KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
Soal2 rbt3117ppg
1. LAMPIRAN 2
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS _PULAU PINANG_____
TUGASAN PROJEK : RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
TAJUK PROGRAM : PPG NAMA GURU PELATIH :
TAJUK KURSUS : RBT 3117 SEMESTER : SATU
TARIKH MULA 01.09.2012 TARIKH HANTAR 22.09.2012
Hasil Pembelajaran Kursus
1. Menghuraikan sistem kurikulum dan pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
(KHSR) di Malaysia
2. Menginterpretasikan proses perancangan, pelaksanaan dan penilaian KHSR
3. Menganalisis dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk
merancang, mereka bentuk dan membina kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah
4. Menjelaskan skop organisasi dan pengurusan bengkel.
5. Mengaplikasikan pengurusan keselamatan bengkel.
6. Menghuraikan pengurusan kewangan, pengendalian bahan dan alatan.
7. Mengaplikasikan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran bagi mata
pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dengan cekap dan berkesan.
8. Menyediakan perancangan pengajaran berasaskan kepada sukatan pelajaran.
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 2, 3, 7 dan 8
Objektif Kerja Kursus:
Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:
1. Merancang pengajaran amali bagi dua sesi lengkap dalam KHSR.
2. Menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran.
Tugasan Projek (100 %)
Berdasarkan sukatan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah, anda dikehendaki
merancang pengajaran amali yang lengkap yang melibatkan dua kali pertemuan
(dua sesi/ dua jam) yang mempunyai kesinambungan tajuk.
Tugasan dinilai berdasarkan keupayaan anda merancang dengan berkesan yang
menggunakan pelbagai kaedah dan strategi bagi dua sesi pengajaran dan
pembelajaran.
Tugasan anda perlu merangkumi perancangan yang melibatkan kaedah dan teknik
pengajaran :
2. LAMPIRAN 2
1. Berpusatkan guru
2. Berpusatkan murid
3. Berpusatkan bahan/ aktiviti
Panduan Pelaksanaan Projek
1. Tugasan perancangan pengajaran ini adalah tugasan individu.
2. Anda boleh berbincang secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.
3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :
3.1. Muka depan hendaklah mengikut templet terkini
3.2. Fon Arial
3.3. Saiz huruf - 11
3.4. Langkau 1.0 baris
3.5. Rujukan mengikut format APA( American Psychological Association)
3.6. Jawab dalam Bahasa Melayu
4. Panjang tugasan tidak melebihi 8 muka surat
5. Rujukan dan lampiran tidak termasuk dalam jumlah pengiraan muka surat
6. Amalan plagiat tidak dibenarkan
7. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh tiga minggu.
8. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 30%
Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria- Kriteria Berikut :
1. Perancangan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2. Dua perancangan RPH amali yang bersambung bagi dua sesi ( dua pertemuan )
3. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut :
a. Maklumat awal – tajuk, kelas, masa, objektif, nilai, bbm dan pengetahuan awal
b. Set induksi, langkah-langkah dan penutup
c. Format P & P ( rujuk contoh RPH yang diberikan )
4. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong perancangan anda hendaklah
dikemukakan.
5. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian.
6. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan
Disediakan oleh: Disahkan oleh:
(MOHD. RADZI B, SHAFIEE ) ( )
Penyelaras Kursus Penyelaras Program.................
Jabatan Sains Sosial Jabatan ...................
IPG IPG