1. SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT
32800 PARIT, PERAK DARUL RIDZUAN
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA 2013
Tarikh : 31 Disember 2012
Hari : Isnin
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Makmal Komputer SK Parit
Kehadiran :
1. En. Abu Hanipah Bin Panjang Abdul Rahim Penasihat
2. En. Mohd Mursyid Bin Mohd Zin Ketua Panitia/Pengerusi
3. Pn. Rozita Binti Razak Setiausaha
4. Tn. Hj Mohd Ruduan Bin Dahalan
5. Pn. Norasmah Binti Mat Saad
7. En. Mohd Khalid Bin Adnan
Tidak hadir :
1. Pn. Norashikin Binti Mohd Azizuddin Cuti Bersalin
AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI
1.1. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran semua guru dan
memulakan bacaan ummul kitab Al-Fatihah.
1.2. Pengerusi menjelaskan bahawa mesyuarat diadakan adalah untuk
membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan panitia Bahasa Melayu.
AGENDA 2 : UCAPAN TUAN PENASIHAT
2.1. Penasihat mengalu-alukan kehadiran En. Mohd Mursyid Bin Mohd Zin selaku
Ketua Panitia yang juga guru bagi menggantikan guru Bahasa Melayu yang telah
berpindah sekolah.
2.2 Mengumumkan keputusan 91% UPSR 2012 untuk matapelajaran Bahasa
Melayu Pemahaman dan 83% untuk Bahasa Melayu Penulisan.
2.3. Berharap pada tahun ini akan berlaku peningkatan dalam mata pelajaran ini.
2.4. Berharap mesyuarat dijalankan dengan lancar dan mendapat kata putus yang
sewajarnya.
2.5 Menerangkan tentang dasar dan polisi Kementerian Pelajaran iaitu Program
NKRA iaitu Program LINUS dan MBMMBI.
2.6 Memaklumkan tentang saranan jabatan berdasarkan pekeliling-pekeliling yang
diedarkan.
2.7 Menekankan tentang visi dan misi sekolah pada 2013 serta usaha yang
diperlukan oleh semua guru untuk menjayakannya.
2. AGENDA 3 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT PANITIA
YANG LALU
3.1. Pn. Rozita Binti Razak selaku Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang
lalu.
3.2 Pn. Norasmah Binti Mat Said mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan.
Sokongan oleh En Mohd Khalid Bin Adnan
AGENDA 4 : PERKARA BERBANGKIT
Tiada
AGENDA 5 : DASAR KURIKULUM
5.1. Pengerusi menjelaskan pada tahun 2011, dasar Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) telah diperkenalkan kepada murid-murid tahun 1. Pengerusi meminta
guru-guru yang terlibat supaya bersiap sedia untuk pemantauan. Semua dokumen
KSSR boleh dimuat naik melalui laman web www.moe.gov.my/bpk. atau kssronline.com
5.2. Pengerusi juga menjelaskan dasar-dasar kurikulum yang sedia ada seperti
PROTIM, LINUS (Literasi), PKJR dan sebagainya diambil perhatian sewajarnya.
AGENDA 6 : RANCANGAN PELAJARAN
6.1. Pengerusi menjelaskan tentang penyediaan rancangan pelajaran tahunan (RPT),
rancangan pelajaran harian (RPH) dan huraian sukatan pelajaran (HSP) hendaklah
disediakan dengan lengkap dan mengikut format yang sedia ada. Bagi tahun 1, 2 dan 3,
format KSSR perlu digunakan manakala tahun 4, 5 dan 6 menggunakan format KBSR.
6.2. Pengerusi memberitahu bahawa HSP boleh dimuat naik melalui laman web
www.moe.gov/bpk.
6.3. Pengerusi juga mengingatkan bahawa semua dokumen perlu disediakan
secepat mungkin untuk pemantauan.
AGENDA 7 : BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR
7.1. Pengerusi menjelaskan bahawa Buku Persediaan Mengajar (BPM) pada tahun
ini perlu disediakan mengikut format KSSR untuk tahun 1, 2 dan 3 manakala tahun 4, 5
dan 6 mengikut format KBSR.
7.2. Pengerusi berharap semua guru menyediakan BPM sehari sebelum pengajaran
dan pembelajaran berlangsung.
3. AGENDA 8 : PROSEDUR PEMBELIAN DAN PENGURUSAN STOK
8.1. Pengerusi menjelaskan kepada semua guru tentang prosedur pembelian dan
pengurusan stok panitia.
8.2. Pengerusi memberitahu mana-mana guru yang ingin membeli bahan bantuan
mengajar hendaklah mengisi Nota Minta dan berbincang dengannya untuk persetujuan.
AGENDA 9 : PENCERAPAN HASIL KERJA MURID
9.1. Pengerusi meminta semua guru mengadakan pencerapan kerja murid setiap
minggu.
9.2. Pengerusi juga meminta semua guru memberi latihan yang lebih terutama
kepada murid-murid tahun 6.
AGENDA 10 : KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
10.1. Pengerusi meminta semua guru merancang kaedah pengajaran dan
pembelajaran (P&P) mengikut tahap murid.
10.2. Pengerusi menjelaskan bahawa penggunaan buku teks dan buku aktiviti perlu
digunakan semaksimum mungkin. Walaubagaimanapun, buku kerja tambahan akan
disediakan untuk tujuan P&P.
10.3. Pengerusi juga menjelaskan penggunaan ICT dalam P&P digalakkan bagi
menarik minat murid.
AGENDA 11 : POSTMOTEM PEPERIKSAAN BAGI MATA PELAJARAN BAHASA
MELAYU
Bilangan murid pemulihan khas baki tahun 2012 seramai,
Murid tahun 1 akan diambil pada bulan April
Murid tahun 2 seramai 2 orang
Murid tahun 3 seamai 1 orang
11.1 Pencapaian Bahasa Melayu (Pemahaman) mengikut tahun :
Tahun A B C ABC %lulus D E DE %gagal
1 5 6 3 14 74% 4 1 5 26%
2 5 8 2 15 65% 2 6 8 35%
3 9 4 0 13 100% 0 0 0 0
4 0 9 5 14 88% 2 0 2 13%
5 3 10 5 18 95% 1 0 1 5%
4. 11.2 Pencapaian Bahasa Melayu (Penulisan) mengikut tahun :
Tahun A B C ABC %lulus D E DE %gagal
1
2
3 4 6 2 12 92% 1 0 1 8%
4 1 6 1 8 56% 5 3 8 50%
5 1 7 7 15 79% 3 1 4 21%
11.3 Pencapaian Bahasa Melayu (Pemahaman) UPSR :
A B C ABC %lulus D E DE %gagal
9 3 9 21 91% 1 1 2 9%
11.4 Pencapaian Bahasa Melayu (Penulisan) UPSR :
A B C ABC %lulus D E DE %gagal
10 4 5 19 83% 3 1 4 17%
AGENDA 12 : HAL-HAL LAIN
12.1. Semakan buku tulis murid-murid perlu diteruskan.
AGENDA 13 : UCAPAN PENANGGUHAN
13.1. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru kerana
menyumbang idea untuk meningkatkan prestasi dan menggerakkan panitia Bahasa
Melayu.
13.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 pagi.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
…………………………… ……………………………………….
ROZITA BINTI RAZAK MOHD MURSYID BIN MOHD ZIN
Setiausaha Ketua Panitia
Disahkan oleh,