SlideShare a Scribd company logo
1 of 25
GSB 1012
Ahli Kumpulan:
Hemalatha A/P Rajakumar
Phua Wan Joo
Tajuk Tutorial:
Sistem Sapaan Dalam
Masyarakat Melayu
• Kesantunan berbahasa atau bahasa banyak bergantung pada
pemilihan kata sapaan atau panggilan hormat yang tepat.
• Sistem sapaan bermaksud kaedah yang digunakan oleh sesuatu
masyarakat atau bangsa untuk menegur atau menyapa
seseorang, baik dalam konteks rasmi mahupun tidak rasmi.
• Ia merupakan penghubung langsung antara pihak yang menyapa
dengan pihak yang disapa.
• Bahasa sapaan mesti digunakan dengan betul dan sesuai
mengikut konteks semasa berkomunikasi supaya menjaga air
muka orang lain serta tidak menyinggung perasaan orang lain.
• Antara susunan kata yang digunakan semasa membuat sapaan
dan panggilan, iaitu
(a) sapaan yang lengkap dengan kata rujukan kehormat, gelaran
atau pangkat yang disandang dan nama peribadi yang lengkap.
Contohnya, Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul
Razak.
(b) sapaan ringkas yang menyebut nama gelaran dan/atau
pangkat dengan atau tanpa nama peribadi.
Contohnya, DYMM (Duli Yang Maha Mulia) Seri Paduka
Baginda
• Sebutan senarai orang yang disapa daripada peringkat yang
paling kanan hingga peringkat yang di bawahnya.
• Penggunaan kata ganti nama diri.
Kata ganti nama diri dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu
“kata ganti nama diri pertama”, “kata ganti nama diri kedua” dan “kata
ganti nama diri ketiga”.
Bentuk kata ganti nama diri bergantung pada kata ganti nama diri itu
digunakan, sama ada dalam suasana dan urusan rasmi atau dalam
suasana dan urusan tidak rasmi.
1. Jumlah kata ganti nama diri yang digunakan untuk suasana dan
urusan rasmi agak kecil. Contoh-contoh kata ganti nama diri bagi
urusan rasmi adalah seperti saya, kami, kita, tuan, puan, beliau, dia, ia
dan mereka.
2. Kata ganti nama diri yang digunakan dalam suasana dan urusan tidak
rasmi amat banyak. Hal ini disebabkan oleh banyaknya dialek yang
ada dalam bahasa Melayu dan dapat dikatakan bahawa dalam setiap
dialek terdapat kata ganti nama diri yang tersendiri.
Negeri Kata Ganti Nama Diri Orang
Pertama
Kata Ganti Nama Diri Orang
Kedua
Perak Teman (saya),
Keimer (kami, kita)
Miker (awak),
Mengkomer (kamu)
Kedah Cheq (saya) Hangpa (kamu)
Sarawak Kamek (saya) Kitak (kamu)
Kelantan ambo (saya) Demo (kamu)
Terengganu Kawe, Ambo (saya) Mung (engkau)
Negeri Sembilan Eden (saya) Ekau (engkau)
Bahasa Sapaan Berdasarkan Pangkat atau Status Seseorang
dalam Masyarakat.
• Status merupakan faktor penting dalam penentuan bahasa sapaan. Dalam
pergaulan seharian terdapat sekatan-sekatan sosial tertentu antara ahli
masyarakat itu. Contohnya, sekatan pangkat dalam pekerjaan atau kedudukan
sosial.
• Dalam bentuk sapaan yang berdasarkan pangkat atau status seseorang itu,
pembahagian dibuat seperti yang berikut;
Gelaran pergaulan formal
Gelaran warisan
Gelaran kurniaan kerajaan
Gelaran kurniaan ikhtisas
Gelaran keagamaan
( Asmah Hj. Omar, 1982)
• Gelaran Pergaulan formal
• Pergaulan formal dimaksudkan sebagai pergaulan yang
menunjukkan adanya sekatan sosial tertentu sama ada sekatan
pangkat dalam pekerjaan atau kedudukan sosial, atau sekatan
sosial disebabkan si penyapa tidak begitu kenal antara satu
sama lain.
Kata ganti diri sapaan Orang yang ditujukan
Tuan Orang yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada
penutur (dari segi status pekerjaan)
Orang yang menjadi Pengerusi Majlis.
Contoh : Tuan Pengerusi Majlis
Digunakan bersama nama / jenis jawatan
Contoh : Tuan Pengetua
Orang yang menjawat jawatan kadi, imam, hakim, doktor.
Contoh : Tuan Hakim
Digunakan sebagai rujukan
hormat kepada hadirin lelaki
dalam sesuatu upacara rasmi.
Contoh : Tuan-tuan sekalian
Pemilik harta.
Contoh : Tuan rumah, Tuan tanah,
Tuan kedai
Orang yang bergelar seperti Haji,
Profesor
Contoh : Tuan Haji Shukor, Tuan
Profesor
Encik Orang lelaki yang mempunyai status yang lebih tinggi daripada
penutur.
Orang lelaki yang baru dikenali dan difikirkan mempunyai
kedudukan yang lebih tinggi daripada penutur.
Puan Orang perempuan yang sudah berkahwin.
Orang perempuan yang memegang jawatan.
Contoh : Puan Pengetua
Pengerusi sesuatu upacara atau majlis.
Contoh : Puan Pengerusi
Rujukan hormat kepada hadirin wanita dalam sesuatu upacara
rasmi.
Contoh : Puan-puan sekalian
Cik Orang perempuan yang belum berkahwin.
Orang perempuan yang berjawatan lebih tinggi daripada
penutur.
Saudara ( lelaki)
Saudari
(perempuan)
Orang yang baru dikenali.
Kakitangan bawahan atau setaraf dengan penutur.
Sebagai rujukan kepada hadirin dalam sesuatu majlis.
Digunakan dalam mesyuarat dan majlis perdebatan.
• Gelaran Warisan / Keturunan
• Gelaran warisan merupakan gelaran yang diwarisi oleh
seseorang sejak kelahirannya seperti:
• Raja : Tengku, Tunku, Engku, Tuanku,
• Bangsawan : En. Megat, Tn. Syed, En. Wan, En. Nik,
Abang, Dayang.
• Gelaran Kurniaan Kerajaan
• Gelaran kurniaan kerajaan ialah gelaran yang dianugerahkan
oleh kerajaan dari semasa ke semasa kepada individu yang
dianggap berjasa.
• Contohnya, Datuk Lee Chong Wei
GELARAN BAHASA SAPAAN
Tun,
Toh Puan,
Tan Sri,
Puan Sri,
Datin Paduka
Gelaran ini tidak perlu diberi rujukan Tuan,
Puan, Encik atau Cik kecuali mereka
mempunyai gelaran lain seperti Doktor ,
Profesor , Tengku , atau Haji.
Contoh : Tun Dr. Ismail
Tan Sri Tengku Ahmad
•Gelaran Kurniaan Ikhtisas
•Gelaran kurniaan ini diperoleh kerana kejayaan
seseorang dalam bidang akademik atau ikhtisas, juga
dikenali sebagai gelaran profesional.
GELARAN BAHASA SAPAAN
Profesor, Doktor,
Jeneral, Cikgu,
Ustaz
Bentuk panggilan serupa dengan gelaran
ikhtisas yang ada pada mereka.
Contoh : Seseorang guru agama dipanggil
Ustaz.
Kata sapaan Tuan / Puan boleh diletakkan
sebelum gelaran Profesor dan Doktor.
Contoh : Tuan Doktor, Puan Profesor, Tn.
Irsenio.
•Gelaran Keagamaan
•Dalam masyarakat Melayu yang beragama Islam,
terdapat beberapa gelaran bersesuaian dengan
kedudukan mereka dalam hal keagamaan.
GELARAN
BAHASA
SAPAAN
Sahibol Samahah (Mufti/ sarjana yang membuat
keputusan penting tentang agama Islam)
Haji/ Hajjah (Umat Islam yang sudah selesai
menunaikan haji)
Lebai (Satu pengiktirafan dan penghormatan
masyarakat terhadap seseorang apabila mereka
melihat kewarakan dan akhlak yang baik yang
Tuan Haji / Pak
Haji Osman
Puan Hajah /
Mak Hajah Esah
Pak Lebai Kadut
Bahasa Sapaan Berdasarkan Kedudukan Dalam
Keluarga
• Penggunaan bahasa sapaan antara ahli keluarga mencerminkan
kedudukan seseorang itu dalam susunan kekeluargaan.
• Kata ganti nama diri dalam sesebuah keluarga ditentukan melalui
pertalian darah keluarga asas, keluarga suku/ perut dan keluarga
turun-temurun.
Bahasa Sapaan Dalam Keluarga Asas
PANGGILAN KEDUDUKAN DLM
KELUARGA
CARA MENYEBUT
Bapa, ayah, abah,
bapak, ba, walid
Ketua keluarga lelaki Yah, bah, …
Emak, mak, ibu, bu,
umi, wan Ketua keluarga perempuan Mak, ibu, ...
Datuk, Tok, Tok
Wan
Ayah kepada ibu
bapa kita
Datuk, Tok, Tok
Wan
Mak Tok, Nenek,
Opah, Wan
Emak kepada ibu
bapa kita
Mak Tok, Nenek,
Opah, Wan
Abang Ahli lelaki yang tua dalam
keluarga
Abang serta nama
Contoh : Abang Ali atau
Bang Li
Kakak Ahli perempuan yang tua
dalam keluarga
Kakak serta nama
Contoh : Kakak
Fatimah atau
Kak Timah
Adik Ahli lelaki / perempuan yang
muda dalam
keluarga
Adik serta nama
Contoh : Adik Rozita
atau
Adik Ita
Adik Azlan atau Adik
Lan
Long Anak sulung / anak pertama Bang Long, Kak long
Ngah Anak kedua Bang Ngah, Kak Ngah
Lang Anak ketiga Bang Lang, Kak Lang
Uda Anak keempat Bang Uda, Kak Uda
Andak Anak kelima Bang Andak, Kak
Andak
Teh Anak keenam Bang Teh, Kak Teh
Busu Anak Bongsu / anak terakhir Busu, Kak Su
Kesimpulan:
Masyarakat Melayu mempunyai sistem sapaan dan rujukan mengikut
situasi dan konteks yang sesuai. Kesalahan penggunaan kata sapaan ini
boleh menimbulkan hubungan yang tidak harmoni di antara penutur dan
pendengar. Ini disebabkan kata-kata ini membawa implikasi yang berbeza
apabila digunakan dalam situasi yang berlainan. Kata sapaan ini juga
berfungsi untuk memperlihatkan kesopanan seseorang dalam
menggunakan bahasa tersebut. Situasi formal dan tidak formal mempunyai
sistem sapaannya tersendiri dan setiap penutur tidak sewajarnya
mencampuradukkan penggunaan kata-kata tersebut sesuka hati. Hal ini
jelas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu adalah bersopan-santun
atau berbudi bahasa.
Sekian,
Terima Kasih.

More Related Content

What's hot

BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...Maizatul Mansor
 
Bentuk dan jenis kesantunan
Bentuk dan jenis kesantunanBentuk dan jenis kesantunan
Bentuk dan jenis kesantunanDemolish Wolf
 
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)PISMPBM20622AinNajwa
 
Penulisan unsur serapan. kata pinjaman
Penulisan unsur serapan. kata pinjamanPenulisan unsur serapan. kata pinjaman
Penulisan unsur serapan. kata pinjamanAINNIEQ
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuArifahAzlanShah1
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis fitri norlida
 
137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengarBalqisAbdul
 
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayuPemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayuIzzat Hakim
 
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2Mok Ming yan
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfAnibintiMisran
 
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)Izzati Zamburi
 
Nota Literasi Bahasa
Nota Literasi BahasaNota Literasi Bahasa
Nota Literasi BahasaVince Here
 

What's hot (20)

BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
 
Bentuk dan jenis kesantunan
Bentuk dan jenis kesantunanBentuk dan jenis kesantunan
Bentuk dan jenis kesantunan
 
Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa
 
Kemahiran Menulis
Kemahiran MenulisKemahiran Menulis
Kemahiran Menulis
 
Peraturan berbahasa
Peraturan berbahasaPeraturan berbahasa
Peraturan berbahasa
 
ASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGIASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGI
 
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
 
Penulisan unsur serapan. kata pinjaman
Penulisan unsur serapan. kata pinjamanPenulisan unsur serapan. kata pinjaman
Penulisan unsur serapan. kata pinjaman
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
 
137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar
 
Penulisan Mekanis
Penulisan MekanisPenulisan Mekanis
Penulisan Mekanis
 
Isu kesantunan-guru
Isu kesantunan-guruIsu kesantunan-guru
Isu kesantunan-guru
 
GWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda WacanaGWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda Wacana
 
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayuPemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayu
 
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
 
Tajuk 1 prabacaan
Tajuk 1  prabacaanTajuk 1  prabacaan
Tajuk 1 prabacaan
 
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
 
Nota Literasi Bahasa
Nota Literasi BahasaNota Literasi Bahasa
Nota Literasi Bahasa
 

Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu

  • 1. GSB 1012 Ahli Kumpulan: Hemalatha A/P Rajakumar Phua Wan Joo
  • 2. Tajuk Tutorial: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu
  • 3. • Kesantunan berbahasa atau bahasa banyak bergantung pada pemilihan kata sapaan atau panggilan hormat yang tepat. • Sistem sapaan bermaksud kaedah yang digunakan oleh sesuatu masyarakat atau bangsa untuk menegur atau menyapa seseorang, baik dalam konteks rasmi mahupun tidak rasmi. • Ia merupakan penghubung langsung antara pihak yang menyapa dengan pihak yang disapa. • Bahasa sapaan mesti digunakan dengan betul dan sesuai mengikut konteks semasa berkomunikasi supaya menjaga air muka orang lain serta tidak menyinggung perasaan orang lain.
  • 4. • Antara susunan kata yang digunakan semasa membuat sapaan dan panggilan, iaitu (a) sapaan yang lengkap dengan kata rujukan kehormat, gelaran atau pangkat yang disandang dan nama peribadi yang lengkap. Contohnya, Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak. (b) sapaan ringkas yang menyebut nama gelaran dan/atau pangkat dengan atau tanpa nama peribadi. Contohnya, DYMM (Duli Yang Maha Mulia) Seri Paduka Baginda • Sebutan senarai orang yang disapa daripada peringkat yang paling kanan hingga peringkat yang di bawahnya.
  • 5. • Penggunaan kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu “kata ganti nama diri pertama”, “kata ganti nama diri kedua” dan “kata ganti nama diri ketiga”. Bentuk kata ganti nama diri bergantung pada kata ganti nama diri itu digunakan, sama ada dalam suasana dan urusan rasmi atau dalam suasana dan urusan tidak rasmi. 1. Jumlah kata ganti nama diri yang digunakan untuk suasana dan urusan rasmi agak kecil. Contoh-contoh kata ganti nama diri bagi urusan rasmi adalah seperti saya, kami, kita, tuan, puan, beliau, dia, ia dan mereka. 2. Kata ganti nama diri yang digunakan dalam suasana dan urusan tidak rasmi amat banyak. Hal ini disebabkan oleh banyaknya dialek yang ada dalam bahasa Melayu dan dapat dikatakan bahawa dalam setiap dialek terdapat kata ganti nama diri yang tersendiri.
  • 6. Negeri Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama Kata Ganti Nama Diri Orang Kedua Perak Teman (saya), Keimer (kami, kita) Miker (awak), Mengkomer (kamu) Kedah Cheq (saya) Hangpa (kamu) Sarawak Kamek (saya) Kitak (kamu) Kelantan ambo (saya) Demo (kamu) Terengganu Kawe, Ambo (saya) Mung (engkau) Negeri Sembilan Eden (saya) Ekau (engkau)
  • 7. Bahasa Sapaan Berdasarkan Pangkat atau Status Seseorang dalam Masyarakat. • Status merupakan faktor penting dalam penentuan bahasa sapaan. Dalam pergaulan seharian terdapat sekatan-sekatan sosial tertentu antara ahli masyarakat itu. Contohnya, sekatan pangkat dalam pekerjaan atau kedudukan sosial. • Dalam bentuk sapaan yang berdasarkan pangkat atau status seseorang itu, pembahagian dibuat seperti yang berikut; Gelaran pergaulan formal Gelaran warisan Gelaran kurniaan kerajaan Gelaran kurniaan ikhtisas Gelaran keagamaan ( Asmah Hj. Omar, 1982)
  • 8. • Gelaran Pergaulan formal • Pergaulan formal dimaksudkan sebagai pergaulan yang menunjukkan adanya sekatan sosial tertentu sama ada sekatan pangkat dalam pekerjaan atau kedudukan sosial, atau sekatan sosial disebabkan si penyapa tidak begitu kenal antara satu sama lain.
  • 9. Kata ganti diri sapaan Orang yang ditujukan Tuan Orang yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada penutur (dari segi status pekerjaan) Orang yang menjadi Pengerusi Majlis. Contoh : Tuan Pengerusi Majlis Digunakan bersama nama / jenis jawatan Contoh : Tuan Pengetua Orang yang menjawat jawatan kadi, imam, hakim, doktor. Contoh : Tuan Hakim
  • 10. Digunakan sebagai rujukan hormat kepada hadirin lelaki dalam sesuatu upacara rasmi. Contoh : Tuan-tuan sekalian Pemilik harta. Contoh : Tuan rumah, Tuan tanah, Tuan kedai Orang yang bergelar seperti Haji, Profesor Contoh : Tuan Haji Shukor, Tuan Profesor
  • 11. Encik Orang lelaki yang mempunyai status yang lebih tinggi daripada penutur. Orang lelaki yang baru dikenali dan difikirkan mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada penutur. Puan Orang perempuan yang sudah berkahwin. Orang perempuan yang memegang jawatan. Contoh : Puan Pengetua Pengerusi sesuatu upacara atau majlis. Contoh : Puan Pengerusi Rujukan hormat kepada hadirin wanita dalam sesuatu upacara rasmi. Contoh : Puan-puan sekalian
  • 12. Cik Orang perempuan yang belum berkahwin. Orang perempuan yang berjawatan lebih tinggi daripada penutur. Saudara ( lelaki) Saudari (perempuan) Orang yang baru dikenali. Kakitangan bawahan atau setaraf dengan penutur. Sebagai rujukan kepada hadirin dalam sesuatu majlis. Digunakan dalam mesyuarat dan majlis perdebatan.
  • 13. • Gelaran Warisan / Keturunan • Gelaran warisan merupakan gelaran yang diwarisi oleh seseorang sejak kelahirannya seperti: • Raja : Tengku, Tunku, Engku, Tuanku, • Bangsawan : En. Megat, Tn. Syed, En. Wan, En. Nik, Abang, Dayang. • Gelaran Kurniaan Kerajaan • Gelaran kurniaan kerajaan ialah gelaran yang dianugerahkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa kepada individu yang dianggap berjasa. • Contohnya, Datuk Lee Chong Wei
  • 14. GELARAN BAHASA SAPAAN Tun, Toh Puan, Tan Sri, Puan Sri, Datin Paduka Gelaran ini tidak perlu diberi rujukan Tuan, Puan, Encik atau Cik kecuali mereka mempunyai gelaran lain seperti Doktor , Profesor , Tengku , atau Haji. Contoh : Tun Dr. Ismail Tan Sri Tengku Ahmad
  • 15. •Gelaran Kurniaan Ikhtisas •Gelaran kurniaan ini diperoleh kerana kejayaan seseorang dalam bidang akademik atau ikhtisas, juga dikenali sebagai gelaran profesional.
  • 16. GELARAN BAHASA SAPAAN Profesor, Doktor, Jeneral, Cikgu, Ustaz Bentuk panggilan serupa dengan gelaran ikhtisas yang ada pada mereka. Contoh : Seseorang guru agama dipanggil Ustaz. Kata sapaan Tuan / Puan boleh diletakkan sebelum gelaran Profesor dan Doktor. Contoh : Tuan Doktor, Puan Profesor, Tn. Irsenio.
  • 17. •Gelaran Keagamaan •Dalam masyarakat Melayu yang beragama Islam, terdapat beberapa gelaran bersesuaian dengan kedudukan mereka dalam hal keagamaan.
  • 18. GELARAN BAHASA SAPAAN Sahibol Samahah (Mufti/ sarjana yang membuat keputusan penting tentang agama Islam) Haji/ Hajjah (Umat Islam yang sudah selesai menunaikan haji) Lebai (Satu pengiktirafan dan penghormatan masyarakat terhadap seseorang apabila mereka melihat kewarakan dan akhlak yang baik yang Tuan Haji / Pak Haji Osman Puan Hajah / Mak Hajah Esah Pak Lebai Kadut
  • 19. Bahasa Sapaan Berdasarkan Kedudukan Dalam Keluarga • Penggunaan bahasa sapaan antara ahli keluarga mencerminkan kedudukan seseorang itu dalam susunan kekeluargaan. • Kata ganti nama diri dalam sesebuah keluarga ditentukan melalui pertalian darah keluarga asas, keluarga suku/ perut dan keluarga turun-temurun.
  • 20. Bahasa Sapaan Dalam Keluarga Asas PANGGILAN KEDUDUKAN DLM KELUARGA CARA MENYEBUT Bapa, ayah, abah, bapak, ba, walid Ketua keluarga lelaki Yah, bah, … Emak, mak, ibu, bu, umi, wan Ketua keluarga perempuan Mak, ibu, ...
  • 21. Datuk, Tok, Tok Wan Ayah kepada ibu bapa kita Datuk, Tok, Tok Wan Mak Tok, Nenek, Opah, Wan Emak kepada ibu bapa kita Mak Tok, Nenek, Opah, Wan
  • 22. Abang Ahli lelaki yang tua dalam keluarga Abang serta nama Contoh : Abang Ali atau Bang Li Kakak Ahli perempuan yang tua dalam keluarga Kakak serta nama Contoh : Kakak Fatimah atau Kak Timah Adik Ahli lelaki / perempuan yang muda dalam keluarga Adik serta nama Contoh : Adik Rozita atau Adik Ita Adik Azlan atau Adik Lan
  • 23. Long Anak sulung / anak pertama Bang Long, Kak long Ngah Anak kedua Bang Ngah, Kak Ngah Lang Anak ketiga Bang Lang, Kak Lang Uda Anak keempat Bang Uda, Kak Uda Andak Anak kelima Bang Andak, Kak Andak Teh Anak keenam Bang Teh, Kak Teh Busu Anak Bongsu / anak terakhir Busu, Kak Su
  • 24. Kesimpulan: Masyarakat Melayu mempunyai sistem sapaan dan rujukan mengikut situasi dan konteks yang sesuai. Kesalahan penggunaan kata sapaan ini boleh menimbulkan hubungan yang tidak harmoni di antara penutur dan pendengar. Ini disebabkan kata-kata ini membawa implikasi yang berbeza apabila digunakan dalam situasi yang berlainan. Kata sapaan ini juga berfungsi untuk memperlihatkan kesopanan seseorang dalam menggunakan bahasa tersebut. Situasi formal dan tidak formal mempunyai sistem sapaannya tersendiri dan setiap penutur tidak sewajarnya mencampuradukkan penggunaan kata-kata tersebut sesuka hati. Hal ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu adalah bersopan-santun atau berbudi bahasa.