Teknologi nuklear memainkan peranan penting dalam pembangunan negara melalui sumbangannya dalam bidang pertanian, perindustrian, pendidikan, perubatan, dan penjanaan tenaga. Teknologi nuklear membantu meningkatkan hasil pertanian dan kualiti produk perindustrian, serta merupakan asas utama kepada penyelidikan dalam bidang sains. Ia juga digunakan untuk rawatan penyakit seperti kanser dan sterilisasi peralatan
3. PENGENALAN :
Pada zaman yang globalisasi ini, kemajuan
sains membolehkan manusia memanfaatkan
kelebihan tenaga nuklear. Teknologi nuklear ini
memainkan peranan penting untuk
mempercepatkan proses pembangunan negara
Malaysia. Kuasa besar seperti Amerika Syarikat,
Sovient Union dan Perancis giat menjalankan
kajian dan penyelidikan untuk memperoleh
manfaat optimum dari teknologi nuklear ini.
Secara keseluruhannya, penggunaan tenaga
nuklear banyak membantu manusia dalam
pelbagai bidang.
6. •Teknik nuklear dapat digunakan untuk
menghasilkan baka tumbuh-tumbuhan yang baik
dan bermutu seperti kaedah pembiakan baka
mutasi aruhan.
•Teknologi nuklear juga boleh digunakan untuk
membasmi serangga perosak tanaman seprti
kumbang, belalang dan lain-lain.
•Contohnya, bagi mengawal bilangan serangga
perosak, tisu serangga diubah dengan
menggunakan teknologi nuklear supaya mandul
dan tidak dapat membiak.
•Selain itu, penggunaan teknik isotop radioaktif
dan sinaran pengionan seperti sinaran gamma
dan sinaran-x berjaya meningkat hasil
pengeluaran pertanian dan juga ternakan.
8. •Pada era sains dan teknologi, bidang perindustrian
dan pembuatan amat memerlukan teknologi nuklear.
•Teknik-teknik ujian tanpa musnah tolok nukleoni dan
teknik penyurih sangat berpotensi menyelesaikan
masalah di loji-loji kejuruteraan.
•Contohnya, Naterium-24 dapat digunakan untuk
mengesan rekahan dalam tuangan logam.
•Percampuran bahan radioaktif ke dalam sistem paip
yang mengalirkan petroleum atau air membolehkan
kadar aliran dan kebocoran bawah tanah dikesan.
•Teknik-teknik nuklear membolehkan produk yang
dihasilkan berkualiti dan selamat untuk digunakan
10. •Teknologi nuklear penting dalam
membangunkan dan memajukan bidang
pendidikan.
•Hal ini disebabkan disiplin sains dan teknologi
seperti kimia, genetic, fizik, biologi, bio-kimia,
kejuruteraan dan sebagainya amat bergantung
kepada teknologi nuklear.
•Semua penyelidikan dan pembangunan bidan-
bidang ini memerlukan teknologi nuklear.
•Oleh itu, secara langsungnya teknologi nuklear
amat diperlukan dalam bidang pendidikan.
12. •Teknologi nuklear memainkan peranan penting
dalam bidang perubatan.
•Sinar gamma daripada tenaga nuklear digunakan
untuk merawat penyakit kanser. Contohnya,
radioisotop digunakan sebagai alat diagnostik di
hospital untuk mengesan dan menentukan
penyakit kanser.
• Radioisotop Iodin-131 dicipta untuk membantu
para doktor untuk memastikan sama ada kelenjar
tiroid berfungsi dengan normal atau tidak.
•Sinar gamma dari Cobalt-60 digunakan untuk
mensteril bahan-bahan perubatan.
13. •Sinaran ultra digunakan dalam pengesanan
bayi dalam kandungan ibu.
•Jadi, teknologi nuklear inimembantu
mencegah pelbagai jenis penyakit dan
menyelamatkan nyawa manusia. Hal ini
dapat meningkatkan taraf kesihaan rakyat.
15. •Bekalan petroleum akan kehabisan pada masa
yang akan datang.
•Harga petroleum agak tinggi. Dari segi kos
seunit, tenaga nuklear lebih murah berbanding
dengan petroleum.
•Penghasilan tenaga nuklear juga tidak
memerlukan kawasan yang begitu luas.
•Sebagai contohnya, negara maju seperti
Perancis, 90 peratus bekalan elektriknya
dihasilkan melalui janakuasa nuklear.
•Jepun yang maju dalam industri berat tidak
mempunyai tenaga ahli. Mereka bergantung pada
tenaga nuklear untuk pembangunan negara.
16. KESIMPULAN :
Umumnya, terdapat pro dan kontra
bagi teknologi nuklear. Namum, pada
zaman yang era modenisasi ini,
pembangunan negara amat bergantung
kepada perkembangan teknologi
nuklear. Apa yang penting ialah
teknologi nuklear ini tidak harus
disalahgunakan oleh pihak-pihak
tertentu ataupun kuasa-kuasa besar
untuk keuntungan sendiri.