman Khulafa’ Ar-Rasydin, prinsip pemerintahan dan penyebaran i...
Pemerintahan zaman Khulafa’ Ar-Rasydin, prinsip pemerintahan dan penyebaran i...Shazwan Zafran
 
Ceramah israk mikraj (1)
Ceramah israk mikraj (1)Ceramah israk mikraj (1)
Ceramah israk mikraj (1)amirqayyum
 
Sikap rasulullah dalam berdakwah
Sikap rasulullah dalam berdakwahSikap rasulullah dalam berdakwah
Sikap rasulullah dalam berdakwahKamarudin Jaafar
 

La actualidad más candente (20)

Isu Semasa Aqidah - Pengalaman JAKIM
Isu Semasa Aqidah - Pengalaman JAKIMIsu Semasa Aqidah - Pengalaman JAKIM
Isu Semasa Aqidah - Pengalaman JAKIM
 
Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Keraj...
Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Keraj...Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Keraj...
Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Keraj...
 
Hijrah
HijrahHijrah
Hijrah
 
Keajaiban sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW
Keajaiban sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAWKeajaiban sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW
Keajaiban sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW
 
Kuliah 2 - Cabaran Dakwah.pptx
Kuliah 2 - Cabaran Dakwah.pptxKuliah 2 - Cabaran Dakwah.pptx
Kuliah 2 - Cabaran Dakwah.pptx
 
Hijrah dan kepentingannya
Hijrah dan kepentingannyaHijrah dan kepentingannya
Hijrah dan kepentingannya
 
Asas-Asas Akidah (CTU085)
Asas-Asas Akidah (CTU085)Asas-Asas Akidah (CTU085)
Asas-Asas Akidah (CTU085)
 
Perjanjian Hudaibiyah
Perjanjian HudaibiyahPerjanjian Hudaibiyah
Perjanjian Hudaibiyah
 
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHHIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
 
Kemunculan dan perkembangan tamadun islam di makkah & madinah
Kemunculan dan perkembangan tamadun islam di makkah & madinahKemunculan dan perkembangan tamadun islam di makkah & madinah
Kemunculan dan perkembangan tamadun islam di makkah & madinah
 
Perbandingan islam dan agama agama ahli kitab
Perbandingan islam dan agama agama ahli kitabPerbandingan islam dan agama agama ahli kitab
Perbandingan islam dan agama agama ahli kitab
 
Soalan israk mikraj
Soalan israk mikrajSoalan israk mikraj
Soalan israk mikraj
 
Bab 8 konsep dakwah
Bab 8 konsep dakwahBab 8 konsep dakwah
Bab 8 konsep dakwah
 
Khulafa' Al-Rashidin - PQS
Khulafa' Al-Rashidin - PQSKhulafa' Al-Rashidin - PQS
Khulafa' Al-Rashidin - PQS
 
Pengertian Moral dan Etika
Pengertian Moral dan EtikaPengertian Moral dan Etika
Pengertian Moral dan Etika
 
sistem pendidikan pada zaman islam
sistem pendidikan pada zaman islamsistem pendidikan pada zaman islam
sistem pendidikan pada zaman islam
 
Pemerintahan zaman Khulafa’ Ar-Rasydin, prinsip pemerintahan dan penyebaran i...
Pemerintahan zaman Khulafa’ Ar-Rasydin, prinsip pemerintahan dan penyebaran i...Pemerintahan zaman Khulafa’ Ar-Rasydin, prinsip pemerintahan dan penyebaran i...
Pemerintahan zaman Khulafa’ Ar-Rasydin, prinsip pemerintahan dan penyebaran i...
 
Ulum al quran
Ulum  al quranUlum  al quran
Ulum al quran
 
Ceramah israk mikraj (1)
Ceramah israk mikraj (1)Ceramah israk mikraj (1)
Ceramah israk mikraj (1)
 
Sikap rasulullah dalam berdakwah
Sikap rasulullah dalam berdakwahSikap rasulullah dalam berdakwah
Sikap rasulullah dalam berdakwah
 

Destacado (20)

Institutional research a2
Institutional research a2 Institutional research a2
Institutional research a2
 
Institutional research
Institutional researchInstitutional research
Institutional research
 
Gadaian
GadaianGadaian
Gadaian
 
Presentation2
Presentation2Presentation2
Presentation2
 
Technologies Used In Construction
Technologies Used In ConstructionTechnologies Used In Construction
Technologies Used In Construction
 
Soalan esei
Soalan eseiSoalan esei
Soalan esei
 
Laluankerjayadalamprofesionkeguruan 110818092558-phpapp02 (1)
Laluankerjayadalamprofesionkeguruan 110818092558-phpapp02 (1)Laluankerjayadalamprofesionkeguruan 110818092558-phpapp02 (1)
Laluankerjayadalamprofesionkeguruan 110818092558-phpapp02 (1)
 
Profesionalisme guru pendidikan islam
Profesionalisme guru pendidikan islamProfesionalisme guru pendidikan islam
Profesionalisme guru pendidikan islam
 
Cirikepimpinanpelajar 130912220738-phpapp01
Cirikepimpinanpelajar 130912220738-phpapp01Cirikepimpinanpelajar 130912220738-phpapp01
Cirikepimpinanpelajar 130912220738-phpapp01
 
92162272 soalan-latihan-peng-aqidah
92162272 soalan-latihan-peng-aqidah92162272 soalan-latihan-peng-aqidah
92162272 soalan-latihan-peng-aqidah
 
What have i learnt about technologies from the
What have i learnt about technologies from theWhat have i learnt about technologies from the
What have i learnt about technologies from the
 
Hablando de cine
Hablando de cineHablando de cine
Hablando de cine
 
جاوي
جاويجاوي
جاوي
 
Modul pim 3112
Modul pim 3112Modul pim 3112
Modul pim 3112
 
Pengajaran dari surah luqman 1
Pengajaran dari surah luqman 1Pengajaran dari surah luqman 1
Pengajaran dari surah luqman 1
 
Gadaianpim3114
Gadaianpim3114Gadaianpim3114
Gadaianpim3114
 
Kesan iman
Kesan imanKesan iman
Kesan iman
 
adaptasi inovsi dalam p&p
adaptasi inovsi dalam p&padaptasi inovsi dalam p&p
adaptasi inovsi dalam p&p
 
Soalan pim 31111 (1)
Soalan pim 31111 (1)Soalan pim 31111 (1)
Soalan pim 31111 (1)
 
Doa
DoaDoa
Doa
 

Similar a 08 tajuk 3 pro gpi pim3111

Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanHayatuNMustapHa
 
Kurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahKurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahenab dan kesum
 
Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]slnair
 
1. UCAPTAMA _ KOKURIKULUM PEMANGKIN KECEMERLANGAN KEMENJADIAN MURID.pdf
1. UCAPTAMA _ KOKURIKULUM PEMANGKIN KECEMERLANGAN KEMENJADIAN MURID.pdf1. UCAPTAMA _ KOKURIKULUM PEMANGKIN KECEMERLANGAN KEMENJADIAN MURID.pdf
1. UCAPTAMA _ KOKURIKULUM PEMANGKIN KECEMERLANGAN KEMENJADIAN MURID.pdfAlifIqbal19
 
Bab 10 membina budaya kerja yang cemerlang
Bab 10   membina budaya kerja yang cemerlangBab 10   membina budaya kerja yang cemerlang
Bab 10 membina budaya kerja yang cemerlangSyaima Bahari
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM Mokhzani Fadir
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUMELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUMChon Seong Hoo
 
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu MalaysiaMPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu MalaysiaJoe Onn Lim
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolahali ahmad
 
Pngurusan islam
Pngurusan islamPngurusan islam
Pngurusan islamNur Fahana
 
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengah
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengahKepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengah
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengahwanharith4
 
Fail meja guru prasekolah
Fail meja guru prasekolahFail meja guru prasekolah
Fail meja guru prasekolahCik Ecah
 
Tajuk 1 kualiti guru prasekolah
Tajuk 1  kualiti guru prasekolahTajuk 1  kualiti guru prasekolah
Tajuk 1 kualiti guru prasekolahIzz Khalil
 

Similar a 08 tajuk 3 pro gpi pim3111 (20)

Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
Penghargaa1
Penghargaa1Penghargaa1
Penghargaa1
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan
 
Pembangunan insan
Pembangunan insanPembangunan insan
Pembangunan insan
 
Kurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahKurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendah
 
Analisis fpk
Analisis fpkAnalisis fpk
Analisis fpk
 
Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]
 
Interview
InterviewInterview
Interview
 
1. UCAPTAMA _ KOKURIKULUM PEMANGKIN KECEMERLANGAN KEMENJADIAN MURID.pdf
1. UCAPTAMA _ KOKURIKULUM PEMANGKIN KECEMERLANGAN KEMENJADIAN MURID.pdf1. UCAPTAMA _ KOKURIKULUM PEMANGKIN KECEMERLANGAN KEMENJADIAN MURID.pdf
1. UCAPTAMA _ KOKURIKULUM PEMANGKIN KECEMERLANGAN KEMENJADIAN MURID.pdf
 
Bab 10 membina budaya kerja yang cemerlang
Bab 10   membina budaya kerja yang cemerlangBab 10   membina budaya kerja yang cemerlang
Bab 10 membina budaya kerja yang cemerlang
 
Perspetif agama
Perspetif agamaPerspetif agama
Perspetif agama
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUMELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
 
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu MalaysiaMPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
 
Pngurusan islam
Pngurusan islamPngurusan islam
Pngurusan islam
 
Laporan cpe
Laporan cpeLaporan cpe
Laporan cpe
 
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengah
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengahKepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengah
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengah
 
Fail meja guru prasekolah
Fail meja guru prasekolahFail meja guru prasekolah
Fail meja guru prasekolah
 
Tajuk 1 kualiti guru prasekolah
Tajuk 1  kualiti guru prasekolahTajuk 1  kualiti guru prasekolah
Tajuk 1 kualiti guru prasekolah
 

Más de Ustajah ILa AzieLa

Inovasi dan kreativiti dalam pendidikan
Inovasi dan kreativiti dalam pendidikanInovasi dan kreativiti dalam pendidikan
Inovasi dan kreativiti dalam pendidikanUstajah ILa AzieLa
 
Meningkatkan tahap profesionalisme dan penguasaan ilmu dalam pengurusan 4 (3)
Meningkatkan tahap profesionalisme dan penguasaan ilmu dalam pengurusan 4 (3)Meningkatkan tahap profesionalisme dan penguasaan ilmu dalam pengurusan 4 (3)
Meningkatkan tahap profesionalisme dan penguasaan ilmu dalam pengurusan 4 (3)Ustajah ILa AzieLa
 
9. christopher lu wei wang (1)
9. christopher lu wei wang (1)9. christopher lu wei wang (1)
9. christopher lu wei wang (1)Ustajah ILa AzieLa
 
Dalil dalil hadis dan al-quran tentang dakwah dalam pendidikan
Dalil dalil hadis dan al-quran tentang dakwah dalam pendidikanDalil dalil hadis dan al-quran tentang dakwah dalam pendidikan
Dalil dalil hadis dan al-quran tentang dakwah dalam pendidikanUstajah ILa AzieLa
 
Af'alullah & af'alul'ibad gabung
Af'alullah & af'alul'ibad gabungAf'alullah & af'alul'ibad gabung
Af'alullah & af'alul'ibad gabungUstajah ILa AzieLa
 

Más de Ustajah ILa AzieLa (13)

Panduan sgm offline
Panduan sgm offlinePanduan sgm offline
Panduan sgm offline
 
Borang jawatan pentadbiran
Borang jawatan pentadbiranBorang jawatan pentadbiran
Borang jawatan pentadbiran
 
الأمور بمقاصدها
الأمور بمقاصدهاالأمور بمقاصدها
الأمور بمقاصدها
 
Inovasi dan kreativiti dalam pendidikan
Inovasi dan kreativiti dalam pendidikanInovasi dan kreativiti dalam pendidikan
Inovasi dan kreativiti dalam pendidikan
 
Soalan esei
Soalan eseiSoalan esei
Soalan esei
 
Soalan pim 3112 (2010)
Soalan pim 3112 (2010)Soalan pim 3112 (2010)
Soalan pim 3112 (2010)
 
Meningkatkan tahap profesionalisme dan penguasaan ilmu dalam pengurusan 4 (3)
Meningkatkan tahap profesionalisme dan penguasaan ilmu dalam pengurusan 4 (3)Meningkatkan tahap profesionalisme dan penguasaan ilmu dalam pengurusan 4 (3)
Meningkatkan tahap profesionalisme dan penguasaan ilmu dalam pengurusan 4 (3)
 
9. christopher lu wei wang (1)
9. christopher lu wei wang (1)9. christopher lu wei wang (1)
9. christopher lu wei wang (1)
 
Dalil dalil hadis dan al-quran tentang dakwah dalam pendidikan
Dalil dalil hadis dan al-quran tentang dakwah dalam pendidikanDalil dalil hadis dan al-quran tentang dakwah dalam pendidikan
Dalil dalil hadis dan al-quran tentang dakwah dalam pendidikan
 
Af'alullah & af'alul'ibad gabung
Af'alullah & af'alul'ibad gabungAf'alullah & af'alul'ibad gabung
Af'alullah & af'alul'ibad gabung
 
كونسيف برسوخي
كونسيف برسوخيكونسيف برسوخي
كونسيف برسوخي
 
Istinjak tahun 1
Istinjak tahun 1Istinjak tahun 1
Istinjak tahun 1
 
Slaid imbuhan awalan
Slaid imbuhan awalanSlaid imbuhan awalan
Slaid imbuhan awalan
 

08 tajuk 3 pro gpi pim3111

  • 1. PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam 30 Tajuk 3 GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA 3.0 Sinopsis Tajuk ini membahaskan tentang tugas Guru Pendidikan Islam (GPI) sebagai seorang kakitangan dalam perkhidmatan awam di Malaysia. Dalam unit ini, perbincangan mengenai etika, pekeliling dan akta dalam pendidikan. Pelajaran ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan penguasaan Guru Pendidikan Islam sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan. Selain daripada itu pelajar juga diberi tugasan dan tajuk tutorial untuk dilaksanakan. Para pelajar diharap akan dapat menguasai dan menghayati etika, pekeliling dan akta dalam perkhidmatanan sebagaimana yang digariskan. Hasil Pembelajaran 1. Menerangkan konsep etika, pekeliling dan akta. 2. Menghuraikan peranan dan tugas guru sebagai seorang kakitangan awam. 3. Menganalisis etika, pekeliling dan akta dalam perkhidmatan awam di Malaysia. Kerangka Konsep Tajuk GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA Etika Perkeliling dan Akta
  • 2. PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam 31 3.1 ETIKA Pelajar-pelajar sekelian ! Tahukah anda maksud Etika Perkhidmatan Awam ? 3.1.1. Konsep Etika Perkataan etika berasal dari perkataan ‘ethos’ (Greek) yang membawa maksud perangai atau keperibadian. Etika sering juga diterjemahkan sebagai moral. Moral berasal dari perkataan Latin ‘moralis’ yang bermaksud adat atau budi pekerti atau adab. Dalam Islam, perkataan sinonim dengan etika ialah akhlak. Akhlak ialah suatu ilmu yang menjelaskan erti baik dan buruk, menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh sesetengah manusia kepada yang lainnya, menyatakan tujuan yang harus dituju oleh manusia dalam perbuatan mereka dan menunjukkan jalan untuk melakukan apa yang harus diperbuat. Etika pentadbiran Islam ialah sikap yang menentukan tingkahlaku pentadbiran mengikut etika yang ditentukan oleh Islam. Ia lebih menyeluruh, mempunyai ciri-ciri dinamik dan profesionalisme yang sempurna. Hal ini kerana kesempurnaan asas dan sumbernya. Asasnya ialah akidah, syariah dan akhlak. Manakala sumbernya ialah al-Quran dan as-Sunnah.
  • 3. PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam 32 3.1.2. Dalil Berkaitan dengan Etika 1. Firman Allah Taala : (surah an-Nisa’ : 59) Maksudnya : “ Wahai orang –orang yang beriman, taat kepada kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah, dan kepada Ulul Amri (golongan Pemerintah ) dari kalangan kamu” 2. Firman Allah lagi. Maksudnya : “Taatilah kepada pemerintah kamu bagaimanapun keadaannya, jika mereka memerintah kamu dengan perintah yang sesuai dengan ajaranku, maka mereka akan diberi pahala dan kamu akan diberi pahala kerana mentaati mereka.Dan jika mereka memerintah kamu dengan peerintah yang tidak sesuai dengan ajaranku, maka dosanya ditanggung oleh mereka, manakala kamu terselamat dari dosa berkenaan.”
  • 4. PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam 33 3.1.3. Etika Kerja Perkhidmatan Awam Etika kerja dalam Perkhidmatan Awam bermaksud : 1. Prinsip-prinsip moral yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi bagi mengawal tingkahlaku pekerja. 2. Satu bentuk kawalan bagi memastikan perlakuan pekerja sentiasa selaras dengan sistem nilai organisasi berkenaan. Justeru, Etika Perkhidmatan Awam dilaksanakan bagi menjamin mutu kerja dan keperibadian para pegawai perkhidmatan awam dalam melaksanakan tugas serta amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka.
  • 5. PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam 34 3.1.4. Kepentingan Etika ; Antara kepentingan etika adalah : 1. Menentukan arah kepada pemikiran, tindakan dan tingkahlaku anggota perkhidmatan awam bagi memenuhi tanggungjawab dan amanah mereka sebagai pekerja 2. Mewujudkan penyatuan dan penyelarasan diantara anggota perkhidmatan awam sebagai institusi utama kepada pembangunan negara 3. Standard mutlak mendorong bekerja dengan ikhlas dan berkesan 3.1.5. Objektif Etika dalam Perkhidmatan Awam Objektif Etika dalam Perkhidmatan Awam bertujuan untuk : 1. Meninggikan mutu perkhidmatan 2. Mengekalkan kepercayaan dalam menjalankan tugas 3. Memupuk tanggungjawab bersama 4. Mengeratkan hubungan sesama kakitangan 3.1.6. Nilai-Nilai Utama dalam Perkhidmatan Awam Antara nilai-nilai utama dalam perkhidmatan awam yang perlu dihayati dan diamalkan oleh setiap kakitangan awam ialah : 1. Taat setia - raja, negara dan kerajaan 2. Amanah, bersih dan jujur 3. Bertanggungjawab - tidak boleh membenarkan kepentingan diri bercanggah dengan tanggungjawab awam
  • 6. PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam 35 4. Berkecuali - tanpa membawa apa-apa bentuk pengaruh atu tekanan luar 5. Adil dan saksama 6. Prestasi yang cemerlang dan berkualiti - tidak boleh cuai dan kurang usaha 7. Ketepatan masa 8. Perkhidmatan yang ramah dan mesra 9. Sikap berjimat cermat 10.Bersikap positif, responsif, berdayacipta dan enterprising Buat perbincangan dalam kumpulan bersama rakan anda mengenai nilai-nilai etika yang diamalkan di tempat kerja anda. Lakarkan hasil perbincangan dalam grafik. 3.1.7. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Malaysia tercetus daripada hasil Laporan Kabinet 1979 yang berteraskan kepada pembangunan kemanusiaan sehingga akhirnya membawa kepada penggubalan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) pada 1988. Falsafah Pendidikan Negara kemudiannya telah digantikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah merupakan asas ideologi pendidikan yang meliputi dasar, amalan, strategi, visi, misi dan aspirasi pendidikan negara. Menurut Hassan Langgulung (1995), falsafah pendidikan di Malaysia telah lama wujud secara tersirat dalam dokumen-dokumen rasmi negara seperli perlembagaan, ucapan pemimpin dan sebagainya sebelum disuratkan secara rasmi mulai 1987.
  • 7. PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam 36 Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga negara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Justeru, FPK merupakan aspirasi dan matlamat pendidikan negara ke arah negara maju menjelang tahun 2020. FPK melalui “kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan” dijadikan teras kepada dasar pendidikan FPN (Ahmad Mohd Salleh : 2000). Berteraskan identiti kebangsaan, FPK meliputi prinsip-prinsip pembangunan kemanusiaan yang bersatu padu di bawah kemenjadian penghayatan perpaduan Rukun Negara sama ada dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Justeru generasi muda perlu dididik dan dibimbing agar menghayati intipati falsafah yang terkandung di dalam FPK. Menurut Hassan Langgulung (1995), FPK merupakan satu proses mendidik generasi muda sebagaimana berikut ; 1. Generasi muda harus dididik menyembah Allah. 2. Generasi muda harus dididik dalam masyarakat yang sihat untuk menegakkan sistem jaminan sosial (takaful ijtima’i) yang diakui oleh Islam. 3. Generasi muda harus dididik menggunakan akal dengan berpandukan syariat. 4. Generasi muda harus dididik bersifat terbuka dengan orang lain. 5. Generasi muda harus dididik menggunakan pemikiran ilmiah dan melakukan penyelidikan.
  • 8. PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam 37 3.1.8. Falsafah Pendidikan Islam Menurut Abd. Halim Hj. Mat Diah (1989), pendidikan Islam merupakan suatu proses bimbingan yang diperolehi secara langsung oleh anak didik bersama pendidik dengan bermatlamatkan ke arah pembentukan insan yang berteraskan ajaran Islam. Faisal Othman (1992) Hubungan pendidikan Islam dengan wahyu yang diucapkan (virbatim revelation) melahirkan teori ilmu (theory of knowledge). Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan pengetahuan Islam berdasarkan Al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan akhirat. Intipati Falsafah Pendidikan Islam (FPI) tersebut menekankan ; i. “Satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan pengetahuan Islam berdasarkan Al-Quran dan as-Sunnah”. Menjadikan al-Qur’an dan as-Sunnah sebagai teras pembangunan pendidikan sepanjang hayat. Al-Qur’an dan as-Sunnah dijadikan sumber utama di dalam menyampaikan dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan. ii. “Membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah”. Mendidik dan mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan berkemahiran yang tinggi serta berwawasan di dalam membentuk sikap dan keperibadian mulia sebagai seorang hamba Allah. iii. “Hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara”. Menerapkan konsep kejadian manusia sebagai khalifah Allah di bumi ini yang bergelar hamba dan duta kepada Allah Taala. Sebagai hamba
  • 9. PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam 38 kepada Yang Maha Pencipta, manusia bertanggungjawab menjaga maruah dan kehormatan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara. iv. “Mencapai kebaikan di dunia dan akhirat”. Bermatlamatkan kejayaan di dunia dan di akhirat. Hassan Langgulung (1986) menyatakan tujuan khusus pendidikan Islam ialah : 1. Memperkenalkan dasar akidah dan ibadat yang betul kepada generasi muda. 2. Memberi kesedaran akhlak kepada pelajar. 3. Menanamkan keimanan kepada Allah 4. Menarik minat generasi muda untuk menambah ilmu pengetahuan. 5. Menanamkan rasa cinta terhadap al-Qur’an 6. Merasakan bangga terhadap sejarah, bdaya dan tamadun Islam 7. Menanamkan semangat patriotik dan cintakan negara 8. Bertakwa kepada Allah 9. Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah. Mohd Ghazali Abd. Wahid (1992) menjelaskan tujuan dan maksud pendidikan Islam : 1. Melahirkan ahli bijak pandai yang dapat memahami dan mendalami pengetahuan dan ajaran-ajaran Islam. 2. Memupuk semangat mereka supaya bertanggungjawab menninggikan syiar Islam. 3. Berusaha menyiarkan ilmu pengetahuan dan ajaran Islam sebagai pendakwah yang berkaliber. 4. Melayakkan diri mereka menjadi pemimpin masyarakat ke arah kebahagian dunia dan akhirat 5. Membentuk keperibadian Islam yang luhur.
  • 10. PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam 39 3.1.9. Falsafah Etika Islam dalam Perkhidmatan Falsafah etika Islam dalam perkhidmatan adalah berasaskan wahyu yang tidak didasarkan kepada spekulasi falsafah ataupun tafsiran terhadap sesuatu kejadian. Di Malaysia, etika perkhidmatan ditegakkan di atas tonggak- tonggak tertentu sebagaimana berikut : Tonggak Penentuan Etika Islam i. Konsep Al-Amal (Kerja) ii. Konsep Al-Adl wa Al-Ihsan iii. Konsep Al-Amr bi Al-Ma’ruf 1. Konsep al-Amal (Kerja) Kerja sebagai tanggungjawab agama. Setiap manusia perlu melaksanakan amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya. TONGGA K DUA BE LA S  Menghargai masa  Ketekunan membawa kejayaan  Keseronokan bekerja  Kemuliaan kesederhanaan  Ketinggian peribadi  Kekuatan sifat baik hati  Pengaruh teladan  Kewajipan menjalankan tugas  Kebijaksanaan berhemat  Keutamaan kesabaran  Peningkatan bakat  Nikmat mencipta
  • 11. PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam 40 2. Konsep al-‘Adl dan al-Ihsan. Penerapan konsep ini dapat dilihat dalam bentuk berikut : i. Adil dalam membuat keputusan Maksudnya : “…...sekiranya kamu mengadili sesama manusia hendaklah lakukan dengan adil..... “ ii. Adil dalam perkataan (6:152). Maksudnya : “…..apabila kamu bercakap hendaklah bercakap dengan adil..” iii. Adil dalam membuat kebaikan (16:90). Maksudnya : “..Allah menyeru kamu melakukan keadilan dan ihsan (kebaikan)...” iv. Keadilan dalam konteks meletakkan kesamarataan. v. Adil dalam menuju ke akhirat. 3. Konsep al-‘Amr bi al-Ma’ruf Menyeru kepada kebaikan dan tidak terhad kepada ibadah yang khusus semata-mata, bahkan ianya merangkumi semua aspek kebaikan sejagat dalam kehidupan.      
  • 12. PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam 41 3.1.9. Implikasi Etika Kerja Islam Antara implikasi apabila mengamalkan etika kerja Islam ialah : 1. Mendapat keredaan Allah Taala seperti kebahagiaan di dunia dan di akhirat 2. Membersihkan jiwa, perwatakan dan personaliti. 3. Mendisiplinkan diri serta tekun mencapai kejayaan (al-falah). 4. Sentiasa memikirkan kehadiran Allah dan amanah dalam kerja 5. Sabar dalam segala tindakan 6. Tidak terlalu cintakan dunia sehingga melupai akhirat 7. Menjadi contoh dalam setiap tindakan. 8. Bertindak dengan adil tanpa diskriminasi Bincangkan mengenai perbezaan antara etika kerja Islam dan Barat. Buat catatan isi-isi penting, kemudian bentangkan dalam sesi tutorial bersama pensyarah.
  • 13. PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam 42 3.2 PEKELILING DAN AKTA Pelajar-pelajar sekelian ! Apakah perbezaan antara pekeliling dengan akta ? 3.2.1. Pekeliling Pekeliling mengandungi perintah-perintah am kerjaan yang perlu dipatuhi oleh setiap pegawai perkhidmatan kerajaan. Pekeliling-pekeliling ini tertakluk kepada perubahan semasa. Secara umumnya perintah am ini dapat dirumuskan sebagai berikut : Perintah Am Kerajaan 1. Bab A Lantikan dan kenaikan pangkat 2. Bab B Elaun-elaun dan kemudahan dalam perkhidmatan 3. Bab C Cuti 4. Bab D Peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 5. Bab E Rumah dan bangunan pejabat kerajaan 6. Bab F Perubatan 7. Bab G Waktu bekerja dan lebih masa 3.2.2. Akta Sebagai seorang warga pendidikan di institusi pendidikan awam, seorang guru perlu mengenali dan menghayati Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang membicarakan persoalan pendidikan secara khusus.
  • 14. PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam 43 Rumusan isi kandungan Akta 1996 sebagaimana berikut : BAHAGIAN TAJUK BAB SEKSYEN I Permulaan - 2 II Pentadbiran - 7 III Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan - 5 IV Sistem Pendidikan Kebangsaan 12 53 V Penilaian dan Peperiksaan - 3 VI Pendidikan Tinggi - 3 VII Institusi Pendidikan Swasta - 6 VIII Pendaftaran Institusi Pendidikan 5 24 IX Pendaftaran Guru 3 14 X Jemaah Nazir Sekolah 2 6 XI Kewangan - 3 XII Rayuan - 4 XIII Peraturan-Peraturan - 2 XIV Kesalahan dan Penalti - 8 XV Pelbagai - 6 XVI Peralihan dan Pemansuhan - 11 Di dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menjelaskan “guru” dengan ertinya seseorang yang : a. mengajar murid di sesuatu institusi pendidikan; atau b. menyediakan atau mengeluarkan bahan pelajaran atau memeriksa jawapan yang dikembalikan di, bagi atau melalui pusat pendidikan jarak jauh,
  • 15. PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam 44 Manakala dalam Bab 10, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menjelaskan bahawa : 50. Pengajaran agama Islam (1) Jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri. (2) Pengajaran yang dikehendaki di sesuatu institusi pendidikan di bawah subseksyen (1) hendaklah selama tempoh sekurang-kurangnya dua jam seminggu dalam waktu pengajaran biasa institusi pendidikan itu atau dalam apa-apa waktu lain yang ditetapkan oleh Menteri dalam hal mana- mana institusi pendidikan yang tertentu. (3) Pengelola atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan yang dikehendaki menyediakan pengajaran di bawah seksyen ini hendaklah membuat apa-apa perkiraan yang perlu bagi maksud itu. (4) Pengelola atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan dua institusi pendidikan atau lebih boleh, dengan kelulusan Pendaftar, membuat perkiraan supaya pengajaran di bawah seksyen ini diberikan secara bergabung di institusi-institusi pendidikan itu kepada murid yang menganut agama Islam. 51. Pengajaran pengetahuan agama selain daripada agama Islam. Pengelola institusi pendidikan bantuan kerajaan boleh mengadakan pengajaran bagi agama selain daripada agama Islam untuk murid institusi pendidikan itu atau mana-mana daripada mereka tetapi :
  • 16. PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam 45 a. pengadaan sedemikian tidak boleh dibiayai dengan wang yang diperuntukkan oleh Parlimen; dan b. tiada murid boleh mengikuti pengajaran agama selain daripada agama yang dianutinya, kecuali dengan keizinan bertulis ibu bapanya. 52. Bantuan kewangan kepada institusi pendidikan IsIam yang tidak ditubuhkan atau disenggarakan oleh Menteri atau Kerajaan Negeri. Tertakluk kepada apa-apa syarat dan batasan yang difikirkan oleh Menteri patut dikenakan, bantuan kewangan secara sumbangan boleh diberikan daripada wang yang diperuntukkan oleh Parlimen kepada sesuatu institusi pendidikan Islam, yang tidak disenggarakan oleh Menteri di bawah Akta ini atau oleh Kerajaan sesuatu Negeri dan sama ada yang merupakan suatu institusi pendidikan mengikut pengertian Akta ini atau bukan institusi pendidikan sedemikian, hanya kerana pengajaran di institusi itu adalah terbatas kepada pengajaran agama Islam semata-mata. Manakala dalam Seksyen 134, Akta Pendidikan 1996 pula menyebut : a. .. b. enggan mengemukakan mana-mana jadual waktu, sukatan pelajaran, rekod, buku, bahan, dokumen atau barang, atau memberi maklumat, dengan melanggar subperenggan (b)(ii) atau c. Adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali
  • 17. PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam 46 Justeru, sebagai seorang kakitangan awam, seorang guru itu tertakluk kepada akta dan pekeliling Perkhidmatan Awam sedia ada. Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran tajuk ini dengan jayanya! . ~ Selamat Maju Jaya ~ @r@ Apakah kepentingan dan kelebihan Akta dan Pekeliling Perkhidmatan Awam. Bincangkan !